14. ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (1) 2019 Flipbook PDF

ENAKMEN No.14

104 downloads 115 Views 30MB Size

Recommend Stories


2019
EJES Y OBJETIVOS MEDIDAS CONTENIDAS EN EL PACTO SOCIAL CONTRA LA VIOLENCIA SOBRE LAS MUJERES DEL PRINCIPADO DE ASTURIAS 2016/2019 1 EJES Y OBJETIV

Story Transcript

UNDANG UNDANG KELANTAN ENAKMEN NO. 14 ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 2019 Tarikh Persetujuan DiRaja : 14 Julai 2020 Tarikh disiarkan dalam Warta : 31 Disember 2020 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 November 2021


Kn. P.U. 3. ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 2019 PENETAPAN TARIKH PERMULAAN KUAT KUASA PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 1(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 [Enakmen 14], Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan telah menetapkan 25 Rabiul Awal 1443H bersamaan 1 November 2021 sebagai tarikh Enakmen itu mula berkuat kuasa. Bertarikh 20 Oktober 2021 HAJI MOHAMAD BIN OTHMAN [JUI(KN)/D.226/PPU/100/55; Setiausaha PU.KN.1/G/130(22)] Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan SYARIAH CRIMINAL CODE (I) ENACTMENT 2019 APPOINTMENT OF DATE OF COMING INTO OPERATION IN exercise of the powers conferred by subsection 1(2) of the Syariah Criminal Code (I) Enactment 2019 [Enactment 14], His Royal Highness the Sultan appoints 25 Rabiul Awal 1443H corresponding to 1 November 2021 as the date on which the Enactment comes into operation. Dated 20 October 2021 HAJI MOHAMAD BIN OTHMAN [JUI(KN)/D.226/PPU/100/55; Secretary PU.KN.1/G/130(22)] State Executive Council Kelantan Kn. P.U. 3. 46 DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, CAWANGAN KUALA TERENGGANU BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA Hak Cipta Pencetak PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). H


Enakmen-enakmen yang berikut, yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri Kelantan dan dipersetujui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, adalah diterbitkan menurut Fasal (3) Perkara 39 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Pertama): The following Enactments, passed by the Legislative Assembly of the State of Kelantan and assented to by His Royal Highness Sultan Muhammad V, are published pursuant to Clause (3) of Article XXXIX of the Laws of the Constitution of Kelantan (First Part): No. Tajuk ringkas/Short title Enakmen Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Enactment Syariah Criminal Code (I) Enactment 2019 Enakmen Enakmen Elaun Gelaran dan Kebesaran Negeri 2020 Enactment State Title and Dignity Allowances 2020 NEGERI KELANTAN Warta Kerajaan DITERBITKAN DENGAN KUASA GOVERNMENT OF KELANTAN GAZETTE PUBLISHED BY AUTHORITY Jil. 73 No. 27 31hb Disember 2020 TAMBAHAN No. 2 ENAKMEN 14 14 15 15


UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN Enakmen 14 ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 2019


Tarikh Persetujuan Diraja … … 14 Julai 2020 Tarikh diterbitkan dalam Warta … 31 Disember 2020 Hak Cipta Pencetak PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik). H 2


ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 2019 ________________ SUSUNAN SEKSYEN ________________ BAHAGIAN I PERMULAAN Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 2. Tafsiran 3. Kuasa prerogatif BAHAGIAN II KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN AGAMA 4. Sihir 5. Dakwaan palsu 6. Percubaan keluar Islam 7. Memutarbelitkan ajaran Islam dan hukum-hakam agama Islam 8. Takfir 9. Mengeji atau menghina undang-undang 10. Tidak menghormati bulan Ramadan 11. Memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat 12. Menggalakkan mungkar 13. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN Enakmen 14 3


BAHAGIAN III KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN DIRI DAN MARUAH Seksyen 14. Liwat 15. Musahaqah 16. Persetubuhan dengan mayat 17. Persetubuhan dengan bukan manusia 18. Mengubah jantina 19. Orang lelaki berlagak seperti perempuan 20. Orang perempuan berlagak seperti lelaki 21. Perbuatan atau percakapan tidak sopan 22. Perbuatan mencacah tatu atau membuat rawatan atau pembedahan untuk tujuan kosmetik tanpa sebab syarii 23. Mendedahkan aurat di tempat awam 24. Mengganggu rumah tangga orang lain 25. Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri 26. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan 27. Memujuk lari mana-mana orang Islam dari jagaan 28. Perempuan lari daripada jagaan 29. Tuduhan melakukan mungkar 30. Kata-kata yang boleh memecah keamanan 31. Gangguan seksual 32. Memutuskan hubungan dengan keluarga terdekat secara salah 33. Derhaka kepada ibu bapa 34. Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu 4 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


BAHAGIAN IV KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN AKAL DAN KONSUMSI Seksyen 35. Minuman yang memabukkan 36. Apa-apa yang mengkhayalkan BAHAGIAN V KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN HARTA 37. Berjudi 38. Memakan harta anak yatim 39. Mengurangkan ukuran, sukatan, dan timbangan 40. Melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak 41. Melakukan transaksi muamalat secara riba, dll. 42. Penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal BAHAGIAN VI KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN KETURUNAN 43. Menawar atau memberi perkhidmatan maksiat 44. Perbuatan sebagai persediaan untuk menawarkan atau memberi perkhidmatan maksiat 45. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan maksiat 46. Zina 47. Perbuatan sumbang mahram 48. Muncikari KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 5


