INSTITUT AMINUDDIN BAKI Kementerian Pendidikan Malaysia Bandar Enstek, 71760 Nilai Negeri Sembilan
Diterbitkan oleh: Unit Penerbitan INSTITUT AMINUDDIN BAKI Kementerian Pendidikan Malaysia Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel: 06-7979 200 Faks: 06-7079 300 www.iab.edu.my
Hak Cipta Terpelihara @ 2020 Institut Aminuddin Baki Institut Aminuddin Baki Kampus Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara baik dengan cara elektonik, mekanikal, penggambaran semula, rakaman atau sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia Semua kertas kerja yang dibentangkan dalam Kolokium Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 di Institut Aminuddin Baki, Kompleks Pendidikan Nilai, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus (ISBN 978-967-0504-95-7)
Pengurus Penerbitan Aziah binti Samichan Hjh Nor Hasimah binti Hashim
Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf Zamzurie Ab Latiff Tajul Ariffin Mat Yusop
Pencetak PRECIOUS PRINT SDN BHD No. 28, Jalan SC 5/B, Pusat Perindustrian Sg. Chua, 43000, Kajang Selangor
PROSIDING KOLOKIUM: PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN Penaung Dato’ Haji Tajuddin bin Mohd Yunus, Ph.D Pengarah Institut Aminuddin Baki Penasihat Haji Abd Razak bin Manaf, Ph.D Timbalan Pengarah Kanan Kluster Profesional Institut Aminuddin Baki Datuk Haji Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Ph.D Timbalan Pengarah Kanan Kluster Khidmat Latihan Institut Aminuddin Baki Ekerim a/p Din Chen, Ph.D Ketua Pusat Dokumentasi dan Penerbitan Institut Aminuddin Baki Zainuren bin Haji Mohd Nor Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands Penulis Peserta InPeKS Kohort 2018 Pensyarah Pembimbing IAB 2018 Editor Aziah binti Samichan Hjh. Nor Hasimah binti Hashim Meriam binti Allias Norhayati binti Aziz @ Esa Nik Karimah binti Nik Hassan Noor Mala binti Othman
Hamsiah binti Mohd Dahalan YM Raja Ibrahim bin Raja Midin Wahab bin Muda Ph.D Jamelaa Bibi binti Abdullah Ph.D Ahzan Salvina Wati binti Ahmad
KANDUNGAN
Prakata Pengarah Institut Aminuddin Baki
xxi
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
xxii
Senarai Jadual
x-xv
Senarai Rajah
xvi-xviii
Senarai Gambar
xix
KERTAS-KERTAS PEMBENTANGAN: KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN 1. MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR
1
Oleh Abdul Razak bin Ibrahim Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan, Kluang, Johor Nor Kamsiah binti Jaapar, IAB & Samsudin bin Haron Pegawai SIP+ PPD Kluang 2. PROJEK SENTUHAN KASIH BAHASA MELAYU Oleh Md Hasram bin Omar, Pengetua SMK Munshi Abdullah Kulai Johor Nor Kamsiah binti Jaapar, IAB & Azman bin Safii, Pegawai SIP+ PPD Kulai
17
3. INFO DI HUJUNG JARIKU 29 Oleh Mohd Yusof bin Said, Pengetua SMK Seri Bemban Dr. Ekerim a/p Din Chen, IAB, & Johari bin Bakar, Pegawai SIP+ PPD Jasin 4. PROGRAM MeKAR DINAMIK 41 Oleh Mustapah bin Mulop, Pengetua, SMK Rahmat, Dr. Ekerim a/p Din Chen, IAB & Hazmi bin Ali, Pegawai SIP+ PPD Alor Gajah 5. PAJSK PENGGERAK KEJAYAAN SEKOLAH Oleh Haji Abdul Rahman bin Safar, Pengetua SMK Taman Indah, Raja Ibrahim bin Raja Midin, IAB & YM Raja Azahar bin Raja Sulaiman Pegawai SIP+PPD Tampin
49
6. BAHASA MELAYU PENGGERAK PENCAPAIAN SEKOLAH Oleh Haji Md Nazri bin Haji Hassan, Pengetua SMK Bahau 2, Raja Ibrahim bin Raja Midin, IAB & Zamrud binti Redzuan SIP+ PPD Jempol/Jelebu
59
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
v
7. SMKTMku_HEBAT: JOM KE SEKOLAH 69 Oleh Khanah@Rohanah binti Mamat, Pengetua SMK Taman Medan Nor Hasimah binti Hashim, IAB & Rosita Wati binti Abdul Aziz, Pegawai SIP+ PPD Petaling Utama 8. SINERGI KECEMERLANGAN AKADEMIK 81 Oleh Siti Rahimah binti Tormodi, Pengetua, SMK Sultan Abdul Samad Suriani binti Sulaiman, IAB & Mohd Shahrul Iza bin Ismail, Pegawai SIP+ PPD Klang 9. SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU (SPOT V01) Oleh Yusaini bin Salleh, Pengetua SMK Bagan Terap Suriani binti Sulaiman, IAB & Rohani binti Marjuki, SIP+ PPD Sabak Bernam
91
10. PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID Oleh Subramaniam A/L Veeriah, Pengetua SMK Sungai Pari Dr. Balasandran a/l Ramiah, IAB & Mohd Kamil Abdul Rahman Pegawai SIP+ PPD Kinta Utara
101
11. PROGRAM KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-anak Ke Sekolah) Oleh Abdul Aziz bin Ibrahim, Pengetua, SMK Dato’ Idris, Perak Hamsiah binti Mohd Dahalan, IAB & Ahmad Zamili bin Mokhtar Pegawai SIP+ PPD Manjung, Perak
111
12. PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) Oleh Zainal bin Hj Umar, Pengetua, SMK Matang, Taiping, Perak Hamsiah binti Mohd Dahalan, IAB & Ahmad Abas bin Saidin Pegawai SIP+ PPD Larut Matang Selama
119
13. PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…] Oleh Anuar bin Ibrahim, Pengetua Smk Westland, Georgetown Noor Hashimah binti Hashim, IAB & Izemar bin Jamaludin SIP+ PPD Timur Laut
131
14. CAknA (Cakna Akhlak dan Akademik) 145 Oleh Dr. Roslan bin Yusof, Pengetua, SMK Hutching, Georgetown Noor Hashimah binti Hashim, IAB & Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan Pegawai SIP+ PPD Timur Laut 15. PROJEK DOUBLE “C” 157 Oleh Purizah binti Abd. Lateh, Pengetua, SMK Guar Nangka Norihan binti Azizan, IAB & Siti Hatifah binti Yahya JPN Perlis 16. MELANGKAH KE SEKOLAH 165 Oleh Azmi bin Othman, Pengetua SMK Lebai Man Norihan binti Azizan & Dr. Azahari bin Abdullah, Pegawai SIP+ PPD Kuala Muda Yan
vi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
17. KAPOJE MAPAN 175 Oleh En Mazlan bin Ali, Pengetua SMK Jeneri, Sik, Hajah Siti Arija binti Abd Rahman, IAB & Haji Asmadi bin Abdul Rahim@Yusoff, Pegawai SIP+ PPD Sik 18. AnAz HEBAT 187 Oleh Nur’asikin binti Othman, Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz, Hajah Siti Arija binti Abd. Rahman, IAB & Azimah binti Mahmud Timbalan PPD Kota Setar 19. PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR Oleh Hajjah Sahilah binti Ahmad, Pengetua SMK Pokok Sena 2, Dr Abd Wahab bin Muda, IAB & Salleh bin Yusof, Pegawai SIP+ PPD Kota Setar
199
20. PEMUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL Oleh Puan Siti Rubiah binti Mohd Arshad, Pengetua SMK Jerlun Dr. Abd Wahab bin Muda, IAB & Mukhtar Mansor Pegawai SIP+ PPD Kubang Pasu
207
21. DAJ DI HATI KU 215 Oleh Mohamad bin Muda, Pengetua, SMK Datuk Awang Jabar Dr. Hajjah Akma binti Hj. Abd. Hamid, IAB & Abdul Rahim bin Mat Zin, Pegawai SIP+ PPD Marang 22. SMoCS COMEY 225 Oleh Pn. Hajah Rusmawati binti Mahmood, Pengetua SMK Chalok, Model Khas Setiu, Terengganu, Dr. Hajah. Akma binti Abd Hamid, IAB & Wan Yaacob bin Wan Ibrahim, Pegawai SIP+ Setiu 23. ProPPLus IMPAKS 235 Oleh Azuri bin Hj Hamzah, Pengetua SMK Sungai Asap Norita binti Ismail, IAB & Dr Ting Len Siong, Pegawai SIP+ PPD Gua Musang 24. PERMATA RIMBA 245 Oleh Nik Mohamad bin Yusof, Pengetua SMK Sri Wangi Norita binti Ismail, IAB & Haji Mohd Sauki bin Hussin Pegawai SIP+ PPD Gua Musang 25. MASIH ADA YANG SAYANG 253 Oleh Abd Naser bin Othman, Pengetua, SMK Prai Hamzah bin Said, IAB & Rosli bin Md Radzi, Pegawai SIP+PPD Seberang Perai 26. “KITA GOMO” 261 Oleh Mohd Anuar bin Ibrahim, Pengetua, SMK Sungai Petai Hamzah bin Said, IAB & Haizan binti Zakaria, Pegawai SIP+PPD Pasir Puteh
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
vii
27. PROGRAM PROBi 271 Oleh Masdi bin Abdul, Pengetua SMK Tekek, Pulau Tioman Puan Meriam binti Allias, IAB & Tuan Haji Azaman bin Ahmad Pegawai SIP+ PPD Pekan 28. PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU Oleh Gambalidah binti Mohd Jahiri, Pengetua SMK Tagasan Hamizi bin Osman, IAB & Linna binti Hassan, Pegawai SIP+ PPD Semporna
285
29. MeKAB 291 Oleh Tuan Haji Johan bin Haji Okasa, Pengetua SMK Bum Bum Semporna, Sabah, Hamizi bin Osman, IAB & Linna binti Hassan PPD Semporna 30. PROGRAM HIMS (HIGH IMPACT MANAGEMENT SKILLS) Oleh Dr. Dalmansa bin Tahil, Mantan Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah, Tn. Hj. Hamzah bin Abd. Wahid Pengetua SMK Paris, Kinabatangan, Sabah, Mohd Zaidi bin Basir, IAB & Abdul Malek bin Abdul Rahim, Pegawai SIP+ PPD Kinabatangan
299
31. PIBK SEBAGAI RAKAN SINERGI SEKOLAH Oleh En. Jaiman bin Lumak, Pengetua, SMK Entilibon, Telupid-Tongod Mohd Zaidi bin Basir, IAB & Kaipin@Haipin bin Sahimin, Pegawai SIP+ PPD Tongod Telupid
311
32. “ELU COME NGISKUL” 323 Oleh Tuan Haji Abd Hassan bin Haji Bennah, Pengetua SMK Kabogan Semporna, Sabah, Siti Anidah binti Mahadi, IAB & Ibnu bin Jaani, Pegawai SIP+ PPD Semporna 33. SINAR PERKASA 335 Oleh Tengku Mohd Nazri bin Tengku Anang Pengetua, SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah Siti Anidah binti Mahadi, IAB & Ibnu bin Jaani, SIP+ PPD Semporna 34. MINDA NUKLEAR & 1WEEK1GROUP1ESSAY 345 Oleh Johnny Apin, Pengetua, SMK Ulu Sugut (Malinsau) Ranau, Sabah, Mariani binti Rahim, IAB & Saridih bin Ahmad, Pegawai SIP+ PPD Ranau 35. 90PLUS 355 Oleh Shahrizan bin Abdullah, Pengetua SMK Telaga Mariani binti Rahim, IAB & Yong Ka Moi @ Yong Nyuk Moi Pegawai SIP+ PPD Pitas 36. CAKNA KEHADIRAN 363 Oleh Mail bin Suanda, Pengetua SMK Chinta Mata, Dr. Jamelaa Bibi bt Abdullah, & Pn. Lian Fe Chu, Pegawai SIP+ Tenom
viii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
37. PROJEK 40:60 375 Oleh Rohani binti Ramlee, Pengetua SMK Taun Gusi 2 Dr. Jamelaa Bibi binti Abdullah, IAB & Dr. Zakaria binti Othman, Pegawai SIP+ PPD Kota Belud 38. SENTUHAN KASIH 383 Oleh Idris bin Ngah Mat Ariffin, Pengetua SMK Seri Teja Dr. Balasandran a/l Ramiah, Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara & SAIFUL AZMAN Pegawai SIP+ PPD Kinta Selatan 39. MUN SIK KITA, SAPA AGIK? (KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?) Oleh Mohammad bin Brahim, Pengetua SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak Dr. Hamidon bin Abd Rahman, Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands & Hj. Shbini Bin Saini, Pegawai SIP+ PPD Samarahan
391
40. ENHANCING ENGLISH THROUGH HIP 403 Oleh Encik Nedumaran a/l Lingappan, Pengetua SMK Serian, Sarawak
LAMPIRAN
A. MAKLUMAT PROGRAM 414 B. SENARAI NAMA PENSYARAH PEMBIMBING
415
C. SEKALUNG BUDI 416
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ix
SENARAI JADUAL Perkara
Halaman
JADUAL 1.1:
Maklumat dan Profil SMK Seri Intan
3
JADUAL 1.2:
Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peratus Lulus (%) SPM
4
JADUAL 1.3:
Perbandingan Keputusan Bahasa Melayu SPM dengan ETR
4
JADUAL 1.4:
Perbandingan Keputusan SPM Sejarah dengan ETR
5
JADUAL 1.5:
Analisis SWOT Mata Pelajaran Bahasa Melayu
6
JADUAL 1.6:
TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Subjek Bahasa Melayu)
7
JADUAL 1.7:
Analisis SWOT Subjek Sejarah
8
JADUAL 1.8:
TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Mata Pelajaran Sejarah)
JADUAL 1.9:
Analisis Pencapaian SPM Dengan Projek Yang Dijalankan
13
JADUAL 2.1:
Keputusan SPM 2015 Hingga 2018
18
JADUAL 2.2:
Analisis Keputusan Bahasa Melayu Tahun 2013 hingga 2018
19
JADUAL 2.3:
Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT Keputusan Bahasa Melayu (2013-2018)
20
JADUAL 2.4:
Penjanaan Strategik melalui TOWS Matriks
21
JADUAL 2.5:
Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan
22
JADUAL 2.6:
Senarai Strategi Mengikut Keutamaan
22
JADUAL 2.7:
Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2018
23
JADUAL 2.8:
Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2019
25
JADUAL 2.9:
Analisis Lulus Bahasa Melayu SPM 2019 Mengikut Kaum
26
JADUAL 3.1:
Mengenal Pasti Masalah Melalui Analisis Data
31
JADUAL 3.2:
Matriks Ranking Digunakan Untuk Memilih Keutamaan Program
32
JADUAL 3.3:
Mengenal Pasti Keperluan Guru Melalui Analisis Jurang
34
JADUAL 3.4:
Model Kotter Digunakan Ke Arah Pembangunan Kapasiti Guru
35
JADUAL 3.5:
Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah SMK Seri Bemban
35
JADUAL 6.1:
Mengenal Pasti Masalah Menggunakan Analisis SWOT
63
JADUAL 6.2:
Penjanaan Strategik Melalui TOWS Matriks
64
JADUAL 6.3:
Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga (3) Tahun SMK Bahau 2
65
JADUAL 6.4:
Pelan Tindakan SMKB2
66
JADUAL 7.1:
Profil Sekolah SMK Taman Medan
70
JADUAL 7.2:
Purata Kehadiran Murid, Keputusan SPM dan PT3 Tahun 2018
70
JADUAL 7.3:
Analisis Persekitaran (SWOT/SWOC)
71
JADUAL 7.4:
Isu Strategik Yang Telah Dijana Berdasarkan Analisis TOWS Matriks
72
x
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
9-10
JADUAL 7.5:
Pemilihan Inisiatif / Strategi Berdasarkan Jadual Pemberatan
73
JADUAL 7.6:
Pemetaan Tiga Tahun SMK Taman Medan
75
JADUAL 7.7:
Pelan Taktikal SMK Taman Medan
75
JADUAL 7.8:
Kehadiran Murid ke Sekolah Mengikut Bulan Bagi Tahun 2018 dan 2019
77
JADUAL 7.9:
Perbandingan Kehadiran Penuh Murid Tahun 2018 dan 2019
78
JADUAL 7.10:
Impak Program Jom Ke Sekolah Terhadap Pencapaian Akademik Murid
78
JADUAL 8.1:
Maklumat dan Profil SMK SAS
82
JADUAL 8.2:
Keputusan SPM 2015 Hingga 2019
83
JADUAL 8.3:
Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT
84
JADUAL 8.4:
Pemetaan Sinergi Kecemerlangan BM dan Sejarah
86
JADUAL 8.5:
Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah
88
JADUAL 8.6:
Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu
89
JADUAL 9.1:
Maklumat dan Profil SMK Bagan Terap
92
JADUAL 9.2:
Keputusan SPM 2016 hingga 2019
93
JADUAL 9.3:
Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT
JADUAL 9.4:
Pemetaan Tiga Tahun Program Peningkatan Kehadiran Murid SMK Bagan Terap
95
JADUAL 10.1:
Profil SMK Sungai Pari
102
JADUAL 10.2:
Senarai Sekolah Yang Menuruni Gred Purata Sekolah (GPS)
102
JADUAL 10.3:
Pencapaian SPM SMK Sungai Pari Bagi tahun 2017
103
JADUAL 10.4:
Pencapaian Sejarah SPM Tahun 2017
103
JADUAL 10.5:
Pencapaian Bahasa Melayu SPM Tahun 2017
103
93-94
JADUAL 10.6:
Analisis SWOT
JADUAL 10.7:
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Sejarah
103-104 105
JADUAL 10.8:
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
105
JADUAL 10.9:
Pencapaian GPS SPM Tahun 2018
107
JADUAL 10.10:
Keberhasilan Mengikut Gred Purata Sekolah Untuk Tiga Tahun (2017-2019)
107
JADUAL 10.11:
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Sejarah
108
JADUAL 10.12:
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
108
JADUAL 10.13:
Data Kehadiran Murid 2018
109
JADUAL 11.1:
Pemetaan Perubahan Tiga (3) Tahun
113
JADUAL 11.2:
Peratus Kehadiran Bulanan
114
JADUAL 12.1:
Kerangka PDCA
122
JADUAL 12.2:
Rekod Mingguan Kehadiran Murid Kelas PIMAS
126
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xi
JADUAL 13.1:
Pencapaian GPS SPM dan Peratus Lulus SPM Bagi Tiga Tahun 2015 – 2017
132
JADUAL 13.2:
Peratus Kehadiran SMKWs Bagi 4 Tahun
133
JADUAL 13.3:
Perbandingan Peratus Purata Kehadiran Bulanan dan Tahunan 20152019
138
JADUAL 13.4:
Perbandingan Peratus Kehadiran Kelas Tahun 2018 dan 2019
139
JADUAL 13.5:
Carta Gantt Projek `SinAR`
143
JADUAL 14.1:
Peratus Kehadiran Kelas Mengikut Tahun 2017,2018 dan 2019
151
JADUAL 14.2:
Pemetaan 3 Tahun (2019-2021)
153
JADUAL 14.3:
Pelan Tindakan / Taktikal Sekolah 2019
154
JADUAL 15.1:
Perbandingan Analisis Peperiksaan Tahun 2019
162
JADUAL 16.1:
Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran (SWOC)
JADUAL 16.2:
Kriteria Pemilihan Strategi
JADUAL 16.3:
Pelan Taktikal
170-171
JADUAL 16.4:
Pelan Operasi
171
JADUAL 16.5:
Data Kehadiran
173
JADUAL 17.1:
Maklumat dan Profil SMK JENERI
JADUAL 17.2:
Anaslisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT
178
JADUAL 18.1:
Enrolmen Pelajar 2015- 2019
188
JADUAL 18.2:
Mata Pelajaran dan keputusan SPM 2018
188
JADUAL 18.3:
Keputusan SPM 2014 -2018 (Gred Purata)
189
JADUAL 18.4:
Analisis Isu
190
JADUAL 18.5:
Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT
190
JADUAL 22.1:
Peratus Kehadiran Murid Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
216
JADUAL 22.2:
Analisis Persekitaran (SWOT)
217
JADUAL 22.3:
Peratus e-Kehadiran Setengah Tahun Pertama
222
JADUAL 22.4:
Peratus Kehadiran Murid SMK Datuk Awang Jabar (Julai – September 2019)
222
JADUAL 23.1: Peratus Kehadiran Pelajar SMK Chalok Model Khas
168-169 170
176-177
232
JADUAL 23.2:
Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM Tahun 2018 Berbanding 2019
233
JADUAL 24.1:
Analisis SWOT SMK Sungai Asap
237
JADUAL 24.2:
Analisis Jurang
238
JADUAL 24.3:
Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun SMK Sungai Asap
240
JADUAL 24.6:
IMPAKS Diri
241
JADUAL 24.7:
Pelaksanaan ProPPLus
241
JADUAL 24.8:
Pencapaian Sasaran ProPPLus IMPAKS
242
xii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
JADUAL 24.9:
Analisis Pencapaian KPI ProPLus IMPAKS
242
JADUAL 25.1:
Peratus Kehadiran Murid ke Sekolah
251
JADUAL 26.1:
Profil SMK Prai
JADUAL 26.2:
Jadual Statistik Guru, Staf dan Murid
255
JADUAL 26.3:
Pencapaian Bahasa Melayu 2016-2018
255
JADUAL 26.4:
Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM
255
JADUAL 26.5:
Jadual Analisis SWOT
257
JADUAL 26.6:
Pemetaan Tiga Tahun Pelan Pemajuan
258
JADUAL 26.7:
Time Line Pelaksanaan Program (Carta Gantt)
259
JADUAL 26.8:
Keberhasilan Program
260
JADUAL 27.1:
Senarai Nama Pengetua di SMK Sungai Petai
262
JADUAL 27.2:
TOWS Matriks Kurikulum
263
JADUAL 27.3:
TOWS Matriks Hal Ehwal Murid (HEM)
264
JADUAL 27.4:
Pencapaian Peratus Lulus dan GPS SPM
264
JADUAL 27.5:
Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
265
JADUAL 27.6:
Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan Ke Atas
265
JADUAL 27.7:
Kehadiran Murid Ke Sekolah
265
JADUAL 27.8:
Program Bidang Kurikulum
266
JADUAL 27.9:
Program Bidang HEM
267
JADUAL 27.10:
Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2019
268
JADUAL 27.11:
Analisis Peratus Lulus SPM 2019
268
254-255
JADUAL 27.12: Pencapaian Sejarah dan Bahasa Melayu SPM 2019
268
JADUAL 27.13:
Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan Ke atas
268
JADUAL 28.1:
Profil SMK Tekek
272
JADUAL 28.2:
Keputusan SPM 2014 Hingga 2019
273
JADUAL 28.3:
Perbandingan GPMP SPM (6 Tahun)
280
JADUAL 29.1:
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
289
JADUAL 29.2:
Ujian Penulisan Karangan, Tatabahasa dan KOMSAS
290
JADUAL 30.1 :
Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018
296
JADUAL 30.2 :
Data Perbandingan PPT dan PPC Bagi Tahun 2016 -2019
296
JADUAL 30.3 :
Data Pelajar SPM 2019
296
JADUAL 30.4:
Data PPT2019 (Ujian Pra) dan PPC2019 (Ujian Pos)
296
JADUAL 30.5:
Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018
297
JADUAL 31:1
Maklumat dan Profil SMK Paris
300
JADUAL 31.2:
Keputusan SPM 2016 - 2019
301
JADUAL 31.3:
Proses Pelaksanaan Program Kecemerlangan Sekolah
304
JADUAL 31.4:
P-O-L-C
307
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xiii
JADUAL 32.1:
Maklumat dan Profil SMK Entilibon
312
JADUAL 32.2:
Keputusan SPM 2016 - 2019
313
JADUAL 32.3:
Keputusan SPM 2016 - 2019
314
JADUAL 32.4:
PDCA
315
JADUAL 32.5:
Business Model Canvas, Alexander Osterwalder, 2005
320
JADUAL 33.1:
SWOT SMK Kabogan
326
JADUAL 33.2:
Peratus Kehadiran Pelajar Pada 2019
328
JADUAL 33.3:
Laporan Analisis SSDM
330
JADUAL 33.4:
Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun
331
JADUAL 33.5:
Peratus Kehadiran Pelajar Rendah
332
JADUAL 33.6:
Isu, Strategik, Matlamat, Objektif dan KPI
332
JADUAL 33.7:
Pelan Taktikal
333
JADUAL 33.8:
Pelan Operasi
333
JADUAL 34.1:
GPS dan Peratus Lulus SPM
336
JADUAL 34.2:
GPMP dan Peratus Lulus Sejarah
336
JADUAL 34.3:
Analisis SWOT Meningkatkan GPMP Sejarah
337
JADUAL 34.4:
Senarai Strategi Yang Diperoleh dari TOWS Matriks
338
JADUAL 34.5:
Pemilihan Strategi Melalui Matriks Ranking
338
JADUAL 34.6:
Pelan Taktikal Peningkatan Sejarah
339
JADUAL 34.7A-C:
Pelan Operasi Peningkatan Sejarah
340
JADUAL 34.8:
Laporan Pelaksanaan PLC 2019
341
JADUAL 34.9:
Perbandingan Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Dengan Peperiksaan Percubaan SPM 2018 dan 2019
343
JADUAL 34.10:
Pelan Pembangunan Sekolah (Three feet Plan)
344
JADUAL 35.1:
Pemetaan 3 tahun Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay
348
JADUAL 35.2:
Jadual Bertugas Klinik Matematik
350
JADUAL 35.3:
Jadual Pelaksanaan Program 1Week1Group1Essay
351
JADUAL 35.4:
Penguasaan 4 topik Matematik Kertas 2, Bahagian B, SPM Bagi Klinik Matematik
352
JADUAL 35.5:
Pencapaian Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay
353
JADUAL 36.1:
Peratus Kehadiran Pelajar Tahun 2016-2018
357
JADUAL 36.2:
Pengisian Aktiviti dalam Projek 90plus
358
JADUAL 36.3:
Borang-Borang Kawalan Projek
359
JADUAL 36.4:
Pemetaan dan Prestasi Tiga Tahun Projek 90plus
360
xiv
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
JADUAL 36.5:
Peratus Kehadiran Pelajar Setiap Bulan Bagi Tahun 2019
360
JADUAL 37.1:
Gred Purata Sekolah
364
JADUAL 37.2:
Kehadiran dan Ponteng Sekolah
364
JADUAL 37.3:
Punca Ketidakhadiran murid 2018
365
JADUAL 37.4:
Pemetaan Tiga Tahun
366
JADUAL 37.5:
Carta Gantt Perancangan Program Mengatasi Ketidakhadiran
366
JADUAL 37.6:
Bilangan Kampung Paling Ramai Ponteng
368
JADUAL 37.8:
Keseluruhan Bilangan dan Peratus Ponteng Januari - September 2019
370
JADUAL 37.9:
Bilangan dan Peratus Ponteng Januari – September 2019
370
JADUAL 37.10:
Status Kehadiran dan Ponteng Keseluruhan Januari – September 2019
371
JADUAL 37.11:
Bilangan Pelajar Tinggal di asrama Mengikut Kampung Kadar Tertinggi Ponteng
372
JADUAL 38.1:
Pemetaan Perancangan Tiga Tahun Projek 40:60
378
JADUAL 38.1:
Pemetaan Perubahan Tiga Tahun SMK Seri Teja
385
JADUAL 38.2:
Analisis Kehadiran Harian Tahun 2018
386
JADUAL 39.1:
Profil Sekolah
393
JADUAL 39.2:
ABM Perjawatan dan Pengisian Sebenar
393
JADUAL 39.3:
Prestasi Akademik
394
JADUAL 39.4:
Analisis Kehadiran Murid
394
JADUAL 39.5:
Analisis SWOT
395
JADUAL 39.6:
Penjanaan Strategi berdasarkan Matriks TOWS
396
JADUAL 39.7:
Pengisian Program SMK Sadong Jaya
399
JADUAL 39.8:
Analisis Skor Penarafan Sekolah SKPMg2
400
JADUAL 39.9:
Analisis Penyertaan dan Pencapaian Kokurikulum
400
JADUAL 39.10:
Pelibatan Ibu Bapa/Komuniti dalam e Sarana
400
JADUAL 40.1:
Profil Sekolah
404
JADUAL 40.2:
Keputusan SPM untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019
406
JADUAL 40.3:
Keputusan SPM Bahasa Inggeris untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019
406
JADUAL 40.4:
Keputusan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 2018
406
JADUAL 40.5:
Analisis SWOT Bahasa Inggeris
407
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xv
SENARAI RAJAH
Perkara
Halaman
RAJAH 1.1:
Sebab dan Akibat Murid Tidak Mencapai Expected Target Results (ETR) SPM
7
RAJAH 1.2:
Sebab dan Akibat Murid Tidak Mencapai Peratus Lulus Subjek Sejarah Dalam SPM
9
RAJAH 1.3:
Pemilihan Aktiviti Keutamaan Mengikut Impak dan Kemudahtadbiran
12
RAJAH 2.1:
Rajah Tulang Ikan Ishikawa Bagi Mengenal Pasti Punca Pencapaian Bahasa Melayu Tidak Mencapai Expected Target Results (ETR) Dalam Peperiksaan SPM
19
RAJAH 2.2:
Respon Murid Berkaitan Persediaan Murid Menghadapi Peperiksaan (Aspek Sikap)
26
RAJAH 2.3:
Pengetahuan Berkaitan Format Peperiksaan (Aspek Ilmu)
26
RAJAH 2.4:
Aspek Kemahiran Murid Menjawab Peperiksaan
27
RAJAH 2.5:
Kesedaran Berkaitan Meningkatkan Keputusan Peperiksaan
27
RAJAH 3.1:
Infografik SMK Seri Bemban
30
RAJAH 3.2:
Isu Yang Dikenal Pasti
32
RAJAH 3.3:
Membangun Kapasiti Guru
33
RAJAH 3.4:
Pemetaan Hala Tuju Sekolah (Mindscaping)
34
RAJAH 3.5:
Pemantauan Penggunaan QR Code melalui One-Page-ProjectManagement (OPPM) dari Januari –Mei 2019
36
RAJAH 3.6:
Pemantauan Penggunaan QR Code Melalui One-Page-ProjectManagement (OPPM) dari Januari –Mei 2019
36
RAJAH 3.7:
Keberhasilan daripada Penggunaan QR Code
37
RAJAH 3.8:
Analisis Trend Pencapaian Akademik (Peratus Lulus) SMK Seri Bemban
38
RAJAH 3.9:
Output Keberhasilan SMK Seri Bemban
38
RAJAH 4.1:
Peratus Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
45
RAJAH 4.2:
Peratus Peningkatan Markah Bahasa Melayu dan Sejarah
46
RAJAH 4.3:
Peratus Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
46
RAJAH 5.1:
Pencapaian GPS Kokurikulum SMK Taman Indah
54
RAJAH 5.2:
Perbandingan Peratus Kehadiran Murid Kohort 2018 dan Kohort 2019
56
RAJAH 5.3:
Perbandingan Peratus Lulus 2018 dan 2019
56
RAJAH 5.4:
Perbandingan GPS 2018 dan 2019
56
xvi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
RAJAH 6.1:
Isu-isu Utama di SMK Bahau 2
60
RAJAH 6.2:
Gred Purata Sekolah SPM Tahun 2014-2019
61
RAJAH 6.3:
Perbandingan Kehadiran Murid SMKB2 Tahun 2018 Dengan 2019
61
RAJAH 6.4:
Rajah Tulang Ikan Ishikawa Digunakan untuk Mengenal pasti masalah di SMKB2
62
RAJAH 7.1:
Perbandingan Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2018 Dan 2019
77
RAJAH 8.1:
Tulang Ikan Ishikawa Diguna Pakai Untuk Mengenal Pasti Punca Masalah Isu Dalam Pencapaian Bahasa Melayu
85
RAJAH 8.2:
Tulang Ikan Ishikawa Digunapakai Untuk Mengenal Pasti Punca Masalah Isu Dalam Pencapaian Sejarah
85
RAJAH 9.1:
Tulang Ikan Ishikawa Digunapakai Untuk Mengenal Pasti Sebab-Akibat
94
RAJAH 9.2:
Purata Pencapaian SPOT Sehingga OGOS 2019
97
RAJAH 9.3:
SPOT (Sistem Pemantauan Orang Tertentu)
99
RAJAH 9.4:
Contoh Analisis SPOT (1)
99
RAJAH 9.5:
Contoh Analisis SPOT (2)
99
RAJAH 10.1
Mengenal pasti Punca GPMP Sejarah dan Bahasa Melayu Kurang Berkesan Menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa
104
RAJAH 10.2:
Analisis GPS Calon SPM 2018, Daerah Kinta Utara
107
RAJAH 10.3:
Peratus Kehadiran Murid 2018 (Jan - Mac)
109
RAJAH 11.1:
Peta Sekolah (Sumber: Google map.com)
112
RAJAH 11.2:
Analisis Tulang Ikan Ishikawa
114
RAJAH 11.3:
Perbandingan Kehadiran Murid Tahun 2018 dan 2019
116
RAJAH 11.4:
Impak ProPeKS Kepada Kehadiran Murid ProPeKS Sehingga September 2019
116
RAJAH 11.5:
Impak Murid ProPeKS Dalam Subjek Bahasa Melayu dan Sejarah
117
RAJAH 12.1:
Sebab dan Akibat
125
RAJAH 12.2:
Graf Kehadiran Murid
126
RAJAH 13.1:
Peratus Kehadiran Murid Berfokus Tingkatan 5
140
RAJAH 13.2:
Bilangan Murid Memakai Songkok Mengikut Tingkatan
140
RAJAH 18.1:
Analisis SPM 2014 –SPM 2018
194
RAJAH 24.1:
Rajah Diamond Nine
239
RAJAH 24.2:
Sebab dan Akibat
240
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xvii
RAJAH 24.3:
Pencapaian Peratus Layak Sijil SPM Dengan ProPPLus IMPAKS
242
RAJAH 24.4:
Pencapaian GPS SPM DenganProPPLus IMPAKS
243
RAJAH 25.1:
Sebab dan Akibat
247
RAJAH 28.1:
Piramid Pembelajaran
274
RAJAH 31.1:
Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Kepimpinan SMK Paris Kurang Menyerlah)
303
RAJAH 31.2:
Model P-O-L-C
306
RAJAH 32.1:
Model Enam Jenis Penglibat Epstien
314
RAJAH 32.2:
Kerangka Pengurusan PDCA Deming
315
RAJAH 32.3:
Sebab Dan Akibat Tulang Ikan Ishikawa
317
RAJAH 32.4:
Hubungan Tiga Dimensi Sekolah, Ibu bapa dan Komuniti
319
RAJAH 32.5:
Kemahiran Berkomunikasi
320
RAJAH 33.1:
Gred Purata Mata Pelajaran SPM Dalam Tempoh Dua (2) Tahun (2017-2018)
325
RAJAH 33.2:
Gred Purata Mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 Dalam Tempoh Dua (2) Tahun (2018-2019)
325
RAJAH 33.3:
Pencapaian Murid Dalam Bidang Kokurikulum
325
RAJAH 33.4:
Rajah Tulang Ikan Ishikawa
326
RAJAH 33.6:
Program Intervensi
328
RAJAH 34.1:
Analisis Isu: Rajah Tulang Ikan Ishikawa
337
RAJAH 34.2:
Peratus Lulus GPMP Sejarah
343
RAJAH 35.1:
Groups’ Tracking Progress Chart
351
RAJAH 38.1:
Analisis Tulang Ikan Ishikawa SMK Seri Teja
386
RAJAH 38.2:
Perbandingan Kehadiran Pelajar 2018 dan 2019
388
RAJAH 39.1:
Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Sebab Akibat)
395
xviii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENARAI GAMBAR
Perkara
Halaman
Gambar 12.1 & 12.2:
Aktiviti Program i-Success, PIMAS SMK Matang, Perak
130
Gambar 18.1:
Sumbangan dari Caltex Cevron My Kasih Foundation: 2 set EV3 Lego Robotic
194
Gambar 18.2:
Sesi Penggambaran Video Fuel Your School
194
Gambar 18.3:
Suasana Harmoni di Sekolah Dengan Pelbagai Kaum
195
Gambar 18.4:
Sijil Pengiktirafan Unit HEM Peringkat Kebangsaan
196
Gambar 23.1a & 23.1b:
Surau Perempuan
227
Gambar 23.2:
Sebelum Projek SMoCS
227
Gambar 23.3:
Pintu Masuk SMK Chalok, Setiu
228
Gambar 23.4:
Bangunan Sekolah
228
Gambar 23.5:
Ruang Solat Murid Perempuan Yang Berdinding dan Bahagian Hadapan Berbumbung
231
Gambar 23.6:
Pemandangan dari Luar Blok A Selepas Dicat Semula
231
Gambar 23.7:
Pemandangan Hadapan Sekolah (Pintu Pagar Utama) Selepas Diserikan Dengan Landskap Batuan dan Tanaman Hiasan
231
Gambar 23.8:
Mercu Tanda Menarik Yang Menjadi Kebanggaan Warga SMoCS Untuk Mengabadikan Kenangan di Sini
232
Gambar 33.1:
Seminar Keibubapaan
334
Gambar 33.2a:
Dialog Prestasi Bersama Dengan Ibu bapa
334
Gambar 33.2b:
Dialog Prestasi Bersama Dengan Ibu bapa
334
Gambar 34.1a & b:
PLC Panitia Sejarah dan PLC Bersama Guru Cemerlang Sejarah
341
Gambar 34.2:
Aktiviti Jom Membaca
342
Gambar 34.3:
Projek Cakna Guru
342
Gambar 38. 1
Lokasi SMK Seri Teja
384
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xix
xx
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Prakata
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh Salam Sejahtera
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya penulisan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan Tahun 2020: Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) Kohort 2018 ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Buku prosiding ini merupakan kompilasi kertas laporan projek yang ditulis oleh pengetuapengetua dalam pembentangan Kolokium PCIP tahun 2020. Sebanyak 40 kertas projek telah berjaya dibukukan dalam prosiding ini bertujuan untuk berkongsi hasil kejayaan program-program di sekolahsekolah yang diterajui oleh pengetua-pengetua cemerlang. Sesungguhnya, pendokumentasian kisahkisah kejayaan sebegini mampu memberi idea kepada pemimpin-pemimpin sekolah yang lain dalam memacu kecemerlangan sekolah yang diterajui. Penganjuran kolokium ini adalah bertepatan dengan objektif program InPeKS iaitu sebagai wadah perkongsian amalan-amalan terbaik di sekolah. Semoga platform sebegini akan menjadi titik mula kepada pembudayaan amalan perkongsian dalam kalangan warga pendidik tanpa mengira peringkat mahupun skala penglibatan. Bagi pihak pengurusan IAB, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menulis, menyelia, menyunting serta menerbitkan buku ini. Semoga penerbitan buku ini dapat memberi inspirasi kepada para pemimpin sekolah serta warga pendidikan amnya dalam usaha memajukan sekolah masing-masing.
Sekian. Terima kasih.
DATO’ DR. HAJI TAJUDDIN BIN MOHD YUNUS Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xxi
Kata Alu-Aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Syabas dan tahniah kepada Institut Aminuddin Baki serta semua pihak yang terlibat dalam penerbitan Prosiding Kolokium Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) Kohort 2018. Prosiding ini boleh dijadikan rujukan penting bagi pemimpin dan pemegang taruh pendidikan. Inisiatif #111: Pemantapan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di bawah Anjakan ke-5 dalam PPPM 2013-2025 menekankan penempatan pemimpin yang berprestasi tinggi di semua sekolah. Program Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) berusaha untuk merealisasikan sekolah transformasi demi kejayaan pelan ini. Justeru, penghasilan prosiding ini merupakan satu usaha KPM untuk merealisasikan aspirasi inisiatif ini. Saya yakin segala perkongsian pengalaman oleh peserta InPeKS ini akan memberi manfaat kepada semua warga pendidik khususnya dalam menjana kecemerlangan tanpa mengira lokasi sekolah. Hal ini kerana program InPeKS ini disertai oleh pemimpin sekolah dari serata tanah air dengan kepelbagaian konteks sekolah.
BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!
DATUK DR. HABIBAH ABDUL RAHIM Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
xxii
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Setiap Sekolah (Anjakan ke-5, PPPM 2013-2025)
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xxiii
xxiv
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KERTAS-KERTAS PEMBENTANGAN: KOLOKIUM PEMIMPIN CEMERLANG INSTITUSI PENDIDIKAN 2020
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
xxv
xxvi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR ABDUL RAZAK BIN IBRAHIM Pengetua Cemerlang SMK Seri Intan, Kluang, Johor Jea2038.1bestarinet.net NOR KAMSIAH BT. JAAPAR Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] SAMSUDIN BIN HARON Pegawai SIP+, PPD Kluang
ABSTRAK Salah satu elemen untuk mengukur prestasi sesebuah sekolah adalah tahap pencapaian akademiknya. Pencapaian GPS SPM bagi SMK Seri Intan pada tahun 2014 hingga 2017 adalah di antara 5.94 hingga 6.30 dan menjadikan sekolah ini sekolah fokus bimbingan PPD Kluang. Tinjauan awal mendapati prestasi rendah ini sering dikaitkan dengan budaya kerja guru yang kurang berdaya saing dan semangat berbangga dengan sekolah yang rendah dalam kalangan murid. Bagi mengatasi masalah ini, kajian tindakan ini dijalankan bagi membolehkan pasukan kepimpinan sekolah membuat perubahan. Menurut Elemen Kepimpinan Instruksional (Model Hallinger), perkara pertama yang perlu dilaksanakan ialah mendefinisikan misi sekolah, seterusnya mengurus program instruksional serta mewujudkan iklim pembelajaran positif. Sehubungan itu, sebagai kaedah penambahbaikan, pasukan kepimpinan sekolah telah mengambil inisiatif mewujudkan suasana ini melalui slogan sekolah “MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR.” Sasaran utama kajian ialah 136 orang calon SPM 2018 dan 31 orang guru yang mengajar mereka. Hasilnya, analisis daripada pemerhatian dan data kajian mendapati hala tuju sekolah mula dihayati dan semua warga sekolah mula menunjukkan cara bekerja yang lebih berkualiti dan berkesan. Walaupun impaknya belum mencapai tahap yang diharapkan dengan pencapaian GPS SPM tahun 2018 masih berada di takuk GPS lebih daripada 6.0, cara dan budaya kerja guru-guru telah berubah serta nilai telah dapat diterapkan dalam diri murid. Ringkasnya, slogan MENGGILAP INTAN MENCARI SINAR telah menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti sekolah dan kemenjadian murid. Antara pengajaran penting yang diperolehi ialah mengurus sekolah dalam dunia VUCA memerlukan hala tuju (VISI) yang jelas, kefahaman (UNDERSTANDING) yang jitu, gambaran yang jelas (CLARITY) dan ketangkasan bertindak (AGILITY). Kata kunci: mengurus perubahan, transformasi sekolah, penjenamaan semula sekolah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
1
Menggilap Intan Mencari Sinar
1.0
PENGENALAN
SMK Seri Intan (SMKSI ) mula beroperasi pada 17 Januari 2000. Nama itu diberi memandangkan sekolah ini terletak di Taman Intan dan rata-rata murid datang dari taman perumahan tersebut. Tapak sekolah ini meliputi kawasan seluas tujuh (7) ekar. Pendaftaran kumpulan murid perintis sekolah ini telah bermula pada 12 Januari 2000 seramai 450 orang murid. Pengetua pertama ialah Puan Hajah Masnah binti Mukhtaram. Beliau dibantu oleh 20 orang guru dan tiga (3) orang staf sokongan. Semasa pembukaan sekolah, terdapat 11 buah kelas pembelajaran, iaitu satu kelas Peralihan, lima (5) kelas Tingkatan 1, tiga (3) kelas Tingkatan 3 dan dua (2) kelas Tingkatan 4. Sekolah ini mempunyai tiga (3) blok utama, iaitu blok A, B dan C. Blok A menempatkan Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Seni dan Galeri Sejarah. Blok B menempatkan ruang pejabat, bilik jawatankuasa peperiksaan sekolah, bilik bimbingan dan kaunseling serta makmal komputer. Pembinaan Dataran Kejat, Gazebo Ilmu dan Balai Budaya yang telah siap merupakan penambahan kepada projek pembangunan prasarana sekolah. Pihak sekolah turut mementingkan keceriaan sekolah dengan pembinaan taman dan lanskap yang boleh merangsang daya intelek dan kreativiti pelajar. Pada tahun 2005, SMK Seri Intan diterajui oleh pengetua baharu, Puan Hajah Tumirah binti Samat dengan kekuatan guru seramai 56 orang. Bermula tahun 2007, SMKSI mendapat satu blok bangunan baharu. Bangunan tersebut menempatkan pejabat pentadbiran, makmal dan sebuah dewan terbuka. Selain itu, banyak penambahan prasarana lain seperti tempat letak kereta berbumbung, dan pusat semaian pokok hiasan. Pada tahun 2010, sekali lagi sekolah dipimpin oleh pengetua baharu iaitu Tuan Haji Mohamad bin Yusof. Bagi menyahut seruan kerajaan melalui dasar teknologi dan maklumat, pengetua mewajibkan penggunaan Frog VLE bagi menggantikan buku rekod mengajar serta pembinaan surau telah berjaya dilaksanakan. SMKSI dipimpin oleh Puan Hajah Siti Fatimah binti Umar bermula tahun 2014 sehingga tahun 2017. Kini bermula dari 1 Jun 2017, SMK Seri Intan diterajui oleh En. Abdul Razak bin Ibrahim.
2
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar
1.1 Profil Sekolah Berikut adalah profil Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Intan. Jadual 1.1: Maklumat dan Profil SMK Seri Intan Jenis Sekolah Status Sekolah Lokasi Daerah Pentadbiran PPD Sesi Persekolahan Jenis Bantuan Keluasan Sekolah Bilangan Bilik Darjah Kod Sekolah Nombor Telefon Nombor Faks Emel Sekolah Laman Web Sekolah Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Pendidikan Khas Bilangan Guru
Bilangan Murid
Bilangan Kelas Mata Pelajaran Elektif
Mata Pelajaran Elektif
Mata Pelajaran Elektif
Sekolah Menengah Kebangsaan Gred B Bandar Kluang Kluang 1 Sesi Sekolah Bantuan Kerajaan 7 ekar 29 buah JEA2038 07-7767330 07-7767754
[email protected] Jea2038.edu.my En. Abdul Razak bin Ibrahim En. Rahim bin Rosdi En. Che Zulkifili bin Che Kob Tn. Hj. Rosali bin Abu Samah Paridah bt. Rasiman 57 orang 709 orang: Melayu - 504 (72.09%); Cina - 80 (11.28%); India - 112 (15.80%); Lain-lain - 12 (1.70%) dan Bukan Warganegara – 1(0.13%) 32 (T5 -5; T4-5; T3-5; T2-5, T1-5, Per-1, PPKI-6) Menengah Rendah Pendidikan Seni Visual Reka Bentuk & Teknologi Kelas Aliran STEM 5ST : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan4 Inovatif: Fizik, Kimia, Biologi , Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan Kelas Aliran Sastera dan Kemanusiaan 5PA: Matematik Tambahan, P. Perakaunan, Ekonomi 5TI & 5 PN: Tasawur Islam, PSV, Perniagaan 5PSV: PSV 4 Proaktif: Ekonomi, Perniagaan 4 Progresif: Tasawur, PSV, Perniagaan 4 Efektif: Tasawur, PSV; 4 Kreatif: PSV Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
3
Menggilap Intan Mencari Sinar
Jadual 1.2: Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peratus Lulus (%) SPM TAHUN
2017
2018
2019
2020
GPS
6.30
6.55
5.99
NA
% Lulus
74.65
68.66
74.56
NA
Bil. Calon
142
136
117
131
Setelah meneliti latar belakang dan rekod pencapaian SPM, pengetua merasakan prestasi SPM boleh dipertingkatkan dengan memberi fokus kepada dua (2) mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Pencapaian Bahasa Melayu SPM pada setiap tahun gagal mencapai Expected Target Result (ETR) yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Berikut disenaraikan keputusan SPM dengan ETR dari tahun 2016 hingga 2019 (Rujuk Jadual 3).
Jadual 1.3: Perbandingan Keputusan Bahasa Melayu SPM dengan ETR SPM
TAHUN CALON 2016 (128 calon) 2017 (142 calon) 2018 (134 calon) 2019 (117 calon)
ETR
PERATUS
GPS
PERATUS
GPS
89.8%
4.88
90%
4.80
86.6%
5.45
90%
4.80
79.8%
5.86
85%
5.35
88.5%
4.05
87.38%
4.85
Manakala pencapaian mata pelajaran Sejarah SPM pada setiap tahun gagal mencapai ETR yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau GPMP. Berikut disenaraikan keputusan SPM dengan ETR dari tahun 2016 hingga 2019.
4
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar
Jadual 1.4: Perbandingan Keputusan SPM Sejarah dengan ETR TAHUN
CALON 2016 (128 calon) 2017
SPM PERATUS
GPS
PERATUS
GPS
80.95
6.15
90.4
5.21
6.47
85
5.5
6.77
85
5.51
6.31
83
5.4
75.80
(142 calon) 2018 (134 calon) 2019 (117 calon)
2.0
ETR
69.92
75.20
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
SMK Seri Intan adalah sebuah sekolah berpotensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah perbincangan, sumbang saran, pemerhatian dan maklum balas dengan menggunakan alat pengurusan kualiti seperti Analisis SWOT, Jadual Pemberatan, serta Alat Sebab dan Akibat seperti Rajah Tulang Ikan Ishikawa.
2.1
Analisis Persekitaran
Analisis persekitaran dijalankan melalui analisis SWOT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu seperti dalam Jadual 5: Analisis SWOT Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Rajah 1: Sebab dan Akibat.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
5
Menggilap Intan Mencari Sinar
Jadual 1.5: Analisis SWOT Mata Pelajaran Bahasa Melayu KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1. 3 orang guru bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 5 merupakan guru opsyen Bahasa Melayu.
W1. Sebahagian murid India dan Cina gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan bertutur.
S2. Terdapat seorang guru berbangsa Cina yang mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 5.
W2. Kehadiran murid 2 kelas terakhir ke sekolah tidak mencapai 90 peratus.
S3. Terdapat seorang guru lelaki yang pernah memegang jawatan guru disiplin mengajar Bahasa Melayu. S4. 3 orang guru berpengalaman melebihi 10 tahun mengajar Bahasa Melayu.
W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin lulus dalam peperiksaan SPM. W4. Kaedah PdPc masih berfokuskan kepada guru. W5. Guru mengajar tidak mengikut aras murid. W6. Aras kemahiran berbahasa Melayu murid berbeza-beza di dalam setiap kelas.
PELUANG (O)
CABARAN (T)
O1. Sokongan kewangan daripada PIBG.
T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pentingnya menguasai bahasa Melayu O2. Mudah mendapat kerjasama daripada terutama dalam kalangan murid bukan JKD Bahasa Melayu dalam menyediakan Melayu. modul Bahasa Melayu Tingkatan 5. T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang O3. Bantuan dari segi bimbingan kepakaran kehadiran murid ke sekolah. oleh JKD BM Daerah. T3. Sekolah berdekatan dengan premis O4. Penyampaian maklumat antara ibu bapa perniagaan telah memberi peluang muriddan pihak sekolah lebih mudah. murid bekerja secara sambilan amat tinggi dalam kalangan murid. O5. Peruntukan PCG Panitia yang mencukupi. T4. Kos bahan edaran dan nota untuk kelas bimbingan terlalu tinggi.
6
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar
Rajah 1.1: Sebab dan akibat murid tidak mencapai Expected Target Results (ETR) SPM
Jadual 1.6 : TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Subjek Bahasa Melayu)
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
7
Menggilap Intan Mencari Sinar
Jadual 1.7 : Analisis SWOT Subjek Sejarah KEKUATAN(S) S1. Dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan 5 merupakan guru opsyen Sejarah dan Seorang Guru Penanda Kertas SPM. S2. Dua orang guru berpengalaman melebihi 10 tahun mengajar Sejarah.
KELEMAHAN (W) W1. Murid India dan Cina gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca dan menulis. W2. Kehadiran murid dua kelas terakhir ke sekolah tidak mencapai 90 peratus. W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin lulus dalam peperiksaan SPM. W4. Murid tidak bermotivasi untuk memahami peristiwa Sejarah. W5. Kaedah PdPc tidak berkesan dan berfokus pada guru.
PELUANG(O) O1. Sokongan kewangan dari PIBG. O2. Mudah mendapat kerjasama daripada JKD Sejarah dalam memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab Sejarah SPM.
CABARAN (T) T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kepentingan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM. T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kehadiran murid ke sekolah.
O3. Bantuan PCG panitia Sejarah membantu dalam peningkatan prestasi mata pelajaran. T3. Sekolah berdekatan dengan premis perniagaan dan memberi peluang O4. Mendapat kerjasama JPN (Unit murid bekerja sambilan ketika masih Pembangunan Kurikulum) melalui bersekolah. kerjasama Yapeim dalam menyediakan Modul dan Kelas.
8
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar
Rajah 1.2: Sebab dan akibat murid tidak mencapai peratus lulus subjek Sejarah dalam SPM
Jadual 1.8 : TOWS Matriks (Penjanaan Strategi Bagi Mata Pelajaran Sejarah)
KEKUATAN(S) FAKTOR DALAMAN
S1. Terdapat dua (2) orang W1. Murid India dan Cina gagal menguasai kemahiran guru yang mengajar mata pelajaran bahasa seperti membaca dan Sejarah Tingkatan menulis. 5 merupakan guru W2. Kehadiran murid dua kelas opsyen Sejarah dan terakhir ke sekolah tidak seorang guru penanda mencapai 90 peratus. kertas SPM. S2. Dua orang guru berpengalaman melebihi 10 tahun mengajar Sejarah.
FAKTOR DALAMAN
KELEMAHAN (W)
W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin lulus dalam peperiksaan SPM. W4. Murid tidak bermotivasi untuk memahami peristiwa sejarah. W5. Kaedah PdPc tidak berkesan dan berfokus pada guru.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
9
Menggilap Intan Mencari Sinar
PELUANG (O)
S-O STRATEGI
O1. Sokongan kewangan daripada PIBG.
Strategi 1: S1+S2+ O1 + O2+O3 + O4
O2. Sokongan daripada sekolah melalui Unit Bimbingan Kauseling dan PIBG.
Meningkatkan pencapaian peratus lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM dengan kerjasama JPN, PPD, JKD Sejarah dan PIBG dan rakan strategik.
O3. Mudah mendapat kerjasama daripada JKD Sejarah dalam memberi pendedahan kepada murid tentang teknik menjawab Sejarah Tingkatan 5.
Strategi 4: W4+W5+O1+O2+O3+O5 Memantapkan kompetensi guru dalam PdPc melalui latihan dan kursus dengan kerjasama PPD dan JPN.
S-T STRATEGI Strategi 5: S1+S2+O2+T1+T2+T3 Meningkatkan kehadiran pelajar dengan kerjasama sekolah dan PIBG.
T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kehadiran murid ke sekolah. T3. Sekolah berdekatan dengan premis perniagaan dan memberi peluang murid bekerja sambilan ketika masih bersekolah.
10
Meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan lulus Sejarah dengan kerjasama Unit Kauseling sekolah dan PIBG semasa Hari Penetapan Target dan Hari Konsultasi.
Meningkatkan kemahiran menjawab Sejarah dengan bantuan Modul daripada JKD dan JPN serta Kelas Tambahan Khas untuk pelajar lemah.
O5. Mendapat kerjasama JPN (Unit Pembangunan Kurikulum) melalui kerjasama YAPEIM dalam menyediakan Modul dan Kelas Bimbingan. T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kepentingan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan SPM.
Strategi 2: W1+W2+W3+W4+O1+O2
Strategi 3: W1+W2+W3+W4+W5+O1+O2+O3+O4
O4. Bantuan PCG panitia Sejarah membantu dalam peningkatan prestasi mata pelajaran.
CABARAN (T)
W-O STRATEGI
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
W-T STRATEGi Strategi 6: W2 + W3 + W4 + T1 + T2 + T3 Meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak untuk ke sekolah.
Menggilap Intan Mencari Sinar
3.0 PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C) Dalam pelaksanaan projek ini, kami menggunakan kaedah P-O-L-C sebagai alat yang dapat menggambarkan keseluruhan proses pelaksanaannya. 3.1
Perancangan
Untuk mengenal pasti dan merancang projek yang sesuai dan berimpak tinggi, Kaedah PILL telah digunakan sebagai alat untuk memulakan gerak kerja. 3.1.1 Akademik Langkah pertama yang diambil adalah Mesyuarat AJK Pelaksana telah diadakan untuk merancang dan mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan terdiri daripada 116 responden berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun yang terdiri daripada 47 responden potensi A, 36 responden potensi B, 15 responden potensi C, 13 responden potensi D, 5 responden potensi E berdasarkan peperiksaan akhir tahun. Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan Alat Sebab dan Akibat. Hasil dapatan sumbang saran tersebut didapati murid tidak mendapat markah yang cemerlang dalam Kertas 1 karangan bahagian B manakala Kertas 2, soalan 2 (pemahaman dan prosa bahagian b, c, d) - 35 markah dan soalan 3 tatabahasa (a, b, c, d, e) - 30 markah tatabahasa menyebabkan mereka tidak mendapat markah yang cemerlang dan 36 pelajar gagal Kertas Bahasa Melayu. Langkah ketiga adalah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu dijalankan kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan karangan, pemahaman dan tatabahasa. Hasil dapatan daripada sumbang saran dalam kalangan guru-guru Bahasa Melayu bersama pentadbir dicadangkan intervensi yang perlu dilaksanakan terhadap murid yang melibatkan enam program iaitu Skor A BM SPM, Kelas Bimbingan Berfokus, Bengkel Teknik Menjawab Kertas 2, Bengkel Teknik Menjawab Soalan Kertas 1 (Bahagian B- 100 markah), Klinik Bahasa dan MAS. Langkah keempat ialah membuat prioriti intervensi. Daripada keenam-enam program yang dicadangkan, Skor A BM SPM dan Bimbingan Berfokus mudah untuk dikendalikan boleh memberi impak tinggi. Langkah kelima; AJK panitia Bahasa Melayu telah menyediakan Pelan Tindakan bagi memastikan projek yang dipilih berkesan dan mencapai matlamatnya. 3.1.2 Ko-kurikulum Manakala untuk bidang kokurikulum, langkah pertama yang diambil adalah mesyuarat AJK Pelaksana telah diadakan untuk merancang dan mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan. 30 responden telah dipilih terdiri daripada murid Persatuan Bahasa dan Malaysiaku berdasarkan borang soal selidik.
Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan Alat Sebab dan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
11
Menggilap Intan Mencari Sinar
Akibat. Hasil dapatan sumbang saran tersebut didapati murid tidak berminat adalah disebabkan mereka tidak ketahui hala tuju/fokus Persatuan Bahasa dan Sejarah di sekolah. Langkah ketiga adalah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan kehadiran bermakna dalam berpersatuan untuk membantu pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah peperiksaan SPM. Hasil dapatan daripada sumbang saran dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah bersama pentadbir dicadangkan empat projek, iaitu Projek Bulan Bahasa, Penyertaan Pertandingan KoAkademik Peringkat MSSD, Projek Citra Kemerdekaan, Lawatan Ilmiah, Teknik Menjawab secara Online Kertas 2 untuk dipertimbangkan. Projek Bulan Bahasa /Citra Waktu Perjumpaan Kokurikulum Impak Hari Rabu / Ahad Tinggi PidatoramaPermainan Shibba Pantun/Sajak/Puisi Radio DJ e- Nyanyian Lagu Patriotik e- kuiz Sejarah Explorace Berbasikal Rajah 1.3. Pemilihan Aktiviti Keutamaan Mengikut Impak dan Kemudahtadbiran Langkah keempat ialah membuat prioriti intervensi. Daripada beberapa projek yang dicadangkan, Projek Bulan Bahasa/Citra adalah projek yang mudah dilaksanakan dan boleh memberi impak tinggi. Langkah kelima; AJK Bulan Bahasa telah menyediakan Pelan Tindakan dan Carta Gantt bagi memastikan projek yang dipilih berkesan dan mencapai matlamatnya. 3.2
Kepimpinan
Pengetua sebagai peneraju telah memastikan program dijalankan seperti yang dirancang dari semasa ke semasa. Beliau juga telah memfokuskan tiga (3) aspek yang menjadi penggerak utama, iaitu bahan modul, guru dan murid dan telah menyemak bahan yang digunakan sepanjang projek dilaksanakan. Bagi menunjukkan sokongan kepada program ini, pengetua telah mengadakan sesi perjumpaan sebanyak dua kali bersama dengan murid melalui program Bicara Ayahanda (2 kali 2019, sekali 2020) untuk memberi semangat dan motivasi serta berbincang masalah yang dihadapi dalam pelajaran mereka. Untuk memastikan ketekalan projek ini, setiap kali Ujian Pasca dilaksanakan pengetua akan bersama-sama memantau perjalanan projek. 3.3
Pengurusan
Dalam bidang Kokurikulum, tuan pengetua sebagai peneraju telah memastikan projek Bulan Bahasa
12
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar
dijalankan seperti yang dirancang dari semasa ke semasa. Pengetua juga telah memfokuskan tiga (3) aspek yang menjadi penggerak utama, iaitu bahan modul, guru dan murid dan telah menyemak bahan yang digunakan sepanjang projek dilaksanakan. Bagi menunjukkan sokongan kepada tenaga pengajar pula, mereka telah diberikan kemudahan seperti alat tulis, dan kemudahan fotostat, sementara untuk murid pula pengetua telah mengadakan sesi perjumpaan sebanyak tiga kali untuk memberi semangat dan motivasi serta berbincang masalah yang dihadapi dalam pelajaran mereka. Untuk memastikan ketekalan projek ini, setiap kali perjumpaan / pertandingan dilaksanakan pengetua akan bersama-sama memantau perjalanan projek. 3.4
Kawalan
Dapatan hasil tinjauan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa intervensi yang telah dijalankan telah dapat meningkatkan kemahiran menulis karangan dari segi kualiti dan keupayaan murid menguasai teknik menjawab soalan Kertas 2 soalan 2 dan 3 juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Hal ini juga boleh dibuktikan dengan keputusan peperiksaan SPM 2019 iaitu mana GPMP Bahasa Melayu adalah 4.05 (88.50%). Hal ini dapat dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan perbandingan keputusan yang telah dilakukan melalui Ujian Pra dan 2 kali Ujian pasca. Ujian ini bertujuan menilai sejauh mana berlakunya peningkatan pembelajaran murid selepas program selesai dilaksanakan (Tahun 2019). Setelah menganalisis hasil dapatan, intervensi yang sama, diikuti proses kawal selia akan dijalankan untuk meneruskan kesinambungan projek hingga menjelang peperiksaan SPM 2020 bagi merealisasikan matlamat tersebut.
Impak Intervensi dalam SPM 2019 Bagi Mata pelajaran BM, BI dan Sejarah Jadual 1.9: Analisis Pencapaian SPM dengan projek yang dijalankan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
13
Menggilap Intan Mencari Sinar
Dapatan hasil tinjauan yang telah dijalankan menunjukkan bahawa Projek Bulan Bahasa telah dapat meningkatkan pencapaian murid dalam SPM. Paparan ini bertujuan menilai sejauh mana berlakunya peningkatan pembelajaran murid selepas program selesai dilaksanakan. Setelah menganalisis hasil dapatan, projek ini proses ‘controlling’ akan dijalankan untuk meneruskan kesinambungan projek hingga menjelang peperiksaan SPM bagi merealisasikan matlamat tersebut. Beberapa projek telah disenaraikan bukan sahaja dalam aspek pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah tetapi juga dalam aspek persediaan murid menghadapi peperiksaan, motivasi dan kerohanian. 4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Enam Intervensi yang dijalankan telah memberi impak yang positif kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu keseluruhannya untuk tahun 2019 apabila subjek Bahasa Melayu berjaya melonjakkan GPMP dari 5.88 kepada 4.05. Bagi tahun 2020 ini hanya kejayaan intervensi yang dijalankan dijangka dapat dibuktikan melalui pentaksiran Pertengahan Tahun 2020 ini. (belum dapat keputusan). Manakala dalam bidang Kokurikulum, Projek Bulan Bahasa / Citra Sejarah telah memberi impak yang positif kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pada keseluruhannya. Hal Ini dapat dibuktikan melalui peningkatan murid yang mendapat Gred ‘A’ Peperiksaan SPM 2019 adalah mereka yang selalu menyertai pertandingan pada peringkat MSSD. Setiap responden yang menyertai projek ini telah mendapat sekurang-kurangnya Gred B dan Gred C dalam peperiksaan tersebut. Ujian kendalian sekolah juga menunjukkan berlakunya peningkatan yang konsisten dalam kalangan responden dengan markah lingkungan 6 hingga 10 markah. Hasil projek ini juga menunjukkan latih tubi yang berterusan dan e – pertandingan dapat memberi keyakinan kepada murid. 5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Fokus intervensi bertumpu pada menjawab Bahasa Melayu Kertas 1, karangan Bahagian B (100 markah) Kertas 2 (Bahasa Melayu - Soalan 2) dan tiga (3) (65 markah) telah berjaya membantu murid-murid sasaran meningkatkan kemahiran menjawab aspek tersebut dan meningkatkan GPMP Bahasa Melayu di SMK Seri Intan. Fokus kepada kumpulan pelajar sasaran disebabkan pelajar terpilih diharapkan dapat menepati sasaran gred yang telah diunjurkan kerana pihak kami yakin sekiranya ketiga-tiga komponen utama dalan kertas Bahasa Melayu dapat diatasi, kami akan dapat menggerakkan GPMP sedia ada kepada yang lebih baik. Murid juga sentiasa dilatih untuk menjawab karangan (Kertas 1) dengan mengikut kata arahan yang terdapat pada soalan yang dipilih, mengaplikasi Ayat Topik, Ayat Huraian, Ayat Contoh ditambah pula dengan Kosa Kata Menarik dan Frasa menarik dalam setiap isi karangan yang diolah untuk menghasilkan sebuah karangan yang menarik. Untuk menjawab soalan Kertas 2 pula, murid akan didedahkan dengan teknik yang efektif untuk menjawab soalan 2 dengan tepat, membiasakan murid dengan soalansoalan KBAT untuk soalan 2 a, b dan c dan untuk soalan 3 a, b, c, d dan e pula menekankan usaha keras guru meningkatkan kemahiran murid melaui modul yang digunapakai oleh pihak sekolah. Situasi ini meningkatkan keyakinan murid menguasai semua aspek dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Peningkatan ini adalah hasil komitmen tinggi dan kerjasama baik guru-guru Bahasa
14
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Menggilap Intan Mencari Sinar
Melayu yang gigih membimbing kumpulan sasar ini di samping penggunaan modul-modul soalan yang berkualiti hasil garapan guru-guru Bahasa Melayu yang berpengalaman juga yang dibekalkan PPD dan JPNJ dan soalan-soalan SPM tundingan. Bimbingan dan sokongan moral berterusan daripada pihak IAB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SIP+, SISC PPD Kluang juga membantu program ini mencapai objektifnya. Terdapat pelbagai cabaran untuk melaksanakan projek ini. Antaranya kekangan masa dan PKP fasa 1, 2, 3. Murid terpaksa dicutikan ekoran daripada penularan Covid 19. Dalam tempoh hampir tiga bulan bercuti itu menyebabkan PdPc secara bersemuka tidak dapat dijalankan. PdPc secara dalam talian didapati kurang berkesan untuk murid di SMK Seri Intan disebabkan pelbagai masalah terutama sekali masalah jaringan network dan masalah pada pihak murid itu sendiri. Justeru, untuk mengembalikan motivasi mereka dengan memberi ganjaran pada murid yang menyiapkan tugasan semasa cuti PKP dan murid yang memberikan respons positif terhadap PdPc di dalam kelas. Guru-guru berpengalaman kerap melaksanakan Professional Learning Community (PLC) untuk berkongsi ilmu dan pendekatan PdPc berkesan dengan guru-guru baharu yang kurang berpengalaman. Pemantauan pihak pentadbir turut menyumbang kepada kejayaan projek. Fokus projek untuk penyertaan lebih ramai murid telah berjaya membantu murid-murid sasaran meningkatkan gred markah dan meningkatkan GPMP Bahasa Melayu dan Sejarah di SMK Seri Intan ini. Fokus kepada kumpulan murid sasaran Kelas ST dan PA Peningkatan ini adalah hasil komitmen tinggi dan kerjasama baik guru-guru Bahasa Melayu dan guru Sejarah yang gigih membimbing kumpulan sasar ini di samping aktiviti yang menarik serta berkualiti hasil garapan guru-guru yang berpengalaman juga yang dibekalkan PPD dan JPNJ. Bimbingan dan sokongan moral berterusan dari pihak IAB, Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan SIP+, SISC PPD Kluang juga membantu program ini mencapai objektifnya. Rumusan juga menunjukkan keyakinan diri yang tinggi apabila dilantik menjadi guru muda kepada rakan-rakan yang lain sepanjang projek berjalan sebelum menjelang Peperiksaan SPM sebenar. Projek ini juga akan diperluas kepada murid-murid Tingkatan 4 pada awal sesi persekolahan 2021.
6.0 RUJUKAN Abdul Aziz Md. Noor. (2003). An investigation into the headship training programme for inspiring primary school headteacher. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti of Bristol, UK. Haslina Mohamad (2020). Perkembangan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir Muar: Suatu Kajian Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Jurnal Kajian Tindakan MPSM Johor. Kirkpatrick, D.L. (1975). Evaluating training programs. Winsconsin: American Society for Training and Development Inc.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
15
16
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK SENTUHAN KASIH BAHASA MELAYU MD HASRAM BIN OMAR Pengetua SMK Munshi Abdullah Kulai Johor
[email protected] NOR KAMSIAH BINTI JAAPAR Pensyarah Kanan IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] AZMAN BIN SAFII Pegawai SIP+ PPD Kulai ABSTRAK Setiap tahun pencapaian Bahasa Melayu SMK Munshi Abdullah gagal mencapai ETR yang ditetapkan oleh pihak sekolah sama ada dari segi peratus atau Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP). Walaupun projek ini telah dilaksanakan pada tahun 2011 hingga 2018 dan mencatatkan peratus melebihi 90 peratus berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan purata antara 70 peratus hingga 80 peratus sahaja namun masih gagal mencapai ETR yang ditetapkan. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan projek ini mampu meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM pada tahun 2019. Projek ini dilihat mampu memberi fokus yang maksimum kepada murid-murid mengikut tahap penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana setiap murid pastinya mempunyai tahap penguasaan yang berbeza. Selain itu, efikasi kolektif guru-guru yang terlibat dalam program ini juga akan lebih berfokus dan secara tidak langsung pelaksanaan PdPc akan lebih berkesan Diharapkan program ini terus memberi impak yang besar dalam keputusan SPM 2019 dan seterusnya mencapai sasaran 100 peratus seperti yang terkandung dalam Perancangan Strategik Sekolah 2015-2019. Kata kunci: pengurusan akademik, mata pelajaran Bahasa Melayu
1.0
PENGENALAN
Penyelidik telah melapor diri sebagai pengetua SMK Munshi Abdullah di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai pada 26 Disember 2016. Penyelidik merupakan pengetua yang ke-14 sejak sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1970. Keluasan sekolah ialah 10.3 ekar. SMK Munshi Abdullah merupakan kategori sekolah Bandar. Sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1970 dengan nama SMR Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kulai. Pada tanggal 16 Oktober 1976, SMR Jenis Kebangsaan (Inggeris) ditukar nama kepada SMK Munshi Abdullah sempena nama tokoh Bahasa dan Bapa Kesusasteraan Melayu Moden, iaitu Munshi Abdullah bin Abdul Kadir atas jasanya yang banyak berbakti kepada negeri Johor. Pada 1 Oktober 2001, SMK Munshi Abdullah telah dinaikkan gred sekolah kepada sekolah menengah Gred `A.` Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
17
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
1.1
Profil Sekolah
Sekolah ini menempatkan murid berbilang kaum. Murid pertama seramai 337 orang, terdiri daripada murid Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 dengan seramai 20 orang guru. Tiga buah kelas Aliran Sastera telah diperkenalkan tahun 1975 manakala Aliran Sains pada tahun 1979. Sekolah-sekolah saluran untuk murid baharu berasal dari SRJK (C) Kulai, SRJK ( C) Kulai 2 SRJKC Kulai Besar SRJK (T) Ladang Kelan dan SRK Kampung Melayu, Kulai. Kini bilangan murid di SMK Munshi Abdullah pada tahun 2018 adalah seramai 654 orang. Pecahannya adalah seperti berikut, 300 orang murid Melayu (45.87%), 171 orang murid Cina (26.15 %), 157 orang murid India (24.01 %) dan 9 orang murid terdiri daripada lain-lain bangsa (1.38%). Data guru terkini berjumlah 48 orang guru. Terdiri daripada 12 guru lelaki dan 36 guru perempuan serta tujuh (7) kakitangan staf sokongan. Dari aspek infrastruktur dan fizikal, sekolah ini hanya dapat menempatkan bilangan murid yang agak kecil kerana bilangan kelas dan bangunan sekolah sedia ada juga adalah terhad. Sekolah ini mempunyai tiga blok bangunan dua tingkat dan sebuah kantin yang menempatkan 13 buah bilik darjah, tiga buah makmal sains, tiga buah bengkel Kemahiran Hidup dan beberapa bilik khas seperti pejabat, bilik guru, perpustakaan, bilik solat, koperasi, stor sukan dan lain-lain. Keluasan kawasan yang agak terhad tidak memungkinkan bangunan tambahan dibina di sekolah ini. Pencapaian sekolah dalam bidang akademik pula adalah pada tahap yang agak rendah. Kebanyakan murid yang belajar di sekolah ini adalah dari kalangan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang sederhana kerana murid pilihan telah ditempatkan di sebuah sekolah kawalan yang menawarkan kelas Rancangan Khas. Jadual 2.1: Keputusan SPM 2015 hingga 2018 TAHUN 2015 2016 2017 2018
BIL. CALON 132 119 116 112
PERATUS LULUS 81.82 75.86 64.91 78.15
GPS 6.27 6.12 6.02 5.67
Peratus pencapaian Bahasa Melayu SPM pula amat memuaskan kerana mencatatkan 90 peratus sejak tahun 2011 namun begitu pencapaian peratus dan GPMP yang masih tidak mencapai ETR yang ditetapkan. Usaha boleh dilakukan untuk memastikan Bahasa Melayu terus mencapai keputusan yang lebih cemerlang memandangkan guru-guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 boleh merealisasikan impian sekolah dengan bantuan barisan peneraju sekolah. 2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
SMK Munshi Abdullah ialah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang untuk meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu pihak sekolah telah melaksanakan sumbang saran dengan menggunakan kaedah Alat Mencari Punca Masalah Rajah Tulang Ikan Ishikawa dan Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT.
18
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Rajah 2.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Bagi Mengenal Pasti Punca Pencapaian Bahasa Melayu Tidak Mencapai Expected Target Results (ETR) dalam Peperiksaan SPM
Berdasarkan analisis data perperiksaan SPM 2013 sehingga 2017 mendapati bahawa pencapaian Bahasa Melayu SPM tidak mencapai ETR yang telah ditetapkan sama ada dari segi peratus atau Gred Purata Mata Pelajaran.
Jadual 2.2: Analisis Keputusan Bahasa Melayu Tahun 2013 hingga 2018
BIL 1 2 3 4 5 6
TAHUN 2013 2014 2015 2016 2017 2018
Pencapaian Peratus lulus 92.70 94.79 94.7 88.79 92.11 92.37
Pencapaian
ETR
ETR
GPMP 5.29 5.41 5.53 5.59 4.67 4.37
Peratus 98.39 100 100 100 98.28 96.72
GPMP 4.84 4.43 4.81 4.83 5.23 4.34
Analisis Persekitaran dijalankan melalui Analisis SWOT seperti Jadual 2.3: Analisis Keputusan Bahasa Melayu Tahun 2013 hingga 2018.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
19
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Jadual 2.3: Analisis Persekitaran Melalui Analisis SWOT Keputusan Bahasa Melayu (2013-2018) KEKUATAN(S) S1. Terdapat tiga (3) orang guru bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan 5 merupakan guru opsyen Bahasa Melayu. S2. Terdapat seorang guru berbangsa Cina yang mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 5. S3. Terdapat seorang guru lelaki yang pernah memegang jawatan guru disiplin mengajar Bahasa Melayu . S4. 3 orang guru berpengalaman melebihi 10 tahun mengajar Bahasa Melayu. S5. Guru-guru komited untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. PELUANG(O) O1. Sokongan kewangan daripada pihak PIBG dalam melaksanakan program pencapaian prestasi Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. O2. Mudah mendapat kerjasama daripada JKD dan PPD meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. O3. Bantuan dari segi kewangan dan kepakaran oleh Yayasan Sejahtera. O4. Penyampaian maklumat antara ibu bapa dan pihak sekolah lebih mudah. O5. Peruntukan PCG Panitia yang mencukupi.
20
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KELEMAHAN (W) W1. 83 peratus murid India dan Cina tingkatan 4 gagal dalam peperiksaan Akhir Tahun W2. Kehadiran murid 2 kelas terakhir ke sekolah tidak mencapai 90 peratus. W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin lulus dalam peperiksaan SPM W4. Kaedah PdPc masih berfokuskan kepada guru. W5. Guru mengajar tidak mengikut aras murid. W6. Aras kemahiran bahasa Melayu murid berbeza-beza di dalam setiap kelas. CABARAN (T) T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pentingnya menguasai bahasa Melayu terutama dalam kalangan murid bukan Melayu. T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kehadiran anak-anak ke sekolah. T3. Sekolah berdekatan dengan premis perniagaan telah memberi peluang murid-murid bekerja secara sambilan amat tinggi dalam kalangan murid.
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Jadual 2.4: Penjanaan Strategik Melalui TOWS Matriks
INTERNAL ENVIRONMENT
KEKUATAN(S)
KELEMAHAN (W)
S1. Terdapat tiga (3) orang guru bahasa Melayu yang mengajar Tingkatan 5 merupakan guru opsyen Bahasa Melayu.
W1. Sebahagian murid India dan Cina gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan bertutur.
S2. Terdapat seorang guru berbangsa Cina yang mengajar Bahasa Melayu Tingkatan 5. S3. Terdapat seorang guru lelaki yang pernah memegang jawatan guru disiplin mengajar Bahasa Melayu.
EXTERNAL ENVIRONMENT
PELUANG(O) O1. Sokongan kewangan daripada pihak PIBG dalam melaksanakan program pencapaian prestasi Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. O2. Mudah mendapat kerjasama daripada JKD dan PPD meningkatkan prestasi Bahasa Melayu. O3. Bantuan dari segi kewangan dan kepakaran oleh Yayasan Sejahtera.
S4. Terdapat tiga (3) orang guru berpengalaman melebihi 10 tahun mengajar Bahasa Melayu.
W3. Murid tidak mempunyai motivasi ingin lulus dalam peperiksaan SPM W4. Kaedah PdPc masih berfokuskan kepada guru. W5. Guru mengajar tidak mengikut tahap murid.
S5. Guru-guru komited untuk meningkatkan prestasi Bahasa Melayu.
W6. Tahap kemahiran Bahasa Melayu murid berbeza-beza di dalam setiap kelas.
S-O STRATEGI
W-O STRATEGI
Strategi 1: S1+S2+S3+S4+S5+ O1+O2+O5
Strategi 2:W1+W2+W5+W6+O1+O2
1. Memastikan guru mengajar murid mengikut tahap murid berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kemampuan guru dalam melaksanakan PdPc yang lebih berkesan dengan bantuan PIBG dan JKD
2. Mengukuhkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid mengikut tahap murid dengan bantuan PPD dan PIBG
O4. Penyampaian kaedah maklumat antara ibu bapa dan pihak sekolah lebih mudah CABARAN (C)
W2. Kehadiran murid 2 kelas terakhir ke sekolah tidak mencapai 90 peratus.
S-T STRATEGI
Strategi 3: W4+W5+O1+O2 3. Memantapkan kaedah PdPc guru yang berkesan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan kerjasama PPD. W-T STRATEGI
T1. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pentingnya menguasai bahasa Melayu terutama dalam kalangan murid bukan Melayu.
Strategi 4: S5+T1+T2
Strategi 5: W2+W3+T2+T1
T2. Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kehadiran anak-anak ke sekolah.
4. Mengukuhkan hubungan antara guru Bahasa Melayu dan ibu bapa untuk mencapai ETR Bahasa Melayu.
5. Meningkatkan kesedaran anakanak dan ibu bapa tentang kehadiran murid ke sekolah supaya pencapaian Bahasa Melayu akan meningkat.
T3. Sekolah berdekatan dengan premis perniagaan telah memberi peluang murid-murid bekerja secara sambilan amat tinggi dalam kalangan murid.
Strategi 6: W5+W6+T4 6. Mempelbagaikan bahan bantu mengajar pelbagai aras dengan bantuan PIBK.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
21
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Jadual 2.5: Analisis Pemilihan Strategi Berdasarkan Pemberatan Kriteria Pemilihan
S1
S2
S3
S4
S5
S6
1
Tahap kesukaran proses kerja.*
4
4
3
1
1
3
2
Kompetensi staf yang bertanggungjawab.
5
4
4
1
1
3
3
Sumber kewangan dan kos pembiayaan terlibat.*
4
4
4
3
4
3
4
Kemudahan infrastruktur dan peralatan / kelengkapan.
4
4
4
2
2
3
5
Andaian keupayaan mengatasi halangan.
4
4
4
2
2
4
6
Andaian hasil yang dijangkakan / impak untuk mencapai objektif, matlamat / isu, misi dan visi.
5
5
3
2
2
3
7
Akur kepatuhan dengan mandat / arahan.
5
4
4
2
2
4
8
Rekod keberkesanan yang lepas.
5
5
4
2
2
3
9
Kesesuaian dengan persekitaran terkini.
5
5
4
3
4
4
40
39
34
18
20
30
Bil
Jumlah Skor Keputusan Ulasan : Strategi 1, 2 dan 3 diambil untuk dilaksanakan.
Jadual 2.6: Senarai Strategi Mengikut Keutamaan BIL
STRATEGIK
1
Memastikan guru mengajar murid mengikut tahap murid berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kemampuan guru dalam melaksanakan PdPc yang lebih berkesan dengan bantuan PIBG dan JKD.
2
Mengukuhkan kemahiran bahasa dalam kalangan murid mengikut tahap murid dengan bantuan PPD dan PIBG.
3
Memantapkan kaedah PdPc guru yang berkesan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan kerjasama PPD.
4
Mempelbagaikan bahan bantu mengajar pelbagai tahap murid dengan bantuan PIBK.
5
Meningkatkan kesedaran anak-anak dan ibu bapa tentang kehadiran murid ke sekolah supaya pencapaian Bahasa Melayu akan meningkat.
6
Mengukuhkan hubungan antara guru Bahasa Melayu dan ibu bapa untuk mencapai ETR Bahasa Melayu.
22
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
3.0
PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)
Dalam pelaksanaan projek ini, kami menggunakan kaedah P-O-L-C sebagai alat yang dapat menggambarkan keseluruhan proses pelaksanaannya. 3.1 Perancangan Untuk mengenal pasti dan merancang projek yang sesuai dan berimpak tinggi, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi telah digunakan sebagai alat memulakan kerja. Langkah pertama yang diambil ialah mesyuarat AJK pelaksana untuk merancang dan mengenal pasti projek yang akan dilaksanakan. Seramai 109 responden telah dipilih berdasarkan markah Bahasa Melayu Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2018. Langkah kedua adalah untuk memahami punca masalah dengan menggunakan Alat Sebab dan Akibat Tulang Ishikawa. Hasil dapatan sumbang saran tersebut didapati murid bukan Melayu menyumbang peratus kegagalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2018. Jadual 2.7: Analisis Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Bahasa Melayu Tahun 2018 RAS
LULUS
GAGAL
1
MELAYU
51(91.07)
5(8.93)
56
2
CINA
9(28.13)
23(71.88)
32
3
INDIA
7(36.84)
11(57.89)
4
LAIN
1(50)
1(50)
68
40
BIL
JUMLAH
TH
1
JUMLAH
19 2
1
109
Langkah ketiga ialah menyenaraikan cadangan intervensi yang perlu dijalankan untuk meningkatkan peratus dan GPMP Bahasa Melayu dalam Peperiksaan SPM. Hasil dapatan daripada sumbang saran dalam kalangan AJK pelaksana dicadangkan tiga (3) projek iaitu Projek Sentuhan Kasih, Projek Klinik Redha dan Projek Diskusi Bahasa untuk dipertimbangkan. Langkah keempat ialah membuat prioriti intervensi. Daripada ketiga-tiga projek yang dicadangkan, Projek Sentuhan Kasih adalah projek yang mudah dijalankan dan berimpak tinggi. Walau bagaimanapun Projek Klinik Redha dan Projek Diskusi Bahasa juga akan dilaksanakan sebagai sokongan kepada Projek Sentuhan Kasih. 3.2
Pengurusan Jawatankuasa Projek Sentuhan Kasih 2019 Pengerusi: Md Hasram bin Omar Timbalan Pengerusi: Noorazlina binti Mohd. Salleh Penyelaras/Setiausaha: Mohamed Khairul bin Mohamed Amin
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
23
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Pasukan Pemantau: 1. Hjh Shahriah binti Jalaluddin
2. Vidanaigam a/l Nayanasandaram
3. Prathiba a/p N. Kannan
4. Semua GKMP
Ahli Jawatankuasa:
1. Nur Farhana binti Abdl Rahman (Ketua Panitia BM) 2. Lim Kim Chew 3. Nik Mastura binti Nik Li 4. Nurul Shahrini binti Kasian
3.3 Kepimpinan Bagi memastikan projek ini dapat dijayakan dengan berkesan, pengetua sebagai peneraju telah melibatkan semua Penolong Kanan, GKMP dan semua guru Bahasa Melayu Tingkatan 5 dengan bekerjasama secara kolektif untuk memastikan projek Sentuhan Kasih dijalankan seperti yang dirancang dari semasa ke semasa. Pengetua juga telah memberi tumpuan kepada tiga (3) aspek iaitu: i.
Jadual anjal
PdPc Bahasa Melayu tingkatan 5 telah dilaksanakan serentak melibatkan semua kelas Tingkatan 5 dan seramai 109 murid yang akan mengambil peperiksaan SPM 2019 terlibat. ii.
Tahap Penguasaan Murid
Murid telah dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut tahap pencapaian murid berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Kumpulan Elit terdiri daripada 29 orang murid yang mendapat markah melebihi 60 markah. Kumpulan Dinamik terdiri daripada 28 orang murid yang mendapat markah antara 40 hingga 59. Kumpulan Aspirasi terdiri daripada murid-murid Cina yang markahnya di bawah 40. Kumpulan Dedikasi pula terdiri daripada murid yang gagal dan mempunyai masalah disiplin dan sukar dikawal. iii.
Latar belakang guru Bahasa Melayu
Kumpulan Elit diajar oleh Cikgu Noorazlina binti Mohd Salleh berpengalaman lebih 20 tahun dan pernah menjadi penanda Bahasa Melayu Kertas 2 SPM. Kumpulan Aspirasi diajar oleh Cikgu Nurfarhana binti Abdul Rahman yang baharu mengajar 2 tahun mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 dan merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Cikgu Lim Kim Chew mengajar Kelas 5 Aspirasi dan berpengalaman mengajar lebih daripada 20 tahun. Cikgu Mohamed Khairul bin Mohamed Amin GKMP Bahasa pula mengajar kumpulan Dedikasi dan berpengalaman selama 8 tahun sebagai Ketua Guru Disiplin. 3.4 Kawalan Beberapa kaedah telah dilaksanakan bagi mengawal dan menilai Projek Sentuhan Kasih. 24
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Antaranya melalui: i.
Mesyuarat Pengurusan Sekolah
Projek Sentuhan Kasih telah dijadikan agenda utama dalam setiap kali mesyuarat pengurusan sekolah. GKMP Bahasa selaku penyelaras projek dikehendaki melaporkan pelaksanaan projek ini bagi melihat status pelaksanaannya. Hasil perbincangan ini akan dibawa ke mesyuarat panitia oleh GKMP untuk memastikan guru-guru dan murid-murid dapat dibantu bagi memastikan projek ini terus berjalan lancar. ii.
Analisis Keputusan Peperiksaan Dalaman Bahasa Melayu Tingkatan 5 2019
Keputusan peperiksaan dalaman bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 5 akan dibincangkan secara lebih teliti dalam Audit Akademik. Kaedah ini penting bagi memastikan intervensi dapat dijalankan agar projek ini mencapai matlamatnya.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Projek Sentuhan Kasih telah memberi impak yang positif kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dari segi peratus dalam peperiksaan SPM 2019 kerana melebihi ETR yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Walaupun GPMP tidak mencapai ETR namun GPMP Bahasa Melayu tetap mencatatkan mata yang terbaik dalam sejarah sekolah.
Jadual 2.8: Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2019 KUMPULAN
ELIT DINAMIK
NAMA GURU
NOORAZLINA NURFARHANA
ASPIRASI
LIM KIM CHEW
DINAMIK
MOHD KHAIRUL
BAHASA MELAYU
BIL CALON 29 27 25 33 115 %
GPMP % GPMP
TOV
AR1
AR2
AR3
SPM 2019
ETR
2.76
2.51
3.21
2.31
1.82
1.07
%
100
100
100
100
100
100
GPMP
6.61
5.33
6.18
4.96
3.70
4.04
%
92.86
100
92.6
100
100
100
GPMP
8.46
7.69
8.32
7.83
6.46
6.15
%
19.23
50.00
32.00
50.0
100
92.31
GPMP
8.48
7.29
7.43
7.4
6.23
6.13
%
32.26
78.60
66.67
80.0
93.55
87.10 4.33
GPMP
6.47
5.61
6.32
5.56
4.54
63.96
81.98
72.97
83.49
98.2
94.74
Murid-murid bukan Melayu pula telah memberikan impak yang positif dalam keputusan peperiksaan SPM 2019. Hanya dua orang murid bukan Melayu yang gagal dalam peperiksaan SPM 2019 ini.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
25
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
Jadual 2.9: Analisis Lulus Bahasa Melayu SPM 2019 Mengikut Kaum
5.0
RAS
PPT TING 4 2018
SPM 2019
MELAYU
91.07
100
CINA
28.13
100
INDIA
36.84
89.47
LAIN
50.00
100
RUMUSAN DAN PENUTUP
Projek Sentuhan Kasih telah berjaya meningkatkan prestasi Bahasa Melayu SPM 2019 ke prestasi yang terbaik dalam sejarah sekolah. Tanggungjawab sebagai pengetua SMK Munshi Abdullah untuk memastikan semua murid layak sijil penuh peperiksaan SPM 2019 hampir tercapai. Walau bagaimanapun prestasi GPMP masih belum mencapai ETR. Oleh hal yang demikian, masalah ini perlu diatasi segera dan berharap agar pelaksanaan Projek Sentuhan Kasih ini terus relevan untuk dilaksanakan pada masa hadapan. Berdasarkan kepada soal selidik yang dijalankan terhadap 60 responden, murid-murid memberi respon yang positif terhadap Projek Sentuhan Kasih. Saya lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM (SIKAP)
i.
Rajah 2.2: Respon Murid Berkaitan Persediaan Murid Menghadapi Peperiksaan (Aspek Sikap)
ii.
Saya tahu format peperiksaan dengan lebih mendalam (ILMU)
Rajah 2.3: Pengetahuan berkaitan format peperiksaan (Aspek Ilmu). 26
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
iii.
Saya dapat menjawab soalan peperiksaan dengan lebih baik (KEMAHIRAN)
Rajah 2.4: Aspek Kemahiran Murid Menjawab Peperiksaan
iv.
Saya dapat meningkatkan keputusan peperiksaan. (KESEDARAN)
Rajah 2.5: Kesedaran Berkaitan Meningkatkan Keputusan Peperiksaan
Cabaran yang dihadapi pada peringkat awal ialah pembahagian murid mengikut kumpulan kerana daripada lima kelas asal dibahagikan kepada empat kumpulan. Selain itu, pembahagian kelas juga tidak seimbang sebagai contoh murid yang lemah dan bermasalah lebih ramai sebagai contoh murid 5 Dedikasi seramai 33 orang berbanding kumpulan lain di bawah 30 orang murid. Cabaran kedua ialah guru yang mengajar kumpulan Dedikasi terpaksa menghadapi bukan sahaja masalah pembelajaran tetapi juga masalah disiplin. Walau bagaimanapun dengan kerjasama secara kolektif dalam kalangan guru Bahasa Melayu, masalah ini dapat diatasi dengan baik. Pelaksanaan PLC (Diskusi Bahasa) juga memberi kesan positif dalam pendekatan PdPc guru yang lebih berkesan mengikut tahap kemahiran murid. Secara keseluruhannya, kerjasama secara kolektif dalam kalangan barisan pengurusan sekolah, guru-guru bahasa Melayu dan murid-murid dalam melaksanakan Projek Sentuhan Kasih telah memberi kejayaan yang amat cemerlang dalam peperiksaaan Bahasa Melayu SPM 2019. Projek ini akan terus dilaksanakan untuk tahun yang akan datang.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
27
Projek Sentuhan Kasih Bahasa Melayu
6.0 RUJUKAN Fareed Siddiqui (2015). The Four Key Functions of Management (PODC).http://fareessiddiqui. wordpress.com/2015/06/07/the-four-key-functions-of-managementpodc/. Shamsuddin bin Haron. Impak Amalan Kepimpinan Transformasional Pengetua Terhadap Efikasi Kolektif Guru dan Pencapaian Murid. Haslina binti Mohamad (2020). Perkembangan Pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 di Sekolah Kebangsaan Bukit Pasir Muar: Suatu Kajian Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Jurnal Kajian Tindakan MPSM Johor.
28
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
INFO DI HUJUNG JARIKU MOHD YUSOF BIN SAID MOHD YUSOF BIN SAID Pengetua SMK Seri Bemban
[email protected] DR. EKERIM A/P DIN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] JOHARI BIN BAKAR Pegawai SIP+ PPD Jasin
ABSTRAK Projek Inovasi QR Code ini bertujuan untuk membangunkan kualiti guru yang telah dikenal pasti sebagai isu utama menyebabkan prestasi rendah dalam keputusan SPM di SMK Seri Bemban. Isu kualiti guru ini telah diteliti secara lebih mendalam dan didapati punca utama yang perlu diambil tindakan segera adalah masalah guru tidak masuk kelas dan guru lewat masuk kelas. Bagi menyelesaikan masalah ini pengetua telah membangunkan inovasi aplikasi QR Code bagi memantau keberadaan guru agar tiada waktu lara dan PdPc dijalankan dengan lebih bermakna dan arahan Memenuhi Masa Instruktional (MMI) dapat dipenuhi. Inovasi aplikasi QR Code ini dapat membantu pentadbir dalam memantau keberadaan guru di kelas melalui Google Drive dengan menggunakan smart phone walau di mana pentadbir berada. Keadaan ini mewujudkan suasana keberadaan pentadbir (visibility) sentiasa dirasai oleh guru. Selain dari itu, inovasi aplikasi QR Code yang dibangunkan ini turut menyelesaikan beberapa masalah lain berkaitan pengurusan pentadbiran, akademik dan mengurangkan beban tugas guru. Hasil projek ini menunjukkan lonjakan yang ketara dalam pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan SPM berbanding tahun sebelumnya. Keputusan GPS SPM 2019 juga melebihi KPI yang telah ditetapkan, iaitu peningkatan 0.48 daripada 6.44 (2018) kepada 5.96 (2019). Pencapaian Inovasi aplikasi QR Code keberadaan guru ini juga telah meraih tempat pertama dalam pertandingan Inovasi Pengurusan dan Kepimpinan Daerah Jasin tahun 2019 dan seterusnya telah diguna pakai bagi seluruh Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Jasin bermula tahun 2020. Kata kunci: pengurusan akademik, mengurus perubahan, inovasi, QR Code, memenuhi masa instruksional, visibility.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
29
Info di Hujung Jariku
1.0. PROFIL SEKOLAH SMK Seri Bemban mula dibina pada 24 Ogos 1998 dengan kawasan seluas 16 ekar di N24 Kawasan Air Panas (dikenali sebagai Bemban) dan siap sepenuhnya pada Mac 2000. Pada 17 Januari 2000, SMK Seri Bemban telah mula beroperasi dengan bilangan murid seramai 138 orang, 14 orang guru dan 7 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Penulis merupakan pengetua yang kesembilan di sekolah ini dan mula berkhidmat pada 8 Mei 2018.
Rajah 3.1: Infografik SMK Seri Bemban
Pengetua mengambil masa selama tiga (3) minggu untuk menganalisis persekitaran sekolah. Langkah pertama ialah membuat satu analisis SWOT bertujuan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta faktor-faktor menarik dan menolak yang perlu diambil perhatian segera. Pencapaian GPS SPM 2017 adalah 6.54. Perkara utama yang perlu dilakukan dalam masa lima (5) bulan untuk persediaan SPM adalah menyusun semula strategi program kecemerlangan secara berfokus dan membangunkan kualiti guru. Pada prinsipnya, guru perlu berubah jika inginkan murid yang cemerlang. Guru perlu “biasakan yang betul, betulkan yang biasa,” “don’t wasting time, don’t wasting raw,” “Masa bersantai telah tamat.” Penekanan segera dalam menguasai sukatan pelajaran, RPH dan PdPc bermakna. Selain dari itu, memupuk semangat kerja berpasukan diterapkan dengan cogan kata yang dipersetujui bersama, iaitu “ Together We Can Do Anything” menjadi kata azimat yang perlu dihayati dan diamalkan dalam semua perkara. Dengan komitmen semua warga sekolah pencapaian peratus lulus SPM 2018 meningkat kepada 74.59 % berbanding 72.9% (2017). Pencapaian GPS juga
30
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku
bertambah baik kepada 6.44 berbanding 6.54 (2017). Bersandarkan Watikah Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPekS) pada 17 Oktober 2018, pengetua mula mengorak langkah dengan ilmu yang dicurahkan oleh Pensyarah IAB bersama dengan bimbingan SIP+ PPD Jasin dan Jabatan Pelajaran Melaka untuk melonjakkan prestasi SPM sekolah ini. Bagi mengaplikasikan pendekatan yang bersesuaian pengetua perlu mengenal pasti isu utama agar dapat menghasilkan impak yang tinggi bagi mencapai keberhasilan yang disasarkan bermula tahun 2019 – 2021.
2.0. MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN Bersandarkan pengalaman sedia ada selama lima (5) bulan di sekolah ini, pengetua mula mengorak langkah menyambut cabaran ProPeKS untuk meningkatkan prestasi akademik SPM dengan meletakkan fokus pencapaian GPS SPM 5.50 dalam masa 3 tahun (2019 -2021). Berdasarkan Analisis Persekitaran dan SWOT, pengetua dapat mengenal pasti masalah utama yang ketara. Jadual 3.1: Mengenal Pasti Masalah Melalui Analisis Data
Kekuatan sekolah (Faktor penarik) di mana terdapat 45 orang guru DG 44 (berpengalaman dan masih muda) yang boleh dijadikan aset utama dan kesemua guru bersetuju serta ingin bersamasama melonjakkan prestasi sekolah apabila matlamat Program ProPeKs dibentangkan. Terdapat tiga (3) isu utama (faktor menolak) iaitu Kualiti guru, PdPc bermakna dan Ketrampilan murid yang perlu diambil perhatian (Jadual 1). Daripada tiga (3) isu utama ini pengetua telah menggunakan Jadual Pemberatan (Rajah 1 dan Jadual 2) untuk mengenal pasti Isu yang perlu ditangani dan beri perhatian segera.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
31
Info di Hujung Jariku
Rajah 3.2: Isu Yang Dikenal Pasti
Jadual 3.2: Matriks Ranking Digunakan Untuk Memilih Keutamaan Program
Jadual 2 pemberatan menunjukkan saya perlu membangunkan kualiti guru bagi mencapai prestasi SPM sekolah ini. Keadaan ini bertepatan dengan prinsip yang pengkaji “Nak ubah murid kena ubah guru dahulu”. Oleh yang demikian, pengetua perlu melihat dan mengkaji secara lebih mendalam (Long, Deep and Wide) untuk mencari faktor penolakan yang tepat (penyakit sebenar). Menggunakan jadual pemberatan, pengkaji dapat menemui dua (2) isu yang perlu saya bangunkan segera iaitu guru lewat masuk kelas dan guru tidak masuk kelas (Rajah 2). Isu ini bertepatan dengan konsep yang pernah dimaklumkan semasa mesyuarat guru kali pertama. “Murid ponteng – gagal,” “murid hadir, guru tak mengajar dengan betul – gagal”, “Murid hadir, guru mengajar dengan betul – lulus”.
32
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku
Rajah 3.3: Membangun Kapasiti Guru
3.0.
PELAKSANAAN PROJEK (P-D-C-A)
Setelah mengenal pasti punca sebenar masalah yang perlu ditangani segera, pengetua telah membangunkan inovasi aplikasi QR Code keberadaan guru agar PdPc akan lebih bermakna dan arahan Memenuhi Masa Instruktional (MMI) dapat dipenuhi. Inovasi aplikasi QR Code ini dapat membantu pengkaji dalam memantau keberadaan guru di kelas melalui Google Drive dengan menggunakan smart phone walau di mana pengetua berada meskipun sedang bercuti. Keadaan ini mewujudkan suasana keberadaan saya sentiasa dirasai oleh guru. Pengetua menggunakan metodologi PDCA (Plan, Do, Check, Act) yang dilakukan secara sistematik demi memastikan peningkatan berterusan dapat menghasilkan impak yang sepatutnya.
3.1.
Plan (Rancang)
Perancangan merupakan perkara yang sangat penting untuk mencapai matlamat yang diharapkan. Pengetua memperuntukan masa yang lebih dalam membuat perancangan agar proses berikutnya dapat berjalan dengan lancar.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
33
Info di Hujung Jariku
Jadual 3.3: Mengenal pasti keperluan guru melalui analisis jurang
Rajah 3.4: Pemetaan Hala Tuju Sekolah (Mindscaping)
Berdasarkan Jadual 3: Analisis Jurang (Jadual 3) pengetua telah membuat kerangka perancangan menggunakan mindscaping (Rajah 3). Bermula dengan small steps pada fasa 1 dan seterusnya fasa 2, fasa 3 dan diakhiri dengan pencapaian matlamat yang diukur melalui KPI yang telah ditetapkan. Dalam perjalanan setiap fasa akan menghadapi halangan-halangan yang perlu diatasi dengan perbincangan dan penyusunan semula (base camp) agar sentiasa berada di landasan yang tepat.
3.2.
Do (Buat)
Dalam melaksanakan apa yang telah dirancang pengetua telah menggunakan Model 8 langkah Kotter (Jadual 4) bagi mengurus perubahan ke arah guru berkualiti berdasarkan tiga (3) fasa. Fasa 1, aplikasi QR Code Keberadaan Guru sebagai rintis. Fasa 2, aplikasi QR Code Keberadaan Guru sepenuhnya. Fasa 3, aplikasi QR Code Keberadaan Guru bagi pengukuhan perubahan sebagai budaya.
34
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku
Jadual 3.4: Model Kotter Digunakan Ke Arah Pembangunan Kapasiti Guru
Semua guru diwajibkan scan QR Code sebelum memulakan PdPc yang ditampal di papan putih setiap kelas, bilik khas, makmal, surau, perpustakaan dan stor sukan (PJK). Bagi tujuan pemantauan atau sebelum memulakan Management By Walking Around (MBWA) dan learning walk pengetua boleh melihat mana-mana kelas menggunakan telefon pintar untuk melihat keberadaan guru melalui paparan di Google Drive. Pengetua juga boleh melihat masa guru masuk ke kelas untuk tujuan PdPc atau kelas ganti, bilangan murid hadir, aduan disiplin murid dan maklumat lain yang perlu. Data ini tidak akan hilang dan boleh digunakan sebagai bukti atau sebagai sumber rujukan. 3.3. Check (Semak) Bagi memastikan semua program sekolah termasuk pelaksanaan QR Code Keberadaan guru ini berjalan lancar, pengetua telah membuat Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah (PinTaS) (Jadual 4) untuk mewujudkan OPPM (Rajah 5 dan Rajah 6) sebagai alat untuk penyemakan. Jadual 3.5: Pelan Intervensi Program Transformasi Sekolah SMK Seri Bemban
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
35
Info di Hujung Jariku
Rajah 3.5: Pemantauan Penggunaan QR Code melalui One-Page-Project-Management (OPPM) dari Januari –Mei 2019
Rajah 3.6: Pemantauan Penggunaan QR Code melalui One-Page-Project-Management (OPPM) dari Jun – November 2019
3.4. Act (Tindakan) Berdasarkan pelaksanaan QR Code Keberadaan Guru yang bermula daripada Fasa 1, Fasa 2 dan sebahagian Fasa 3 didapati guru dapat mengikuti arahan yang telah ditetapkan ke arah menjadi budaya sekolah. Saya menjalankan penambahbaikan dan perbincangan pelaksanaan projek ini melalui Dialog Prestasi dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang diadakan pada minggu akhir setiap bulan (OPPM). Dalam melaksanakan Projek QR Code Keberadaan Guru ini pengetua juga menyelesaikan beberapa masalah lain. Pengetua telah membangunkan Inovasi QR Code Tempahan Bilik Khas, Laporan Minit Curai, Nota dan Latihan Murid. 36
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku
Bagi tahun 2020 pengetua telah merancang untuk membangunkan QR Code bagi ID Murid. Murid hanya perlu scan QR Code ID untuk kehadiran semasa masuk sekolah. Data kehadiran ini boleh dilihat menggunakan Google Drive untuk tujuan kemasukan data kehadiran murid di APDM. Inovasi ini tidak melibatkan kos yang tinggi dan dapat mengurangkan beban tugas guru tingkatan. Kos ini dibiayai bersama oleh PIBG.
4.0. PENILAIAN DAN IMPAK DATA Projek Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah dapat dilaksanakan sepenuhnya mengikut fasa yang telah dirancang. Didapati guru sudah mula masuk kelas awal dan 100% guru masuk kelas bermula pada fasa ke 2. Pemantauan secara MBWA dan Learning Walk dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berfokus berdasarkan paparan di Google Drive. Situasi ini mewujudkan PdPc yang lebih bermakna. Perubahan kualiti guru dalam MMI ini telah meningkatkan prestasi murid tingkatan dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019. Berdasarkan Analisis Trend (Rajah 7), GPS Peperiksaan Percubaan SPM 2019 telah melonjak kepada 6.62 berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun iaitu 7.30. Lonjakan ketara juga berlaku berbanding Peperiksaan Percubaan SPM 2018 iaitu 7.19. Keputusan SPM 2019 berlaku lonjakan GPS 0.48 iaitu 5.96 berbanding 6.44 tahun 2018. Berdasarkan Analisis Trend (Rajah 8 dan Rajah 9), Peratus lulus Peperiksaan Percubaan SPM 2019 juga telah menunjukkan peningkatan kepada 66.39% berbanding Peperiksaan Pertengahan tahun 41.48%. Lonjakan ketara juga berlaku berbanding Peperiksaan Percubaan SPM 2018, iaitu 46.04%. Impak dalam membangunkan kualiti guru ini menampakkan hasil apabila keputusan SPM 2019 meningkat kepada 87.1% berbanding 74.59% tahun 2018.
Rajah 3.7: Keberhasilan daripada Penggunaan QR Code
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
37
Info di Hujung Jariku
Rajah 3.8: Analisis Trend Pencapaian Akademik (Peratus Lulus) SMK Seri Bemban
Rajah 3.9: Output Keberhasilan SMK Seri Bemban
Pencapaian dan sumbangan dalam aplikasi QR Code Keberadaan Guru: i. Aplikasi QR Code Keberadaan Guru ini juga telah memahirkan semua guru dalam penggunaan Goole Drive dan secara tidak langsung amat mudah untuk mengaplikasi Google Classroom. ii. Johan Pertandingan Inovasi Kepimpinan dan Pengurusan Peringkat Daerah Jasin pada 28 Ogos 2019 dan merangkul hadiah wang tunai RM1000.00. iii. Fasilitator Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada 85 pengetua dan Guru Besar Daerah Jasin pada 25 September 2019. Hands-On membina dan membangunkan QR Code. Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah diwajibkan kepada semua sekolah 38
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Info di Hujung Jariku
Daerah Jasin mulai tahun 2020.
iv. Dalam Perkhidmatan (LADAP) kepada 85 orang guru ICT sekolah Daerah Jasin pada 30 September 2019. Hands-On membina dan membangunkan QR Code. v. Pembentangan dan perkongsian aplikasi Inovasi QR Code Keberadaan Guru kepada Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran Melaka, Nazir Melaka, Pensyarah IPG dan Pegawai Pendidikan Daerah. vi. Pembentangan dan perkongsian aplikasi QR Code Keberadaan Guru kepada peserta sekolah ProPeKS Zon Selatan anjuran BPSM.
5.0. RUMUSAN DAN PENUTUP Secara keseluruhan Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah berjaya mencapai melebihi sasaran jangka pendek dalam meningkatkan prestasi SPM sekolah. Peningkatan GPS SPM 2019 sebanyak 0.48 kepada 5.96 dan peningkatan peratus lulus 12.81 kepada 87.10. Selain itu, Projek Inovasi QR Code Keberadaan Guru ini telah mendapat pengiktirafan daripada Pejabat Pelajaran Daerah Jasin untuk aplikasikan kepada semua 85 buah sekolah menengah dan rendah mulai 2020. Inovasi QR Code ini juga merupakan titik tolak dalam membangunkan inovasi QR Code yang lain seperti ID murid, tempahan bilik khas, memberi nota, memberi latihan, laporan minit curai dan lain-lain. Inovasi ini telah memberi impak dalam membangunkan guru ke arah gaya atau cara hidup abad ke-21 (paper less, wire less). Kemahiran dalam penggunaan Google Drive dapat menyediakan guru dan murid kepada aplikasi Google Classroom yang akan digunakan pada masa akan datang. Semoga apa yang diusahakan ini menjadi pemangkin berterusan ke arah kecemerlangan sekolah.
RUJUKAN Dato Zulkifli Malek (2018). 27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd. Ayob Jantan (2018). PAK 21 Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi, Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Melaka: Bintang Printing Sdn Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Pelan Pembangunan Organisasi. Dasar dan Hala Tuju Sekolah. Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
39
40
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM MeKAR DINAMIK MUSTAPAH BIN MULOP Pengetua, SMK Rahmat
[email protected] DR. EKERIM A/P DIN CHEN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] HAZMI BIN ALI Pegawai SIP+ PPD Alor Gajah
ABSTRAK Kertas penulisan ini memfokuskan pada usaha meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik. Objektif utama adalah untuk meningkatkan pencapaian peratus lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Rahmat. Isu utama yang menjadi fokus ialah prestasi sederhana murid dalam bidang akademik dan peratus kehadiran murid yang rendah. Program MeKAR Dinamik (Memacu Kecemerlangan Anak Rahmat) telah dirangka untuk mengatasi masalah pencapaian prestasi akademik yang rendah khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini tertumpu kepada murid yang mempunyai markah terendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah semasa di Tingkatan 4. Selain dari itu, kemudahan infrasturktur turut menjadi fokus sebagai pemangkin semangat murid dalam meningkatkan prestasi akademik. Banyak prasarana yang telah dibaik pulih dan dinaik taraf sebagai usaha menaikkan semangat para pelajar. Kesan pelaksanaan Program MeKAR ini telah menunjukkan peningkatan peratus lulus murid SPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Program MeKAR ini telah membuktikan bahawa prestasi murid dapat dipertingkatkan dengan adanya program yang tersusun dan berfokus. Kata kunci: pengurusan dan kepimpinan berfokus
1.0 PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat (SMKR) telah ditubuhkan pada tahun 1967. Lokasi sekolah terletak di Mukim Kuala Sungai Baru. Sebelum ini penduduk di Mukim Kuala Sungai Baru terpaksa berulang-alik ke pekan Masjid Tanah atau ke Bandar Melaka untuk mendapatkan kemudahan pendidikan peringkat menengah. Kemunculan sekolah ini seumpama obor yang bakal menerangi minda dan mencanai pembangunan dunia keintelektualan masyarakat Kuala Sungai Baru. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
41
Program Mekar Dinamik
1.1
Profil Sekolah
Pengetua telah melapor diri di SMK Rahmat pada 25 September 2017. SMK Rahmat merupakan sekolah luar Bandar yang mempunyai murid lebih kurang 1,200 orang dan guru seramai 103 orang SMK Rahmat merupakan sebuah sekolah SBR yang berada dikedudukan Band 6 NKRA. Pada tahun 2017 Gred Purata sekolah (GPS) ialah 6.03 dan Peratus Lulus SPM ialah 84.70%. Manakala pada tahun 2018 GPS ialah 6.02 dan Peratus Lulus ialah 74.8%. Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama saya ialah membuat satu analisis SWOT bertujuan melihat keadaan sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini pengetua mendapati bahawa SMK Rahmat berprestasi sederhana dalam bidang akademik. Murid terdiri daripada keluarga golongan sosio-ekonomi yang rendah. Ibu bapa dan murid kurang memberi perhatian terhadap pencapaian akademik. Justeru itu, pihak sekolah melaksanakan Program Peningkatan Prestasi Akademik bagi murid SPM yang dikenali sebagai Program MeKAR (Memacu Kecemerlangan Anak Rahmat). Program MeKAR Dinamik merupakan satu daripada Program MeKAR SMK Rahmat. Program ini khusus untuk meningkatkan prestasi murid dalam dua mata pelajaran untuk lulus SPM, iaitu Sejarah dan Bahasa Melayu. Selain dari itu, sekolah juga menghadapi masalah kehadiran murid yang tidak mencapai KPI KPM, iaitu sekitar 90%, kemudahan ICT untuk kegunaan murid juga kurang menyebabkan PDPc kurang menarik minat murid dan keceriaan sekolah.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Pencapaian lulus dalam Peperiksaan SPM dipengaruhi oleh dua subjek, iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah. Kegagalan dalam mata pelajaran ini membawa maksud murid tidak lulus Peperiksaan SPM dan ini menyukarkan murid untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kelemahan murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah disebabkan antaranya ialah murid kurang minat belajar dan tiada budaya belajar. Murid-murid tidak dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran untuk menjawab dengan baik dalam peperiksaan. Selain dari itu, masalah murid di SMK Rahmat ialah kehadiran ke sekolah. Purata kehadiran ke sekolah ialah lebih kurang 90%. Kehadiran yang rendah ini mempengaruhi pencapaian akademik sekolah. Murid-murid kurang bermotivasi untuk ke sekolah disebabkan masalah sosio-ekonomi keluarga. Ramai dalam kalangan murid bekerja untuk membantu ibu bapa. Kemudahan ICT yang kurang juga mempengaruhi minat murid untuk belajar seperti LCD dan komputer. Makmal Komputer sedia ada hanya sebuah dan tidak semua komputer berfungsi. Guru-guru kurang membawa murid ke makmal komputer kerana masalah tersebut. Masalah lain ialah keceriaan, bangunan sekolah tidak ceria kerana cat lama, pondok wakaf tiada bangku yang sesuai dan lain-lain. Sejajar dengan ini, satu perancangan strategik dan taktikal yang holistik telah dirancang merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid SMK Rahmat. Antara pelaksanaan strategi ialah meningkatkan pencapaian akademik iaitu peningkatan GPS dan Peratus Lulus SPM. Program MeKAR Dinamik dilaksanakan 42
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik
untuk tujuan tersebut. Murid yang lemah dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah berdasarkan TOV Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4. Berdasarkan Instrumen Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga Tahun peningkatan pencapaian akademik. Gred Purata Sekolah akan meningkat kepada pada tahun 2019 sehingga 2021 iaitu 5.97, 5.92 dan 5.87 (Peningkatan 0.05). Manakala peningkatan Peratus Lulus SPM 82.4%, 86.4% dan 90.4% (Peningkatan sebanyak 4%). (TOV SPM 2018).
