buletin melewar Edisi 1.2023 Flipbook PDF


76 downloads 120 Views 29MB Size

Story Transcript

EDISI 1 JAN-MAC 2023

BULETIN MELEWAR

#IPGKRMpencetuspemikiranunik #IPGPKRMuniquethinkingcatalyst

BERITA UTAMA

MAJLIS JASAMU DIKENANG

DR. MAZLAN BIN ARIS, TIMBALAN REKTOR PUSAT PERANCANGAN, PENYELIDIKAN DAN INOVASI, IPGM

Majlis Jasamu Dikenang ini diadakan pada 17 Mac 2023 bagi meraikan jasa & budi yang telah ditaburkan oleh YBrs. Dr Mazlan bin Aris, Timbalan Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi, sepanjang berkhidmat

sebagai

Pengarah

IPG

Kampus

Raja

Melewar. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Puan Hajah Halimah binti Haji Che’ Mat. Warga IPGKRM mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBrs. Dr. Mazlan bin Aris atas lantikan sebagai Timbalan Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi. Semoga YBrs. Dr. Mazlan bin Aris akan terus menjadi motivasi kepada warga IPGKRM dalam membentuk peribadi bakal guru yang cemerlang. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

Menarik Edisi Ini: Menjulang Pradakaps Mewasilahkan Warisan (3) Eksplorasi Kembara Seni ke USM (4) Melewar Community Outreach Project (7) PPB Eco-Classroom (9) Go Bazaar 2.0 (13) Hargai Kehidupan Membawa Kebahagiaan (13) Johan Pertandingan Aerodance (15) Team Boling IPGKRM mendominasi KAPAS 2023 (17)

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023

ISI KANDUNGAN

EDISI 1 JAN-MAC 2023 SIDANG REDAKSI PENASIHAT DR. MAZLAN BIN ARIS

PENGERUSI PUAN HJH. HALIMAH BINTI HJ. CHE MAT

PENYELARAS MOHD AFFANDI BIN ABU

PENYUNTING MOHAMAD FADZILI BIN BAHARIN AEIZLIN BINTI MOHD OMAR

PELAPOR NURULHIDAYAH BINTI ALIAS SUZANNA BINTI ZAINUDIN SITI FAEZAH HANI BINTI M TAMIZI HAMIMI BINTI MOHD NOZLAN

JAWATANKUASA PENERBITAN IPGKRM PUAN HJH. HALIMAH BINTI HJ. CHE MAT MOHD AFFANDI BIN ABU MOHAMAD FADZILI BIN BAHARIN AEIZLIN BINTI MOHD OMAR PN. KHARSIAH BINTI MOHD. NOR PN. HJH. NURCIANA BINTI NASARUDDIN PN. HJH. WAN NORHANA BINTI WAN ARSHAD TN. HJ. MOHD. SALEH BIN WASIK PN. HJH. ROSLIMAH BINTI SAAT EN. AZULHAIMI BIN AHMAD PN. NOR HIDAYAH BINTI BAHADUN EN. MOHD. IRWAN BIN ROSPI EN. MOHAMMAD HAZIM BIN AMIR NORDIN EN. MOHD. AKMAL BIN ABDUL RAZAK EN. MOHD. ZAM ZAM BIN ABDUL RAHMAN PN. FIZZY SHERANI BINTI MOHD IZHAR CIK SITI FAEZAH HANI BINTI M TAMIZI