Seksyen 49. Hamil luar nikah 50. Khalwat 51. Menuduh percubaan melakukan zina, liwat atau musahaqah BAHAGIAN VII PERSUBAHATAN DAN PERCUBAAN 52. Persubahatan 53. Bersubahat di dalam negeri Kelantan kesalahan di luar negeri Kelantan 54. Hukuman bagi orang yang bersubahat 55. Tanggungan orang yang bersubahat jika perbuatan yang berlainan dilakukan 56. Percubaan BAHAGIAN VIII KECUALIAN AM 57. Perbuatan hakim apabila bertindak secara kehakiman 58. Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah mahkamah 59. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kewajaran di sisi undang-undang 60. Perbuatan kanak-kanak yang belum akil baligh 61. Perbuatan seseorang yang tak sempurna akal 62. Perbuatan orang yang dipaksa melakukan kesalahan oleh sebab ugutan 6 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


BAHAGIAN IX PERKARA AM 63. Penetapan pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam atau rumah kebajikan, dsb. 64. Kuasa mahkamah untuk membuat perintah terhadap orang yang disabitkan ke pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam atau rumah kebajikan, dsb. 65. Kuasa mahkamah membuat tambahan perintah hukuman atau ganti hukuman untuk menjalankan khidmat komuniti 66. Kesalahan-kesalahan yang tidak ditentukan hukumannya 67. Hukuman bagi kesalahan kedua dan berikutnya 68. Pemansuhan JADUAL PERTAMA JADUAL KEDUA KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 7


Saya Bersetuju (Mohor Kerajaan) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Sultan Kelantan Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan bagi Kanun Jenayah Syariah bagi kesalahan takzir dan perkara-perkara yang berhubungan dengannya. [ ] DIPERBUAT UNDANG-UNDANG INI oleh Badan Undangan Negeri Kelantan seperti yang berikut: BAHAGIAN I Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019. (2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Enakmen ini hendaklah terpakai bagi– (a) Negeri Kelantan; dan UNDANG-UNDANG NEGERI KELANTAN Enakmen 14 9


(b) orang Islam sahaja. (4) Walau apapun yang dinyatakan dalam subseksyen 3(b) di atas, mana-mana orang yang didakwa atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini yang menyatakan bahawa dia adalah bukan seorang Islam, status pegangan agamanya hendaklah ditetapkan mengikut reputasi am, tanpa membuat apa-apa percubaan untuk mempersoalkan keimanan, kepercayaan, kelakuan, perangai, watak, perbuatan atau kemungkiran orang itu. (5) Mana-mana kesalahan jenayah syariah yang diperuntukkan dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Enakmen ini hendaklah juga menjadi kesalahan di bawah Enakmen ini. Tafsiran 2. (1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain– “’ariyyah atau i’arah” ertinya pinjaman barangan tanpa apa-apa balasan; “akil baligh” ertinya sempurna akal dan cukup umur mengikut hukum syarak; “anak yatim” ertinya anak yang kematian bapa kandungnya dan umurnya belum mencapai umur baligh mengikut hukum syarak; “dhaman” ertinya kontrak jaminan yang diberikan oleh penjamin kepada pihak ketiga untuk memenuhi kewajipan pihak kedua atau orang yang dijamin; “fatwa” ertinya mana-mana fatwa yang dibuat di bawah seksyen 39 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994; 10 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


“gharar” ertinya ketidakpastian dalam sesuatu akad atau kontrak; “ghasb” ertinya mengambil sesuatu harta secara kekerasan; “ghisy” ertinya perbuatan penipuan atau kecurangan yang disengajakan untuk menimbulkan kerugian dan penganiayaan pada pihak lain; “halal” ertinya sesuatu yang diizinkan hukum syarak; “hibah” ertinya pemberian atau pindah milik harta oleh seseorang secara sukarela semasa hayatnya tanpa balasan kepada sesiapa yang dikehendakinya melalui sighah; “hiwalah” ertinya pemindahan hak, tanggungjawab atau hutang daripada satu penanggung kepada penanggung yang lain; “hukum syarak” ertinya hukum syarak mengikut Mazhab Syafie atau mengikut mana-mana satu mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali; “ihtikar” ertinya tindakan memonopoli barangan keperluan umum; “ijarah” ertinya kontrak sewa menyewa dan upah yang melibatkan faedah atau manfaat daripada sesuatu aset atau tenaga kerja dengan bayaran atau upah tertentu dalam tempoh yang dipersetujui; “istisna’” ertinya kontrak urusniaga dalam bentuk pesanan pembuatan barang tertentu dengan spesifikasi dan syarat tertentu yang telah disepakati antara pemesan atau pembeli dan penjual, pengilang atau pemaju; KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 11


“ju’alah” ertinya kontrak ganjaran daripada sebelah pihak yang menjanjikan ganjaran kepada pihak yang lain di atas sesuatu perbuatan atau pencapaian; “li’an” ertinya suatu tuduhan zina atau penafian nasab terhadap anak secara bersumpah menurut hukum syarak yang dibuat oleh seorang suami terhadap isterinya manakala isterinya pula dengan cara bersumpah menurut hukum syarak menolak tuduhan itu dan tuduhan dan penolakan itu adalah dibuat di hadapan mahkamah; “luqatah” ertinya barang yang dijumpai atau barang tercicir yang tidak diketahui pemiliknya; “mahkamah” termasuklah Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Syariah Jajahan atau Mahkamah Syariah; “maksiat” bagi tujuan Bahagian VI, ertinya perkara-perkara mungkar yang mengandungi elemen seksual; “mudharabah” ertinya akad pelaburan yang melibatkan persetujuan antara pemodal dengan pengusaha di mana keuntungan akan dibahagi antara pemodal dengan pengusaha berdasarkan nisbah yang disepakati manakala kerugian modal ditanggung sepenuhnya oleh pemodal dan kerugian usaha ditanggung sepenuhnya oleh pengusaha; “mukalaf” ertinya seorang yang beragama Islam yang telah sampai umur mengikut hukum syarak dan tidak rosak akal fikirannya; “muncikari” ertinya seorang yang bertindak sebagai orang tengah antara seorang perempuan dan seorang lelaki atau antara sesama jenis bagi apa-apa maksud yang menyalahi Bahagian VI Enakmen ini; 12 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