3.0
PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)
Bagi meningkatkan pencapaian akademik murid SMK Rahmat, Program Memacu Kejayaan Anak Rahmat (MeKAR) telah dirancangkan dan dilaksakan. Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu dan MeKAR Dinamik Sejarah adalah satu daripada program yang terdapat dalam Program MeKAR. Objektif utama Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu dan Sejarah untuk meningkatkan GPS dan Peratus Lulus murid dalam peperiksaan SPM.
3.1
Planning (Merancang)
Merancang adalah penting dalam pengurusan dimana sebelum sesuatu program dilaksakan kita harus menetapkan matlamat, objektif serta menetukan hala tuju untuk mencapai matlamat dan objektif tersebut. Bagi melaksanakan Program MeKAR Dinamik satu Jawatankuasa telah dibentuk yang terdiri daripada Barisan Pentadbir, Penyelaras Program Kecemerlangan, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Ketua Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Kelas MeKAR Dinamik Bahasa Melayu terdiri daripada murid Tingkatan 5 yang mendapat markah terendah dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV) seramai 30 murid. Begitu juga dengan Kelas MeKAR Dinamik Sejarah terdiri daripada murid Tingkatan 5 yang mendapat markah terendah dalam Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV) seramai 30 murid. Kelas MeKAR Dinamik diadakan setiap hari Selasa dan Khamis pada pukul 3.00-4.00 petang. Kelas MeKAR Dinamik bermula pada bulan Mac 2019. Antara perancangan yang dibuat ialah: i.
Pelan Tindakan Pelan tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.
ii.
Pelan Taktikal Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
iii. Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
43
Program Mekar Dinamik
pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan. iv. Penambahbaikan Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang segera.
3.2
Organising (Mengurus)
Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam kalangan ahli-ahli jawankuasa supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Beberapa langkah telah diambil bagi menguruskan sumber-sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L-C iaitu: i.
Merangka Struktur Organisasi Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi memastikan program kecemerlangan berjalan dengan lancar.
ii.
Pengagihan Peruntukan Sumber Menyedari akan kepentingan kualiti tenaga pengajar dalam melonjakkan kecemerlangan akademik maka saya amat menitik beratkan tenaga pengajar mengikut opsyen. Modul Program Kecemerlangan disediakan oleh guru - guru untuk membantu murid dalam peningkatan akademik mereka.
iii.
Reka Bentuk Kerja Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program akademik, penyediaan prasarana melalui ciri bilik darjah PAK 21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. Dalam aspek kehadiran murid ke sekolah antara strategi yang digunakan bagi mencapai peratus kehadiran murid sekurang - kurangnya 90% pada setiap bulan ialah melalui Program Basmi Ponteng seperti Program Kunjungan Mesra ke rumah murid, sesi kaunseling dan Program Keibubapaan. Segala data kehadiran dikenal pasti melalui unit Hal Ehwal Murid (HEM).
3.3
Leading (Kepimpinan)
Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistic dalam organisasi yang dipimpinnya. Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah menetapkan hala tuju pengetua 44
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik
iaitu, kemenjadian murid, sekolah berkualiti, keunggulan peribadi dan profienci kompetensi, menetapkan Etos Sekolah “Rahmat Ceria Dinamik”, mewujudkan prasarana yang kondusif, menyediakan sumber yang mencukupi, lawatan penandaarasan dan lain - lain.
3.4
Controlling (Kawalan)
Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif. Antara inisiatif kawalan ialah Pencerapan PdPc Guru, Pemantauan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid, Pemantauan Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan, Dialog Prestasi dan program bersama pihak luar.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Penilaian pencapaian akademik Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu dan Sejarah dalam dua (2) peperiksaan dalaman iaitu Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan menunjukkan peningkatan peratus lulus dan peningkatan markah subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.
Rajah 4.1: Peratus Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah
Peratus Lulus subjek Bahasa Melayu telah meningkat daripada 0% (TOV) kepada 6.6% (2 murid) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan 13.3% (4 murid) dalam Peperiksaan Percubaan (PPC). Peratus Lulus subjek Sejarah telah meningkat daripada 0% (TOV) kepada 6.6% (5 murid) dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan 20% (6 murid) dalam Peperiksaan Percubaan (PPC).
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
45
Program Mekar Dinamik
Rajah 4.2: Peratus Peningkatan Markah Bahasa Melayu dan Sejarah
Manakala bilangan murid yang telah menunjukkan peningkatan markah Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah 60% (18 murid) dan Peperiksaan Percubaan ialah 76.6% (23 murid). Manakala bilangan murid yang telah menunjukkan peningkatan markah Sejarah dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun ialah 46.6% (14 murid) dan Peperiksaan Percubaan ialah 83.3% (25 murid).
RUJUKAN
Rajah 4.3: Peratus Lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah 46
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Mekar Dinamik
Pencapaian SPM Program MeKAR Dinamik Bahasa Melayu dan Sejarah menunjukkan peningkatan Peratus Lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Peratus Lulus subjek Bahasa Melayu telah meningkat daripada 13.3% dalam Peperiksaan Percubaan kepada 75.86%. Manakala subjek Sejarah telah meningkat daripada 20% dalam Peperiksaan Percubaan kepada 46.42%. Pencapaian Peratus Lulus SPM peringkat sekolah telah meningkat daripada 78.40% (2018) kepada 80.2% (2019). 5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Program MeKAR Dinamik telah berjaya meningkatkan pencapaian akademik murid dalam peperiksaan SPM. Program ini memfokuskan kepada kaedah dan teknik menjawab soalan .Bagi mencapai matlamat dan objektif peningkatan prestasi akademik terumatanya peningkatan GPS dan peratus lulus SPM, sokongan daripada semua warga SMK Rahmat amat menggalakkan terutamanya guru - guru untuk bersama - sama memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi akademik. Pengetua menjadi penasihat dan hasilnya mendapat kejayaan dengan memastikan setiap program yang dirancang mengikut landasan yang betul dengan pembahagian tugas kepada setiap pengurusan. Selain dari itu, pelbagai usaha telah dilakukan seperti meningkatkan prasarana sekolah. Program MeKAR Dinamik ini telah meningkatkan pencapaian peratus lulus dalam peperiksaan SPM tahun 2019. Saya merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak antaranya pensyarah pembimbing dari IAB Dr. Ekerim a/p Din Chen, pegawai SIP+ En. Amran bin Latif dan En. Hazmi bin Ali, pegawai - pegawai JPNM serta warga SMK Rahmat yang telah bekerjasama serta memberi sumbangan secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program MeKAR Dinamik SMK Rahmat. Semoga segala telah dirancang dan dilaksanakan akan mencapai kejayaan yang diharapkan oleh semua.
RUJUKAN Bakar, B. A. (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantum Books. Eng, J. A. (2007). Pengurusan Disiplin Murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Mat, C. (2004). Penyeliaan Berkesan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Othman, M. I. (2008). Undang-Undang untuk Pengetua & Guru Besar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Hussein Mahmood (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
47
48
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK PENGGERAK KEJAYAAN SEKOLAH HAJI ABDUL RAHMAN BIN SAFAR Pengetua SMK Taman Indah
[email protected] RAJA IBRAHIM BIN RAJA MIDIN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] YM RAJA AZAHAR BIN RAJA SULAIMAN Pegawai SIP+PPD Tampin
ABSTRAK Menerokai peluang kemenjadian murid berasaskan minat dan kecenderungan memberikan ruang yang luas bagi menjana peluang kejayaan. Kejayaan sekolah lazimnya diukur melalui pencapaian yang diperolehi dalam segenap aspek pengurusan. Seringkali pencapaian Akademik merupakan tunjang kepada perdebatan dan merupakan kayu ukur yang bersifat jumud. Dewasa ini kepelbagaian murid mencerminkan kebolehan yang berbeza. Pengurus sekolah perlu membangunkan kebolehan yang ada dan merebut peluang yang tersedia. Pembangunan murid secara holistik perlu direalisasikan dengan melengkapkan kemenjadian murid dari segi IQ dan EQ. Hebat dalam akademik sahaja tidak menjamin kemenjadian yang sempurna dan lengkap, ia perlu disokong dengan pembinaan jati diri, kekuatan dari mental dan fizikal, kebolehan menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan dan situasi merupakan tunjang kepada kejayaan dalam mengharungi cabaran dunia yang semakin mencabar. Ruang dan peluang yang ada perlu di kenal pasti dan dibangunkan agar lepasan sekolah menjadi nadi pembangunan negara pada masa hadapan. Pemikiran dan tanggapan yang bersifat positif perlu dibangunkan dan disemai dalam kalangan murid, ibu bapa dan semua pemegang taruh bahawa setiap murid ada potensi yang boleh dikembangkan selaras dengan keinginan dan minat murid. Kata Kunci: Pengurusan Kokurikulum
1.0 PENGENALAN SMK Taman Indah mula beroperasi pada 1987 dan terletak di kawasan perumahan di Tampin. SMK Taman Indah merupakan sekolah ketiga di Daerah Tampin. Atas keperluan bagi menampung kekurangan tempat bagi murid sekitar Tampin maka tertubuhlah sekolah ini. Berdasarkan kepada enrolmen dan komposisi kaum, majoriti pelajar adalah datangnya daripada kaum Cina (60%), India (25%) dan Melayu (15%).
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
49
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
1.1 Profil Sekolah. Pengkaji telah ditempatkan di sekolah ini bermula pada 22 April 2018. Situasi semasa itu, dari segi pencapaian Akademik, Gred Purata Sekolah (GPS) bagi SPM 2018 5.76, merupakan kedua terendah daripada 12 sekolah menengah di PPD Tampin. Dari segi peratus layak SPM hanya 58.8 % sahaja. Manakala dari segi kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018 secara puratanya ialah 91%. Di antara faktor kehadiran murid rendah adalah disebabkan masalah kemiskinan bandar kerana latar belakang keluarga daripada golongan B40. SMK Taman Indah seringkali dilabelkan sebagai sekolah gangster dan disiplin yang kurang baik. Dari segi pencapaian kokurikulum pula, GPS kokurikulum aadalah pada angka 2.12, merupakan antara yang terendah dalam kalangan sekolah di PPD Tampin. Sekilas pandang, persekitaran dan keceriaan sekolah yang agak suram. Banyak kekurangan berlaku terutama dari segi suasana sekolah yang terlalu rimbun hingga menutup pandangan pihak luar. Pokok dan tumbuhan yang terlalu besar, tidak dipelihara dan dirapikan mengundang suasana suram dan terbiar. Warna bangunan yang pudar, tidak ceria dan kusam menggambarkan kurangnya perhatian daripada pihak pentadbir. Apa yang lebih menyedihkan tanda nama sekolah pun sudah terlalu kusam dan menyedihkan. Dari segi fizikalnya, kelas menghadapi kekurangan meja kerusi, papan tulis yang rosak dan daif, pintu-pintu rosak dan cermin tingkap yang terlalu banyak yang sudah tiada. Pembangunan dari segi keyakinan pelajar dilihat sebagai satu isu yang perlu ditangani dan diselesaikan dengan segera. Kurangnya fungsi Bimbingan dan Kaunseling dalam membina kemenjadian murid terutama dari segi kepimpinan. Malahan sikap rendah diri begitu kuat terutama apabila berhadapan dengan rakan-rakan daripada sekolah lain. Di sebalik pelbagai isu dan konflik, ada kelebihan yang ujud dalam kalangan murid di SMK Taman Indah. Mereka amat berminat dalam gerak kerja luar bilik darjah. Ramai dalam kalangan murid yang berjaya mewakili sekolah dan daerah dalan sukan olahraga maupun dalam unit berunifom. Pencapaian pelajar dalam sukan bola keranjang agak menonjol dalam daerah Tampin. Tiga tahun berturut turut sekolah ini menjadi johan bola keranjang perempuan bawah 18 tahun. Malangnya, kurang perancangan dan tiada pelaksanaan yang bersifat berterusan, menyebabkan pencapaian kurang menyerlah terutama dari segi GPS kokurikulum.Jumlah yang mencapai Gred A dalam kokurikulum hanya sekadar 8-9% sahaja. Apa yang lebih menyedihkan ada yang mencapai Gred E dalam kokurikulum. Kebanyakan kejayaan murid banyak bergantung kepada usaha mereka sendiri. Kelemahan dari segi pengumpulan data dan pelaporan menjadi isu yang perlu ditangani.
2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN Kedudukan dari pencapaian secara keseluruhan SMK Taman Indah adalah dalam kedudukan kedua terbawah daripada 12 sekolah menengah di PPD Tampin dari segi pencapaian SPM 2018. Jumlah pelajar yang semakin merosot, memberikan gambaran bahawa kepercayaan ibu bapa dan penjaga kepada pihak sekolah semakin menipis. Perlu ada perubahan dalam segenap aspek. Persoalannya,
50
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
apakah isu? Bagi mengenal pasti isu strategik yang perlu ditangani bagi merangka satu plan strategic yang komprehensif dan rasional. Pelbagai langkah yang telah dijalankan seperti berikut: 2.1 Proses mengenal pasti isu Sebagai langkah pertama, proses pengumpulan data bagi setiap bidang telah dilakukan. Sebagai contoh GPS lima tahun dalam bidang akademik kokurikulum, HEM, kewangan, aset dan pelbagai telah dikumpul dan dibentangkan dalam Dialog Prestasi. Setiap bidang memberikan pandangan berkaitan dengan kekangan dan kelemahan yang dihadapi. Teknik sumbangsaran seperti Tulang Ikan Ishikawa diguna pakai bagi mengenal pasti punca isu yang dihadapi. 2.2 Analisa Pareto Pengujian bagi menentukan keutamaan isu perlu dilakukan bagi mengenal pasti isu yang paling utama yang perlu ditangani terlebih dahulu. Pemberatan akan diberikan kepada punca-punca isu yang telah dikenal pasti. Analisa ini bagi melihat pemberatan kepada penyebab yang tertinggi yang memberikan impak paling besar terhadap organisasi. Sebagai contoh, apakah penyebab kepada pencapaian kokurikulum rendah dan sejauh mana ia memberikan impak ke atas pencapaian keseluruhan organisasi? 2.3 Rajah Tulang Ikan Ishikawa Semua aspek dalam organisasi perlu diambil kira bagi merangka pelan strategik yang baik. Pandangan semua pihak dalam warga sekolah perlu memainkan peranan dan memberikan sumbangan. Keterbukaan dalam menerima pandangan sama ada dari bawah ataupun dari atas perlu ada dengan menyediakan alat komunikasi yang berkesan. Setiap pandangan diambil kira dan dijana bagi mengenal pasti isu kritikal yang perlu ditangani. Semua maklumat dikumpul mengunakan kaedah tulang Ishikawa bagi mengenal pasti punca isu, dan sebab matlamat yang ditetapkan tidak tercapai. Proses pengumpulan maklumat ini melibatkan semua warga sekolah. Semua pandangan diambil kira dan rekodkan. Semua maklumat dianalisa dan disusun mengikut keutamaan dan kepentingan. Ini memberikan satu kelebihan kerana, warga sekolah rasa dihargai kerana disediakan saluran bagi memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan dalam organisasi.
3.0 PELAKSANAAN PROJEK (PEMETAAN TIGA TAHUN) Setelah mengenal pasti isu strategik, proses yang perlu dilaksanakan bagi menjana perancangan strategik yang komprehensif, maka beberapa langkah dan aspek perlu diberikan perhatian. Kami telah menggunakan pelbagai kaedah bagi merangka Pelan Pemetaan yang dirancangkan. Antaranya alat yang digunakan adalah seperti yang berikut: 3.1 Matlamat Strategik (SMART) Setelah mengenal pasti isu strategik, maka langkah seterusnya adalah menentukan matlamat strategik setiap bidang selaras dengan misi dan visi sekolah. Bagi menetapkan matlamat strategik yang baik, kami mengunakan kaedah SMART (Spesific, Measurable, Attainable, Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
51
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
Realistic, Timely). Menetapkan bidang utama apa yang perlu diberikan dalam tahun pertama di bawah program ProPeKS. Kami memilih bidang kokurikulum berdasarkan faktor kebolehlaksanaan dan kekuatan yang ada di SMK Taman Indah. Penetapan sasaran yang dapat diukur (Measurable) melalui pencapaian yang ditetapkan berdasarkan TOV. Menetapkan sasaran yang boleh dicapai (Attainable) berdasarkan kekuatan dan kebolehan yang sedia ada. Penetapan matlamat turut mengambil kira sesuatu yang sebenar boleh dicapai (Realistic) berdasarkan TOV dan kekuatan yang ada. Akhir sekali perlu ditetapkan jangkamasa (Timeline) sasaran itu perlu dicapai.Semua ini diterjemahkan melalui penetapan sasaran/objektif pada pemetaan. 3.2 Analisa Persekitaran (SWOT) Analisa ini bertujuan mengenal pasti kekuatan(S) dan kelemahan(W) dalam organisasi yang boleh dikawal bagi mempastikan matlamat dan strategi yang dijana akan berhasil. Selain itu, mengenal pasti juga peluang (O) dan ancaman luar yang boleh menghalang daripada matlamat dan objektif yang disasarkan tercapai.Setiap bidang perlu menghasilkan SWOT yang mantap agar strategi yang dipilih adalah berkesan.
3.3 TOWS Matriks
Proses penjanaan strategi boleh dibuat dengan menggunakan kaedah ini. Melalui kaedah ini. Merangka dan menyusun cadangan strategi yang bakal dilaksana berdasarkan SWOT. Walau bagaimanapun perlu ada pengujian bagi melihat kebolehlaksanaan dan pemilihan yang tepat strategi yang perlu dilaksanakan mengikut keutamaan. Satu pengujian Analisa Pemberatan dengan mengunakan Skala Likert. Pemberatan yang tinggi diberikan kepada tahap kesukaran yang tertinggi. Melalui analisa ini, strategi yang mendapat skor tertinggi akan menjadi pilihan utama dalam pelaksanaan strategi.
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM ProPeKS DI SMK TAMAN INDAH “Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli sesebuah organisasi untuk mencapai sesuatu matlamat atau objektif yang paling berkesan” (Drucker, 1972) Pengurusan satu proses mengagih input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan) secara cekap dan berkesan dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk mengeluarkan output (segala barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai. Proses mengurus dan mentadbir dilaksanakan dengan mengambil kira visi dan misi sekolah tercapai. Dalam mengatur strategi pelaksanaan ProPeKS, pembinaan pemetaan yang bersifat holistik dan mampan perlu dijana dan dikongsikan bersama semua warga sekolah. Proses tersebut ialah; a. Perancangan (Planning) Di SMK Taman Indah, kerja-kerja merancang perubahan yang hendak dilakukan di terajui oleh pengetua bersama dengan semua Guru penolong Kanan dan Ketua Bidang. Proses perancangan ini bermula dengan menentukan matlamat strategik yang hendak dicapai dengan memilih strategi-strategi yang telah dijana menggunakan kaedah TOWS mengikut bidang-bidang fokus mengikut keutamaan. 52
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
Proses perancangan yang dibuat mengambil kira keadaan semasa. Ini dapat diperolehi daripada data-data yang dikumpulkan seperti pencapaian sebelumnya seperti data GPS SPM, GPS Kokurikulum, peratus kehadiran dan lain-lain. Melalui data-data ini dianalisa kekuatan dan kelemahan bagi melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam merangka matlamat dan strategi akan datang. Di SMK Taman Indah, bidang fokus utama pada tahun pertama pemetaan yang hendak dicapai ialah Bidang Kokurikulum. Objektifnya adalah untuk meningkatkan pencapaian dalam PJASK dan Gred Purata Sekolah dalam Kokurikulum. Dengan menggunakan Tool/ alat SWOT dan TOWS MATRIKS didapati kekuatan dan tahap kebolehlaksanaan menjurus kepada bidang ini. Berdasarkan input,asset dan situasi semasa yang ada maka kami bersetuju menggembleng usaha dan tenaga bagi melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam bidang kokurikulum. b. Memimpin (Leading) Setelah perancangan lengkap, maka bermulalah proses pelaksanaan Propeks tahun 1 dimulakan. Saya akan mempastikan semua perancangan dilaksanakan seperti yang dirancang dengan cara mempastikan semua menyebar luas hala tuju ke arah perubahan. Tugas utama saya ialah memberikan panduan, tunjukajar dan dorongan dalam melaksanakan tugasan. Di samping itu, tindakan memperkasakan subordinat dengan PLC latihan lapangan dan LDP dilaksanakan. Pemimpin pertengahan yang menunjukkan prestasi baik dan meningkat akan diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Sebagai pemimpin di SMK Taman Indah, beberapa perkara perlu ditangani. Sedia maklum, antaranya ialah melaksanakan perubahan yang bersifat menyeluruh dan pelbagai segi. Melakukan perubahan melalui bidang fokus utama seperti dalam pemetaan. Melakukan perubahan dari pencapaian kokurikulum, maka adalah menjadi tanggungjawab pengetua menyelaraskan kerja-kerja dan tugasan agar matlamat strategik tercapai. Memberikan motivasi bersesuaian kepada semua warga sekolah sama ada guru, pekerja maupun pelajar. Meningkatkan keyakinan semua warga sekolah bahawa perubahan dapat dibuat dengan cara mewujudkan kerjasama berpasukan yang mantap. ini hanya dapat dicapai apabila berjaya memadamkan semua konflik yang jelas maupun tersembunyi melalui kesefahaman. Ini dapat diwujudkan dengan pengagihan jawatan, tugas dan beban yang adil dan saksama mengikut strata perjawatan subordinat. c. Pengorganisasian (Organize) Proses ini merujuk kepada cara pemerolehan sumber, mengagihkan sumber, merangka proses kerja dan tanggungjawab kakitangan secara sistematik. Proses ini melibatkan penstrukturan organisasi secara sistematik agar memperlihatkan kuasa dan tanggungjawab dalam melaksanakan tugasan. Selain itu, pembahagian tugas turut diperincikan agar tugasan dapat dilaksanakan dengan cekap. Dalam konteks pengorganisasian, pengkaji mempastikan perkara berkaitan hiraki perjawatan, tanggungjawab malah pelaporan diperjelaskan bagi mewujudkan hubungan yang komprehensif dalam semua aspek tugasan perlu diperjelaskan bagi menjelaskan hubungan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
53
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
dan struktur pelaksanaan ProPeKS sebagaimana dalam struktur organisasi. Setiap pengagihan jawatan dan tugas diberikan garis panduan tanggungjawab dan fungsi setiap jawatan dan menetapkan setiap hubungan dalam organisasi. Pengetua mengetuai perubahan yang hendak dilaksanakan dengan membentuk usaha menyatupadukan warga ke arah matlamat, visi dan misi sekolah yang hendak dicapai. Beberapa fungsi utama pemimpin sekolah perlu laksanakan. d. Mengawal (Controlling) Tanggungjawab utama saya ialah mengawal perjalanan organisasi lebih tersusun kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Mengawal sebagai satu proses untuk menentukan atau menjamin supaya kegiatan organisasi terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Fungsi utama pengetua adalah mengawal semua keadaan dan situasi di sekolah. Ruang lingkup kawalan di sini merujuk kepada aktiviti dibawah seliaan dan bidang kuasa pengetua mengikut SOP yang ditetapkan. Bagi mempastikan halatuju dan matlamat tercapai, saya akan menyelia proses pelaksaan aktiviti secara langsung maupun melalui pelaporan pegawai yang bertanggungjawab. Proses ini bagi mempastikan kaedah dan SOP dipatuhi bagi mencapai standard yang perlu dicapai sebagaimana yang telah ditetapkan. Selain dari itu, kawalan boleh dilakukan melalui pencerapan proses pelaksanaan maupun melalui penilaian prestasi yang ditetapkan seperti penjadualan proses melalui Carta Gantt ataupun One Page Project Manager. Di sinilah peranan paling penting perlu dilakukan agar sasaran dan masa yang diperuntukkan dipatuhi. Semasa proses penilaian, pengetua perlulah membuat penyesuaian secara flexible dengan keperluan dan situasi semasa agar intervensi boleh dilakukan bagi mengelakkan sasaran tidak tercapai. 4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Di bawah program ProPeKS, pihak sekolah dikehendaki membangunkan sembilan bidang utama. Di bawah pemetaan tiga tahun, pihak SMK Taman Indah telah membuat keputusan memilih bidang kokurikulum untuk dibangunkan pada tahun ini. Jelas menunjukkan bahawa telah memberikan impak yang besar, seperti ditunjukkan dalam data di bawah:
Rajah 5.1: Pencapaian GPS Kokurikulum SMK Taman Indah 54
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
Dapat dibuat perbandingan pencapaian dari dan di segi GPS. telah berlaku peningkatan daripda 1.92 pada tahun 2018 kepada 1.68 pada tahun 2019. (September) meningkat sebanyak 0.24 mata, melebihi sasaran yang ditetapkan pada tahun 2019 iaitu 1.80. Faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah: i.
Pengurusan unit-unit dalam bidang kokurikulum seperti Unit Seragam, Sukan Permainan dan Kelab Persatuan telah menyediakan Perancangan Tiga Tahun dengan diikuti oleh Pelan Taktikal dan Operasi yang menyeluruh dan sistematik.
ii.
Dialog Prestasi Flatform ini digunakan untuk membentangkan data dan dijadikan sebagai lapangan melakukan penambahbaikan. Ketua-ketua unit akan membentangkan data semasa dan membincangkan tindakan atau intervensi yang perlu diambil bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
iii.
Membudayakan PLOC dalam setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan. Penyeliaan dan kawalan dilaksanakan sepanjang masa bagi menentukan sasaran dan hala tuju pada landasan yang betul.
Antara pencapaian yang terbaik yang dicapai pada tahun ini ialah Pasukan Koir menjadi Johan Daerah Tampin. Ini adalah julung-julung kali Pasukan Koir menjuarai pertandingan ini. Selain itu peningkatan pungutan pingat emas dalam Sukan Olahraga MSSM Daerah Tampin telah meningkat melebihi 100% iaitu pada 2018 Lima (5) Emas meningkat kepada sebelas (11) Emas pada tahun 2019. Pasukan Bola Keranjang Lelaki dan Perempuan menjadi Johan. Peningkatan jumlah penyertaan ke peringkat daerah dan negeri turut meningkat dengan banyak daripda 130 penyertaan daerah meningkat kepada 160 penyertaan. Penyertaan negeri turut meningkat daripada 53 penyertaan kepada 65.penyertaan. Perkara lebih membanggakan ialah peningkatan mendadak dari segi penyertaan peringkat kebangsaan daripada 2 penyertaan kepada 77 penyertaan. Sumbangan tertinggi ialah pencapaian adik Kalaivani a/p Subramaniam memenangi tempat ketiga(3) dalam larian Terbuka Georgian 2019 (peringkat kebangsaan). 29 orang pelajar menerima medal dalam kejohanan ini. Pemilihan kami untuk membangunkan bidang kokurikulum nampaknya membawa kesan dan impak positif yang lebih meluas. Berlaku peningkatan dari segi kehadiran pelajar. Daripada analisis yang dibuat, ramai pelajar yang ponteng sekolah adalah juga pelajar yang berminat dalam bidang kokurikulum. Perhatian yang kami beri dalam aktiviti kokurikulum berjaya merangsang kehadiran daripada 91% kepada 92.74%. Walaupun ianya nampak kecil tetapi telah meningkatkan minat pelajar untuk hadir ke sekolah. Lebih membanggakan lagi adalah kesan program kokurikulum mempengaruhi pencapaian dalam akademik.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
55
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
Rajah 5.2: Perbandingan Peratus Kehadiran murid Kohort 2018 dan Kohort 2019
Rajah 5.3: Perbandingan peratus lulus 2018 dan 2019
Berdasarkan graf di atas, impak daripada fokus terhadap bidang kokurikulum telah meningkatkan pencapaian peratus layak sijil SPM 2019 kepada 83.64% berbanding pada 2018 hanya 58.85% Di samping itu turut melonjak juga GPS daripada 5.76 pada tahun 2018 kepada 5.49 pada tahun 2019
Rajah 5.4: Perbandingan GPS 2018 dan 2019
Berdasarkan data di atas, jelas menunjukkan impak positif daripada program ProPeKS ke atas pencapaian bidang utama pengurusan di sekolah. Peningkatan dalam akademik adalah kesan daripada pembudayaan pengurusan yang lebih terancang dan sistematik yang dibudayakan seperti penggunaan tool seperti SWOT, TOWS Matriks PLOC yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dihadapi. Proses ini membuka ruang melakukan penambahbaikan dengan 56
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PAJSK Penggerak Kejayaan Sekolah
mengunakan strategi yang tepat dan berkesan. Kami yakin dengan pelan-pelan intervensi yang terancang, akan berlaku peningkatan dalam pencapaian SPM 2019 apatah lagi dengan pencapaian Percubaan SPM 2019 adalah yang terbaik dalam tempoh enam(6) tahun.
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Membangunkan kapasiti warga sekolah dari segi profesionalime perlu dilakukan secara menyeluruh dan berterusan. Kekangan utama yang dihadapi ialah kakitangan yang tidak mencukupi dan ramai guru mengajar tidak mengikut opsyen. Banyak masa dan tenaga yang diguna pakai untuk memberikan bimbingan dan penyeliaan. Sedikit sebanyak proses kerja turut terganggu kerana kekangan masa. Membangunkan sistem dan pembudayaan kerja juga adalah cabaran yang perlu ditangani. Tiada jalan singkat untuk mendapatkan hasil yang diidami. Pengetua perlu mengukuhkan pembudayaan sistem yang standard seperti perkongsian dalam input yang diperoleh. Sebagai contoh, pembudayaan PLC dalam kalangan guru pada peringkat awal menghadapi kesukaran tetapi apabila mengamalkan keterbukaan dari segi masa dan jumlah anggota maka masalah kekangan masa dapat diatasi seperti PLC dijalankan dalam kelompok kecil sahaja dalam unit atau panitia terlibat sahaja. Rata-rata kesukaran yang dihadapi ialah peruntukan kewangan. Bagi mengatasi masalah ini, semua program perlu dirancang lebih awal dan dinyatakan dalam pelan taktikal dan operasi ketika menyediakan perancangan. Ini akan memudahkan pihak pengurusan memberikan peruntukan mengikut keutamaan. Di samping itu perlu pilihan lain seperti mewujudkan jalinan dan jaringan yang baik dengan pihak yang berkepentingan yang dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Kesimpulannya, melakukan perubahan terhadap organisasi yang dipimpin memerlukan daya usaha yang berlipat ganda. Tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan. Perlu dibangunkan pasukan yang bergerak seiring dan sederap untuk mencapai misi dan visi.organisasi. Perlu sedar bahawa setiap individu dan unit di bawah kepimpinan kita boleh dibangunkan dan memberikan sumbangan. Hanya kaedah dan pendekatan yang berbeza dan pelbagai dapat menangani cabaran dalam melakukan perubahan. Pemimpin perlu cepat mengenal pasti peluang dan ambil segera peluang itu untuk membina kejayaan.
RUJUKAN
Abdul Shukor (1998). Fokus Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Cheng, Y.C. (1996). School Effectiveness and School-based Management: A Mechanism for Development. London: The Falmer Press. Ishak Sin (2001). Pengaruh Kepimpinan Pengajaran, Kepimpinan Transformasi Dan Gantian Kepada Kepimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Spesifikasi Dan Kepuasan Kerja Guru. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Judy Lambert, L. (1998b). Building Leadership Capacity in Schools. Alexandria, VA: American Association for Supervision and Curriculum Development.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
57
58
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
BAHASA MELAYU PENGGERAK PENCAPAIAN SEKOLAH HAJI MD NAZRI BIN HAJI HASSAN Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2
[email protected] RAJA IBRAHIM BIN RAJA MIDIN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] ZAMRUD BINTI REDZUAN Pegawai SIP+PPD Bahau
ABSTRAK Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 (SMKB2) telah dipilih secara rasmi mengikuti Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) Kohort 2 tahun 2019 – 2021 pada tarikh 17 Oktober 2018. Program ini dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih bertaraf Sekolah Harapan untuk meningkatkan pencapaian dan kemenjadian murid agar setanding dengan sekolah-sekolah lain yang lebih baik pencapaiannya. Program Peningkatan Kecemerlangan Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Program Peningkatan Kehadiran dalam kalangan Murid telah dipilih untuk dilaksanakan di SMKB2 bagi meningkatkan prestasi akademik murid dan seterusnya mengembangkan lagi potensi diri dan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang. Program ini dirancang untuk meningkatkan kebolehan murid-murid bukan Melayu iaitu murid Cina dan India dalam menguasai Bahasa Melayu. Kelemahan penguasaan Bahasa Melayu ini menyebabkan pencapaian keputusan peperiksaan awam SMKB2 seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering turun dan naik saban tahun kerana Bahasa Melayu adalah bahasa pengantar utama di sekolah menengah kebangsaan. Manakala Program Peningkatan Kehadiran di Kalangan Murid dilaksanakan untuk meningkatkan lagi peratus kehadiran murid ke sekolah setiap hari untuk mencapai KPI JPNNS iaitu 95%. Ini disebabkan pada tahun 2018, peratus keseluruhan kehadiran murid SMKB2 adalah 88%. Perancangan program telah dirangka dan dibincangkan pada penghujung tahun 2018 dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh 3 tahun (2019 hingga 2021). Diharapkan perancangan ini berjaya mencapai targetnya menjelang tahun 2021. Kata kunci: program peningkatan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu, Program peningkatan kehadiran dalam kalangan murid
1.0 PENGENALAN Latarbelakang Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau 2 (SMKB2) Tarikh 3 Januari 2001, SMK Bahau 2 ditubuhkan dengan 152 orang murid dengan kekuatan 10 orang guru. Sebelum bangunan 5 bloknya siap, murid-murid SMKB2 menumpang belajar di SJKC Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
59
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
Kg Baru Mahsan selama 6 bulan dan pada tarikh 25 Jun 2001, murid-murid SMKB2 berpindah masuk secara rasmi ke bangunan sekolah yang baru. Encik Mohammad Azwar Iqbal bin Tahir telah dilantik sebagai pengetua yang pertama. Selama 19 tahun penubuhannya, SMKB2 sudah ditadbir oleh 7 orang pengetua. Tahun 2018, SMKB2 dipimpin oleh Tuan Haji Md Nazri bin Haji Hassan. Mulai tahun 2019, SMKB2 telah dipilih dan diletakkan di bawah Program ProPeKS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2021. Tahun 2019, SMKB2 mempunyai 37 orang guru, 7 orang AKP dan 340 orang murid. 1.1
Profil Sekolah
Peratus murid mengikut pecahan kaum ialah Melayu 14%, Cina 49%, India 29% dan lain-lain 8%. Manakala peratus bilangan murid lelaki ialah 48% dan murid perempuan 52%. Peratus bilangan guru mengikut pecahan kaum ialah Melayu 81%, Cina 8% dan India 11%. Seterusnya peratus bilangan guru lelaki ialah 25% dan guru perempuan ialah 75%. Kebanyakan murid-murid SMKB2 berasal dari kawasan sekitar sekolah iaitu Pekan Mahsan, Bahau, Bandar Seri Jempol, Pekan Air Hitam dan juga yang paling jauh, kira-kira 22 kilometer dari sekolah iaitu Ladang Geddes. SMKB2 mempunyai prasarana persekolahan lengkap seperti 5 buah bangunan sekolah yang mengandungi pejabat pentadbiran, perpustakaan, kelas, makmal sains dan bilik khas, sebuah bangunan TVet, sebuah makmal komputer, kantin, surau, padang dan gelanggang serbaguna. SMKB2 juga mempunyai kawasan lapang yang mencukupi untuk pembinaan dewan besar di masa akan datang. Mulai tahun 2019, SMKB2 telah dipilih dan diletakkan di bawah Program ProPeKS oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga tahun 2021. 1.2 Status Quo Semasa Melapor Diri Semasa pengetua melapor diri di SMKB2, terdapat beberapa isu yang dikenalpasti menjadi penghalang kepada peningkatan kecemerlangan prestasi SMKB2 terutama dalam bidang akademik. Ini kerana sepanjang 5 tahun kebelakangan ini, pencapaian SMKB2 dalam SPM kurang memberangsangkan. Gred purata sekolah turun dan naik saban tahun. Contohnya seperti rajah di bawah,
Rajah 6.1: Isu-isu utama di SMK Bahau 2 60
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
Rajah 6.2: Gred Purata Sekolah SPM Tahun 2014-2019
Ini disebabkan faktor kelemahan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu menjadi penyumbang kepada ketidakstabilan pencapaian SPM setiap tahun. Selain dari itu, faktor kehadiran kurang daripada 90% juga memainkan peranan sebagai faktor penyumbang kepada permasalahan di atas.
Rajah 6.3: Perbandingan kehadiran murid SMKB2 Tahun 2018 dengan 2019
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
61
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Pengenalpastian isu di SMKB2 dilaksanakan dengan menggunakan beberapa jenis alat pemetaan, contohnya tulang Ikan Ishikawa dan analisis SWOT. Setelah dianalisis dan dikenalpasti isu, penambahbaikan dirancang dan dilaksanakan untuk mengatasi isu tersebut melalui pelan tindakan RAJAH 2 : TULANG IKAN ISHIKAWA dan pemetaan tiga (3) tahun. SEBAB DAN AKIBAT
MANUSIA
PERSEKITARAN Komuniti guna bahasa ibunda
Guru tidak kompeten
Keluarga Ahli keluarga Status ekonomi tidak mahir BM rendah
Peralatan ICT tidak mencukupi PERALATAN
Tidak yakin
Ibu bapa kekangan masa
Tiada galakan tentang penggunaan bahan bacaan
Tiada sudut Ilmu/bacaan
BAHAN
Kurang motivasi
Murid
Tidak berpeluang Malu, Takut diketawakan KELEMAHAN PENGUASAAN BAHASA MELAYU
P&P tidak menarik
Tidak berpusatkan murid Teknik P&P tidak sesuai
KAEDAH
Rajah 6.4: Rajah Tulang Ikan Ishikawa Digunakan Untuk Mengenal Pasti Masalah di SMKB2
62
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
Jadual 6.1: Mengenal pasti masalah menggunakan Analisis SWOT
KEKUATAN (S)
S1 Pengetua berpengalaman dan mempunyai Diploma NPQEL. S2 37 orang guru siswazah terlatih. S3 Tiga (3) orang guru mempunyai ijazah lanjutan. S4 Mempunyai dua (2) orang Jurulatih Utama. S5 70% guru berpengalaman mengajar lebih 10 tahun. S6 Mendapat Anugerah Lonjakan Saujana tahun 2018. S7 15 % guru penanda kertas PT3 dan SPM. S8 Komitmen guru yang tinggi terhadap PdPc. S9 Gred purata sekolah semakin meningkat setiap tahun. S10 Kemudahan prasarana yang baik. S11 Sukatan pelajaran tamat pada bulai Julai bagi kelas-kelas peperiksaan. S12 Mengamalkan budaya kerja secara berpasukan (Team-work). S13 Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih.
PELUANG (O)
KELEMAHAN (W)
W1 Guru terpaksa melaksanakan tugas rasmi kokurikulum & akademik di luar sekolah atas arahan JPN atau PPD. W2 Tiada Guru Bimbingan dan Kaunseling berbangsa Cina (bilangan murid Cina melebihi 50% daripada semua jumlah murid SMKB2). W3 10 % daripada 19 panitia masih tidak sampai ke tahap cemerlang dalam bidang pengurusannya. W4 Pencapaian dalam SPM masih tidak mencapai target. W5 Masih terdapat guru mengajar tidak mengikut opsyen terutama subjek BM dan BI. W6 Murid terlalu bergantung sepenuhnya kepada guru terutama penulisan nota dan latihan ulangkaji. W7 Perpustakaan bersaiz sederhana dan kurang buku rujukan. W8 Beberapa bilik darjah yang perlu diperbaiki daripada segi pendawaian elektrik W9 Guru-guru masih kurang mengamalkan program perkongsian ilmu dan PdP abad ke 21. W10 15 % pelajar tidak hadir selepas tamat Peperiksaan Akhir Tahun
ANCAMAN (T)
O1 PIBG bersedia memberi sokongan moral dan kewangan bagi menjayakan program sekolah
T1
Kerja-kerja perkeranian dibebankan ke atas guru-guru.
O2 Masyarakat dan pemimpin tempatan yang prihatin terhadap pencapaian akademik & disiplin murid-murid
T2
Keadaan bangunan rosak yang tidak selamat digunakan dan diselenggara oleh kontraktor yang dipilih oleh KPM.
O3 Peluang yang lebih luas untuk menyertai pelbagai pertandingan anjuran KPM, JPN dan PPD.
T3 Terdapat kafé siber di persekitaran luar sekolah. T4
O4 Kerjasama yang baik dengan jabatan/agensi kerajaan seperti JKR, Majlis Daerah, PDRM, RELA dan lain-lain
Masalah pengangkutan (pergi dan balik) dan jarak rumah ke sekolah melebihi 20 km
T5
Sebilangan besar ibubapa kurang berminat menyertai aktiviti sekolah dan mesyuarat PIBG
O5 Program IPTA dan IPTS seperti ceramah, bengkel dan kursus untuk meningkatkan motivasi murid
T6 Tahap kesedaran sebilangan kecil ibubapa terhadap pencapaian akademik anak-anak masih rendah.
O6 PIBG, ibubapa dan komuniti sedia menyokong program-program sekolah.
T7 Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris murid dari SJK(T) dan SJK(C) masih di tahap sederhana.
O7 Kursus jangka pendek dan panjang anjuran KPM dan JPN disediakan untuk guru-guru.
T8 Purata pendapatan ibubapa yang rendah dan sederhana.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
63
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
Jadual 6.2: Penjanaan strategik melalui TOWS Matriks FAKTOR DALAMAN FAKTOR LUARAN
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W) PIBG menyalurkan kewangan untuk membantu melaksanakan program sekolah (WO)
PELUANG (O)
Guru-guru yang berwibawa dan dibantu oleh PIBG dan NGO (SO).
ANCAMAN (T)
Komitmen guru dalam meningkatkan kesedaran ibu Masalah guru yang keluar dan kerja-kerja penkeranian dan tahap bapa mengenai pendidikan kededaran ibu bapa (WT) anak-anak. (ST)
Hasil daripada pemerhatian pengetua, analisis Tulang Ikan Ishikawa dan analisis SWOT, terdapat tiga (3) isu yang membabitkan kurikulum dan tiga (3) isu sahsiah murid. Namun begitu pengetua hanya memilih dua (2) isu utama untuk tahun pertama yang menjadi penghalang utama kepada peningkatan prestasi murid SMKB2 dalam SPM iaitu kelemahan penguasaan Bahasa Melayu dan masalah kehadiran ke sekolah yang tidak mencapai 90% keseluruhannya sepanjang tahun. Isu-isu ini mesti diatasi untuk memastikan peningkatan prestasi murid-murid dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di lkalangan murid-murid bukan Melayu akan meningkatkan lagi pemahaman mereka tentang usaha pihak sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka. Tanpa pemahaman dalam Bahasa melayu, menyukarkan mereka untuk menterjemahkan pemahaman mereka di atas kertas jawapan. Kehadiran ke sekolah juga amat penting pada murid-murid kerana jika tidak hadir menyukarkan guru untuk menyampaikan pengetahuan dan maklumat selain daripada membantu mereka dalam segenap segi termasuklah kebajikan dan lain-lain.
3.0
PELAKSANAAN PROJEK (P-O-L-C)
Bagi merealisasikan rancangan untuk melaksanakan perubahan di SMKB2, perkara awal yang dilaksanakan ialah merangka pemetaan perancangan perubahan untuk tiga (3) tahun mulai 2019 hingga 2021. Pemetaan ini meliputi bidang fokus Kurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan Kokurikulum. Setelah itu, barulah pelan tindakan dirangka untuk melaksanakan program-program yang berkaitan dengan meningkatkan kecemerlangan sekolah pada setiap bidang fokus.
64
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
3.1
Merancang (Planning ) Jadual 6.3: Pemetaan Perancangan Perubahan Tiga (3) Tahun SMK Bahau 2 BIDANG FOKUS
KURIKULUM Peningkatan Penguasaan Bahasa Melayu
2019
2020
• Program Gemilang BM • PBL BM • Program Cemerlang Panitia
• Perkampungan Ilmu
2021 • Pameran Projek BM
• Program Guru Muda • Showcase BM
• LDP-PAK21
PdPC HEM Meningkatkan Kehadiran Murid
• Program Datang Awal
• Anugerah Kehadiran • Rumahku Syurgaku
• Program Sayangi
• Sekolah Dalam
Sekolah
Taman
• Perhimpunan
Vandalisme
Transformasi
Sahsiah Diri Murid Pengurusan Masa KOKURIKULUM Menggalakkan Penyertaan Pelbagai
• Program Juara
• Hero Malaysia
• Program Coach
• Anugerah Insan
• Program Bitara
• Sekolah Projek
Terbilang
Kaum Melahirkan Juara-juara Meningkatkan Potensi Diri
3.2
Membuat (Do)
Manakala pelan tindakan telah dirangka dan dibincangkan bersama-sama ahli jawatankuasa Kurikulum dan HEM berdasarkan pemetaan 3 tahun di atas. Maka terhasillah beberapa program kurikulum yang diharapkan dapat mengatasi isu lemah penguasaan Bahasa Melayu sehingga membawa kepada pencapaian prestasi SPM yang turun naik di SMKB2. Begitu juga dengan isu kehadiran murid yang tidak mencapai 90% kehadiran setahun secara keseluruhan, isu ini juga telah dibincangkan bersama-sama dengan ahli jawatankuasa HEM untuk merangka program-program unyuk mengatasi isu tersebut.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
65
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
Jadual 6.4: Pelan Tindakan SMKB2 Bil
Bidang/ Objektif
1. Kurikulum
Program/ Projek
Jan 2019
Julai 2019
Ketua Panitia BM
Pidato 5 minit
70 % Tingkatan 4 dan 5
Feb 2019
Okt 2019
Ketua Panitia BM
Persembahan Murid @ Perhimpunan
60 % Murid Ting. 1, 2 dan 3
Jan 2019
Jun
Ketua Panitia BM
Pertandingan Ko-Akademik
65 % murid terlibat
Jun 2019
Julai 2019
Ketua Panitia BM
Minggu Bahasa
100 % murid terlibat
Mac 2019
April 2019
Ketua Panitia BM
Bengkel Ilmu
Guru-guru BM
Jan 2019
Nov 2019
K/Bidang Bahasa
Program Kejora/ 60 orang Kembara Ilmu Tingkatan 3 dan 5
Jan 2019
Nov 2019
Ketua Panitia BM
Santai Petang
Guru-guru dan Ketua Bidang
Mac 2019
Nov 2019
K/Bidang Bahasa
Program Guru Muda
Guru BM & murid Tingkatan 3 dan 5
Mac 2019
Nov 2019
GPK1
Program Permata 30 orang murid Elit Ting 3 dan 5
Jan 2019
Nov 2019
Ketua Panitia BM
LDP
PAK 21
Guru-guru BM
Mac 2019
Okt 2019
GPK1
Program Peningkatn Kehadiran ke Sekolah
1. Jom Ke Sekolah 2. Sijil Kehadira Penuh 3. Program Motivasi
Semua orang Jan murid 2019
Nov 2019
GPK HEM Penyelaras Tingkatan GBK Guru Unit Disiplin
Mngurangkan Vandalisme
Program Keceriaan
1. Gotong – Royong Kelas PAK21 2. Gotong – Royong Taman KK
Semua orang Jan murid 2019
Nov 2019
GPK HEM Guru Kelas GPK KK Guru Penasihat
Sahsiah diri
Program Pemantapn Diri
1. Sijil Amalan Baik 2. Program Jalinan Kasih
Semua orang Jan murid 2019
Nov 2019
GPK HEM GBK Guru-guru
Pengurusan
Program Pemantauan
1. MMI 2. Learning Walks 3. MBWA 4. P’himpunn Trnsfrmasi
Semua guru dan murid
Nov 2019
Pengurusan dan Pentadbiran
Pelaksanaan Program Panitia BM
Memantapkan PDPC
2019
HEM Meningkatkan Kehadiran
masa
66
Mula Tamat Penyelaras
50% murid berjaya
Melayu
2
Sasaran Prestasi
Cakna Bahasa
Peningkatan GPMP Bahasa
Peningkatan Penguasan BM dalam kalangan murid
Aktiviti
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Murid masalah kehadiran
Jan 2019
Catatan
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
3.3
Mengawal (Controlling)
Semasa program perubahan dan peningkatan di bawah ProPeKS ini dilaksanakan, pemantauan telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran sekolah yang terdiri daripada Penolong Kanan dan Ketua Bidang. Mereka juga dibantu oleh ahli jawatankuasa ProPeKS. Pemantauan ini dilaksanakan untuk memastikan program yang dirancang dilaksanakan dengan betul dan menepati sasaran. Jawatankuasa ini telah dibentuk oleh pengetua dan bahagian pengurusan dan pentadbiran. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada guru-guru yang memegang jawatan penting di sekolah. Selain itu Penyelaras dan Pegawai Audit bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan program yang dirancang, dapat dilaksanakan mengikut perancangan. Antara peranan ahli jawatankuasa ialah; mengadakan mesyuarat bagi merangka/merancang ‘frame work’ untuk penetapan sasaran, objektif, matlamat dan petunjuk prestasi bagi peningkatan akademik,sahsiah dan kokurikulum murid; melaksanakan perubahan pada iklim sekolah agar kondusif dalam meningkatkan kecemerlangan akademik serta membentuk kemenjadian murid SMKB2; mengaplikasi pendekatan baharu yang boleh mempertingkatkan dan melonjakkan prestasi SMKB2; menentukan isu dalaman dan luaran yang releven kepada organisasi; mengenal pasti dan memaksimakan penglibatan pihak berkepentingan yang mempunyai impak kepada prestasi organisasi; membina pelan pembangunan sekolah; membina jaringan dan jainan dan memantau suasana fizikal dan psikologi sekolah. 3.4
Melaksana (Action)
Setelah selesai suatu program dilaksanakan, Penolong Kanan, Ketua Bidang ataupun Ketua Panitia akan menyiapkan laporan dan dihantar kepada Setiausaha untuk didokumentasikan. Selain itu. Pengetua juga sering membincangkan tentang pelaksanaan program dan impaknya dalam Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Guru.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Sepanjang program ini dilaksanakan, berlaku kesan yang positif kepada murid-murid. Walaupun bukan pada semua murid tetapi berlaku juga sedikit impak berkesan terutama kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan PT3 dan SPM. Sebagai contoh, berlaku peningkatan pencapaian dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Peningkatan berlaku pada Gred Purata Matapelajaran Bahasa Melayu dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019, iaitu daripada 6.86 (TOV) kepada 6.54 . Selain dari itu, berlaku pertambahan murid memperolehi Gred A iaitu daripada enam (6) orang kepada 11 orang. Walau bagaimanapun isu kehadiran masih lagi belum dapat diatasi secara menyeluruh lagi. Ini kerana faktor-faktor luaran yang menyebabkan murid tidak hadir ke sekolah. Contonya bekerja sampingan, cuti perayaan, pengaruh rakan sebaya dan lain-lain. Sehingga bulan September, peratus kehadiran murid ke sekolah masih lagi di atas 80% dan masih lagi terkawal. Bilangan murid hadir pada masa peperiksaan adalah tinggi iaitu 95%.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
67
Bahasa Melayu Penggerak Pencapaian Sekolah
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Secara keseluruhannya Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) di SMKB2 dapat dilaksanakan dengan betul mengikut perancangan. Kerjasama daripada guru-guru adalah positif. Guru-guru sering memberi idea dan pandangan yang bernas untuk memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan betul dan memberi impak yang positif kepada murid-murid SMKB2. Objektif yang dirangka, dapat dicapai walaupun sedikit. Contohnya meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid dapat dipertingkatkan walaupun sedikit. Ini boleh diperhatikan pada keputusan peperiksaan tingkatan 5. Sebanyak 10 program dilaksanakan dan impak yang diterima adalah positif. Walaupun bukan 100% yang terlibat, namun pada murid yang terlibat dalam program-program ini kerjasama yang diberikan amat positif. Seterusnya bagi isu yang kedua iaitu meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah masih lagi memerlukan usaha yang berterusan bagi mencapai objektif. Ini kerana peratus kehadiran masih lagi belum mencapai sasaran yang dikehendaki. Walau bagaimanapun peratus kehadiran masih lagi di atas 80%. Banyak faktor luaran yang tidak dapat diatasi oleh pihak sekolah, contohnya murid lebih suka bekerja sehingga larut malam, pengaruh rakan dan masalah sikap yang menyumbang kepada isu ini. (Lihat Rajah 5.4). Sepanjang melaksanakan program ini, sumber kewangan sekolah kurang dan program ini dilaksanakan berdasarkan bajet yang ada. Tetapi ini bukan masalah kerana amanah mesti dilaksanakan untuk memastikan murid-murid SMKB2 mendapat manfaatnya. Cuma pengetua berharap pihak KPM dapat menyalurkan sumber kewangan agar lebih banyak lagi program dapat dilaksanakan di bawah program ProPeKS ini.
6.0 RUJUKAN Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Nasional (2012). Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
68
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah KHANAH@ROHANAH BINTI MAMAT Pengetua SMK Taman Medan
[email protected] HAJAH NOR HASIMAH BINTI HASHIM @ ABD. MANAF Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] ROSITA WATI BINTI ABDUL AZIZ SIP+ PPD Petaling Utama
ABSTRAK Kehadiran murid ke sekolah sering kali dikaitkan dengan pencapaian murid. Jika kehadiran murid ke sekolah mencapai peratusan yang tinggi maka pembelajaran akan berlangsung dan pencapaian akademik turut akan berada pada tahap yang membanggakan. Oleh itu, kajian ini akan menjurus kepada usaha untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah memandangkan purata peratus kehadiran murid SMK Taman Medan ke sekolah pada tahun 2018 adalah sebanyak 78.12%. Target yang disasarkan untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah ialah sebanyak 5% iaitu kepada 83.12%. Data yang digunakan ialah data kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2018 sebagai TOV kepada kajian yang dijalankan. Kerjasama daripada PIBG melalui program Jom ke Sekolah telah membolehkan pelbagai usaha dirancang dan dijalankan bagi memastikan peratus kehadiran murid pada tahun 2019 meningkat seperti yang disasarkan. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa telah berlaku peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi target yang disasarkan, iaitu 83.12% pada setiap bulan hasil daripada usaha yang berterusan. Kata kunci: Jom ke sekolah, pengurusan hal ehwal murid
1.0
PENGENALAN
SMK Taman Medan merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk mencapai kecemerlangan. Walau bagaimanapun, kehadiran murid ke sekolah yang belum mencapai 90% turut mempengaruhi pencapaian murid dalam peperiksaan SPM dan PT3. Sekolah ini terletak di bandar namun 90% murid berlatar belakangkan ibu bapa dalam kalangan B40. Ini merupakan cabaran utama dalam usaha untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Usaha berterusan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah untuk membantu guru dalam proses mendidik murid ke arah pembangunan modal insan agar kecemerlangan akademik dan sahsiah dapat dicapai.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
69
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
1.1
Profil Sekolah
SMK Taman Medan terletak di Daerah Petaling Jaya, Selangor dan telah ditubuhkan pada tahun 1989. Sehingga kini SMK Taman Medan telah berusia lebih daripada 30 tahun. Jadual 7.1: Profil Sekolah SMK Taman Medan Sekolah
SMK Taman Medan
Status Sekolah
Gred A
Lokasi
Petaling Jaya
Daerah Pentadbiran
Selangor
PPD
Petaling Utama
Sesi Persekolahan
2 Sesi
Jenis Bantuan
Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah
3.77 ekar
Bilangan bilik darjah
32 buah bilik darjah
Kod sekolah
BEA 8613
Nombor Telefon
03-77820455
Nombor Faks
03-77850751
Emel sekolah
[email protected]
Pengetua
Pn. Khanah@Rohanah Binti Mamat
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Peer Mohamed bin Mohd. Kassim
Penolng Kanan HEM
En. Azman bin Sulaiman
Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Fazliyaton binti Ismail
Bilangan guru
89 orang guru
Bilangan murid
1094 orang Melayu- 1057 (96.6%) Cina – 1 (0.09%) India- 36 (3.3%)
Bilangan kelas
42 buah kelas
Mata pelajaran Elektif
Kelas Aliran Sains Kelas Aliran Sastera – Perakaunan, Pertanian, Matematik Tambahan, Pendidikan Seni Visual, Perniagaan, Ekonomi, Geografi, Tasawur Islam, Sains Rumah Tangga, PVMA
1.2 Status Quo Sekolah Semasa Melapor Diri Jadual 7.2: Purata Kehadiran Murid, Keputusan SPM dan PT3 Tahun 2018 Purata kehadiran tahunan
78.12%
GPS SPM
6.36
2018 Peratus lulus SPM
77.31%
GPS PT3 Peratus lulus PT3
70
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
4.54 9.77%
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah perbincangan, sumbangsaran, pemerhatian dan maklum balas dengan menggunakan alat seperti Analisis SWOT dan Jadual Pemberatan. 2.1
Analisis Persekitaran
Analisis persekitaran dijalankan untuk mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang ada di SMK Taman Medan. Jadual 7.3: Analisis Persekitaran (SWOT/SWOC) (S)KEKUATAN:
(W)KELEMAHAN:
S1 -Pentadbir yang berpengalaman dan efisien
W1- Sekolah berada di band 6
S2 -Kerja sepasukan yang baik antara guru & pentadbir S3- 85% guru mempunyai pengalaman tahun
lebih 5
S4- Tempat tinggal pelajar berhampiran dengan sekolah.
W2- Pencapaian murid dalam peperiksaan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM belum mencapai kenaikan 0.03 dari 6.28 ke 6.09 W3- Kehadiran pelajar ke sekolah belum mencapai 95% W4 -Peratus kes salah laku murid dalam keadaan sederhana. W5 – Kehadiran ibu bapa dalam program sekolah masih rendah W6 - Peratus pencapaian murid dalam sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah dan MSSD PU sederhana.
(O)PELUANG:
(C)CABARAN:
O1- Ibu bapa mementingkan pelajaran anak-anak mereka
C1- Harapan ibu bapa terhadap sekolah sangat tinggi
O2- Hubungan yang baik pihak sekolah dengan PIBG dan agensi luar, IPTS, IPTA, NGO
C2- Ibu bapa kurang mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak di rumah
O3- Sokongan dan bantuan daripada PPD / JPN / KPM
C3- Ibu bapa sukar membayar sumbangan PIBG kerana berpendapatan rendah C4. Pengaruh pusat permainan video dan kafe cyber
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
71
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
Jadual 7.4: Isu strategik yang telah dijana berdasarkan Analisis TOWS Matriks FAKTOR DALAMAN
(S) KEKUATAN:
(W) KELEMAHAN:
S1 Pentadbir yang berpengalaman dan efisien
W1- Sekolah berada di band 6
S2 Kerja sepasukan yang baik antara guru & pentadbir S3- 85% guru mempunyai pengalaman lebih 5 tahun S4- Tempat tinggal pelajar berhampiran dengan sekolah.
FAKTOR LUARAN (O)PELUANG: O1- Ibu bapa mementingkan pelajaran anak-anak mereka. O2- Hubungan yang baik pihak sekolah dengan PIBG dan agensi luar, IPTS, IPTA, NGO.
O3- Sokongan dan bantuan daripada PPD / JPN / KPM.
Strategi (SO):
Strategi (WO):
Strategi 1: S1+S2+S3+O1+O2+O3
Strategi 2: W3+01+02+O3 Meningkatkan pencapaian Meningkatkan kehadiran murid ke akademik murid dengan sekolah melalui kerjasama penjaga/ kerjasama antara guru, ibu ibu bapa dan PIBG serta kerjasama bapa, PIBG, agensi luar dengan dengan PPD,KPM, IPTS & IPTA sokongan PPD/JPN/KPM. dan agensi luar Strategi 3: S4+ O2 Meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum kerana kebanyakan tinggal berhampiran sekolah melalui hubungan baik dengan PIBG dan agensi luar Strategi 4: S3 + O2 + O3 Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam sukan dan kokurikulum di peringkat MSSD dengan guruguru berpengalaman lebih 5 tahun dengan hubungan baik organisasi kerajaan, swasta, NGO dan kerjasama sekolahsekolah yang berhampiran.
72
W2- Pencapaian murid dalam peperiksaan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) SPM belum mencapai kenaikan 0.03 dari 6.28 ke 6.09. W3- Kehadiran pelajar ke sekolah belum mencapai 95%. W4 -Peratus kes salah laku murid dalam keadaan sederhana. W5 – Kehadiran ibu bapa dalam program sekolah masih rendah. W6 - Peratus pencapaian murid dalam sukan dan kokurikulum di peringkat sekolah dan MSSD PU sederhana.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Strategi 5 : W5+O1+O2+O3 Meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah melalui kerjasama PIBG, PPD dan swasta.
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
Strategi SC:
(C) CABARAN: C1- Harapan ibu bapa terhadap sekolah sangat tinggi
Strategi 6:
C2- Ibu bapa kurang mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak di rumah.
S3+S2+S1+C4
C3- Ibu bapa sukar membayar sumbangan PIBG kerana berpendapatan rendah. C4. Pengaruh pusat permainan video dan kafe cyber (CC). C5- Berada dalam kawasan perumahan yang padat penduduk menyebabkan
Memastikan PdPc dijalankan dengan berkesan melalui perkongsian kemahiran dan pengalaman dalam kalangan guru untuk mengurangkan pengaruh pusat permainan video dan cyber kafe.
masalah sosial agak tinggi. Jadual 7.5: Pemilihan Inisiatif / Strategi Berdasarkan Jadual Pemberatan
Bil. Kriteria Pemilihan
S1
S2
S3
S4
S5
S6
1
Tahap kebolehlaksanaan proses kerja
4
5
4
4
4
5
2
Kompetensi staf yang bertanggungjawab
5
5
4
4
4
4
3
Sumber kewangan dan kos yang berhemah
5
5
5
5
4
5
4
Kemudahan infrastruktur dan peralatan/kelengkapan
4
5
3
3
4
4
5
Andaian keupayaan mengatasi halangan
4
4
3
4
4
4
6
Andaian hasil yang dijangkakan/ impak untuk mencapai objektif, matlamat, isu, misi, visi
3
5
3
4
3
4
7
Akur kepatuhan dengan mandat/arahan
5
5
5
5
5
5
Jumlah skor
30
36
27
29
28
31
Keputusan keutamaan strategi
3
1
6
4
5
2
Senarai Strategi Mengikut Keutamaan 1. Meningkatkan kehadiran murid ke sekolah 2. Memastikan PdPc dijalankan dengan berkesan melalui perkongsian kemahiran dan pengalaman dalam kalangan guru 3. Meningkatkan pencapaian akademik murid 4. Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam sukan dan kokurikulum di peringkat MSSD 5. Meningkatkan kehadiran ibu bapa dalam setiap program yang diadakan oleh pihak sekolah 6. Meningkatkan kehadiran dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum Berdasarkan jadual pemberatan pada Jadual 4: Pemilihan inisiatif/Strategi, strategi yang
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
73
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
dipilih ialah strategi untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Oleh itu, Program Jom ke Sekolah telah dirancang untuk diadakan pada tahun 2019. Bagi memastikan pelaksanaan program kehadiran murid ini terlaksana dengan baik dan sistematik konsep P-O-L-C telah digunakan. 2.2 Pelaksanaan Isu kehadiran murid ke sekolah yang rendah menyebabkan pencapaian murid dalam peperiksaan SPM dan PT3 juga turut rendah. Oleh itu, tindakan perlu diambil untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian murid dalam SPM dan PT3. 2.2.1
Planning (Merancang) Merancang adalah penting dalam pengurusan kerana matlamat, objektif dan menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif yang disasarkan ke arah meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah perlu ditetapkan. 2.2.1.1 Menentukan misi dan visi Pencapaian tahun 2018 dijadikan sebagai TOV bagi membuat peningkatan dan perubahan pada tahun 2019. Memandangkan pencapaian akademik sangat dipengaruhi oleh kehadiran murid, maka isu yang perlu ditangani segera ialah meningkatkan peratus kehadiran murid daripada 78.12 % kepada 83.12 % dengan peningkatan sebanyak 5% menjelang akhir tahun 2019. Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas akan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. 2.2.2.2 Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah, maka pelbagai strategi telah dirangka. Strategi yang dirangka adalah berdasarkan data dan isu telah dikenal pasti secara berfokus. 2.2.2.3 Merancang tindakan bagi mencapai matlamat Antara perancangan yang dibuat ialah: a) Pelan Tindakan Pelan tindakan jangka masa panjang selama tiga (3) tahun dirangka bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai.
74
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
Jadual 7.6: Pemetaan tiga tahun SMK Taman Medan
ASPEK
2019
JOM KE SEKOLAH
- Pelancaran Jom ke Sekolah - Anugerah murid kehadiran penuh - Anugerah peratus Meningkatkan kehadiran tertinggi peratus kehadiran (kelas) setiap bulan murid ke sekolah - Taklimat Merit-Demerit - Mempromosi amalan baik - Kelas Intervensi disiplin - Sesi perjumpaan ibu bapa - Ziarah Cakna
b)
2020
2021
-Pelancaran Jom ke Sekolah -Anugerah murid kehadiran penuh -Anugerah peratus kehadiran tertinggi (kelas) setiap bulan -Taklimat Merit-Demerit-Mempromosi amalan baik -Kelas Intervensi disiplin -Sesi perjumpaan ibu bapa -Kem motivasi murid -Ziarah Cakna
- Pelancaran Jom ke Sekolah - Anugerah murid kehadiran penuh - Anugerah peratus kehadiran tertinggi (kelas) setiap bulan - Taklimat Merit Demerit - Mempromosi amalan baik - Kelas Intervensi disiplin - Sesi perjumpaan ibu bapa - Kem motivasi murid - Kerja amal - Ziarah Cakna
Pelan Taktikal Jadual 7.7: Pelan Taktikal SMK Taman Medan
PROGRAM
AKTIVITI
SASARAN
MULA TAMAT PENYELA RAS CATATAN
Jom ke Sekolah
Pelancaran kempen
Semua murid
Jan 2019
Nov 2019
PKHEM
Pelancaran telah dilakukan oleh Pegawai Perhubungan sekolah
Semua murid
Jan 2019
Nov 2019
PKHEM
Uar-uarkan
Anugerah Semua murid peratus kehadiran tertinggi (kelas)
Jan 2019
Nov 2019
PKHEM
Dinilai setiap bulan
Taklimat MeritDemerit
Semua murid
Jan 2019
Nov 2019
PKHEM
Mempromosikan Semua murid amalan baik
Jan 2019
Nov 2019
PKHEM
Murid tidak Feb hadir tanpa sebab 2019 munasabah
Nov 2019
PKHEM
Sesi perjumpaan -Murid ibu bapa & murid mempunyai masalah disiplin -Murid yang kerap tidak hadir (surat amaran)
Feb 2019
Nov 2019
PKHEM
Ziarah Cakna
Jan 2019
Nov 2019
PK HEM Kaunselor
‘Jom ke Sekolah’ Untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah
Anugerah murid kehadiran penuh
Program intervensi
Murid tidak hadir
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
75
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
c) Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan. Dialog prestasi bersama guru-guru tingkatan diadakan setiap bulan untuk mengenal pasti masalah dan penyelesaian masalah yang timbul. d) Penambahbaikan Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan. Ziarah Cakna diadakan bagi mengenal pasti masalah murid-murid tidak hadir ke sekolah dari akar umbi lagi. Melalui aktiviti ini, kaunselor akan memastikan tindakan susulan dilakukan agar masalah yang telah dikenal pasti dapat diselesaikan. 2.2 Organizing (Mengurus) Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program ditubuhkan. Peruntukan PIBG dan sumbangan guru-guru digunakan untuk menyediakan hadiah bagi cabutan bertuah setiap bulan dan hadiah cabutan bertuah tahunan berupa basikal . Kehadiran murid telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program Jom ke Sekolah. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan, program ziarah cakna ke rumah murid, dan sesi kaunseling. 2.3
Leading (Kepimpinan)
Bagi memastikan warga sekolah bersetuju untuk melaksanakan program yang dirancang, konsep kebersamaan telah diterapkan. Barisan pentadbir dan guru-guru diberi ruang untuk memberi idea agar program Jom ke Sekolah yang dijalankan dapat ditambah baik dari semasa ke semasa. 2.4
Controlling (Kawalan)
Antara inisiatif yang membawa impak kejayaan dalam Program Jom ke Sekolah adalah melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan , pemantauan Buku Kawalan Kelas, pemantauan buku bertugas guru dan pentadbir, dialog prestasi, aktiviti kerja amal yang dijalankan aktiviti keceriaan sekolah dan program sekolah atau kokurikulum yang dapat menarik minat murid ke sekolah.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Program Jom ke sekolah telah dilancarkan pada hari pertama persekolahan. Kesungguhan pihak sekolah ini telah memberi impak yang besar kepada guru-guru dan murid-murid. Peningkatan kehadiran boleh dilihat pada setiap bulan berbanding bulan-bulan pada tahun 2018 kecuali pada bulan Mei. Ini disebabkan pada bulan ini ialah bulan Ramadhan.
76
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
Jadual 7.8: Kehadiran murid ke sekolah mengikut bulan bagi tahun 2018 dan 2019 BULAN
PERATUS 2018
TARGET
PERATUS 2019
JANUARI
87.91
2019
92.49
FEBRUARI
84.6
90.99
MAC
80.51
90.22
APRIL
83.07
88.06
MEI
88.08
85.67
JUN
72.28
86.98
JULAI
81.01
87.98
OGOS
83.42
87.36
SEPTEMBER
83.66
86.32
OKTOBER
73.96
80.10
NOVEMBER
40.86
43.62
PURATA
78.12%
% PENINGKATAN
5.49%
83.12
83.61%
Graf perbandingan kehadiran boleh dilihat pada Graf 1: Perbandingan kehadiran murid ke sekolah Tahun 2018 dan 2019. Rajah 7.1: Perbandingan Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2018 Dan 2019
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
77
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
Jadual 7.9: Perbandingan kehadiran Penuh Murid Tahun 2018 dan 2019
BILANGAN MURID HADIR PENUH TAHUN 2018 DAN 2019 2018 7 ORANG 2019 26 ORANG PERBEZAAN +19 ORANG Kehadiran murid memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Pencapaian murid boleh dikatakan selari dengan kehadiran mereka ke sekolah. Hal ini boleh dibuktikan melalui pencapaian murid-murid SMK Taman Medan dalam peperiksaan SPM dan PT3 pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 7.10 di bawah. Jadual 7.10: Impak program Jom Ke Sekolah Terhadap Pencapaian Akademik Murid
Purata kehadiran GPS SPM Peratus lulus SPM GPS PT3 Peratus lulus PT3
5.0
2018
2019
78.12% 6.36 77.31% 4.54 9.77%
83.61% 5.69 79.15% 4.02 22.17%
RUMUSAN DAN PENUTUP
Secara tuntasnya, Program Jom ke Sekolah yang dimantapkan telah memberikan impak positif ke arah peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Kejelekitan yang terjana dan semangat kerja berpasukan antara pengetua, pentadbir, guru dan staf yang wujud di SMK Taman Medan menjadikan program untuk melonjakkan kehadiran murid ke sekolah berjaya. Dalam usaha menggerakkan perubahan iklim sekolah, kami menggunakan slogan “Disiplin Pertama, Akademik Utama, Kokurikulum Bitara” dan tagline sekolah, iaitu “#smktmku_ hebat.” Berpegang kepada itulah, maka segala bentuk sumber dan modal insan terutamanya guru untuk melakukan perubahan iklim sekolah digerakkan. Pasukan yang benar-benar komited dan sanggup bekerja keras untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan berjaya dibentuk. Pengetua bertuah kerana ada pasukan pentadbir yang sangat bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugasan dan dibantu oleh barisan guru yang sentiasa berusaha untuk mencemerlangkan SMK Taman Medan. Barisan staf juga tidak ketinggalan dalam memberikan komitmen. Gembelingan usaha bersama inilah yang telah menjadikan program meningkatkan kehadiran murid ke sekolah di SMK Taman Medan mencapai kejayaan. Pengetua merakamkan penghargaan kepada pelbagai pihak antaranya pensyarah pembimbing dari IAB, SIP+, pegawai-pegawai JPNS, PPD dan warga SMK Taman Medan 78
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMKTMku_hebat: Jom ke Sekolah
yang telah bekerjasama untuk memberi sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam menggerakkan Program Peningkatan Kehadiran Murid ke Sekolah. Semoga usaha ini dapat ditingkatkan lagi dan dapat menjadi penambahbaikan di sekolah-sekolah yang lain. 6.0 RUJUKAN Hj. Md. Fiah Bin Md. Jamin (2015). Seleksi Karya Sedekad Jurnal Pendidikan MPSM 2005 – 2014 Edisi 2015. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Nasional (2012). Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Jilid 17 Bil. 02. (Disember 2007). Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
79
80
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SINERGI KECEMERLANGAN AKADEMIK SITI RAHIMAH BINTI TORMODI Pengetua, SMK Sultan Abdul Samad
[email protected] SURIANI BINTI SULAIMAN Pensyarah Pembimbin, IAB Bandar Enstek
[email protected] MOHD SHAHRUL IZA BIN ISMAIL SIP+, PPD Sabak Bernam
ABSTRAK Sinergi Kecemerlangan Bahasa Melayu dan Sejarah telah dijadikan sebagai satu pendekatan yang digunakan oleh SMK Sultan Abdul Samad untuk menghadapi isu-isu yang menghalang pencapaian prestasi akademik murid di sekolah berkenaan . Hal ini, berpunca daripada masalah penguasaan bahasa sehingga murid tidak mahir mengarang karangan Bahasa Melayu yang matang dan tidak juga kompetan untuk menjawab aplikasi KBAT di dalam kertas Sejarah 2 dan 3. Hasil kajian telah dapat disimpulkan bahawa terdapat petunjuk prestasi yang signifikan melalui pelaksanaan program Cakna Akhbar , Sehari Selembar Benang dan Aplikasi Kemahiran KBAT bagi mata pelajaran Sejarah terhadap peningkatan prestasi murid SMK Sultan Abdul Samad Klang di dalam Peperiksaan Percubaan secara perbandingan dengan peperiksaan Pertengahan tahun. Amat diharapkan program ini akan meningkatkan peratus lulus SPM 2019 dan menjadikan GPS sekolah semakin berkualiti. Kata kunci: kecemerlangan pembelajaran murid, penguasaan bahasa
1.0 PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Samad Klang (SMKSAS) merupakan sebuah Sekolah Menengah Harian Biasa kategori Bandar. Ia dibina di atas keluasan tanah 5.00 ekar pada 1 Julai 1968. Ia merupakan satu-satunya sekolah Melayu pertama di daerah Klang . Pada 1 Jun 1970 , sekolah ini telah dibuka secara rasmi oleh DYTM Tengku Idris Shah, Raja Muda Selangor ketika itu dan dinamakan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad bersempena nama Sultan Selangor yang ke 1V . Dengan moto sekolah Yakin Diri Jaya , seramai 14 orang pengetua telah mentadbir urus sekolah dengan membawa beberapa kejayaan .Sekolah ini mempunyai imej istimewa dalam bidang kokurikulum melalui kebitaraan sukan kriket setelah 18 tahun merangkul juara di peringkat daerah mulai tahun 1993-2013 dan dinobatkan Johan Kebangsaan dalam Pertandingan Kriket Sekolah-sekolah Malaysia pada tahun 2018. Lantaran itu tahun 2020 sekolah ini telah dipilih oleh Persatuan Kriket Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Kriket Peringkat Negeri Selangor dengan kerjasama Yayasan Selangor dan Persatuan Kriket Selangor. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
81
Sinergi Kecemerlangan Akademik
1.1 Profil Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Sultan Abdul Samad Klang merupakan sekolah bandar gred A dan hanya beroperasi pada sesi pagi sahaja. Penyelidik mula berkhidmat di sekolah pada 29 September 2017. Jadual 8.1: Maklumat dan Profil SMK SAS Jenis Sekolah
SM Harian Biasa
Status Sekolah
Gred A
Lokasi
Jalan Landasan Bukit Kuda Klang
Daerah Pentadbiran
Klang
PPD
Klang
Sesi Persekolahan
Pagi mulai Jun 2016
Jenis Bantuan
Bantuan Kerajaan
Keluasan Sekolah
5 ekar ( 2.02 hektar)
Bilangan Bilik Darjah
34
Kod Sekolah
Bea 0096
Nombor Telefon
03-33414198
Nombor Faks
03-33446984
Emel Sekolah
[email protected]
Laman Web Sekolah
Face book f@sasklang
Pengetua
Siti Rahimah bt. Tormodi
Penolong Kanan Pentadbiran
Norseha bt Dahlan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Abdul Aziz b. Zam zam
Penolong Kanan Kokurikulum
Mohamad Azhar b. Mohamad Sahar
Bilangan Guru
65
Bilangan Murid
770
Bilangan Kelas
33
Mata pelajaran Elektif
Aliran Sains Tingkatan 5 Arif: Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi/Sains Komputer Aliran Sastera Kemanusiaan Tingkatan 5 Bestari: Perniagaan/ Pendidikan Seni Visual/Perakauanan Tingkatan 5 Cemerlang/5 Dedikasi/5EfisienPendidikan Seni Visual Aliran STEM Tingkatan 4A: Matematik Tambahan,Biologi,/Sains Komputer,Kimia Tingkatan 4B: Matematik Tambahan & Perakaunan, Perniagaan & Sains Komputer, Perniagaan & Pendidikan Seni Visual Pakej Sastera Kemanusiaan Tingkatan 4 Cemerlang, 4 Dedikasi, 4 EfisienPendidikan Seni Visual
SMK Sultan Abdul Samad, Klang merupakan sebuah Sekolah Berprestasi Rendah yang berada di kedudukan Band 6 NKRA melalui skor SKPM (2003) tahun 2015. Gred Purata Sekolah dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2015 ialah 6.97 dengan peratus lulus 46.54%.
82
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik
Keputusan seperti ini telah memungkinkan SMKSAS sering berada pada kedudukan terbawah selama 5 tahun berturut –turut bermula tahun 2013 hingga 2017 daripada 38 buah Sekolah Menengah Harian daerah Klang. Senario ini telah memberi kesan negatif sehingga menimbulkan krisis kepercayaan masyarakat sekitar terhadap sekolah ini. Impaknya masyarakat hilang kepercayaan terhadap keupayaan sekolah untuk memberi jaminan kejayaan masa hadapan kepada anak-anak mereka. Lantaran itu bilangan murid sekolah ini semakin berkurangan sehinggalah pada tahun 2016 berlaku penutupan sesi petang persekolahan dan sejumlah 770 orang bersekolah di sesi pagi hingga kini dengan komposisi kaumnya 55% pelajar Cina 35% pelajar Melayu dan 10% pelajar India. 1.2 Status Quo Pencapaian Akademik Sekolah Jadual 8.2: Keputusan SPM 2015 hingga 2019
TAHUN
BIL. CALON
% LULUS
GPS
2016
120
45.13 ( 51 murid)
6.96
2017
142
48.59 ( 69 murid)
6.63
2018
116
55.26 (63 murid)
6.43
2019
118
50 (50 murid)
6.74
Namun begitu satu transformasi terhadap program akademik mula digerakkan sehingga pencapaian peratus lulus SPM dan Gred Purata Sekolah meningkat mulai 2017 dan meningkat dengan banyaknya pada tahun 2018 kepada 55.26% dengan GPS 6.43. Dengan pencapaian ini penyelidik semakin yakin , tiada yang mustahil untuk merubah sekolah yang berada di kedudukan bawah kepada sekolah yang lebih baik prestasinya dengan slogan ‘Success !We Deserve It,Teamwork Makes Dreams Work jika semuanya dibuat dengan Buat Yang Bukan Biasa-Biasa melalui srategi program akademik. 2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
SMK SAS adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Fokus penyelidik adalah pada mata pelajaran B.Melayu dan Sejarah yang merupakan mata pelajaran wajib lulus SPM untuk melayakkan murid mendapat sijil dan bertanggungjawab untuk meningkatkan peratus lulus sekolah dan Gred Purata sekolah. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu pihak sekolah telah melaksanakan sumbang saran dengan menggunakan kaedah Analisis SWOT dan Alat Sebab dan Akibat Rajah Tulang Ikan Ishikawa.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
83
Sinergi Kecemerlangan Akademik
Analisis Persekitaran Analisis persekitaran dijalankan melalui analisis SWOT seperti Jadual 8.3. Jadual 8.3: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT KEKUATAN (STRENGTHS) S1: 90 peratus mengajar subjek opsyen termasuk Sejarah dan B.Melayu. S2: GKMP semua bidang berpengalaman sebagai pemeriksa kertas. S4: 70% guru mempunyai pengalaman melebihi 10 tahun dan komited. S5: Kemudahan ICT di tiga buah bilik khas dan capaian internet di semua blok. S6: Guru mewujudkan jaringan persepakaran dengan guru sekolah lain.
KELEMAHAN (WEAKNESS) W1: Peratus lulus SPM masih ditahap tidak memuaskan dua tahun berturut-turut 43.13%(2016)dan 48.59%(2017) W2: GPS masih rendah dalam lingkungan 6.9 hingga 6.6 W3-GPMP BM(2018)6.47 GPMP BM(2019 )6.92 GPMP Sejarah (2018)6.57 GPMP Sejarah (2019)7.31 W4-30% guru kurang pengalaman (lima tahun ke bawah) W5 -Kehadiran pelajar ke sekolah tidak mencapai KPI(86.17) dan bermotivasi rendah. W6–45% dalam kalangan pelajar Cina lemah penguasaan Bahasa Melayu menyebabkan lemah dalam penguasaan kandungan mata pelajaran W7-64% tidak berminat dalam Sejarah W8–Terdapat kumpulan pelajar yang tidak kompeten 3M sehingga tingkatan 5(13%) W9–Pengajaran guru masih berpusatkan murid(60%) W10-Amalan PAK21 masih belum optimum.
PELUANG (OPPORTUNITIES) O1 - Sokongan daripada PPD dan JPN O2 -Mendapat bimbingan daripada SISC+ dan SIP O3 - Hubungan baik dengan agensi luar O4 - Sokongan kewangan daripada PIBG
ANCAMAN (TREATS) T1 - Kurang kerjasama dan sokongan daripada ibu bapa T2 - Pelajar bekerja secara sambilan T3- 50% pendapatan ibu bapa kurang daripada RM 3000
Berdasarkan analisis SWOT, GPS dan peratus lulus sekolah diperingkat SPM masih rendah. Setelah dianalisis dapatlah dikenalpasti bahawa pencapaian kedua-dua mata pelajaran B.Melayu dan Sejarah peratus lulus dan GPMP pada keputusan yang rendah mulai tahun 2013 dan memberi kesan terhadap peratus Layak Mendapat Sijil bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam kalangan murid-murid. Maka kami telah memanfaatkan Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca senario itu berlaku.
84
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik
Rajah 8.1: Tulang Ikan Ishikawa diguna pakai untuk mengenal pasti punca masalah isu dalam pencapaian Bahasa Melayu
Rajah 8.2: Tulang Ikan Ishikawa digunapakai untuk mengenal pasti punca masalah isu dalam pencapaian Sejarah
Isu yang dikenal pasti ialah mata pelajaran wajib lulus (Bahasa Melayu dan Sejarah) melalui Gred Purata Mata Pelajaran dan peratus yang rendah telah membawa impak besar kepada peratus Layak Mendapat Sijil. Sehubungan dengan itu wajar lah, tindakan-tindakan berikut perlu diambil: i) ii)
Meningkatkan pencapaian peratus lulus murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah melalui modul berfokus bagi mengatasi isu Mengenal pasti kaedah dan program bagi mengatasi isu lemah penguasaan bahasa Melayu, penguasaan fakta Sejarah dalam kalangan pelajar
Pelbagai strategi telah dirangka bagi melaksanakan program yang telah dirancang seperti penggunaan data secara optimum dalam membuat keputusan seperti Headcount, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS) dan laporan-laporan program yang telah dilaksanakan. Hasil dapatan Kaedah Smart Goal Setting murid belum mencapai ETR Lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM iaitu 70% dan Sejarah pula 59 %, maka Panitia Bahasa Melayu telah melaksanakan program yang memberi sinergi iaitu Program Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang. untuk menyelesaikan isu murid lemah dalam penulisan karangan Kertas 1 Bahasa Melayu.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
85
Sinergi Kecemerlangan Akademik
Program Kemahiran Aplikasi KBAT dicadangkan dalam mesyuarat bersama Panitia Sejarah untuk mengupayakan murid-murid menjawab soalan kertas 2 dan 3 kerana soalan KBAT telah menguasai 30 peratus markah. Maka kebolehan menjawab soalan KBAT akan memberikan laluan kepada murid sekurang-kurangnya lulus untuk mata pelajaran Sejarah. Oleh yang demikian, pendekatan aplikasi KBAT jika diberi secara latih tubi akan membantu murid berkeupayaan untuk mengingat fakta Sejarah dan bagi murid yang berada pada kompetensi sederhana ( gred D ) akan meningkat kepada gred yang lebih baik . Sasaran program adalah kelas tingkatan 5A.5B ,5C,5D. Sehubungan itu, kami telah merancang projek ini dilaksanakan berdasar pemetaan yang disediakan. Untuk tahun seterusnya, projek ini akan diperluaskan kepada tingkatan 4.
Jadual 8.4: Pemetaan Sinergi kecemerlangan BM dan Sejarah TAHUN 1(2019) Kpi
Tov
% Lulus SPM 2018 Bahasa 70.7% Melayu PPT 2019 42% % Lulus SPM 2018 Sejarah 59% PPT 2019 32%
Sasaran Prestasi
TAHUN 2(2020) Pencapaian Sebenar
Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar
TAHUN 3(2021) Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar
60% 73.%
PPC 2019 42.16%
73%
76%
59%
62%
54% 59%
PPC 2019 36.7%
3.0 PELAKSANAAN Kaedah P-O-L-C digunakan untuk memastikan aktiviti dan program mengurus perubahan dijalankan secara terancang, sistematik dan bermakna dengan mengamalkan ARRAS (Yap 2020) sebagai mekanisme pengurusan yang berkesan. Akronim ARRAS merujuk kepada A: Accept Unconditionally (Menerima tanpa syarat), R : Respect ( Hormat) , R: Recognise (Mengiktiraf), A: Appreciate ( Menghargai) dan S: Support (Sokong). Berikut perincian bagaimana proses kerja secara P-O-L-C dijalankan. 3.1 Perancangan Pada peringkat awal pelaksanaan program, pembinaan pelan taktikal dan pelan operasi telah dilaksanakan berdasarkan objektif dan KPI yang telah ditetapkan di dalam pemetaan 3 tahun. Objektif program serta sasaran prestasi yang hendak dicapai telah ditetapkan. Sasaran prestasi yang ditetapkan merupakan kayu ukur bagi memastikan objektif yang dijana di dalam Pelan Strategik tercapai. Penyediaan modul seperti Modul Cakna Akhbar , Senarai Kosa Kata dan Modul Soalan KBAT Sejarah disediakan oleh guru–guru opsyen berpengalaman melebihi 10 tahun dengan menggunakan peruntukan Prestasi daripada Kewangan PIBG. Pembelian Kamus Dewan Bahasa untuk kegunaan murid di dalam kelas dengan menggunakan PCG mata pelajaran Bahasa. Langganan surat khabar Sinar setiap hari Ahad dan Rabu melalui sumbangan individu sebagai
86
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik
rujukan tambahan untuk murid-murid. Murid yang terlibat dengan program ini merupakan murid yang dikategorikan kepada dua bahagian iaitu murid yang cemerlang dan murid yang berpotensi untuk lulus. Murid yang berpotensi lulus telah dibahagi kepada tiga kelompok iaitu G1 yang markah pencapaian mereka antara 0 hingga 19 markah, G2 yang markah pencapaian mereka antara 20 hingga 23 markah dan G3 yang mana markah pencapaian mereka antara 24 hingga 39 markah. 3.2
Pelaksanaan program
3.2.1
Program Cakna Akhbar
Murid diberikan Modul Cakna Akhbar yang mengandungi keratan-keratan akhbar tentang isu-isu semasa yang berkait langsung dengan topik dalam karangan kertas 1 Bahasa Melayu . Murid-murid secara berkumpulan mencari maksud perkataan sukar dengan merujuk Kamus Dewan Bahasa . Dengan ini, berlaku peningkatan kepada jumlah kosa kata murid. Langkah seterusnya murid-murid mula menyenaraikan dan merumus semua isi-isi karangan. Maka berlakulah pembelajaran kaedah inkuari dan amalan pembelajaran PAK 21 di mana murid dapat berkomunikasi dan berkolaborasi di samping melatih ciri-ciri kepimpinan melalui pembentangan kumpulan. Setelah isi-isi karangan dapat dicerakinkan dengan bimbingan guru, murid menjadikannya dalam bentuk penulisan karangan yang gramatis dan matang. Sasaran program ini pada kelas tingkatan 5A dan 5B untuk murid lulus dengan baik dan cemerlang. 3.2.2
Program Sehari Selembar Benang
Program ini disasarkan kepada murid-murid tingkatan 5C yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu. Murid akan diberikan sekurang-kurangnya 2 kosa kata baru 10 minit sebelum pembelajaran Bahasa Melayu dan dicatat di dalam buku kosa kata yang ditaja oleh pengetua. Guru akan memberi makna dan penggunaan perkataan dengan tepat dalam bentuk binaan ayat. Guru secara berulangkali membimbing murid sehingga murid dapat membina ayat dengan betul. Kaedah ini telah membantu murid untuk mudah faham petikan rumusan, memahami petikan pemahaman dan berminat untuk memahami Komsas. 3.2.3
Program Aplikasi Kemahiran KBAT Sejarah
Dalam program ini guru telah membina Modul HafaS (Hafal Fakta Sejarah) KBAT. Modul ini dilengkapi dengan semua soalan KBAT tingkatan 4 dan 5 di dalam Kertas 2 dan Kertas 3 mata pelajaran Sejarah. Murid telah dibimbing secara berterusan dalam teknik menjawab soalan. Murid akan menyenaraikan dan menghafal isi-isi penting tersebut. Dengan ini kumpulan murid yang mempunyai pencapaian sederhana, rendah dan gagal akan dapat mengenal, memahami, mengingati dan mahir dengan teknik menjawab soalan KBAT. 3.3 Kepimpinan Pengetua sebagai peneraju telah memastikan program dijalankan seperti yang dirancang dari masa ke semasa. Beliau juga telah memfokuskan 3 aspek yang menjadi penggerak utama, iaitu bahan modul, guru dan murid dan telah menyemak bahan yang digunakan sepanjang program Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
87
Sinergi Kecemerlangan Akademik
dilaksanakan. Malahan beliau telah memperuntukkan kewangan sendiri untuk memberikan buku catatan kosa kata bagi setiap murid dan mengadakan sesi Diolog Prestasi sebanyak dua kali selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan untuk memberi semangat dan motivasi bagi meningkatkan semangat pembelajaran dan keyakinan untuk berjaya. Kumpulan guru pula, telah diberikan kemudahan seperti alat tulis, pembelian Kamus Dewan dan kemudahan fotostat untuk membina modul pembelajaran berfokus. Untuk memastikan ketekalan program ini, pengetua akan bersama-sama kumpulan guru mencetus idea untuk merangka item pengukuran kompetensi murid dalam penulisan karangan dan selalu berbincang untuk penambahbaikan. Terdapat pelbagai cabaran untuk melaksanakan program ini. Masalah kehadiran murid sasaran dan sekumpulan murid yang rendah motivasi pembelajaran . Justeru, untuk mengembalikan motivasi mereka, pihak sekolah dengan sokongan PIBG dan barisan pentadbir mengambil inisiatif mengadakan Program Ziarah Cakna ke rumah keluarga murid berkenaan untuk meninjau latar hidup keluarga murid berkenaan. Malah peranan guru tingkatan juga diperkasakan melalui whatsapp kelas dan murid-murid yang dikenalpasti juga sentiasa dihubungi dan dinasihati untuk datang ke sekolah. Pihak pengetua sendiri telah menemui murid-murid berkenaan secara suamuka untuk berkongsi masalah sebenar murid berkenaan . Guru-guru berpengalaman pula kerap melaksanakan PLC untuk berkongsi ilmu dan pendekatan PdPc berkesan dengan guru-guru baharu yang kurang berpengalaman dan bersama-sama pula membina modul pengajaran yang berfokus untuk kegunaan murid-murid. Antara modul yang di hasilkan Modul Cakna Akhbar, Set Himpunan Kosa Kata dan Modul HafaS KBAT Sejarah. Pemantauan pihak pentadbir secara Learning Walk turut menyumbang kepada kelangsungan program. 3.4 Kawalan Data Analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan, Headcount dan data melalui Borang Penjajaran Peperiksaan Pertengahan Tahun membantu untuk menganalisa sasaran yang sepatutnya dicapai bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Guru mata pelajaran juga telah membuat satu senarai semak yang dapat mengukur kualiti karangan yang dihasilkan oleh murid secara perbandingan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan. Penilaian melalui Ujian Pra dan Post dibincangkan dalam Diolog Prestasi.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Dapatan menunjukkan perkembangan positif terhadap kelompok potensi lulus berbanding kelompok G1 yang semakin mengecil jurangnya.
Jadual 8.5: Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Sejarah KATEGORI/ MARKAH
G3 (24-39)
G2 (20 – 23)
G1 (0-19 )
% LULUS
GPMP
PPT
12
8
24
32
8
PEP.PERCUBAAN
20
10
16
36.79
7.97
88
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinergi Kecemerlangan Akademik
Jadual 5 di atas menunjukkan satu perubahan yang signifikan di mana kelompok murid potensi lulus pada kelompok G2 – G3 telah menunjukkan perubahan yang positif meningkat kepada 30 orang berbanding 20 orang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun dan jumlah gagal G1 semakin mengecil kepada 16 orang. Dengan peratus lulus yang menunjukkan peningkatan dalam Peperiksaan Percubaan iaitu pada 36.79% perbandingan Peperiksaan Pertengahan Tahun pada 32%. Program Sinergi bagi peningkatan Bahasa Melayu melalui Program Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang telah menunjukkan satu plot pencapaian murid yang menunjukkan perubahan. Jadual 8.6: Pencapaian Murid dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu G3 (24-39)
G2 (20 – 23)
G1 (0-19 )
% LULUS
GPMP
PEP.PERTENGAHAN TAHUN
4
2
37
42.15
7.59
PEP. PERCUBAAN
12
7
19
42.16
7.45
KATEGORI
Merujuk jadual 6, tidak memperlihatkan peningkatan yang nyata. Namun Gred Purata Mata pelajaran memberi bacaan positif iaitu peningkatan daripada 7.59 kepada 7.45. Tahap Prestasi kelompok gagal memperlihatkan perkembangan positif di mana murid daripada kelompok G2 dan G3 (Potensi lulus) meningkat daripada 6 orang kepada 19 dan kelompok markah pada julat 0 – 19 (G1) mengecil daripada 37 orang kepada 19 orang. 5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Program Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang bertumpu pada meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa Melayu melalui kosa kata yang diperolehi daripada akhbar agar murid mampu menghasilkan penulisan karangan yang gramatis dan matang bagi sasaran potensi cemerlang dan karangan yang sederhana bagi sasaran potensi lulus dalam menjawab soalan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu. Ini memberikan gambaran bahawa harapan untuk meningkatkan peratus lulus SPM kepada sasaran Potensi lulus ini adalah besar. Ini adalah hasil usaha gigih guru yang telah membimbing dan berusaha menghasilkankan set Modul Cakna Akhbar dan Set Himpunan Kosa Kata Sehari Selembar Benang untuk menjadi rujukan murid. Usaha ini diperkukuhkan lagi dengan penggunaan modul-modul soalan yang berkualiti hasil garapan guru-guru Bahasa Melayu yang berpengalaman yang dibekalkan PPD dan JPNS dan soalan-soalan SPM tahun-tahun lepas di dalam Kelas Tambahan Sinar Malam dan Kelas Transit (kelas waktu peralihan sebelum kertas peperiksaan seterusnya). Ini bermakna program Cakna Akhbar dan Sehari Selembar Benang merupakan satu sinergi kepada program peningkatan akademik B.Melayu dan boleh diperluaskan kepada tingkatan 4 kerana program ini mampu membantu ke arah peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran dan peratus Layak Mendapat Sijil di dalam peperiksaan SPM . Program Aplikasi KBAT Sejarah dijalankan dengan tujuan untuk mengatasi isu rendahnya penguasaan murid terhadap fakta Sejarah sehingga membawa kepada rendahnya peratus lulus dan rendahnya GPMP Sejarah. Kemahiran menjawab soalan KBAT melalui Modul HafaS (Hafal
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
89
Sinergi Kecemerlangan Akademik
Fakta Sejarah) KBAT dicadangkan boleh membantu murid untuk lulus kerana soalan KBAT menguasai 30% markah yang terkandung di dalam Kertas 2 dan 3. Murid diperkenalkan dengan kata-kata kunci dan unsur-unsur nilai patriotism secara berterusan dan berulangkali sehingga dapat mengaplikasikan fakta secara KBAT.
6.0 RUJUKAN Ishikawa, K. (1985). What is total quality control The Japanese way. New York: Prentice Hall Perunding Kanan IAB, (2008). Program melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui Pembangunan Organisasi (PROD). Institut Aminuddin Baki Yap, (2006), Visi ke Realiti, Pengalaman Sekolah Menengah Teknik Tawau Menjadi Sekolah Cemerlang Petaling Jaya. Kembara Kreatif Sdn. Bhd.
90
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU (SPOT V01) YUSAINI BIN SALLEH Pengetua, SMK Bagan Terap
[email protected] SURIANI BINTI SULAIMAN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] ROHANI BINTI MARJUKI SIP+, PPD Sabak Bernam
ABSTRAK Hasil analisis data kehadiran murid mendapati kehadiran murid ke sekolah masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Projek SPOTV1.0 dilaksanakan bagi memastikan pelonjakan kehadiran murid di samping membentuk sahsiah terpuji dalam kalangan muri. Selain dari itu perisian SPOT telah di gunakan agar laporan kehadiran, statistik kehadiran dan carta kehadiran dapat dijana secara cepat dan mudah.. Kumpulan sasaran kajian ini adalah terdiri daripada 200 orang murid tingkatan satu hingga Tingkatan 5 yang telah mencatatkan ketidakhadiran melebihi 15 hari bermula dari Januari hingga Oktober. Daripada kajian yang dijalankan, didapati Projek SPOTV1.0 dapat membantu meningkatkan peratus kehadiran murid dari 79.4 %(TOV 2018) kepada 84.66% (purata sehingga Ogos) iaitu peningkatan sebanyak 5.26%. Kajian ini diharapkan dapat membantu semua pihak yang terlibat bagi merangka jalan penyelesaian kepada permasalahan ini. Kata kunci: kehadiran murid, sahsiah terpuji
1.0 PENGENALAN Tindakan awal sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Bagan Terap adalah membuat satu analisis persekitaran untuk melihat status quo sekolah. Pertemuan dengan pelbagai barisan pentadbir telah dilaksanakan. Setelah mendapatkan penjelasan berasaskan data yang tepat, maka dirumuskan bahawa SMK Bagan Terap perlu diberi nafas baru dalam pelbagai aspek yang terkandung dalam Sembilan (9) bidang tugas utama PGB. 1.1 Profil Sekolah Pengetua telah melapor diri di SMK Bagan Terap pada 16 Mei 2018. Kedatangannya ke sekolah ini adalah atas penempatan pertamanya sebagai pengetua setelah menamatkan kursus NPQEL Ambilan 1/2016. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
91
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
Jadual 9.1: Maklumat dan Profil SMK Bagan Terap
Jenis Sekolah Status Sekolah Lokasi Daerah Pentadbiran PPD Sesi Persekolahan Jenis Bantuan Keluasan Sekolah Bilangan Bilik Darjah Kod Sekolah Nombor Telefon Nombor Faks Emel Sekolah Laman Web Sekolah Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Bilangan Guru Bilangan Murid Bilangan Kelas Masalah Pembelajaran Mata pelajaran Elektif
Sekolah Menengah Kebangsaan,Sekolah Kerajaan Sekolah Harian Luar Bandar Sabak Bernam Sabak Bernam Pagi sahaja Bntuan Penuh Kerajaan 7.5 ekar Bantuan Penuh Kerajaan BEA 6044 03-32161643 03-32162096
[email protected] lamanrasmismkbaganterap.blogspot.com Tuan Haji Yusaini bin Salleh Puan Hatifah binti Yussof Encik Sharan bin Sidek Tuan Haji Misnan bin Kasan 80 668 Xx Xx Bahasa Arab & Reka Bentuk Teknologi Reka Bentuk Teknologi & Asas Sains Komputer Kelas Aliran Sains Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan Kelas Aliran Sosial Sains Prinsip Akaun/Geografi/Sains Sukan/Ekonomi/ Perniagaan/ Pendidikan Seni Visua/Perniagaan/ Pertanian/Tasawwur Islam/Sains Rumah Tangga/Kesusateraan Melayu/MPV Jahitan/ PVMA
Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, dengan keluasan 7.5 ekar. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada 3 Januari 1977. Sebelum kehadiran saya, SMK Bagan Terap merupakan sebuah sekolah yang berada pada kedudukan Band 6 NKRA. GPS SPM pula menunjukkan penurunan hampir setiap tahun. Purata kehadiran murid pula sepanjang 5 tahun sebelum ini, tidak melepasi KPI yang telah ditetapkan oleh KPM. TOV 2017 ialah 79.4%. Lonjakan pencapaian SPM pada tahun 2018, menjadi pemangkin kepada seluruh warga SMKBT bagi memastikan peningkatan kecemerlangan sekolah. Selain itu, prasarana sekolah yang agak uzur menyebabkan warga sekolah kurang bermotivasi.
92
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
1.2
Status Quo Sekolah Semasa Melapor Diri Jadual 9.2: Keputusan SPM 2016 hingga 2019 TAHUN 2016 2017 2018 2019
2.0
BIL. CALON 147 155 129 175
% LULUS 79.59 (117murid) 77.42 (120 murid) 76.74 (99 murid) 78.29 ( 137 murid)
GPS 6.23 6.34 5.55 5.84
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
SMK Bagan Terap adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu pihak sekolah telah melaksanakan sumbang saran dengan menggunakan kaedah Analisis SWOT. 2.1
Analisis Persekitaran
Analisis persekitaran dijalankan melalui analisis SWOT seperti Jadual 9.2. Jadual 9.3: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT KEKUATAN (STRENGTHS) S1-Bilangan guru yang seimbang dengan jumlah murid yang ada S2-Tiada kes disiplin yang berat S3-Pengurusan kebajikan murid yang baik S4-Kemudahan prasarana sekolah yang mencukupi S5-Kemudahan asrama boleh menampung seramai 110 orang murid S6-Pengetua yang mempunyai rangkaian kolaboratif yang baik dengan PPD dan pihak luar S7-Barisan pentadbir yang berpengalaman lebih 10 tahun S8-67 guru ( 83.7%) adalah guru yang berpengalaman lebih dari 10 tahun
KELEMAHAN (WEAKNESS) W1-Terdapat jawatankuasa yang masih belum mantap dengan pengurusan HEM W2-Kehadiran murid ke sekolah tidak mencapai KPI kebangasaan (95%)tiga tahun berturut-turut W3-Hampir 20% murid mempunyai masalah ketidakhadiran yang serius W4-Purata kehadiran murid hanya 79.4% W5-65% murid bermotosikal ke sekolah serta kurang mengamalkan aspek keselamatan W6- 410 murid (62%) pelajar tidak mengerjakan solat zohor berjemaah disurau W7-Pencapaian GPS sekolah adalah merosot dari 5.55 pada tahun 2018 kepada 5.84 pada tahun 2019 W8-Pencapaian peratus lulus Sejarah SPM menurun dari 79.2% ke 78.74% W9-Pencapaian peratus lulus Bahasa Melayu menurun dari 93.8% ke 93.14% W10-Kebanyakan 30 (37,5%) guru berada pada zon selesa dan tidak melakukan tindakan sewajarnya bagi mengendalikan kes ketidakhadiran. W11-Kemudahan prasarana yang uzur dan tidak kondusf
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
93
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
PELUANG (OPPORTUNITIES) O1-Kerjasama dengan PIBG yang baik dengan jalinan kerjasama dalam pelbagai aktiviti. O2-Mendapat bimbingan daripada SISC+ dan SIP+.O3-Hubungan baik dengan agensi luar. O4-Sokongan yang baik dengan masyarakat setempat.
ANCAMAN (TREATS) T1- Pengaruh gejala sosial di sekitar sekolah T20-Segelintir waris bergantung 100% kepada sekolah bagi kejayaan dan pembentukan sahsiah murid T3- Ibubapa yang tidak mementingkan pembelajaran anak T4- Jarak dari tempat tinggal murid ke sekolah yang jauh T5- Kekurangan pengangkutan awam yang boleh digunakan oleh murid untuk ke sekolah
Berdasarkan analisis SWOT di atas, peratus kehadiran murid ke sekolah masih rendah. Ketidakhadiran merupakan isu kritikal sejak lima tahun kebelakangan ini. Purata kehadiran tahunan iaitu 79.4% adalah sangat rendah dan belum mencapai KPI KPM. Mandat dari Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Tn Haji Salleh Bin Kassim telah mengarahkan saya untuk membuat penambahbaikan terhadap isu kehadiran di sekolah ini. Bagi mengenal pasti punca masalah ketidak hadiran yang tinggi ini, maka analisis sebab dan akibat Rajah Tulang Ishikawa telah digunakan.
Rajah 9.1: Tulang Ikan Ishikawa Digunapakai Untuk Mengenal Pasti Sebab Akibat
Dengan persetujuan bersama pentadbir sekolah yang lain maka punca masalah yang paling kritikal untuk diselesaikan dengan pelaksanaan strategi yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan sekolah adalah;
94
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
i)
Meningkatkan kualiti penguatkuasaan kehadiran murid
Faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan kehadiran murid ke sekolah adalah budaya kerja guru yang berada pada zon selesa dan tidak melakukan tindakan sewajarnya bagi mengendalikan kes ketidakhadiran. ii)
Meningkatkan kualiti sahsiah murid
Kes salah laku disiplin yang tinggi juga menyumbang kepada kemerosotan kualiti sahsiah murid. 2.2 Pemetaan Dan Laporan Projek SPOT V01 Pemetaan Tiga Tahun Strategi Peningkatan Kehadiran Murid SMK Bagan Terap telah dijana. Bagi tujuan tersebut, Kaedah SMART digunakan iaitu Specific (khusus), Measurable (boleh diukur), Attainable (boleh dicapai), Realistic (Realistik & relevan) dan Time-bound (mempunyai tempoh masa tertentu) untuk mencapai matlamat kajian yang dijalankan. Jadual 9.4: Pemetaan Tiga Tahun Program Peningkatan kehadiran murid SMK Bagan Terap TAHUN (2018) BIDANG KPI TOV HEM
95.0 79.40
TAHUN (2019)
TAHUN (2020)
SASARAN- PENCAPAIAN SASARAN- PENCAPAIAN SASARAN- PENCAPAIAN PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR 84.6
84.7
89.8
95.0
Pelaksanaan Projek SPOT V01 ini di kendalikan bersama unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKBT. Projek ini telah dilaksanakan bagi memastikan pelonjakan kehadiran murid tercapai. Seramai 200 murid dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 terlibat dengan projek ini. Mereka terdiri daripada murid yang mempunyai ketidakhadiran atau ponteng sekolah melebihi 15 hari. Fokus utama pengkaji adalah meningkatkan peratus kehadiran sebanyak 84.6% bagi tahun pertama (2019), 89.8% bagi tahun kedua (2020) dan 95% bagi tahun ketiga (2021).
3.0
PELAKSANAAN PROJEK
Pengkaji telah menggunakan P-O-L-C dalam pengurusan program peningkatan kehadiran murid SMK Bagan Terap. a.
Perancangan (Planning)
Sokongan guru adalah sangat penting. Langkah pertama yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah menubuhkan Jawatankuasa Induk ProPeKS bagi membantu pengurusan pelaksanaan projek. Penerangan skop tugas setiap guru yang terlibat dalam projek SPOTV1.0 telah disampaikan oleh pengetua. Seramai 40 orang guru telah dilantik sebagai mentor bagi melaksanakan bimbingan kepada murid yang terlibat dalam projek ini. 200 orang murid telah diagihkan kepada kumpulankumpulan bimbingan setiap guru. Setiap murid juga telah diagihkan kad SPOT yang mempunyai bar kod bagi membantu pengesanan kehadiran murid ke sekolah. Mentor dan murid diberi kad berkod dan didaftarkan di dalam sistem yang menggunakan kod scanner.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
95
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
Sokongan PIBG dan komuniti setempat adalah sangat penting bagi menjayakan program peningkatan kehadiran murid. Bagi menyokong usaha sekolah, pengetua telah menubuhkan Jawatankuasa Task Force yang dianggotai oleh komuniti (Penghulu, Ketua Kampung, LZS dan JKM untuk membantu pihak sekolah dari segi kawalan displin murid di luar waktu persekolahan. Jawatankuasa Task Force ini telah bertindak cemerlang dengan memberikan maklumat serta kesedaran masyarakat tentang keperluan hadir ke sekolah dalam kalangan ibu bapa. Dialog Prestasi Komuniti merupakan medium yang terbaik untuk mendapatkan maklumat terutamanya kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi murid ponteng. Secara tidak langsung, kesedaran tentang kepentingan hadir ke sekolah juga menjadi bualan setiap penduduk kampung. b.
Pelaksanaan (Organising)
Intipati projek SPOTV1.0 ialah pemantauan kehadiran murid menggunakan Kad Pelajar yang mengandungi mengimbas QR code. Sistem akan mengumpulkan data ke dalam drive dan analisa dapat dilakukan pada bila-bila masa untuk dianalisis. Bagi memastikan penguatkuasaan kehadiran murid dilaksanakan dengan berkesan penggunaan APDM dan SSDM dioptimumkan. Terdapat tiga (3) kriteria dalam pemantauan kehadiran murid dalam projek SPOTV1.0, iaitu memantau ponteng sekolah dan ponteng kelas, ponteng solat zohor, memantau kehadiran ke sekolah sama ada lambat atau tidak dan memantau salah laku murid. Kehadiran murid dipantau dengan penggunaan kad SPOT oleh guru mentor. Data kehadiran murid dikumpul oleh guru yang terlibat sebagai mentor dan perjumpaan bersama murid telah dilaksanakan. Mengenal pasti punca mengapa murid tidak hadir ke sekolah, pembinaan hala tuju ke sekolah dan pemupukan jati diri dan sahsiah murid melalui sesi kaunseling merupakan skop tugas guru yang telah dilantik sebagai mentor. Kunjungan mesra ke rumah murid bagi mengetahui punca masalah ketidakhadiran murid dilaksanakan dengan penglibatan PIBG dan komuniti setempat. c.
