Story Transcript
Suatu masa dahulu, ada sepasang suami isteri tinggal di sebuah pondok di pinggir sebuah kampung. Mereka menyara hidup dengan bertani.
Walaupun mereka sangat miskin, tetapi
mereka hidup gembira dan aman damai. Harta yang dimiliki oleh mereka hanyalah seekor kuda. Mereka selalu meminjamkan kuda itu kepada jiran-jiran. Jiran mereka pula akan memberikan telur dan roti kepada mereka.
2
Suatu hari, petani bercadang hendak menjual kudanya. Setelah memberitahu isterinya tentang hasratnya itu, isteri petani berkata, “Pergilah ke pekan. Mungkin kamu dapat menjual kuda kita itu di pasar atau menukarkannya dengan sesuatu yang lebih baik.”
“Saya patut tukarkan dengan apa?” tanya
petani.
“Apa sahaja yang kamu fikirkan sesuai,”
jawab isteri petani.
Setelah mengucapkan selamat tinggal
kepada isterinya, petani pun pergi ke pekan.
4
Dalam perjalanan, petani bertemu dengan
seorang lelaki yang membawa seekor lembu betina.
“Lembu boleh mengeluarkan susu. Isteriku
tentu gembira mendapat seekor lembu,” fikir petani. Petani pun menyapa lelaki itu.
“Mahukah tuan menukarkan lembu tuan itu
dengan kuda saya?” tanya petani.
“Kuda kamu tangkas dan cantik. Baiklah, saya
setuju,” jawab lelaki tadi. Mereka pun bertukar haiwan peliharaan.
6
Tidak lama kemudian, petani bertemu
pula dengan seorang budak lelaki yang membawa seekor kambing biri-biri.
“Cantiknya kambing biri-biri itu!” fikir
petani. “Kambing itu boleh menjadi teman isteriku di rumah pada musim sejuk.”
“Wahai, budak! Mahukah kamu
menukarkan kambing kamu dengan lembu pak cik?” tanya petani.
Budak itu terus bersetuju lalu mereka
pun bertukar haiwan.
8
Belum pun jauh berjalan, petani
bertemu pula dengan seorang perempuan yang membawa seekor angsa.
“Angsa itu sangat gemuk dan cantik,”
fikir petani.
“Mahukah kamu menukarkan angsa
kamu dengan kambing biri-biri saya?” tanya petani kepada perempuan itu. Perempuan itu bersetuju dan mereka pun bertukar haiwan.
“Isteriku tentu gembira dapat makan
telur angsa yang segar setiap pagi,” kata petani.
10
Setelah penat berjalan, petani singgah di
sebuah kedai makan. Ketika sedang duduk berehat, petani nampak seorang budak sedang membawa sebiji bakul.
“Apa yang kamu bawa di dalam bakul
itu?” tanya petani kepada budak tadi.
“Buah epal untuk makanan keldai saya,”
jawab budak itu.
“Bukankah itu satu pembaziran? Isteri pak
cik pandai memasak pai epal. Dia tentu suka akan epal-epal itu,” kata petani lagi.
Petani pun menukarkan angsanya dengan
sebakul buah epal.
12
Seorang lelaki di dalam kedai itu
memerhatikan sahaja petani dan budak lelaki itu bertukar barangan.
Setelah budak itu pergi, lelaki itu
berkata, “Isteri kamu tentu marah kerana kamu menukarkan seekor angsa yang lebih tinggi nilainya dengan sebakul epal.”
“Isteri saya tidak akan marah,” jawab
petani. “Malah, dia akan memeluk saya dan berkata apa yang saya lakukan adalah betul.”
14
Lelaki itu yakin yang petani akan
dimarahi oleh isterinya. Maka mereka pun bertaruh.
Oleh sebab hari hampir malam,
petani dan lelaki tadi meminjam kereta kuda tuan punya kedai itu untuk pulang ke rumah petani. Setelah beberapa lama menunggang kereta kuda, akhirnya mereka tiba di pondok petani.
16
“Selamat malam, isteriku,” ucap petani
apabila isterinya menyambutnya di muka pintu.
“Selamat malam, suamiku sayang,” balas
isteri petani sambil tersenyum.
“Saya telah menukarkan kuda kita dengan
seekor lembu betina,” kata petani.
“Bijak sungguh suamiku. Kita boleh minum
susu segar setiap pagi.”
“Tetapi saya telah menukarkan lembu itu
dengan seekor kambing biri-biri. Kambing itu boleh menemani kamu di rumah,” kata petani lagi.
18
Petani pun menceritakan bagaimana dia menukarkan kambingnya dengan seekor angsa dan kemudian menukarkan angsa itu dengan sebakul epal.
Lelaki yang bertaruh dengan petani tadi
hanya memerhatikan petani bercerita kepada isterinya. Lelaki itu tercengang apabila isteri petani langsung tidak marah. Sebaliknya, dia hanya berkata, “Bijak sungguh suamiku.”
20
Akhirnya lelaki itu berkata kepada petani. “Nampaknya saya kalah dalam pertaruhan kita.”
Lelaki itu kemudian memberikan satu uncang
wang emas kepada petani seperti yang dijanjikan. Mujurlah petani memenangi pertaruhan itu. Jika tidak, terpaksalah dia memberikan sebakul epalnya kepada lelaki tadi.
Setelah lelaki itu pergi, petani pun memberitahu
isterinya tentang pertaruhannya dengan lelaki tersebut. Isteri petani memeluk petani sambil berkata, “Suami saya sentiasa betul.”
22
A Jawab semua soalan di bawah.
1. 2. 3. 4. 5.
Apakah yang dimiliki oleh petani suami isteri? Mengapakah petani hendak menukarkan kudanya dengan seekor lembu? Apakah yang hendak dilakukan oleh budak lelaki dengan sebakul epalnya? Barangan apakah yang lebih bernilai, seekor angsa atau sebakul epal? Dalam cerita ini siapakah yang memenangi pertaruhan?
B Nilai seekor kuda adalah sangat mahal. Susunkan haiwan berikut mengikut nilai masing-masing. Satu contoh telah diberi.
1 kuda
kambing biri-biri
lembu
angsa
ayam