BERITA AKADEMIK MENJULANG PRADAKAPS MEWASILAHKAN WARISAN (3) EKSPLORASI KEMBARA SENI KE USM (4) PELANCARAN KELAB PENULIS IPT MELAKA & ANUGERAH BUKU NEGARA (4) MAJLIS ANUGERAH PENGARAH (5) PELAKSANAAN ASAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM. (6) BENGKEL PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI (6) LAWATAN PENANDA ARAS FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (7) KONVOKESYEN PRASEKOLAH SERI MELEWAR (7) MELEWAR COMMUNITY OUTREACH PROJECT (7) BENGKEL METODOLOGI PENYELIDIKAN BERITA STAF PPB ECO CLASSROOM (9) LAWATAN PENANDA ARAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN (10) KUNJUNGAN HORMAT KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA (10) PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI SEMINAR PENYELIDIKAN ANTARABANGSA ‘THE 6TH EQUAL OPPORTUNITIES CONFERENCE’ ANJURAN BRUNEL UNIVERSITY LONDON, UNIVERSITY OF BUSSINESS AND TECHNOLOGY DAN AHLIA UNIVERSITY BAHRAIN. (11) BENGKEL PENGURUSAN PPB (11) BERITA PELAJAR MANISNYA MENJADI GADIS (12) KAHWIN? (12) JEJAKA GURU IDAMAN (12) GOBAZAAR 2.0 (13) HARGAI KEHIDUPAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN (13) LAWATAN KE TAPAK WARISAN UNESCO (13) WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (14) PROGRAM KHIDMAT BAKTI BERSAMA JPKK KG. BARU MENGGONG 914) BERITA SUKAN JOHAN PERTANDINGAN AERODANCE (15) PIALA PENGARAH IPGK PERLIS (15) JOHOL JUARA FUN RUN 2023 (16) TEAM BOLING IPGKRM MENDOMINASI KAPAS 2023 (17) RUMAH MERAH JELEBU JUARA!! (17)

BERITA AKADEMIK

Barisan Dato'-Dato' Adat dan Ibu Soko bergambar bersama YBrs. Dr. Mazlan Aris, Timbalan Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM dan Pensyarah-pensyarah IPGKRM.

MENJULANG PRADAKAPS MEWASILAHKAN WARISAN 29 Mac - Program Persediaan Menjulang Pradakaps Mewasilahkan Warisan anjuran Jabatan Pengajian Melayu IPGKRM dirasmikan oleh YBrs. Dr. Mazlan Aris, Timb. Rektor Pusat Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM dan dihadiri oleh Dato-Dato Adat & Ibu Soko Suku Tanah Adat Lengkungan Istana Besar Seri Menanti. Program ini merupakan kesinambungan kejayaan penubuhan Galeri Pusat Rujukan Peradaban dan Penyelidikan Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (Pradakaps) tahun 2021. Pusat ini telah menjadi satu daripada penanda aras mercu tanda kecemerlangan IPGKRM. Implementasi program ini berteraskan kepada Adat, Adab, Muafakat dan Budi yang melibatkan semua jabatan atau unit serta pihak luar. Program ini juga dilaksanakan sebagai memenuhi keperluan kursus yang terdapat dalam Maklumat Kursus (MK) merangkumi aspek Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) bagi kursus Bahasa Melayu PPSIMP Jun 2022 melibatkan BMMB1104 (Kesusasteran dan Kebudayaan Melayu), BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan BMMB1134 (Ketrampilan Berbahasa).- FACEBOOK RASMI IPGKRM

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 3

BERITA AKADEMIK

Barisan pelajar PSVK bersama pensyarah di hadapan bangunan Pusat Pengajian Seni (School of The Aats-SOTA)

EKSPLORASI KEMBARA SENI KE USM 20 Mac - Jabatan Sains Sosial telah menganjurkan Eksplorasi Kembara Seni

PELANCARAN KELAB PENULIS IPT MELAKA & ANUGERAH BUKU NEGARA

ke USM Pulau Pinang pada 16 sehingga 18 Mac

2023.

meningkatkan

Objektif sifat

program kerjasama

ini

20 Mac - Jabatan Sains Sosial telah

dan

menyertai

toleransi antara guru pelatih Pendidikan

Rumpun Melayu Dunia Islam Sempena

Semua guru pelatih seni dan pensyarah meningkatkan

Anugerah Buku Negara 2023. Program

kemahiran

telah berlangsung di Panggung Seri,

interpersonal dan intrapersonal dengan

Kompleks

berinteraksi antara satu sama lain dan menyasarkan

emua

Guru

Peradaban,

Pertandingan Pidato & Manifestasi Puisi

Seni Visual melalui aktiviti explorasi seni. dapat

Wacana

JKKN

Melaka,

Ayer

Keroh,

Melaka. Penyertaan dalam program ini

Pelatih

dapat

Pendidikan Seni Visual minor dan major

menambah

pengalaman

dan

kemahiran kepada guru pelatih dalam

serta Pensyarah Pendidikan Seni Visual.