“mungkar” ertinya sesuatu yang diingkari iaitu segala perbuatan yang buruk, dicela, dibenci dan diharamkan menurut hukum syarak; “musahaqah” ertinya suatu perbuatan memuaskan nafsu seks di antara perempuan dengan perempuan dengan cara menggeselkan faraj dengan faraj antara satu sama lain atau apa-apa kegiatan fizikal antara perempuan dengan perempuan yang akan terjumlah kepada perbuatan seksual seolah-olah jika ia dilakukan antara seorang lelaki dan seorang perempuan; “Pegawai Penjaga” ertinya mana-mana pegawai penjaga yang dilantik oleh mahkamah untuk menjaga mana-mana pesalah yang dihantar untuk menjalani hukuman di mana-mana pusat di bawah seksyen 63 Enakmen ini; “percubaan keluar Islam” ertinya apa-apa perlakuan oleh seseorang Islam yang mukalaf dengan kehendaknya sendiri sama ada dengan melalui perkataan, perbuatan atau dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai suatu cubaan keluar Islam; “pihak berkuasa agama” ertinya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan termasuklah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan, Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Mufti; “pusat bimbingan Islam” ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah subseksyen 102(3) Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 dan seksyen 63 Enakmen ini; “pusat pemulihan” ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 63; KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 13


“qardh” ertinya pinjaman wang; “rahn” ertinya kontrak menyerahkan harta sebagai cagaran untuk mendapatkan pinjaman; “riba” ertinya lebihan, tambahan, tidak sama timbangan atau sukatan pada masa berlaku pertukaran barang ribawi samada daripada aktiviti pemberian hutang atau pinjaman atau dalam akad jual beli; “rumah kebajikan” ertinya mana-mana tempat atau institusi yang ditetapkan sebagai sedemikian di bawah seksyen 63; “sihir” ertinya suatu perbuatan yang di luar daripada kebiasaan yang bertentangan dengan hukum syarak melibatkan penggunaan jin dan syaitan tidak terhad kepada penyembahan, pemujaan, jampi serapah atau azimat; “sumbang mahram” ertinya persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang dilarang mengahwini satu sama lain di bawah hukum syarak; “syarikah atau musyarakah” ertinya akad kerjasama antara dua pihak atau lebih pemilik modal dalam pelbagai bentuk untuk melaksanakan sesuatu projek yang mana keuntungan atau kerugian daripada kerjasama tersebut dibahagi berdasarkan syarat-syarat tertentu; “syuf’ah” ertinya perolehan pemilikan harta, sebagai pengganti dari pembeli dengan membayar harga barang kepada pemilik asal harta tertentu, sesuai dengan nilai dan sistem pembayaran oleh pembeli lain; “takfir” ertinya mengeluarkan pernyataan terhadap seseorang orang Islam sebagai orang bukan Islam; 14 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


“takzir” ertinya kesalahan yang hukumannya tidak termasuk dalam hukuman hudud dan qisas; “tidak sopan” ertinya apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat termasuklah– (a) bercumbu-cumbuan; (b) berpeluk-pelukan; (c) pertuturan atau isyarat lucah atau berpakaian yang mengghairahkan; atau (d) lain-lain perbuatan yang tidak sopan; yang bertentangan dengan Hukum Syarak; “wadi’ah” ertinya harta yang diberikan oleh satu pihak kepada pihak lain untuk dijaga dan dipulangkan apabila diminta; “wakalah” ertinya kontrak memberi perwakilan kepada satu pihak yang lain dalam perkara yang boleh diwakilkan untuk dilaksanakan dan dijalankan transaksi bagi pihaknya; (2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditafsirkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah masing-masing mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta itu setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan hukum syarak. (3) Bagi mengelakkan keraguan dalam pentafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Kedua, rujukan hendaklah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 15


Kuasa prerogatif 3. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam Enakmen ini, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Enakmen ini boleh mengurangkan atau menyentuh hak dan kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan sebagai Ketua Agama Islam di dalam negeri sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan. (2) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan boleh sebagai Ketua Agama Islam, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa, dalam perkara khusus yang bertentangan dengan hukum syarak. Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta. (3) Sesiapa yang tidak mematuhi perintah di subseksyen (2) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. BAHAGIAN II KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN PENJAGAAN AGAMA Sihir 4. (1) Mana-mana orang yang melakukan amalan, perbuatan, tindakan atau apa-apa sahaja yang boleh ditakrifkan sebagai sihir dengan apa-apa cara adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang telah disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakan dan dimusnahkan. 16 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Dakwaan palsu 5. Mana-mana orang yang– (a) mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau Nabi, Imam Mahdi atau keramat; atau (b) menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia, sedangkan pengisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. Percubaan keluar Islam 6. (1) Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perlakuan percubaan keluar Islam tetapi perbuatan itu tidak terjumlah kepada riddah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang supaya ditahan di pusat bimbingan Islam untuk tempoh tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah bertaubat mengikut hukum syarak. (3) Bagi maksud subseksyen (2) Pegawai Penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan. Memutarbelitkan ajaran Islam dan hukum-hakam agama Islam 7. Mana-mana orang yang memutarbelitkan ajaran Islam dan hukum-hakam agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 17


