Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta Flipbook PDF

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta

61 downloads 99 Views 5MB Size

Story Transcript

Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Sebelum anda teruskan bacaan, tolong faham apa yang Tok cakap. Ebook ini tidak boleh dijual. Ebook ini tidak bertanggungjawab atas segala tindakan yang anda buat. Tolong ambil iktibar, ilmu dan pengajaran daripada perkongsian Tok. Tolong jangan jadi "babi yang buta". Bertindak dengan ilmu. Bertanya kalau tak tahu. Ada soalan? Emel Tok Penghulu: [email protected]


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Jika Tok cerita cara kumpul aset hartanah bernilai RM1 juta berdasarkan cerita realiti. Apa yang anda akan buat? Terima kasih sebab download ebook ini. Mudah-mudahan ebook ini mampu membantu membuka mata dan hati kita untuk memahami selok belok dunia pelaburan hartanah. Tok Penghulu akan cerita berdasarkan kajian kes sebenar, daripada orang yang sebenar, dan hasil yang sebenar (realiti). Tok tak mahu cerita gebang atau cerita yang sekadar gersang di mata, tapi pahit apabila berpaksikan realiti. Jika anda sudah bersedia untuk memahami bagaimana proses memiliki aset hartanah yang akan memberikan nilai RM1 juta, mari kita teruskan bacaan.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Siapa yang akan jadi contoh dan panduan? Tok Penghulu pernah baca pengalaman mamat ini. Malah Tok juga pernah bertemu dua muka dan berborak-borak dengan beliau tentang pelaburan hartanah. Apa yang Tok boleh cakap, dia seorang yang boleh dipercayai dan diyakini. Mamat itu mungkin tak kenal Tok. Sebab Tok ini bukan orang yang popular macam dia. Okay. Siapa mamat yang Tok maksudkan? Rasanya majoriti pelabur hartanah sudah sinonim dengan nama dia: Faizul Ridzuan. Dia bukan pakar. Tetapi lebih sesuai digelar sebagai... Tok tidak mahu gelarkan Faizul Ridzuan sebagai "pakar pelaburan hartanah." Geli tekak Tok.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Tetapi, Tok mahu kongsikan apa yang Tok belajar daripada dia ketika mana dia berkongsi 1 strategi yang menarik perhatian Tok. Strategi itu yang menyebabkan Tok memberi judul ebook ini. Ya, bagaimana membina portfolio hartanah bernilai RM1 juta. Ia 100% berdasarkan pengalaman Faizul Ridzuan sendiri. Tok akan togelkan maklumat hartanah yang dia miliki dan nilainya melebihi RM1 juta sekarang. Sebelum bagi banyak alasan, baca kisah dia sebelum berjaya dalam pelaburan hartanah. Sebelum itu, Tok mahu anda semua tahu beberapa perkara tentang latar belakang beliau. Memandangkan Tok sudah terhidu bau-bau pembaca yang akan bercakap negatif seperti, "Faizul Ridzuan bolehlah!"


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Ini latar belakang mamat ini sebelum beliau jadi "Faizul Ridzuan" yang ramai orang kenali. 1) Bermula dengan wang simpanan peribadi sebanyak RM2,000 sahaja. 2) Dia cuma seorang pekerja makan gaji semasa beli hartanah yang pertama. Gaji sekitar RM2,500 sebulan. 3) Ini mungkin nampak pelik. Dia berhutang dengan kad kredit untuk pembelian hartanah pertamanya. 4) Sehingga saat Tok menulis ebook ini, Faizul Ridzuan sudah beli lebih 25 unit hartanah "high rise". Cth: Kondominium, apartment dsb. Apa tujuan Tok kongsikan latar belakang Faizul Ridzuan? Tok sengaja kongsikan latar belakang Faizul Ridzuan supaya para pembaca boleh faham satu perkara: "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Kemudian, "Jika kita benar-benar mahukan sesuatu, kita akan cari jalan dan buang segala alasan." Akhir sekali, "Cerita senang hari ini bermula dengan penderitaan dan duka sepanjang menempuhi perjalanan ke arah impian." Dalam ebook ini, anda juga akan faham secara asas bagaimana untuk memiliki hartanah yang bakal memberi pulangan nilai sebanyak RM1 juta. Berdasarkan pengalamannya sendiri. Ya, realiti. Bukan fantasi.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Langkah 1: Beli hartanah pertama. Bahagian ini yang ramai tunggu. Iaitu bahagian yang akan menceritakan tentang "caranya". Tok pun agak teruja untuk berkongsi. Sebab ia berdasarkan realiti. Kalau anda faham keseluruhan kajian kes ini, anda sendiri akan dapati bahawa tidak mustahil untuk anda juga mencapai kejayaan yang sama. Beli 1 unit hartanah. Nilai sekarang RMXXX,XXX. "Aku beli aset hartanah pertama aku pada tahun 2005." Itu ayat yang keluar daripada mulut Faizul Ridzuan bila dia berkongsi dengan Tok tentang kisah pembelian hartanah pertamanya. Tok malas mahu cerita panjang. Ini Tok kongsikan maklumat hartanah yang Faizul Ridzuan beli pada tahun 2005.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Kemudian Tok mahu anda lihat nilainya sekarang pada tahun 2015. 1) Beli unit kondominium Kelana Puteri dengan harga RM140,000. 2) Nilai hartanah itu pada tahun 2015 adalah sekitar RM380,000. 3) Berapakah jumlah peningkatan nilai yang berlaku pada hartanah dia dari tahun 2005 hingga 2015 (10 tahun)? RM240,000. Maksud yang Tok cuba tekankan di sini adalah: Faizul Ridzuan mempunyai aset hartanah bernilai RM380,000. Jika kita ikut pada matlamat RM1 juta nilai aset, nilai yang beliau perlukan hanya tinggal RM620,000 sahaja lagi. Mari sini Tok bagi jawapan matematik ringkas:


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Matlamat: RM1,000,000 nilai aset hartanah. Nilai 1 unit hartanah: RM380,000. Baki untuk mencapai matlamat: RM1,000,000 - RM380,000 = RM620,000.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Langkah 2: Beli hartanah kedua. "Pengalaman pertama membeli rumah pelaburan adalah pengalaman yang paling bermakna. Ia juga memberikan 1,001 pengajaran berharga buat diri kita." Tok sendiri agak terkejut dengan peningkatan nilai hartanah yang berlaku dalam masa 10 tahun. Tok pun perlu ingatkan bahawa tidak semuanya "manis belaka." Tok percaya Faizul Ridzuan menghadapi pelbagai jenis cabaran apabila beliau mula membeli hartanah yang pertama. Bezanya, ia adalah satu pengalaman yang sangat bermakna. Langkah kedua pula adalah sangat tipikal: Mencari aset hartanah yang kedua. Tok ulang kembali matlamat utama dan kajian kes yang berlaku pada Faizul Ridzuan:


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Matlamat: RM1,000,000 nilai aset hartanah. Nilai 1 unit hartanah: RM380,000. Baki untuk mencapai matlamat: RM1,000,000 - RM380,000 = RM620,000. Berjuang selama 1 tahun untuk beli hartanah kedua. Dalam kes hartanah yang kedua, beliau mengorak langkah dalam masa 1 tahun sahaja. Berikut adalah maklumat ringkas tentang pembelian hartanahnya: 1) Beli 1 unit rumah studio di Casa Mutiara. 2) Kawasan terletak di Pudu. 3) Harga adalah RM160,000 dengan keluasan 380 kaki persegi.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu 4) Faizul menggunakan modal daripada keuntungan hartanah yang pertama untuk digunakan sebagai bayaran deposit hartanah yang kedua. 5) Beliau meraih pendapatan sewa sebanyak RM1,500 sebulan. Untuk unit rumah yang sekecil 380 kaki persegi, beliau mengambil penyewa yang berbeza daripada biasa untuk mengaut keuntungan mewah daripada sewaan. Berapakah nilai harga hartanah kedua sekarang? Semua maklumat di atas adalah ringkasan yang Tok dapat apabila berbual dengan Faizul. Bahagian paling menarik adalah apabila Tok tanya soalan ini, "Okay, berapa nilai harga Casa Mutiara sekarang (tahun 2015) yang engkau beli pada tahun 2006?" Faizul diam. Tarik nafas. Kemudian baru beliau memberikan jawapan,


RM330,000 (Casa Mutiara) = RM710,000. Baki untuk mencapai matlamat: RM1,000,000 - RM710,000 = RM290,000.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Tok harap perkongsian ini semakin membuka mata anda untuk nampak potensi pelaburan hartanah untuk jangka masa panjang. Teruskan bacaan.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Langkah 3: Beli hartanah ketiga. "Perkara terbaik dalam pelaburan hartanah untuk jangka masa panjang adalah jumlah aset bersih yang saya bakal miliki dalam masa 30 tahun dari sekarang. 100% percuma kerana kos ditanggung oleh penyewa." - Faizul Ridzuan Okay, anda sekarang sudah hampir ke penghujung rancangan. Tok akan berkongsi kajian kes pengalaman Faizul Ridzuan membeli hartanah ketiga. Kenapa tiga sahaja? Baca dahulu sampai habis dan jangan tinggal 1 muka surat pun. Supaya anda faham mesej yang Tok cuba untuk beritahu. Lokasi yang Tok agak ragu dan sangsi...