Kepimpinan (Leading)
Pengetua telah menggayakan kepimpinan transformasi dalam pelaksanaan projek SPOTV01. Visi dan Misi yang jelas ini telah menjadi pendorong kepada warga sekolah dalam mengamalkan sikap akauntabiliti. Secara tidak langsung dapat mengubah budaya kerja warga sekolah ke arah yang lebih baik atau lebih hebat dalam mencapai wawasan dan aspirasi sekolah. Sebagai peneraju projek SPOTV1.0, aspek kesediaan murid, kesediaan guru bekerja dalam pasukan serta kompetensi guru membimbing murid dan sokongan ibubapa diberi tumpuan sepanjang pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu penggunaan APDM dan SSDM sebagai sumber data turut diberi penekanan. Kaedah menginspirasi melalui penyampaian hala tuju secara jelas serta menyentuh hati, kepimpinan melalui teladan, empati terhadap keperluan murid, guru dan ibubapa, pemerkasaan pemimpin pertengahan serta membuat keputusan secara kolektif merupakan corak kepimpinan yang digunakan oleh pengkaji. Sebagai pengetua,sokongan dan kerjasama secara berterusan dalam menyumbang idea, tenaga dan masa bagi memastikan objektif program dapat dicapai. Sebagai peneraju, saya telah memastikan projek dilaksanakan mengikut landasan yang betul, dengan pembahagian tugas guru dan sentiasa melaksanakan pemantauan terancang melalui penilaian program secara berkala. Penambahbaikan telah dilaksanakan apabila terdapat keperluan untuk melaksanakannya.
96
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
d. Kawalan (Controlling) Sebagai seorang pemimpin, adalah menjadi keutamaan bagi saya untuk mewujudkan keharmonian ke arah mencapai matlamat organisasi. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Management by Walk About, Pemantauan sesi bimbingan guru kepada murid, Pemantauan Buku Kawalan Kelas dan Dialog Prestasi. Sikap mengambil berat tentang kebajikan murid merupakan tumpuan saya bagi memastikan murid-murid berasa seronok datang ke sekolah. Tindakan yang diambil terhadap murid-murid yang selalu ponteng adalah berbentuk keagamaan seperti solat zohor secara berjemaah, bacaan yassin. Secara tidak langsung pembentukan nilai dan sahsiah murid dapat dibentuk kearah yang positif. Kunjungan mesra ke rumah murid bersama PIBG dan komuniti setempat dapat dilaksanakan atas dasar hubungan akrab antara pihak sekolah dengan mereka.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Pengetua bersama-sama warga sekolah Unit HEM sentiasa mengikuti perkembangan kehadiran murid di SMKBT. Purata kehadiran 79.4% adalah menjadi satu base line kepada kami untuk mencapai hala tuju bagi tahun 2019 tercapai. Kini Purata kehadiran sehingga Ogos telah membuktikan bahawa sememangnya SMKBT mampu untuk merubah kepada satu output yang berkualiti. Purata 85.14% telah melepasi KPI 2019 iaitu sebanyak 84.6%.
Rajah 9.2: Purata Pencapaian SPOT sehingga OGOS 2019
Data pencapaian April, Mei dan Jun mendapati peratus kehadiran dibawah KPI Sekolah 84.6%. Maka projek SPOTV01 dilaksanakan seawal Julai dan mendapati program ini mampu menaikkan kembali peratusan kehadiran pada Julai dan Ogos. Murid telah diberi pengiktirafan atas kehadiran dan dapat menonjolkan imej diri yang positif serta disenangi oleh rakan-rakan dan guru-guru. Penilaian untuk murid dalam kategori ini dibuat selama tiga bulan berdasarkan kriteria-kriteria iaitu penurunan kes ponteng sekolah dan kelas, penurunan kes lewat ke sekolah dan penurunan kes salah laku disiplin.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
97
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Kepimpinan Pengetua Berprestasi Tinggi sebagai pemacu ke arah usaha membawa perubahan iklim sekolah yang kondusif dalam mencapai peningkatan kehadiran dan pembentukan kemenjadian murid merupakan cabaran yang harus ditangani. Antara cabaran yang dihadapi adalah sikap murid dan guru yang berada dalam zon selesa dan sokongan komuniti setempat yang kurang menyokong kerana lokasi yang terletak jauh dari sekolah. Selain dari itu, mentor perlu mempunyai kemahiran ICT serta kemampuan sistem untuk mengintegrasikan sistem APDM dengan perisian SPOT. Sebagai sokongan kepada pelaksanaan projek SPOTV01, pengkaji telah berusaha meningkatkan prasarana sekolah seperti membaik pulih infrastuktur kantin dan bilik darjah telah dilaksanakan. Pusat Akses dan Pusat Sumber Sekolah juga telah dinaik taraf dengan persekitaran yang bersih, ceria dan selamat. Program Sistem Pemantauan Orang Tertentu (SPOTV01) ini didapati telah membantu meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Program ini dicadangkan untuk dilaksanakan secara berterusan kepada kumpulan pelajar berpotensi kerana ianya dapat mengawal dan mendidik kebertangungjawapan pelajar untuk hadir ke sekolah. Impak lain yang didapati daripada program ini ialah murid mula mematuhi dan menepati waktu khususnya sewaktu perjumpaan bersama mentee dijalankan, murid menjadi semakin berdisiplin, murid lebih menghormati guru dan rakanrakan seterusnya murid lebih mematuhi peraturan sekolah.
6.0 RUJUKAN Mazniyah Md Jaafar.(2008). Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 2Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2017). Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Jilid 18. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
98
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sistem Pemantauan Orang Tertentu (Spot V01
LAMPIRAN 9-1
Rajah 9.3: SPOT (SISTEM PEMANTAUAN ORANG TERTENTU)
Rajah 9.4: Contoh Analisis SPOT (1)
Rajah 9.5: Contoh Analisis SPOT (2)
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
99
100
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM PEMBANGUNAN KECEMERLANGAN, PEMANGKIN KEMENJADIAN MURID SUBRAMANIAM A/L VEERIAH Pengetua, SMK Sungai Pari
[email protected] BALASANDRAN A/L RAMIAH, PH.D Pensyarah Cemerlang, IAB Cawangan Utara
[email protected] MOHD KAMIL BIN ABDUL RAHMAN Pegawai SIP+PPD Kinta Utara
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan pengetua Berprestasi Tinggi, iaitu Pembangunan Program Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid SMK Sg. Pari. Kegagalan sebahagian besar murid di sekolah ini mendapatkan keputusan yang baik dalam peperiksaan PT3 dan SPM dan kedudukan dalam kategori sekolah berprestasi rendah dengan GPS 6.71 berpunca dari pencapaian yang tidak memuaskan dalam beberapa subjek, khususnya dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Kedua-dua subjek ini mencatatkan pencapaian GPMP melebihi skor 6, iaitu Bahasa Melayu 6.10 dan Sejarah 6.59. Pelaksanaan pelbagai program kecemerlangan secara umum berjaya melonjakkan GPS ke 6.02 (2018) dari 6.71 (2017) yang merupakan sekolah yang mencatat lonjakan tertinggi 0.69 pada peringkat Daerah Kinta Utara dan seterusnya 6.10 (2019). Peningkatan GPMP bahasa Melayu dari 6.10 (2018) ke 6.04. Manakala, mata pelajaran Sejarah berlaku kemerosotan dari GPMP 6.59 (2018) ke 6.91 (2019). Dapatan juga menunjukkan pembangunan program kecemerlangan, fizikal dan sahsiah yang terancang akan membantu melonjakkan kemajuan akademik murid, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus. Walau bagaimanapun untuk kecemerlangan kedua subjek ini memerlukan usaha yang berterusan dan banyak usaha perlu dimulakan pada peringkat menengah rendah lagi. Kata kunci: pengurusan kurikukulum, mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
101
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
1.0.
PROFIL SEKOLAH
Pada tanggal 5 Oktober 2017 saya telah melapor diri di SMK Sungai Pari,Ipoh yang merupakan sebuah sekolah bandar Gred B. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1966. Berikut adalah profil sekolah: Jadual 10.1: Profil SMK Sungai Pari Nama Sekolah
SMK Sungai Pari, Ipoh
Gred Sekolah
B
Lokasi
Bandar
PPD
PPD Kinta Utara
Sesi Persekolahan
1 Sesi
Bilangan kelas
18 kelas
Bilangan Murid
366
Taburan kaum murid
India = 348; Melayu = 18
Bilangan Guru
37 orang
Berikut adalah status Qua semasa lapor diri di sekolah ini. Analisis data SPM, menunjukkan penurunan GPS SPM paling besar di Daerah Kinta Utara. Ini berpunca dari kelemahan pencapaian kebanyakan mata pelajaran khususnya mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang mempunyai GPMP >6. Jadual 10.2: Senarai Sekolah yang menuruni Gred Purata Sekolah (GPS)
102
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
PENCAPAIAN SPM 2017 Jadual 10.3: Pencapaian SPM SMK Sungai Pari bagi tahun 2017 BIL. CALON PERATUS CALON A A
TAHUN 2017
73
0
LULUS %. LULUS SEMUA (LAYAK SUBJEK SIJIL)
BIL. LULUS
0
48/73
21/73
BIL. % GAGAL GAGAL
65.75
25/73
GPS
34.75
6.71
Jadual 10.4: Pencapaian Sejarah SPM Tahun 2017 TAHUN
BIL. CALON
CALON A
% CEMERLANG
BIL. LULUS
% LULUS
BIL. GAGAL
2017
73
3
2.7
50
68.5
23
%
GPS
GAGAL 31.5
7.30
Jadual 10.5: Pencapaian Bahasa Melayu SPM Tahun 2017 TAHUN
BIL. CALON
CALON A
% CEMERLANG
BIL. LULUS
%. LULUS
BIL. GAGAL
% GAGAL
GPS
2017
73
7
5.5
59
80.82
14
19.2
6.38
Pencapaian mata pelajaran tahun 2017 menunjukkan GPMP Sejarah ialah 7.30 meningkat kepada 6.59 (2018) dan Bahasa Melayu 6.38 meningkat kepada 6.10 (2018). Namun pada tahun 2019 keputusan GPS SPM mengalami sedikit penurunan. GPMP mata pelajaran sejarah menurun pada tahun 2019 ke 6.91. Bilangan murid yang layak sijil masih rendah.
2.0
Mengenal pasti MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
2.1
Analisis Persekitaran
Analisis SWOT digunakan untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman keperluan semasa. Jadual 10.6: Analisis SWOT KEKUATAN S1. Barisan pntadbir yang sangat komited dalam tugas yang berpengalaman dalam pengurusan. S2. Masalah disiplin yang sangat minimum. S3. 100% guru siswazah. S4. 60 % berpngalaman menagajar melbihi 15 tahun S5. Enam (6) orang guru merupakan pemeriksa SPM. S6. 85% Guru mengajar mengikut opsyen. S7. Amalan hubungan kekeluargaan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
KELEMAHAN W1. GPMP kebanyakan subjek masih rendah. W2. 85% murid dari SJKT menyebakan penguasaan Bahasa Melayu dan sejarah sangat lemah. W3. Kekurangan kemudahan prasarana yang mencukupi W4. Majoriti murid berkomunikasi dala Bahasa Tamil menyebabkan sukar meningkatkan Bahasa Melayu. W5. Kehadiran murid kurang dari 90%. W6. 85% Kemasukan murid berperatasi rendah UPSR. W7. Tiada kemudahan dewan tertutup untuk melaksanakan program sekolah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
103
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
PELUANG O1. PIBG sentiasa memberi sokongan dana kepadasekolah. O2. ADUN dan wakil rakyat sentiasa membantu memberi sumbangan dana menjayakan program. 03. PPD/JPN /KPM membantu dalam pembinaan prasarana dan penganjuran kursus. 03. Bantuan komuniti memudahkan networking yang baik.
ANCAMAN T1. SES ibu bapa sanagat rendah. T2. Kebanyakan sekolah feeder adalah berprestasi rendah dan membekal murid lemah. T3. Ibu bapa kurang memantau pembelajaran anak di rumah. T4. Ibu bapa kurang komitmen melibatkan diri dalam aktiviti atau program sekolah. T5. Murid Tingkatan 1 yang mempunyai keputusan UPSR yang baik gemar berpindah ke sekolah premier.
Analisis data SPM menunjukkan bahawa sekolah memerlukan penambahbaikan dalam pencapaian akademik khususnya dalam mata pelajaran sejarah dan bahasa melayu. Hasil dari brainstorming bersama KP Sejarah dan Bahasa Melayu didapati punca GPMP melebihi 6 kerana faktor berikut:
Rajah 10.1: Mengenal pasti punca GPMP Sejarah dan Bahasa Melayu Kurang Berkesan Menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa
Perancangan strategik perlu dirangka untuk melakukan penambahbaikan. Dari segi data kehadiran pula didapati tidak mencapai KPI 95%. Keadaan fizikal seperti PSS, bilik “conference”, bilik darjah dan persekitaran fizikal seperti ketiadaan dewan, bilik darjah, kemudahan ICT , persekitaran dalam sekolah menjadi punca murid cemerlang tertarik ke sekolah premier yang berhampiran walaupun mereka tidak mencatatkan keputusan seperti diharapkan.
104
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
3.0.
PELAKSANAAN PROJEK
Kesedaran perlunya melakukan penambahbaikan dengan melaksanakan P-O-L-C. Pengurusan yang teliti perlu dilakukan untuk membawa perubahan pencapaian peperiksaan awam. 3.1. Merancang (Planning) Perancangan strategik dan pemetaan tiga tahun membantu dalam menentukan persiapan awal. Selain merancang peningkatan subjek Sejarah dan Bahasa Melayu, perancangan juga diperlukan untuk membangunkan prasarana sekolah. Program pencarian dana perlu dilaksanakan khususnya untuk memajukan PSS, bilik ‘conference,’ kemudahan bilik guru, kemudahan dan pembinaan dewan. Bagi meningkatkan pelonjakan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah langkah berikut dilaksanakan, iaitu pelaksanaan perancangan strategik dan pemetaan tiga (3) tahun dilaksanakan. Jadual 10.7: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Sejarah 2019
KURIKULUM SEJARAH
KPI
TOV (2018)
GPMP
6.59
SASARAN PRESTASI
2020 PENCAPAIAN SEBENAR (2019)
SASARAN PRESTASI
PENCAPAIAN SEBENAR
2021 SASARAN PRESTASI
6.10
6.63
6.47
PERATUS 69.84% (LULUS) (44)
87.32% (62)
70.0% (44)
75.00% (56)
GRED A (KUALITI)
11.11% (7)
9.33% (7)
11.66% (7)
12.16% (9)
LAYAK C KE ATAS
36.5% 23
45% 34
35% 21
40% 30
PENCAPAIAN SEBENAR
Jadual 10.8: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu 2019
KURIKULUM
BAHASA MELAYU
2020 PENCAPAIAN SEBENAR
SASARAN PRESTASI
PENCAPAIAN SEBENAR
2021
KPI
TOV (2018)
SASARAN PRESTASI
SASARAN PRESTASI
GPMP
6.10
6.09
5.98
5.84
PERATUS (LULUS)
85.7% (54)
86.11% (62)
88.3% (53)
89.3% (67)
GRED A (KUALITI)
6.35% (4)
15.27% (11)
13.3% (8)
13.0% (10)
LAYAK C KE ATAS
50.79% (32)
41.67% (30)
40.0% (24)
45.33% (34)
PENCAPAIAN SEBENAR
Pembentukan AJK Pelaksana membantu merangka objektif setiap program, sumber kewangan, dan pembinaan Pelan Taktikal dan operasi bagi kedua subjek ini. Dialog prestasi turut membantu dalam membuat post mortem untuk merangka program yang sesuai.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
105
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
3.2.
Mengurus (Organising)
Jawatankuasa Pelaksana setiap program ditentukan berdasarkan keupayaan dan pengalaman. Jadual kerja disediakan melalui OPOP. Sumber kewangan yang mencukupi melalui peruntukan PIBG disediakan di samping kemudahan prasana dilakukan penambahbaikan khususnya bilik darjah, PSS, dan Bilik “Conference”. Semua bilik darjah disusun mengikut model PAK 21. Program peningkatan kehadiran disusun semula berdasarkan data 2018. Selain dari aspek pengurusan murid juga disusun semula dengan mementingkan aspek kehadiran. Pihak Hal Ehwal Murid bersama kaunselor telah merancang program peningkatan kehadiran murid. Data kehadiran dianalis dan dikenalpasti kumpulan sasaran. Penitikberatan peranan guru kelas dalam mewujudkan whatsapp bersama ibu bapa turut memainkan peranan usaha mengatasi masalah ini. Sasaran 91% kehadiran murid menjadi KPI melalui pelaksanaan program ziarah cakna, jom ke sekolah, Program kebajikan sarapan percuma, program pembelian buku, alat tulis dan pakaian percuma. Program sesi kaunseling kelompok dan individu pada sasaran murid ponteng turut merupakan agenda utama dalam dalam peningkatan kehadiran murid. 3.3.
Kepimpinan (Leading)
Sebagai ketua jabatan, perlu aplikasi kemahiran dan keupayaan mempengaruhi subordinat, memberi empowerment, meningkatkan motivasi dan kemahiran subordinant dalam memberi komitmen untuk membawa perubahan cara progresif dan konsisten. Pelbagai moto telah diterapkan dalam sistem pengurusan sekolah, iaitu “Disiplin Utama, Sahsiah Terpuji , Akademik Cemerlang”. “Kecemerlangan Pengurusan, Perancangan, dan Pelaksanaan merupakan tonggak kepada Kecemerlangan Organisasi”, “Kerja Berpasukan”, dan “Warga Bersemangat Kekeluargaan”. 3.4. Kawalan (Controlling) Aspek pemantauan ditetapkan supaya meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan setiap program. Semua pentadbir dilibatkan sebagai pemantauan untuk menilai keberkesanan dan seterusnya membuat post mortem. Tenaga G8 sebagai Task Force digerakkan untuk memastikan pemantauan secara menyeluruh untuk mencapai matlamat organisasi. Borang pemantauan dan mesyuarat pengurusan digunakan sebagai platform post-mortem dan penambahbaikan yang diperlukan. Misalnya, langkah pemantauan dilakukan ke atas pelaksanaan PdPc, Pemeriksaan Buku Latihan, Kehadiran Murid, Kebersihan Persekitaran dan Keselamatan, Program Subuh, Program Kelas Tambahan, Mesyuarat Panitia, Program Kokurikulum, Program Pidato Harin. Amalan “Management By Walking About” membantu mengesan ‘hands-on’ segala masalah dan penyelesaian yang perlu dilakukan.
4.0.
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Kejayaan melonjakkan kedudukan sekolah dari keputusan GPS 6.71 SPM 2017 ke 6.10 tahun 2018 merupakan kejayaan besar. Lonjakan besar iaitu sebanyak 0.69 yang dicatatkan sehingga SMK Sungai Pari berjaya menduduki tangga pertama dari 49 buah sekolah dalam Daerah Kinta Utara dari segi peningkatan GPS. 106
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
Rajah 10.2: Analisis GPS Calon SPM 2018, Daerah Kinta Utara Jadual 10.9: Pencapaian GPS SPM Tahun 2018
Bahasa Melayu menunjukkan pencapaian yang baik kerana meningkat GPS dari 6.10(2018) ke 6.04 (2019), bilangan murid lulus juga bertambah dari 54 murid(2018) ke 57 (2019) dan berlaku peningkatan dalam gred A dari 6.4% ke 11.6% iaitu terdapat pertambahan seramai 4 orang murid. Begitu juga dengan keputusan bilangan layak C ke atas meningkat dari 50.79% ke 52.11%. Jadual 10.10: Keberhasilan mengikut Gred Purata Sekolah Untuk Tiga Tahun (2017-2019) SPM
SEMUA A
5 A KE ATAS
LULUS (SEMUA SUBJEK)
LAYAK SIJIL(BM & SEJARAH)
GPS
2017
0
2
21/73
48/73
6.71
2018
1
3
21/63
43/63
6.02
2019
0
4
30/71
43/71
6.10
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
107
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
Jadual 10.11: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Sejarah 2019
KURIKULUM SEJARAH
2020
2021
KPI
TOV (2018)
SASARAN PRESTASI
PENCAPAIAN SEBENAR (2019)
GPMP
6.59
6.10
6.91
PERATUS (LULUS)
69.84% 44
87.32% 62
61.43% (43)
70.0% (44)
75.00% (56)
GRED A (KUALITI)
11.11% (7)
9.33% (7)
8.57% (6)
11.66% (7)
12.16% (9)
LAYAK C KE ATAS
36.5% 23
45% 34
32% 24
35% 21
40% 30
SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR 6.63
6.47
Jadual 10.12: Pemetaan Dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun (2019-2021) Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
2019
KURIKULUM BAHASA MELAYU
2020
SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR
2021
KPI
TOV (2018)
SASARAN PENCAPAIAN PRESTASI SEBENAR
GPMP
6.10
6.09
6.04
5.98
5.84
PERATUS (LULUS)
85.7% (54)
86.11% (62)
82.61% (57)
88.3% (53)
89.3% (67)
GRED A (KUALITI)
6.35% (4)
15.27% (11)
11.59% (8)
13.3% (8)
13.0% (10)
LAYAK C KE ATAS
50.79% (32)
41.67% (30)
52.11% (37)
40.0% (24)
45.33% (34)
Bagi subjek sejarah sedikit mengecewakan kerana GPMP merosot dari 6.59 (2018) ke 6.91 (2019), manakala peratus lulus merosot dari 69.84% (2018) ke 61.43 (2019). Bilangan murid layak C ke atas menurun dari 36.5% (2018) ke 32% (2019). Keadaan ini berlaku akibat kehadiran 6 murid yang telah berhenti sekolah dan kes buang sekolah telah menurunkan GPMP dan GPS sekolah ke 6.10. Dari jumlah 48 kertas yang diduduki oleh murid ini, hanya 4 kertas sahaja lulus dan 44 kertas Gred F. Program kehadiran masih gagal meningkatkan peratus kehadiran. menunjukkan tahun 2019 peratus kehadiran masih hampir 90%.
108
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Data kehadiran
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
Jadual 10.13: Data Kehadiran Murid 2018
Rajah 10.3: Peratus Kehadiran Murid 2018 (Jan-Mac) Pelaksanaan projek berjaya membantu KP dalam merangka strategi yang sesuai untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah dan bahasa melayu dalam SPM. Pencapaian GPMP Bahasa Melayu meningkat pada 2019 kepada 6.04 lebih baik dari 6.10 tahun 2018. Peningkatan juga berlaku untuk kualiti bilangan A. Manakala GPMP sejarah merosot dari 6.59 (2018) ke 6.91 (2019), manakala peratus lulus merosot dari 69.84% (2018) ke 61.43 (2019). Bilangan murid layak C ke atas menurun dari 36.5% (2018) ke 32% (2019). Analisis post mortem menunjukkan bahawa 4 aspek perlu dibuat penambahbaikan iaitu dari segi tingkahlaku murid, aspek guru, masalah pembelajaran murid dan dari segi pengurusan sumber.
5.0.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Kejayaan dalam mendapat sokongan para pentadbir dan guru dalam mengurus program pembelajaran telah menampakkan impak kepada pencapaian murid. Pelbagai program pembelajaran telah dapat dilaksanakan dengan berkesan seperti program subuh, program kelas tambahan, perkhemahan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
109
Program Pembangunan Kecemerlangan, Pemangkin Kemenjadian Murid
akademik, kerja rumah terancang waktu cuti, model kecemerlangan, program guru muda, program membaca sifir, pidato pelajar, program kecemerlangan sukan, program nasal, program zon merah dan kuning, dan program nilam. Guru dapat disedarkan bahawa fokus utama ialah PdPc ‘back to class room.’ Peningkatan dalam kualiti PdPc turut membantu peningkatan dalam pencapaian akademik. Cabaran utama dalam membangunkan sekolah adalah kerana kekurangan murid berkualiti memasuki sekolah ini. Kebanyakan murid yang masuk berkualiti rendah dari segi akademik iaitu hanya dengan keputusan 2A ke bawah dan kebanyakan dari SES yang rendah. Keadaan ini menyukarkan membuat suatu perubahan pecutan yang mendadak. 95% murid yang berasal dari sekolah feeder jenis kebangsaan Tamil, ketinggalan dari segi penguasaan asas khususnya dalam Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. Keadaan ini menyukarkan pembangunan murid secara holistik. Bilangan murid tingkatan 3 kebanyakannya gagal untuk memenuhi syarat pakej untuk aliran sains. Ini seterusnya memberi kesan jangka panjang kepada pencapaian kecemerlangan murid.. Kejayaan pelaksanaan program adalah hasil kerjasama dan bantuan pensyarah bimbingan IAB Dr. Balasandran, SIP+ Tn.Hj Mohd Kamil, semua barisan pentadbir, guru kanan, ketua panitia dan guru sejarah dan bahasa melayu guru yang sangat komited dalammenjayakan program ini. Penambaikan dalam aspek pengurusan disiplin khsususnya kehadiran dan menangani kes disiplin turut membantu murid memberi komitmen dalam menjayakan program. Usaha meningkatkan kemudahan dan peralatan sukan turut membantu kejayaan sekolah dalam bidang sukan khususnya dalam permainan bola sepak dan olahraga. Post mortem menunjukkan juga bahawa pelaksanaan program perlu berfokus kepada masalah kritikal iaitu melibatkan sikap murid yang kurang serius dalam meningkatkan keupayaan diri. Program bimbingan dan kaunseling perlu ditingkatkan keberkesanan. Pemantauan PdPc juga menunjukkan keupayaan guru juga pelu ditingkatkan khususnya dalam kaedah penyampaian dan teknik menjawab. Pelaksanaan PLC yang lebih berfokus boleh membantu mencapai matlamat ini.Penambahabaikan kemudahan prasarana seperti bilik darjah, PSS dan bilik conference turut menjadi pemangkin kepada kejayaan projek. Walau bagaimanapun penambahbaikan prasarana yang lain seperti kemudahan ICT, bahan bantu mengajar, kemudahan dewan perlu menjadi satu agenda utama untuk membawa kejayaan kepada sekolah.
6.0 RUJUKAN Covey, Stephen R. (1991). Principle-Centered Leadership. New York: Simon & Schuster. Dr. Amin bin Senin.(2011) Pemikiran semula pembangunan kepimpinan sekolah. Jabatan Dokumentasi dan Penerbitan. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands. Robbins, S.P., & Coulter, M. (1996). Management. London: Prentice Hall International Limited. https://www.researchgate.net/publication/324031026iklim danbudayakesanterhadapkemenjadian pelajar
110
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM KACAK (KAMI AMBIL CAKNA ANAK-ANAK KE SEKOLAH) ABDUL AZIZ BIN IBRAHIM Pengetua, SMK Dato’ Idris, Perak
[email protected] HAMSIAH BINTI MOHD DAHALAN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] AHMAD ZAMILI BIN MOKHTAR SIPartner+ PPD Manjung, Perak
ABSTRAK Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng Sekolah” telah mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah laku ponteng di sekolah. Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti melebihi 95%. Justeru laporan Program KACAK ini memfokuskan beberapa intervensi ponteng sekolah dengan tujuan untuk membudayakan disiplin kehadiran murid ke sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, Istilah KACAK ialah singkatan untuk pernyataan ‘Kami Ambil Cakna Anak-Anak ke Sekolah’. Intervensi Program KACAK Unit Hal Ehwal Murid berfokuskan kawalan kehadiran harian murid melalui Sistem Zon,, anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling “Hati ke Hati dan Suluh Kasih”, majlis dialog prestasi dan aku janji kehadiran. Unit Kurikulum turut memberikan sokongan melalui program pemantapan PdPc guru dan Pusat Akses Sekolah. Unit Kokurikulum turut menyumbang melalui aktiviti Fun Club dan Projek Mural selain sokongan Permuafakatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dengan projek Ziarah Cakna. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar untuk mencapai sasaran kehadiran purata tahunan sekolah, iaitu 93.83% bagi tahun 2019. Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kehadiran murid, KACAK 1.0 PENGENALAN Pengetua memulakan tugas sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Idris (SMKDI), Pengkalan Bahru, Pantai Remis ini pada 23 Januari 2017.SMKDI terletak di kawasan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
111
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
luar bandar dan jaraknya dengan Pejabat Pendidikan Daerah Manjung di bandar Sitiawan ialah 42 kilometer. Kedudukan sekolahnya di tepi laluan utama Sitiawan ke Taiping. Jaraknya dari pekan terhampir iaitu Pantai Remis ialah sejauh tujuh (7) kilometer dan dikelilingi oleh perkampungan Melayu, Cina dan India yang rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan, pekebun kecil dan kerja sendiri di kampung. Rajah 1 ialah peta lakaran lokasi sekolah.
Rajah 11.1: Peta Sekolah (Sumber : Google map.com)
Status quo SMKDI ialah kategori A sekolah menengah luar bandar prasarana fizikal sekolah ini terdiri daripada enam (6) blok bangunan satu tingkat (1),dua tingkat (2) dan tiga tingkat (3). Secara umum prasarana fizikal sekolah ini lengkap dengan kemudahan bilik pejabat, pentadbiran, bilik guru, 30 buah bilik kelas, kemudahan empat (4) buah makmal sains, Pusat Sumber Sekolah, dua (2) bilik makmal komputer, enam (6) bilik bengkel subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT), Sains Rumah Tangga, Kemahiran Elektrik Domestik, dua (2) unit surau, padang dan dewan terbuka. Pengoperasian sekolah ini dilaksanakan secara dua sesi pembelajaran iaitu sesi pagi dan petang. Bilangan muridnya seramai 629 orang yang terdiri daripada murid berbangsa Melayu, Cina dan India. Sumber tenaga gurunya pula seramai 69 orang dan dibantu oleh tiga (3) staf pentadbiran pejabat dan empat (4) pembantu makmal.
2.0
Mengenal pasti MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Isu utama sekolah yang dikenal pasti ialah isu ponteng sekolah murid-murid yang begitu membimbangkan sehingga puratanya kurang daripada 95% sebulan kecuali bulan Mei pada tahun 2018. Kadar ponteng sekolah yang tinggi memberikan kesan terhadap kemenjadian murid dalam bidang akademik khususnya murid-murid Tingkatan Lima (5) yang menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM). Kedudukan sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah band enam (6) dan termasuk dalam kategori sekolah berkeperluan tinggi dari segi akademiknya.
112
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
Sebagai langkah intervensi dalam mengatasi isu kehadiran murid-murid Tingkatan Lima khususnya dan murid-murid tingkatan lain amnya, Program KACAK ini diperkenalkan. Huraian lanjut berkaitan program ini ditunjukkan dalam pemetaan perubahan tiga (3) tahun seperti Jadual 1 di bawah. Jadual 11.1: Pemetaan Perubahan Tiga (3) Tahun BIDANG FOKUS
2019
2020
2021
HAL EHWAL MURID – Peratus Kehadiran Murid meningkat
PROGRAM KACAK:
Projek Utama: HEM:
Projek Utama: HEM:
-Sistem Zon
-Pemantapan sistem zon
-Anugerah Bulanan kehadiran kelas dan Individu, dialog prestasi dan aku janji murid
- Anugerah Tokoh Sifar Ponteng
-sambungan projek yang berimpak tinggi
- Makan-makan
Pameran Projek
Projek Sokongan;
Showcase
1.Kurikulum”
Bengkel Amalan terbaik
-Program kaunseling- Hati Ke Hati, Suluh Kasih Projek Sokongan:
Learning walk dan Laman Libur berinformasi
1.Kurikulum: Pemantapan PdPc PAK21 dan penyediaan Pusat Akses.
2.Kokurikulum: Fun Club – dikir barat, tarian dan aktiviti seni visual
2.Kokurikulum: Fun Club- Larian La Kuda de Pantai dan mural 3. PIBK: Ziarah
3. PIBK:
Cakna
Motivasi Santai Keluarga
3.0 PELAKSANAAN Model Rasional Penyelesaian Masalah 7 LANGKAH merupakan model yang amat sesuai merancang projek penambahbaikan bagi menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid SMKDI yang agak kritikal. Langkah-langkah model itu adalah seperti berikut: Langkah 1- Kenal pasti dan mendefinisikan masalah Langkah 2- Analisis masalah Langkah 3-Kenal pasti alternatif penyelesaian Langkah 4-Pemilihan /Penilaian Alternatif Terbaik Langkah 5-Penyediaan Pelan Tindakan Langkah 6-Pelaksanaan Pelan Tindakan Langkah 7-Penilaiandan tindak susul
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
113
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
Langkah pertama dalam model ini ialah mengenal pasti dan mendefinisikan masalah. Isu ponteng sekolah ini dikenal pasti melalui kutipan data kehadiran harian murid-murid yang tercatat dalam buku kedatangan mengikut kelas dan tingkatan pada tahun 2018 seperti Jadual 2 di bawah.
Jadual 11.2: Peratus Kehadiran Bulanan Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Peratus keseluruhan
Peratus kehadiran 92.32% 92.93% 94.35% 93.65% 95.77% 93.02% 93.14% 93.57% 93.91% 92.75% 88.10% 92.74%
Langkah kedua ialah menganalisis masalah berdasarkan jawapan borang soal selidik kumpulan murid berkadar tinggi ponteng sekolah tahun 2018. Kumpulan sampel murid terpilih ialah murid-murid Tingkatan Lima (5) yang kerap ponteng sekolah iaitu seramai 41 orang. Alat yang digunakan untuk menganalisis punca masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid SMKDI ialah Analisis Tulang Ikan Ishikawa. Dapatan analisis sebab-akibatnya adalah seperti Rajah 2 berikut:
Rajah 11.2: Analisis Tulang Ikan Ishikawa
Berdasarkan analisis Tulang Ikan Ishikawa, antara punca murid ponteng sekolah adalah disebabkan faktor keluarga dan persekitaran seperti kemiskinan, tiada kenderaan, pengaruh rakan
114
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
dan ibu bapa yang tidak mengambil peduli. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti alternatif yang sesuai untuk menanganinya. Langkah ketiga dalam model tersebut ialah kenal pasti alternatif penyelesaian. Sebagai langkah penyelesaian masalah ponteng dalam kalangan murid-murid SMKDI, Satu program yang dikenali sebagai program ‘Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah atau singkatannya KACAK akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa ProPeKS di bawah kendalian Unit Hal Ehwal Murid Langkah keempat dalam model ini ialah pemilihan alternatif yang lebih baik. Cara untuk membuat pemilihan altenatif yang baik adalah melalui analisis pemilihan strategi, TOWS matrik dan matrik ranking. Pemilihan alternatif adalah berdasarkan analisis SWOT iaitu kekuatan,kelemahan, peluang dan ancaman yang berkaitan dengan masalah tersebut. Langkah seterusnya ialah penyediaan pelan tindakan Pelan Tindakan mengandungi strategi tertentu yang disusun mengikut keutamaan, penetapan tanggungjawab, tempoh pelaksanaan, KPI, sumber dan pelan kontingensi yang sesuai. Program KACAK ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Unit Hal Ehwal Murid,Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum dan PIBG melalui Permuafakatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK), seperti yang ditunjukkan dalam Pemetaan perubahan Tiga (3) tahun Program KACAK sebelum ini. Langkah keenam dalam model ini ialah pelaksanaan pelan tindakan. Setiap satu strategi yang terdapat dalam pelan tindakan akan dilaksanakan berpandukan pelan operasi. Langkah terakhir berdasarkan model tersebut ialah membuat penilaian terhadap impak pelaksanaan strategi penyelesaian masalah tersebut. Kesan daripada beberapa strategi yang dilaksanakan dalam menangani masalah ponteng sekolah, penilaian peratus kehadiran murid dapat dikesan melalui data kehadiran harian seperti yang terdapat dalam rekod e-kehadiran. Laporan kehadiran itu akan dikaji dari semasa ke semasa melalui dialog prestasi bulanan jawatankuasa ProPeKS untuk menilai tindak ikut seterusnya. Hasil mesyuarat Jawatankuasa ProPeKS kali pertama yang diadakan pada 23 Januari 2019, mereka membuat keputusan secara konsensus untuk melaksanakan program intervensi ponteng. Berdasarkan analisis pemilihan strategi atau matriks ranking, daripada analisis SWOT strategi yang menjadi keutamaan ialah Program KACAK. Projek ini melibatkan barisan pentadbir termasuk pengetua dan semua Penolong Kanan, kaunselor, guru kelas, AJK PIBG dan komuniti luar seperti anggota polis dan RELA.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Impak Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) ini menunjukkan peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah bagi tahun 2019. Peningkatan kehadiran ini penting kerana dapat membentuk kemenjadian murid selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, impak program ini juga dapat dilihat daripada aspek kehadiran dan pencapaian akademik murid.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
115
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
Rajah 11.3: Perbandingan kehadiran murid tahun 2018 dan 2019
Berdasarkan Rajah 3 di atas, program yang dilaksanakan menunjukkan peningkatan kehadiran dari tahun 2018 dengan kehadiran 2019. Purata kehadiran murid sehingga September 2018 sebanyak 93.02%, meningkat kepada 94.02% pada tahun 2019. Melalui data ini menunjukkan program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang positif kepada kemenjadian murid agar hasrat KPM dapat direalisasikan.
Rajah 11. 4:Impak ProPeKS kepada kehadiran murid ProPeKS sehingga September 2019
Rajah 4 menunjukkan kumpulan sasaran ketidakhadiran ke sekolah seramai 41 orang murid tingkatan 5 sebanyak 24.93% pada tahun 2018 menurun kepada 14.07% pada tahun 2019. Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan peratus kehadiran mereka yang rendah. Berdasarkan tahun 2019 peratus kehadiran bulanan murid di sekolah ini adalah sebanyak 94.02%. Sehubungan itu, pihak sekolah sentiasa berusaha dalam merealisasikan KPI kehadiran Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu sebanyak 95%. Impak Program KACAK ini juga dapat dilihat melalui pencapaian akademik murid. Pencapaian ini dapat dilihat khususnya kepada murid-murid yang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Seramai 41 orang kumpulan sasaran yang menunjukkan peningkatan dalam kehadiran mereka telah diambil untuk melihat kesan ke atas pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
116
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
Rajah 11.5 : Impak murid ProPeKS dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah
Rajah 5 menunjukkan perbandingan pencapaian akademik tahun 2018 bagi Peperiksaan Akhir Tahun dengan Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2019. Hasil yang diperoleh menunjukkan berlaku peningkatan pencapaian dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019 ke atas kumpulan murid ProPeKS tersebut. Hal ini kerana mereka ialah kumpulan murid yang tidak mencapai sasaran lulus sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Mata pelajaran ini diberi tumpuan untuk memenuhi hasrat kementerian agar lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Impak daripada perlaksanaan Program KACAK ini, sebanyak 35.02% peratus kumpulan murid sasaran lulus dalam peperiksaan Percubaan SPM 2019 berbanding 30.22% dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2018 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sejarah pula, sebanyak 36.68% murid ProPeKS lulus dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019 berbanding hanya 28.49% lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2018. Hal ini menunjukkan Program KACAK yang dijalankan dapat membantu murid meningkatkan pencapaian akademik. Keseluruhannya Program KACAK yang dilaksanakan melalui peningkatan kehadiran dan pencapaian akademik murid diharapkan akan dapat mencapai sasaran Gred Purata Sekolah (GPS )iaitu 5.99%, manakala bagi peratus lulus SPM, sebanyak 85.04% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Sebagai refleksi, Program KACAK ini banyak mendatangkan impak positif kepada peratus kehadiran murid SMKDI. Banyak cabaran yang perlu dihadapi semasa melaksanakan program KACAK ini terutama faktor luar kawalan guru-guru atau pihak pentadbir sekolah. Cabaran yang paling sukar dihadapi oleh pihak sekolah ini faktor geografi persekitaran tempat tinggal murid-murid. Hampir separuh murid-murid di sekolah ini tinggal agak berjauhan dengan lokasi sekolah sehingga melebihi 20 km. Pengangkutan utama mereka ke sekolah ialah bas sekolah, bas awam dan motosikal. Rumah mereka yang jauh dari jalan utama yang menjadi tempat menunggu bas membuatkan mereka sukar ke sekolah pada hari-hari tertentu seperti hari hujan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
117
Program KACAK (Kami Ambil Cakna Anak-Anak Ke Sekolah)
ataupun banjir kilat. Hal ini ditambah pula dengan sistem pengangkutan bas awam yang kerap mengalami kerosakan dan tidak mengikut jadual. Murid yang bermotosikal pula kerap berkongsi penggunaan motosikal dengan ibu bapa mereka yang bekerja jauh dari tempat tinggal. Cabaran yang kedua ialah sikap tidak mengambil berat segelintir ibu bapa tentang kepentingan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Ada sesetengah ibu bapa yang dihubungi oleh guru-guru kelas untuk diberitahu tentang ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah telah mengambil jalan singkat untuk memberhentikan persekolahan anak-anak mereka. Malahan ada ibu bapa yang lebih suka anak-anak mereka ponteng atau berhenti sekolah untuk membantu mereka ke laut, berkebun sawit atau berniaga. Cabaran terakhir Program KACAK ini ialah kekangan kewangan. Kecuali Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid tidak mempunyai geran kewangan per kapita tersendiri, baik dari sumber wang kerajaan ataupun SUWA. Banyak aktiviti berbentuk kebajikan murid-murid miskin seperti bantuan tambang bas, kelengkapan pembelajaran, bantuan sarapan pagi dan sebagainya tidak dapat ditampung oleh pihak sekolah untuk memotivasikan kehadiran kelompok murid sedemikian ke sekolah. Meskipun ada dana kebajikan disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tetapi masih belum mencukupi untuk menampung pelbagai aktiviti Program ProPeKS secara berskala tinggi. Pihak sekolah amat mengharapkan agar Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) ini turut disediakan geran kewangan secara ‘one-off’’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti projek-projek khas yang lain seperti TS25 ataupun Sekolah Amanah. Keberadaan murid di sekolah merupakan rutin tugas yang wajib dipantau setiap hari oleh guru-guru dan jika isu ponteng sekolah ini berlarutan, tentunya akan menjelaskan visi dan misi sekolah ini.. Sebagai rumusan, Program KACAK ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa agar kemenjadian akademik dan sahsiah murid-murid SMKDI akan terus cemerlang. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar ke arah pencapaian akademik murid-murid khususnya mencapai sasaran kuantiti kelulusan 85.04% dalam subjek Bahasa Melayu dan Sejarah serta sasaran kualiti 5.99 Gred Purata Sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019.
6.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (1995), Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil.6/1995 “Menangani Masalah Ponteng Sekolah”. Ishikawa, Kaoru (1990); (Translator: J. H. Loftus); Introduction to Quality Control; 448 p; ISBN 4 906224-61-X OCLC 61341428 University of Massachusetts (2020), Decision Making https://www.umassd.edu/fycm/decision-making/process/
118
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Process.
Retrieved
from
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) ZAINAL BIN HJ UMAR Pengetua, SMK Matang, Taiping, Perak
[email protected] HAMSIAH BINTI MOHD DAHALAN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] AHMAD ABAS BIN SAIDIN SIPartner+, PPD Larut Matang Selama
ABSTRAK Intervensi Program i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah) lebih berfokuskan kepada program menarik minat murid untuk hadir ke sekolah di samping program penguatkuasa sebagai program sokongan. Salah satu projek dalam program i-Sukses adalah Projek PIMAS (Perintis Industri Matang School) yang merupakan usaha memperkenalkan Program Sijil Kemahiran Masakan dan Sijil Kehadiran Automatif/Kimpalan kepada murid dengan kerjasama institusi swasta yang berdaftar. Tujuan PIMAS dibuat adalah untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dalam aktiviti pembelajaran yang menyeronakkan murid dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid serta menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. PIMAS juga berusaha untuk menimbulkan minat dan motivasi murid melalui pengalaman ‘hands on’ serta menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan murid Program dilaksanakan menggunakan waktu PdPc dan dikendalikan sepenuhnya oleh jurulatih daripada institusi yang terlibat, Sarana ibubapa dan dibantu oleh guru Voktek di sekolah. Impak daripada program PIMAS menunjukkan ada kesan kepada peningkatan motivasi dan kehadiran murid. Temubual dengan murid-murid dan guru-guru menunjukkan terdapat perubahan sikap yang positif. Murid-murid ini tidak lagi ponteng kelas, tidak mengantuk, lebih mudah dan berkeyakinan untuk berkomunikasi, lebih berdisiplin, kemas dari segi pakaian dan perwatakan menarik. Kata kunci: voktek, projek i-success, pimas, pengurusan ko-kurikulum
1.0 PENGENALAN SMK Matang merupakan sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di Matang Taiping. Pada tahun 2019, usia sekolah ini menjangkau 17 tahun. SMK Matang menjadi tempat muridmurid dari kawasan sekitarnya menuntut ilmu dari kelas peralihan,hingga tingkatan lima. Jumlah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
119
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
keseluruhan guru adalah seramai 54 orang, staf sokongan sembilan (9) orang dan jumlah muridmurid terkini seramai 490 orang yang terdiri daripada komposisi kaum Melayu (59.60%), India (6.94%), Cina (33.46%). Hampir kesemua murid ini datang dari latar belakang keluarga yang taraf sosio-ekonomi mereka sederhana dan rendah. Sebilangan murid sekolah ini adalah anak-anak dari keluarga bermasalah kesan daripada masalah penceraian ibu bapa dan ada yang tinggal bersamasama datuk nenek kerana ibu bapa bekerja ibu kota dan di Singapura. Penulis melaporkan diri sebagai pengetua di sekolah ini pada 20 November 2017 dan mula menjalankan tugas sepenuhnya pada 24 November 2017. Sebelum melangkah masuk ke sekolah ini sebagai pengetua, penulis memang sudah sedia maklum tentang situasi dan prestasi SMK Matang yang merupakan sekolah berprestasi rendah (Band 6). Reputasi SMK Matang yang rendah ini, penulis anggap sebagai cabaran yang besar yang perlu dihadapi. Penulis memulakan tugas dengan tujuan melaksanakan Fokus dan Gerak kerja Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia, iaitu Melangkah Ke Hadapan untuk Kualiti Sekolah dan Kualiti Kemenjadian Murid. Proses scanning dan mengumpul maklumat mengenai status quo sekolah bermula. Pemerhatian, temubual, pemeriksaan dokumen dan pendekatan- pendekatan lain secara formal dan tidak formal telah digunakan bagi memastikan maklumat yang diperolehi adalah benar dan tepat. Maklumat ini penting untuk membolehkan penulis menganalisis isu-isu yang strategik bagi merancang program pemajuan sekolah menggunakan pendekatan strategik dan berkesan. Dapatan daripada proses scanning dan pengumpulan maklumat menunjukkan, pencapaian SPM SMK Matang pada tahun 2016 dari segi GPS SPM iaitu sebanyak 5.89 mata. Pada tahun 2017 GPS SPM telah melonjak kepada 5.29 iaitu peningkatan GPS sebanyak 0.60 mata. Pada tahun 2018 telah jatuh kepada 6.05 mata. Pihak pentadbir sekolah juga sentiasa melakukan perjumpaan bersama-sama murid-murid sasaran bersama-sama ibu bapa mereka dan perjumpaan bersamasama dengan semua murid-murid SPM dan juga PT3. Selain itu juga, banyak program lain yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memastikan semua murid-murid mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik. Dari segi pengurusan hal ehwal murid pula, pada tahun 2017 dilihat dari segi kehadiran murid-murid secara purata kehadiran murid-murid ke sekolah ialah 86.54 peratus. Manakala kehadiran pada tahun 2018 menurun kepada 84.84 peratus, manakala berlaku peningkatan setepas program PIMAS dijalankan sehingga bulan Oktober 2019 peratus kehadiran murid adalah 89.76 peratus.. Dari segi disiplin murid-murid secara keseluruhannya, untuk tahun 2018 dan 2019 hanya masalah disiplin yang ringan dikenalpasti dan sentiasa berlaku. Kes-kes yang disiplin besar yang berlaku hanya melibatkan segelintir sahaja murid-murid yang terlibat seperti merokok,bergaduh dan ponteng sekolah. Manakala dari segi kokurikulum, pada tahun 2019, Kor Kadet Polis sekolah telah mencapai beberapa kejayaan di peringkat kebangsaan di Perkhemahan Kor Kadet Polis iaitu Johan Mara Lasak Perpasukan Lelaki, Johan Ronda Pandu Arah Wanita, Naib Johan Ronda Pandu arah Lelaki, Tempat Keempat Kawad Kaki individu dan juga berkumpulan wanita. Pada tahun 2018 pula, beberapa kejayaan juga telah ditempa lagi iaitu Johan Ronda Pandu Arah Lelaki Perkhemahan Kor Kadet Polis peringkat Kebangsaan di Melaka dan mendapat tempat ke-5 keseluruhan pasukan.
120
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Selain itu juga, seorang murid Tingkatan 4 telah menjadi Johan Bengkel Bakat Tunas Remaja DBP peringkat negeri dan akan bertanding peringkat kebangsaan di Pahang. Secara keseluruhannya GPS kokurikulum pada 2018 ialah 2.85 dengan hanya seorang calon mendapat Gred A. Selain dari itu, hubungan sekolah dengan komuniti luar juga memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan sekolah dimana pada tahun 2016, 2017 dan 2018, pihak sekolah telah menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa melalui PIBG sekolah dan beberapa agensi kerajaan seperti PDRM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba, dan agensi swasta seperti kolej-kolej swasta Novel School, Usaha Taat, Kolej Giat Mara dan lain-lain di kawasan sekitar. Selain itu, pihak sekolah juga sentiasa menekankan sarana ibu bapa di mana pihak sekolah telah menjemput ibu bapa pada hari bertemu waris untuk sesi dialog prestasi murid dan juga menjemput ibu bapa ke temasya sukan sekolah, karnival kokurikulum dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Walau bagaimanapun, pelibatan di pihak ibu bapa dalam menyokong aktiviti sekolah adalah kurang berdasarkan rekod kehadiran ibu bapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah.
2.0
Mengenal pasti MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Hasil daripada perbualan, permerhatian dan pemantauan yang penulis lakukan sejak dari hari pertama penulis berada di SMK Matang, penulis mendapati bahawa terhadap banyak ruang yang boleh dipertingkatkan dalam aspek budaya kerja sepasukan terutama dalam kalangan guru. Perkara kedua yang penulis dapati serius ialah rata-rata guru-guru di sekolah ini mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang rendah dalam beberapa aspek yang berkaitan dengan perintah am, dasar dan arahan semasa. Sebagai penjawat awam, perkara ini tidak patut berlaku kerana semua ini adalah punca kuasa untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab. Penulis juga mendapati terdapat ruang untuk memperbaiki iklim persekitaran di sekolah ini terutama dari segi semangat kerja sepasukan, persekitaran PdPc yang positif dan pembangunan bakat murid khususnya dalam kurikulum dan kokurikulum. Penulis ingin menyatukan seluruh warga sekolah tanpa mengira gred, jawatan, kelas pendidikan khas atau arus perdana, staf akademik dan staf sokongan bagi menjadikan SMK Matang sebagai satu entiti mantap demi kemenjadian dan kecemerlangan murid-muridnya. Kemenjadian murid sangat penting kerana prestasi sekolah diukur dalam semua aspek dan bukan hanya dalam pencapaian akademik. Indikator yang sangat berkaitan dengan kualiti sekolah awam adalah prestasi keseluruhan berdasarkan Skor Indeks Komposit daripada Band 1 hngga Band 7. Aspek kemenjadian murid ini perlu diberi perhatian kerama imej dan kualiti sekolah adalah tertakluk kepada prestasi murid-murid . Kerangka pengurusan PDCA iaitu Plan, Do, Check, dan Act yang dipelopori oleh Edward Deming sebagai asas tindakan penulis sebagai pemimpin nombor satu di sekolah ini. Penulis memilih kerangka ini (PDCA) bagi memastikan segala-galanya berada di atas landasan yang betul dan menjurus ke arah matlamat yang dihasratkan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
121
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Jadual 12.1: Kerangka PDCA
P
D
C
A
Plan Merancang
Do Melaksana
Check Menyemak
Act Tindakan
1. Menjajarkan semula visi dan misi sekolah 2. Menetapkan matlamat sekolah. 3. Mengenal pasti dan menganalisis isu-isu 4. Membina pelan tindakan pelan pemajuan sekolah sedia ada.
1. Menyusun semula struktur organisasi 2. Pengagihan tugas
prestasi sebelum
lawatan dan
dan selepas
semakan dokumen
kepakaran guru.
secara berkala dan
3. Mengupayakan SLT dan MLT. 4. Memantapkan suara 5. Membimbing guru
1. Membandingkan
pemantauan,
mengikut bidang
guru/ murid.
5. Merancang tindakan,
1. Melaksanakan
berterusan 2. Melaporkan perkembangan
2. Pesediaan untuk langkah seterusnya 3. Melaksanakan langkah penambahbaikan
projek 3. Melihat
menyusun strategi dan
muda/ pemimpin
pencapaian
program intervensi.
pelapis.
objektif
6. Meningkatkan komunikasi dengan PIBG. 7. Memperkasakan dialog profesional.
Kerangka PDCA (Jadual 1) ini membantu penulis melaksanakan tugas-tugas sebagai pengetua dengan lebih tersusun dan pada masa yang sama penulis dapat mengawal serta memantau pelaksanaan aktiviti sekolah dengan berkesan. Penulis telah mengupayakan penolong-penolong kanan serta pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama dengan melibatkan secara langsung Penolong Kanan (PK), PK Hal ehwal Murid dan PK Kokurikulum di dalam semua aktiviti sekolah. Begitu juga dengan barisan pemimpin pertengahan iaitu keempat-empat guru kanan mata murid-murid,setiausaha akademik, setiausaha disiplin, setiausaha kokurikulum, setiausaha sukan, setiausaha peperiksaan, ahli jawatankuasa PIBG dan kelab staf. Penulis selalu berbincang dengan mereka secara formal dan tidak formal apabila perlu. Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi ketika fasa scanning the environment, dapat dirumuskan faktor-faktor yang menyebabkan SMK Matang berada dalam kategori sekolah berprestasi rendah adalah seperti berikut:
a. Kehadiran murid yang rendah di bawah KPI KPM iaitu 86.54% pada tahun 2017, b.
122
menurun kepada 84.84% pada tahun 2018. Pencapaian murid dalam akademik rendah (berdasarkan keputusan SPM dan peperiksaan akhir tahun tingkatan empat tahun 2018);
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
c. Amalan sahsiah terpuji dalam kalangan murid rendah (berdasarkan bilangan peratus d. e. f. g. h. i.
murid tegar salah laku berat dan sederhana sebagaimana yang direkodkan dalam SSDM/APDM tahun 2018); Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum rendah (berdasarkan GPS 2.85 tahun 2018); Amalan PdPc adalah baik (berdasarkan pemerhatian, pemantauan dan lawatan kelas ke kelas); Kualiti profesional guru tidak mencapai standard piawaian rasmi (berdasarkan skor SKPMg2 dan penglibatan guru dalam aktiviti sekolah); Kepimpinan kurang ekfektif (berdasarkan perbualan, pemerhatian dan catatan penolong-penolong kanan dan pemimpin-pemimpin pertengahan kurang kemahiran dalam aspek kepimpinan dan pengurusan; Hubungan dan pemuafakatan strategik rendah antara sekolah dengan pemegang taruh (Berdasarkan rekod, pihak sekolah kurang merujuk dan memanfaatkan PPD dan JPN dalam program-program sekolah); Kurang aktiviti jaringan dan jalinan (berdasarkan rekod sekolah kurang aktiviti jalinan dan jaringan dengan sekolah lain, IPT, universiti awam, agensi swasta dan agensi kerajaan).
Senarai faktor di atas menunjukkan yang ia selari dengan senarai utama kriteria kritikal ukuran kejayaan sesebuah sekolah seperti yang terdapat dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) sama ada versi 2003, 2010 atau versi yang terkini iaitu SKPM gelombang 2. Situasi ini membawa kepada wujudnya persepsi dan andaian bahawa SMK Matang selama ini kurang komited membudayakan instrumen SKPM sebagai alat kualiti ketika mengurus dan mentadbiran sekolah. Berdasarkan isu-isu strategik sekolah, isu kehadiran murid yang kurang memuaskan bagi kelas-kelas aliran kemanusiaan dan isu sikap dan motivasi meraka yang rendah boleh menjejaskan prestasi keseluruhan sekolah. Murid-murid kelas-kelas yang ini perlu dibugarkan emosi dan sikap mereka untuk terus kekal belajar dan hadir ke sekolah. Kegagalan mereka untuk hadir ke sekolah dan kekal belajar akan menjejaskan prestasi akademik sekolah dan menyebabkan KPI kehadiran yang ditetapkan oleh KPM ( 95% ) tidak akan tercapai. Nyika dan Mercy (2004) menjelaskan bahawa murid-murid perlu berada di sekolah untuk lulus dan meningkatkan pemerolehan peluang dalam kehidupan mereka. Pandangan ini disokong oleh Nemec dan Watson (2007) yang menjelaskan, “there is the concern among educators that students who are not learning the importance of attendance will struggle in the workplace where truancy can easily cost workers their livelihood.” Data yang penulis kutip ketika sesi temubual yang penulis namakan sebagai sesi sembang santai antara penulis dengan beberapa orang guru, staf sokongan dan murid-murid telah penulis gunakan untuk menguji aktiviti scanning the environment yang penulis lakukan tepat atau tidak. Hasilnya, penulis mendapati faktor-faktor yang disenaraikan di atas ada korelasi dengan sebab utama prestasi sekolah rendah. Sesi scanning the environment dan temubual ini dilakukan untuk:
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
123
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
a. mengesan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan guru-guru dan staf sokongan terhadap visi dan misi sekolah sebagai punca kuasa untuk menjalankan tugas dan sebagai hala tuju yang hendak dicapai; b. mendengar sendiri pendapat dan penilaian jujur guru dan staf terhadap prestasi sekolah secara keseluruhannya; c. mengumpul maklumat punca yang menjadi penyebab SMK Matang berada di dalam kategori sekolah berprestasi rendah dari sudut pandangan guru-guru dan staf; d. mengesan kesan kualiti hubungan dengan amalan kerja sepasukan warga kerja terhadap prestasi sekolah secara keseluruhannya.
3.0 PELAKSANAAN Hasil bimbingan pensyarah dan SIP+ serta keputusan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil.2/2019 penulis telah menetapkan 5 Bidang Keberhasilan Utama (KRA) untuk memajukan sekolah berdasarkan isu-isu yang telah dibincangkan di atas iaitu: 1. 2. 3. 4. 5.
Guru berkualiti Persekitaran PdPc yang positif Pembinaan bakat murid Hubungan komuniti yang mantap Kepimpinan yang berkesan
Sebagai usaha untuk menangani isu kehadiran dan motivasi murid sekolah telah memilih KRA Pembinaan Bakat Murid melalui pelaksanaan Program “i-Sukses dengan pelaksanaan PIMAS (Perintis Industri Matang School) untuk kelas aliran kemanusiaan ( 403, 404 dan 405 ) sebagai rintis. Keputusan dibuat berdasarkan Mesyuarat Pengurusan Sekolah Bil. 2/2019 yang dipengerusikan oleh pengetua. Perlaksanaannya bukanlah satu tugas yang mudah kerana ia perlukan komitmen semua pihak. Isu dan punca masalah yang membelenggu sekolah perlu diperhalusi untuk diatasi secara berkesan terlebih dahulu kerana menurut Uma Sekaran (2002), masalah ialah sebarang situasi di mana wujud jurang antara keadaan sebenar dan keadaan ideal. Hasrat penulis sebagai pengetua ialah membawa SMK Matang menuju ke arah situasi ideal iaitu daripada situasi sekolah berprestasi rendah kepada sekolah berkesan. Hasil sesi-sesi perjumpaan, perbualan, perbincangan dan interaksi antara penulis dengan guru-guru, staf, murid-murid dan barisan pentadbir, maka isu utama yang menyumbang kepada pencapaian prestasi rendah dapat dikesan dengan tepat dan disahkan secara bersama-sama dengan warga sekolah. Langkah seterusnya penulis perlu mencari punca masalah yang menyebabkan wujud isu ketidakhadiran dan motivasi yang rendah. Dalam fasa mencari punca masalah ini penulis telah mengambil langkah membuat Analisis Persekitaran, Analisis Jurang dan Analisis Tulang Ikan (Analisis Sebab dan Akibat). Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Rajah 1.11) merupakan alat yang penulis gunakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid kelas 4 Progresif dan 4 Proaktif kurang motivasi belajar dan peratus kehadiran rendah.
124
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Rajah 12.1: Sebab dan Akibat
Analisis sebab dan akibat yang penulis hasilkan menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa menunjukkan bahawa faktor manusia, peralatan, bahan, persekitaran dan kepimpinan memberi kesan terhadap rendahnya minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah menyebabkan prestasi sekolah terjejas. Setiap satu faktor ini perlu diatasi jika mahu meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik. Berdasarkan isu-isu yang telah diutarakan sebelum ini dan penetapan 5 KRA, pihak sekolah telah memilih KRA ke 3 iaitu Pembangunan Bakat Murid dengan memperkenalkan Projek PIMAS sebagai projek printisan kemajuan sekolah untuk jangka masa 3 tahun 2019 hingga 2021. Punca kuasa bagi projek PIMAS ini adalah berdasarkan surat siaran perlaksanaan program PIMA KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017. Projek PIMAS bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran murid khususnya kelas-kelas aliran kemanusiaan dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam bidang kemahiran. Kedua, untuk menimbulkan minat belajar murid melalui pengalaman pembelajaran secara Hands-On. Di samping itu, ia juga bertujuan menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan murid serta mewujudkan kerjasama dengan agensi luar bagi membantu memberi latihan kemahiran. Kelas 403, 404 dan 405 yang terdiri dariada 45 orang dipilih sebagai perintis untuk program ini. Kemahiran yang dipilih ialah Sijil Automotif , Sijil Kimpalan bagi murid lelaki dan Sijil Penyediaan Makanan bagi murid perempuan selama 30 sesi setiap hari khamis bermula jam 9 pagi hingga 2 petang (5 jam) setiap minggu bermula dari Mac 2019. Agensi swasta yang terlibat ialah Institut NOVEL School bagi Sijil Penyediaan Makanan dan Pusat Latihan USAHA TAAT untuk Sijil dan tenaga kepakaran guru-guru Votec SMK Matang sebagai tenaga sokongan kepada program ini. Tiada yuran yang dikenakan kepada murid. Pelaksanaan projek PIMAS dilaksanakan menggunakan waktu PdPc pada setiap hari Selasa mulai 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Kesemua kemahiran ini berjalan serentak di bilik masakan dan di bengkel pertukangan. Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melaksanakan program PIMAS di sekolah bagi mengelakkan masalah keselamatan, pengangkutan dan ketidakhadiran murid. Pihak sekolah bernasib baik kerana memiliki bengkel dan bilik masakan yang tidak digunakan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
125
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Penulis tidak melihat semua faktor dan sub-faktor satu persatu tetapi penulis cuba menyelesaikan kesemuanya sekali gus menggunakan pendekatan killIing two birds with one stone. Kesemua isu yang dibangkitkan adalah penting dan mesti ditangani sekali gus tetapi dalam cara yang sistematik. Penulis membangunkan cara berfikir dalam kalangan kesemua penolong kanan dan pemimpin pertengahan untuk berfikir secara sistemik. Contohnya, penulis mengajak mereka berfikir murid-murid lemah dalam akademik adalah murid-murid yang sama terlibat dalam masalah salah laku dan ponteng sekolah. Jika masalah murid ini di atas, bermakna sekolah telah berjaya menyelesaikan dua atau tiga masalah secara serentak.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Impak daripada program ini, ada menunjukkan peningkatan kehadiran dan perubahan sikap murid . Walaupun program ini baru bermula, daripada pemerhatian dan perbualan dengan murid-murid oleh pihak pentadbir dan penyelaras program En. Osman Guru Bimbingan Dan Kaunseling sekolah menunjukkan kesan yang positif iaitu murid gembira dan suka untuk hadir ke sekolah dan memberi kerjasama kepada instruktor. Ini dibuktikan peningkatan kehadiran pada hari selasa yang dapat disokong dari data kehadiran seperti Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah Jadual 12.2: Rekod Mingguan Kehadiran Murid Kelas PIMAS Hari / Minggu ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
M1 28 31 7 14 17
M1 M2 66.67 33 73.81 40 16.67 21 33.33 15 40.48 23
KELAS PROGRAM PIMA (42 MURID) M2 M3 M3 M4 M4 M5 M5 M6 78.57 21 50 35 83.33 33 78.57 26 95.24 31 73.81 40 95.24 38 90.48 38 50 23 54.76 20 47.62 25 59.52 12 35.71 21 50 20 47.62 18 42.86 17 54.76 22 52.38 20 47.62 21 50 20
M6 M7 61.9 26 90.48 30 28.57 17 40.48 21 47.62 21
M7 61.9 71.43 40.48 50 50
Rajah 12.2: Graf Kehadiran Murid
Selanjutnya penulis sendiri meminta kerjasama dariada penyelaras Projek PIMAS, En. Osman untuk menjalanan sesi temu bual dengan murid-murid yang terlibat dengan PIMAS. Dapatan dan soalan yang dierolehi dan yang dikemukakan seperti seperti di LAMPIRAN 12-1 dan LAMPIRAN 12-2.
126
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Laporan daripada temubual tersebut mendapati Projek PIMAS ini bukan sahaja meningkatkan kehadiran murid khususnya pada hari Selasa tetapi juga menunjukkan ada perubahan sikap dan motivasi diri murid untuk belajar. Beberapa orang murid yang terlibat dengan projek PIMAS, menyatakan mereka sangat meminati kemahiran yang telah ajarkan, walaupun pada mulanya mereka hanya masuk secara suka-suka, mengikut kawan-kawan dan tidak mempunyai minat yang mendalam. Walau bagaimanapun setelah mengikuti kelas beberapa kali, mereka mendapati program ini sangat bermanfaat dan seronok untuk dipelajari. Hasil daripada temubual bersama-sama murid-murid program automotive dan kimpalan, majoriti mereka merasakan program ini sangat bermanfaat dan menjadikan mereka seorang yang berkemahiran dan berbeza daripada rakan-rakan yang lain. Mereka juga sangat jelas tentang kerjaya pilihan mereka selepas sahaja tamat persekolahan. Kebanyakan daripada mereka becitacita untuk membuka bengkel sendiri dan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakan dan komuniti mereka. Harapan mereka agar program ini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan dan dapat dilaksanakan selama 3 hari seminggu dan diperluaskan kepada murid-murid lain seperti mereka, yang tidak cemerlang dalam akademik tetapi berpeluang untuk berjaya jka mengikuti bidang kemahiran. Dapatan daripada sesi temubual santai dengan murid-murid kemahiran masakan, kebanyakan mereka sememangnya mengakui tidak pandai memasak dan tidak pernah turun ke dapur, tetapi melalui program ini, mereka berpeluang untuk mencungkil bakat sendiri dan hasilnya kebanyakan daripada mereka kini sudah mampu membuat ‘cup cake’, donat, churos dan juga spegheti. Mereka juga merasakan diri mereka istimewa daripada rakan yang lain dan bercita-cita untuk membuka restoran sendiri serta ada yang ingin melanjutkan pelajaran dan menjadi chef yang terkenal. Motivasi mereka juga sangat tinggi dan berdisiplin kerana setiap kali mereka masuk ke kelas, mereka perlu memakai apron yang lengkap dan kuku yang pendek dan bersih. Berbeza dengan keadaan mereka sebelum ini yang sangat suka berkuku panjang. Mereka juga berharap agar program ini dapat diteruskan dan lebih ramai murid-murid lain diberi peluang serta dapat dilaksanakan selama 3 atau 4 hari seminggu. Respon dan maklumbalas daripada guru-guru yang mengajar kelas 403, 404 dan 405, menyatakan terdapat perubahan sikap yang positif ditunjukkan oleh murid-murid ini. Walaupun program ini baru bermula tetapi sudah ada menunjukkan perubahan sikap mereka. Menurut beberapa orang guru mereka ini tidak lagi ponteng kelas, tidak mengantuk , lebih mudah untuk berkomunikasi dengan mereka dan mematuhi arahan guru. Murid-murid ini kini lebih berdisiplin dan kemas dari segi pakaian dan perwatakan menarik. Guru-guru juga lebih mudah untuk mengajar mereka kerana mereka lebih jelas dengan hala tuju kerjaya mereka selepas tamat persekolahan. Kesan positif ini memberi satu sokongan yang kuat pihak sekolah melaksanakan perluasan projek PIMAS untuk tahun 2020 dengan membuka 5 kelas (Tingkatan 4, 3 kelas dan Tingkatan 5, 2 kelas) dan 2021 kepada 5 kelas juga dan melibatkan 2 hari dalam seminggu.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Usaha memotivasikan dan meningkatkan kehadiran dalam kalangan murid menggunakan Projek PIMAS SMK Matang telah dapat dijalankan dengan jayanya serta menunjukkan kesan yang positif
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
127
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
Faktor utama yang membawa kepada kejayaan adalah faktor sumber manusia iaitu kekuatan dari aspek pengurusan dan kepimpinan sekolah dan penyelaras program. Kepimpinan pengetua merupakan faktor dominan namun perlu disokong oleh faktor-faktor lain seperti sokongan dan kerjasama daripada Penolong-Penolong Kanan (pemimpin pertengahan), guru-guru serta komuniti luar. Kegagalan kepimpinan sekolah dan penyelaras program dalam mengurus dan menggerakkan jawatankuasa, kurang pengetahuan dan pengalaman, kelemahan merancang program serta kurang pemantauan terhadap kos, masa, kualiti dan skop projek akan menjadi penyebab kepada kegagalan sesuatu program.
5.1
Aspek Kepimpinan Dan Pengurusan
Pengetua telah melaksanakan tanggungjawab memotivasikan guru-guru, membina pemuafakatan dalam kalangan PIBG dan komuniti serta memimpin pasukan kerja ke arah pencapaian objektif dan kejayaan program. Dalam melaksanakan projek ini konsep jalinan kerjasama dan pemuafakatan telah diberikan penekanan oleh kepimpinan sekolah. C Bernad 1938 disebut dalam Mohd Salleh Bin Mahad (2004) dalam bukunya berjodol ‘The Functions Of The Executives’ menjelaskan bahawa; ‘pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan dari ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Pengetua berjaya menggunakan hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk melaksanakan aktiviti. Pengetua sekolah sendiri mengetuai dan memantau pelaksanaan program bagi memastikan setiap aktiviti dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan. Pengetua berjaya mengerakkan Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Guru Bimbingan dan Kauseling dalam melaksanakan aktiviti. Aspek kebersamaan ini menggambarkan kepercayaan pemimpin kepada pengurusan dan warga sekolah dalam melakukan tugasan. Keputusan-keputusan penting berkaitan program ini ditetapkan melalui mesyuarat sama ada bersama-sama pihak pentadbiran mahupun jawatankuasa program.
5.1.1
Kekuatan Program
Kerjasama dan pemuafakatan sekolah dengan kolej swasta yang terlibat merupakan satu amalan baik yang harus dipertingkatkan lagi dengan melibatkan lebih banyak komuniti setempat dalam menangani apa jua masalah di sekolah. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kekuatan pelaksanaan program. Antaranya ialah: 1. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah. Kerjasama yang wujud dalam kalangan warga sekolah terutamanya antara pentadbir, Ahli Jawatankuasa PIMAS serta guru-guru menjadi kekuatan utama perlaksanaan program. Mesyuarat dan perbincangan diadakan dalam urusan perlaksanaan aktiviti, penetapan jadual dan pemilihan tarikh. Tanpa kerjasama dan komitmen daripada Unit Bimbingan & Kaunseling sekolah, kelancaran perjalanan aktiviti mungkin akan terjejas. 2. Komitmen dan sumbangan sosial dari pihak luar seperti Kolej Swasta dan Pibg.
128
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
5.1.2
Kelemahan Program
Projek PIMAS yang dilaksanakan masih belum mantap dan masih pada peringkat awal perlaksanaan. Halangan-halangan dari segi sikap murid, kuasa, komitmen jawatankuasa dan komitmen ibu bapa, dikenalpasti sebagai cabaran kepada tujuan murni perlaksanaan PIMAS. Daripada temubual dengan pentadbir dan guru-guru dan pemerhatian beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam pengendalian program ini. Antara kelemahan yang disuarakan ialah: 1. Program hanya sekali (1) seminggu pada hari Khamis. Manakala, pada hari lain kehadiran murid masih lagi belum memuaskan. 2. Jangkamasa program singkat iaitu hanya 30 sesi sahaja iaitu mulai bulan Mac hingga Oktober. Sepatutnya perlu diteruskan untuk mengekalkan momentum kehadiran murid. 3. Program hanya menawarkan tiga (3) bidang kemahiran. Ada juga murid yang meminati bidang kemahiran lain seperti solekan dan dandanan rambut serta bidang elekterik dan pendingin hawa. 4. Kekangan dari pihak Kolej menyebabkan beberapa sesi kelas terpaksa dibatalkan. 5.1.3
Cadangan Penambahbaikan
Akhir fasa ini, semua murid-murid memiliki SIJIL PENYERTAAN dan yang berminat boleh terus melanjutkan kemahiran di peringkat DIPLOMA. Program PIMAS diharapkan akan terus dilaksanakan sebagai satu kaedah penambahbaikan sekolah ke arah menangani isu kehadiran dan meningkatkan motivasi murid untuk terus belajar. Antara cadangan penambahbaikan yang disyorkan bagi projek ini ialah; a. b.
c. d.
Melaksanakan program di semua kelas-kelas aliran kemanusiaan untuk mengekalkan momentum kehadiran dan meningkatkan disiplin murid-murid. Melaksanakan aktiviti bermula awal tahun/sepanjang tahun dan kekerapan yang lebih. Sememangnya aktiviti-aktiviti ini perlu dilaksanakan dengan berterusan dan tempoh masa yang panjang untuk melihat keberkesanan setiap sesuatu aktiviti. Menambah aliran kemahiran mengikut bakat dan minat murid seperti kelas solekan dan dandanan ataupun kemahiran elekterik dan pendingin hawa Menyediakan tabung/bantuan kewangan khususnya kepada murid-murid yang kurang kemampuan dari segi kewangan.
6.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMAS KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017. Mohd Salleh Bin Mahat (2004), Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004, Perkongsian Dalam Pendidikan – Fokus Di Sekolah. Majalah Pendidik. Mei 2017: Pengiktirafan Sekolah dan Pengorbanan Guru. Uma Sekaran (2002). A Skill-Building Approach 4th. Edition. John Willy & Son. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
129
PROGRAM i – SUKSES (Saya Suka ke Sekolah)
www.free-management-ebooks.com/news/plan-do-check-act https://www.researchgate.net/publication/317080334T-TRACEMENINGKATKAN KEHADIRAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4 Nyika, R & Mercy, K. (2014). Strategies employed by primary teachers in Sazda Cluster in managing truancy. Greener Journal of Educational Research, Vol. 4 (3), pp. 063-070, May 2014. Nemec, C. J & Watson, R. A. (2007). Teacher Initiatives to Reduce Truancy Among High School Student.Retrievedhttp://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:nE12ubPcWJYJ:eric. ed.gov/%3Fid%3DED4 96096+&cd=1&hl=en&ct=clnk
LAMPIRAN 12-1
VC
Gambar 12.1 & 12.2: Aktiviti Program i-success, PIMAS SMK Matang, Perak
130
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…] ANUAR BIN IBRAHIM SMK Westland, Georgetown
[email protected] Noor Hashimah Binti Hashim, Ph.D Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
[email protected] Izemar Bin Jamaludin Pegawai SIP+ PPD Timur laut
ABSTRAK
Projek ini dijalankan di SMK Westlands, untuk menangani isu kehadiran murid rendah. 90 peratus murid berlatar belakang keluarga B40 (miskin bandar). Situasi ponteng sangat kritikal di mana purata kehadiran 80.92% tahun 2018 dan telah merencatkan prestasi akademik. Objektif projek untuk meningkatkan kehadiran murid serta membina sahsiah. Intervensi Projek SInAR diaplikasikan dengan beberapa pendekatan nilai untuk pelanggan dan idea token (Quick Win`, Kuiz) dan disokong dengan inisiatif Clearance Stock, Dashboard Kehadiran Murid dan ikon bulanan`D`SeGaK`, SUMur Data dikumpul dengan menggunakan instrumen pemerhatian berfokus, analisis kehadiran bulanan dan SSDM, dokumen dan soal selidik bagi menyokong projek ini. Dapatan menunjukkan peningkatan jumlah kehadiran ke sekolah bagi enam bulan pada tahun 2019 berbanding dengan tahun 2018, sembilan (9) kelas atau 52,94% kehadiran melebihi KPI 85%, kehadiran klien berfokus turut bertambah baik dan meningkat, dan peratus purata tahun 2019 meningkat sebanyak 1.05% (81.97%). Sahsiah meningkat 39.04% dengan penampilan diri Untuk penambahbaikan, proses PdPc bermakna dalam bilik darjah perlu ditingkatkan agar lebih menarik dengan merujuk SKPMg2 Standard 4 supaya kehadiran murid ke sekolah menyeronokan. Kata Kunci: Token, Sahsiah, PdPc bermakna
1.0 PROFIL SEKOLAH Sekolah Menengah Kebangsaan Westlands (SMKWs) adalah sebuah sekolah harian Inggeris terletak dalam lokasi bandar berdekatan Georgetown. Sekolah ini ditubuhkan pada Januari 1957. Enrolmen murid terikini 298 (Jun 2018) dan pecahan mengikut kaum iaitu Melayu:184, Cina:60, dan India:148. Bilangan kelas 18 (Peralihan: satu kelas, Tingkatan 1: tiga kelas, Tingkatan 2: tiga
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
131
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
kelas, Tingkatan 3: tiga kelas, Tingkatan 4: empat kelas dan Tingkatan 5: empat kelas). Jumlah guru 38 orang dan anggota kumpulan pelaksana tujuh orang. Masalah keluarga, persekitaran menyumbang kepada kemorosotan kehadiran ke sekolah yang menjadi serius dan menjejaskan pencapaian akademik dan seterusnya kemenjadian murid. Sebahagian besar murid-murid datang dari keluarga yang berstatus sosio-ekonomi (SES) rendah di mana 90 peratus adalah B40 (miskin bandar). Pada Jun tahun 2018, pengetua ditempatkan di SMK Westlands (SMKWs) merupakan salah sebuah Sekolah Berprestasi Rendah (SBR). Status semasa SMK Westlands menggambarkan prestasi akademik rendah, tidak menunjukkan peningkatan akademik dalam beberapa tahun kebelakangan, kadar keciciran murid yang tinggi, berkaitan dengan pencapaian yang rendah, tinggi kadar keberadaan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), tinggi kadar ponteng sekolah. Kebanyakan guru dan AKP berada dalam zon selesa dan melaksanakan tanggungjawab mereka secara biasa saja. Kehadiran pengetua telah membuat beberapa perubahan dengan menekankan kehadiran dan sahsiah murid,serta keberadaan guru. Pengetua mengambil beberapa inisiatif untuk membuat pembetulan (correctional) sistem pentadbiran dan penambahbaikan kemudahan fizikal dan persekitaran yang kondusif menjadi satu cabaran yang tinggi. Pengetua percaya perubahan ini akan memberi impak positif kepada permasalahan yang dihadapi oleh SMKWs.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
2.1 Perancangan SMKWs merupakan Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang berada di Band 6 dengan dengan pencapaian akademiknya sangat rendah iaitu GPS SPM 7.74 (Jadual 13.1).
Jadual 13.1: Pencapaian GPS SPM dan peratus lulus SPM bagi tiga tahun 2015 – 2017
Tahun 2015 2016 2017
GPS SPM 6.48 7.17 7.74
Peratus Lulus 74.03 60.32 46.55
Hasil permerhatian, perbincangan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) dan analisis data kehadiran dan dokumen rasmi, info daripada Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Timur Laut, bahawa kehadiran ke sekolah adalah isu utama di SMKWs (Jadual 2). Isu peratus kehadiran rendah (80%) menyebabkan SMKWs disenaraikan sebagai sekolah `Hotspot` di daerah Timur Laut. Analisis data menunjukkan bahawa SMKWs menghadapi beberapa masalah yang merencatkan kemenjadian murid sama ada dalam bidang sahsiah dan akademik.
132
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Jadual 13.2: Peratus kehadiran SMKWs bagi 4 tahun
Tahun 2015 2016 2017 2018
Peratus (%) 75.61 75.16 80.02 80.92
Dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT), satu ketetapan telah dibuat, bahawa kehadiran murid ke sekolah diberi perhatian serius. Tindakan segera perlu diambil untuk menangani isu kehadiran rendah. Kenyataan ini disokong oleh Weston Favell Academy, seseorang murid akan memperolehi peluang untuk mencapai dan meraikan kejayaan sekiranya kehadiran adalah sekurang-kurangnya 95%. Oleh itu, data peratus purata kehadiran tahuhan 2018 dijadikan sebagai Take of Value (TOV) dan KPI bagi 2019 adalah 85%.
2.2
Matlamat
Projek ini adalah untuk menarik minat murid hadir ke sekolah dan meningkat sahsiah yang dapat menyokong prestasi pencapaian akademik.
2.3
Objektif
Objektifnya berfokus kepada: 2.3.1 2.3.2
Meningkatkan peratus kehadiran murid bulanan dan keseluruhan peratus purata tahunan 2019 berbanding tahun 2018. Meningkatkan purata peratus kehadiran kelas berbanding TOV tahun 2018 (80.92%) dan mencapai KPI 2019 (85%).
1.1.3
Meningkatkan lima peratus (5)% kehadiran bagi murid sasaran menengah atas (Julai – September)
2.3.4
Meningkatkan 25% perubahan sahsiah murid secara fizikal
2.4
Analisis SWOT/C HEM dan TOWS Matriks
Untuk menangani isu kehadiran, analisis SWOT/C HEM dan TOWS Matriks digunakan untuk menentukan masalah utama dan inisiatif yang berkesan dapat dilaksanakan. Hasil daripada pembentangan pengetua dan makluman dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, dengan mengambilkira beberapa faktor tenaga, masa, kos, kebolehlaksanaan, Projek `SInAr` (Saya Ingin Ambil Risiko) dipilih kerana lebih kepada berbentuk psikologi untuk memujuk dan menjinakkan murid selain tindakan tegas mengikut SOP. Murid-murid perlu diberi perhatian dan penghargaan serta motivasi di samping meningkatkan keyakinan diri melalui penampilan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
133
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
diri yang kemas. Pendekatan yang menjurus kepada penerapan nilai selari dengan visi sekolah `Westlands Sekolah Bersahsiah Cemerlang 2021`. Pengetua percaya bahawa murid-murid sasaran ponteng yang terdiri daripada mereka yang terabai perhatian dan kasih sayang daripada waris yang sibuk dengan aktiviti untuk kelangsungan kehidupan seharian akan dapat dibantu. Terdapat beberapa inisiatif dalam Projek `SinAR` yang berkolaboratif sebagai pelengkap untuk menjaminkan kejayaannya (LAMPIRAN 13-1). Selain itu, carta gantt juga disediakan untuk memastikan perancangan berjalan lancar. Bersama-sama ini disertakan pemetaan projek untuk tiga fasa yang melibatkan tiga tahun, iaitu 2019 – 2021 (LAMPIRAN 13-2).
3.0 PELAKSANAAN Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) telah dimaklumkan dan dikongsikan oleh pengetua semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi dan Mesyuarat Guru serta di perhimpuan rasmi sebagai info dan tindakan semua warga SMKWs mengenai projek yang akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun. Dalam usaha melaksanakan dan menjayakan InPeKS beberapa strategi dan insiatif telah ditetapkan dengan penubuhan jawakankuasa dalam kalangan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi serta melibatkan guru-guru termasuk guru kelas dan dibantu oleh AKP. Di antara inisiatif Projek SInAR adalah: 3.1
Carrot n Stick
Pendekatan lembut dan tegas perlu diapllikasi mengikut keperluan situasi bagi SMKWs yang terdiri daripada semua murid lelaki. Tetapi pemberatan lebih kepada motivasi dan penghargaan. 3.1.1
Quick Win dan Kuiz
Pemberian penghargaan dan motivasi kepada murid-murid yang kehadiran baik setiap bulan. Nama-nama murid akan dimasukkan ke dalam satu balang oleh Kaunselor yang telah menyemak kehadiran murid setiap bulan. Cabutan nama secara rawak memberi peluang murid yang bertuah untuk tampil dan mencabut sampul yang berisi wang tunai RM5/RM10/RM20/RM50. Apabila murid memilih sampul yang disukainya, akan membuka sampul untuk menunjukkan berapa jumlah wang yang diperoleh. Sementara kuiz dijalankan oleh pengetua secara terus kepada semua murid yang berani tampil untuk menjawab soalan dan diberi pelbagai bentuk hadiah. Aktiviti ini dilaksanakan semasa perhimpunan rasmi mengikut kesesuaian. 3.1.2
Clearance Stock
Tindakan clearance stock adalah hukuman yang dikenakan berdasarkan ketidakhadiran yang berpanjang sehingga mencukupi tempoh yang ditetapkan dalam SOP untuk dibuang. Murid yang merayu kemasukan semula akan dikenakan satu perjanjian antara murid, ibu bapa dengan pihak sekolah untuk mendisplinkan diri dan mematuhi peraturan. Tindakan akan diambil secara tegas dibuang sekolah semula sekiranya ponteng sekolah tanpa sebab yang kukuh atau melakukan kesalahan yang melanggar peraturan disiplin.
134
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
3.1.3
Big Win – Cash/Cert
Pemberian hadiah kemuncak adalah berupa wang dan sijil yang disempurnakan semasa Majis Anugerah Cemerlang (MAC). Murid-murid akan diberi sijil penghargaan dan baucer koperasi sebagai pengiktirafan sekolah kerana dapat menunjukkan kehadiran yang baik. Begitu juga komen dalam slip peperiksaan yang mencatatkan hadir cemerlang.
3.2
Program Sahsiah
Elemen sahsiah diberi perhatian yang serius untuk membentuk akhlak murid supaya menjadi modal insan yang mempunyai nilai-nilai murni dan jati diri kental. 3.2.1
D`SeGaK
Program D`SeGaK memberi perhatian khusus kepada penampilan diri (kekemasan) yang melibatkan semua warga SMKWs (guru/AKP/ murid). Gimik pelancaran dibuat dan satu sudut D`SeGak disediakan. Murid-murid Islam digalakkan memakai songkok dengan diteladani oleh pengetua. Bagi guru-guru dan AKP, pengetua sendiri memberi LDP mengenai etika berpakaian sebagai pejawat awam. 3.2.2 SUMur Program Sahsiah Unggul Murid (SUMur) merupakan inisiatif dari KPM untuk sekolah tertentu sahaja. Oleh itu, pengetua menggunakannya sebagai pelengkap kepada usaha membina sahsiah murid. Setiap dua minggu sekali hari Jumaat, perjumpaan murid-murid mengikut kumpulan akan dipimpin oleh guru menggunakan modul yang telah ditetapkan dengan mengambil masa 30 minit. Manakala bagi minggu lain, amalan membaca Yasin bagi murid Islam dan murid lain melaksanakan aktiviti nilai mengikut kepercayaan agama masing-masing yang dikendalikan oleh guru atau penceramah dari luar. 3.2.3
Amalan Terpuji SSDM 2.0
Satu pendekatan untuk melihat dan menggalakkan tingkahlaku positif murid oleh semua guru diperkenalkan oleh Penolong Kanan HEM (PK HEM). Semua guru boleh mencatatkan kebaikan (merit) dalam SSDM bagi murid yang telah menunjukkan sikap positif atau membantu guru-guru dalam sesuatu tugasan/projek sepanjang persekolahan. Jumlah mata (merit) akan dipantau oleh PK HEM dan yang terbaik akan dinobatkan sebagai ikon SSDM 2.0 bagi setiap bulan semasa perhimpunan rasmi dengan pemberian sijil dan gambar mereka dilekatkan dipapan kenyataan. 3.3
Memperkasa Guru Kelas
Dalam usaha membaiki kehadiran, personel yang paling dekat dengan murid adalah guru kelas. Oleh itu, komitmen sebagai guru kelas amat penting. 3.3.1
Briefing/Dialog Prestasi Kehadiran
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
135
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Guru-guru kelas diberi taklimat oleh pengetua dan PK HEM mengenai tindakan awal bagi mencegah berlakunya ketidakhadiran yang serius. Kerja buat mereka dengan memberi tumpuan kepada murid yang bermasalah kehadiran ke sekolah. Pengurusan APDM mesti sentiasa terkini. Guru kelas juga diberi tips idea kreativiti untuk memastikan murid-murid menyedari tanggungjawab mereka. 3.3.2
KPI Guru Kelas
Untuk memandu guru-guru kelas mengawasi kehadiran murid-muridnya, pentadbir menyatakan secara jelas KPI peratus kehadiran yang berbeza mengikut kelas masing-masing. KPI ini juga dijadikan satu daripada aspek Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) bagi guru kelas. 3.4 Zooming Pendekatan untuk melihat secara berfokus sasaran sebenar yang menjadi isu kehadiran, maka zooming menggunakan beberapa langkah iaitu: 3.4.1
Briefing/Questionaire
Murid-murid berisiko ponteng dikenal pasti dan dianalisis oleh Kaunselor. Satu perjumpaan khas dengan pengetua yang memberi taklimat motivasi. Satu soal selidik diedarkan dan dianalisis oleh Kaunselor untuk melihat pola ketidakhadiran berpunca dari aspek mana (LAMPIRAN 133). 3.4.2 SUDi Sasaran murid-murid berfokus dikecilkan kepada menengah atas dalam inisiatif Saya Ubah Diri (SUDi) untuk membantu supaya dapat membaiki diri untuk satu perubahan yang memberi manfaat untuk masa depan. Satu senarai nama mereka akan dipaparkan di papan kenyataan bulan dan setiap pagi guru akan menanda kehadiran. Pemaparan nama tersebut dipercayai akan dapat satu aura untuk ubah diri. 3.4.3 Kaunseling Murid-murid yang telah menunjukkan perubahan walau pun sedikit dihantar kepada Kaunselor untuk tindakan kaunseling berterusan. Begitu juga kumpulan sasaran sentiasa di bawah seliaannya.
3.5
Dashboard
Satu mekanisme untuk melihat big data dan dianalisis sebelum membuat sesuatu keputusan. 3.5.1
Dashboard Kehadiran
Dashboard kehadiran memaparkan data kehadiran bagi setiap kelas dengan jumlah peratus kehadiran bulanan dan ranking yang akan dikemaskin setiap bulan oleh AKP setelah mendapat data daripada PK HEM. Dashbord ini juga menunjukkan peratus purata keseluruhan setiap bulan. Maklumat ini akan disampaikan semasa perhimpunan untuk makluman murid dan guru untuk tindakan seterusnya.
136
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
3.5.2
Dashboard APDM
Semua guru kelas boleh akses untuk kunci masuk kehadiran dan tindakan seterusnya untuk murid yang tidak hadir setiap hari. Analisis daripada dashboard ini akan menjelaskan pencapaian kehadiran bagi individu/kelas dan sekolah. PK HEM akan monitor murid untuk tindakan guruguru berkenaan sekiranya perlu. 3.5.3
Dashboard SSDM
Dashboard ini dapat menunjukkan laporan guru-guru ke atas kes atau amalan terbaik selain tindakan untuk cetakan surat amaran/gantung/buang sekolah. Ia juga memaparkan senarai murid yang perlu dirujuk kepada unit kaunseling dan tindakan. Data ini akan digunakan oleh Pentadbir/ PK HEM untuk tindakan seterusnya.
4.0 PENGAWALAN Kawalan projek ini dilaksanakan secara berterusan dengan menggunakan beberapa mekanisme: 4.1 Carta Gantt Penyelaras projek dapat memastikan semua aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual. Sebarang perubahan dibuat makluman melalui media sosial. 4.2
Dashboard Data Kehadiran Murid
Semakan dashboard setiap awal bulan untuk memastikan ruang dashboard dilengkap dengan data untuk makluman semua. 4.3
APDM (e-Kehadiran)
Kunci masuk data kehadiran ke APDM setiap hari. Oleh itu semua guru kelas perlu kemaskini APDM setiap harii dan dipantau setiap hari, minggu dan hujung bulan oleh PK HEM. 4.4
Buku Log Kehadiran
Kehadiran taklimat/mesyuarat/perjumpaan dapat dilihat penglibatan dan tindakan bagi tugasan setiap ahli. Buku log dijadikan sebagai evidens setiap tindakan. 4.5
Sistem SSDM
Setiap tindakan surat amaran pertama/kedua/ketiga dan buang mesti menggunakan format yang telah ditetapkan dalam SSDM. Oleh itu, guru kelas perlu segera bagi setiap tindakan untuk mengeluarkan surat berkaitan apabila telah cukup tempoh mengikut SOP. 4.6
Morning Review
Mengikut keperluan pengetua akan mengingatkan tindakan bagi setiap guru kelas mengenai urusan kedatangan murid semasa perjumpaan dengan semua guru selepas perhimpunan rasmi supaya tindakan segera diambil.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
137
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
4.7
Laporan Kedudukan Semasa
Laporan pencapaian peratusan kehadiran dan ranking setiap bulan dimaklumkan pada minggu pertama setiap bulan di perhimpunan Kesemua pendekatan pengawalan di atas telah dilaksanakan mengikut ketetapan dan sedikit keanjalan masa yang disesuaikan kerana kekangan dengan tugasan di luar kawalan atau ad hoc.
5.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Kejayaan projek `SinAR` untuk menangani isu peratus kehadiran ke sekolah rendah dinilai bersandarkan kepada beberapa indikator yang telah dianalisis. Pelaksanaan projek SinAR dalam berapa fasa mengikut inisiatif yang ditetapkan di SMKWs telah menunjukkan impak positif di mana peratus kehadiran telah meningkat. 5.1
Kehadiran Mengikut Bulan
Impak daripada insiatif Projek `SInAR` dengan memberi penekanan sahsiah, penampilan D`SeGaK dan Quick Win, menunjukkan ada peningkatan kehadiran bulanan berbanding dengan tahun 2018. Jadual 4 menunjukkan terdapat peratusan peningkatan bagi enam bulan iaitu sebanyak 2.84% (Mac), 5.38% (Mei), 3.91% (Jun), 6.09% (Julai), 2.04% (Ogos) dan 0.67% (September). Dapatan juga merekodkan pencapaian terbaik dalam bulan Julai iaitu 83.44% berbanding tahuntahun sebelumnya walaupun bulan puasa Jadual 13.3: Perbandingan peratus purata kehadiran bulanan dan tahunan 2015-2019
BULAN/TAHUN
2015
2016
2017
2018
2019
JAN
97.99
83.75
91.48
93.18
90.85
FEB
77.12
80.08
80.85
84.34
84.28
MAC
81.6
81.11
80.75
81.41
84.25
APR
78.15
75.70
79.35
82.72
81.21
MEI
79.76
75.57
82.45
77.53
82.91
JUN
80.88
75.7
70.03
76.70
80.61
JUL
71.04
70.80
79.29
77.35
83.44
OGOS
77.26
73.81
83.01
79.18
81.22
SEPT
79.35
70.94
82.42
81.78
82.45
OKT
62.64
70.74
81.09
78.94
78.93
NOV
45.93
68.65
69.60
77.04
71.55
JUMLAH
831.72
826.85
880.32
890.17
901.7
% PURATA
75.61
75.16
80.02
80.92
81.97
Peningkatan peratus kehadiran Keseluruhan peratus purata bagi tahun 2019 meningkat sebanyak 1.05% berbanding tahun 2018. Walau bagaimanapun belum mencapai KPI 2019 iaitu 85%.
138
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
5.2
Kehadiran Mengikut Kelas
Analisis dapatan bagi kehadiran mengikut kelas secara peratus purata menunjukkan 10 daripada 17 kelas melebihi TOV 2018 iaitu 80.92% (Jadual 5). Manakala peratus mencapai dan melebihi KPI 85% bagi tahun 2019 adalah sebanyak sembilan kelas (52.94%). Peningkatan ini menunjukkan bahawa insiatif yang dilaksanakan mempunyai kesan positif. Manakala bagi kelas tingkatan tiga terdapat penurunan peratus kehadiran kerana pada bulan Oktober dan November selepas tamat PT3, program pasca PT3 kurang berjaya memenangi hati murid tingkatan tiga untuk hadir melibatkan diri mereka sepenuhnya merupakan salah satu faktor penolak.h
Jadual 13.4: Perbandingan peratus kehadiran kelas tahun 2018 dan 2019
Kelas
5.3
2018 (%)
2019 (%)
Earth
85.73
85.00
1 Mars
85.65
86.03
1 Mecury
80.56
86.57
1 Venus
83.18
82.86
2 Mars 2 Mercury
92.95 84.01
2 Venus
71.69
74.17
3 Mars 3 Mercury
90.21 87.73
76.81
3 Venus
58.70
75.12
4 Jupiter 4 Neptune
72.01 72.70
74.10
4 Pluto
93.45
93.30
4 Uranus
75.22
91.08
5 Jupiter 5 Neptune
74.10 68.43
75.95
5 Pluto 5 Uranus
92.51 75.11
93.21
80.92
87.41
75.97
88.07 85.87
Kehadiran Bagi Murid Sasaran (Menengah Atas)
Carta Bar 1 menunjukkan lima murid menengah atas tingkatan 5 yang menjadi sasaran berfokus dalam SUDi untuk membina harga diri hadir ke sekolah supaya bersedia menduduki SPM bagi tempoh tiga bulan (Julai – September). Kelima-lima telah menunjukkan peningkatan kehadiran yang sangat ketara iaitu Muhammad Aiffin 69.5%, Dineshkaran 35%, Navin Kumar 22% 66.7% dan Deva Kumaar 21.2%. sementara Mohamad Farhan ada sedikt perubahan iaitu 3.8% pada bulan September berbanding dengan Ogos. Indikator di atas membuktikan bahawa inisiatif SUDi juga turut memberi kesan yang baik.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
139
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
Rajah 13.1: Peratus kehadiran murid berfokus Tingkatan 5
5.4
Program Sahsiah
Rajah 13.2: Bilangan murid memakai songkok mengikut tingkatan
Pelaksanaan beberapa inisiatif sahsiah telah dapat melahirkan sekumpulan murid yang menampilkan pemakaian songkok (Carta Bar 2). Selain itu terdapat lapan tokoh D`SeGak dan 10 ikon Amalan Terpuji SSDM 2.0. D`Segak telah melahirkan beberapa kumpulan murid khusus menengah rendah untuk memakai songkok secara sukarela berbanding menegah atas iaitu 18 murid T1, 13 murid T2 dan 11 murid T3. Jumlah keseluruhan yang memakai songkok walau pun tidak konsisten adalah 57 daripada 146 murid beragama Islam (2019) iaitu 39.04% melebih sasaran 25%. Ini menujukkan murid sedia menerima perubahan sekiranya diberi ruang dan peluang serta sokongan moral mahu pun kewangan. Selain itu Unit HEM juga telah memilih ikon murid Amalan Terpuji SSDM2.0 bagi setiap bulan sebagai satu penghargaan dan pengiktiran untuk membina sahsiah. Manakala
140
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
bagi aktiviti SUMur pula telah berjaya menghabiskan 11 modul yang ditetapkan sepanjang tahun.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Projek `SInAR`telah dilaksanakan dengan jayanya bermula Januari sehingga November 2019 dengan melibatkan beberapa inisiatif/intervensi sebagai pelengkap dalam usaha menangani isu kehadiran rendah bagi murid-murid SMK Westlands. Berdasarkan data yang diperoleh telah menunjukkan ada peningkatan peratus kehadiran murid tetapi masih belum mencapai KPI 85% yang ditetapkan. Oleh itu, satu postmortem perlu dijalankan untuk membuat penambahbaikan pada tahun seterusnya. Berpandukan sistem APDM KPM yang memaparkan kedudukan sebenar status kehadiran murid setiap hari dapat membantu tindakan segera yang perlu diambil bagi setiap pihak berkaitan (murid guru, ibu bapa dan komuniti/ PPD/JPN) juga boleh diambilkira. Kerjasama guru-guru kelas agar sentiasa peka dan prihatin terhadap kepentingan kehadiran murid-murid ke sekolah perlu diberi penekanan dan tindakan segera supaya dapat dielakkan murid dikenakan tindakan buang. Selain itu, PdPc perlulah lebih menarik yang berkonsepkan PAK 21 dengan melibatkan sepenuhnya murid. Pandangan dan harapan saya bahawa Pogram ProPeKS ini amat membantu pentadbir sekolah dalam menguruskan sesuatu isu dengan sistematik. Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan seperti bimbingan yang lebih kerap sama ada bersemuka atau atas talian serta banyakkan perkongsian idea. Manakala pihak JPN perlu membina satu taskforce/think tank yang dapat membantu dan bukan sekadar memantau dan mendengar taklimat daripada peserta semata-mata dan memberi ulasan.
6.0 RUJUKAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6./1995: Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah 5 September 1995 https://www.youtube.com/watch?v=_3A8hX2CcsM https://ms.wikipedia.org/wiki/Ponteng http://www.westonfavellacademy.org/page/?title=Attendance&pid=70
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
141
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
LAMPIRAN 13-1
142
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
LAMPIRAN 13-2
Jadual 13.5: Carta Gantt Projek `SinAR`
BULAN NOV
OKT
SEPT
OGOS
JUL
JUN
MEI
APR
MAC
FEB
1.
AKTIVITI
JAN
BIL
Analisis Persekitaran a. Semakan data b. Perbincangan/pemerhatian
2
Pembentukan JK a. Mesyuarat MPT b. Mesyuarat/Perjumpaan Guru c. Mesyuarat PIBG
3
Pemerkasaan Guru Kelas a. TaklimatAPDM b. Dialog Prestasi c. KPI Guru Kelas
4
Carrot n Stick a. Kuiz / Quick Win b. Clearance Stock c. Big Win – Cash/Cert
5
Program Sahsiah a. D`SeGaK b. Ikon SSDM 2.0 c. SUMur
6
Zooming a. Briefing/Questionarie b. SUDi c. Kaunseling
7
Dashboard a. Kehadiran Kelas Bulan/Tahun b. BSSDM/APDM
8
Penilaian dan Post Mortem a. Analisis Dashboard b. Analisis Maklumat
9
Dokumentasi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
143
PROJEK `SInAR` [Saya Ingin Ambil Risiko…]
LAMPIRAN 13-3
SOAL SELIDIK KAJIAN KES PONTENG SIRI 1-2 /2019 Tandakan [] pada ruang yang disediakan. Anda boleh menanda lebih daripada satu bagi setiap ruang. FAKTOR
KELUARGA
DIRI SENDIRI
SEKOLAH
RAKAN
LAIN-LAIN
144
BIL
PERNYATAAN
1
Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - tiada duit
2
Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - tiada kenderaan
3
Bapa Tidak Hantar Ke Sekolah - kerja malam
4
Miskin (tiada duit/tiada sarapan)
5
Ibu Bapa Berpisah
6
Kurang Mendapat Perhatian Di Rumah
7
Ibu bapa tidak kisah saya hadir ke sekolah
8
Saya Bekerja
9
Tidak Berminat
10
Lewat Bangun / Malas bangun
11
Saya Selalu Sakit
12
Saya Tidak Faham dan Tidak Dapat Mengikuti Pelajaran di Sekolah
13
Tidak minat/suka dengan sesetengah guru di sekolah
14
Peraturan Sekolah Ketat. - Sering didenda
15
Kaedah Pembelajaran Membosankan - tiada faktor menarik
16
Kerja rumah banyak
17
Tidak Hadir Rabu - Tiada Uniform
18
Sekolah habis lewat (nak balik awal 2.00ptg)
19
Sekolah tidak ceria atau menarik
20
Guru Tidak/Mahu mengajar -tiada perhatian daripada guru
21
Pengaruh Rakan Sebaya
22
Tiada rakan di sekolah
23
Saya ada masalah dengan rakan di sekolah
24
Saya ada masalah cinta
25
Saya dibuli oleh rakan-rakan
25
Jarak rumah dari sekolah sangat jauh
26
Cuaca (Seperti Hujan) dan panas
27
Saya tidak dipedulikan di sekolah
28
Tidak suka ke sekolah pada hari ganti
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
TANDA []
CAknA (CAKNA AKHLAK DAN AKADEMIK) ROSLAN BIN YUSOF, PhD. Pengetua, SMK Hutching, Georgetown
[email protected] NOOR HASHIMAH BINTI HASHIM, Ph.D Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
[email protected] ROLAND @ ROZAIDI BIN ABU HASSAN, SIP+ PPD Timur Laut Penang
ABSTRAK Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan dibimbing oleh SIPartner+, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil daripada Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK Hutchings yang mempunyai enrolmen murid yang kecil iaitu 171 orang pada tahun 2019. Sekolah ini dipilih oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengambil bahagian dalam ProPeKS yang akan dijalankan selama tiga tahun dari 2019 hingga 2021.Pelaksanaan program ini adalah untuk melihat satu perubahan yang signifikan dalam pencapaian akademik dan sahsiah murid SMK Hutchings melalui Program Budaya Cakna Peneraju Hutchings yang akan diterjemahkan melalui aktiviti yang berimpak tinggi ke arah Kecemerlangan Akhlak dan Akademik Murid SMK Hutchings. Hasil ProPeKS menunjukkan terdapat perubahan dari segi akademik dan kehadiran murid dalam kalangan murid SMk Hutchings pada tahun 2019. Peratus lulus BM dan Sejarah sekolah diukur daripada Peperiksaan Percubaaan SPM telah melonjak daripada 72.97 masing-masing pada tahun 2018 kepada 84.62 dan 87.50 pada tahun 2019. Peratus kehadiran 7 daripada 11 kelas juga menunjukkan peningkatan lebih daripada nilai TOV iaitu 82.90%. Kata kunci: pencapaian akademik, sahsiah murid, nilai kasih sayang
1.0 PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Hutchings merupakan sebuah sekolah yang mempunyai enrolmen yang kecil iaitu terdiri daripada 171 orang murid pada awal tahun 2019. Kepimpinan sekolah Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
145
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
ini diterajui oleh Dr. Roslan bin Yusof yang memikul tanggungjawab sebagai pengetua di SMK Hutchings pada bulan Julai 2017 apabila beliau menerima kenaikan pangkat sebagai pengetua daripada jawatan Penolong Kanan Pentadbiran. Kehadiran beliau di SMK Hutchings adalah untuk bersama-sama membantu sekolah yang berada di band 6 ini supaya meningkat ke Band 5. Sebenarnya tugas yang diamanahkan kepada Dr. Roslan memang berat memandangkan prestasi akademik dan motivasai murid-murid sekolah ini agak rendah. Hal ini menjadi hambatan yang besar untuk mengeluarkan sekolah ini daripada Band 6. Namun begitu, hasil pemantauan dan penganalisisan oleh pengetua, beliau akhirnya telah mengenal pasti permasalahan dan merancang pelan strategik untuk mengatasinya. Pada peringkat awal Dr. Roslan menyandang jawatan pengetua di sekolah ini, prestasi sekolah yang diukur dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) bagi peperiksaan SPM dan peratus layak dapat sijil juga rendah. GPS sekolah bagi tahun 2018 ialah 7.42 berbanding dengan GPS pada tahun 2017 ialah 7.16. Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) yang bermula pada tahun 2019 telah membuka satu lembaran baru bagi SMK Hutchings kerana Dr. Roslan bin Yusof telah diberikan satu mandat apabila dianugerahkan pengetua Berprestasi Cemerlang pada tahun 2018. Sebagai langkah permulaan, semua pendidik yang berkhidmat di sekolah ini telah duduk bersama-sama dan memerah otak serta melahirkan idea-idea yang bernas untuk mengeluarkan sekolah dari kepompong prestasi yang rendah. Dalam tempoh masa sembilan bulan, pelaksanaan ProPeKS telah menyaksikan satu kemajuan yang posiitf walaupun tidak begitu ketara. Secara umumnya, tahap motivasi murid dalam pelajaran di sekolah ini rendah kerana kehadiran murid dan pelibatan mereka dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum berada pada tahap yang rendah juga. Pada tahun 2017, peratus kehadiran empat tingkatan daripada keseluruhan adalah kurang daripada 82%. Walau bagaimanapun, hasil Program Akhlak Terpuji yang diperkenalkan oleh Dr. Roslan, kehadiran pada tahun 2018 menunjukkan sedikit peningkatan iaitu tiga daripada empat tingkatan yang menghadapi masalah kehadiran itu mencatatkan kehadiran lebih daripada 84%. Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah pasti akan membawa satu harapan baru kepada SMK Hutchings yang dikategorikan sebagai Sekolah Berprestasi Rendah (SBR) yang bermaksud sekolah yang berada pada band 6 dan 7 berasaskan pengukuran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan Gred Purata Sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018). Pelabelan SBR harus diubah dengan melonjakkan prestasi sekolah supaya keluar dari Band 6 NKRA. Falsafah Dr. Roslan bin Yusof iaitu Budaya Cakna Ke Arah Kecemerlangan Akhlak Dan Akademik Murid SMK Hutchings sentiasa dijadikan landasan kepada pelaksanaan ProPeKS. Di samping itu, beliau juga berpegang kuat kepada prinsip-prinsip berikut untuk memantapkan pelaksanaan ProPeKS iaitu: a) b) c) d) e)
146
Cakna agama Cakna ibu bapa Cakna kebajikan guru Cakna kemenjadian murid Cakna S4M2B ( Senyum, Salam, Sayang, Sabar, Maaf, Berilmu dan Beramal)
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Masalah utama yang dihadapi oleh SMK Hutchings ialah murid-murid kurang berminat dalam aktiviti pembelajaran. Natijahnya, keputusan SPM iaitu GPS 7.42 pada tahun 2018, tidak memberangsangkan lalu meletakkan sekolah di Band 6. Peratus murid yang layak mendapat sijil SPM iaitu murid-murid yang lulus mata pelajaran teras Bahasa Melayu dan Sejarah adalah rendah. Murid yang layak mendapat sijil SPM pada tahun 2016 ialah 55.56%, pada tahun 2017 ialah 62.96% dan pada tahun 2018 ialah 70.27%. Walaupun terdapat peningkatan dalam peratus murid yang layak mendapat sijil SPM tetapi pencapaian tersebut masih rendah memandangkan murid mempelajari Bahasa Melayu sejak di sekolah rendah lagi, lagi pun bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dan juga bahasa kebangsaan negara kita. Begitu juga dengan mata pelajaran Sejarah yang merangkumi tajuk-tajuk penting tentang sejarah Malaysia dan negara-negara lain di dunia. Faktor kegagalan murid dalam peperiksaan SPM ialah kegagalan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam SPM pada tahun 2018 menunjukkan penurunan kerana catatan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) ialah 7.51 jika dibandingkan dengan tahun 2017, GPMP Bahasa Melayu ialah 6.56. Mata pelajaran Sejarah juga merosot kerana pada tahun 2018, GPMP ialah 7.46 sedangkan pada tahun 2017 catatan GPMP ialah 7.06. Isu kedua yang menjadi fokus dalam ProPeKS ialah masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Purata kehadiran pada tahun 2017 hanya 78.24% dan pada tahun 2018 ialah 82.90% sahaja. Masalah ketidakhadiran ini berlaku disebabkan murid tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab yang kukuh. Terdapat juga segelintir murid yang tidak hadir ke sekolah kerana bekerja sambilan atau membantu ibu bapa mereka menjaja. Kehadiran yang rendah lebih ketara dalam kalangan murid-murid dari kelas yang berpencapaian akademik yang rendah juga. Contohnya, pada tahun 2017, kehadiran kelas 3 Arif ialah 55.00% manakala kelas 4 Innovative ialah 62.06% sahaja. Pada tahun 2018 pula, kedua-dua kelas ini masih mencatatkan kehadiran yang paling rendah iaitu kelas 3A ialah 75.74% dan kelas 4 Innovative ialah 71.85%. Akibat masalah-masalah ini, guru-guru menghadapi kesukaran menjalankan aktiviti pembelajaran dan kokurikulum secara berkesan. Guru-guru juga menghadapi masalah disiplin murid yang berpunca daripada murid-murid yang tidak mengamalkan tingkah laku yang berakhlak mulia. Kesalahan-kesalahan yang ringan adalah seperti lewat datang ke sekolah dan tidak berpakaian kemas, justeru bilangan salah laku murid bagi tahun 2018 adalah sebanyak 19 kes. Walaupun bilangan ini kecil tetapi mencatatkan 11% daripada enrolmen murid iaitu 171 orang. Masalah-masalah ini telah menyebabkan guru-guru di sekolah ini tidak bersemangat dan kurang mengamalkan budaya kerja berpasukan. Buktinya, skor Standard 4 SKPMg2 pada tahun 2018 hanya 83.48 sahaja. Tambahan pula guru yang mencapai mata kredit dalam bidang pengurusan sumber manusia ialah 3.33% sahaja dan angka ini sememangnya sangat rendah. Masalah-masalah lain yang menjadi penyumbang kepada isu pencapaian akademik dan kehadiran ialah kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi termasuk komputer dan LCD. Komputer notebook yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia yang disimpan di Makmal Komputer kebanyakannya telah rosak. Bilik darjah pula tidak ceria dan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
147
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
catnya sudah pudar serta pintu bilik darjah sudah rosak. Tandas yang rosak dan kurang selesa, ketiadaan sebuah padang untuk melatih mereka dalam bidang sukan terutamanya bidang olahraga dan bola sepak. Peralatan sukan seperti raket badminton dan bola tidak mencukupi. Ibu bapa juga kurang memberikan sokongan dan tidak begitu mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak mereka. Perkara ini ternyata apabila peratus kehadiran ibu bapa ke Mesyuarat Agung pada tahun 2019 ini hanya mencapai 24.55% sahaja. Oleh yang demikian, bagi meningkatkan pencapaian sekolah dan melahirkan muridmurid yang bersahsiah tinggi, pengetua bersama-sama Ahli Jawatankuasa ProPeKS SMK Hutchings telah membuat suatu perancangan yang strategik untuk mengatasi masalah atau isu di SMK Hutchings.
