METAMORFOSIS AMBILAN 2 Flipbook PDF

METAMORFOSIS AMBILAN 2

47 downloads 122 Views 17MB Size

Story Transcript

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Institut Aminuddin Baki

METAMORFOSIS K E P I M P I N A N

NPQEL AMBILAN 2/2018

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

INSTITUT AMINUDIN BAKI KEMENTERIAN PINDIDIKAN MALAYSIA

METAMORFOSIS KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2018

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 1

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 2

16/07/2020 11:18 AM

METAMORFOSIS KEPIMPINAN NPQEL AMBILAN 2/2018

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 3

16/07/2020 11:18 AM

Diterbitkan oleh: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK Tel:06-7979200 http://iab.moe.edu.my e-mel:[email protected] Urusan Penerbitan Oleh: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai 71760 BANDAR ENSTEK ©Hak Cipta Institut Aminuddin Baki 2019 Cetakan Pertama 2019 Hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu.

ISBN: 978-967-0504-76-6 Pengurus Penerbitan Nor Ishsan binti Ab. Razak Alias bin Mohamed Naim Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Mohamad Hanif bin Ramli@ Fauzi DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2020 www.printnasional.com.my email: [email protected] Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773

iv

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 4

16/07/2020 11:18 AM

JAWATANKUASA PENERBITAN Penaung Pengarah Institut Aminuddin Baki Penasihat Pn. Mistirine binti Radin Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan) Menjalankan Tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki En. Mazlan bin Samsudin Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional) Pn. Wan Azmiza bin Wan Mohamed Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat Ketua Editor Fadzilah binti Abdullah Sidang Editor Marina binti Abas Nor Ishsan binti Ab. Razak Panel Penilai Marina binti Abas Cheong Shaw Wei Azwan bin Wamin Zuriah binti Mad Ali Sahrul bin Sulaiman Mislinah binti Makin Abidin bin Mohamad Norleha binti Ibrahim Khairul Badri bin Ahmad Nor Ishsan binti Ab. Razak Khairul Azuan bin Abdul Aziz Che Zakiah binti Mohamad Salim Mohd Nashahrudin bin Mat Daud

Zainab binti Ali Yong Chee Ken Yusof bin Ismail Norhayati binti aziz Salmah binti Ismail Dr. Azhar bin Harun Kanagarajan Pandiyan Rashinawati Abd Rashid Noraisah binti Md. Yusof Dr. Abdul Ghani bin Sani Dr. Mahazi bin Si Harun Nurfatimah binti Awang Da Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin Dr. Nor Azman bin Mohamed

Urus Setia: Che Zakiah binti Mohamad Salim

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 5

v

16/07/2020 11:18 AM

KANDUNGAN 1.0

PRAKATA

2.0

SERAUT BICARA

3.0

LATAR BELAKANG NPQEL VERSI 2018

4.0

KARYA

1

Asas Membina Pemimpin Berprestasi Tinggi

4.2

Jelajah Ilmu

13

4.3

Bicara Kepimpinan di Hujung Tinta

23

4.4

Perjalanan Mengubah Paradigma Guru

35

4.5

NPQEL-Kepimpinan Kendiri:Satu Refleksi

45

4.6

Mencemerlangkan Organisasi

53

4.7

Pemimpin Kompeten Pemangkin Kecemerlangan Organisasi

63

4.8

Kompetensi NPQEL Versi 2018 dari Perspektif Pendidikan Vokasional

71

4.9

Kepimpinan Berprestasi Tinggi Pemangkin Kecemerlangan Sekolah

81

4.11

vi

ix

4.1

4.10 Satu Pengalaman Sejuta Rasa

5.0

vii

Wajah Kepimpinan

SEKALUNG BUDI

3

91 101 113

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 6

16/07/2020 11:18 AM

Prakata Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera Ucapan pujian dan syukur ke hadrat-Nya, yang telah melimpahkan rahmat, hidayah, dan inayah-Nya sehingga berjaya menerbitkan Metamorfosis Kepimpinan Siri Kedua Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Ambilan 2 Tahun 2018. Melalui Program NPQEL Versi 2018, para peserta program diberi peluang ataupun wadah untuk mencurahkan serta menterjemahkan pengalaman melalui refleksi kendiri dalam bentuk penulisan karya. Para peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran bermula dari peringkat pembelajaran kendiri secara dalam talian dan melengkapkan tugasan pralatihan mod e-NPQEL selama tiga (3) minggu. Peserta seterusnya mengikuti proses pembangunan kompetensi dan pemantapan pengetahuan dalam latihan selama lima (5) minggu berbentuk sesi bersemuka. Sesi bersemuka ini merangkumi aktiviti Pembentangan Eksekutif, Jalinan Pintar Korporat, Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta, Protokol dan Etiket, Bicara Ilmu/Bicara Profesional serta Ulasan Buku. Program ini dilengkapkan dengan pelaksanaan secara amali di lapangan dalam Perantisan 1 dan Perantisan 2. Penulisan yang dihasilkan telah disemak dan memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Sebanyak 768 karya telah dinilai oleh penyelia dalam tapisan kali pertama. Daripada jumlah tersebut sebanyak 75 karya telah berjaya dipilih untuk tapisan kedua. Para panel telah menyenaraipendekkan 15 karya yang terbaik dalam tapisan ketiga. Karya terpilih dimurnikan oleh penulis bagi memenuhi spesifikasi penerbitan supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca. 10 karya yang mantap dan berkualiti telah dipilih dalam tapisan terakhir untuk diterbitkan. Semoga penerbitan ini menjadi pembuka minda dan pencetus idea kepada para pembaca untuk meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pengurusan pendidikan khasnya, dan seterusnya memberi manfaat kepada dunia pendidikan amnya. Setinggitinggi tahniah diucapkan kepada 10 peserta yang telah berjaya menghasilkan karya dalam penerbitan ini. Penghargaan juga diucapkan kepada para penyelia yang telah membimbing para peserta ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua ahli panel yang komited dalam membantu proses penyuntingan dan pemurnian penulisan. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan Metamorfosis Kepimpinan ini. Sidang Pengarang

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 7

vii

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 8

16/07/2020 11:18 AM

Seraut Bicara

Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan) Salam Sejahtera, Bersyukur kita kerana berjaya menerbitkan Metamorfosis Kepimpinan Siri Kedua, satu koleksi nukilan kreatif peserta NPQEL Ambilan 2/2018. Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua penulis dan juga penyelia yang membimbing sehingga berjaya menghasilkan karya terpilih untuk dimuatkan dalam buku ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penerbitan buku ini. Sesungguhnya, penghasilan buku seumpama ini sangat penting dalam merakam detik perjalanan peserta-peserta ke arah kematangan kepemimpinan melalui imbauan pengalamanpengalaman yang dialami. Kursus NPQEL Versi 2018 yang digubal oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) berhasrat membangunkan kompetensi bakal pemimpin sekolah agar kepimpinan berprestasi tinggi seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) dapat dizahirkan. Kepimpinan berprestasi tinggi ini mampu membawa organisasi yang dipimpin serta diurus itu ke arah kecemerlangan bukan sahaja melalui wawasan yang dimiliki, tetapi juga melalui keupayaan melakukan perubahan berimpak tinggi berlandaskan jati diri dan autonomi profesional. Justeru, semua aktiviti dalam Program NPQEL telah dirancang dan disusun supaya menjurus ke arah pembangunan kompetensi yang dihasratkan. Penghasilan penerbitan ini mendorong peserta secara langsung supaya berfikir semula tentang pengalaman yang dilalui sepanjang Program NPQEL serta menukilkan pengamatan diri dalam bentuk pengkaryaan. Peserta berusaha mengenal pasti impak setiap aktiviti terhadap diri sendiri khususnya dalam pembangunan kompetensi serta memahami proses yang dilalui ke arah kematangan kendiri dalam konteks kepimpinan. Akhir kata, semoga penulisan ini dapat menjadi cetusan untuk pemimpinpemimpin sekolah agar terus menerus membuat refleksi ke arah penambahbaikan kepimpinan masing-masing. Bagi pembaca umum pula, mereka diharap dapat mengambil iktibar dan pedoman daripada perkongsian ini. Sekian, terima kasih. MISTIRINE BINTI RADIN Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan) Menjalankan Tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 9

ix

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 10

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

LATAR BELAKANG NPQEL Versi 2018 Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan National Professional Qualification For Education Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan yang bertujuan untuk membentuk kumpulan pemimpin pelapis yang bakal menerajui sekolah di seluruh Malaysia. Mod NPQEL telah melalui beberapa peringkat perubahan sejajar dengan pendekatan latihan dengan mengambil kira pembangunan profesional pemimpin secara berterusan berasaskan penyampaian latihan futuristik dan pentaksiran berpusat. NPQEL Versi 2018 telah ditambah baik dari segi tempoh pelaksanaan kursus, kurikulum, pentaksiran, kaedah penyampaian dan pengisian kursus. Kurikulum NPQEL Versi 2018 adalah berdasarkan kaedah penyampaian latihan 70:20:10, iaitu 70 peratus pembelajaran berasaskan pengalaman, 20 peratus pembelajaran sosial dan 10 peratus pembelajaran formal. Semua aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk membangunkan penguasaan peserta dalam 10 kompetensi kepimpinan pendidikan. Kompetensi tersebut adalah berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi. Pelaksanaan Kurikulum NPQEL Versi 2018 dijalankan dalam tiga (3) fasa bagi setiap ambilan, iaitu aktiviti sebelum, semasa dan selepas latihan. Ketiga-tiga fasa ini akan melibatkan aktiviti bersemuka, aktiviti lapangan dan aktiviti berkumpulan. PENGENALAN Metamoforsis Kepimpinan merupakan koleksi nukilan kreatif peserta NPQEL Ambilan 2/2018 berdasarkan dapatan aktiviti yang telah dijalani sepanjang kursus tersebut. Sebagai permulaan peserta membuat perkongsian pengalaman lepas sebagai pentadbir di sekolah sebelum mengikuti kursus NPQEL. Peserta perlu melaporkan dapatan lima (5) daripada 10 aktiviti sepanjang kursus dengan mengaitkan kompetensi yang ditaksir bagi setiap aktiviti. Peserta juga perlu membuat refleksi dan merancang apa yang perlu dilakukan untuk pembangunan organisasi sekolah pada masa hadapan. Selain itu, peserta juga membuat rumusan keseluruhan berkaitan pengalaman sepanjang mengikuti kursus NPQEL Versi 2018. Setiap peserta NPQEL Versi 2018 dibimbing oleh seorang penyelia. Penyelia bertanggungjawab mencalonkan laporan terbaik peserta di bawah

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 1

1

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

seliaan mereka berdasarkan rubrik yang disediakan oleh Pakar Rujuk. Panel penilai akan menilai dan memilih karya terbaik yang dicalonkan untuk diterbitkan. Seterusnya, panel pemilihan akan membentangkan karya untuk kelulusan Pengurusan Tertinggi Institut Aminuddin Baki (IAB). Karya terpilih akhirnya akan diterbitkan sebagai penerbitan berkala IAB. OBJEKTIF Penerbitan ini bertujuan untuk: 1.

menggalakkan budaya penghasilan penulisan sebagai salah satu kompetensi pemimpin sekolah;

2.

menggalakkan perkongsian ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan; dan

3.

membuat penerbitan berkala laporan dapatan aktiviti sebagai bahan bacaan dan rujukan pemimpin sekolah.

2

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 2

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

ASAS MEMBINA PEMIMPIN BERPRESTASI TINGGI

PENULIS: TEH LAH HOONG PENYELIA: PUAN HAJAH SITI FADZLUN BINTI ABD. THANI PENGENALAN Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan bagi bidang kepimpinan dan pengurusan anjuran Kementeran Pendidikan Malaysia (KPM). Program ini bertujuan untuk membentuk satu kumpulan pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang dan terunggul dalam semua bidang (IAB, 2009). Pada tahun 2018, Institut Aminuddin Baki (IAB) yang merupakan pusat latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan di Malaysia telah melaksanakan kaedah latihan baharu iaitu NPQEL Versi 2018 yang berteraskan kepada kompetensi (competency based). Terdapat 10 kompetensi yang diterapkan kepada para peserta iaitu berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi. Kesemua kompetensi ini perlu dikuasai sebagai syarat minimum kelayakan pemimpin berprestasi tinggi. PENGALAMAN LEPAS Pengalaman sebagai pendidik dan pemimpin pendidikan telah menjadi bekalan kepada saya untuk mengikuti kursus NPQEL ini. Saya bermula sebagai seorang guru di SMK Seri Kembangan pada 2 Januari 1985. Saya menyandang pelbagai jawatan selain daripada tugas hakiki saya untuk mengajar dan mendidik generasi muda Malaysia. Saya pernah dilantik sebagai Penolong Ketua Jurulatih Kebangsaan Gimrama pada tahun 1988 dan membawa murid-murid sekolah saya ke peringkat Kejohanan Gimrama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) pada tahun 1987 dan 1988 sehingga ke peringkat Sukan SEA pada tahun 1989 dan 1991.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 3

3

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Pada tahun 1993, saya telah dipinjamkan ke Majlis Sukan Negara Malaysia dan berkhidmat sebagai Pengurus Projek Sukan Gimrama di bawah Projek Jaya ’98. Ketika bertugas di sini, saya mendapat banyak pengalaman membuat perancangan jangka panjang dengan menggunakan asas saintifik dan melaksanakan program dengan mengambil kira kekangan yang ada dari segi infrastruktur, sistem pendidikan, struktur sukan, kewangan dan bakat. Selain dari itu, saya telah menguruskan banyak program dan belajar membuat jalinan yang menguntungkan dengan syarikat swasta di bawah Program Rakan Sukan. Saya dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara pada tahun 2001 sehingga tahun 2004 sebelum menyambung pengajian saya ke peringkat kedoktoran. Saya ditugaskan ke SMK Seri Serdang sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum pada tahun 2011 di SMK (P) Sri Aman dan seterusnya sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid pada tahun 2016. Pengalaman dan pengetahuan yang ada pada saya memainkan peranan besar dalam perancangan, pelaksanaan dan penyeliaan kerja saya ke arah kecemerlangan. Kesemua ini merupakan asas kepada 10 kompetensi yang disasarkan kepada peserta Program NPQEL sebagai persediaan untuk melahirkan pemimpin sekolah berprestasi tinggi. DAPATAN Program NPQEL Versi 2018 merupakan pakej pentaksiran yang berdasarkan 10 kompetensi iaitu berfikiran strategik, memimpin perubahan, membuat keputusan, menyelesai masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi. Kursus ini bermula dengan e-NPQEL, iaitu pembelajaran secara dalam talian selama tiga (3) minggu. Peserta perlu melalui lima (5) minggu sesi bersemuka. Antara aktiviti yang perlu dijalankan semasa sesi bersemuka ialah pembentangan eksekutif, amali pengurusan majlis dan etiket meja makan, jalinan pintar korporat, lawatan penandaarasan ke institusi swasta, bicara tokoh dan ulasan buku. Selain itu, peserta NPQEL dikehendaki menjalankan perantisan di sekolah sebanyak dua (2) kali. Tempoh Perantisan 1 adalah selama tiga (3) hari manakala Perantisan 2 mengambil masa 18 hari dalam enam (6) minggu. Peserta NPQEL versi ini juga diuji tahap kecergasan sebanyak dua (2) kali. Antara aktiviti yang memberi kesan sewaktu penglibatan saya dalam program ini ialah seperti yang berikut:

4

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 4

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Jalinan Pintar Korporat Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan satu aktiviti yang dirancang untuk meningkatkan kompetensi berasaskan aktiviti kumpulan bagi membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membina jaringan dan jalinan serta berkomunikasi secara berkesan. Aktiviti ini telah diadakan ketika sesi bersemuka iaitu pada hari Sabtu, 11 Ogos 2018 dan berfokus kepada sekolah yang berdekatan dengan Kampus Institut Aminuddin Baki Induk. Kumpulan saya, SMBE1 telah menjalankan aktiviti JPK iaitu Program Jalinan Bestari di SMK Desa Cempaka, Nilai. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja sepasukan dalam kalangan peserta bagi memantapkan kemahiran berkomunikasi dan berunding dengan pihak korporat, mengaplikasikan pemikiran strategik dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dan membudayakan amalan membina jaringan dan jalinan dengan komuniti luar. Hal ini diharap dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris serta mata pelajaran di bawah Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM). Saya berpendapat aktiviti JPK ini bermanfaat dan efektif kerana program ini bertepatan dengan anjakan kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah menetapkan bahawa penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta perlu diperluas dan diperkasakan peranannya. Perubahan persekitaran pendidikan kini penting bagi melonjakkan kemenjadian murid. Sebagai pemimpin pendidikan, saya sedar bahawa pihak sekolah perlu menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjana potensi dan kecemerlangan sekolah secara optimum. Dalam usaha membantu pelaksanaan pelbagai program di sekolah, pihak korporat, agensi kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan (NGO) turut menyumbang dana, alat dan khidmat nasihat mereka demi kebajikan dan kebaikan murid-murid. Sebelum aktiviti dilaksanakan, saya bersama ahli kumpulan yang lain telah membuat persediaan selepas sesi perbincangan awal dengan Pengetua SMK Desa Cempaka, YM Tengku Adnan bin Raja Daud. Kumpulan kami juga melalui beberapa cabaran apabila salah seorang penaja kami menarik diri dan pihak sekolah membuat beberapa tuntutan serta pindaan pada saat terakhir. Mengendalikan situasi-situasi ini merupakan ujian sebenar kepada kemahiran membuat keputusan dan kepimpinan kami. Aktiviti JPK banyak memberikan pengalaman berharga kepada saya dan meningkatkan kompetensi yang dihasratkan melalui aktiviti ini. Saya akan mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh ini dalam pengurusan pendidikan di sekolah dengan kesedaran bahawa semua sekolah mesti mewujudkan rakan strategik dari komuniti luar untuk membantu

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 5

5

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

pelaksanaan program di sekolah. Saya juga akan memastikan semua pentadbir dan guru di sekolah saya meningkatkan kemahiran perundingan dalam membina jaringan dan jalinan. Di samping itu, saya akan memastikan semua warga sekolah saya menguasai kemahiran keusahawanan dalam melaksanakan jaringan dan jalinan demi memaksimumkan peluang pendidikan kepada muridmurid. Perkara ini sejajar dengan penganjuran pelbagai program tahunan sekolah saya seperti Sri Aman Environmental and English Youth Leadership Summit (SAEYLS). Hubungan yang erat dengan ibu bapa, komuniti luar dan korporat sememangnya amat penting dalam usaha mencapai kecemerlangan sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, saya perlu mendorong keterbukaan dan penerimaan warga sekolah untuk membina jaringan dan jalinan yang membawa pelbagai manfaat kepada sekolah. Perantisan 1 Aktiviti Perantisan 1 berfokus kepada pentaksiran kompetensi berasaskan aktiviti lapangan (TAL). Aktiviti ini membolehkan saya mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Perantisan 1 ini dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja. Saya berada di sekolah perantisan 1 selama tiga (3) hari dan dua (2) hari berikutnya berada di sekolah asal. Sekolah perantisan 1 saya ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya, Selangor yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK). Sepanjang berada di sekolah Perantisan 1, saya membuat pemerhatian, mengadakan temu bual dan menganalisis data untuk mengkaji kekuatan kepimpinan dan pengurusan sekolah tersebut. Menerusi aktiviti ini, saya mengaplikasikan kompetensi berfikiran strategik, membuat keputusan, berkomunikasi secara berkesan dan berkeperibadian tinggi. Saya sungguh bertuah kerana saya telah mempelajari ilmu kepemimpinan dan pengurusan daripada dua (2) orang pemimpin sekolah yang cemerlang iaitu pengetua sekolah asal saya, Puan Hajah Misliah binti Kulop dan pengetua sekolah Perantisan 1, Puan Low Lai Khun. Gaya kepimpinan mereka sangat berbeza, berkemungkinan disebabkan latar belakang sekolah dan latar belakang murid yang berlainan. Puan Low mengamalkan gaya kepimpinan pelayan (servant leadership). Beliau mempamerkan etika kerja teladan seperti tidak mengambil cuti sakit, kerja tanpa mengira masa dan memastikan kerja diselesaikan dalam tempoh yang diberikan. Beliau juga memimpin dengan penuh rasa tanggungjawab, sedia mendengar pandangan staf, komuniti mubaligh, ibu bapa dan murid-murid. Beliau sentiasa memberi galakan kepada semua guru dalam aspek pembangunan profesional kendiri secara berterusan. Hal ini membantu mewujudkan suasana dan budaya kerja yang positif. Di samping itu, beliau menerapkan konsep penurunan kuasa dalam organisasi beliau.

6

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 6

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Berdasarkan refleksi daripada aktiviti Perantisan 1, saya perlu memantapkan pengurusan sekolah dengan mengaplikasikan pendekatan Planning, Organising, Leading and Controlling (POLC). Perkara utama yang akan saya lakukan adalah untuk memberi fokus kepada pembangunan sumber manusia bagi melengkapkan semua kakitangan dengan sikap, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian ke arah mencapai misi, visi dan hala tuju sekolah. Saya akan mengamalkan kepimpinan situasi untuk mengendalikan isu sumber manusia dan kepimpinan visionary untuk membawa sekolah ke tahap yang lebih sesuai dengan perkembangan masa hadapan. Di samping itu, saya juga akan membuat analisis jurang yang wujud antara hasil kerja masa kini dengan hasil kerja yang diingini seperti analisis organisasi yang meliputi prestasi guru, kehadiran guru, disiplin guru dan aduan ibu bapa. Saya sebagai pemimpin di sekolah akan mengetuai Jawatankuasa LADAP bagi memastikan program dilaksanakan dengan lebih efisien. Semua program dipantau secara berkala dan sistematik melalui borang penilaian setiap kali LADAP dijalankan. Tindakan seterusnya adalah untuk memantapkan pengurusan kurikulum di sekolah dengan melaksanakan sepenuhnya mandat PAK21 (kurikulum, pedagogi dan pentaksiran). Perantisan 2 Aktiviti Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sesebuah sekolah. Aktiviti ini memberikan pendedahan kepada saya tentang tugas sebenar seorang pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai ejen perubahan dan berupaya menambah baik melalui transformasi sekolah. Saya berpendapat bahawa ini merupakan inti pati kepada segala aktiviti dalam kursus NPQEL kerana aktiviti ini bukan sahaja menguji kesemua kompetensi yang diperlukan oleh seseorang pemimpin pendidikan tetapi memberi peluang merasai dan melihat pelaksanaan tugas pengetua. Sekolah Perantisan 2 saya ialah SMK Seri Kembangan yang terletak di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan. Sepanjang tempoh enam (6) minggu di sekolah ini, saya telah membuat pemerhatian dan kajian kepada bidangbidang pengurusan dan kepimpinan sekolah. Selain itu, saya turut mengenal pasti bidang-bidang pengurusan yang kritikal yang boleh ditambah baik. Saya juga telah menjalankan projek amalan terbaik dengan menggemblengkan segala keupayaan dan sumber yang terdapat di sekolah ini secara optimum. Akhir sekali, saya juga membuat pelaporan dan refleksi tentang projek yang telah dijalankan dan pembelajaran yang diperoleh daripadanya.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 7

7

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Saya telah membina Pelan Transformasi Sekolah (PINTAS) dalam proses pelaksanaan program ini. Dalam pelaksanaan Program Peledak ini, saya membimbing guru-guru sekolah Perantisan 2 ini dan membuktikan bahawa program ini mampu dilaksanakan dan boleh membawa hasil yang menggalakkan kepada murid-murid Tingkatan 5. Saya berharap bahawa para guru akan lebih proaktif dan dinamik dalam pelaksanaan kerja mereka untuk membantu pembelajaran murid. Selain daripada pelaksanaan projek amalan terbaik, aktiviti Perantisan 2 juga turut memberikan input kepada saya sebagai peserta NPQEL berkaitan aspek kepimpinan dan pengurusan yang boleh saya pelajari daripada pengetua di sekolah tersebut. Terdapat lima (5) gaya kepimpinan yang saya boleh mencontohi Pengetua SMK Seri Kembangan iaitu kepimpinan autokratik, demokratik, teragih, situasi dan partisipatif. Pengetua sekolah ini, Encik Tay Keng Lee mempunyai gaya pengurusan dan kepimpinan yang dapat memberi impak kepada saya sebagai bakal pemimpin sekolah. Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif merupakan satu komponen utama dalam aktiviti NPQEL Versi 2018. Lima (5) Pembentangan Eksekutif (PE) yang perlu dilaksanakan oleh peserta dan ditaksir secara individu adalah berwawasan, menerajui perubahan, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti dan membina jaringan dan jalinan. Bagi setiap tugasan pembentangan, peserta akan diberikan bahan stimulus beserta arahan tugasan. Segala keputusan yang diambil, proses kerja dan pelan intervensi yang dirancang perlu disokong dengan data dan dinyatakan justifikasi. Tugasan berkenaan memberi peluang kepada saya untuk memainkan peranan sebagai seorang pemimpin sekolah, membuat simulasi senario di sekolah dan belajar membuat keputusan yang terbaik berdasarkan data dan fakta. Pengalaman menyempurnakan tugasan PE amatlah berguna bagi saya kerana saya didedahkan kepada 10 kompetensi yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin sekolah. Dalam tugasan PE yang pertama, saya dikehendaki membentangkan satu intervensi yang telah dan akan dilaksanakan, berdasarkan pengalaman saya dalam satu aspek Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk membangunkan kemenjadian murid. Dalam proses penyediaan bahan pembentangan, saya telah merujuk kepada pelbagai bahan rujukan supaya lebih memahami PBS.

8

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 8

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Pengalaman yang diperolehi daripada PE yang pertama telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan pembentangan seterusnya. Dalam tugasan PE yang kedua, iaitu Menerajui Perubahan, saya telah mengaitkan bahan stimulus yang dipilih dengan tindakan kepimpinan perubahan yang telah dilaksanakan dalam konteks organisasi masing-masing. Saya selalu mengingatkan diri supaya sentiasa membuat keputusan dan merancang berdasarkan data dan fakta. Pengalaman yang sebenar di sekolah menjadikan saya lebih yakin dalam menyampaikan pembentangan tersebut. Saya perlu meletakkan diri sebagai pemimpin sekolah yang memimpin pembelajaran dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan membangunkan potensi guru dalam menggalakkan pengajaran berkesan dengan kemahiran mengenal pasti punca masalah, menganalisis data dan membuat keputusan. Tindakan saya mesti berpandu kepada fakta dan statistik dan bukan kepada emosi dan pandangan orang lain. Dari aspek pembangunan berterusan staf, program pembangunan staf perlu sentiasa ditambah baik supaya kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dapat dicapai. Saya memahami mustahaknya menggalakkan guru mengikut kursus untuk meningkatkan tahap profesional mereka serta memberi ganjaran atau insentif kepada guru apabila prestasi mereka meningkat (SKPMg2 Std 4). Sekiranya penambahbaikan dijadikan budaya di sekolah, guru berupaya memperkasakan dirinya untuk mempertingkatkan PdPc dalam bilik darjah. Perkongsian amalan terbaik dengan pihak berkepentingan sememangnya perlu ditekankan dalam usaha membantu kecemerlangan organisasi sekolah. Saya membentangkan usaha saya dalam membina program Sri Aman Environmental and English Youth Leadership Summit (SAEYLS) sejak tahun 2012. Dengan tamatnya tugasan PE, kini saya lebih bersedia untuk mengamalkan apa yang telah dipelajari apabila menerajui kepimpinan sekolah kelak. Ulasan Buku Aktiviti ini merangkumi penulisan laporan Ulasan Buku dan pembentangan. Terdapat tiga (3) kompetensi yang ditaksir dalam aktiviti ini iaitu berkomunikasi berkesan, berkepimpinan dan berkeperibadian tinggi. Aktiviti Ulasan Buku bertujuan meningkatkan keupayaan peserta memahami kandungan buku untuk diaplikasikan dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi. Menariknya, saya dapat menggabungkan pengetahuan dan kompetensi dalam bidang pengurusan dan kepimpinan sedia ada dengan amalan terbaik di tempat kerja.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 9

9

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Buku yang saya baca berjudul Kepimpinan dan Penambahbaikan Sekolah oleh Dr. Abdul Ghani Abdullah (2009). Saya bersetuju dengan penyataan penulis bahawa penambahbaikan adalah wajib untuk memastikan kecemerlangan sekolah diteruskan. Pemimpin sekolah perlu mengutamakan kemenjadian murid dalam membuat keputusan tentang pengoperasian sekolah. Penulis juga berpendapat bahawa kepimpinan moral berlandaskan nilai-nilai murni dan garis panduan undang-undang boleh membina komuniti sekolah yang ingin belajar dengan paduan intelek, emosi, rohani bersama nilai moral dalam amalan mereka. Penguasaan kepimpinan pedagogi juga penting dari aspek pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah kerana ini merupakan kerja teras seseorang guru. Warga sekolah perlu menjalankan kajian tindakan untuk membawa penambahbaikan kepada sekolah. Kajian tindakan boleh dibuat bagi semua aspek untuk membawa cadangan penyelesaian masalah dan peningkatan prestasi. Saya akan menyampaikan kepentingan aspek ini kepada semua warga sekolah dan menggunakan Model Perubahan Lapan Langkah Kotter (Kotter,1996) untuk membawa penambahbaikan kepada tahap pengetahuan, sikap dan amalan guru. Semua usaha ini kritikal untuk membentuk warga negara ini yang mampu menghadapi Revolusi Perindustrian Ke-4 yang bergerak dengan pesat. Secara keseluruhannya, aktiviti ini perlu diamalkan sepanjang hayat. Bukan sahaja membaca ini merangsang pemikiran saya, aktiviti ulasan buku ini memberi pendedahan dalam pelbagai perspektif dan boleh membantu dalam memberi penyelesaian di luar kotak serta mengemas kini pengetahuan saya kepada perkembangan pendidikan terkini di seluruh dunia. PENUTUP Saya amat bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada penyelia, kedua-dua pengetua sekolah perantisan dan rakan-rakan seperjuangan. Walaupun proses menyempurnakan setiap tugasan amat mencabar, namun dengan input ilmu dan pengalaman yang diperolehi di Institut Aminuddin Baki, saya kini lebih yakin untuk melaksanakan tugas sebagai pemimpin sekolah. Kesimpulannya, semua aktiviti yang dilaksanakan dalam Program NPQEL Versi 2018 telah memberikan saya pelbagai input dan pengalaman berharga. Latihan secara menyeluruh yang merangkumi keseluruhan keperluan asas kompetensi pemimpin pendidikan dapat membentuk saya menjadi pemimpin yang berprestasi tinggi. Justeru, setelah saya berjaya membangunkan 10 kompetensi melalui program ini, saya yakin dapat merealisasikan hasrat PPPM 2013-2025 yang berteraskan pemimpin berprestasi tinggi, kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

10

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 10

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

RUJUKAN Abdul Ghani Abdullah. (2009). Kepimpinan dan Penambahan Sekolah. Selangor: PTS Media Group. Institut Aminuddin Baki. (2009). Course Directory. National Institute of Educational Management and Leadership. Genting Highlands:Institut Aminuddin Baki. Institut Aminuddin Baki. (2014). NPQEL: Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. Edisi Semakan. Genting Highlands:Institut Aminuddin Baki. Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands:Institut Aminuddin Baki. Kotter, J. P. (2012). Leading change. Boston:Harvard Business Press.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 11

11

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 12

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

JELAJAH ILMU

PENULIS: GEORGE BIN JULI PENYELIA: PUAN PAULINIA @ LIJA TANIN PENGENALAN Penulisan ini adalah berkaitan dengan dapatan yang diperoleh lima (5) daripada 10 aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan selama 15 minggu. Isi kandungan penulisan ini melibatkan pengenalan, pengalaman lepas, dapatan, refleksi dan rumusan aktiviti. Setiap dapatan yang diperoleh perlu dikaitkan dengan kompetensi yang bersesuaian. Sementara itu, refleksi kendiri pula dibuat berdasarkan perancangan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin supaya dapat membangunkan organisasi yang diterajui. Penulisan yang dihasilkan ini adalah berdasarkan rujukan daripada bahan-bahan bercetak yang telah disediakan oleh pihak Institut Aminuddin Baki (IAB) sendiri, laman e-Pembelajaran NPQEL, laman web dan juga pembacaan daripada buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan program yang saya ikuti. Pengalaman yang diperoleh sepanjang Program NPQEL dan aktiviti penulisan karya terpilih ini merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat dan merupakan satu pembelajaran yang berguna bagi saya sebagai bakal pemimpin. Kata pepatah “hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih”, menjadi inspirasi untuk saya meneruskan Program NPQEL walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Semoga penulisan yang dihasilkan ini dapat memberikan manfaat kepada bakal pemimpin organisasi sekolah. PENGALAMAN LEPAS Saya menjawat jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) di SK Rimbaan, Kuala Penyu pada 2013. Sebagai penolong kanan baharu di sekolah ini, saya berpendapat pengalaman sebagai pentadbir sekolah perlu dilengkapkan demi memenuhi tuntutan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan. Hal ini