Takfir 8. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang mengatakan atau mentohmah dengan perkataan sama ada secara lisan atau bertulis, atau dengan isyarat atau dengan gambaran tampak, atau apa-apa perbuatan, aktiviti atau perlakuan, atau dengan menganjurkan, menaja atau membuat perkiraan bagi apa-apa aktiviti atau selainnya dengan apa-apa cara bahawa mana-mana orang yang menganut agama Islam atau orang yang tergolong dalam apa-apa kumpulan, golongan atau perihalan orang yang menganut agama Islam− (a) adalah kafir; (b) tidak lagi menganut agama Islam; (c) tidak sepatutnya diterima, atau tidak boleh diterima, sebagai menganuti agama Islam; atau (d) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti atau tergolong dalam agama Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi– (a) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana mahkamah atau pihak berkuasa agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan yang diberi kuasa untuk membuat atau mengeluarkan keputusan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan agama Islam; dan (b) apa-apa jua yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa keputusan yang dibuat atau dikeluarkan oleh mahkamah atau pihak berkuasa sedemikian, sama ada atau tidak keputusan itu adalah secara bertulis atau, jika bertulis, sama ada disiarkan atau tidak dalam Warta. Mengeji atau menghina undang-undang 9. Mana-mana orang yang mengeji atau menghina mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan agama Islam yang berkuat kuasa di dalam negeri Kelantan dengan apa-apa cara adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 18 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Tidak menghormati bulan Ramadan 10. (1) Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadan− (a) memberi, menjual, atau membekal kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap dalam waktu itu; atau (b) secara terbuka atau di tempat awam atau di mana-mana tempat didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Memusnahkan atau mencemarkan tempat beribadat 11. (1) Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana tempat beribadat orang Islam atau apa-apa kelengkapannya dengan niat menghina atau mempersendakan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang memusnahkan, merosakkan atau mencemarkan mana-mana tempat beribadat orang bukan Islam yang diiktiraf di sisi undang-undang atau apa-apa kelengkapannya dengan niat menghina atau mempersendakan agama orang bukan Islam tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 19


(3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan untuk dibayar ganti rugi yang munasabah dan apa-apa perintah yang wajar. Menggalakkan mungkar 12. Mana-mana orang yang menganjur, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa kemungkaran adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya 13. (1) Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada− (a) mana-mana orang yang tidak beragama Islam; atau (b) mana-mana orang Islam yang keji akhlaknya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat dengan enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu. BAHAGIAN III KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN DIRI DAN MARUAH Liwat 14. (1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan perbuatan liwat yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak adalah 20 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mana-mana orang lelaki yang cuba melakukan liwat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “liwat” ertinya persetubuhan yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur di antara seorang lelaki dengan seseorang yang lain. (4) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apaapa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Musahaqah 15. (1) Mana-mana orang perempuan yang melakukan perbuatan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mana-mana orang perempuan yang cuba melakukan musahaqah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 21


Persetubuhan dengan mayat 16. (1) Mana-mana orang melakukan persetubuhan dengan mayat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang cuba melakukan persetubuhan dengan mayat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah bolehlah, jika berpuashati, sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Persetubuhan dengan bukan manusia 17. (1) Mana-mana orang melakukan persetubuhan dengan bukan manusia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang cuba melakukan persetubuhan dengan bukan manusia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah bolehlah, jika berpuashati, sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Mengubah jantina 18. (1) Mana-mana orang yang– (a) mengubah jantinanya sendiri; 22 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


(b) menyebabkan diubah jantinanya sendiri; (c) mengubah jantina seorang lain; (d) menyebabkan diubah jantina seorang lain; tanpa sebab yang syarii adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. (3) Bagi maksud seksyen ini, “jantina” termasuklah mana-mana bahagian badan yang sulit bagi jantina tersebut. Orang lelaki berlagak seperti perempuan 19. (1) Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak atau berkelakuan seperti orang perempuan di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat persendirian yang boleh dilihat atau diakses oleh awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan, mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu; (a) setelah bon disempurnakan, membuat perintah mengkehendaki pesalah menjalankan khidmat komuniti, tidak melebihi 240 jam dalam agregat, dalam bentuk sifat dan waktu dan tempat dan tertakluk kepada syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah; atau (b) memerintahkan mana-mana orang supaya menjalani apa-apa kaunseling atau ditahan di pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam, rumah kebajikan, masjid, institusi atau KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 23


pusat yang diluluskan untuk menjalani pemulihan selama apa-apa tempoh tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah bertaubat mengikut hukum syarak. (3) Bagi maksud perenggan (2)(b) Pegawai Penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan. Orang perempuan berlagak seperti lelaki 20. (1) Mana-mana orang perempuan yang memakai pakaian lelaki atau berlagak atau berkelakuan seperti orang lelaki di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat persendirian yang boleh dilihat atau diakses oleh awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan, mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu; (a) setelah bon disempurnakan, membuat perintah mengkehendaki pesalah menjalankan khidmat komuniti, tidak melebihi 240 jam dalam agregat, dalam bentuk sifat dan waktu dan tempat dan tertakluk kepada syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah; atau (b) memerintahkan mana-mana orang supaya menjalani apa-apa kaunseling atau ditahan di pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam, rumah kebajikan, masjid, institusi atau pusat yang diluluskan untuk menjalani pemulihan selama apa-apa tempoh tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah bertaubat mengikut hukum syarak. (3) Bagi maksud perenggan (2)(b) Pegawai Penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan. 24 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Perbuatan atau percakapan tidak sopan 21. (1) Mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang dengan sengaja mengeluarkan atau menyebarkan kata-kata yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Perbuatan mencacah tatu atau membuat rawatan atau pembedahan untuk tujuan kosmetik tanpa sebab syarii 22. (1) Mana-mana orang yang– (a) mencacah tatu; (b) menyebabkan mana-mana orang mencacah tatu; (c) membuat rawatan atau pembedahan untuk dirinya untuk tujuan kosmetik tanpa sebab yang syarii; (d) membuat rawatan atau pembedahan untuk diri seorang lain untuk tujuan kosmetik tanpa sebab yang syarii; adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apaapa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 25


