Assigment E-majalah Flipbook PDF

Assigment E-majalah

3 downloads 109 Views 1MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

SOSIAL BUDAYA POLITIK HARAPAN MALAYSIA DISEMBER 2021

Budaya masyarakat di Malaysia telah mempengaruhi keadaan politik di Malaysia untuk menjadi stabil atau tidak stabil. Terdapat tiga suku kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, India dan Cina yang mana ketiga-tiga suku kaum ini telah banyak memberi kesan utama pembentukan politik di Malaysia. Walaupun keadaan Politik Malaysia dianggap stabil, kadang kala terdapat beberapa peristiwa tertentu boleh menyebabkan kestabilan politik tergugat.

SOSIAL BUDAYA POLITIK HARAPAN MALAYSIA DISEMBER 2021

PENGENALAN Budaya politik secara umum merujuk kepada sikap atau tingkah laku masyarakat secara bersama terhadap sistem politik dalam konteks sesebuah negara. Menurut Sumartono (2018), budaya politik memberi kesedaran politik yang sangat tinggi. Budaya politik adalah bagaimana penerimaan atau tindakan masyarakat terhadap sistem politik, iaitu struktur, pemerintah dan dasar awam yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Sistem politik mungkin boleh menurut aturan yang sama seperti Malaysia dan Great Britain yang mengamalkan demokrasi berparlimen, tetapi budaya politik agak sukar mempunyai persamaan kerana ia melibatkan latar belakang, latar sejarah, agama, pendidikan, struktur masyarakat dan sebagainya yang berkaitan dengan masyarakat tersebut. Oleh itu, budaya politik boleh dikelaskan berdasarkan orientasi masyarakat terhadap politik secara menyeluruh

SOSIAL BUDAYA POLITIK HARAPAN MALAYSIA DISEMBER 2021

Sebagai sebuah negara yang majmuk yang berbilang kaum, amat jelas kehendak masyarakat di Malaysia ingin satu suasana politik yang stabil dan harmoni dapat di laksanakan di Malaysia. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan keharmonian dalam sesuatu

masyarakat,

malah

dapat

meningkatkan sosio ekonomi negara ke arah

HARAPAN RAKYAT MALAYSIA

lebih berdaya saing di peringkat yang lebih tinggi. Kestabilan politik adalah prasyarat utama

bagi

merealisasikan

agenda

kemakmuran ekonomi dan pembangunan

sosial. Rata-rata rakyat Malaysia menyedari bahawa kerapuhan perpaduan boleh mengakibatkan keselamatan negara terancam. Justeru, hal ini menuntut pihak kerajaan bertindak bertegas membendung mereka yang boleh mengancam perpaduan dan keselamatan negara. Tidak wajar dibiarkan mereka terus ‘berkeliaran’ menjadi penghasut dan rakyat menjadi mangsa akibat tindakan jahat dan tidak bertanggungjawab mereka. Perpaduan negara ialah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahu pun politik.

SOSIAL BUDAYA POLITIK HARAPAN MALAYSIA DISEMBER 2021

Di dalam harapan Malaysia dari segi sosial budaya poitik ini bukan sahaja kepada masyarakat semata-mata, tetapi setiap ahli politik yang telah dipilih oleh rakyat perlulah melaksanakan tanggungjawap dengan penuh amanah dan ikhlas. Supaya setiap permasalahan rakyat dapat di atasi dengan sebaik mungkin, secara tidak langsung keharmonian dan perpaduan negara akan terbentuk. Ia juga dapat membentuk satu suasana yang aman dan harmoni. Keadaan ini akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang mana pelabur-pelabur akan merasa lebih yakin untuk melabur dan menjalankan usahasama di Malaysia. Malaysia telah merdeka selama 64 tahun, maka pemikiran kita sangat matang dalam merangka dan membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

SIDANG EDITORIAL HARAPAN MALAYSIA DISEMBER 2021

6

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.