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 13

13

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

membangkitkan semangat saya untuk mendalami keperluan tugasan yang berkaitan dengan pengurusan HEM. Saya cuba mendalami pengetahuan yang sedia ada dengan bertanya kepada rakan setugas dari sekolah lain, di samping melayari internet berkaitan dengan bidang tugas sebagai Penolong Kanan HEM. Saya dapat mendalami tugasan, peranan dan tanggungjawab sebagai Guru Penolong Kanan HEM dengan lebih baik. Keadaan ini memberikan satu impak kepada saya dalam menangani dan menyelesaikan masalah dalam pengurusan HEM di sekolah ini. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menjawat jawatan sebagai pentadbir, seseorang pemimpin perlu banyak bersabar dengan sikap rakan sejawat, ibu bapa dan murid. Pemikiran dan penyelesaian masalah secara berfokus seharusnya diamalkan, bertimbang rasa, memahami keberadaan ibu bapa dan murid serta menjadi pendengar yang baik perlu dipertingkatkan. Sesebuah organisasi perlu mengutamakan kerja sepasukan bagi melahirkan sekolah yang cemerlang. DAPATAN AKTIVITI e-NPQEL Selepas menerima surat tawaran sebagai peserta Program NPQEL, tugasan pertama yang perlu dilaksanakan adalah aktiviti e-NPOEL iaitu pembelajaran dan latihan secara dalam talian selama 21 hari (Portal e-Pembelajaran). Aktiviti ini mengajar saya untuk menanam semangat juang yang tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menghadapi cabaran dalam menyelesaikan e-NPQEL seperti capaian internet yang lemah dan topik yang menggunakan bahasa Inggeris. Aktiviti e-NPQEL ini telah membantu saya berfikir secara kritis dan kreatif serta dapat menjangka pembelajaran semasa bersemuka nanti. Aktiviti ini juga membantu saya membuat pilihan yang releven berdasarkan maklumat yang dikemukakan dan dipelajari untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan. Pembelajaran secara dalam talian ini juga membantu saya untuk mencari alternatif penyelesaian masalah kerana disajikan dengan pelbagai kaedah dan alat yang sesuai berdasarkan masalah yang dikemukakan. Akhirnya, aktiviti ini dapat memupuk minat saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Pada umumnya, aktiviti e-NPQEL ini adalah asas pembangunan pengetahuan kepimpinan seseorang pemimpin sekolah. Oleh yang demikian,

14

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 14

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

aktiviti seperti ini perlu diikuti bukan sahaja oleh bakal pemimpin organisasi malah sesuai digunakan oleh golongan yang sudah digelar pemimpin terutamanya mereka yang kurang mendapat latihan yang secukupnya dalam kepimpinan satu-satu organisasi. Pada masa akan datang, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama IAB, perlu membangunkan aktiviti ini secara luar talian agar masalah liputan internet yang dialami di kawasan-kawasan tertentu terutamanya di pedalaman Sabah dapat diatasi. e-Pembelajaran juga amat sesuai diadakan sebelum kita memulakan sesuatu kursus atau bengkel, agar apa-apa yang dilakukan semasa kursus dan bengkel dapat kita fahami sepenuhnya dan juga memudahkan kita memahami isi kandungan kursus yang dibuat kerana telah didedahkan secara umum sebelum ini. Di samping itu, kita dapat menggunakan ilmu sebagai persediaan kita mengikuti latihan dan aktiviti supaya kita dapat merancang program yang perlu kita lakukan seterusnya. Pembentangan Eksekutif Peserta NPQEL Versi 2018 perlu membentangkan Pembentangan Eksekutif (PE) sebanyak lima (5) kali. Aktiviti pembentangan ini memberikan keyakinan kepada saya apabila berhadapan dengan pemegang taruh di sekolah kelak. Aktiviti ini juga membantu saya untuk melaksanakan kajian dan perancangan yang tepat dan sesuai mengikut masa yang ditetapkan. Pembentangan saya haruslah bermakna dan memberikan manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada organisasi yang kita pimpin. Selain itu, aktiviti ini membantu saya menjadi pendengar yang baik kerana kita sebagai pendengar perlu menghargai apa-apa yang diucapkan oleh orang lain sebagai mana kita mengharapkan orang lain mendengar apa yang kita ucapkan. Aktiviti ini membimbing saya untuk menyumbangkan idea atau pendapat dengan baik. Pembentangan akan membantu saya agar lebih yakin ketika berhadapan dengan suasana penilaian dan pentaksiran. Soalan dan masalah yang diberikan dalam pembentangan membantu saya untuk mengenal pasti cara penyelesaian yang terbaik agar dapat mencapai kompetensi/matlamat yang dihasratkan. Penyelesaian yang dikemukakan juga harus menepati kehendak yang diingini kerana dibuat berdasarkan sokongan dan bimbingan warga organisasi seperti penyelia dan rakan sebaya. Kajian dan olahan isi kandungan dibuat dengan teliti dan berhati-hati. Keadaan ini membantu saya membuat pilihan yang terbaik dengan alasan serta pertimbangan daripada pelbagai aspek.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 15

15

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

PE ini sesuai dilaksanakan untuk menguji kemampuan kompetensi seseorang pegawai atau kakitangan dalam satu-satu organisasi seperti kelancaran mengeluarkan idea dan keyakinan diri dalam pengucapan awam. Aktiviti ini juga menggalakkan pemupukan budaya belajar dalam kalangan ahli organisasi itu sendiri. Pihak sekolah atau organisasi pendidikan perlu mengamalkan aktiviti pembentangan dan pembinaan satu projek yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan. Sebagai bakal pemimpin, saya seharusnya mendalami aktiviti sebegini ini kerana dapat membantu saya untuk menyampaikan idea dan pendapat yang bernas dan membina keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Aktiviti ini secara tidak langsung memudahkan saya menyampaikan idea apabila berhubung dengan pelanggan kita terutamanya ahli organisasi dan pemegang taruh. Jalinan Pintar Korporat Aktiviti Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan satu usaha untuk memanfaatkan hubungan baik dengan pihak berkepentingan untuk membantu organisasi ke arah mewujudkan satu organisasi yang cemerlang. Peserta NPQEL SRSB3 Ambilan 2/2018 telah mengadakan aktiviti ini di SK Pekan Telipok. Melalui aktiviti ini, saya telah mengenal pasti konsep sebenar jalinan dan jaringan. Saya juga memahami pentingnya kemahiran perundingan dan menerima pandangan orang lain sebagai satu usaha yang amat penting jika kita ingin berjaya dalam membina hubungan yang baik. Pemimpin perlu berupaya menyampaikan pendapat dengan lancar dan menyakinkan dalam bentuk lisan atau dalam bentuk tulisan untuk meningkatkan keyakinan orang lain terhadap diri kita. Seseorang pemimpin perlu berusaha untuk memimpin organisasi untuk membina jalinan dan jaringan. Pemimpin seharusnya mempunyai keupayaan tinggi untuk memimpin banyak pihak dalam memberi idea dan pendapat bersama supaya matlamat yang diinginkan akan tercapai tanpa sebarang halangan. Seseorang pemimpin perlu berusaha untuk memanfaatkan hubungan yang dibina sebaik mungkin dan berkongsi amalan terbaik supaya hubungan yang wujud terus berkekalan dan dapat dimantapkan pada setiap masa. Pada asasnya, hubungan jalinan dan jaringan perlu dalam setiap organisasi agar matlamat yang sama dapat dicapai. Aktiviti ini dapat membantu pembangunan organisasi dengan lebih berkesan. Sebagai langkah permulaan, sebagai pemimpin sekolah, saya akan berusaha memantapkan

16

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 16

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

hubungan baik dengan pihak PIBG atau PIBK dan juga komuniti setempat. Pemantapan ini memerlukan saya mengkaji dan menganalisis persekitaran supaya segala kekuatan, kelemahan, peluang serta ancaman atau isu dapat diketahui dengan jelas. Keadaan ini memberikan peluang kepada organisasi kita untuk berkembang mengikut acuan yang telah ditetapkan. Aktiviti yang dirancang memerlukan usaha secara berterusan dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas. Perkara ini boleh dilaksanakan oleh pemimpin dengan melakukan pembelajaran berterusan dan menjalankan kajian. Di samping itu, pemimpin perlu menggunakan perancangan dan penilaian serta penambahbaikan dan seterusnya mendapatkan kerjasama daripada semua pihak terutamanya dalam organisasi. Sebagai pemimpin di sekolah, saya akan melaksanakan aktiviti ini untuk membantu organisasi mencapai kecemerlangan. Aktiviti ini membolehkan saya mengaplikasi amalan baik yang telah dilakukan oleh organisasi lain dan diterjemahkan kepada organisasi sendiri atau sebaliknya. Keadaan ini memberi impak yang lebih baik kepada kedua-dua pihak dengan bimbingan dan tunjuk ajar secara perkongsian bersama. Lawatan Penandaarasan Institusi Swasta (LPIS) Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang penuh cabaran dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap peserta. Kami dikehendaki untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan institusi yang dilawati dengan menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian untuk dikemukakan kepada pihak institusi berkenaan. Aktiviti ini telah diadakan di Lembaga Koko Malaysia Cawangan Sabah. Kami didedahkan dengan dengan amalan pengurusan dan kepimpinan yang membantu organisasi ini berjaya. Di samping itu, kami dikongsikan dengan amalan terbaik, termasuklah cabaran yang dihadapi oleh organisasi bagi membangunkan potensi. Kami difahamkan bahawa kenaikan pangkat bagi jawatan tertinggi Gred 41 hingga Gred 54 memerlukan seseorang pegawai itu membuat kertas kerja, pembentangan dan membuat projek yang berkaitan dengan organisasi berkenaan. Organisasi ini juga mengadakan satu aktiviti bersama pemimpin dengan golongan bawahan supaya ikatan persahabatan dan kekeluargaan dapat diwujudkan. Cabaran utama aktiviti ini ialah pembentangan yang dibuat dalam bahasa Inggeris dan pada masa yang sama soalan dikemukakan oleh pentaksir juga dalam bahasa Inggeris. Melalui pembentangan ini saya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 17

17

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Aktiviti ini juga membantu saya untuk mengenal pasti masalah atau kelemahan organisasi berdasarkan data yang diperoleh secara perbincangan dan soal selidik. Data ini pula digunakan untuk mencari jalan penyelesaian yang berkesan untuk mencapai kehendak organisasi. Hasil penerangan dan perbincangan dalam aktiviti ini membantu saya berfikir secara kreatif dalam menentukan hala tuju sesuatu organisasi berdasarkan jangkaan masa hadapan yang dibuat supaya dapat meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpin. Aktiviti ini membantu saya memahami cara organisasi ini membangunkan kapasiti staf mereka. Pemimpin berusaha bersungguh-sungguh dan membuat penyeliaan terhadap staf, agar kemahiran yang ada dapat meningkatkan pengeluaran dan membantu perkembangan dan hala tuju organisasi. Saya sedar untuk membangunkan sesebuah organisasi, saya perlu membuat perancangan dengan teliti dan menggunakan kepakaran warga organisasi secara maksimum. Pendapat dan pandangan warga sekolah perlu didengar supaya pelaksanaan projek dapat dilaksanakan dengan berkesan. Motivasi warga sekolah dapat ditingkatkan dengan penghargaan yang diberi. Penyeliaan kepada semua staf harus dibuat supaya staf yang kurang produktif dapat dibantu dan dibimbing untuk bersama-sama menyumbangkan perkembangan organisasi dalam mencapai matlamat yang diingini Pemimpin perlu membawa stafnya mengadakan lawatan penandaarasan ke institusi swasta. Lawatan yang dibuat, bukan sahaja kepada institusi yang berjaya, malah boleh juga dibuat kepada institusi yang kurang berjaya, agar perkara ini menjadi contoh dan teladan untuk membuka minda warga organisasi. Dapatan daripada lawatan dapat diaplikasikan di dalam organisasi dan juga digunakan sebagai satu aktiviti bagi mewujudkan persefahaman dan hubungan baik antara pemimpin dan golongan bawahan. Tugasan akan diberikan kepada semua staf untuk membuat catatan dan pemerhatian ketika aktiviti ini dijalankan. Staf perlu mendapatkan maklumat yang berguna. Selepas lawatan, satu sesi perbincangan perlu diadakan agar segala pemerhatian, pandangan dan cadangan yang baik dapat diambil tindakan serta dilaksanakan dalam organisasi dengan bantuan dan kerjasama semua staf yang hadir. Aktiviti ini membantu membuka mata dan minda terhadap perkembangan yang diusahakan oleh organisasi lain. Perkembangan dan amalan baik ini perlu saya terapkan dalam organisasi dengan membuat penambahbaikan agar dapat membantu organisasi berkembang mengikut acuan dan kaedah persekitaran tempatan.

18

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 18

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Perantisan 2 Aktiviti Perantisan 2 ini merupakan satu aktiviti “job shadowing” kepada setiap peserta NPQEL yang memberikan pendedahan kepada peserta tentang tugas sebenar seorang pemimpin sekolah. Saya telah memilih SK Menunggang sebagai sekolah Perantisan 2. Asas pemilihan ialah guru besar sekolah ini akan menamatkan perkhidmatan pada tahun 2021 dan sekolah dalam lingkungan 25 km dari sekolah asal. Semasa saya menjalankan perantisan ini, saya telah memerhati dan mengkaji bidang-bidang pengurusan dan kepimpinan guru besar sekolah iaitu Pn. Rusiah binti Bilang. Hasil pemerhatian, perbincangan serta suara guru, saya dapat membuat kesimpulan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak pada kepimpinan guru besar dengan bantuan guru-guru penolong kanan dan pemimpin-pemimpin pertengahan. Seandainya hubungan guru besar dengan pemimpin-pemimpin kurang baik, kepimpinan sekolah tidak berfungsi dengan sempurna, maka PdPc murid dan PdPc guru akan terjejas.(Larry,2002) Cara kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar juga mempengaruhi kejayaan sekolah. Guru besar sebaik-baiknya mengamalkan kepimpinan demokrasi tetapi dalam keadaan tertentu perlu mengamalkan kepimpinan autokrasi terutama berkaitan dengan kehadiran guru-guru dan anggota khidmat pelaksana (AKP) ke sekolah. Hasil pemerhatian juga, kejayaan sekolah berhubung kait dengan bantuan dan kerjasama pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan pengaruh alumni sekolah. Guru besar sekolah Perantisan 2 memberikan ruang kepada saya untuk bertukar-tukar pendapat dan membantu saya menentukan hala tuju projek yang saya laksanakan berdasarkan analisis persekitaran. Bimbingan guru besar dan data yang diperoleh membolehkan saya membuat pilihan yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah terutamanya dalam perancangan aktiviti panitia yang akan memberikan manfaat kepada murid dan guru. Semasa membuat perancangan dan dalam proses melaksanakan projek, saya mendapatkan bantuan dan sokongan terutamanya daripada pihak pentadbir dan warga sekolah dalam memberikan pendapat dan melaksanakan tugas yang diberikan seperti pengisian soal selidik dan menjadi ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana projek. Perkara ini diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh staf sekolah kerana ingin melihat kejayaan sekolah pada masa hadapan dalam menghasilkan murid yang cemerlang dalam UPSR. Sebelum dan semasa projek dilaksanakan, saya membuat pemantauan dan bimbingan kepada AJK pelaksana terutama dalam pengurusan majlis agar

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 19

19

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

kemahiran yang diperolehi dapat digunakan dengan betul dalam pengurusan majlis pada masa akan datang. Saya sendiri telah menyediakan borang senarai semak untuk memudahkan saya membuat pemantauan dan bimbingan terutama kepada bahagian dan AJK pelaksana yang kurang berkemahiran. Saya juga mendedahkan kepada semua staf tentang kepentingan jalinan dan jaringan dalam pengurusan sesuatu majlis atau kursus. Saya berjaya mendapatkan sumbangan daripada syarikat yang ada di daerah Kuala Penyu. Sebagai pemimpin sekolah, seseorang itu perlu berusaha menjadi pemimpin yang disayangi dalam kalangan warga sekolah. Dengan mengamalkan sikap tolak ansur serta menjalankan peraturan dengan adil dan bijaksana, bersikap terbuka, menjadi pendengar yang baik, empati, memahami dan menerima kelemahan orang lain dan mampu menggerakkan organisasi untuk mencapai matlamat yang diingini. Pemimpin sepatutnya mengupayakan guru-guru penolong kanan dan pemimpin pertengahan untuk mengetuai projek yang hendak dilaksanakan. Guru besar hanya perlu memantau dan memberikan bimbingan. Sebagai pemimpin, kita harus memberi kepercayaan kepada pemimpin pertengahan dalam menerajui projek. Sebelum saya merancang projek ini, saya telah menetapkan objektif dan matlamat yang ingin dicapai dan juga menggunakan data yang telah saya peroleh dalam analisis persekitaran. Saya juga menggunakan kaedah soal selidik berkaitan dengan suara guru menggunakan SKPMg2 Standard 4 dan suara murid. Saya juga meneliti fail panitia terutama aktiviti dan perancangan yang dibuat oleh setiap panitia. Setelah projek ini dilaksanakan, saya telah membuat penilaian, perbincangan dan membuat soal selidik tentang keberkesanan dan kejayaan projek yang dilaksanakan. Saya membimbing guru yang terlibat dan mengupayakan pemimpin pertengahan untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Guru-guru yang sudah berkemahiran digalakkan memberi bimbingan kepada rakan yang lain dari sekolah ini dan sekolah yang berhampiran terutamanya semasa dialog prestasi. Akhirnya, aktiviti ini membantu saya sebagai bakal pemimpin untuk mendalami cara kepimpinan yang sebenar di sekolah. Aktiviti ini juga secara tidak langsung membantu saya mencari kekuatan, kelemahan dan berusaha mengatasi masalah yang timbul. Keadaan ini membantu saya untuk bertindak balas terhadap masalah yang wujud dengan cara yang betul jika sudah bergelar pemimpin.

20

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 20

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

PENUTUP Usaha yang dilakukan oleh KPM melalui IAB yang berfungsi sebagai pusat latihan bagi pemimpin dan juga bakal pemimpin pendidikan di sekolah adalah berdasarkan Anjakan ke-5 PPPM 2013-2025. Perkara ini merupakan satu usaha yang murni untuk melahirkan pemimpin yang berprestasi tinggi ditempatkan di sebuah organisasi pendidikan.(KPM,2013) Oleh itu, bakal pemimpin berprestasi tinggi seharusnya mempunyai 10 kompetensi agar organisasi yang dipimpinnya bersifat proaktif dan berdaya saing serta mampu memimpin perubahan (IAB,2018). Sehubungan dengan itu, perlaksanaan NPQEL Versi 2018 menepati kehendak yang diperlukan dalam melahirkan pemimpin yang berkesan, berpengetahuan, berketerampilan, berkepimpinan, berfikiran strategi, berkomunikasi berkesan, berkeperibadian tinggi, memimpin pembelajaran, berupaya menyelesai masalah dan membangun kapasiti serta memimpin perubahan. Keadaan ini membantu bakal pemimpin sekolah menjalankan tugas dengan sempurna dalam organisasi jika dilantik kelak. 10 aktiviti yang dijalankan seperti pembentangan, tugasan di lapangan, bicara ilmu dan job shadowing sangat membantu saya sebagai bakal pemimpin bagi mendalami cara pengurusan dan kepimpinan sesebuah organisasi. Akhirnya, usaha pihak KPM untuk melahirkan pemimpin berprestasi tinggi akan tercapai dan juga memberikan manfaat dalam merealisasikan kemenjadian murid dan organisasi sekolah yang berkualiti. RUJUKAN Institut Aminuddin Baki. (2018). Kamus Kompentensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL. Bandar Enstek: Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan, Institusi Aminuddin Baki. Institut Aminuddin Baki. (2018). Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL. Bandar Enstek: Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan, Institusi Aminuddin Baki. Kamus Dewan (Edisi ketiga), (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 21

21

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Portal e-Pembelajaran NPQEL 2.0, Institusi Aminuddin Baki, KPM. Course:NPQEL. Diperoleh pada 20 Oktober 2018 daripada npqel.iab.edu.my/ coures/ view.php?id=14 Portal e-Pembelajaran NPQEL 2.0, Institusi Aminuddin Baki, KPM. Course :e-Resos. Diperoleh pada 20 Oktober 2018 daripada npqel.iab.edu.my/ coures/ view.php?id=6 Spears, L. C. & Lawrence, M. (2002) . Focus on leadership servant -leadership for the twenty-first century. John Wiley & Sons, Inc.

22

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 22

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

BICARA KEPIMPINAN DI HUJUNG TINTA

PENULIS: SUHAILA BINTI ISMAIL PENYELIA: PUAN AZIAH BINTI SAMICHAN PENGENALAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah melancarkan transformasi sistem pendidikan negara dengan menggariskan 11 anjakan utama. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah merupakan salah satu anjakan utama PPPM. Usaha ini jelas memperlihatkan betapa pentingnya pemimpin yang berkualiti ditempatkan dalam institusi pendidikan khususnya di setiap sekolah. Bagi merealisasikan agenda tersebut, salah satu usaha ke arah ini ialah Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Justeru, setiap pemimpin pelapis pendidikan seharusnya mengintai peluang untuk menjadi sebahagian daripada peserta program ini. Syukur alhamdullillah, segala puji bagi Allah kerana akhirnya saya telah diizinkan untuk menjadi salah seorang peserta NPQEL Ambilan 2 tahun 2018 setelah beberapa kali membuat permohonan. Sesungguhnya perancangan Allah itu sangat indah kerana saya ditakdirkan untuk mengikuti pengajian ini dalam mod baharu yang lebih mencabar dan latihannya direka khas untuk pemimpin pendidikan mendepani abad ke-21. Oleh yang demikian, saya amat teruja kerana diberi peluang menjalani latihan pembangunan ini dan dilatih secara profesional oleh para pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB). Memetik kata-kata Presiden Amerika Syarikat yang ke-6, John Quincy Adams berkaitan kepimpinan, If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, you are a leader. Saya mengharapkan agar penulisan ini menjadi satu catatan pengalaman peribadi yang berharga sebagai seorang peserta Program NPQEL dan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Melalui penulisan ini, saya akan berkongsi pengalaman daripada pelbagai aspek merangkumi percambahan ilmu, anjakan paradigma, peningkatan kompetensi dan refleksi yang dapat diaplikasi dalam kepimpinan pendidikan.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 23

23

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Setinggi-tinggi penghargaan dititipkan dalam karya Bicara Kepimpinan di Hujung Tinta kepada semua pihak yang telah membantu saya menamatkan pengajian dalam Program NPQEL. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. PENGALAMAN LEPAS Saya telah memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum selama empat (4) tahun bermula 16 Mac 2010. Jawatan ini ditawarkan selepas saya mengajar selama 10 tahun sebagai guru penolong yang dipertanggungjawabkan sebagai guru tahun satu. Tugas sebagai Penolong Kanan Kokurikulum memerlukan saya bekerjasama dengan semua guru untuk membangunkan potensi murid dalam bidang sukan dan kokurikulum. Secara tidak langsung saya sebenarnya telah mengaplikasikan domain berwawasan dan kompetensi berfikiran strategik dalam merancang program-program pembangunan sukan dan yang berkaitan dengan akademik. Perancangan strategik yang dibuat menjadi garis panduan kepada guru-guru untuk melaksanakan program yang dirancang bagi kecemerlangan sekolah terutama dalam bidang sukan. Pengalaman sebagai pemimpin ini diteruskan, apabila saya telah dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal murid selepas empat (4) tahun memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah yang sama, SK Methodist Malim Nawar. Saya amat bertuah kerana telah dibimbing oleh guru besar yang sangat komited dalam menggalas tugas dan tanggungjawab terhadap kecemerlangan sekolah. Tugas mengurus hal ehwal murid (HEM) merupakan satu tanggungjawab yang berat dan berterusan. Pengurusan HEM memerlukan komitmen dan kerjasama semua guru ke arah pembentukan sahsiah, keperibadian murid serta menjaga kebajikan mereka daripada pelbagai aspek. Bagi memastikan kerjasama guru sentiasa padu, domain mencemerlangkan organisasi dalam membangunkan kapasiti telah diamalkan. Aktitiviti latihan dalam perkhidmatan telah dijalankan sepanjang tahun bagi memastikan guru–guru sentiasa didedahkan dengan teknik dan kemahiran yang tinggi bagi melaksanakan tugas mendidik dengan berkesan. Semasa menjawat jawatan Penolong Kanan HEM, saya telah menerima Anugerah Khas Penolong Kanan HEM Cemerlang daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan. Anugerah ini amat saya hargai kerana keperihatinan ketua jabatan terhadap tugasan pegawai bawahannya. Keadaan ini membangkitkan motivasi saya untuk terus bekerja dengan lebih cemerlang. Oleh itu, membangunkan kapasiti guru perlu bagi memastikan kecemerlangan sekolah dengan adanya peningkatan motivasi dan komitmen padu para guru. Keterampilan guru besar telah memberi inspirasi kepada saya untuk diaplikasikan jika menjadi guru besar satu hari nanti.

24

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 24

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Saya dan beberapa orang rakan sejawat memohon untuk mengikuti Program NPQEL ini semasa menjadi Penolong Kanan HEM. Guru besar memberi galakan dan kata-kata semangat untuk saya mengikuti program ini bagi menimba ilmu kepimpinan dan pengurusan di IAB. Pada awal Februari 2018, saya telah ditawarkan jawatan Penolong Kanan Pentadbiran menggantikan guru penolong kanan yang telah dinaikkan pangkat menjadi guru besar. Pengalaman menjawat tiga jawatan penolong kanan di sekolah yang sama telah memudahkan tugas- tugas saya dalam pengurusan. Persaraan guru besar tidak menjejaskan pengurusan sekolah kerana tugas-tugas pentadbiran telah diperturunkan kepada saya sebelum beliau bersara. Kepimpinan guru besar yang sentiasa menggerakkan middle leader akan saya amalkan jika saya menjadi guru besar kelak. Melalui pengalaman yang lepas, saya sedar bahawa bakal pemimpin adalah manusia yang serba kekurangan dan mempunyai keperluan kendiri yang memerlukan tunjuk ajar, bimbingan, sokongan, serta kebolehan mentadbir. Pandangan ini selari dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menyebut manusia memerlukan usaha untuk mencapai cita-cita diri mengikut potensi seseorang manusia. DAPATAN AKTIVITI Saya berasa amat teruja apabila menyemak keputusan secara dalam talian dan mendapati saya serta tiga orang sahabat telah ditawarkan untuk mengikuti kursus NPQEL. Setelah mencetak surat tersebut saya dapati jadual pelaksanaannya adalah selama 15 minggu. Saya berasa sedikit berdebar dan gelisah kerana keluarga dan anak- anak terpaksa ditinggalkan selama lima (5) minggu dalam fasa bersemuka. Namun begitu, semua kerisauan tersebut dapat di atasi kerana suami memberi keizinan penuh serta dorongan untuk menjalani kursus ini. Dalam pelaksanaan NPQEL Versi 2018, terdapat 10 aktiviti harus dilalui oleh setiap peserta tanpa gagal. Semua peserta perlu melepasi kesemua 10 kompentensi pada tahap skor empat (4) atau lima (5) untuk diiktiraf sebagai pemimpin berprestasi tinggi. Setiap aktiviti yang telah dijalankan sangat membantu dalam menyediakan saya sebagai seorang pemimpin. Namun demikian, saya memilih lima (5) daripada 10 aktiviti yang dilalui dan benarbenar memberi kesan khususnya kepada pembangunan profesionalisme saya. e-NPQEL Tugasan pertama yang wajib dilalui adalah pembelajaran secara dalam talian iaitu e-NPQEL. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu saya tangani untuk menyelesaikan tugasan ini. Keadaan ini berlaku kerana tugasan yang diberikan adalah sesuatu yang baharu bagi saya. Keadaan bertambah sukar

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 25

25

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

kerana saya terpaksa berkongsi komputer dengan anak-anak kerana pada masa yang sama mereka perlu menyiapkan kerja kursus bagi PT3 dan SPM. Kekangan ini menyebabkan saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan untuk membeli sebuah komputer baharu demi kelancaran menyiapkan tugasan. Di samping itu, kekangan masa pada waktu siang menyebabkan saya berjaga setiap malam untuk menyiapkannya. Malahan ketika sibuk dengan tetamu yang datang pada jemputan rumah terbuka, saya mencuri masa untuk menyiapkannya. Keadaan ini juga memberi sedikit tekanan kerana pada masa yang sama tugas-tugas pentadbiran di sekolah perlu saya uruskan. Namun begitu, dengan perbincangan bersama rakan-rakan yang turut terpilih serta pengetahuan sedia ada, saya melaluinya dengan penuh kesabaran dan kecekalan. Dalam menyelesaikan tugasan ini, tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 21 hari. Cabaran paling besar yang dihadapi dalam tugasan ini ialah rutin kerja hakiki. Saya perlu menguruskan masa dengan bijak kerana pada masa yang sama saya harus mendapatkan empat (4) lencana untuk membolehkan peserta layak mengikuti kursus mod bersemuka. Pelbagai bentuk soalan dan kuiz perlu dijawab dengan tepat dan betul. Berbekalkan pengalaman serta kecekalan, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan pertama dengan mendapat empat (4) lencana serta sijil yang diperlukan sebagai prasyarat untuk meneruskan Program NPQEL Versi 2018 dalam tempoh kurang 21 hari. Bahan rujukan yang disediakan dalam e-Resos sangat membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan e-NPQEL. Perbincangan bersama dengan rakan-rakan amat membantu saya dalam menyelesaikan tugasan yang mencabar ini. Kami telah menubuhkan kumpulan dalam aplikasi Whatssapp bagi menyelesaikan tugasan sepanjang 15 minggu ini. Kemajuan dalam teknologi ICT ini sememangnya memberi manfaat terbaik kepada kami. Gambaran awal dan cara pembelajaran modul terbaharu ini mula dirasai dalam e-NPQEL lagi. Bahan yang disediakan dalam portal e-NPQEL merupakan pengetahuan dan persediaan awal dalam meneruskan tugasan yang lebih mencabar di IAB. Saya sangat bersyukur kerana berbekalkan semangat ingin belajar dan kebijaksanaan dalam menguruskan masa serta stres akhirnya cabaran peringkat pertama dapat diharungi dengan jayanya. Pengurusan Kecergasan Eksekutif, Hari Sukan dan Kebudayaan Badan Sihat Minda Cerdas. Itulah yang cuba diketengahkan dalam tugasan ini. Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan

26

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 26

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

taraf kesihatan individu. Amalan senaman berkala akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang individu daripada beberapa penyakit kronik seperti penyakit jantung, darah tinggi, diabetes, penyakit tulang dan kanser. Menurut Wee Eng Hoe (2002), kecergasan fizikal adalah keupayaan individu berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dan rintangan dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Dalam mod baharu NPQEL ini, setiap peserta perlu menjalani ujian kecergasan. Dalam kehidupan seharian, kecergasan merupakan aspek penting bagi membolehkan seseorang bergerak dan melakukan aktiviti seharian dengan baik. Kecergasan fizikal yang mantap memainkan peranan penting bagi seseorang individu itu. Latihan yang bersistematik diperlukan untuk meningkatkan prestasi seperti yang diharapkan. Malahan, ujian kecergasan ini telah dilakukan pada peringkat pemilihan peserta NPQEL. Ujian kecergasan yang dilakukan dalam kursus ini tidaklah terlalu berat dan memberi tekanan kepada peserta tetapi lebih kepada melihat kemampuan diri seorang bakal pemimpin dalam melakukan aktiviti tersebut. Ujian kecergasan yang dirancang untuk dilalui oleh semua bakal pemimpin adalah aktiviti asas yang telah dibuat di semua sekolah dan mampu dilakukan. Namun begitu, seharusnya seorang pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik dan bertenaga dalam menggerakkan organisasi dengan mempunyai kesihatan dan kecergasan yang mantap bagi memimpin sesebuah sekolah nanti. Karnival Sukan dan Kebudayaan yang dianjurkan pula telah menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Kesungguhan yang ditunjukkan oleh ahli jawatankuasa dalam memastikan aktiviti sukan dan permainan dijalankan dengan jayanya dapat dilihat. Suasana menjadi meriah dan santai apabila semua peserta dan pensyarah terlibat secara langsung dalam aktiviti ini. Saya juga tidak mahu melepaskan peluang dengan melibatkan diri dalam permainan bola jaring dengan mewakili pasukan kelas saya iaitu SRGH1. Walaupun agak risau dengan tahap kecergasan diri sendiri namun dua perlawanan telah memihak kepada pasukan kami. Cuma nasib kurang menyebelahi apabila ditewaskan oleh pasukan pensyarah dengan kemenangan tipis. Semasa permainan dijalankan saya dapati tahap kecergasan diri masih baik kerana selalu berjoging dan mendaki bukit pada hujung minggu. Impaknya jelas kerana saya masih mampu bermain bola jaring dan berjalan kaki ke bilik kuliah dengan menaiki tangga berapa kali sehari tanpa sebarang masalah.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 27

