PENGAJIAN ISLAM FOLIO (PENYALAH GUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT) Flipbook PDF

E-FOLIO

26 downloads 104 Views 1MB Size

Story Transcript

MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM GEJALA KERUNTUHAN AKHLAK: PENYALAH GUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT Nama

NOMBOR MATRIK

Nur Amirah Shahira Binti Mohamad Nasir

06DPR20F2001

Mohamad Thaufiq Bin Mohd Shukri

06DPR20F2023

Erin Eliena Binti Daswir

06DPR20F2026

PENSYARAH: Dr. YUSNI BIN MOHAMAD YUSAK

ISI

KANDUNGAN

TOPIK

MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 2.0 PENGENALAN

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 FAKTOR-FAKTOR PENYALAH GUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT;4.1 Kurang didikan agama 4.2 Pengaruh rakan sebaya 4.3 Peranan ibu bapa 4.4 Diri sendiri 5.0 KESAN-KESAN PENYALAH GUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT:5.1 Fizikal 5.2 Emosi 6.0 CARA MENGATASI PENYALAH GUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

3 4-5

6

7-9

10-11

12-13

7.0 KESIMPULAN

14

8.0 RUJUKAN

15

9.0 LAMPIRAN

16

1.0 PENGHARGAAN Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat serta keizinan dari-Nya, maka kami dapat melaksanakan tugasan e-folio Pengajian Islam dengan jayanya. InsyaAllah, dengan tugasan ini akan memberikan manfaat serta impak yang sangat besar dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa kami sekumpulan membuat tugasan ini. Ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Yusni Bin Mohamad Yusak yang telah memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar dalam menyelesikan tugasan ini mengikut kriteria yang ditetapkan. Disamping itu juga, sekalung aprisiasi buat Erin Eliena Binti Daswir, Nur Amirah Shahira Binti Mohammad Nasir dan Mohamad Thaufiq Bin Mohd Shukri yang begitu jitu memberikan komitmen dalam menyelesaikan tugasan e-folio ini. Akhir kata, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk melaksanakan e-folio ini. Selamat menimba ilmu daripada e-folio yang telah kami sediakan. Kami harap dengan tugasan kami ini dapat membantu anda semua menambahkan lagi ilmu pengetahuan didalam kehidupan seharian.

2.0 PENGENALAN Memang tidak dapat dinafikan lagi, pengambilan barang terlarang dalam kalangan pelajar ipt masa kini semakin berleluasa. Pengambilan dadah terutamanya bukanlah perkara yang baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabadabad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. Berdasarkan sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910. Justeru itu, kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang dikenali sebagai Opium Dens telah dilesenkan serta didaftarkan. Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia berlaku semula pada ketika itu dan telah menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu. Akibatnya, berlakulah aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya diwujudkan pada tahun 1952. Berdasarkan akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan hukuman.

Sehingga kini , dadah telah menjadi satu ancaman besar kepada negara. Penyalahgunaan dadah semakin menular di negara kita saban hari yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Menurut Ibrahim (1997) penagihan dadah bukan saja golongan berpendapatan rendah, bahkan telah merebak kepada golongan yang lebih mewah dan merentasi umur dan jantina. Ini menunkukkan bahawa, setiap individu berpotensi terlibat dengan penyalahgunaan dadah tanpa mengira kedudukan umur dan jantina.