menjayakan program di sekolah kelak disamping

meningkatkan

kemahiran

interpersonal dan intrapersonal melalui komunikasi antara satu sama lain. - SUZANNA BINTI ZAINUDIN

Pensyarah Jabatan Sains Sosial bergambar kenangan bersama barisan Sasterawan

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 4

BERITA AKADEMIK MAJLIS ANUGERAH PENGARAH 6 Mac -

Perhimpunan

Rasmi

Bil

3/2023

dan

Majlis

Anugerah

Pengarah

telah

berlangsung bertempat di Balai Ilmu, IPGKRM bertemakan MEKAR Cemerlang Sahsiah Terbilang. Majlis Anugerah Pengarah telah disempurnakan oleh YBrs. Pengarah Dr Mazlan bin Aris. Majlis ini dihadiri oleh barisan penerima Anugerah Pengarah yang terdiri daripada program PISMP Ambilan Jun 2021, PISMP Ambilan Jun 2022, PPISMP Ambilan Jun 2022, PDP (KDC) Ambilan Oktober 2021, PDP (KDC) Ambilan Jun 2021 dan PDPP (KDC) Ambilan Oktober 2022. Sekalung tahniah dan maju jaya diucapkan buat para penerima anugerah yang menerima anugerah pada semester lepas. Semoga kejayaan yang dikecapi oleh 183 penerima anugerah ini menjadi sumber inspirasi buat semua pelajar untuk terus berusaha mengecapi kecemerlangan tanpa kira erti putus asa.- FACEBOOK RASMI IPGKRM

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 5

BERITA AKADEMIK

Barisan pelajar PDP PAKK Ambilan Okt 2021 bersama Ketua-ketua Jabatan dan Pensyarah

PELAKSANAAN ASAS PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM. 10 Mac -Amali Perkhemahan bagi kursus MPU2101D

Kokurikulum-Unit

BENGKEL PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN UJIAN AMALI PENDIDIKAN JASMANI

Beruniform

(Pandu Puteri Kadet) bagi pelajar-pelajar PDP PAKK Ambilan Oktober 2021 telah

Satu

berlangsung pada 9 Mac 2023 (Khamis)

video

Jasmani bagi pengambilan calon guru

Tahniah dan syabas diucapkan kepada

Major

pensyarah dan pelajar. Diharapkan amali

Pendidikan

Tahun

ini dapat memberi pendedahan kepada berkaitan

Penyediaan

rakaman untuk Ujian Amali Pendidikan

di Kem Rekreasi MEKAR Melewar.

pelajar-pelajar

bengkel

2023

Jasmani

telah

Ambilan

dilaksanakan

di

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja

pelaksanaan

Melewar

asas perkhemahan unit beruniform.

pada

Rakaman

20-23

telah

Jawatankuasa

dilaksanakan Pengubal

bersama

Ketua

dan

IPGKRM

AKP

pelajar

pelajar

Mac

Jabatan, dan

UKF

oleh IPGM

pensyarah

dibantu

Major

2023.

oleh

Pendidikan

Jasmani Ambilan Jun 2021 dan Jabatan Pendidikan

Jasmani,

Kesihatan

dan

Kokurikulum IPGKRM. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 6

BERITA AKADEMIK LAWATAN PENANDA ARAS FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

9 Mac - Lawatan Penanda aras Kursus Bina Insan Guru (BIG) dengan Program Kelestarian Watak dan Sosok Pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia

telah

dilaksanakan

di

IPG

Kampus

Raja

Melewar. Antara objektif lawatan adalah perkongsian pelaksanaan Program

BIG

yang

di

IPGK

bakal

Raja

Melewar

dilaksanakan

di

dengan

UPM

bagi

meningkatkan Kemahiran Insaniah guru-guru di UPM. Semoga dengan perkongsian dan jalinan dua hala ini dapat memberi gambaran situasi pelaksanaan BIG di IPG dan mungkin dapat direalisasikam juga di UPM kelak. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

KONVOKESYEN PRASEKOLAH SERI MELEWAR 13 Feb - Majlis konvokesyen murid prasekolah Seri Melewar kali ke 32 di balai ilmu pada Februari 2023 (Isnin). Majlis bermula jam 9 hingga jam 11.30 pagi telah melibatkan 25 orang murid prasekolah

dan

perasmian

ibu

bapa.