27

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Sebagai pemimpin di sekolah, tahap kecergasan yang baik amat perlu bagi melancarkan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Sejak kebelakangan ini ramai guru yang mengalami pelbagai masalah kesihatan sehingga ada berlaku kes mati mengejut. Oleh yang demikian semua individu perlu menjaga kesihatan terutama jantung agar sentiasa baik dan sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang serta melakukan aktiviti riadah secara berterusan. Kita harus melakukan aktiviti senaman yang difikirkan sesuai mengikut peringkat umur sendiri. Sebelum melakukan sebarang aktiviti, kita perlu melihat aspek kemampuan diri agar dapat mengurangkan risiko. Malam Kebudayaan pula memberi ruang kepada para peserta kursus untuk lebih santai dalam menjalankan aktiviti. Setiap kelas wajib membuat persembahan kebudayaan. Saya dan rakan dari kelas SRGH1 telah membuat persiapan lebih awal dengan mengadakan latihan tarian pada waktu petang atau malam selepas aktiviti bersemuka. Kami amat bertuah kerana rakan sekelas kami iaitu Encik Zakri adalah jurulatih tarian peringkat kebangsaan. Beliau sangat berpengalaman dan pernah membawa pasukannya ke Istanbul, Turki untuk mengadakan persembahan. Beliau telah melatih kami yang kekok dalam tarian untuk menari Tarian Joget Malaysia. Semasa aktiviti berlangsung, saya mendapati kesungguhan guru-guru menyertai dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan amat tinggi sekali. Kemeriahan aktiviti telah mempamerkan kerjasama yang jitu setiap kelas melalui persembahan yang menarik. Siapa sangka pada malam tersebut, terserlah kehebatan masing-masing di pentas dengan tarian, lakonan, nyanyian, seloka dan gurindam yang ditunjukkan. Sememangnya bakal-bakal pemimpin ini sangat berbakat. Karnival ini telah membuka minda guru-guru bagi mendapatkan idea jika berpeluang menganjurkan aktiviti tersebut di sekolah masing-masing selepas menjadi pemimpin di sekolah yang ditetapkan. Berdasarkan refleksi saya sendiri, cara susunan aktiviti, pengendalian aktiviti yang dilaksanakan dan tenaga sukarelawan yang diperlukan menunjukkan aktiviti tersebut boleh dianjurkan di sekolah sendiri dengan panduan yang jelas serta teratur. Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif (PE) merupakan pentaksiran terhadap peserta NPQEL dibuat secara individu berpandukan Rubrik Analitik Kompetensi. Aktiviti pembentangan ini adalah satu pengalaman yang sangat mencabar bagi saya yang suka membuat kerja belakang tabir. PE memerlukan pengalaman sedia ada, kefahaman ilmu sama ada teori dan praktikal untuk digarap bersama bagi membina paparan pembentangan. Kemahiran berkomunikasi secara berkesan, pengalaman, pengurusan masa, ketinggian ilmu, kawalan emosi,

28

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 28

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

pengurusan stres digabungkan untuk pembentangan selama tujuh (7) minit. Keadaan ini sememangnya memberikan tekanan kepada diri saya. Saya dan rakan–rakan perlu bijak menguruskan masa bagi menyiapkan setiap tugasan yang perlu dibentang. Setiap pembentangan akan dinilai oleh tiga (3) orang pentaksir dalam menentukan tahap kompetensi yang melepasi piawai oleh setiap peserta iaitu minima tahap empat (4) berdasarkan buku Panduan Pelaksaanaan NPQEL IAB 2018. Pembentangan eksekutif dijalankan sebanyak lima (5) kali. Setiap pembentangan akan melibatkan domain dan beberapa kompentesi yang perlu diadaptasikan dalam persembahan. Sebagai bakal pentadbir banyak ilmu dan pengalaman yang saya peroleh daripada aktiviti ini terutama aspek pengurusan masa. Semasa sesi pembentangan masa perlu diuruskan dengan baik agar semua fokus utama dapat disebut agar menepati domain dan kompentesi yang ditaksir. Masa adalah faktor utama dalam menyiapkan tugasan dan seterusnya menyumbang kepada stres berpanjangan. Dalam hal ini, pengurusan stres kendiri memainkan peranan yang sangat penting. Oleh sebab itu, saya sering berbincang dengan rakan-rakan dan berjumpa pensyarah penyelia untuk mengurangkan tekanan dan mendapatkan bimbingan dalam menyiapkan tugasan. Kerjasama dan kolaboratif dengan rakan-rakan sangat membantu saya untuk terus menghadapi pembentangan eksekutif yang seterusnya. Ahli kumpulan serta sahabat seperjuangan merupakan antara faktor utama membolehkan saya berjaya melalui aktiviti ini dengan jayanya. Setelah melalui lima (5) aktiviti PE, saya dapati bukan semua kompentesi yang dinilai akan berjaya melepasi tahap piawai. Keadaan ini memerlukan saya untuk sentiasa berfikiran positif dalam menuntut ilmu. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan yang perlu digilap serta diperbaiki untuk mempersiapkan diri menjadi pemimpin pendidikan. Banyak pengalaman berharga dilalui sepanjang lima (5) siri aktiviti pembentangan eksekutif dengan bimbingan daripada seorang penyelia yang komited. Keadaan ini sebenarnya merupakan titik tolak untuk menyerlahkan kompentensi diri saya untuk menjadi pemimpin berprestasi tinggi. Ada kompentensi yang saya belum capai pada tahap yang sepatutnya. Namun kesungguhan untuk meningkatkan kompentensi diri yang dikehendaki perlu ditunjukkan dalam aktiviti seterusnya. Ini menunjukkan kita sentiasa diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki kelemahan diri dan menyerlahkan kehebatan diri secara positif.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 29

29

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Lawatan Penandaarasan Instituti Swasta (LPIS) Program lawatan atau penandaarasan bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia pendidikan. Namun, apabila program ini dijalankan bersama sektor swasta ada sesuatu yang dirasakan baharu terutama merujuk kepada sistem pengoperasian sesebuah kolej ataupun syarikat. Kejayaan yang dicipta memerlukan kebijaksanaan pemimpin utama dalam pengurusan organisasi. Saya dan rombongan telah ditugaskan untuk membuat lawatan ke Kidzania, Kuala Lumpur. Saya amat teruja kerana sekolah saya sendiri telah merancang untuk membawa murid-murid ke sini pada tahun ini. Saya mengambil peluang keemasan meneroka dan mendapatkan maklumat yang boleh dikongsi bersama dengan rakan-rakan di IAB dan sekolah saya. Bermula dari pintu masuk hinggalah ke ruang legar, setiap pekerja yang kami temui akan mengucapkan selamat datang dan senyum kepada kami. Taklimat yang disampaikan oleh wakil Kidzania telah menunjukkan bahawa mereka benar-benar komited terhadap tugas yang diamanahkan. Kami juga diberi peluang untuk melawat setiap premis pekerjaan yang ada sambil diberikan penerangan oleh pegawai bertugas. Kami juga berpeluang untuk meninjau peringkat pengoperasian Kidzania dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi demi keselamatan pengunjung yang terdiri daripada kanak- kanak. Sektor swasta amat mementingkan keuntungan terutama bagi sektor perkhidmatan seperti Kidzania. Mereka menyedari bahawa pekerja adalah aset yang paling penting dalam kecemerlangan organisasi. Justeru, kebajikan pekerja adalah sangat diutamakan. Oleh yang demikian, kaedah dan strategi dalam melaksanakan tugasan demi kecemerlangan organisasi memerlukan ketabahan, keyakinan diri, kecekapan, pengetahuan dan pelbagai kemahiran yang perlu ada dalam setiap diri pemimpin. Perkara-perkara inilah yang perlu dijadikan panduan dalam melaksanakan pengurusan di sekolah nanti seperti yang dicadangkan dalam Goldhaber, G.P. (1992). Perantisan 2 Program Perantisan 2 adalah satu latihan yang berfaedah untuk semua peserta NPQEL. Program ini untuk memberi pendedahan awal kepada bakal pemimpin dalam dunia pendidikan yang penuh dugaan dan cabaran. Guru besar di sekolah Perantisan 2 adalah mentor yang membimbing peserta untuk menyiapkan tugasan. Walaupun hanya tiga (3) hari dalam seminggu sepanjang tempoh enam (6) minggu, namun pengalaman awal bersama guru besar di sekolah tersebut amatlah berguna. Sebagai bakal pemimpin, saya dapat melihat kemampuan guru besar sekolah tersebut mengurus sekolah dengan berhadapan pelbagai

30

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 30

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

tugas yang perlu dilaksanakan. Cabaran dan dugaan yang dihadapi oleh guru besar tersebut memberikan saya peluang untuk mengenali tugas yang bakal saya hadapi apabila dilantik menjadi guru besar kelak. Tugas-tugas rutin guru besar adalah memastikan sekolah ditadbir urus dengan baik disamping berhadapan kerenah guru-guru, anggota khidmat pelaksanna, ibu bapa serta murid-murid di sekolah. Sikap yang ditunjukkan oleh guru besar dalam menyelesaikan tugasannya sangat dipuji dan boleh dijadikan contoh yang baik pada masa hadapan. Dalam pemerhatian saya, guru besar mengamalkan beberapa gaya kepimpinan seperti instruksional, transformasional dan laisseze-faire. Menurut Mahathir Mohamad (1991), gaya kepimpinan sebegini perlu ada pada seseorang pemimpin bergantung kepada situasi yang berlaku. Semasa mengikuti Perantisan 2 ini, saya telah menimba banyak ilmu dan pengalaman daripada guru besar. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan saya. Sesungguhnya kewarasan berfikir dan tenang dalam membuat keputusan sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu isu dan masalah yang berlaku. Begitu juga dari segi tindakan, guru besar perlu jelas tentang apa yang ingin dicapai oleh sekolah seperti saranan oleh Hallinger (1989) dalam Wan Hamzah (2006) yang menegaskan bahawa pengetua sebagai pemimpin instruksional perlu mempunyai satu wawasan yang jelas tentang apa yang sekolah hendak capai. Sebagai pemimpin kita perlu mengelak daripada menunjukkan sikap cepat marah, panas baran dan suka membuat keputusan tanpa mengenal pasti masalah yang timbul. Pengalaman dalam diri juga amat penting dalam memastikan keputusan yang diambil memberi situasi menang-menang kepada semua pihak. Bagi menyelesaikan tugasan Perantisan 2, saya telah berbual sambil menemuramah guru-guru di sekolah mengenai bertanyakan pandangan mereka terhadap kepimpinan guru besar. Semua guru yang saya temui memberi jawapan yang amat baik dan positif. Kepimpinan guru besar yang disanjungi sebenarnya terletak kepada sikap dan kebolehannya mengurus perjalanan sekolah dengan baik. Sikap bertolak ansur dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh guru serta cadangan menyelesaikan masalah tersebut amat dihargai oleh gurunya. Sebagai pemimpin, saya tidak boleh mengamalkan sikap kuku besi dan kuasa yang melampau kerana saya menganggap setiap manusia ada kelemahannya. Sikap profesional beliau dalam menyelesaikan masalah pekerja di bawah tanggungjawabnya sangat dipuji. Beliau mengambil berat serta memberi peluang kepada pekerjanya menyelesaikan masalah yang dihadapi.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 31

31

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Kepercayaan yang ditunjukkan oleh guru besar terhadap ahli organisasinya sangat dipuji. Ini menambahkan lagi keyakinan guru-guru menjalankan tugas dengan penuh bersemangat dan berketerampilan. Keadaan ini dibuktikan dengan kelancaran projek PLC yang telah saya jalankan di sekolah ini. Semua guru memberikan kerjasama yang baik walaupun masing-masing sibuk dengan pelbagai program lain terutama program UPSR. Tugasan ini menjadi lebih mudah dengan bantuan penyelia saya yang tidak jemu-jemu membimbing. PENUTUP Sesebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka seharusnya didasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang. Maka, modul NPQEL ini telah dibina bagi melahirkan pemimpin berprestasi tinggi menepati kehendak sebenar anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Modul baharu NPQEL Versi 2018 sememangnya pendekatan latihan yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran individu, menguji aspek nilai dan sikap selain keyakinan diri yang tinggi perlu juga dilengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Walaupun kepimpinan boleh dipelajari tetapi tidak semua orang dapat menjadi pemimpin yang baik. Menjadi pemimpin yang baik memerlukan kesabaran, kecekalan, pembelajaran yang berterusan, sikap cintakan ilmu, penguasaan pelbagai kemahiran, disiplin diri yang tinggi, kesediaan untuk menerima teguran juga kritikan dan sebagainya. Pemimpin yang hebat bukan sahaja bergantung kepada jawatan yang disandang tetapi lebih kepada keupayaannya mengendalikan peranan dalam organisasi dengan berkesan serta menguasai kemahiran-kemahiran yang dinyatakan dengan baik. RUJUKAN Goldhaber, G.P. (1992). Komunikasi Dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hallinger, P. (1989). Developing Instructional Leadership Teams in Secondary Schools: a Framework. NASSP Bulletin, 73(517), 84–92. Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highland, Pahang: Institut Aminuddin Baki.

32

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 32

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Institut Aminuddin Baki. (2018). Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional. Genting Highland, Pahang: Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.. Mahathir Mohamad (1991). Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara . Wee Eng Hoe (2002). Panduan Pengajaran Olahraga: Kepegawaian dan Kejurulatihan Edisi Kedua. Siri Pendidikan Perguruan. Selangor: Karisma Publications

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 33

33

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 34

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

PERJALANAN MENGUBAH PARADIGMA GURU

PENULIS: HALINA BINTI LABAJA PENYELIA: PUAN MASNIAH BINTI MASRI@MASRIE PENGENALAN Penulisan ini merupakan satu catatan pengalaman yang telah memberi impak yang besar dalam hidup saya dan mengubah cara saya berfikir serta melihat dunia pendidikan dari pespektif seorang pengetua. Bermula dengan membaca teori dan kaedah dalam bentuk pembelajaran kendiri, kemudian menghubungkannya dengan keperluan kompetensi yang perlu dicapai untuk menjadi pemimpin berprestasi tinggi. Slot pembentangan eksekutif telah melatih saya berfikiran strategik, berketerampilan dan berkomunikasi secara lebih berkesan. Pengaplikasian tugasan di lapangan semasa Perantisan 1 dan Perantisan 2 juga membantu saya menjadi seorang pemimpin instruksional yang berkebolehan menyelesaikan masalah secara bijaksana pada masa akan datang. Pengalaman dan pengetahuan baharu yang cukup banyak saya perolehi sepanjang mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL). NPQEL Versi 2.0/2018 telah menjadi medan bagi saya membina keyakinan diri sebagai pemimpin berwawasan dan berkeperibadian tinggi yang akan menerajui perubahan dalam bidang pendidikan. PENGALAMAN LEPAS Pengurusan dan pentadbiran pendidikan secara teorinya bukanlah sesuatu yang asing bagi saya. Berlatarbelakangkan bidang Pentadbiran dan Pengurusan Krisis bagi ijazah pertama dan menyambung sarjana dalam bidang Pengurusan Pendidikan merupakan satu bonus buat saya. Sepanjang 21 tahun dalam dunia pendidikan saya telah berpeluang pergi ke serata pelusuk negeri Sabah. Ini memberikan kesedaran kepada saya tentang pentingnya pendidikan asas kepada anak-anak murid dan perkara ini perlu diberikan perhatian serius.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 35

35

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Kemiskinan, peluang belajar yang terhad dan mencabar tidak banyak berbeza dibandingkan zaman saya belajar di tahun 70-an. Kesedaran ini mendorong saya untuk membantu sekolah-sekolah daif dan under performing semasa saya berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) agar bergerak sederap dengan sekolah-sekolah prestasi tinggi yang telah mencipta nama. Saya menanam azam untuk membantu anak bangsa dengan mengatur strategi, membina muafakat bersama guru dan komuniti kampung. Berkat usaha tanpa putus asa kami melepasi sasaran iaitu pencapaian 100 peratus dalam UPSR hanya dalam tempoh tiga (3) tahun walaupun sasaran yang ditetapkan oleh JPNS adalah lima (5) tahun. Antara sekolah tersebut ialah SK Giok, Tamparuli yang asalnya hanya sebuah sekolah daif dengan pencapaian UPSR kosong peratus berubah kepada Sekolah Harapan Negara. Inovasi adalah trademark saya. Berfikir dan bertindak untuk mengubah situasi adalah lebih baik daripada menyalahkan orang lain. Semasa di Sektor Jaminan Kualiti bersama pengetua-pengetua cemerlang kami telah merangka Program Coaching and Mentoring dan Immersion untuk pengetua-pengetua negeri Sabah iaitu kaedah memberi latihan secara terancang untuk membangun kapasiti kepengetuaan dengan memanfaatkan kepakaran tempatan tanpa perlu kos khusus semasa kekurangan peruntukan latihan untuk guru. Apabila bertukar ke Sektor Pengurusan Akademik saya telah menumpukan untuk membangun inovasi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung kami mendapat peluang membuat pembentangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagaimanapun, tugas-tugas ini akhirnya menjadi sesuatu yang rutin dan statik kerana saya bekerja di atas kapasiti kemampuan diri yang sedia ada tanpa ada satu standard yang perlu saya capai. Saya mengambil cabaran untuk keluar dari rutin dan bertukar ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan tugas utama menguruskan pembangunan infrastruktur dan Hal Ehwal Parlimen. Terlibat dengan pengurusan tertinggi di KPM adalah pengalaman yang amat mencabar keupayaan mental saya ketika itu dan mengubah cara saya melihat pendidikan dari pespektif yang berbeza. Saya tidak lagi melihat kepada perlunya ekuiti iaitu peluang pendidikan yang saksama tetapi pendidik di Sabah perlu mengubah paradigma mereka untuk merebut peluang meningkatkan kapasiti diri dan bangun daripada keselesaan. Pemimpin pendidikan perlu lebih dinamik dan berani melakukan perubahan. Terima perubahan, tangani cabaran, berusaha untuk ke hadapan dan elakkan helah bela diri kerana sikap itu sangat merugikan. Saya bertekad untuk terus mengejar impian sebagai peneraju perubahan pendidikan yang cemerlang dengan memulakan langkah mengikuti Program NPQEL di Institut Aminuddin Baki (IAB).

36

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 36

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

DAPATAN AKTIVITI e-NPQEL Sesi induksi dimulakan dengan e-NPQEL iaitu mempelajari teori dan kaedah pembelajaran melalui dalam talian secara kendiri. Perkaitan teori dengan simulasi memberi pengetahuan baharu, peluang berfikir secara kristis dan membangun kapasiti sebagai pemimpin instruksional dengan lebih berkesan. Saya melihat e-NPQEL dengan persamaan dapatan Rosenberg (2001) bahawa e-pembelajaran mampu mengemas kini, berkongsi maklumat secara serta merta, mengatasi pembelajaran jarak geografi, memberi tumpuan kepada penyelesaian pembelajaran yang melampaui paradigma latihan tradisional (Inonue, 2006). Kelancaran mengikuti pembelajaran juga bergantung kepada capaian internet pada satu-satu masa telah mengajar saya mengatur strategi dengan mengenal pasti waktu-waktu capaian internet yang tinggi terutama semasa mengikuti pembelajaran dalam bentuk audio visual. Pengalaman melalui e-NPQEL memberi ilham kepada saya untuk memanfaatkan sepenuhnya teknologi pendidikan terutama yang berasaskan e-pembelajaran. Langkah pertama ialah dengan penggunaan e-RPH sepenuhnya kepada guru-guru untuk memudahkan merancang dan mengesan peningkatan Pengajaran dan Pemudacaraan (PdPc) guru secara konsisten. Seterusnya penyediaan bahan bantu belajar dalam talian pula untuk memudahkan perkongsian ilmu dalam kalangan guru dan menggalakkan pembelajaran peer coaching dan Profesional Learning Community (PLC) sebagai usaha membangun kapasiti warga sekolah. Pembelajaran aktif yang lebih mencabar misalnya gamefication dan inkuiri penemuan dalam talian dapat melahirkan murid yang lebih kreatif dan inovatif. Galakan PdPc dalam talian secara intensif seperti telesidang, penggunaan web dan portal melalui kerjasama dengan sekolah-sekolah lain dan agensi luar seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan universiti membuka peluang kepada murid-murid dan guru-guru menjalankan kajian yang pasti akan mengoptimumkan prestasi murid secara holistik dan meningkatkan profesyen keguruan. Kaedah pengurusan dalam talian juga akan saya terapkan dalam pengurusan sekolah untuk meningkatkan kecekapan tadbir urus terutama yang melibatkan kewangan, inventori, data murid, pendaftaran dan komunikasi. Pengurusan berbantukan elektronik mampu mengemas kini, menyimpan data dengan lebih besar dan mendapatkan semula data dengan lebih cepat apabila diperlukan. Ini memberi masa yang lebih kepada saya untuk melakukan penyeliaan, penilaian dan berinteraksi dengan guru-guru dan muridmurid untuk penambahbaikan PdP. Penggunaan laman web sekolah akan dipertingkatkan terutama untuk memperluas jaringan dan jalinan, mengesan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 37

37

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

alumni dan menyebar luas publisiti sekolah. Imej sekolah dalam talian akan mampu memberi keyakinan kepada ibu bapa dan komuniti untuk sama-sama membangunkan sekolah dan mempercepatkan visi menjadi sekolah berprestasi tinggi. Sesungguhnya e-NPQEL amat sesuai dengan gaya pembelajaran orang dewasa dan telah membuka pemikiran saya untuk menerima teknologi sebagai satu pendekatan menterjemah matlamat Pendidikan Abad 21 dan bergerak seiring kehendak ekonomi global. Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif (PE) telah mengajar saya untuk menyusun idea secara berstruktur dan berfokus kepada isu yang hendak diselesaikan. Dalam menyelesaikan isu perlu memikirkan kaedah-kaedah yang paling praktikal dan bijaksana agar keputusan yang tepat dapat diambil. Pembentangan dalam masa yang terhad melatih saya menyelesaikan masalah dan menggunakan kaedah-kaedah komunikasi berkesan agar dapat mempamerkan semua kompentensi yang ditetapkan. PE Berwawasan adalah pengalaman pertama dalam menyediakan pembentangan telah memberi tekanan hingga timbul niat untuk berhenti daripada mengikuti program ini. Membentang dengan hanya lima (5) paparan adalah mustahil untuk semua rantaian isu dalam simulasi yang hendak diselesaikan. Menterjemah setiap rubrik dalam kompetensi memerlukan daya penaakulan pada tahap yang paling tinggi terutama kompetensi pemikiran strategik dan membuat keputusan. Panduan yang diberikan pada mulanya kurang saya fahami telah menyebabkan saya membuat pembetulan berulangulang hingga ke pagi seterusnya menyedarkan saya bahawa strategi yang diamalkan tidak tepat. Saya mula mengubah pendekatan pembelajaran dengan membaca, memahami dan mengingat setiap langkah dalam kompetensi dan membuat perkaitan dengan simulasi yang diberi. Bimbingan daripada penyelia membantu saya memahami pemeringkatan rubrik dan perkaitan isu yang hendak diselesaikan dan membuat refleksi sebagai seorang pengetua kelak. Pemahaman yang jelas membolehkan saya memikirkan matlamat yang ingin saya capai dengan membuat aplikasi dalam dunia pendidikan sebenar. Setiap teori dan pendekatan yang dipelajari perlu dihadam seterusnya menyampaikan pembentangan dengan berkesan di hadapan pentaksir. Menguasai isi kandungan adalah amat penting agar setiap fakta dan idea dapat disampaikan secara spontan dan tersusun. Ketepatan memilih kaedah akan membantu penyampaian yang menyakinkan dan dapat berkomunikasi secara bersemuka dengan pentaksir. Kaedah ini telah memberi keyakinan kepada saya untuk mengaplikasikan

38

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 38

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

pemikiran-pemikiran baharu yang mencabar agar dapat mengemukakan satu kelainan dan tidak statik setiap kali membuat pembentangan. Akhirnya, PE bukan lagi satu cabaran sebaliknya sebagai satu wacana perkongsian wawasan bakal pemimpin pendidikan. Kemahiran merancang program akan saya manfaatkan sepenuhnya dalam membuat perancangan strategik sekolah terutama kemahiran membuat analisis persekitaran, memilih tools dan strategi yang paling tepat untuk mencapai matlamat sekolah selaras visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah memacu kecemerlangan sekolah dengan lebih cepat. PE juga akan saya jadikan model untuk membangun kapasiti pemimpin pertengahan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan secara berfasa mengikut kemahiran yang perlu mereka kuasai. Melalui latihan yang berfokus saya yakin pemimpin pertengahan akan lebih kompeten untuk melaksanakan tugas sebagai pentadbir. Program-program peningkatan kemahiran berkomunikasi seperti public speaking, forum dan wacana ilmu turut dilaksanakan secara berterusan agar semua guru mahir berkomunikasi secara berkesan, lebih berkeyakinan dalam melaksanakan tugas dan berhadapan dengan orang luar serta membantu meningkatkan keterampilan mereka. Langkah seterusnya, saya akan mewujudkan Profesional Learning Community (PLC) kepada semua panitia untuk mewujudkan budaya perkongsian ilmu dan mempromosi pembelajaran sepanjang hayat kepada guru-guru. Menurut Zapeda (2006) perubahan di sekolah memerlukan komitmen, kepimpinan yang bijak, mempunyai agenda, tahu keutamaan dan menggarap strategi sebagai satu keperluan untuk perubahan yang berkesan. Oleh itu, kepimpinan dan keterampilan yang tinggi perlu ada pada diri pengetua untuk memberi keyakinan warga sekolah dan memimpin organisasi untuk menerajui perubahan globalisasi dengan berkesan. Perantisan 1 Perantisan 1 (P1) memberi pengalaman untuk meneroka kepimpinan pendidikan di peringkat lapangan daripada pengetua cemerlang. Aura pemimpin berkeperibadian tinggi melalui ciri-ciri kepimpinan autentik yang dipamerkan memberi pengajaran bahawa dalam visi mencapai matlamat ciri keperibadian terpuji dan nilai-nilai murni perlu dipegang oleh seorang pemimpin. Komunikasi berkesan, semangat berdikari dan berani menyahut cabaran telah melonjakkan kepercayaan warga sekolah kepada kepimpinan beliau. Pemikiran dan strategi merancang program, penggunaan data, menangani isu dan membuat keputusan dalam situasi yang mencabar telah saya jadikan panduan dalam usaha membawa perubahan dalam dunia pendidikan.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 39

39

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Sebagai seorang pengetua kelak saya akan mencontohi cara beliau mentadbir sekolah menggunakan pendekatan penurunan kuasa untuk mengupayakan pemimpin pertengahan, follow up dan follow through serta membuat penjajaran semula setiap program untuk memastikan matlamat dan objektif dirancang tercapai. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu saya akan menerapkan ciri-ciri autokratik terutama isu yang melibatkan dasar dan kesegeraan untuk memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Manakala perkara yang memerlukan penglibatan semua pihak dan tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran saya akan mengaplikasikan pendekatan laissez-faire yang lebih bersifat terbuka dan kompromi. Langkah ini adalah untuk mewujudkan persekitaran positif di sekolah dan mendapatkan sense of belonging daripada warga sekolah. Sebagai seorang pengetua saya harus menjadi peneraju yang futuristik untuk memimpin warga sekolah ke arah satu hala tuju yang jelas iaitu menjadikan sekolah berprestasi tinggi yang mampu mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa. Berdasarkan matlamat tersebut saya telah merancang pelan strategik jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang dengan mengambil kira risiko, keperluan masa hadapan dan globalisasi pendidikan. Semasa merancang program saya akan menggunakan sepenuhnya data sekolah dan meletakkan sasaran yang lebih tinggi agar dapat mencabar keupayaan dan potensi murid. Pendekatan yang lebih berani ini akan merangsang guru berfikir di luar kotak, meneroka pendekatan baharu dan mengelak guru berada dalam zon selesa dan prestasi yang statik. Bagi mewujudkan satu pasukan yang dinamik setiap entiti akan saya jadikan sumber melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui strategi komunikasi berkesan. Dialog Prestasi bersama guru dan komuniti akan dilaksanakan untuk mendapat pandangan dan maklum balas bagi setiap program yang dilaksanakan. Kaedah ini dapat melahirkan idea-idea baharu bagi tujuan penambahbaikan seterusnya meningkatkan motivasi ke arah menjayakan visi yang dirancang. Pandangan dan keperluan murid juga akan saya beri perhatian serius dengan menubuhkan Majlis Perwakilan Murid sebagai landasan untuk murid-murid menyalurkan pandangan serta mengelak terlibat dalam gejala sosial di samping dapat mencungkil potensi mereka untuk berkomunikasi. Dalam menguruskan aktiviti sekolah saya akan memanfaatkan jaringan dan jalinan dengan agensi luar khasnya agensi korporat seperti yang diamalkan oleh pengetua P1. Bagaimanapun, saya akan mengaplikasikan konsep keuntungan kedua-dua pihak untuk memperoleh komitmen yang tinggi dan berpanjangan serta manfaat yang maksimum daripada kerjasama tersebut terutama dalam meneroka bidang baharu yang lebih mencabar.