Mengikut Program Pengawalan Dadah Antarabangsa BangsaBangsa Bersatu (UNDCP) menyenaraikan Malaysia terletak ditempat kelima dirantau Asia Tenggara mempunyai bilangan penagih dadah peling ramai. Mengikut laporan Kedudukan Masalah Dadah dan Kemajuan Tindakan Anti Dadah (19850, Perbuatan penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar-pelajar sekolah diketahui bermula di awal tahun 1970an. Ekoran itu, pelbagai langkah pencegahan telah diambil oleh pihak kerajaan melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling melalui tindakan disiplin di sekolah-sekolah. Maklumat yang dikeluarkan, daripada 671 penagih yang pertama kali dikesan adalah terdiri dari pelajar sekolah berumur 14 hingga 18 tahun. Senario ini memperlihatkan bahawa penyalahgunaan dadah yang melibatkan golongan pelajar bukan perkara yang baru tetapi masih berlanjutan sehingga ke hari ini. Bagi menjamim kesejahteraan negara pada masa hadapan, adalah penting untuk melahirkan pelajar yang bebas daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penyalahan bahan yang telarang di kalangan pelajar (IPT). 1. Mengenalpasti faktor fizikal penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar (IPT). 2. Menganalpasti faktor masalah sosial di dalam kalangan pelajar (IPT) yang menjerumus mereka menggunakan bahan yang terlarang. 3. Kesan yang mempengaruhi masa depan mereka . 4. Mengenalpasti emosi yang dihadapi oleh mereka. 5. Membincangkan cara bagi mengatasi masalah penyalahgunaan bahan yang telarang dalam kalangan pelajar (IPT).

Faktor-Faktor Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Kalangan Pelajar IPT;Kurang Didikan Agama Jika dikaji dengan teliti, terdapat pelbagai faktor yang mendorong pelajar terjerumus dalam kancah negatif ini iaitu penyalahgunaan bahan terlarang. Dalam agama Islam, kekuatan iman dan ketakwaan seseorang dapat menjadi benteng yang paling ampuh untuk mengelakkan sesorang daripada melakukan kejahatan. Hal ini samalah dengan agama-agama lain di muka bumi yang menyeru supaya umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Jadi di sini jelaslah bahawa sekiranya seseorang itu tidak mendapat didikan agama yang secukupnya sejak kecil,mereka akan mudah terdorong untuk melakukan kejahatan. Sepatutnya sejak kecil lagi seseorang itu diasuh dan dididik dengan ajaran agama agar mereka dapat memilih antara intan atau kaca sebelum mengambil sesuatu tindakan. Sifat-sifat mulia perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak. Pengaruh Rakan Sebaya Sudah terang lagikan bersuluh bahawa pengaruh rakan sebaya juga merupakan antara penyumbang kearah berlakunya penyalahgunaan bahan terlarang. Seorang pelajar banyak menghabiskan masanya bersama-sama dengan rakan mereka berbanding dengan ibu bapa. Lebih-lebih lagi kalangan pelajar IPT yang tinggal di asrama. Tentulah masa bersama-sama rakan sebaya lebih banyak. Hal inilah yang memberi ruang secukupnya untuk mereka mengikut apa-apa sahaja yang dilakukan oleh rakan mereka tanpa memikirkan impaknya. Kadangkala mereka secara sukarela melakukan perkara-perkara yang tidak baik supaya mereka diterima dalam kumpulan. Malah tidak kurang juga yang dicabar untuk melakukan sesuatu yang tidak baik dan menyahut cabaran itu untuk menunjukkan mereka juga ‘anak jantan. Banyak kes membuktikan bahawa penglibatan pelajar IPT dalam penyalahgunaan bahan terlarang bermula oleh pengaruh rakan-rakan.