3.0 PELAKSANAAN P-O-L-C Bagi menjayakan ProPeKS di SMK Hutchings, langkah-langkah yang bijak dan rapi telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dengan menggunakan konsep Planning, Organizing, Leading dan Controlling (P-O-L-C) yang menjadi panduan kepada setiap pengurus atau pentadbir yang mengetuai sesebuah organisasi seperti sekolah. 3.1.
Planning ( Merancang)
Bagi memastikan pelaksanaan ProPeKS berjalan dengan lancar, kolaboratif antara pentadbir dan guru-guru SMK Hutchings untuk menghasilkan satu perancangan strategik dan pelan taktikal yang memfokuskan dua strategi utama iaitu meningkatkan pencapaian iaitu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dan peratus kehadiran murid telah diwujudkan. Dalam mencapai objektif tersebut, pengetua telah melaksanakan beberapa perancangan. Antaranya ialah; i. Menentukan visi, misi dan moto ii. Menetapkan matlamat dan objektif iii. Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik dan pembentukan akhlak terpuji, pihak sekolah merangka dua strategi utama iaitu meningkatkan prestasi akademik dan kehadiran murid-murid SMK Hutchings. Pelbagai aktiviti telah dirancang di bawah Program Budaya Cakna Peneraju Hutchings. iv. 3.2.
Merancang tindakan bagi mencapai matlamat. Antara perancangan yang dibuat ialah: e) Pemetaan 3 Tahun (LAMPIRAN 14-1). f) Pelan Tindakan / Taktikal (LAMPIRAN 14-2). Organising (Mengurus)
Beberapa langkah telah diambil oleh pengetua untuk menguruskan sumber manusia dan kewangan mengikut kerangka P-O-L- C iaitu:
148
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
i. ii. iii. iv.
Merangka Struktur Organisasi Pengagihan Peruntukan Sumber Reka Bentuk Kerja Pelaksanaan
Antara program intervensi yang dilaksanakan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Sejarah untuk meningkatkan pencapaian akademik adalah seperti berikut; a) b) c) d) e)
Anak Bestari ( Murid Cemerlang-BM) Jantung Hati (Murid Sederhana-BM) Marilah Sayang (Murid Lemah-BM) Imbasan 2018 (Murid Cemerlang-Sejarah) Old is Gold (Murid Galus-Sejarah)
Aktiviti-aktiviti untuk memantapkan sahsiah murid ke arah melahirkan murid yang berakhlak cemerlang telah dilaksanakan secara kolaboratif oleh Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Beberapa aktiviti yang diharapkan mampu menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan melibatkan diri dalam proses pengajaran secara berkesan adalah seperti berikut: a) b) c) d) e) f) 3.3.
Kelas Berwatak Kasih Sayang (HEM) Guru Penyayang (Unit Bimbingan dan Kaunseling) Sentuhan Jiwa (Unit Kurikulum) Ada Yang Peduli (Unit HEM) Ziarah Cakna (Unit HEM) Cergas dan Cerdas (Unit Kokurikulum) Leading (Kepimpinan)
Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengetua dalam mencapai matlamat ProPeKS merupakan kombinasi antara gaya kepimpinan Islam, transformasional dan demokratik. Beliau percaya bahawa dengan berpegang pada konsep pemupukan budaya cakna yang meletakkan kasih sayang sebagai nilai yang tonggak dalam kalangan warga sekolah terutama dalam kalangan guru akan melahirkan murid-murid yang berakhlak terpuji dan cemerlang dalam akademik. Pengetua juga selalu memberikan peluang kepada guru-guru untuk meluahkan pendapat dan idea berkaitan dengan ProPeKS supaya perasaan kekitaan wujud dalam kalangan guru. Maklum balas dan pendapat guru-guru amat penting untuk penambahbaikan aktiviti-aktiviti Program Budaya Cakna Peneraju Hutchings. Corak kepimpinan pengetua yang menghargai daya usaha guru-guru yang merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti tersebut menjadi pendorong kepada mereka untuk terus memberikan sokongan dan kerjasama kepada kemajuan sekolah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
149
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
3.4.
Controlling (Kawalan)
Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif. Sebagai seorang pemimpin, pengetua mengkoordinasi sumber tenaga dalam organisasi dengan cemerlang bagi mendapat hasil yang terbaik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang harmoni dan berhemah meletakkan beliau sebagai pemimpin dihormati serta dijadikan teladan oleh guru-guru di bawah pentadbirannya. Bagi memastikan pencapaian KPI yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan, pengetua telah mengimplimentasikan beberapa kaedah kawalan yang membawa kejayaan dalam ProPeKS seperti melalui Penyemakan Buku Rekod Mengajar, Pencerapan, Dialog Prestasi, Mesyuarat Kurikulum dan Mesyuarat Guru, Taklimat, Penyemakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid, Perbincangan Dari Hati Ke Hati, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Sesi Refleksi Bersama Guru.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Penilaian dan impak diukur berdasarkan kepada dua elemen iaitu akademik dan kehadiran murid. 4.1. Penilaian dan Impak terhadap Akademik Dari segi akademik, peningkatan diukur dalam kalangan murid tingkatan 5 memandangkan keputusan SPM dijadikan penentu kepada Gred Purata Sekolah. Keputusan Peperiksaan Percubaan (PPC) SPM 2019 telah memperlihatkan satu peningkatan dalam peratus kelulusan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Bahasa Melayu mencatatkan GPMP sebanyak 5.19 berbanding dengan pencapaian GPMP dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) iaitu 6.81. Peratus murid yang lulus BM juga meningkat kepada 84.62 % daripada 53.85 % iaitu peningkatan sebanyak 30.77 %. Mata pelajaran Sejarah juga menunjukkan peningkatan yang cemerlang. GPMP dalam PPT ialah 6.91 manakala GPMP PPC SPM ialah 5.17. Peratus kelulusan Sejarah juga melonjak daripada 41.18% kepada 87.50%. Murid yang mendapat Gred A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah sebanyak 7 orang. Dalam mata pelajaran Sejarah murid yang mendapat gred A ialah 5 orang. Pencapaian ini merupakan satu peningkatan yang baik kerana markah TOV menunjukkan hanya 2 orang murid mendapat A dalam Bahasa Melayu. Data pencapaian murid tingkatan 5 tahun 2019 ditunjukkan dalam LAMPIRAN 14-3). Sebenarnya, dua daripada tiga objektif yang ditetapkan dalam pencapaian murid-murid SPM iaitu 79% murid lulus SPM dan layak mendapat sijil dalam peperiksaan SPM pada tahun 2021 dan GPS 6.50 dalam peperiksaan SPM pada tahun 2021 telah dicapai dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019 ini iaitu masing-masing 84.62 % dan 87.50 % murid telah lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah berbanding dengan sasaran yang ditetapkan untuk tahun 2019 ialah 75% sahaja.
150
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
4.2
Penilaian Dan Impak Data
Impak daripada intervensi-intervensi sahsiah yang dilaksanakan bagi membudayakan kecaknaan dalam kalangan murid-murid dengan memupuk nilai kasih sayang terhadap diri sendiri dan sekolah, kehadiran murid ke sekolah meningkat. Peningkatan ini sangat ketara dalam kalangan murid menengah rendah. Jadual 14.1 di bawah menunjukkan data kehadiran bagi setiap tingkatan bagi tahun 2017 hingga tahun 2019.
Jadual 14.1: Peratus Kehadiran Kelas Mengikut Tahun 2017, 2018 dan 2019
Kelas
2017 (%)
2018 (%)
2019 (%)
Peralihan Bestari
76.38
92.19
86.55
1 Arif
82.65
88.47
85.34
1 Bestari
87.61
92.97
86.45
2 Arif
75.17
82.52
86.80
2 Bestari
88.70
88.03
93.62
3 Arif
55.03
75.74
74.92
3 Bestari
78.66
86.38
87.16
4 Quantum
89.62
80.34
-
4.Corporate
77.65
71.88
79.32
4 Innovative
62.06
74.97
69.76
5 Corporate
83.41
91.48
85.59
5 Innovative
66.42
67.94
63.11
Apabila dihantar ke SMK Hutchings sebagai pengetua pada tahun 2017, peratus kehadiran beberapa tingkatan agak rendah tetapi telah memperlihatkan kenaikan yang baik pada tahun 2019. Peningkatan yang paling signifikan ialah kelas 3A mencatatkan kehadiran sebanyak 55.03% sahaja pada tahun 2017 tetapi telah meningkat kepada 74.92% pada tahun 2019 dengan peningkatannya sebanyak 19.89%. Kehadiran 2A telah meningkat daripada 75.17% pada tahun 2017 kepada 86.80% pada tahun 2019 iaitu sebanyak 11.63%. kedua-dua kelas ini juga telah memenangi Pertandingan Kelas Berwatak Kasih Sayang 2019. Sebuah kelas lagi yang menunjukkan peningkatan ialah 4 Innovative iaitu sebanyak 62.06% pada tahun 2017 kepada 69.76% pada tahun 2019. Peningkatan ketiga-tiga kelas ini sangat bermakna kepada pihak sekolah kerana kelas-kelas biasanya terdiri daripada murid-murid yang lemah dari segi akademik dan juga bermotivasi rendah serta mempunyai peratus ketidakhadiran yang sangat tinggi.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
151
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
Kehadiran bagi tahun 2019 yang ditinjau selepas aktiviti Kelas Berwatak Kasih Sayang dijalankan, kelas-kelas tertentu seperti 2 Arif, 2 Bestari, 3 Arif, 3 Bestari, 4 Corporate, 4 Innovative dan 5 Corporate telah mencatatkan peningkatan. Berdasarkan Jadual 1, tiga kelas yang mencatatkan peningkatan kehadiran yang paling ketara ialah kelas 4 Corporate yang meningkat daripada 75.70% pada bulan Jun kepada 89.73% pada bulan September iaitu peningkatan sebanyak 14.03%. Kelas 5 Innovative juga menunjukkan kenaikan iaitu daripada 55.74% pada bulan Jun kepada 68.75% pada bulan September yang mencatatkan perbezaan sebanyak 13.01%. Kelas 4 Innovative juga mencatatkan peningkatan sebanyak 9.25% iaitu pada bulan Jun, kehadirannya ialah 70.13% tetapi pada bulan September, kehadirannya ialah 79.38% .
5.0.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Gaya kepemimpinan menjadi jentera yang menggerakkan pentadbiran sesebuah sekolah. Jatuh bangun sesebuah sekolah bergantung kepada kepimpinan pengetua sekolah tersebut. Matlamat sekolah yang dimanifestasikan dalam Perancangan Strategik hanya akan tercapai dengan kecekapan pengetua mentadbir sekolah untuk melonjakkan kecemerlangan sekolahnya. Selaras dengan itu, adalah amat penting bagi warga sekolah tersebut untuk menghayati satu budaya yang menjadi serasi dan diamalkan secara kolektif. Menyedari hal ini, pengetua SMK Hutchings, telah memilih budaya yang berteraskan nilai kasih sayang iaitu Budaya Cakna Peneraju Hutchings yang dijadikan senjata untuk mencapai segala sasaran yang ditentukan dalam ProPeKS ini. Dengan berlandaskan budaya tersebut, pengetua telah menentukan hala tuju organisasi dengan jelas kepada warga sekolah untuk menonjolkan dan mengembangkan potensi diri dalam lapangan intelek, kokurikulum dan sahsiah. Persefahaman semua warga dalam semua aktiviti, keputusan dan pendekatan musyawarah serta hubungan baik dengan pelbagai pihak luar, antaranya pensyarah pembimbing dari IAB, pegawai - pegawai JPN Pulau Pinang, PPD, PIBG, Alumni serta warga SMK Hutchings telah memberikan sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam meletakkan kepimpinan Tn.Roslan bin Yusof sebagai pengetua Berpretasi Cemerlang untuk merealisasikan matlamat ProPeKS yang bertemakan Budaya Cakna Ke Arah Kecemerlangan Akhlak Dan Akademik Murid SMK Hutchings.
6.0 RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Surat Siaran Perlaksanaan Program PIMAS KPM.600-14/1/60 Jld.6(80) bertarikh 12 September 2017. Mohd Salleh Bin Mahat (2004), Jurnal Penyelidikan MPBL, Jld.5, 2004, Perkongsian Dalam Pendidikan – Fokus Di Sekolah.
152
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
HEM
KURIKULUM
Tahun 3: 9 bidang
Tahun 2: 5 bidang
Tahun1: 2 bidang
9 BIDANG SKKSM
82.90 %
7.46
2.Peningkatan GPMP Sejarah
Peratus Kehadiran
7.51
72.97 %
2. Peratus lulus Sejarah
1.Peningkatan GPMP BM
72.97 %
TOV
1, Peratus lulus BM
KPI
85 %
6.39
6.27
75 %
75 %
SASARAN PRESTASI
TAHUN 1 2019
TAHUN 2 2020
TAHUN 3 2021
6.2
86 %
7 / 11 kelas melebihi 85 %
6.2
77 %
77 %
5.17
5.19
87.50 %
84.62 %
87 %
6.1
6.1
79 %
79 %
PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SASARAN PENCAPAIAN SEBENAR PRESTASI SEBENAR PRESTASI SEBENAR (Percubaan SPM)
Jadual 14.2: Pemetaan 3 Tahun (2019-2021)
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
LAMPIRAN 14-1
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
153
154
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Meningkatkan Guru Penyayang Menyambut Murid di Kehadiran Murid Pintu Pagar
3
Oktober
November
Jun
Oktober
Oktober
November
Ada Yang Peduli Merekodkan kelewatan Murid yang lewat Februari ke sekolah dan dihantar kepada kaunselor
Lawatan ke Rumah
Ziarah Cakna
Semua murid
Jun
Januari
Februari
November
Menceriakan Kelas
Kelas Berwatak Kasih Sayang
Semua murid
Semua murid
Murid Sederhana dan Lemah
November
September
November
November
Tamat
Murid yang tidak Februari hadir tanpa sebab
Memberikan Sarapan Pagi
Sentuhan Jiwa
Program Jati Diri Persembahan dalam Perhimpunan dan Kuiz
Februari
Murid Sederhana dan Lemah
Bimbingan Secara Individu
Program Menggilap Bintang
Peningkatan Peratus Lulus BM dan Sejarah
2
Jun
Teknik Menjawab Murid Baik dan Soalan Peperiksaan dan Cemerlang Soalan KBAT
Program Teleskop
Januari
Bimbingan Individu dan Murid Baik Secara Kumpulan
Program Minda Cerdas
Mula
Bimbingan Individu dan Murid Cemerlang Januari Secara Kumpulan
Sasaran
Program Anak Bestari
Peningkatan GPMP
Aktiviti
1
Program/ Projek
Bidang/Fokus
Bil
Jadual 14.3: Pelan Tindakan / Taktikal Sekolah 2019
PK HEM
PKHEM , Guru Kelas
AJK 3K, Setiausaha PIBG
PK Pentadbiran, Kaunselor
Pengetua, PK, Kaunselor
Guru Kanan Ketua Panitia
Guru Kanan Ketua Panitia
Ketua Panitia
PK Pentadbiran Guru Kanan Bidang
PK Pentadbiran Guru Kanan Bidang
Penyelaras
Catatan
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
LAMPIRAN 14-2
0
0
1
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
2 BI
3 PI
4 SEJ
5 MT
6 MAT
7 SC
8 BIO
9 FIZIK
10 KIMIA
11 BC
12 PSV
13 PA
14 PM
15 PRN
Bil
1
MP
1 BM
Bil
A+
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
0
4.17
0
0
3.85
%
1
2
1
0
0
0
0
0
1
0
1
3
0
2
1
Bil
20
0
0
0
0
0
3.7
0
3.7
12.5
0
8
3.85
%
14.29
14.29
A
0
0
0
0
0
0
0
0
2
0
0
1
0
2
5
Bil
%
0
0
0
0
0
0
0
0
7.41
0
0
4.17
0
8
19.23
A-
0
1
0
0
0
0
0
0
0
0
0
1
0
1
3
Bil
%
0
7.14
0
0
0
0
0
0
0
0
0
4.17
0
4
11.54
B+
1
0
1
0
0
1
0
0
1
0
0
4
3
2
1
Bil
25
8
3.85
%
14.29
0
20
0
0
50
0
0
3.7
0
0
16.67
B
0
3
0
4
0
0
0
1
2
0
0
3
0
1
1
Bil
%
0
21.43
0
23.53
0
0
0
50
7.41
0
0
12.5
0
4
3.85
C+
2
0
1
8
2
0
0
1
1
0
1
4
2
4
3
Bil
%
28.57
0
20
47.06
66.67
0
0
50
3.7
0
3.7
16.67
16.67
16
11.54
C
1
0
0
4
0
0
1
0
1
0
0
0
0
1
0
Bil
0
0
50
0
3.7
0
0
0
0
4
0
%
14.29
0
0
23.53
D
Analisis Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2019
1
1
1
1
0
1
0
0
9
0
3
4
2
1
7
Bil
%
14.29
7.14
20
5.88
0
50
0
0
33.33
0
11.11
16.67
16.67
4
26.92
E
1
7
1
0
1
0
1
0
10
2
22
3
5
11
4
Bil
%
14.29
50
20
0
33.33
0
50
0
37.04
100
81.48
12.5
41.67
44
15.38
G
6
7
4
17
2
2
1
2
17
0
5
21
7
14
22
Bil
85.71
50
80
100
66.67
100
50
100
62.96
0
18.52
87.5
58.33
56
84.62
%
Lulus
5.86
6.5
5.6
6.12
7
6
8
5.5
7.19
9
8.48
5.17
7.08
6.4
5.19
GPMP
CAknA (Cakna Akhlak Dan Akademik)
LAMPIRAN 14-3
155
156
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK DOUBLE-C PURIZAH BINTI ABD. LATEH Pengetua, SMK Guar Nangka
[email protected] NORIHAN BINTI AZIZAN Pensyarah Pembimbing, IAB Cawangan Utara
[email protected] SITI HATIFAH BINTI YAHYA Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembelajaran) JPN Perlis
ABSTRAK Pelaksanaan Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeks) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di bawah anjakan ke-5 yang telah menggariskan salah satu tranformasi utama sistem pendidikan, iaitu memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Program ini menempatkan PGB Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner+, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Pensyarah Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi Sekolah Berprestasi Rendah. Sampel diambil dari Sekolah Berprestasi Rendah iaitu SMK Guar Nangka yang dipilih oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri. Kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi pelajar di Sekolah Berprestasi Rendah di bawah kepimpinan pengetua Berprestasi Tinggi, melalui pendekatan Projek Double ‘C’ dalam PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan Kecemerlangan Akademik Dalam Membentuk Kemenjadian Murid. Kajian ini membincangkan pendekatan yang sesuai dan boleh digunakan oleh pemimpin untuk menghadapi isu-isu dalam organisasi pendidikan. Hasil kajian dapat disimpulkan bahawa peningkatan PdP yang berkualiti dapat memberi impak yang positif kepada kecemerlangan akademik dan seterusnya dalam membentuk kemenjadian murid. Pedagogi yang menarik dan sesuai dengan keperluan Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) amat menitikberatkan penglibatan murid sebagai pembelajar aktif, di samping mampu menggalakkan murid untuk berkolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif serta mampu menyatakan idea mereka dengan bentuk komunikasi yang berkesan. Selaras dengan perubahan kepimpinan didapati peningkatan PdP guru yang berkualiti telah dapat melonjakkan prestasi akademik pelajar SMK Guar Nangka dari GPS SPM iaitu 6.76 pada tahun 2018 melonjak kepada 6.14 (lonjakan 0.63) dalam peperiksaan percubaan SPM pada tahun 2019 baru-baru ini. Semoga program ini akan dapat meningkatkan peratus lulus SPM 2019 yang sebenar dan seterusnya menjadikan GPS SPM 2019 SMK Guar Nangka semakin meningkat. Kata kunci: pengurusan kurikulum, pak21, PdPc Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
157
Projek Double-C
1.0.
PROFIL SEKOLAH
Saya telah melapor diri di SMK Guar Nangka pada 03 September 2018. Sebelum itu saya memegang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Syed Alwi, Kangar, Perlis dan mempunyai pengalaman pentadbiran selama 17 tahun. SMK Guar Nangka mula beroperasi pada 16 Jun 2014 dengan satu sesi persekolahan dan mempunyai bilangan pelajar pada mulanya seramai 114 orang, 19 orang guru dan 8 orang Anggota Kumpulan Pelaksana. Sebelum ini, 3 orang pengetua yang mentadbir telah berjaya menempa kejayaan demi kejayaan. Langkah pertama saya apabila berada di SMK Guar Nangka ialah membuat satu analisis persekitaran untuk melihat isu utama sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini saya dapati bahawa sekolah ini ada potensi untuk meningkat dari pelbagai aspek. Sebelum ini SMK Guar Nangka merupakan sebuah sekolah SBR yang berada di kedudukan Band 7 NKRA di mana GPS SPM pada tahun 2015 ialah 6.76. Pada tahun 2016 GPS melonjak naik kepada 5.83 dan seterusnya 5.75 pada tahun 2017. Walau bagaimanapun GPS SPM pada tahun 2018 telah menurun semula kepada 6.57. Dalam konteks pembangunan fizikal, walaupun secara keseluruhan sekolah ini baru beroperasi dalam tempoh 5 tahun tetapi kebanyakan kemudahan asas dan prasarana sekolah telah banyak mengalami kerosakan dan perlu dibaik pulih . Secara umumnya kerosakan kemudahan asas dan prasarana berada dalam keadaan yang kurang memuaskan. Sementara itu, peratus kehadiran murid secara puratanya adalah antara 87% hingga 89% pada tahun 2017. Petunjuk ini adalah jauh daripada KPI yang dihasratkan oleh KPM iaitu 95% ke atas dan ini telah menunjukkan motivasi pembelajaran murid juga pada tahap yang tidak memuaskan. Sebagai pengetua saya akan membawa visi dan misi yang jelas untuk mentransformasikan SMK Guar Nangka ke arah lonjakan Peningkatan Kecemerlangan Akademik dan Membentuk Kemenjadian Murid melalui pelbagai bidang seiring dengan perubahan iklim yang kondusif dengan memberi penekanan kepada peningkatan kualiti guru dalam PdP berasaskan PAK21.
2.0.
ISU DAN PENAMBAHBAIKAN
Antara alat yang saya gunakan untuk mengurus perubahan SMK Guar Nangka ialah Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca-punca, sebab dan akibat sesuatu isu dan analisis SWOT. Tools analisis SWOT bertujuan untuk menilai faktor dalaman dan faktor luaran yang dapat memberi impak terhadap kejayaan sekolah. Analisis SWOT juga merupakan satu kaedah yang sistematik untuk merangka Pelan Strategik, Pemetaan 3 tahun dan Pelan Tindakan . Disamping itu juga ia disokong oleh data driven, headcount, aplikasi APDM, aplikasi SAPS, aplikasi SKPMg2 , pemerhatian dan soal selidik untuk mengurus isu-isu perubahan yang berlaku di sekolah. Hasil dari pemerhatian dan analisis persekitaran yang dijalankan didapati isu utama di SMK Guar Nangka ialah kebanyakan PdP guru adalah kurang menarik. Berdasarkan tulang ikan ishikawa didapati terdapat beberapa punca yang menyebabkan PdP guru menjadi kurang menarik. Antara 158
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C
punca-punca itu adalah berkaitan dengan penggunaan BBM yang kurang menarik. Di samping itu juga kebanyakan kelas tidak mengikut persekitaran pengajaran PAK21. Ini menyebabkan bilik darjah dan bilik-bilik khas menjadi tidak ceria dan menarik. Dari aspek pengurusan sumber manusia pula didapati kursus-kursus LDP yang dilaksanakan kurang berkesan kerana guru-guru masih lagi kurang bermotivasi untuk mengambil tindakan dalam membuat persediaan awal sebelum masuk ke kelas bagi memulakan PdP. Manakala dari aspek pedagogi guru didapati kaedah PdP guru masih lagi berpusatkan guru dan kurang berpusatkan murid seperti yang ada dalam ciri-ciri PAK21. Justeru itu, untuk mengatasi masalah PdP guru yang kurang menarik ini maka saya telah menjalankan satu strategi dengan menetapkan setiap guru diberi kelas yang tetap di bawah program Subject Based Classroom (SBC) di mana para pelajar akan bergerak dari kelas ke kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan semasa PdP. Manakala guru pula akan berada di kelas masing-masing menunggu kehadiran murid ke kelas. Dalam fasa 1 pelaksanaan SBC ini, setiap guru hendaklah memberi penekanan kepada penyediaan persekitaran pengajaran dan susun atur kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21. Penambahbaikan ini secara tidak langsung dapat memberi impak yang positif kepada guru untuk menjadikan PdP guru lebih menarik. Dalam usaha untuk memberi galakan kepada guru agar melaksanakan aktiviti ini maka pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah memberi penghargaan kepada kelas yang terbaik PAK21 dengan menyediakan anugerah khas kelas terbaik pada setiap bulan bermula pada bulan Ogos tahun 2019. Sehingga bulan Oktober 2019 didapati hampir 80% guru telah berusaha untuk menyediakan persekitaran pengajaran kelas mengikut ciri-ciri kelas PAK21. Manakala bilik-bilik khas telah dibuat penambahbaikan dengan meningkatkan penyediaan bahan-bahan PdP dan peralatan bengkel yang diperlukan. Pembaikan dan penyelenggaran yang mendapat peruntukan daripada pihak JPN dan Kerajaan Negeri akan diteruskan dari masa ke semasa sehinggalah keadaan kelas dan bilik khas serta keseluruhan kawasan sekolah menjadi lebih kondusif untuk menjalankan PdP dengan lebih menarik dan berkesan. Melalui Analisis SWOT beberapa strategi pelaksanaan telah disusun berdasarkan kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran untuk meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid SMK Guar Nangka. Antara pelaksanaan strategi itu ialah untuk meningkatkan pedagogi dan kompetensi guru dalam PdP dengan kerjasama IPGM dan sokongan PIBG. Inisiatif pertama ialah dengan menjemput pensyarah IPGM Perlis untuk mengadakan bengkel PAK21 kepada semua guru. Tujuan LDP ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada semua guru tentang bagaimana untuk menjalankan aktiviti PAK21 yang menarik dan berkesan semasa PdP. Berdasarkan Pelan tindakan 3 tahun , pihak sekolah telah berjaya membantu guru-guru untuk melengkapkan kelas dengan prasarana PAK 21 melalui sumbangan individu dan PIBG. Banyak program peningkatan akademik telah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama saya ialah untuk memperkasakan panitia mata pelajaran. Contohnya Panitia Bahasa Melayu telah menunjukkan peningkatan akademik dalam peperiksaan awam iaitu SPM. Hal ini telah memberikan impak yang tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid sekolah ini. Saya juga telah membuat beberapa penambahbaikan dan menaik taraf Pusat Sumber Sekolah,
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
159
Projek Double-C
Dewan Terbuka, Bilik Dokumentasi, Makmal Komputer, Bilik SAL, Bilik Peperiksaan, Bilik Pengurusan Bidang dan Bilik Mesyuarat. Situasi ini telah memberi impak yang positif dalam peningkatan kecemerlangan akademik dan membentuk kemenjadian murid. Dalam meningkatkan budaya kerja warga sekolah, saya telah mengambil Prinsip Total Quality Management (TQM) dengan menjadikan mutu pengajaran dan pembelajaran sebagai elemen utama memperkasakan sekolah. Contohnya dengan mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan dan aktiviti kerja berpasukan (Team Building) telah mewujudkan perubahan positif dari segi budaya kerja dan amalan guru dalam bilik darjah. Kesannya dapat meningkatkan prestasi akademik dan membentuk kemenjadian murid.
3.0.
PELAKSANAAN P- O -L - C Terdapat 3 aspek harus dilaksanakan;
3.1.
PLANNING ( MERANCANG)
Satu perancangan strategik dan pelan taktikal telah dirangka merangkumi sembilan bidang keberhasilan NKRA. Dalam kajian ini, saya memilih untuk meningkatkan kualiti PdP guru dengan menjalankan aktiviti PAK21 di dalam bilik darjah untuk pelonjakan prestasi akademik dan kemenjadian murid. Terdapat beberapa langkah yang diambil; i. Menentukan misi dan visi Saya telah menetapkan misi dan visi untuk mengeluarkan SMK Guar Nangka dari sekolah berprestasi rendah (SBR) Band 7 ke prestasi sekolah yang lebih baik . Realitinya GP sekolah peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 6.57 pada tahun 2018 ke 5.95 menjelang tahun 2019. Manakala peratus layak sijil harus dilonjakkan dari 64.29% kepada 80%. ii. Menetapkan matlamat dan objektif Analisis SWOT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dari segi GPMP, peratus murid mencapai gred A serta peratus murid yang lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bagi 3 tahun yang akan datang. Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas akan matlamat dan objektif yang telah saya tetapkan. Maklumbalas berkualiti dalam dialog prestasi telah membantu dalam melakukan intervensi secara tepat dan segera. iii. Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount, Program Kecemerlangan dan Intervensi berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus. iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat Antara perancangan yang dibuat ialah: a) Pelan Tindakan Pelan tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka bagi memastikan matlamat yang ditetapkan oleh pengetua tercapai. b) Pelan Taktikal Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada 160
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C
c)
d)
3.2.
guru apa yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan. Penambahbaikan dan Tindakan Susulan Penambahbaikan program sentiasa dilakukan agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar segera. ORGANISING (MENGURUS)
Beberapa langkah telah saya ambil bagi menguruskan sumber– sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L- C iaitu: i. Merangka Struktur Organisasi Membentuk Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program bagi memastikan program– program kecemerlangan berjalan dengan lancar. ii. Pengagihan Peruntukan Sumber Modul Program Kecemerlangan disediakan oleh guru–guru untuk membantu murid dalam peningkatan akademik mereka. iii. Reka Bentuk Kerja Setiap guru diberi kelas dan dikehendaki menyusun atur mengikut susunan kelas PAK21 untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mudah. Bilik-bilik khas seperti Makmal Sains, Bengkel, dan lain lain telah dinaik taraf bagi menepati ciri-ciri bilik darjah PAK 21. Reka bentuk kerja ini diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. 3.3.
LEADING (KEPIMPINAN) Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah Kepimpinan Melalui Teladan, Mewujudkan Prasarana Yang Kondusif, Menyediakan Sumber Yang Mencukupi, LDP Kepimpinan, Kerja Berpasukan (Team Building), Lawatan Penanda Aras, Memperkasakan peranan Middle Leaders melalui empowerment, kemahiran membuat keputusan yang tepat secara kolektif dan kebersamaan secara turun padang dan juga membuat pemantauan secara berfokus. Pendekatan ini menepati kehendak KPM memastikan sekolah berada dalam ekosistem yang penyayang, hormat menghormati dan gembira. Situasi ini dapat membantu semua guru dan staf melaksanakan kerja dengan bersemangat dan kreatif.
3.4.
CONTROLLING (KAWALAN)
Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Management by Walk About, Pencerapan PdPc Guru Standard 4, Semakan Buku Latihan, Kawalan e-Hadir Murid, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan dan Dialog Prestasi.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
161
Projek Double-C
4.0.
PENILAIAN DAN IMPAK
Pelaksanaan Subject Based Classroom (SBC) yang secara tidak langsung telah dapat memberi impak positif dalam aspek organisasi, guru, murid dan masyarakat. Dari aspek organisasi didapati pengurusan pentadbiran menjadi lebih sistematik kerana proses pemantauan lebih berfokus. Manakala pengurusan PdP dapat berjalan dengan baik dan terancang dan lebih berpusatkan murid. Pelaksanaan SBC ini juga dapat memberi impak yang positif dalam PdP guru. Pergerakan guru dari kelas ke kelas dapat dikurangkan kerana mereka telah diberi kelas PdP yang tetap. Pengisian masa guru dapat di gunakan dengan berkesan di mana guru boleh membuat persediaan PdP dengan lebih terancang dan dapat menceriakan kelas masing-masing mengikut ciri-ciri PAK21 agar aktiviti PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya lebih berpusatkan kepada murid. Manakala impak yang positif dari aspek murid pula ialah dapat mengurangkan vandalisme di dalam bilik darjah kerana pelajar tidak lagi berada di dalam kelas terlalu lama . Pelajar terpaksa bergerak dari kelas ke kelas untuk bersama dengan guru PdP yang telah ditetapkan mengikut jadual waktu masing-masing. Di samping itu, pelajar dapat mengurus masa dengan berkualiti dan berkesan kerana mereka kurang merayau-rayau dan mengganggu rakan di kelas yang lain, murid menjadi lebih proaktif, , masalah ponteng kelas dapat dikurangkan dan murid menjadi lebih berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan. Melalui Analisis SWOT didapati terdapat banyak elemen kekuatan sekolah di mana 80% bilik darjah dan bilik khas ceria dan lengkap serta mengikut susun atur meja PAK21 hasil dari hubungan baik pihak sekolah dengan PIBG, PIBK dan semua stake holders yang telah memberi impak yang optima. Jalinan bersama komuniti setempat dan Polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) telah menyelesaikan isu disiplin dan kehadiran pelajar melalui program Town Hall , Ziarah Cakna ke rumah pelajar bermasalah , Program bersama Polis, Program AADK dan Program Kesihatan dengan sasaran pelajar berisiko. Program ini telah memberi impak yang positif terhadap kehadiran pelajar setiap bulan di mana peratus kehadiran sentiasa melebihi KPI sekolah iaitu sebanyak 90% . Manakala kadar peratus salah laku disiplin pelajar berat, sederhana dan kecil semakin menurun dan amalan baik SSDM semakin meningkat. Tindakan yang diambil kepada murid-murid yang selalu ponteng adalah berbentuk ilmiah dan kunjungan mesra ke rumah murid untuk mengetahui punca sebenar yang dihadapi oleh murid. Manakala program peningkatan akademik yang diadakan seperti Program Gerak Gempur, Program Jom Pulun, Pecutan Akhir, Kem Gemilang SPM, Perhimpunan Berfokus, Program Menjejak Jaya dan sebagainya dapat memberi impak yang sangat positif dalam keputusan peperiksaan percubaan SPM SMK Guar Nangka tahun 2019. Berikut adalah analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2019 berbanding dengan percubaan SPM 2019 dalam GPS dan peratus layak sijil. Jadual 15.1: Perbandingan Analisis Peperiksaan Tahun 2019 PERBANDINGAN ANALISIS PEPERIKSAAN TAHUN 2019 PERKARA
162
GPS
PERATUS LAYAK SIJIL
PERTENGAHAN TAHUN
7.11
56%
PERCUBAAN SPM
6.14
76%
ETR SPM
5.95
82.4%
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Double-C
5.0.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Kejayaan dalam melaksanakan projek double ‘C’ ini banyak bergantung kepada kreativiti seseorang guru. Guru haruslah mempunyai ciri-ciri guru abad ke 21. Di samping guru, pelajar juga harus menyiapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam menjadi murid abad ke 21 yang mampu bersaing di peringkat global. Dalam memastikan kemahiran dan kesediaan guru berada di tahap optimum, guru perlu diberi pembugaran semula secara berterusan, sebagai contoh pemantapan pengisian kursus dalaman dan PLC. Kemudahan sedia ada juga perlu dimantapkan dan dimanfaatkan seperti susun atur bilik darjah mengikut PAK21 dengan sokongan pihak KPM dan JPN, pihak sekolah dan juga ibubapa bagi membantu pelajar melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan PAK21. Saya juga memerlukan pasukan yang benar-benar komited dan sanggup berkerja keras untuk memastikan segala perancangan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Setiap guru harus memastikan bilik darjah dinaik taraf ke arah PAK21 manakala sekolah perlu menyediakan persekitaran yang kondusif. Pengetua akan sentiasa membuat semakan dan pemantauan terancang melalui penilaian program serta membuat penambahbaikan dalam setiap program yang dirancang. Falsafah ‘Disiplin Pertama Akademik Utama’, meletakkan kecemerlangan kepimpinan pengetua dan menjadikan SMK Guar Nangka terus cemerlang pada masa akan datang. Saya merakamkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing dari IAB, pegawai JPN Perlis serta warga SMK Guar Nangka yang telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menghasilkan kajian Projek Double ‘C’ dalam PdP berasaskan PAK21 untuk Peningkatan Akademik dalam Membentuk Kemenjadian Murid.
6.0 RUJUKAN Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang Asas, Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar, Kementerian Pendidikan Malaysia 2013. Rose Aza bin Che Arifin (2017), Meningkatkan Keberadaan Guru Dalam Kelas Sewaktu Jadual Ganti. Jurnal Pendidikan MPSM Kebangsaan, KPM Putrajaya. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali (Dr.), Abd. Munir bin Mohd Rashid, Nadimin bin Abdul Aziz, Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia 22013 Majlis Permuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019, KPM Putrajaya Ibrahim Mamat, (1996) , Reka bentuk dan pengurusan latihan konsep dan amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
163
Projek Double-C
Ishikawa, K. (1985). What is total quality control ? The Japanese way. New York : Prentice Hall Kotter,P. (1996), Leading Change, USA : Harvard Business School Press. Mortimore, P. (1993), School Effectiveness and The Management of Effective Learning and Teaching. School Effective and School Improvement , 4(4), 290 - 310 Perunding Kanan IAB, (2008). Program melonjakkan kecemerlangan sekolah melalui Pembangunan Organisasi (PROD). Institut Aminuddin Baki Sharifah Md. Nor, (2010) . Keberkesanan sekolah Satu perspektif sosiologi, Selangor. Penerbit: Universiti Putra Malaysia. https://web.archive.org/web/20081203070029/http://www.insead.edu/alumni/newsletter/ February2005/Interview.pdf
164
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MELANGKAH KE SEKOLAH AZMI BIN OTHMAN SMK Pengkalan Lebai Man NORIHAN BINTI AZIZAN Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara DR. AZAHARI BIN ABDULLAH Pegawai SIP+ PPD Kuala Muda/Yan
ABSTRAK Program ini adalah untuk menangani isu utama yang membelenggu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man iaitu peratus kehadiran murid yang sangat rendah sehingga menyebabkan pencapaian akademik juga rendah. Program ini memberikan fokus terhadap semua pelajar tingkatan lima sesi 2019 yang berjumlah 126 orang. Punca utama masalah ini adalah tahap motivasi mereka yang rendah sekaligus tidak berminat untuk hadir ke sekolah. Di samping itu kebanyakan latar sosioekonomi keluarga yang berada dalam kemiskinan menyebabkan mereka terjebak dengan pekerjaan sambilan. Program ini mensasarkan pemantapan minat dan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah dengan menggarapkan teori pelaziman klasik, yakni rangsangan(Pavlof) dan peneguhan(Skinner). Data kehadiran lima tahun sebelum ini dijadikan TOV manakala purata kehadiran Januari hingga September (SSDM) sebagai penandaaras kejayaan(output), di samping prestasi akademik peperiksaan percubaan SPM(outcome). Sasaran program ini adalah pada akhirnya purata kehadiran Januari hingga September adalah 90%. Berdasarkan data dalam SSDM dan pemerhatian didapati, program ini telah berjaya meningkatkan peratus kehadiran sehingga 89.04% dan prestasi akademik juga telah meningkat dari aspek GPS dan peratus lulus semua mata pelajaran. Rumusannya, program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kehadiran murid, malahan dapat meningkatkan semangat guru untuk mengajar sekaligus meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kata Kunci:
1.0
LATAR BELAKANG
Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man ditubuhkan dengan rasminya di bawah Akta Pendidikan Malaysia pada 1 Januari 2000. Pada peringkat awal, pelajar sekolah ini berjumlah 282 orang, iaitu sebanyak 8 kelas dan 21 orang guru serta 4 orang staf sokongan. Sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada sesi petang sehingga
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
165
Melangkah Ke Sekolah
Disember 2000, dan berpindah ke bangunan sekarang pada 1 Januari 2001 bersamaan 5 Syawal 1421. Sekolah ini dibina berhampiran dengan taman-taman perumahan seperti Taman Berangan, Taman Beringin, Taman Seri Wang dan Taman Keladi. Kos pembinaan sekolah ini mendapat peruntukan daripada Rancangan Lima Tahun Malaysia ke-7 dan dibina oleh Syarikat Maju Holding Sdn. Bhd. Siap dibina pada April 2000, mengandungi 6 blok yang menempatkan bilik-bilik darjah, makmal-makmal, bengkel, bilik-bilik khas seperti bilik Muzik, stor SPBT, bilik Kaunseling, bilik Koperasi, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bahasa, Bilik Media, bilik Kemanusiaan di samping kemudahan kantin dan surau. Sekolah ini mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang pada tahun 2001.Pada peringkat awal beroperasi, enrolmennya agak tinggi sehingga mencecah 1500 pelajar yang terdiri daripada kaum Melayu, India dan Cina dan terpaksa dilaksanakan persekolahan dua sesi. Namun enrolmennya semakin merosot apabila beberapa sekolah menengah, seperti SMK Sg Pasir Kechil, SMK Bandar Puteri Jaya dan SMK Taman Ria dibuka. Apabila enrolmennya berada di bawah 1000 maka SMK Pengkalan Lebai Man terpaksa beroperasi satu sesi pada tahun 2014. Seramai lapan orang pengetua telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2000. SMK Pengkalan Lebai Man telah dipimpin oleh pengetua sekarang bermula Januari 2018. SMK Pengkalan Lebai Man sejak ditubuhkan sering terbelenggu dengan prestasi akademik yang rendah sehingga mengurangkan keyakinan kepada para waris tertentu untuk menghantar anak-anak mereka ke sini. Prestasi akademik, terutamanya Sijil pelajaran Malaysia(SPM), SMK Pengkalan Lebai Man hanya mampu mancatatkan gred purata sekolah 6 dan ke atas serta belum pernah mencatatkan prestasi GPS di bawah 6.0. Sekolah ini juga sering dikaitkan dengan masalah disiplin terutamanya pergaduhan dua kelompok utama iaitu pelajar Melayu dan pelajar India.
2.0
MENGENAL PASTI ISU
Bagi mendapatkan gambaran yang sebenar tentang isu-isu yang dihadapi oleh SMK Pengkalan Lebai Man, beberapa kaedah pengumpulan data telah dilaksanakan, antaranya kaedah analisa data, pemerhatian, temubual dan Sumbangsaran (Brainstroming) 2.1 Sumbangsaran (Branstroming). Untuk mendapat maklumat yang tepat pandangan dan pendapat kumpulan pengurusan serta beberapa guru yang senior telah diambil. Berdasarkan pandangan mereka,kebanyakan kumpulan pengurusan dan guru senior memberikan pendapat yang sama berkaitan dengan isu utama SMK Pengkalan lebai Man(SMKPLM), yakni isu pencapaian akademik yang rendah, isu peratus kehadiran dan motivasi murid pada tahap yang rendah serta isu disiplin yang meruncing. Berdasarkan sumbangsaran ini, adalah didapati semua mereka bersetuju bahawa faktor ketidakhadiran yang tinggi telah memberikan impak yang negatif terhadap prestasi akademik. Hal ini adalah kerana faktor kurang motivasi menyebabkan minat untuk hadir ke sekolah juga rendah sekaligus menjejaskan prestasi akademik sekolah secara keseluruhannya.
166
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah
2.2 Temubual Melalui temubual dalam kalangan guru pula, menjelaskan bahawa ketidakhadiran pelajar juga bukan sahaja berlaku pada hari persekolahan biasa, malahan pelajar juga turut tidak hadir pada hari peperiksaan. Hal ini menyebabkan kesukaran untuk guru merencanakan programprogram untuk mereka. Terdapat juga pelajar yang akan berhenti sekolah untuk bekerja pada hujung tahun dan akan datang untuk menduduki peperiksaan SPM . Hal ini sekaligus memberikan impak negatif terhadap prestasi SPM sekolah. Kehadiran pelajar untuk kelas –kelas tambahan juga sangat rendah malahan kadang-kadang tidak mencecah 20 peratus. Berdasarkan temubual dengan beberapa pelajar, didapati bahawa mereka tidak rasa bersalah atau kerugian jika mereka tidak hadir ke sekolah. Oleh itu, semua pentadbir dan guru-guru yang ditemui bersetuju bahawa isu kehadiran pelajar perlulah ditangani terlebih dahulu sebelum merencanakan program-program peningkatan prestasi. Majoriti bersetuju bahawa seandainya peratus kehadiran meningkat, prestasi akademik juga akan menerima impak yang positif. 2.3 Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian saya sejak mula melaporkan diri di sekolah ini, isu utama yang dihadapi oleh SMKPLM adalah isu kehadiran yang rendah, prestasi akademik yang tidak memberangsangkan, motivasi murid dan tahap disiplin yang rendah disamping beberapa kelemahan dalam pengurusan dan juga aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, sikap dan attitude para guru yang seolah-olah telah berada pada zon selesa juga menjadi penyumbang kepada kemerosotan isu-isu utama yang diperkatakan tadi. Pada pemerhatian saya juga, para warga sekolah ini seakan-akan telah menerima hakikat bahawa prestasi SMKPLM yang merosot. 2.4 Data Semasa Saya juga turut meneliti data pencapaian SPM dan Kehadiran SMKPLM sejak lima tahun kebelakangan ini. Hasil penelitian saya didapati peratus kehadiran murid tidak pernah melepasi 90 peratus, manakala GPS dalam peperiksaan SPM tidak pernah berada di bawah 6.0. Begitu juga dari aspek peratus lulus, SMKPLM tidak pernah mencatatkan peratus lulus melebihi 50 peratus. Bandingan dua aspek ini, jelas menunjukkan bahawa adanya kolerasi antara peratus kehadiran dengan pencapaian prestasi akademik SMKPLM. 2.5 Rumusan Berdasarkan analisis persekitaran yang dijalankan di atas, telah didapati bahawa isu kehadiran murid yang rendah telah mempengaruhi prestasi akademik SMKPLM. Oleh itu, isu kehadiran yang rendah ini perlulah diatasi segera agar prestasi akademik akan dapat dipertingkatkan. Saya telah menggunakan kaedah analisis SWOC untuk menjana strategi yang sesuai untuk program ini.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
167
Melangkah Ke Sekolah
3.0 PELAKSANAAN 3.1 Pendahuluan Berdasarkan analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang dilaksanakan didapati isu utama SMKPLM adalah masalah kehadiran pelajar dan pencapaian prestasi akademik. Walaupun isu pencapaian akademik juga serius, namun hasil analisa didapati bahawa isu kehadiran perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu kerana isu ini juga memberikan impak terhadap prestasi akademik. Pelaksanaan program menangani masalah kehadiran ini diharapkan dapat meningkatkan kehadiran pelajar (output) dan sekaligus meningkatkan prestasi akademik(outcome). Strategi menangani masalah kehadiran terlebih dahulu dengan harapan memberikan impak yang positif terhadap prestasi akademik adalah dilihat sebagai suatu mekanisme yang terbaik buat masa ini. 3.2 Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran(SWOC) Analisis persekitaran perlu dijalankan terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat status quo,sebelum menjana sebarang strategi. Maklumat ini amat berguna untuk mendapat maklumat terkini tentang sekolah sebelum sesuatu perancangan dijana. Analisis SWOC adalah digunakan bagi mengenal pasti kekuatan,kelemahan,peluang dan cabaran sebelum menjana sebarang perancangan penambahbaikan. Analisis SWOC menegaskan bahawa sesuatu strategi yang baik adalah strategi yang menggarapkan kekuatan dan cuba meminimakan kesan kelemahan yang terdapat dalam organisasi itu, disamping cuba mengambil segala kelebihan yang ada di persekitaran. Berdasarkan perbincangan,pemerhatian dan temubual maka semua kekuatan,kelemahan,peluang dan cabaran yang dikenal pasti telah dirumuskan seperti jadual di bawah.
Jadual 16. 1: Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran (SWOC)
PENJANAAN STRATEGI
FAKTOR DALAMAN
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 Mempunyai 2 orang kaunselor yang sangat rajin
W1 Guru-guru berada pada zon selesa sudah lama.
S2 Majoriti guru mudah menerima perubahan dan bersemangat tinggi
W2 Motivasi murid terhadap pendidikan rendah.
S3 JK Disiplin yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi
W3 Kadar kehadiran murid ke sekolah di bawah 86 %.
S4 Prasana sekolah yang lengkap dan cantik FAKTOR LUARAN
S5 Barisan kepimpinan yang mempunyai komitmen tinggi S6 Kebanyakan murid berdisiplin. S7 Tiada masalah disiplin yang serius
168
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
w4 Kadar ketidakhadiran pelajar dalam peperiksaan juga tinggi
Melangkah Ke Sekolah
PELUANG (O)
S1+S2+S3+O1+O2
W2+O1+O2
O1 AJK PIBG yang komited dengan program sekolah.
Melaksanakan program meningkatkan kehadiran murid ke sekolah komitmen guru dan kerjasama PIBG dan agensi luar
Memantapkan motivasi murid dengan bantuan kepakaran komuniti.
(Strategi 1)
W3+O1+O2
O2 Mempunyai hubungan baik dengan komuniti seperti polis, AADK dan MSU College
(Strategi 2)
Mengadakan program mencegah ponteng sekolah dengan kerjasama PIBG dan komuniti
O3 Sokongan kuat ibu bapa / penjaga
(Strategi 3
CABARAN ( C ) C1Kebanyakan pelajar yang bermasalah, bekerja pada waktu petang dan malam. C2 Tekanan stakeholders terhadap kualiti disiplin dan tahap kehadiran amat tinggi.
S1+S4+S5+C1+C3 Mengadakan sesi dialog atau ceramah dengan para waris dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah (Strategi 4)
C3 Sikap ibu bapa yang tidak bersungguh-sungguh dalam pendidikan anak-anak
3.3 Penjanaan Strategi Kekuatan yang ada dalam organisasi adalah unsur utama yang digembelengkan di samping peluang yang ada dalam penjanaan strategi bagi menangani kelemahan yang ada dalam organisasi itu. Penjanaan stategi ini dilakukan adalah untuk memastikan strategi yang dipilih adalah tepat dan sesuai untuk mencapai objektif yan ditetapkan. Empat strategi telah dikenal pasti hasil daripada perbincangan dengan kumpulan pengurusan. Pemilihan strategi pula dibuat berdasarkan analisa dari aspek kesesuaian, kos dan kebolehlaksanaan. 3.4 Pemilihan Strategik Pemilihan strategi adalah berdasarkan susunan atau ranking yang telah dibuat berdasarkan skala yang telah dipilih berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dibincangkan seperti di bawah. Skala 1 menggambarkan sangat kurang hingga skala 5 menggambarkan sangat banyak.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
169
Melangkah Ke Sekolah
Jadual 16.2: Kriteria Pemilihan Strategi Kriteria Pemilihan
S1
S2
S3
S4
Tahap kesukaran pelaksaan program
2
2
4
5
Sumber kewangan dan kos pembiayaan yang terlibat
5
4
3
3
Kemampuan guru yang bertanggungjawab
5
5
3
3
Peluang dan harapan mendapatkan impak dan kerjasama
5
4
2
2
Kemudahan infrastuktur dan peralatan.
5
5
5
5
Jangkaan kerjasama daripada pihak waris
4
4
2
2
Tahap kesesuaian dengan keperluan terkini
4
4
2
2
Jumlah Skor
30
28
21
22
Keputusan
1
2
4
3
UlasanS1; Menjadi keutamaan dalam pemilihan strategi kerana tahap pemberatan yang tinggi dalam potensi memberikan impak yang baik
3.5
Pelan Taktikal
Strategi : Melaksanakan program meningkatkan kehadiran murid ke sekolah komitmen guru dan kerjasama PIBG dan agensi luar Jadual 16.3 : Pelan Taktikal Bil Bidang/ objektif 1 HEM
Program/ Projek
Aktiviti
Sasaran
Mula Tamat Penyelaras Catatan
DOKUMENTASI Dilaksanakan kepada Jan semua pelajar yang Meningkatkan Melangkah -Fail Disiplin ponteng melebihi 3 Kehadiran ke Sekolah hari . -urusetia pelajar-pelajar kehadiran tingkatan 5 AMARAN -i notification -Sistem Kad
-Dilaksanakan kepada pelajar yang ponteng melebihi 5 hari(hijau)6 hingga 10(kuning)dan yang melebihi 15 hari(merah) -Dikuatkuasakan kepada pelajar yang ponteng melebihi 20 hari
170
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Jan
Okt
Kaunselor
Okt
SU HEM
Melangkah Ke Sekolah
MOTIVASI
1 kali setiap bulan
-i touch DIALOG WARIS -
I call
TINDAKAN SUSULAN
Dilaksanakan kepada waris pelajar yang tahap ponteng melebihi 10 hari Setiap hari oleh urusetia kehadiran
-i see u DIALOG KEHADIRAN
Setiap bulan sekali melibatkan semua yang ponteng bulan tersebut.
LAWATAN SUSULAN
Dilaksanakan kepada pelajar yang ponteng melebihi 10 hari
SISTEM GANJARAN
Cabutan bertuah diadakan setiap bulan di perhimpunan untuk pelajar yang Mengekalkan bilangan kehadiran bulanan melebihi 90%
-I Reward (cabutan bertuah) - academik outreach
3.6
Pelan Operasi Jadual 16.4: Pelan Operasi
STRATEGI
Melaksanakan Program Meningkatkan Kehadiran Murid Ke Sekolah Komitmen Guru Dan Kerjasama PIBG Dan Agensi Luar.
PROGRAM
Melangkah Ke Sekolah
OBJEKTIF
Meningkatkan Kehadiran Pelajar Tingkatan 5
TEMPOH MASA
Januari – Oktober 2019
KPI
Peratus Kehadiran 90 Peratus
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
171
Melangkah Ke Sekolah
LANGKAH
PROSES KERJA
T.JAWAB
MASA
1
Taklimat dan Perbincangan bersama pentadbir
Pengetua
2
Pembentukan Jawatan kuasa kerja
Pengetua
3
Mesyuarat Jawatan kuasa
PK HEM
Januari (Minggu 3)
Pengetua
Januari (Minggu 4)
4
Taklimat kepada guru dan murid
Januari (Minggu 2) Januari (Minggu 2)
5 6 7
Pelaksanaan program Pemantauan Refleksi dan laporan semasa
Kaunselor 1 Feb-Okt GKM Feb-Okt Kaunselor 2 April -Julai
8
Penambahbaikan
PK HEM
JulaI
9
Pendokumentasian
SU HEM
Okt
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Program ini ternyata telah memberikan impak terhadap peratusan kehadiran tingkatan 5, iaitu secara purata peratusannya mencatatkan 89.04 peratus,walaupun gagal mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan,yakni 90 peratus. Berdasarkan data yang diambil daripada sistem APDM Kementerian Pendidikan Malaysia, didapati prestasi kehadiran tingkatan 5 dari bulan Januari hingga Mei mencatatkan peratusan kehadiran yang agak baik sejajar dengan KPI yang telah ditetapkan. Namun peratusan ini mulai menurun ke 87.9 peratus bermula bulan Jun hingga September. Secara umumnya program ini berjaya meningkatkan peratus kehadiran sama ada kepada kumpulan Sasaran iaitu Tingkatan 5 mahu pun prestasi kehadiran semua tingkatan di SMKPLM. Purata peratusan kehadiran yang dicatatkan , iaitu sebamyak 89.04 ternyata agak jauh meningkat berbanding peratusan kehadiran sebelum ini, iaitu di bawah 85 peratus. Dari aspek prestasi akademik pula, didapati terdapat peningkatan yang agak besar dari segi gred purata sekolah, iaitu 7.42 dalam peperiksaan awal tahun dan telah meningkat kepada 6.87 dalam peperiksaan pertengahan tahun dan 6.70 dalam peperiksaan percubaan SPM. Begitu juga dari aspek peratus lulus semua mata pelajaran, prestasi pelajar tingkatan 5 juga telah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 5.6% dalam peperiksaan awal tahun, telah meningkat ke 13.82 dan 16.67%, dalam peperiksaan pertengahan dan peperiksaan percubaan. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa wujudnya kolerasi antara peratus kehadiran murid dengan prestasi akademik. Kehadiran murid yang semakin baik juga telah meningkatkan semangat guru di dalam kelas, malahan semakin bersemangat untuk menyusun jadual-jadual kelas tambahan secara sukarela pada hari cuti persekolahan.
172
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melangkah Ke Sekolah
Kesimpulannya, faktor kehadiran murid dilihat menjadi penggerak kepada kecemerlangan SMKPLM. Hal ini adalah kerana peningkatan peratus kehadiran murid telah menyuntik semangat para guru di dalam kelas, sekaligus mempengaruhi peningkatan prestasi akademik SMKPLM.
Jadual 16.5 : Data Kehadiran JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGO
SEPT
94.38
88.95
93.89
87.87
90.19
87.9
87.12
87.93
83.16
%Kehadiran Sekolah 93.38
91.38
93.13
89.76
90.98
86.18
87.10
88.22
85.13
% Kehadiran 5
% LULUS T5
5.60
13.82
16.67
GPS T5
7.42
6.87
6.70
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Program untuk meningkatkan peratusan kehadiran wajar diteruskan pelaksanaannya dengan beberapa penambahbaikkan dalam intervensinya. Berdasarkan pelaksanaan program ini, didapati tiga kelas yakni kelas 5 UTM,5UPM dan 5UUM telah mencatatkan peratusan ketidakhadiran yang tinggi. Secara kebetulan, tiga kelas ini dikenali sebagai ‘kelas belakang’ dan ini memberikan suatu gambaran bahawa kelas-kelas yang dikenali sebagai ‘kelas belakang’ ini memerlukan perhatian yang lebih sama ada dari aspek kehadiran, motivasi mahu pun prestasi akademik. Keberadaan murid di dalam sekolah dan di dalam kelas merupakan nadi segala kecermerlangan di sekolah. Apabila murid menunjukkan tahap kehadiran yang tinggi, secara tidak langsung telah meyuntik semangat para guru untuk lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan prestasi para pelajar sama ada dalam bidang kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Para guru lebih bersemangat untuk melaksanakan program-program kecemerlaangan akademik. Hal ini sekaligus meningkatkan prestasi akademik SMKPLM.
6.0 RUJUKAN Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional, Kembali Kepada Yang Asas, Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar, Kementerian Pendidikan Malaysia 2013. Rose Aza bin Che Arifin (2017), Meningkatkan Keberadaan Guru Dalam Kelas Sewaktu Jadual Ganti. Jurnal Pendidikan MPSM Kebangsaan, KPM Putrajaya. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
173
Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali (Dr.), Abd. Munir bin Mohd Rashid, Nadimin bin Abdul Aziz, Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa Proses Pembelajaran dan Pengajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia 22013
174
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN EN MAZLAN BIN ALI Pengetua SMK Jeneri
[email protected] HAJAH SITI ARIJA BINTI ABD RAHMAN Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] HAJI ASMADI BIN ABDUL RAHIM@YUSOFF, Pegawai SIP+ PPD Sik
ABSTRAK
Tugas dan tanggungjawab mengurus dan memimpin sesebuah sekolah, amat kompleks dan mencabar. Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani cabaran dunia pendidikan. Persiapan yang mantap membolehkan pengetua menggabungjalinkan segala bidang-bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, Hal Ehwal Murid (HEM) dan sebagainya bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan kemenjadian murid. Pengetua dapat menghayati dan menguasai standard kompetensi kepimpinan apabila mereka mempunyai pengetahuan, memiliki nilai professional dan melakukan amalan terbaik. Walau bagaimanapun, beberapa ciri lain juga penting dalam proses meningkatkan kepimpinan pengurus sekolah. Program ini menempatkan pengetua Berprestasi Tinggi di Sekolah Berprestasi Rendah dan dibimbing SIPartner Plus dari Pejabat Pendidikan Daerah Sik dan Pensyarah dari Institut Aminuddin Baki dalam misi melonjakkan prestasi sekolah. Program ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri, Sik, Kedah. Program ini dijalankan untuk menentukan Perubahan Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota dalam aktiviti PAJSK. Kajian ini membincangkan pendekatan yang sesuai untuk meningkatkan aktiviti pelajar dalam kokurikulum untuk mendapatkan GPS yang lebih tinggi dan mendapat kerjasama penuh daripada agensi-agensi luar. Data Gred Purata Sekolah (GPS) dalam Pengurusan Kokurikulum adalah berdasarkan dari GPS dalam Kelab/ Persatuan, GPS dalam Sukan/ Permainan dan GPS dalam Badan Beruniform. Kata Kunci:Pengurusan Kokurikulum, Pasukan Kadet Polis
1.0 PENGENALAN Tindakan awal saya sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Jeneri ialah mendapatkan maklumat berkenaan profil sekolah daripada Penolong-penolong kanan dan ketua kerani seterusnya mendapatkan maklumat-maklumat tentang prestasi kurikulum, kokurikulum Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
175
KAPOJE MAPAN
dan disiplin pelajar. Semua perkara di atas perlu saya fahami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan penambahbaikan. Setelah mendapat penjelasan dan gambaran, saya mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit penerangan dan tanggungjawab pemimpin pertengahan dan kepentingan 9 bidang keberhasilan utama dalam sesebuah organisasi iaitu pengurusan kepimpinan dalam orgnisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM, Kewangan, pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran, pengursan sumber manusia dan hubungan luar. 1.1
Profil Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri mula dibuka pada tahun 1983. Sekolah ini terletak di bawah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sik, Kedah. SMK Jeneri adalah sekolah kategori Gred B dan sekolah luar bandar. Kumpulan pertama pelajar sekolah ini seramai 68 orang dan kini jumlah keseluruhan pelajar ialah 505 dan terdiri daripada 44 orang guru. Terdiri daripada 15 guru lelaki dan 27 guru perempuan. Pengalaman guru mengajar lebih dari 10 tahun adalah 22 orang, pengalaman mengajar dari 5 tahun hingga 10 tahun adalah 10 orang dan bawah 10 tahun pengalaman mengajar ialah 12 orang. Manakala staf sokongan adalah 10 0rang. Sekolah ini juga mempunyai asrama yang boleh menempatkan 90 0rang pelajar. Jadual 17.1: Maklumat dan Profil SMK JENERI Jenis Sekolah
Sekolah Jenis Kebangsaan
Status Sekolah
Gred B
Lokasi
Luar Bandar
Daerah Pentadbiran
Sik
PPD
Sik
Sesi Persekolahan
1 Sesi
Jenis Bantuan
Kerajaan
Keluasan Sekolah
96070.8 Meter Persegi
Bilangan Bilik Darjah
20
Kod Sekolah
KEA 8019
Nombor Telefon
011-65735188
Nombor Faks
-
Emel Sekolah
[email protected] /
[email protected]
Laman Web Sekolah
-
Pengetua
En. Mazlan bin Ali
Penolong Kanan Pentadbiran
En. Mohamad Nabzrim bin Mohamad Nayan
Penolong Kanan Hal EhwalMurid
En. Hassan bin Ismail
Penolong Kanan Kokurikulum
En. Abdul Wahab bin Che Ahmat
Bilangan Guru
44 orang
Bilangan Staf sokongan
10 ortang
Bilangan Murid
505 orang
Bilangan Kelas
17
176
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN
Mata pelajaran Elektif
Kemahiran Hidup - Teknikal Reka Bentuk & Teknologi Kelas Aliran Sains 4 Sains & 5 Sains : Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan Kelas Aliran Sosial Sains 4&5 Geografi & 4&5Pertanian : Perakaunan/Perniagaan/ Pendidikan Seni Visual/Pertanian
Saya mula melapor diri di SMK Jeneri pada 28 Mei 2018. Ini adalah sekolah pertama saya sebagai pengetua. Sebelum ini saya bertugas Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Pokok Sena 2. Pencapaian dalam bidang Kokurikulum sekolah ini adalah kurang memberansangkan pada tahun 2018 dan boleh dibaiki atau penambahbaikan. Dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) (Kokurikulum) Kementerian Pendidikan Malaysia terdiri daripada 3 komponen iaitu Sukan dan Permainan, Badan Beruniform dan Kelab dan Persatuan. Dalam kajian ini banyak menekankan Badan Beruniform iaitu Pasukan Kadet Polis Sekolah. Merujuk pada data PAJSK tahun 2018 adalah seperti berikut iaitu GPS dalam Kelab/Persatuan adalah 3.01, GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 dan GPS dalam Sukan/ Permainan adalah 3.01. Manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82. Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama ialah membuat analisis SWOT dalam bidang kokurikulum untuk melihat keberadaan sekolah yang sebenar dalam bidang kokurikulum. Daripada analisis ini, dapati pelajar kurang berminat untuk menyertai Pasukan dalam Badan Beruniform, oleh sebab itu GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82 Secara keseluruhan didapati ramai pelajar sekolah ini tidak mempunyai uniform sendiri atau tidak lengkap. Salah satu faktor ialah Ekonomi persekitaran iaitu 458/505 adalah terdiri daripada keluarga B40, iaitu 90.69 Peratus dan hanya 47 pelajar sahaja yang terdiri daripada keluarga bukan B40. Semua data ini berdasarkan atau merujuk kepada data PAJSK yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk meningkatkan Perubahan Pengurusan Kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, saya dan semua warga SMK Jeneri telah merancang satu Perancangan Strategik yang holistik yang merangkumi sembilan bidang dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia. Sebagai seorang pengetua, setiap visi dan misi yang dirancang dapat difahami dan jelas kepada semua guru, Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP), pelajar dan warga SMK Jeneri ke arah mentranformasikan sekolah ke arah peningkatan prestasi kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sekolah. Sesungguhnya penglibatan semua warga sekolah SMK Jeneri dan komuniti setempat seperti PDRM, PIBG, Bank Rakyat, Agro Bank, orang perseorangan akan meningkatkan prestasi kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK selari dengan moto sekolah iaitu Semestinya Kita
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
177
KAPOJE MAPAN
Juara berdasarkan kepada : A. Ikhlas dan jujur B. Bertanggungjawab C. Yakin dan bersedia D. BerfokuS
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Pengurusan Kokurikulum dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah pada tahun 2018 adalah kurang mantap dan lancar. Oleh yang demikian, kualiti penglibatan pelajar atau anggota Kadet dalam aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah semakin menurun. Pada asasnya semasa kehadiran saya di SMK Jeneri, jumlah anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah adalah seramai 15 orang sahaja dan seorang guru penasihat. Isu pertama yang terdapat di SMK Jeneri ialah sebahagian besar pelajar/anggota Kadet Polis tidak mempunyai pakaian/ uniform yang lengkap. Sebahagiannya mempunyai T/Shirt sahaja. Lantaran itu kekurangan atau kelemahan sekolah sebelum ini perlu ditangani dengan segera demi kemajuan sekolah. Analisis SWOT dilakukan untuk mengetahui perbandingan keadaan sekolah dalam bidang kokurikulum.2.1 Analisis Persekitaran Jadual 17.2: Anaslisis Persekitaran melalui Analisis SWOT KEKUATAN (STRENGTHS)
KELEMAHAN(WEAKNESS)
S1 - Pengetua sangat Komited Standard 1
W1 - Beban tugas guru adalah meningkat
Dlm SKPMg2 2019, skor lebih 90%
W2- Pelajar tidak menguasai dalam bidang Kokurikulum
S2 - Mempunyai 4 orang guru terlatih dalam Pasukan Kadet Polis S3 - Mempunyai Bilik Khas Pasukan Kadet Polis S4 - Semua Pentadbir dan Guru memberi sumbangan untuk Pasukan Kadet Polis S5 - Mempunyai seorang guru yang dilantik sebagai Pengerusi Teknik Daerah dalam Pasukan Kadet Polis. PELUANG (OPPORTUNITIES)
W3 - Guru kurang mahir dalam kemahiran bidang Kokurikulum W4 - Pengaruh rakan sebaya, pelajar tidak berminat dalam bidang kokurikulum W5 - Guru kurang melaksanakan aktiviti kokurikulum ANCAMAN (TREATS)
O1 - Sekolah mempunyai jaringan dan jalinan yang T1 - Ibu bapa kurang memotivasikan anak-anak baik dengan SIP+ dan SISC+ pelajar ke arah kecemerlangan Kokurikulum O2 - Sekolah mempunyai kerjasama yang erat T2 - Ibu bapa kurang mampu untuk menyediakan dengan PIBG. uniform Pasukan Kadet Polis. O3 - Mendapat bimbingan dan kerjasama daripada O3 -Masyarakat memberi tumpuan terhadap Jurulatih PDRM akademik/ kurikulum O4 - Mendapat sumbangan dan dana dari ALUMNI O4 - Kurang aktiviti kokurikulum di peringkat SMK Jeneri Daerah. O5- Mendapat sumbangan dan sokongan moral dari O5 - Kurang peruntukan / Dana khas dalam bidang komuniti setempat Kokurikulum oleh KPM
178
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN
Seterusnya kehadiran pelajar/anggota ke aktiviti kokurikulum adalah rendah iaitu 55 Peratus, ini menyebabkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti adalah rendah. Aktiviti kokurikulum kebanyakan dijalankan pada petang hari rabu dan diselang seli dengan Kelab/ Persatuan, Sukan/ Permainan dan Badan Beruniform. Aktiviti melibatkan ramai pelajar contohnya Perkhemahan Bersepadu melibatkan semua unit pasukan badan beruniform peringkat sekolah jarang diadakan. Ini adalah untuk memberi keyakinan kepada pelajar atau ahli kelab dan mencetuskan semangat kerjasama diantara satu sama lain. Selain daripada itu Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Daerah tidak pernah disertai. Jadi, semangat setiakawan dan perhubungan dengan ahli-ahli kelab di luar sekolah tak dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kemahiran guru dalam bidang kokurikulum adalah amat terhad. Tiada guru yang opsyen dalam bidang Sains Sukan atau dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang dapat membantu dalam bidang kokurikulum. Malahan guru yang diberi kursus khas dalam mentadbir atau mengurus Pasukan Kadet Polis Sekolah. Banyak kemahiran seperti latihan kawad, ikatan tali, semboyan, latihan halangan, jalan lasak, perkhemahan dan lain-lain. Peralatan bersangkutan dengan kelengkapan uniform contoh kasut kawad, topi, wisel, tali dan sebagainya tidak mencukupi untuk digunakan sebagai latihan personal atau berkumpulan. Latihan secara personal atau berkumpulan adalah penting untuk menjadikan seseorang yang lasak, cergas dan berketrampilan. Seterusnya tiada bilik khas untuk digunakan Pasukan Kadet Polis Sekolah. Bilik khas ini adalah penting, untuk digunakan untuk bermesyuarat, perbincangan dan menyimpan barang-barang berharga seperti khemah, pinggan mangkuk dan tali. Melalui Analisis SWOT strategi pelaksanaan telah disusun menggunakan kekuatan, kelemahan, peluang serta cabaran. Sejajarkan dengan itu, satu perancangan strategik dan taktikal yang holistik telah dirancang untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di SMK Jeneri. Pelaksanaan Strategi yang pertama ialah mendapatkan sokongan PIBG, Koperasi Sekolah dan Komuniti setempat. Oleh itu, inisiatif awal ialah menubuhkan Jawatankuasa Task Force yang dianggotai oleh komuniti luar untuk membantu pihak sekolah dari segi kewangan. Jawatankuasa Task Force telah bertindak dengan cemerlang dalam menghulur bantuan kewangan atau dana untuk menyelesaikan urusan pembelian uniform Pasukan Kadet Polis Sekolah dan sama-sama bertindak untuk mencari dana daripada syarikat-syarikat korporat. Bersama dengan YDP dan AJK PIBG bersama-sama mendapatkan kasut kawad di KemTentera. Bantuan juga daripada AJK PIBG untuk membaiki kasut-kasut kawad yang telah rosak. Mendapat kerjasama yang erat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik melalui Pegawai Perhubungan Sekolah untuk mendapatkan Jurulatih kawad Pasukan Kadet Polis Sekolah. Jurulatih Kawad Polis hadir ke sekolah dua minggu sekali untuk melatih pasukan Kadet Polis. Sekiranya ada program atau majlis di sekolah yang melibatkan Pasukan Kadet Polis, contohnya Perbarisan Tabik Hormat, Perbarisan Kejohanan Olahraga Sekolah dan Majlis Hari Anugerah Sekolah, pihak jurulatih Polis juga turut membantu.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
179
KAPOJE MAPAN
Pihak sekolah juga mendapat kerjasama sepenuhnya dari Ibu Pejabat Polis Negeri Kedah, kerana telah menyediakan tempat dan memberi peluang 3 orang guru dari SMK Jeneri untuk mengikuti Kursus Asas Kor Kadet Polis di Pusat Latihan Polis Langkawi pada Julai 2019 untuk dianugerahkan Pangkat Inspektor Kadet Polis. Segala ilmu, pengetahuan dan maklumat yang guru-guru penasihat yang dapat semasa berkursus dapat membantu anggota pasukan Kadet Polis Sekolah. Berdasarkan Instrumen Pemetaan Perancangan Perubahan tiga tahun. Pada tahun pertama (Tahun 2019), Pasukan Kadet Polis Sekolah hanya menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Daerah dan memenangi tempat kelima setiap pertandingan di peringkat daerah. Walaubagaimanapun pada tahun 2019, 10 anggota dari Pasukan Kadet Polis Sekolah telah terpilih untuk menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Negeri Kedah di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang. Dalam Perkhemahan itu, anggota dari pasukan Kadet Polis sekolah telah menangi tempat kedua dalam pertandingan Jalan Lasak dan tempat ketiga dalam baca peta. Pada tahun 2019 juga, seorang anggota dari Pasukan kadet polis sekolah telah dipilih untuk menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan, di MRSM Kulim. Semua pengalaman anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah yang menyertai Perkhemahan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dapat dikongsi dengan anggota kadet polis yang lain , ini akan mewujudkan perubahan positif dan akan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK SMK Jeneri.
3.0
PELAKSANAAN P-O-L-C
Aspek penambahbaikan sekolah merupakan perkara yang ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). Penambahbaikan sekolah adalah berkaitan dengan akauntabiliti dan kecekapan pihak kepimpinan sekolah menunaikan tuntutan pihak pemegang taruh, masyarakat khususnya ibu bapa pelajar yang menuntut di sekolah terhadap pencapaian dan kemenjadiaan anak-anak pelajar. Usaha menambahbaik sekolah adalah sesuatu perubahan yang dilakukan secara terancang dan dilaksanakan secara langkah demi langkah menggunakan kaedah yang sesuai supaya membuahkan hasil yang berkesan. Kitaran P-O-L-C menyediakan pendekatan yang mudah lagi berkesan untuk menyelesaikan masalah dan menguruskan perubahan. Kitaran ini boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran. Realitinya SMK Jeneri mempunyai GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82. 3.1
Planning (Merancang)
Merancang adalah penting dalam pengurusan untuk menetapkan matlamat, objektif serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif tersebut. Cabaran dalam Pengurusan Kokurikulum SMK Jeneri adalah untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, dengan demikian akan memberi kesan dalam GPS sekolah dalam bidang Kokurikulum melalui Pasukan Kadet Polis Sekolah. Pemilihan dalam kajian ini, dilakukan semua pelajar tingkatan 2 seramai 86 pelajar dan terdiri dari 3 kelas pada tahun 2019. Bagi melonjakkan peningkatan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, beberapa langkah-langkah perlu dilakukan: i. Menentukan misi dan visi Menentukan misi dan visi SMK Jeneri ialah meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam 180
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN
aktiviti PAJSK iaitu SMK Jeneri mempunyai GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.90 manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum pada tahun 2018 adalah 2.82. Sasaran telah dibuat untuk menentukan pada tahun 2020, GPS dalam Badan Beruniform adalah 2.79 manakala GPS keseluruhan dalam kokurikulum adalah 2.70. Jumlah anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah pada tahun 2018 adalah 15 ahli dan pada tahun 2019 adalah 86 anggota. ii. Menetapkan matlamat dan objektif Analisis SWOT untuk Pasukan Kadet Polis Sekolah dalam Pengurusan Kokurikulum SMK Jeneri telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dan ETR (sasaran),GPS dalam Badan Beruniform dan GPS ke seluruhan dalam kokurikulum bagi selasa 3 tahun. Beberapa siri perjumpaan dan dialog antara pengurusan, guru penasihat dan anggota Pasukan Kadet Polis diadakan untuk mencapai sasaran yang diharapkan. iii. Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat yang diharapkan, setiap 2 minggu sekali latihan telah dilakukan oleh Jurulatih daripada Pasukan PDRM Daerah Sik, untuk memberi kemahiran dalam latihan kawad, undang-undang, motivasi,ilmu kepolisan dan kerjaya. Manakala daripada pihak pengurusan sekolah, guru, PIBG dan waris mencari sumber kewangan dan dana untuk pembelian uniform dan peralatan Kadet Polis Sekolah. iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat Antara perancangan yang dibuat ialah: A. Pelan Tindakan Pelan tindakan jangkamasa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Persatuan Pasukan Kadet Polis Sekolah bagi memastikan matlamat dan sasaran tercapai. B. Pelan Taktikal Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangkamasa pendek dapat memberi panduan kepada guru untuk tindakan dan program yang harus dijalankan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. C. Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan. D. Penambahbaikan Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang segera.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
181
KAPOJE MAPAN
3.2.
Organising (Mengurus)
Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber yang dirancang dalam kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Sumber yang ada harus diurus dengan sebaik-baiknya dan cemerlang terutamanya sumber manusia dan kewangan. Langkah-langkah mengurus adalah seperti berikut mengikut P-O-L-C iaitu: i. Merangka Struktur Organisasi Penubuhan Jawatankuasa Pelaksana bagi memantapkan Pasukan Kadet Polis Sekolah bagi memastikan setiap program berjalan lancar dan mengikut masa yang ditetapkan. Jawatankuasa Pelaksana melibatkan Yang Dipertua (YDP) PIBG dan Pegawai Perhubungan Sekolah dari PDRM. ii. Pengagihan Peruntukan Sumber Menggunakan sumber yang ada untuk menarik minat pelajar atau anggota pasukan kadet polis sekolah iaitu menghantar tiga orang guru penasihat Kadet Polis untuk berkursus asas selama 7 hari di Pusat Latihan Polis di Langkawi dan dikurniakan Pangkat Inspektor. Memohon dua orang Jurulatih dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, untuk melatih anggota Kadet Polis Sekolah iaitu dua minggu sekali. Seterusnya menggunakan saluran PIBG untuk mendapatkan sumbangan dan dana untuk pembelian uniform dan peralatan anggota Pasukan Kadet Polis. Mendapatkan sumbangan kasut-kasut kawat dari Kem Tentera di Kelantan dan Lumut, Perak. iii. Reka Bentuk Kerja Peningkatan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah perlu diurus dengan sistematik melalui beberapa kaedah seperti penyediaan jadual latihan, aktiviti, penyediaan prasarana, pakaian, motivasi, dana untuk makan dan minum semasa latihan. Hasil daripada bekerjasama dengan PIBG, semua anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah telah mempunyai uniform yang lengkap dan mempunyai bilik operasi Kadet Polis. 3.3 Leading (Kepimpinan) Kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistik di dalam organisasi yang dipimpinnya.Kepimpinan adalah penting untuk mencapai matlamat iaitu meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, khasnya dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah. Corak kepimpinan yang selalu diguna pakai ialah Kepimpinan Melalui Teladan, contoh dalam kutipan sumbangan kewangan, pengetua akan menjadi contoh .Untuk SMK Jeneri, pengetua memberi sumbangan lebih awal. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanan telah menetapkan semua guru dan AKP dicadangkan untuk memberi sumbangan kewangan. 3.4 Controlling (Kawalan) Fasa Kawalan adalah amat penting untuk menghasilkan output yang disasarkan dan membentuk organisasi yang semakin berkembang dan kompleks. Oleh sebab itu penyelarasan dan kawalan 182
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN
dari segi pentadbiran adalah amat penting. Kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama. Koordinasi organisasi yang baik dan cemerlang akan menghasilkan hasil yang baik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang harmoni akan menghasilkan pemimpin yang disegani dan dihormati. Oleh dengan demikian, saling hormat menghormati, saling bekerjasama dan tolenrasi diantara satu sama lain, antara guru penasihat dengan anggota Pasukan Kadet Polis atau Juru latih adalah amat penting untuk mewujudkan keharmonian untuk mencapai sasaran iaitu untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK
Penilaian merupakan satu proses sistematik bagi mengumpul, menganalisis dan mentafsir data untuk membuat keputusan mengenai keberkesanan program di samping memastikan kawalan kualiti. Penilaian dibuat untuk melihat keberkesanan dan manfaat program bagi menentukan program dilaksanakan. Selain daripada itu, penilaian juga dibuat untuk melihat kekuatan dan kelemahan program bagi tujuan perancangan masa depan. Selepas mewujudkan KPI dan menetapkan sasaran prestasi bagi setiap KPI, organisasi atau sekolah hendaklah melaksanakan pengukuran dan penilaian prestasi dengan cara mengumpul maklumat atau dengan data PAJSK dengan menilai pencapaian dengan membandingkan pencapaian sebenar dengan sasaran prestasi yang telah ditetapkan. Untuk mencapai hasrat yang diidamkam, pihak pentadbir dan warga sekolah perlu banyak berkorban dari wang ringgit, tenaga, masa dan keringat untuk meningkat kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti Kokurikulum iaitu Pasukan Kadet Polis Sekolah dan memberi kesan dalam PAJSK. Untuk SMK Jeneri, untuk mendapat sumbangan bermula daripada pengetua, Semua Penolong Kanan, Semua Guru Kanan, Kaunselor, Semua Guru, Semua AKP, YDP , NYDP dan AJK PIBG, hasilnya mendapat sumbangan RM 4000.00. Manakala sumbangan dari Koperasi Sekolah, Penguasa Kantin, Penguasa Dewan Makan Asrama, PIBG, ADUN Jeneri, Parliman Sik dan orang perseorangan RM 6000.00.Hasil sumbangan ini untuk membeli uniform dan aksesori pakaian. Semua anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah seramai 86 orang mempunyai pakaian lengkap.Manakala kasut Kawat mendapat sumbangan daripada Kem Tentera.Dalam masa yang sama, tidak lupa untuk membuat perubahan dari segi akademik, disiplin dan sahsiah pelajar atau anggota yang merupakan eleman utama untuk mencapai kecemerlangan. Walaupun demikian, penekanan harus diberi perhatian terhadap penglibatan pelajar dalam Kurikulum, supaya pelajar mendapat pendidikan yang seimbang dalam semua aspek pendidikan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelaktuai (JERI). Pada tahun 2018, kekuatan anggota Pasukan Kadet polis Sekolah seramai 15 ahli sahaja, tetapi setelah Pengurusan Kokurikulum bagi unit beruniform Pasukan Kadet Polis sekolah ditadbir oleh Jawatankuasa Pelaksana ProPeKS, jumlah kekuatan anggota telah bertambah dari sasaran iaitu 86 ahli berbanding sasaran pada tahun pertama ialah 36 orang ahli. Manakala pada tahun 2020 adalah 113 orang ahli, telah melebihi sasaran cuma 72 orang ahli.Inilah hasil berkat dan kerjasama dari
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
183
KAPOJE MAPAN
semua pihak bermula daripada pengetuan, barisan Penolong Kanan, semua Guru Kanan, Kaunselot dan semua Guru. Manakala dalam kategori Pemegang Pangkat dalam Pasukan Kadet pada tahun 2018 , tiada pemegang pangkat iaitu hanya kesemua adalah Konstabel. Sasaran pihak sekolah pada tahun 2019, ada anggota yang memegang pangkat Kopral dan pada tahun 2020 ada anggota yang telah lulus Pangkat Sarjan. Pada tahun sebenar 2019, Pasukan Kadet Polis Sekolah SMK Jeneri telah lulus tapisan kenaikan pangkat IPD Sik iaitu seramai 5 anggota telah dinaikan Pangkat Kopral.. Manakala pada tahun 2020, Pasukan Kadet Polis Sekolah telah lulus tapisan kenaikan pangkat IPD Sik iaitu 2 anggota telah dinaikan Pangkat Sarjan. Manakala dalam menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis di Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Sebelum tahun 2019, tiada ada ahli atau anggota yang menyertai perkhemahan anjuran dari PDRM. Sasaran Jawatankuasa Pelaksana ProPeKS sekolah telah mensasarkan pada tahun 2019, ada anggota menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Daerah dan pada tahun 2020 telah menyertai Perkhemahan Peringkat Negeri. Untuk tahun sebenar pada tahun 2019 seramai 10 anggota Pasukan Kadet Polis telah menyertai Pekhemahan Peringkat Negeri dan seorang anggota telah menyertai Perkhemahan Pasukan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di MRSM Kulim, Kedah. Dalam Pemetaan sasaran tiga tahun, Pasukan Kadet Polis Sekolah telah mensasarkan setiap pertandingan yang dipertandingan, haruslah mendapatkan tempat ke5 peringkat Daerah pada tahun 2019, manakala pada tahun 2020 mendapat tempat ke3 dan pada tahun 2021 mendapat tempat pertama atau Johan dan dapat mewakili Daerah dalam pertandingan Peringkat Negeri. Walaubagaimanapun pada tahun 2019, dalam pertandingan peringkat negeri, anggota Kadet Polis telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam Pertandingan Jalan Lasak dan tempat ke3 dalam Membaca Peta. Pertandingan di Peringkat Daerah tidak dapat dilakukan oleh Urusetia kerana PPD baru wujud pada tahun 2019,pecahan daripada PPD Baling Sik. 5.0 RUMUSAN Sebagai seorang pengetua Berprestasi Tinggi haruslah mampu bertindak sebagai peneraju, pendorong dan pembimbing dalam mencetus idea, inovasi, kreatif dan imaginasi ke arah melahirkan sekolah dan pelajar yang berkualiti tinggi. Kejayaan sesebuah sekolah dikaitkan dengan kualiti kepimpinan. Pengetua yang cemerlang ialah pemimpin yang berkesan, iaitu pengetua yang dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan akademik dalam bentuk kemenjadian pelajar. Dalam usaha menggerakkan perubahan dalam bidang pengurusan kokurikulum iaitu dalam Pasukan Kadet Polis Sekolah untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK, pihak Jawatankuasa Pelaksana telah menggadakan Program bersama dengan Pasukan PALAPES UUM iaitu program bertema Born To Be a Leader selama 3 hari 2 malam. Anggota Pasukan Palapes sebagai Fasilitator seramai 40 orang anggota dan anggota unit beruniform dari pelbagai unit dari SMK Jeneri seramai 160 orang. Dalam program ini diselitkan pelbagai aktiviti seperti Latihan Kawad, Ceramah Motivasi, Ceramah Kerjaya, Latihan Lasak, Membaca Peta, Pertandingan Masak, Pertolongan Cemas, Ikhtiar Hidup dan Kuliah Agama selepas sembahyang berjemaah. Program ini telah diadakan pada 18-20 April 2019 di SMK Jeneri.
184
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KAPOJE MAPAN
Untuk memantapkan lagi Pasukan Unit beruniform SMK Jeneri, pihak pengurusan sekolah dengan kerjasama agensi-agensi luar atau Jabatan berdekatan telah mengadakan ceramah dan pameran Jabatan masing-masing. Agensi yang telah turut serta ialah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan Daerah dan Institut Kemahiran Mara (IKM). Program ini bertema Sahabat Bijak Safe and Protect, telah diadakan pada 25 Julai 2019. Setelah setahun pembentukan Pasukan Kadet Polis Sekolah di SMK Jeneri dalam program ProPeKS ini, kebanyakan Majlis dan Program yang diadakan di sekolah melibatkan anggota Pasukan Kadet Polis, contohnya Perbarisan Hari Kejohanan Olahraga Sekolah, Perbarisan Tabik Hormat Mesyuarat Agung PIBG, Perbarisan Tabik Hormat Hari Anugerah Cemerlang, Kawalan lalu lintas semasa Pertandingan Merentas Desa Sekolah, Pengacara Perhimpunan Pagi dan Lakonan Sambutan Hari Kemerdekaan. Merujuk pada data PAJSK peringkat sekolah, Gred Purata Sekolah (GPS) dalam bidang Kelab/ Persatuan, GPS dalam bidang Badan Beruniform, GPS dalam bidang Sukan/ Permainan dan GPS keseluruhan dalam bidang kokurikulum menunjukkan peningkatan, berbanding tahun sebelumnya. Secara lebih terperinci untuk GPS dalam Kelab/ Persatuan pada tahun 2018 ialah GPS 3.01, tahun 2019 ialah GPS 2.95 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS 2.89. Manakala GPS dalam Badan Beruniform pada tahun 2018 ialah GPS 2.90, tahun 2019 ialah GPS 2.83 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS ialah 2.79. Manakala GPS dalam Sukan/ Permainan pada tahun 2018 ialah GPS 3.01, tahun 2019 ialah GPS 2.92 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS 2.85. Untuk keseluruhan GPS dalam Kokurikulum SMK Jeneri pada tahun 2018 ialah 2.82, tahun 2019 ialah GPS 2.76 dan sasaran pada tahun 2020 ialah GPS ialah 2.70. Ini menunjukkan terdapat peningkatan dari segi GPS dalam Badan Beruniform dan GPS keseluruhan dalam bidang Kokurikulum. Hasil kerjasama dan komitmen dari Pentadbir dan warga sekolah SMK Jeneri serta dari inesiatif dari YDP, NYDP dan AJK PIBG sekolah dan jurulatih dari Ibu pejabat Polis Daerah Sik dan penyumbang dana untuk meningkatkan kualiti penglibatan pelajar atau anggota Pasukan Kadet Polis dalam aktiviti PAJSK. Pengetua Berprestasi Tinggi membuktikan kepimpinan yang ada akan melakukan perubahan dalam pengurusan kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan akan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK dengan visi dan misi yang jelas. Perancangan berterusan, penglibatan semua warga dalam aktiviti, keputusan secara kolektif dan pendekatan musyawarah serta hubungan baik dengan komuniti luar atau setempat akan meletakkan kepimpinan sekolah akan dihormati dan seterusnya akan cemerlangkan SMK Jeneri. Kejayaan yang dicapai ini bukan satu kejayaan yang mudah. Setinggi penghargaan kepada Pn. Hajah Siti Arija binti Abdul Rahman, Pensyarah Kanan dari IAB, Tn. Haji Asmadi bin Abdul Rahim, dari PPD Sik serta warga SMK Jeneri, Sik dan PIBG SMK Jeneri yang telah bekerjasama serta memberi sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam menghasilkan kajian Perubahan Pengurusan Kokurikulum (Pasukan Kadet Polis Sekolah) yang mapan meningkatkan kualiti penglibatan pelajar dalam aktiviti PAJSK SMK Jeneri.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
185
KAPOJE MAPAN
6.0
RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2009), Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009, IAB Genting Highlands. Institut Aminuddin Baki (2016), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, IAB Genting Highlands. Institut Aminuddin Baki (2016), Dasar dan Hala Tuju, IAB Bandar Enstek Institut Aminuddin Baki (2016), Mengurus Perubahan dan Inovasi, IAB Bandar Enstek Md. Said Daimon (2019), Ringkasan SKPMg2, Alat Pengurusan Sekolah. Koperasi Pendidikan Daerah Batu Pahat Berhad, Johor Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), KPM
186
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz HEBAT NUR’ASIKIN BINTI OTHMAN Pengetua SMK Tunku Abd. Aziz
[email protected] HAJAH SITI ARIJA BINTI ABD. RAHMAN Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] AZIMAH BINTI MAHMUD Timbalan PPD Kota Setar
ABSTRAK Isu yang dilihat di SMK Tunku Abd. Aziz ialah kurang rasa bangga terhadap diri sendiri dan sekolah. Sebab itu lah isu yang dipilih untuk diselesaikan ialah Peningkatan “self esteem” Dalam Kalangan Murid Untuk Membentuk Kemenjadian Murid. Murid mempunyai potensi untuk menyerlah dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulum .Keputusan yang dicatatkan dalam SPM menunjukkan potensi meningkat GP dari tahun ke setahun. GP SPM tahun 2016 ialah 5.93 dan melonjak sebanyak 0.16 kepada 5.77 . Tren prestasi ini terus meningkat pada keputusan SPM 2018 dengan GP 5.45. ETR sebenarnya untuk tahun 2018 adalah 5.5 sejajar dengan misi kurikulum tahun 2018 ialah #misi5.5. Lonjakan prestasi sebanyak 0.32 adalah kerana usaha pengurusan terus menerus meningkat “seft esteem” murid untuk mencipta kejayaan. Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid dan Pengurusan Kurikulum
1.0 PENGENALAN
Pengetua telah melapor diri di SMK Tunku Abd Aziz pada 16 Februari 2017. Sebelum itu pengetua bertugas di SMK Tengku Laksamana. Saya dipindahkan ke SMK Tunku Abd. Aziz atas dasar pertukaran setara. SMK Tunku Abd Aziz adalah sebuah sekolah yang berada di band 6 NKRA mengikut laporan SKPMg 2016. SMK Tunku Abd.Aziz adalah sebuah sekolah gred A berada di luar bandar dan telah ditubuhkan pada tahun 1965. Jumlah enrolmen pelajar setiap tahun semakin menurun kerana faktor demografi setempat. Kawasan sekeliling sekolah adalah penempatan yang agak lama dan penduduk terdiri daripada penduduk yang sudah lama tinggal di kawasan itu. Tidak berlaku penempatan baru yang boleh membantu penambahan enrolmen pelajar. Ini berlaku di hampir semua sekolah kawasan sekitar.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
187
AnAz Hebat
Jadual 18.1: Enrolmen pelajar 2015- 2019 TAHUN
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN-LAIN
JUMLAH
2015
722
329
12
4
1067
2016
682
307
6
8
1003
2017
616
298
9
3
926
2018
529
235
7
3
841
2019
632
209
10
3
834
SMK Tunku Abd. Aziz mempunyai guru yang mencukupi dan mempunyai pelbagai bidang elektif. SMK Tunku Abd. Aziz mempunyai paling banyak matapelajar elektif di peringkat SPM yang mana boleh dipilih oleh pelajar mengikut kesesuaian dan pencapaian mereka. Jadual 18.2: Mata Pelajaran dan keputusan SPM 2018 BIL
MATA PELAJARAN
BIL CALON
% LULUS
1
BAHASA MELAYU
128
92.19
2
SEJARAH
128
78.9
3
BAHASA INGGERIS
128
57
4
MATEMATIK
128
75.8
5
PENDIDIKAN ISLAM
89
80.7
6
SAINS
107
89.7
7
FIZIK
21
100
8
KIMIA
21
100
9
BIOLOGI
16
100
10
MATEMATIK TAMBAHAN
27
81.5
11
PENDIDIKAN MORAL
39
74.4
12
KESUSASTERAAN MELAYU
9
100
13
GEOGRAFI
12
100
14
PENDIDIKAN SENI VISUAL
55
100
15
PERTANIAN
11
100
16
REKA CIPTA
12
100
17
PERAKAUNAN
13
92.3
18
SAINS RUMAHTANGGA
9
100
19
PERNIAGAAN
11
100
20
SAINS KOMPUTER
12
100
21
BAHASA CINA
34
100
22
TASAWUR ISLAM
7
100
23
LANDSKAP DAN NURSERI
23
100
Hasil pemerhatian dan analisis saya terhadap trend keputusan SPM di SMK Tunku Abd. Aziz ini, menunjukkan bahawa sekolah ini mempunyai potensi untuk mencipta keputusan yang lebih baik setiap tahun. Berikut ialah keputusan peperiksaan dari tahun 2014 sehingga 2018.
188
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat
Jadual 18.3 : Keputusan SPM 2014 -2018 (Gred Purata) SPM 2014
2015
2016
2017
2018
Gred Purata Sekolah
6.72
5.94
5.93
5.77
5.45
Peratus Semua A
0.43
0.53
0.00
0.00
1.56
Peratus minima 6A
1.72
3.15
1.59
5.50
5.47
Peratus layak Sijil
62.23
76.72
75.27
73.85
77.34
Peratus Gagal Semua MP
6.87
1.59
1.59
0.00
0.00
KRITERIA
Sebagai pemimpin sekolah, saya telah menggunakan segala kekuatan yang ada di sekolah bagi memacukan sekolah ke arah kecemerlangan dalam berbagai bidang. Dengan sumber yang sedia ada di sekolah, saya membina pasukan kerja yang mempunyai halatuju mengikut bidang iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan Hal Ehwal Murid, Pengursan Kokurikulum dan Pengurusan Tingkatan 6. Saya yakin dengan moto iaitu “ Pelajar Berdispilin Pasti Berjaya”. Oleh kerana itu saya memilih untuk meningkatkan “self esteem” di kalangan murid bagi membentuk kemenjadian murid dengan menggunakan #Sahsiah Unggul. Saya juga telah membudayakan warga sekolah dengan “tagline” , yang menjadi titik fokus setiap pelaksanaan program sekolah mengikut pengurusan. 1 . #sekolahku_kebanggaanku (umum) 2. #misi5.5(kurikulum) 3. #sahsiah_unggul( HEM) 4. #go4gold(kokurikulum) 5. #sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa 6. #bethefirst(2019) 1. MENGENAL PASTI MASALAH DAN ISU SMK Tunku Abd.Aziz adalah sebuah sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan iaitu isu disiplin. Dengan moto “pelajar berdisiplin pasti berjaya”, masalah disiplin ditangani dengan sebaik mungkin bagi meningkatkan kejayaan dalam kemenjadian pelajar dalam pelbagai bidang.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
189
AnAz Hebat
Jadual 18.4: Analisis isu ASPEK PENGURUSAN HEM
ISU DALAMAN
ISU LUARAN
1. Kehadiran murid ke sekolah di bawah 1. 20% murid datang daripada keluarga 90%. bermasalah dan sosioekonomi rendah. 2. 30% murid terlibat dalam kesalahan disiplin seperti ponteng kelas. 3. Sikap pelajar yang rendah motovasi dan kurang keyakinan diri. 4. Rekod disiplin yang kurang tersusun sebelum STARD. 5. Murid daripada sekolah “feeder” yang persekitarannya tidak kondusif. 6. Kompetensi PdPc guru yang masih pada tahap baik (80-89%) – standard 4
2. Pengaruh media social seperti facebook, WhatsApp, Twitter, WeChat, Youtube dan Instagram. 3. 10% murid bekerja selepas waktu sekolah. 4. Tahap kesedaran ibubapa terhadap kepentingan akademik masih rendah. 5. Jabatan/PPD sering memerlukan khidmat guru-guru pada waktu persekolahan.
Jadual 18.5: Analisis Persekitaran melalui Analisis SWOT KEKUATAN
KELEMAHAN
1. Kerjasama yang sangat baik dengan pihak pengurusan tertinggi dengan unit disiplin.
1. 30% murid terlibat dalam kesalahan disiplin seperti ponteng, melawan guru dan lain-lain.
2. 10 orang guru disiplin yang komited.
2. Sikap murid yang rendah motivasi dan kurang keyakinan diri
3. Pengetua memberi sepenuhnya sokongan terhadap program sekolah. 4. 80% daripada guru memberi idea-idea yang kreatif.
3. Rekod disiplin tidak tersusun sebelum “STARD”.
5. 100% guru memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap program-program sekolah. 6.100% warga sekolah menjiwai semangat perpaduan. 7. Pengunaan Sistem kehadiran Pepatih MySekolah sejak bulan Januari 2019 sangat membantu untuk memantau kehadiran murid dan disiplin murid. PELUANG 1. PIBG menyokong sepenuhnya program sekolah. 2. JKM, PDRM, AADK, Pejabat Pusat Khidmat Parlimen dan ADUN Pengkalan Kundur memberikan kerjasama yang baik.
ANCAMAN 1. Murid bermasalah datang daripada persekitaran yang tidak konstruktif. 2. 10% keluarga terdiri daripada keluarga bermasalah. 3. 10% keluarga berpendapatan rendah.
Inovasi STARD (Sistem Terbaik Amalan Rekod Disiplin ) adalah satu inovasi yang telah diperkenalkan sejak tahun 2005. Pada tahun 2019, sistem ini telah dibuat penambaikkan. Elemen
190
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat
penghargaan ditekan melebihi hukuman kerana kita mahu menaikkan semangat pelajar-pelajar untuk mencipta kejayaan. Kebanggan kepada sekolah adalah kunci kepada usaha memajukan diri demi menaikkan nama sekolah dalam pelbagai bidang. ‘Sekolahku Kebanggaanku” diperkenalkan menjadi “tagline” sekolah sehingga hari ini. Mana-mana pelajar yang menyumbang kejayaan kepada sekolah akan dihargai dengan dengan sebaik mungkin. Nama dan gambar mereka akan diletakkan di “Laluan Bintang”. Tingkatkan penghargaan dan pujian akan secara tidak langsung akan mengurangkan masalah disiplin. Pelajar berlumba-lumba berusaha untuk mendapat kejayaan dalam setiap bidang.
2. PELAKSANAAN (P- 0 – L –C) Saya sedar banyak yang saya boleh lakukan untuk menaikkan nama SMK Tunku Abd. Aziz di peringkat daerah, negeri, dan juga kebangsaan. Mengurangkan masalah disiplin dan menaikkan nama sekolah adalah fokus utama saya. 2.1 Planning ( Merancang) Merancang adalah penting dalam pengurusan di mana saya harus menetapkan matlamat, objektif serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai objektif. Antara cabaran utama saya ialah meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan umum dan menyerlah dalam kokurikulum. i. Menentu arah tuju sekolah Saya telah menetap arah tuju sekolah dengan menggunakan “hash tag” setiap bidang. #sekolahku_kebanggaanku(umum) #misi5.5.(kurikulum) #sahsiah_unggul(HEM) #go4gold(kokurikulum) #sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa Untuk berjaya, seorang murid perlu ada cita-cita untuk membanggakan diri dan sekolah. Rasa bangga dengan sekolah akan menjadi titik permulaan untuk bergerak mencipta kejayaan. i. ii. iii.
Menetapkan matlamat dan objektif Analisis SWOT unit HEM dibuat bagi memastikan masalah disiplin tidak lagi menjadi masalah untuk melonjak kejayaan dalam pelbagai bidang. Menyusun Strategi Bagi mencapai matlamat melonjak kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum pelbagai strategi telah dirangka. Antaranya ialah data Headcount. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
191
AnAz Hebat
Antara perancangan yang dibuat ialah: a) Pelan Tindakan Pelan tindakan 3 tahun untuk unit HEM b) Pelan Taktikal Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. c) Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan. d) Penambahbaikan Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar yang segera. 2.2 Organising (Mengurus) Mengurus ialah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. i. Merangka Struktur Organisasi Jawatankuasa Pelaksana bagi setiap program telah ditubuhkan bagi memastikan program– program kecemerlangan berjalan dengan lancar. ii. Pengagihan Peruntukan Sumber Menyedari akan kepentingan hasil yang bakal didapati nanti dari program HEM ini, jenis program, impak program dan guru yang terlibat amat penting. Program yang dipilih mestilah mempunyai impak yang menyeluruh dan tidak menggunakan kos yang tinggi. iii. Reka Bentuk Kerja Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan baik bertepatan dengan sumber yang ada di sekolah. Program Laluan Bintang adalah untuk mengiktiraf pencapaian pelajar dan guru dalam pelbagai bidang. Saya memaklumkan pada awal lagi bahawa semua kejayaan murid dan guru akan dihebahkan melalui “banner” yang dipasang dilaluan utama warga sekolah. Sebagai seorang pengetua saya memastikan sekolah sentiada menjadi “bualan” ramai dari segi perkara yang baik-baik. Saya membina rangkaian yang baik dengan media untuk mempromosikan sekolah . Ini bertepatan dengan #sekolahku_ kebanggaanku. Aplikasi yang didapati sesuai digunakan akan diguna pakai seperti Aplikasi “Pepatih Mysekolah”\. Aplikasi ini memudahkan kerja pengurusan HEM. Pelan Strategik dan Pelan Taktikal dibuat bagi memastikan program yang dirancang berjaya.
2.3 Leading (Kepimpinan) Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai
192
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat
matlamat organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab untuk membina kejayaan di SMK Tunku Abd.Aziz, saya telah berusaha membentuk SMK Tunku Abd Aziz menjaya mendapat pengiktirafan inovasi terbaik disipilin peringkat kebangsaan dan seterusnya menjadi bualan masyarakat di luar sana sebagai sebuah sekolah yang “viral” di media elektronik(TV) dan media cetak(akhbar). Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah SMKTAA. S
: Self Esteem
M
: Mahir
K : Keterbukaan T : Teknologi A : Akrab A : Amal 2.4 Controlling (Kawalan) Bagi membentuk dan membangunkan organisasi yang semakin berkembang dan kompleks memerlukan penyelarasan dan kawalan menguruskannya. Oleh itu, kemahiran mengawal adalah perlu bagi mempengaruhi sumber manusia untuk bekerjasama ke arah matlamat yang sama dan mewujudkan keadaan untuk tindak balas secara kolektif. Sebagai seorang pemimpin saya mampu mengkoordinasi organisasi dengan cemerlang bagi mendapat hasil yang terbaik. Kemahiran menyusun atur sesuatu organisasi dengan cara yang harmoni meletakkan saya sebagai pemimpin yang disegani dan dihormati serta menjadi contoh dalam kepimpinan. Kajian personaliti dan kajian sikap pekerjaan dalam Behavioral Science memberikan pandangan penting mengenai keperluan untuk penyelarasan dan kawalan. Oleh itu, menjadi keutamaan untuk saya mewujudkan keharmonian antara usaha individu ke arah mencapai matlamat organisasi. Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Management by Walk About, Pencerapan PdPc Guru, Dialog Prestasi,Team Building, Pemimpin Turun Padang, Pemantauan Kehadiran Murid dan Guru.
3.0 PENILAIAN DAN IMPAK SMK Tunku Abd. Aziz telah menempa nama di peringkat tertinggi sehingga tahun 2019. Hasil kerja keras semua warga SMK Tunku Abd. Aziz secara kerjasama kami telah menjadi sebutan komuniti setempat dan luar. SMK Tunku Abd. Aziz di kenali sebagai sebuah sekolah yang viral di media cetak dan media elektronik. Impak Kejayaan SMK Tunku Abd.Aziz di bahagikan kepada 3 bidang. (a) Kurikulum (#misi5.5 /2018 dan #misi5.29 /2019) Keputusan SPM telah menunjukkan tren menaik.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
193
AnAz Hebat
SPM 2014
2015
2016
2017
2018
Gred Purata Sekolah
6.72
5.94
5.93
5.77
5.45
Peratus Semua A
0.43
0.53
0.00
0.00
1.56
Peratus minima 6A
1.72
3.15
1.59
5.50
5.47
Peratus layak Sijil
62.23
76.72
75.27
73.85
77.34
Peratus Gagal Semua MP
6.87
1.59
1.59
0.00
0.00
KRITERIA
Rajah 18.1: Analisis SPM 2014 –SPM 2018
Dengan keputusan SPM yang mengikut tren meningkat ini, memberi keyakinan kepada guruguru dan juga komuniti setempat bahawa SMK Tunku Abd. Aziz berada di landasan yang betul untuk mencipta kejayaan seterusnya. Tren memberi kepercayaan kepada komuniti setempat untuk terus memastikan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran peringkat menengah di SMK Tunku Abd Aziz. (a) Kokurikulum (#go4gold) SMK Tunku Abd Aziz telah mendapat kejayaan yang sangat membanggakan dalam bidang sukan dan permainan dan juga koakademik. Untuk membentuk rasa bangga mewakili sekolah, saya telah membina satu nama khas bagi setiap pasukan. Murid yang mewakili sekolah dalam setiap pasukan membawa nama pasukan dan nama sekolah dengan rasa bangga. Pasukan Robotik : ARC (Aziz Robotic Club) Pasukan Merentas Desa : DTCC (Dream Team Cross Country) Pasukan Olahraga : ATF (Aziz Track and Field ) Pasukan Choral Speaking : Golden Teens Team Choral Speaking Pencapaian mereka sangat membanggakan sekolah dan mendapat perhatian pelbagai pihak. Pada baru-baru ini Caltex Cevron MyKasih Foundation telah menyumbang 2 set robot EV3 dalam program FUEL YOUR SCHOOL bersama 27 sekolah yang lain di negeri Kedah. Lokasi sekolah pula terpilih untuk membuat penggambaran bagi tujuan promosi program tersebut. Gambar 18.1:Sumbangan dari Caltex Cevron My Kasih Foundation : 2 set EV3 Lego Robotic
194
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Gambar 18.2 : Sesi penggambaran video Fuel Your School
AnAz Hebat
Kejayaan murid dalam bidang robotik ini telah menaikkan semangat anak-anak murid yang ratanya dari kampong untuk terus berjaya. Mereka lebih yakin dan tidak segan-segan menyatakan bahawa mereka adalah pelajar SMK Tunku Abd.Aziz. (c) Hal Ehwal Murid (#Sahsial Unggul) Mengurangkan Salah Laku dalam Kalangan Pelajar Penggunaan STARD ini telah banyak membantu pihak sekolah dalam menanggani isu-isu disiplin dikalangan murid. Isu-isu disiplin utama sekolah seperti ponteng sekolah, tidak minat belajar, perkauman, vandalism dan kekemasan diri Berjaya dikurangkan.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA 4.1 Meningkatkan Pencapaian Akademik Selain daripada mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan kehadiran pelajar, penggunaan STARD ini secara lansung dapat membantu pihak sekolah dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Apabila masalah disiplin dapat dikurangkan dan kehadiran pelajar kesekolah meningkat, sudah pasti pelajar mempunyai motivasi untuk belajar dengan lebih lagi. Motivasi yang tinggi untuk belajar yang tinggi ini akan memberi kejayaan kepada pelajar. Jika dilihat pada Analisis Pencapaian Akademik SPM dari 2014 hingga 2018, ia menunjukkan penurunan Gred Purata Sekolah. Penurunan Gred Purata ini menunjukkan peningkatan kelulusan pelajar.
Gambar 18.3 : Suasana harmoni di sekolah dengan pelbagai kaum
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
195
AnAz Hebat
Penggunaan STARD juga dapat merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat. Murid yang mendapat surat saman ini dikehendaki memberitahu waris untuk berjumpa ketua Guru Disiplin atau pihak Pengurusan Sekolah. Hasil daripada perjumpaan ini, waris akan diberitahu mengenai masalah yang berkaitan dengan anak mereka. Dalam perbincangan ini, Guru-guru lebih suka menyelesaikan sesuatu isu murid secara ‘win-win situation’ dengan waris. Perbincangan secara ‘win-win situation’ ini akan mewujudkan hubungan yang baik antara guru dan waris. Perhubungan yang baik ini bukan hanya pada waktu persekolahan sahaja, malah lebih daripada itu. Contohnya semasa ada kematian guru akan menziarahi, mengunjungi ke rumah murid, memberi bantuan kepada keluarga murid miskin dan lain-lain. Kejayaan Unit HEM Di Peringkat Kebangsaan Unit HEM khasnya bahagian Disiplin telah diberi pengikhtirafan Penarafan 5 Bintang Pengurusan Disiplin Cemerlang peringkat Kebangsaan pada 13 November 2019 semasa Simposium dan Ekspo Kaunseling Serta Pembangunan Sahsiah Murid Peringkat Kebangsaan Kali ke 6: Gambar 18.4 : Sijil Pengikhtirafan Unit HEM Peringkat Kebangsaan
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Berjaya atau tidak sesebuah organisasi adalah bergantung kepada pemimpinnya. Di antara ciri-ciri pengetua berprestasi tinggi ialah bekerja dengan guru berkaitan dengan guru dan bukan sekadar memberi arahan sahaja. Pemimpin yang hebat tidak takut mengambil pendekatan memberi kuasa berpasukan kepada kebanyakan perkara dan mencipta komuniti pembelajaran dalam sekolah mereka. Saya memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru untuk bersama-sama mencipta pembelajaran yang berkesan secara bersama. Pembelajaran bukan setakat berjaya di dalam bidang kurikulum sahaja tetapi juga berjaya di dalam bidang kokurikulum dan juga dalam bidang sahsiah. Pengetua percaya murid yang berdisiplin pasti berjaya. Oleh kerana itu untuk menghasilkan kejayaan kepada sekolah, sumbernya iaitu murid mesti berdisiplin. Murid dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling
196
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
AnAz Hebat
penting, pada waktu dulu para murid tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya. Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk murid menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk murid berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan murid sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para murid. Pengetua yakin apabila murid telah mempunyai “self esteem” yang tinggi mereka akan rasa malu untuk melakukan kesilapan. Mereka akan berusaha untuk menempa kejayaan demi diri dan sekolah yang mereka banggakan. Mereka tahu setiap kejayaan mereka akan dihargai dan dinyatakan secara fikizal oleh pihak sekolah dan dimaklumkan kepada semua warga sekolah. Ini menaikkan harga diri mereka. Satu usaha yang saya lakukan ialah memberi penghargaan kepada setiap kejayaan murid samada dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah dalam perhimpunan rasmi dan perhimpunan harian. Gambar-gambar mereka akan diletakkan dilaluan masuk utama sekolah. Nama laluan ini Laluan Bintang. Sebagai seorang pemimpin sekolah, saya berusaha untuk memperkenalkan sekolah dipentas yang lebih luas. Setiap program yang memberi impak tinggi kepada kemenjadian murid, saya akan berusaha untuk dimuatkan di media cetak dan media elektronik. “Sekolah Viral” , “Pengetua Viral” sudah menjadikan SMK Tunku Abd Aziz di kenali. Impak ini saya dan warga sekolah ras apabila ramai lebih mengenali SMK Tunku Abd. Aziz. Bekas murid pun sekarang lebih bangga mengaku yang mereka pernah belajar di sekolah ini. Anak-anak murid SMK Tunku Abd Aziz sudah tidak rasa malu untuk memakai baju berlencanakan lambing sekolah dan nama sekolah .Ini adalah satu kejayaan menaikkan “self esteem” murid. Pemegang Taruh seperti PPD juga telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah untuk mengendalikan beberapa program penting di peringkat daerah dan juga kebangsaan. Sekolah menjadi tuan rumah pertandingan Choral Speaking peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2019. Sekolah juga pernah diberi kepercayaan menjadi tuan rumah pertandingan Petrosains peringkat negeri pada tahun 2018. Pertandingan memasak Maggi peringkat negeri juga pernah di adakan di dewan sekolah. Guru-guru SMK Tunku Abd. Aziz dilantik menjadi urusetia untuk pertandingan peringkat kebangsaan di Hotel Grand Alora pada tahun 2018. Semua kepercayaan yang diberikan oleh pihak PPD dan JPN menunjukkan mereka yakin dan percaya warga SMK Tunku Abd. Aziz boleh menjalan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang. Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran kerana saya sebagai pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab untuk merubah iklim sekolah menjadikan SMK Tunku Abd. Aziz menjadi seorang luar bandar yang sebelum ini terkenal dengan masalah disipilin kepada sebuah sekolah yang diikhtiraf sebagai sekolah yang diberi penarafan 5 Bintang Pengurusan Disiplin. Selari dengan penarafan itu,”self-esteem” sekolah sendiri telah melonjak naik. Saya mempunyai barisan guru yang mahu berubah dan berusaha menjadi yang terbaik .