40

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 40

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Langkah untuk mencipta nama sebagai sekolah berprestasi tinggi samalah seperti membina legasi sebuah perniagaan. Pengetua sebagai peneraju perlu berwawasan jauh, memiliki pemikiran strategik yang mampu berfikir melangkaui zaman, cekap membuat keputusan, dan diimbangi dengan berkeperibadian tinggi serta mampu berkomunikasi secara berkesan. Tan Sri Dr. Fng Ah Seng ahli perniagaan terkemuka berkongsi tips untuk menjuarai kecemerlangan kita mesti membangunkan orang lain untuk pembangunan diri, tetapkan piawaian yang tinggi, berusaha dan berani berfikir selangkah di hadapan untuk menawan setiap cabaran. Perantisan 2 Saya memulakan Perantisan 2 (P2) dengan semangat yang berkobarkobar untuk mengaplikasikan semua amalan terbaik yang telah dipelajari sepanjang tempoh bersemuka di IAB. Tambahan pula, pengetua dan semua guru pentadbir memberi sokongan padu dan mempamerkan kesediaan untuk membimbing telah meningkatkan keyakinan untuk melaksanakan program intervensi. Perancangan aktiviti pengisian projek disusun dengan mengambil kira tempoh masa perantisan untuk mempastikan setiap objektif projek dapat dicapai dengan cemerlang dan memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam membangun kapasiti guru di sekolah ini. Berhadapan dengan guru bermulanya cabaran sebenar melaksanakan P2. Sambutan guru-guru memberi memberi set induksi yang luar biasa. Dari raut muka jelas menimbulkan reaksi penolakan dengan alasan telah mengikuti program yang sama, jadual yang padat, mengajar kelas peperiksaan dan program tersebut tidak sesuai dengan subjek serta tahap murid-murid mereka. Reaksi guru-guru memaksa saya menggunakan kaedah mendekati setiap seorang daripada mereka sebagai seorang rakan. Ternyata mengubah struktur pendidikan adalah lebih mudah berbanding mengubah paradigma guru terutama mereka yang berada di zon selesa. Ketua Bidang telah bersama-sama saya membuat pencerapan dan bimbingan untuk meningkatkan kualiti PdPc guru. Langkah seterusnya ialah mengubah rutin kaedah pengajaran melalui sesi perkongsian. Langkah ini seolah-olah memasang bom atom kepada guru-guru. Satu demi satu guru tiba-tiba mengambil cuti sakit apabila diminta untuk membuat instructional round. Perubahan strategi terpaksa dibuat dengan mengenal pasti guruguru cemerlang dan mempunyai tahap kenyakinan diri yang tinggi untuk memulakan aktiviti. Kejayaan perkongsian pertama telah membuka keyakinan untuk mereka dapat melakukan perkongsian seterusnya. Kejayaan melaksanakan program yang mencabar akan meningkatkan keyakinan guru-guru untuk meneroka penemuan baharu. Oleh itu, setiap

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 41

41

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

program yang saya laksanakan di sekolah mestilah bersifat strategik, ke hadapan dan dapat memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21 agar pembelajaran dan pengalaman dari program tersebut dapat digunakan oleh murid-murid supaya mereka lebih yakin apabila berhadapan dengan dunia global. Pembangunan profesional staf akan saya beri perhatian agar setiap warga sekolah dapat meningkatkan potensi diri sama ada dalam pembelajaran atau kerjaya. Program pembangunan sumber manusia dapat memastikan sekolah mempunyai cukup tenaga yang terlatih, cekap dan sentiasa bermotivasi tinggi dalam melaksanakan tugas. Saya akan memastikan setiap program yang dilaksanakan akan dipantau secara berterusan untuk memastikan objektif yang dirancang dapat dicapai dan memberi impak yang paling maksimum. Saya juga akan memastikan setiap guru akan melaksanakan kajian tindakan atau lesson study untuk memperbaiki amalan PdP dalam kalangan guru. Guru-guru yang menghasilkan kajian yang berkualiti akan saya hantar untuk menyertai seminar dan konvensyen di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya, saya akan jadikan sekolah saya sebagai hub perkongsian kajian tindakan hingga ke peringkat antarabangsa. Saya akan memulakan jaringan dengan sekolah Perantisan 2 terutama dalam perkongsian kepakaran dan amalan terbaik PdP seperti instructional round dan Program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Jaringan dengan agensi seperti Universiti Malaysia Sabah dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti akan saya teruskan di sekolah saya. Manakala jalinan yang telah wujud dengan agensi seperti Petronas, CIMB Bank dan Pusat Sains Negara akan saya bawa untuk berkolaborasi terutama dalam menjayakan program jangka panjang. P2 menyedarkan saya, selain pengetahuan dan kemahiran seorang pengetua perlu ketahanan mental yang tinggi serta menguasai kemahiran komunikasi untuk menjadi pengurus sekolah yang berkesan. Mengubah paradigma guru adalah perkara yang paling mencabar bagi seorang bakal pengetua dalam mengurus perubahan. Namun, dengan mengaplikasikan 10 kompetensi yang dipelajari saya amat yakin dapat melaksanakan sesuatu perubahan nanti. Pengurusan Kecergasan Eksekutif, Hari Sukan dan Kebudayaan Jadual yang ketat dan aktiviti yang padat sepanjang mengikuti Program NPQEL 2.0/2018 telah memberi sedikit tekanan kepada para peserta. Kecegasan eksekutif berjaya bertindak sebagai terapi minda yang amat berkesan untuk mengalihkan sedikit tekanan emosi dan mental peserta dari memikirkan tugasan yang amat menekan dalam kelas kepada situasi yang santai, ceria dan fizikal yang aktif di luar melalui aktiviti kecergasan yang sihat dan seronok. Hari Sukan dan Kebudayaan pula sebagai landasan untuk membangun keterampilan mengurus pasukan dalam kalangan peserta. 42

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 42

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Penglibatan dalam Hari Sukan dan Kebudayaan telah membantu saya berkomunikasi dengan lebih berkesan agar dapat menarik kerjasama ahli untuk membina pasukan yang mantap. Setiap peserta diwajibkan turut serta dalam permainan dan persembahan menyebabkan mereka perlu berlatih agar dapat membuat persembahan yang terbaik dan membantu pasukan memenangi pertandingan. Kesungguhan dan latihan yang konsisten secara tidak sedar telah mengasah potensi dan keupayaan setiap peserta dalam permainan dan persembahan yang diwakili. Pertandingan secara berpasukan adalah cara yang berkesan untuk memupuk semangat kerja berpasukan sebagai asas kepada pembangunan sesebuah organisasi. Penurunan tanggungjawab melaksanakan program kepada peserta telah memberi keyakinan dan melatih kami untuk melaksanakan program secara sistematik. Selain kepimpinan, komunikasi serta jaringan dan jalinan telah digunakan sepenuhnya untuk menjayakan program terutama dalam mendapatkan tajaan dari agensi luar. Perhatian keseimbangan fizikal, mental dan emosi di sekolah akan mempengaruhi hasil kerja murid, guru dan staf. Oleh itu, sebagai pengetua saya perlu bijak mengatur aktiviti yang boleh mewujudkan persekitaran positif di sekolah misalnya senamrobik, sukan, Hari Guru atau sambutan Hari Raya untuk merapatkan ukhwah dalam kalangan warga sekolah. Sebagai pengetua tanggungjawab dan tugas melaksanakan aktiviti akan saya agihkan kepada semua pemimpin pertengahan dan melibatkan semua guru. Pengalaman dan latihan kepimpinan sebagai seorang penolong kanan sebelum ini membolehkan segala urusan pentadbiran sekolah berjalan lancar walaupun saya tidak berada di sekolah. Penurunan tanggungjawab dan tugas ini adalah untuk membantu meningkatkan keupayaan guru-guru dalam melaksanakan tugas dan memberi motivasi kepada mereka dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Ini sesuai dengan strategi pembangunan kapasiti pemimpin pendidikan dan pelaksanaan pada semua peringkat agar sekolah bermakna dalam konteks keperluan mereka (Amin. 2018). Penglibatan semua murid dan guru akan meningkatkan perasaan kesepunyaan terhadap sekolah dan menanam azam untuk mencemerlangkan sekolah sebagai tanggungjawab bersama. Menganjurkan Hari Sukan dan Kebudayaan seperti ini sesuai dijadikan landasan untuk memupuk perpaduan dan menarik komitmen warga sekolah dan komuniti untuk sama-sama membangunkan kecemerlangan sekolah. PENUTUP Kepimpinan yang efektif adalah satu proses pembelajaran melalui masa yang menawarkan bentuk-bentuk kemahiran kepimpinan yang perlu dipelajari dan dikekalkan (Robertson, 2004). Dalam membangunkan pendidikan ada dua (2) cabaran utama yang perlu ditangani iaitu perubahan struktur dan perubahan paradigma guru. Ternyata mengubah struktur adalah jauh lebih mudah INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 43

43

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

daripada mengubah paradigma guru. Cabaran inilah yang perlu ditangani dengan bijaksana oleh pentadbir pendidikan memandangkan guru merupakan unit terakhir dan terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, kebijaksanaan dan keberkesanan kepimpinan pengetua diuji sepenuhnya dalam berhadapan situasi ini. Keupayaan membangun kepimpinan di peringkat sekolah amat penting untuk menghadapi, memimpin dan mengurus perubahan yang berhadapan dengan kehendak yang pelbagai. Pemimpin sekolah memerlukan lebih banyak kemahiran mengurus sama seperti yang dimiliki oleh mereka di sektor perniagaan dan komersial. Latihan dalam NPQEL Versi 2.0/2018 yang melibatkan refleksi, inkuiri, perbincangan, berfokus kepada tindakan dan tingkah laku profesional dalam kerja buat semasa menjalankan aktiviti luar dan perantisan merupakan episod penting dalam perjalanan mengubah paradigma guru untuk bersama-sama mencemerlangkan pendidikan pada masa akan datang. RUJUKAN Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesional Guru. Selangor: Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd. Amin Senin. (2018). Melangkah ke Hadapan: Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018. Putrajaya:Firdaus Press Sdn. Bhd. Institut Aminuddin Baki. (2017). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Abad ke21. Bandar Enstek, Negeri Sembilan: Institut Aminudin Baki. Robertson, M. J. (2004). Coaching Leaders: The Path to Improvement. Proceeding the Conference of the New Zealand Education administration and Leadership Society. New Zealand: School of Education University of Waikato. Seng Fng A. (2017). The Creation of Uniqueness. Penang: The Maker Publisher Sdn. Bhd. West-Burnham, John. (2004). Mengurus Kualiti di Sekolah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara. Zapeda, S. J. (2006). Cognitive Dissonance, Supervision, and Administrative Team Conflict. International Journal of Educational Management. 20(3): 224-232.

44

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 44

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

NPQEL KEPIMPINAN KENDIRI: SATU REFLEKSI

PESERTA: MARIAM BINTI MOHD NOOR PENYELIA: DR. NOR FONIZA BINTI MAIDIN PENGENALAN Karya terpilih ini dihasilkan berdasarkan dapatan daripada Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Profesional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang saya lalui selama tiga (3) bulan dengan menggunakan mod pengajian bersemuka dan e-Pembelajaran. Karya ini saya hasilkan untuk berkongsi pengalaman sepanjang saya mengikuti program ini. Karya ini mengupas keadaan sebelum dan semasa saya menyertai program ini. Karya ini juga menghuraikan impak projek yang telah saya laksanakan sama ada di sekolah asal saya mahupun projek semasa di sekolah Perantisan 2. Pada akhir karya ini, saya akan berkongsi refleksi dan rumusan daripada perbincangan keseluruhan dan dapatan daripada Program NPQEL Versi 2018 ini. PENGALAMAN LEPAS Saya telah berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Sisiwazah selama 24 tahun bermula tahun 1994 hingga kini. Saya berkhidmat selama 23 tahun di sekolah yang sama iaitu SMK Tinggi Kluang sebelum ditukarkan sebagai Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid di SMK Taman Kluang Barat. Selama bertugas, saya telah melalui semua peringkat pentadbiran sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Sains Sosial, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid dan kini Penolong Kanan Pentadbiran. Saya pengalaman menjalankan tugas, namun dari segi ilmu pengetahuan dan teori-teori kepimpinan saya serba kekurangan. Atas kesedaran tersebut, saya menyahut cabaran pengetua saya agar mengikuti Program NPQEL Versi 2018 ini. Saya bernasib baik kerana sejak awal perkhidmatan, saya telah di tempatkan di sekolah yang mempunyai etos tersendiri. Budaya kerja yang baik masih diteruskan oleh generasi guru lama kepada generasi guru baharu

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 45

45

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

demi kepentingan pelajar dan sekolah. Namun, kini dalam arus pendidikan yang semakin rencam dan mencabar, ledakan penggunaan ICT dan dunia tanpa sempadan yang semakin meluas menyebabkan budaya kerja guru-guru baharu sering dipersoalkan. Terdapat segelintir guru yang kurang memberikan komitmen. Terdapat juga segelintir guru yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka di media sosial. Keadaan ini adalah cabaran kepada pemimpin sekolah masa kini agar budaya negatif ini dapat dibendung demi kesinambungan kecemerlangan pendidikan. Sejujurnya sebagai pemimpin sekolah yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus kepimpinan secara profesional di IAB, kekurangan yang paling saya rasai adalah melaksanakan program di sekolah tanpa perancangan yang teliti. Keadaan ini menjadikan program tersebut tidak memberikan impak besar dalam jangka masa yang panjang. Perancangan strategik sekolah yang dibina pada awal tahun tidak dapat diikuti kerana sering kali berubah akibat peralihan tugas dan perubahan pentadbiran sekolah, bak kata pepatah, sekali air bah sekali pantai berubah. Saya meletakkan tanggungjawab dan kesilapan ini dibahu barisan kepimpinan sekolah yang kurang berkesan menerajui sekolah ke arah yang lebih baik. DAPATAN AKTIVITI Lawatan Penandaarasan Institusi Swasta (LPIS) Aktiviti LPIS banyak membuka mata dan minda saya untuk melihat sesuatu yang biasa menjadi perkara luar biasa jika dibuat dengan teliti dan menarik. Program ini mampu mencanai fikiran saya sebagai pemimpin sekolah untuk melihat ke hadapan. Bukan amalan baik di sektor swasta sahaja yang boleh dijadikan contoh untuk dibawa ke sekolah, malahan kompentensi berbahasa Inggeris dan berkepimpinan mereka juga harus dipuji. Apatah lagi dalam keadaan sekarang setiap pemimpin organisasi perlu menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dengan adanya aktiviti ini, maka saya sebagai bakal pemimpin sekolah berusaha untuk belajar dan merefleksi diri dari segi kualiti pemerolehan bahasa Inggeris sebelum dilantik sebagai pengetua kelak. Kumpulan saya telah diberi tanggungjawab untuk mengenal pasti amalan baik yang diamalkan oleh Syarikat Penerbangan Air Asia. Air Asia mengamalkan beberapa prinsip yang boleh diaplikasikan dalam pengurusan organisasi pendidikan. Slogan Air Asia iaitu “We all Champion” dan “Everyone Can Fly” menjadi mantera sehingga syarikat itu boleh mengorak langkah lebih jauh dan dapat menambat hati staf serta pelanggannya. Syarikat ini juga berusaha untuk mengotakan janjinya bagi memastikan kualiti perkhidmatan

46

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 46

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

yang cemerlang dapat diberikan. Untuk mewujudkan kebersamaan dalam menterjemah hala tuju, pemimpin mestilah kreatif dalam membina satu “war cry”, moto atau slogan yang memberi inspirasi kepada semua warga kerja dan pelanggan untuk bersama-sama menyokong hasrat tersebut. Dalam menterjemahkan usaha ini, pemimpin juga mestilah jujur dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi untuk menggerakkan organisasi agar matlamat yang wara-warakan itu dapat diimplimentasikan. Keadaan ini menambah keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada kita dan mendorong mereka menyokong tanpa berbelah bahagi. Etika dan budaya kerja syarikat ini yang telus dan sikap hormatmenghormati juga menarik minat untuk diamalkan di sekolah. Kita seharusnya mencontohi Air Asia yang mementingkan persekitaran kerja yang positif, menyeronokkan untuk semua warga. Mereka komited dalam memberi peluang pekerjaan yang sama rata dan mencipta persekitaran yang bebas diskriminasi. Saya sebagai pemimpin sekolah perlu mempunyai kompetensi komunikasi yang berkesan. Saya juga perlu mampu memberi inspirasi kepada guru dan kakitangan untuk bekerja dengan seronok dengan menggembleng potensi mereka sesuai dengan tugasan yang diberikan. Di sekolah, agihan tugas kadang kala diberikan tidak melihat kepakaran dan minat guru, sebaliknya berdasarkan kekosongan atau keperluan pada ketika itu. Oleh itu, sebagai pemimpin sekolah kita harus mengenal pasti sumber tenaga yang ada dan memberi mereka peluang belajar dan memperoleh ilmu serta pengalaman sesuai dengan bidang tugas. Analisis keperluan latihan dalam perkhidmatan guru dan AKP perlu dilaksanakan agar latihan yang dihadiri dapat meningkatkan kompetensi mereka. Jalinan Pintar Korporat (JPK) JPK banyak memberi pengalaman berguna kepada saya sebagai persediaan menjadi seorang pengetua yang cemerlang. Dalam kegawatan ekonomi yang melanda dunia, keperluan untuk membina jalinan dan jaringan merupakan tuntutan semasa. Kita tidak boleh bergantung kepada peruntukan kerajaan semata-mata tetapi membina rangkaian agar sekolah boleh bergerak lebih jauh untuk mencapai matlamat, baik dalam pengurusan, kurikulum, hal-ehwal murid mahupun kokurikulum. Kesemua bahagian ini memerlukan peruntukan yang besar untuk beroperasi. Jalinan dan jaringan juga tidak semata-mata dalam urusan kewangan tetapi juga dalam mendapatkan khidmat kepakaran dan guna tenaga. Pengalaman saya semasa melaksanakan aktiviti JPK di SMK Seri Sendayan, banyak mengajar saya erti muafakat membawa berkat. Jaringan kerjasama yang padu antara sekolah dengan sekolah atau jalinan sekolah dengan pihak swasta atau komuniti yang lain perlu dibina. Jalinan ini boleh

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 47

47

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

membantu sekolah menambah dana dan dapat membina iklim sekolah yang baik. Pengalaman berharga ini membantu saya mengasah kompetensi membuat keputusan yang betul dan sesuai dengan pilihan yang ada di samping membina jalinan yang baik untuk kecemerlangan organisasi. Pengalaman berunding dengan pihak luar semasa menjalankan JPK, saya manfaatkan dengan mencadangkan kepada pengetua sekolah saya agar melaksanakan Matrik-STK International Run 2018 dengan kerjasama pihak Matrik Global Sdn Bhd, PIBG, PPD Kluang, Alumni STK dan Majlis Perbandaran Kluang. Program ini bukan sahaja untuk menambah dana tetapi juga untuk menjadikan program larian ini sebagai acara tahunan dan kami telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan pihak tersebut. Program yang diadakan pada 16 September 2018 sempena Sambutan Hari Malaysia. Pengalaman ini amat berharga dan dapat direalisasikan dengan menggembleng kepakaran rakan-rakan guru dan komuniti di sekitar bandar Kluang. Hasilnya kami memperoleh penyertaan seramai 2200 orang peserta dari pelbagai lapisan masyarakat kerana jalinan yang dibina dengan Alumni SMK Tinggi Kluang. Dengan terkumpulnya jumlah penyertaan yang ramai ini, kami juga mendapat tajaan daripada Matrik Sdn. Bhd. dan sumbangan dana daripada peserta. Aktiviti ini akan saya teruskan apabila saya berpeluang menjadi pemimpin sekolah pada suatu hari kelak. Perantisan 2 Perantisan 2 merupakan kemuncak cabaran yang dihadapi sepanjang bergelar peserta Program NPQEL Versi 2018. Aktiviti ini mencabar saya melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin di sekolah yang saya pilih. Saya perlu mengaplikasikan kesemua kompetensi yang saya perolehi dalam Program NPQEL Versi 2018. Saya memilih SMK Seri Lalang, sebuah sekolah luar bandar di Kluang. Sekolah ini mempunyai prestasi pengurusan yang baik di peringkat daerah dan mendapat banyak pengiktirafan dari segi pengurusan PIBK yang menjadi ikon daerah Kluang. Sekolah ini juga adalah sekolah Showcase PAK-21 dan menjadi hub Virtual Learning Environment (VLE). Sekolah ini juga telah berjaya membentuk jalinan dengan sektor swasta untuk Program Silang Budaya. Saya juga beruntung kerana mendapat Encik Tumin bin Yatman, seorang pengetua cemerlang sebagai mentor. Banyak pengalaman pengurusan dan kepimpinan yang saya perolehi daripada beliau dalam menerajui sekolah. Menurut beliau, dalam membina pemikiran yang strategik dan berwawasan, seseorang pemimpin itu tidak seharusnya memandang ringan sesuatu perkara yang kecil. Mungkin yang kecil itulah yang memberi impak besar jika ditangani dengan baik dan intervensi yang sesuai dilaksanakan.

48

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 48

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Berdasarkan data peperiksaan, maklumat SKPMg2, maklumat SSDM, e-kehadiran dan temu bual dengan pengetua, penolong-penolong kanan serta guru-guru, saya mendapati bahawa masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Pergantungan pelajar dan ibu bapa terhadap sekolah dalam usaha untuk mendapatkan pendidikan sempurna merupakan satu isu sekolah luar bandar. Hal ini ditambah lagi dengan keadaan sosio ekonomi keluarga yang rendah dan ibu bapa kurang menyediakan sumber pendidikan untuk anak-anak menyebabkan kualiti guru yang cemerlang amat diperlukan. Dapatan analisis persekitaran menunjukkan bahawa mata pelajaran teras khususnya mata pelajaran Bahasa Inggeris perlu diberi perhatian dan memerlukan kesegeraan dalam tindakan. Persekitaran berbahasa Inggeris yang kondusif amat penting bagi membina keyakinan murid untuk berbahasa Inggeris. Jika persekitaran membantu, maka peluang lebih besar tersedia untuk murid meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Perkara ini amat dipersetujui oleh pengetua kerana beliau juga mempunyai matlamat agar seluruh warga sekolah boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris menjelang 2019. Keadaan ini selaras dengan tagline sekolah iaitu Selalang 2.0: Everyone Can Speak English. Dalam sesi perbincangan, saya mencadangkan agar High Performance English Programme dilaksanakan. Program yang dijalankan selama enam (6) minggu ini memberi fokus kepada pembangunan kapasiti semua guru. Menurut Laurence Stenhouse (1975), “No currriculum development without teacher development” oleh itu pembangunan guru berkualiti harus diutamakan untuk menjamin kurikulum disampaikan dengan lebih baik. Latihan dalam perkhidmatan telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru tentang Program Highly Immersive Programme (HIP) yang dilaksanakan di SMK Canosian Convent Kluang. Impak daripada perkongsian amalan baik ini, SMK Seri Lalang telah membina sudut pidato (Speaker’s Corner) untuk mengasah bakat pengucapan awam dalam kalangan murid. Selain itu, diadakan Program Selalang Got Talent untuk mencari bakat agar boleh diketengahkan dalam Program Silang Budaya. Button Badge, Speak English With Me, diberikan kepada murid yang menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris yang baik. Saya juga menggerakkan PLC guru-guru bahasa Inggeris dari sekolah asal saya, SMK Tinggi Kluang, bersama dengan sekolah perantisan untuk membina Modul Baby Step For Summary Writing untuk pelajar tingkatan 4 yang terpilih. Dengan menggunakan modul tersebut, murid-murid yang dipilih diberikan cabaran untuk menjadi Guru Muda kepada murid kelas lain untuk meningkatkan keyakinan mereka.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 49

49

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Kompetensi berkomunikasi berkesan perlu saya kuasai untuk menarik guru-guru dan pelajar supaya memberikan kerjasama bagi merealisasikan misi sekolah. Saya juga perlu menetapkan wawasan untuk merealisasikan aspirasi murid agar semua murid mahir berbahasa Inggeris. Perantisan 1 Perantisan 1 merupakan aktiviti yang membolehkan saya mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on daripada Encik Nordin bin Mokri, Pengetua Cemerlang, SMK Taman Kluang Barat. Beliau telah berjaya membawa perubahan kepada semua sekolah yang pernah beliau terajui. Beliau pernah memperoleh Anugerah Tawaran Baru kepada Pengetua (New Deal) sebanyak tiga (3) kali. Walaupun baru setahun beliau berkhidmat di SMK Taman Kluang Barat, namun beliau telah berjaya meningkatkan prestasi SPM sebanyak 0.21 peratus (2017). Sekolah ini juga berjaya berada tempat pertama terbaik peringkat daerah Kluang dan lima (5) terbaik peringkat negeri Johor bagi STPM. Saya melihat ketokohan beliau sebagai pemimpin sekolah yang mempunyai pemikiran strategik, proaktif dan menentukan hala tuju organisasinya mengikut acuan yang dikehendaki. Beliau juga mencipta tagline “TKB Ternama – Tangkas, Kualiti dan Berkesan” dalam usaha menaikkan nama sekolah ke peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau adalah seorang pengetua yang berkesan, mampu mencapai tahap melangkaui sasaran yang ditetapkan, memiliki ciri-ciri peribadi yang unggul, memiliki kemahiran dan ilmu yang tinggi (Razali Mat Zain, 1991). Sebagai pengetua, melaksanakan pemantauan dan penyeliaan dengan gaya kepimpinan instruksional secara berterusan adalah satu kemestian. Guru-guru di pantau, dicerap dan dinilai secara berkala berdasarkan standard SKPMg2. Penyeliaan atau pemantauan secara tidak formal juga dijalankan dari masa ke masa melalui Supervision by Walking About (SBWA). Professional Walk pula digunakan untuk memantau isi pengajaran. Pemantauan yang berterusan memberi kesan yang baik dan akhirnya guru-guru dapat menerima proses pemantauan ini dengan hati terbuka seperti pepatah Melayu, alah biasa tegal biasa. Kesannya, waktu pembelajaran murid terjaga dan murid juga terbiasa dengan menepati masa selaras dengan tagline pengetua “early and punctual”.

50

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 50

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

e-NPQEL e-NPQEL banyak mengajar saya tentang kaedah pembelajaran kendiri dalam menimba ilmu. Banyak cabaran yang saya terpaksa dilalui apatah lagi dalam kesibukan musim perayaan. Namun setiap kesukaran pasti akan ada kesenangan. Dalam masa cuti itulah memudahkan saya memberi tumpuan penuh kepada bahan yang diakses. Jika waktu bekerja agak sukar kerana kami hilang fokus disebabkan tuntutan tugas hakiki. e-NPQEL lebih banyak mengajar saya tentang teori sebelum sesi bersemuka dilakukan. Sebanyak empat (4) modul yang perlu diselesaikan sebelum saya memperoleh sijil kelayakan. Setiap modul yang diberikan meningkatkan kompetensi saya. Daripada empat (4) modul yang perlu saya laksanakan itu, saya amat terkesan dengan Modul Meneraju Perubahan. Sebagai pemimpin kadang kala saya sering mengalami kesukaran dalam membuat keputusan. Saya juga keliru antara menyelesaikan masalah dengan mencari punca masalah yang dihadapi. Hasil pemahaman terhadap model penyelesaian masalah langkah demi langkah, saya bertambah jelas untuk memisahkan antara punca masalah dan simptom masalah itu berlaku (Chang dan Kelly 1993). Melalui e-NPQEL ini saya memahami bahawa menganalisis data amat penting dan sekolah sememangnya kaya dengan data yang perlu dianalisis dan diinterprestasikan. Dengan menganalisis data ini, saya dapat mengenal pasti masalah sebenar dan cara menyelesaikan masalah. Pada awal Pembentangan Eksekutif (PE), saya tidak dapat mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan tetapi setelah saya memahami dan membaca kamus kompetensi dan mengaitkan pembacaan dalam e-resos, saya berjaya melepasi kompetensi penyelesaian masalah dan membuat keputusan. PENUTUP Kesimpulannya, kejayaan setiap sekolah bukan sahaja diukur daripada kejayaan akademik, tetapi juga kemampuan pemimpin sekolah menterjemah keberhasilan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pemimpin sekolah yang mempunyai visi dan perancangan yang jitu mampu meletakkan sekolah ke tahap yang tinggi, justeru kepimpinan berprestasi tinggi amat diperlukan sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau sekolah.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 51

51

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Hasrat murni ini terkandung dalam Anjakan 5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi memastikan pemimpin berprestasi tinggi di tempatkan di setiap sekolah. RUJUKAN Chang R, and Kelly P. (1993). Step by Step Problem Solving a practical to ensure the problem get solve. San Francisco: Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Woodin, T. (2015). Co-operation, Learning and Co-operative Values: Contemporary issues in education: Routledge

52

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 52

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

MENCEMERLANGKAN ORGANISASI

PENULIS: GLENDA ANAK BONIFACE BUNGENG PENYELIA: PUAN HASANAH BINTI SAPAWI PENGENALAN Keupayaan kepimpinan seseorang pemimpin sangat penting dalam usaha untuk mencemerlangkan sesebuah organisasi. Pemimpin yang berkualiti tinggi mesti berupaya untuk mempengaruhi dan menerajui warga organisasinya untuk bergerak ke arah satu matlamat (Hoy & Miskel, 2013). Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi banyak dipengaruhi kepimpinan seorang pemimpin. Seiring dengan tujuan dan inisiatif kerajaan untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara dengan memantapkan kepimpinan dan pengurusan sekolah, Institut Aminudin Baki (IAB) telah menyediakan satu kelompok pemimpin pelapis yang bersedia memikul tanggungjawab kepimpinan sekolah melalui NPQEL. IAB berperanan memberikan latihan kepada pemimpin pendidikan bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti sejajar dengan hasrat dalam Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya berasa amat bersyukur kerana terpilih menyertai Program NPQEL Versi 2018. Dalam tempoh singkat, banyak pengalaman berguna telah saya peroleh melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut. Pelaksanaan program yang menggunakan kaedah 70:20:10, telah memberi saya peluang berkongsi pengalaman mengurus sekolah dengan rakan-rakan serta bimbingan secara formal dan tidak formal daripada para pensyarah. Bimbingan dan tunjuk ajar disertakan dengan pengalaman menjalani program perantisan boleh menyuntik semangat saya untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti tinggi dan berkesan di sekolah. Kafele (2017) menyatakan, Is your school better because you lead it? Are your students in a better position to suceed because you steer the ship? Will your teachers experience exponential profesional growth because your lead them?

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 53

53

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Saya berharap penulisan ini akan memberi inspirasi kepada semua bakal pemimpin atau kepada para pembaca. Pengalaman saya semasa menjalani Program NPQEL Versi 2018 ini, diharap dapat memberi pengetahuan tentang kaedah merancang dan menyediakan pelan perancangan strategik yang berlandaskan data untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Saya tekad untuk berusaha bagi menguasai ilmu kepemimpinan demi untuk mencapai matlamat yang jelas dan berimpak tinggi untuk pembangunan organisasi yang bakal dipimpin. PENGALAMAN LEPAS Saya telah menjawat jawatan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) setelah menjalankan tugas sebagai Ketua Panitia Sains selama 12 tahun. Pengalaman sebagai ketua panitia banyak membantu saya dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai PK HEM. Semasa saya menggalas tugas sebagai PK HEM, peningkatkan peratus kehadiran murid melonjak kepada 90 peratus. Isu ketidakhadiran murid berjaya saya tangani dengan mendekati ibu bapa murid melalui perjumpaan yang diadakan secara berkala dan membuat kunjungan mesra ke rumah murid. Respon daripada ibu bapa yang terlibat sangat positif dan mereka sedia membantu pihak sekolah bagi memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah setiap hari. Saya berusaha membina jaringan dan jalinan dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi mendapatkan sokongan dalam pelaksanaan programprogram sekolah. Pada tahun 2016, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) sekolah kami telah diiktiraf oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak sebagai KSIB paling aktif di daerah Kuching. Dalam Program Sekolah Amanah pula, matlamat strategik empat (4) di bawah tanggungjawab saya telah mencapai 100 peratus bagi penglibatan ibu bapa. Tawaran mengikuti Program NPQEL Versi 2018, telah saya terima dengan penuh kesyukuran. Berbekalkan sedikit pengalaman sebagai PK HEM (3 tahun) dan PK Pentadbiran (10 bulan), saya nekad untuk memperbaiki diri. Saya bersedia untuk berubah serta mempelajari sebanyak mungkin ilmu pengurusan dan kepimpinan. Setiap cabaran dan halangan saya tempuhi dengan penuh kesabaran. DAPATAN AKTIVITI Pembentangan Eksekutif Tugasan Pembentangan Eksekutif (PE) memerlukan saya membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan secara individu selama tujuh (7) minit berdasarkan stimulus yang diberikan. Sebanyak lima (5) sesi PE yang 54

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 54

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

mencabar perlu saya lalui. Saya perlu membuat persediaan sebelum, semasa dan selepas sesi pembentangan dengan mengambil kira kompetensi yang ditaksir, susunan idea, masa kesediaan fizikal dan mental. Saya perlu meningkatkan tahap keyakinan diri saya dan memperbaiki cara penyampaian dalam pembentangan untuk menarik perhatian audien. Semasa pembentangan dijalankan saya telah mempamerkan beberapa kompetensi pemimpin berkualiti, seperti berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan dan lain-lain. Saya sangat terkesan dengan kompetensi berfikiran strategik. Ini kerana seorang pemimpin mesti berkeupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik untuk menentukan hala tuju organisasi dengan merujuk kepada jangkaan persekitaran masa hadapan. Visi dan misi tersebut perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan pemegang taruh, warga sekolah, komuniti setempat dan pihak berkepentingan yang lain. Pemimpin juga hendaklah menyediakan strategi yang kreatif sebagai tindakan berfokus untuk mencapai hasrat yang diinginkan. Dalam usaha untuk merancang sesuatu strategi, saya perlu bijak membuat keputusan dengan mempertimbangkan pelbagai aspek dan alternatif. Penggunaan alat dan kaedah membuat keputusan yang sesuai perlu saya aplikasikan supaya dapat diterima pakai oleh semua ahli organisasi dengan penuh yakin. Pengalaman dalam PE boleh diaplikasi apabila menjadi pemimpin sekolah. Saya sering terlibat membentangkan laporan pencapaian sekolah di peringkat PPD, JPN dan KPM. Pada masa yang sama, saya juga perlu mempengerusikan mesyuarat dan memberi ucapan dalam majlis-majlis rasmi. Justeru saya mesti berupaya untuk meyakinkan pihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan sokongan bagi memajukan prestasi sekolah sekaligus mengatasi isu-isu yang berlaku di sekolah. Saya mesti menonjolkan kompetensi pemimpin yang berkesan dan berkualiti serta perlu memiliki pengetahuan, berkemahiran, berkeperibadian positif, menyumbang kepada organisasi dan kesanggupan memimpin (Mansor, 2015). Sebagai pemimpin berkualiti, saya perlu bijak memanfaatkan peluang semasa membentang untuk mendapatkan sokongan dan mempengaruhi pendengar supaya mereka dapat menyumbang kepada sekolah dalam pelbagai bentuk sama ada kepakaran, perkhidmatan, dana, kemudahan dan sebagainya. Dalam usaha untuk memantapkan peranan sebagai seorang GB (Standard 1 SKPMg2), saya akan mendorong guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri kursus atau bengkel yang memberi manfaat kepada organisasi. Saya akan membimbing mereka untuk membuat perkongsian dengan rakan-rakan atau guru-guru di sekolah lain. Ini merupakan salah satu cara untuk saya membangunkan kapasiti guru dan staf di sekolah.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 55

