Story Transcript
BMMB3203- MORFOLOGI BAHASA MELAYU
ANALISIS KESALAHAN KATA DAN PEMBENTUKAN KATA BAHARU PENTAKSIRAN BERTERUSAN TUGASAN 2 : PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : PUAN SALIZA BINTI MOHD SHAFI'I
KELAS : BAHASA MELAYU 8
1.NORKHAIRINA BINTI MOHD SABRI 2.NUR ALIEYA MAISARA BINTI UYUB 3.MIMI AISHAH BINTI MOHD KHAIRUL ZAMRI
AHLI KUMPULAN NAMA : MIMI AISHAH BINTI MOHD KHAIRUL ZAMRI NO IC: 021016-11-0486 NO MATRIK: P21083898
NAMA : NORKHAIRINA BINTI MOHD SABRI NO IC: 030808-10-0694 NO MATRIK: P21084028
NAMA : NUR ALIEYA MAISARA BINTI UYUB NO IC: 030723-06-0144 NO MATRIK: P21084015
1
BMMB3203
SOALAN TUGASAN
2
PETIKAN KELUARAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
3
Berikut merupakan petikan majalah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah dianalisis:
4
5
6
KESALAHAN KATA Kesalahan penggunaan kata dalam bahasa Melayu merupakan salah satu daripada kesalahan umum bagi kebanyakan penutur. Bentuk-bentuk kesalahan ini sering digunakan oleh penutur bahasa Melayu. Sudah menjadi satu kelaziman kesalahan kata tersebut digunakan dalam penggunaan bahasa seharian dan menganggap penggunaan kata tersebut betul, tetapi hakikatnya salah dari sudut tatabahasa.
7
Antara kesalahan kata yang sering dilakukan dapat dilihat dari sudut :
Bentuk jamak Penggunaan kata sendi nama Penggunaan kata ganti diri Etimologi Kesalahan makna Hukum D-M
8
ANALISIS KESALAHAN KATA
9
kreatif-imaginatif
Kesalahan kata di atas merupakan kesalahan penggunaan tanda sempang '-'. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), sempang didefinisikan sebagai tanda atau garis pendek melintang untuk menceraikan suku kata dan tanda hubung. Dalam konteks ini, perkataan kreatif dan imaginatif tidak sepatutnya diberi tanda sempang di tengah perkataan kerana perkataan-perkataan ini tidak perlu menceraikan suku kata mahupun kata hubung. kreatif-imaginatif
kreatif dan imaginatif
10
diperkembangkan
Imbuhan apitan sangat luas penggunaannya dalam bahasa Melayu. Penggunaannya hendaklah diawasi agar tidak menimbulkan kesalahan. Imbuhan apitan seperti boleh digunakan kepada semua jenis kata kecuali kata adjektif (KA). Sepertimana penggunaan apitan di+per+KA+kan adalah salah. Contoh penggunaan imbuhan apitan yang salah ialah: 1. diperlemahkan 2. diperkuatkan 3. diperlambatkan 4. diperlajukan Kesimpulannya, penggunaan perkataan diperkembangkan seperti yang terdapat di dalam petikan majalah Dewan Bahasa dan Pustaka adalah salah. Pembetulan bagi perkataan ini ialah diperkembang. diperkembangkan
diperkembang
11
remeh temeh
Kesalahan kata di atas merupakan kesalahan kata ganda yang tidak diletakkan tanda sempang di tengah perkataan. Kata ganda mempunyai beberapa jenis. Antaranya, kata ganda penuh, kata ganda separa, dan kata ganda berentak. Penerangan bagi setiap jenis kata ganda: I) Kata ganda penuh Kata ganda penuh ialah kata dasarnya diulang dan digandakan sepenuhnya dan penggunaannya mestilah diberi tanda sempang ‘-‘. Sebagai contoh: budak-budak, dalam-dalam, dan baik-baik. iii) Kata ganda separa Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Contohnya, Jejari, lelangit, bebola, dan kekuda. iv) Kata ganda berentak Kata ganda berentak ialah kata yang digandakan mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Contohnya, huru-hara, kontangkanting, dan gotong-royong. Kesimpulannya, perkataan remeh-temeh terdapat dalam jenis kata ganda berentak. Seterusnya, kata ganda seharusnya diberi tanda sempang '-' selain daripada kata ganda separa. remeh temeh
remeh-temeh
12
RUMUSAN Secara kesimpulannya, masih terdapat beberapa kesalahan penggunaan kata dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, kesalahankesalahan tersebut tidaklah begitu ketara kerana kebanyakan penutur bahasa Melayu atau pembacanya akan menganggap kesalahan kata tersebut betul dari segi penggunaannya.