Peranan Ibu bapa Ibu bapa merupakan insan yang telah mendidik dan memberi kasih sayang kepada kita sejak dari kecil lagi. Sering kali dinyatakan ibu bapa mempengaruhi kejayaan remaja khasnya pelajar di dalam pelajaran. Ini kerana ibu bapa yang sentiasa memberi galakan dan perangsang sehingga mereka timbul minat, semangat ketekunan dan keyakinan diri dalam menghadapi pelajaran (Jamal Darus, 1989). Ibu bapa juga yang menentukan pola-pola tingkah laku remaja. Faktor-Faktor seperti dorongan dan galakkan, disiplin di rumah, hubungan mesra antara ibu bapa dan anak serta keluarga yang utuh memberi kesan ke atas pembentukkan personaliti, motivasi, dan pencapaian akademik remaja yang masih bergelar pelajar. ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan bantuan dikaitkan dengan kejayaan yang tinggi (T. Marimuthu, 1990). Disiplin yang berterusan dan hubungan baik antara ibu bapa dengan remaha meningkatkan motivasi kejayaan di dalam pelajaran. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam tanggungjawab untuk mendidik anak-anak agar menjadi seseorang yang berdisiplin tetapi malangnya terdapat sebilangan ibu bapa yang lupa akan tanggungjawab ini sehingga anak mereka bebas pergaulan. Walaubagaimanapun, majoriti penyalahgunaan bahan terlarang seperti penagih dadah, ganja dan sebagainya dalam kalangan pelajar IPT berasal daripada keluarga yang berpecah belah akibat daripada penceraian, perpisahan atau kematian ahli keluarga. Namun, terdapat sebilangan pelajar dalam kalangan IPT yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang mempunyai corak hubungan komunikasi yang renggang dengan ibu bapa. Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangatlah penting bagi mencorakkan peribadi anak mereka. Sekiranya ibu bapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak dan hanya mengejar kebendaan serta mementingkan wang ringgit semata-mata akan menyebabkan anak-anak terbiar dan ketandusan kasih sayang. Sebagai jalan pintas untuk mengisi kekosongan ini, anakanak akan melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoral.

Diri Sendiri Individu yang terlibat dengan penagihan dadah cenderung untuk ingin mencuba. Perasaan ingin mencuba ini meyebabkan mereka tidak dapat mengawal diri mereka untuk lari daripada terlibat dengan dadah. Pelajar dalam kalangan ipt merupakan mereka yang mudah mempunyai perasaan ini kerana pada ketika ini perasaan ingin tahu tentang sesuatu yang baru, mula berputik. Selain itu, faktor tekanan jiwa juga merupakan penyebab utama seseorang itu mengambil keputusan untuk mencuba dadah sebagai medium utama bagi mengurangkan tekanan yang dihadapi. Tekanan yang dialami akibat masalah peribadi, keluarga dan kerja turut mendorong pelajar itu untuk menyalahgunakanbahan terlarang. Apabila tekanan emosi keterlaluan, kemurungan berlaku sehingga mereka tidak mampu lagi berdepan dengan tekanan itu. Akhirnya bahan terlarang menjadi teman setia yang dapat membolehkan mereka lupa kepada tekanan yang dihadapi. Selain itu, faktor diri sendiri yang tidak mempunyai kekuatan untuk menolak dadah menyebabkan dirinya tidak dapat mengawal untuk terlibat dengan dadah. Mereka tidak punyai kekuatan untuk lari daripada menyalahgunakan dadah. Hal ini di dorong oleh kelemahan dalam mengawal nafsu dan kekurangan ilmu dalam agama serta perasaan tidak takut pembalasan di akhirat kelak kerana mengambil bahanbahan yang boleh merosakkan diri sendiri. Kesedaran yang kurang tentang bahayanya dadah menyebabkan mereka mudah menjerumuskan diri ke arah yang negatif. Kesedaran dalam diri itu penting kerana ia merupakan faktor pelindung yang dapat melindungi diri kita daripada terlibat dengan najis dadah.

Kesan-Kesan Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Kalangan Pelajar IPT:Bahan terlarang yang digunakan dalam kalangan pelajar IPT akan mengakibatkan risiko atau kesan yang buruk dan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka. Setiap bahan terlarang mempunyai pelbagai tindak balas yang berbeza. Kesan pengambilan bahan terlarang seperti dadah dalam jangka masa panjang boleh mendatangkan serangan jantung yang menyebabkan kematian. Secara rasionalnya, majority lelaki di Negara Malaysia adalah seorang perokok yang tegar termasuklah dalam kalangan pelajar IPT berbanding perempuan. Fizikal Apabila disebut mengenai bahan terlarang, semestinya semua orang akan mengingati DADAH. Perkembangan fizikal seorang pelajar akan terjejas akibat pengambilan dadah tersebut. Walaupun majoriti banyak lelaki namun di waktu ini pelajar perempuan juga boleh terjerumus dalam pengambilan dadah. Ini kerana, pelajar perempuan mengambil kesempatan dan jalan pintas untuk kelihatan cantik dan melansingkan badan mereka. Kesannya, mereka akan mengalami ketagihan yang melampau untuk mengambil dadah. Ini juga boleh menghidap penyakit seperti Anorexia Nervosa dimana penyakit ini akan menganggu diet pemakanan yang serius sehingga menyebabkan berat badan turun secara melampau. Seterusnya, apabila mereka minum minuman alcohol, akan mengakibatkan kerosakan sel-sel hati, mengurangkan pengeluaran hempedu, menyebabkan sirosis hati dan hepatitis. Melambatkan kadar penghantaran impuls saraf dan memberi kesan kepada sistem saraf pusat. Dalam kes-kes yang teruk, penggunaan berterusan alkohol boleh juga menyebabkan kematian. Malah, dari sudut agama islam sendiri, alkohol dan minum minuman keras adalah HARAM hukumnya.