55

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Amali Etiket di Meja Makan dan Pengurusan Majlis Pengurusan Majlis Rasmi adalah tugasan akitiviti lapangan yang dikendalikan oleh setiap kumpulan peserta Program NPQEL Versi 2018. Bagi memenuhi kehendak tugasan ini, kumpulan kami telah mengendalikan sesi Bicara Ilmu yang bertajuk Memimpin Pembelajaran Abad Ke-21. Penceramah jemputan ialah Dr. James Ang Jit Eng, Pensyarah Cemerlang JUSA C, Jabatan Pengurusan Kurikulum dan Kokurikulum, IAB Induk Bandar Enstek. Majlis ini telah dihadiri oleh para pensyarah serta peserta Program NPQEL Versi 2018 Ambilan 2 bertempat di Dewan Utama IABCS. Majlis yang diurus oleh kumpulan kami telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kesilapan. Etiket di meja makan pula merupakan tugasan yang melatih kita tentang tatacara kita di meja makan. Namun apabila diperhati dan ditaksir oleh panel pentaksir yang pakar dalam bidang tersebut menjadikan kami berada dalam keadaan yang kurang selesa. Pentaksiran ini merangkumi tertib mengambil tempat duduk sehingga selesai sesi menjamu selera dan meninggalkan meja makan. Para peserta perlu menguasai kemahiran mengguna peralatan di meja makan, adab mengambil makanan, adab di meja makan dan beberapa amalan yang tidak biasa kita lakukan semasa di meja makan. Pengalaman ketika menguruskan majlis dan amali etiket di meja makan memberi kesan yang sangat positif kepada saya. Oleh itu, seorang pemimpin perlu menjaga penampilan diri lebih-lebih lagi semasa berinteraksi dengan orang ramai. Dalam menguruskan majlis rasmi, kerjasama sepasukan sangat penting. Mesyuarat penubuhan jawatankuasa perlu diadakan untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Setiap jawatankuasa perlu bertindak melaksanakan tugas yang telah diterima. Raptai perlu diadakan untuk mengesan mana-mana bahagian yang masih perlu diperbaiki. Sebagai seorang pemimpin yang menerajui sesuatu majlis rasmi, komunikasi dengan ahli-ahli perlulah jelas malah bersedia mendengar pandangan orang lain. Seorang pemimpin mesti menunjukkan keupayaan untuk memimpin pelbagai pihak bersamanya bagi merealisasikan matlamat majlis yang dianjurkan. Apabila saya menerajui sekolah nanti, saya akan memastikan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar. Kesilapan yang kecil akan mencacatkan keseluruhan majlis dan akan memberi impak negatif kepada sekolah. Saya akan mengadakan bengkel pengurusan majlis dan etiket di meja makan kepada semua kakitangan untuk meningkatkan keterampilan diri mereka. Selain itu, pihak ibu bapa dan murid-murid juga dilibatkan sama supaya mereka mendapat pengetahuan dalam aspek ini. Pemantauan status perlaksanaan tugas perlu

56

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 56

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

diadakan untuk memastikan setiap jawatankuasa telah melaksanakan tugas yang diberi dalam tempoh yang ditetapkan. Buku Pengurusan Majlis Rasmi (2014) perlu ada di sekolah sebagai bahan rujukan. Lawatan Penandaarasan Institusi Swasta (LPIS) Institusi swasta yang menjadi destinasi lawatan penandaarasan kumpulan kami adalah SACOFA Sdn. Bhd. (Sarawak Communication Facilities Provider) terletak di Lot 367, Jalan Satok, 93400 Kuching. Syarikat ini merupakan penyedia infrastruktur telekomunikasi yang unggul di Sarawak. Tujuan lawatan adalah untuk meninjau kaedah operasi, kawalan disiplin, kebajikan dan urusan kenaikan pangkat kakitangan yang diamalkan oleh syarikat ini. Banyak input berguna yang diperoleh dalam lawatan ini. Syarikat SACOFA telah mewujudkan sistem kualiti dalam pengoperasian, kawalan disiplin, kebajikan dan urusan kenaikan pangkat kakitangannya. Terdapat ramai pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan syarikat ini, oleh itu, reputasi syarikat perlu dijaga dengan sebaik mungkin. Operasi syarikat ini mempunyai persamaan dengan operasi sekolah di mana pelanggan yang datang mencari dan mendapatkan perkhidmatan. Sistem kawalan dan pemantauan di SACOFA untuk mengenal pasti kerosakan/ kegagalan fungsi menara sangat cekap dan membolehkan tindakan segera diambil. Seharusnya sistem kawalan seperti ini dapat dimanfaatkan dalam pengurusan sekolah. Selain itu, jalinan dan jaringan yang kukuh perlu wujudkan supaya masyarakat setempat rasa kesepunyaan dalam membangunkan sekolah. Budaya kerja syarikat ini patut dicontohi oleh pemimpin sekolah. Lawatan ini memberi inspirasi kepada saya memantau ketepatan guru-guru melaksanakan tugas dalam bilik darjah melalui rondaan berkala. Saya akan bertindak menghubungi ibu bapa/penjaga dengan segera sekiranya terdapat murid yang ponteng tanpa sebab. Standard Operational Procedure (SOP) akan menjadi panduan sebelum tindakan lanjut diambil. Dalam urusan kenaikan pangkat pula, prestasi kerja pegawai terlibat akan dibincangkan bersama dengan rakan-rakan SLT. Cabaran paling getir adalah tatacara mengawal disiplin kakitangan. Saya perlu bersikap kreatif dan berani bertindak menongkah arus untuk mencapai matlamat dan bukan hanya mengikut langkah orang yang telah berjaya (Hargreaves, 2014). Saya akan menggandingkan guru-guru yang bermasalah dengan rakan guru yang sesuai supaya proses coaching dan mentoring dapat berlaku secara harmoni.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 57

57

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Perantisan 1 Perantisan 1 bertujuan untuk membolehkan peserta mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on dan menghubungkaitkan teori dengan amalan kepimpinan dan pengurusan sekolah. Sekolah yang dipilih untuk program Perantisan 1 adalah SK Lumba Kuda, Kuching yang diterajui oleh En. John Selvaraj a/l Perumal. Kakitangan sekolah ini terdiri daripada 43 orang guru dan tujuh (7) orang anggota kumpulan pelaksana (AKP). Bilangan murid pula adalah seramai 350 orang dengan dua (2) sesi persekolahan. Sekolah ini juga mempunyai dua (2) aliran iaitu aliran Cina dan aliran Melayu serta satu kelas PPKI. Saya mendapat banyak pengalaman baharu berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan organisasi, walaupun hanya berada selama tiga (3) hari bagi menjalani Program Perantisan 1 di sekolah tersebut. Guru besar yang mempunyai keperibadian tinggi dan mempunyai hubungan interpersonal yang baik dengan banyak pihak. Beliau sangat komited dalam melaksanakan tugasnya dan mempunyai perancangan strategik yang mantap untuk memajukan sekolah. Beliau juga mengamalkan kepimpinan teragih (distributif) yang diakui berkesan dalam membantu kemajuan pembangunan dan pencapaian sesebuah sekolah. Gaya kepimpinan ini juga turut meningkatkan komitmen guru terhadap organisasi seperti yang dikemukakan oleh ramai pengkaji (Gronn, 2003; Harris, 2008; Spillane, Halverson & Diamond, 2004; Spillane & Sherer 2004; Hulpia, Devos & Roseel, 2009; Nguyen, 2013; Yusof Boon & Yahzanon Tahir, 2013; Hairuddin & Salisu, 2015; dalam Marlia, 2016). Maka tidak hairanlah sekolah ini telah mampu membuat lonjakan saujana dalam UPSR 2017 di mana GPS telah meningkat daripada 3.34 (2016) kepada 2.99 (2017) dengan peningkatan peratus lulus daripada 51.28 peratus (2016) kepada 70.83 peratus (2017). Saya bertanggungjawab untuk memastikan kemudahan infrastruktur di sekolah mencukupi dan selesa untuk kegunaan murid apabila saya menerajui sekolah nanti. Saya juga akan membina jaringan dan jalinan dengan pihak berkepentingan untuk mendapatkan dana bagi menggerakkan program sekolah. Warga sekolah, ibu bapa dan komuniti merupakan aset penting kepada sekolah, oleh itu, saya mesti memastikan wujud kerjasama yang rapat dengan mengadakan perjumpaan secara berkala supaya saya dapat menyebarkan visi, misi dan matlamat sekolah. Saya akan memantapkan kemahiran interpersonal saya yang masih rendah kerana kemahiran ini amat penting bagi seorang pemimpin untuk melancarkan operasi sekolah.

58

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 58

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Perantisan 2 Sekolah Perantisan 2, SK Encik Buyong, Petra Jaya, Kuching menjadi pilihan saya. Sekolah ini terdiri daripada 809 orang murid, 57 orang guru dan 8 orang AKP. Pengalaman semasa Perantisan 1 banyak membantu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baharu dan pengetahuan mengenai kepimpinan dan pengurusan dapat diaplikasi di sekolah Perantisan 2. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah meletakkan kualiti pencapaian akademik pelajar sebagai agenda utama reformasi pendidikan. Guru Besar telah menunjuk komitmen yang tinggi dalam tugasnya di sekolah Namun terdapat juga kelemahan yang perlu diambil perhatian yang dikesan melalui analisis persekitaran khususnya pencapaian LINUS yang rendah dan kehadiran murid yang tidak mencapai KPI. Aktiviti yang dilaksanakan dalam intervensi ini adalah Sukaneka LINUS Tahun 2 yang melibatkan murid-murid pemulihan khas daripada empat (4) buah sekolah berhampiran. Ceramah ibu bapa cemerlang juga dijalankan sebagai satu lagi aktiviti intervensi. Guru, ibu bapa dan murid-murid memberi respon yang positif terhadap aktiviti tersebut. Jaringan kerjasama dengan fasilitator dari sekolah lain untuk membantu menyediakan bahan dan urusan penghakiman. Jalinan dengan beberapa syarikat, PIBG dan pengusaha kantin sekolah untuk mendapatkan tajaan makanan dan hadiah. Majlis perasmian dan penutupan program telah disempurnakan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah Kuching yang berbangga dengan penganjuran program tersebut. Beliau mengharapkan agar program ini dapat diperluas dan melibatkan lebih banyak sekolah. Dapatan tinjauan dalam kalangan murid menunjukkan mereka seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan. Guruguru pula bersedia memberi kerjasama dalam program yang akan datang. Sepanjang menjalani Perantisan 2, banyak pengalaman baharu saya perolehi yang amat berguna untuk diaplikasi apabila berpeluang memimpin sekolah suatu hari nanti. Guru Besar yang mempunyai keperibadian tinggi menjadi idola saya. Beliau seorang yang berjiwa pemimpin, bersedia menghadapi cabaran dan mempunyai perancangan strategik untuk memajukan sekolah. Pemimpin sekolah mesti berupaya memimpin dan menyokong aktiviti pembelajaran secara kolaboratif (Hord, 2009 dalam Rosnah Ishak, 2017). Sifat kesederhanaan yang dimiliki membolehkan semua staf mendekati beliau serta berbincang dan memberi pandangan. Pada pengamatan saya, guru besar sekolah ini memiliki kecerdasan emosi yang tinggi. Beliau mempunyai tahap empati yang tinggi dan bertimbang rasa dengan pegawai yang mengalami kesusahan.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 59

59

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Seandainya saya diberi mandat memimpin sekolah dengan bilangan guru dan murid yang ramai, saya perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Bagi saya kecerdasan emosi sangat penting dalam diri seorang pemimpin kerana kecerdasan emosi merupakan kebijaksanaan seseorang menggunakan aspek perasaan dalam membuat keputusan dan bertindak terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain akan memberi pengaruh yang lebih besar (Goleman, 1995 dalam Salhah, 2009). 80 peratus prestasi di tempat kerja bergantung kepada kecerdasan emosi berbanding 20 peratus sahaja yang merujuk kepada kecerdasan intelek. Saya akan membina pasukan pentadbir (GPK) yang mantap dan cekap dalam bidang tugas masing-masing. Perjumpaan mingguan akan diadakan untuk melapor perkembangan aktiviti yang akan dilaksanakan. Pasukan peneraju perubahan yang terdiri daripada guru-guru yang sedia melaksanakan amanah dengan ikhlas hati akan saya bentuk. Pasukan ini berperanan sebagai mentor kepada guru-guru novis dan berprestasi rendah. Peranan PIBG akan ditingkatkan memastikan pasukan KSIB bergerak aktif, menubuhkan tabung biasiswa pendidikan dan melaksanakan tuisyen mesra yang dilaksana oleh ibu bapa sepenuhnya. Student Voice Group (SVG) pula akan ditubuhkan untuk murid yang akan berperanan sebagai duta sekolah. Sebagai seorang pemimpin saya harus meletakkan impian seiring dengan keyakinan. Dalam mengejar impian, pemimpin harus memberi inspirasi kepada semua ahli, memujuk dan menyatakan impian mereka, aspirasi dan keyakinan mereka ke arah pencapaian perubahan dan matlamat (Hargreaves, 2014). Saya akan membangunkan sumber manusia sedia ada secara optimum. Saya akan memimpin pembelajaran dengan mengadakan Continuos Professional Development (CPD) merujuk kepada keperluan guru dan murid. Guru-guru akan mengaplikasi apa yang telah dipelajari daripada sesi CPD dan dipantau oleh pentadbir. Berdasarkan lima (5) aktiviti yang dikongsikan dalam penulisan karya terpilih ini, dapat saya rumuskan bahawa seorang pemimpin yang menerajui sesebuah sekolah perlu mempamerkan ciri-ciri pemimpin berkualiti tinggi dalam amalan kepimpinannya sehingga menjadi budaya warga sekolah. PENUTUP Pengalaman sebagai peserta NPQEL Versi 2018 tidak akan terhenti di sini. Melalui pelbagai aktiviti telah dapat memantapkan kompetensi kepimpinan diri saya. Program ini juga banyak memberi input berkaitan kepimpinan melalui aktiviti bersemuka, aktiviti lapangan dan aktiviti kumpulan. Pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi akan digunakan sebagai panduan dalam

60

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 60

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

melaksanakan tugas kepimpinan yang berintegriti tinggi. Seorang pemimpin harus menunjukkan sifat kepimpinan yang unggul untuk dicontohi oleh ahli organisasinya. RUJUKAN Hargreaves, A., Boyle, A., & Harris, A. (2014). Uplifting leadership: How organizations, teams, and communities raise performance. New York: John Wiley & Sons. Hoy, W., K. & Miskel, C. (2013). Educational Administration; Theory, research and practice (11th ed.). New York: McGraw-Hill. Jabatan Perdana Menteri. (2014). Panduan Pengurusan Majlis dan Acara. Putrajaya:Bahagian Pengurusan Acara Kafele, B. K. (2017). Is Your School Better Because You Lead It?. Educational Leadership, 74(8), 10-14. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepasan Menengah). Kuala Lumpur: KPM. Marlia Jamali & Yahya Don. (2016). Praktis Kepimpinan Distributif dan Komitmen Terhadap Organisasi Berdasarkan Kohort Generasi Guru. Sintok, Kedah: UUM. Norashikin Abu Bakar, Ramli Basri & Fooi Say Fooi. (2015). Hubungan kepimpinan Guru dengan pencapaian akademik pelajar. International Journal of Education and Training, 1(2), 1-11. Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai. Kuala Lumpur: PTS Professional. Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskom. (2011). Pengantar Pendidikan. Puchong: Multimedia Sdn. Bhd.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 61

61

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 62

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

PEMIMPIN KOMPETEN PEMANGKIN KECEMERLANGAN ORGANISASI

PESERTA: AVUI BIN PUTUKANG PENYELIA: PUAN SAINAH LIMBASAN PENGENALAN Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Profesional Qualification for Educational Leaders-NPQEL) adalah satu program peringkat nasional yang berasaskan konsep latihan 70:20:10. Selaras dengan anjakan ke-5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 20132025 iaitu memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013), bakal pemimpin sekolah perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran bagi mendukung aspirasi dan merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kerangka NPQEL Versi 2018 dibangunkan untuk memenuhi keperluan pemimpin berprestasi tinggi. Pemimpin berprestasi tinggi mestilah berwawasaan, mampu memimpin pembelajaran dan perubahan untuk mencapai hasrat kemenjadian murid. Keinginan, azam dan iltizam untuk memajukan diri serta berintegriti tinggi dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah merupakan perkara asas yang amat penting dimiliki oleh semua golongan pemimpin sekolah ke arah mencapai transformasi dan kecemerlangan sekolah. Prestasi sekolah dipengaruhi oleh kualiti kepimpinan PGB. Pemimpin sekolah yang menguasai dan mengamalkan 10 kompetensi yang diterapkan dalam Program NPQEL Versi 2018 iaitu berfikiran strategik, berkepemimpinan, berkeperibadian tinggi, memimpin perubahan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan dan komunikasi berkesan sudah tentu berupaya mencemerlangkan sekolah. Pemimpin sekolah yang kompeten adalah pemangkin kecemerlangan organisasi. PENGALAMAN LEPAS Pengalaman saya sebagai pemimpin pertengahan sekolah bermula pada tahun 2006 sehingga kini (2018). Saya pernah menjawat jawatan sebagai INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 63

63

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum dan Penolong Kanan HEM melalui lantikan sekolah kerana sekolah saya dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM). Saya telah berkhidmat di bawah dua (2) orang guru besar yang memiliki gaya kepimpinan yang berbeza. Sehubungan dengan itu, saya telah memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman melalui bimbingan, penyeliaan dan tunjuk ajar tentang kaedah pengurusan dan pentadbiran yang sistematik. Dalam tempoh tersebut, perkara penting yang sangat bermakna dan bernilai kepada saya adalah pentingnya sikap positif dan integriti sebagai seorang pemimpin. Seorang pemimpin sekolah perlu berintegriti dan prihatin terhadap kebajikan staf, murid, sekolah dan komuniti. Pemimpin yang berintegriti mampu mencemerlangkan sekolah dan dapat memupuk kerjasama yang baik dalam kalangan seluruh warga sekolah. Pengetahuan dan kemahiran kepimpinan boleh dipelajari tetapi tidak bagi integriti. Pemimpin juga perlu memiliki sikap toleransi yang tinggi agar dapat membimbing dan mengupaya orang bawahan untuk mengembangkan potensi diri dan kecemerlangan organisasi sekolah. Pemimpin yang bertoleransi akan berjaya mewujudkan budaya kerja sepasukan, memiliki hubungan baik, hidup harmoni dan memupuk kerjasama yang mantap dalam kalangan warga sekolah. Pemimpin sekolah perlu menjadi teladan kepada seluruh warga sekolah. Pemimpin disegani kerana keperibadian tinggi yang dimiliki. Pengalaman ini telah mematangkan diri saya dan dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan. Kursus dan latihan yang saya sertai berkaitan pengurusan seperti bantuan KWAPM, data murid dan PIBG membantu saya melaksanakan tugas sebagai guru penolong kanan. Kolaboratif bersama dengan pentadbir dari sekolah berhampiran dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam aspek pengurusan sekolah. Saya juga mengambil inisiatif untuk pembelajaran kendiri melalui pembacaan dan carian bahan-bahan ilmiah khususnya dalam mengurus panitia, pencerapan guru dan peperiksaan. DAPATAN AKTIVITI NPQEL merupakan satu-satunya program latihan kepimpinan pendidikan kebangsaan bagi menghasilkan pemimpin pelapis yang cekap dan kompeten. Sebagai peserta, saya perlu melaksanakan 10 aktiviti yang terangkum dalam kurikulum e-NPQEL Versi 2018 bagi memantapkan kompetensi saya sebagai seorang pemimpin berprestasi tinggi. Aktiviti-aktiviti tersebut terdiri daripada NPQEL, Ujian Kecergasan, Pembentangan Eksekutif, Bersama Tokoh, Jalinan Pintar Korporat, Perantisan 1, Perantisan 2, Lawatan Penandaarasan ke Institusi Swasta, Etiket Meja Makan dan Pengurusan Majlis dan Ulasan Buku. Untuk tujuan penulisan karya ini hanya lima (5) aktiviti sahaja dikongsikan.

64

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 64

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

e-NPQEL e-NPQEL membantu saya untuk pembelajaran kendiri berkaitan perkara baharu dalam pengurusan yang wajar dikuasai oleh pemimpin sekolah. Bahan-bahan yang terkandung dalam modul ini membantu saya mendapatkan maklumat dan ilmu pengetahuan terkini yang relevan dan mantap. Kaedah ini telah membantu saya meningkatkan pengetahuan sedia ada dan meneroka dengan lebih mendalam peranan PGB. Kemahiran menggabungkan gaya kepimpinan yang pelbagai dapat membentuk satu pasukan kerja yang kuat, mewujudkan kerjasama yang baik dan saling menyokong antara satu sama lain. Kemahiran ini akan memacu kecemerlangan sesebuah sekolah selaras dengan misi dan visi yang ditetapkan. Pada masa yang sama, saya juga mempelajari tatacara pengurusan kewangan yang mematuhi prosedur pengurusan kewangan. Pembelajaran e-NPQEL menyedarkan saya tentang keperluan membangunkan kapasiti sumber manusia di sekolah. Tidak terlintas di minda saya selama ini bahawa seorang pemimpin sekolah perlu membangunkan kapasiti staf dengan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan motivasi mereka untuk mencapai kecemerlangan sekolah. Pengalaman melalui e-NPQEL telah meningkatkan keyakinan, pengetahuan dan kemahiran saya tentang kaedah, teknik dan pendekatan baharu untuk mentadbir sekolah pada masa akan datang. Cabaran dan kekangan dalam menyempurnakan e-NPQEL menjadikan saya lebih proaktif. Bagi mengatasi masalah capaian internet yang kurang baik ditempat saya, maka saya telah mengambil inisiatif keluar ke Pekan Telupid atau ke Bandar Sandakan untuk mendapatkan akses yang lebih baik bagi menyelesaikan dan melengkapkan tugasan e-NPQEL. e-NPQEL amat bermanfaat kerana menjadikan saya lebih beryakinan dalam menyelesaikan setiap tugasan pembentangan. Pengetahuan yang saya perolehi melalui e-NPQEL telah membuka minda dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran saya untuk melakukan perubahan, peningkatan prestasi dan memacu sekolah ke arah sekolah berprestasi tinggi. Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif (PE) merupakan satu platform pentaksiran terhadap kompetensi peserta NPQEL melalui beberapa siri pembentangan selama kursus ini berlangsung. Dalam pembentangan ini, setiap peserta ditaksir secara individu berdasarkan kemampuan menyediakan pelan intervensi yang dirancang setelah menganalisis bahan stimulus yang diberikan. Pentaksiran PE bertujuan untuk menilai keupayaan dan kemahiran peserta mengaitkan bahan stimulus dengan kompetensi yang ditetapkan. Faktor utama penentu kecekapan dan kejayaan sesebuah sekolah bukan terletak pada tempoh

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 65

65

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

masa perkhidmatan tetapi pemimpin yang memiliki sikap dan pengetahuan yang membolehkan pemimpin tersebut menyedari dan memikirkan jalan penyelesaian yang bersesuaian dengan konteks dan lokaliti sekolah (James dan Balasandran, 2013). Justeru, kompetensi yang ditaksir mampu membentuk PGB yang berkualiti dalam kepimpinan dan pengurusan di sekolah. PE amat sukar bagi saya kerana perlu merancang pelan intervensi berdasarkan bahan stimulus. Saya menghadapi kesukaran apabila membina pelan intervensi di luar bidang tugas saya sebagai Penolong Kanan Kurikulum. Bahan stimulus yang disediakan juga mencakupi semua bidang pengurusan di sekolah yang perlu diteliti secara terperinci sebelum melaksanakan PE. PE banyak mengajar saya untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya bagi menerajui perubahan di sekolah pada masa hadapan dengan lebih efektif. Kemahiran ini dikukuhkan lagi melalui pembelajaran kolaboratif bersama dengan rakan-rakan dan bimbingan penyelia. Latihan merancang dan melaksana pelan intervensi mengikut stimulus yang diberikan juga telah membuka minda saya agar lebih menaakul secara mendalam tentang program peningkatan prestasi sekolah. PE juga meningkatkan kemahiran saya dalam menyelesaikan masalah terutama membuat perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penambahbaikan sesuatu program yang dilaksanakan berdasarkan prinsip pengurusan, Plan Do Check Action (PDCA) dan Plan Organise Lead and Control (POLC). Melalui PE, saya menyedari bahawa sumber, bahan, data, analisis dan rujukan model-model yang bersesuaian hendaklah dititikberatkan dalam merancang program peningkatan kecemerlangan sekolah. Kemahiran komunikasi saya juga bertambah baik melalui pembentangan secara individu. Pada masa yang sama, kemahiran saya dalam menyelesaikan masalah pengurusan dan pentadbiran di sekolah secara lebih kreatif dan berfokus telah meningkat. Cabaran utama saya adalah mengurus masa untuk pembelajaran kendiri kerana tiada kuliah khusus diberikan. Sungguhpun demikian, segala cabaran dan halangan telah berjaya saya tempuhi. Secara keseluruhannya, saya telah berjaya membina kecekalan, inisiatif, keyakinan dan keperibadian yang unggul sebagai seorang bakal pemimpin melalui aktiviti ini. Semua topik PE telah membuka minda saya untuk bertindak dengan lebih berkesan di masa akan datang. Pengalaman, pengetahuan dan kemahiran ini dikongsi dalam setiap pembentangan yang dijalankan. Ujian Kecergasan Ujian Kecergasan dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang pentingnya menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pentaksiran kecergasan dilakukan sebanyak dua (2) kali bagi mentaksir tahap

66

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 66

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

kecergasan peserta. Taksiran pertama dibuat sebelum peserta ditawarkan mengikuti Program NPQEL manakala taksiran kedua dijalankan pada minggu akhir sesi bersemuka Fasa 3. Taksiran kecergasan melibatkan empat (4) komponen iaitu ‘bleep test’, jangkauan melunjur, bangkit tubi dan tekan tubi. Aktiviti kecergasan perlu menitikberatkan aktiviti kecergasan dalam kalangan warga sekolah. Pemimpin yang kurang cergas sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada kelancaran usaha mencemerlangkan organisasi sekolah. Ahmad et al. (2014) menegaskan bahawa kemahiran pengurusan kecergasan kepimpinan banyak bergantung pada tahap kesihatan dan kecergasan individu yang bakal memimpin dan menerajui organisasi. Ujian kecergasan ini merupakan cabaran baharu bagi saya kerana sudah sekian lama tidak aktif dalam kegiatan sukan. Agak sukar bagi melepasi aktiviti dalam ujian ini. Saya telah mengambil inisiatif melakukan senaman dan persiapan bagi menghadapi ujian kecergasan ini. Aktiviti ini telah memberi faedah dan menjadi landasan bagi saya membentuk jati diri dan keperibadian yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang sihat dan cergas, dan tidak mudah berputus asa. Aktiviti ini sedikit sebanyak berjaya membina kecergasan fizikal para peserta NPQEL dan memberi keyakinan semula kepada para peserta bahawa mereka masih mampu bersukan walau pun usia semakin lanjut. Program kecergasan sepatutnya dilaksanakan di sekolah bagi membentuk warga yang cergas dan sihat Jalinan Pintar Korporat Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan aktiviti membina jaringan dan jalinan bersama dengan tokoh atau agensi korporat. Aktiviti ini bertujuan melibatkan mereka untuk memberi sumbangan kepada pembangunan sosial. Aktiviti JPK ini mencabar peserta NPQEL untuk membina jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh atau agensi korporat. Aktiviti ini memberi peluang kepada pemimpin sekolah menyelesaikan masalah pembangunan infrastruktur sekolah dan menambah baik keperluan lain melalui hubungan baik dengan komuniti setempat. Kemampuan pemimpin sekolah membina hubungan baik dengan pihak luar banyak membantu kecemerlangan sekolah. Roselena dan Mohd Izham (2015) menjelaskan pemimpin perlu menjalin hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan dan kecemerlangan organisasi sekolah. Dalam tugasan ini, kumpulan saya SRSB2 telah melaksanakan JPK di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran. SK Gayang telah mendapat sumbangan kipas siling, cat dan khidmat ceramah motivasi kepada murid Tahun 6 dan ibu bapa melalui

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 67

67

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

aktiviti ini. Bengkel ICT juga telah diberikan kepada guru-guru di sekolah ini bagi meningkatkan lagi kemahiran aplikasi ICT dalam tugas seharian. Projek JPK ini telah menyediakan ruang dan peluang kepada syarikat dan agensi kerajaan mahupun swasta untuk turut serta membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. JPK bukan sahaja bermanfaat kepada SK Gayang tetapi juga berguna kepada semua peserta melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan mengenai proses dan prosedur yang betul untuk membina jaringan dan jalinan dengan pihak agensi luar. Melalui aktiviti JPK ini, maka saya telah mempelajari dan memperoleh ilmu baharu untuk mengatasi pelbagai kekangan di sekolah seperti kekurangan tenaga kerja, meningkatkan kemahiran pengurusan, pengetahuan dan kewangan di sekolah. Pelbagai kekangan dapat diatasi dengan adanya kerjasama dan hubungan dua hala dengan pihak luar seperti agensi korporat dan kerajaan. Program JPK ini telah memberikan saya keyakinan dan pengetahuan berurusan dengan pihak luar dengan lebih berkesan. Pengalaman dan pengetahuan seumpama ini amat berguna dipraktikkan oleh bakal pemimpin sekolah dalam usaha mencemerlangkan organisasi sekolah. Perantisan 2 Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sekolah pilihan masing-masing. Saya telah memilih SK Tagas-Tagas Beluran, Sandakan sebagai sekolah perantisan saya berdasarkan perbincangan bersama dengan dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dan merujuk syarat pemilihan sekolah perantisan yang digariskan oleh pihak Institut Aminuddin Baki. Melalui aktiviti Perantisan 2, peserta didedahkan tentang tugas sebenar seorang pemimpin sekolah. Perantisan 2 ini dilaksanakan dalam tempoh enam (6) minggu atau 18 hari keberadaan di sekolah Perantisan 2. Mereka perlu menjalankan job shadowing kepimpinan dan pengurusan guru besar sekolah berkenaan. Encik Aning bin Enong, guru besar telah menerajui sekolah ini lebih daripada 20 tahun. Beliau telah dilantik sebagai mentor saya untuk Perantisan 2. Semasa menjalani Perantisan 2, pelbagai isu dan pengalaman baharu telah saya hadapi khususnya berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan sekolah. Ini menyedarkan saya bahawa untuk menjadi pemimpin berprestasi tinggi memerlukan usaha gigih dan semangat yang kental. Selain itu, keperibadian mulia dan berketerampilan diperlukan agar mampu mempengaruhi warga sekolah ke arah merealisasikan visi, misi dan hala tuju yang dibina bersama. Saya telah banyak mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk memimpin dan mengurus sekolah semasa Perantisan 2. Aktiviti dan tugasan yang dilaksanakan membantu saya memahami dengan lebih mendalam

68

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 68

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

tentang tugas-tugas kepimpinan dan pengurusan sekolah dalam skop yang lebih luas. Mentor saya telah memberi sokongan dan kerjasama, berkongsi pengalaman dan pengetahuan serta kemahiran dalam bidang kepimpinan dan pengurusan yang lebih berfokus. Beliau juga memberi peluang, bimbingan, tunjuk ajar dalam mengaplikaskan teori, dan pengayaan ilmu melalui sesi perbincangan bersama dengan saya. Bagi tujuan projek penambahbaikan sekolah Perantisan 2, saya berusaha mendapatkan data sekolah daripada semua pihak. Analisis persekitaran dilakukan dengan merujuk kepada Standard Kurikulum Kepengetuaan Sekolah Menengah (SKKSM) yang melibatkan elemen kepimpinan berkesan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran bermakna, guru berkualiti dan sokongan PIBG dan Komuniti. Saya belajar menggunakan pelbagai kaedah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah seperti membuat analisis data menggunakan SWOT dan Matrik TOWS, pemilihan inisiatif atau strategi berdasarkan pemberatan dan menyediakan pelan intervensi (PInTAs). Saya mendapati bahawa kemahiran berkomunikasi berkesan sangat penting untuk mendapatkan kerjasama dan menyakinkan semua pihak. Pelaksanaan Projek PAK 21 dan menjalankan peranan job shadowing di sekolah secara tidak langsung telah menjana pengalaman baharu buat diri saya untuk membangun potensi guru-guru. Projek ini dapat membantu guru-guru mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran PAK 21 dalam bilik darjah. Projek ini bukan sahaja berjaya memperbaiki pembelajaran murid-murid di dalam bilik darjah bahkan memberi impak positif kepada diri saya. Projek ini telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama seluruh warga sekolah dan komuniti termasuk PPD Beluran, PIBG dan masyarakat setempat. Justeru, saya menyedari bahawa kepimpinan yang baik apabila digabungkan dengan kerja sepasukan yang mantap mampu melonjakkan prestasi sekolah. Aktiviti Perantisan 2 telah mengajar saya untuk lebih berpandangan jauh dan sentiasa bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Namun begitu, tidak dinafikan sememangnya terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang saya hadapi. Sesungguhnya, pelaksanaan Perintisan 2 telah memberikan pengalaman dan menambah pengetahuan kepada diri saya tentang keperluan melaksanakan perancangan program yang lebih sistematik dan mengupayakan warga organisasi ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. PENUTUP NPQEL Versi 2018 merupakan satu program yang tepat bagi menyediakan barisan pelapis pemimpin sekolah ke arah melahirkan pemimpin dan pengurus sekolah yang lebih cemerlang. Program NPQEL ini telah membantu membangunkan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 69

69

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

kompetensi diri saya dalam menyiapkan diri sebagai seorang pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi. Program NPQEL ini telah meningkatkan keterampilan diri saya dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Sesungguhnya Program NPQEL Versi 2018 adalah wadah mempersiap diri seseorang pemimpin sekolah yang lebih kompeten. RUJUKAN Ahmad Esa, Kamarudin Khalid, Sarebah Warman & Aida Ilyani Ali. (2016). Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar. James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah. (2013). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:PTS Akademia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia. Roselena Mansor & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif mengenai Kompetensi yang diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. Jurnal Pengurusan 45:143–154.