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
197
AnAz Hebat
Sebagai seorang pengetua berasa sangat bangga dengan warga sekolah. Peningkatan “SelfEsteem” dalam kalangan murid ternyata dapat menbentuk kemenjadian murid yang diharapkan. Sumbangan semua guru, kepercayaan ibubapa, harapan PPD dan JPN akan kami realisasikan dalam bentuk kejayaan yang lebih hebat. Sebelum ini pun, SMK Tunku Abd. Aziz menjadi sekolah yang dilawati dalam program penandarasan pengetua dan guru besar PPW Wilayah Keramat. Kami semua di SMK Tunku Abd Aziz bangga kerana mereka yang lebih hebat di luar sana, sudi datang untuk berkongsi amalan terbaik kami di SMK Tunku Abd. Aziz. Teruskan membanggakan sekolah dan membina legasi kejayaan sekolah luar bandar di mata dunia.
6.0
RUJUKAN
Institut Aminuddin Baki (2009), Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-16 2009, IAB Genting Highlands. Institut Aminuddin Baki (2016), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia, IAB Genting Highlands. Institut Aminuddin Baki (2016), Dasar dan Hala Tuju, IAB Bandar Enstek
198
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM BARAKAH: CAHAYA PASTI MENYINAR HAJAH SAHILAH BINTI AHMAD Pengetua SMK Pokok Sena 2
[email protected] DR. ABD WAHAB BIN MUDA Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] SALLEH BIN YUSOF Pegawai SIP+ PPD Kota Setar
ABSTRAK Program Barakah merupakan beberapa inisiatif dan amalan baik yang kreatif. Program Barakah menitikberatkan aktiviti keagamaan merupakan AMALAN BAIK yang diadakan setiap pagi dari jam 7.20 hingga 7.40 pagi. Bacaan Matsurat dilaksanakan setiap hari Isnin dan Selasa. Hari Rabu hafalan ayat-ayat lazim, doa iftitah dan doa qunut manakala pada hari Khamis bacaan Yaasin. Semua aktiviti ini diketuai oleh pelajar yang celik AlQuran daripada pelbagai tingkatan dan dibimbing oleh guru bertugas mingguan. Program yang mantap ini bertujuan mendisiplinkan pelajar untuk belajar dan akur mengikuti semua program yang dirancang oleh pihak sekolah agar lebih produktif dan berdaya maju. Impak daripada program ini diharap menampakkan perubahan dari sikap pelajar yang boleh sampai ke sekolah seawal jam 7.15 pagi. Sikap pelajar terhadap pembelajaran dan persekitaran yang ceria dan kondusif untuk belajar semakin menampakkan hasil melalui keputusan Ujian 1 (AR1). Pengetua di bawah program ProPeKS bertanggungjawab membentuk persekitaran pembelajaran yang teratur, serius, berfokus serta memberi cetusan semangat bekerja di kalangan upper leader, midle leader dan guru-guru agar lebih kreatif dan inovatif demi mencapai sinar kejayaan dan kegemilangan. Ini kerana pencapaian akademik sering dijadikan kayu pengukur kejayaan sesebuah sekolah samada di bandar mahu pun di luar bandar. Pembugaran pedagogi yang menitikberatkan PAK21 dan PLC ditekankan kepada semua guru agar semua pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dengan baik. “Love, Happiness and Mutual respect” dibudayakan dalam sekolah di bawah satu kata kunci Sederap Melonjak Kecemerlangan Sekolah 2019. Budaya Kerja pengetua yang peduli dan ambil tahu tentang perkembangan terbaru dunia pendidikan, pasti membolehkan SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah cemerlang di daerah ini melalui Program Barakah, InsyaAllah. Kata Kunci: pengurusan hal ehwal murid, kemenjadian murid, sahsiah,akhlak, celik Al-Quran
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
199
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
1.0 PENGENALAN Antara ukuran kejayaan sesebuah sekolah adalah kepercayaan ibu bapa dan masyarakat serta pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang khususnya kurikulum, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 (SMKPS2) dalam meniti usia ke-9 tahun, masih muda dan masih banyak perlu dibuat penambahbaikan. Dalam erti kata lain sekolah ini masih memerlukan perhatian yang cukup istimewa daripada PPD dan JPN sekiranya inginkan SMKPS2 duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah lain di sekitarnya malah dalam daerah Kota Setar juga. Tidak dinafikan, pihak sekolah telah dan sentiasa berusaha merancang, mengelola, membimbing dan memantau program-program yang dirancang secara berkesan. Namun begitu, tuntutan tugas kurikulum dan akauntabiliti guru semakin meningkat, sedangkan pengajaran dan sumber kewangan sekolah adalah terhad menyebabkan mandat dan harapan tinggi sering menemui jalan buntu. Sehubungan itu, pihak pentadbir sekolah seharusnya bijak memainkan peranan yang penting dalam melakar landskap sekolah secara berkesan agar mampu memanipulasi modal tenaga kerja, masa dan sumber kewangan yang terhad demi perkembangan maksimum anak-anak pelajarnya. Usaha demi usaha telah dijana oleh pihak pentadbir SMKPS2 demi perkembangan yang seimbang setiap pelajarnya. Sungguhpun begitu, pencapaian akademik telah menjadi tajuk utama untuk diketengahkan di sekolah ini, Qualiti Diungguli dapat menjadi cetusan semangat bekerja dalam kalangan guru-guru agar lebih kreatif dan inovatif meletakkan harapan yang tinggi. Ini kerana guru-guru mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam satu-satu bidang untuk menyampaikan ilmu dalam bilik darjah sedangkan tugas pengetua ialah menyediakan satu persekitaran yang kodusif untuk memastikan guru mengajar, murid belajar dengan berkesan sekali. 1.1
Profil Sekolah
SMKPS2 merupakan sekolah menengah yang keempat dibina di daerah Pokok Sena yang memulakan pengoperasiannya secara rasmi pada bulan Julai tahun 2010. Pada peringkat awalnya sekolah ini hanya mempunyai pelajar seramai 170 orang dan 29 orang guru. Seramai empat orang pengetua telah pun mencurah khidmat kepakaran mereka di sekolah ini. Pengetua ProPeKS adalah pengetua kelima (mula 17 Oktober 2018) dengan barisan Penolong Kanan HEM dan Kokurikulum yang baru di samping PKP dan 4 orang GKM yang sedia ada. Bangunan sekolah yang berkonsepkan kolej pengajian tinggi menjadikan sekolah ini “gah” pada pandangan luarannya. Sekolah yang mempunyai empat (4) blok termasuk 24 buah bilik darjah, Sembilan (9) buah makmal sains, dua (2) buah makmal komputer, sebuah bilik Pendidikan Seni Visual, sebuah bilik PAK21, sebuah Perpustakaan, sebuah bilik tayangan, sebuah bilik operasi buku teks, bilik kaunseling, bilik kesihatan, dua (2) bilik akses kendiri, dua (2) bilik ko-kurikulum, sebuah bilik peperiksaan, sebuah bilik mesyuarat utama, sebuah bilik mesyuarat kecil, sebuah billik sajian makanan, sebuah surau, dewan utama, dewan kedua dan bilik-bilik Pendidikan Khas. Sangat teruja kerana semua prasarana disediakan mencukupi untuk menebarkan ilmu.
200
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
Tanggal 26 Julai 2018, saya mula menjejakkan kaki sebagai pengetua yang ke-5 dan disambut mesra oleh En Azman Jaga sekolah. Terdetik di hati, bagusnya sekolah baru ini, sunyi kerana PdPc sedang berjalan – positive thinking. Padang luas saujana mata memandang dan tersergam bangunan yang sangat strategik sebagai sebuah pusat pengajian. Sebaik sahaja melangkah di lobi, terdengar suara riuh rendah pelajar. Pelajar-pelajar berjalan di ruang legar di tengah-tengah bangunan. Ada sekumpulan pelajar sedang membeli minuman di koperasi sekolah, enam (6) orang pelajar duduk memakan aiskrim di hujung bangunan berhampiran koperasi serta dua tiga orang pelajar perempuan keluar masuk tandas. Persekitaran yang luas menyaksikan sampah (pembalut gula-gula dan botol serta kotak minuman bertaburan di koridor dan longkang. Kerusi dan meja pelajar terdapat di setiap hujung bangunan. Tandas tersumbat dan berbau. Tingkap banyak yang rosak manakala dewan utama tidak berfungsi (letrik dan penyerap bunyi tidak berfungsi). Sebaik sahaja masuk ke pejabat, terdapat tiga (3) orang pekerja dan suasana pejabat suram walaupun ianya baru 8 tahun beroperasi. Tandas guru dalam pejabat rosak dan tidak selesa. Terdapat beberapa orang guru dan pelajar keluar masuk ke pejabat tanpa ada sekatan kerana dalam pejabat terletaknya bilik peperiksaan yang dihuni oleh lima (5) orang guru iaitu Setiausaha Peperiksaan, SU SPM, SUPT3, SU Peperiksaan Dalaman dan SU PBS. Suasana pejabat riuh, tiada tegahan untuk pelajar dan guru keluar masuk. Sebentar kemudian, saya disapa oleh Cikgu Nek Yusof, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau terus membawa saya ke bilik pengetua. Besar, luas dan sangat selesa laksana bilik seorang Pengarah Kolej Universiti. Senario pencapaian akademik dibentangkan satu persatu menunjukkan pencapaian akademik SMKPS2 tidak membanggakan dan masih jauh ketinggalan berbanding sekolah SMK Pokok Sena. Dari segi kokurikulum pula (sukan) tiada sebarang pingat yang dipungut. Akan tetapi masih ada juga ruang untuk dibanggakan dalam koakademik bila saya mendapati terdapat sijil, plak dan mok cek RM 5000 dan RM 3000 kerana berjaya dalam pertandingan Eco Youth dan EEC pada tahun 2015. Kisah pelajar lelaki yang sinonim dengan rokok dan air daun ketom sangat menyesakkan dada apabila mendengar perkabaran daripada GPK. Saya mula “scan” sekolah dari pelbagai aspek. Ternyata sekolah baru, tetapi banyak kemudahan yang disediakan menggambarkan warganya tidak cakna terhadap kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Pengetua dapat mengenal pasti beberapa amalan guru yang amat mengejutkan. Antaranya ialah guru-guru tidak masuk kelas pada waktu yang sepatutnya, Banyak kerusi meja dirosakkan. Tandas rosak, paip patah, tandas tersumbat dengan botol plastik dan bumbung bocor merata tempat. Dewan utama tiada bekalan elektrik sejaka tahun 2104. Surau tidak diselenggarakan dengan baik di mana sejadah untuk pelajar solat tidak mencukupi. Guru-guru berada di kantin sepanjang hari dan ada yang keluar dari kawasan sekolah untuk urusan pribadi. Kekurangan kawalan dan pemantauan yang longgar daripada pihak pentadbir memberi peluang kepada guru-guru bertindak sesuka hati asalkan tidak ada teguran daripada pihak pentadbir. Bilik guru polos dan lengang dan berada pada tahap yang memuaskan. Masih terdapat kerusi meja yang disediakan kosong kerana guru mempunyai bilik-bilik seperti bilik peperiksaan, bilik geografi, bilik tayangan dan bilik di pusat sumber. Jelas tidak menampakkan kesepakatan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
201
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
Pada bulan Oktober apabila saya terpilih sebagai pengetua ProPeKS di IAB Genting Highlands tanpa menoleh kebelakang, saya mengorak langkah dengan semangat yang tinggi untuk mengubah lanskap sekolah dari terus dibayangi SMKPS@ adalah picisan daripada SMK Pokok Sena, Sekolah besar, tetapi jumlah pelajar yang sedikit menjelaskan ‘ada sesuatu’ yang tidak kena. Sebagai pengetua, saya terlebih dahulu mesti mendapat kepercayaan daripada komuniti dan daripada pelbagai stakeholder sekolah ini.
Sejarah Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena 2 mula dibina pada bulan Julai 2007 di atas tapak berkeluasan 5.9 hektar (14.579 ekar). Perancangan pembinaan sekolah ini adalah untuk mengatasi masalah kekurangan sekolah menengah di sekitar daerah Pokok Sena serta bagi menampung lebihan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena. SMKPS2 telah beroperasi secara rasmi pada 01 Julai 2010 dan mula menerima para pelajar pada 04 Julai 2010 di tapaknya sendiri dengan muridnya seramai 178 orang pelajar - tingkatan 2 (3 kelas) dan ting 4 (3 kelas) dan gurunya pula seramai 29 orang. Pada tahun 2011, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah meluluskan pembukaan kelas Pendidikan Khas bagi murid-murid yang mempunyai maslah pembelajaran. Buat pertama kalinya seramai 6 orang murid diambil dengan 2 orang guru untuk Pendidikan Khas. Seiring dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang menetapkan dasar pembelajaran aliran di sekolah iaitu 60:40, maka SMKPS2 turut diberi mandat mewujudkan kelas aliran sains tulen untuk tingkatan 4 bermula pada tahun 2012. Dengan ini, SMKPS2 mempunyai kepelbagaian aliran seperti aliran sains, aliran sains sosial, aliran (perdagangan) dan Pendidikan Khas Inklusif. Kini SMKPS2 mempunyai enrolmen pelajar seramai 425 orang dan 48 orang guru. Berpaksikan moto sekolah “Qualiti Diungguli”, barisan pengurusan disokong oleh guru-guru yang berkelayakan telah sederap menggerakkan pelbagai inisiatif untuk melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berbudi luhur, bersahsiah kamil dan cemerlang dalam akademik. Hal ini bertepatan dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) untuk melahirkan pelajar yang holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selama hampir 8 tahun beroperasi, SMKPS2 telah diterajui oleh lima orang pengetua iaitu Tn. Haji Ramlee bin Mohd Shariff (2010-2011, Tn. Haji Marzuki bin Daud (2011-2012), Tn. Haji Md. Zain bin Abu Bakar (2012-2015), Pn. Farihah binti Hussein dan Pn. Hajah Sahilah binti Ahmad (2018 hingga kini). Pelbagai kejayaan manis telah dicapai terutama dalam bidang kurikulum apabila keputusan Peperiksaan SPM telah meningkat dari setahun kesetahun yang bermula dari GP7.36 (2013), GP6.86 (2014), GP6.62 (2015), GP6.28 (2017), GP6.13 (2017) dan GP5.44 (2018). Dalam bidang kokurikulum pula, seorang pelajar telah terpilih mewakili Negeri Kedah dalam pertandingan softball. SMKPS2 telah muncul johan dalam pertandingan Electric Eficiency Challenge (EEC), Toyota Youth Eco.
202
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Antara isu yang dikenalpasti ialah pelajar hadir lewat ke sekolah setiap hari, pelajar ponteng ke sekolah, pelajar tidak patuh peraturan disiplin di dalam sekolah, kepimpinan pengawas sekolah yang lemah dan pematuhan pakaian seragam sekolah yang lemah. Manakala guru pula kurang pematuhan PdPc di dalam kelas, kurang komitmen terhadap tugas sebagai guru disiplin dan penghantaran rekod merit demerit lambat. Isu yang agak ketara pula ialah Gred Purata Sekolah yang rendah dan fizikal sekolah kurang ceria.
2.1
Tindakan Segera Yang Diambil
Bagi menangani isu-isu tersebut, beberapa inisiatif telah diambil mengikut urutan yang sesuai. Terdapat juga inisiatif dilaksanakan secara serentak tanpa menunggu satu-satu isu diselesaikan terlebih dahulu. 2.1.1
Langkah pertama: Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk PdPc
Tindakan pertama saya ialah mewarna pintu masuk ke sekolah dengan meletakkan gambar barisan pentadbir, Rukun Negara dan banner mengalu-alukan kedatangan pelajar. Tindakan ini dilakukan untuk menampakkan sekolah ada ‘ruh’ apabila orang luar melangkah masuk ke sekolah. Saya dapati, hampir 100% dinding dan laluan ke kelas, makmal dan kantin pudar kesan terdedah pada hujan dan panas mentari. Saya mula mengarahkan setiap jabatan dan panitia mengambil inisiatif mengecat dan membuat landskap di ruang dan kawasan yang terbiar sebaik sahaja tamat peperikasaan akhir tahun pada bulan Oktober 2018. Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, dana sebanyak RM 3000 berjaya dikumpul daripada sumbangan guru, PIBG, Kedai Koperasi dan kantin sekolah. Laluan ke pejabat diletakkan gambar pentadbir. Ruang pejabat dicat semula agar lebih segar dan hidup untuk menwujudkan suasana ceria semasa bekerja. Tiang-tiang yang berdiri megah di laluan ke kantin telah dicat untuk menghidupkan jalan berkenaan dan diletakkan perkataan dalam Bahasa Inggeris sesuai dengan Laluan Ilmu. Kerja-kerja mengecat diteruskan oleh guru, murid dan pekerja swasta pada musim cuti persekolahan akhir tahun 2018 dengan pengawasan oleh pihak pengurusan.
2.1.2
Langkah Kedua: Pemantauan Salah Laku Pelajar
Walaupun Kawasan sekolah sudah menjadi selesa dan cantik, disiplin pelajar mesti dipertingkatkan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah disiplin yang berat telah digantung antara seminggu hingga dua minggu serta dirotan oleh PK HEM dan guru disiplin. Pelajar juga dilarang keluar dari kelas tanpa menggunakan pas keluar. Keluar masuk guru-guru juga dipantau iaitu mesti maklum dan mendapat kebenaran daripada pengetua untuk sebarang urusan rasmi mahu pun urusan peribadi. Mereka diarahkan masuk ke kelas mengikut masa yang telah ditetapkan, dan kurangkan berbual kosong di kantin. Pada peringkat awal, langkah ini telah menimbulkan ‘silent conflict’ antara pengetua dengan segelintir guru-guru. Namun begitu keadaan ini mudah terkawal kerana pengetua sering menyatakan bahawa semua yang diarahkan adalah mengikut SOP.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
203
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
2.1.3
Langkah Ketiga: Pemantauan Pencapaian Pelajar
Fasa ini merupakan fasa yang penting kerana ianya melibatkan ‘co-business’ guru-guru iaitu guru mengajar, murid belajar. Fasa ini penting untuk melihat pencapaian akademik pelajar-pelajar dan ianya akan menjadi kayu ukur kemampuan Pengetua ProPeKS memulihkan sekolah yang dipimpin menjadi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setelah dua hari berada di SMK Pokok Sena 2 ialah dengan memanggil mesyuarat guru dan menyatakan kehendak Pengetua untuk sekolah. Pengetua berharap semua warga guru akan sederap melonjak kecemerlangan sekolah dengan menjadikan masa PdPc selama 30 minit amat berkualiti. Saya yakinkan kepada guru-guru bahawa pelajar sekolah ini bergantung 100% kepada guru yang mengajar di dalam kelas. Faktor ekonomi keluarga memaksa mereka tidak mengambil tuisyen di luar. Pemantauan PdPc menggunakan borang SKPMg2, Pengetua sering meronda sekolah 2 kali sehari. Kaedah ini telah menimbulkan keresahan di kalangan guru menyebabkan Pengetua mengiayakan kata-kata Mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Datin Paduka Dato Azuyah binti Hassan iaitu “ones you terima memo lantikan sebagai Pengetua, you will be lonely’. Namun begitu saya tetap kuatkan semangat kerana saya yakin apa yang saya lakukan adalah mengikut sop dan bertujuan untuk melihat peratus lulus dan GPS meningkat. Saya mula nampak, Program Barakah (PB) yang sedia ada harus dimantapkan lagi. Dengan memastikan pelajar datang jam 7.15 pagi dan PB akan bermula tepat jam 7.20 pagi. Situasi ini akan memaksa guru bertugas mingguan datang awal dan tahu peranan mereka untuk berada bersama-sama pelajar dalam PB. Bagi saya, sekiranya pelajar boleh datang awal dan PB tamat pada jam 7.30 pagi, maka kelas / waktu pertama akan bermula jam 7.40 dalam suasana yang segar dan bersedia. Guru-guru pun akan berada di sekolah awal setiap hari. PdPc akan lebih berkualiti, akan memberi impak positif kepada kemenjadian pelajar untuk belajar kerana “guru bersemangat mengajar, pelajar minat untuk belajar”. 2.2
Program Barakah
Rasional Program Barakah dilaksanakan di sekolah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ramai pelajar, baik lelaki mahupun perempuan tidak mengaplikasikan aktiviti keagamaan di dalam kehidupan seharian sehingga mereka merasakan solat itu tidak penting. Kesan yang paling menyedihkan ialah para pelajar tidak tahu dan tidak mempunyai matlamat hidup dan datang ke sekolah suka-suka, takut emak marah dan seronok jumpa kawan. Oleh itu Program Barakah yang bersifat keagamaan ini diharap dapat melahirkan modal insan yang berkebolehan, berketrampilan, nilai pekerti yang luhur dan berdaya maju. Program ini diharap dapat digerakkan dengan lebih sistematik, terancang dan dapat memberi suntikan baru kepada pelajar serta mampu menyekat pelajar dari terjebak kedalam kancah yang tidak sihat. 2.1
Objektif Program Barakah
Terdapat lima objektif utama program ini. Objektif-objektif tersebut ialah untuk mendisiplinkan pelajar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah, membina motivasi dalaman untuk menjadi
204
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
pelajar yang cemerlang, melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, berbudi luhur dan bersahsiah kamil, melonjak pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam dari segi kualiti dan kuantiti dan memperkasakan pencapaian akademik pelajar berdasarkan potensi diri 2.2
Pelaksanaan Program Barakah
Program Barakah dilakukan diluar waktu PdPc iaitu di awal pagi pada jam 7.20 sebelum kelas bermula. Semua pelajar dan guru akan berada di tapak perhimpunan. Aktiviti yang dilakukan mengikut hari dalam program tersebut adalah membaca matsurat pada hari Isnin dan Selasa, menghafal ayat-ayat Al Quran yang terdapat dalam buku Pendidikan Islam pada hari Rabu dan bacaan surat Yaasin pada hari khamis. Program ini diselia oleh Guru Bertugas Mingguan dan juga melibatkan GPK HEM dan Kaunselor Sekolah. Pelajar sendiri yang memimpin dan mengacarakan majlis mengikut giliran bertugas. 2.3
Kejayaan Jangka Pendek
Antara kesan segera yang dapat diperhatikan terhadap pelajar dari sudut sahsiah termasuklah, pelajar datang awal ke sekolah, pelajar dapat memulakan hari persekolahan dengan santapan rohani yang tidak diperolehi di rumah, pelajar dapat memupuk bakat memimpin melalui tugasan yang diberikan, pelajar lebih bertanggungjawab dan pelajar lebih berdisiplin dalam kelakuan dan berpakaian. Guru turut sama datang awal ke sekolah dan kelas dapat bermula tepat pada waktunya. Untuk meraikan kejayaan kelas yang mencapai kehadiran penuh dan lancar bacaan, hadiah penghargaan disediakan. Diharap PB akan menjadi satu wadah untuk “menjadikan” pelajar berjaya dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah meningkat. Selain itu PB diharapkan dapat membantu pihak sekolah mendisiplinkan pelajar kerana disiplin adalah kunci kejayaan seseorang dengan rahmat dan kasih sayang Allah.
3.0 RUMUSAN Setiap sekolah mengimpikan sifar ponteng dan salah laku di sekolah. Pihak sekolah lebih-lebih lagi Pengetua, mengimpikan pelajar yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya semua pelajar dititipkan dengan santapan rohani dan program berunsur keagamaan dengan baik setiap awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula. Jika pelajar dapat mengikuti Program Barakah dengan penuh disiplin iaitu datang tepat jam 7.20 pagi, bersedia membaca matsurat dan yaasin, insyaAllah mereka akan rasa bahagia dan Allah bantu mereka untuk mudah belajar. Dengan menghadiri PB setiap pagi tepat ikut masa, semua warga sekolah akan tenang dan gembira untuk belajar. Jika ini dapat diterapkan, pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar dan impak yang besar ialah proses PdPc sekolah akan berjalan dengan penuh bermakna kerana pelajar suka datang ke sekolah dan guru senang mengajar. Pencapaian dalam semua peperiksaan akan meningkat.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
205
Program Barakah: Cahaya Pasti Menyinar
#sekolahku_kebanggaanku #misi5.45 #SahsiahUnggul #go4gold #sekolahbiasa_pencapaianluarbiasa. #bethefirst
6.0 RUJUKAN Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan.
206
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PEMBUGARAN KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL SITI RUBIAH BINTI MOHD ARSHAD Pengetua SMK Jerlun
[email protected] DR.ABD WAHAB BIN MUDA Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] MUKHTAR MANSOR Pegawai SIP+, PPD Jerlun
ABSTRAK Pendidikan Abad 21 terus menjadi agenda KPM, justeru saya memberi fokus kepada Pembudayaan Pendidikan Abad 21 di SMK Jerlun dengan mengambil kira Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang menekankan 3 sub naratif. Sub Naratif 1 (Perubahan pedagogi) menekankan aspek PdPc berpusatkan guru kepada berpusatkan murid, Sub Naratif 2 (Pembangunan kapasiti guru) dan Sub Naratif 3 (Pengurusan pendidikan). SKPMg2 sebagai instrumen yang dijadikan rujukan dalam pengoperasian dan pemantauan pelaksanaan. Justeru, dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran abad 21 berlaku di sekolah perkara utama adalah memastikan persediaan guruguru dari segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental perlu dibangunkan seiring dengan matlamat yang hendak dicapai. Saya memilih projek pembugaran PLC dalam meningkatkan kualiti guru sebagaimana yang terkandung dalam sub naratif ke-2, Naratif Baharu dalam usaha memacu kualiti sekolah. Kata Kunci: pengurusan kurikulum, pak21, PdPc
1.0
PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kubang Pasu Kedah Darulaman dibina di atas tanah bendang yang berkeluasan 6.3311 hektar. Mula dibina pada 31 Mac 2011 dan siap pada 12 Disember 2013. Mula beroperasi pada 1 Januari 2014. Di kelilingi sawah padi dan terletak berhadapan jalan utama Jerlun ke Air Hitam. Sekolah yang menempatkan anak-anak yang tinggal di 13 kampung sebelum ini terpaksa ke SMK Air Hitam atau SMK Alor Janggus yang agak jauh dengan kediaman. Sekolah yang memiliki nostalgia tersendiri bagi penduduk kampung sekitar seperti Kampung Tengah, Kampung Jeruju dan Kuala Jerlun. Hampir 40% waris pelajar bekerja sebagai petani, 40% bekerja sebagai nelayan dan 20% bekerja sebagai pekerja am rendah, tukang rumah dan lain-lain.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
207
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sentiasa menyokong penuh setiap aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah terutama dalam tempoh 3 tahun pertama penubuhan SMK Jerlun (2014-2016) Berdasarkan fizikal sekolah, SMK Jerlun memiliki 5 blok bangunan. Mempunyai bentuk bangunan moden dan tata letak yang kemas dan teratur serta dilengkapi prasarana asas seperti ruangan pejabat, bilik guru, bilik darjah, bengkel, makmal sains, makmal ICT, Pusat Sumber Sekolah (PSS), surau, kantin, tandas dan kawasan padang dan permainan yang lengkap. Sekolah ini dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Muhyiddin Yassin. Beliau ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Sekolah ini pada awal penubuhan sering digunakan sebagai pusat kegiatan komuniti setempat dan antara sekolah yang kerap dikunjungi oleh pemimpin-pemimpin negara. Dalam tempoh 5 tahun penubuhannya, SMK Jerlun telah ditadbir oleh 3 orang Pengetua. Penulis mula ditempatkan di SMK Jerlun pada 1 Februari 2018. Berbekalkan pengalaman sebagai pentadbir (Guru Kanan selama 10 tahun), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid selama 5 tahun) dan Penolong Kanan Pentadbiran selama 6 tahun) saya menerima tanggungjawab sebagai pengetua dengan berberapa perkara yang menjadi harapan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah ketika itu. Antaranya ialah mengembalikan kepercayaan masyarakat sekitar terhadap kepimpinan sekolah, membina semula hubungan dengan masyarakat sekitar terutama PIBG yang sebelum ini menolak kepimpinan pengetua yang terdahulu dan membina etos sekolah lebih-lebih lagi sekolah yang masih baharu beroperasi. 2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Antara isu yang dikenalpasti antaranya ialah wujud jurang hubungan dan komunikasi dalam kalangan Guru-guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang, keadaan fizikal sekolah yang tidak ceria, penggunaan bilik kelas dan bilik khas tidak dioptimumkan, guru kurang mengamalkan PdPc Pembelajaran Abad Ke 21, kehadiran pelajar ke sekolah tidak memuaskan dan pencapaian murid dibidang kokurikulum kurang menyerlah. 2.1 Merapatkan Barisan Kepimpinan Terdapat jurang dalam hubungan dan komunikasi dalam kalangan guru-guru penolong kanan dan ketua-ketua bidang. Peranan utama saya adalah memantapkan hubungan dan mengupayakan barisan hadapan sekolah khususnya dalam kalangan “Senior Leader Team (Penolong-Penolong Kanan) dengan “middle leader team” (Guru-guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Bidang). 2.2 Fizikal Bersih Ceria dan Bermaklumat Aspek “Bersih, Ceria dan Bermaklumat” masih tidak dibudayakan di sekolah ini. Bilik-bilik khas ada yang tidak beroperasi, kantin agak kotor dengan najis burung dan tidak ceria, perkhidmatan kantin bermasalah, bilik kesihatan kurang diselia, bilik pengawas kurang beroperasi, penggunaan Pusat Sumber tidak dioptimumkan. Kemudahan fizikal sekolah tidak memberikan banyak masalah. Perancangan strategik dibangunkan yang merangkumi 9 bidang Standard kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) untuk terus melonjakkan kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid amnya.
208
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
2.3 Pengurusan Kurikulum Selaku pemimpin instruksional saya sedapat mungkin cuba menterjemahkan pendekatan berdasarkan kerangka Instruksional oleh Hallinger dan Murphy (1985). Saya cuba melengkapkan diri dengan kemahiran yang terkandung dalam Standard 1, SKPMg2 terutama dalam ruang lingkup, Pengetua sebagai peneraju, pembimbing dan pendorong. Pelaksanaan PAK21 sejak tahun 2014 masih berlegar dalam konteks dasar dan pemahaman asas. Hasil pemerhatian saya di SMK Jerlun, hampir keseluruhan guru faham tentang transformasi pendidikan dan pembelajaran abad 21, namun begitu, pelaksanaan masih bersifat “chalk and talk” dan PdPc masih berpusatkan guru. Ini akan menjadi fokus utama dalam meningkatkan kecemerlangan kurikulum sekolah. Untuk mencapai kejayaan jangka pendek, Program Merealisasikan ETR, telah dicadangkan kerana sesuai dengan masalah pelajar yang sebilangan besar menganggap belajar di rumah tidak selesa, banyak gangguan dan sebagainya. Justeru, pihak sekolah mencadangkan supaya aktiviti pembelajaran hujung minggu dibuat di sekolah. Projek ini mendapat kerjasama semua pihak termasuk para waris. Akhirnya pada tahun 2018, GPS SPM meningkat daripada 5.17 kepada 5.11. 2.4 Pengurusan Hal Ehwal Murid Peratus kehadiran murid tidak mencapai sasaran 95 sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sasaran sekolah sebanyak 90% juga tidak tercapai. Peratus kehadiran pada tahun 2017 sebanyak 85.6 dan 2018 sebanyak 89.99. Berdasarkan soal selidik yang dijalankan oleh 16 guru tingkatan berkaitan punca ketidakhadiran murid ke sekolah mendapati, daripada 64 orang murid yang tidak hadir melebihi 10 hari berturut-turut, 45% malas bangun awal, 20% tidak minat terhadap pembelajaran, 15% masalah keluarga, 10% bekerja, 5% suasana sekolah dan 5% masalah dengan kawan. Situasi ini memberi kesan kepada pencapaian akademik secara holistik dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sekolah memperhebat program ziarah cakna ke rumah pelajar yang ponteng. Usaha ini menampakkan sedikit peningkatan dari segi kehadiran. Kes-kes disiplin masih ditahap rendah dan boleh dikawal, namun kes penyalahgunaan dadah dikesan dari 3 kes pada tahun 2018 meningkat kepada 4 kes pada tahun 2019. Kawasan persekitaran sekolah terutama di Jerlun antara beberapa kawasan yang menjadi “hot spot” pengedaran dadah dan memberi ancaman kepada sekolah. Usaha-usaha bersepadu telah dilakukan antara pihak sekolah di bawah Unit Bimbingan & Kaunseling dengan Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) serta kerjasama PDRM, PIBG dan Komuniti setempat dalam menangani bersama masalah penagihan dadah ini. Selain mewujudkan kerjasama pihak sekolah turut melaksanakan pelbagai program pembagunan insan dengan kerjasama Biro Pendidikan dalam usaha meningkatkan kemenjadian murid dalam pelbagai bidang. 2.4 Pegurusan Kokurikulum Dalam bidang kokurikulum, sekolah masih lagi berusaha membina etos yang tersendiri. Penglibatan murid dalam beberapa acara / aktiviti yang dipertandingkan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa setiap tahun menunjukkan peningkatan. Bersandarkan prinsip “merebut peluang mencipta kejayaan” anak-anak SMK Jerlun turut mencipta kejayaan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum. Pencapaian terbaik aktiviti kokurikulum 2014-2017 pada tahap Daerah sahaja.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
209
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
3.0 PELAKSANAAN PROJEK Antara cabaran saya diawal perkhidmatan di SMK Jerlun adalah apabila keputusan SPM 2017 diumumkan. Berlaku peningkatan GPS dari 6.05 kepada 5.17 (peningkatan sebanyak 0.88) satu peningkatan yang tinggi yang memberikan cabaran kepada saya untuk memastikan GPS SPM pada tahun berikutnya adalah lebih baik. Hal ini sedikit sebanyak menguji kredibiliti saya sebagai pengetua baharu menggantikan pengetua yang lama. Hasil maklum balas, saya mendapati antara sebab kenaikan GP SPM 2017 kerana berlaku peningkatan terhadap mata pelajaran kritikal sebelum ini yakni sejarah. Gred Purata mata pelajaran sejarah telah meningkat daripada 7.53 (2016) kepada GP 5.39 atau % lulus daripada 73.33 kepada 80.60. Peningkatan tersebut antara lain disumbangkan oleh Guru Cemerlang Sains bersama-sama guru sejarah melaksanakan “teacher sharing” dari segi kaedah membantu pelajar menguasai fakta dan menguasai soalan-soalan KBAT. Amalan kolaboratif ini sebahagian daripada PLC yang menjadi kunci dan memberi impak kepada peningkatan SPM 2017. Namun pelaksanaanya tidak menyeluruh dan kurang sistematik. Pelaksanaan PAK21 telah dilaksanakan sejak tahun 2014, namun ia masih berlegar dalam konteks dasar dan pemahaman asas. Berdasarkan pemerhatian saya, hampir keseluruhan guru memahami transformasi pendidikan dan pembelajaran abad 21, namun begitu, pada peringkat amalan masih bersifat “chalk and talk” dan PdPc masih berpusatkan guru. Bersandarkan pemerhatian tersebut saya melihat PLC boleh dibugarkan semula di SMK Jerlun ke arah mentransformasikan minda dan kesediaan guru dalam mendepani pendidikan alaf baharu. SMK Jerlun memiliki sumber manusia sebagai aset yang dapat membantu menggerakkan lagi pemahaman dan pelaksanaan pembelajaran abad 21. Cikgu Norhailmi bin Abd Mutalib satusatunya Guru Cemerlang Sains, merupakan ikon PAK 21 kebangsaan. Melalui beliau saya berkongsi bagaimana untuk membudayakan PAK21 dalam kalangan guru-guru di SMK Jerlun kerana berdasarkan pemerhatian tidak sampai 20% guru atau (8 daripada 36 guru) yang melaksanakan PAK21 di dalam bilik darjah. Satu kaji selidik tentang kefahaman Amalan PAK21 dibuat kepada 33 daripada 36 guru di SMK Jerlun. Hasil kajian mendapati kebanyakan guru mengetahui tentang PAK21 dan memberi respon yang agak baik dalam soalan-soalan yang berkaitan PAK21. Walaubagaimanapun untuk melaksanakan PAK21 guru-guru perlu mempunyai kesediaan dari segi pengetahuan, kemahiran, fizikal dan mental. Antara kekangan yang disuarakan tidak sempat menghabiskan sukatan, tiada masa merancang, beban tugas lain, kurang kefahaman dan lain-lain. Bertitik tolak daripada maklum balas ini saya meletakkan satu matlamat untuk menjadikan sekolah sebagai hub pendidikan abad 21 dalam tempoh 3 tahun. Untuk mencapai matlamat tersebut perlu segala bentuk pengetahuan dan kemahiran diterapkan kepada guru-guru dengan lebih terancang.
3.1 Planning (Merancang) Pada peringkat ini saya telah membentuk jawatankuasa PAK21 yang terdiri daripada Ketua Bidang, Guru Cemerlang, Guru-guru muda yang berpotensi. Menetapkan matlamat berdasarkan pemetaan 3 tahun (2019 -2021) dan Perancangan Strategik tentang Pembugaran PLC yang berfokuskan kepada pembudayaan PAK 21.
210
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
Antara perkara yang dilaksanakan di peringkat planning (merancang) termasuklah membentuk JK, menetapkan matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh tiga tahun (2019 – 2021), menyediakan jadual aktiviti PLC dan pelan pemantauan projek. Hanya aktiviti PLC sahaja yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan direkodkan dalam eSPLG guru. Tahun 2019 menyasarkan 50 Aktiviti PLC yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira 10 panitia utama. Setiap panitia diperuntukkan 5 kali untuk melaksankan PLC. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti PLC berdasarkan pelan taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dan dapat memberi panduan kepada guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Pelan Operasi disediakan untuk program-program yang terpilih supaya pelaksanaan yang dibuat lebih terancang dan berkesan. 3.2 Organising (Mengurus) Mengurus adalah proses mengatur dan mengagihkan tugas, kuasa dan sumber yang dirancang dalam kalangan ahli organisasi supaya mereka boleh mencapai matlamat organisasi. Antara perkara yang diurus termasuklah memastikan pelaksanaan aktiviti dan peranan setiap jawatankuasa seperti JK, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) atau Pembangunan Prosfesionalisme Berterusan (PPB). PPB dilakukan secara bersiri meliputi perkongsian pengetahuan dan kemahiran PAK 21 melalui PLC. Antara PLC yang disusun meliputi Rondaan Pembelajaran (Learning Walks), Perkongsian Guru (Teacher Sharing), Bimbingan Rakan Sebaya atau Peer Coaching, Analisis Data, Lesson study dan video critic. Kerjasama dengan PPD melalui SIP+ dan SISC+ dalam memberikan latihan dan bimbingan pedagogi guru-guru selaras dengan program Transformasi Daerah. Kajian Tindakan dan Projek Base Learning (PBL) dilaksanakan sebagai aktiviti sokongan untuk meningkatkan kualiti PdPc guru. Berdasarkan strategi PLC yang telah diperkenalkan kepada guru-guru, saya mendapati kefahaman guru-guru terhadap pembelajaran abad 21 lebih baik dan berfokus. Penerapan elemen PAK 21 guru lebih jelas dan disesuaikan dengan SKPMg2 Standard 4. 3.3
Leading (Memimpin)
Secara amnya kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Bimbingan dan pementoran diberikan kepada SLT dan MLT sebelum memberikan “empowerment” kepada mereka memimpin strategi yang ditetapkan. Sebagai contoh dalam melaksanakan Learning Walks, pengetua akan membimbing SLT dan MLT, a: menetapkan fokus LW, tarikh, masa dan guru atau kelas yang akan dironda menggunakan SKPMg2 standard 4 sebagai instrumen panduan. b: proses rondaan perjumpaan selepas LW, c: berkongsi maklumat dengan guru-guru dan membuat laporan. 3.4
Controlling (Kawalan)
Antara aktiviti yang terkandung dalam kawalan seperti menyelaras, memantau, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan untuk penambahbaikan. Saya memanfaatkan saranan Kotter demi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
211
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
memastikan matlamat meningkatkan kualiti guru dapat dicapai. Walaupun bukan mudah tetapi tidak mustahil. Kejayaan–kejayaan melaksanakan PLC di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan telah menjadikan SMK Jerlun antara sekolah yang sering dikunjungi sama ada oleh sekolah di negeri Kedah mahupun dari negeri lain. Perkongsian pembelajaran PAK 21, Pelaksanaan PLC, One Page Report antara bahan utama yang akan dikongsikan dengan sekolah-sekolah luar. Pada masa yang sama sekolah-sekolah yang membuat lawatan juga akan berkongsi amalan terbaik di sekolah masing-masing sebagai perkongsian yang boleh dimanfaatkan. Beberapa kejayaan yang dicapai oleh guru-guru turut menyuntik semangat guru-guru ketika menerima latihan dan bimbingan yang berterusan sama ada dari kalangan guru-guru ikon PAK21 mahunpun daripada SISC PPD Kubang Pasu. Aktiviti PLC yang dilaksanakan termasuklah Lesson Study, teacher sharing session, Analisis Data, Learning Walks dan Video Critics. 4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Menurut Ibrahim (1996) aspek penilaian merujuk kepada perbandingan hasil dengan kriteria atau piawai yang telah dibentuk dan dilakukan secara tersusun dan sistematik yang digunakan untuk mendapatkan kepastian atau keputusan dengan tujuan membuat penambahbaikan kepada sesuatu program. Peningkatan SPM 2018 dari GPS 5.17 kepada 5.11 telah membuka mata pegawaipegawai JPN dan PPD serta masyarakat bahawa warga SMK Jerlun mampu merealisasikan KPI. Peningkatan 3 tahun berturut-turut telah memberi impak yang postif kepada warga sekolah untuk meningkatkan kejayaan dalam apa juga bidang serta mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Berbekalkan semangat “together we strive for excellence” warga sekolah mula menampakkan usaha yang gigih untuk menjelmakan kejayaan. Kejayaan jangka pendek yang kami perolehi ialah peningkatan jumlah PLC dari 5 kepada 50 (telah mencapai sasaran) dan 70% guru yang telah melaksanakan PAK21 dan menepati SKPMg2 Std 4. Antara kejayaan diperingkat daerah dan negeri yang dicipta termasuklah johan dan tempat ke -4 pertandingan inovasi Daerah, 2019; Inovasi Ustaz Asrulnizam Mohd Yusuf tempat ke tiga peringkat negeri; Cikgu Norhailmi Mutalib dan Ustaz Asrulnizam Mohd Yusuf tersenarai 10 Adiwira PAK 21 peringkat kebangsaan dan Cikgu Norhailmi mendapat Naib Johan. Di samping itu, lima orang guru terpilih membentangkan amalan terbaik bagi mata pelajaran masing-masing di peringkat Daerah Kubang Pasu. Untuk perkongsian amalan terbaik PAK 21, antara sekolah yang dikunjungi oleh SMK Jerlun termasuklah SMK Jalan Tiga, Selangor, PPD dan MPSM/PGB Daerah Kerian Kelantan, SMK Tunku Sopiah Kedah, SMK Jengka 2 Pahang, SK Padang Pekan, Kedah, SMK Tasek Permai, Selangor, SMKA Maahad Hamidiah Kajang Selangor dan SMK Abdul Jalil Hulu Langat, Selangor. Untuk memastikan pembelajaran abad 21 yang menekankan 4 K 1N (Kolaboratif, Komunikasi, Pemikiran kritis, Kreativiti dan Nilai Murni) diterjemahkan oleh guru-guru dalam PdPc, pihak pengurusan kurikulum menekankan penggunaan kaedah 5E (Engage, Explore, Explain, Elaborate and Evaluate) dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan pelaksanaan PdPc di dalam bilik darjah. Kaedah ini dapat membantu guru menyediakan PdPc yang berpusatkan murid. Pada setiap fasa 5E akan membolehkan pembelajaran secara inkuiri dilaksanakan kepada murid.
212
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Pembugaran Komuniti Pembelajaran Profesional
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Dalam mengemudi pendidikan abad 21, kefahaman kepada guru-guru perlu didahulukan. Guruguru perlu memahami bahawa sistem pendidikan abad 21 memberi fokus kepada kemenjadian murid di samping menekankan aspek “soft skill” murid-murid melalui eleman 4K1N (Kolaborasi, Komunikasi, kritis, kreativiti dan Nilai). Guru tidak lagi berperanan menyampaikan ilmu dan pengetahuan semata-mata tetapi boleh membekalkan kemahiran pembelajaran supaya murid mampu meneroka pelbagai ilmu daripada pelbagai bidang. Justeru, guru tidak boleh bekerja secara “silo’ sebaliknya bekerja secara kolektif. Pada dasarnya projek pembugaran PLC di SMK Jerlun sering dijadikan contoh oleh sekolah-sekolah di Daerah kubang Pasu dan turut dikongsikan kepada sekolah-sekolah di luar dari negeri Kedah.
6.0 RUJUKAN Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan. Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan. Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
213
214
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ DI HATI KU MOHAMAD BIN MUDA SMK Datuk Awang Jabar
[email protected] DR. HAJAH AKMA BINTI HJ. ABD. HAMID Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] Abdul Rahim Bin Mat Zin Pegawai SIP+ PPD Marang
ABSTRAK
Kehadiran ke sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik sesebuah sekolah. Berdasarkan analisis peratus kehadiran murid sepanjang tahun 2018, SMK Datuk Awang Jabar, Marang, Terengganu mencatat kehadiran 88.03 peratus. Tindakan yang drastik diambil bagi mengatasi masalah ini. Projek DAJ DI HATIKU dirancang dan dilaksana bagi melahirkan rasa sayang pada sekolah serta mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah. Projek ini telah dimulakan seawal bulan Januari dan setiap minggu data kehadiran murid dianalisis. Sebelas aktiviti dilaksanakan iaitu DAJ-PKG, DAJ-RoM, DAJ-MeMe, DAJ-CaP, DAJCIB, DAJ-ZiM, DAJ-JJ, DAJ-PIB, DAJ-AT, DAJ-RSS, DAJ-PsPS. Berdasarkan data kehadiran bulanan bermula bulan Januari hingga September 2019, peratus kehadiran keseluruhan pelajar SMK Datuk Awang Jabar semakin meningkat dan mencapai KPI yang ditetapkan. Kata kunci: DAJ di hatiku, Kehadiran Murid, Prestasi Akademik, Motivasi.
1.0 PENGENALAN SMK Datuk Awang Jabar ialah sebuah sekolah harian biasa. Terletak kira-kira 53km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Sekolah ini dikelilingi oleh suasana kampung yang mana majoriti penduduknya berada pada kategori B40. Kebanyakan penduduk di kampung ini bekerja sebagai nelayan dan petani. Selain dari itu, terdapat sebahagian kecil dalam kalangan mereka berniaga dan bekerja dengan kerajaan dan swasta. SMK Datuk Awang Jabar telah mula dibina pada tahun 2004 dan memulakan sesi persekolahan pada tahun 2006. Sejak sekolah ini dibuka sehingga ke hari ini sekolah ini telah diterajui oleh sepuluh orang pengetua. Sebelum kewujudan sekolah ini, murid-murid di kampung Jambu Bongkok dan Kampung Pasir Puteh mendapat pendidikan di SMK Merchang yang mana jaraknya kira-kira 14km.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
215
DAJ di Hatiku
Murid-murid yang belajar di sekolah ini datangnya dari Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh dan Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok. Jumlah pelajar kini seramai 187 orang iaitu 97 lelaki dan 90 perempuan dengan bilangan kelas sebanyak 11 kelas. Daripada jumlah tersebut 97 orang tinggal di asrama manakala selebihnya tinggal di rumah masing-masing. Jumlah guru pula seramai 26 orang, AKP seramai 6 orang, pekerja kebersihan 6 orang dan pengawal keselamatan seramai 4 orang. Saya mula dilantik dan bertugas sebagai pengetua di sekolah ini pada 24 April 2016 menggantikan pengetua yang kesembilan yang bertukar ke SMK Pengkalan Berangan. Berdasarkan kemudahan dan infrastruktur yang ada di sekolah ini agak mencukupi serta bilangan murid yang tidak begitu ramai saya berkeyakinan akan dapat berbuat sesuatu bagi melonjakkan lagi kemenjadian pelajar. Beberapa isu yang dikenal pasti apabila melangkah ke sekolah ini antaranya adalah seperti dari segi akademik GPS PT3 masih rendah iaitu 3.52 pada tahun 2016, 3.72 (2017) dan 3.69 pada tahun 2018 manakala GPS SPM juga masih rendah iaitu 6.38 pada tahun 2016, 6.42 (2017) dan 5.42 pada tahun 2018. Pada tahun 2018 berlaku peningkatan mendadak iaitu berada pada ranking kedua peringkat negeri Terengganu yang mana GPS SMK Datuk Awang Jabar meningkat sebanyak 0.99 unit berbanding tahun sebelumnya. Dari segi disiplin pula tidak ada masalah besar yang berlaku di sekolah ini melainkan peratus kehadiran pelajar ke sekolah semakin merosot. Peratus kehadiran pada tahun 2016 ialah 93.5 peratus, 2017 iaitu 91.09 peratus dan pada tahun 2018 semakin menurun iaitu 88.03 peratus.
Objektif Program Program ini bertujuan untuk mengurang dan mengatasi masalah kehadiran pelajar ke sekolah yang tidak konsisten pada setiap bulan. i.
Mengenal pasti punca murid tidak hadir ke sekolah.
ii.
Memberi kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan hadir ke sekolah.
iii.
Membimbing murid-murid yang terlibat melalui sesi kaunseling dan progran kesedaran.
iv.
Meningkatkan peratus kehadiran ke sekolah pada setiap hari.
2.0 MENGENAL PASTI ISU Berdasarkan data e-kehadiran tiga tahun: 2016, 2017 dan 2018 didapati peratus kehadiran pelajarpelajar SMK Datuk Awang Jabar semakin merosot. Jadual 22.1: Peratus Kehadiran Murid bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018
216
TAHUN
PERATUS
2016
93.50
2017
91.09
2018
88.03
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku
Hasil tinjauan daripada 60 responden, iaitu 22 orang murid Tingkatan 4AF dan 18 orang murid Tingkatan 2AF (dua kelas yang paling banyak menyumbang ketidakhadiran murid ke sekolah), maklumat ini diperolehi dan dianalisis oleh lima (5) orang guru disiplin, dua (2) orang guru kelas dan 13 orang pengawas terlibat dalam menjayakan projek ini. Dapatan analisis yang diperolehi mendapati punca murid tidak berminat hadir ke sekolah iaitu; 1. Sikap murid yang kurang berminat terhadap pelajaran – 85%. 2. Kurang motivasi – 81.7%. 3. Tidur lewat malam kerana bermain gajet – 68.3%. 4. Bekerja sampingan dan ada pendapatan sendiri – 65.0%. 5. Tiada hala tuju – 25.0%. 6. Ibu bapa tidak dapat memujuk anak sendiri – 18.3%. Analisis persekitaran kawasan sekolah (SWOT) turut dilaksanakan. Dapatan analisis SWOT adalah seperti berikut; Jadual 22.2: Analisis Persekitaran (SWOT) KEKUATAN (S) 1. Pengurusan sangat mengambil berat terhadap pelajar. 2. Budaya kerja berpasukan menjadi budaya sekolah. 3. Dua orang guru berasal dari Kg. Jambu bongkok. 4. Guru Disiplin orang Kg Jambu Bongkok. 5. Kemudahan fizikal mencukupi.
KELEMAHAN (W) 1. Peratus tidak hadir ke sekolah lebih kurang 7-10% setiap bulan. 2. Bilangan guru yang sedikit (26 orang) tugas yang banyak. 3. Ketiadaan guru di sekolah atas tugas luar (antara 5 -10%) sebulan. 4. Pelaksanaan PA-21 tidak menyeluruh, PdPc kurang menarik. 5. Badan pengawas tidak berfungsi dengan maksima.
PELUANG (O) PIBG sangat komited dalam membantu sekolah. Jarak rumah dan sekolah dalam lingkungan 3km. Jalinan yang baik dengan Tatiuc, Tesdec, MSU, UiTM, ILP, Pejabat Agama Daerah. MPKK sentiasa memberi kerjasama kepada sekolah. Pemimpin kerajaan sentiasa membantu dari sudut kewangan.
CABARAN (T) 1. Pengaruh elemen negatif di luar kawasan sekolah. 2. Komitmen ibu bapa yang kurang terhadap anak mereka. 3. Sikap kurang ambil peduli oleh masyarakat setempat. 4. Persekitaran kampung yang tidak menarik untuk belajar. 5. Kebanyakan murid mempunyai gajet dan motosikal.
1. 2. 3.
4. 5.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
217
DAJ di Hatiku
3.0 PELAKSANAAN 3.1 Strategi SO 3.1.1
Meningkatkan kerjasama ibu bapa dan guru dalam semua aktiviti sekolah.
3.1.2
Membina hubungan yang erat antara murid, guru dan ibu bapa.
3.1.3
Mempelawa ibu bapa ke sekolah pada bila-bila masa untuk melihat suasana PdPc dalam bilik darjah dan melihat perkembangan anak-anak mereka.
3.2 Strategi WO 3.2.1
Mengadakan LADAP untuk memantapkan PdPc guru.
3.2.2
Memperkasakan PLC dalam kalangan guru.
3.2.3
Memperkasakan PdPc dengan menggunakan kaedah PA-21.
3.3 Strategi ST 3.3.1
Melaksanakan proses mendidik murid secara berterusan tanpa jemu.
3.3.2
Mewujudkan kumpulan whatsApps ibu bapa dan PIBG.
3.3.3 Menjalinkan kerjasama dengan Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung (MPKK). 3.3.4
Menggunakan khidmat rakan strategik untuk membuka minda murid.
3.4 Strategi WT 3.4.1
Sentiasa memberi peringatan tentang kepentingan ilmu pengetahuan dan kepatuhan kepada disiplin sekolah.
3.4.2
Program guru penyayang diperkasakan.
3.4.3
Program cakna kaunselor.
3.4.4
Program ziarah mahabah ke rumah murid.
Tindakan Dan Intervensi 1.
DAJ PKG: Pembangunan Kendiri Guru
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kendiri guru. Guru diberi pendedahan tentang
218
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku
kepentingan menjadi seorang pendidikan yang mempunyai sifat kasih sayang, bertanggungjawab, sabar, ikhlas dalam mendidik para pelajar. Untuk mencapai hasrat ini pelbagai kursus (LADAP) diberi kepada guru-guru seperti Budaya Kerja Berpasukan, Kerja sebagai Ibadah, Pendedahan tentang Naratif Baharu, Kursus PLC, Kursus pemantapan PA-21, dan Taklimat tentang Semua Guru adalah Guru Disiplin. Kursus-kursus seumpama ini dapat memantapkan lagi kendiri para guru dalam mendepani murid-murid serta dapat mengimplimantasikan dalam bilik darjah semasa PdPc. 2.
DAJ RoM: Pembangunan Rohani Murid
Program ini bertujuan untuk membangunkan rohani murid dengan mengadakan majlis bacaan yaasin, solat dhuha, solat hajat dan tazkirah pagi kepada murid- murid pada setiap hari supaya murid mendapat pendedahan tentang amalan murni berkenaan, selain melatih mereka mengerjakan ibadah sunat. Melalui program ini juga diharapkan mereka dapat membiasakan diri dengan bacaan surah yaasin dan ayat-ayat al Quran manakala melalui tazkirah mereka diperingatkan tentang kepentingan mengerjakan amalan kebaikan dan meninggalkan amalan yang sia-sia yang merugikan masa depan mereka. 3.
DAJ MeMe: Mentor Mentee
Program ini khusus dilaksanakan oleh guru Bimbingan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) . Murid-murid yang kerap tidak hadir ke sekolah diambil oleh kaunselor untuk diberi bimbingan dan kaunseling. Mereka diberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan, mereka dibimbing untuk mengenal diri sendiri serta berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik. Kaunselor juga cuba mengenal pasti segala masalah yang dihadapi oleh murid dan cuba menyelesaikannya. Kaunselor juga mengadakan kem di luar sekolah dengan menggunakan khidmat rakan strategik untuk melatih dan membimbing murid yang berisiko tinggi ini supaya dapat menghadapi pelbagai cabaran yang disusun semasa kem tersebut. Selain itu, ceramah kerjaya juga diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bidang-bidang yang dapat diikuti oleh murid selepas SPM. Lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi turut diadakan supaya murid mendapat pengalaman dan melihat sendiri suasana di pusat pengajian tersebut. 4.
DAJ CaP: Program Cakna Pengurusan
Pengurusan sekolah yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum mengadakan majlis santai bersamasama murid yang kerap tidak hadir ke sekolah setiap bulan bagi memberi nasihat dan kesedaran serta mengenal pasti dan menyelami kemahuan murid- murid berkenaan selain dapat mengeratkan hubungan antara pentadbir dengan murid. 5.
DAJ CIB : Program Cakna Ibu Bapa
Program Cakna Ibu Bapa bertujuan mengeratkan ibu bapa dengan pihak sekolah, program ini menekankan konsep “tidak kenal maka tidak cinta” untuk memastikan ibu bapa cintakan anak-anak,
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
219
DAJ di Hatiku
ibu bapa perlu tahu perkembangan anak masing-masing. Pihak sekolah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid yang kerap tidak hadir dengan mengundang mereka ke sekolah. Pihak sekolah mengadakan dialog dengan ibu bapa tentang bagaimana cara terbaik agar anak-anak mereka berminat untuk hadir ke sekolah. Selain berbincang tentang kehadiran, perkara-perkara lain juga dibincangkan seperti tingkah laku dan sahsiah pelajar, prestasi akademik, kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan dan kerja kursus supaya ibu dapat mengetahui perkembangan anakanak mereka. 6.
DAJ ZiM: Program Ziarah Mahabbah
Ziarah Mahabbah merupakan program bagi mengenal punca sebenar ketidakhadiran murid ke sekolah dan memujuk murid untuk hadir ke sekolah. Pihak sekolah telah mengunjungi rumahrumah murid yang kerap tidak hadir ke sekolah bagi mengenal pasti sebab-sebab ketidakhadiran mereka ke sekolah. Alasan yang sering diberi oleh ibu mereka ialah anak tidak mahu bangun dari tidur dan ada antara ibu pelajar yang meminta guru mengejutkan anak mereka kerana anak tersebut tidak lagi mendengar arahan ibu mereka. Ada sesetengah murid apabila guru mengunjungi rumah mereka, mereka akan berubah tetapi bagi murid tegar kunjungan guru ini tidak mendatangkan apaapa kesan pun kepada mereka. 7.
DAJ JJ: Program Jaringan dan Jalinan
Memperkasakan Rakan Jaringan dan Jalinan Sekolah yang terdiri daripada PIBG dan MPKK (Majlis Pemuafakatan Komuniti Kampung). Rakan strategi sekolah sangat penting dalam membantu pihak sekolah mengatasi beberapa isu yang berlaku kepada murid-murid terutama berkaitan dengan ketidakhadiran murid ke sekolah, gejala negatif seperti terlibat dengan penagihan dadah, aktiviti sosial, lumba haram dan lain-lain yang berlaku di luar kawasan sekolah. PIBG dan MPKK memaklumkan kepada ibu bapa murid berkenaan dan juga kepada pihak sekolah akan perkara-perkara yang dilakukan murid di luar kawasan sekolah. 8.
DAJ PIB: Program Peningkatan Pengetahuan Ibu bapa
Program Peningkatan Pengetahuan Ibu Bapa bertujuan menyediakan pengetahuan dan nilai tambah kepada Ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Pihak sekolah telah mengadakan tiga siri ceramah keibubapaan sepanjang tahun 2018 kepada semua ibu bapa supaya mereka mendapat pengetahuan tentang bagaimana mendidik anak-anak pada zaman teknologi maklumat ini. Penceramah dan kaunselor dari luar telah dijemput khas agar mereka dapat berkongsi maklumat bersama ibu bapa tentang keperluan kecaknaan ibu bapa terhadap anak-anak yang berada pada zaman dunia tanpa sempadan ini. Kealpaan ibu bapa serta kesilapan anak-anak memilih jalan hidup yang betul boleh mengundang padah dan masa depan anak-anak mungkin hancur.
220
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku
9.
DAJ AT: Program Atas Talian
Program ini bertujuan mewujudkan Group WhatsApps Guru, PIBG dan murid. Pihak sekolah menubuhkan Group WhatsApps guru, PIBG dan murid bagi menyalurkan maklumat terutama ketidakhadiran murid ke sekolah, ke kelas-kelas tambahan, masalah kesihatan dan apa-apa sahaja yang berlaku dalam kalangan murid. PIBG akan dimaklumkan setiap hari bilangan pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau tidak hadir kelas tambahan yang diadakan di sekolah. PIBG akan menghantar maklumat teresebut kepada ibu bapa dalam group mereka. Walaupun begitu ramai juga ibu bapa yang tidak mempunyai whatsapps group. 10. DAJ RSS: Program Rakan Strategi Sekolah Pihak sekolah sentiasa menggunakan khidmat Rakan Strategik bagi membantu mengatasi beberapa masalah terutama berkait dengan kewangan. Rakan strategik yang sering membantu sekolah ialah MAIDAM, Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Wakil Rakyat dan Exco Negeri. Rakan strategik ini telah memberi sumbangan kewangan kepada sekolah bagi menjayakan kursus kesedaran pelajar, ceramah keibubapaan, kem solat dan kerohanian serta kem-kem akademik yang sekolah laksanakan. Bantuan yang mereka hulurkan dapat menampung pelaksanaan dan perjalanan majlis tersebut. 11. DAJ PsPS: Memperkasakan Pegawai Polis Perhubungan Sekolah. Sepanjang tahun 2018 pihak sekolah telah menjemput Pegawai Polis Perhubungan Sekolah sebanyak lima kali datang ke sekolah untuk memberi ceramah kepada murid-murid berkaitan dengan keselamatan jalan raya, menjauhkan diri daripada najis dadah, Budaya Buli dan Gengsterisme, Hukuman terhadap Kesalahan Jenayah, dan Masalah Sosial yang sering melibatkan remaja masa kini. Pegawai Polis Perhubungan Sekolah sangat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan sentiasa memenuhi setiap undangan yang diminta.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Setelah melaksanakan Pojek DAJ DI HATIKU selama sembilan bulan bermula bulan Januari sehingga September 2019 didapati berlaku peningkatan kehadiran murid ke sekolah. Purata (min) kehadiran sepanjang sembilan bulan ialah 92.07 peratus manakala TOV ialah 88,03 peratus dan KPI yang ditetapkan bagi tahun 2019 ialah 90.03 peratus. Berlaku peningkatan sebanyak 4.04 peratus berbanding TOV dan meningkat sebanyak 2.04 peratus berbanding KPI yang ditetapkan bagi tahun 2019. Hal ini ternyata semua aktiviti yang telah dilaksanakan telah memberi impak positif dan mencapai sasaran dan melebihi KPI yang ditetapkan. Di bawah ini ditunjukkan data kehadiran ke sekolah pelajar-pelajar SMK Datuk Awang Jabar bermula bulan Januari sehingga bulan September 2019. Data diambil dari e-kehadiran.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
221
DAJ di Hatiku
Jadual 22.3: Peratus e-Kehadiran Setengah Tahun Pertama BULAN
JAN
FEB
MAC
APR
MEI
PERATUS (%)
95.05
91.09
91.36
91.34
91.68
JUN 88.78
Jadual 22.4: Peratus Kehadiran Murid SMK Datuk Awang Jabar (Julai – September 2019) BULAN
JUL
OGO
SEP
SEP
TOV
PERATUS (%)
92.37
92.90
93.19
91.68
88.03
MIN
KPI
92.07
90.03
Peratus kehadiran pelajar SMK Datuk Awang Jabar dari bulan Januari hingga bulan September 2019. Sumber: Data ekehadiran KPM
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Program PROJEK DAJ DI HATIKU yang telah dilaksanakan bermula bulan Januari sehingga bulan September 2019 dengan penggemblengan tenaga jawatankuasa yang telah ditubuhkan melalui 11 tindakan dan intervensi telah memperlihatkan kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan masalah ketidakhadiran pelajar-pelajar SMK Datuk Awang Jabar ke sekolah. Segala aktiviti yang telah dilaksanakan telah membantu serta mengubah sikap para pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Hal ini dapat dilihat berdasarkan data ekehadiran yang telah dipaparrkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia setiap hari. Berdasarkan pemerhatian semasa, walaupun berlaku peningkatan dari segi peratus dari semasa ke semasa namun peranan semua pihak termasuk guru di sekolah, ibu bapa di rumah serta PIBG dan komuniti sangat dituntut agar sentiasa memainkan peranan masing-masing secara berterusan tanpa jemu agar peratus kehadiran ke sekolah ini walaupun kini telah melepasi KPI namun biarlah berlaku peningkatan yang lebih tinggi lagi sebagaimana sasaran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebanyak 93 peratus dan Pejabat Pendidikan Daerah Marang sebanyak 95 peratus. Pihak pengurusan khususnya saya selaku pengetua yang merupakan peneraju utama perlulah sentiasa berusaha lebih gigih lagi serta menggunakan perlbagai strategi agar kehadiran pelajar-pelajar saya sentiasa meningkat. Kerjasama yang erat, kerja secara sepasukan serta saling mempercayai antara satu sama lain merupakan antara prinsip yang saya amalkan dalam pengurusan saya. Saya dan rakan pengurusan akan terus mengawal dan memantau program ini dan penambahbaikan akan kita laksanakan dari semasa kesemasa apabila berlaku keperluan.
222
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
DAJ di Hatiku
Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Pensyarah Pembimbing saya Dr. Hajah Akma bt Hj. Abd. Hamid dari Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands yang banyak membimbing dan membantu dalam menjayakan Projek ini. Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada SIP+ En. Abdul Rahim bin Mat Zin atas pandangan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam merealisasikan projek ini. Juga jutaan terima kasih saya kepada rakan pengurusan saya yang tidak pernah jemu membantu dan melaksanakan semua urusan yang berkait dengan program ini dan amat membanggakan lagi rakan-rakan jawatankuasa yang menjadi nadi utama menggerakkan projek ini. Jutaan terima kasih tidak terhingga. Harapan saya semoga Program PROPEKS ini dapat diteruskan ke sekolah-sekolah lain di seluruh negara kerana melalui program ini banyak isu dapat kita selesaikan atau paling tidak dapat kita kurangkan ke tahap yang minimum.
6.0 RUJUKAN Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan. Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan. Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Kulai Johor. Fakulti Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Azif bin Shukor (2017). Ini Cara Unik Boleh Dipraktikkan Pihak Sekolah Untuk Tangani Murid Lewat Ke sekolah. Portal GPS Bestari. Afiqah Hussain (2018). Masalah kaki Ponteng Sekolah, Antara Sebahagian Puncanya. Berita Mediacorp.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
223
224
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY HAJAH RUSMAWATI BINTI MAHMOOD SMK Chalok Model Khas Setiu
[email protected] DR. HAJAH. AKMA BINTI ABD HAMID Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] WAN YAACOB WAN IBRAHIM Pegawai SIP+ PPD Setiu
ABSTRAK Bersandarkan kepada dapatan program Pembudidayaan PGB daerah Setiu 2018, didapati bahawa peratus skor keseluruhan yang diberikan oleh PGB yang terlibat sangat tidak memberangsangkan, hanya mencapai 74.62% sahaja. Situasi ini menimbulkan kebimbangan kerana hasil pemantauan tersebut telah memberi gambaran bahawa sebahagian besar instrumen yang menjadi fokus utama sekolah belum menepati kriteria yang diperlukan bagi memastikan persekitaran fizikal kondusif dan menjadi daya tarikan kepada semua warga sekolah. Projek SMoCS COMEY dilaksanakan untuk menyediakan persekitaran fizikal yang kondusif sebagai asas bagi melonjakkan prestasi dan pencapaian sekolah. Projek SMoCS COMEY memberi fokus kepada 4 tumpuan utama iaitu SMoCS MAHABBAH, SMoCS BBK, SMoCS WELCOME dan SMoCS Di Hatiku. Kaedah kajian yang digunakan ialah melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Projek SMoCS COMEY menyaksikan keterlibatan semua 700 orang murid, 84 orang guru dan 18 orang anggota kumpulan pelaksana (AKP) serta turut melibatkan kerjasama daripada PIBG dan PIBK. Dapatan kajian menunjukkan persekitaran sekolah semakin ceria dan kondusif. Peratus kehadiran murid ke sekolah telah menunjukkan peningkatan daripada 86.54% pada tahun 2018 kepada 88.12%(2019). Gred Purata Sekolah (GPS) di dalam peperiksaan SPM juga telah meningkat daripada 6.29 pada tahun 2018 kepada kepada 6.06(2019). Secara keseluruhannya kajian ini telah membuktikan bahawa projek SMoCS COMEY telah berjaya menghasilkan persekitaran fizikal yang kondusif dan seterusnya meningkatkan motivasi murid untuk hadir ke sekolah. Kata Kunci: Persekitaran Fizikal Kondusif, SMoCS COMEY, Motivasi.
1.0 PENGENALAN Pada 1hb. Julai 2018 pengkaji telah melaporkan diri sebagai pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok Model Khas. Berbekalkan pengalaman sebagai pengetua di SMK Langkap
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
225
SMoCS COMEY
bermula pada 26 September 2016, sebagai pendidik selama 21 tahun amnya dan dalam pengurusan sekolah khususnya selama 8 tahun sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik (Jun 2008 – Mei 2011), Guru Penolong Kanan Kokurikulum (Jun 2011 – Jun 2014) dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran (Julai 2014-September 2016). Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok Model Khas (TEA6083) terletak di kawasan seluas 8,387 hektar dalam Mukim Chalok 1, di tepi jalan utama, 56 km dari Bandar Kuala Terengganu dan 15 km dari Bandar Permaisuri. Sekolah ini merupakan sekolah gred A yang beroperasi dalam satu sesi sahaja. Sekolah ini memiliki 6 blok bangunan dengan kapasiti 35 kelas iaitu 3 kelas Model Khas, 28 kelas arus perdana dan 4 kelas tingkatan 6 (Mod 3). Jumlah keseluruhan pelajar sekolah ini ialah seramai 735 orang. Sekolah ini juga turut mempunyai 4 blok asrama harian yang boleh menampung 250 orang murid. 1.1
Profil Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok Model Khas terletak di Kampong Chalok, Setiu, Terengganu. Sekolah ini menampung pelajar-pelajar dari SK Felda Chalok Barat, SK Chalok, SK Kampung Rahmat, SK Bukit Putera, SK Jelapang dan sekolah-sekolah rendah sekitarnya. Sekolah ini mula dibuka pada 01.06.1997 dengan bilangan pelajar seramai 348 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2. Pada tahun 2003 Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok telah dipilih untuk mengendalikan Kelas Model Khas yang pertama di Negeri Terengganu. Tiga kelas diwujudkan iaitu tahun 4, 5 dan 6. 1.2
Status quo sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok ialah salah sebuah sekolah dalam kumpulan Band 5. Pandangan awal pengkaji ketika kali pertama melangkahkan kaki ke sekolah ini, pengkaji mendapati persekitaran kawasan sekolah yang tidak menarik dan ceria, blok-blok bangunan yang usang. Semakan kepada data berasaskan analisis keputusan peperiksaan SPM juga tidak memberangsangkan dan berada dalam kumpulan terakhir (corot). Analisis data kehadiran murid ke sekolah juga mencatatkan peratusan yang agak rendah. Pengkaji berpendapat elemen persekitaran fizikal mempunyai saling kaitan yang menyumbang kepada kemenjadian murid. Beberapa isu telah dikenalpasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog dengan guru dan murid.
2.0
MENGENAL PASTI ISU / MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN 2.1 Umum : i.
Persekitaran Tidak Kondusif dan Usang. Kawasan persekitaran tidak dimanfaatkan oleh warga sekolah untuk membantu meningkatkan kecemerlangan dari semua segi (kurikulum, kokurikulum, jasmani, emosi, sahsiah). Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, persekitaran fizikal yang luas tidak dimanafaat sepenuhnya untuk kemenjadian guru dan murid. Bangunan yang tidak ceria dan usang tidak menjadi daya tarikan kepada warga sekolah untuk berada di dalam kawasan sekolah.
226
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY
ii. Kemudahan surau yang tidak sempurna dan selesa. Kekurangan kemudahan fizikal yang mencukupi dan strategik untuk melaksanakan ibadah terutamanya ruang solat muslimah terbuka, persekitaran yang tidak selesa.. iii. Kehadiran Murid ke Sekolah Kurang Memberangsangkan Sebahagian murid bekerja selepas waktu sekolah, menyebabkan mereka letih, tidak mempunyai rehat yang cukup, tidak membuat kerja sekolah. Segelintir ibu bapa berpendapatan di bawah RM500.00
2.2 Khusus : i.
Projek SMoCS Mahabbah Kehadiran pelajar perempuan ke surau untuk menunaikan solat zohor berjemaah kurang memuaskan disebabkan keadaan surau yang tidak selesa dan terbuka (open air).
Gambar 23.1a & 23.1b: Surau Perempuan
ii.
Projek SMoCS BBK Keadaan bangunan sekolah yang tidak menarik dan kusam menyebabkan murid kurang berminat untuk hadir ke sekolah.
Gambar 23.2: Sebelum Projek SMoCS
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
227
SMoCS COMEY
iii.
Projek SMoCS Welcome Persepsi awal (first impression) murid dan masyarakat sekitar terhadap persekitaran sekolah yang tidak ceria dan menarik.
Gambar 23.3: Pintu masuk SMK Chalok, Setiu.
iv.
Projek SMoCS Di Hatiku Ketiadaan ikon sekolah yang boleh menimbulkan kebanggaan murid terhadap sekolah.
Gambar 23.4: Bangunan sekolah
Salah satu usaha untuk melonjakkan prestasi sekolah, dan meningkatkan pencapaian murid, langkah awal yang perlu diperbaiki adalah dengan menggalakkan murid hadir ke sekolah. Program menaiktaraf persekitaran fizikal yang kondusif berupaya membantu memotivasikan murid hadir ke sekolah dan seterusnya menjana kecemerlangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.
3.0 PELAKSANAAN Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang strategik amat penting supaya projek SMoCS COMEY mampu meninggalkan impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya.
228
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY
3.1 Planning (Perancangan) Setelah mendapat amanah sebagai pengetua di sekolah ini, pengkaji telah meneliti kedudukan status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta meminta laporan yang berkaitan daripada semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat isu, kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah untuk mencapai matlamat yang telah digarapkan. Oleh itu, projek SMoCS COMEY telah dipilih. Visi :
Menaiktaraf persekitaran fizikal yang kondusif dan ceria.
Misi : (1)
100% warga sekolah teruja dan bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari dan berada lebih lama dalam kawasan sekolah.
(2)
Mewujudkan sikap saling membantu dan bekerjasama antara warga sekolah.
(3)
Menyediakan persekitaran yang cantik dan selesa untuk warga sekolah.
(4)
Strategi :
Mengurangkan gejala vandalism dalam kalangan murid. (1)
Projek SMoCS Mahabbah
(2)
Projek SMoCS BBK
(3)
Projek SMoCS Welcome
(4)
Projek SMoCS Di Hatiku
3.2 Organizing (Pelaksanaan) 3.2.1 Jawatankuasa Projek SMoCS COMEY Penasihat:
Dr. Hjh. Akma Binti Abd. Hamid (Pensyarah Pembimbing, IABCGH)
Pengerusi:
Pn. Hjh. Rusmawati Binti Mahmood
Penyelaras:
En. Kamal Abd Nasir Bin Yazid
Setiausaha:
Pn. Hjh. Mazulizam Binti Ismail
Pasukan Pemantau:
Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran
Ahli Jawatankuasa: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Pn. Hjh. Wan Norazimah Binti Wan Ahmad Pn. Wan Safura Adlina Binti Wan Shahril Anwar Tn. Hj. Jaafar Bin Yaacob En. Zulkifli Bin Yaccob En. Mohd Nazri Bin Md Zin En. Mohd Nawawi bin Yaacob En. Khairul Azman bin Abd Rahman
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
229
SMoCS COMEY
a. Pembudayaan
b.
•
Pemilihan kriteria dan lokasi tumpuan yang perlu dinaik taraf.
•
Perbincangan dan membimbing warga sekolah untuk menyumbang idea dan tenaga.
•
Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan dan persekitaran.
•
Pemantauan, perbincangan projek.
diadakan untuk tujuan penambahbaikan
Jaringan Sosial Semasa kerja-kerja menaiktaraf SMoCS COMEY ini turut dihadiri bersama oleh Pegawai SIP+ daerah Setiu, Pengerusi PIBG dan ibu bapa murid.
3.3 Leading (Kepimpinan) Bagi menjayakan projek SMoCS COMEY, keterlibatan semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, guru-guru, AKP dan murid sangat perlu supaya berlaku permuafakatan dalam organisasi agar kata sepakat dapat dicapai secara kolektif. Penglibatan semua warga sekolah secara menyeluruh dalam proses menaiktaraf persekitaran fizikal adalah hasil kerjasama dan perkongsian buah fikiran, tenaga dan masa bagi menghasilkan persekitaran fizikal yang kondusif dan ceria. Hasil pemuafakatan ini juga berlakunya jalinan ukhuwwah dan kerjasama yang erat di antara guru dan AKP, guru dan murid, guru dan ibu bapa. Secara tidak langsung telah berlaku motivasi dan proses pembelajaran secara tidak langsung kepada murid yang terlibat. Penyelarasan tugasan sentiasa dilakukan agar warga sekolah tidak merasa terbeban dalam usaha untuk menghasilkan persekitaran fizikal yang kondusif dan ceria. 3.4 Controlling (Pengawalan) Sebagai langkah mengawal kualiti projek SMoCS COMEY, instrumen seperti senarai semak keperluan turut disediakan. Terdapat beberapa kriteria penilaian untuk setiap aspek. Aspek SMoCS Mahabbah dinilai berdasarkan pengurusan fizikal dan peralatan. Aspek SMoCS BBK pula dinilai dari sudut senarai semak kemudahan dan prasarana sekolah serta instrumen program Pembudidayaan PGB. Aspek SMoCS Di Hatiku diwujudkan sebagai lambang “ikon’ sekolah manakala SMoCS Welcome adalah untuk mengindahkan pandangan bahagian hadapan pagar sekolah dan memberi imej yang baik kepada sekolah.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Hasil daripada semua projek yang telah dilaksanakan oleh warga SMoCS, dapat dilihat perubahan fizikal dan persekitaran sekolah menjadi lebih kondusif dan ceria. Keadaan ini juga turut
230
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY
mempengaruhi minat murid untuk hadir dan berada di sekolah. Secara tidak langsung masalah kehadiran murid yang merosot juga dapat ditingkatkan kembali dan seterusnya menjana pencapaian yang cemerlang dalam Kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid serta melonjakkan prestasi sekolah. i.
SMoCS Mahabbah
Gambar 23.5: Ruang solat murid perempuan yang berdinding dan bahagian hadapan berbumbung
ii.
SMoCS BKK
Gambar 23.6: Pemandangan dari luar blok A selepas dicat semula
iii.
SMoCS Welcome
Gambar 23.7: Pemandangan hadapan sekolah (pintu pagar utama) selepas diserikan dengan lanskap batuan dan tanaman hiasan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
231
SMoCS COMEY
iv.
SMoCS Di Hatiku
Gambar 23.8: Mercu tanda menarik yang Menjadi Kebanggan Warga SMoCS Untuk Mengabadikan Kenangan di Sini.
Wujudnya mercu tanda yang menarik dan menjadi kebanggan warga SMoCS untuk mengabadikan kenangan di sini. Dapatan kajian melalui pemerhatian dan analisis dokumen rekod kehadiran murid ke sekolah, data menunjukkan bahawa terdapat peningkatan peratus kehadiran pelajar ke sekolah. dan peningkatan prestasi murid di dalam peperiksaan SPM sebagaimana Jadual 1: Peratus kehadiran pelajar SMK Chalok Model Khas dan Jadual 2: Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM tahun 2018 berbanding 2019 di bawah: Jadual 23.1: Peratus Kehadiran Pelajar SMK Chalok Model Khas BULAN/TAHUN
2018
2019
2020
JAN
93.76
92.27
92.30
FEB
91.79
92.35
90.72
MAC
87.90
88.45
87.37
APRIL
88.18
88.37
-
MEI
86.65
90.22
-
JUN
87.24
86.74
90.41
JULY
86.35
87.24
84.10
OGOS
86.88
86.95
77.89
SEPT
84.15
84.71
OKT
82.65
86.13
NOV
76.42
85.85
PURATA (%)
86.54
88.12
Berdasarkan jadual 23.1, didapati bahawa peratus kehadiran murid secara purata telah berlaku peningkatan iaitu pada tahun 2018 peratus kehadiran murid adalah 86.54% meningkat kepada 88.12% pada tahun 2019.
232
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SMoCS COMEY
Dapatan lain yang diperolehi adalah melalui analisis dokumen keputusan peperiksaan peringkat kebangsaan iaitu SPM sebagaimana rajah 2 di bawah: Jadual 23.2: Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) SPM tahun 2018 berbanding 2019 PEPERIKSAAN/ TAHUN
2018
SPM
6.29
JUMLAH Calon (orang) 125
2019
JUMLAH Calon (orang)
6.06
105
Jadual 2 menunjukkan pencapaian GPS murid di dalam peperiksaan SPM. Didapati bahawa telah berlaku peningkatan GPS di dalam peperiksaan SPM daripada 6.29 pada tahun 2018 kepada 6.06 pada tahun 2019 dengan peningkatan sebanyak 0.23. Dapatan kajian juga boleh diperhatikan melalui pencapaian pengurusan kokurikulum murid sebagaimana Jadual 2 di bawah: Jadual 3: Pencapaian Pengurusan Kokurikulum KPI
TOV 2019
Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar 2020
% Penglibatan Peringkat daerah
10 70 orang
15 105 orang
16.4 115 orang
% Penglibatan Peringkat Negeri
1 07 orang
2.14 15 orang
2.28 16 orang
% Penglibatan Peringkat Kebangsaan
0.1 1 orang
0.2 2 orang
0.4 3 orang
% Penglibatan Peringkat Antarabangsa
0
0.14 1 orang
0.28 2 orang
Berdasarkan Jadual 3, pencapaian pengurusan kokurikulum bagi 700 orang murid SMoCS mendapati peratus penglibatan murid pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi tahun 2020 telah meningkat berbanding tahun 2019. 6.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Sebagai pengetua, pengkaji berpendapat adanya program ProPeKS ini, dapat mengubah persekitaran fizikal di beberapa lokasi menjadi lebih ceria dan kondusif. Di samping itu juga program ini turut berupaya meningkatkan kerjasama dalam kalangan warga sekolah dan dapat meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Murid-murid berasa lebih teruja dan bersemangat untuk hadir ke sekolah setiap hari dan berada lebih lama dalam kawasan sekolah. Secara tidak langsung guru boleh menggunakan peluang ini dengan mengadakan kelas bimbingan kepada murid terlibat. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua dan secara tidak langsung akan melonjakkan pencapaian kurikulum, sahsiah dan kokurikulum murid sekolah ini.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
233
SMoCS COMEY
6.0 RUJUKAN Ayub Jantan (2018). PAK 21 Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Panel Pendidikan Pencegahan Agensi Dadah Kebangsaan (2016). Pendidikan Pencegahan Dadah. Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Panduan Pengurusan 3K. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Panduan Pengurusan Kantin Sekolah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.
234
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM) AZURI BIN HJ HAMZAH Pengetua SMK Sungai Asap
[email protected] NORITA BINTI ISMAIL Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] DR. TING LEN SIONG SIP+ PPD Gua Musang ABSTRAK ProPPLus IMPAKS adalah projek Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Aminddin Baki (IAB). Projek Pengetua SMK Sungai Asap, daerah Gua Musang, Kelantan ini bertujuan meningkatkan peratusan murid Layak Dapat Sijil (LADASI) dan menambah baik Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 2019. Kumpulan sasaran projek ialah 60 orang murid Tingkatan 4 2018 yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Untuk mengenal pasti isu penambahbaikan, alat yang digunakan ialah Analisis SWOT, Analisis Jurang, Rajah Ishikawa dan Diamond Nine. Pelaksanaan projek bermula Januari - Oktober 2019 bermula dengan Program Motivasi Genggam Menuju Jaya oleh Kaunselor, Min-G Bahasa Melayu, LADASI BM Sejarah, Genggam A BM Sejarah dan Bengkel Near Miss oleh Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah. Impak projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap ditunjukkan dengan peningkatan LADASI daripada TOV sebanyak 84.62% pada 2018 kepada 92% pada 2019 dan penambahbaikan GPS dalam pencapaian SPM 2019. Kata kunci : LADASI, Analisis SWOT, Analisis Jurang, TOV
1.0
PENGENALAN
Saya mula berkhidmat sebagai Pengetua di SMK Sugai Asap pada September 2017 sehingga 23 Disember 2019. SMK Sungai Asap merupakan sebuah sekolah menengah kerajaan yang dibina atas keperluan pendidikan menengah anak-anak peneroka Rancangan Kemajuan Tanah KESEDAR iaitu RKT KESEDAR Sungai Asap, Renok Baru, Jeram Tekoh dan Limau Kasturi. Sekolah ini mula dibuka dengan pengambilan pertama pelajar tingkatan satu dan dua pada tahun 1991, dengan tiga (3) blok bangunan sekolah termasuk pentadbiran serta makmal sains dan satu (1) blok bengkel KHB. Sehingga tahun1998, sekolah ini beroperasi tanpa bekalan elektrik dan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
235
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
air kecuali generator diesel dan air telaga. Dengan pertambahan jumlah pelajar, pada tahun 1994, sekolah terpaksa mengadakan dua (2) sesi persekolahan iaitu sesi sebelah pagi dan petang. Pada tahun 2005, persekolahan satu sesi dapat dilaksanakan semula dengan adanya tambahan empat (4) blok bangunan yang baru. Kini, SMK Sungai Asap telah sama-sama merentas perkembangan pendidikan negara dengan mempunyai kelengkapan hampir setara dengan mana-mana sekolah di bandar. Pada tahun 2001, asrama sekolah menerima penghuni kohort pertamanya seramai 100 orang, terutama dari SK Perasu dan SK Jeram Tekoh yang agak jauh. Pada tahun 1996, sekolah dilengkapi dengan elektrik 24 jam. Perkembangan selanjutnya ialah bekalan air paip dimasukkan pada tahun 2001 diikuti kemudahan talian telefon pada tahun 2005. Kemudahan lain ialah makmal komputer dan pusat akses. Staf dan guru SMK Sungai Asap berjumlah 75 orang, terdiri daripada Pengetua DG52, PK Pentadbiran DG48, PK HEM DG48, PK Kokurikulum DG48 dan empat (4) orang Guru Kanan. Kesemua guru adalah siswazah. Sekolah juga mempunyai seorang Ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu tadbir, dua (2) orang Pembantu Am Pejabat, enam (6) Pembantu Makmal dan seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta seorang Penyelia Asrama. Ahli PIBG sekolah juga sering membantu menceriakan suasana sekolah, menghulurkan bantuan tenaga dan kewangan dalam memajukan sekolah. Mantan YDP PIBG terdiri daripada pemimpin masyarakat seperti Pengurus Rancangan, Tuan Imam dan Ketua Peneroka yang disegani.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
SMK Sungai Asap sebuah sekolah yang berpotensi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah perbincangan, sumbang saran, pemerhatian dan maklum balas dengan mengggunakan alat pengurusan kualiti. 2.1
Analisis persekitaran
Hasil analisis dan pemerhatian oleh unit kurikulum mendapati pencapaian murid dalam SPM dari tahun 2016 - 2018 banyak bergantung kepada pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang menjadi syarat wajib lulus. Mesyuarat post mortem SPM 2018 yang diadakan pada bulan Mac 2019 peringkat sekolah ini, Walaupun mereka mendapat gred A dalam mata pelajaran lain tetapi kegagalan dalam Bahasa Melayu dan Sejarah akan menyebabkan mereka gagal mendapat sijil SPM. Kegagalan dalam kedua-dua mata pelajaran ini melibatkan murid yang dikategorikan lemah iaitu Tingkatan 4K1 dan 4K2. Pencapaian SPM untuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dari tahun 2017-2018 antara 88%-89% yang mempengaruhi pencapaian keseluruhan SPM. Pengetua yang mempengerusikan mesyuarat ini telah meminta semua panitia terutama panitia Bahasa Melayu dan Sejarah melaksanakan program-program atau intervensi untuk mengatasi kelemahan yang terdapat dalam panitia masing-masing. Hasilnya persetujuan dicapai supaya diadakan Program ProPPLus untuk meningkatkan peratus lulus dan menambah baik GPS dalam SPM bermula 2019 sehingga 2021.
236
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
i. Dialog Prestasi Peringkat PPD Bersama Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran. Majlis Dialog Prestasi yang diadakan pada bulan April 2018 dan dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah juga telah membuat kesimpulan bahawa Bahasa Melayu dan Sejarah merupakan mata pelajaran yang perlu diberi perhatian kerana dengan kegagalannya akan memberi kesan kepada murid dan sekolah, iaitu gagal mendapat kelulusan dalam SPM. KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 - Guru opsyen yang berpengalaman dan
W1 -Kelengkapan bilik/ makmal sains tidak mencukupi dan berada dalam keadaan
memeriksa kertas S2 - Guru berbudaya positif dan komited S3 –Kerjasama dan sokongan pentadbir
uzur W2 - Bilangan murid bagi setiap kelas adalah besar melebihi 40 orang W3 -Sumber kewangan yang terhad untuk program-program akademik W4 -Masalah pelajar ponteng sekolah, inisiatif kendiri kurang dan kurang minat belajar W5-Kemudahan peralatan ICT,bahan
rujukan, buku dan bilik-bilik khas kurang mencukupi.
W6 - Guru baharu kurang pengalaman CABARAN / ANCAMAN (T)
PELUANG (O) O1 - Sokongan dari pihak PIBG, PPD DAN JPN
T1 - Latar belakang keluarga murid yang terdiri daripada golongan B40
O2 - Kemudahan modul-modul dari Internet dan laman sesawang
T2 - Keluarga murid kurang berkemampuan untuk membeli bahan pembelajaran
O3 – Bahan-bahan daripada panitia daerah dan negeri
T3 - Pengaruh pusat permainan video, Siber Kafe, Facebook dari luar T4 - Kurang sokongan dan kerjasama ibu bapa T6 - Masalah tiada pengangkutan awam bagi murid yang tinggal agak jauh dari sekolah
Jadual 24.1 : Analisis SWOT SMK Sungai Asap
Peratus lulus SPM di Gua Musang masih lagi berada di bawah 90% dan keadaan ini membimbangkan kerana akan menyebabkan ramai murid di daerah ini yang tidak layak mendapat Sijil SPM untuk kegunaan masa depan mereka. Keputusan telah dibuat oleh PPD Gua Musang supaya semua sekolah di bawah pentadbirannya melaksanakan program peningkatan Bahasa Bahasa Melayu dan Sejarah khususnya kepada murid-murid Tingkatan 4 supaya mereka menguasai mata pelajaran berkenaan untuk lulus SPM dan seterusnya meningkatkan pencapaian peratus layak dapat sijil SPM bagi PPD Gua Musang.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
237
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
ii. Taklimat Guru Dalam taklimat guru yang diadakan pada 12 April 2019, antara isu yang menjadi kebimbangan guru sekolah ini adalah berhubung dengan kegagalan murid untuk layak mendapatkan sijil SPM. Hasil dapatan itu menunjukkan guru-guru amat bimbang dengan pencapaian Bahasa Melayu dan Sejarah kerana murid yang berada di kelas pertengahan dan lemah di Tingkatan 4K1 dan 4K2 tidak dapat menguasai atau lemah dalam mata pelajaran ini. Keputusan sebegini bukan sahaja mempengaruhi peratus lulus SPM tapi juga GPS tahun 2019. Kebimbangan mereka turut dipengaruhi oleh faktor-faktor ketidakcukupan guru opsyen yang mengajar Bahasa Melayu dan Sejarah serta berlakunya pertukaran guru pada pertengahan tahun termasuk guru Bahasa Melayu dan Sejarah. iii. Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah Ekoran perbincangan guru-guru dan dapatan jurang analisis yang dibuat dalam mesyuarat kurikulum, isu utama sekolah adalah penguasaan murid yang lemah dalam Bahasa Melayu dan Sejarah. Justeru, pihak sekolah menetapkan untuk mengadakan program ProPPLus IMPAKS bagi pemulihan dalam dua mata pelajaran ini yang meliputi semua murid dan fokus utama adalah kepada murid-murid Tingkatan 4 sebagai persediaan untuk mereka menghadapi peperiksaan SPM 2019. Program itu dilaksanakan sepanjang tahun dari Januari hingga Novmber 2019. Hasil perbincangan melalui mesyuarat ini dan juga analisis item bagi subjek Sejarah, para guru bersetuju untuk membuat pemulihan dalam aspek penulisan dan perbendaharaan kata kepada murid-murid Tingkatan 4 untuk Bahagian A Kertas 1 Bahasa Melayu iaitu karangan . Mesyuarat telah bersetuju untuk memilih 60 orang murid yang terdiri daripada muridmurid Tingkatan 4K1 dan 4K2 sebagai perintis kepada program pemulihan Penulisan Karangan dan Modul Wajib Lulus. Jadual 24.2 : Analisis Jurang KEADAAN SEMASA 1. Peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah masih berada di lingkungan BM : 86% - 89%
KEADAAN DIKEHENDAKI
1. Kecemerlangan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah ke 90%
Sejarah : antara 77.37% – 88% 2. GPS bagi subjek BM Sejarah adalah pada tahap rendah: BM antara 6.49 (2016) – 5.02(2018)
2. GPS BM dan Sejarah di tambah baik
Sejarah : 6.88 (2016) – 5.60 (2018) 3. Aktiviti Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kurang berfokus kepada kemahiran murid Tingkatan 4.
238
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
3. Guru/Panitia perlu tumpu program peningkatan kemahiran dalam Bahasa Melayu dan Sejarah sejak di Tingkatan 4.
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
Berdasarkan beberapa contoh analisis jurang yang dikaji, terdapat beberapa isu yang dikemukakan oleh guru-guru di sekolah saya. Isu-isu itu merangkumi pelbagai bidang yang perlu kepada penambahbaikan iaitu bidang akademik, pentadbiran, pengurusan, hal ehwal murid, kehadiran murid, kelas yang kondusif, masalah disiplin dalam kalangan murid, pemantauan, keselamatan, keceriaan dan lain-lain. Walau bagaimanapun, isu utama yang perlu diatasi adalah bidang akademik iaitu isu penguasaan Bahasa Melayu dan Sejarah yang lemah dalam kalangan murid. Bertitik tolak daripada dapatan jurang analisis ini, saya telah membuat analisis secara Diamond Nine dan telah mengenal pasti sembilan isu yang perlu diberi keutamaan dan berhubung kait juga dengan isu utama bagi projek ProPPLus IMPAKS saya ini.
1 2
3
4
5
6
7
8 9 Rajah 24.1: Diamond Nine
Daripada analisis Diamond Nine, isu yang dikenal pasti adalah : 1.
Penguasaan Bahasa Melayu dan Sejarah yang lemah dalam kalangan pelajar.
2.
Disiplin murid kurang memuaskan.
3.
Pencapaian akademik kurang cemerlang.
4.
Keadaan kelas kurang kondusif.
5.
Murid-murid kurang bermotivasi.
6.
Peratus kehadiran murid ke sekolah tidak mencapai 90% setiap hari.
7.
Ketiadaan guru cemerlang di sekolah.
8.
Latar belakang keluarga yang sosio ekonominya rendah.
9.
Kekurangan kemudahan ICT di sekolah.
Setelah mengenal pasti isu utama melenggunakan Kaedah Ishikawa bagi mengenal pasti puncapunca kepada isu tersebut. Antara puncanya adalah sikap murid-murid sendiri, faktor keluarga dan persekitaran serta kaedah pengajaran guru dan faktor-faktor lain yang berkaitan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 4 di bawah:
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
239
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
Rajah 24.2: Sebab dan Akibat
Hasil daripada analisis alat-alat seperti Analisis SWOT, Analisis Jurang, Ishikawa dan Diamond Nine, pemetaan ProPPLus IMPAKS dibina seperti Rajah 5 berikut : Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun Organisasi Jadual 24.3: Pemetaan Perancangan Perubahan 3 Tahun SMK Sungai Asap bidang fokus
2019
2020
2021
peningkatan calon mendapat sijil spm
92% calon mendapat kelulusan dalam mata pelajaran bahasa melayu dan sejarah.
94 % calon mendapat kelulusan dalam mata pelajaran bahasa melayu dan sejarah.
96% calon mendapat kelulusan dalam mata pelajaran bahasa melayu dan sejarah
peningkatan dalam kecemerlangan mata pelajaran (peningkatan gps)
pertambahan sebanyak 5% pencapaian a dalam setiap mata pelajaran
pertambahan sebanyak 10% pencapaian a dalam setiap mata pelajaran
pertambahan sebanyak 10% pencapaian a dalam setiap mata pelajaran
3.0 PELAKSANAAN Program IMPAKS Diri dilaksanakan mulai Januari 2019 dengan bimbingan Guru Kaunselor kepada murid-murid sasaran dengan penekanan kepada emosi untuk menerapkan nilai dan berfikiran positif dalam membina hala tuju dalam SPM 2019. Antara pengisian IMPAKS ialah aspek jasmani iaitu aktiviti bersenam dan latihan menjaga pemakanan, sesi kaunseling individu atau kelompok untuk kestabilan emosi dan berfikiran positif dan aktiviti rohani untuk mendekatkan diri dengan Allah atau agama. Unit Bimbingan dan Kaunseling menyelaraskan aktiviti ini dengan sesi-sesi bacaan dan kursus kemahiran susulan selepas program panitia. Murid juga dilatih melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan melalui jadual berkala agar dapat membantu peningkatan dalaman yang dapat mempengaruhi daya intelek mereka dan pemikiran aras tinggi yang diperlukan dalam SPM.
240
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
Program IMPAKS DIRI Jadual 24.6 : IMPAKS Diri NILAI
REFLEKSI
TINDAKAN TAMBAHBAIK
JASMANI
SIHAT
BERSENAM MENJAGA PEMAKANAN
EMOSI
STABIL
MELIHAT YANG POSITIF (sentiasa berfikiran positif)
ROHANI
SEMPURNA/BAIK
MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH/AGAMA
INTELEK
SEDERHANA
MENAMBAH ILMU MELALUI PEMBACAAN DAN KURSUS
SOSIAL
CATATAN
SERINGKALI MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN
BAIK
Aktiviti IMPAKS digandingkan dengan pelaksanaan ProPPLus yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah sebagai tunggaknya. Untuk menarik minat murid mempelajari Bahasa Melayu dengan lebih serius, Minggu Bahasa Melayu diadakan dengan fokus mengurangkan jumlah gagal Bahasa Melayu. Panitia Sejarah pula mengadakan Bengkel Genggam A untuk meningkatkan bilangan murid yang mendapat skor A, Bengkel LADASI untuk meningkatkan peratus lulus, Program Sinar Harapan untuk murid sederhana lemah dan Tenyeh Sejarah untuk murid sederhana. Justeru, ProPPLus mengambil kira pelbagai aras dengan pendekatan program Pembelajaran Terbeza Jadual 24.7: Pelaksanaan ProPPLus Bil
Bidang/ Fokus 1. Kurikulum
Program / Projek Program Peningkatan Peningkatan pencapaian Peratus Layak / kelulusan Dapat Sijil dalam mata SPM pelajaran Bahasa (LADASI) Melayu dan Sejarah Peningkatan GPS
Aktiviti
Sasaran
Mula
Tamat Penyelaras
1.Kem Sejarah dan 1. Dilaksanakan Januari Ogos Bahasa Melayu 2019 2019 dalam semua kelas tingkatan 5 2. Latihan Teknik Menjawab 2. Fokus kepada 3 kelas yang 3. Analisis Data Kelemahan Murid lemah.
GK Bahasa GK Sains Sosial
4. Kelas Sinar Pagi 5. Pdp PA21 6. Kelas berfokus
6 Kelas
7. Kuiz Sejarah
Semua pelajar
8. Bengkel Genggam A
Januari Januari Ketua Panitia 2019 2019
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
241
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Dapatan Projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap oleh Pengetua adalah seperti Jadual 2 di bawah : Jadual 24.8: Pencapaian sasaran ProPPLus IMPAKS Sasaran Peratus lulus (keseluruhan)
BM Sejarah GPS GPMP
BM Sejarah
SPM 2018
SPM 2019
84.62
92.37
87.69 86.15 6.09 5.02 5.60
93.89 95.42 6.03 4.95 6.02
Jadual 24.9: Analisis Pencapaian KPI ProPLus IMPAKS Tahumn
Calon Layak Sijil
GPS
2017
106 84.3%
6.12
2018
110 84.62%
6.09
2019
124 88.5%
6.03
2020
125 88.65%
6,02
Berdasarkan Jadual 2 dan 3, impak ProPPLus IMPAKS dapat dilihat dari segi peningkatan peratus lulus keseluruhan daripada 84.62% kepada 92.37%, melebihi sasaran yang ditetapkan. Peratus lulus bagi subjek juga meningkat iaitu 87.69% kepada 93.89% bagi Bahasa Melayu dan 86.15% kepada 95.42% bagi subjek Sejarah. Peningkatan peratus layak dapat sijil ini ditunjukkan dalam Rajah 6.
Rajah 24.3: Pencapaian Peratus Layak Sijil SPM dengan ProPPLus IMPAKS
Bagi KPI untuk GPS , berlaku penambahbaikan daripada 6.09 (2018) kepada 6.03 (2019 yang ditunjukkan dalam Rajah 7. Justeru, projek ProPPLus IMPAKS untuk ProPeKS ini dapat
242
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
meningkatkan peratus layak dapat sijil dan menambah baik GPS SPM 2019 SMK Sungai Asap.
Rajah 24.4: Pencapaian GPS SPM denganProPPLus IMPAKS
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Berdasarkan analisis yang dibuat, saya dapati isu penguasaan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dulu lemah dalam kalangan murid terutama aspek penulisan bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan menjawab soalan essei dalam Mata Pelajaran Sejarah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor tersebut adalah faktor murid itu sendiri, guru, kaedah, bahan yang digunakan dan persekitaran yang mempengaruhi murid-murid terbabit. Kebanyakan murid tidak berminat belajar Bahasa Melayu dan Sejarah kerana mereka tidak boleh membina ayat dengan baik, kurang kosa kata dan tidak dapat mengingingati fakta untuk setiap bab atau tajuk yang mereka pelajari. Selain dari itu, faktor pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan peranan dalam isu ini. Kaedah pengajaran guru yang tidak menarik dan kreatif atau masih menggunakan kaedah chalk and talk tidak dapat menarik minat murid untuk belajar Bahasa Melayu dan Sejarah ini kerana bagi mereka matapelajaran ini agak sukar dan membosankan. Guru-guru harus kreatif dan menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dan relevan dengan tahap murid dan mesti mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kalangan mereka agar perkara itu dapat diatasi. Faktor persekitaran atau demografi murid turut mempengaruhi tahap pembelajaran mereka. Kebanyakannya terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasankawasan PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin). Ibu bapa mereka juga tidak mampu untuk menyediakan kemudahan yang lengkap kepada anak-anak dari segi pembelajaran kerana faktor kewangan. Pada masa yang sama, pihak sekolah perlu memastikan semua murid hadir ke sekolah setiap hari agar matlamat program yang dilaksanakan tercapai. Berdasarkan alat-alat mengenal pasti isu-isu seperti Analisis SWOT, Analisis Jurang dan Rajah Ishikawa, pelaksanaan ProPPLus IMPAKS digerakkan oleh koloboratif Unit Kaunseling dengan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
243
ProPPLus IMPAKS (Program Peningkatan Peratus Lulus SPM)
IMPAKS Diri dan Program Panitia Bahasa Melayu dan Sejarah. Impaknya dapat dilihat daripada peningkatan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dan penambahbaikan GPS SPM 2019, sekaligus turut membantu pencapaian KPI ProPPLus IMPAKS yang ditetapkan. Pemilihan dan pelaksanaan Projek ProPPLus IMPAKS adalah bertepatan dengan keadaan dan keperluan sekolah iaitu untuk meningkatkan peratus lulus dan menambah baik kualiti GPS SPM. Projek ini mendapat sokongan semua guru, murid dan kepimpinan sekolah. Guru-guru Bahasa Melayu dan Sejarah memainkan peranan yang amat penting demi merealisasikan cita-cita tersebut melalui kerjasama dan sokongan sepenuhnya dalam menjayakan projek ProPPLus IMPAKS SMK Sungai Asap 2019.
6.0 RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Jalil. (2001). ‘Pelanggan dalaman’: Konsep dan pendekatannya dalam Pengurusan ‘TQM’ di sekolah. Jurnal Institut Pengetua – Pemimpin, 1(1), 40-47. Buku Pengurusan SMK Sungai Asap (2019). Bryson, J.M. (2003) Strategic Planning for Public & Nonprofit Organization. USA, HB Printing. Laporan Analisis Peperiksaan SPM 2018 SMk Sungai Asap. Sherman, P.M.(1982) Strategic Planning for Technology Industries. Addison Wesley Pub. Co, Reading, MA. Taylor, A., Hill, F., (1993). Quality Management in Education. Quality Assurance in Education,1(1), MCB University Press, USA.
244
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PERMATA RIMBA NIK MOHAMAD BIN YUSOF, Pengetua SMK Sri Wangi
[email protected] NORITA BINTI ISMAIL Pensayarh Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] HAJI MOHD SAUKI BIN HUSSIN Pegawai SIP+ PPD Gua Musang
ABSTRAK Berdasarkan peratus kehadiran murid ke sekolah yang rendah iaitu 72.77 pada tahun 2016, 75.78 pada tahun 2017 dan 78.24 pada tahun 2018 iaitu di bawah 80 peratus, maka dengan keadaan ini akan memberi kesan kepada prestasi akademik murid sekiranya mereka tidak hadir ke sekolah terlalu kerap. 60 peratus murid sekolah ini adalah terdiri dari murid Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman yang memerlukan perjalanan selama 7 jam melalui jalan balak menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Apabila cuaca buruk seperti hujan, murid ini tidak dapat hadir ke sekolah kerana jalan yang rosak dan licin serta merbahaya kepada keselamatan mereka. Keadaan ini berlaku terutama awal tahun di mana musim tenkujuh belum berakhir. Murid Orang Asli ini tinggal di asrama sekolah dan pengangkutan mereka dari kampung disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA). Apabila mereka terlepas jadual perjalanan pengangkutan oleh pihak JKOA, maka mereka tidak hadir ke sekolah selama 2 bulan untuk jadual perjalanan yang berikutnya. Ibubapa murid Orang Asli ini tidak berkemampuan untuk menghantar sendiri anak ke asrama kerana faktor kemiskinan dan kemudahan pengangkutan yang mereka miliki. Program PERMATA RIMBA ini dirancang bagi meningkatkan kehadiran murid ke sekolah terutama murid Orang Asli. Program ini digerakkan melalui kerjasama awam dan swasta terutama pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Daerah, Polis DiRaja Malaysia, sekolah rendah saluran, Jawatankuasa Kemajuan Kampung, Tok Batin Orang Asli dan ibubapa pelajar. Kata Kunci : Pengurusan Hal Ehwal Murid, jakoa, Permata Rimba
1.0
PENGENALAN
Pada 13 Julai 2016, penyelidik telah melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Wangi, Gua Musang Kelantan ( DEA 8008 ) di bawah kawal selia Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
245
Permata Rimba
berjarak 9 km dari sekolah yang terletak di kawasan pedalaman Ulu Kelantan. Sekolah tersebut merupakan sekolah gred B yang beroperasi satu sesi. 1.1
Profil Sekolah
SMK Sri Wangi ini dibuka pada 1 Januari 2011 di tapak sekolah yang berkeluasan 14.53 ekar yang terletak di Jalan Gua Musang Merapoh iaitu di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang Kelantan. Sekolah mempunyai sebuah asrama yang terletak di luar kawasan sekolah yang jarak 10 km dari sekolah. Asrama ini diambilalih dari Jabatan Kemajuan Orang Asli yang boleh menempatkan pelajar seramai 250 orang. Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan yang terdiri dari blok pentadbiran, akademik, bangkel RBT, kantin dan surau. Seramai 313 orang pelajar telah ditempatkan dalam 15 bilik darjah dengan bilangan guru seramai 36 orang serta Anggota Kumpulan Pelaksana seramai 7 orang. 1.2
Status Quo Sekolah
Semasa menjejeki kaki ke sekolah ini pada 13 Julai 2016, didapati pelajar sekolah majoriti murid adalah dari kalangan Murid Orang Asli yang merupakan 60 peratus dari keseluruhan murid. Taburan penempatan masyarakat ini adalah bertaburan dalam hutan pedalaman ulu Kelantan. Pengangkutan ke sekolah adalah masalah utama yang membatasi kecemerlangan pendidikan Murid Orang Asli. Kehadiran mereka ke sekolah secara purata adalah 72 peratus. Di mana kehadiran ke sekolah adalah berkadaran langsung dengan kecemerlangan pendididikan. Oleh yang demikian, sesuatu langkah yang proaktif perlu dilakukan demi anak-anak Malaysia ini yang jauh ketinggalan hampir 20 tahun ke belakang dari serba serbi kemajuan.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Hari pertama bertugas di sekolah ini, peratus kehadiran murid yang pertama data diperolehi dan direnung. Data kehadiran murid secara purata pada tahun 2015 adalah 70.34 peratus. Bermaksud dari sepuluh orang murid, 3 orang tidak datang ke sekolah dan tercicir dari arus ilmu pendidikan. Apakah yang akan terjadi pada mereka apabila mereka dewasa nanti. Setelah berada 5 bulan di sekolah ini, purata tahunan kehadiran pelajar telah meningkat kepada 72.77 peratus. Pada tahun 2017, peratus kehadiran pelajar terus meningkat kepada 75.78 peratus. Beberapa punca masalah telah dikenalpasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog dengan murid, guru dan ibubapa.
246
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba
MANUSIA
PERSEKITARAN
Keluarga B40
Cuaca buruk
Rakan sebaya
Pedalaman
Sosio ekonomi
Jalan balak meningkatkan kehadiran murid orang Asli ke sekolah
Agensi Kerajaan Tok Batin
Peruntukan kewangan Pengangkutan
PENGUASAAN STAKE HOLDER
SUMBER
Rajah 25.1: Sebab dan Akibat
2.1 Persekitaran Perkampungan Orang Asli yang terletak jauh dalam hutan belantara telah membataskan pergerakan mereka untuk menghantar anak ke sekolah. Walau pun pengangkutan Murid Orang Asli disediakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) tetapi penyelarasan pengangkutan yang lemah menyebabkan murid tercicir semasa proses mengambil mereka di kampung. Sekiranya mereka tercicir, maka selama 2 bulan mereka tidak bersekolah kerana pengangkutan disediakan untuk semasa cuti sekolah yang lama seperti cuti penggal dan cuti perayaan. Jalan yang menghubungkan sekolah dengan perkampungan Orang Asli merupakan jalan balak di mana di waktu kemarau amat berdebu dan di waktu hujan amat basah dan licin. Masalah jalan licin ini kemuncak berlaku ketika di awal tahun semasa murid ingin kembali ke sekolah dari cuti hujung tahun iaitu pada musim tenkujuh, murid akan terkandas di kampung kerana pengangkutan pacuan 4 roda yang disediakan oleh pihak JKOA tidak dapat mengambil pelajar disebabkan jalan licin dan tanah runtuh. 2.2 Sumber Kenderaan pacuan 4 roda adalah pengangkutan yang utama untuk memasuki perkampungan Orang Asli. Kenderaan ini kebanyakan adalah disewa dari pihak kontraktor pengangkutan tempatan untuk mengambil dan menghantar murid. Peruntukan kewangan yang terhad membatasi untuk pihak sekolah membuat intervensi kehadiran murid yang perlu memasuki perkampungan Orang Asli dan bermalam di sana kerana perjalanan masuk memakan masa 6 jam dan memerlukan peruntukan kewangan yang tinggi. 2.3 Manusia Taraf sosial ekonomi masyarakat Orang Asli adalah rendah dan kebanyakan dalam kategori B40. Pekerjaan mereka adalah mencari sumber pendapatan dari hasil hutan. Masalah pengangkutan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
247
Permata Rimba
merupakan masalah utama yang menghalang perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Kenderaan utama mereka adalah motosikal yang terbatas pergerakan ketika hujan disebabkan jalan yang licin dan berselut tanah merah. Apabila keadaan ini berlaku, mereka tidak dapat membantu pihak sekolah untuk menghantar anak ke sekolah sekiranya mereka tercicir kenderaan yang disediakan oleh pihak JKOA.
