E MAJALAH (edited) Flipbook PDF

E MAJALAH (edited)

100 downloads 112 Views 2MB Size

Recommend Stories


Paciente Obstétrica edited by
 More books at www.FlyingPublisher.com the Flying Publisher Guide to La Sepsis Grave en la Paciente Obstétrica /  edited by Sánchez Padrón,

Edited by Elena Chagoya
Synergy Spanish Bola De Nieve The follow up that builds on the Synergy Spanish foundation & makes expressing yourself in Spanish even more fluently as

Story Transcript

MPU23012 (PENGAJIAN ISLAM)

Dis 2021

DISEDIAKAN OLEH:

1)WAN HAIKAL BIN WAN New This Month

SAKRI (06DPR20F2038)

E -majalah

2)NUR NAJIHAH BINTI MUHD ZAKY (06DPR20F2047)

tajuk

3)NURUL ATHIRAH BINTI ABD JALIL (O6DPR20F2007)

PERGAULAN BEBAS

DISEDIAKAN UNTUK: MEJ.(PA).UST.DR.HJ. YUSNI MOHAMMAD YUSHAK

This Is a LEARNING TIME © Copyright 20xx

Read all about it On this E Majalah

Pengajian islam – pengajian islam – pengajian islam – pengajian islam – pengajian islam – pengajian islam -

Enjoy your FREE complimentary copy

APA ITU PERGAULAN BEBAS Maksud pergaulan adalah jalinan hubungan sosial antara individu atau individu dengan kelompok. Maksud bebas: Terlepas daripada kewajipan, peraturan, tuntutan, amalan agama dan kesopanan adab. Pengertian pergaulan bebas dari segi agama ialah Proses bergaul dengan orang lain terlepas dari ikatan yang mengatur pergaulan. Pergaulan bebas boleh dilihat didalam Surah An-Nur ayat 30-31 bahwa “hendaknya kita menjaga pandangan mata dalam bergaul”.

Pengertian pergaulan bebas dari segi bahasa arab: ikhtilat ialah Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulanmereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau berdua.

PUNCA PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK -Tekanan dirumah: Tekanan bermula dari rumah yang akan menyebabkan remaja ini keluar mencari teman meluahkan perasaan atau tekanan. Mereka merasakan rakan diluar lebih memahami mereka. -Pengaruh budaya barat : mereka berpendapat negara barat jauh lebih terbuka dan seronok untuk bersosial

-Kurang didikan agama : didikan agama tentang menjaga ikhtilat tidak diterapkan sejak kecil lagi -Tahap Iman yang lemah :Kebanyakan remaja yang terlibat dalam pergaulan bebas mempunyai kelemahan iman, ketandusan ilmu dan kurangnya penghayatan agama mendorong seseorang itu dikuasai nafsu daripada menggunakan akal fikiran yang waras. -Terpengaruh dengan Dunia Cinta Remaja : pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram telah dilihat sebagai satu kemajuan dalam pembentukan masyarakat yang lebih maju tetapi bukan sebagai pelanggaran perintah Allah SWT. Memang lumrah, perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Tetapi sekiranya perasaan ini tidak dikawal, sudah tentu ini akan menimbulkan gejala - gejala sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya

DALIL DAN PANDANGAN PAKAR DAN ULAMAT : MENGENAI “PERBATASAN DIANTARA LELAKI DAN WANITA” Allah s.w.t berfirman : ُ ‫اس ِإنَّا َخلَ ْق َٰنَ ُكم ِ ِّمن َذ َك ٍۢر َوأُنث َ َٰى َو َج َع ْل َٰنَ ُك ْم‬ ‫ارفُ َٰٓو ۟ا ۚ ِإ َّن‬ ُ َّ‫َٰ ََٰٓيأَيُّ َها ٱلن‬ َ ‫وبا َوقَ َبآئِ َل ِلت َ َع‬ ًۭ ُ‫شع‬ ِ َّ ‫أ َ ْك َر َم ُك ْم ِعن َد‬ ‫ٱَّلل َع ِليم َخ ِب ًۭير‬ َ َّ ‫ٱَّلل أَتْقَ َٰى ُك ْم ۚ ِإ َّن‬ “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujuraat: 13) Berdasarkan firman diatas ramai dalam kalangan wanita yang menyalah gunakan dengan perpendapat bahawa pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah harus. Namun begitu, mengikut firman Allah yang berbunyi: ًۗ ِّ ِ ‫َو ََل ت َ ْق َربُوا‬ ًْ‫سبِي‬ ِ َ‫الز َٰنى ِإنَّهٗ َكانَ ف‬ َ ‫سا َء‬ َ ‫احشَة َو‬ “Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” (Surah al-Israa’: 32). . TAMBAHAN :PERGAULAN BEBAS PELAJAR POLITEKNIK YANG TIDAK DIKAWAL DAPAT MENYUMBANG KEPADA PERBUATAN ZINA YANG MEMBAWAH KESAN BURUK