70

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 70

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

KOMPETENSI NPQEL VERSI 2018 DARI PERSPEKTIF PENDIDIKAN VOKASIONAL

PENULIS: MINGGU BIN AKOP @ NORDIN BIN AKUP PENYELIA: ENCIK MADZANI @ SAIDIE NUSA PENGENALAN Program NPQEL telah ditambah baik melalui kerangka NPQEL Versi 2018 yang dibangunkan daripada definisi operasional pemimpin berprestasi tinggi yang akan memberi impak kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid. Latihan menyeluruh (total training) merangkumi semua kompetensi PGB menjadikan NPQEL merupakan satu-satunya program berstruktur yang komprehensif bagi menyediakan barisan bakal PGB di negara ini. Kecemerlangan peserta NPQEL Versi 2018 sebagai bakal PGB berprestasi tinggi ditaksir melalui empat (4) domain dengan 10 kompetensi yang ditetapkan. Pencapaian dan keterampilan peserta boleh disorot daripada pelbagai perspektif. Sebagai peserta dari kolej vokasional, saya memilih untuk meneliti keberkesanan 10 kompetensi terhadap peserta NPQEL Versi 2018 melalui perspektif pendidikan vokasional. Secara khusus, kompetensi NPQEL Versi 2018 ini akan dibincangkan dalam kerangka Transformasi Pendidikan Vokasional. Peranan bakal PGB di kolej vokasional dalam menjayakan agenda memperkasa Latihan Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) turut diterjemah berdasarkan 10 kompetensi NPQEL Versi 2018. Matlamat untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir negara ini menjelang tahun 2020 boleh dijayakan oleh bakal PGB kolej vokasional yang memiliki keterampilan dalam kesemua kompetensi tersebut. PENGALAMAN LEPAS Perjalanan kerjaya saya sebagai pendidik bermula di Sekolah Menengah Vokasional Labuan pada 1 Ogos 1997. Manakala pengalaman sebagai pemimpin pendidikan bermula apabila saya dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 Ogos 2005 di sekolah yang sama. Dalam

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 71

71

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

perjalanan kerjaya sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, saya pernah menjalankan tugas pengetua sebanyak tiga (3) kali iaitu pada tahun 2006 (di SMV Labuan), pada tahun 2012 dan tahun 2016 di Kolej Vokasional Beaufort, Sabah. Pengalaman sebagai pentadbir sekolah/kolej vokasional ini banyak memperkasakan kompetensi saya sebagai bakal pengetua pada masa depan. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan melaksanakan tugas sebagai pemimpin pendidikan sebelum dan selepas mengikuti Program NPQEL. Proses membuat keputusan dilakukan tanpa menggunakan sebarang alat pengurusan (tools management) dan rujukan terhadap data-data penting organisasi. Banyak proses membuat keputusan dilakukan secara individu, kurang melibatkan perbincangan dan musyawarah. Sering kali keputusan dibuat secara one-off mengikut keperluan situasi kontigensi. Manakala penyelesaian masalah adakalanya dibuat secara cuba jaya (try and error), tanpa merujuk alat-alat menyelesaikan masalah yang disyorkan dalam bidang pengurusan. Hasilnya, kaedah pengurusan ini kurang memberikan impak positif terhadap kecemerlangan kolej dan kemenjadian pelajar. Seterusnya dari aspek kepimpinan, saya kurang mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan mengikut situasi bagi mencapai matlamat organisasi. Gaya kepimpinan demokratik-partisipatif banyak diamalkan bagi memberi panduan dan tunjuk ajar kepada staf. Gaya kepimpinan ini dapat meningkatkan motivasi, komitmen dan tanggungjawab mereka. Sewajarnya, gaya kepimpinan transformasional turut dipraktikkan bersesuaian dengan penjajaran semula hala tuju pendidikan teknik dan vokasional melalui agenda memperkasa TVET di negara ini. Manakala penggunaan gaya kepimpinan autokratik mengikut situasi perlu dipertimbangkan kerana gaya ini dapat meletakkan fokus dan komitmen staf di landasan yang betul. DAPATAN AKTIVITI e-NPQEL Proses pelaksanaan Program NPQEL Versi 2018 melibatkan e-NPQEL selama 21 hari sebelum pelaksanaan sesi bersemuka selama tiga (3) bulan. Fasa sebelum latihan dilaksanakan secara interaktif dalam talian untuk peserta menguasai 10 kompetensi berkaitan pengetahuan asas kepimpinan dan pengurusan sekolah. Berdasarkan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sedia ada, saya telah berjaya menyelesaikan empat (4) modul utama dan enam (6) submodul di dalam e-NPQEL secara e-Pembelajaran dalam tempoh hanya 14 hari. Melalui e-NPQEL ini, saya dapat meningkatkan penguasaan dan kecekapan ICT. Pelbagai bahan multimedia seperti klip video, slaid persembahan dan

72

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 72

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

bahan berformat PDF memperkayakan lagi pengetahuan saya berkaitan kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan. Manakala penilaian formatif dan sumatif dalam bentuk kuiz penilaian mengukuhkan pemahaman dalam setiap modul. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh daripada e-NPQEL ini, membolehkan saya membangunkan kompetensi berfikiran strategik dan memimpin perubahan. Dalam konteks pendidikan vokasional, saya semakin memahami hala tuju transformasi pendidikan vokasional dan menterjemahkan hala tuju tersebut kepada pelan tindakan konstruktif untuk mencapai matlamat organisasi. Ini termasuk mengambil tindakan menyediakan alternatif laluan kerjaya graduan kolej vokasional selaras dengan matlamat 70 peratus bekerja, 20 peratus melanjutkan pelajaran dan 10 peratus menjadi usahawan. Manakala pengetahuan yang diperoleh daripada Modul 2 e-NPQEL iaitu menerajui perubahan membolehkan saya meningkatkan kompetensi memimpin perubahan dalam organisasi. Saya semakin berkeyakinan untuk mengupayakan pemimpin pertengahan dan semua pensyarah untuk mencapai visi kolej vokasional sebagai peneraju pendidikan teknik dan vokasional yang unggul. Pengalaman mengikuti e-NPQEL secara e-Pembelajaran ini telah meningkatkan kompetensi ICT dan pengetahuan tentang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Saya dapat mengenal pasti kepentingan berfikiran strategik, menerajui perubahan organisasi, membangunkan kapasiti staf dan mempunyai keperibadian tinggi terhadap kecemerlangan organisasi. Melalui pengalaman e-NPQEL ini, saya bercadang untuk membangunkan konsep e-Pembelajaran di Kolej Vokasional Beaufort bagi menambah baik instrumen penyampaian PdPc dan latihan vokasional. Platform Google Classroom, Google Form dan Google Drive boleh dimanfaatkan untuk menjayakan projek tersebut. Rumusannya, pembelajaran melalui e-NPQEL amat bermanfaat kepada peserta NPQEL dan sesuai dengan perkembangan ICT pada masa kini. Kandungan kurikulum e-NPQEL boleh diakses tanpa mengira masa dan tempat. Ini memudahkan peserta NPQEL menyelesaikan semua modul dan submodul mengikut kesesuaian masa dan kapasiti masing-masing. Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif (PE) dilaksanakan dalam tiga (3) fasa mod bersemuka bertempat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCS). Pembentangan ini membolehkan peserta mengkaji dan menganalisis tugasan yang diberikan. Peserta NPQEL ditaksir mengikut empat (4) domain dan 10 kompetensi dan perlu lulus kesemua kompetensi tersebut.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 73

73

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Dapatan daripada PE ini telah meningkatkan pengetahuan dan meluaskan world view saya terhadap kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Tugasan dan bahan stimulus berkaitan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC), Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD), Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) juga relevan untuk diamalkan di kolej vokasional. Pengalaman yang saya lalui ini selaras dengan dapatan Wan Zawawi et al. (2011) bahawa terdapat peningkatan terhadap pengetahuan dan kemahiran disebabkan oleh penglibatan peserta dalam program latihan ini. Dalam PE 4, antara pembentangan yang paling saya ingati berkaitan pembangunan kapasiti staf. Bahan stimulus tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk mengenal pasti kaedah-kaedah Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) yang sesuai dilaksanakan di kolej vokasional. Hasil daripada PE ini menambah baik kompetensi membangun kapasiti untuk mencapai matlamat organisasi. Kepentingan membangun kapasiti pensyarah kolej vokasional melalui CPD dipercayai boleh mencapai matlamat transformasi pendidikan vokasional. Refleksi kendiri yang saya peroleh daripada PE menjurus terhadap kerjasama kumpulan dan komunikasi berkesan. Proses menyediakan bahan PE yang berkualiti bermula daripada perbincangan kumpulan dan gerak kerja kolaboratif. Manakala pembentangan di hadapan panel pentaksir dan rakan-rakan sekumpulan merupakan peluang kepada saya untuk menampilkan komunikasi yang berkesan. Hasilnya, saya berjaya mendapat tahap 4 dan 5 dalam kebanyakan kompetensi yang dinilai. Oleh yang demikian, dapatlah saya rumuskan bahawa PE NPQEL ini telah mengupayakan kompetensi komunikasi berkesan dalam diri peserta. Saya bercadang untuk menambahkan komponen pembentangan bersemuka ini ke dalam pentaksiran berterusan (PB) setiap kursus/modul akademik dan vokasional di kolej vokasional. Jalinan Pintar Korporat Jalinan Pintar Korporat (JPK) termasuk dalam komponen 20 peratus pembelajaran sosial di dalam Model Pembelajaran dan Pembangunan NPQEL Versi 2018. JPK menekankan kepada aktiviti membina jalinan dan jaringan dengan mana-mana tokoh/agensi korporat untuk melaksanakan sumbangan mereka dengan cara yang penuh berintegriti, mesra masyarakat dan bermanfaat kepada pembangunan sosial (Institut Aminuddin Baki, 2018). Aktiviti JPK dilaksanakan di SK Pekan Telipok, Tuaran pada 11 Ogos 2018. Melalui aktiviti ini, saya dapat membangunkan potensi kepimpinan

74

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 74

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

terutamanya sepanjang menguruskan aktiviti tersebut. Sebagai Penghulu Kumpulan SRSB3, saya berpeluang mengendalikan mesyuarat, merancang program, berbincang dengan Guru Besar SK Pekan Telipok, berkolaboratif dengan PPD Tuaran, Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu. Saya juga terlibat mendapatkan tajaan kewangan daripada tokoh korporat dan syarikat swasta. Penyelarasan dan pemantauan kemajuan program turut dilakukan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program. Program ini telah dapat menerapkan semangat kerja sepasukan dan interaksi kolaboratif, ibarat yang berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam kalangan peserta NPQEL. Seterusnya, Program JPK dapat membangunkan kompetensi membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan kompetensi jaringan dan jalinan dalam diri setiap peserta NPQEL. Fasa perancangan dan pelaksanaan program ini memerlukan saya dan ahli kumpulan membuat pilihan yang tepat, menyenaraikan alternatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Pengurusan aktiviti berdasarkan prinsip P.D.C.A (Plan, Do, Check, Action) memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti dan menyerlahkan potensi kepimpinan, komunikasi berkesan dan berkeperibadian tinggi dalam kalangan peserta program ini. Hasil refleksi yang diperoleh daripada program ini, saya bercadang untuk menjadikan aktiviti JPK sebagai aktiviti wajib dan diadakan secara berterusan. Tokoh dan agensi korporat yang terlibat boleh diangkat sebagai ikon kolej vokasional bagi merangsang motivasi dan memberi inspirasi kepada pensyarah dan pelajar. Impak program termasuk sumbangan tokoh dan agensi/jabatan terlibat perlu dihebahkan melalui pelbagai media. Dalam konteks pendidikan vokasional, pengisian JPK berfokus kepada hubungan kolaboratif dengan pihak industri dalam kerangka memperkasakan kemahiran hands-on pelajar kolej vokasional. Pengarah kolej vokasional ditetapkan Key Performance Index (KPI) untuk memeterai dua MoU/ NoU dengan pihak industri dan sekurang-kurangnya dua kerjasama dengan agensi luar (Zainuren Mohd Nor, 2018). Kesimpulannya, Program JPK dapat memberi kesedaran kepada peserta bahawa kemahiran perundingan dan komunikasi berkesan amat penting untuk menjayakan jalinan dan jaringan. Peserta dapat mempamerkan kompetensi membina dan memanfaatkan hubungan konstruktif dengan pemegang taruh untuk membantu sekolah menjadi organisasi pendidikan yang cemerlang. Selain itu, kemahiran sosial dan kemahiran keusahawanan yang tinggi dapat membentuk jalinan dan jaringan yang berterusan.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 75

75

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Perantisan 1 Aktiviti Perantisan 1 bertujuan untuk membolehkan peserta mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Aktiviti ini termasuk dalam 20 peratus Pembelajaran Sosial dalam Model Pembelajaran dan Pembangunan NPQEL Versi 2018 (Institut Aminuddin Baki, 2018). Saya telah melaksanakan aktiviti Perantisan 1 selama tiga (3) hari (30 Julai – 1 Ogos 2018) di SMK Beaufort II dan dua (2) hari (2-3 Ogos 2018) di sekolah asal iaitu Kolej Vokasional Beaufort. Melalui aktiviti ini, saya dapat mempelajari amalan terbaik kepimpinan dan pengurusan di sekolah Perantisan 1. Penelitian terhadap Perancangan Strategik 2017-2021 SMK Beaufort II mendapati kepentingan untuk menetapkan hala tuju serta menyebarluaskan visi dan misi untuk mencapai matlamat organisasi. Kompetensi berfikiran strategik diamalkan dalam kerangka kepimpinan transformasional. Pemilihan sekolah Perantisan 1 melibatkan proses membuat keputusan agar sekolah yang dipilih memberi impak positif terhadap peserta. Manakala sepanjang keberadaan di sekolah Perantisan 1 memerlukan saya berinteraksi dengan warga sekolah. Ini turut menyerlahkan kemahiran komunikasi berkesan dalam diri saya selaku peserta NPQEL. Pengalaman melaksanakan aktiviti Perantisan 1 memberi peluang kepada saya untuk mencontohi gaya kepimpinan transformasional dan demokratik yang diamalkan oleh pengetua sekolah Perantisan 1. Gaya kepimpinan transformasional bertepatan dengan transformasi pendidikan vokasional yang sedang dilaksanakan di kolej vokasional. Saya akan memotivasikan warga kolej dengan visi dan misi yang dikongsi bersama untuk menjadi peneraju pendidikan teknik dan vokasional yang unggul. Dalam kerangka kepimpinan demokratik, saya akan melibatkan pemimpin pertengahan dalam perancangan dan pelaksanaan program/aktiviti kolej. Pemimpin pertengahan diberi kebebasan merancang dan melaksanakan program/aktiviti menggunakan konsep PDCA dan SMART dalam setiap perancangan mereka. Saya percaya matlamat untuk melahirkan graduan kolej vokasional dalam kerangka 70:20:10 (bekerja : melanjutkan pelajaran : menjadi usahawan) akan dapat dicapai (Rosman Bahri, 2017). Saya rumuskan bahawa aktiviti Perantisan 1 ini membolehkan peserta menghubungkaitkan antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Ini selaras dengan dapatan kajian Kamaruzaman Moidunny (2014) bahawa persepsi peserta terhadap keberkesanan program sandaran/ perantisan NPQEL sangat tinggi dan membawa perubahan positif dalam amalan kepimpinan dan pengurusan selepas menghadiri latihan NPQEL berbanding sebelumnya.

76

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 76

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Perantisan 2 Aktiviti Perantisan 2 dilaksanakan dalam tempoh enam (6) minggu berturut-turut. Peserta perlu mengikuti Perantisan 2 selama 18 hari di sekolah perantisan, manakala bakinya di sekolah asal peserta. Aktiviti ini bersifat job shadowing peserta NPQEL di sesebuah sekolah perantisan (Institut Aminuddin Baki, 2018). Saya memilih Kolej Vokasional Likas sebagai sekolah Perantisan 2. Saya berada di Kolej Vokasional Likas bermula 20 Ogos 2018 hingga 24 September 2018 bagi memenuhi tempoh 18 hari di sekolah perantisan. Kesemua 10 kompetensi NPQEL Versi 2018 ditaksir semasa aktiviti Perantisan 2. Sepanjang menjalani Perantisan 2, saya mendapati pengurusan Kolej Vokasional Likas sangat sistematik dan berkesan. Pengarah menurunkan dan mengagihkan kuasa dengan jelas kepada pemimpin pertengahan. Beliau melakukan pemantauan berterusan, mudah dilihat, mudah didekati dan mudah mesra dengan staf dan pelajar. Jika terdapat sebarang masalah, beliau bertindak terus untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi tertentu, beliau amat tegas kepada staf dan pelajar bagi mencapai matlamat organisasi. Gaya pengurusan yang diamalkan mencerminkan kelayakan beliau sebagai graduan NPQH dan berpengalaman luas dalam pengurusan sekolah. Dapatan yang konstruktif ini amat wajar dicontohi oleh peserta NPQEL. Dapatan utama semasa menjalani Perantisan 2 boleh dilihat daripada perspektif kompetensi NPQEL, terutamanya dari segi gaya kepimpinan situasi Situational Leadership yang diamalkan oleh Pengarah Kolej Vokasional Likas. Beliau berjaya menguruskan tiga (3) program besar sepanjang tiga (3) minggu saya berada di kolej tersebut. Gaya membimbing, menyokong, mengarah dan mendelegasi digunakan mengikut tahap hubungan dengan staf dan kompetensi mereka. Saya mendapati gaya kepimpinan boleh disesuaikan mengikut tahap kompetensi dan komitmen staf terhadap tugasnya. Ini menyerlahkan kompetensi berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi dalam diri saya selaku peserta NPQEL. Dapatan kajian Hersey dan Blanchard (1977) menunjukkan bahawa pemimpin yang berkesan telah mengamalkan gaya kepimpinan situasi mengikut tahap perkembangan pengikut. Saya berpendapat tempoh masa Perantisan 2 perlu ditambah bagi membolehkan peserta merancang, melaksana, menilai dan memantau projek yang dilaksanakan dengan lebih berkesan. Ini bagi memastikan projek semasa Perantisan 2 yang dilaksanakan benar-benar memberi impak positif kepada sekolah perantisan. Hasil daripada aktiviti Perantisan 2, saya bercadang untuk menjemput pensyarah berpengalaman dari Kolej Vokasional Likas untuk mengupayakan pemimpin pertengahan di kolej saya. Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) ini berfokus untuk meningkatkan penguasaan konsep dan aplikasi Outcome Based Education (OBE). Matlamat akhir inisiatif

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 77

77

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

ini untuk mendapatkan pengiktirafan penuh MQA 02 bagi tujuh (7) program diploma di Kolej Vokasional Beaufort. Sebagai rumusannya, Perantisan 2 ini satu aktiviti yang meninggalkan impak positif kepada saya selaku peserta NPQEL. Aktiviti ini memberi peluang kepada saya untuk mengaplikasi teori dan konsep kepimpinan dan pengurusan yang dipelajari dalam sesi bersemuka dan e-Pembelajaran NPQEL. Peserta boleh mencabar diri sendiri bagi memastikan peserta berkeupayaan memiliki pelbagai kompetensi seperti yang diperlukan oleh seorang pemimpin sekolah berprestasi tinggi (Institut Aminuddin Baki, 2018). PENUTUP Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa Program NPQEL Versi 2018 adalah satu program pembentukan pemimpin pelapis yang berkesan. Ini selaras dengan hasrat dalam anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (KPM, 2013). Program ini berupaya membawa perubahan dalam pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan keupayaan peserta menjalankan tugas pengurusan organisasi pendidikan. Kemampuan peserta telah diperlihatkan dengan jelas dalam menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin sekolah. Job shadowing semasa aktiviti Perantisan 2 menyediakan peserta sebagai pemimpin pelapis sekolah yang berpotensi. Banyak kajian menjustifikasikan kesesuaian dasar KPM yang memastikan hanya mereka yang benar-benar layak sahaja menyandang jawatan utama pentadbiran sekolah (Kamaruzaman Moidunny, 2014). Sejak 17 tahun yang lalu, NPQEL berjaya melahirkan lebih 5,000 pengetua dan guru besar yang mampu memikul tanggungjawab pemimpin sekolah ke arah kecemerlangan (Juani Munir Abu Bakar, 2015). Oleh itu, Program NPQEL ini didapati amat sesuai bagi memenuhi tuntutan kepimpinan sekolah masa kini dan perlu diteruskan bagi memastikan pencapaian hasrat dan aspirasi negara melalui PPPM 2013-2015. Ini selaras dengan matlamat transformasi pendidikan vokasional untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan separuh mahir bagi mencapai hasrat Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

78

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 78

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

RUJUKAN Amin Senin. (2018). Melangkah Ke Hadapan: Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018. Putrajaya:Firdaus Press Sdn. Bhd. Diperolehi pada 30 September 2018 daripada https://www.moe.gov.my Institut Aminuddin Baki. (2018). Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL Versi 2018. Bandar Enstek, Negeri Sembilan: Institut Aminuddin Baki. Diperolehi pada 24 Julai 2018 daripada http://www.npqel.iab.edu.my Juani Munir Abu bakar. (2015, Oktober 22). NPQEL Medan Lahirkan Pengetua, Guru Besar Berprestasi Tinggi. Utusan Malaysia. Diperolehi daripada http://www.utusan.com.my Kamaruzaman Moidunny. (2014). Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL): Sejauh Manakah Keberkesanannya?. Diperolehi pada 23 September 2018 daripada http://kamaruzamanmoidunny. blogspot.com/2014/11/ program-kelayakan-profesional-pemimpin.html Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia. Diperolehi pada 20 Jun 2015 dari http://www.moe.gov.my Rosman Bahri. (2017). Perkongsian Pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional. Diperolehi pada 29 November 2017 dari http://www.bptv. moe.gov.my Wan Zawawi Wan Ismail et al. (2011). Leadership transition pre to post NPQH: a qualitative analysis. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki. Diperolehi pada 24 September 2018 daripada http://eprints.iab. edu.my/v2/id/eprint/127 Zainuren Mohd Nor. (2018). Keberhasilan Pengarah Kolej Vokasional Tahun 2018. Diperolehi pada 09 April 2018 daripada http://www.bptv.moe.gov.my

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 79

79

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 80

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI PEMANGKIN KECEMERLANGAN SEKOLAH

PESERTA: SARIPA BINTI HALID PENYELIA: DR. ABDUL GHANI BIN HJ. SANI PENGENALAN NPQEL Versi 2018 digubal khusus untuk menyediakan PGB novis yang berprestasi tinggi. Kaedah pelaksanaan terbahagi dua (2) iaitu mod e-NPQEL dan mod bersemuka. Pentaksiran terhadap peserta NPQEL dibuat secara individu berpandukan Rubrik Analitikal Kompetensi bagi aktiviti: a. Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Bersemuka (TAS); b. Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti lapangan (TAL);dan c. Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) Oleh yang demikian, aktiviti pembelajaran, pendedahan dan pengalaman dalam kurikulum NPQEL Versi 2018 bertujuan untuk mencungkil penguasaan 10 kompetensi kepimpinan pendidikan. Aktiviti pembelajaran dapat membekalkan peserta dengan ilmu pengetahuan yang terkini, membangunkan jalinan hubungan dengan stakeholders, dan pendedahan tentang amalan kepimpinan dan pengurusan dalam situasi sebenar supaya peserta dapat melaksanakan tugas di sekolah dengan lebih berkesan. Karya ini hanya memilih lima (5) daripada 10 aktiviti NPQEL 2.0 yang telah dilaksanakan dan dilalui sebagai imbasan kembali terhadap impak program ini kepada penulis. PENGALAMAN LEPAS Saya ialah seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) di sekolah rendah dengan pengalaman 10 tahun. Pengalaman sebagai GPK HEM dalam pengurusan dan kepimpinan banyak membantu saya mengikuti semua aktiviti sepanjang kursus NPQEL, bermula dari aktiviti pertama e-NPQEL hinggalah aktiviti terakhir iaitu Perantisan 2. Fokus tugas GPK HEM

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 81

81

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

menjurus dalam pengurusan hal ehwal murid, tetapi dari sudut kepimpinan dan pengurusan, saya sudah mengaplikasikannya dalam tugas harian sebagai pemimpin pertengahan, dengan adanya penurunan kuasa daripada guru besar. Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana berpeluang mengikuti kursus NPQEL Ambilan 2/2018 ini, membolehkan saya memperkayakan pengalaman sedia ada. DAPATAN AKTIVITI e-NPQEL Aktiviti pertama dalam NPQEL Versi 2018 ialah e-NPQEL. e-NPQEL merupakan portal e-Pembelajaran IAB yang menyediakan pembelajaran secara dalam talian. Modul pembelajaran e-NPQEL dibangunkan berdasarkan 10 kompetensi yang dikenal pasti. Modul e-NPQEL mengandungi empat (4) modul utama dengan lapan (8) submodul. Modul-modul ini menggabungkan teori-teori pengurusan dan kepimpinan. Pelbagai bahan multimedia digunakan sesuai dengan konsep pembelajaran dalam talian. Sebelum melaksanakan e-NPQEL, saya perlu menjawab soal selidik awal bagi mengenal pasti tahap kompetensi sedia ada sebelum menjalani aktiviti e-NPQEL. Saya diberi tempoh selama 21 hari untuk melengkapkan semua aktiviti dalam e-NPQEL. Sekiranya gagal menyiapkan dalam tempoh tersebut, saya perlu menghantar surat akuan menyiapkan tugasan dalam tujuh (7) hari semasa mod bersemuka bermula dari hari pendaftaran. Sekiranya saya tidak berjaya melengkapkan kesemua latihan dalam e-NPQEL bermaksud saya belum lagi bersedia atau belum layak untuk melangkah ke aktiviti bersemuka. Dalam e-NPQEL, saya diminta membaca dan memahami kandungan empat (4) modul iaitu Berwawasan, Menerajui Perubahan, Mencemerlangkan Organisasi dan Berketerampilan. Setiap modul akan diakhiri dengan soalan– soalan kuiz yang wajib dijawab. Sekiranya saya telah berjaya menjawab kesemua kuiz dan latihan dengan betul dalam setiap modul, peserta layak diberi lencana. Saya mestilah berjaya mendapat empat lencana untuk layak mengikuti aktiviti seterusnya. Pengalaman daripada aktiviti e-NPQEL telah mengajar saya untuk fokus dalam memahami segala ilmu pengetahun yang terkandung dalam bahan ilmu yang disediakan. Modul pertama iaitu Berwawasan telah memberikan pendedahan kepada seorang PGB untuk membina dan merancang hala tuju sekolah. Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap jatuh bangunnya sesebuah sekolah, PGB mestilah mengamalkan pemikiran strategik, berfikiran jauh dan bijak meramal segala kemungkinan berlaku.

82

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 82

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Dalam aktiviti e-NPQEL, saya dilatih untuk menggunakan masa dengan bijak. Masa yang diperuntukkan hanya 21 hari untuk menyiapkan semua latihan yang disediakan. Jika saya tidak fokus, saya mungkin gagal untuk menyiapkan latihan. Lebih-lebih lagi latihan dalam e-NPQEL mula dilaksanakan dalam musim perayaan Hari Raya Aidilfitri. Namun begitu, dengan adanya kesedaran tentang tanggungjawab sebagai peserta kursus, saya harus bijak mengurus masa. Bermula dari aktiviti pertama ini, saya telah dilatih untuk mengurus masa dengan bijak, pada masa yang sama telah berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain melalui perbincangan dalam alam maya untuk menyelesaikan beberapa latihan atau kuiz yang kurang difahami. Sebagai PGB, jalinan dan jaringan adalah salah satu kompetensi penting dalam usaha membangunkan kecemerlangan sekolah. Sekiranya peserta telah memahami kesemua modul dalam e-NPQEL, peserta telah bersedia untuk melangkah ke aktiviti seterusnya. e-NPQEL sebenarnya adalah aplikasi Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang membolehkan peserta berinteraksi sepenuhnya menggunakan ICT, seterusnya berkolaboratif dengan rakan–rakan. Aktiviti ini juga mengupayakan saya yang kurang mahir ICT agar belajar dan berusaha lebih gigih untuk memenuhi keperluan kursus NPQEL 2.0, seterusnya menjadi PGB yang mahir ICT. Pembentangan Eksekutif (PE) Aktiviti mod bersemuka disusun bertepatan dengan keperluan menyediakan bakal pemimpin dengan 10 kompetensi pemimpin berprestasi tinggi. Bagi mengembangkan kompetensi secara maksimum, aktiviti utama yang akan ditaksir bagi mengukur tahap kompetensi telah dikelompokkan kepada tiga (3) iaitu: a. Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Bersemuka(TAS) b. Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL) c. Pentaksiran Kompetensi berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) Pentaksiran kompetensi berasaskan (TAS) memberikan peluang kepada saya melaksanakan pembentangan eksekutif dalam tempoh yang ditetapkan. Pembentangan ini membolehkan saya mengkaji dan menganalisis tugasan yang diberikan dengan merujuk bahan stimulus. Pentaksiran mengikut setiap empat (4) domain dan 10 kompetensi. Dalam aktiviti PE, saya perlu melaksanakan lima (5) pembentangan dan ditaksir secara individu mengikut tema berwawasan, menerajui perubahan, memimpin perubahan, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti dan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 83

83

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

membina jaringan dan jalinan. Tajuk pertama dalam PE 1 ialah berwawasan. Saya diminta menerangkan konsep, peranan dan aplikasi di sekolah sebagai pemimipin berwawasan, berfikiran strategik,dan merangka tindakan sekolah secara individu dengan menganalisis data dan maklumat. Secara keseluruhan, aktiviti dalam PE ini melatih saya dalam kepimpinan dan pengurusan sekolah sebagai pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi. Saya membuat simulasi dan berperanan sebagai PGB di sesebuah sekolah. Pada mulanya, aktiviti PE memang mencabar kerana saya ditaksir berdasarkan kompetensi yang ditetapkan. Cabaran utama ialah kekeliruan dalam mengaitkan tindakan dengan tahap kompetensi yang dinilai. Dengan adanya pengalaman sebagai penolong kanan dan pentadbir di sekolah, banyak membantu saya dalam pembentangan tersebut. Namun begitu, saya harus bijak menyusun kata-kata kerana masa pembentangan hanya tujuh (7) minit sahaja walaupun idea berkaitan tugas dan pengalaman yang sedia ada mencurah-curah. PE memberi impak yang positif terhadap diri penulis. PE juga banyak mengubah sikap saya daripada kurang yakin kepada lebih berkeyakinan dalam melontarkan hujah. PE juga telah menghapuskan sifat pemalu semula jadi. Lontaran suara juga dengan sendirinya boleh berubah dengan lebih tegas dan berani. Aktiviti ini telah berjaya membawa perubahan yang ketara kepada diri saya. Saya tidak lagi takut dan segan dalam memberikan pendapat dan berkongsi pengalaman dengan guru-guru di sekolah Perantisan 2. Saya lebih berani mengemukakan sebarang pendapat atau cadangan dalam usaha penambahbaikan sekolah. Melalui aktiviti PE, saya diperkenalkan dengan beberapa tool atau model sebagai panduan untuk melaksanakan tindakan. Saya lebih yakin melaksanakan sesuatu tindakan kerana ada model untuk dirujuk. Pelaksanaan PE menggerakkan saya agar sentiasa membuat rujukan menggunakan kepada nota-nota yang dibekalkan dalam e-Resos. Sekiranya saya telah memahami empat (4) komponen Modul NPQEL, pembentangan tidak akan berhadapan dengan masalah. Perantisan 1 Perantisan 1 merupakan aktiviti lapangan yang dilaksanakan oleh peserta selama tiga (3) hari. Aktiviti ini membolehkan peserta mempelajari aspek kepimpinan dan pengurusan secara hands-on. Selain itu, aktiviti ini juga dapat membolehkan peserta menghubungkaitkan antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Justifikasi penulisan dalam pemilihan sekolah Perantisan 1 ialah satusatunya Sekolah Transformasi Fasa 1 di Daerah Kunak. Kualiti sekolah dari