2.4 Penguasaan Stake Holder Tok Batin iaitu penghulu bagi masyarakat Orang Asli adalah individu yang berpengaruh dalam komuniti mereka. Kerjasama dan pertolongan dari mereka perlu diperkasakan agar pendidikan anakanak mereka terus terbela dan terjaga. Murid Orang Asli sekolah ini terdiri dari 9 perkampungan Orang Asli iaitu Pos Blau ( 29 orang murid ), Pos Pulat ( 33 orang murid ), Pos Balar ( 96 orang murid ), Pos Gob ( 2 orang murid ), Pos Hau ( 6 orang murid ), Pos Bihai ( 4 orang murid ), Pos Tuel ( 11 orang murid ), Pos Brooke ( 4 orang murid ) dan Pos Kuala Betis ( 3 orang murid ). Pos Blau, Pos Pulat dan Pos Balar merupakan perkampungan yang sekolah merupakan sekolah saluran. Sembilan orang Tok Batin ini perlu didekati dan dimesrakan bagi mendapat kerjasama dan komitmen dari mereka terutama kehadiran anak-anak mereka ke sekolah.
3.0 PELAKSANAAN Dalam usaha dan kesungguhan untuk memastikan pendidikan Murid Orang Asli adalah terbela, maka suatu perancangan yang rapi telah dibuat untuk merialisasikan hasrat untuk melihat Murid Orang Asli berjaya dalam pendidikan dan kerjaya. Untuk berjaya dalam pendidikan, kehadiran ke sekolah memainkan peranan yang besar yang perlu diberi perhatian yang serius. 3.1
Rancang (Plan)
Setelah melapor diri sebagai pengetua di sekolah ini, penyelidik telah mendapatkan semua maklumat berkaitan sekolah dari semua pihak iaitu dari barisan pentadbir, ketua panitia, guru, kakitangan sekolah, pengawal keselamatan, pekerja kebersihan sekolah, PIBG, pemimpin masyarakat setempat, NGO setempat, PPD Gua Musang dan agensi kerajaan yang berkaitan. Dari maklumat yang diperolehi, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran murid ke sekolah. Oleh itu, satu gerak kerja telah dirancang untuk memastikan murid datang ke sekolah dengan penuh minat untuk belajar. Target peratus kehadiran murid: 80.12 %.
3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4
248
Strategi: memperkasakan peranan guru tingkatan melalui dialog prestasi setiap bulan untuk intervensi kehadiran bagi data bulan sebelumnya. Memantapkan lagi program ziarah cakna terutama di perkampungan Murid Orang Asli. Meneroka kerjasama dengan pihak berkepentingan terutama PIBG, PPD, JPN, JKOA dan agensi kerajaan serta NGO setempat. Memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya meningkatkan kehadiran bulanan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba
3.2 Buat (Do) Beberapa projek telah dilaksanakan bagi menjayakan semarak kehadiran murid ke sekolah. Projek ini digerakkan dengan kerjasama pelbagai pihak kerana melibatkan peruntukan perbelanjaan yang tinggi. 3.2.1 Fly With Me Kerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta JPN Kelantan untuk membawa murid yang terkandas di kawasan pedalaman ke sekolah menggunakan helikopter. Pada bulan januari, di awal pembukaan sekolah, musim tenkujuh belum berakhir menyababkan banyak jalan perhubungan darat terputus akibat tanah runtuh dan jalan yang rosak teruk menyebabkan murid tidak dapat hadir ke sekolah. Jabatan Bomba menggunakan kemudahan helikopter jabatan untuk membawa pelajar dari Pos Orang Asli ke Padang Sivik Gua Musang dan seterusnya dengan bas ke sekolah. Projek ini untuk keseluruhan Murid Orang Asli yang bersekolah di sekolah menengah dalam daerah Gua Musang. 3.2.2 Jawatankuasa Muafakat Tok Batin Tok Batin adalah individu yang paling dihormati dalam kalangan masyarakat orang asli. Pihak sekolah telah mewujudkan jaringan kerjasama dengan Tok Batin di Sembilan pos orang asli melalui Jawatankuasa Muafakat Tok Batin. Jawatankuasa ini memainkan peranan untuk mengenal pasti pelajar di pos masing-masing yang tidak hadir ke sekolah dan memujuk mereka untuk hadir ke sekolah. Di samping menjadi medium untuk Tok Batin menyelesaikan sebarang isu berkaitan pembelajaran anak-anak mereka. 3.2.3 Jalinan dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli ( JKOA ) JKOA adalah jabatan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan pendidikan murid orang asli terutama pengangkutan ke sekolah, kesihatan, penginapan di asrama, kelengkapan persekolahan murid orang asli dan kebajikan mereka. Kerjasama dan keperihatinan mereka kepada murid orang asli telah mewujudkan suasana yang selesa dan bersemangat untuk mereka hadir ke sekolah. Pihak JKOA amat membantu pihak sekolah untuk sama-sama berganding bahu memastikan murid yang tidak hadir ke sekolah diberi perhatian yang sewajarnya. 3.2.4 Penghargaan kepada murid Bagi pelajar yang menunjukkan peningkatan kehadiran setiap bulan akan diberi penghargaan di perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Mereka diberi ganjaran kerana telah berjaya hadir ke sekolah walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan demi sebuah impian untuk mengubah nasib hidup mereka ke arah yang lebih baik.
3.3 Semak (Check) Jawatankuasa Kehadiran Murid peringkat sekolah yang terdiri dari guru kelas dan pentadbir telah bermesyuarat setiap bulan untuk menganalisis data kehadiran setiap kelas bagi data
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
249
Permata Rimba
bulan sebelumnya. Mesyuarat ini menggunakan kaedah dialog prestasi di mana setiap kelas akan memperincikan kehadiran setiap murid dan mengenal pasti sebab ketidakhadiran murid tersebut. Jawatankuasa ini akan menilai setiap program yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan seterusnya.
3.4 Tindakan (Act) Hasil dari rumusan peringkat Jawatankuasa Kehadiran Murid, beberapa projek perlu dimantapkan lagi iaitu: 3.4.1
Memastikan surat amaran ketidakhadiran murid sampai kepada ibubapa. Setiap murid akan dikeluarkan surat amaran pertama, kedua dan terakhir untuk ketidakhadiran mereka ke sekolah berdasarkan bilangan hari mereka tidak hadir ke sekolah. Tujuan surat ini adalah untuk memperingati ibubapa dan mencari jalan penyelesaian agar anak-anak mereka hadir ke sekolah. Cara penyampaian surat ini perlu diperkasakan iaitu melalui wakil PIBG dan Tok Batin agar sampai kepada pihak yang berkenaan.
3.4.2
Ziarah Cakna Bagi murid yang ketidakhadiran tinggi terutama yang telah mendapat surat amaran kedua dan terakhir, program ziarah cakna akan dilakukan kepada mereka. Guru tingkatan bersama kaunselor akan berkunjung ke rumah mereka bagi yang dekat dengan sekolah. Bagi yang jauh dalam hutan belantara, program peringkat PPD, JKOA dan JPN akan digerakkan untuk berkonvoi meredah hutan rimba dan bermalam di sana untuk menyampaikan hasrat pendidikan kepentingan datang ke sekolah demi masa depan mereka.
3.4.3 Asrama, Rumah Kedua Ku Keseluruhan Murid Orang Asli adalah tinggal di asrama sekolah. Pemantapan aktiviti harian murid di asrama perlu dilakukan dan digerakkan dengan lebih berkesan agar mereka merasa seperti berada di kampung halaman mereka supaya perasaan ingin pulang ke kampung akan reda. Aktiviti ini termasuklah aktiviti pembelajaran, aktiviti kerohanian, aktiviti sukan dan riadah, aktiviti lawatan sambil belajar serta aktiviti hujung minggu yang menyeronokan dan bermanafaat.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Dari tahun 2016 iaitu tahun pertama penyelidik berkhidmat di sekolah ini, setiap tahun kehadiran murid ke sekolah telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ini ditunjukkan dalam jadual di bawah:
250
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Permata Rimba
TAHUN 2016 2017 2018 2019
PERATUS 72.77 75.78 78.24 78.40
Jadual 25.1 : Peratus kehadiran murid ke sekolah Secara keseluruhan, walaupun pada tahun 2019 peningkatan peratus kehadiran adalah sedikit penyelidik berpuashati memandangkan cabaran terlalu besar dalam memastikan kehadiran murid ke sekolah. Pada tahun 2019 iaitu pada bulan mac hingga bulan mei iaitu selama 3 bulan, ramai pelajar terpaksa di kuarantin di rumah masing-masing kerana penyakit beguk dan histeria telah berlaku di asrama sekolah menyebabkan peratus kehadiran pada bulan-bulan tersebut amat merosot. Semoga 2020 akan memberi sinar yang lebih menyerlah dalam usaha dan kerjasama semua pihak bagi memastikan murid hadir ke sekolah dan program serta pendekatan yang lebih berkesan dalam gerak kerja kita dalam pendidikan negara.
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Kehadiran murid ke sekolah adalah faktor terpenting kemajuan seseorang murid dalam sistem pendidikan terutama bagi murid orang asli yang berada di pedalaman kerana hanya di sekolah mereka mendapat akses kepada pendidikan. Di kampung halaman mereka, tiada sistem pendidikan yang boleh membantu mereka terutama ibubapa yang masih kurang berpelajaran. Cabaran yang utama yang perlu diatasi oleh pihak sekolah adalah untuk memastikan murid datang ke sekolah di awal tahun dan kekal berada di asrama serta ke sekolah sepanjang tahun. Keseronokan belajar di sekolah perlu ditambahbaik supaya murid ini akan terus kekal di sekolah sepanjang tahun. Pembelajaran berasaskan alam semulajadi tempat tinggal mereka di kampung perlu diterokai agar mereka dapat menghayati isi pelajaran yang hendak disampaikan pada hari itu. Cabaran yang tidak kurang pentingnya adalah untuk mengembeling seluruh agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) untuk sama-sama membantu murid orang asli terus maju dalam sistem pendidikan. Segala bentuk bantuan perlu dijana dan diberi kepada mereka agar mereka tidak terus ketinggalan dalam arus pendidikan negara. Masyarakat orang asli telah sedar tentang kepentingan pendidikan untuk anak-anak mereka cuma mereka tidak mampu untuk bergerak sendirian dalam meniti arus pendidikan negara. Di akhir penulisan ini, penyelidik ingin menyeru agar semua pihak dengan sepenuh hati merancang dan melaksanakan semua program dan initiatif pendidikan murid orang asli agar mereka tidak terus ketinggalan jauh dalam pembangunan negara terutama dalam dunia digital sekarang.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
251
Permata Rimba
6.0 RUJUKAN http://mahadzirmohamad.blogspot.com/2015/02/bahagian-10-kitaran-pdca-plan-do-check.html
252
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MASIH ADA YANG SAYANG ABD NASER BIN OTHMAN Pengetua, SMK Prai
[email protected] HAMZAH BIN SAID Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
[email protected] ROSLI BIN MD RADZI Pegawai SIP+ PPD Seberang Perai
ABSTRAK
Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar menjadi fokus dalam projek pada kali ini. Perkara ini memberi kesan yang besar kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Projek pada kali akan menumpukan penguasaan Bahasa Melayu kepada pelajar peralihan. Pelajar ini dipilih kerana memperolehi gred E dalam Pentaksiran Sekolah Rendah dalam subjek Bahasa Melayu. Dalam dianogstik awal yang dilaksanakan didapati seramai 92.31 peratus pelajar gagal dalam ujian membaca dan bertutur. Program ini menekankan aspek membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan berjalan selama tiga bulan iaitu Jun, Ogos, September 2019. Program ini juga cuba melihat kesan terhadap kehadiran pelajar kelas peralihan ke sekolah. Hasil dari program ini mendapati seramai 8 orang murid telah berjaya membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu berbanding TOV seramai seorang dan sasaran 13 orang. Peratus kehadiran murid juga meningkat kepada 81.40% berbanding TOV yang dicadangkan pada 79.40%. Kata kunci: penguasaan Bahasa Melayu, kehadiran murid, masih ada yang sayang
1.0 PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Prai terletak berhampiran Jalan baru dan berada kira-kira 2 kilometer dengan Jambatan Pulau Pinang. Sekolah ini juga berada kira-kira 10 kilometer dengan Bandar Bukit Mertajam. Bangunan sekolah ini dibina di atas tanah Lot 4381 Mukim 1, Seberang Perai tengah. Luas kawasan sekolah kira-kira 14,979 meter persegi.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
253
Masih Ada Yang Sayang
1.1
Profil Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Prai mula beroperasi pada tahun 1984. Pada peringkat awal beroperasi hanya ada sebuah bangunan iaitu blok A dan sebanyak 19 kelas telah digunakan.Bagi menampung jumlah pelajar yang ramai sesi persekolah dijalankan dua sesi. Pada tahun 1985 , blok B telah dibina. Dikuti blok D pada tahun 1986. Blok C telah dibina pada tahun 1997. Blok C menempatkan 4 kelas, 2 makmal, sebuah bilik sumber, sebuah bilik seni dan sebuah bilik kaunseling. Pada tahun 1998, bilangan pelajar telah meningkat mencapai 1032 orang. Sebanyak 20 kelas digunakan pada sesi pagi dan 9 kelas pada sesi petang. Pada peringkat ini pecahan pelajar ialah 43.3 % berbangsa Cina, 40.8 % berbangsa India, 15.4 % berangsa melayu. Bilangan guru yang berkhidmat pada masa itu ialah 57 orang. Pada tahun 2000, sebuah bangunan yang mengandungi dua buah makmal komputer telah dibina.Mulai 2005, SMK Prai telah bertukar dari sekolah dua sesi menjadi sekolah satu sesi. Pada tahun ini, bilangan guru ialah 48 orang dibantu 9 staf sokongan. Bilangan pelajar ialah 642 dan bilangan kelas ialah 25 buah. Pada tahun 2007, sebuah makmal komputer untuk kegunaan subjek produksi Multimedia telah dibina di blok B. Pada peringkat awal 20 pelajar tingkatan 4 dipilih mengikuti subjek ini. Pada bulan Oktober 2007, sebuah pondok bacaan telah dibina hasil sumbangan orang ramai dalam program Perai Run. Pada tahun Mei 2018 blok D yang telah uzur telah digantikan dengan bangunan baru. Bangunan baru ini telah siap dibina dan diserahkan kepada sekolah pada 27 Disember 2018. Blok D yang baru ini mula beroperasi pada sesi persekolahan 2019. Pada masa kini jumlah pelajar SMK Prai ialah 286 orang. Pelajar berbangsa India ialah 165 orang (58 %), pelajar berbangsa Cina ialah 65 orang (23 %) dan pelajar berbangsa Melayu ialah 53 orang (19 %). Jumlah guru ialah 36 orang dan staf sokongan 5 orang.
Jadual 26.1: Profil SMK Prai
Nama Sekolah:
Smk Prai
Kod Sekolah:
Pea0001
Alamat Sekolah:
13700 Perai, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
No Telefon Sekolah:s
04-3903099
No Faks Sekolah:
04-3905052
Email Sekolah:
[email protected]
Pejabat Pendidikan Daerah:
Ppd Seberang Perai Tengah
254
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang
Sidang:
1 Sesi
Keluasan Tanah:
15.979 Meter Persegi
Nama Pengetua:
En. Abd Naser Bin Othman
Penolong Kanan Pentadbiran:
En. Zaabar Bin Mohd Said
Penolong Kanan HEM:
En. Wan Ahmad Bin Wan Rebi
Penolong Kanan Kokurikulum:
En. Mathihalagan A/L Chinian
Jadual 26.2: Statistik guru, staf dan murid Bil
Bangsa
Jantina
Melayu
Cina
India
Lain-Lain
Lelaki
Perempuan
24
6
6
-
14
22
Guru Staf
4
-
-
-
1
3
Pelajar
51
65
163
3
157
126
1.2
Status quo sekolah
Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia SMK Prai telah menunjukkan pencapaian yang sangat sederhana. Dalam mesyuarat pentadbir dan kurikulum perbincangan memfokuskan isu ini. Berdasarkan perbincangan pihak sekolah mendapat penguasaan Bahasa Melayu yang lemah menjadi faktor yang dominan menyumbang ke arah ini. Dapatan ini berdasarkan analisis peperiksaan SPM 2016 – 2018. Jadual 26.3: Pencapaian Bahasa Melayu 2016-2018 Tahun
Bilangan calon
Peratus lulus
GPS
2016
87
37.04
7.37
2017
68
40.91
7.33
2018
67
49.25
7.04
Jadual 26.4 Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu SPM Tahun
Peratus Lulus
GPMP
2016
51.10
7.75
2017
60.00
7.26
2018
58.20
7.49
Pemilihan Murid Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum telah sepakat membuat keputusan bagi memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu kepada murid peralihan. Pemilihan ini disebabkan pencapaian subjek
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
255
Masih Ada Yang Sayang
Bahasa Melayu dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang minima. Murid juga telah diuji secara bersemuka oleh guru subjek Bahasa Melayu bagi menilai kemampuan membaca. Seramai 13 orang murid peralihan dipilih mengikuti program ini yang mendapat E Pemahaman dan Penulisan dalam peperiksaan UPSR.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
SMK Prai merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk mencapai kejayaan. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu yang menjadi penghalang bagi meningkatkan kecemerlangan. Untuk mengenal pasti isu dan punca masalah, pihak sekolah telah melaksanakan kaedah perbincangan, sumbangsaran, pemerhatian dan maklum balas dengan mengggunakan alat pengurusan kualiti.
2.1
Analisis Persekitaran
Kaedah yang dilaksanakan seterusnya adalah dengan membuat analisis TOWS Matriks . (Rujuk Jadual 26.5). Berdasarkan TOWS Matriks pihak sekolah telah melancarkan program: Masih Ada Yang Sayang.
256
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang
Jadual 26.5: Analisis SWOT
FAKTOR
KEKUATAN ( S )
KELEMAHAN ( W )
S1
:
Pengetua dan Penolong Kanan mendapat latihan NPQEL
W1 :
Pencapaian tahap lulus SPM masih rendah (bawah 50 %)
S2
:
70% guru berpengalaman lebih dari 10 tahun
W2 :
13 pelajar kelas peralihan mempunyai kemampuan membaca Bahasa Melayu yang sangat terhad
S3
:
Seorang DG 54 dan bekas guru cemerlang subjek Perniagaan
W3 :
Peratus kehadiran pelajar yang rendah bawah 83%
S4
:
6 orang guru berpengalaman memeriksa kertas peperiksaan SPM
S5
:
Semua guru adalah berijazah dan terlatih
S6
:
Bilangan Pelajar yang sedikit (284 pelajar)
S7
:
Bangunan Blok D yang baru dan terdapat kelas yang tidak digunakan
DALAMAN
FAKTOR LUARAN
PELUANG (O) O1 : Kerjasama yang baik dari PIBG dan Pemimpin Setempat yang baik O2 : Tempat tinggal pelajar berdekatan dengan sekolah CABARAN ( C ) C1 : Pelajar lebih gemar berbahasa ibunda (Bahasa Tamil dan Bahasa Cina) di rumah
STRATEGI SO
STRATEGI WO
S4 S6 O2
W1. W2 O2
1.0 Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu kepada semua murid.
2.0 Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid kelas peralihan.
STRATEGI SC
STRATEGI WC
S4 S6 C1 3.0 Meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu di rumah.
C2 : PIBG mempunyai dana yang terhad
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
257
Masih Ada Yang Sayang
Jadual 26.6: Pemetaan Tiga Tahun Pelan Pemajuan
Kurikulum
Bilangan Pelajar Boleh Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu
Seorang 13 pelajar pelajar kelas peralihan
90 % Pelajar Tingkatan 1
HEM
Peratus Kehadiran
79.4 %
85 %
90 %
Persekitaran Dan Kemudahan Fizikal Pembangunan Sumber Manusia
Persiapan Kelas “Masih Ada Yang Sayang”
Tiada
Peralatan Asas
Kemudahan:
2 Orang Guru
4 Orang Guru
Bilangan Tiada Guru Yang Dilatih Bagi Mengendalikan Kelas Pemulihan Bahasa Melayu
Sebuah Lcd
Pencapaian Sebenar
Tahun 3 (Fasa 7 - 9) Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar
Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar
Tahun 2 (Fasa 4 - 6) Sasaran Prestasi
TOV
KPI
Tahun 1 (Fasa 1 - 3)
90 % pelajar tingkatan satu dan dua 95 % 100 % Lengkap
6 ORANG GURU
3.0 PELAKSANAAN Program Masih Ada Yang Sayang dirancang dijalankan dalam tempoh 3 bulan bermula Jun hingga Ogos 2019. Pelaksanaan yang lewat disebabkan peperiksaan pertengahan tahun, penyusunan semula jadual waktu dan selepas perbincangan dengan pensyarah pembimbing dan SIP +. 3.1
Perancangan
Suatu jawatankuasa kerja telah dibentuk dalam melaksanakan program ini. Penyelaras jawatankuasa ini ialah Guru Kanan Bahasa. •
Pelantikan Guru Pembimbing
Pihak sekolah telah memilih En Shabihan bin Ibrahim dan En. Mohd Faiz bin Mohd Daud sebagai guru pembimbang. En. Shabihan Ibrahim dipilih kerana beliau adalah guru yang mengajar Bahasa Melayu kelas peralihan. En Mohd Faiz bin Mohd Daud adalah guru RBT. Kedua-dua guru bukan opsyen Bahasa Melayu. Oleh itu, program bimbingan telah dirancang sebagai persediaan untuk mereka melaksanakan program Masih Ada Yang Sayang.
258
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Masih Ada Yang Sayang
•
Penyusunan Jadual Waktu.
Bagi menambah keberkesanan program pihak sekolah telah membuat rombakan jadual waktu bagi membolehkan kedua-dua guru melaksanakan program pada waktu yang sama. •
Program Latihan Dalam Kumpulan
Jawatankuasa LDP sekolah telah dipertanggungjawabkan untuk merangka program latihan kepada kedua guru pembimbing. Bagi tahun 2019, sebanyak 3 kali perjumpaan akan dilaksanakan. •
Bahan Pengajaran dan Bilik Masih Ada Yang Sayang
Jawatankuasa telah memutuskan menggunakan modul untuk kelas Masih Ada Yang Sayang. Jawatankuasa juga telah menetapkan bilik di blok C dijadikan bilik bagi program Masih Ada Yang Sayang. 3.2 Pelaksanaan Jadual 26.7: Time Line Pelaksanaan Program (Carta Gantt)
Bil
Bulan
Perkara April
Mei
1
Kelas MAYaS
2
LDP
X
3
Bahan
4
Fizikal
5
Jadual Waktu
Jun
Julai
Ogos
Sept
Okt
X
X
X
X
X
X
X
X
X
X
Kelas MAYaS dijalankan pada setiap hari Khamis pada pukul 11.00 pagi – 12.00 tengah hari dan Jumaat pada pukul 11.00 pagi – 12 tengah hari. Latihan Dalam Perkhidmatan bagi guru pembimbing telah dilaksanakan pada 17 April 2019, 15 Mei 2019 dan 19 Jun 2019. Bahan yang digunakan adalah modul yang digunakan pakai peringkat sekolah rendah Penyediaan bilik telah dipertanggungjawabkan kepada guru kanan Kemanusiaan. Pada masa yang sama program ini juga melihat impak kehadiran pelajar kelas peralihan ke sekolah. TOV bagi kehadiran pelajar diambil pada bulan 4 ketika program ini dirancang. Peratus kehadiran pada bulan 4 ialah 79.40 %. 3.3
Pemantauan Pelaksanaan
Penilaian program dijalankan pada akhir setiap bulan. Tugasan ini diberikan kepada penyelaras. Guru pembimbing diminta melaporkan perkembangan pencapaian pelajar berdasarkan konstruk literasi. Setiap pelajar dikehendaki menghabiskan 12 konstruk literasi.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
259
Masih Ada Yang Sayang
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Berdasarkan intervensi yang dijalankan, telah memberi impak yang positif kepada isu yang dikenal pasti. Hal ini jelas berdasarkan jadual berikut: Jadual 26.8: Keberhasilan Program KPI Bilangan murid yang boleh membaca dan menulis Bahasa Melayu % Kehadiran Murid
TOV
SASARAN
PENCAPAIAN SEBENAR
Seorang
13 orang
8 orang
79.40
85.00
81.40
Dapatan menunjukkan bahawa selepas program dilaksanakan, seramai 8 orang telah boleh membaca berbanding 13 orang yang tidak boleh menbaca sebelum ini. Peratus kehadiran murid juga meningkat dari 79.40% kepada 81.40% sepanjang program ini dilaksanakan.
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Isu penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar amat penting terutamanya ketika di tingkatan lima. Kegagalan dalam menguasai Bahasa Melayu akan menyukarkan para pelajar memahami kehendak soalan dan mengolah jawapan yang terbaik. Pelaksanaan program Masih Ada Yang Sayang walaupun memberi fokus sebilangan kecil pelajar iaitu 13 orang tetapi boleh memberi impak yang positif pada masa hadapan. Pelaksanaan yang agak lewat disebabkan program diputuskan selepas lawatan bimbingan pada pada 17 April 2019. Program hanya dilaksanakan selepas cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin sehingga laporan ini ditulis kesan atau impak program tidak begitu ketara. Pelaksana program ini menghadapi kekangan dari segi kepakaran guru pembimbing. Keduadua guru yang dipilih adalah berdasarkan jumlah masa mengajar yang sedikit. Kedua-dua guru pembimbing bukanlah opsyen Bahasa Melayu. Hal ini memberi cabaran kepada kepada jawatankuasa bagi menyediakan kesediaan dan kemahiran dalam membimbing pelajar. Isu kehadiran pelajar kelas peralihan juga amat membimbingkan 4 orang pelajar telah mencatatkan ketidakhadiran melebihi 30 hari sehingga bulan Jun 2019. Hanya 3 orang pelajar sahaja yang mencatatkan ketidakhadiran ke sekolah bawah 10 hari sehingga bulan Jun 2019. Kesimpulannya program Masih Ada Yang Sayang berpotensi untuk meningkatan pencapaian pelajar, namun peranan guru pembimbing mesti dimantapkan dari segi kemahiran, Membimbing pelajar yang bermasalah pembacaan memerlukan kemahiran yang tinggi. RUJUKAN
www.sistemguruonline.my,Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS). Mari Membaca. Teacher Nabila 260
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
KITA GOMO MOHD ANUAR BIN IBRAHIM Pengetua, SMK Sungai Petai
[email protected] HAMZAH BIN SAID Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan UTara
[email protected] HAIZAN BINTI ZAKARIA Pegawai SIP+ PPD Pasir Puteh
ABSTRAK
Isu utama SMK Sungai Petai ialah pencapaian yang rendah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan antara punca dikenal pasti ialah kehadiran murid ke sekolah. Pihak sekolah telah merancang beberapa program bagi mengatasi isu tersebut yang melibatkan Bidang Kurikulum dan Hal Ehwal Murid (HEM). Matlamat utama ialah meningkatkan peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM 2019 serta bilangan murid memperoleh 3A ke atas. Antara Program Kurikulum yang melibatkan murid ialah Gold Modules dan Gemilang Sabtu, untuk guru ialah PAK21, PLC dan Guru Mahir, manakala komuniti ialah Anakku Sayang dan Kecek Kiro. Program HEM pula ialah Anugerah Umi, Ziarah Kasih, Dialog Kasih, Program ICU dan CCU, Guru Bertugas di Medan Perhimpunan, WhatsApp i-Hadir dan Memperkasa SSDM. Program dilaksanakan sehingga November 2019. Impak program ialah peratus kehadiran murid meningkat sebanyak 1.81% iaitu dari 89.19% pada tahun 2018 kepada 91.00% pada tahun 2019. Bilangan murid memperoleh 3A dan ke atas juga meningkat dari tujuh orang tahun 2018 kepada sembilan orang tahun 2019. Walau bagaimanapun, pencapaian dalam peratus lulus menurun agak ketara iaitu 82.69% tahun 2018 kepada 67.06% tahun 2019. Pencapaian Bahasa Melayu dalam SPM 2019 menunjukkan penurunan sebanyak 2.97% manakala Sejarah 15.19% berbanding tahun 2018. Kata Kunci: Pengurusan Kurikulum,Pengurusan HEM, Kita Gomo 1.0 PENGENALAN SMK Sungai Petai terletak di pinggir bandar Pasir Puteh iaitu antara bandar Pasir Puteh dan pekan Semerak. Kedudukan SMK Sungai Petai berdekatan dengan SMK Dato’ Ismail iaitu sekolah kawalan Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Murid yang memperoleh keputusan baik dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) akan disalurkan ke SMK Dato’ Ismail manakala murid yang berpencapaian rendah disalurkan ke SMK Sungai Petai. Tahap pencapaian UPSR murid yang mendaftar masuk ke Tingkatan 1 adalah pada tahap minimun iaitu sifar “A” Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
261
Kita Gomo
malahan ada murid yang masih tidak lancar membaca. Kedudukan sekolah pada tahun 2013 hingga 2015 berada di band 6 manakala pada tahun 2016 berada di band 5. Bermula tahun 2018, SMK Sungai Petai dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Berprestasi Rendah.
1.1
Profil Sekolah
Sekolah ini mempunyai jumlah murid seramai 331 orang. Majoriti penduduknya adalah berlatar belakang sosio ekonomi yang terdiri daripada petani. Muridnya pula daripada sekolah saluran SK Sungai Petai, SK Kampung Tasek, SK Bukit Awang dan SK Bukit Tanah. SMK Sungai Petai mula menerima murid pada 4 April 2012 seramai 203 orang dan 14 orang guru. Enam buah kelas dibuka untuk menempatkan murid Tingkatan 1, 2 dan 4. Seorang Pembantu tadbir (N17), seorang Pembantu Am pejabat dan dua orang Pembantu Makmal C17/22. Pengetua-pengetua SMK Sungai Petai adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah: Jadual 27.1: Senarai nama Pengetua di SMK Sungai Petai
Mula Berkhidmat
Akhir Berkhidmat
Hjh.Siti Meriam bt Mohmed
November 2012
26 Disember 2016
Dato’ Ariffin b. Ab. Rahman
27 Disember 2016
13 Jun 2018
Hj. Zulkefli b. Mohd Noor
1 Ogos 2018
5 Ogos 2019
Mohd Anuar b. Ibrahim
5 Ogos 2019
Sehingga kini
Nama
2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN Isu utama yang dihadapi oleh sekolah ialah pencapaian akademik yang rendah dari segi Gred Purata Sekolah (GPS), peratus lulus dan juga bilangan murid yang cemerlang. Antara punca isu yang dikenal pasti ialah aspek kehadiran murid ke sekolah yang merosot menyebabkan proses PdPc terganggu dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian akademik yang rendah. 2.1 Analisis Persekitaran Berikut adalah TOWS Matriks yang disediakan oleh Bidang Kurikulum dan HEM (Jadual 2 dan Jadual 3). Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah:
i.
Peratus lulus Bahasa Melayu dan Sejarah yang rendah
ii.
Peratus/bilangan murid cemerlang yang rendah
262
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo
iii.
Motivasi murid yang rendah
iv.
Kehadiran murid di bawah 90%
Antara ancaman yang dihadapi oleh sekolah pula ialah:
i.
Kurang perhatian dan sokongan daripada ibu bapa
ii.
Persekitaran rumah murid yang tidak mendorong untuk pembelajaran
iii.
93.22% status keluaraga di bawah B40 Jadual 27.2: TOWS Matrik Kurikulum KEKUATAN (S) S1 – 18 belas buah bilik yang lengkap. S2 – Sekolah mempunyai pusat sumber yang lengkap dengan buku yang mencukupi. S3 – 2 orang guru cemerlang dalam subjek Pendidikan sivik dan Pendidikan Jasmani.
KELEMAHAN (W) W1 – Peratus lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah SPM masih di tahap rendah (2018: BM 86.50%, Sejarah 84.60%). W2 – GPS subjek Bahasa Melayu dan Sejarah SPM masih di tahap rendah (2017: BM 5.67 dan Sejarah 6.21) W3 – Peratus kecemerlangan dalam SPM masih rendah
S4 – 3 orang pemeriksa kertas SPM bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah.
W4 – Pembudayaan PdPc abad 21 sederhana
S5 - Seorang guru ETA.
W6 – Kemasukan murid yang TOV (UPSR) rendah
W5 – Capaian internet yang rendah.
W7 – Motivasi murid yang rendah PELUANG (O) O1 – Hubungan yang baik dengan pemimpin tempatan dan pegawai perhubungan polis.
Strategi SO: S1 + S2 + S4 + O2 + O3
Strategi WO: W1 + W2 + W3 +W4+ O2 + O3
Peningkatan kemahiran belajar Bahasa Melayu dan Sejarah di kalangan murid dan kecemerlangan memperoleh 3A ke atas
Pembangunan Profesionalisme guru.
T1 – Kurang perhatian dan sokongan daripada ibubapa yang kebanyakan bekerja sendiri.
Strategi ST : S1 + S2 + S3 T1
Strategi WT : W6 + W7+T1 + T2 +T3
T2 – Persekitaran rumah murid yang tidak mendorong untuk belajar.
Peningkatan kesedaran mengenai kepentingan pembelajaran dalam kalangan ibu bapa.
Peningkatan motivasi murid untuk belajar
O2 – Kerjasama yang erat dengan PIBG, RISDA, JPN dan PPD. O3 – Sumbangan kewangan dari syarikat swasta yang berhampiran. CABARAN / ANCAMAN (C /T)
T3 – 93.22% status keluarga yang berpendapatan bawah B40.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
263
Kita Gomo
Jadual 27.3: TOWS Matriks Hal Ehwal Murid (HEM) KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1 – Pengurusan HEM berjalan lancar.
W1 – 20% murid kurang kesedaran sivik.
S2 – Kurang masalah disiplin yang berat.
W2 – Kehadiran murid masih rendah iaitu di bawah 90%
S3 – Kerjasama berpasukan antara guru-guru PELUANG (O) O1 – Hubungan yang baik dengan pemimpin tempatan dan pegawai perhubungan polis. O2 – Kerjasama yang erat dengan PIBG, RISDA, JPN dan PPD. O3 – Sumbangan kewangan dari syarikat swasta yang berhampiran.
Strategi SO : S1 + S3 + O1+O2 Meningkatkan kerjasama dalam usaha meningkatkan sahsiah murid melalui penerapan nilai-nilai murni di sekolah dan di rumah dalam budaya yang berterusan.
Strategi WO : W1 + W2 + O1+O2+O3 Meningkatkan kerjasama dengan dengan pihak berkuasa tempatan untuk menjayakan programprogram sekolah.
CABARAN / ANCAMAN (C /T) T1 – Kurang perhatian dan sokongan daripada ibubapa yang kebanyakan bekerja sendiri. T2 – Persekitaran rumah murid yang tidak mendorong untuk belajar.
Strategi ST : S3 + T1+T2
Strategi WT : W2 + T1 + T2
Meningkatkan pelbagai program bagi mengisi masa lapang murid.
Memantapkan programprogram untuk meningkatkan kehadiran murid-murid ke sekolah.
T3 – 93.22% status keluarga yang berpendapatan bawah B40.
Merujuk kepada Jadual 4 di bawah, peratus lulus SPM adalah di bawah 85% dalam tempoh lima tahun (2014 – 2018). Pencapaian terbaik ialah 82.69% pada tahun 2018. Situasi yang sama juga berlaku dari segi kualiti iaitu pencapaian GPS melebihi nilai 6.0 dengan pencapaian terbaik adalah 6.01 dalam pada tahun 2018. Jadual 27.4: Pencapaian Peratus Lulus dan GPS SPM Pencapaian SPM
Tahun 2014
2015
2016
2017
2018
% Lulus
65.38
79.25
82.09
80.00
82.69
GPS
6.99
6.79
6.13
6.28
6.01
Jadual 5 di bawah menunjukkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang menyumbang kepada peratus lulus atau layak mendapat sijil dalam SPM bagi tempoh lima tahun (2014-2018).
264
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo
Jadual 27.5: Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah
Tahun Mata Pelajaran Bahasa Melayu (%) Sejarah (%)
2014
2015
2016
2017
2018
75.00 76.90
79.20 90.30
85.30 88.00
81.40 88.50
86.50 84.60
Jadual 6 di bawah adalah analisis murid yang cemerlang iaitu memperoleh 3A dan ke atas dalam tempoh tiga tahun kebelakang. Ketetapan kecemerlangan iaitu 3A ke atas oleh sekolah adalah atas dasar input atau TOV murid yang masuk ke sekolah semasa Tingkatan 1 adalah sifar “A”. Ketetapan ini juga bagi memberi kredit kepada usaha guru yang sentiasa komited menjayakan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Jadual 27.6: Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan ke atas
Perkara 3A 4A 5A 6A 7A Jumlah
2016 3 0 0 0 0 3
Tahun 2017 0 1 0 1 1 3
2018 2 2 1 1 1 7
Jadual 7 di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah dalam tempoh
tiga tahun iaitu 92.30% pada tahun 2016 kepada 89.20% pada tahun 2018. Jadual 27.7: Kehadiran Murid ke Sekolah
Perkara Kehadiran (%) 3.0
2016 92.30
Tahun 2017 90.70
2018 89.20
PELAKSANAAN PROGRAM
Program yang dilaksana melibatkan dua bidang iaitu Bidang Kurikulum dan Bidang Hal Ehwal Murid (HEM). Jadual 8 dan 9 adalah perincian program sepanjang tahun 2019. Fokus Bidang Kurikulum adalah bagi meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta meningkatkan bilangan murid memperoleh 3A dan ke atas dalam SPM tahun 2019. Manakala fokus Bidang HEM adalah meningkatkan kehadiran murid ke sekolah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
265
Kita Gomo
Jadual 27.8: Program Bidang Kurikulum Elemen
Murid
Nama Program Gold Modules
Gemilang Sabtu
PAK21
Perincian Program Modul Bahasa Melayu dan Sejarah yang digubal khas secara spesifik dan berfokus bagi membantu murid lulus dalam SPM. i. Gemilang Sabtu - program setiap hari Sabtu yang melibatkan kumpulan berfokus iaitu Kumpulan Executives, Special dan Standard. Program bermula 24 Ogos sehingga 19 Oktober, jam 8:30 pagi hingga 5 petang. Gold Modules digunakan untuk murid Kumpulan Standard. ii. SPM (Premiere) – Kem Kecemerlangan untuk semua murid SPM yang dilaksana pada 29 hingga 31 Ogos 2019 Penerapan kemahiran PAK21 dalam kalangan murid melalui PdPc berkesan oleh guru. Pengesanan kemahiran PAK21 dalam kalangan murid dibuat melalui Learning Walk menggunakan instrumen Standard 4, Aspek 4.6: Pelibatan Aktif Murid. Dua kumpulan PLC ditubuhkan iaitu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Kumpulan PLC Bahasa Melayu terdiri daripada:
PLC
1.
Mat Zin bin Mohd Nor (Ketua)
2.
Sahariah binti Shafie
3.
Rohazah binti Ab. Manaf
4.
Che Siti Azizah binti Che Omar
Kumpulan PLC Sejarah:
Guru
i.
Ab. Razak bin Hasan (Ketua)
ii. Johan bin Kamarudin Sekolah mempunyai dua orang Guru Mahir yang boleh memberi latihan dan bimbingan kepada guru-guru lain berkaitan cara penskoran skrip jawapan calon mengikut skema terkini. Guru ini juga merupakan penggubal Gold Modules. Guru tersebut ialah: Guru Mahir
i. Mat Zin bin Mohd Nor - 27 tahun mengajar Bahasa Melayu dan berpengalaman sebagai pemeriksa kertas SPM Bahasa Melayu selama 17 tahun
ii. Ab. Razak bin Hasan – 22 tahun mengajar Sejarah, 13 tahun sebagai pemeriksa kertas SPM Sejarah Kertas 2, 3 tahun sebagai pemeriksa Sejarah Kertas 3 dan 3 tahun sebagai Ketua Pemeriksa Sejarah SPM Kertas 2. Program yang dijalankan ialah: Anakku Sayang Komuniti Kecek Kiro
266
i.
Majlis Konsultasi Ibu Bapa
ii.
Majlis D’ Kasih
iii. i.
Kem Kecemerlangan (Kerjasama dengan MARDI G2G) Program Turun Padang khusus ke rumah murid Tingkatan 5
ii. Perbincangan Profesional dengan ibu bapa bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dari akademik dan juga sahsiah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo
Jadual 27.9: Program Bidang HEM Bil.
Nama Program
Perincian Program
Anugerah Umi
Anugerah Umi dilaksanakan bertujuan menggalakkan murid datang awal ke sekolah, mengurangkan peratus murid datang lewat dan seterusnya menggalakkan murid hadir ke sekolah.
2
Ziarah Kasih
Murid yang tidak hadir tegar ke sekolah akan dilawati oleh kaunselor dan guru kelas untuk berjumpa ibu bapa. Perbincangan mengenai masalah murid tersebut dan perjanjian ibu bapa akan diambil bagi memastikan murid hadir ke sekolah dibuat.
3
Dialog Kasih
Ibu bapa pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang ponteng sekolah (Amaran ke 2 dan 3) akan dipanggil ke sekolah untuk perbincangan.
4
Program ICU dan CCU
Pelajar yang ponteng sekolah 10 - 19 hari (Program ICU) dan 20 hari ke atas (Program CCU) akan dipanggil dan dikumpulkan semasa perhimpunan pagi. Mereka akan diberi tugasan seperti menyalin beberapa karangan sebagai salah satu bentuk denda.
1
Setiap hari Sabtu, melalui WhatsApp Sekolah, peringatan akan diberikan kepada 4 guru bertugas. Guru bertugas akan diminta bersedia. Agihan tugas mereka adalah mengikut nombor iaitu: 5
6
7
Guru Bertugas
(Medan Perhimpunan)
ii.
Pencatat (Buku Laporan Guru Bertugas)
iii.
Program Guru Penyayang (Pintu Pagar)
iv.
Penyelaras Perhimpunan (Mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir hari sebelumnya)
i.
Pelapor (Perhimpunan Rasmi)
WhatsApp i-Hadir
Sistem pengesanan awal ketidakhadiran murid ke sekolah oleh Guru Kelas sebelum jam 10:00 pagi setiap hari.
Memperkasa SSDM
Memberi taklimat kefahaman kepada barisan pentadbir, guru dan AKP berkaitan penggunaan dan manfaat SSDM. Data dalam SSDM juga akan digunakan bagi tujuan analisis dan tindakan penambahbaikan.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Penilaian impak dibuat terhadap program yang dilaksanakan berkaitan kehadiran dan pencapaian murid dalam SPM 2019. Harapan pihak sekolah ialah peningkatan kehadiran murid ke sekolah akan dapat meningkatkan pencapaian murid dalam akademik. Jadual 27.10 di bawah menunjukkan peratus kehadiran murid ke sekolah pada tahun 2019 dan perbandingannya dengan tahun 2018. Analisis menunjukkan berlakunya sedikit peningkatan kehadiran murid pada tahun 2019 iaitu sebanyak 1.81% kepada 91.00% berbanding 89.19% pada tahun 2018.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
267
Kita Gomo
Jadual 27.10: Kehadiran Murid Ke Sekolah Tahun 2019 Perkara Kehadiran Murid (%)
TOV (2018)
Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar
89.19
90.00
91.00
Jadual 27.11 menunjukkan pencapaian kohort murid yang mengambil SPM 2019 berbanding TOV (SPM 2018), Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Percubaan (PP). Peratus lulus SPM 2019 menunjukkan penurunan berbanding tahun 2018. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan PPT dan PP, peratus lulus menunjukkan peningkatan bagi kohort yang sama. Jadual 27.11: Analisis Peratus Lulus SPM 2019 % Lulus 2018 (TOV)
% Lulus Peperiksaan Pertengahan 2019
82.69
% Lulus 2019 (AR)
% Lulus Peperiksaan Percubaan 2019
48.84
61.63
67.06
Pencapaian Bahasa Melayu dan Sejarah ditunjukkan dalam Jadual 12 di bawah. Pencapaian Bahasa Melayu menunjukkan penurunan sebanyak 2.97% manakala pencapaian Sejarah menunjukkan penurunan sebanyak 15.19% berbanding tahun sebelumnya. Jadual 27.12: Pencapaian Sejarah dan Bahasa Melayu SPM 2019 TOV (2018)
Sasaran Prestasi
Pencapaian Sebenar
Lulus BM (%)
86.5
89.5
83.53
Lulus Sejarah (%)
84.6
93.3
69.41
Perkara
Walaupun berlaku penurunan dalam peratus lulus, namun program yang dilaksanakan berjaya meningkatkan bilangan kecemerlangan murid yang memperoleh 3A ke atas. Rujuk Jadual 13 di bawah. Hal ini menunjukkan murid yang sentiasa hadir ke program yang dirancang dan dilaksana oleh sekolah berjaya meningkatkan bilangan kecemerlangan murid dalam SPM 2019. Jadual 27.13: Pencapaian Bilangan Murid Memperoleh 3A dan ke atas Perkara
268
Tahun 2016
2017
2018
2019
3A
3
0
2
0
4A
0
1
2
3
5A
0
0
1
2
6A
0
1
1
2
7A
0
1
1
2
Jumlah
3
3
7
9
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Kita Gomo
Hasil post-mortem yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam mengenal pasti punca penurunan dalam peratus lulus ialah: 1. Purata kehadiran murid bagi dua kelas terakhir ke program yang dilaksanakan kurang daripada 30%; 2.
Motivasi murid yang tidak hadir adalah sangat rendah ditambah dengan ketidakcaknaan ibu bapa terhadap pembelajaran;
3. Dua orang murid yang berhenti sekolah hadir mengambil peperiksaan (4.70%). 4. Seorang murid tidak boleh membaca (2.35%). Program yang sama akan diteruskan pada tahun 2020 dengan beberapa penambahbaikan: 1. Motivasi kepada murid secara peribadi/kelompok kecil akan dilaksanakan bermula Tingkatan 1. 2. Mempergiatkan pelibatan ketua-ketua komuniti setempat. 3. Mengguna kaedah ‘team teaching’ secara terancang dalam PdPc.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
SMK Sungai Petai merupakan sekolah saluran murid yang memperoleh pencapaian yang rendah dalam UPSR. Kesannya pencapaian dalam peperiksaan SPM adalah rendah dan kurang memberangsangkan sama ada dari segi kualiti dan juga kuantiti. Pelbagai usaha dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi membantu murid memperoleh pencapaian yang lebih baik namun masih belum membuahkan hasil yang dihasratkan terutama dari segi peratus lulus. Usaha dan penambahbaikan akan sentiasa dibuat bagi memastikan sekolah akan keluar dari dilabel sebagai ‘Sekolah Berprestasi Rendah’ pada masa hadapan.
RUJUKAN
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (2017), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
269
270
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM PROBi MASDI BIN ABDUL SMKTekek, Pulau Tioman
[email protected] MERIAM BINTI ALLIAS Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] HAJI AZAMAN BIN AHMAD Pegawai SIP+PPD Pekan
ABSTRAK
Pengetua sebagai peneraju sekolah hendaklah memantap dan melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan untuk mendepani cabaran isu pendidikan masa kini. Proses perbincangan dua hala bersama pihak berkepentingan bersetuju berkongsi tanggungjawab, membuat keputusan bersama, sukarela membantu sekolah, berkongsi idea, merancang dan menilai aktiviti yang dilaksanakan untuk menambah baik kualiti hasil pelajar dan sistem persekolahan melalui peningkatan tadbir urus dan permuafakatan yang lebih baik. Kajian ini membincangkan pendekatan PROBi yang digunakan pemimpin setelah melihat isu-isu dalam organisasi. Gred Purata Sekolah (GPS) SPM pada tahun 2017 adalah 6.48. Setelah dibuat beberapa perubahan dan penambahbaikan SMK Tekek berjaya melakukan lonjakan sebanyak 0.64 kepada 5.84 pada 2018 dengan mencatat GPS terbaik sejak tahun 2014. Sekolah mendapat anugerah dan pengikhtirafan dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang bagi kategori “Sekolah Terbaik – Lonjakan Saujana”. SPM Tahun 2019 SMK Tekek sekali lagi melakarkan sejarah apabila seorang pelajar memperolehi semua A dalam lapan mata pelajaran walaupun GPS sekolah tidak dapat dipertahankan. Kata Kunci: PROBi, SMK Tekek, Gred Purata Sekolah
1.0 PENGENALAN Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek atau nama ringkasnya SMK Tekek, adalah sebuah sekolah yang terletak di Kampung Tekek, Pulau Tioman. Sekolah ini mempunyai asrama yang menempatkan anak-anak yang tinggal di tujuh buah kampung di sekeliling Pulau Tioman.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
271
Program Probi
1.1 PROFIL SEKOLAH SMK Tekek, Pulau Tioman adalah sebuah sekolah Gred B yang terletak di pedalaman (P2) kerana kedudukannya di sebuah pulau iaitu Pulau Tioman yang terkenal sebagai pulau pelancongan diseluruh dunia dan pernah di nobatkan antara sepuluh pulau yang tercantik di dunia. Sekolah ini beroperasi pada sesi pagi sahaja. Saya mula melapor diri di sekolah ini bermula 17 Julai 2016. Jadual 28.1: Profil SMK Tekek Nama Sekolah
SMK Tekek, Pulau Tioman
Alamat Sekolah
26800 Rompin Pahang
Kod Sekolah
CEA 8022
Jenis Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Kategori Sekolah
Sekolah Berasrama
Gred Sekolah
B (P2)
Mula Beroperasi
1994
Nama Pengetua
En Masdi bin Abdul
Nama PK Pentadbiran
En Ahmad Zuhairi bin Muhamad
Nama PK Hal Ehwal Murid
Pn Nor Azwany binti Che Hassan
Nama PK Kokurikulum
En Nor Hashim bin Zakaria
Bilangan Guru
24 orang
Bilangan Murid
179 orang
Bilangan Kelas
10 kelas
Bilangan AKP
6 orang
Lokasi
Pendalaman (P2)
Sesi Persekolahan
Pagi sahaja
No. Telefon
09-4191129
No. Faks
09-4131378
Emel
[email protected]
Tarikh Mula Di Sini
17 JULAI 2016
Status Quo Sekolah Ketika Lapor Diri
Prestasi Sekolah berada di Band 6 NKRA
1.2 Status Quo SMK Tekek merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk berjaya jika merujuk kepada data pencapaian SPM. Namun data ini menunjukkan bahawa pencapaian adalah tidak konsistan seperti dalam Jadual 28.2 dan perlu ada perancangan strategik untuk menanganinya.
272
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi
Jadual 28.2: Keputusan SPM 2014 hingga 2019
TAHUN 2014 2015 2016 2017 2018 2019
2.0
BIL.CALON 16 orang 21 orang 36 orang 37 orang 40 orang 34 orang
% LULUS 68.75 (11 org.) 57.14 (12 org.) 88.89 (32 org.) 67.57 (25 org.) 92.50 (37 org.) 85.20 (29 org.)
GPS 6.54 6.90 6.02 6.48 5.84 6.53
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Setelah melihat keadaan sekolah, langkah pertama saya adalah membuat satu analisis SWOC bertujuan melihat keberadaan sekolah yang sebenar. Daripada analisis ini saya dapati bahawa keputusan peperiksaan awam sekolah berada pada tahap yang tidak memberangsangkan. Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) menunjukkan keputusan yang tidak konsisten bermula 2014 hingga 2019, langkah jangka masa panjang perlu di ambil untuk meningkat dan memantapkan lagi proses PdPc dalam kalangan guru dengan kaedah yang sesuai seperti Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran Berasaskan Projek. Langkah ini juga demi untuk menjamin terus minat murid untuk belajar sekaligus meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Purata kehadiran tahunan murid pula sekitar 80% dan tidak mencapai KPI yang pihak sekolah sasarkan iaitu 84%. Secara keseluruhan saya mendapati sekolah ini berada dalam iklim yang tidak kondusif walaupun kelengkapan prasarana sekolah berada pada tahap yang baik. Tahap disiplin murid sekolah ini juga tidak memberangsangkan. Keadaan fizikal sekolah ini termasuk kelengkapan bilik-bilik darjah baik cuma tahap keceriaan perlu dipertingkatkan supaya lebih kondusif untuk sesi pembelajaran PAK 21. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan peralatan ICT. Hal ini memberi kesan kepada PdPc guru dalam kelas. Makmal sains juga tidak digunakan sepenuhnya. Beberapa bilik khas di sekolah ini juga tidak diurus dengan baik . Situasi ini amat merugikan sekolah Budaya kerja professional dalam kalangan guru kurang menyerlah kerana kebanyakannya guru muda yang berkhidmat bawah lapan (8) tahun dan kurang mendapat pendedahan manakala barisan Guru Penolong Kanan dan Ketua Bidang adalah bukan jawatan hakiki. Perancangan Perubahan Tiga Tahun Organisasi, Pengetua memeta dan cuba untuk memperkasakan lagi pemimpin pertengahan sekolah melalui fasa kursus dan Latihan Dalam Perkhidmatan pada peringkat sekolah dan daerah. Pengetua membentuk aspirasi sekolah yang diilhamkan bersama warga SMK Tekek ke arah pelonjakan akademik dan peningkatan kehadiran murid iaitu :
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
273
Program Probi
ASPIRASI SMKT S - Sempurnakan Tugas Dan Tanggungjawab M - Merealisasi Visi Dan Misi K - Kerja Sepasukan Asas Kecemerlangan T - Tingkatkan Taqwa, Disiplin Dan Prestasi Pengetua cuba melengkapkan tiga buah kelas dengan prasarana PAK 21 melalui peruntukan panitia dan PIBG. Banyak program peningkatan akademik telah dirancang dan dilaksanakan. Fokus utama saya adalah memperkasakan panitia mata pelajaran. Panitia Bahasa Melayu telah menunjukkan peningkatan akademik dalam peperiksaan SPM. Hal ini telah memberikan impak yang tinggi terhadap kecemerlangan akademik dan kemenjadian sekolah ini. Fokus selepas ini adalah untuk memperkasakan pula Panitia Bahasa Inggeris dan seterusnya kecemerlangan subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan SPM. Usaha berterusan dilakukan untuk menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dengan tertubuhnya Pusat Latihan Angkat Berat di sekolah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Pahang, Majlis Sukan Pahang, Persatuan Angkat Berat Malaysia dan Pahang. Berdasarkan pemerhatian dan permintaan guru-guru bagi mengekalkan tumpuan belajar murid, bermula sesi persekolahahan 2020 sekolah telah memperkenalkan dan melaksanakan konsep ”Mobile Classroom.” Murid-murid SMK Tekek adalah murid yang gaya pembelajarannya kinestetik (move to learn) . Murid Kinestetik lebih suka untuk bergerak dan beraktiviti. Mereka bukanlah jenis pelajar yang boleh hanya duduk dan mendengar untuk berjam-jam lamanya. Mereka bakal hilang konsentrasi apabila tidak bergerak. Melalui kaedah ini digabungkan dengan Pembelajaran Koperatif (cooperative learning) diharapkan dapat meningkatkan lagi minat dan kefahaman murid dan seterusnya dapat meningkatkan lagi prestasi semua mata pelajaran khususnya Bahasa Inggeris.
Rajah 28.1: Piramid Pembelajaran
274
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi
Bagi mendapatkan punca masalah, kami menggunakan Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti sebab-akibat (LAMPIRAN 4). Isu yang dikenal pasti adalah kualiti pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris menyebabkan GPMP Bahasa Inggeris masih tinggi berbanding mata pelajaran lain. Sehubungan itu, tindakan-tindakan berikut perlu diambil: i) ii) iii)
Meningkatkan GPMP mata pelajaran Bahasa Inggeris. Meningkatkan kompetensi guru melalui Kaedah Pembelajaran Koperatif. Mengenal pasti topik-topik yang boleh meningkatkan pencapaian GPMP murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Program PROBi akan diperluaskan kepada kelas menengah rendah dan seterusnya di tambahkan dengan inisiatif yang baharu menjelang 2021 supaya ia terus memberi impak kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris (Lampiran 2). Kaedah PDCA digunakan di mana metodologi ini menjelaskan kepada 4 fasa penting iaitu Plan, Do, Check, Act yang perlu dilakukan secara sistematik untuk merancang program dengan berkesan demi untuk memastikan peningkatan akademik yang berterusan dapat dicapai sepenuhnya. PDCA ini digunakan kerana kita dapat menilai dan memantau aktiviti panitia dari masa ke semasa dan akan dapat melihat ‘elemen-elemen’ penambahbaikan & peningkatan dimasukkan ke dalam panitia. Bagi Ketua Panitia pula kitaran PDCA merupakan tool bimbingan yang berguna untuk membimbing guru mata pelajaran di bawah bimbingannya. Kitaran PDCA ini mesti kita lakukan pada setiap masa kerana ia merupakan proses pengulangan yang tiada hentinya. Kitaran PDCA menjadi amalan panitia ini dilakukan dalam Dialog Prestasi 3.0
PELAKSANAAN : P-O-L-C
Saya menyedari bahawa terdapat banyak cabaran dari pelbagai peringkat yang harus saya hadapi dan tangani apabila ditempatkan di sekolah ini. 3.1
Planning (Merancang - PDCA)
Merancang adalah aspek penting dalam pengurusan di mana kita harus menetapkan matlamat, objektif serta menentukan hala tuju yang harus diambil bagi mencapai matlamat serta objektif tersebut. Cabaran utama saya adalah menaikkan prestasi akademik sekolah terutamanya dalam peperiksaan awam (SPM). Sehubungan itu bagi melonjakkan kecemerlangan saya telah mengambil langkah-langkah berikut: i.
Menentukan Misi, Visi dan Aspirasi Sekolah
Pengetua telah menetapkan misi dan visi untuk mengeluarkan SMK Tekek dari sekolah berprestasi rendah (SBR) ke sekolah yang lebih baik prestasinya. GPS sekolah harus dilonjakkan dari 5.84 pada tahun 2018 ke 5.24 menjelang tahun 2021. Meningkatkan GPMP subjek Bahasa Inggeris dari 8.00 ke 7.33 menjelang 2021. Berlaku peningkatan dalam GPMP Bahasa Inggeris dari TOV sehingga Peperiksaan Percubaan tempohari dari 7.74 ke 7.14, meskipun masih rendah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
275
Program Probi
namun ia menunjukkan dengan perancangan dan persiapan yang rapi keputusan Bahasa Inggeris mampu melonjak lebih baik lagi dan mencapai KPI 2019/2020. ii. Menetapkan matlamat dan objektif Analisis SWOT telah dibuat untuk mengenal pasti kekuatan serta cabaran yang dihadapi oleh guru dan murid. Analisis ini telah membantu dalam menetapkan KPI dari segi GPMP, peratus murid mencapai gred A serta peratus murid yang lulus subjek Bahasa Inggeris bagi 3 tahun yang akan datang. Beberapa siri dialog prestasi antara pengurusan, guru dan murid juga diadakan agar setiap yang terlibat jelas matamat dan objektif yang telah saya tetapkan. Maklumbalas berkualiti dalam dialog prestasi telah membantu dalam melakukan intervensi secara tepat dan segera. iii. Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat melonjakkan kecemerlangan akademik terutamanya mata pelajaran Bahasa Inggeris, maka pelbagai strategi telah dirangka seperti Headcount, Program-program Kecemerlangan dan Intervensi. Strategi yang dirangka adalah berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus. iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat Antara perancangan yang dibuat ialah : a) Pelan Tindakan Pelan Tindakan jangka masa panjang selama 3 tahun dirangka oleh Panitia Bahasa Inggeris dengan melakukan penambaikan inisiatif bagi memastikan matlamat yang ditetapkan oleh Pengetua tercapai. b) Pelan Taktikal Pelan Taktikal yang dirangka untuk jangka masa pendek dapat memberi panduan kepada guru akan tindakan dan program yang harus dijalankan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. c) Penilaian Penilaian dari semasa ke semasa dijalankan ke atas tindakan dan program bagi mengenal pasti kekuatan serta kelemahan agar penambahbaikan boleh diadakan. d) Penambahbaikan Penambahbaikan terhadap setiap program dilakukan dari semasa ke semasa agar program yang dijalankan lebih mantap dan efektif serta dapat menyelesaikan isu yang timbul dengan kadar segera. 3.2
Organising (Mengurus)
Mengurus ialah proses mengatur serta pengagihan tugas, kuasa dan sumber dirancang dalam kalangan ahli-ahli organisasi supaya mereka dapat mencapai matlamat organisasi. Beberapa langkah telah diambil oleh saya bagi menguruskan sumber-sumber tersebut mengikut kerangka P-O-L-C. Peningkatan kecemerlangan sekolah telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program akademik, penyediaan prasarana. Hasilnya tiga buah bilik darjah model PAK 21 telah berjaya diwujudkan. Bilik-bilik
276
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi
darjah ini disusun atur mengikut susunan kelas Abad ke-21 dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai , LCD serta visualiser bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Bilik-bilik khas seperti Makmal Bahasa, Bilik Tayangan telah juga dinaik taraf bagi menepati ciri-ciri bilik darjah PAK 21. Dalam aspek kehadiran murid ke sekolah antara strategi yang digunakan bagi mencapai peratus kehadiran murid sekurang-kurangnya 84 % pada setiap bulan ialah melalui program kunjungan mesra ke rumah murid, Program Kami Ambil Tahu (KAT), Program Sahsiah Unggul Insan Terbilang (SUIT), Program LOVE SMKT (3S) Suka/Sayang/Seronok, Program Jom Ke Sekolah, Program sesi kauseling dan Program Keibubapaan. Segala data kehadiran dikenal pasti melalui unit Hal Ehwal Murid. 3.3 Leading (Kepimpinan) Secara amnya, kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi, mengubah sikap dan tingkahlaku seseorang supaya bersetuju untuk melaksanakan perubahan ke arah mencapai matlamat organisasi. Seorang pemimpin yang berjaya mampu membawa perubahan secara holistik di dalam organisasi yang dipimpinnya. Begitulah corak kepimpinan yang telah saya bawa di SMK Tekek untuk mengubah Iklim Sekolah Menjadi Kondusif dalam Peningkatan Akademik untuk Membentuk Kemenjadian Murid. Antara corak kepimpinan yang telah saya terapkan ialah menzahirkan Aspirasi Sekolah, Kepimpinan melalui Teladan, Bermotivasi, Mewujudkan Prasana Yang Kondusif, Menyediakan Sumber Yang Mencukupi, Kerja Berpasukan (Team Building), Lawatan Penanda Aras, Empowerment kepada Pengurusan Pertengahan dan kemahiran membuat keputusan yang tepat dan kolektif. 3.4 Controlling (Kawalan) Antara inisiatif kawalan yang membawa impak kejayaan adalah melalui Jelajah Pembelajaran, Pencerapan PdPc Guru, Pemantauan Buku Latihan, Buku Pemantauan Kawalan Pelajar, Buku Pemantauan Pengurusan , Borang OPPM dan Borang Maklum Balas Dialog Prestasi.
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Projek PROBi melalui kaeadah pembelajaran koperatif telah memberikan impak yang positif kepada pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris khususnya. Projek ini telah kita mulakan bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 pada tahun 2019. Bermula dengan prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam SPM 2019 telah menunjukkan peningkatan walaupun sedikit. Seterusnya TOV mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi murid SPM kita berjaya mencapai bermula dengan angka 6. TOV murid SPM bagi Bahasa Inggeris telah mencapai angka 6.91 diikuti dengan 6.32 dan dalam peperiksaan UP1 baru-baru ini kita masih berjaya mengekalkan 6.97. Ini merupakan pencapaian terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan dalaman sejak 2014.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
277
Program Probi
Kebiasaannya GPMP Bahasa Inggeris berada di angka 7 dan 8. Justeru kaedah ini sesuai dan akan diperluaskan kepada semua mata pelajaran dan tingkatan. Semoga prestasi SPM Tahun 2020 akan mencapai KPI yang dihasratkan. Bagi purata kehadiran murid setiap bulan lebih kurang 75 % sahaja berbanding selepas kehadiran saya sehingga melebihi 80 % pada setiap bulan. Kehadiran murid memainkan peranan yang sangat penting bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan, di mana murid yang sentiasa datang ke sekolah akan mendapat pendidikan yang lebih sempurna berbanding dengan murid yang selalu ponteng. Saya sentiasa mengambil berat tentang kebajikan murid supaya murid-murid merasa seronok untuk datang ke sekolah dan mengambil tindakan terhadap murid-murid yang ponteng tanpa sebab yang munasabah. Saya memperkenalkan Program ”LOVE SMKT : 3S – Suka, Sayang dan Seronok”, Program AIB (Aku Ingin Berubah), Program SUIT (Sahsiah Unggul Insan Terbilang), Jom Ke Sekolah untuk menyemarakkan lagi kehadiran murid ke sekolah. Peratus kehadiran murid bagi 3 bulan pertama Tahun 2020 melepasi KPI yang telah ditetapkan. Kita juga memperkenalkan ”mobile classroom” bermula sesi persekolahan 2020. Ini secara tidak langsung memberikan petanda yang positif terhadap kehadiran murid ke sekolah menunjukkan peningkatan pada 3 bulan pertama dan melepasi KPI yang telah kita tetapkan sehinggalah Pandemik Covid-19 melanda negara kita, namun saya optimis kita akan berjaya mencapai KPI yang telah kita tetapkan iaitu 84 %. Selain itu, saya percaya iklim sekolah yang kondusif memainkan peranan yang penting dalam pencapaian akademik yang cemerlang bagi membentuk kemenjadian murid. Uniti dan kesatuan guru dalam profesion keguruan juga merupakan elemen penting bagi memastikan sesebuah sekolah itu harmoni dan seterusnya murid mendapat pendidikan yang berkualiti hasil kerjasama guru dalam semua aspek akademik maupun kokurikulum. Pentadbiran dan pengurusan yang cekap yang di laksanakan merupakan faktor utama dalam proses peralihan iklim sekolah yang lebih cemerlang dan gemilang.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Kejayaan sesebuah sekolah adalah berkait rapat dengan gaya kepimpinan yang mempunyai pengaruh yang besar dalam usaha untuk mencapai matlamat , visi , misi dan aspirasi sekolah. Seorang Pemimpin Berprestasi Tinggi adalah pendorong dan peneraju organisasi yang berkesan yang boleh mengubah iklim sekolah ke arah yang lebih baik atau lebih hebat dalam mencapai wawasan organisasinya. Sebagai pemimpin sekolah, saya menentukan hala tuju organisasi dengan jelas kepada warga sekolah. Saya bertindak sebagai perancang misi organisasi, menentukan matlamat dan memberi keutamaan terhadap pencapaian sekolah yang saya pimpin bersama ”Senior Leader Team” (SLT) dan ”Middle Leader Team” (MLT) (Lampiran 3). Pengetua Berprestasi Tinggi mampu bertindak sebagai peneraju, pendorong dan pembimbing dalam mencetus idea, inovasi, kreatif dan imaginasi ke arah melahirkan sekolah dan murid yang berkualiti. Saya mendapat sokongan guru-guru yang begitu komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, dalam membentuk budaya akademik dengan membuat
278
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Probi
satu anjakan paradigma yang dapat membuka mata masyarakat sehingga berjaya mewujudkan kepercayaan dan keyakinan komuniti setempat terhadap SMK Tekek terutamanya dalam mengubah sikap pelajar. Antaranya, saya terpaksa menggerakan segala bentuk sumber dan modal insan terutamanya guru dalam usaha melakukan perubahan iklim sekolah. Pencapaian akademik yang rendah sebelum ini memberi tanggapan yang negatif dalam kalangan masyarakat dengan pelbagai halangan dari segi latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Berdasarkan kepada kenyataan di atas, saya percaya perubahan iklim sekolah tidak akan tercapai tanpa kepimpinan yang cemerlang. Hala Tuju, Visi dan Misi saya yang jelas ini telah menjadi pendorong kepada seluruh warga sekolah dalam mengubah iklim sekolah yang lebih kondusif dan berkesan. Secara tidak langsung dapat mengubah budaya kerja warga sekolah ke arah yang lebih baik dalam mencapai aspirasi sekolah. Saya mampu bertindak sebagai pembolehubah yang penting ke arah perubahan iklim sekolah yang lebih kondusif. Pengetua Berprestasi Tinggi membuktikan kepimpinan meneraju perubahan iklim sekolah dengan visi, misi dan aspirasi yang jelas dan berkualiti dipaparkan melalui personaliti, untuk memastikan sesebuah sekolah cemerlang dan terus bersaing serta sentiasa membuat penambahbaikan berterusan dan berfokus kepada keperluan murid dalam Pendidikan Abad ke-21. Sebagai pengetua, saya menaruh kepercayaan dan keyakinan tinggi seluruh warga SMK Tekek serta murid sekolah ini akan terus meningkatkan kecemerlangan bukan sahaja dalam akademik malah mencakupi semua bidang yang diceburi. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pelbagai pihak antaranya Pensyarah Kanan dari IAB , Pn Meriam binti Alias , Pegawai SIP+ Tuan Haji Azaman bin Ahmad, PPD Pekan, pegawai-pegawai JPN Pahang dan PPD Rompin serta seluruh warga SMK Tekek yang telah bekerjasama serta memberi sumbangan secara langsung serta tidak langsung dalam menghasilkan laporan ini.
6.0 RUJUKAN Ayob Jantan, PAK21 Mentransformasikan Kepimpinan Prestasi Tinggi, Media Harapan,MPSM, 2018
Sinar
Abdul Razak Alias(2017), Intervensi Pembangunan Profesionalisme, Modul Latihan Asas Coaching dan Mentoring Dalam Pendidikan, IAB, KPM Md Fiah Md Jamin, Kepimpinan Berinspirasi – Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia, Jurnal Pendidikan MPSM 2005 – 2014, Koleksi Karya Sedekad, Media Sinar Harapan, 2015 Institut aminuddin Baki (2006), Standard Kompetensi Kepengetuaan IAB. KPM, Genting Highlands Jurnal Pendidikan MPSM 2005 – 2014, Koleksi Karya Sedekad, Media Sinar Harapan, 2015 Md Fiah Md Jamin(2008 , Pengetua Kreatif Memacu Kegemilangan Pendidikan, Jurnal Pendidikan PKPSM Kebangsaan, Julai 2008, Seremban
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
279
Program Probi
LAMPIRAN 28-1
Jadual 28.3 : Perbandingan GPMP SPM (6 Tahun) MP
2014
2015
2016
2017
2018
2019
Matematik
7.60
7.57
7.72
7.43
7.28
7.53
Sejarah
6.38
7.24
5.92
7.05
5.18
6.15
B.Inggeris
8.31
8.24
7.89
8.00
8.05
7.94
Sains
5.00
6.48
5.69
6.70
5.83
6.71
B.Melayu
5.88
6.14
5.86
4.97
4.73
5.71
Pend.Agama Islam
6.31
6.76
5.66
6.50
5.48
6.50
Pend.Seni Visual
4.94
4.81
2.61
2.21
2.69
2.92
Perniagaan
7.19
7.81
6.64
6.07
5.27
6.38
Gred Purata Sekolah
6.54
6.90
6.02
6.48
5.84
6.53
280
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Peningkatan Pencapaian SPM
OBJEKTIF
8.05
KPI 4 : Peningkatan GPMP Bahasa Inggeris
92.50
5.84
KPI 2 : Peningkatan GPS Sekolah
KPI 3 : Peningkatan Murid Layak Dapat Sijil ( % Lulus BM & Sejarah)
5.18
TOV
KPI 1 : Peningkatan GPMP Sejarah
KPI
AR 7.94
7.80
AR 85.20
94.00
AR 6.53
5.64
AR 6.15
4.94
7.33
7.56
100.00
5.24
4.46
2021
97.00
5.44
4.70
SASARAN 2019 2020
Pencerapan PdPc Pembelajaran Koperatif Pembelajaran berasaskan Projek Pembudayaan PLC
Program KK20 Program Kelas Tambahan Berfokus – Subjek Kritikal Program Gerak Gempur Klinik Teknik Menjawab Program Kemahiran Belajar Program Memperkasakan BI
1. 2. 3.
Program Nilam Anugerah peminjam buku terbanyak Kuiz Minda BI
5. Meningkatkan budaya membaca dalam kalangan murid
1. Mentor Mentee 2. Program Anugerah Akademik
4. Meningkatkan Motivasi
1. Audit Akademik (AA) 2. Hari Temu Janji & Penetapan Target 3. Dialog Prestasi
3. Mengaplikasi Headcount
3. 4. 5. 6.
1. 2.
2. Meningkatkan Prestasi Akademik
1. 2. 3. 4.
1. Meningkatkan kualiti PdPc Guru
Pengurusan Kurikulum
INISIATIF
Kehadiran murid 100% dalam kelas. 2. Murid mencapai ETR. 3. Peningkatan kualiti pencapaian subjek. 4. Murid menguasai kemahiran belajar. 5. Sekolah mengenal pasti kelemahan untuk penambahbaikan.
1.
INDIKATOR
Perancangan Strategik Meningkatkan Pencapaian Akademik Ke Tahap Yang Cemerlang
Program Probi
LAMPIRAN 28-2
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
281
282
SEMUA GURU TERLATIH DIPANTAU DAN MEMPEROLEH SKOR PEMANTAUAN STANDARD SKPM g2 (Standard 4: PdPc) melebihi 85%.
MENGURANGKAN KES SALAH LAKU IAITU KES PONTENG SEKOLAH TIDAK MELEBIHI 3 % SETAHUN BERDASARKAN LAPORAN SSDM
MEMASTIKAN SEMUA MURID TERLIBAT DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM, 8 % MURID MENYERTAI AKTIVITI PERINGKAT NEGERI DAN PERINGKAT KEBANGSAAN
HEM
KOKU
KPI
KURIKULUM
BIDANG
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang (6 ORG.)
3.0 %
(7 ORG.)
4.0 %
(15 ORG.)
65.0 %
TOV
TAHUN 1 2020
4.0 %
2.5 %
75.0%
SASARAN PRESTASI
PENCAPAIAN SEBENAR
6.0 %
1.5 %
85.0%
SASARAN PENCAPAIAN PRESTASI SEBENAR
TAHUN 2 2021
PEMETAAN PERANCANGAN PERUBAHAN TIGA TAHUN (2020-2022)
8.0 %
1.0 %
100.0%
SASARAN PENCAPAIAN PRESTASI SEBENAR
TAHUN 3 2022
Program Probi
LAMPIRAN 28-3
PROGRAM INTERVENSI KUALITI DAN KUANTITI GPMP BAHASA INGGERIS ROOT CAUSE ANALYSIS
Program Probi
LAMPIRAN 28-4
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
283
284
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU GAMBALIDAH BINTI MOHD JAHIRI Pengetua SMK Tagasan
[email protected] HAMIZI BIN OSMAN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] LINNA BINTI HASSAN Pegawai SIP+ PPD SEMPORNA
ABSTRAK
Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang demikian, projek gerbang Bahasa Melayu dilaksanakan bertujuan untuk membaiki penguasaan bahasa melayu dalam kalangan murid, iaitu dari Tingkatan 1 sehingga 5. terutamanya bagi murid yang menduduki SPM. projek gerbang bahasa Melayu dilaksanakan pada awal Januari sehingga Oktober. memandangkan, subjek Bahasa Melayu merupakan subjek utama wajib lulus pada peringkat SPM. Projek ini dijalankan selama satu jam setiap hari Khamis yang mana para murid akan dibimbing oleh guru-guru Bahasa Melayu. Jumlah murid yang terlibat ialah seramai 1,246 orang, dan dari jumlah tersebut diharapkan bahawa 80% dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Kata Kunci: projek gerbang bahasa melayu,
1.0 PENGENALAN SMK Tagasan Semporna adalah sebuah projek kilat yang telah dibuka pada 4 Januari 1988 berdekatan dengan SK Tagasan Semporna. Pada masa itu hanya terdapat 10 orang guru termasuk Pengetua, 4 bilik darjah dan 154 orang pelajar Tingkatan 1. Pada penggal kedua persekolahan, sekolah ini menerima 45 orang pelajar tingkatan 2 yang didatangkan dari SMK Datuk Panglima Abdullah Semporna. Bilangan kelas ketika itu ialah 6 buah kelas iaitu 4 kelas Tingkatan 1 dan 2 kelas untuk Tingkatan 2. Manakala sumber pelajar sekolah ini didatangkan dari SK Tagasan, SK Kubang Pinang, SK Pegagau, SK Bangau-Bangau dan SK Simunul. Pada tahun 1998, SMK Tagasan berpindah ke tapak baru di Kampung Tagasan Tani sehinggalah sekarang.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
285
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
1.1
Profil Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Tagasan, peti surat 409, 91308 Semporna, Sabah terletak 12km dari Pekan Daerah Semporna. No. Telefon sekolah 089-784164. No. Faks sekolah 089-785167. Kod sekolah XEA331. 1.2
Status quo sekolah
SMK Tagasan, Semporna, Sabah merupakan salah sebuah sekolah yang berada dalam kedudukan Band 5. Berdasarkan analisis peperiksaan kendalian sekolah daripada mruid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 menunjukkan bahawa pencapaian dalam dua mata pelajaran wajib lulus iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah mencatatkan peratus lulus dan kualiti yang agak rendah. Beberapa isu telah dikenal pasti berdasarkan kaedah tinjauan dan dialog dengan guru dan murid.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan analisis Peperiksaan Akhir Tahun 2018, peratusan lulus dalam kalangan murid tingkatan 4 mencatat bilangan yang rendah iaitu seramai 106 orang bersamaan 48.85% manakala peratusan bagi pelajar yang gagal mencatatkan rekod bilangan yang amat kritikal iaitu seramai 111 orang pelajar bersamaan 51.15%. Oleh itu, melalui pelaksanaan projek ini dapat memantapkan lagi penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid. 2.1
Penulisan Karangan Yang Lemah
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, kebanyakan pelajar tidak boleh menghasilkan karangan yang baik kerana kurangnya idea dan pembacaan yang menjadi kunci utama dalam menghasilkan karangan yang cemerlang. Ini menyebabkan karangan yang dihasilkan kurang memuaskan sekaligus mempengaruhi pencapaian mereka. 2.2
Aspek Tatabahasa Yang Kurang Dikuasai
Para pelajar memandang enteng terhadap aspek tatabahasa yang wajib dikuasai sekali gus mempengaruhi pencapaian mereka. Ini memberi kesan terhadap mereka dari segi pertuturan dan penulisan. Oleh yang demikian, melalui projek ini dapat memberi penekanan terhadap aspek tatabahasa yang baik. 2.3
Kurang Penghayatan Terhadap Unsur Komsas
Para pelajar kurang menitikberatkan unsur komsas dalam sesi pembelajaran mereka. Sikap malas membaca menjadikan mereka kurang mengetahui mesej yang disampaikan oleh penulis dalam antalogi dan novel yang wajib mereka telaah.
Sebagai langkah pertama dalam usaha melonjakkan prestasi sekolah adalah usaha “menyelamatkan” pelajar agar tidak mensia-siakan persekolahan dengan memastikan mereka layak memperoleh 286
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
Sijil Penuh dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi meneruskan kesinambungan hidup adalah dengan meningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu melalui Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu. Usaha ini sebagai sokongan kepada program kecemerlangan akademik sedia ada yang disusun oleh Panitia Bahasa Melayu.
3.0 PELAKSANAAN Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang strategik amat penting supaya ia meninggalkan impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya.
Planning (Perancangan)
3.1
Setelah melapor diri sebagai pengetua di sekolah ini, penyelidik telah meneliti kedudukan status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta meminta taklimat daripada semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu Aliran Perdana pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah dipilih.
Visi: 80% pelajar menguasai penulisan karangan yang cemerlang dan tatabahasa yang betul serta menghayati unsur komsas dengan baik.
Misi: • • •
100% pelajar terlibat dalam Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu yang diadakan setiap hari Khamis selama 1 jam. Penglibatan guru-guru bahasa melayu. Memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang berjaya.
Strategi: • • •
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu Penglibatan guru pakar bahasa melayu dari luar. Kerjasama dengan AJK PIBG Sekolah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
287
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
3.2
Organizing (Pelaksanaan) JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK GERBANG CEMERLANG BAHASA MELAYU SMK TAGASAN, SEMPORNA SABAH.
PENASIHAT:
CIK MARIA OMAR BAKI
(PEGAWAI SISC+PPD SEMPORNA)
PN. GAMBALIDAH BINTI HJ MOHD JAHIRI
PENGERUSI:
(Pengetua)
PENYELARAS: EN. ARIFIN BIN MUSIDI
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
PEMANTAU: • • • •
KETUA PANITIA BAHASA MELAYU: •
PN. ZALEHA BINTI HJ ATI GURU-GURU BAHASA MELAYU:
• • • • • • • • • • •
288
EN. ABD. HAM BIN OKASA (PENOLONG KANAN HEM) PN. ROZANAH HJ MADSARAPPI (PENOLONG KANAN KOKUM) EN. ZUBIR OSMAN (PENOLONG KANAN PETANG) EN. AB YAMIN MUHADAR (KETUA BIDANG BAHASA)
PN. NUR ANITA NIK AB MAJID. PN. HJH SUVITA MAJUD. PN. SAFIAH DUALIN. CIK SITTI HASMAH JAIB. PN. NIK AZIZAH WAN SULAIMAN CIK ANISAH M. ZAINUDDIN EN. MOHD SALAM UNDONG PN. ROSMINAH HJ ASAKIL PN. BIBILENA ABDU RAJI PN. SHERMA NAMLIE CIK SALAWAH LATIP
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
Jadual 29.1: Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu TINGKATAN 1 2
MASA
TEMPAT
11:OO -12:00 TENGAH HARI
DEWAN PELAJAR
3
DEWAN PELAJAR
4 12:30-01:30 PETANG
5
KELAS
CATATAN : DIKENDALIKAN OLEH GURU-GURU BAHASA MELAYU 3.2.1
Pembudayaan a. Panitia Bahasa Melayu membuat garis panduan tentang tajuk yang diajar. b. Membimbing pelajar cara menjawab mengikut format yang betul. c. Pelajar membuat pembentangan sama ada secara individu atau berkumpulan mengikut masa yang ditetapkan. d. Pemantau akan memberikan ulasan terhadap perkembangan para pelajar yang terlibat. e. Perbincangan Panitia Bahasa Melayu diadakan untuk tujuan penambahbaikan projek.
3.2.2
Jaringan Sosial
3.3
Melibatkan kerjasama antara Pegawai SISC+ PPD Semporna, Guru-guru pakar dari luar dan AJK PIBG.
Leading (Kepimpinan)
Bagi menjayakan projek ini, keterlibatan semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan semua guru adalah perlu agar berlaku permuafakatan dalam organisasi agar kata sepakat dapat dicapai secara kolektif. Penglibatan pelajar adalah secara menyeluruh dalam penyediaan bahan pembentangan atau perkongsian semasa sesi dijalankan. Di sini telah berlaku proses pembelajaran secara tidak langsung kepada pelajar tersebut dan penghargaan kepada mereka yang terlibat. Penyelarasan petugas sentiasa dilakukan agar tidak membebani hanya individu tertentu sahaja dalam pengendalian sesi ini. Pelajar yang berjaya akan diberikan hadiah dan sijil sebagai penghargaan atas usaha mereka.
3.4
Controlling (Pengawalan)
Bagi memastikan projek yang dijalankan ini berjaya secara langsung, beberapa peringkat ujian akan dijalankan bagi mengesan tahap kebolehan dan pencapaian pelajar dari aspek penulisan karangan, tatabahasa dan komsas. Ujian-ujian tersebut, perlu dijalani oleh para pelajar bagi memastikan mereka telah menunjukkan perkembangan yang positif mengikut kriteria yang ditetapkan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
289
Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Hasil dapatan melalui tiga fasa ujian yang telah diikuti oleh para pelajar yang terlibat, Jadual 29.2: Ujian Penulisan Karangan, Tatabahasa dan KOMSAS
FASA 1
FASA 2
FASA 3
JUMLAH
TINGKATAN
KARANGAN
TATABAHASA
KOMSAS
PELAJAR
1
50%
50%
55%
229
2
50%
55%
65%
238
3
50%
50%
50%
269
4
55%
65%
55%
225
5
80%
60%
75%
235
Implikasi dari projek yang dilaksanakan, majoriti dalam kalangan pelajar dari tingkatan 1 sehingga 5 menunjukkan perkembangan yang positif. Justeru itu, projek ini turut membantu dalam peningkatan penguasaan para pelajar dalam bahasa melayu.
5.0 RUMUSAN Projek Gerbang Cemerlang Bahasa Melayu yang dilaksanakan dari Januari hingga Oktober yang diadakan pada setiap hari Khamis dalam tempoh 1 jam telah berjaya mencapai sasaran. Keterlibatan semua pihak yang bertanggungjawab secara aktif turut berperanan dalam menjayakan projek dan sasaran yang telah ditetapkan. Secara holistik, pelajar tingkatan 5 mencatat pencapaian yang tinggi dan baik.
6.0 RUJUKAN Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan. Universiti Teknologi malaysia. Tesis Sarjana MudaPendidikan. Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad ( 2012). Faktor Yang Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah di Sekolah Menengah Daerah Kulai Johor. Fakulti Pendidikan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia.
290
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB HAJI JOHAN BIN HAJI OKASA Pengetua SMK Bum Bum Semporna
[email protected] HAMIZI BIN OSMAN Pensyarah Pembimbing IAB Bandar Enstek
[email protected] LINNA BINTI HASSAN Pegawai SIP+PPD Semporna
ABSTRAK
Berdasarkan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2018, didapati bahawa pencapaian prestasi tiga mata pelajaran Teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak memberangsangkan dan ini mempengaruhi pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) pada peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia. Oleh itu, Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB) dilaksanakan untuk menjadi pemangkin kepada semua pelajar Tingkatan 5 tahun 2019 di sekolah ini supaya mereka belajar dengan lebih bermotivasi dan berfokus serta boleh meningkatkan pencapaian gred purata 3 mata pelajaran teras tersebut. Seramai 312 orang pelajar calon SPM 2019 yang terlibat dalam kajian program ini. Kaedah penilaian program yang digunakan adalah melalui data pencapaian pelajar di dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019) dibandingkan dengan pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM 2019 (PPC2019) serta perbandingan juga dengan PPC2018. Hasil akhir Projek MeKAB ini akan dinilai dalam Peperiksaan SPM 2019 yang sebenar sama ada pencapaian 3 Mata Pelajaran Teras ini akan mempengaruhi Gred Purata Sekolah keseluruhannya. Dalam pada itu, semua pelajar Tingkatan 5 terlibat dalam pelbagai program ke arah meningkatkan pencapaian mereka dalam 3 mata pelajaran teras tersebut.. Dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa peningkatan dari segi GPS iaitu sebanyak 0.26 di mana PPT 2019 dengan GPS 7.59 berbanding PPC 2019 dengan GPS 7.33. Kajian ini juga mendapati bahawa PPC SPM 2019 menunjukkan pencapaian GPS 7.33 adalah lebih baik berbanding pencapaian PPC SPM 2018 dengan GPS 7.72 dengan peningkatan sebanyak +0.39. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa dua daripada tiga mata pelajaran teras berkaitan menunjukkan peningkatan. Secara keseluruhannya, kajian ini dapat membuktikan Projek MeKAB telah memberi impak yang amat memberangsangkan ke arah peningkatan pencapaian GPS dalam SPM 2019. Kata Kunci: Menjulang Anak Bangsa
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
291
MeKAB
1.0 PENGENALAN Penyelidik telah diarahkan berpindah dan mula bertugas di SMK Bum Bum Semporna pada 01 Disember 2014. Sekolah ini merupakan sekolah menengah dalam kategori Luar Bandar dan terletak di Pulau Bum Bum Semporna. Sekolah melaksanakan dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang dengan pelajarnya terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 6 serta menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Sekolah ini ditubuhkan pada 02 Februari 1981 dengan keluasan 70 ekar (28.33 hektar) merupakan satu-satunya sekolah menengah di Pulau Bum Bum dengan 11 buah sekolah rendah yang menjadi pembekal murid-murid tingkatan 1 ke sekolah menengah ini. Sekolah ini juga merupakan sekolah berasrama dengan kapasiti pelajar seramai 350 orang. Ketika ini, sekolah ini mempunyai seramai 1876 pelajar dengan 134 guru dan 14 anggota kumpulan pelaksana. Sekolah ini juga termasuk dalam kategori sekolah berpencapaian rendah dengan Band 6. Sehubungan dengan itu, penyelidik telah disenaraikan dalam Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (PROPEKS) oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah hadir Kursus PROPEKS pada 14-19 Oktober 2018 di Institut Aminuddin Baki KPM di Genting Highland Pahang. Penyelidik telah diarahkan untuk menyediakan Perancangan Strategik Sekolah yang baharu bagi Tahun 2019 hingga 2021.
1.1
Profil Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Bum Bum Semporna Sabah terletak di Pulau Bum Bum Semporna dan merupakan satu-satunya sekolah menengah di pulau ini dan mempunyai 11 buah sekolah rendah. Pulau ini mempunyai penduduk dianggarkan sekitar 32 ribu orang dengan majoriti penduduknya dari kalangan suku kaum Bajau Suluk. Sekolah ini boleh dihubungi melalui jalan darat berkenderaan dan jalan laut menaiki perahu dari Pekan Semporna sejauh 13 km dan sejauh 20 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Semporna. Sekolah juga boleh dihubungi melalui telepon 089786210, faks 089786711 dan email
[email protected]
1.2
Status Quo Sekolah
SMK Bum Bum Semporna merupakan salah satu sekolah berprestasi rendah dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Negeri Sabah dengan Band 6. Semakan data berdasarkan analisa keputusan SPM tahun-tahun lepas khasnya bagi tahun 2018 mendapati terdapat isu utama iaitu pencapaian yang rendah dalam 3 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Pencapaian 3 mata pelajaran teras ini perlu dilonjakkan dalam usaha pihak sekolah meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sekaligus mengeluarkan sekolah daripada senarai sekolah berprestasi rendah.
2.0
ISU/ MASALAH
Berdasarkan data peperiksaan SPM 2018 menunjukan pencapaian 3 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris (GPMP : 8.34), Matematik (GPMP : 7.70) dan Sains (GPMP : 6.95) adalah lebih rendah berbanding pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) 6.62. Ini bermakna mata pelajaran tersebut telah mempengaruhi dan menurunkan nilai gred purata sekolah pada tahap yang signifikan. 292
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB
Sehubungan dengan itu, penyelidik berpandangan bahawa pencapaian yang kurang memuaskan bagi 3 mata pelajaran teras tersebut wajar diperbaiki bagi membantu meningkatkan prestasi sekolah keseluruhannya di samping mata pelajaran lain terus menunjukkan pencapaian yang lebih baik. Keadaan pencapaian yang kurang memuaskan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains adalah amat membimbangkan memandangkan semua pelajar mengambil mata pelajaran tersebut dalam peperiksaan SPM. Sebarang peningkatan atau sebaliknya memang memberi kesan secara langsung kepada pencapaian GPS SPM 2019. Oleh itu pihak sekolah telah menentukan perkara tersebut sebagai isu utama dalam memastikan berlaku lonjakan dalam keputusan SPM 2019 sekaligus boleh mencapai Petunjuk Prestasi Utama 6.36 SPM pada tahun ini.
3.0 PELAKSANAAN Dalam usaha sekolah merealisasikan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama SPM 2019 iaitu daripada GPS 6.62 kepada GPS 6.36, maka suatu perancangan yang strategik amat penting dan diperlukan supaya ia memberi impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya iaitu pelajar Tingkatan 5 tahun ini sekaligus boleh melonjakkan pencapaian sekolah pada kedudukan yang lebih baik. Sehubungan dengan itu, fokus tindakan dan usaha wajar digembling melalui Program Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB) bagi meningkatkan pencapaian 3 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
3.1
Planning (Perancangan)
Setelah penyelidik menghadiri kursus PROPEKS pada 14-19 Oktober 2018, pihak IAB KPM mengarahkan satu perancangan strategik yang baharu perlu disediakan yang merangkumi semua bidang pengurusan sekolah. Pada masa yang sama, pihak IAB KPM menasihatkan semua pengetua memberi fokus kepada isu utama bagi sekolah masing-masing. Sesuai dengan status sekolah berprestasi rendah, penyelidik menetapkan agar bidang akademik diberi tumpuan khasnya prestasi SPM. Bermula dengan pembinaan Perancangan Strategik 2019-2021, penyelidik telah meneliti kedudukan status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam SPM 2019 adalah menjadi keutamaan.
Visi:
Meningkatkan Pencapaian Mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dalam SPM 2019 dalam usaha mencapai KPI (‘Key Performance Indicator’) sekolah dengan GPS 6.36.
Misi :
(1)
312 pelajar Tingkatan 5 2019 terlibat dalam semua program yang dirancang.
(2) Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Matematik dan Panitis Sains lebih kreatif dan aktif dalam melaksanakan program peningkatan prestasi SPM 2019. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
293
MeKAB
(3)
Asrama menjadi pusat kecemerlangan SPM 2019.
Strategi :
Melaksanakan Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB); Program Mutiara SPM melibatkan semua pelajar Tingkatan 5. Program Elit SPM melibatkan pelajar Tingkatan 5 berfokus. Program HALUS melibatkan pelajar Tingkatan 5 berfokus. Program Asrama Pemangkin Kecemerlangan Sekolah.
• • • • 3.6
Organizing (Pelaksanaan) Jawatankuasa Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa (MeKAB): Penasihat:
Pn Linna Hassin, SIP+ (Pegawai Pendidikan Daerah)
Pengerusi:
Hj. Johan Bin Hj. Okasa
Timbalan Pengerusi:
Pn Hajah Rusnah Bt. Hj. Apdal
Penyelaras / Setiausaha:
En. Rainol Supain
Pasukan Pemantau:
Pegawai SISC+, Pengetua, Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran.
Ahli Jawatankuasa :
a.
En Mohd Affendi Bin Adam (GK Bahasa)
b.
Pn Merlinah Bt Talsan (GK STEM)
c.
En Teting Bin Jilhani (GK Kemanusiaan)
d.
En Maikal Bin Hashim (GK Teknik & Vokasional)
e.
Semua guru Ketua Panitia.
3.6.1
294
Pembudayaan a. Semua Panitia mata pelajaran menyediakan Modul SPM masing-masing. b. Semua guru mata pelajaran SPM adalah terlibat. c. Membimbing pelajar untuk mencari maklumat dan melakukan persediaan untuk peperiksaan SPM 2019. d. Semua Panitia memilih dan menentukan pelajar fokus bagi mata pelajaran berkaitan. e. Pemantau atau Pembimbing disediakan mengikut jadual dan kesesuaian guru-guru berkaitan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program. f. Perbincangan Panitia mata pelajaran diadakan dari semasa ke semasa untuk tujuan penambahbaikan program. g. Laporan perjalanan program disediakan bagi mendapatkan maklum balas untuk tujuan penambahbaikan program.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB
3.2.2
Jaringan Sosial
Projek MeKAB merupakan projek yang mempunyai objektif yang jelas iaitu untuk meningkatkan pencapaian akademik sekolah dalam SPM 2019 khasnya dalam 3 mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah berusaha melibatkan pihak luar seperti Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah, Guruguru Pakar dari sekolah lain. Pihak-pihak luar ini terlibat dalam pemantauan, penyeliaan dan perkongsian kepakaran mata pelajaran masing-masing. Pihak sekolah berharap agar prestasi SPM 2019 sekolah khasnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan meningkat sekaligus boleh mencapai KPI SPM 2019. 3.7
Leading (Kepimpinan)
Bagi menjayakan projek MeKAB, keterlibatan pengetua, semua Penolong Kanan, semua Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia dan semua guru adalah perlu agar berlaku rasa kepunyaan dan kebersamaan dalam program serta permuafakatan dalam organisasi supaya kata sepakat dapat dicapai secara kolektif demi hasrat untuk mencapai matlamat ‘Menjulang Anak Bangsa’ (MAB). Penglibatan pelajar Tingkatan 5 adalah secara menyeluruh dalam keberadaan bagi setiap sesi program yang dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran pelajar setiap sesi direkodkan bagi memudahkan penyeliaan, pemantauan, kawalan dan tindakan susulan untuk tujuan penambahbaikan. Pengetua dan semua ahli jawatankuasa serta pihak luar sentiasa memberi motivasi, galakan dan penghargaan kepada semua pelajar setiap sesi kelas dan pemantauan. 3.8
Controlling (Pengawalan)
Sebagai langkah kawalan kualiti projek MeKAB, instrumen kehadiran dalam program, modul SPM mata pelajaran, Dialog Prestasi dan laporan program disediakan. Terdapat tiga aspek yang diberi tumpuan penyeliaan dan kawalan bagi memastikan keberkesanan projek ini iaitu kehadiran pelajar, penyediaan modul dan kehadiran guru dalam program. Perjalanan program juga sentiasa didokumenkan bagi memastikan semua rekod dan perkembangan program diikuti dan dipantau sepanjang masa. Bagi memastikan program ini memberikan hasil yang dijangkakan, penilaian impak program diukur berdasarkan pencapaian pelajar Tingkatan 5 dalam Peperiksaan Percubaan SPM 2019 dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 juga dibandingkan dengan keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2018. Hasil akhir program ini yang juga merupakan objektif utama meningkatkan pencapaian mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di mana keputusannya dijangka mempengaruhi keputusan keseluruhan SPM 2019 akan dinantikan pada tahun 2020 semasa pengumuman keputusan SPM 2019.
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK
Melalui kaji selidik yang telah dijalankan terhadap 312 pelajar Tingkatan 5, data Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019), Peperiksaan Percubaan SPM 2019 (PPC2019) serta data Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
295
MeKAB
Peperiksaan Percubaan SPM 2018 (PPC2018) dan KPI SPM 2019 bagi mata pelajaran berkaitan dikemukakan. Di samping itu, data analisa SPM 3 tahun terakhir dan analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) dan Peperiksaan Percubaan SPM (PPC) 4 tahun terakhir juga disediakan untuk memberi gambaran status pencapaian akademik sekolah.
Jadual 30.1 : Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018 SPM
2016
2017
2018
KPI 2019
Gred Purata Sekolah (GPS)
6.74
6.91
6.62
6.36
-0.17
+0.29
+0.26
_+/-
Jadual 30.2 : Data Perbandingan PPT dan PPC Bagi Tahun 2016 -2019 Tahun
2016
2017
2018
2019
PPT
7.89
7.80
7.68
7.59
PPC
7.19
7.54
7.72
7.33
Jadual 30.3 : Data Pelajar SPM 2019 Jumlah Pelajar Daftar SPM 2019
312
Jumlah Pelajar Menduduki PPC2019
301
Jadual 30.4: Data PPT2019 (Ujian Pra) dan PPC2019 (Ujian Pos) Mata Pelajaran
PPT 2019 % Lulus
GPMP
PPC 2019 % Lulus
GPMP
PPC2018 (GPMP)
SPM2018 (GPMP)
KPI2019 (GPMP)
Bahasa Inggeris
9.27% 24 calon
8.78
9.29% 26 calon
8.74
8.75
8.34
7.85
Matematik
22.90% 68 calon
8.41
18.18% 52 calon
8.47
8.51
7.70
7.44
8.56
34.83% 93 calon
8.23
8.15
6.95
6.48
Sains
24.81% 67 calon
Berdasarkan Jadual 1.4, Projek MeKAB telah memberi impak positif dan memberangsangkan ke arah pencapaian KPI SPM 2019. Dapatan kajian menunjukkan terdapat dua mata pelajaran yang telah menunjukkan peningkatan berdasarkan data PPT2019 dan PPC2019. Bagaimanapun terdapat satu mata pelajaran yang menunjukkan sedikit penurunan. Bahasa Inggeris menunjukkan peningkatan sebanyak +0.04 dalam PPC dengan pencapaian GPMP 8.74 berbanding PPT dengan GPMP 8.78. Satu lagi mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Sains dengan GPMP 8.23 dalam PPC yang meningkat sebanyak +0.33 berbanding PPT dengan GPMP 8.56. Mata 296
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MeKAB
pelajaran yang menunjukkan sedikit penurunan adalah Matematik dengan pencapaian PPC GPMP 8.47 berbanding PPT GPMP 8.41 iaitu merosot sebanyak -0.06. Dengan peningkatan dalam dua daripada tiga mata pelajaran teras iaitu Bahasa Inggeris dan Sains yang dikaji, didapati pencapaian mata pelajaran tersebut telah mempengaruhi pencapaian PPC SPM2019 dengan menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian PPC SPM 2018. PPC SPM 2019 menunjukkan pencapaian GPS 7.33 berbanding pencapaian PPC SPM 2018 dengan GPS 7.72 dengan peningkatan sebanyak +0.39 (Jadual 1.2 ). Pencapaian PPC SPM2019 juga menunjukkan peningkatan berbanding PPT SPM2019 dengan GPS 7.59 iaitu meningkat sebanyak +0.26 (Jadual 30.2).
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Sebagai pemimpin instruksional di sekolah, penyelidik wajar memastikan semua pelajar Tingkatan 5 mempunyai peluang untuk mencapai kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019. Sehubungan dengan itu, satu analisa menyeluruh telah dilaksanakan dan mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalaman sekolah. Daripada analisa data SPM berkenaan, pihak sekolah bermuafakat untuk melaksanakan Projek MeKAB dalam usaha sekolah untuk keluar daripada status sekolah berprestasi rendah. Berdasarkan analisasa tersebut juga, telah dikenalpasti 3 Mata Pelajaran Teras SPM iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains telah menyumbang kepada pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) yang agak rendah. Sehubungan dengan itu, satu pendekatan dan strategi melalui Projek MeKAB telah dilaksanakan dengan merujuk kepada data pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun 2019 (PPT2019), Peperiksaan Percubaan SPM 2019 (PPC2019) dan data Peperiksaan Percubaan SPM 2018 sebagai ukuran dan perbandingan tentang keberkesanan projek tersebut. Pelaksanaan Projek MeKAB ini telah bermula sejak bulan Januari 2019 hingga selesai tempoh penilaian iaitu PPC2019 pada bulan Oktober 2019 dan diteruskan aktiviti program tersebut bagi penilaian impak kepada keputusan sebenar SPM 2019 yang akan dibandingkan dengan keutusan SPM tahun sebelumnya (Jadual 30.1); Jadual 30.5 : Data Gred Purata Sekolah Bagi SPM 2016 – 2018 SPM
2016
2017
2018
KPI 2019
Gred Purata Sekolah (GPS)
6.74
6.91
6.62
6.36
-0.17
+0.29
+0.26
_+/-
Hasil daripada kajian ini, penyelidik mendapati bahawa terdapat peningkatan yang memberangsangkan dalam PPC2019 berbanding PPT2019 bagi dua mata pelajaran teras iaitu Sains dengan meningkat sebanyak GPMP 0.33 dan Bahasa Inggeris sebanyak GPMP 0.04. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan bagi mata pelajaran Matematik sebanyak GPMP 0.06. Dari segi gred purata sekolah antara PPT2019 dan PPC2019 juga menunjukkan peningkatan sebanyak GPS 0.26.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
297
MeKAB
Dalam pada itu, kajian juga menunjukkan bahawa keputusan PPC2019 dengan pencapaian GPS 7.33 adalah lebih baik berbanding PPC2018 dengan GPS 7.72 iaitu meningkat sebanyak GPS 0.39. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berpendapat bahawa Projek MeKAB telah memberikan impak yang amat positif dan diharapkan keputusan SPM 2019 akan dapat mencapai KPI GPS 6.36. Daripada kajian ini juga, penyelidik mendapati bahawa semangat muafakat dan komitmen guru-guru serta semua lapisan pengurusan dan warga sekolah amat memberi sokongan yang kuat dalam usaha sekolah untuk menganjak kedudukan semasa ke satu kedudukan yang lebih baik pada masa hadapan. Atas keyakinan dan kerjasama yang padu ini, pihak sekolah berharap agar hasrat untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajatan Teras SPM melalui Projek Menggapai Kecemerlangan Anak Bangsa akan tercapai sekaligus memenuhi hasrat warga sekolah melalui slogan ‘Menjulang Anak Bangsa’.
6.0 RUJUKAN Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan.
298
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills) DR. DALMANSA BIN TAHIL Pengetua, SMK Paris Kinabatangan HJ. HAMZAH BIN ABD. WAHID
[email protected] MOHD ZAIDI BIN BASIR Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] ABDUL MALEK BIN ABDUL RAHIM SIP+, PPD Kinabatangan
ABSTRAK Rahsia kecemerlangan sesebuah sekolah terletak kepada kepimpinan yang efektif dan pengajaran guru yang berkualiti. Kecemerlangan sekolah diukur berdasarkan prestasi murid-murid dalam bidang akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah dan kepimpinan. Sekolah tidak akan berjaya jika tiada perancangan yang teliti dan hala tuju yang jelas serta dihayati oleh seluruh warga sekolah. Bagi menjayakan gagasan ini, pengetua bersama-sama warga SMK Paris telah memperkenalkan program High Impact Teaching Skills (HITS) dan High Impact Management Skills (HIMS). HITS bermaksud kompetensi guru-guru dalam aspek pedagogi dan pengurusan diperkasakan bagi memberi impak positif terhadap kecemerlangan murid secara dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. HIMS pula ialah program mempertingkatkan kompetensi penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan sekolah dari aspek kepimpinan dan pengurusan bagi membangunkan organisasi (organisational development) dan membangunkan individu (individual development) yang impaknya akan dirasai oleh murid-murid SMK Paris. Kata kunci: akademik, kokurikulum, sukan, sahsiah, kepimpinan, HITS, HIMS, kompetensi, kepimpinan, pengurusan, OD, ID.
1.0 PENGENALAN SMK Paris terletak di dalam daerah Kinabatangan, Sabah iaitu kira-kira 50 km dari bandar Kinabatangan, 40 km dari bandar Lahat Datu dan 130 km dari bandar Sandakan. Penubuhan sekolah ini adalah di atas hasil usaha Dr. Yassin Haji Amit, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan pada masa itu di atas permintaan Tuan Haji Tukang Bin Parenrang yang mengetuai penduduk Mukim Paris. Majlis menyempurkan upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada waktu itu di Kampung Paris 2 yang jaraknya ialah kira-kira enam km dari SMK Paris. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
299
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
1.1 Profil Sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Paris merupakan sekolah yang terletak di kawasan luar bandar. Jadual 31:1 Maklumat dan Profil SMK Paris Jenis Sekolah Status Sekolah Lokasi Daerah Pentadbiran PPD Sesi Persekolahan Jenis Bantuan Keluasan Sekolah Bilangan Bilik Darjah Kod Sekolah Nombor Telefon Nombor Faks Emel Sekolah Pengetua Penolong Kanan Pentadbiran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Bilangan Guru Bilangan Murid Bilangan Kelas Mata pelajaran Elektif
SM Harian Biasa Gred A Kampung Paris, Kinabatangan Kinabatangan Kinabatangan 2 sesi Bantuan Kerajaan 5 ekar ( 2.02 hektar) XEA2079 089-575 200 608-9791200
[email protected] Dr. Dalmansa b. Tahil/Tn. Hj. Hamzah b. Abd. Wahid Shmasol Bahri Bin Rasit Muhammad Qiram bin Ejin Rose Quinirius Majantah 42 523 20 Aliran Sains Tingkatan 5 Arif : Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi/Sains Komputer Aliran Sastera Kemanusiaan Tingkatan 5 Bestari : Perniagaan/ Pendidikan Seni Visual/Perakauanan Tingkatan 5 Cemerlang/5 Dedikasi/5Efisien Pendidikan Seni Visual Aliran STEM Tingkatan 4A : Matematik Tambahan,Biologi,/Sains Komputer,KimiaTingkatan 4B : Matematik Tambahan & Perakaunan, Perniagaan & Sains Komputer, Perniagaan & Pendidikan Seni Visual Pakej Sastera Kemanusiaan Tingkatan 4 Cemerlang, 4 Dedikasi, 4 Efisien Pendidikan Seni Visual
1.2 Status Quo Sekolah Sehingga kini, SMK Paris berkongsi bangunan dengan SK Paris 1. Bangunan utama sekolah ini telah dibina daripada kayu. Beberapa blok konkrit telah dibina kemudian sebagai tambahan kepada bangunan yang ada. Secara umum, bangunannya kayu sekolah ini telah usang dan perlu dinaik taraf atau dibina semula secara keseluruhannya. Terdapat ladang atau kebun kelapa sawit di bahagian belakang sekolah ini. Tiada pagar di sekeliling sekolah ini menyebabkan seluruh warga sekolah ini terdapat kepada ancaman binatang buas.
300
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
Jadual 31.2: Keputusan SPM 2016 - 2019
TAHUN
BIL. CALON
% LULUS
GPS
2016
82
92.50
5.52
2017
78
88.46
6.01
2018
88
92.05
5.54
2019
94
80.43
6.01
2.0 MENGENAL PASTI ISU DAN LANGKAH PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH Laporan ini ditulis secara bersama oleh dua orang pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini atas tiket ProPeKS/InPeKS pada tahun 2019 dan 2020. Pengetua yang berkenaan ialah Dr. Dalmansa bin Tahil yang telah berkhidmat di SMK Paris sehingga 31 Oktober 2019 dan Tuan Haji Hamzah bin Abd. Wahid yang memulakan tugas pada 1 November 2019. Dr. Dalmansa bin Tahil keluar dari SMP Paris kerana dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan. Laporan ini ditulis secara bersama oleh Dr. Dalmansa dan Tuan Haji Hamzah di samping pegawai SIP+ Kinabatangan iaitu En. Abd. Malek bin Rahim. Sejak memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, kami selaku pengetua telah bersama-sama dengan barisan pentadbiran SMK Paris merancang berbagai-bagai program dan akiviti bagi memperkasakan barisan kepimpinan sekolah dan PdPc guru kerana kami berpegang kepada keyakinan bahawa untuk membangunkan sekolah, pentadbir dan guru-gurunya yang terlebih dahulu perlu dibangunkan. Tindakan pertama yang kami lakukan sebaik sahaja melaporkan diri ke sekolah ini ialah membuat scanning bagi mengumpul sebanyak mungkin maklumat mengenai status quo sekolah. Di samping itu, kami juga telah melakukan pemerhatian, temubual, pemeriksaan dokumen dan lain-lain bagi untuk mengumpul sebanyak mungkin maklumat SMK Paris bagi membolehkan kami merancang program kecemerlangan sekolah dengan strategi yang betul. Kami ingin memastikan semua perkara yang dirancang memberi impak yang positif kepada sekolah dan murid-murid. Sejak dipilih menyertai Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) dan Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS), kami telah menyusun strategi kecemerlangan sekolah dalam tempoh tiga tahun menggunakan sembilan domain Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) iaitu: Bidang Standard Kompentesi
1. 2. 3. 4. 5.
Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi; Pengurusan Kurikulum; Pengurusan Kokurikulum; Pengurusan Hal Ehwal Murid; Pengurusan Kewangan; Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
301
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
6. 7. 8. 9.
