Bawang Merah & Bawang Putih (Siti Nuraini, Nor Hazliyza, Norfitriah) Flipbook PDF


101 downloads 120 Views 13MB Size

Recommend Stories


Diagrama T0 Interruptor unipolar Diagrama T300 Conmutador EstrellaTriángulo 3 polos pisos Amp Amp Amp 0 Amp Diagrama T0 Interruptor bipolar polos 1 pi
Interruptores y conmutadores de levas TELERGÓN Definición Son interruptores de maniobra semi- independiente, utilizados en páneles de distribución y

4 CHANNEL HEADPHONE AMP
0 10 VOLUME L R BALANCE CH 4 OL 0 0 -6 -18 SHAPE OUT 0 -6 VOLUME10 SHAPE OUT 0 VOLUME10 -12 SHAPE OUT -18 CH 2 STEREO 0 -6 -12

Story Transcript

Editor dan penulis: bawang merah bawang putih Mari Membaca Norfitriah Siti Nuraini Nor Hazliyza


Hai! Nama saya Bawang Putih Hai! Nama saya Bawang Merah WATAK


Nenek Tua Ibu Bawang Merah WATAK


Jalan Cerita


"Pada permulaan cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang rajin dan baik hati yang bernama Bawang Putih sedang membasuh pakaian di kawasan sungai, tetapi sesuatu yang malang telah berlaku.


Oh tidak! Bawang Putih kerap melakukan kerja-kerja rumah semenjak tinggal bersama ibu dan kakak tirinya, Bawang Merah... Pada suatu hari, Bawang Putih sedang membasuh kain akan tetapi malangnya kainnya hanyut..


Kamu mencari ini anak muda? Bawang Putih berusaha mencari baju bawang merah, dia sangat susah hati kerana itu adalah baju kesukaan kakak tirinya. *Namun begitu, keajaiban berlaku. Kelihatan seorang nenek menghampiri bawang putih dengan memegang baju Bawang Merah.


Tanpa sedar, Bawang Putih melompat dan memeluk nenek itu. "Terima kasih, Nek. Nyaris sahaja saya dimarah ibu dan adik tiri." Nenek memandang Bawang Putih lalu berkata "Kamu boleh membawa pulang baju ini, tapi ada syaratnya..."


Itu adalah baju si Bawang Merah! Kamu boleh ambil tetapi dengan satu syarat! Baiklah, apakah syaratnya ?


Nenek itu kemudian menunjukkan bakulnya yang penuh dengan labu. "Tolong bawakan untukku bakul itu. Bahu aku terasa sangat sakit." "Oh, sudah tentu Nek. Saya akan bantu Nenek." Bawang Putih membawa bakul berisi labu itu. Walaupun berat, Bawang Putih tetap berusaha bertahan membawa bakul itu. Apalagi nenek yang sudah tua itu.


S y a r a t n y a a d a l a h b a w a b a k u l b u a h i n i ! W a h , b o l e h s a h aj a n e n e k


Meskipun bakul yang dibawa Bawang Putih itu berat, tetapi dia tetap sabar dan ikhlas membawanya.


Nah, sudah sampai nek. Sekarang, bolehkah saya minta nenek kembalikan baju itu? Tentu, ini ambillah! Kini Bawang Putih sudah tiba di rumah nenek. Dia meletakkan bakul yang berisi labu dengan berhatihati.


Bawang Putih kemudian meminta diri untuk pulang. "Eh, tunggu dulu. Sebagai ucapan terima kasih, pilihlah sebiji labu untukmu dan keluargamu," ujar si nenek. Labu nenek itu besar-besar dan menggiurkan. Namun, Bawang Putih tidak boleh tamak. Dia memilih labu yang paling kecil "Kami hanya bertiga, labu kecil ini sudah cukup. Terima kasih, nek."


Bawang Putih pulang dengan langkah ringan. Dia sudah berfikir untuk membuat kuih talam labu. "Kuih talam labu adalah kesukaan Ayah, sayang Ayah sudah tiada." Air matanya mula mengalir laju.


Sampai dirumah,Bawang Merah memarahi Bawang Putih. "Kenapa lama sangat? Kamu pergi bermain ke? Hish, dimana kamu bermain dan dengan siapa?" marah Bawang Merah."Dari mana kamu dapat labu ini? Kamu mencuri ya?"


"Ibuuu! Bawang Putih mencuri labu!" teriak Bawang Merah. Bawang Putih segera menjelaskan semuanya. "Jadi, labu ini bukan hasil mencuri. Nenek itu yang memberinya kepadaku sebagai ucapan terima kasih."