84

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 84

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

segi pengurusan dan pentadbiran juga mantap. Sekolah ini adalah antara lima (5) sekolah terbaik dalam keputusan UPSR dalam daerah Kunak dari tahun 2015 hingga 2017. Dalam bidang kokurikulum, kebitaraan sekolah tersebut adalah tarian, nyanyian solo dan bola jaring sehingga berjaya ke peringkat negeri. Pengurusan Hal ehwal Murid juga cemerlang. Muridnya terkawal, bersopan-santun, hormat kepada guru dan staf serta tetamu yang datang. Pemimpin kecil yang cemerlang (Pengawas Sekolah/Pengawas Pusat Sumber/Pembimbing Rakan Sebaya/Ketua-ketua dalam unit beruniform). Melalui perbandingan gaya kepimpinan kedua-dua guru besar sekolah asal dan sekolah Perantisan 1, banyak kekuatan serta kelebihan kepimpinan yang boleh saya aplikasi dan contohi sekiranya diberi peluang menerajui sekolah. Saya akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai guru besar seperti yang terkandung dalam SKPMG2 iaitu PGB sebagai peneraju sekolah, pembimbing dan pendorong. Hal ini sejajar dengan terbitnya buku MELANGKAH KE HADAPAN: Fokus dan Gerak Kerja KPPM 2018 yang diilhamkan oleh Datuk Dr. Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, dengan tujuan bagi mempercepatkan transformasi pendidikan berlaku sederap pada setiap peringkat. Perantisan 2 Perantisan 2 merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sekolah terpilih. Perantisan 2 mendedahkan peserta tentang tugas sebenar seorang pemimpin sekolah yang perlu bertindak sebagai agen perubahan dan berupaya menambah baik melalui transformasi sekolah. Melalui Perantisan 2 ini, saya mencabar diri bagi memastikan saya berkeupayaan memiliki pelbagai kompetensi seperti yang diperlukan oleh seorang pemimpin sekolah berprestasi tinggi. Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan, kepimpinan guru besar sering dilihat sebagai fokus utama. Dapatan daripada penyelidikan tentang keberkesanan sekolah menunjukkan bahawa guru besar penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah. Selain itu, kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar juga menjadi ukuran dalam kecemerlangan sekolah. Ini bererti bahawa guru besar sering dilihat sebagai punca masalah, penyelesaian masalah atau pemangkin dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah cemerlang. Dalam Perantisan 2, saya telah memilih SK Mostyn Kunak kerana memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh IAB iaitu sekolah yang tidak lebih 25 km daripada sekolah asal dan guru besarnya akan bersara satu (1) hingga tiga (3) tahun lagi. Saya juga memilih sekolah ini kerana kepimpinan guru besarnya yang berjaya mencemerlangkan sekolah dalam bidang kurikulum, hal

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 85

85

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

ehwal murid, kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran. Semasa Perantisan 2 saya telah melaksanakan projek intervensi bagi penambahbaikan terhadap isu yang dikenal pasti. Dalam Perantisan 2, saya ditaksir di lapangan dalam 10 kompetensi yang telah ditetapkan berdasarkan empat (4) domain iaitu berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan organisasi dan berketerampilan. Saya melaksanakan projek mengikut kitaran PDCA. Saya telah membuat keputusan melaksanakan projek pembudayaan PLC di sekolah atas persetujuan guru besar setelah berbincang dengan beliau. Dalam pemilihan dan pelaksanaan projek sekolah Perantisan 2, saya sentiasa mengaitkan tindakan dengan 10 kompetensi untuk memenuhi kriteria pemimpin berprestasi tinggi. Saya sangat bersyukur kerana guru besar serta semua barisan pemimpin pertengahan serta guru-guru sanggup dan menerima projek yang saya laksanakan ini dengan baik. Mereka sangat teruja untuk berkongsi tentang pelaksanaan PLC sebagai mengimbas kembali pengetahuan setelah beberapa tahun PLC tidak dilaksanakan di sekolah (sejak 2011). Sambutan guru - guru sangat menggalakkan. Sesi soal jawab dimanfaatkan sepenuhnya semasa pelaksanaan program tersebut. Mereka mengambil peluang bertanya tentang perkara yang kurang difahami. Daripada maklum balas penilaian peserta dalam program perkongsian ilmu, secara keseluruhan 90 peratus bersetuju dan sangat setuju dengan program perkongsian ilmu PLC yang telah dilaksanakan. Selepas program perkongsian ilmu PLC dilaksanakan, pelaksanaan PLC dipraktikkan untuk menggerakkan pemimpin pertengahan. Ternyata PLC sangat membantu dalam peningkatan kualiti PdPc guru dan pencapaian murid. Melalui Learning Walk (LW) , fokus yang telah diperhatikan dapat ditambah baik melalui perbincangan dalam kumpulan panitia dan guru-guru yang diperhatikan. Dalam situasi ini, saya telah berjaya memimpin perubahan dan memimpin pembelajaran terhadap pemimpin pertengahan. Alhamdulillah, guru-guru menerima projek tersebut dengan hati terbuka malahan mereka sangat bersyukur, ibarat `baru tersedar daripada lena’. Guruguru juga bersedia untuk dipantau atau dicerap bagi menilai keberkesanan fokus PdPc yang telah ditambah baik. Contohnya, teknik penyoalan dan penglibatan murid dalam PdPc. Salah seorang guru telah menawarkan diri untuk dicerap. Pada 20.9.2018, Ketua Panitia Matematik telah mencerap guru Matematik Tahun 4. Selepas pencerapan, saya bersama ketua panitia matematik, guru besar dan penolong kanan pentadbiran membuat rumusan terhadap PdPc guru yang telah dicerap. Ternyata kesannya sangat positif, teknik penyoalan semakin baik manakala penglibatan murid semakin aktif. Secara keseluruhan PdPc amat menyeronokkan. Saya rasa terharu dan

86

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 86

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

amat bersyukur kerana projek yang saya laksanakan mendapat sambutan dan sokongan yang padu terutama daripada pihak pentadbir sekolah. Namun begitu ada juga beberapa kekangan atau halangan yang dihadapi terutama daripada beberapa orang guru yang berada di zon selesa. Saya menyedari hal ini bukanlah ancaman tetapi peluang yang harus saya gunakan untuk memimpin perubahan kepada individu berkenaan. Dengan pujukan dan penerangan yang jelas akhirnya mereka turut serta dalam program tersebut. Bagi memantapkan pembudayaan PLC dalam kalangan guru, pengurusan panitia harus menjadi keutamaan. Pengurusan panitia yang baik dapat menggerak dan mengupayakan guru-guru dalam PdPc yang cemerlang seterusnya menzahirkan kemenjadian murid dan melahirkan modal insan yang berkualiti dan cemerlang. Pengurusan Kecergasan Eksekutif, Hari Sukan dan Kebudayaan Pengurusan kecergasan eksekutif dilaksanakan bertujuan memberikan kesedaran kepada peserta akan kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan kecergasan. Perkongsian amalan penjagaan kesihatan diberikan dan peserta akan ditaksir tahap kecergasan sebanyak tiga (3) kali bagi memantau perkembangan kecerdasan peserta. Pentaksiran kecergasan melibatkan empat (4) komponen iaitu, Bleep test, jangkauan melunjur, bangkit tubi dan tekan tubi. Pentaksiran kecergasan Bleep test bertujuan menentukan pengambilan oksigen maksimum seseorang individu. Ujian jangkauan melunjur pula untuk menilai keanjalan atau fleksibiliti anggota badan yang melibatkan bahagian belakang badan. Seterusnya ujian bangkit tubi pula mentaksir keupayaan daya tahan dan kekuatan otot bahagian abdomen. Manakala tekan tubi pula ditaksir untuk mentaksir kekuatan dan daya tahan otot serta bahu badan. Pengurusan kecergasan eksekutif dilaksanakan untuk memastikan semua peserta dan bakal PGB berprestasi tinggi sentiasa dalam keadaan yang sihat dan cergas. Rasionalnya seorang pemimpin peneraju kecemerlangan sekolah mestilah cergas dan pantas dalam melaksanakan tugas seharian. Penganjuran Hari Sukan dan Kebudayaan yang telah dilaksanakan pada 15 Ogos 2018 bersamaan hari Rabu memberi impak yang sangat mendalam. Dalam hal ini jelas impowerment (penurunan kuasa) kepada pemimpin pertengahan telah direalisasikan oleh barisan pensyarah kepada Jawatankuasa Hari Sukan dan Jawatankuasa Malam Kebudayaan. Penganjuran dan pengurusan dilaksanakan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang telah dipertanggungjawabkan. Kepercayaan pihak IAB kepada semua

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 87

87

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

jawatankuasa dan peserta NPQEL Ambilan 2/2018 telah kami buktikan dengan jayanya. Dengan adanya penurunan kuasa, kami dapat melaksanakan program tersebut dengan lancar. Kejayaan penganjuran Hari Sukan dan Malam Kebudayaan juga adalah hasil kerjasama yang padu serta kesungguhan semua peserta menjalankan tugas masing-masing. Kejelekitan dalam kalangan semua peserta sangat jelas, terutama apabila berkaitan dengan kos penganjuran. Persefahaman dan kesepakatan adalah kekuatan kami dalam mengatasi segala halangan dan cabaran. Walaupun dalam masa yang sama peserta sibuk dengan tugasan pembentangan masing-masing, tetapi kami berjaya melaksanakan Hari Sukan dan Malam Kebudayaan dengan cemerlang dan sungguh meriah. Kenangan ini tidak akan luput dari ingatan, dan menjadi “Kenangan Terindah”. Segala pengalaman yang baik akan diamalkan di sekolah apabila diberi peluang menerajui sekolah nanti. PENUTUP Berdasarkan lima (5) aktiviti di atas, penekanan kepada penguasaan 10 kompetensi yang menjurus kepada penguasaan dan perubahan tingkah laku individu peserta jelas berlaku. Saya mengakui perkara ini kerana telah berlaku pada diri saya sendiri. Kesedaran untuk menguasai 10 kompetensi tersebut adalah persediaan untuk bakal PGB memikul tanggungjawab sebagai peneraju sekolah. Selain itu, nilai kerjasama dan kolaboratif serta sikap kejelekitan dalam kalangan warga organisasi juga adalah elemen penting dalam menggerakkan sebuah organisasi demi melahirkan modal insan yang cemerlang pemangkin kecemerlangan sekolah. Menurut Fred M. Hechinger, sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh guru besar yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh guru besar yang baik. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti guru besar. Di sini jelas menunjukkan betapa tingginya harapan masyarakat terhadap kepimpinan seorang guru besar. Oleh itu NPQEL Versi 2018 berjaya melahirkan barisan pengetua dan guru besar (PGB) yang berprestasi tinggi dengan berbekalkan 10 kompetensi sebagai amalan dalam mencemerlangkan organisasi seterusnya mencemerlangkan kualiti sekolah.

88

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 88

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

RUJUKAN Amin Senin. (2018). Melangkah ke Hadapan: Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018. Putrajaya:Firdaus Press Sdn. Bhd Institut Aminuddin Baki. (2006). Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Genting Highlands, Pahang: Institut Aminuddin Baki. Institut Aminuddin Baki. (2018). Kamus Kompentensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan NPQEL. Bandar Enstek: Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan, Institusi Aminuddin Baki. Institut Aminuddin Baki. (2018). NPQEL: Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Edisi 2018. Bandar Enstek, Negeri Sembilan: Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). Putrajaya:Kementerian Pendidikan Malaysia.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 89

89

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 90

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

SATU PENGALAMAN, SEJUTA RASA

PENULIS: WAN NORMALA BINTI WAN ALI PENYELIA: DR. RAMLI BIN YAACOB PENGENALAN Kerangka penyampaian latihan 70:20:10 menggambarkan secara jelas pembahagian matlamat Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2.0. Kaedah ini diadaptasi sebagai mod pembelajaran peserta NPQEL Versi 2018. Kaedah ini menekankan 70 peratus pembelajaran berasaskan tugasan dan pengalaman, 20 peratus melibatkan pembelajaran sosial dan 10 peratus diperuntukkan untuk latihan formal. Mod ini telah dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) bermula dengan Kohort 1 Tahun 2018. Sesuai dengan visi IAB untuk membangunkan kepimpinan pendidikan yang terbilang, modul ini memerlukan persediaan mental dan fizikal peserta yang mapan sekaligus beretika cemerlang. Latihan NPQEL dijuruskan kepada empat (4) domain utama iaitu berwawasan, menerajui perubahan, mencemerlangkan organisasi dan keterampilan serta menguji 10 kompetensi. 10 kompetensi yang dimaksudkan itu termasuk berfikiran strategik, membuat keputusan, memimpin perubahan, menyelesaikan masalah, memimpin pembelajaran, membangun kapasiti, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan, berkepemimpinan dan berkeperibadian tinggi. Proses latihan ini memerlukan individu mencapai standard kecekapan yang diperakui oleh pentaksir-pentaksir meliputi aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap. PENGALAMAN LEPAS Pada penghujung tahun 1995, saya berangkat ke suatu daerah yang asing untuk memulakan khidmat bakti sebagai seorang pendidik. SK Bukit Besi, yang terletak di Kampung Bukit Besi di daerah Dungun ini telah menjadi tapak mula bagi saya bergelar seorang guru. Dilantik pada 10.12.1995 dan disahkan jawatan pada 1.1.1998. Walaupun jaraknya agak jauh dari kampung

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 91

91

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

halaman. Pada ketika itu saya membawa nama baik maktab perguruan yang telah melatih saya sehingga menjadi guru bertauliah. Pada 21.7.2001, saya telah ditukarkan ke SK Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu. Ini bermakna saya kembali ke daerah kelahiran. Sejujurnya saya agak keberatan dengan perpindahan ini memandangkan SK Bukit Besi dapat memberikan keseronokan bekerja sebagai seorang pendidik. Biarpun agak jauh, tetapi itulah waktunya saya boleh mengutip pengalaman berkhidmat di tempat orang. Namun, saya terpaksa akur kerana mengikuti suami yang bertukar jabatan. Di sekolah ini, saya mengalami kejutan budaya apabila mengetahui hampir 70 peratus guru tinggal berjauhan dari sekolah berbanding sekolah lama yang paling jauh hanyalah dua (2) kilometer sahaja. SK Bukit Tumbuh waktu itu merupakan sekolah yang baru beroperasi selama dua (2) tahun dan merupakan sekolah Gred B pinggir bandar. Ada ketikanya, saya perlu bermula daripada kosong untuk membangunkan sesebuah program. Tidak ada unjuran sebelumnya untuk dijadikan TOV. Di sekolah ini saya banyak belajar perkara daripada tiga (3) orang guru besar. Setiap seorang daripada mereka mempunyai kepakaran yang berbeza dan pastinya gaya kepimpinan yang tidak serupa. SK Tengku Bariah, Kuala Terengganu merupakan sekolah ketiga saya ditempatkan selepas permohonan pertukaran saya diluluskan pada 21 November 2007. Sekolah ini boleh dikatakan separa elit. Ramai ibu bapa daripada latar belakang pendidikan tinggi dan begitu cakna dengan prestasi pendidikan anak-anak mereka. Budaya kerja sekolah ini paling saya kagumi antara sekolah-sekolah yang pernah saya berkhidmat. Dapatan daripada analisis persekitaran yang saya lakukan, guru-guru di sini komited dengan tugas yang diamanahkan dan sangat bermotivasi. Sifat bekerjasama seolaholah sebati di dalam jiwa 35 orang guru di situ. Jadi, tidak hairanlah jika sekolah ini sentiasa berada dalam kelompok sekolah berprestasi cemerlang di dalam semua bidang. Budaya di sini juga telah berjaya membentuk saya menjadi seorang guru yang berprestasi cemerlang. Terima kasih kepada Puan Azma Senun, bekas Guru Besar SK Tengku Bariah kerana telah melatih saya berfikiran seperti seorang pemimpin pertengahan walhal saya hanyalah seorang guru penolong pada ketika itu. Gaya kepimpinan beliau memberikan inspirasi dan motivasi kepada saya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan semaksimum mungkin. Kepimpinan didefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain untuk mengubah tingkah laku (Hughes et al., 2002) ternyata berkesan kerana beliau telah berjaya mendorong saya untuk memohon menjadi Guru Penolong Kanan.

92

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 92

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Bermula 16.6.2015, saya telah berkhidmat di SK Durian Burung, Kuala Terengganu sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Perspektif tanggungjawab berbeza namun tujuannya masih serupa; pendidikan berkualiti. Memulakan perkhidmatan sebagai seorang pemimpin pertengahan pada awalnya mendatangkan sedikit kecelaruan identiti. Namun dengan panduan dan nasihat daripada guru besar, saya berjaya mendapatkan hala tuju yang jelas. Kenangan manis apabila mendapat pujian daripada tuan guru besar waktu kali pertama mengendalikan mesyuarat besar kurikulum. Tersenyum lebar waktu itu. Sekolah ini juga merupakan lubuk pengalaman apabila saya telah dipertanggungjawabkan untuk memangku tugas guru besar selama 45 hari. Memori yang sangat mahal. Pada tahun lepas, saya merasakan sudah tiba masanya untuk merealisasikan visi saya dalam bidang pendidikan. Saya mengimpikan sebuah sekolah yang dapat membangunkan kreativiti dalam diri semua murid. Bagi saya, setiap murid wajar diajarkan apa yang mereka mahu tahu bukan apa yang mereka tidak tahu. Saya telah memohon Program NPQEL pada Julai 2017 dan telah diterima masuk untuk Ambilan 2/2018. DAPATAN AKTIVITI Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bersifat latihan menyeluruh (total training) yang merangkumi keseluruhan keperluan asas kompetensi bagi pengurus sekolah. NPQEL juga merupakan satu-satunya program berstruktur yang lengkap bagi menyediakan barisan bakal pengetua/guru besar (PGB) di negara ini. Terdapat 10 aktiviti yang harus dilalui oleh peserta NPQEL Versi 2018. e-NPQEL Setelah bersetuju menerima tawaran untuk mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL), e-NPQEL merupakan medan pertama untuk saya menggali ilmu. e-NPQEL merupakan sebuah portal pembelajaran dalam talian yang dibahagikan kepada empat (4) modul utama dan lapan (8) submodul berkaitan. Setiap peserta perlu menyelesaikan tugasan yang ditetapkan (kuiz, struktur dan memahami domain kompetensi) dalam masa 21 hari dari tarikh pendaftaran dalam talian sebagai peserta kursus NPQEL untuk mendapatkan empat (4) lencana serta sijil yang diperlukan sebagai prasyarat untuk mengikuti mod peringkat seterusnya. Peserta perlu menyempurnakan semua aktiviti yang ditetapkan secara kendiri dan lulus 100 peratus penilaian akhir yang disediakan pada penghujung setiap modul.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 93

93

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Saya berasa bimbang dan berdebar-debar apabila mula melayari Portal e-Pembelajaran Institut Aminuddin Baki. Kali pertama menjengah masuk portal, bukannya kuiz yang dijawab tetapi menyemak senarai rakan sekelas. Mencari nama-nama yang mungkin dikenali. Tanpa menyemak soalan-soalan yang perlu dijawab, saya log out. Hari berkenaan merupakan hari ketiga sambutan Aidilfitri. Masih tidak ada mood untuk menjawab. Selang dua hari selepas itu, saya log in kembali. Kali ini juga masih tidak serius untuk melaksanakan segala tugasan. Ringan jari ini untuk mengklik senarai nama rakan sekelas. Wah! Saya terperanjat. Sudah ada dalam kalangan mereka yang mendapat lencana. Ini tidak boleh jadi. Saya tidak boleh ketinggalan. Walaupun tempoh yang diberi agak selesa dan panjang tetapi saya tidak harus menangguhkan kerja. Di sinilah komitmen yang tinggi daripada peserta diperlukan, sesuai dengan peranan seorang pemimpin pendidikan yang memerlukan komitmen yang tinggi dalam tugasan yang dilaksanakan. Pemimpin seharusnya dapat merangsang proses pembangunan yang kreatif melalui budaya penambahbaikan yang berterusan (Wall et al.,1992). Maka dengan itu, saya log in untuk kali yang seterusnya dengan azam untuk melengkapkan e-NPQEL dengan jayanya. Tepat pukul 1.10 pagi bertarikh 23 Jun 2018, saya disahkan berjaya memperolehi sijil pencapaian e-NPQEL. Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif (PE) adalah satu pengalaman yang benar-benar mencabar keupayaan diri saya. Berlakon sebagai seorang PGB? Biar betul! Tetapi itulah yang membuatkan PE sesuatu yang istimewa. Komunikasi berkesan, pengalaman, pengurusan masa, kawalan emosi dan tona suara, pengurusan stres serta wacana yang tersusun digabungkan untuk satu pembentangan yang berdurasi tujuh (7) minit. Secara asasnya, penyediaan PE memerlukan pengalaman sedia ada, kefahaman ilmu sama ada teori dan praktikal, dan juga hasil perbincangan bersama-sama rakan sekuliah. Di sinilah 70:20:10 memainkan peranannya secara maksimum. Setiap sesi PE dinilai oleh tiga (3) orang pentaksir dan penentuan tahap kompetensi seseorang peserta adalah secara konsensus. Penilaian adalah secara holistik dan merujuk kepada kamus kompetensi yang mempunyai lima (5) tahap. Lulus adalah pada tahap empat (4) dan lima (5) sahaja. Uniknya, untuk kelima-lima PE ini, tiada satu pun yang boleh diulang untuk pembentangan yang seterusnya. Pemimpin sekolah mesti mempunyai kemahuan kuat untuk memimpin, mempunyai visi, contoh yang baik, berilmu, proaktif, rajin, tidak mudah mengalah dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi (Zakaria, 1996). Oleh sebab itu, setiap stimulus untuk PE sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baharu dan setiap satunya ada cabaran yang tersendiri.

94

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 94

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Kekangan masa merupakan faktor utama dalam menyiapkan tugasan. Ada kalanya saya berasa sangat tertekan. Pernah satu ketika saya hanya tidur selama tiga (3) jam sahaja. Saya kadangkala keliru dengan cara menganalisis dan memahami stimulus untuk diolah menjadi PE yang menepati domain yang diuji. Saya harus ingat bahawa pemimpin perubahan mesti berupaya membuat keputusan dengan mengenal pasti dan menyelesaikan masalah berdasarkan data (Buku Panduan Pelaksanaan NPQEL, 2018). Dr. Akma Hj Abd Hamid, Ketua Jabatan, Jabatan Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kaunseling IABCGH ada menyatakan bahawa di dalam satu hari ada 65 ribu lintasan di fikiran di mana tanpa kita sedari 90 peratus daripadanya adalah negatif. Oleh yang demikian, dengan mengabaikan pemikiran negatif dan menggantikan fikiran pesimis kepada optimis, dapat membantu mengatasi tekanan secara tuntas. Saya memperoleh pengalaman paling manis apabila dimaklumkan bahawa saya telah melepasi keenam-enam kompentensi yang ditaksir pada fasa pertama. Perkara paling berharga apabila mempunyai seorang penyelia yang begitu mudah didekati dan sangat membantu. Pandangan dan nasihat yang diberikan sentiasa positif dan ilmiah. ‘Swarm intelligent’ antara rakan sepenyeliaan juga menjadi landasan kepada pembelajaran sosial saya. Gabungan rakan-rakan daripada latar belakang perkhidmatan yang berbeza dan yang paling membantu apabila perbincangan santai dengan sahabat baik daripada bilik sebelah memberi nilai tambah yang sangat berguna untuk setiap PE saya. Jalinan Pintar Korporat. Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan aktiviti yang melibatkan Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK). Aktiviti ini berfokus kepada membina jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh/agensi bersama-sama masyarakat dan bermanfaat kepada pembangunan sosial. Selaras dengan itu, aktiviti JPK didedahkan kepada peserta NPQEL bertujuan melatih dan membimbing bakal-bakal pemimpin sekolah dalam membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh/agensi korporat bagi mendapatkan khidmat jalinan pintar korporat untuk sekolah-sekolah yang dipilih. JPK dapat melahirkan pemimpin-pemimpin sekolah yang berkemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membina jaringan dan jalinan, dan seterusnya berkomunikasi dengan berkesan (Buku Panduan Pelaksanaan NPQEL,2018). SK Antara Gapi, Serendah, Selangor ialah sekolah yang kami pilih. Nama yang unik, sekolahnya hebat dan kami mendapat kerjasama serta sokongan yang padu daripada warga sekolah. Jaraknya yang agak jauh dari IAB Genting Highlands, tidak menghalang kami untuk berhubung dengan pihak sekolah. Setiap ahli mempunyai tanggungjawabnya tersendiri dan komited dengan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 95

95

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

tugasan yang telah diagihkan. Jawatankuasa yang dibentuk memudahkan urusan JPK kerana dalam merangka aktiviti, hubungan dan kebenaran daripada pengetua/guru besar (PGB) sangat diperlukan. Kesungguhan setiap ahli dalam kumpulan yang menentukan kejayaan aktiviti/program yang dirancang. Program ini memerlukan kerjasama yang erat antara pihak sekolah, PIBG, PIBK, pihak yang berkepentingan/stakeholder dan para penyumbang dari sektor korporat. Melalui tajaan yang diperolehi barulah kami boleh menjalankan aktititi tersebut. Tajaan yang diterima inilah membolehkan kami menjayakan aktiviti yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih awal. Program Tranformasi Sekolah (TS25) menekankan aspek sokongan PIBG dan Komuniti sebagai sesuatu yang sangat penting dalam mencemerlangkan organisasi. Keterlibatan pemimpin, PIBG/PIBK dan guru adalah tunjang utama dalam melahirkan kemenjadian murid yang berkualiti. Dalam dunia moden yang berkembang pesat ini, peranan sekolah telah berubah dan guru perlu meningkatkan domain pengetahuan dan kecekapan baharu untuk membolehkan mereka mengikut peredaran zaman (Mohammed Sani, 2005) agar setiap program sekolah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Lawatan Penandaarasan Institusi Swasta (LPIS) Program lawatan atau penandaarasan bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia pendidikan. Namun, apabila program ini dijalankan bersama-sama sektor swasta ada sesuatu yang saya rasakan cukup istimewa terutama apabila melihat sistem pengoperasian sesebuah organisasi yang jauh berbeza daripada bidang pendidikan. Kejayaan yang dicipta memerlukan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dalam pengurusan. Kerjasama dan kepercayaan serta tanggungjawab merupakan nilai yang penting dalam melaksanakan tugasan untuk kecemerlangan sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia merupakan bahagian yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan keupayaan semua pekerja. Perkara-perkara inilah yang perlu dijadikan panduan dalam menjadikan seorang pengurus ataupun pemimpin sekolah yang berprestasi tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kita dapat mengingati 10 peratus daripada apa yang dibaca, 20 peratus yang didengar, 50 peratus yang didengar dan dilihat, 70 peratus yang dicakapkan dan 90 peratus setelah dipraktikkan. Percaya atau tidak, keberkesanan aktiviti LPIS ini berjaya membuktikan kajian berkenaan. Saya dapat melihat sendiri bagaimana ahli organisasi yang dilawati memberikan sokongan dan kerjasama antara satu sama lain dan budaya ini menjadi asas dalam melaksanakan tugasan tanpa mengira pangkat. Apa yang menariknya di sini mereka mengamalkan kaedah komunikasi terbuka dalam semua perkara. Setiap anggota organisasi layak untuk memberikan pandangan dan saling memberi galakan antara satu sama lain. Menyedari

96

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 96

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

bahawa pekerja adalah aset yang paling penting dalam mencemerlangkan sesebuah organisasi, kebajikan pekerja adalah sangat diutamakan. Pihak pengurusan tertinggi sangat mengambil kira semua aspek bermula daripada pemberian imbuhan hinggalah kepada masalah peribadi untuk merangsang perkembangan staf yang positif. Refleksinya di sini, sebagai seorang pengurus sekolah yang berprestasi tinggi, pelbagai kemahiran perlu ada dalam mendepani kakitangan yang mempunyai latar belakang, tahap kecekapan serta pemikiran yang berbeza. Pemimpin sekolah memerlukan kemahiran memimpin untuk menentukan wujudnya perubahan, penambahbaikan dan penyesuaian dengan keadaan serta kemahiran pengurusan untuk menentukan semuanya berjalan lancar (Rahimah Hj. Ahmad, 2001). Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) ini berjaya membuka minda saya kepada satu situasi persekitaran perkhidmatan yang berbeza. Situasi ini bersesuaian dengan sistem pendidikan hari ini yang telah melangkah masuk ke era globalisasi berlandaskan teknologi maklumat tanpa sempadan (Gates, Myhrvold & Rinearson, 1996). Pemimpin yang hebat tentunya berupaya untuk menentukan, menilai dan menggunakan maklumat secara efektif melalui gabung jalin pelbagai sumber untuk kecemerlangan organisasi. Saya percaya dan yakin bahawa untuk menerajui sesuatu perubahan bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi jika dilaksanakan secara konsisten dan tegas, tidak mustahil kejayaan akan dapat dikecapi. Perantisan 2 Perantisan 2 dalam tempoh enam (6) minggu merupakan aktiviti job shadowing peserta NPQEL di sesebuah sekolah perantisan. Secara asasnya, saya diperlukan berada selama 18 hari di sekolah Perantisan 2, dan 12 hari berada di sekolah asal. Komunikasi berkesan amat diperlukan ketika berurusan dengan para pentadbir sekolah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sebagai asas kepada projek yang akan dilaksanakan. Di samping itu, satu cabaran yang hebat apabila saya perlu meyakinkan barisan pentadbir di sekolah berkenaan untuk projek yang dicadangkan Bermula dengan berfikiran strategik sehinggalah berkeperibadian tinggi, kesemua 10 kompetensi akan ditaksir melalui Perantisan 2 ini. Saya perlu berupaya mengaitkan kompentensi-kompetensi berkenaan dengan objektif ataupun matlamat program yang dicadangkan. Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL) ini akan mendedahkan peserta tentang tugas sebenar seorang pemimpin sekolah. Saya boleh memilih untuk mengambil jalan mudah dengan hanya memperkasakan program yang sedia ada. Akan tetapi, tidak salah untuk mencabar diri sendiri dengan melaksanakan projek yang agak rumit tetapi memberi impak yang sangat besar kepada sekolah

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 97

97

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

khususnya kepada kemenjadian murid. Sejujurnya definisi Royse et al. (2001) yang menyatakan program sebagai kumpulan aktiviti-aktiviti yang diorganisasi dan direka bentuk untuk mencapai objektif-objektif yang tertentu sangat tepat. Penilaian sesuatu program melibatkan keperluan program, reka bentuk, pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan, kesan atau hasil serta impak program seharusnya diambil kira. Pelbagai cabaran perlu dihadapi dalam program Perantisan 2 ini. Untungnya, saya tidak mempunyai masalah dengan pihak pengurusan tertinggi sekolah. Mereka sangat memahami matlamat Perantisan 2. Terasa kedatangan saya dialu-alukan apabila diberi peluang berucap di perhimpunan pada hari pertama sekolah dibuka selepas bercuti Aidiladha selama seminggu. Pada mulanya, guru-guru seperti skeptikal dengan kedatangan saya. Namun tidak dinafikan, ada pihak yang menyambut baik apabila diberitahu saya akan menjalankan satu program yang memerlukan penglibatan semua guru. Penerimaan dan persetujuan guru besar terhadap program yang dicadangkan membolehkan saya merancang langkah seterusnya. Pertemuan bersama guru-guru yang terlibat diatur dengan terancang supaya tidak mengganggu tugasan rasmi mereka. Kerjasama yang sangat baik diberikan setelah mereka mendapat gambaran tidak mengambil kisah, namun itu bukanlah halangan untuk merealisasikan matlamat program yang telah diusahakan. Selain itu, cuti umum yang agak banyak pada pertengahan minggu persekolahan agak menggangu kelancaran program saya. Pada awalnya seperti agak sukar untuk mencukupkan 18 hari yang diperlukan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Namun demikian, hasil daripada perbincangan dengan guru besar sekolah asal dan sekolah perantisan telah dipersetujui bahawa keutamaan adalah 18 hari di sekolah perantisan dan selebihnya berada di sekolah asal. Bimbingan berterusan daripada penyelia yang berpengalaman menjadi penyumbang kepada kekuatan untuk menghadapi segala cabaran Perantisan 2. Menjadi seorang pemimpin bukanlah mudah seperti yang disangkakan terutama menjadi PGB berprestasi tinggi. Seseorang pemimpin yang baik harus mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi (Zainal Abidin Mohamad, 1998). Secara umumnya, Program NPQEL ialah satu program pembentukan pemimpin pelapis yang berkesan. Dr. Kamaruzaman Moidunny, telah membuat rumusan bahawa, program ini telah membawa perubahan kepada tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran peserta serta keupayaan peserta menjalankan tugas pengurusan dan kepimpinan 98