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Untuk hartanah yang ketiga ini, Tok agak skeptikal sedikit. Sebab Faizul cakap dia beli di kawasan Masjid India pada tahun 2007. Cuba bayangkan tahun 2007... Kawasan Masjid India? Bukan itu sahaja. Malah beliau membeli unit hartanah daripada pemaju hartanah yang mempunyai kredibiliti yang agak menghampakan. Maklumat ringkas hartanah ketiga Faizul Mungkin anda mahu tahu maklumat hartanah yang ketiga. Ini maklumat ringkas: 1) Pada tahun 2007, beliau beli 1 unit hartanah di Maytower Service Apartment. 2) Harga yang beliau beli ketika itu adalah RM180,000.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu 3) Keluasan unit hartanah itu hampir sama seperti unit kedua. Cuma kecil sedikit. 351 kaki persegi. 4) Faizul gunakan duit sewaan daripada hartanah kedua (sekitar RM18,000) untuk pembayaran deposit rumah. 5) Untuk unit hartanah ketiga ini, beliau berjaya dapat penyewa yang bayar dengan harga RM1,000 sebulan. Macam biasa, soalan yang Tok akan ajukan kepada Faizul selepas dengar beliau cerita gebang tentang pengalamannya membeli unit hartanah yang ketiga: "Jangan kata hartanah ketiga engkau ini naik ratusan ribu juga macam dua unit yang lain?" Faizul Ridzuan sekali lagi mendiamkan diri. Hirup air sedikit. Tarik nafas. Kemudian baru beliau bersuara, "Ya. Nilai hartanah ketiga saya ini mengalami peningkatan nilai harga yang positif pada tahun ini (2015). Sekarang


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu harga permintaan untuk unit yang saya miliki adalah RM310,000." Tok pun gunakan aplikasi kalkulator yang memang tersimpan rapi dalam smartphone untuk mencongak jumlah peningkatan unit hartanah ketiganya. Peningkatan harga sebanyak 6 angka dalam masa 8 tahun. Tahun 2007: Beli 1 unit hartanah dengan harga RM180,000. Tahun 2015: Nilai harga hartanah untuk unit yang sama adalah RM310,000. Jumlah peningkatan: RM310,000 (Tahun 2015) - RM180,000 (Tahun 2007) = RM130,000. Walaupun tidak semewah dua unit hartanah yang pertama, namun dari sudut matlamat memiliki aset hartanah RM1 juta itu berjaya dicapai.


RM310,000 (Maytower Service Apartment). Jumlah nilai aset hartanah: RM1,020,000 (Yeah! Berjaya kumpul aset hartanah bernilai RM1.2 juta). Akhirnya, berjaya juga Tok kongsikan sampai habis strategi yang boleh kita ambil iktibar daripada pengalaman pelabur hartanah bernama Faizul Ridzuan ini. Ingat, Tok tidak bagi sebarang cadangan tentang lokasi pembelian yang bagus. Apa yang Tok ingin sampaikan adalah peluang dan potensi apabila kita melabur dalam hartanah menggunakan strategi yang betul. Tetapi, ada 1 masalah yang Tok berdebat dengan Faizul Ridzuan sebelum kami tamat berbual.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu "Eleh... Engkau beli masa harga hartanah tengah murah. Bolehlah!" Tok nampak muka Faizul agak menyirap selepas Tok cakap ayat di atas. Beliau cuba berlagak tenang. Sambil-sambil itu Faizul keluarkan Macbook Air dan tunjukkan satu gambar rajah yang membuat Tok terus diam membisu.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Lalu Faizul pun mengeluarkan ayat ini, "Jika engkau perhatikan gambar rajah ini, engkau akan dapati harga hartanah di Malaysia meningkat sekitar 5% setiap tahun. Sampai bila rakyat Malaysia akan bagi alasan untuk tidak beli hartanah sekarang?"


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Perbualan Tok dengan Faizul Ridzuan ini sebenarnya lebih daripada apa yang Tok kongsikan dalam ebook ini. Cuma, Tok tak mahu bagi anda maklumat yang terlalu berat. Ini adalah kesimpulan yang Tok dapat sampaikan kepada para pembaca: 1) Kebarangkalian semua unit hartanah yang kita miliki hari ini akan mengalami kenaikan sebanyak 5% setahun. Kenapa tidak mula melabur sekarang? 2) Jika kita mempunyai strategi yang bagus untuk dapat penyewa dengan harga sewaan yang berpatutan, bayaran pinjaman (loan) 100% ditanggung mereka. 3) Dalam masa 30 tahun, hutang pinjaman akan habis dibayar dan aset hartanah itu 100% milik kita. Ini adalah potensi pelaburan hartanah yang Tok nampak. Hanya bermodalkan RM2,000, Faizul Ridzuan boleh memiliki aset hartanah bernilai lebih RM1 juta dalam tempoh 30 hingga 35 tahun.


Bagaimana Bina Aset Hartanah RM1 Juta (Kajian kes) | Hakcipta Gila Hartanah a.k.a Tok Penghulu Jika anda rasa ebook ini bermanfaat, boleh Tok minta testimonial? Apa yang anda belajar selepas baca ebook ini? Sila hantarkan testimonial anda ke emel Tok di [email protected] Tok akan baca setiap patah perkataan yang anda tulis. Terima kasih sekali lagi, kerana muat turun. Terima kasih, kerana sudi baca ebook ini sampai habis. Semoga anda juga berjaya dalam pelaburan hartanah.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.