Mendedahkan aurat di tempat awam 23. (1) Mana-mana orang yang mendedahkan mana-mana bahagian tubuhnya atau memakai pakaian yang tidak sopan yang mendedahkan aurat atau yang boleh menimbulkan ghairah di tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan, mahkamah bolehlah, jika berpuas hati, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu; (a) setelah bon disempurnakan, membuat perintah mengkehendaki pesalah menjalankan khidmat komuniti, tidak melebihi 240 jam dalam agregat, dalam bentuk sifat dan waktu dan tempat dan tertakluk kepada syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah; atau (b) memerintahkan mana-mana orang supaya menjalani apa-apa kaunseling atau ditahan di pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam, rumah kebajikan, masjid, institusi atau pusat yang diluluskan untuk menjalani pemulihan selama apa-apa tempoh tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi tujuan pendidikan dan orang itu hendaklah bertaubat mengikut hukum syarak. (3) Bagi maksud perenggan (2)(b) Pegawai Penjaga hendaklah menyerahkan laporan kemajuan kepada mahkamah pada setiap bulan. Mengganggu rumah tangga orang lain 24. Mana-mana orang yang mengganggu rumah tangga orang lain dengan apa-apa cara, mempengaruhinya supaya mengabaikan tanggungjawab rumah tangga sedia ada adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh memerintahkan pasangan itu supaya hidup semula sebagai pasangan suami isteri. 26 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri 25. Mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan yang sudah bernikah dengan sah sebagaimana hukum syarak dan undang-undang daripada hidup sebagai suami isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memerintahkan pasangan itu supaya hidup bersama semula sebagai pasangan suami isteri. Menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan 26. Mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk dengan apa-apa cara mana-mana lelaki atau perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Memujuk lari mana-mana orang Islam dari jagaan 27. Mana-mana orang yang memujuk atau mendorong mana-mana orang Islam supaya lari daripada jagaan ibu bapa atau penjaganya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai berkenaan dengan orang itu. Perempuan lari daripada jagaan 28. Seseorang perempuan yang lari daripada jagaan ibu bapa atau penjaganya yang sah tanpa sebab yang munasabah pada hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai perempuan tersebut. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 27


Tuduhan melakukan mungkar 29. Kecuali dalam kes li’an, mana-mana orang yang menuduh orang lain dengan apa-apa cara melakukan mungkar tanpa bukti mengikut hukum syarak atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. Kata-kata yang boleh memecah keamanan 30. Mana-mana orang yang dengan sengaja mengeluar atau menyebarkan kata-kata bertentangan dengan hukum syarak yang mungkin boleh memecahkan keamanan di mana-mana tempat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduaduanya. Gangguan seksual 31. Mana-mana orang yang mengganggu secara seksual mana-mana orang yang lain di mana-mana tempat dengan suatu perbuatan atau perkataan yang boleh menjatuhkan maruah orang itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Memutuskan hubungan dengan keluarga terdekat secara salah 32. (1) Mana-mana orang yang secara sengaja dengan niat yang tidak baik, memutuskan hubungan dengan keluarganya yang terdekat atau enggan berhubung dengan mereka dengan cara yang sewajarnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apaapa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. (3) Bagi maksud subseksyen (1) di atas, keluarga terdekat bermaksud ahli keluarga yang boleh mewarisi harta di bawah undangundang berkaitan pewarisan dan pesaka. 28 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Derhaka kepada ibu bapa 33. (1) Mana-mana orang yang berbuat derhaka kepada kedua-dua ibu dan bapa kandungnya atau kepada salah seorang daripada keduanya atau penjaganya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Bagi maksud subseksyen (1) di atas, perbuatan derhaka termasuklah apa-apa perkataan, perbuatan atau peninggalan yang secara salah− (a) menyakiti hati dan perasaan mereka sama ada dengan cara bercakap kasar atau mengherdik atau selainnya; (b) menyakiti fizikal dan mental mereka sama ada dengan mendatangkan kecederaan atau tidak; (c) menghilangkan sikap dan perasaan kasih sayang terhadap mereka; atau (d) menyebabkan mereka terbiar, tidak terbela, terlantar atau berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apaapa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Memiliki dokumen palsu, memberi keterangan, maklumat atau pernyataan palsu 34. (1) Mana-mana orang yang memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan palsu atau memalsukan keterangan bagi maksud digunakan dalam apa-apa peringkat prosiding mahkamah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Mana-mana orang yang mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 29


berhubungan dengan agama Islam, memiliki dokumen atau memberikan apa-apa maklumat berhubungan dengan kesalahan itu yang diketahuinya atau dipercayainya sebagai palsu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. BAHAGIAN IV KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN AKAL DAN KONSUMSI Minuman yang memabukkan 35. (1) Mana-mana orang yang, di mana-mana tempat sama ada terbuka atau tertutup, minum apa-apa minuman yang memabukkan yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak atau cuba meminumnya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mana-mana orang yang menyebabkan seseorang lain cuba meminum apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (3) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli atau berada dalam milikannya atau mengilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyi, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan, mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapatkan, membekal, mengedar mengawal atau menjaga apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 30 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