konvokesyen

disempurnakan

oleh

Majlis telah

Timbalan

Pengarah IPGKRM, Pn. Hajah Halimah binti Haji Che Mat. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

MELEWAR COMMUNITY OUTREACH PROJECT 13 Feb - Pada 8 hingga 10 Feb. 2023, Seramai 39 pelajar PISMP TESL Amb. Jun 2021 dan 6 org pensyarah Jabatan Bahasa, IPG Kampus Raja Melewar Melewar

telah

melaksanakan

Community

Outreach

satu Project

aktiviti di

SK

Brinchang, Cameron Highland. Penyelaras projek ialah Dr. Suriani Mohd. Yusof. Project Outreach ini ialah satu aktiviti di bawah Dasar MBMMBI dan juga

satu

aktiviti

di

bawah

Program

Highly

Immersive Programne (HIP). Selain mengadakan aktiviti Fun Learning in English bersama 60 org murid

SK

Brinchang,

menjalankan

Bengkel

Jabatan

Bahasa

PBD

guru-guru

utk

turut yg

dikendalikan oleh En Mohd. All Jafri dan Pn. Nor Diwiyana.- FACEBOOK RASMI IPGKRM BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 7

BERITA AKADEMIK BENGKEL METODOLOGI PENYELIDIKAN

8 Feb - Seramai 30 orang pelajar telah menghadiri bengkel metodologi penyelidikan anjuran Kelab Rakan Inovator Muda ( KRIM) JPPI yang diusahakan oleh Dr Zakri Abdullah Penyertaan adalah secara terbuka dan sukarela kepada mereka yang ingin mendalami ilmu penulisan penyelidikan dan seterusnya berjaya menghasilkan penulisan. FACEBOOK RASMI IPGKRM

PERKONGSIAN ILMU TOKKATSU Model Tokkatsu adalah model pendidikan holistik di Jepun yang berasal daripada pandangan holistik bagi kanak- kanak yang melihat kemahiran dan tingkah laku seperti kemahiran interpersonal, pengurusan secara kolaboratif, kematangan emosi adalah sama penting dan berharga seperti subjek teras. Tujuan kurikulum secara holistik adalah untuk membangunkan aspek bukan kognitif kanak- kanak dan juga aspek kognitif. Kanak- kanak yang stabil emosi dan dapat mengadaptasi secara sosial lebih cenderung menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran. Aspek kognitif dan bukan kognitif tidak boleh dipisahkan. Terdapat lapan konsep utama dalam model holistik Tokkatsu iaitu: belajar dengan melakukan aktiviti inisiatif murid tindakan secara motivasi diri pembelajaran koperatif integrasi penyelesaian masalah secara koperatif di luar bilik darjah egalitarianism (sekolah menyediakan pengalaman yang sama bagi setiap kanakkanak) pendidikan untuk kehidupan Rujukan: Tsuneyoshi, R. K., Sugita, H., Kusanagi, K., Takahashi, F. (2020). Tokkatsu: The Japanese educational model of Holistic Education. World Scientific Publishing Co. Pte. Ltd.

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 8

BERITA STAF PPB ECO CLASSROOM

23 Feb - PPB Eco Classroom di Kem Rekreasi Mekar Melewar telah di adakan pada 22/2/2023 lalu yang disertai oleh 23 orang AKP dan pensyarah. Antara pengisian kursus ialah memberikan pendedahan kepada fungsi dan peranan Ecoclassroom serta pendedahan aktiviti-aktiviti outdoor yang boleh dilaksanakan di Kem Rekreasi Mekar Melewar.Antara aktiviti ialah rekreasi memancing dimana peserta didedahkan cara menyediakan pancing, umpan dan teknik memancing yang betul. Hadiah kepada pemancing ikan terberat bagi kategori lelaki dan perempuan juga di adakan Program ini dapat mencetuskan rasa bahagia dikalangan warga kampus. -FACEBOOK RASMI IPGKRM

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 9

BERITA STAF LAWATAN PENANDA ARAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

22 Feb -Unit Pusat Sumber IPGKRM telah menerima kunjungan daripada Unit Pusat Sumber IPGK Tun Hussein Onn. Kunjungan ini merupakan Lawatan Penanda Aras bagi staf UPS, Pensyarah dan Pelajar IPGK Tun Hussein Onn. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan

seperti

Taklimat

Perpustakaan

daripada

En.