Pengurusan Pentadbiran Pejabat; Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal; Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; Pengurusan Perhubungan Luar
SKKSM adalah kerangka tindakan yang komprehensif yang patut menjadi asas tindakan seseorang pemimpin pendidikan. Ini adalah disebabkan oleh Pengwujudan SKKSM pada tahun 2006 merupakan satu usaha KPM untuk menjelaskan tentang fungsi dan peranan yang seharusnya dimainkan oleh guru besar dan pengetua sekolah di Malaysia (Kamaruzaman Moidunny, 2016). Kami telah membimbing barisan kepimpinan kanan dan pertengahan sekolah iaitu ketiga-tiga penolong kanan, semua ketua bidang, semua ketua panitia dan setiausaha akademik, kokurikulum, sukan dan peperiksaan untuk merancang program kecemerlangan sekolah berdasarkan kerangka ProPeKS/InPeKS. Bersama-sama barisan kepimpinan sekolah ini, kami telah merancang program kecemerlangan sekolah secara menyeluruh bersifat jangka pendek dan jangka panjang. Kami juga telah membimbing barisan kepimpinan agar merancang semua aktiviti yang boleh meningkatkan minat murid untuk belajar dan berada di sekolah. Kami telah membimbing barisan kepimpinan SMK Paris dalam menentukan strategi, intervensi dan inisiatif yang sesuai untuk membangunkan sekolah. Bagi memenuhi keperluan Program Intervensi Kepimpinan Sekolah (ProPeKS), kami telah menetapkan hanya satu domain sahaja yang difokuskan bagi tahun 2019. Empat lagi inisiatif akan ditentukan pada tahun 2020 dan lima lagi pada tahun 2021. Sebagai permulaan, kami berhasrat memperkasakan barisan pentadbiran dalam aspek kepimpinan dan pengurusan sekolah. Hasil daripada perbincangan, kami telah menetapkan fokus pada tahun 2019 diberikan kepada memperkasakan kepimpinan sekolah sejajar dengan domain pertama SKKSM iaitu Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi. Kami telah memperkenalkan motto sekolah yang unik iaitu ‘Bersama memastikan impian menjadi kenyataan’. 2.1 Mengenal pasti Masalah Dan Penambahbaikan Kami mendapati yang keputusan peperiksaan SPM dan peperiksaan dalaman masih relatifnya rendah. GPS SPM bagi tahun 2018 ialah 4.98 manakala GPS PT3 pula ialah 2.90. GPS bagi keputusan peperiksaan akhir tahun (PAT) tingkatan 4 bagi tahun 2018 ialah 5.99 dan GPS PAT bagi tingkatan 1 dan 2 pula ialah 3.00. Penulis yakin bahawa ada ruang untuk membaiki keputusan peperiksaan SPM, PT3 dan PAT tingkatan 1, 2 dan 4. Bagi memantapkan dan memperkasakan barisan kepimpinan SMK Paris, Kami telah membimbing semua penolong kanan dan pemimpin pertengahan dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Sebenarnya, untuk memperkasakan sekolah, kita kena perkasakan para pemimpinnya. Kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan tertakluk kepada kualiti kepimpinan beliau sebagai pengetua, penolong-penolong kanan, guru kanan mata pelajaran (ketua bidang mata pelajaran), ketua-ketua panitia mata pelajaran, setiausaha kurikulum, setiausaha peperiksaan, setiausaha sukan dan sebagainya.
302
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
Kami senitasa berfikiran positit terhadap semua cadangan dan pandangan yang dikemukakan. Terdapat banyak lagi ruang penambahbaikan dan peningkatan yang boleh dilakukan. Sehubungan dengan itu, kami telah melancarkan program High Impact Management Skills atau HIMS yang bertujuan agar program ini diadakan ialah untuk meningkatkan keberkesanan pemimpin-pemimpin SMK Paris di semua peringkat. Program HIMS ini diisi dengan aktivitaktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri pemimpin setiap peringkat termasuk guru mata pelajaran dan guru kelas. Bimbingan untuk menjadikan setiap lapis pemimpin berkualiti dilakukan di setiap peringkat secara cascading iaitu dari pengetua turun ke penolong kanan, kemudian ke GKMP, ketua panitia dan seterusnya guru-guru. Dr. Dalmansa optimis yang pemimpin cemerlang akan melahirkan guru-guru dan staf sokongan yang juga cemerlang. Hasil daripada kepimpinan dan pengurusan yang cemerlang, akan lahir murid-murid yang cemerlang mengikut minat dan kecenderungan masing-masing. Beliau telah berusaha untuk mengenal pasti punca kepimpinan SMK Paris tidak berada pada tahap maksimum. Bagi memudahkan proses kerja, penulis telah menggunakan satu alat iaitu Rajah Tulang Ikan Ishikawa untuk mengenal pasti punca yang menjadikan kepimpinan SMK Paris berada di tahap tersebut. Penulis telah mengkelaskan punca atau sebab terjadinya demikian kepada lima segmen iaitu manusia, kaedah/proses, peralatan, bahan dan persekitaran.
Rajah 31.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Kepimpinan SMK Paris Kurang Menyerlah)
Seperti yang ditetapkan dalam program ProPeKS dan InPeKS, pada tahun pertama iaitu tahun 2019, penulis sebagai pengetua perlu menentapkan satu inisiatif berdasarkan bidang SKKSM untuk membangunkan sekolah. Pada tahun kedua iaitu pada tahun 2020, penulis perlu memimpin sekolah menetapkan empat lagi inisiatif berdasarkan bidang SKKSM dan pada tahun ketiga iaitu tahun 2021, sebanyak lima lagi inisiatif akan ditetapkan. Ini menjadikan sebanyak sembilan inisiatif berdasarkan sembilan bidang SKKSM yang dilaksanakan dari tahun 2019 hingga 2021.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
303
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
Jadual 31.3: Proses Pelaksanaan Program Kecemerlangan Sekolah 2019 (Tahun #1)
2020 (Tahun #2)
2021 (Tahun #3)
Bidang SKKSM 1
Bidang SKKSM 1
Bidang SKKSM 1
Bidang SKKSM 2
Bidang SKKSM 2
Bidang SKKSM 3
Bidang SKKSM 3
Bidang SKKSM 4
Bidang SKKSM 4
Bidang SKKSM 5
Bidang SKKSM 5 Bidang SKKSM 6 Bidang SKKSM 7 Bidang SKKSM 8 Bidang SKKSM 9
1 bidang
1 + 4 bidang
1 + 4 + 4 bidang
1 bidang
5 bidang
9 bidang
Bagi tahun pertama iaitu tahun 2019, Kami telah memilih Bidang SKKSM yang pertama iaitu Kepimpinan dan Pengurusan Organisasi sebagai inisiatif yang hendak dilaksanakan. Kami, bersama-sama pasukan pentadbir dan pemikir sekolah telah memilih inisiatif membangunkan kepimpinan sekolah. Tujuan kami ialah bagi memastikan barisan kepimpinan SMK Paris menjadi satu pasukan yang kuat, berkesan dan berkualiti agar dapat memacu sekolah ke arah kecemerlangan. Beliau yakin bahawa dengan barisan kepimpinan yang mantap akan dapat membawa seluruh warga sekolah ke arah satu matlamat yang sama berdasarkan misi dan visi sekolah serta KPM. Bagi membuatkan seluruh warga sekolah bertindak sejajar dengan visi dan misi sekolah. Bagi penjenamaan semula IABCGH, kami telah menghasilkan satu tag ungkapan yang menjadi slogan sekolah iaitu BERSAMA MEMASTIKAN IMPIAN MENJADI KENYATAAN. Tag ungkapan yang digunakan berupaya mengubah pemikiran seluruh warga sekolah termasuk pemegang taruh seperti PPD, JPN, Ibu bapa dan lain-lain. Beliau telah megalakkan seluruh warga sekolah mempunyai satu impian yang sama iaitu menjadikan SMK Paris sebagai sekolah yang terbilang dalam daerah Kinabatangan dan seluruh negeri Sabah dan di Malaysia amnya. Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi dari pelbagai sistem rekod murid seperti APDM dan SPDM, didapati sebilangan murid-murid SMK Paris 1 lemah dari aspek kurikulum, kokurikulum, sukan, permainan dan unit beruniform. Berikut adalah prestasi murid-murid SMK Paris sebelum program InPeKS dilaksanakan:
a. Pencapaian murid dalam bidang akademik (GPS SPM 2018: 5.54/peratus lulus SPM: 90.05% ) masih boleh dipertingkatkan lagi;
b. Kadar kehadiran murid-murid ke sekolah masih boleh dipertingkatkan lagi (SSDM/ c. d. e. f.
304
APDM tahun 2018: 93.42%); Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum agak rendah (PAJSK tahun 2018); Skor Standard 4 SKPMg2 pada tahap cemerlang tetapi masih ada ruang-ruang untuk diperbaiki; Jalinan pintar dan pemuafakatan strategik dengan pihak berkepentingan boleh ditingkatkan; Aktiviti jaringan dan jalinan dengan agensi kerajaan dan swasta boleh ditingkatkan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
Berpendapat berpendapat bahawa program pemantapan kepimpinan SMK Paris adalah perkara yang amat penting dan patut diberikan fokus utama pada tahun pertama pelaksanaan ProPeKS. Kepimpinan berkualiti dan berkesan akan melahirkan warga kerja sekolah yang dinamik, proaktif dan energetik. Apabila pemimpin di semua peringkat dapat menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan selari dengan misi, visi dan matlamat sekolah, kami yakin bahawa kecemerlangan sekolah dapat dilonjakkan. Pada tahun kedua pelaksanaan ProPeKS/InPeKS iaitu pada tahun 2020, kami bersamasama barisan kepimpinan sekolah akan memilih empat lagi bidang SKKSM sebagai inisiatif untuk mencemerlangan SMK Paris. Walaupun sebahagian daripada inisiatif tersebut telah dimulakan sebelum Dr. Dalmansa menyertai program ini, kami telah melakukan pemetaan semula program kecemerlangan sekolah selaras dengan keperluan atau kehendak ProPeKS/InPeKS.
3.0 PELAKSANAAN Kami telah menggunakan model Empat Fungsi Pengurusan (P-O-L-C) iaitu Planning, Organising, Leading, Controlling sebagai kerangka tindakan sekolah dalam memperkasakan barisan kepimpinan dan guru-guru serta meningkatkan prestasi sekolah. Dalam aspek ini, Planning bermaksud perancangan terperinci dalam usaha hendak membangunkan aspek kepimpinan SMK Paris. Organizing ialah aspek kawalan, penyeliaan dan memantau pelakasanaan aktiviti/program yang dirancang. Aspek yang ketiga ialah leading atau memimpin seluruh warga organisasi agar melaksanakan semua program/aktiviti yang dirancang secara menyeluruh dan berkesan. Akhir sekali ialah aspek kawalan iaitu penulis bersama-sama pemimpin kanan SMK Paris mengawal pelaksanaan program/aktviti. Kerangka P-O-L-C ini membantu penulis melaksanakan tugas-tugas sebagai pengetua dengan lebih tersusun dan pada masa yang sama penulis dapat mengawal serta memantau pelaksanaan aktiviti sekolah dengan berkesan. Dr. Dalmansa telah mengupayakan penolongpenolong kanan serta pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama dengan mereka melibatkan secara langsung penolong kanan (PK) pentadbiran dan akademik (PK1), PK Hal Ehwal Murid (PK HEM), PK (PK Ko) dan PK Petang (PK Petang). Beliau juga berhasrat menjadikan pemimpin pertengahan iaitu guru kanan mata pelajaran (GKMP), Ketua Panitia (KP), Ketuan Unit (KU), setiausaha akademik, setiausaha disiplin, setiausaha kokurikulum, setiausaha sukan, setiausaha peperiksaan, ahli jawatankuasa PIBG dan kelab staf . Beliau selalu berbincang dengan mereka secara formal dan tidak formal dari semasa ke semasa dan apabila ada keperluan. Dr. Dalmansa sempat memimpin ProPEKS/InPeKS SMK Paris selama kira-kira setahun. Beliau sentiasa memastikan murid-murid di sekolahnya mendapat hanya yang terbaik. Usaha beliau ini terhenti sekejap kerana beliau diarahkan bertukar dan dinaikkan pangkat sebagai Ketua PPD Sandakan. Namun begitu, usaha tuan Haji Hamzah bin Abd. Wahid ini yang merupakan satu platform . Saya (Tn. Hj. Hamzah bin Abdul Wahid telah meneruskan usaha yang dilakukan oleh Dr. Dalmansa) bagi memastikan murid-murid SMK Paris mendapat yang terbaik dan berkualiti. Beliau telah meneruskan usaha yang sama digunakan oleh Dr. Dalmansa bagi memantapkan aspek
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
305
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
pengurusan dan kepimpinan sekolah. Tn. Hj. Hamzah telah meneruskan apa yang dirancang dan dilaksanakan demi kemenjadian dan kecemerlangan murid-murid SMK Paris dalam semua aspek. Beliau berpendapat bahawa untuk mencemerlangkan sekolah, barisan kepimpinan sekolah mesti dimantapkan terlebih dahulu.
Rajah 31.2 Model P-O-L-C
306
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
Jadual 31.4: P-O-L-C
P Planning Merancang 1. Menjajarkan semula halatuju sekolah dengan visi dan misi KPM. 2. Mengenal pasti dan menganalisis isu-isu sekolah. 3. Menambah baik pelan kecemerlangan sekolah sedia ada. 4. Merancang tindakan, menyusun strategi dan program intervensi.
O Organising Mengurus
L Leading Memimpin
C Controlling Tindakan
1. Memastikan setiap unit melaksanakan tugas masingmasing. 2. Mengagihkan tugas mengikut bidang kepakaran guru. 3. Mengupayakan SLT dan MLT. 4. Memantapkan suara guru/murid. 5. Membimbing pemimpin pelapis. 6. Meningkatkan komunikasi dengan pihak berkepentingan.
1. Memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan maksimum. 2. Melaksanakan pemantauan berterusan – pemerhatian, penyeliaan, pencerapan dan semakan dokumen dan lain-lain. 3. Menerima laporan perkembangan aktiviti. 4. Menilai objektif tercapai atau tidak.
1. Membandingkan prestasi sebelum dan selepas. 2. Persediaan untuk langkah seterusnya. 3. Melaksanakan langkah penambahbaikan 4. Melakukan post mortem.
Beberapa aktviti telah dijalankan d357i bawah program HIMS ini seperti coaching dan mentoring dalam aspek kepimpinan kepada penolong-penolong kanan. Beliau juga mendorong penolong-penolong kanan SMK Paris untuk melakukan perkara sama kepada barisan kepimpinan pertengahan sekolah iaitu ketua bidang/guru kanan mata pelajaran, ketua panitia dan setiausaha kurikulum, setiausaha sukan dan setiausaha kokurikulum. Beliau dan penolong kanan sekolah juga melaksanakan coaching kepada guru-guru bagi aspek yang menyentuh pedagogi dan pengurusan bilik darjah. Beliau juga menggalakkan semua penolong kanan dan pemimpin pertengahan untuk menghadiri sebarang akiviti yang boleh menggalakkan pembinaan diri dalam aspek kepimpinan. Guru-guru sentiasa memerlukan bimbingan kerana walaupun mereka adalah subject matter expert tetapi mereka masih memerlukan panduan dalam melaksanakan PdPc mengikut keperluan dan trend semasa. Beliau sedar bahawa sebagai pemimpin, penulis juga bertanggungjawab dalam melahirkan pemimpin pelapis untuk menerajui sekolah pada masa akan datang.
4.0
PENILAIANDAN IMPAK DATA
Hasil daripada aktiviti yang dijalankan, kami mendapati bahawa, melalui pendekatan coaching dan mentoring, pemimpin kanan dan pemimpin pertengahan lebih mudah untuk melakukan perubahan dan melaksanakan tugas-tugas mereka secara optimum. Pendekatan coaching dan mentoring, penulis telah menyebabkan penolong-penolong kanan dan semua pemimpin pertengahan dapat melakukan perubahan dan melaksanakan arahan yang diterima dengan sebaik-baiknya. Kami juga berhasrat untuk mengembangkan bakat penolong-penologn kanan dan pemimpin pertengahan sebagai pemimpin pelapis pendidikan untuk masa akan datang.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
307
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
Kami juga telah melakukan empowerment kepada penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan yang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggugjawab mereka. Tindakan ini menjadikan pemimpin-pemimpin tersebut lebih yakin untuk membuat keputusan. Kami juga menegaskan bahawa ada keputusan menurunkan kuasa kepada penolong kanan atau pemimpin pertengahan 4.1
Kekuatan Program
Kerjasama dari semua penolong kanan dan pemimpin pertengahan adalah faktor yang menyumbang kepada kekuatan program ini ialah: 1. Komitmen kepimpinan sekolah - Pengetua, penolong-penolong kanan, pemimpin pertengahan, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa komited telah memberi impak positif kepada sekolah. 2. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah – Komitmen yang dipamerkan oleh penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan menjadi ikutan oleh majoriti guru di sekolah ini. 4.2
Kelemahan Program
Kelemahan program ini adalah kerana faktor kesibukan di sekolah. Pemimpin kanan, pertengahan dan guru-guru tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana masing-masing sudah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang banyak. Selain itu, teknik coaching dan mentoring tidak dikuasai sepenuhnya oleh pemimpin kanan dan pemimpin pertengahan. Beliau berhasrat untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan dengan coaching dan mentoring dengan menghantar mereka mengikuti kursus berkaitan perkara ini. 4.3
Cadangan Penambahbaikan
Sekolah bercadang memberi ilmu konsultasi, coaching dan mentoring kepada guru-guru yang didapati tidak mempunyai asas dalam bidang ini.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Usaha meningkatkan kerjasama dengan pihak luar bukan bersifat one off sebaliknya ia adalah satu usaha berterusan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Aspek paling penting di sini ialah komunikasi berkesan. Tanpa komunikasi berkesan, sukar bagi pihak sekolah mendapatkan komitmen padu dari pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, kepimpinan pengetua merupakan faktor yang paling penting tetapi mesti disokong oleh penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan sekolah. Kepimpinan semua peringkat sekolah kerana sentiasa mengutamakan komunikasi berkesan dengan agensi-agensi terlibat kerana melalui komunikasi berkesan akan menentukan kelangsungan program kerjasama ini.
308
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM HIMS (High Impact Management Skills)
6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025. C. Bernad (1938) disebut dalam Mohd Salleh Bin Mahad (2004) dalam bukunya iaitu The Functions Of The Executives.
Evaluation − Periodic reflection on the progress of family and community invo School, Family, and Community Partnerships, p. 4. https://www.brown.edu/ academics/ education- alliance /sites/brown.edu.academics.education-alliance/files/uploads/ KLOOM_sfcp_entire.pdf.
Kamaruzaman Moidunny, PhD (2012), Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/standard-kompetensi kepengetuaan.html
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
309
310
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK SEBAGAI RAKAN SINERGI SEKOLAH JAIMAN BIN LUMAK SMK Entilibon Telupid-Tongod
[email protected] MOHD ZAIDI BIN BASIR Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] KAIPIN@HAIPIN BIN SAHIMIN Pegawai SIP+ PPD Telupid-Tongod
ABSTRAK
Kerjasama komuniti amat penting dalam menjayakan visi dan misi sekolah. SMK Entilibon telah mengukuhkan hubungan dan kerjasama pintar dengan komuniti serta agensi kerajaan yang berada di sekitar daerah Telupid-Tongod. Impak kerjasama ini amat besar terutama kepada murid-murid sekolah ini terutama dari aspek pembelajaran dan pembangunan diri. Inisitiatif pengetua dan barisan kepimpinan sekolah dalam membina hubungan dan kerjasama dengan beberapa buah agensi kerajaan memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kedua-dua pihak. Langkah awal yang diambil oleh pihak sekolah ialah mengadakan dialog dengan agensi-agensi berkenaan dan hasil perjumpaan yang pertama ini, banyak lagi kerjasama akan dilaksanakan. Kata kunci: komuniti, kerjasama pintar, kecemerlangan sekolah, kemenjadian murid, agensi.
1.0 PENGENALAN SMK Entilibon merupakan sebuah sekolah menengah luar bandar yang terletak di daerah kecil Telupid, Kinabatangan, Sabah yang jaraknya 20 km dari pekan Telupid dan 150 km dari bandar Sandakan. Sebelum ini, murid-murid dari kawasan ini terpaksa belajar di SMK Telupid yang berada jauh dari Entilibon. Jarak ke SMK Telupid dari Entilibon ialah 25 km manakala jarak ke SMK Tongod ialah 30 km. Masalah jalan raya yang tidak sempurna iaitu berbatu kerikil besar dan tanah merah, perjalanan berulang alik ke SMK Telupid mengambil masa yang lama. Keadaan ini menyebabkan ramai murid dari kawasan Entilibon yang tercicir dari sekolah. 1.1 Profil Sekolah Hasil usaha komuniti setempat, pada 17 Januari 2000, SMK Entilibon telah ditubuhkan dan pada peringkat awal murid-murid sekolah ini menumpang belajar di SK Entilibon. Pada awal penubuhan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
311
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
sekolah ini mempunyai dua blok bangunan iaitu satu blok bilik darjah (empat buah bilik darjah) dan satu lagi blok pentadbiran. Dua blok tambahan iaitu satu blok kayu yang mengandungi tiga buah bilik darjah dan tiga unit rumah guru telah dibina hasil usaha penduduk setempat. Pada tahun 2005, sebuah bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah dibina. Bagi memenuhi pembelajaran Sains, sebuah bilik darjah telah diubahsuai dan dijadikan makmal sains pada tahun 2006. Pada bulan Oktober 2005, asrama yang dibuka untuk kemudahan muridmurid dari kawasan pedalam menyebabkan peningkatan enrolmen di SMK Entilibon meningkat secara mendadak sehingga memaksa pihak sekolah mengadakan persekolahan dalam dua sesi. Jadual 32.1: Maklumat dan Profil SMK Entilibon Jenis Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Status Sekolah
Beroperasi
Lokasi
Luar Bandar
Daerah Pentadbiran
Tongod
PPD
Tongod-Telupid
Sesi Persekolahan
2 sesi (pagi dan petang)
Jenis Bantuan
Bantuan Penuh Kerajaan
Keluasan Sekolah
14.5 ekar persegi
Bilangan Bilik Darjah
24
Kod Sekolah
XEA2226
Nombor Telefon
089-521048
Nombor Faks
089-521058
Emel Sekolah
[email protected]
Laman Web Sekolah
Tiada
Pengetua
En. Jaiman bin Lumak
Penolong Kanan Pentadbiran
Robin Chee@Robin James (Menjalankan tugas
Mata pelajaran Elektif
Aliran Sains Tingkatan 5 Baiduri: Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan Aliran Sastera Kemanusiaan Tingkatan 5 Delima: PSV, Perniagaan/ Ekonomi, SRT/Sains Sukan, Ekonomi/ Pertanian Tingkatan 5 Intan: PSV, Geografi, Perniagaan Tingkatan 5 Nilam: Perniagaan/Pertanian, Geografi, PSV Tingkatan 5 Pirus & 5 Zamrud: PSV
Mata pelajaran Elektif
Aliran Sains Tingkatan 4 Baiduri: Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan Aliran Sains Sosial Tingkatan 4 Delima: PSV, Ekonomi, Sains Sukan / ERT Tingkatan 4 Intan: PSV, Perniagaan/Pertanian Tingkatan 4 Nilam: PSV, Geografi/Pertanian Tingkatan 4 Pirus & 4 Zamrud:PSV
312
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
1.2
Status Quo Sekolah
Sejak melaporkan diri sebagai pengetua di sekolah ini, Saya memang sudah sedia maklum tentang situasi dan prestasi SMK Entilibon yang merupakan sekolah berprestasi rendah (band 6) di Sabah. Reputasi sekolah ini tidak begitu menyerlah dalam daerah Kinabatangan, saya anggap sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi. Saya tidak pernah menganggap yang ini adalah sesatu yang negatif sebaliknya, saya berusaha menjadikan cabaran ini sebagai peluang untuk menaikkan imej dan reputasi sekolah ini. Saya menetapkan visi dan misi Kementarian Pendidikan Malaysia sebagai sasaran saya sebagai pengetua di sekolah ini. Saya menjadikan Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPM iaitu Naratif Baharu Amalan Pendidikan yang berfokuskan kepada Pembelajaran Berasaskan Perkembangan Murid. Tiga subnaratif yang mejadi landasan. Status Quo Pencapaian Akademik Sekolah Jadual 32.2: Keputusan SPM 2016 - 2019 TAHUN
BIL. CALON
% LULUS
GPS
2016
130
84.26
5.99
2017
147
83.98
6.21
2018
147
84.79
6.21
2019
157
82.64
6.15
2.0 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN Sejak tiba di sekolah ini, saya telah melakukan proses imbasan bagi mengumpul maklumat mengenai status quo sekolah. Saya juga telah melakukan pemerhatian, temubual, pemeriksaan dokumen dan lain-lain bagi memastikan maklumat yang diperolehi menyeluruh dan mencakupi semu bidang. Maklumat ini penting untuk membolehkan saya merancang program kecemerlangan sekolah menggunakan pendekatan-pendekatan yang strategik. Hasil daripada proses pengumpulan maklumat yang dilakukan, saya mendapat pencapaian SPM SMK Entilibon pada tahun 2018 dari segi GPS SPM ialah 6.12 mata. Manakala skor bagi SKPMg2 Standard 4 ialah 85.06 yang mencerminkan banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan. Dari segi peratus kehadiran murid ke sekolah, peratus kehadiran murid pada tahun 2018 ialah 87.5 peratus. Ini menunjukkan peratus kehadiran harian murid berada di bawah paras kebangsaan iaitu 95%. Dari pemerhatian saya, kebanyakan masalah disiplin berlaku dalam kalangan murid yang sama sahaja. Kes-kes yang disiplin besar seperti merokok, bergaduh dan ponteng sekolah hanya melibatkan segelintir murid sahaja. Daerah yang luas dan jarak yang jauh antara sekolah dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah-sekolah lain menyebabkan penglibatan sekolah dalam aktiviti kokurikulum peringkat daerah terpaksa diminimumkan. Namun begitu, aktiviti kokurikulum dalam sekolah tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh KPM Hasil daripada analisis yang dilakukan, saya berpendapat banyak perkara yang perlu dilakukan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
313
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
bagi menambahbaik sekolah. Saya menggariskan sembilan bidang dalam Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) sebagai kerangka tindakan pengetua, iaitu: Jadual 32.3: Keputusan SPM 2016 - 2019 TAHUN
BIL. CALON
% LULUS
GPS
2016
130
84.26
5.99
2017
147
83.98
6.21
2018
147
84.79
6.21
2019
157
82.64
6.15
Pengetua sedar, tidak semua bidang boleh dilaksanakan dalam tempoh satu tahun. Bagi memenuhi keperluan Program Intervensi Kepimpinan Sekolah (ProPeKS), pengetua telah menetapkan hanya satu bidang sahaja yang akan difokuskan bagi tahun 2019. Pengetua berhasrat meningkatkan prestasi akademik sekolah ini namun begitu, Pengetua tahu yang beberapa perkara asas perlu dilakukan dahulu sebelum memberi fokus kepada aspek akademik. Hasil daripada perbincangan dengan barisan kepimpinan sekolah, Pengetua telah menetapkan untuk tahun 2019, saya berhasrat mengukuhkan penglibatan ibu bapa dan komuniti (PIBK) dalam aktiviti sekolah. Saya yakin dengan cara ini, semua penambahbaikan sekolah seperti dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain dapat dilakukan. Untuk tahun 2019, saya telah menetapkan fokus diberikan terhadap Bidang 9 SKKSM iaitu pengurusan perhubungan luar. Hubungan dengan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) boleh dikatakan baik sejak dari dahulu lagi tetapi masih banyak ruang untuk meningkatkan hubungan dengan agensi kerajaan setempat atau dengan pihak swasta. Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Entilibon telah mengorak langkah bagi mewujudkan kerjasama pintar dengan agensi kerajaan setempat dan pihak swasta. Saya berhasrat hasil daripada kerjasama pintar ini, rancangan untuk meningkatkan prestasi sekolah dari segi akademik, kokurikulum dan lain-lain dapat dilaksanakan dengan jayanya. Situasi menang-menang dapat akan cuba diwujudkan antara pihak sekolah dengan rakan sinergi yang terlibat. Bentuk kerjasama akan dibincangkan secara terperinci dengan pihak-pihak yang terlibat. Bagi menjayakan program dengan komuniti ini, Pengetua telah menggunakan model Epstein sebagai kerangka tindakan iaitu:
Rajah 32.1: Model Enam Jenis Penglibat Epstien
314
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
Bagi menjayakan gagasan ini, saya telah menggunakan kerangka pengurusan PDCA iaitu Planning, DO, Check ,dan Act yang di pelopori oleh Edward Deming sebagai asas tindakan saya sebagai pengetua SMK Entilibon. Saya memilih kerangka ini (PDCA) bagi memastikan segala-galanya berada di atas landasan yang betul dan menjurus ke arah matlamat yang dihasratkan.
Rajah 32.2: Kerangka Pengurusan PDCA Deming
Jadual 32.4: PDCA P
D
C
A
Plan
Do
Check
Act
Merancang 1.
2. 3. 4.
Menjajarkan semula halatuju sekolah dengan visi dan misi KPM. Mengenal pasti dan menganalisis isu-isu sekolah. Menambah baik pelan kecemerlangan sekolah sedia ada. Merancang tindakan, menyusun strategi dan program intervensi.
Melaksana 1. Memastikan setiap unit melaksanakan tugas masing-masing. 2. Mengagihkan tugas mengikut bidang kepakaran guru. 3. Mengupayakan SLT dan MLT. 4. Memantapkan suara guru/murid. 5. Membimbing pemimpin pelapis. 6. Meningkatkan komunikasi dengan pihak berkepentingan.
Menyemak 1.
2. 3. 4.
Melaksanakan pemantauan berterusan – pemerhatian, penyeliaan, pencerapan dan semakan dokumen dan lain-lain. Menerima laporan perkembangan aktiviti. Menilai objektif tercapai atau tidak. Memastikan tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan maksimum.
Bertindak 1. 2. 3. 4.
Membandingkan prestasi sebelum dan selepas. Persediaan untuk langkah seterusnya. Melaksanakan langkah penambahbaikan Melakukan post mortem.
Kerangka PDCA ini membantu Saya melaksanakan tugas-tugas sebagai pengetua dengan lebih tersusun dan pada masa yang sama saya dapat mengawal serta memantau pelaksanaan aktiviti sekolah dengan berkesan. Saya telah mengupayakan penolong-penolong kanan serta pemimpin pertengahan agar mempunyai aras pemikiran yang sama dengan melibatkan secara langsung penolong kanan (PK) pentadbiran dan akademik (PK1), PK Hal Ehwal Murid (PK HEM), PK (PK Ko), PK Petang (PK Petang) dan PK Tingkatan Enam (PKT6) dalam semua aktiviti sekolah. Begitu juga dengan barisan pemimpin pertengahan iaitu guru kanan mata Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
315
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
pelajaran (GKMP), setiausaha akademik, setiausaha disiplin, setiausaha kokurikulum, setiausaha sukan, setiausaha peperiksaan, ahli jawatankuasa PIBG dan kelab staf. Saya selalu berbincang dengan mereka secara formal dan tidak formal dari semasa ke semasa dan apabila ada keperluan. Berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi ketika fasa imbasan persekitaran, dapat dirumuskan yang SMK Entilibon perlu mempunyai program/aktiviti khusus jika ingin melonjakkan kecemerlangannya:
1. 2. 3. 4. 5. 6.
Pencapaian murid dalam akademik yang agak rendah (SPM 2018); Kadar kehadiran yang masih di bawah paras kebangsaan (SSDM/APDM tahun 2018); Kemenjadian murid dalam aktiviti kokurikulum rendah (PAJSK tahun 2018); Skor Standard 4 SKPMg2 masih rendah (Skor tahun 2018); Hubungan dan pemuafakatan strategik dengan pihak berkepentingan masih boleh ditingkatkan; Aktiviti jaringan dan jalinan dengan agensi kerajaan dan swasta boleh ditingkatkan.
Schools cannot succeed as independent “islands” within their communities. Agencies, organizations, and individuals in the community can offer powerful support in the setting of school goals and program implementation. Ini bermaksud sekolah (Periodic reflection on the progress of family and community involve School, Family, and Community Partnerships, page 4). Sekolah tidak boleh bersendirian. Ia memerlukan kerjasama dan bantuan daripada komuniti setempat untuk menjamin kecemerlangan sekolah. SMK Entilibon berada di tempat yang agak terpencil dan jarak dengan sekolah terdekat ialah 25 km. Sukar untuk sekolah ini bersaing dengan sekolah-sekolah lain tidak kira dalam aspek apa sekali pun. Untuk melibatkan diri dalam aktiviti luar sekolah juga sukar kerana kedudukannya yang jauh dari pusat bandar. Untuk membawa murid-murid menyertai akiviti luar, sekolah memerlukan sumber kewangan yang mencukupi. Sewa bas, makan minum, penginapan dan keperluan lain semuanya memerlukan duit. Dalam situasi kewangan PIBG yang tidak kukuh, SMK Entilibon memerlukan rakan sinergi untuk memajukan murid-muridnya. Oleh yang demikian, program pemantapan PIBK adalah pilihan terbaik sekolah bagi tahun ini.
3.0 PELAKSANAAN PROJEK Saya telah diberi peluang mengikuti Kursus Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) di Institut Aminuddin Baki (IAB), Cawangan Genting Highlands pada hujung tahun 2018. En. Mohd Zaidi Bin Basir dari IAB Cawangan Genting Highlands telah dilantik sebagai sebagai pensyarah pembimbing program ini. Keputusan bersama kepimpinan sekolah telah menetapkan 4 Bidang Keberhasilan Utama (KRA), iaitu: 1. 2. 3. 4.
Persekitaran PdPc positif. Kepimpinan berkesan. Pembinaan bakat murid. Pemantapan hubungan dengan komuniti.
Sebagai usaha untuk memantapkan program sekolah, sekolah memerlukan sokongan agensi-agensi kerajaan yang berada di sekitara sekolah. Setiap agensi dipelawa untuk mengadakan 316
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
aktiviti yang boleh menarik minat murid di dalam premis sekolah. Sekolah pula dibenarkan menggunakan kemudahan yang ada pada setiap agensi berkenaan. Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) diberi ruang untuk berkempen agar murid-murid menjauhi dadah. Agensi seperti Jabatan Pertanian Daerah boleh menggunkan platform untuk mendekati murid-murid dan ibu bapa yang majoritinya adalah petani, pekebun dan pekerja dalam bidang pertanian. Pejabat Belia Daerah juga boleh mengadakan program dengan murid-murid yang merupakan kader-kader belia pada masa akan datang. Pihak sekolah pula boleh menggunakan kemudahan yang ada pada setiap agensi seperti kenderaan, kepakaran, premis dan sebagainya untuk murid-murid SMK Entilibon. Ibu bapa murid-murid juga adalah pemegang taruh yang penting kerana sebahagian daripada mereka mempunyai anak-anak yang belajar di sekolah ini. 3.1 Analisis Persekitaran Hasil daripada beberapa sesi perjumpaan, perbualan, perbincangan dan interaksi antara saya dengan guru-guru, staf, murid-murid dan barisan pentadbir, isu utama yang menyumbang kepada pencapaian prestasi rendah dapat dikesan dengan tepat dan disahkan secara bersamasama oleh seluruh warga sekolah. Langkah seterusnya Saya perlu mencari punca masalah yang menyebabkan wujud isu ketidakhadiran murid dan motivasi yang rendah. Dalam fasa mencari punca masalah ini saya telah mengambil langkah membuat analisis persekitaran dan sebab dan akibat menggunakan rajah Tulang Ikan Ishikawa bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid kurang bermotivasi untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
Rajah 32.3: Sebab Dan Akibat Tulang Ikan Ishikawa
Analisis sebab dan akibat yang Saya hasilkan menggunakan Rajah Tulang Ikan Ishikawa menunjukkan bahawa faktor manusia, peralatan, bahan, persekitaran dan kepimpinan memberi kesan terhadap rendahnya minat murid untuk belajar dan hadir ke sekolah menyebabkan prestasi sekolah rendah. Setiap satu faktor ini perlu diatasi jika mahu meningkatkan prestasi sekolah ke tahap yang lebih baik. Berdasarkan isu-isu yang telah diutarakan sebelum ini dan penetapan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
317
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
4 KRA, pihak sekolah telah memilih KRA ke 4 iaitu pemantapan hubungan dengan komuniti sebagai program InPeKS untuk jangka masa 3 tahun 2019 hingga 2021. KRA ini dipilih kerana sekolah memerlukan rakan sinergi bagi membolehkan sekolah melaksanakan aktiviti meningkatkan kecemerlangan murid.
SMK Entilibon telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa agensi kerajaan di daerah kecil Telupid pada 22 Julai 2019 bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan oleh pihak sekolah dengan agensi-agensi tersebut. Agensi yang terlibat ialah Pejabat Daerah Telupid, Pejabat Kesihatan Telupid, Pejabat Belia Telupid, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) Telupid, PDRM dan beberapa agensi lagi. Fokus perbincangan ialah bidang kerjasama yang boleh dijalin antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tersebut. Pihak sekolah menyatakan hasrat untuk meningkatkan kecemerlangan murid dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan dan semua ini akan lebih mudah dicapai jika ada bantuan dan sokongan daripada agensi di sekitar Telupid. Bentuk bantuan mungkin berbeza bagi setiap agensi tetapi ia menyumbang kepada satu arah iaitu kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid. Sementara itu anak-anak staf yang bertugas di agensi tersebut boleh mendapat manfaat dari program kerjasama sekolah.
4.0 PENILAIAN/IMPAK Program ini masih baharu dilaksanakan di sekolah ini, oleh itu ia memerlukan masa yang agak lama untuk melihat hasilnya. Setiap agensi ada tugas dan tanggungjawab masingmasing memerlukan ruang dan masa secukupnya untuk menyumbang untuk sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil agensi berkenaan. Perancang teliti perlu dilakukan bagi mendapatkan impak yang diharapkan. Pada awal tahun 2020, sekolah bercadang menjemput wakil setiap agensi bagi membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama. Perjumpaan ini juga boleh menjadi platform untuk sekolah mewar-warkan program kecemerlangan bagi tahun 2020 terutama usaha pihak sekolah untuk meningkatkan prestai sekolah dalam peperiksaan SPM. Maklumat ini boleh membantu pihak agensi merancang program sokongan untuk sekolah. Aspek Kepimpinan Dan Pengurusan Saya telah berusahan melaksanakan tanggungjawab saya dengan membina hubungan dengan agensi luar dan komuniti. Saya juga memimpin warga sekolah dalam membina hubungan bermakna dengan pihak luar. Untuk menjayakannya, kerjasama pintar bersifat menang-menang diberikan penekanan oleh kepimpinan sekolah. C. Bernad (1938) disebut dalam Mohd Salleh Bin Mahad (2004) dalam bukunya iaitu The Functions Of The Executives menjelaskan bahawa; ‘pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan dari ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Saya telah menggunakan hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibu bapa dan komuniti untuk melaksanakan aktiviti.
318
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
Sekolah
Ibu Bapa
Komuniti
Rajah 32.4: Hubungan Tiga Dimensi Sekolah, Ibu bapa dan Komuniti
Kekuatan Program Kerjasama dengan agensi-agensi yang terlibat merupakan usaha yang mesti diteruskan dan melibatkan lebih banyak agensi lagi agar faedah yang maksimum diperolehi murid. Faktorfaktor yang menyumbang kepada kekuatan pelaksanaan program ini ialah: 1. Komitmen kepimpinan sekolah - Pengetua, penolong-penolong kanan, pemimpin pertengahan, guru-guru, ahli jawatankuasa PIBG yang komited telah memberi impak positif kepada sekolah. 2. Kerjasama dalam kalangan warga sekolah – Sebelum mendapatkan sokongan dan bantuan pihak luar, sudah ada kerjasama erat dalam kalangan sesama warga sekolah terlebih dahulu. Kelemahan Program Setiap agensi mempunyai bidang tugas dan komitmen tersendiri yang perlu diberi keutamaan. Ada kemungkinan agensi berkenaan tidak dapat memberi bantuan kepada sekolah ketika diperlukan. Begitu juga dengan pihak sekolah yang memang sudah banyak tugas hendak dilaksanakan. 1. Sekolah mempunyai komitmen tersendiri dan KPI yang perlu dicapai. 2. Setiap agensi yang terlibat mempunyai tanggungjawab tersendiri yang menghalang mereka memberikan bantuan dan sokongan kepada sekolah ketika diperlukan. 3. Program ini memerlukan komitmen berterusan dari kedua-dua pihak (sekolah dan agensi), jika tidak ia akan berkubur. Cadangan Penambahbaikan Sekolah bercadang melantik seorang guru bagi menyelaraskan program kerjasama sekolah dan agensi luar ini agar usaha yang dilakukan tidak berakhir begitu sahaja. Penyelaras ini akan sentiasa berkomunikasi dengan pihak berkenaan, mengatur tarikh pertemua dan menyediakan dokumen seperti minit mesyuarat dan dokumen-dokumen lain. Ini adalah lantikan dalaman sekolah sahaja tetapi kesibukannya mengurus perkara ini perlu diberi perhatian bagi mengelakkan guru tersebut terbeban dengan tugas tambahan ini.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
319
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
Rajah 32.5: Kemahiran Berkomunikasi
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Usaha meningkatkan kerjasama dengan pihak luar bukan bersifat one off sebaliknya ia adalah satu usaha berterusan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah. Aspek paling penting di sini ialah komunikasi berkesan. Tanpa komunikasi berkesan, sukar bagi pihak sekolah mendapatkan komitmen padu dari pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, kepimpinan pengetua merupakan faktor yang paling penting tetapi mesti disokong oleh penolong-penolong kanan dan pemimpin pertengahan sekolah. Kepimpinan semua peringkat sekolah kerana sentiasa mengutamakan komunikasi berkesan dengan agensi-agensi terlibat kerana melalui komunikasi berkesan akan menentukan kelangsungan program kerjasama ini. Bagi memperlihatkan proses pelaksanaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan dalam usaha memperkasakan sokongan PIBK terhadap sekolah, Bussiness Model Canvas (Alexander Osterwalder, 2005) telah digunakan. Semua aktiviti dan pihak terlibat diperlihatkan pada satu halaman bagi memudahkan warga sekolah melaksanakan program memperkasakan PIBK sebagai rakan sinergi sekolah. Jadual 32.5: Business Model Canvas, Alexander Osterwalder, 2005
320
Objektif
Meningkatkan Kerjasama Dengan Komuniti
Inisiatif
Program Meningkatkan Penglibatan PIBK Dalam Program Kecemerlangan Sekolah
BKU
Sokongan Komuniti
Kluster
Pemegang Taruh
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PIBK Sebagai Rakan Sinergi Sekolah
4. Key Partners
2. Key Activities
Penglibatan langsung • Kementerian komuniti dalam Pendidikan menjayakan Malaysia program • Jabatan sekolah Pendidikan Sabah • Pejabat 6. Key Resources Pendidikan Telupid• Pengetua Tongod • SLT • PIBG • MLT • Guru-guru • AKP • AJK PIBG 7. Cost Structure • Jamuan • Cenderamata
1.
Value Propositions
Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti melalui kerjasama dan sokongan komuniti
5. Customer Segments • Murid-murid Ahli komuniti • Guru-guru adalah ibu bapa/ waris murid
3 Customer Relationships
7. Channels • Dialog Awam • Mesyuarat/ Perbincangan • Penglibatan dalam aktiviti sekolah 8. Revenue Streams • PIBG • Sumbangan individu/korporat/ alumni
6.0 RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025. C. Bernad (1938) disebut dalam Mohd Salleh Bin Mahad (2004) dalam bukunya iaitu The Functions Of The Executives. Evaluation − Periodic reflection on the progress of family and community invo School, Family, and Community Partnerships, p. 4. https://www.brown.edu/ academics/ education- alliance/sites/ brown.edu.academics.education-alliance/files/uploads/ KLOOM_sfcp_entire.pdf
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
321
322
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ELU COME NGISKUL HAJI ABD HASSAN Bin HAJI BENNAH Pengetua SMK Kabogan
[email protected] SITI ANIDAH BINTI MAHADI Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] IBNU BIN JAANI, Pegawai SIP+, PPD Kabogan
ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat hubung kait antara peratus kehadiran pelajar dengan pencapaian dalam akademik amnya di daerah Semporna dan khususnya di SMK Kabogan Semporna. Kebelakangan ini kehadiran murid ke sekolah semakin membimbangkan semua pihak ini kerana pelajar lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang tidak mendatangkan faedah. Oleh itu, kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti punca murid tidak suka datang ke sekolah dan mencari beberapa alternatif agar murid dapat membudayakan amalan rajin ke sekolah. Beberapa data yang digunakan antaranya ialah soal selidik, Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Responden kajian melibatkan beberapa orang guru, ibu bapa dan murid yang dipilih secara rawak. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan kehadiran murid mempunyai hubung kait yang positif dengan pencapaian murid. Beberapa program yang telah dirancang dan dilaksanakan agar dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Kata kunci: pengurusan hal ehwal murid, kehadiran murid
1.0 PENGENALAN SMK Kabogan terletak di tepi jalan Kampung Kabogan, kira-kira 10 km dari pekan Semporna dan boleh dihubungi melalui jalanraya dan pengangkutan laut. Sekolah ini dikelilingi oleh beberapa buah kampung iaitu Kampung Kabogan, Kampung Selinggit, Kampung Salimbangun dan KoNelayan. Keluasan sekolah ini ialah lebih kurang lima (5) ekar, termasuk SMK dan SK Kabogan. SMK Kabogan telah dibuka dengan rasminya pada 3 Januari 1989. Pada asalnya sekolah ini merupakan cawangan kepada SMK Bugaya. Ia dibuka hasil buah fikiran dan usaha Tuan Haji Hassan Bin Tawil, Pengetua SMK Bugaya pada ketika itu. Segala urusan pentadbiran adalah di bawah kawalan SMK Bugaya sepenuhnya. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
323
Elu Come Ngiskul
1.1 Profil Sekolah Pada awal penubuhannya, hanya terdapat tujuh (7) orang guru dan seorang KTBM. Manakala bilangan murid adalah seramai 150 orang. Atas inisiatif dan kerjasama SK Kabogan, mereka telah meminjamkan enam (6) buah daripada bilik darjah sekolah itu untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Bajau, Suluk, Bisaya dan Bugis serta beberapa suku kaum minoriti lain. Sembilan puluh peratus pelajar sekolah ini merupakan kaum Bajau yang beragama Islam. Rata-rata murid datang dari keluarga yang sederhana taraf ekonominya. Kebanyakan ibu bapa murid adalah golongan nelayan dan pekebun kecil. Oleh itu, pendidikan di sini adalah amat penting bagi mengubah arah haluan dan nasib masyarakat setempat pada masa hadapan. Seiring dengan peredaran masa, SMK Kabogan turut mengalami perubahan dari pelbagai aspek. Perubahan ini dilihat menjurus ke arah perkembangan dan kemajuan sekolah terutamanya dari segi fizikal, jumlah tenaga pengajar, jumlah murid serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Walaupun SMK Kabogan tidak seindah dan selengkap sekolah lain yang mempuyai bangunan konkrit dan lengkap dengan kemudahan sewajarnya, namun bangunan kayu SMK Kabogan masih mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Malahan bangunan dan kemudahan fizikalnya memperlihatkan kesenian dan nilai sejarah tersendiri, khususnya kepada mereka yang pernah duduk bernaung di bawah kolong langit sekolah ini. Pada mulanya, SMK Kabogan hanya terdiri daripada dua (2) buah blok bangunan yang mengandungi enam (6) bilik darjah, sebuah pusat sumber dan sebuah bilik guru. Kini, sekolah ini telah berubah wajah seiring dengan arus pemodenan dunia pendidikan. Perubahan ketara yang dapat dilihat apabila sekolah ini kini telah mempunyai lapan (8) buah blok bangunan utama. Tiga (3) blok menempatkan 12 bilik darjah, sebuah makmal sains, sebuah pusat sumber, satu blok bilik guru, sebuah surau dan sebuah bengkel untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Blok bilik guru adalah bangunan yang terbaharu dibina iaitu pada tahun 1996 dan ini telah memberi keselesaan kepada guru serta menambahkan lagi keceriaan sekolah. Bangunan turut sentiasa mengalami perubahan wajah sama ada melalui pembesaran ruang mahu pun pengemaskinian peralatan seperti almari fail, kerusi meja, komputer dan sebagainya. Selain dari itu, terdapat juga bilik untuk guru kaunseling, Pendidikan Seni, disiplin, stor PJPK, stor peralatan, bilik cetak, bilik SPBT, bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik gerakan berhawa dingin dan pondok pengawal. Kini, SMK Kabogan mempunyai 46 orang guru dan enam (6) orang ahli kakitangan sokongan dengan jumlah pelajar seramai 647 orang. Pecahan kelas bagi setiap tingkatan ialah Tingakatan 1 sebanyak empat kelas, Tingkatan 2 empat kelas, Tingkatan 3 empat kelas, Tingkatan 4 empat kelas dan Tingkatan 5 empat kelas. 1.2 Status Quo SMK Kabogan merupakan sebuah sekolah yang berpotensi untuk berjaya jika merujuk kepada data pencapaian SPM. Namun data ini menunjukkan bahawa pencapaian adalah tidak konsistan seperti dalam Rajah 1 dan perlu ada perancangan strategik untuk menanganinya.
324
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul
a.
Pencapaian sekolah dalam bidang akademik
Rajah 33.1: Gred Purata Mata pelajaran SPM dalam tempoh dua (2) tahun (2017-2018)
Rajah 33.2: Gred Purata Mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan 3 dalam tempoh dua (2) tahun (2018-2019)
b. Pencapaian murid dalam bidang kokurikulum
Rajah 33.3: Pencapaian murid dalam bidang kokurikulum
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
325
Elu Come Ngiskul
2.0
MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN
Jawatankuasa Penambahbaikan SMK Kabogan telah berbincang untuk membuat analisis isu dalaman dan isu luaran dengan menggunakan SWOT. Daripada SWOT, pilihan intervensi strategik telah dibuat. Rajah Tulang Ikan Ishikawa juga digunakan sebagai alat untuk menganalisis isu, iaitu melihat aspek-aspek Manusia, Kaedah, Persekitaran dan Bahan. Analisis SWOT telah membantu mengenal pasti isu, punca dan intervensi untuk meningkatkan peratus kehadiran sekolah.
Rajah 33.4: Rajah Tulang Ikan Ishikawa
Analisis SWOT Jadual 33.1: SWOT SMK Kabogan KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
1. Kawasan sekolah berada dalam kawasan komuniti.
1. Kekurangan kemudahan asas (kerusi, meja)
2. Bilangan guru yang mencukupi seramai 45 orang.
2. Pelajar kurang kesedaran tentang kepentingan ilmu (kadar ponteng tinggi)
3. Penggunaan aplikasi SSDM yang mantap (salah laku kes disiplin hanya 15.2%) 4. Komunikasi berkesan dengan menggunakan bahasa ibunda.
3. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif (kehadiran pelajar kurang daripada 90%, guru mencukupi dari segi bilangan tetapi kurang dari segi opsyen)
5. 80% pelajar tinggal berhampiran sekolah.
4. Terdapat blok bilik darjah dan perabot dalam keadaan usang.
6. Terdapat dua (2) orang Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terlatih. 8. Bilangan murid yang sederhana seramai 647 orang. 9. Menyediakan bantuan dana ehsan kepada murid yang memerlukan. PILIHAN STRATEGIK 326
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul
PELUANG (O) 1. Hubungan 2 hala yang baik antara ibu bapa/penjaga dengan sekolah. 2. Hubungan baik dengan PDRM untuk menangani isu-isu disiplin dan keselamatan. 3. Hubungan baik dengan PPD. 4. Kerjasama dengan pihak PIBG/ PIBK dengan baik.
S–O
W–O
S1+S4+O1+O5 Mewujudkan hubungan dan kerjasama dua hala bersama PIBG/Penjaga yang berkesan.
S6+S8+O4+O5 Dapat mengadakan/ menganjurkan aktiviti yang melibatkan semua pelajar SMKKS
W2+O1+O3+O5 Mengadakan kursus untuk memberikan kesedaran kepada murid
W1+O1+O4 Sokongan padu dapat menyediakan kemudahan yang diperlukan sekolah.
5. Alumni aktif. S–T
CABARAN (T) 1. Kedudukan sekolah berdekatan dengan kampung. 2. Sebilangan ibu bapa tidak mampu membayar sewa pengangkutan.
W–T
S1+S6+T1
W2+T4+T6
Pengaruh luar dapat diatasi dengan kehadiran guru bimbingan dan guru disiplin.
Tahap ekonomi yang rendah menyumbang kekurangan kesedaran pelajar.
3. Ibu bapa kurang prihatin terhadap kehadiran anak ke sekolah. 4. tahap ekonomi ibu bapa yang rendah. 5. Sikap ibu bapa yang defensif kepada anak.
S9+T2+T4+T6 Menyediakan bantu- W2+T5 Kemudahan yang tidak an kewangan untuk keperluan pelajar menarik menyebabkan pelajar tidak yang memerlukan minat belajar
6. persekitaran keluarga (penceraian, yatim piatu)
3.0 PELAKSANAAN Hasil dapatan perbincangan bersama dan data kehadiran setiap bulan pada tahun 2019 mendapati bahawa isu kehadiran atau punca pelajar ponteng sekolah pada bulan tertentu, iaitu April dan Jun masih tinggi kerana peratus kehadiran yang rendah, iaitu 88% dan 77% dan ini menyumbang kepada kemerosotan peratus kehadiran bagi mencapai Key Performance Index (KPI) pada tahun 2019 sebanyak 90%. Berdasarkan kehadiran terperinci dari setiap kelas masalah kehadiran ini dapat dikenal pasti bagi kelas sederhana iaitu Adil dan Aktif kerana menyumbang peratus kehadiran terendah pada kebanyakan bulan yang mana peratus kehadiran tidak mencecah 90%. Terdapat beberapa punca menyebabkan kemerosotan peratus kehadiran di kelas sederhana iaitu musim perayaan (seperti Regatta Lepa pada bulan April, Hari Raya Aidilfitri pada bulan Jun), kerja kursus yang belum disiapkan dan masalah pengangkutan bagi pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah. Pelbagai program dijalankan bagi mengatasi isu kehadiran pelajar iaitu Program Guru Penyayang, Cakna, Dialog bersama ibu bapa, Program UBK (Pemantapan), Slot disiplin & motivasi. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
327
Elu Come Ngiskul
Rajah 33.6: Program Intervensi
Berikut adalah peratus kehadiran pelajar pada tahun 2019. Dapat dilihat kehadiran pelajar tidak konsistan mengikut kelas. Pencapaian keseluruhan tahun 2019 ialah 87%. Jadual 33.2: Peratus Kehadiran Pelajar Pada 2019 KELAS
BULAN JAN
FEB
MAC
APR
MEI
JUN
JUL
OGS
SEP
OKT
NOV
5 ARIF
93
89
95
90
92
87
93
95
92
91
99
5 AZAM
94
88
91
84
83
79
86
86
89
83
99
5 AKTIF
90
89
93
81
87
83
86
85
82
85
99
5 ADIL
86
79
82
68
68
56
58
66
67
58
96
4 ARIF
91
90
92
91
89
89
87
86
94
95
97
4 AZAM
85
79
86
81
75
60
72
64
67
94
94
4 AKTIF
94
87
96
85
81
76
85
83
82
89
95
4 ADIL
88
88
93
87
82
78
76
75
73
87
90
3 ARIF
97
93
93
92
91
92
93
93
92
95
99
3 AZAM
93
87
91
83
84
78
84
84
89
91
99
3 AKTIF
97
92
94
90
92
82
86
88
89
76
97
3 ADIL
79
75
81
84
76
72
79
75
73
79
79
2 ARIF
95
91
94
94
91
87
93
88
92
97
98
2 AZAM
85
86
88
80
81
79
82
83
85
73
97
2 AKTIF
95
90
91
68
83
81
87
87
88
95
90
2 ADIL
88
84
92
86
81
79
83
82
80
95
90
1 ARIF
94
94
94
91
91
91
96
96
93
98
97
1 AZAM
89
83
88
87
85
80
89
85
86
92
90
1 AKTIF
95
88
90
89
83
84
85
82
83
94
99
1 ADIL
95
87
91
85
80
79
87
85
84
95
97
328
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul
Punca dan Faktor Masalah Musim perayaan - Regatta Lepa (April) - Hari Raya (Jun) Kadar ponteng meningkat di kelas sederhana (Aktif & Adil) Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal: - Kg Tampi-Tampi - Kg Salimbangun - Kg Sinalang - Kg Sowang Bubul - Pekan Semporna Kekurangan kemudahan asas (kerusi & meja) Tahap ekonomi ibubapa yang rendah Sebilangan pelajar kurang bermotivasi kerana kurang menguasai 3M Persekitaran keluarga (perceraian, yatim piatu)
Senarai Intervensi Program guru penyayang Home visit Dialog bersama ibu bapa Program UBK (Pemantapan) Slot disiplin & motivasi Pengunaan aplikasi SSDM yang mantap
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
329
Elu Come Ngiskul
Jadual 33.3: Laporan Analisis SSDM
330
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK DATA
Penilaian atau impak program yang telah dilaksanakan sedikit sebanyak memberi kesedaran terhadap murid dan ibu bapa. Berdasarkan data peratus kehadiran bulan seterusnya iaitu Julai hingga Ogos menunjukan peningkatan walaupun masih belum mencapai peratus yang dikehendaki.
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP
Program intervensi seperti program guru penyayang, ziarah cakna, dialog bersama ibu bapa, program UBK dan slot disiplin memainkan peranan yang penting bagi memastikan peratus kehadiran pelajar dapat dikekalkan pada tahap yang memuaskan. Walau bagaimana pun terdapat kekangan yang masih dalam tindakan untuk diselesaikan bagi pelajar yang tegar atau permasalahan dan cabaran yang masih dibincangkan.Pemetaan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar ini berlangsung selama tiga tahun dan diharap perancangan ini dapat dicapai sekaligus meningkatkan kualiti peratus kehadiran pelajar. Jadual 33.4: Pemetaan dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun
Rumusannya, pemetaan tiga tahun ini dibuat untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan program dan strategi kearah mencapai KPI yang ditetapkan sekolah. Program-program akan sentiasa dipantau untuk ditambah baik sepanjang tempoh pelaksanaan.
6.0 RUJUKAN Mohd Ismail Othman (2005). Menangani Disiplin di Sekolah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Md Suhaimi bin Md Husin (2009). Kajian Tentang Faktor sekolah Yang Mempengaruhi Masalah Ponteng Di Kalangan Pelajar Di Sekolah-sekolah menengah Daerah Tanah Merah Kelantan.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
331
Elu Come Ngiskul
5.1
Pelan Strategik Jadual 33.5: Peratus kehadiran pelajar rendah INDIKATOR/ PENCAPAIAN
ISU
MASALAH
MATLAMAT
STRATEGI
Peratus kehadiran pelajar kurang daripada 90%
Kurang kesedaran tentang kepentingan ilmu pelajaran
Meningkatkan peratusan kehadiran pelajar datang ke sekolah
Mengadakan dan merancang program untuk menarik minat pelajar datang ke sekolah
Peratus kehadiran pelajar meningkat dan mencapai KPI iaitu 96%
Tidak suka dengan Melanggar peraturan sekolah peraturan sekolah
Mengurangkan masalah salah laku disiplin pelajar sambil melatih pelajar untuk lebih berdisiplin
Mengadakan sesi kaunseling bersama dengan guru kaunseling dan guru disiplin
Masalah salah laku pelajar dapat dikurangkan kepada 3%
Pelajar tidak minat belajar dan kurang kesedaran kepentingann pelajaran
Memupuk semangat mencintai ilmu dalam kalangan pelajar
Peratus pencapaian Memantapkan lagi proses PdPc didalam pelajar meningkat dan dapat bilik darjah mengurangkan jumlah gagal.
Kemahiran belajar kurang dalam kalangan pelajar
Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan penerapan PAK21
Isu, Strategik, Matlamat, Objektif Dan KPI Jadual 33.6: Isu, Strategik, Matlamat, Objektif dan KPI
332
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Elu Come Ngiskul
5.2
Pelan Taktikal Jadual 33.7: Pelan Taktikal
5.3
Pelan Operasi Jadual 33.8: Pelan Operasi
Nama Program Guru Penyayang Matlamat
Meningkatkan peratus kehadiran pelajar Tingkatan 5 ke sekolah
Objektif
Dapat menarik minat pelajar datang ke sekolah
Tempoh
Sepanjang Tahun
Sasaran
Semua Pelajar
Kos
Tiada
langkah
Proses kerja
Tanggungjawab
Tempoh
Mesyuarat
Pengetua
1 hari
1. Ucapan Pengetua
GPK HEM
1
Status/ Pelan Kontigensi
2. Penentuan Pelaksanaan 3. Cara Pelaksanaan
2
Pelaksanaan aktiviti yang telah dirancang
Semua guru bertugas mingguan
Sepanjang tahun
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
333
Elu Come Ngiskul
LAMPIRAN 33-1 1. Program Gotong Royong Perdana 2. Dialog bersama Ibu bapa 3. Seminar Keibubapaan 4. Seminar Pembangunan Sahsiah Murid 5. Ziarah Cakna/Home visit
Gambar 33.1: Seminar Keibubapaan
Gambar 33.2a: Dialog Prestasi Bersama Ibu bapa
Gambar 33.2b: Dialog Prestasi Bersama Ibu bapa 334
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SINAR PERKASA TENGKU MOHD NAZRI BIN TENGKU ANANG Pengetua SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah
[email protected] SITI ANIDAH BINTI MAHADI Pensyarah pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] IBNU BIN JAANI Pegawai SIP+ PPD Semporna
ABSTRAK Kecemerlangan kurikulum sekolah adalah aspek utama yang hendak dicapai. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Intervensi Kurikulum telah diwujudkan agar dapat membantu ke arah kecemerlangan kurikulum Sekolah. Mata pelajaran Sejarah dijadikan fokus dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini kerana didapati bahawa subjek Sejarah masih berada pada tahap sederhana dan memerlukan program intervensi. Subjek Sejarah merupakan subjek wajib lulus bersama-sama dengan subjek Bahasa Melayu untuk melayakkan murid mendapat sijil SPM. Penguasaan dan peningkatan mata pelajaran Sejarah juga penting untuk meningkatkan jati diri dan juga semangat patriotik dalam kalangan murid dan sejak kebelakangan ini didapati bahawa nilai tersebut semakin luntur dan terhakis. Hasilnya, Sinar Perkasa telah dilaksanakan untuk mencapai hasrat tersebut. Penilaian program telah dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Peratus lulus telah menunjukkan peningkatan daripada 39% dalam peperiksaan pertengahan tahun kepada 71.97% dalam peperiksaan percubaan SPM. GPMP juga meningkat daripada 7.62 kepada 6.38. Ini menunjukkan bahawa program yang dirancang dan telah dilaksanakan memberi impak yang besar ke arah peningkatan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah. Kata kunci: Sinar Perkasa
1.0 PENGENALAN SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah mula dibina pada tahun 2002 di atas tanah seluas 35 hektar di Jalan Bukit Lalang Semporna. Dahulu sekolah ini dikenali sebagai SMK Abdullah II. Pada 4 Julai 2005, sekolah ini mula beroperasi dengan jumlah pelajar seramai 472 orang, 28 orang guru dan lapan (8) orang anggota kumpulan pelaksana. Kebanyakan murid yang ditempatkan di sini ialah lebihan murid dari SMK Datuk Panglima Abdullah. Sekolah ini merupakan sekolah yang lengkap dengan segala kemudahan seperti asrama, surau, padang, mini astaka, dewan, kantin dan juga flat guru. Pada masa sekarang jumlah pelajar ialah seramai 1512 orang, 104 guru dan 13 orang anggota kumpulan pelaksana. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
335
Sinar Perkasa
1.1
Profil Sekolah
Pengetua mula melaporkan diri di sekolah ini pada 1 Januari 2019. Prestasi SPM dari segi Gred Purata Sekolah (GPS) dan peratusan telah menunjukkan peningkatan dua tahun berturut-turut mulai tahun 2017 hingga 2018. Begitu juga dengan GPMP Sejarah. Jadual 34.1: GPS Dan Peratus Lulus SPM
TAHUN
GPS
%
2016
6.93
64.44
2017
6.61
73.12
2018
6.36
77.99
Jadual 34.2: GPMP Dan Peratus Lulus Sejarah
TAHUN
GPMP
%
2016
7.31
63.7
2017
6.71
73.4
2018
6.40
78.8
Jawatankuasa Intervensi Kurikulum SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah telah berbengkel untuk membuat analisis isu dalaman dan luaran dengan menggunakan SWOT. Daripada SWOT, pilihan intervensi dan strategi telah dibuat. Tulang Ikan Ishikawa juga digunakan sebagai alat untuk menganalisis isu iaitu melihat aspek manusia, kaedah, bahan, mesin dan persekitaran. Analisis SWOT dan Rajah Tulang Ikan Ishikawa diharap dapat membantu jawatankuasa mengenal pasti isu, punca dan intervensi untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Sejarah.
336
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa
Rajah 34.1: Analisis Isu: Rajah Tulang Ikan Ishikawa
Jadual 34.3: Analisis SWOT Meningkatkan GPMP Sejarah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
337
Sinar Perkasa
Senarai Strategi yang diperoleh: Jadual 34.4: Senarai Strategi yang diperoleh dari TOWS Matriks Strategi-strategi dikenal pasti S1: Mewujudkan persekitaran pembelajaran Sejarah melalui PAK21. S2: Meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dengan menggunakan modul. S3: Mengesan murid yang lambat/ponteng. S4: Memantapkan kemahiran guru Sejarah dalam PAK 21. S5: Memantapkan aktiviti Persatuan Sejarah. S6: Mengurangkan masalah ponteng dan kehadiran. S7: Menjalankan outreach kepada ibu bapa. S8: Melibatkan ibubapa dalam program aktiviti Persatuan Sejarah. Penjanaan strategi dibuat melalui TOWS Matriks bagi Program Peningkatan SPM Sejarah 2019. Berdasarkan analisis pemilihan strategi mengikut skala 1 hingga 6 iaitu sangat kurang, kurang, sederhana, banyak dan sangat baik serta kriteria pemilihan iaitu tahap kesukaran, proses kerja, kompetensi guru untuk terlibat dalam program, sumber kewangan dan kos pembiayaan, kemudahan prasarana dan peralatan, andaian keupayaan mengatasi halangan dan kesesuaian dengan persekitaran terkini, hanya tiga sahaja program yang dicadangkan untuk dilaksanakan iaitu S2, S4 dan S6. Skala Likert: 1 – sangat kurang 2 – kurang
3 – sederhana
4 – banyak 5 – sangat banyak
Jadual 34.5: Pemilihan strategi melalui Matriks ranking
Asas Pertimbangan Tahap kesukaran proses kerja Kompetensi guru Sumber kewangan dan kos pembiayaan Kemudahan prasarana dan peralatan Jumlah Ulasan
338
S1
S2
S3
S4
S5
S6
S7
S8
Jumlah
4
3
2
5
4
5
3
3
29
3
5
3
5
4
4
2
3
29
5
4
5
5
4
5
2
3
33
2
5
4
5
4
5
3
3
31
12
122
14 17 14 20 16 19 10 S4 dipilih menjadi keutamaan berdasarkan skala di atas.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa
3.0 PELAKSANAAN Hasil daripada sumbang saran kumpulan Jawatankuasa Intervensi Kurikulum dan data peperiksaan pertengahan tahun Tingkatan 5 (2019) isu strategik SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah adalah GPS SPM yang masih rendah. Hal ini demikian kerana, GPMP mata pelajaran Sejarah (Take-off Value (TOV) berdasarkan Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) Tingkatan 4 tahun 2018) merupakan antara penyumbang utama kepada kemerosotan GPS (TOV sekolah adalah 6.40, ETR sekolah adalah 3). Peperiksaan Pertengahan Tahun (Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)) diambil sebagai dapatan praujian manakala Peperiksaan Percubaan (PPC) pula diambil sebagai dapatan pasca-ujian untuk mengesan keberkesanan program intervensi. Berdasarkan TOV mata pelajaran Sejarah, didapati seramai 144 orang murid yang gagal dalam peperiksaan akhir tahun Tingkatan 4 tahun 2018 (PAT Tingkatan 4) Kumpulan ini juga tidak mencapai kehadiran 90%. Mereka juga didapati tidak minat membaca terutama buku teks Selain itu, guru-guru yang mengajar Sejarah Tingkatan Empat dan Lima perlu meningkatkan kemahiran PdPC PAK 21 agar mereka dapat meningkatkan keberkesan PdPc seterusnya menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran yang menarik. Oleh itu, Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) telah dibina untuk menangani isu strategik SPM SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah, iaitu program intervensi yang menitikberatkan sinergi antara dua bidang, yakni akademik (mata pelajaran Sejarah), dan Hal Ehwal Murid (HEM).
Jadual 34.6: Pelan Taktikal Peningkatan Sejarah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
339
Sinar Perkasa
Jadual 34.7: Pelan Operasi Peningkatan Sejarah
a. Strategi 1: Memantapkan kemahiran guru Sejarah dalam PAK21 Projek
PLC Sejarah PAK21
Objektif
PdPc guru berkesan
Tempoh
1 hari
Kumpulan sasaran
Semua guru Sejarah SPM
Tanggungjawab
GPK,GPMP 1. Taklimat program
Proses kerja
2. Kumpulan sasaran 3. Perbincangan pelaksanaan 4. Pelaksanaan aktiviti dan perbelanjaan (Kertas kerja)
b. Strategi 2: Meningkatkan minat membaca murid dengan menggunakan modul Projek
Jom Membaca
Objektif
Meningkatkan peratus minat membaca
Tempoh
April hingga Jun
Kumpulan sasaran
Semua pelajar Tingkatan 5
Tanggungjawab
GPK, KB, KP, GPMP
Proses kerja
1. Taklimat program 2. Kumpulan sasaran 3. Perbincangan pelaksanaan 4. Perlaksanaan aktiviti dan perbelanjaan (Kertas kerja)
c. Strategi 3: Mengurangkan ponteng dan kehadiran masalah Projek
Cakna Guru
Objektif
Meningkatkan peratus kehadiran pelajar
Tempoh
April hingga Jun
Kumpulan sasaran
Semua murid Tingkatan 5
Tanggungjawab
Pengetua.PIBG.PK HEM.Guru Kaunseling
Proses kerja
1. Taklimat program 2. Kumpulan sasaran 3. Perbincangan pelaksanaan 4. Perlaksanaan aktiviti dan perbelanjaan (Kertas kerja)
340
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa
LAPORAN PELAKSANAAN PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2019 Jadual 34.8: Laporan Pelaksanaan PLC 2019
BIL
PANITIA
BILANGAN
1
SEJARAH
2
TARIKH PELAKSANAAN 7.3.2019 3.8.2019
Gambar 34.1a & b: PLC Panitia Sejarah dan PLC bersama Guru Cemerlang Sejarah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
341
Sinar Perkasa
LAPORAN PELAKSANAAN JOM MEMBACA Dilaksanakan bermula April hingga Jun 2019. Murid dikehendaki membaca modul Sejarah awal pagi sebelum sesi PdPC bermula jam 7.00 am.
Gambar 34.2: Aktiviti Jom Membaca
LAPORAN PROGRAM CAKNA GURU Pihak sekolah telah mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah kehadiran. Dialog prestasi telah diadakan untuk menyelesaikan masalah kehadiran pelajar. Daripada 30 orang yang dipanggil, 90% telah dapat hadir ke sekolah.
Gambar 34.3: Projek Cakna Guru
342
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sinar Perkasa
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK
Penilaian program telah dilaksanakan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Peratus lulus telah menunjukan peningkatan daripada 39% dalam peperiksaan pertengahan tahun kepada 71.97% . GPMP juga meningkat daripada 7.62 kepada 6.38. Ini menunjukan bahawa program yang dirancang dan telah dilaksanakan memberi impak yang besar ke arah peningkatan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah.
Jadual 34.9:Perbandingan Pencapaian Peperiksaan Pertengahan Tahun Dengan Peperiksaan Percubaan SPM 2018 dan 2019
PEPERIKSAAN 2018
% LULUS
GPMP
Pertengahan Tahun
56.03
7.81
Percubaan SPM
50.85
7.18
SPM
78.80
6.40
% LULUS
GPMP
Pertengahan Tahun
39.00
7.62
Percubaan SPM
71.97
6.38
KPI SPM
88.46
5.66
PEPERIKSAAN 2019
Rajah 34.2: Peratus Lulus GPMP Sejarah
5.0
RUMUSAN DAN PENUTUP Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
343
Sinar Perkasa
Program INPEKS ini telah berjaya meningkatkan peratus lulus dan gred mata pelajaran Sejarah SPM yang masih rendah. Walau bagaimanapun ia tidak dapat lari daripada kekangan dan cabaran. Antaranya pemantapan PdPc PAK 21, penguasaan standard 4 SKPMG2 terutama 4.4.1(keupayaan guru mendorong minda murid) dan 4.4.2 (keupayaan guru mendorong emosi murid) dalam PdPc mata pelajaran Sejarah. Cabaran seterusnya isu kehadiran murid melebihi 90% sukar dicapai kerana faktor kewangan dan pengangkutan murid. Pemetaan untuk RPS ini berlangsung selama tiga tahun. RPS yang dirancang ini diharap dapat mencapai matlamat sekolah untuk keluar GPS 6.36 kepada GPS 5.57 atau sekurangkurangnya 5.99 dengan mengambil kira peningkatan GPMP Sejarah.
Jadual 34.10: Pelan Pembangunan Sekolah (Three feet Plan)
Kesimpulannya pemetaan tiga tahun yang bermula 2019 hingga 2021 juga dibuat untuk mengesan keberkesanan pelaksanaan program dan strategi ke arah mencapai KRA-KRA yang telah diputuskan. Program ini akan dipantau untuk ditambah baik sepanjang tempoh pelaksanaan. Diharapkan keputusan SPM 2019 dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan dan sekali gus mengeluarkan sekolah SMK Datuk Haji Panglima Jakarullah daripada GPS 6.36 kepada sekurangkurangnya 5.98.
6.0 RUJUKAN Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM PPD Pitas Bil 2/2019. Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM SMK Telaga Bil 1/2019. Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Telaga 2019. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-perluas-konsep-sekolah-penyayangPelan Strategik HEM 2017 -2020. SMK Telaga, Pitas.
344
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROGRAM MINDA NUKLEAR DAN 1GROUP1WEEK1ESSAY JOHNNY APIN Pengetua, SMK Ulu Sugut (Malinsau)
[email protected] MARIANI BINTI RAHIM Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] SARIDIH BIN AHMAD SIP+ Partner, PPD Ranau
ABSTRAK
Antara mata pelajaran yang menunjukkan kemerosotan atau tiada peningkatan, adalah mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Dalam 3 tahun pencapaian lepas didapati GPS PT3, bagi ujian bertulis Bahasa Inggeris ialah 4.68 (tahun 2016), 5.81(2017) dan 4.93(2018). Manakala peperiksaan SPM, GPS Bahasa Inggeris ialah 7.99(tahun 2016), 8.13(2017) dan 8.02 (2018). Manakala bagi mata pelajaran Matematik PT3, GPS adalah 4.46(tahun 2016), 5.35(2017) dan 3.92(2018). Bagi matapelajaran peperiksaan SPM, GPS ialah 7.18 (tahun 2016), 7.50 (2017) dan 7.22 (2018). Satu analisis telah dibuat terhadap mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Jawatankuasa kurikulum dan panitia mata pelajaran berkenaan telah mengenal pasti kelemahan, kekuatan, serta penambahbaikan. Beberapa program peningkatan prestasi telah dikenalpasti bagi kedua-dua mata pelajaran ini. Bagi mata pelajaran Matematik, Program Minda Nuklear dan Klinik Matematik telah diperkenalkan. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, aktiviti 1Group1Week1Essay telah dibuat. Hasil daripada aktiviti ini terdapat perubahan yang signifikan dari segi peningkatan peratus lulus dan GPS pelajar-pelajar selepas beberapa siri aktiviti dibuat. Kata Kunci : Pengurusan Kurikulum, Minda Nuklear, Klinik Matematik
1.0 PROFIL SEKOLAH Sekolah Menengah Ulu Sugut (Malinsau) terletak di kawasan pedalaman Negeri Sabah. Pekan terdekat adalah Ranau, iaitu kira-kira 93 km dari sekolah. Jalan masuk ke sekolah adalah melalui jalan berturap, jalan gravel dan tanah merah. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar dari 7 buah sekolah saluran iatu, SK Kaingaran, SK Gusi, SK Malinsau, SK Mangkapoh, SK Sri Gabungan, SK Karagasan dan SK Kawiyan. Saya mula bertugas di sekolah ini pada 7 Mac 2015. Bilangan pelajar Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
345
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
adalah seramai 635 orang pada tahun 2015 dan pada tahun 2019 bilangan pelajar adalah seramai 685 orang. Kebanyakan pelajar terdiri daripada anak-anak golongan petani dan berpendapatan rendah. Data menunjukkan bahawa 92 % pelajar adalah penerima Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dimana pendapatan seisi rumah kurang daripada RM3,000. Pencapaian pelajar dibidang akademik adalah agak rendah. Umpamanya dalam peperiksaan SPM dalam tempoh 5 tahun lepas, menunjukkan GPS (rujuk Lampiran 1) di bawah aras 5, iaitu terletak di band 5 atau 6 dalam capaian berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM/ SKPMG2). Sekolah ini juga antara sekolah berada dikedudukan terbawah dari segi pencapaian GPS dikalangan 11 lagi sekolah menengah yang lain. Bagaimanapun sekolah ini boleh dibanggakan kerana terdapat beberapa pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3 dan SPM dimana pelajar-pelajar berkenaan akan melanjutkan pengajian di tingkatan 4, diploma atau ijazah sarjana muda. Misalnya pelajar bernama Mickwin Bin Mejilion (SPM 2017) mendapat 7A dan Terrenah Beatrish Augustine (SPM2017) mendapat 8A. Pencapaian dalam bidang kokurikulum boleh dibanggakan. Sekolah ini boleh bersaing untuk mendapat kedudukan tempat ke4 atau ke5 dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia di peringkat daerah. Sekolah juga mempunyai beberapa kebitaraan sukan iaitu dalam sepak takraw, catur dan ping pong. Penyertaan sekolah dalam Karnival Bahasa daerah juga menunjukkan pencapaian yang baik dan boleh dibanggakan. Semenjak tahun 1983 sekolah ini masih berusaha dan mengharapkan bahawa ada usaha untuk menaiktaraf bangunan dan kemudahan sekolah. Sekolah ini, dikategorikan daif serta diistiharkan pada 2017 oleh pihak Jabatan Kerja Raya sebagai tidak selamat digunakan dan tidak ekonomik untuk dibaiki. Sedikit sebanyak keadaan ini menyebabkan persekitaran kerja guru-guru dan pelajar-pelajar belajar adalah tidak kondusif. Misalnya sekolah tiada kemudahan makmal yang sesuai, tiada kemudahan sesi kaunseling yang sesuai, keadaan bekalan elektrik yang tidak stabil dan terputus-putus serta mod pengangkutan yang kurang, jauh dan berbahaya kepada pelajarpelajar. Bekalan air bersih sukar didapati serta terdedah kepada penyakit atau jangkitan penyakit bawaan vector.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Fokus kepada isu dan penambahbaikan dalam program ini adalah merujuk kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik. Ini adalah merujuk keputusan peperiksaan awam sekolah iaitu SPM. Pencapaian di peringkat PT3 juga dipertimbangkan dalam mencari isu dan penambahbaikan terutama yang berkaitan dengan pencapaian peratus dan GPS mata pelajaran.
2.1
Isu Mata Pelajaran Matematik
Pada dasarnya, tenaga pengajar dalam mata pelajaran Matematik adalah mencukupi. Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang dikenalpasti menjadi faktor penyebab kurangnya kemahiran dalam mata pelajaran Matematik. Masih terdapat pelajar yang kurang mahir asas Matematik seperti sifar dan asas pengiraan Matematik. Dengan itu menyukarkan pelajar menjawab soalan dengan cepat 346
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
dan berkesan. Bahan bantu mengajar yang kurang, fasiliti yang terhad dan persekitaran sekolah yang kurang mendorong ke arah budaya belajar. Guru juga dikenali pasti kurang kreativiti dalam PdPc dan didorong dengan kaedah traditional. Pelajar tidak menyiapkan latihan, kurang komitmen belajar, kerap ponteng dan kurang ambil berat daripada pihak ibubapa. Tidak semua program yang dirancang dapat dilaksanakan, akibat kesuntukkan masa, aktiviti bertindih dan kesibukan guru menghadiri mesyuarat, kursus serta menyesuaikan semula perancangan bila diperkenalkan KSSM. Pelajar juga kurang bermotivasi, kurang inisiatif dalam menyelesaikan masalah Matematik. Pelajar terlalu bergantung kepada guru dan guru terpaksa menggunakan paksaan. Ketidakmampuan membeli buku-buku rujukan tambahan, kalkulator juga menyumbang kepada pencapaian rendah Matematik. 2.2
Isu Mata Pelajaran Bahasa Inggeris
Beberapa kelemahan telah dikenalpasti. Pelajar telah diberi pemulihan dan pengukuhan tetapi masih juga tidak dapat dikuasi oleh pelajar. Kekurangan kosa kata (vocabulary) akibat kurang membaca antara sebab yang dikenalpasti. Pengurusan masa murid semasa peperiksaan yang tidak efisien menyebabkan murid tidak sempat menjawab semua soalan. Pelajar lebih bersikap defensive terhadap mata pelajaran dengan lebih mempersalahkan kekurangan masa, tiada kemudahan dan persekitaran yang tidak kondusif menurut pelajar. Antara sebab lain adalah jumlah guru opsyen Bahasa Inggeris adalah tidak mencukupi menyebabkan guru-guru yang sedia ada terpaksa mengajar 2 sesi dengan jumlah waktu pengajaran melebihi 35 waktu seminggu menyebabkan penumpuan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 agak terganggu.
3.0
PELAKSANAAN- P-O-L-C
Bagi mengatasi masalah prestasi Matematik dan Bahasa Inggeris yang lemah secara sistematik, kerangka P-O-L-C (Planning, Organizing, Leading and Controlling) telah digunakan. 3.1
Planning ( Merancang)
i. Menetapkan matlamat Pengetua telah mengadakan perbincangan bersama guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia Matematik, Ketua Panitia Bahasa Inggeris dan guru-guru mata pelajaran tersebut bagi membincangkan isu prestasi dua mata pelajaran ini dan fakor-faktor yang menyumbang kepadanya. Bagi mata pelajaran Matematik faktor utama yang menyumbang kepada lemahnya prestasi mata pelajaran tersebut ialah kerana masih terdapat pelajar yang kurang mahir asas Matematik seperti sifar dan asas pengiraan Matematik. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula punca utama kerana murid kekurangan kosa kata dan lemah dalam tata bahasa serta membina struktur ayat akibat kurang membaca. Atas cetusan idea Pengetua, panitia Matematik telah merancang satu program dinamakan sebagai Program Minda Nuklear iaitu gabungan Gerak Gempur Matematik dan Klinik Matematik. Program Minda Nuklear mensasarkan semua murid Tingkatan 5. Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, keputusan dibuat untuk meningkatkan penguasaan penulisan dalam Bahasa Inggeris melalui program 1Week1Group1Essay yang melibatkan seluruh murid Tingkatan 4. Setiap panitia telah merancang Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
347
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
pelaksanaan program masing-masing dan menyediakan kertas kerja sejajar dengan matlamat bagi meningkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dari segi peratus dan gred purata mata pelajaran seperti Jadual 1.
Jadual 35.1: Pemetaan 3 tahun Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay
TOV
KPI
BIDANG
PENCAPAIAN SEBENAR
(FASA 7 - 9) SASARAN PRESTASI
(FASA 4 - 6) PENCAPAIAN SEBENAR
(FASA 1 - 3)
SASARAN PRESTASI
TAHUN 3 (2021)
PENCAPAIAN SEBENAR
TAHUN 2 (2020)
SASARAN PRESTASI
TAHUN 1 (2019)
KURIKULUM
1. Matematik: a. % a. 23% Program Lulus b. 8.32 Minda Nuklear b. GPMP
a. 30% a. 27% a. 37% (Percubaan b. 8.00 b. 8.00 SPM)
2. Bahasa % Inggeris: Lulus 1Group 1Week Essay 1Essay
45%
30% (Test 1)
a. 45% b. 7.90
b. 8.12 (Percubaan SPM)
60%
64 % (Post 65% Test) 65%
70% 70%
45% (Test 2)
ii. Menyusun strategi Bagi mata pelajaran Matematik, strategi yang digunakan adalah dengan memperbanyakkan latih tubi. Latih tubi ini dijalankan melalui aktiviti Gerak Gempur dan Klinik Matematik. Sebanyak 6 kali Gerak Gempur Matematik dan 10 kali Klinik Matematik telah dirancang bermula daripada bulan Jun hingga September. Kaedah pengajaran pula diubah kepada mentor mentee. Setiap guru Matematik menjadi mentor kepada tiga (3) orang pelajar (Mentee). Setiap pelajar yang menjadi mentee kepada guru akan menjadi mentor kepada tiga (3) lagi rakan pelajar yang lain. Pelajar yang menjadi mentee kepada guru mentor merupakan pelajar yang disasarkan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik.
348
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
Apabila pelajar mentee kepada guru mempunyai masalah dalam menyelesaikan masalah Matematik, mereka akan berjumpa guru mentor untuk meminta tunjuk ajar dengan masa dan tempat yang sudah ditentukan di dalam kawasan sekolah. Setelah pelajar mentee kepada guru mentor mempelajari sesuatu topik, pelajar mentee ini akan berjumpa dengan rakan pelajar mentee di bawah bimbingannya. Pelajar mentee kepada guru akan menjadi mentor kepada rakan pelajarnya yang lain, seperti yang sudah ditentukan. Proses mentor mentee ini akan berterusan sehingga hujung tahun 2019. Bagi Program 1Week1Group1Essay, ia melibatkan seluruh pelajar Tingkatan 4 sebagai persiapan awal sebelum mereka melangkah masuk ke Tingkatan 5 pada tahun 2020. Murid SMK Ulu Sugut sangat lemah dalam penulisan Bahasa Inggeris dan tidak mampu untuk menulis sendiri dengan baik. Oleh itu mereka ini telah diprogramkan untuk menulis secara berkumpulan agar mereka boleh saling bantu membantu dalam penulisan tersebut. Seramai 101 murid Tingkatan 4 telah diagihkan kepada 20 kumpulan. Setiap minggu mereka diberikan satu tajuk karangan untuk ditulis secara berkumpulan. Karangan setiap kumpulan akan disemak dan direkodkan oleh guru di dalam Groups’ Tracking Progress Chart. Guru akan memberi konsultasi kepada setiap kumpulan dan salinan komen-komen guru tadi akan diberikan kepada setiap ahli kumpulan. Proses ini akan diulang sehingga selesai 12 tajuk karangan yang telah dirancang. 3.2. Organizing (Mengurus) Tiada jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengatasi masalah prestasi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris ini, tetapi ia diletakkan terus di bawah tanggung jawab panitia mata pelajaran tersebut dengan penglibatan semua guru mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran diberi tanggungjawab untuk menentukan kandungan program, jadual pelaksanaan dan bagaimana penilaian dilaksanakan terhadap pencapaian setiap murid yang terlibat. Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay ini diletakkan di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran sebagai tonggak utama di dalam bidang kurikulum. 3.3
Leading (Memimpin)
Pengetua sebagai pemimpin merupakan contoh teladan dan pendorong kuat terhadap usaha mengatasi masalah prestasi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Program Minda Nuklear adalah hasil cetusan idea pengetua sendiri. Bukan sekadar memberi idea sahaja, bahkan Pengetua sendiri terlibat sebagai pakar bagi topik Persamaan Linear Serentak dan mengajar pada waktu petang bagi Kertas 1 Matematik seperti pada Jadual 2.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
349
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
Jadual 35.2: Jadual Bertugas Klinik Matematik
HARI
ISNIN
SELASA
RABU
KHAMIS
JUMAAT
MASA
GURU BERTUGAS (DOKTOR)
TEMPAT
08.00 AM – 12.00 PM
NAASUN DOLIMAU
ANJUNG PSS
01.30 PM – 04.30 PM
JEPINIH YANGIN
ANJUNG PSS
07.30 PM – 10.00 PM
CLARICE JUSTIN
DEWAN ASRAMA
08.00 AM – 12.00 PM
M. SAIFUZAN SAPILI
M. KOMPUTER
01.30 PM – 04.30 PM
N. NAJWA DAUD
ANJUNG PSS
07.30 PM – 10.00 PM
HILDA ADEH
DEWAN ASRAMA
08.00 AM – 12.00 PM
CLARICE JUSTIN
ANJUNG PSS
01.30 PM – 04.30 PM
M. JASNI JAHANI
ANJUNG PSS
07.30 PM – 10.00 PM
SURAIZAH RUJIH
DEWAN ASRAMA
08.00 AM – 12.00 PM
NAASUN DOLIMAU
ANJUNG PSS
01.30 PM – 04.30 PM
Pengetua JOHNNY APIN
ANJUNG PSS
07.30 PM – 10.00 PM
JEPINIH YANGIN
DEWAN ASRAMA
08.00 AM – 12.00 PM
M. SAIFUZAN SAPILI
M. KOMPUTER
01.30 PM – 04.30 PM
M. JASNI JAHANI
ANJUNG PSS
07.30 PM – 10.00 PM
HILDA ADEH (WT/P – A SRAMA)
DEWAN ASRAMA
3.4 Controlling (Kawalan) Bagi memastikan Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group 1Essay mencapai matlamat yang telah ditetapkan, kawalan dalam bentuk pelaporan prestasi telah dilaksanakan. Borang Perkembangan Klinik Matematik setiap pelajar telah diwujudkan. Setiap guru diminta memberi ulasan terhadap penguasaan pelajar terhadap topik yang dibincangkan sebelum dan selepas setiap kali klinik dijalankan. Borang Tahap Penguasaan setiap pelajar juga disediakan sebagai rumusan ukuran terhadap penguasaan pelajar bagi topik-topik yang telah dibincangkan. Program ini dijalankan bermula pada bulan Jun sehingga peperiksaan SPM 2019 dan keberkesanan program ini dapat dilihat seawal bulan September melalui Peperiksaan Percubaan SMP 2019. Bagi Program 1Week1Group1Essay, dua bentuk borang kawalan telah digunakan iaitu Jadual Pelaksanaan Program 1Week1Group1Essay (Jadual 3) dan Borang Groups’Tracking Progress Chart (Rajah 1).
350
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
Jadual 35.3: Jadual Pelaksanaan Program 1Week1Group1Essay
Steps Process
Personnel
Duration
1
i. All form 4 English teachers.
1 day
i. Briefing to all English teachers ii. Grouping of students (4 in a group)
Status
ii. Miss Askidah iii. Miss Ilyani
2
Students received topic for essay Miss Askidah writing Miss Ilyani
1 day
3
Students do the writing
All form 4 students
1 week
4
Students submit their writing
All form 4 students
1 Day
5
Teacher checks students’’ writing Miss Askidah and give overall commentaries. Miss Ilyani Miss Winniefred Mr Rabu
6
Teachers record groups’ performance in Miss Askidah Groups’ Tracking Progress Chart Miss Ilyani
3 days
Miss Winniefred Mr Rabu
7
Consultations with students by groups. Miss Askidah Each student will receivwd a copy of Miss Ilyani commentaries form. Miss Winniefred
8
Repeat the cycle with a different topic.
3 days
Mr Rabu
Miss Askidah Miss Ilyani Miss Winniefred Mr Rabu All form 4 students
Groups’ Tracking Progress Chart Group members: 1. 2. 3. 4. Essay
Date
Topic/Title
Marks
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Class: Academic year: 2019/2020
Teacher-in-charge, ...............................
Rajah 35.1: Groups’ Tracking Progress Chart
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
351
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK Penilaian program adalah sangat penting untuk melihat keberkesanan program yang telah dijalankan. Apakah Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay telah berjaya mencapai mencapai matlamat yang dihasratkan? Adakah program-program ini wajar diteruskan dan apakah penambahbaikan yang perlu dilakukan? Program Minda Nuklear melibatkan dua aktiviti iaitu Gerak Gempur dan Klinik Matematik. Daripada 6 kali Gerak Gempur Matematik yang telah dirancang hanya dua kali sahaja berjaya dilaksanakan iaitu pada 3 Ogos 2019 dan 18 Ogos 2019. Ini disebabkan beberapa kekangan percetakan dan masa. Oleh yang demikian, keberkesanan untuk Gerak Gempur belum dapat dinilai sepenuhnya. Program ini akan diteruskan pada tahun hadapan, iaitu tahun 2020. Perancangan awal akan dibuat dari segi keperluan percetakan untuk lembaran soalan dan mengatur masa dengan lebih berkesan untuk menjayakan pelaksanaan program gerak gempur. Sementara itu bagi aktiviti Klinik Matematik didapati penguasaan bagi semua empat topik yang dipilih telah meningkat daripada 0 % kepada 11 % seperti ditunjukkan dalam Jadual 4. Jadual 35.4: Penguasaan 4 topik Matematik Kertas 2, Bahagian B, SPM bagi Klinik Matematik BILANGAN TOPIK DIKUASAI Tiada Topik Dikuasai 1 Topik 2 Topik 3 Topik Semua 4 Topik
SEBELUM PPT 34 29 22 0 0
40% 34% 26% 0% 0%
SELEPAS PPC 0 24 25 27 9
0% 28% 29% 32% 11%
Bagi Program 1Week1Group1Essay penilaian dilakukan melalui dua kali Ujian Pra dan sekali Ujian Pasca. Keputusan menunjukkan peratus pelajar yang lulus semakin meningkat daripada Ujian Pra 1, Ujian Pra 2 dan seterusnya Ujian Pasca. Kesimpulannya Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay telah memberikan sedikit peningkatan walaupun tidak begitu ketara. Rumusan pencapaian program yang telah dirancang ditunjukkan dalam Jadual 5.
352
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
Jadual 35.5: Pencapaian Program Minda Nuklear dan Program 1Week1Group1Essay TAHUN 1 (2019) BIDANG KPI
TOV
SASARAN PRESTASI
PENCAPAIAN SEBENAR
KESAN
KURIKULUM 1. Matematik: Program Minda Nuklear
a. % Lulus
a. 23%
b. GPMP
b. 8.32
2. Bahasa Inggeris: 1Group1Week1Essay
% Lulus Essay
a. 30% (Percubaan SPM)
a. 27% (Percubaan SPM)
a. + 54%
b. 8.12 (Percubaan SPM)
b. -0.20
64 % (Post Test)
+ 11.5%
b. 8.00 (Percubaan SPM)
a.30% (Test 1) b.45% (Test 2)
a. 45% b. 60% Purata =52.5%
Purata =37.7%
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Program yang telah dilaksanakan masih perlu pembudayaan dikalangan guru dan pelajar. Guruguru dan para pelajar lebih tertumpu kepada sesi biasa dalam awal persekolahan iaitu pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Konsep pembelajaran dan pemudahcaraan masih belum dihayati sepenuhnya. Oleh sebab itu, pelajar lebih selesa untuk terus duduk tanpa mendengar daripada terlibat bersama dalam perbincangan seperti yang disarankan melalui Pendidikan Abad Ke21, menggunakan pendekatan kolaborasi, komunikasi, kreatif dan kritis. Dalam situasi ini pelajarpelajar akan hanya melibatkan diri dalam mendengar, mencatat nota dan menyiapkan latihan. Masih ramai guru yang mengamalkan pendekatan guru mengajar murid belajar atau direct instruction. Kelemahan dalam pembelajaran Matematik boleh dikaitkan dengan beberapa faktor berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian di sekolah antaranya adalah : 1. Faktor sosial, dimana ia berkait rapat dengan latar belakang pendidikan ibu bapa dan pendapatan seisi keluarga. Pendidikan awal anak-anak bermula di rumah. Kebanyak ibu bapa di sekitar sekolah atau saluran sekolah adalah berpendapatan rendah dan mempunyai tahap pendidikan yang rendah. Kurang motivasi kepada anak-anak dan tidak mampu untuk menampung kos pembelajaran yang memerlukan kemudahan yang lebih baik dan selesa. 2. Terdapat jurang pencapaian Matematik di bandar dan luar bandar. Melalui dialog prestasi di bawah Pejabat Pendidikan Daerah, keputusan UPSR menunjukkan murid-murid di bandar mempunyai keputusan penilaian yang lebih baik dibandingkan dengan murid-murid luar bandar atau pedalaman. Begitu juga penguasaan Bahasa Inggeris, menunjukkan penguasaan Bahasa Inggeris lebih baik di kalangan murid-murid kawasan bandar. Penguasaan Bahasa Inggeris Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
353
Program Minda Nuklear Dan 1Group1week1essay
mempunyai kaitan yang tinggi dengan pencapaian Matematik sekolah. Kebanyakan murid yang mahir dalam Bahasa Inggeris biasanya juga mahir dalam Matematik. Di zon Ulu Sugut, desakan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran penting kurang disebabkan persekitaran yang tidak begitu meransang murid-murid untuk berusaha. 3. Faktor pengangkutan dan sekolah dua sesi juga tidak mendorong pelajar untuk mengikuti kelas-kelas tambahan. Kekurangan kenderaan dan jalanraya yang tidak berturap (gravel) serta kesukaran untuk dihubungi kerana tiada jalanraya, tiada bekalan eletrik dan tiada kemudahan telekomunikasi. Faktor ini menyumbang kepada mengapa prestasi sekolah dalam peperiksaan awam adalah ditahap rendah, misalnya GPS SPM , 6.04(2016) dan 6.64 (2017). Sekolah-sekolah di bandar menunjukkan GPS yang lebih baik kerana adanya kemudahan dan prasarana yang cukup, selesa dan berfungsi. Program InPeKs sedikit sebanyak telah memberi panduan bagaimana mengenal pasti isu-isu di sekolah, serta memahami lebih dalam sebab-sebab berlakunya masalah tersebut. Langkah untuk memberi perhatian yang lebih kritikal dan dijangka dapat menangani isu berkenaan dan seterusnya dapat menggunakan kaedah yang sama untuk menangani isu-isu yang lain. Masa akan datang kaedah diperbaiki. Terdapat sedikit peningkatan dalam kedua-dua mata pelajaran. Penekanan akan dibuat terhadap kehadiran atau penyertaan para pelajar. Juga mencari sasaran yang sesuai dengan program serta guru-guru diberi pendedahan bagaimana program itu dilaksanakan secara berimpak.
RUJUKAN Buku Panduan Pengurusan dan Takwim 2020 SMK Ulu Sugut, Ranau. Analisis Peperiksaan SPM (2016-2019) SMK Ulu Sugut, Ranau. Buku Perancangan Strategik Sekolah (2016-2020), SMK Ulu Sugut, Ranau.
354
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus SHAHRIZAN ABDULLAH Pengetua, SMK Telaga
[email protected] MARIANI BINTI RAHIM Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] YONG KA MOI @ YONG NYUK MOI Pegawai SIP+ PPD Pitas
ABSTRAK
90plus merupakan satu projek yang dilaksanakan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar SMK Telaga agar sejajar dengan hasrat Pejabat Pendidikan daerah Pitas dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Projek ini adalah antara salah satu usaha sekolah untuk mengangkat prestasi akademik melalui peningkatan peratus kehadiran murid ke sekolah. Analisis data kehadiran tahun 2016, 2017 dan 2018 menunjukkan peratus kehadiran tertinggi sepanjang tiga (3) tahun tidak mencapai target daerah, apatah lagi target negeri dan jauh sekali target kebangsaan. SMK Telaga tidak mencapai 90 peratus kehadiran murid setiap bulan atau saban tahun. Projek 90plus dikonotasi dengan hasrat agar kehadiran pelajar SMK Telaga sentiasa pada paras 90 peratus ke atas setiap bulan. Projek 90plus dilaksanakan mulai bulan Januari melalui enam (6) aktiviti utama iaitu Audit Kehadiran, Guru Penyayang, Ziarah Cakna Pelajar, Ganjaran Pelajar, Keceriaan Kelas dan Sekolah dan Dialog Prestasi. Analisis data kehadiran menunjukkan berlaku peningkatan peratus kehadiran pelajar bermula bulan Julai hingga November. Jika sebelum ini, peratus kehadiran adalah di bawah 80 peratus, bermula Julai peratus kehadiran sentiasa berada pada tahap 90 peratus ke atas. Kata kunci: Pengurusan Hal Ehwal Murid, 90Plus
1.0 PENGENALAN SMK Telaga terletak 55 KM dari Pekan Pitas, Sabah. Sekolah ini boleh diakses melalui alamat surat-menyurat iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Telaga, Peti Surat 72, Pejabat Pos Mini 89100 Pitas, Sabah, e-mail
[email protected] 088613244 dan faks 088613343. SMK Telaga boleh dihubungi menggunakan jalan darat sejauh 300km dari bandar raya Kota Kinabalu, Sabah. Tindakan awal saya sebaik sahaja memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Telaga (SEMEGA) ialah untuk mengenali dengan lebih mendalam berkenaan SEMEGA. Langkah Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
355
90Plus
pertama saya mulai dengan meneliti profil sekolah seterusnya mengadakan perjumpaan dengan barisan Penolong Kanan dan Ketua Pembantu Tadbir untuk memberikan taklimat berkenaan profil sekolah, latar belakang sekolah, pengurusan pejabat, kewangan serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, hubungan dengan masyarakat luar dan seterusnya maklumat-maklumat tentang prestasi kurikulum, kokurikulum dan disiplin pelajar. Semua perkara di atas perlu saya fahami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan penambahbaikan. Setelah mendapat penjelasan dan gambaran, saya mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit penerangan dan tanggungjawab pemimpin pertengahan dan kepentingan sembilan bidang keberhasilan utama dalam sesebuah organisasi iaitu pengurusan kepimpinan dalam orgnisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan HEM, Kewangan, pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran, pengurusan sumber manusia dan hubungan luar. Refleksi saya daripada sesi ini menunjukkan masih terdapat guru yang kurang maklum dan faham dengan hala tuju terkini pendidikan negara dan apakah keberhasilan yang ingin dicapai. 1.1 Profil Sekolah Tanggal 15 April 2015 saya telah melapor diri untuk memulakan tugas sebagai pengetua di SMK Telaga. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 01 Mac 1981 di bawah kawal selia PPD Pitas. Sekolah ini terletak di luar bandar dan dikategorikan sebagai sekolah gred B. Jenis bantuan yang diterima ialah bantuan penuh (No PTJ: 593101) mempunyai keluasan 24.40 ekar (59.87 hektar). Sekolah ini mempunyai lima (5) buah blok bangunan iaitu dua (2) blok bangunan konkrit dua (2) tingkat, dua (2) buah blok bangunan papan satu (1) tingkat , 15 buah bilik darjah, satu (1) Bilik Guru, satu (1) Pejabat AM, tiga (3) buah makmal,satu (1) Bilik Persediaan dan sebuah surau. Jumlah pelajar terkini ialah 351 orang. Pelajar yang bersekolah di sini datangnya dari kampungkampung berdekatan dan juga pelajar-pelajar dari daerah lain. SEMEGA beroperasi satu sidang sahaja dengan kekuatan 33 orang guru dan 11 orang AKP. SMK Telaga juga mempunyai bangunan asrama yang terdiri daripada dua (2) buah blok iaitu satu(1) blok konkrit tiga (3) tingkat untuk asrama lelaki dan satu (1) blok konkrit tiga (3) tingkat untuk asrama perempuan. Asrama ini menampung seramai 320 orang pelajar yang turut dilengkapi dengan sebuah dewan makan di bawah seliaan lima (5) orang warden. 1.3
Status Quo Sekolah
SMK Telaga merupakan salah sebuah sekolah menengah di daerah Pitas yang mempunyai pencapaian yang masih rendah dalam akademik. Berdasarkan keputusan di peringkat SPM selama 3 tahun berturut-turut, purata GPS sekolah ialah 6.39 (2015 : 6.43), (2016 : 6.17) dan (2017 : 6.58). Melalui beberapa tinjauan dan temubual saya secara rawak kepada guru dan pelajar, saya dapati banyak aktiviti akademik yang dilaksanakan secara berterusan oleh guru. Keadaan ini hanya perlu dimantapkan agar dapat memberi impak maksima untuk meningkatkan prestasi dalam semua bidang terutamanya dalam bidang kurikulum. Pemantapan kehadiran pelajar, pemantapan pedagogi guru, Kelas Anjal, kelas tambahan, bengkel skema pemarkahan antara yang perlu dimurnikan bagi meningkatkan pencapaian kurikulum keseluruhannya. 356
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH
Ketidakhadiran ke sekolah juga dianggap sebagai salah satu penyumbang kepada prestasi akademik yang rendah. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah akan tercicir dan ketinggalan mempelajari topiktopik diajar pada hari tersebut. Jadual 1 menunjukkan analisis sampel data kehadiran pelajar. Jadual 36.1: Peratus Kehadiran Pelajar Tahun 2016-2018
2018
2017
2016
88.39%
86.00%
90.50% (SUMBER APDM SMK TELAGA/HEM)
Ketidakhadiran di sekolah ini sangat membimbangkan. Peratus kehadiran tertinggi sepanjang tiga (3) tahun tidak mencapai target daerah apatah lagi target negeri dan jauh sekali target kebangsaan. Antara isu yang dikenalpasti sebagai penyebab adalah masalah perhubungan, taraf sosio ekonomi, motivasi, jarak dan taraf kesihatan. Berdasarkan isu yang dikenalpasti tersebut maka Projek “90plus” dirancang dan dilaksanakan sebagai salah satu daripada intervensi sokongan HEM.
3.0
PELAKSANAAN
Untuk melaksanakan projek ini, saya berpandukan kepada kaedah perancangan seperti berikut:
3.1
Perancangan
Beberapa siri taklimat dibuat oleh semua Penolong Kanan, Ketua Pembantu Tadbir, Ketua-Ketua Bidang, Ketua-Ketua Panitia dan semua guru untuk mendapatkan gambaran dan maklum balas kepada apakah kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran yang ada di sekolah ini. Tanggungjawab dan peranan saya ialah menggerakkan seluruh warga sekolah untuk sentiasa bekerjasama. Kami bersetuju untuk menjadikan isu ketidakhadiran sebagai keutamaan penting yang perlu ditangani. Saya namakan projek ini sebagai 90 plus. Projek 90plus ini dikonotasi dengan hasrat agar kehadiran pelajar SMK Telaga ini sentiasa pada paras 90 peratus ke atas setiap bulan. Memenuhi hasrat Pejabat Pendidikan yang sentiasa mensyorkan agar semua sekolah di daerah Pitas mencapai peratus kehadiran 90 peratus ke atas. Kenyataan pihak PPD dalam semua mesyuarat, dialog prestasi dan sebagainya sentiasa menyebut agar kehadiran pelajar daerah Pitas dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya mencapai 90 peratus. Untuk merangka projek ini agar lebih bersistem dan dapat mencapai objektif serta memberikan impak yang maksima kepada kumpulan sasaran maka objektif telah dijadikan rujukan, ukuran dan dasar pelaksanaan seperti berikut:
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
357
90Plus
Objektif Am :
Meningkatkan kehadiran dan motivasi pelajar, kerjasama komuniti dan prestasi pelajar SMK Telaga.
Objektif Khusus:
Pada akhir projek peratus kehadiran murid ke sekolah melebihi 90 peratus setiap hari, minggu, bulan dan tahun.
Strategi :
Projek 90plus dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang seperti berikut: Audit Kehadiran ( April - Oktober ) Guru penyayang (Mac) Ziarah Cakna Pelajar (Mac, Jun dan Sept) Ganjaran pelajar (Jun dan September) Keceriaan kelas dan sekolah Dialog Prestasi
1) 2) 3) 4) 5) 6)
3.2
Pelaksanaan Projek 90plus
Aktiviti ini dijalankan mulai seawal Januari 2019 dengan peranan dan tanggungjawab diberikan kapada unit HEM. Jadual 2 menerangkan secara ringkas tentang aktiviti yang dijalankan di dalam projek ini: Jadual 36.2: Pengisian Aktiviti dalam Projek 90plus
Bil 1.
Aktiviti Audit Kehadiran Pelajar
Keterangan ringkas Dijalankan setiap perhimpunan hari Selasa. Pelajar yang tidak hadir akan dikenalpasti, dikumpul dan diberi motivasi serta teguran dan dendaan minima.
2
Guru Penyayang
Mengalu-alukan kedatangan murid di pintu pagar sekolah.
2.
Ziarah Cakna Murid
4.
Ganjaran Pelajar (Hadirmu dihargai)
Menziarah dan melawat murid-murid yang dikenalpasti tidak hadir dalam tempoh yang lama. Memberi ganjaran dan penghargaan kepada murid yang mempunyai 100% hadir setiap bulan.
5
Keceriaan sekolah
Meningkatkan keceriaan dan kesejahteraan murid.
6
Dialog Prestasi
Memberi info terkini kepada ibu bapa dan waris di samping mendapatkan maklumat terkini dan sebaliknya.
358
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus
3.3 Kepimpinan 3.3.1
Bagi memastikan projek ini berjaya, kerjasama dan penglibatan semua Penolong Kanan, Ketua Guru Disiplin, Guru UBK, Guru Kelas dan semua guru adalah perlu agar berlaku permuafakatan dalam organisasi.
3.3.2
Proses penjelasan dan penerangan diberikan kepada semua pelajar setiap kali perhimpunan harian.
3.3.3 Sebagai pengetua, saya sentiasa memberikan motivasi dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan projek ini. 3.4
Pengawalan / Pemantauan
Bagi mengawal keberkesanan projek, borang-borang tertentu telah disediakan. Ini termasuklah borang-borang atau Tool Kit yang bertujuan untuk memudahkan pengumpulan maklumat dan maklumbalas bagi tujuan mengawal perjalanan projek dan penambahbaikan kualiti projek dari masa ke semasa. Jadual 36.3: Borang-Borang Kawalan Projek Bil 1
2
3
4
3.5
Borang/Tool Kit Ringkasan Kegunaan OPPM Digunakan untuk mengawal pergerakan aktiviti projek supaya sentiasa menepati masa, terkawal dan bersistem. OPPM ini diletakkan di beberapa tempat startegik termasuk Papan Kenyataan Akademik, Bilik Guru dan Pejabat Pengetua. Jadual Guru Dibuat bagi memudahkan guru untuk menjalankan tugasan mengikut bertugas Guru hari yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. penyayang Borang laporan Digunakan bagi melihat peratusan kehadiran setiap minggu dan boleh Kehadiran dibuat perbandingan kehadiran pada setiap minggu. Mingguan Buku Rekod Buku rekod perlu dicatat oleh guru yang datang menjalankan program Kehadiran Guru guru penyayang. Penyayang “menyambut pelajar dipintu pagar sekolah’’ Pemetaan Dan Pelaporan Prestasi Projek 3 Tahun
Indikator kejayaan Projek 90plus diukur berdasarkan peratus kehadiran pelajar. TOV, sasaran dan pencapaian sebenar untuk tiga (3) tahun projek ini ditunjukkan dalam Jadual 4.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
359
90Plus
Jadual 36.4: Pemetaan dan Prestasi 3 tahun Projek 90plus Tahun 1 (2019)
Tahun 2 (2020)
Tahun 3 (2021)
KPI TOV Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Sasaran Pencapaian Bidang Sebenar Sebenar Sebenar Pengurusan Hal Ehwal % Kehadiran 88 91 93.38 92 93 Murid
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Penilaian Terhadap Pencapaian Pelajar Data menunjukkan bahawa telah berlaku peningkatan peratusan kehadiran pelajar bermula pada bulan Julai hingga akhir tahun 2019. Perbandingan peratusan boleh dilihat melalui Jadual 5 dan Rajah 1. Jadual 36.5 : Peratus kehadiran murid setiap bulan bagi tahun 2019 Peratusan kehadiran pelajar Bulan
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogos
Sep
Okt
Nov
87.24 %
84.66 %
85.82 %
86.85 %
87.33 %
89.10 %
92.92 %
92.08 %
91.66 %
92.69 %
93.38 %
(Sumber: UPP SMK Telaga)
Rajah 36.1: Graf peratus kehadiran murid tahun 2019 Jadual 36.5 dan Rajah 36.1 di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan peratusan kehadiran pelajar bermula bulan Julai. Sebelum ini, peratusan kehadiran adalah di bawah 80 peratus. Sekolah telah mengambil beberapa langkah untuk memastikan pelajar datang ke sekolah dan menarik minat mereka dengan memberi ganjaran atas kejayaan kehadiran mereka ke sekolah.
5.0
RUMUSAN DAN PERBINCANGAN
Kecemerlangan akademik merupakan salah satu tanggungjawab saya sebagai seorang pengetua di sekolah. Kecemerlangan akademik hanya dapat dicapai sekiranya semua pelajar hadir ke sekolah dan menimba ilmu dalam bilik darjah. Namun, jika pelajar tidak hadir ke sekolah maka kecemerlangan akademik juga tidak dapat dicapai oleh pelajar dan sekolah juga akan mengalami kemerosotan prestasi akademik. Hal ini merupakan satu cabaran yang besar kepada pihak sekolah dalam memastikan pelajar suka hadir ke sekolah kerana terdapat pelbagai faktor yang telah menyebabkan pelajar tidak mahu ke sekolah. Namun, perkara ini telah dibincangkan bersama semua pentadbir untuk sama-sama mengatasi masalah ini. 360
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
90Plus
Aktiviti paling utama yang telah dilakukan oleh pihak sekolah ialah mencari pelajar yang ponteng tegar dan melawat ke rumah pelajar tersebut untuk memujuk pelajar datang ke sekolah. Aktiviti ini dikenali sebagai Program Ziarah Cakna yang diadakan pada bulan Januari. SMK Telaga telah menjadi tuan rumah bagi Ziarah Cakna Tahun 2019 dengan dihadiri oleh pegawai PPD, guru-guru dari sekolah lain, datang untuk melawat pelajar sekolah ini bagi memberi motivasi dan memujuk mereka supaya datang ke sekolah. Seterusnya, program ini diadakan untuk kali kedua pada bulan Julai, yang turut disertai oleh pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Pentadbiran dan kaunselor sekolah. Namun, Ziarah Cakna kedua tidak begitu berjaya kerana ibu bapa pelajar tersebut tidak begitu tegas dengan anak-anak mereka. Ini menunjukkan bahawa jika tiada kerjasama daripada ibu bapa, pelajar tetap juga tidak akan hadir ke sekolah kembali. Walau bagaimana pun masih ada juga segelintir pelajar yang berjaya dipujuk untuk kembali ke sekolah dan pelajar tersebut bersekolah hingga sekarang. Jelas menunjukkan cabaran terbesar kepada sekolah selain daripada faktor-faktor di atas ialah kerjasama dari pihak ibu bapa kerana jika ibu bapa yang mempunyai kesedaran untuk menghantar anak mereka ke sekolah, mereka tidak akan membiarkan sahaja pelajar tersebut tidak ke sekolah. Pihak sekolah memahami dengan keadaan jalan raya yang teruk, masalah kewangan keluarga, namun jika ibu bapa yang faham dengan peri pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka, mereka akan terus berusaha untuk menyekolahkan anak-anak mereka. Hal ini telah menyebabkan pihak sekolah bertindak lebih tegas untuk mengambil tindakan kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Pihak sekolah berharap agar dengan tindakan tegas yang diambil kepada anak-anak mereka, akan menyebabkan ibu bapa lebih peka tentang kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Saya juga telah mendapat kerjasama penuh dari semua guru-guru dalam memastikan pelajar-pelajar hadir ke sekolah. Pelajar yang tidak hadir sekolah telah diberikan surat amaran dan diambil tindakan sejajar dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian. Melalui guru-guru kelas juga, saya telah mengenal pasti pelajar yang akan dibantu untuk memastikan pelajar ini datang ke sekolah kembali. Memang tidak dinafikan bahawa kerjasama guru-guru telah memudahkan pelaksanaan program 90plus ini berjalan dengan lancar. Harapan saya untuk tahun-tahun akan datang, pihak sekolah dapat mengekalkan peratusan kehadiran di atas 90 peratus dan memberi kesedaran kepada ibu bapa dan para pelajar untuk terus hadir ke sekolah. Impak yang paling positif yang ditunjukkan oleh pelajar sekarang ialah pelajar begitu teruja apabila nama mereka disebut di perhimpunan rasmi kerana kehadiran penuh bagi setiap bulan. Rumusannya, projek 90plus ini telah berjaya mencapai objektif yang dihasratkan.