Emosi Emosi adalah apa-apa pengalaman sedar yang dicirikan oleh aktiviti mental yang sengit dan tahap keseronokan atau ketidakselesaan tertentu. Emosi adalah perasaan kuat yang ditujukan kepada seseorang atau sesuatu. Emosi juga merujuk pada reaksi terhadap seseorang mahupun peristiwa. Di perigkat usia muda dalam kalangan pelajar IPT, mereka mengalami krisis mencari identiti dan kekeliruan peranan. Emosi terhadap pelajar yang mengambil bahan terlarang boleh dilihat pelbagai bentuk. Emosinya boleh dilihat apabila pelajar di IPT tidak dapat bahan terlarang dalam beberapa jam. Mahasiswa atau mahasiswi akan menunjukkan perubahan emosi yang ketara apabila terlalu ketagih dengan bahan terlarang. Antara emosi yang akan berlaku ialah menujukkan perasaan terlalu gembira, sedih, asyik ketawa, hyper, berperangai buruk atau menjadi pendiam dan tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti. Pelajar yang mengambil bahan terlarang seperti ganja, mereka lebih kepada membuat bunyi bising, jadi mereka akan memasang radio dengan sekuat hati. Mereka akan jadi murung dan tidak terkawal apabila tidak dapat memegang atau merasa bahan terlarang walaupun dalam masa yang sekejap. Konklusinya, pelajar IPT yang mengambil bahan terlarang bukan sahaja memberi impak kepada fizikal malah kepada emosi juga. Sebagai seorang pelajar IPT, mereka masih belum sampai setengah umur untuk merasa emosi seperti orang dewasa atau tua. Mereka akan dapat impak atau kesan jika beremosi sewaktu masih belajar kerana akan mengakibatkan pelajaran terabai.

Cara Mengatasi Penyalahgunaan Bahan Terlarang Dalam Sebahagian Pelajar IPT Kini, penyalahgunaan bahan terlarang dalam sebahagian pelajar IPT semakin berleluasa. Antara amalan yang sering berlaku dalam kalangan mereka ialah pengedaran dadah, aktiviti penyeludupan rokok secara haram dan sebagainya.Hal yang demikian, golongan IPT adalah generasi yang bakal menjadi pemimpin negara dalam membangunkan negara pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara mengatasi penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT. Antaranya ialah memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anakanak. Contohnya, Ibu bapa haruslah bijak dalam membahgikan masa terhadap anak-anak dan kerja. Hal ini kerana, anak-anak memerlukan perhatian yang cukup daripada ibu bapa kerana ibu bapa adalah golongan yang rapat dan memahami kepada anak-anak.Hal ini, jika ibu bapa tidak memberikan perhatian secukupnya,anak-anak akan mudah memberontak dan menyebabkan keluarga berpecah-belah. Ibu bapa juga adalah tempat mereka mengadu jika mereka terdapat masalah.