Mohamad

Fadzili

(Pustakawan IPGKRM), lawatan ke PRADAKAPS, SMC (aktiviti terapi), Studio Melewar dan sekitar Unit Pusat Sumber -HAMIMI BINTI MOHD NOZLAN

KUNJUNGAN HORMAT KE PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 13 Feb - Unit Pusat Sumber IPGKRM telah

mengadakan

hormat

ke

Perpustakaan

Malaysia

di

Kunjungan

untuk

hasrat

idea

Lumpur.

adalah

beberapa

berkongsi

Negara

Kuala

ini

menyatakan dalam

kunjungan

bagi

kerjasama

program dan

memajukan

dan

pandangan Perpustakaan

Khusus Gunasama (PKG) di IPGKRM Kunjungan diketuai En Mohd Affandi Abu

(KUPS)

Baharin

En

Mohamad

(Pustakawan)

Fauziah

Daud

Fadzili

dan

Pn

(Pembantu

Pustakawan Kanan) manakala PNM diwakili

Pn

Mayumi

binti

Ahmat,

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan. -HAMIMI BINTI MOHD NOZLAN BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 10

BERITA STAF PEMBENTANGAN KERTAS PENYELIDIKAN DI SEMINAR PENYELIDIKAN ANTARABANGSA ‘THE 6TH EQUAL OPPORTUNITIES CONFERENCE’ ANJURAN BRUNEL UNIVERSITY LONDON, UNIVERSITY OF BUSSINESS AND TECHNOLOGY DAN AHLIA UNIVERSITY BAHRAIN. 9 Feb

-

Pada

6

hingga

8

Februari

2023

telah

berlansung Seminar Penyelidikan Antarabangsa ‘The 6th Equal Opportunities Conference’ anjuran Brunel University

London,

Technology

dan

University Ahlia

of

Bussiness

and

Bahrain.

Sesi

University

pembentangan telah diadakan secara bersemuka dan

secara

maya

di

Wyndham

Grand

Manama

Bahrain. Ketua penyelidik iaitu En Mohammad Hazim (Kaunselor

Pendidikan

Institut,

Organisasi)

telah

membentangkan kertas penyelidikan di bawah sub bidang inovasi dan pengurusan risiko selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Perkara 4 iaitu

Pendidikan

Berkualiti.

Syabas

dan

tahniah

kepada para penyelidik. Semoga penyelidikan yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada semua ahli masyarakat. -FACEBOOK RASMI IPGKRM

BENGKEL PENGURUSAN PPB 8 Feb - Pelaksanaan Bengkel Pengurusan PPB IPGKRM bagi Penyelaras Jabatan

CPD dan

dan Unit

LPS telah

diadakan pada 8 Feb 2023 di Bilik Mekar 2. -FACEBOOK RASMI IPGKRM

Teromba: Duduk seorang bersempit-sempitan, duduk ramai berlapang-lapangan. Maksud: Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 11

BERITA PELAJAR MANISNYA MENJADI GADIS 13 Jan - Ceramah anjuran Exco Helwani, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2022/2023 yang bertajuk "Manisnya menjadi gadis" telah diadakan bertempat di Balai Ilmu telah dihadiri oleh pelajar-pelajar wanita. Ceramah telah disampaikan oleh Pn Faridah Binti Din, Ketua Unit Kolej Kediaman. Turut diadakan penyerahan kotex kepada semua pelajar wanita. -SITI FAEZAH HANI BINTI M TAMIZI

Gambar Exco Helwani, JPP bersama Penceramah Puan Faridah binti Din dan barisan Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar selepas ceramah.

KAHWIN? 17 Feb - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Exco Helwani dengan kerjasama Exco Akademik Legasi Mekar

Kedua

menganjurkan

program

ceramah

yang bertajuk "Kahwin?" yang disampaikan oleh Pn. Hjh.

Zaharilah

binti

Abd

Kadir.