Bawang Putih mengambil pisau dan membelah labu itu. Buatkan aku kuih talam labu! Iya, bersabarlah. Aku akan memasaknya sekarang.


Tak disangka, buah labu yang dibawa pulang Bawang Putih itu berisi emas. "Heh? Ini labu ajaib!" teriak Bawang Putih. "Sayang sekali kau memilih labu yang kecil," sahut Bawang Merah.


Bawang Merah tak terima. Dia memutuskan untuk mengikut cerita Bawang Putih. Bawang Merah pun pergi ke sungai, dan membawa sebakul baju kotor. Nanti aku akan memilih labu yang paling besar. Hihi, tak lama lagi aku kaya!


Apabila tiba di sungai, Bawang Merah sengaja menghayutkan bajunya, Lalu, dia duduk dan menangis.


Setelah berjam-jam menangis, barulah nenek itu muncul. Nenek hanya tersenyum dan mengeluarkan sehelai baju berwarna merah. Lalu nenek bertanya kepada bawang Merah, "Adakah ini baju kamu? "Betul!" kata Bawang Merah dengan pantas sambil merebut baju tersebut. "Tunggu dulu! "Kamu boleh ambil baju ini dengan syarat, kamu harus membantu nenek untuk mengangkat bakul labu ini" , ujar nenek sambil memberi bakul labu tersebut.


Bawang Merah terpaksa mengikuti kemahuan nenek demi mendapatkan labu yang berisi emas. Namun, Bawang Merah tidak henti mengomel dan mengeluh kelelahan. H a i s h , k e n a p a r u m a h n e n e k s a n g a t j a u h ?


Setelah beberapa minit, mereka pun tiba di rumah nenek. Dengan tidak penuh kesabaran, Bawang Merah membanting bakul tersebut begitu sahaja sehingga labu-labu bergolek ke tanah.


Bawang Merah memandang lalu memilih labu di hadapannya. Bawang Merah mengambil labu berukuran besar sekali. Sambil tertawa, dia Labu mana membawa pulang labu tersebut. yang paling besar? Ah itu dia!


Wah, labu ini sangat besar. Semoga labu ini berisi emas yang banyak. Cepat ibu, mari kita belah labu ini! Di rumah, ibu menyambut dengan gembira.


Bawang Merah mengambil pisau untuk membelah labu dengan berhati-hati. Degupan jantungnya berdegup kencang, membayangkan emas yang banyak dari labu itu.


"Ada apa? Ada apa?" Ibu teriak dengan panik. "Tolong!" Bawang Merah melempar labunya dengan wajah yang pucat. Rupa-rupanya, ular dan kalajengking berkeluaran dari labu yang Bawang Merah telah potong.


Bawang Merah dalam keadaan yang panik dan takut memeluk ibunya dengan erat. Bawang Putih melihat Bawang Merah menangis, lalu dia memberanikan diri dan mengambil labu itu untuk dibuang.


Apabila Bawang Putih memegang labu itu, semua ular dan kalajengking menghilang. Labu itu kembali seperti semula. Ibu dan Bawang Merah hanya mampu terdiam. Ibu lalu menasihati Bawang Merah dan berkata "Mungkin, kamu terlalu tamak, nak".


Bawang Merah mengakui kesalahannya. Dia teringat segala tingkah lakunya yang jahat terhadap nenek itu dan mengaku bahawa dirinya tidak ikhlas menolong nenek. Bawang Merah hanya menginginkan emas nenek itu. Selepas kejadian itu, Bawang Merah berubah menjadi gadis yang baik.


PESAN MORAL Sentiasa berbuat baik kepada orang sekeliling, terutamanya kepada warga tua. Ikhlas dalam membantu orang lain, dan tidak mengharapkan balasan. Mengamalkan sikap-sikap murni agar orang sekeliling sentiasa gembira bergaul dengan kita. 1. 2. 3.


Semenjak ayah bawang putih meninggal, hidup bawang putih penuh derita. Namun begitu dia tidak pernah mengeluh dan bersabar, sehinggalah dia bertemu dengan seorang nenek tua yang mengubah hidup. Apakah yang dilakukan nenek tua itu kepada bawang putih? IML606 | Children Librarianship Norfitriah Binti Inaman 2020602482 Pengurusan Perpustakaan (IM244) Siti Nuraini Binti Sinring 2020897426 Pengurusan Perpustakaan (IM244) Nor Hazliyza Binti Fudzilah 2020470188 Pengurusan Perpustakaan (IM244)


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.