Disamping itu, memberi didikan agama yang secukupnya juga adalah antara cara yang baik untuk mengatasi penyalahgunaan bahan terlarang terhadap pelajar kerana ini perlu dilakukan sejak kecil lagi , Bak kata pepatah ‘ melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Selain itu, jika anak-anak mempunyai didikan agama yang cukup mereka tidak mudah terpesong atau terpengaruh dengan masalah sosial zaman kini. Dididkan agama juga adalah perkara yang paling penting dalam mendidik anak-anak menjadi anak yang baik dan soleh. Cara seterusnya ialah ibu bapa adalah contoh yang baik kepada anakanak . Oleh itu, ibu bapa haruslah menunjukkan tingkah laku yang baik dn berfaedah kepada anak-anak agar mengelakkan berlakunya salah faham. Contohnya, bercakap dengan lemah lembut, meghormati orang tua dan sebagainya.

. Hal ini kerana, anak-anak generasi kini adalah anak-anak yang mudah terpengaruh dengan budaya barat. Ibu bapa juga hendaklah sentiasa memantau anak-anak agar mereka tidak terjurumus dengan perkara yang boleh menyebabkan imej keluarga atau negara tercalar. Namun , elakkan budaya HEDONISME daripada terpengaruh oleh pelajar kerana ini menyebabkan anak-anak akan berasa kesenangan dan ingin mencuba sesuatu benda baharu. Oleh yang kita tahu, generasi kini lebih gemar mencuba benda baharu walaupon ia boleh mendatangkan bahaya kepada diri. Contohnya, ingin mencuba menghisp rokok, menghidu gam dan sebagainya kerana melihat orang sekelilingnya membuat sedemikian. Malah, ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat tidak mahu bekerjasama untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah. Kita perlu insaf bahawa masalah dadah boleh membebankan keluarga dan negara. Cuba bayangkan jikalau negara kita mengandungi ramai penagih dadah, sudah pasti negara akan porak peranda. Banyak kes kecurian berlaku dan institusi keluarga sakinah pasti tidak akan wujud lagi.Hal ini berlaku kerana dadah memerlukan wang untuk dibeli dan seorang penagih sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuk mencuri untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah. Oleh sebab itu, langkah yang efisien dan pantas perlu dilakukan mulai sekarang bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai negara bebas dadah.

Kesimpulan Kesimpulannya, seperti yang kita semua tahu penyalahgunaan bahan terlarang membawa banyak kesan yang buruk terhadap pelajar IPT. Penyalahgunaan bahan terlarang yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan banyak masalah sosial berlaku. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap musuh utama terhadap negara kita sendiri. Bukan itu sahaja, kita juga sudah semestinya tidak mahu negara kita yang telah dibangunkan sejak dahulu lagi musnah hanya kerana masalah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab terutamanya pihak kerajaan hendaklah mengatur langkah untuk menangani masalah tersebut dan pihak kolej juga hendaklah menguatkan lagi kuasa undang-undang supaya pelajar IPT berasa takut untuk melibatkan diri mereka dalam penyalahgunaan bahan terlarang.

Namun ia tidak akan berjaya sekiranya kita sebagai rakyat Malaysia tidak mahu bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membanteras masalah ini. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak mereka supaya mereka menjauhkan diri mereka dari menggunakan bahan-bahan terlarang. Akhir sekali, kita haruslah bertekad dengan keazaman yang tinggi untuk memerangi bahan-bahan terlarang seperti dadah agar pelajarpelajar IPT tidak menjadi insan yang lemah. Akhir kata, semoga segala usaha kita untuk menumpaskan musuh nombor satu negara ini akan menampakkan kejayaan.

Rujukan https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyalahgunaan_bahan http://bicarakaunselorsarawak.blogspot.com/2015/03/kenali-danfahami-penyalahgunaan-bahan.html https://krgnbm4sc1.blogspot.com/2011/03/punca-punca-penaihandadah.html Buku Bahasa Malaysia SPM, Ilmu Bakti, Alyas Bin Haji Muda

https://antidadahsedunia.blogspot.com/ http://bicarakaunselorsarawak.blogspot.com/2015/03/kenali-danfahami-penyalahgunaan-bahan.html https://antidadahsedunia.blogspot.com/

Lampiran

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.