Input

daripada

program ini adalah perkahwinan tidak menghalang kebebasan atau masa depan seseorang. Program ini

juga

membuka

mata

para

pelajar

supaya

membuat pilihan untuk berkahwin pada masa yang sesuai. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

JEJAKA GURU IDAMAN

2 Feb

-

Program

Amanat

MEKAR

Sejambak Budi telah berlangsung di Balai

Ilmu

dengan

penceramah

pertama program ini Pn Faridah Binti Din, KU Kolej Kediaman, JHEP. IPGKRM. Semoga

amanat

bakal

yang

akan

bersara

dimanfaatkan

oleh

pensyarah

semua

dapat pelajar

lelaki. Diharapkan siswa guru dapat menjadi contoh yang terbaik kepada masyarakat di luar sana di samping menjadi jejaka guru idaman buat anak-anak murid di sekolah.

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 12

- FACEBOOK RASMI IPGKRM

BERITA PELAJAR GOBAZAAR 2.0 23 Mac - Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 bersama-sama pelajar PPISMP SJHK ambilan Jun 2022 telah pergi ke Bazaar Ramadan pada hari pertama Bulan Ramadhan di bawah program GOBAZAAR 2.0. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

Gambar JPP bersama pelajar PPISMP SJHK ambilan Jun 2022 sempena GOBAZAAR 2.0

HARGAI KEHIDUPAN MEMBAWA KEBAHAGIAAN

18 Mac - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2023/2024 telah mengadakan Program Jelajah Apresiasi MEKAR yang melibatkan seramai 22 warga IPGKRM dan 11 orang siswa pelajar bertemakan "Hargai Kehidupan Membawa Kebahagian". Peserta menyusuri sungai dari Empangan Muka Sauk, Jelebu ke Empangan Sg. Buloh, Jelebu. Objektif program ini adalah untuk melahirkan

siswa

guru

yang

mempunyai

keperibadian

jati

diri

tinggi

dan

menghargai alam sekitar sebagai khazanah kehidupan. - FACEBOOK RASMI IPGKRM

LAWATAN KE TAPAK WARISAN UNESCO 19 Mac - Kelab UNESCO dengan kerjasama JPJK telah mengadakan Program Lawatan ke Tapak Warisan UNESCO di Melaka yang melibatkan seramai 21 orang ahli Kelab UNESCO dan 2 Pensyarah pengiring iaitu Puan Nazmazura binti Mat Aris (Pensyarah Penasihat Kelab UNESCO) dan Puan Siti Faezah Hani ( Penyelaras Kebajikan JHEP).-FACEBOOK RASMI IPGKRM BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 13

BERITA PELAJAR WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

Gambar JPP bagi sesi 2023/2024

Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Zon Tengah bagi sesi 2023/2024 telah berlangsung dengan sempurna pada ketetapan 14 Mac 2023 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar, IPGM, Dr. Muhammad Dr. Isa bin Azis. Majlis ini telah melibatkan sebanyak 7 buah IPG iaitu IPG Kampus Raja Melewar, IPG Kampus Pendidikan Islam, IPG Kampus Bahasa Melayu, IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Pendidikan Teknik. Seramai 27 orang ahli JPP Legasi MEKAR Ketiga IPGKRM telah berjaya mengikuti Majlis Watikah Pelantikan JPP bagi sesi 2023/2024 dengan jayanya.

PROGRAM KHIDMAT BAKTI BERSAMA JPKK KG. BARU MENGGONG 12

Feb

-

Jabatan

Hal

Ehwal

Pelajar dan Jawatan Perwakilan Pelajar 2022/2023 IPG Kampus Raja Melewar telah menjalankan Program Khidmat Bakti bersama JPKK Kg. Baru Menggong di Alor Gajah,

Melaka

Februari

2023.

melibatkan bersama mereka.

pada Program

30

14

10-12 ini

orang

pelajar

keluarga

angkat

Objektif

program

ini

adalah untuk melahirkan siswa guru yang penuh dedikasi dan mendedahkan para siswa guru Team JHEP mengadakan mesyuarat bersama Jawatankuasa Penduduk Kg Menggong, Alor Gajah ,Melaka bagi mengurus program khidmat bakti pelajar

dengan seorang

realiti guru

kehidupan

bersama-sama

masyarakat.