(4) Bagi maksud seksyen ini, “meminum” termasuklah apabila seseorang itu didapati positif dalam ujian pengesanan. (5) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Apa-apa yang mengkhayalkan 36. (1) Mana-mana orang yang mengguna apa-apa bahan yang mengkhayalkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mana-mana orang yang menyebabkan seseorang lain mengguna atau mencuba apa-apa bahan yang mengkhayalkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (3) Bagi maksud seksyen ini, “mengguna” termasuk makan, mengunyah, menghisap, menelan, meminum, menyedut, menghidu atau memasukkan bahan-bahan itu ke dalam badan dengan apa jua cara atau dengan menggunakan apa jua alat. (4) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 31


BAHAGIAN V KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN HARTA Berjudi 37. (1) Mana-mana orang yang− (a) berjudi atau didapati berada di tempat berjudi sama ada dia melakukan perjudian atau tidak; atau (b) menganjurkan, memberi tempat atau membenarkan apa-apa aktiviti perjudian di mana-mana premis di bawah miliknya atau kawalannya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. (2) Dalam seksyen ini, “berjudi” termasuklah apa-apa permainan atau pertandingan yang di dalamnya terdapat pertaruhan. (3) Dalam seksyen ini, “tempat berjudi” ertinya mana-mana premis, termasuk bilik, pejabat atau gerai, atau mana-mana tempat sama ada terbuka atau tertutup yang digunakan atau disimpan bagi maksud perjalanan apa-apa permainan yang keputusannya bergantung kepada nasib atau campuran kemahiran dan nasib sama ada dibenarkan oleh mana-mana undang-undang lain atau sebaliknya untuk mendapat wang atau nilai wang. (4) Mahkamah boleh memerintahkan supaya apa-apa peranti, barang atau benda yang digunakan dalam pelakuan atau yang ada kaitan dengan kesalahan yang telah disebut dalam subseksyen (1) dilucuthakkan dan dimusnahkan, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (5) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. 32 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Memakan harta anak yatim 38. (1) Sesiapa yang menyebabkan harta anak yatim terjejas sama ada diambil harta tersebut untuk dirinya atau untuk pihak lain secara tidak sah adalah melakukan kesalahan memakan harta anak yatim dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan 39. (1) Sesiapa yang mengukur, menyukat atau menimbang dalam apa-apa urusan berkaitan transaksi harta dan dengan secara curang membuat pengurangan pada ukuran, sukatan atau timbangan tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak 40. Mana-mana orang yang melakukan mana-mana transaksi− (a) jual beli; (b) ijarah; (c) rahn; (d) syarikah atau musyarakah; KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 33


(e) mudharabah; (f) qardh; (g) ju’alah; (h) hiwalah; (i) ‘ariyyah atau i’arah; (j) wakalah; (k) dhaman; (l) hibah; (m) wasiat; (n) istisna’; (o) wadi’ah; (p) luqatah; (q) syuf’ah; yang berlawanan dengan hukum syarak atau mana-mana fatwa atau mana-mana keputusan rasmi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau yang diiktiraf oleh undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau apa-apa perintah yang wajar atau kombinasi mana-mana hukuman itu. Melakukan transaksi muamalat secara riba, dll. 41. Mana-mana orang yang melakukan mana-mana transaksi− (a) riba; (b) ghisy; (c) gharar; (d) ghasb; (e) memakan harta secara batil; (f) ihtikar; 34 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


yang berlawanan dengan hukum syarak atau mana-mana fatwa atau mana-mana keputusan rasmi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau yang diiktiraf oleh undang-undang bertulis yang sedang berkuatkuasa adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun dan apa-apa perintah yang wajar. Penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal 42. (1) Mana-mana orang yang mempamerkan apa-apa bentuk penandaan halal kepada makanan, minuman, barang-barang atau perkhidmatan yang tidak halal dengan tujuan untuk memperdayakan atau mengelirukan orang Islam bahawa makanan, minuman, barang-barang atau perkhidmatan itu adalah halal adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (2) Bagi maksud seksyen ini, “mana-mana orang” termasuklah mana-mana orang Islam yang pada masa kesalahan itu dilakukan iaitu pengarah, pengurus atau setiausaha syarikat atau selainnya bertanggungjawab atas pengurusan syarikat itu adalah juga bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa− (a) kesalahan itu telah dilakukan oleh syarikat itu tanpa persetujuan atau pembiarannya; atau (b) dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang patut diambil olehnya dengan mengambil kira sifat jawatannya atau jenis tugasnya dalam syarikat itu dan segala hal keadaan. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 35


BAHAGIAN VI KESALAHAN TAKZIR BERHUBUNGAN DENGAN PENJAGAAN KETURUNAN Menawar atau memberi perkhidmatan maksiat 43. (1) Mana-mana orang yang menawar atau memberi perkhidmatan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk– (a) melacurkan isteri atau anaknya atau mana-mana orang yang dalam jagaan atau peliharaannya; atau (b) menyebabkan atau membenarkan suami, isteri atau anaknya atau mana-mana orang yang dalam jagaan atau peliharaannya melacurkan diri, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Perbuatan sebagai persediaan untuk menawar atau memberi perkhidmatan maksiat 44. (1) Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan dengan apa-apa cara sebagai persediaan untuk melacurkan dirinya atau persediaan untuk menawarkan perkhidmatan maksiat atau persediaan untuk memberi perkhidmatan maksiat bagi dirinya adalah melakukan kesalahan dan 36 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan maksiat 45. (1) Mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan maksiat adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Zina 46. (1) Mana-mana orang yang melakukan perbuatan zina yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mana-mana orang yang cuba melakukan zina adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 37