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 98

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

PENUTUP NPQEL bukanlah sekadar latihan semata-semata, tetapi juga sebagai lubuk ilmu untuk mengenal potensi diri dan menjadi seorang pemimpin yang sedar akan kepentingan berfikiran strategik. Keperluan untuk mencapai tahap kompetensi pada Band 4 atau Band 5 amat dititkberatkan bagi melahirkan PGB yang berprestasi tinggi dan ‘future leader’. NPQEL Versi 2018 sememangnya pendekatan latihan yang berkesan untuk meningkatkan kemahiran individu, menguji aspek nilai dan sikap selain keyakinan diri yang tinggi. Para peserta perlu juga melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Pemimpin sekolah yang berpotensi mampu mengolah pengurusan sekolah secara optimum (proses) bagi menghasilkan output yang berkesan. Implikasi terhadap teori sistem daripada dapatan penyelidikan ini membuktikan pemimpin sekolah yang mempunyai sijil NPQEL adalah cemerlang dan boleh menghasilkan kepimpinan dan hala tuju sekolah yang berkesan (Sathiyabama, 2017). Kepimpinan yang cekap, berwibawa dan berkualiti adalah mustahak untuk menggerakkan sesuatu organisasi atau kumpulan untuk melaksanakan tugas bagi mencapai objektif dan matlamat (Wan Zahid, 1993). Berdasarkan matlamat yang cukup jelas ini, latihan yang dirangka melalui NPQEL Versi 2018 meliputi keseluruhan pembangunan dan perkembangan kompetensi pemimpin dan pengurus sekolah. Latihan berasaskan kecekapan yang diuji melalui stimulus memberi peluang kepada peserta dan saya secara khususnya untuk mempamerkan keupayaan dalam membugarkan kompetensi berasaskan pengetahuan dan kemahiran sebagai pemimpin berprestasi tinggi yang dapat memimpin perubahan ke arah guru dan murid berkualiti seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Seorang pemimpin yang berkesan sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang, pengupayaan, dan memikirkan sesuatu ‘di luar kebiasaan’ serta kreatif dalam menyelesaikan masalah untuk mewujudkan keberkesanan sekolah dan kepimpinan yang efektif (Abdul Ghani, 2002). RUJUKAN Ahmad Riduan Ismail. (2013). Kajian Kes Strategi Kepimpinan Guru Besar Cemerlang. Disertasi Master. Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi pada 17 November 2018, dari http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail /ptkghdfwP2/ Ahmad peratus20Riduan peratus20Bin peratus20Ismail. TP.pdf

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 99

99

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Kalthum Haji Hassan. (2010). Ciri-Ciri Pemimpin yang Baik Dalam Sesebuah Organisasi. Diperoleh pada 24 September 2018, dari http://mylittletask .blogspot.com/ 2010 /11/ciri-ciri-pemimpin-yang-baikdalam.html Institut Aminuddin Baki. (2014). NPQEL: Panduan pelaksanaan program kelayakan profesional pemimpin pendidikan kebangsaan. Edisi Semakan. Genting Highlands:Institut Aminuddin Baki. JPN Johor (2018). Kepemimpinan Instruksional Pengetua dan Guru Besar. Diperolehi daripada https://www.academia.edu/6655958/KEPEMIMPINAN_ INSTRUKSIONALPENGETUADANGURUBESAR Kamaruzaman Moidunny. (2013). Penilaian Program: Tinjauan terhadap konsep dan model-model berkaitan. Diperolehi pada 19 September 2018, daripada http:// kamaruzaman moidunny.blogspot.com/2013/01/ artikel-14-penilaian-program-tinjauan.html Kamaruzaman Moidunny. (2014). Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL): Sejauh Manakah Keberkesanannya?. Diperolehi pada 22 September 2018, daripada http://kamaruzamanmoid unny.blogspot.com/2014/11/program-kelayakan-profesional pemimpin.html Mohd Rashid bin Jamari. (2013). Guru Besar Sebagai ‘Role Model’ Pemimpin Kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Gpk Pentadiran) Dalam Memimpin Sekolah. Disertasi Master. Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi pada 17 November 2018, dari http://eprints.utm.my /id/ eprint/41856/5/MohdRasidiJamariMFP2013.pdf Sathiyabama A/P Suprammaniam. (2017). Model Hubungan Bakat Kepimpinan Dengan Kepimpinan dan Hala Tuju Sekolah Graduan Program Kelayakan Profesional Kebangsaan Bagi Pemimpin Pendidikan (Npqel). Disertasi Ph.D. Universiti Malaya. Diperolehi pada 15 November 2018, daripada http://studentsrepo.um.edu.my/7682/6/TESIS_PHD_SATHIE.pdf

100 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 100

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

WAJAH KEPIMPINAN

PENULIS: NORLIZA@NORIZA BT AHBAR@AKHBAR PENYELIA: TUAN HJ. PARIDON B. HJ. SAHID PENGENALAN Wajah Kepimpinan merupakan penulisan yang berkisarkan kepada pengalaman sepanjang menjadi seorang peserta NPQEL 2.0. Penulisan ini mengandungi lima (5) laporan aktiviti pilihan peserta daripada 10 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang mengikuti program bagi Ambilan 2/2018. Karya ini berkaitan hasil dapatan serta tahap pentaksiran kompetensi yang dikuasai oleh peserta selepas menjalani aktiviti. Segala pengalaman dan kemahiran yang diterima oleh peserta menjadi rujukan utama semasa menggubal perancangan untuk membangunkan organisasi. Meskipun Program NPQEL Versi 2.0 hanya mengambil masa selama tiga (3) bulan namun peserta yang merupakan bakal guru besar dan pengetua memperolehi ilmu pengurusan organisasi yang begitu sistematik dan tersusun menepati dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 dalam anjakan ke-5 iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Tidak dinafikan kesemua aktiviti dan tugasan yang disediakan oleh pihak IAB begitu mencabar terutama dalam mendefinisikan kehendak kompentensi. Seterusnya peserta akan merancang, membangun dan menghasilkan bahan pembentangan mengikut garis panduan yang disediakan. Memandangkan terma-terma yang diberikan begitu asing bagi para peserta, peranan penyelia sebagai pembimbing dan tenaga pengajar yang terdiri daripada para pensyarah yang berpengalaman benar-benar membantu kami. Untuk menjadi bakal pemimpin yang siap siaga dengan kepimpinan instruksional, beraspirasi tinggi dan berpotensi tinggi bukanlah sesuatu yang mudah. Namun dengan menjadi peserta NPQEL 2.0, ilmu yang dipelajari dan diperolehi bukan sahaja mampu membuka minda malah mampu melahirkan

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 101

101

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

bakal pemimpin yang berfikiran strategik seterusnya melonjakkan pendidikan di Malaysia ke persada antarabangsa. PENGALAMAN LEPAS Sebelum mengikuti NPQEL 2.0 saya telah pun berpengalaman sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Sebagai pentadbir tidak dinafikan tugas untuk membina pelan strategik, membina kertas kerja, mengendalikan majlis atau acara-acara tertentu tidak dapat dielakkan. Perbezaannya adalah segala perancangan berpandukan pengalaman, perkongsian sesama rakan mahupun rujukan internet sahaja tanpa merujuk kemahiran-kemahiran tertentu seperti mana yang terkandung di dalam kompetensi. Adakalanya perancangan yang dibina tidak sistematik hingga menyebabkan berlaku beberapa masalah semasa program sedang dijalankan. Jarang sekali ataupun tidak pernah analisis data dilakukan secara lebih terperinci, apa yang seringkali terjadi adalah mesyuarat ahli jawatan kuasa kecemerlangan sekolah dilakukan hanya mempersoalkan tentang kejatuhan pencapaian murid dan langkah yang perlu diambil tanpa menyenaraikan beberapa cadangan terlebih dahulu sebelum mengenal pasti aktiviti yang benar-benar sesuai untuk dijalankan. Impak daripada tindakan tersebut banyak masa digunakan untuk mengadakan mesyuarat dalam tempoh beberapa kali setelah tindakan yang diambil tidak begitu menepati Key Performance Indicator (KPI) seperti mana yang dikehendaki oleh pihak pentadbir. Pembinaan pelan strategik juga lebih kepada mengguna semula pelan strategik yang terdahulu tanpa melihat secara keseluruhan akan kekuatan, kelemahan, ancaman dan peluang malahan terdapat salah tafsiran mengenai empat elemen tersebut. Sebelum ini membina pelan strategik merupakan aktiviti yang dianggap begitu remeh dan seolah-olah tiada kepentingan. Hal ini disebabkan kurangnya ilmu dalam pembinaan strategik malah perbengkelan yang dihadiri semasa berkursus di PPD ataupun di sekolah hanya lebih kepada menyalin tapak tanpa memahami dengan lebih mendalam. Ternyata selepas menghadiri kursus NPQEL ini begitu banyak perubahan yang perlu dilakukan dalam membetulkan tindakan yang pernah diambil sebelum ini. DAPATAN AKTIVITI Sewaktu menjalani Program NPQEL 2.0 terdapat 10 aktiviti yang dijalankan. Sebagai salah seorang peserta, terdapat lima (5) aktiviti yang menarik perhatian saya seperti yang berikut:

102 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 102

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Pembentangan Eksekutif Pembentangan Eksekutif (PE) merupakan aktiviti yang paling mencabar kemampuan saya selaku peserta NPQEL 2.0 ini. PE saya yang pertama bertajuk Berwawasan dengan kompetensi yang perlu berjaya menjawab beberapa soalan dalam e-NPQEL, membaca nota-nota yang disertakan serta berbekalkan pengalaman lepas saya menyangkakan saya telah pun memahami deskripsi yang diberikan. Salah satunya adalah keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik bagi menentukan hala tuju organisasi berdasarkan jangkaan persekitaran masa hadapan. Ternyata tanggapan saya tidak seperti yang difikirkan. Melalui perbincangan sama ada secara bersemuka dan di kumpulan aplikasi WhatsApp Messenger bersama penyelia saya telah dibimbing untuk memahami dengan lebih mendalam tentang maksud pernyataan deskripsi tersebut. Kompetensi berfikiran strategik menuntut peserta memahami langkah-langkah membina pelan strategik dengan lebih sistematik termasuk menganalisis data, pembinaan SWOT, menggunakan alat yang sesuai dalam mencari punca masalah, penggubalan matriks TOWS, menyenaraikan pelan intervensi, memilih intervensi mengikut keutamaan sehinggalah kepada pilihan intervensi yang akan dijalankan. PE yang kedua adalah Menerajui Perubahan. Penyelesaian masalah merupakan kompetensi baharu yang ditaksir dan memerlukan langkah-langkah yang sistematik dan terancang. Bagi mencapai tahap empat (4) saya perlu mengenal pasti alternatif dengan mengkaji pilihan menggunakan alat yang relevan serta menyenarai alternatif mengikut keutamaan. Pada peringkat ini pilihan alternatif adalah berdasarkan matriks TOWS. Bagi mencapai tahap lima (5) saya perlu menentukan pilihan dengan menghubungkan pilihan terhadap implikasi yang mungkin, membuat keputusan berserta justifikasi yang jelas serta melihat semula keputusan dengan realiti sedia ada dan hasrat yang ingin dicapai. Hasil daripada keputusan pembentangan eksekutif pertama yang kurang memuaskan, saya berusaha sedaya upaya untuk memahami deskripsi kompetensi dan telah berjaya melepasi tahap yang diperlukan. Tiga (3) PE yang seterusnya ialah Memimpin Pembelajaran, Membangun Kapasiti dan Membina Jalinan dan Jaringan. Kompetensi yang ditaksir termasuklah berkeperibadian tinggi, membina jaringan dan jalinan, berkomunikasi berkesan dan berkeperibadian tinggi. Memandangkan pada setiap PE terdapat pengulangan terhadap kompetensi yang hendak digunakan maka ini membantu saya untuk menguasai kompetensi yang ditaksir. Oleh itu para peserta perlu memahami istilah dan maksud yang diberikan terhadap setiap deskripsi tersebut.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 103

103

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Pembentangan menggunakan perisian Power Point dan setiap peserta harus bijak menggunakan ruang yang ada memandangkan slaid yang yang ditentukan untuk pembentangan adalah lima (5) slaid dalam tempoh tujuh (7) minit. Kelima-lima PE telah memberi kefahaman yang mendalam terutama dari segi pembinaan pelan strategik, pengertian jalinan dan jaringan serta membangun kapasiti. Selain itu saya juga dapat berkongsi maklumat dan mendapat idea baharu daripada slaid pembentangan rakan-rakan yang lain untuk dijadikan panduan dalam merancang aktiviti dan pelan tindakan di sekolah sendiri nanti. Jalinan Pintar Korporat Aktiviti Jalinan Pintar Korporat memerlukan para peserta menguasai empat (4) kompetensi iaitu membuat keputusan, menyelesaikan masalah, membina jaringan dan jalinan serta berkomunikasi berkesan. Setiap kumpulan diminta memilih salah sebuah sekolah yang disenaraikan oleh pihak IAB. Sebelum aktiviti dijalankan kami terlebih dahulu membuat perbincangan bersama semua ahli kumpulan untuk mencadangkan nama beberapa buah sekolah sebelum membuat keputusan memilih sekolah yang sesuai mengikut garis panduan yang diberikan. Perlantikan AJK Program Jalinan Pintar Korporat turut diadakan sebagai memudahkan gerak kerja yang perlu dilakukan. Proses membuat keputusan dalam menentukan sekolah yang menjadi pilihan sebagai aktiviti Jalinan Pintar Korporat adalah berdasarkan jarak yang berdekatan dengan IAB, keadaan trafik yang lancar agar membolehkan kami sampai mengikut masa serta memperolehi kerjasama yang baik daripada pihak sekolah terutama daripada guru besar dan warga sekolah. Bagi membuat perkaitan dengan kompetensi menyelesaikan masalah kami membuat analisis persekitaran melalui temu bual bersama guru besar terlebih dahulu. Hasil temu bual mendapati sekolah berkenaan kurang membuat jalinan dengan sektor korporat luar, dana yang tidak mencukupi, memerlukan kepakaran motivasi dari luar, sumbangan idea dan tenaga bagi peningkatan pencapaian Kokurikulum, UPSR, sahsiah murid ke arah kemenjadian murid. Seterusnya daripada analisis data kami membina objektif iaitu: i.

Memberi keyakinan kepada calon UPSR dalam menjawab soalan UPSR. ii. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga sekolah dengan peserta NPQEL IAB 2018. iii. Menjalin kolaboratif antara pihak sekolah dengan agensi korporat dalam menjayakan program.

104 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 104

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

iv.

Menaik taraf bilik darjah kelas pemulihan dengan kemudahan kelas abad ke-21 yang lebih kondusif

Beberapa pelan intervensi disenaraikan berdasarkan analisis data seterusnya membuat keputusan memilih aktiviti yang paling sesuai untuk dijalankan disamping mengambil kira peluang dalam membina jalinan dan jaringan. Bagi membina jaringan, kami bersama-sama berhubung bagi mendapatkan kerjasama dalam memberikan keperluan seperti pakar motivasi, instruktor senamrobik, sumbangan korporat dalam bentuk wang ringgit, barang-barang keperluan aktiviti gotong royong dan lain-lain lagi. Kertas kerja pelaksanaan program disediakan manakala segala keperluan surat menyurat seperti surat permohonan tidak menjadi masalah kepada kami kerana disediakan oleh pihak IAB. Setelah mendapat maklum balas dari pihak yang bersetuju memberi tajaan seterusnya kami melaksanakan program seperti mana yang telah dirancang. Antara syarikat korporat yang memberi penajaan termasuklah Visi Integrated Prima Sdn. Bhd., Syarikat Hong Thai Ent., Durrah Kasih Ent., Wiracool Engineering Sdn. Bhd., Wong Traktor Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi. Aktiviti yang dijalankan termasuklah senamrobik, gotong-royong, program motivasi bagi murid tahun 6 dan pertandingan mewarna bagi murid tahap 1. Kami turut mendapat kerjasama bukan sahaja daripada guru sekolah yang berkenaan namun termasuk penglibatan AJK PIBG juga. Di akhir program kami mengadakan post mortem bagi mengenal pasti cabaran dan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi kelancaran program di masa akan datang. Perantisan 1 Aktiviti Perantisan 1 dijalankan dalam tempoh lima (5) hari di mana peserta akan berada selama tiga (3) hari di sekolah pilihan untuk menjalankan Perantisan 1 serta dua (2) hari di sekolah sendiri bagi menjalankan tugastugas hakiki. Tujuannya adalah untuk mendapatkan ilmu kepimpinan dan pengurusan secara praktikal serta membuat hubung kait di antara amalan dengan teori kepimpinan dan pengurusan sekolah. Aktiviti Perantisan 1 melalui tiga (3) fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas manakala kompetensi yang diukur ialah membuat keputusan, berfikiran strategik, berkomunikasi berkesan dan berkeperibadian tinggi. Pada fasa sebelum peserta dikehendaki membuat pemilihan sekolah Perantisan 1 yang berada dalam daerah yang sama berserta justifikasi. Sewaktu membuat keputusan memilih sekolah Perantisan 1, beberapa faktor telah diambil kira seperti jarak di antara sekolah asal, iklim yang

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 105

105

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

berbeza dan sekolah yang tidak pernah menjadi tempat bertugas. Sekolah Kebangsaan Seri Makmur telah menjadi pilihan berserta dengan justifikasi seperti yang berikut: i. ii.

Merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Memenangi Anugerah Pusat Kecemerlangan Doktor Muda di peringkat kebangsaan. iii. Pencapaian Kokurikulum yang cemerlang. iv. Sekolah rintis bagi Program IMFREE. v. Kebitaraan sekolah adalah Bahasa Melayu dan Hoki. Hasil daripada pemerhatian dan temu bual tiga (3) aspek pengurusan PGB di sekolah sendiri, beliau merupakan seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan demokratik berdasarkan ciri-ciri beliau yang menetapkan hala tuju, menggalakkan kerja berkumpulan serta mempunyai hubungan yang baik dengan seluruh warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat. Tiga (3) perkara yang dilihat memerlukan penambahbaikan adalah dari segi menjadi penceramah agar pengalaman beliau boleh disebarluaskan kepada seluruh staf dan kakitangan, meluaskan hubungan jalinan serta menstruktur kembali agihan masa latihan koakademik dan sukan di dalam Unit Kokurikulum. PGB di sekolah Perantisan 1 dilihat lebih mengamalkan gaya Kepimpinan Instruksional. Antara sikap yang diamalkan adalah bertanggungjawab dalam memimpin warga sekolah agar sentiasa memberi fokus dan memuat tindakan mengikut kehendak misi dan visi, bersikap terbuka dalam setiap cadangan dan mempunyai hubungan jalinan dan jaringan yang begitu baik sekali. Meskipun kedua-dua PGB berada dalam iklim sekolah yang berbeza namun persamaan yang ketara di antara kedua-duanya ialah mereka berpandangan jauh dalam menetapkan hala tuju demi menjana kemenjadian murid baik di bidang akademik, sukan dan koakademik. Sewaktu berada di sekolah Perantisan 1, kerjasama yang diberikan oleh para pentadbir dan warga sekolah begitu positif. Dalam jangka masa yang singkat banyak informasi berguna yang saya pelajari dari mereka. Memandangkan PGB di sekolah ini juga merupakan salah seorang peserta yang pernah mengikuti NPQEL maka saya mendapati pelan strategik yang dibina adalah lengkap dan tersusun. Sewaktu membuat analisis data, saya dapat mengesan terdapat permasalahan dalam unit Hal Ehwal Murid (HEM) yang bersangkutan dengan isu kehadiran murid. Peluang ini saya ambil dengan mengandaikan sekiranya saya menjadi PGB maka pelan strategik yang dibina adalah berpandukan analisis SWOT, membina matriks TOWS, matriks ranking seterusnya kepada pemilihan strategi mengikut keutamaan.

106 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 106

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Pengalaman semasa bertugas bersama PGB di sekolah tempat bertugas serta apa yang dipelajari daripada PGB di sekolah Perantisan 1 akan digunakan dalam membuat sebarang tindakan seperti memberi kebebasan kepada guru-guru membuat keputusan, mendengar pandangan secara positif, menyelesaikan isu secara perbincangan bersama dan bekerja di dalam satu kumpulan. Memilih sekolah perantisan yang tidak sama iklim dengan sekolah di tempat bertugas memberi pengalaman yang bermakna dan berguna untuk dimanfaatkan sebagai seorang pemimpin instruksional. Perantisan 2 Perantisan 2 agak berbeza daripada Perantisan 1 kerana tempoh pelaksanaannya agak panjang iaitu dalam jangka masa enam (6) minggu berturut-turut atau 30 hari bekerja. Peserta perlu berada di sekolah tersebut selama 18 hari. Sekolah pilihan ditentukan oleh pihak JPN dan mempunyai PGB yang akan tamat tempoh perkhidmatan dalam jangka masa tiga (3) tahun. Sebagai peserta saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Parit 13, Sungai Nibong sebagai tempat untuk menjalani praktikal pada Perantisan 2. Pada peringkat ini kesemua kompetensi akan ditaksir. Pada minggu pertama peserta akan berkomunikasi dengan semua pentadbir untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Pelan strategik setiap unit akan dirujuk bagi mendapatkan informasi tambahan begitu juga dengan data-data yang lain seperti laporan pemantauan dalam SKPMG2, data pencapaian dalam peperiksaan akhir tahun, data kehadiran bulanan, pengalaman guru mengajar, data tahap pendidikan guru dan lain-lain lagi. Pelbagai teknik yang dipelajari semasa berkursus secara bersemuka di IAB Bandar Enstek digunakan kali ini seperti pemerhatian, temu bual, borang soal selidik mahupun analisis data. Kesemua hasil dapatan digunakan bagi pengisian analisis SWOT, matriks TOWS, borang pemilihan inisiatif, pelan intervensi 2 dan refleksi. Meskipun pelbagai intervensi yang disenaraikan dan membuat pilihan mengikut keutamaan namun pemilihan yang dibuat tidak menepati kehendak program disebabkan pelan intervensi yang dipilih agak tidak selari dengan objektif yang hendak dicapai. Tanggapan pertama saya mengenai program intervensi adalah berbentuk perbengkelan yang dijalankan selama sehari sedangkan proses menjalani program perantisan kali ini adalah sepanjang berada di sekolah Perantisan 2. Melalui perbincangan bersama penyelia secara online, saya telah melihat semula senarai pelan intervensi dan telah memilih untuk membina modul yang mengandungi tatacara menjalankan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan menjalankan program mengikut jangkamasa yang dikehendaki.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 107

107

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Saya juga didedahkan dengan prosedur menjalani program dengan langkah yang sistematik seperti menjalankan temu bual bersama murid, membina ujian pra dan pos, mengambil data pencapaian sepanjang program, memberi borang soal selidik sebelum dan selepas program. Ke arah mempelbagaikan aktiviti, saya bersama jawatankuasa telah menyediakan sudut Bahasa Inggeris sebagai inisiatif ruang pembelajaran di luar bilik darjah yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti ruang untuk mendapatkan bahan bacaan, sudut bercerita, menulis ayat mengikut kosa kata dan lain-lain lagi untuk digunakan bagi tempoh jangka masa yang panjang. Program intervensi dapat dijalankan dengan lancar dengan adanya kemudahan prasarana seperti makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan TMK. Selain daripada menjalankan sendiri PdPc menggunakan modul yang saya jelmakan sebagai I’M HOT, saya turut membuat micro teaching bersama guru Bahasa Inggeris di sekolah Perantisan 2 dan beliau mengatakan bahawa kaedah yang digunakan merupakan pengalaman baharu buatnya dan begitu teruja untuk melaksanakan. Saya juga berkesempatan mengadakan perbengkelan TMK dengan memperkenalkan penggunaan perisian Kahoot di dalam PdPc kepada semua pentadbir dan guru agar mereka dapat menggunakan modul yang disediakan dengan berkesan. Melalui maklum balas yang diterima dari kesemua pentadbir dan guru menyatakan Program NPQEL 2.0 kali ini menunjukkan pembaharuan dan kelainan yang ketara berbanding dengan peserta NPQEL yang sebelumnya. Kesemua warga sekolah telah memberikan kerjasama yang begitu membanggakan dan berbesar hati kerana mereka turut terlibat secara tidak langsung di dalam aktiviti Perantisan 2 ini. Lawatan Penandaarasan Institusi Swasta Lawatan penandaarasan ke institusi swasta merupakan aktiviti yang berlainan daripada yang dihadiri sebelum ini. Kebiasaannya lawatan yang seringkali dilakukan adalah di institusi yang berkaitan dengan pendidikan yang mempunyai hubung kait dengan akademik semata-mata bukannya kemahiran. Sebagai contoh lawatan ke Jabatan Penaziran, sekolah berprestasi tinggi, institut pengajian tinggi awam dan sebagainya. Lawatan kali ini merupakan institusi pendidikan swasta iaitu Admal Aviation College atau dikenali sebagai Kolej Kejuruteraan Admal merupakan sebuah kolej penerbangan yang menyediakan pelbagai kursus berkaitan dengan penerbangan termasuk Diploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat Udara, Diploma Perniagaan Penerbangan, Program Lesen DCAM Bahagian 66 dan lain-lain lagi.

108 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 108

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Kompetensi yang ditaksir bagi program ini adalah berkomunikasi berkesan dan berkeperibadian tinggi. Aktiviti kali ini agak berbeza dari aktiviti yang lain kerana peserta harus membuat pembentangan dalam versi bahasa Inggeris. Sebelum lawatan para peserta dibentuk mengikut kumpulan dan perlu memilih tema atau tajuk agar tidak bertindan dengan kumpulan yang lain. Penyediaan pelbagai jenis soalan yang bersesuaian dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat sewaktu menghadiri sesi taklimat ketika berada di sana. Para peserta juga diminta membuat pemerhatian dan penandaarasan terutamanya bagi aspek pengurusan dan kepimpinan oleh institusi swasta seterusnya mengekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menggunakan sumber secara berkesan. Selain daripada mengetahui visi yang dibuat oleh mereka, kami juga perlu mengenal pasti amalan terbaik yang diamalkan oleh pihak institusi berkenaan sehingga membawa kepada kejayaan organisasi. Semasa aktiviti dijalankan, slot yang pertama adalah sesi taklimat bersama pihak pengurusan. Kami telah berpeluang mendengar ceramah tentang permulaan institusi ini dibangunkan sehingga menempa kejayaan seperti yang sekarang ini. Oleh kerana kumpulan kami memilih tajuk kebajikan staf maka pelbagai soalan telah diajukan termasuk mengenal pasti jenis-jenis kebajikan yang disediakan, bagaimana mereka menjalankan program kebajikan, cabaran yang dihadapi, penambahbaikan yang dilakukan dan pelbagai soalan yang berkaitan bagi mendapatkan informasi dan membuat perbandingan sama ada dapatan tersebut sesuai untuk dijalankan di tempat bertugas nanti. Walau bagaimanapun peserta haruslah membuka minda dengan membuat beberapa penambahbaikan atau pengubahsuaian bagi membolehkan amalan tersebut boleh diterapkan sekaligus mendatangkan kejayaan dan kecemerlangan sekolah. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan mengikut tema yang berbeza dengan tujuan memperolehi percambahan idea melalui perkongsian ilmu. Tidak dinafikan pengalaman ini meskipun merupakan kali pertama dijayakan tapi memberi impak yang cukup besar terutama dalam mengenal pasti rahsia kejayaan pihak swasta dan cara bagaimana mereka mengekalkan kejayaan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Refleksi Diri Setelah melalui beberapa aktiviti termasuklah Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Bersemuka (TAS), Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Lapangan (TAL) dan Pentaksiran Kompetensi Berasaskan Aktiviti Kumpulan (TAK) di dalam Program NPQEL 2.0 baharulah saya mendapat gambaran yang jelas tentang kepimpinan instruksional serta tugas sebenar sebagai seorang pemimpin sekolah.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 109

109

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Hasrat KPM menempatkan pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah memang sangat menepati kerana untuk menjadi seorang pentadbir bukan hanya bersandar kepada kedudukan dan pengalaman semata-mata tetapi perlu ada ilmu pengurusan dan pentadbiran sekolah yang sistematik. Iklim pendidikan masa kini telah mengalami perubahan yang ketara selari dengan perkembangan teknologi maklumat di peringkat global. Kaedah pengurusan tradisional dilihat telah jauh ketinggalan. Menjadi seorang pentadbir sebelum dan selepas mengikuti kursus ini memang amat ketara sekali perbezaannya. Jika sebelum ini tahap pengetahuan dalam berfikiran strategik adalah sangat cetek tapi dengan adanya bimbingan, sesi perbincangan, sumbang saran dan aktiviti pembentangan meskipun pada mulanya amat sukar dirasakan namun kini saya berasa lebih berkeyakinan dan mula memahami setiap langkah mengikut prosedur yang betul. Penggunaan alat dalam mengenal pasti masalah juga merupakan ilmu yang sangat berguna. Meskipun saya telah mempelajari ilmu pengurusan dan pentadbiran di peringkat sarjana, ternyata ilmu pengurusan dan pentadbiran di IAB sangat berbeza sama sekali malah lebih berfokus kepada kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid. Diharapkan ilmu yang diterima dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya seterusnya menjadikan saya bakal PGB yang berprestasi tinggi pada satu hari nanti. RUJUKAN Faridah & Afham Ahmad. (2018). Kajian Keberkesanan Pembelajaran Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus Principles Of Marketing. Conference: 6th World Congress on Technical and Vocational Education and Training. Politeknik Melaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2015). Laporan Tahunan 2015 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Dimuat turun pada 09 Oktober 2018 dari http://www.moe.gov.my/my/Laporan-Tahunan-2015PPPM Mohamad Baharom, Jamaluddin Hashim, Ahmad Esa & Rafiza Hassan (2008, Disember). Amalan membuat keputusan dalam kalangan guru besar. Dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru (JPPG 2008). http://eprints.uthm.edu.my/2276/ Mohamad. (2015). Kajian Terhadap Amalan Terbaik Pengurusan Projek di Bawah Pengawasan Jabatan Kerja Raya. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Kejuruteraan. Universiti Sains Malaysia.

110 INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 110

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Muhd Akmal Noor, Razaleigh, Rosli, Zanariah & A’dawiyah. (2015). Teori Gaya Kepimpinan Barat Diadaptasi Daripada Teori Gaya Kepimpinan Islam (Al-quran). Journal of Human Capital Development. Fakulti Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia & Universiti Teknikal Malaysia, 8(1):73-91 Norlita, Mohd Izham & Mohd Hamzah. (2017). Amalan Perancangan Strategik dan Kemahiran Membuat Keputusan Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Nur Fadhlillah Abd Razak, Azurah Mohd Johar, Desi Andriani & Yong Choy Yee. (2014). Keupayaan Penyelesaian Masalah Matematik Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Matematik :1-13. Spillane, J. P. (2005), “Distributed leadership”, The Educational Forum. 69(2):143-150. Yen, D.F.C., & Abdullah, M.K. (2017). Analisis Perbandingan Kepimpinan Instruksional Pengetua dan Kepuasan Kerja Guru. International Journal of Psychology and Counselling. 2(5):318-339.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 111

111

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 112

16/07/2020 11:18 AM

Metamorfosis Kepimpinan Ambilan 2/2018

Sekalung Budi Syukur ke hadrat Allah Azza wa Jalla kerana dengan limpah kurnia-Nya, penulisan dan penerbitan buku Metamorfosis Kepimpinan yang merupakan koleksi penulisan karya terpilih peserta Kursus Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan bagi Ambilan 2 Tahun 2018 telah berjaya direalisasikan. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan tanpa kerjasama dan komitmen pelbagai pihak yang membantu mempercepatkan proses penerbitan ini berjaya dilancarkan sepenuhnya. Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan (PDSP), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penulisan ini, khususnya kepada: Pn. Mistirine binti Radin Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan) Menjalankan tugas Pengarah Institut Aminuddin Baki En. Mazlan bin Samsuddin Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional), Institut Aminuddin Baki En. Mohd. Bustaman bin Abdul Aziz Pendaftar Institut Aminuddin Baki Semua Pengarah Cawangan Institut Aminuddin Baki Semua Ketua Pusat dan Ketua Jabatan Semua Pensyarah Pembimbing, Pentaksir, Pegawai Rujuk dan Urus Setia NPQEL dan Penilai Karya Terpilih Semua Guru Besar/Pengetua Mentor yang terlibat berkongsi idea dan memberi bimbingan kepada para peserta semasa program P1 dan P2 Semua agensi swasta dan korporat yang turut sama memberikan sumbangan idea, material dan perkhidmatan dalam memastikan kelangsungan aktiviti JPK dan LPS 11 peserta yang terpilih dalam penulisan buku Metamorfosis Kepimpinan dengan pelbagai idea membina dan memberi inspirasi kepada usaha menjadi pemimpin berprestasi tinggi selaras dengan anjakan ke-5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) Serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama dalam penghasilan buku ini baik secara langsung mahupun tidak langsung INSTITUT AMINUDDIN BAKI

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 113

113

16/07/2020 11:18 AM

WJT000895 Bk. Metamorfosis Ambilan.indd 114

16/07/2020 11:18 AM

Terpilih adalah hasil usaha peserta NPQEL Ambilan Karya 2/2018 yang mencatat segala pengalaman mereka untuk tatapan kita semua. Karya Terpilih dengan jenama Metamorfosis Kepimpinan diharap dapat memberi manfaat kepada pembaca. Wan Azmiza binti Wan Mohamed Ketua Pusat Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan Pejabat

Metamorfasi Kepimpinan merupakan hasil karya peserta NPQEL Ambilan 2 Versi 2018. Coretan dalam Metamorfosis ini adalah catatan pengalaman peserta sepanjang menjalani Program NPQEL. Pengalaman ini amat berharga kepada kami bakal pemimpin pendidikan. Walaupun kami melalui aktiviti yang sama sepanjang program ini tetapi pengalaman perit jerih menghabiskan Porgram NPQEL ini amat mencabar. Nor Hamizah binti Abdul Hamid Peserta NPQEL Ambilan 1/2018

ISBN 978-967-0504-76-6

9 78967 0 5 0 4766

http://iab.moe.edu.my

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.