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 14

BERITA SUKAN JOHAN PERTANDINGAN AERODANCE 21

Mac

-

menyertai

Pasukan

Aerodance

Pertandingan

IPGKRM

Aerodance

telah

terbuka

jemputan anjuran IPGKPMM pada 21 Mac 2023. Penyertaan

sulong

pelajar

IPGKRM

ini

telah

membuah hasil berkat kerja keras pelajar untuk berlatih dalam masa singkat hingga menjadi Johan mengatasi beberapa IPGK yang lain. Kejohanan ini memberikan pengalaman berharga pelajar

untuk

terus

bersemangat

menyertai

kejohanan kejohanan yang lain.

Peserta dan pensyarah pengiring bergambar bersama piala dan medal yang telah dimenangi

-FACEBOOK RASMI IPGKRM

PIALA PENGARAH IPGK PERLIS 13 Mac

- Tahniah diucapkan kepada kontigen IPG

Kampus

Raja

Melewar

yang

telah

mengambil

bahagian dalam Piala Pengarah IPGK Perlis yang telah diadakan pada 10-12 Mac 2023. Berikut adalah keputusan kejohanan Piala Pengarah IPGK Perlis 2023: 1. Petanque double (W) - Emas 2. Petanque single (W) - Perak 3. Petanque double (L) - Perak 4. Netball - Tempat ke-4 (Keseluruhan) 5. Bola sepak - Tempat ke-3 (Kumpulan B) -FACEBOOK RASMI IPGKRM

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 15

BERITA SUKAN JOHOL JUARA FUN RUN 2023 2 Feb - Kejohanan Larian Kampus 'Fun Run' telah diadakan pada 02 Februari 2023 melibatkan 500 pelajar,

pensyarah

memberikan

riadah

dan

AKP

disamping

bertujuan mengeratkan

UKhwah semua warga kampus. Kejohanan ini telah dimenangi oleh Rumah Johol. -FACEBOOK RASMI IPGKRM

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 16

BERITA SUKAN TEAM BOLING IPGKRM MENDOMINASI KAPAS 2023 1 Feb - Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang Kejohanan Permainan Antara Staf (KAPAS) 2023. Team

Boling

IPGKRM

yang

telah

mendominasi

kategori

,VIP

Perempuan (Johan)berpasangan,(N.Johan& Ketiga) & individu (N.Johan & Ketiga). Tahniah juga Team Bola Sepak yang telah menjadi Naib Johan Penalti KAPAS 2023 antara Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kontinjen IPGKRM juga turut disertai peserta mewakili acara bola jaring dan petanque. -FACEBOOK RASMI IPGKRM

RUMAH MERAH JELEBU JUARA!! 8 Mac - Rumah Sukan Merah Jelebu Menjuarai

Kejohanan

Sukan

Olahraga MSIPGKRM bagi tahun 2023 selepas mengetepikan tiga rumah sukan yang lain. Pada kejohanan kali ini, sebanyak empat buah rumah sukan yang beradu kekuatan dalam mempamerkan masing-masing

keupayaan dalam

rumah

pelbagai

acara yang diadakan iaitu Sg Ujung, Johol dan Rembau. Tempat kedua pula diraih oleh rumah Johol, tempat ketiga dan keempat pula, masingmasing

disandang

oleh

rumah

Sungai Ujong dan rumah Rembau.

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 17

LAMBAIAN KASIH & SANJUNGAN BUDI

Dr. Mazlan bin Aris (Pengarah) -Dilantik sebagai Timbalan Rektor Pusat Perancangan Penyelidikan & Inovasi, IPGM Cik Hajah Hayaty bin Ismail (Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan) - Bersara Wajib Puan Faridah binti Din (Jabatan Hal Ehwal Pelajar) - Bersara Pilihan Encik Norazlan bin Ismail (Jabatan Sains Sosial) - Bersara Wajib

BULETIN MELEWAR | EDISI 1 JAN - MAC 2023 18

BULETIN MELEWAR EDISI 1 JAN-MAC 2023

www.facebook.com/ipgkrmofficial www.instagram.com/ipgkrmofficial www.instagram.com/ipgkrmofficial

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.