(3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Perbuatan sumbang mahram 47. (1) Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram yang tidak boleh dikenakan hukuman hadd mengikut hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan disebat tidak melebihi enam sebatan. (2) Mana-mana orang yang cuba melakukan zina adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (3) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah bolehlah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Muncikari 48. (1) Mana-mana orang yang bertindak sebagai muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. 38 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Hamil luar nikah 49. (1) Mana-mana perempuan yang didapati hamil atau melahirkan anak luar nikah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi 6 sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. (2) Mana-mana perempuan yang melahirkan anak yang penuh sifat dalam masa kurang daripada 175 hari dan 2 lahzah selepas dia berkahwin boleh disifatkan sebagai melahirkan anak luar nikah melainkan ada keterangan yang membuktikan sebaliknya. (3) Mana-mana lelaki yang menyebabkan mana-mana perempuan hamil luar nikah, sama ada atau tidak perempuan tersebut telah melahirkan anak, adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum menurut peruntukan subseksyen (1). (4) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Khalwat 50. (1) Mana-mana orang– (a) lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau (b) perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya, di mana-mana tempat dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa mereka melakukan perbuatan yang bertentangan dengan hukum syarak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 39


(2) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan, mahkamah jika berpuas hati, sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, boleh memerintahkan apa-apa perintah yang wajar. Menuduh percubaan melakukan zina, liwat atau musahaqah 51. Kecuali dalam hal li’an, seseorang yang menuduh mana-mana orang melakukan percubaan zina, liwat atau musahaqah tanpa mengemukakan saksi atau iqrar orang yang dituduh mengikut hukum syarak, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan kombinasi mana-mana hukuman itu. BAHAGIAN VII PERSUBAHATAN DAN PERCUBAAN Persubahatan 52. Seseorang bersubahat melakukan sesuatu perkara jika− (a) menghasut mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; (b) mengambil bahagian bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lain dalam apa-apa pakatan jahat untuk melakukan atau meninggalkan perkara itu, jika sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku ekoran daripada pakatan jahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau (c) dengan sengaja membantu dengan apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang, pelakuan perkara itu. Huraian 1 − Seseorang yang dengan pernyataan salah sengaja atau penyembunyian sengaja suatu fakta material yang dia terikat mendedahkannya, dengan sengaja menyebabkan atau mendapatkan, atau cuba untuk menyebabkan atau mendapatkan, supaya sesuatu perkara dilakukan adalah dikatakan menghasut supaya perkara itu dilakukan. 40 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


Huraian 2 − Mana-mana orang sama ada sebelum atau pada masa pelakuan sesuatu perbuatan, melakukan apa-apa jua dengan tujuan memudahkan pelakuan perbuatan itu, dan dengan itu memudahkan pelakuan itu, adalah dikatakan membantu dalam melakukan perbuatan itu. Bersubahat di dalam negeri Kelantan kesalahan di luar negeri Kelantan 53. Seseorang adalah bersubahat melakukan sesuatu kesalahan mengikut pengertian Enakmen ini jika di dalam negeri Kelantan dia bersubahat melakukan suatu perbuatan di luar Negeri Kelantan yang akan menjadi suatu kesalahan sekiranya dilakukan di negeri Kelantan. Hukuman bagi orang yang bersubahat 54. Mana-mana orang yang bersubahat melakukan apa-apa kesalahan hendaklah dihukum setakat mana keterlibatan tidak melebihi hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Tanggungan orang yang bersubahat jika perbuatan yang berlainan dilakukan 55. Jika sesuatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang berlainan dilakukan, orang yang bersubahat itu bertanggungan ke atas perbuatan yang dilakukan mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia telah bersubahat melakukan perbuatan itu jika perbuatan yang dilakukan– (a) adalah kemungkinan perbuatan subahat itu; dan (b) telah dilakukan di bawah pengaruh perbuatan subahat itu atau dengan bantuan atau kerana pakatan jahat yang mewujudkan perbuatan subahat itu. Percubaan 56. Mana-mana orang yang cuba− (a) melakukan sesuatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan hukum syarak; atau KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 41


(b) menyebabkan kesalahan itu dilakukan, dan dalam percubaan itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu hendaklah, jika tiada peruntukan nyata dibuat oleh Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman percubaan itu, dihukum dengan apa-apa hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. Dengan syarat bahawa apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan tidak boleh melebihi setengah daripada tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu. BAHAGIAN VIII KECUALIAN AM Perbuatan hakim apabila bertindak secara kehakiman 57. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seorang hakim apabila bertindak secara kehakiman pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepadanya, atau yang dia dengan suci hati percaya telah diberikan kepadanya, oleh undang-undang. Perbuatan yang dilakukan menurut penghakiman atau perintah mahkamah 58. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan menurut, atau yang diwajarkan oleh penghakiman atau perintah mahkamah, jika dilakukan semasa penghakiman atau perintah itu masih berkuat kuasa, walaupun mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu jika orang yang melakukan perbuatan itu percaya dengan suci hati bahawa mahkamah itu mempunyai bidang kuasa untuk membuat penghakiman atau perintah itu. Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kewajaran di sisi undang-undang 59. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang mempunyai kewajaran di sisi undang-undang, atau yang 42 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