KESAN PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK

(BAHAGIAN 1) 1) Kemerosotan pelajaran Pelajar yang selalu keluar bersosial , berjumpa dengan pasangan yang tanpa ikatan sah akan hilang focus dalam pelajaran. Perkara ini kerana , mereka akan leka keluar bersama untuk berseronok dan menghabiskan masa bersama .Pelajar jugak 2) Keruntuhan akhlak Berlakunya keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar yang mengamalkan pergaulan bebas. Perkara ini akan disebabkan oleh mereka telah dipengaruhi dengan individu atau kumpulan yang tidak beradab. Mereka juga mungkin akan terpengaruh dalam penyalahgunaan dadah,melakukan sex bebas dan akan mula ponteng kuliah. Kesannya , mereka akan menjadi remaja yang sukar ditegur, cepat memberontak, dan akan menjadi kurang ajar pada ibu bapa dan para pengajar.

KESAN PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK

(BAHAGIAN 2) 3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin Masalah ini berlaku kerana wujudnya cara yang lebih mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat mereka daripada memikirkan tanggungjawab yang perlu dipikul apabila berkahwin. Dalam masa yang sama boleh bebas melakukan apa sahaja yang diingini tanpa memikirkan apa- apa tanggungjawab. Perkara ini bukan sahaja akan memalukan keluarga malah ianya melanggar hukum agama kerana melakukan hubungan terlarang dengan bukan mahram . 4) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut Akibat daripada berlakunya hubungan terlarang, pasangan tersebut boleh terdedah dengan pelbagai penyakit hasil dari hubungan terlarang tersebut seperti HIV,Sifilis and jangkitan seksual. Penyakit ini banyak tersebar melalui pergaulan bebas yang dilakukan dan ada beberapa penyakit sehingga kini tidak mempunyai ubat yang boleh mengubatinya seperti penyakit HIV.

CARA MENCEGAH PERGAULAN BEBAS: (DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK) Bijak memilih rakan-rakan pergaulan . Elakkan berkawan dengan rakan yang terlalu gemar bersosial atau negatif pergaulannya ( tidak menjaga batas). Memberi pendedahan tentang ilmu seks & agama di awal usia mereka mula akhil baligh. Memberi perhatian terhadap anak anak supaya mereka tidak meminta perhatian atau mengadu/ meluahkan perasaan kepada orang lain Remaja perlu mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan bijak memilih rakan sepergaulan. remaja juga perlu tahu membezakan perkara yang baik/ buru

SUMBER RUJUKAN: 1) USTAZAH MARYAM MOHD DIN (GRADUAN UNIVERSITI AL-AZHAR) https://ismamesir.net/v3/2018/09/01/pergaulan-wanita-danlelaki-ajnabi-di-dalam-islam/ 2) REMAJA DI MALAYSIA BLOGSPOT http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/pergaulanbebas.html?m=1 3) MALAYSIA GAZZETE https://malaysiagazette.com/2020/12/15/menjaga-ikhtilatdalam-islam/ 4) KISAH SI DAIRY https://kisahsidairy.com/apa-itu-ikhtilat-menurut-islam/ 5) KAMI TAK RAMAI BLOGSPOT http://kamitakramaidad5a.blogspot.com/2017/09/objektif-danpengenalan.html

E – MAJALAH : PERGAULAN BEBAS DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK

PENGAJIAN ISLAM

-TAMAT-

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.