6.0 RUJUKAN Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM PPD Pitas Bil 2/2019. Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM SMK Telaga Bil 1/2019. Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Telaga 2019. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kpm-perluas-konsep-sekolah-penyayangPelan Strategik HEM 2017 -2020. SMK Telaga, Pitas. Analisis Kehadiran Murid (APDM) 2019. SMK Telaga, Pitas.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
361
362
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
CAKNA KEHADIRAN MAIL BIN SUANDA Pengetua SMK Chinta Mata
[email protected] DR. JAMELAA BIBI BT ABDULLAH Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] LIAN FE CHU SIP+ PPD Tenom
ABSTRAK Ponteng merupakan perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada tempoh hari persekolahan. Ponteng juga merujuk kepada istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Terdapat 2 kategori ketidak hadiran, iaitu luar kawalan dan dalam kawalan. Isu luar kawalan adalah seperti ponteng dengan kebenaran seperti sakit atau dilanda musibah seperti ahli keluarga sakit tenat atau meninggal, termasuk juga bencana alam. Yang penting ada surat makluman kepada pentadbir sekolah. Kedua, dalam kawalan iaitu ponteng tanpa sebab iaitu pelajar sengaja ponteng tanpa sebarang pemakluman. Merujuk kepada SMK Chinta Mata, masalah ponteng lebih kepada kategori kedua iaitu ponteng tanpa sebab dan makluman. Program CAKNA KEHADIRAN dijalankan menggunakan kaedah PDCA iaitu perancangan, Perlaksanaan, Semakan dan Tindakan Susulan berasaskan kesesuaian program dana aktiviti yang dilaksanakan. Dapatan menunjukkan terdapat peningkatan peratus kehadiran dan penurunan kadar ponteng di SMK Chinta Mata. Justeru, laporan ini menunjukkan usaha-usaha yang dibuat oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ketidakhadiran pelajar 2019 -2021. Meskipun belum menampakkan impak yang besar, tetapi masih boleh diperkasakan lagi. Kata kunci: ponteng, luar kawalan, dalam kawalan
1.0 PENGENALAN Nama Sekolah ialah SMK Chinta Mata, Tenom, Sabah. Terletak di luar Bandar. Merupakan sekolah harian berasrama Gred B. Jarak Sekolah dari Ibu negeri (Kota Kinabalu) ialah 175 KM, manakala jarak Sekolah dari PPD Tenom ialah 5 KM. Dibuka mulai 2010 dengan menumpang di SK Chinta Mata. Kemudian mula beroperasi di bangunan sekarang pada November 2011.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
363
Cakna Kehadiran
1.1
Profil Sekolah
Bilangan murid pada tahun ini berjumlah 408 orang,manakala bilangan guru ialah 37 orang. Bilangan kakitangan sokongan ialah 5 orang. Mula bertugas sebagai pengetua di sekolah ini pada1 Disember 2012. Prestasi SPM 2013-2018 adalah seperti di bawah diikuti rekod kehadiran pelajar 2015-2018. Jadual 1 menunjukkan prestasi naik dan turun kualiti SPM berdasarkan Gred Purata Sekolah bagi SPM 2015-2018. Dapatan menunjukkan kualiti SPM terbaik pada tahun 2018 iaitu 5.97 dan peningkatan 0.51 dari tahun sebelumnya. Jadual 37.1: Gred Purata Sekolah
Tahun
Keseluruhan GPS 6.62 6.91 6.56 6.07 6.48 5.97
2013 2014 2015 2016 2017 2018
Beza -0.29 +0.35 +0.49 -0.41 + 0.51
Sumber : Analisa Pencapaian SPM 2015 – 2018
Jadual 2 pula memaparkan analisis kehadiran dan masalah ponteng antara tahun 2015–2018. Data menunjukkan peratus kehadiran meningkat namun masih jauh untuk capai sasaran Kementarian Pendidikan Malaysia 95 peratus. Seterusnya peratus kadar ponteng menunjukkan penurunan, namun peratus yang dicatatkan masih tinggi dan sekaligus turut dianggap salah satu punca prestasi akademik yang tidak konsisten.
Jadual 37.2: Kehadiran dan Ponteng Sekolah
Tahun 2015 2016 2017 2018
Keseluruhan Peratus Hadir Peratus Ponteng 90.18 9.82 91.75 8.25 91.7 8.3 92.85 7.15
Sumber : Analisa kehadiran dan ponteng 2015 - 2018
Berdasarkan perbincangan prestasi SPM yang dibentangkan semasa sesi pertemuan dengan pembimbing program InPeKS Kohort 2018, sebenarnya masalah pencapaian prestasi 364
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran
akademik berkait rapat dengan masalah ketidak hadiran pelajar. Justeru, sekolah menambah baik langkah-langkah sedia ada bagi mencapai kedua-dua matlamat iaitu menangani masalah ponteng sekali gus meningkatkan prestasi SPM.
2.0
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Pihak pengurusan sekolah telah bermesyuarat dan mencari punca ketidak hadiran pelajar ke sekolah. Hasil analisis dokumen dan sumbang saran bidang Hal Ehwal Murid mendapati terdapat sembilan punca ketidak hadiran sepanjang 2018, berdasarkan Jadual 3 iaitu kadar kekerapan mengikut urutan seperti yang dinyatakan di bawah. Hasil analisis menunjukkan punca ketidak hadiran terbahagi kepada dua elemen iaitu luar kawalan dan dalam kawalan. Bagi punca luar kawalan yang tertinggi adalah pelajar sakit (47.76%), diikuti urusan keluarga (14.22%), ahli keluarga meninggal (3.51%), dan review hospital (0.16%). Bagi punca dalam kawalan yang tertinggi adalah tertinggal bas atau lambat bangun (28.84%), diikuti kenderaan rosak/tiada (3.19%), malas (2.4%), pakaian basah/ hilang (0.96%) dan penat (0.96%). Jadual 37.3: Punca Ketidak hadiran murid 2018
Bil
Sebab Ponteng
Jumlah
Peratus
1
Sakit
299
47.76
2
Tertinggal bas/lambat bangun
168
28.84
3
Ahli Keluarga Meninggal
22
3.51
4
Kenderaan rosak/tiada
20
3.19
5
Review Hospital
1
0.16
6
Urusan Keluarga
89
14.22
7
Pakaian basah/hilang
6
0.96
8
Penat (selepas bersukan/bantu ibu bapa bekerja)
6
0.96
9
Malas
15
2.4
Berdasarkan punca ini, pihak pengurusan yang diketuai oleh bahagian hal ehwal murid telah mengadakan mesyuarat dan mencari jalan penyelesaikan bagi memantapkan pengurusan disiplin sekolah. Satu perancangan selama tiga tahun telah dirangka bagi meningkatkan peratus kehadiran murid seperti yang dipaparkan dalam Jadual 37.4. Berdasarkan Jadual 37.4, TOV berdasarkan pencapaian terbaik kehadiran ialah 92.85 peratus (2018). Ini bermakna KPI sekolah ialah peningkatan sebanyak 1.15 peratus iaitu sebanyak 93.85 peratus bagi tahun 2019, 94.85 peratus bagi tahun 2020 dan 95.85 peratus bagi tahun 2021 yang dibundarkan kepada 96 peratus. Anggaran 1 peratus pengurangan ponteng adalah berdasarkan pengiraan tiga tahun terakhir (2018-2016)
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
365
Cakna Kehadiran
Jadual 37.4: Pemetaan 3 Tahun
Isu
Matlamat
Objektif
Sasaran
TOV
KPI
Kehadiran Memantapkan Memastikan pengurusan masalah Pelajar Kadar % disiplin disiplin ponteng khususnya kurang ponteng 3% dikurangkan ke tahap minima
2019
2020
2021
-1%
-1%
-1%
93.85
94.85
95.85
(2018) 92.85
(96)
Bagi mencapai sasaran tahun 2019, maka pelan operasi telah disediakan dan dimasukkan dalam Carta Gantt seperti yang terdapat dalam Jadual 37.5.
Jadual 37.5: Carta Gantt Perancangan Program Mengatasi Ketidakhadiran Bulan Program Pelancaran Kempen Jom ke Sekolah Guru Penyayang Sahsiah Mulia
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogo
Sep
Okt
Nov
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
x
X
X X
Ziarah Cakna Bersama Komuniti
x
PIBG Turun Sekolah Dialog dengan Waris
X
Kad Kawalan Kelas Kelas Ceria Kaunseling/
X X
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
x x
X
x
x
x
x
x
x
x
x
x
Disiplin
366
x
x
x x x
Jati Diri
x
Penghargaan
x
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran
3.0
PELAKSANAAN PROGRAM
Sebanyak 12 buah program CAKNA KEHADIRAN telah dirancang bagi mengatasi ketidak hadiran telah dilaksanakan seperti Pelancaran Kempen Jom Ke sekolah, Program Guru Penyayang, Program Sahsiah Mulia, Program Ziarah Cakna, Program Bersama Komuniti Desa Sapong, PIBG Turun Sekolah, Dialog dengan Waris, Kad Kawalan Kelas, Kelasku Ceria, Sesi Kaunseling dan Disiplin, Program Jati Diri, Majlis Penghargaan. Berikut adalah huraian bagi setiap program bagi mengatasi ketidak hadiran pelajar: i.
Pelancaran Kempen Jom Ke sekolah.
Ini merupakan program yang dilaksanakan bersama pasukan Polis Diraja Malaysia Daerah Tenom. Dalam program ini murid-murid dikumpulkan untuk mendengar taklimat daripada Wakil PDRM tentang peranan pelajar serta peraturan-peraturan yang perlu diikuti serta tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka yang membuat pelanggaran undang-undang jalan raya khususnya pelajar yang menggunakan motosikal. Nasihat yang diberikan amat berguna kepada pelajar agar mereka sedar tentang kepentingan belajar dan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang diberikan kepada mereka oleh kerajaan agar dijaga dengan baik.Pegawai Perhubungan PDRM akan sentiasa datang membantu memantau disiplin pelajar. ii.
Program Guru Penyayang
Program ini dilaksanakan sepanjang tahun yang melibatkan semua guru. Guru-guru diberi jadual mengalu-alukan kehadiran pelajar di pintu utama sekolah sebagai penghargaan kepada kehadiran mereka ke sekolah setiap hari. Selain itu guru kelas bersama rakan sekelas meraikan hari lahir pelajar. Untuk memudahkan hari lahir pelajar, tarikh lahir ditulis di papan jadual. Guru juga menziarahi pelajar yang sakit serta menghantar sumbangan wang tunai aatau barangan keperluan sekiranya aada ibu bapa pelajar yang meninggal dunia. iii. Program Sahsiah Mulia Program ini dilaksana setiap pagi hari jumaat selama 30 minit bermula jam 7.00 – 7.30 pagi; murid Islam di Surau manakala murid bukan Islam di Dewan. Bagi murid Islam mereka akan membaca Surah Yassin diikuti slot tazkirah oleh guru yang diberi giliran. Begitu juga murid bukan Islam diberi kuliah moral. Semua tajuk berkenaan akhlak sebagai pelajar dan lain-lain tajuk berkaitan tanggung jawab dan peranan kepada ibu bapa, guru, sekolah dan Negara. iv. Program Ziarah Cakna Dilaksanakan merujuk kepada data murid yang kerap tidak hadir. Pentadbir bersaama guru kelas, guru kaunseling mengunjungi pelajar serta berbincang bersama ibu bapa mencari punca dan langkah memujuk pelajar kembali ke sekolah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
367
Cakna Kehadiran
v. Program Bersama Komuniti Desa Sapong Pihak sekolah dengan kerja sama PIBG telah melaksanakan Program Bersama Komuniti dengan menumpukan kepada kampong paling ramai ponteng. Berdasarkan Jadual 6, didapati tiga kampung asal pelajar yang di bawah ini merupakan bilangan yang sering ponteng disebabkan jumlah pelajar daripada ketiga-tiga kampong ini melebihi 50% enrolmen keseluruhan murid iaitu 408 orang Jadual 37.6: Bilangan kampung paling ramai ponteng
Kampung/ Jarak ke sekolah Sapong / 2-5 km Bamban / 17 km Masanoi / 21
1 26 13 19
2 25 6 10 JUMLAH
3 35 8 6
Tingkatan 4 27 6 2
5
Jumlah
%
24 18 11
137 51 48 236
34.08 12.69 11.94 58.71
Program ini dijalankan oleh Unit Disiplin, Unit Bimbingan Kaunseling dengan kerja sama PIBG sekolah bertempat di Dewan Desa Sapong. Desa Sapong adalah petempatan bagi pekerja Ladang Sime Dirby. Pelajar dari Desa Sapong majoriti anak-anak buruh ladang. Program ini melibatkan pembentangan data akademik PT3 dan SPM Tiga tahun sebelumnya, pembentangan data ponteng semua tingkatan. Kemudian sesi dialog diadakan bagi mengenal pasti langkah yang boleh diambil bersama. Turut memberi taklimat ialah Pegawai Polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom yang menerangkan tindakan yang boleh dilakukan terhadap murid yang melepak hingga tengah malam. Berdasarkan penelitian, murid Desa Sapong ponteng disebab a. Ibu bapa mereka keluar bekerja seawal 5.30 pagi. Mereka sukar memastikan sama ada anak mereka sudah ke sekolah atau tidak b. Rumah yang berkelompok, rapat dan saiz bilik yang kecil tidak selesa bagi anak-anak tambahan jika dihuni oleh beberapa keluarga c. Anak-anak merayau ke rumah kawan-kawan berdekatan pada waktu malam hingga ke awal pagi, menyebabkan mereka sukar bangun pagi dan ponteng d. Pengaruh rakan-rakan bermotosikal yang berpeleseran menyebabkan mereka tidak mengulang kaji e. Ibu bapa berserah kepada guru sepenuhnya memandangkan latar belakang pendidikan yang rendah. Selepas program, masih tidak menunjukkan peningkatan kehadiran yang banyak bagi pelajar Desa Sapong. Program Zoom In-Zoom Out dilaksanakan bulan Ogos dengan mengumpulkan pelajar ponteng tegar bersama ibu bapa. Data akademik setiap pelajar difokuskan dan waris diberi kefahaman pentingnya mereka membantu mengurus kehadiran dan memastikan anak mereka belajar di rumah. 368
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran
vi. PIBG Turun Sekolah AJK PIBG dan ahli-ahli yang berkelapangan masa datang ke sekolah untuk berbincang dengan pentadbir serta guru berkenaan masalah pelajar. Wakil-wakil kampong yang dilantik akan membantu guru menziarahi pelajar yang sering ponteng. Mereka juga melawat pelajar khususnya semasa peperiksaan bagi memberi motivasi kepada pelajar. vii. Dialog dengan Waris Diadakan sempena Hari Bertemu Waris yang diaadakan 3 kali setahun iaitu Januari, Jun daan septemeber iaitu membincangkan laporan keseluruhan pencapaian pelajar tahun sebelumnya, selepas peperiksaan pertengahan tahun (PPT) dan selepas Percubaan SPM. Selain akademik, kehadiran dan sahsiah turut dibincang kan. viii. Kad Kawalan Kelas Bertujuan mengesan pelajar ponteng serta pelanggaran peraturan yang berlaku sepanjang hari. Kad ini amat berkesan memantau pelajar, pelajar yang tidak berada di dalam kelas mudah dikesan dan amat membantu guru mengatasi ponteng kelas, ponteng sekolah serta merekod disiplin pelajar ke dalam SSDM selepas sesi kauseling dibuat ke aatas mereka yang terlibat. ix.
Kelasku Ceria
Untuk menarik minat pelajar ke sekolah dan sukakan kelas, suasana pembelajaran bilik darjah dibuat berdasarkan susunan kelas PAK21. Tema hiasan disesuaikan mengikut perkembangan seperti Perayaan, Hari Kemerdekaan, Anti Dadah dan sebagainya. Hadiah kelas ceria diberikan sebagai galakan. x. Sesi Kaunseling dan Disiplin Merupakan langkah bersepadu yang diambil bagi semua kes disiplin termasuk kes ponteng. xi.
Program Jati Diri
Lazimnya program ini dibuat pada penghujung tahun oleh Unit Bimbingan Kaunseling bersendirian atau kerja sama PDRM. Pelajar yang dipilih ialah pelajar yang beresiko termasuk yang kerap ponteng. Program ini banyak memberI kesedaran kepada murid. xii. Majlis Penghargaan Diadakan pada penghujung tahun bagi menghargai pelajar yang mempunyai peratus kehadiran yang baik.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
369
Cakna Kehadiran
4.0 PENILAIAN DAN IMPAK DATA Berdasarkan 12 program yang telah dilaksanakan secara keseluruhan seperti yang dipaparkan dalam Jadual 8 menunjukkan peratus ponteng menunjukkan sedikit penurunan iaitu daripada 7.15 peratus kepada 6.26 peratus. Impak daripada program turut menunjuukan peningkatan peratus kehadiran iaitu daripada 92.85 peratus (2018) kepada 93.74 (2019), namun demikian ia masih belum mencapai sasaran 2019 iaitu 93.85. Jadual 37.8: Keseluruhan bilangan dan peratus ponteng Januari – September 2019
TAHUN 2018 2019
% KEHADIRAN 92.85 93.74
% PONTENG 7.15 6.26
Perincian peratus ponteng dan keahiran mengikut bulan januari hingga September adalah seperti yang diapaprkan dalam Jadual 37.9. Jadual 37.9: Bilangan dan Peratus Ponteng Januari – September 2019
BULAN
BIL. MURID
% HADIR
% PONTENG
JANUARI
408
95.46
4.54
FEBRUARI
406
94.00
6.00
MAC
406
94.14
5.86
APRIL
408
91.78
8.22
MEI
406
94.10
5.90
JUN
407
93.95
6.05
JULAI
403
93.42
6.58
OGOS
405
92.98
7.02
SEPTEMBER
401
93.72
6.28
PURATA
406.13
93.74
6.26
Pihak sekolah turut membuat analisis berdasarkan kampung dan berdasarkan data Jadual 10, Kg. Sapong menunjukkan kadar ponteng tertinggi (2.46 %), Kg. Masanoi (0.85 %), Kg. Bamban (0.71 %) dan Kg Sungai Api (0.65 %). Jika dikira jarak ke sekolah pula, sebenarnya Kg Sapong hanya dalam lingkungan 5 KM dan tiada masalah pengangkutan. Tetapi bilangan pelajar dari Kampung paling ramai iaitu 137 orang (34 %). Kg. Masanoi 21 KM agak jauh memang menghadapi masalah pengangkutan termasuk Kg. Bamban 17 KM.
370
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran
Jadual 37.10 : Status Kehadiran dan Ponteng Keseluruhan Januari – September 2019 BIL
KAMPUNG
Jarak Ke JUMLAH Sekolah MURID (km)
%
BIL % BIL HADIR HADIR PONTENG
% PONTENG
1
KG. CHINTA MATA
1.3
41
10.2
6200
9.7
289
0.45
2
KG. ANGANANGAN
3.1
15
3.73
2170
3.4
43
0.07
3
KG. SAPONG
5.2
137
34.08
20568
32.19
1570
2.46
4
KG. SUNGAI API
13
42
10.45
6137
9.61
416
0.65
5
KG. MANSASOH
14
15
3.73
2252
3.52
107
0.17
6
KG. PAAL / ULU PAAL
16
8
1.99
1152
1.8
100
0.16
7
KG. BAMBAN
17
51
12.69
7042
11.02
451
0.71
8
KG. MAILO
21
16
3.98
2434
3.01
78
0.12
9
KG. AMBOI / TMN TENSAN / QTRS SESB
3.4
5
1.24
612
0.96
55
0.09
10
KG. MASANOI
21
48
11.94
7129
11.16
546
0.85
11
KG. KEMABONG / K. TOMANI
30
5
1.24
575
0.9
48
0.08
12
KG. TENOM LAMA
3.4
7
1.74
706
1.11
39
0.06
13
PEKAN TENOM / IPD
4.1
2
0.5
457
0.72
17
0.03
14
KG. JAWA ULOI / PERUMAHAN KALLANG
7.3
3
0.75
554
0.87
79
0.12
15
KG. PANGI
10
2
0.5
270
0.04
46
0.07
16
LAIN –LAIN
5
1.24
1679
3.81
67
0.09
402
100
59937
93.82
3951
6.18
JUMLAH
Jadual 11, menunjukkan berdasarkan data asrama pula menjelaskan kapasiti asrama ialah 150, manakala pelajar yang diterima masuk mengikut kampong tersebut berjumlah 114, bermakna ada 179 lagi yang perlu dipertimbangkan berdasarkan jarak dan keadaan rumah yang tidak selesa.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
371
Cakna Kehadiran
Jadual 37.11 : Bilangan pelajar tinggal di asrama mengikut kampung kadar tertinggi ponteng
Bil. Tinggal Asrama Bil
1 2 3 4 5
Kampung/
Jumlah Pelajar
Lelaki
Perempuan
Zon Sapong
137
10
13
23
16.7
/5KM+ Zon Bamban
51
7
18
25
49.01
/17KM+ Zon Masanoi/
48
19
18
37
77.08
21KM+ Zon Mansasoh
15
4
8
12
80
/14KM+ Sg. Api
42
5
12
17
40.47
/13KM+ JUMLAH
293
Jarak
Jumlah
%
114
Hasil pelaksnaan program dan penilaian menunjukkan kadar ponteng dan kehadiran boleh di atasi sekiranya bebrapa peraka di bawah dibuat penambahbaikan segera. Antaranya adalah: i.
Terdapat keperluan menambah bilangan kapasiti asrama antara 100-150 orang bagi menampung murid yang tinggal jauh seperti Kg. Bamban, Kg. Masanoi dan Kg. Sungai Api. Penambahan kapasiti kelak membolehkan pelajar Zon Sapong Khususnya yang tinggal di Ladang Sapong (Sime Dirby Plantation) dapat dimasukkan. Meskipun jarak setakat 5KM tetapi saiz rumah yang kecil dengan bilangan ahli keluarga yang ramai meenyebabkan anak-anak tidak selesa di rumah, menyebabkan mereka keluar merayau hingga larut malam dan tidak belajar. Kesannya akademik merosot serta terlibat dalam masalah disiplin seperti merokok dan ponteng sekolah. ii. Masalah bekalan air dari Jabatan Air Negeri Sabah turut mendatangkan impak kepada kehadiran. Contohnya pada bulan Mac, bekalan air terputus hampir seminggu menyebabkaan pelajar asrama di arah balik Kampung. Mereka menghadapi kesukaran hadir ke sekolah kerana masalah pengangkutan. iii. Pemimpin setempat termasuk MPKK perlu memain peranan memastikan pelajar sekolah tidak banyak dilibatkan dalam acara perayaan seperti Pesta Kalimaran (Kaum Murut) yang berlangsung pada bulan April. Jika bukan kerana peperiksaan Pertengahan Tahun berlangsung bulan Mei, kehadiran mungkin terjejas disebabkan ketika itu adalah sambutan Pesta Kaamatan. Meski pun data ponteng tidak begitu menunjukkan angka besar berdasarkan bulanan tetapi puratanya mencapai 93.00 % ke atas. Beberapa impak lain boleh dilihat hasil daripada program ini. Antaranya ialah;
372
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Cakna Kehadiran
Keprihatinan ibu bapa untuk hadir dalam perjumpaan dengan pihak sekolah seperti Hari Bertemu Waris semakin meningkat. ii. Peranan PIBG turut meningkat dalam membantu program sekolah seperti menyediakan dana Program Bersama Komuniti, membuat meja pelajar (250 buah) dan kerusi meja kantin sekolah (16 buah). Mereka juga turut melawat bilik darjah khususnya semasa peperiksaan bagi menunjukkan keperihatinan terhadap akademik anak-anak. Mereka juga turut mendapatkan sumbangan dana berjumlah RM15,000.00 daripada Yang Berhormat Ahli Parlimen untuk membeli kerusi meja Pusat Sumber Sekolah serta memasang kipas angin. Ini disebabkan tiada bekalan perabot disediakan sejak sekolah ini dibuka 2011. iii. Yang Berhormat ADUN Kemabong juga turut membantu menyediakan dana RM2000.00 bagi program Tuisyen SPM. iv. Bank Rakyat juga memberikan dana tusyen SPM untuk makan-minum pelajar yang tinggal di luar asrama berjumlah RM2,500.00 v. Pihak PDRM membantu sekolah mengesan pelajar ponteng di lokasi panas dan kesannya tidak ada laporan lagi daripada penduduk kampong berdekatan berkenaan pelajar ponteng di lokasi tersebut. PDRM juga melawat sekolah setiap bulan dan memberi nasihat kepada pelajar agar tidak melanggar disiplin sekolah serta membantu sekolah menyelesaikan kes-kes disiplin yang berunsurkan jenayah seeperti mencuri, cabul dan buli. vi. RELA juga turut membantu membuat rondaan di kawasan sekolah bagi memantau disiplin murid khususnya murid asrama. Merupakan tindakan mereka yang pertama kali dilakukan tanpa bayaran. vii. Murid pula berlumba-lumba mencantikkan kelas masing-masing supaya selesa dan banyak info di sediakan oleh mereka sendiri. viii. Murid juga suka membantu pihak sekolah mengindahkan kawasan sekolah khususnya selepas peperiksaan PT3, dan sekali gus tidak lagi ponteng sekolah. ix. Guru-guru Kelas juga mengamalkan konsep Guru Penyayang dengan mengadakan sambutan hari lahir bagi anak-anak jagaan. x. Kes-kes disiplin berat jarang berlaku. i.
5.0 RUMUSAN DAN PENUTUP Program CAKNA KEHADIRAN telah berjaya mengatasi ketidakhadiran dan ponteng dapat dikurangkan secara berterusan dengan usaha yang optimis warga SMK Chinta Mata, meskipun terdapat beberapa cabaran yang perlu sama-sama diatasi oleh pihak PPD, JPN dan Kementerian Pendidikan. Pertama, KPM harus memastikan peralatan makmal disegerakan memandangkan terdapat 6 buah makmal dibina tetapi belum ada peralatan dibekalkan meskipun telah dimohon sejak mula 2011 lagi. Ini penting bagi menarik minat pelajar masuk ke sekolah ini serta mengelakkan perpindahan pelajar bijak dan berminat aliran sains berpindah sekolah lain selepas PT3. Kesannya yang tinggal hanya pelajar yang berprestasi sederhana. Kedua, KPM perlu menambah kapasiti asrama antara 100 hingga 150 bagi menempatkan lebih ramai pelajar yang jauh serta bermasalah kenderaan persekitaran yang tidak selesa seperti Desa Sapong Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
373
Cakna Kehadiran
Ketiga sekolah perlu merapatkan lagi hubungan dengan pemimpin masyarakat kampong agar benar-benar membantu menguruskan pembelajaran anak-anak di rumah. Sekolah akan mencadangkan kepada Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK) agar turut melaksanakan pemantauan kepada kehadiran serta kejayaan anak-anak dengan turut memberi hadiah/ganjaran kepada ibu bapa serta anak-anak yang cemerlang. Adakah ini mampu dilaksanakan oleh MPKK? Keempat, majoriti pelajar tingkatan 1 yang dialirkan masuk ke sekolah ini merupakan adalah dari sekolah yang berprestasi sederhana dan lemah akademik dalam UPSR. Pelajar pintar memilih Sekolah Menengah Agama Keningau, Sekolah Berasrama Penuh serta Sekolah yang telah terkenal seperti SMJK Chung Hwa. Manakala kebanyakkan guru SMK Chinta Mata adalah guru baharu 63 % adalah wanita. Sungguh pun begitu, berdasarkan kerjasama semua pihak sama ada ibu bapa, PPD, JPN dan KPM serta pemimpin setempat dan lain-lain; SMK Chinta Mata boleh terus mengorak langkah ke arah yang lebih baik.
6.0 RUJUKAN Hj. Md. Fiah Bin Md. Jamin (2015). Seleksi Karya Sedekad Jurnal Pendidikan MPSM 2005 – 2014 Edisi 2015. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Nasional (2012). Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.
374
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
PROJEK 40:60 PROGRAM PENINGKATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK ROHANI BT RAMLEE Pengetua SMK Taun Gusi 2
[email protected] DR. JAMELAA BIBI BT ABDULLAH Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands
[email protected] DR. ZAKARIA BT OTHMAN Pegawai SIP+ PPD Kota Belud
ABSTRAK Projek 40:60 dijalankan untuk meningkatkan peratus penguasaan tahap minimum murid Tingkatan dua 2019 dalam peperiksaan kendalian sekolah. Isu murid Tidak Menguasai Tahap Minimum (TMTM) dalam peperiksaan kendalian sekolah perlu ditangani awal. Kajian keperluan adalah strategi pertama digunakan untuk mengenal pasti isu. Murid terlibat terdiri daripada 142 orang murid Tingkatan 2 di SMK Taun Gusi Dua, Kota Belud. Analisis headcount AR3 Tingkatan satu 2018 digunakan sebagai TOV. Dalam projek ini markah peperiksaan murid tidak diambil 100% daripada keputusan peperiksaan. Jumlah 40 mewakili kerja kursus di mana skema 5% untuk pemeriksaan buku latihan murid, 15% folio, 15% pembentangan dan 5% bersemuka. Autonomi guru menentukan tajuk dan jenis projek.Tempoh masa menyiapkan sesebuah projek adalah 1 hingga 3 bulan. Jumlah 60 pula adalah markah daripada peperiksaan penggal. Program ini juga merangkumi intervensi untuk guru, iaitu program FTF. Program FTF bermatlamat untuk mengupayakan guru selain mengoptimumkan bimbingan dan pementoran. Setelah projek dijalankan, keputusan AR2 menunjukkan keputusan yang positif iaitu penurunan peratus TMTM sebanyak 32.16% berbanding AR3 2018 46.39%. Walau bagaimanapun, dapatan ini belum jelas menunjukkan projek 40:60 memberi impak positif kepada setiap kategori murid yang berbeza di sekolah ini. Oleh itu, projek 40:60 yang lebih terperinci akan dilakukan dalam fasa kedua di mana pemilihan tajuk projek lebih kepada soalan KBAT dan kumpulan pentadbir pertengahan diupayakan dalam FTF bagi melihat keberkesanan program tersebut dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kata kunci: membangun kapasiti guru, autonomi guru, kbat,
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
375
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
1.0 PENGENALAN SMK Taun Gusi Dua merupakan sekolah menengah yang ke sembilan di daerah Kota Belud. Didirikan di atas tanah seluas 14.6 ekar di Kampung Keguraan Kota Belud iaitu kira-kira 16 kilometer dari pekan Kota Belud. Dilantik sebagai pengetua dan telah melapor diri ke SMK Taun Gusi Dua pada 15 Julai 2018 bagi mengantikan pengetua yang bersara wajib pada 12 Julai 2018. Kehadiran ke sekolah ini merupakan pengetua kedua sekolah ini. 1.1.
Profil Sekolah
Seusai dilantik, perkara pertama dilakukan adalah memulakan analisis persekitaran untuk mengenal pasti isu sekolah ini. Pengurusan pentadbiran yang memerlukan perhatian segera adalah pentadbiran kewangan dan akaun (tidak berstatus PTJ dan tiada permohonan semenjak beroperasi). Keadaan ini menyebabkan operasi yang melibatkan kewangan kurang efisien (sebarang urusan kewangan yang melibat pembelian, penyelenggaraan, emolumen, pengurusan hasil dan sebagainya terpaksa melibat urusan pihak PPD). Selain itu, infrastruktur lain yang perlu perhatian adalah satu daripada 6 tangki air berkapasiti 10000 liter mengalami kebocoran. Hal ini menyebabkan pembaziran air dan tekanan air rendah. Setelah membuat pemeriksaan di rumah pam didapati hanya satu daripada dua pam air yang ada berfungsi, kedua-dua pam mengalami kebocoran. Bekalan elektrik di dalam rumah pam juga bermasalah yang disebabkan oleh wayar yang telah reput. Stor barangan pejabat bocor dan dimasuki air. Keadaan katil, tilam, bantal dan almari di asrama daif. Keadaan tandas dan tempat wuduk di surau sekolah rosak. Ini menyebabkan keadaan yang tidak selesa untuk penghuni asrama. Dalam analisis SWOT juga mendapati sekolah ini dikategorikan sebagai sekolah yang berisiko terdedah dengan ancaman pengedaran dadah jenis shabu kerana sekolah ini paling dekat dengan kawasan pengedaran yang dikenalpasti oleh pihak PDRM. Tuntasnya sekolah ini berada dalam iklim yang sederhana namun ruang ruang penambahbaikan masih terbuka luas. Mewujudkan kumpulan G8 telah banyak membantu dalam membuat perancangan strategik 2019-2021 secara holistik merangkumi sembilan bidang keberhasilan pengetua. Visi dan misi yang jelas untuk mentransformasikan SMK Taun gusi Dua ke arah pencapaian prestasi akademik, kemahiran insaniah, prestasi kokurikulum yang tinggi oleh semua murid selain pencapaian prestasi pengurusan yang cemerlang. Setakat Mei 2019, semua masalah infrastruktur yang wujud telah berjaya dibaik pulih. Permohonan pentadbiran kewangan dan akaun berstatus PTJ juga telah dipohon dan sedang menunggu kelulusan pihak KPM. SMK Taun Gusi Dua telah dinamakan sebagai sekolah SBR yang berkedudukan Band 6 NKRA. GPS SPM pada tahun 2017 ialah 6.29. GPS SPM tahun 2018 telah melonjak kepada 5.75. Sekolah ini telah mencatat lonjakan tertinggi daerah sebanyak 0.54. Moto yang menjadi pegangan adalah Muridku Asetku, Wargaku Asetku,Sekolahku Asetku, KeranaMu: Biar Setitik; Berkocak, Biar Setapak; Bergerak’.
376
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
2.0.
MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENAMBAHBAIKAN
Bagi tujuan pelaksanaan projek, daripada 9 bidang SKKSM bidang kurikulum adalah fokus projek 2019. Kajian keperluan telah dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti isu yang terdapat di sekolah. Dalam proses tersebut data-data diperlukan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah berbangkit dengan menggunakan beberapa kaedah seperti perbincangan ilmiah, pemerhatian, temu bual dan analisis data. Perbincangan ilmiah bersama kumpulan G8, ketua-ketua panitia, guru kelas dan guru mata pelajaran mendapati isu murid tidak menguasai tahap minimum dalam kalangan pelajar menengah rendah kalau tidak ditangani di peringkat awal akan mempengaruhi keputusan peperiksaan SPM. Isu murid tidak menguasai tahap minimum harus dijadikan keutamaan kerana jika dilihat kepada data AR3 2018 murid tingkatan 1 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris daripada 142 orang murid tingkatan satu 112 tidak menguasai tahap minimum. 125 orang murid tidak menguasai tahap minimum mata pelajaran matematik. Begitu juga kepada mata pelajaran sains di mana lebih separuh dari bilangan murid yang tidak menguasai tahap minimum iaitu 90 orang. Secara keseluruhannya peratus tidak menguasai tahap minimum murid tingkatan satu 2018 adalah 46.39%. Dialog prestasi bersama guru-guru mata pelajaran mendapati antara sebab perkara ini berlaku apabila murid langsung tidak menjawab soalan peperiksaan, sikap murid yang tidak malas dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan guru, sikap murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah, murid yang tidak memberi tumpuan kepada guru di dalam kelas. Antara masalah yang menyumbang kepada isu tersebut adalah juga ada antara murid yang masih tidak menguasai kemahiran membaca dan mengira. Perbincangan bersama murid telah dijalankan secara terbuka. Murid bebas memberikan pendapat mereka. Hampir 75 peratus daripada murid di tingkatan dua menyatakan mereka tidak ada keyakinan untuk menjawab soalan peperiksaan ketika di tingkatan satu kerana merasakan soalan yang diberi susah dan merasakan apa yang di ajar oleh guru tidak sama dengan soalansoalan yang di beri. Seratus peratus daripada murid tingkatan dua bersetuju jika sekiranya mereka di beri peluang membuat folio atau kerja projek pembelajaran akan lebih seronok dan bermakna selain kurang tekanan dalam menghafal fakta-fakta dalam mata pelajaran. Lantaran itu masalah tidak menguasai tahap minimum dalam peperiksaan kendalian sekolah perlu diatasi. Tulang ikan “Ishikawa” merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti dan mendalami punca sesuatu masalah. Penggunaan pendekatan Rajah Tulang Ikan dapat membantu dalam mengenal pasti punca dan faktor penyumbang kepada permasalahan atau hubungan antara masalah dan sebab-sebab yang berkaitan. Sehubungan itu, sumbang saran atau brainstorming telah dilaksanakan untuk mencari penyebab yang berpotensi berkaitan masalah. Setelah dianalisis ternyata daripada analisis Ishikawa menunjukkan masalah berkaitan mempunyai hubungan yang signifikan dengan penilaian peperiksaaan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Hasil analisis juga mendapati antara penyebab berpunca daripada ketidakhadiran ke sekolah. Selain sebab masalah sedia ada murid (Lembam). Oleh hal yang demikian, program yang dilaksanakan untuk mengatasi isu peratus tidak menguasai tahap minimum yang tinggi dalam peperiksaan kendalian sekola haruslah melibatkan dan bermula diperingkat menengah rendah dan berpusatkan murid. Ini selaras dengan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
377
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
standard 3.1.2.3 (SKPMg2) - program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang. Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan kemahiran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan berfokus kepada isu pembelajaran, mengambil kira tahap keupayaan murid, secara menyeluruh dan berterusan. Aktiviti haruslah berfokuskan murid yang mana murid di berikan ruang untuk berkarya. Strategi ini adalah untuk melahirkan murid yang kreatif dan inovatif. Ini juga dapat memenuhi aspirasi murid iaitu kemahiran berfikir seperti dalam PPPM 2013-2025. Bagi tujuan projek ini, fokus diberikan terhadap faktor dalaman. Faktorfaktor dalaman adalah faktor-faktor yang boleh dikawal oleh pihak sekolah. Faktor penyebab keputusan peperiksaan di ambil seratus peratus dari keputusan peperiksaan, murid tidak di beri ruang untuk berkarya, bimbingan secara one to one kurang atau tiada. Tuntasnya, faktor-faktor dalaman yang boleh dikawal ini akan menjadi dasar dan diguna pakai dalam program yang hendak dijalankan. Pihak sekolah akan menambahbaik semua faktor dalaman yang melibatkan pihak guru dan pengurusan murid dan berharap pihak murid akan memberi komitmen kepada projek yang dijalankan. Program yang akan dilaksanakan akan memberi keyakinan dalam diri murid iaitu dari segi peningkatan akademik. Jadual 38.1: Pemetaan Perancangan 3 Tahun Projek 40:60 ASPEK
2019
2020
- Markah peperiksaan di ambil hanya 60%
- Markah peperiksaan di ambil hanya 50%
- Markah projek 40% -project-based learning
- Markah projek 50% -project-based learning
2021
( 9 Bidang) Kurikulum Menurunkan peratus tidak mengusai tahap minimum dalam peperiksaan kendalian sekolah. Pengurusan Sumber Manusia (Guru)
-Pameran projek peringkat daerah
-Pameran projek peringkat sekolah - Bimbingan dan pementoran -Face To Face(FTF)
-Memperkasa pemimpin pertengahan melaksanakan
-PLC (kajian tindakan, Teacher sharing, video critique)
(FTF)
3.0
PELAKSANAAN- P-O-L-C
Cabaran utama seorang pengurus sekolah adalah mencari penyelesaian masalah paling kreatif. Namun dengan menggunakan kerangka P-O-L-C Planning iaitu Planing (Merancang) – Organising (Mengurus) – Leading (Memimpin) – Controlling (Mengawal) program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik. 3.1
Planning ( Merancang)
Berdasarkan analisis keperluan yang telah dijalankan isu murid tingkatan dua 2019 tidak menguasai tahap minimum dalam peperiksaan kendalian sekolah akan dijadikan sebagai fokus kepada projek peningkatan pelonjakan akademik 2019. Bagi mencapai matlamat tersebut langkah berikut telah diambil: 378
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
i.
Menentukan misi dan visi
Pengetua telah menetapkan hala tuju yang jelas untuk dikongsikan bersama warga sekolah. Hala tuju yang menjurus kepada misi dan visi untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di setiap peringkat (tingkatan 1 hingga 5) bagi menggelak berlakunya defisit pembelajaran dengan mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai tahap minimum dalam semua mata pelajaran. Hal ini akan menjamin kemenjadian murid yang holistik. ii.
Menetapkan matlamat dan objektif
Dialog prestasi bersama pengetua, semua penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia dan guru akademik telah membantu dalam menetapkan KPI dan matlamat strategik bidang kurikulum iaitu pencapaian prestasi akademik yang tinggi oleh semua murid. Bagi tujuan kajian ini, objektif utama adalah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan kendalian sekolah (PKS) dengan menurunkan peratus murid tingkatan 2 yang tidak mengusai tahap minimum daripada 46.39% kepada 41.39%. iii. Menyusun strategi Bagi mencapai matlamat untuk menurunkan peratus murid tidak menguasai tahap minimum bagi semua mata pelajaran maka pelbagai strategi telah dirangka seperti memperkasakan dan membudayakan headcount, melancarkan intervensi projek 40:60. Strategi yang dirangka adalah berdasarkan data driven dan isu telah dikenal pasti secara berfokus. Selain itu pengurusan sumber manusia (Guru) juga diambil kira. Program FTF di gunakan yang bermatlamat untuk mengupayakan guru dan bimbingan dan pementoran dapat dioptimumkan. iv. Merancang tindakan bagi mencapai matlamat Antara perancangan yang dibuat ialah: Dalam Perancangan Strategik 2019-2021, objektif 2.9 adalah meningkatkan pencapaian murid dalam peperiksaan kendalian sekolah (PKS) dan menurunkan peratus tidak menguasai tahap minimum. Intervensi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut adalah projek 40:60. Matlamat utama Projek 40:60 adalah untuk tidak mengambil markah penilaian murid 100 peratus daripada markah peperiksaan. Matlamat ini selari dengan fokus dan gerak kerja profesional KPPM 2019 iaitu Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Fokus utama pembelajaran adalah berasaskan perkembangan murid. Pada dasarnya, projek 40:60 adalah 40 peratus markah akan diambil dari markah projek pelajar dan 60 peratus markah adalah dari peperiksaan kendalian sekolah. Pecahan 40 peratus tersebut akan melibatkan 5 peratus dinilai tentang kekerapan menghantar buku latihan murid, 15 peratus folio kerja yang telah siap, 15 peratus adalah pembentangan hasil kerja dan 5 peratus lagi adalah kekrapan interaksi bersama guru. Pedagogi pengajaran dan pembelajaran berasaskan murid. Pembelajaran bermakna dan fun leraning diharapkan akan berlaku. Murid mempunyai tempoh minima tiga bulan untuk menyiapkan projek mereka. Ini akan menggalakkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif. Proses pembelajaran kendiri akan berlaku dalam masa yang sama masih dalam kawalan guru terbabit. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
379
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
Dalam projek ini guru di beri autonomi untuk menentukan tajuk dan tema melalui perbincangan dan permuafakatan yang di capai di peringkat bidang dan panitia. Setiap bidang mungkin akan menghasilkan skema pemarkahan yang berbeza mengikut kesesuaian mata pelajaran masing-masing tetapi sentiasa diasaskan kepada 40 peratus. Autonomi dalam menentukan tajuk dan isi kandungan projek akan mengalakkan perkembangan kapasiti guru, komuniti pembelajaran profesional (PLC). Proses pengurusan bottom up digunakan kerana guru-guru adalah kumpulan yang master kepada isi kandungan mata pelajaran masing masing. Guru akan membuat laporan secara lisan kepada pengetua dalam program FTF. 3.2.
Organising (Mengurus)
Mengurus adalah rantaian kerja yang sangat penting untuk memastikan proses agihan tugas, kuasa dan sumber dirancang bagi mencapai matlamat organisasi. Bagi tujuan projek ini satu Jawatankuasa Pelaksana bagi projek ini telah ditubuhkan yang ketuai oleh penolong kanan pentadbiran. Ketuaketua bidang menjadi penyelaras di peringkat penentuan kesesuaian markah. Kerangka kerja telah diuruskan dengan sistematik melalui beberapa rangka kerja seperti penyediaan jadual, mengadakan program akademik. Projek telah diperkukuhkan dengan pemantauan dan penyeliaan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. 3.3
Leading (Memimpin)
Dalam meniti arus kemodenan ini, kepimpinan seorang pengetua perlu berubah mengikut peredaran masa kini yang semakin mencabar. Menurut Ibrahim Mamat (1993), apabila seseorang itu boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa dan bertindak dalam keadaan tertentu, ia merupakan perlakuan seorang pemimpin. Pengetua merupakan penyumbang penting kepada keberkesanan pelaksanaan budaya kerja berkualiti di sekolah. Dalam kursus Inpeks, pengetua telah didedahkan dengan rajah radar spider web untuk melihat perkembangan diri . Berdasarkan rajah ini skor penilaian kendiri pengetua telah diletakkan. Rajah ini telah memberi gambaran kekuatan dan kelemahan pengetua. Melalui rajah inilah pengetua telah menggunakan kekuatan diri untuk merancang dan melaksanakan intervensi, penambahbaikan, tindaksusul dan memperbaiki kelemahan yang sewajarnya. Pengetua menjadi pendorong kepada guru-guru untuk menyumbang idea idea yang boleh membantu dalam projek 40:60, bersikap terbuka dalam menerima dan mempelajari ilmu serta kemahiran baru yang disumbangkan oleh guru-guru ini bertujuan agar guru guru mampu seiring dalam membuat keputusan untuk mencapai visi dan misi yang hendak dicapai oleh sekolah. Pengetua sekolah ini telah cuba sedaya upaya beliau untuk menjadi pengerak kepada projek ini. Pengetua telah mempengerusikan mesyuarat pertama projek dan telah berusaha untuk menyumbang idea bagi penambahbaikan dalam projek. Sebagai pengetua baru di sekolah ini, saya mengamalkan gaya kepimpinan transformasi, saya bersedia untuk menerima idea perubahan dalam program peningkatan asalkan ianya akan membawa sinar perubahan dalam pencapaian akademik pelajar. Pengetua sentiasa mengingatkan penyelaras projek konsep kerja berpasukan iaitu konsep bukan memberi arahan tetapi memberi bimbingan. Kesimpulannya, pengetua sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti yang membawa kepada kecemerlangan sekolah. Bak kata peribahasa Melayu, 380
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
“Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar”. 3.4.
Controlling (Kawalan)
Bagi memastikan projek 40:60 mencapai objektif yang telah ditetapkan guru diminta untuk membuat pelaporan dalam program face to face (FTF) bersama pengetua. FTF1 adalah di mana guru mata pelajaran membentang kriteria projek yang diberikan kepada murid. FTF2 adalah di mana guru membentang pelaporan hasil projek. Dalam FTF 2 guru akan membentang di depan pengetua dan guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Tujuannya agar perkongsian ilmu dapat berlaku selain membuat tindakan pembaikan dan pembetulan. Tempoh masa untuk penghasilan projek adalah lebih kurang tiga bulan dan hasilnya akan dinilai sebelum bermulanya peperiksaan penggal. Murid akan dimaklumkan tentang markah yang mereka perolehi dan memberi ruang penambahbaikan jika sekiranya murid tidak berpuas hati dengan markah yang ada. 4.0.
PENILAIAN DAN IMPAK
Impak positif projek ini juga terletak pada kerjasama padu yang diberikan oleh kepimpinan sekolah. Tanpa kerjasama daripada pengetua yang juga pemimpin nombor satu di sekolah tidak mungkin projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dalam tempoh masa yang begitu singkat. Bimbingan dari pengetua telah memperkukuhkan lagi projek. Empowerment atau penurunan kuasa pengetua kepada penyelaras projek telah memastikan projek berjalan seperti yang dirancang. Walaupun ada projek-projek lain yang sedang berjalan, ianya tidak menjejaskan projek yang dirancang kerana pengetua telah memastikan perjalanan setiap projek dirancang dan disediakan dengan teliti. Pada waktu yang sama, komitmen dan sokongan jitu guru-guru akademik. Guru-guru ini telah memberi kerjasama yang total kepada penyelaras projek dari peringkat awal hinggalah di peringkat paling akhir. Semasa analisis keperluan dijalankan dan seterusnya semasa mesyuarat bagi pemilihan strategi yang sesuai dilaksanakan, semua guru dilihat sangat bersemangat dan memberi komitmen sepenuhnya. Kesanggupan mereka berubah dan mengubah cara berfikir adalah penyumbang kepada keberkesanan dan kelancaran pelaksanaan projek. Mereka telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan berkesan walaupun terdapat beberapa kekangan tugas, mereka cuba atasi tanpa mengugat komitmen mereka pada pelaksanaan projek. Komitmen guruguru ini disokong kuat dengan kefahaman yang jelas mereka terhadap hala tuju projek. Dalam pada itu, kumpulan sasaran projek iaitu murid murid tingkatan dua telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada pelaksanaan projek 40:60. Hasil perbincangan dan sumbang saran bersama murid sangat berkesan kerana ini mewujudkan kesedaran bahawa projek ini dirancang khas bagi memenuhi kehendak mereka dan untuk kecemerlangan mereka. Oleh itu secara tidak langsung melahirkan dalam diri setiap murid rasa kebertanggungjawaban untuk menjayakan projek ini. Murid murid melahirkan rasa bersyukur mereka kerana mereka akhirnya dapat menjawab soalan-soalan yang selama ini mereka rasakan sangat susah untuk difahami. Sebahagian daripada mereka merasakan bersoal jawab terus dengan guru mereka telah mewujudkan hubungan yang lebih erat dalam kalangan guru dan murid. Kerjasama yang diberikan oleh murid Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
381
Projek 40:60 Program Peningkatan Kecemerlangan Akademik
telah meningkatkan lagi keberhasilan projek dan memudahkan tugas guru-guru. Analisis keputusan AR2 tingkatan dua 2019 juga telah menunjukkan perubahan yang positif. Dalam peperiksaan penggal pertama daripada 142 orang calon jumlah yang tidak menguasai tahap minimum adalah 70 orang berbanding AR3 2018 iaitu seramai 122 orang. Bagi mata pelajaran matematik seramai 86 orang yang masih belum dapat menguasai tahap minimum berbanding 125 orang pada AR3 2018. Secara keseluruhannya dalam keputusan AR2 tingkatan dua 2019 telah mencatat penurunan peratus tidak menguasai tahap minimum iaitu 32.16% berbanding TOV 43.39%. Tuntasnya, kekuatan projek ini adalah disokong oleh pelbagai faktor. Namun, asas kepada setiap kejayaan adalah perancangan yang teliti sebelum, semasa dan selepas projek. Bermula daripada analisis persekitaran sehinggalah kepada pembinaan strategi yang hendak digunakan telah melibatkan semua pihak berkenaan iaitu pengetua, guru-guru dan pelajar.
5.0.
RUMUSAN DAN PENUTUP
Kejayaan sesuatu projek terletak kepada perancangan dan pesediaan yang rapi. Bermula dengan membuat analisis persekitaran bagi mengenal pasti keperluan atau permasalahan sekolah, seterusnya menjana strategi yang sesuai adalah proses yang perlu diketahui bukan sahaja oleh pemimpin sekolah tetapi juga setiap warganya. Melaui proses ini bersama-sama akan menjadikan projek yang dilaksanakan menjadi lebih bermakna dan mudah. Bak kata cendekiawan, “kekitaan yang erat tiada yang berat”. Ini merupakan tunjang utama kekuatan projek 40:60. Bagi memastikan projek 40:60 dapat diteruskan dengan lebih berkesan, guru hendaklah lebih berfokuskan soalan-soalan berunsur KBAT dalam projek yang hendak disampaikan. Perkara ini perlu agar projek ini dapat dimanfaatkan dengan lebih berkesan dan dioptimumkan. Projek 40:60 dicadangkan agar dapat dilaksanakan untuk semua tingkatan termasuk tingkatan empat. Kaedah pengajaran (bincang > periksa > bincang) berfokus kepada setiap bahagian amat berkesan untuk mengabungjalinkan empat kemahiran (mendengar, bertutur, menulis dan membaca) sekali gus di dalam satu masa pdp.
6.0
RUJUKAN
Ainon Mohd. (2005). Teori & teknik kepimpinan : panduan aplikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah teori untuk praktis pemimpin pentadbir pengurus. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013– 2025). Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Rancangan Malaysia Ke-9:Pelan induk pembangunan pendidikan 2006–2010. Kuala Lumpur: Author. http://jpnselangor.moe.gov.my/jpns/index.php/en/warga-pendidik/naratif-baharu-amalan pendidikan 382
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENTUHAN KASIH IDRIS BIN NGAH MAT ARIFFIN Pengetua SMK Seri Teja 1govuc/
[email protected] DR. BALASANDRAN a/l RAMIAH Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Utara
[email protected] SAIFUL AZMAN Pegawai SIP+ PPD Kinta Selatan ABSTRAK
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas, KPM Bil. 6/1995 yang bertajuk “Menangani Masalah Ponteng Sekolah”telah mengingatkan semua Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua, Guru Besar dan guru-guru tentang tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi membanteras salah laku ponteng di sekolah. Kementerian Pendidikan juga menetapkan sasaran kehadiran murid ke sekolah mesti melebihi 95%. Justeru, laporan Program Keberadaan ini memfokuskan beberapa intervensi ponteng sekolah dengan tujuan untuk membudayakan disiplin kehadiran murid ke sekolah, seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid-murid, Unit Hal Ehwal Murid memfokuskan kawalan kehadiran harian murid melalui Sistem warna, (Biru: Program Kami Hebat, Hijau : Program Menjana Minda, Kuning : Program Sekolah Dalam Taman, Merah: Program PIMA), anugerah bulanan kehadiran tertinggi, program kaunseling, majlis Dialog Prestasi dan Aku Janji Kehadiran. Diharapkan program ini memberikan impak yang besar untuk mencapai sasaran kehadiran purata tahunan sekolah, iaitu 90% bagi tahun 2019. Kata Kunci: Masalah Ponteng, Sistem Warna, Kehadiran
1.0 PENGENALAN 1.1 Profil Sekolah Saya ditukarkan ke SMK Seri Teja dari SMK Tronoh ialah pada 21.12.2015 SMK Seri Teja terletak 2 kilometer dari jalan Ipoh-Kampar. Pelajar terdiri daripada pelajar berbilang kaum. Bilangan pelajar semasa saya mula menjejakkan kaki di sekolah ini ialah seramai 520 orang. Majoriti pelajar terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
383
Sentuhan Kasih
Gambar 38.1: Lokasi SMK Seri Teja (Sumber: Google map.com)
1.2 Status Quo Status quo SMK Seri Teja ialah sekolah menengah GRED A. Dari segi prasarana fizikal sekolah ini ialah sekolah menengah Gred A. Dari segi prasarana fizikal, sekolah ini terdiri daripada 6 blok bangunan 2 tingkat. Secara umum prasarana sekolah ini lengkap dengan kemudahan pejabat, bilik guru, makmal komputer, makmal sains, Bilik darjah, bilik tingkatan 6, kantin, surau, bilik mesyuarat dan dewan, surau, padang dan tandas. Semasa saya mula-mula menjejakkan kaki di SMK Seri Teja, sekolah beroperasi dalam dua sidang tetapi selepas saya dapati bilangan murid semakin berkurangan sekolah beroperasi dalam satu sidang sahaja. Status gred A masih kekal kerana sekolah ini mempunyai pelajar tingkatan enam.
2.0 ISU DAN PENAMBAHBAIKAN Isu utama sekolah yang dikenal pasti ialah isu kehadiran murid ke sekolah iaitu ponteng sekolah. Kadar ponteng sekolah yang tinggi memberikan impak terhadap pencapaian akademik khususnya kepada murid-murid Tingkatan Lima (5) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM). Kedudukan sekolah berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) ialah band enam (6) dan termasuk dalam kategori sekolah berkeperluan tinggi dari segi akademiknya. Sebagai langkah intervensi dalam mengatasi isu kehadiran murid-murid Tingkatan Lima khususnya dan murid-murid tingkatan lain amnya, Program Sentuhan Kasih ini diperkenalkan 384
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih
.Huraian lanjut berkaitan program ini ditunjukkan dalam pemetaan perubahan tiga (3) tahun seperti di bawah: Jadual 38.1 Pemetaan perubahan tiga tahun SMK Seri Teja
BIDANG FOKUS HAL EHWAL MURID – Peratus Kehadiran Murid meningkat
2019 PROGRAM Sentuhan Kasih: Projek Utama: HEM: -Keberadaan Pelajar Tingkatan 5 Sistem Warna -i)Biru : Program Kami Hebat, ii) Hijau : Program Menjana Minda,
2020
2021
Projek Utama: HEM: - Pemantapan sistem warna - Penambahan Program Sahsiah Terpuji - Dialog Prestasi bersama kumpulan ponteng tegar.
-sambungan projek yang berimpak tinggi Pameran Projek Showcase Bengkel Sahsiah Terpuji
iii) Kuning : Program Sekolah dalam Taman, iv) Merah : Program PIMA Anugerah Bulanan kehadiran kelas dan Individu, Dialog Prestasi dan Aku janji murid - Program kaunseling
3.0 PELAKSANAAN Model Rasional Penyelesaian Masalah 7 LANGKAH merupakan model yang amat sesuai merancang projek penambahbaikan bagi menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid SMK Seri Teja yang agak kritikal. Langkah-langkah model itu adalah seperti yang berikut: Langkah 1- Kenal pasti dan mendefinisikan masalah Langkah 2- Analisis masalah Langkah 3-Kenal pasti alternatif penyelesaian Langkah 4-Pemilihan/Penilaian Alternatif Terbaik Langkah 5-Penyediaan Pelan Tindakan Langkah 6-Pelaksanaan Pelan Tindakan Langkah 7-Penilaian dan tindak susul
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
385
Sentuhan Kasih
Langkah pertama dalam model ini ialah mengenal pasti dan mendefinisikan masalah. Isu ponteng sekolah ini dikenal pasti melalui kutipan data kehadiran harian murid-murid yang tercatat dalam analisis kehadiran dalam sistem APDM pada tahun 2018 seperti jadual di bawah. Jadual 38.2: Analisis Kehadiran Harian Tahun 2018
Bil
Bulan
Peratus kehadiran
1
Januari
95.85
2
Februari
89.37
3
Mac
90.96
4
April
89.19
5
Mei
91.89
6
Jun
87.99
7
Julai
85.29
8
Ogos
92.51
9
September
87.13
10 Purata Peratus keseluruhan
Oktober
89.70 89.99
Langkah kedua ialah menganalisis masalah berdasarkan jawapan borang soal selidik kumpulan murid sasaran iaitu semua murid tingkatan 5 tahun 2019. Alat yang digunakan untuk menganalisis punca masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid SMK Seri Teja ialah Analisis Tulang Ikan Ishikawa. Dapatan analisis Sebab-Akibatnya adalah seperti yangberikut:
Rajah 38.1: Analisis Tulang Ikan Ishikawa SMK Seri Teja
386
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih
Berdasarkan analisis Tulang Ikan Ishikawa, antara punca murid ponteng sekolah adalah disebabkan faktor tiada kenderaan untuk ke sekolah, tiada kemudahan bas sekolah, motivasi murid rendah dan murid bekerja. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti alternatif yang sesuai untuk menanganinya. Langkah ketiga dalam model tersebut ialah kenal pasti alternatif penyelesaian. Sebagai langkah penyelesaian masalah ponteng dalam kalangan murid-murid SMK Seri Teja, satu program yang dikenali sebagai program ‘Sentuhan Kasih akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa ProPeKS di bawah kendalian Unit Hal Ehwal Murid. Langkah keempat dalam model ini ialah pemilihan alternatif yang lebih baik. Cara untuk membuat pemilihan alternatif yang baik adalah melalui analisis pemilihan strategi, TOWS matrik dan matrik ranking. Pemilihan alternatif adalah berdasarkan analisis SWOT iaitu kekuatan kelemahan, peluang dan ancaman yang berkaitan dengan masalah tersebut. Langkah seterusnya ialah penyediaan pelan tindakan Pelan Tindakan mengandungi strategi tertentu yang disusun mengikut keutamaan, penetapan tanggungjawab, tempoh pelaksanaan, KPI, sumber dan pelan kontingensi yang sesuai. Program Sentuhan Kasih ini ditambah baik melalui penglibatan Unit Kurikulum, Unit Kokurikulum dan PIBG. Langkah keenam dalam model ini ialah pelaksanaan pelan tindakan. Setiap satu strategi yang terdapat dalam pelan tindakan akan dilaksanakan berpandukan pelan operasi. Langkah terakhir berdasarkan model tersebut ialah membuat penilaian terhadap impak pelaksanaan strategi penyelesaian masalah tersebut. Kesan daripada beberapa strategi yang dilaksanakan dalam menangani masalah ponteng sekolah, penilaian peratus kehadiran murid dapat dikesan melalui data kehadiran harian seperti yang terdapat dalam rekod e-kehadiran. Berdasarkan analisis pemilihan strategi atau matriks ranking, daripada analisis SWOT strategi yang menjadi keutamaan ialah Program Sentuhan Kasih. Projek ini melibatkan barisan pentadbir termasuk pengetua dan semua Penolong Kanan, kaunselor, guru kelas, AJK PIBG dan komuniti luar seperti Kolej Komuniti dan Giat Mara.
4.0 IMPAK PROGRAM PELONJAKAN KEPIMPINAN SEKOLAH Impak Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) ini menunjukkan peningkatan peratus kehadiran pelajar ke sekolah bagi tahun 2019. Peningkatan kehadiran ini penting kerana dapat membentuk kemenjadian murid selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, impak program ini juga dapat dilihat daripada aspek kehadiran dan pencapaian akademik pelajar.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
387
Sentuhan Kasih
100 95 90 2018
85
2019
80 75 70
jan
mac
mei
julai
sept
Rajah 38.2: Perbandingan Kehadiran Pelajar 2018 dan 2019
Berdasarkan rajah di atas, program yang dilaksanakan tidak menunjukkan peningkatan kehadiran dari tahun 2018 berbanding kehadiran 2019 kecuali pada bulan Julai. Purata kehadiran pelajar sehingga September 2018 sebanyak 89.99%, menurun kepada 86.27% pada tahun 2019. Melalui data ini menunjukkan program yang dilaksanakan kurang memberi impak kepada kehadiran pelajar.
5.0 RUMUSAN Sebagai refleksi, Program Sentuhan Kasih ini kurang memberi impak positif kepada peratus kehadiran murid SMK Seri Teja. Banyak cabaran yang perlu dihadapi semasa melaksanakan program Sentuhan Kasih ini terutama faktor luar kawalan guru-guru atau pihak pentadbir sekolah. Cabaran yang paling sukar dihadapi oleh pihak sekolah ini faktor geografi persekitaran tempat tinggal murid-murid. Hampir separuh murid-murid di sekolah ini tinggal agak berjauhan dengan lokasi sekolah sehingga melebihi 20 km. Pengangkutan utama mereka ke sekolah ialah van sekolah, dan motosikal. Rumah mereka yang jauh dari jalan utama yang menjadi tempat menunggu bas membuatkan mereka sukar ke sekolah pada hari-hari tertentu seperti hari hujan. Murid yang bermotosikal pula kerap berkongsi penggunaan motosikal dengan ibu bapa mereka yang bekerja jauh dari tempat tinggal. Cabaran yang kedua ialah sikap tidak mengambil berat segelintir ibu bapa tentang kepentingan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah. Ada sesetengah ibu bapa yang dihubungi oleh guru-guru kelas untuk diberitahu tentang ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah namun tiada apa-apa tindakan daripada pihak ibu bapa. Cabaran terakhir Program Sentuhan Kasih ini ialah kekangan kewangan. Unit Hal Ehwal Murid tidak mempunyai geran kewangan per kapita tersendiri, baik dari sumber wang kerajaan ataupun SUWA. Banyak aktiviti berbentuk kebajikan murid-murid miskin seperti bantuan tambang van, kelengkapan pembelajaran, bantuan sarapan pagi dan sebagainya tidak dapat ditampung oleh
388
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Sentuhan Kasih
pihak sekolah untuk memotivasikan kehadiran kelompok murid sedemikian ke sekolah. Meskipun ada dana kebajikan disediakan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tetapi masih belum mencukupi untuk menampung pelbagai aktiviti Program ProPeKS secara berskala tinggi. Pihak sekolah amat mengharapkan agar Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) ini turut disediakan geran kewangan secara ‘one-off’’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti projek-projek khas yang lain seperti TS25 ataupun Sekolah Amanah. Keberadaan murid di sekolah merupakan rutin tugas yang wajib dipantau setiap hari oleh guru-guru dan jika isu ponteng sekolah ini berlarutan, tentunya akan menjelaskan visi dan misi sekolah ini. Sebagai rumusan, Program Sentuhan Kasih ini perlu dibuat penambahbaikan agar kemenjadian akademik dan sahsiah murid-murid SMK Seri Teja akan terus cemerlang. Harapan kami melalui program ini akhirnya dapat memberi impak kepada pencapaian akademik, dan meningkatkan band sekolah dari band 6 kepada band 5.
6.0 RUJUKAN
Ainon Mohd. (2005). Teori & teknik kepimpinan : panduan aplikasi di tempat kerja. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah teori untuk praktis pemimpin pentadbir pengurus. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013– 2025). Putrajaya.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
389
390
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
MUN SIK KITA, SAPA AGIK? (KALAU TIDAK KITA, SIAPA LAGI?) MOHAMMAD BIN BRAHIM Pengetua SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak DR. HAMIDON BIN ABD RAHMAN Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highlands HJ SHBINI BIN SAINI Pegawai SIP+ PPD SAMARAHAN
ABSTRAK
Inisiatif Mun Sik Kita, Sapa Agik? merupakan program memperkasa sumber manusia yang meliputi guru, AKP, murid, PIBG dan Pemegang Taruh yang berkenaan di SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. Sumber manusia merupakan entiti yang sangat penting dalam menentukan jatuh dan bangunnya serta transformasi sesebuah organisasi itu. Hal ini amat signifikan seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu: pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Inisiatif yang bersandarkan laungan keramat “Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” dan “#smksjbangkitbersama” telah disepakati oleh warga sekolah dan kebanyakan pengisiannya telah dicetuskan oleh guru-guru dan AKP menerusi program Hari Kualiti. Pelaksanaan inisiatif ini menggunakan pendekatan POLC / PDCA dan SPeCT. Selain itu, dokumentasi lain seperti Log Harian, Borang PK-01, dan sebagainya dijadikan sebagai kaedah mengawal, menilai, dan membuat tindak susul. Insisatif ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap prestasi SMK Sadong Jaya. Oleh hal yang demikian, inisiatif ini perlu diteruskan tetapi mungkin perlu juga ditambah baik untuk memastikan keberkesanannya. (Kata Kunci: Sumber manusia, transformasi, inisiatif)
1.0 PENGENALAN Program Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (ProPeKS) 2018 yang diurus tadbir oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan program bimbingan berstruktur dan berimpak kerana mampu membantu kepimpinan sekolah khususnya bagi sekolah-sekolah berprestasi rendah (SBR) di seluruh Malaysia. Diharapkan program seumpama ini akan terus dijadikan platform untuk Kementerian Pendidikan Malaysia melangkah lebih jauh dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis untuk menangani cabaran dunia VUCA mutakhir ini. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
391
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
Secara peribadi, saya rasa amat bertuah dan berterima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak khususnya kerana mencalonkan saya untuk menyertai program ini bagi kohort 2018. Untuk tujuan pelaporan peserta program, saya telah memilih untuk mengongsikan aspek pengurusan sumber manusia di SMK Sadong Jaya, Samarahan, Sarawak. Perkongsian ini hanyalah berdasarkan analisis keperluan dan status quo SMK Sadong Jaya. Justeru, mungkin tidak begitu relevan dengan keperluan sekolah-sekolah lain. Antara lain, rasional saya mengutamakan aspek pengurusan sumber manusia ini juga ialah : a.
Harapan dalam aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menerusi Anjakan Ke-4, Anjakan Ke-9, dan Anjakan Ke-10.
b.
Pemilihan berdasarkan analisis keperluan dan hasil permuafakatan dalam Dialog Pengurusan Sekolah.
c.
Iktibar daripada pengalaman lampau, iaitu sehebat manapun program seandainya sumber manusianya tidak bersedia dan bersikap pesimis, program pasti terjejas malah mungkin juga akan menemui noktah dalam pelaksanaannya.
1.1 Profil Sekolah SMK Sadong Jaya (SMKSJ) merupakan sekolah menengah kelima di Daerah Asajaya dan berada di bawah tadbir urus PPD Samarahan. Sekolah ini mula beroperasi pada 03 Januari 2011 di bawah seliaan Cikgu Hj Fauzi bin Dolah, Penolong Kanan Pentadbiran. Oleh sebab bangunan sebenar belum siap sepenuhnya, SMKSJ telah menumpang sementara di SMK Sadong Hilir (Semera) dan beroperasi pada sebelah petang dengan jumlah tenaga pengajar seramai 39 orang dan 5 orang kakitangan bukan guru. Pada peringkat awal pengoperasiannya, jumlah pelajar berdaftar di SMKSJ hanya seramai 476 orang yang majoritinya berasal dari kampung-kampung di sekitar Daerah Kecil Sadong Jaya. Tanggal 27 Mei 2011 menjadi tinta bersejarah apabila SMKSJ secara rasmi berpindah dan mula beroperasi di bangunan yang ada sekarang ini. Majlis doa selamat dan solat hajat telah diadakan pada sebelah malamnya sebagai tanda kesyukuran dan menitipkan doa agar pada sepanjang pengoperasiannya, sekolah ini akan dipermudah serta mampu memberikan manfaat kepada penduduk khususnya di sekitar Daerah Kecil Sadong Jaya. Sekolah yang berkeluasan 16.39 hektar (40.5 ekar) ini dilengkapi dengan kemudahan blok pentadbiran, 34 bilik darjah, bilik-bilik khas, blok asrama, rumah kaki tangan, dewan utama, dewan makan, surau, kantin, dan kemudahan sukan. Slogan Give The Best, Be The Best telah dipilih sebagai laungan semangat SMKSJ sebagai pencetus motivasi warganya yang diketuai oleh Cikgu Hadiah bt Amit (2011-2015). Seterusnya, SMK Sadong Jaya telah diketuai oleh Cikgu Pendi @ Nurul Iman bt Sadi mulai 2016 sebelum diambil alih oleh Cikgu Mohammad b Brahim selaku pengetua ketiga SMK Sadong Jaya. Hasil daripada cetusan idea Kumpulan Pengurusan SMKSJ, laungan keramat kedua, iaitu Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang telah diilhamkan untuk memantapkan sumber manusia yang meliputi guru, AKP, murid, dan ibu bapa di SMK Sadong Jaya ini.
392
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
Jadual 39.1 : Profil Sekolah Jenis Sekolah Status Sekolah Lokasi Daerah Pentadbiran PPD Sesi Persekolahan Keluasan Sekolah Bilangan Bilik Darjah Kod Sekolah Nombor Telefon / Faks Emel Sekolah Laman Web Sekolah Lantera Sadong Pengetua PKPA PK HEM PK KK Bilangan Guru Bilangan Murid
Bilangan Kelas Subjek Elektif
Sekolah Menengah Kebangsaan Gred B Luar bandar Daerah Kecil Sadong Jaya Samarahan 1 Sesi 40.5 ekar ( 16.39 hektar) 34 buah YEA 8401 082-821053 / 082-821044
[email protected]
En. Mohammad bin Brahim En. Hamdan bin Bujang En. Awing Mohtar bin Awg Mahmud Pn Nastum binti Fauzi 58 / 66 orang 873 orang Melayu / Islam – 773 orang (88.54%) Cina - 19 orang (2.18 %) Pribumi Sarawak - 81 orang (9.28%) 31 (T5 -6; T4-6; T3-6; T2-6, T1-7) Menengah Rendah Pendidikan Seni Visual / RBT Menengah Atas a. Aliran Sains Tulen Math Tambahan, Biologi, Fizik, dan Kimia b. Aliran STEM Sains Pertanian, Sains Rumah Tangga c. Aliran Sastera dan Kemanusiaan Tassawur Islam, Pendidikan Seni Visual, Kesusasteraan Melayu, Perniagaan
1.2 Status Quo Semasa Lapor Diri Jadual 39.2 : ABM Perjawatan dan Pengisian Sebenar
TAHUN 2016 2017 2018 2019 2020
ABM PERJAWATAN DILULUSKAN 61 61 62 64 66
PENGISIAN SEBENAR 60 59 61 59 58
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
393
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
Jadual 39.3 : Prestasi Akademik
PERKARA
2013
2014
2015
Bil. calon
153
132
135
Bil. lulus
108
98
% lulus
70.59
GPS
6.25
TAHUN 2016
2017
2018
2019
138
132
156
137
103
99
99
127
113
74.24
76.30
71.74
75.00
81.41
82.48
6.61
6.8
6.36
6.27
6.02
5.94
Jadual 39.4: Analisis Kehadiran Murid Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Ogs
Sep
Okt
Nov
Min
2016
95.86
93.1
94.29
92.19
91.19
87.70
88.7
90.79
90.57
89.74
78.51
90.31
2017
95.83
93,37
94.28
91.13
92.08
87.16
88.93
92.8
90.73
90.05
77.35
90.88
2018
94.54
87.47
90.91
89.28
91.07
89.43
89.49
89.7
89.37
77.35
89.06
89.06
2019
94.51
93.19
94.95
91.66
91.58
92.56
92.18
92.34
90.03
89.06
92.13
92.49
2.0 MENGENAL PASTI ISU DAN PENAMBAHBAIKAN Di SMK Sadong Jaya, saya membulatkan tekad akan melangkah lebih jauh untuk menggilap kemampuan dan potensi diri saya sebagai pemimpin pendidikan. Saya perlu bergerak dan bertindak dengan hakikat bahawa di SMK Sadong Jaya, saya ialah pemimpin yang masih perlu belajar serta membaiki diri dengan menjadikan sumber manusia yang ada sebagai cerminan diri, pendorong, dan penyokong yang akan menyerlahkan kemampuan SMK Sadong Jaya. Keberadaan saya di sekolah ini bukan untuk membongkar kelemahan terdahulu kerana saya yakin dan percaya semua warga sekolah sebelum ini pasti berhasrat untuk melakukan yang terbaik. Sebaliknya, saya perlu mencari ruang dan peluang berdasarkan analisis persekitaran dan realiti sumber manusia yang ada untuk menjulang prestasi SMK Sadong Jaya dalam titian perjalanan yang seterusnya. Selanjutnya, saya perincikan analisis persekitaran menggunakan analsisi SWOT, Tulang Ishikawa, dan Matriks TOWS sebagai rujukan dan panduan kami sebagai penggerak SMK Sadong Jaya.
394
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
a. Tulang Ishikawa
Rajah 39.1: Rajah Tulang Ikan Ishikawa (Sebab Akibat) Jadual 39.5: Analisis SWOT S1 S2 S3 S4 S5 S6
KEKUATAN (S) Barisan pentadbir yang berpengalaman 62% guru dan 100% AKP tinggal dalam radius 10km dari sekolah Guru dan AKP kreatif dan berkemahiran literasi komputer 26% murid tinggal di asrama Infrastruktur sekolah yang luas dan lengkap Sikap guru dan AKP yang positif dan cakna
KELEMAHAN (W) W1
Guru tidak mencukupi
W2
Bilangan Guru Interim yang ramai
W4
32 daripada 58 orang guru merupakan guru yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun Agihan tugas guru kurang seimbang
W5
Prestasi akademik masih lemah
W3
W6 W7
W8
O1 O2 O3 O4 O5
PELUANG (O) Jawatankuasa PIBG yang komited dan sedia menyokong pengurusan sekolah Kolaborasi dan hubungan yang baik dengan Pemegang Taruh Bantuan dari segi bimbingan kepakaran oleh pihak PPD Samarahan Lokasi sekolah yang berhampiran dengan agensiagensi yang berkaitan Kepakaran pihak luar / alumni yang sedia membantu pihak sekolah
Tiada bekalan komputer di tiga buah Makmal Komputer sedia ada
Kadar ketidakhadiran murid sekolah agak tinggi Pelibatan dan pencapaian murid dalam kokurikulum kurang memuaskan
ANCAMAN (T)
T1
Tiada kemudahan pengangkutan awam
T2
Masalah sosial yang membimbangkan dalam kalangan masyarakat
T3
Majoriti ibu bapa mempunyai taraf sosioekonomi yang rendah
T4
Capaian internet yang sangat tidak memuaskan
T5
Kehadiran dan pelibatan ibu bapa dalam aktiviti sarana PIBK masih rendah
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
395
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
Jadual 39.6 Penjanaan Strategi berdasarkan Matriks TOWS
KEKUATAN (S) DALAMAN
S1 Barisan pentadbir yang berpengalaman S2 62% guru dan 100% AKP tinggal dalam radius 10km dari sekolah S3 Guru dan AKP yang kreatif dan berkemahiran literasi komputer S4 26% murid tinggal di asrama
LUARAN
S5 Infrastruktur sekolah yang lengkap S6 Sikap guru dan AKP yang positif
S-O
PELUANG (O) O1 Jawatankuasa PIBG yang komited dan sedia menyokong pengurusan sekolah O2 Kolaborasi dan hubungan yang baik dengan Pemegang Taruh O3 Bantuan dari segi bimbingan kepakaran oleh pihak PPD Samarahan O4 Lokasi sekolah yang berhampiran dengan agensi-agensi yang berkaitan
W2 Guru Interim yang ramai W3 32 daripada 58 orang guru merupakan guru yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun W4 Agihan tugas guru kurang seimbang W5 Prestasi akademik masih lemah W6 Kadar ketidakhadiran murid sekolah agak tinggi W7 Pelibatan dan pencapaian murid dalam kokurikulum kurang memuaskan W8 Tiada bekalan komputer di tiga buah Makmal Komputer sedia ada W-O
S1+S3+S5+O1
W1+W2+W3+W4+W8+O2+O3+O5
1. Memanfaatkan infrastruktur sekolah untuk pembelajaran berterusan
1. Meningkatkan kompetensi guru dan prestasi murid melalui PLC dan program kolaborasi 2. Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang menyeronokkan
S2+S6+O1+O5 1. Meningkatkan sumber pendidikan dan memupuk literasi ICT melalui program Pembestarian Sekolah
O5 Kepakaran pihak luar / alumni yang sedia membantu pihak sekolah
396
KELEMAHAN (W) W1 Guru tidak mencukupi
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
W5+W6+W7+O1+O4+O5
1. Memupuk kesedaran murid tentang kepentingan pendidikan dan pelibatan mereka di sekolah
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
3.0 PELAKSANAAN Fokus pelaksanaan mencapai hala tuju Memperkasakan Sumber Manusia di SMK Sadong Jaya ini akan dijelaskan menggunakan kaedah POLC seperti yang berikut. 3.1 Planning (Merancang) Perancangan yang baik dan mengambil kira penyertaan ahli-ahli dalam organisasi sangat penting untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan sekali gus mampu menjana perubahan yang signifikan (Bennis dan Nanus, 1985). Menurut Bass (1985), kepimpinan transformasi mampu mengubah nilai kepercayaan yang ada pada orang bawahan untuk mengubah budaya sesebuah organisasi. Langkah pertama yang telah diambil ialah pengetua membentangkan dapatan Analsisi Persekitaran dan Analisis Keperluan kepada semua barisan pentadbir sekolah. Hasil daripada pembentangan tersebut, barisan pentadbir berbincang untuk menentukan hala tuju dan bersamasama menyediakan Pemetaan Hala Tuju SMKSJ untuk 3 tahun (2018-2021). Pada masa yang sama, semua bersepakat untuk menerima slogan “Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” dan “#smksjbangkitbersama” sebagai laungan keramat. Hala tuju dan laungan keramat tersebut telah dihebahkan kepada seluruh warga sekolah dan ahli-ahli PIBG. Langkah selanjutnya ialah mengadakan Hari Kualiti SMKSJ yang bertujuan untuk menilai program sedia ada sebelum ini. Guru-guru dan AKP telah didedahkan dengan Pendekatan SPeCT (School Programme Check Tool) untuk menilai dan mencadangkan tindak susul sama ada dikekalkan, ditambah baik, digugurkan, dikurangkan, ataupun diwujudkan program baharu yang lebih sesuai dengan keperluan. Akhir sekali, setiap Penolong Kanan dan Ketua Bidang serta dibantu oleh ahli masingmasing menyediakan Dasar SMKSJ, takwim, jawatankuasa, Pelan Tindakan dan Pelan Operasi program yang telah disenaraipendekkan mengikut keutamaan. Kesemua ini telah didokumentasikan sebagai rujukan semua warga sekolah dan dikenali sebagai Buku Maklumat Pengurusan SMKSJ. Mulai 2020, Pelan Tindakan dimantapkan menggunakan PIntaS dan pemantauan menggunakan OPPM selaras dengan pemilihan SMKSJ sebagai sekolah TS25 Kohort 5 pada tahun 2020. 3.2 Organising (Mengurus) Mengurus ialah satu proses sosial untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan, dan pelibatan ahli-ahli dalam organisasi dan kecekapan pemimpin untuk mengurus akan menyumbang kepada pencapaian untuk mencapai sesuatu matlamat atau hala tuju organisasi. Dalam konteks ini, sebagai pengetua SMKSJ, pengurusan hala tuju telah dilaksanakan secara kolektif dengan melibatkan barisan pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid, dan pemegang taruh yang lain berpandukan konsep PDCA (Plan, Do, Check, Action). Proses sebelum program, iaitu perancangan (Plan) telah diilhamkan secara muzakarah sebelum dizahirkan dengan pendokumentasian sebagai garis panduan dan rujukan. Dalam fasa pelaksanaannya (DO), saya juga bertindak untuk memastikan keakuran dari segi peranan jawatan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
397
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
kuasa kerja, memantau aspek keselamatan dan kecemasan, serta kemungkinan yang berlaku semasa program berlangsung. Akhir sekali, untuk fasa selepas program, saya akan memastikan aspek penilaian program (Check), dan tindak susul (Action) dilaksanakan sama ada dalam bentuk komunikasi maya (whattapps dan telegram) atau secara lebih formal melalui mesyuarat. 3.3 Leading (Memimpin) Seperti yang telah dijelaskan pada awal pelaporan ini, sebagai pengetua SMKSJ, hasrat utama saya adalah untuk mengenal pasti ruang dan peluang yang ada untuk menjulang prestasi SMKSJ. Dalam hal ini, keutamaan saya ialah memperkasakan sumber manusia dengan meletakkan aspek sahsiah sebagai fokus seperti mana yang terungkap dalam laungan keramat “Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang”. Sahsiah pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, AKP, murid-murid, dan ibu bapa perlu samasama diperkasa untuk mencapai hala tuju SMKSJ. Pematuhan etika perkhidmatan, nilai-nilai agama dan kemasyarakatan, pembentukan sahsiah kendiri, serta amalan kolektif perlu ada dalam diri warga SMKSJ. Pada masa yang sama, usaha untuk mengikis sikap prasangka, sambalewa, culas, dan sudah terlalu selesa turut diambil perhatian oleh saya untuk memastikan sumber manusia yang berkesan dan bermakna. Bersandarkan prinsip Kepimpinan Transformasional, saya memperkasa sumber manusia secara kolektif dengan menjadi pembimbing khususnya kepada guru-guru baharu, berkongsi ilmu dan kemahiran dengan para guru dan AKP, pembakar semangat untuk anak-anak didik SMKSJ, dan penggerak kepada ibu bapa serta komuniti. Untuk memperkasa para ibu bapa, saya dan barisan pentadbir telah bergerak ke setiap sekolah tadahan dalam Program Jerayawara Aspirasi SMKSJ kerana sedar kekangan para ibu bapa untuk ke sekolah. Manakala untuk meniup semangat anakanak didik SMKSJ, saya berusaha untuk sama-sama berada dengan mereka (visibility) dalam kebanyakan aktiviti sama ada di dalam atau di sekolah. 3.4 Controlling (Kawalan) Kawalan merujuk kepada proses sistematik untuk mengawal selia dan memantau aktiviti supaya kekal konsisten seperti dalam perancangan, dan menepati aspirasi organisasi. Program pemerkasaaan sumber manusia merupakan hala tuju utama yang digerakkan sederap oleh seluruh warga dan pemegang taruh SMK Sadong Jaya. Kawalan untuk program pemerkasaan sumber manusia bertujuan untuk mengelakkan tekanan kerja, keletihan dan kemampuan murid, sumber kewangan, ketidakakuran, mengenal pasti dan menangani halangan, dan menepati kriteria kejayaannya. Penggunaan log harian dalam kalangan AKP, borang PK01, PLC, pembentangan, dan mesyuarat adalah antara kaedah untuk mengawal program di SMK Sadong Jaya. Dalam keadaan yang tertentu, konsultasi individu juga dilaksanakan oleh pengetua untuk mengawal kompetensi guru dan AKP. Kaunselor sekolah juga diperkasa bagi membantu pengawalan khususnya yang melibatkan murid.
398
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
4.0 PENILAIAN / IMPAK PROGRAM Antara pengisian yang telah dilaksanakan untuk pemerkasaan sumber manusia di SMK Sadong Jaya adalah seperti yang berikut: Jadual 39.7 Pengisian Program SMK Sadong Jaya BIL
PROGRAM / TINDAKAN
SASARAN
1
Pendokumentasian (Buku Maklumat Pengurusan SMKSJ, Perancangan Strategik, PIntaS, Log Harian, Log Pemantauan dan Laporan)
Semua warga sekolah
2
Hari Kualiti, CPD, PLC
Pentadbir, guru, dan AKP
3
Rumahku, Sekolahku
Semua warga sekolah
4
Dialog Pengurusan
Pentadbir, GBK KPT, wakil Peny. Asrama, wakil Pemb. Makmal,
5
Program Kecemerlangan Kurikulum (HIPERS, Jom Berambeh di Sakura, Secangkir Kopi, Ketam Terpilih, Program Pembestarian SMKSJ)
Murid
6
Program Kecemerlangan HEM (Bonanza Kehadiran, Program Pemantapan BPM, Mari Berwaqaf, Asramaku Awesome)
Guru, Penyelia Asrama, Murid, dan PIBG
7
Program Kecemerlangan Kokurikulum (Klinik Pembangunan Olahraga, Dataran KK-ku Best!, Santai di SJ)
Murid
8
Pemerkasaan PIBG (Jerayawara Aspirasi SMKSJ, Sukan Komuniti, 1 Buku 1 Keluarga, Permuafakatan Berfokus)
Pentadbir, PIBG, Murid
9
Dialog Kualiti Perkhidmatan
Pentadbir, Kontraktot BMA, PKK, KBK, dan Operator Kantin Sekolah
10
Program Kolaborasi dengan Pemegang Taruh
Pentadbir, Guru, Pemegang Taruh
GBK,
Murid,
Secara keseluruhannya, saya selaku peneraju SMK Sadong Jaya rasa amat bersyukur dengan komitmen dan sikap sedia untuk menerima perubahan dalam kalangan warga sekolah dan pemegang taruh. Peningkatan prestasi akademik dan peningkatan kadar kehadiran murid ke sekolah seperti yang tertera dalam Jadual 3 dan Jadual 4 di atas membuktikan apabila sahsiah sumber manusia diperkasa secara konsisten, secara perlahan-lahan prestasinya akan meningkat. Begitu juga dengan peningkatan skor penilaian SKPMg2. Walaupun dinilai secara dalaman, namun yang jelas peningkatan skor tersebut menunjukkan keyakinan dan perubahan positif budaya kerja warga penggerak SMKSJ berdasarkan eviden yang ada.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
399
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
Jadual 39.8 Analisis Skor Penarafan Sekolah SKPMg2 KETERANGAN STANDARD
STD 1
SKOR % 2017
SKOR % 2018
SKOR % 2019
Kepimpinan
87.19
84.89
95.31
2
Pengurusan Organisasi
85.39
88.65
97.92
3.1
Pengurusan Kurikulum
79.98
80.48
92.95
3.2
Pengurusan Kokurikulum
73.82
82.59
96.65
3.3
Pengurusan Hal Ehwal Murid
84.32
95.31
97.99
Pembelajaran dan Pemudahcaraan
82.57
86.66
87.18
NA
NA
4 5
NA
Kemenjadian Murid
Impak Program “Rumahku, Sekolahku,” turut menggilap kemahiran insaniah (softskill) lebih ramai guru, AKP, dan murid. Agihan yang lebih teliti memberikan mereka peluang dan ruang untuk berkreativiti, menggilap kemahiran merancang, mengurus, dan mengelakkan lambakan beban kerja. Sahsiah yang terpuji turut memudahkan saya melaksanakan program Jom Berwaqaf, iaitu 1 Guru 1 Pasu dan Waqaf Buku. Peningkatan jumlah penyertaan dan pencapaian murid SMKSJ dalam bidang kokurikulum juga menyerlahkan aura laungan keramat: Sahsiah Ditatang, Prestasi Dijulang” . Jadual 39.9: Analisis Penyertaan dan Pencapaian Kokurikulum
TAHUN
DAERAH/ BAHAGIAN
NEGERI
KEBANGSAAN
2018
83
15
0
2019
214
37
4
Begitu juga dengan pelibatan dan komitmen para ibu bapa juga menunjukkan perubahan positif dari walaaupun data e sarana tidak begitu menggalakkan. Jadual 39.10 : Pelibatan Ibu Bapa/Komuniti dalam e Sarana AKTIVITI
PELIBATAN
TAHUN
2017
2018
2019
2020
Hari Pendaftaran
90.37
98.31
92.35
96.06
Hari Penetapan Target
81.58
92.4
77.48
Mesyuarat Agung
48.19
68.8.
66.17
Hari Pelaporan
77.71
72.22
77.48
Tiada Data
19.23
50.00
Hari Sukan Tahunan Hari Anugerah
Tiada Data
Tiada Data
87.75
Sukarelawan
Tiada Data
Tiada Data
56.46
400
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
5.0 RUMUSAN Dalam Teori Kepimpinan Transformasi, pengetua bertindak membangunkan organisasinya dengan merangsang kreativiti ahli-ahli kumpulan dengan cara memberikan peluang kepada mereka menyoal idea masing-masing dan membina idea untuk melakukan sesuatu ataupun menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi (intellectual stimulation). Gaya kepimpinan sebegini telah cuba saya terapkan dalam mentadbir urus dan menjulang prestasi SMK Sadong Jaya. Bermula dengan analisis persekitaran dan analisis keperluan, saya menggerakkan diri saya, warga sekolah dan pemegang taruh untuk sama-sama membina sahsiah yang unggul dalam melaksanakan amanah sebagai guru, penjawat awam, murid, ibu bapa, dan ahli masyarakat. Saya bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan sekerja yang komited dan positif di SMK Sadong Jaya, anak-anak didik yang dahagakan bimbingan guru, dan pibg serta komuniti yang sentiasa menghulurkan tangan sebagai tanda sokongan. Walaupun tidak sehebat sekolah-sekolah lain, namun bagi diri saya, peningkatan prestasi anak-anak didik SMK Sadong Jaya sama ada dalam bidang akademik, akhlak, dan kokurikulum amat bermakna. Peningkatan ini juga menyerlahkan bahawa pemerkasaan sumber manusia mempunyai korelasi dan hubungan yang signifikan dengan prestasi masing-masing. Tuntasnya, saya berpandangan bahawa untuk melaksanakan transformasi dalam organisasi, sebagai pemimpin pendidikan kita perlu juga menganalisis kesediaan dan kemampuan sumber manusia supaya perubahan lebih mudah dan berimpak tinggi. Sebagai pemimpin organisasi, kita juga perlu bersedia dengan Pelan Pengurusan Risiko kerana tidak semua perancangan dan harapan dapat tercapai dan menepati prisnsip sebab dan akibatnya. Akhir sekali, saya ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak IAB khususnya atas inisiatif program yang amat bermakna kepada pemimpin pendidikan yang masih bertatih dalam mentadbir urus organisasi seperti saya sendiri. Kalungan penghargaan juga saya abadikan buat Pensyarah Pembimbing, Dr. Hamidon Abd Rahman dan Tn Hj Shbini Saini, Pegawai SIP + dari PPD Samarahan. Terima kasih Pengarah dan warga kerja JPN Sarawak yang telah memilih saya sebagai peserta program ProPeKS Kohort 2018.
Hatinya terang fikiran cerdas Ilmunya banyak pengetahuannya luas Tahu menyemak hujan dan panas Tahu memilih antah dan beras Tahu berlembut pandai berkeras Negeri makmur rakyat pun puas
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
401
Mun Sik Kita, Sapa Agik? (Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?)
6.0 RUJUKAN Bennis, W. & Nanus, B. (1985).Leaders:The strategies for taking charge.New York:Harper&Row Bass,B.M.(1985). Leader & Performance. New York:Free Press Nota NPQEL. (2013). Institut Aminuddin Baki
402
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
ENHANCING ENGLISH THROUGH HIP NEDUMARAN A/L LINGAPPAN Pengetua SMK Serian, Sarawak
[email protected] DR. HAMIDON BIN ABD RAHMAN Pensyarah Pembimbing IAB Cawangan Genting Highland
[email protected] RAFI TAIZEL Pegawai SIP+ PPD Serian
ABSTRAK Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar adalah pada tahap yang lemah. Oleh yang demikian, Enhancing English Through HIP dilaksanakan bertujuan untuk membaiki serta mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, iaitu dari tingkatan 1 sehingga 5. Fokus utama ialah kepada pelajar yang menduduki SPM. Salah satu alat pengukur prestasi sekolah ialah melalui pencapaian keputusan SPM. Pihak berkepentingan akan melihat keputusan keseluruhan SPM serta prestasi setiap subjek. Antara subjek yang setiap tahun menjadi fokus ialah Bahasa Inggeris. Ini kerana pencapaian dalam SPM amat tidak memuaskan. Enhancing English Through HIP dilaksanakan pada awal Januari sehingga Disember. Ia menjadi salah satu hasrat sekolah untuk semua calon SPM agar mereka mendapat kelulusan minimum dalam SPM, khasnya dan dapat menggunakan Bahasa Inggeris apabila tamat persekolahan amnya. Pelbagai projek dirancang dan dilaksanakan demi mencapai matlamat yang dihajati. Ia memerlukan perancangan yang rapi dan melibatkan pelbagai pihak demi memastikan program ini mencapai objektif yang dihajati. Kata Kunci: Enhancing English Through HIP
1.0 PENGENALAN SMK Serian merupakan sekolah yang tertua di daerah Serian. Nama itu diberi memandangkan sekolah ini terletak di daerah Serian. Mula beroperasi pada tahun 1964 secara menumpang di SK St Teresa dan berpindah ke tapak baharu secara rasminya menjadi SMK Serian, kini mempunyai kekuatan seramai 159 orang guru dan 2094 murid dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
403
Enhancing English Through Hip
1.1 Profil Sekolah Jadual 40.1 Profil Sekolah Jenis Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan
Status Sekolah
Gred A
Lokasi
Luar Bandar
Daerah Pentadbiran
Serian
PPD
Serian
Sesi Persekolahan
2 sesi
Jenis Bantuan
Sekolah Kerajaan
Keluasan Sekolah
25.46 ekar
Bilangan Bilik Darjah
38 buah
Kod Sekolah
YEB 8205
Nombor Telefon
082-874001
Nombor Faks
082-874884
E-mel Sekolah
[email protected]
Laman Web Sekolah
https://smkseriansmks.blogspot.com/?m=0
Pengetua
Nedumaran a/l Lingappan
Penolong Kanan Pentadbiran
Albert anak Andrew Siddle (menjalankan tugas PK1)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Birong anak Mejang
Penolong Kanan Ko Kurikulum
Wan Sulaiman bin Wan Elias (menjalankan tugas PKKO)
Penolong Kanan Petang
Noor Azman bin Baharin
Penolong Kanan Tingkatan 6
Milton anak Junde
Bilangan Guru
159 orang 2094 orang
Bilangan Murid Bilangan Kelas
404
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Melayu = 485 (23.16%) Cina = 235 (11.22%) India = 5 ( 0.24%) Bumiputera = 1304 (62.27%) Lain-Lain = 59 ( 2.82%) Bukan Warganegara = 6 (0.29%) Tingkatan 6 Semester 3 = 6 Tingkatan 6 Semester 1 = 6 Tingkatan 5 = 13 Tingkatan 4 = 13 Tingkatan 3 = 13 Tingkatan 2 = 13 Tingkatan 1 = 13 Peralihan = 1 JUMLAH BESAR = 78
Enhancing English Through Hip
Mata Pelajaran Elektif
Menengah Rendah Pendidikan Seni Visual Reka Bentuk dan Teknologi Menengah Atas 5S1: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan 5S2: Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sains Komputer 5MPV: MPED 5K1: Sains Sukan, Ekonomi 5K2: Geografi, Sains Rumahtangga 5K3: Kesusasteraan Melayu, PSV 5K4: Geografi, PSV 5K5-5K8: PSV 4S1: Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan 4S2: Fizik, Kimia, Matematik Tambahan, Sains Komputer 4S3: Sains Sukan, Ekonomi 4S4: Geografi, Sains Rumahtangga 4S5: Kesusasteraan Melayu 4S6: Geografi, PSV 4S7 : MPED 4S8-4S11: PSV Tingkatan 6 Tingkatan 6S3S:PA,MTT,KIM,BIO,MUET Tingkatan 6S3A:PA,BM,GEO,EKO,MUET Tingkatan 6S3B:PA,BM,EKO,SEJ,MUET Tingkatan 6S3C:PA,BM,GEO,SEJ,MUET Tingkatan 6S3D:PA,BM,KMK,GEO,MUET Tingkatan 6S3E:PA,BM,SV,SEJ,MUET Tingkatan 6S1S:PA,MUET,MTT,BIO,KIM Tingkatan 6S1A:PA,MUET,BM,GEO,EKO Tingkatan 6S1B:PA,MUET,BM,GEO/SEJ,EKO Tingkatan 6S1C:PA,MUET,BM,GEO,SEJ Tingkatan 6S1D:PA,MUET,BM,GEO,KMK/SV Tingkatan 6S1E:PA,MUET,GEO/SEJ/KMK/SV
1.2
Status Quo Sekolah
SMK Serian, Serian, Sarawak merupakan sekolah yang berada dalam kedudukan Band 6. Berdasarkan analisis peperiksaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan, didapati bahawa pencapaian murid dalam kebanyakan mata pelajaran kurang memuaskan. Salah mata pelajaran yang menjadi fokus ialah Bahasa Inggeris. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
405
Enhancing English Through Hip
Satu hasil kajian daripada guru subjek dan murid mengenal pasti beberapa isu yang menjadi penyebab kepada pencapaian yang tidak memuaskan. Isu ini perlu diatasi kerana kemampuan murid untuk menguasai Bahasa Inggeris akan memberi kesan kepada SPM serta kemampuan mereka berdepan dengan kehidupan selepas tamat alam persekolahan.
2.0
MENGENAL PASTI ISU DAN MASALAH PUNCA
SMK Serian mempunyai potensi untuk menerajui kedudukan pencapaian terbaik dalam SPM. Setiap tahun SMK Serian berjaya menghasilkan ramai calon SPM yang mencapai sekurangkurang 5A. Namun cabaran utama ialah untuk memastikan semua calon SPM sekurang-kurangnya berjaya mencapai kelulusan minimum. 2.0.1
Keputusan SPM untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019 Jadual 40.2: Keputusan SPM untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019
2.0.2
Tahun
2017
2018
2019
2020
GPMP
6.22
6.36
5.81
5.49*
% Lulus
72.70
71.43
76.05
80.0*
Bil. Calon
394
394
385
382
Keputusan SPM Bahasa Inggeris untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019 Jadual 40.3: Keputusan SPM Bahasa Inggeris untuk Tahun 2017, 2018 dan 2019
2.0.3
Tahun
2017
2018
2019
2020
GPMP
6.98
7.11
6.53
5.99*
% Lulus
61.38
62.92
74.9
80.0*
Bil. Calon
394
394
385
382
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 2018 Jadual 40.4: Keputusan Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 3 2018 Tahun
2018 (T3)
2019 (T4)
GPMP
-
7.67
% Lulus
60.40
34.32
Bil. Calon
379
379
2020 SPM
Hasil daripada kaji selidik yang telah diadakan oleh panitia Bahasa Inggeris tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran, maka dapatannya ialah seperti dalam analisis SWOT 406
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip
di bawah: Jadual 40.5 Analisis SWOT Bahasa Inggeris
KEKUATAN (S)
KELEMAHAN (W)
S1. Semua guru yang mengajar subjek
W1. Sebahagian murid gagal menguasai
Bahasa Inggeris tingkatan 5 merupakan
kemahiran Bahasa Inggeris seperti
guru-guru yang berpengalaman mengajar
membaca, menulis dan bertutur.
lebih dari 10 tahun.
W2. Kehadiran murid 4 kelas terakhir ke
S2. Semua guru yang mengajar subjek
sekolah kurang memuaskan.
Bahasa Inggeris merupakan guru opsyen.
W3. Minat murid terhadap subjek Bahasa
S3. Sekurang-kurangnya 2 orang guru subjek
Inggeris masih di tahap yang rendah.
merupakan pemeriksa kertas SPM Bahasa
W4. Keyakinan murid untuk menjawab
Inggeris.
soalan peperiksaan subjek Bahasa Inggeris masih kurang.
PELUANG (O)
CABARAN (T)
O1. Sokongan kewangan dari pihak PIBG.
T1. Segelintir ibu bapa yang kurang
O2. Mudah mendapat kerjasama daripada
mengambil berat tentang pentingnya
pihak sekolah dalam menyediakan modul Bahasa Inggeris Tingkatan 5.
menguasai Bahasa Inggeris. T2. Segelintir ibu bapa yang tidak
O3. Bimbingan dari segi kepakaran oleh
mengambil berat tentang kehadiran
pihak PPD Serian. O4. Penyampaian maklumat antara ibu bapa
murid ke sekolah. T3. Sekolah berdekatan dengan premis
dan pihak sekolah lebih mudah.
perniagaan telah memberi peluang
O5. Peruntukan PCG Panitia yang
murid-murid bekerja secara sambilan
mencukupi.
3.0
amat tinggi dalam kalangan murid.
PELAKSANAAN PROGRAM (POLC)
Dalam usaha merealisasikan visi dan misi sesebuah organisasi, perancangan yang strategik amat penting supaya ia meninggalkan impak yang mendalam terhadap kumpulan sasarannya. 3.1
Planning (Perancangan) Setelah melapor diri sebagai pengetua di sekolah ini, penyelidik telah meneliti kedudukan
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
407
Enhancing English Through Hip
status quo sekolah daripada semua aspek pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum serta meminta taklimat daripada semua Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran untuk melihat kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran bagi menggerakkan seluruh warga sekolah mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, projek untuk meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris Aliran Perdana pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 telah dipilih untuk menjadi fokus utama. Visi: 70% pelajar menguasai penulisan yang baik dan tatabahasa yang betul dengan kemampuan menggunakan kesemua struktur ayat serta 100% mampu berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya tahap minimum.
Misi: • • •
100% pelajar terlibat dalam Enhancing English Through HIP yang diadakan setiap sepanjang tahun Penglibatan penuh guru-guru bahasa Inggeris Memberikan sijil penghargaan kepada pelajar yang berjaya
Strategi: • • •
3.2
Enhancing English Through HIP Penglibatan SISC+ PPD Kerjasama dengan AJK PIBG Sekolah Organizing (Pelaksanaan) 3.2.1
Pembudayaan a. Panitia Bahasa Inggeris membuat garis panduan tentang aktiviti yang dijalankan. b. Memimpin pelajar agar terlibat dengan perasaan selesa dan seronok. c. Pelajar membuat aktiviti yang diberi. d. Pemantau akan memberikan ulasan terhadap perkembangan para pelajar yang terlibat. e. Perbincangan Panitia Bahasa Inggeris sering diadakan untuk tujuan penambahbaikan projek.
3.2.2
Jaringan Sosial
Melibatkan kerjasama antara Pegawai SISC+ PPD Serian, Guru-guru dan AJK PIBG. 3.3
Leading (Kepimpinan)
Bagi menjayakan projek ini, semua pihak perlu berganding bahu. Program tidak akan berjaya jika hanya panitia Bahasa Inggeris yang terlibat. Semua Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan semua guru perlu bekerjsama untuk mendapatkan satu keputusan yang kolektif. Setiap guru
408
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip
diberi tanggugjawab untuk mengurus satu-satu program. Pelajar harus terlibat secara menyeluruh baik di dalam kelas mahupun di luar kelas. Apa yang penting ialah berlaku proses pembelajaran secara langsung dan tidak langsung kepada pelajar yang terlibat. Pelajar yang terlibat harus diberi ganjaran dalam bentuk sijil. Ini akan memberi motivasi dan mereka inilah yang akan menjadi pemimpin kepada rakan-rakan.. 3.4
Controlling (Pengawalan)
Untuk memastikan projek berjalan dengan lancar dan ada impak, pasukan bertindak harus memantau perjalanan projek. Perjumpaan yang kerap untuk post mortem aktiviti yang sudah dan sedang dijalankan akan menjamin impak yang positif. Aktiviti / Projek HIP ENGLISH ON THE WALL English On The Wall merupakan projek melukis mural pada dinding yang kosong. Isi kandungan mural lebih kepada motivasi dan kata-kata hikmah. Objektif utama ialah pelajar SMK Serian akan sentiasa melihat dan membaca apa yang ada pada mural tersebut. Bagi murid yang terlibat, mereka akan secara tidak langsung belajar perkataan baharu sebab sudah pasti bahawa semasa mereka menjalankan tugas, mereka perlu tanya untuk tahu apa yang sedang mereka buat. SIGNAGE IN ENGLISH Signage Everywhere merupakan satu projek meletakkan papan tanda di sepanjang gajah menyusur dan bahagian atas laluan berbumbung. Isi kandungan papan tanda ialah frasa yang kerap digunakan seperti ‘Hello’, ‘Good morning’, ‘Good Afternoon’ dan sebagainya. Ia mungkin perkara biasa bagi pihak tertentu tetapi bagi SMK Serian, perkara ini penting demi memupuk sikap suka menyapa dalam Bahasa Inggeris dengan penuh keyakinan.
READING BARUK Ini merupakan projek mengubah tempat rekreasi yang dipanggil baruk menjadi tempat membaca. Satu papan kenyataan dipasang dan bahan-bahan menarik dilekatkan serta diganti sekali dalam dua minggu. Semua tugas menyedia dan memasang bahan dilakukan oleh pelajar. Guru yang dipertanggungjawabkan hanya menjadi penasihat. Tempat Reading Baruk juga biasanya digunakan semasa PdPc khasnya mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana suasananya yang tenang dan terbuka.
HERBAL GARDEN Salah satu projek HIP ialah membina satu taman herba hasil usahasama dengan pasukan Pusat Sumber Sekolah. Kawasanya kecil sahaja di antara blok makmal dan blok bengkel RBT. Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
409
Enhancing English Through Hip
Pelbagai jenis tanaman herba ditanam dan semua dilabel dalam Bahasa Inggeris. Indahnya projek ini ialah guru yang hebat IT menyediakan QR Code bagi setiap tanaman. Murid hanya scan QR Code yang ada di sebelah tanaman dan mereka akan mendapat maklumat tentang tanaman dalam Bahasa Inggeris STAMP IN ENGLISH LESSON SMK Serian merupakan salah sebuah sekolah yang aktif dengan KESEF dan Filateli. Murid dibawa ke bangunan khas pusat Filateli. Pelajar diberi penerangan tentang setem dan langkah seterusnya ialah meminta mereka menghasilkan setem dengan tema dan motif tersendiri. Kemudian mereka akan menulis esei yang ringkas untuk menerangkan makna setem mereka dan selepas itu mereka bentang kepada rakan LET’S SPEAK LET’S SPEAK ini melibatkan warga sekolah termasuk pengawal sekolah dan tukang masak. Ini adalah saranan SISC+ yang menjadi penasihat kami denga HIP. Mereka menyarankan pengawal keselamatan dan tukang masak turut menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah sebab ini boleh mempengaruhi persepsi pelajar. ENGLISH IS FUN Projek English Is Fun ini merangkumi pelbagai aktiviti dalam Bahasa Inggeris. Sekolah turut terlibat dengan pertandingan anjuran PPD seperti English Debate, Jazz Chanting, Spelling Bee, Singing Competition, Story Telling, Poetry Reciting, 5 Minutes English Presentation semasa perhimpunan oleh pelajar dan banyak lagi. Satu lagi penglibatan ialah menghantar wakil ke perkhemahan Bahasa Inggeris di peringkat negeri dan 4 orang berjaya ke peringkat kebangsaan di Perak. 5-MINUTES READING 5-Minutes Reading diadakan khas untuk pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Teks yang mudah dan juga teks berkaitan novel SPM dibaca 5 minit pertama sebelum sesi Pdpc bermula. ENGLISH CORNER Ini merupakan projek menyediakan sudut Bahasa Inggeris. Guru dan pelajar bekerjasama menyediakan beberapa sudut di tempat yang strategik. Bahan yang menarik dipamerkan dan dikemaskini sekali seminggu. Objektif utama projek ini ialah pelajar akan sentiasa lalu dan melihat apa yang ada dipamerkan. Ia akan secara beransur menarik minat mereka untuk melihat, membaca dan meningkatkan pemahaman mereka.
410
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Enhancing English Through Hip
4.0
PENILAIAN DAN IMPAK
Impak yang lebih ingin dilhat ialah melalui keputusan peperiksaan peringkat sekolah dan SPM dari segi kualiti dan kemenjadian murid. Keputusan menunjukkan pergerakan yang postif walaupun pada tahap minimal. Hasil jangka panjang ialah daripada pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 yang sedang terlibat dan masih berjalan seperti yang dirancang.
5.0 RUMUSAN Projek Enhancing English Through HIP yang dilaksanakan dari Januari hingga November telah berjaya mencapai sasaran. Keterlibatan semua pihak yang bertanggungjawab secara aktif turut berperanan dalam menjayakan projek dan sasaran yang telah ditetapkan. Secara holistik, pelajar tingkatan 5 mencatat pencapaian yang tinggi dan baik.
6.0 RUJUKAN Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM PPD Pitas Bil 2/2019. Minit Mesyuarat Jawatankuasa HEM SMK Telaga Bil 1/2019. Minit Mesyuarat Agung PIBG SMK Telaga 2019.
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
411
412
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
413
414
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
SENARAI NAMA PENSYARAH PEMBIMBING INSTITUT AMINUDDIN BAKI Ketua Alur Kerja ProPeKS Hamsiah binti Mohd Dahalan Pegawai Projek InPeKS YM Raja Ibrahim bin Raja Midin Senior Leaders Team Hajah Norihan binti Azizan Balasandran A. Ramiah, Ph.D Nor Kamsiah Binti Jaapar Hajah Nor Hasimah binti Hashim Akma binti Abd. Hamid, Ph.D Ekerim a/p Din Chen, Ph.D Suriani binti Sulaiman Noor Hashimah binti Hashim, Ph.D Siti Arija binti Abdul Rahman Abdul Wahab bin Muda, Ph.D Norita binti Ismail Hamzah bin Said Meriam binti Alias Hamizi bin Osman Mohd Zaidi bin Basir Siti Anidah binti Mahadi Mariani binti Rahim Jamelaa Bibi binti Abdullah, Ph.D Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang
415
SEKALUNG BUDI Jawatankuasa Pelaksana Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada: YB Menteri Kanan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Setiausaha-Setiausaha Bahagian KPM Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia Education Performance and Delivery Unit (PADU) Pengarah-Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri serta semua pihak yang turut memberi sumbangan dan kerjasama bagi menjayakan Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan (PCIP) 2020 Intervensi Pelonjakan Kepimpinan Sekolah (InPeKS) Kohort 2018
416
Prosiding Kolokium Pemimpin Cemerlang