oleh sebab kesilapan fakta dan bukan kesilapan undang-undang dengan suci hati percaya bahawa dia mempunyai kewajaran di sisi undang-undang untuk melakukan yang demikian. Perbuatan kanak-kanak yang belum akil baligh 60. Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh kanak-kanak yang belum akil baligh. Perbuatan seseorang yang tak sempurna akal 61. (1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang pada masa melakukan perbuatan itu oleh sebab ketidaksempurnaan akalnya, tidak berupaya mengetahui sifat sebenar perbuatan itu, atau bahawa apa yang dilakukannya adalah salah dan berlawanan dengan undang-undang. (2) Bagi maksud seksyen ini, jika seseorang berada dalam keadaan mabuk pada masa perbuatan yang diadukan itu dan– (a) keadaan mabuk itu adalah sedemikian rupa sehingga dia tidak tahu bahawa perbuatan atau peninggalan itu adalah salah atau dia tidak tahu apa yang dilakukannya; dan (b) keadaan mabuk itu telah terjadi tanpa persetujuannya dan akibat perbuatan niat jahat atau kecuaian seorang yang lain maka dia hendaklah disifatkan sebagai orang yang tidak sempurna akal. (3) Dalam seksyen ini, “mabuk” hendaklah disifatkan termasuk keadaan yang dihasilkan oleh dadah atau sihir. Perbuatan orang yang dipaksa melakukan kesalahan oleh sebab ugutan 62. (1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang dipaksa melakukan perbuatan itu oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu semunasabahnya percaya pada masa dia melakukan perbuatan itu bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga. (2) Pengecualian di bawah subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya dengan kerelaannya sendiri dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 43


BAHAGIAN IX PERKARA AM Penetapan pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam atau rumah kebajikan, dsb. 63. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam, rumah kebajikan, masjid, institusi atau pusat yang diluluskan bagi maksud Enakmen ini. Kuasa mahkamah untuk membuat perintah terhadap orang yang disabitkan ke pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam atau rumah kebajikan, dsb. 64. (1) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan di bawah Enakmen ini, mahkamah boleh, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu, memerintahkan mana-mana orang sedemikian menjalani apa-apa kaunseling atau ditahan ke pusat pemulihan, pusat bimbingan Islam, rumah kebajikan, masjid, institusi atau pusat yang diluluskan untuk menjalani pemulihan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling atau pemulihan atau penahanan, tempohnya tidaklah boleh melebihi tiga tahun. (2) Walau apapun yang dinyatakan dalam subseksyen (1) di atas, mahkamah berkuasa membuat apa-apa perintah sebagaimana subseksyen (1) di atas atau membuat apa-apa perintah lain terhadap pesalah muda atau kombinasi kedua-duanya. Kuasa mahkamah membuat tambahan perintah hukuman atau ganti hukuman untuk menjalankan khidmat komuniti 65. (1) Jika mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini, mahkamah boleh sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang telah ditentukan bagi kesalahan itu atau sebagai ganti hukuman, memerintahkan apa-apa perintah yang wajar atau setelah bon disempurnakan membuat perintah mengkehendaki pesalah menjalankan khidmat komuniti, tidak melebihi 240 jam dalam agregat, dalam bentuk sifat dan waktu dan tempat dan tertakluk kepada syarat-syarat sepertimana yang dinyatakan oleh Mahkamah. 44 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


(2) Bagi maksud seksyen ini, “khidmat komuniti” ertinya apa-apa kerja, perkhidmatan atau arahan untuk kebaikan masyarakat secara am dan termasuk, apa-apa kerja yang telah dijalankan yang melibatkan bayaran kepada pihak penjara atau pihak berkuasa tempatan. Kesalahan-kesalahan yang tidak ditentukan hukumannya 66. Mana-mana kesalahan di bawah enakmen ini atau di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya yang tidak diperuntukkan baginya hukuman yang nyata, boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Hukuman bagi kesalahan kedua dan berikutnya 67. Mana-mana orang yang pernah dijatuhi hukuman atas suatu kesalahan di bawah Enakmen ini yang kemudiannya disabitkan melakukan kesalahan yang sama, hendaklah bagi kesalahan kedua atau berikutnya dihukum dengan hukuman yang tidak lebih ringan daripada hukuman sebelumnya. Pemansuhan 68. (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Negeri Kelantan) 1985 [Enakmen No.2 Tahun 1985] dimansuhkan. (2) Walau apapun subseksyen (1), segala prosiding di bawah Enakmen yang dimansuhkan itu, termasuk apa-apa rayuan daripada mana-mana mahkamah di bawah Enakmen yang dimansuhkan itu, hendaklah diteruskan seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan. KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 45


JADUAL PERTAMA [subseksyen 1(5)) SEKSYEN-SEKSYEN DALAM ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994 Seksyen 102 Seksyen 104 Seksyen 110 Seksyen 113 Seksyen 114 Seksyen 115 Seksyen 116 Seksyen 119 Seksyen 120 Seksyen 121 Seksyen 122 Seksyen 125 Seksyen 126 Seksyen 127 Seksyen 136 46 Undang-Undang Negeri Kelantan Enakmen 14


JADUAL KEDUA [subseksyen 2(3)] TULISAN DALAM BAHASA ARAB BAGI PERKATAAN DAN UNGKAPAN TERTENTU ‘ariyyah atau i’arah - إعارة atau عارية ضمان - dhaman غرر - gharar غصب - ghasb غش - ghisy هبة - hibah حوالة - hiwalah إحتكار - ihtikar إجارة - ijarah إستصناع - ‘istisna ju’alah - جعالة li’an - لعان لقطة - luqatah مضاربة - mudharabah مساحقة - musahaqah قرض - qardh رهن - rahn syarikah atau musyarakah - مشاركة atau شركة syuf’ah - شفعة KANUN JENAYAH SYARIAH (I) 47


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.