Hal ini demikian kerana, terdapat beberapa penggunaan kata tersebut yang sering digunakan dalam kehidupan seharian sama ada melalui perbualan mahupun dalam penggunaan media cetak dan media elektronik.
Oleh itu, kita sebagai penutur bahasa Melayu mestilah menggunakan kata yang betul dari segi tatabahasa supaya kesalahan yang sering dilakukan tidak akan menjadi suatu kelaziman.
13
ANALISIS PEMBENTUKAN KATA BAHARU
14
PEMBENTUKAN KATA BAHARU
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang mempunyai banyak perkataan yang dipinjam daripada bahasa asing. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa telah berkembang akibat pertembungan budaya, ledakan teknologi maklumat dan keperluan istilah semasa yang berkaitan. Pembentukan kata baharu ini telah melibatkan tiga aspek iaitu aspek bunyi bahasa (fonologi), pembentukan kata (morologi) dan perbendaharaan kata (leksikon). Perkataan baharu dapat dirumuskan sebagai kata yang baru dicipta atau direka yang memberi sesuatu maksud atau konsep kepada perkara yang timbul dalam kalangan masyarakat.
15
Pembentukan kata baharu boleh melalui beberapa proses, iaitu :
Pembentukan perkataan baharu
Bunyi bahasa
Pembendaharaan kata
Pembentukan kata daripada imbuhan
16
Bunyi bahasa pinjaman Dalam bahasa pinjaman, sebanyak lapan bunyi konsonan pinjaman seperti yang berikut : konsonan
contoh perkataan
f
fajar
v
lava
th
mithal (misal)
dh/zh
redha (reda)
z
azab
sy
syarat
kh
akhir
gh
maghrib
q
buraq
17
fitnah
Perkataan 'فتَنة' berasal daripada bahasa Arab. Perkataan ini adalah bentuk kata baharu yang diwujudkan dengan melibatkan aspek bunyi bahasa, di mana terdapatnya penggunaan bunyi konsonan pinjaman 'f' yang berada di awal kata ejaan 'fitnah' dalam bentuk bahasa Melayu.
ghairah
Perkataan ' 'غاءيرهberasal daripada bahasa Arab. Perkataan ini adalah bentuk kata baharu yang diwujudkan dengan melibatkan aspek bunyi bahasa. Terdapat penggunaan bunyi konsonan pinjaman 'gh' yang berada di awal kata ejaan 'ghairah' dalam bahasa Melayu.
18
Pembentukan kata daripada imbuhan bahasa asing
Akibat daripada kemasukan bahasa pinjaman yang perlu disesuaikan dalam bahasa Melayu, terdapat penambahan bentuk imbuhan yang terdiri daripada imbuhan bahasa Sanskrit, imbuhan Bahasa Yunani-Latin-Inggeris dan imbuhan bahasa Arab-Parsi. Imbuhan bahasa asing ini boleh wujud pada awalan dan akhiran perkataan.
19
kontroversi Perkataan 'kontroversi' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu controversy. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman awalan dan akhiran bahasa Inggeris iaitu 'ko-' pada awalan serta '-si' pada akhiran perkataan kontroversi dalam bahasa Melayu.
profilik
Perkataan 'profilik' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu profile. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman awalan dan akhiran bahasa Inggeris iaitu 'pro-' pada awalan serta '-ik' pada akhiran perkataan profilik dalam bahasa Melayu.
Politik Perkataan 'politik' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu politics. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Inggeris iaitu '-ik' pada akhiran perkataan politik dalam Bahasa Melayu. 20
nasional
Perkataan 'nasional' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu national. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Inggeris iaitu '-al' pada akhiran perkataan nasional dalam bahasa Melayu
ideologi
Perkataan 'ideologi' berasal daripada bahasa Inggeris ideology. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Inggeris iaitu '-gi' pada akhiran perkataan ideologi dalam bahasa Melayu.
institusi
Perkataan 'institusi' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu institution. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Inggeris iaitu '-si' pada akhiran perkataan institusi dalam bahasa Melayu. 21
ekspresif
Perkataan 'ekspresif' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu expressive. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Inggeris iaitu '-if' pada akhiran perkataan ekspresif dalam bahasa Melayu.
imaginatif
Perkataan 'imaginatif' berasal daripada bahasa Inggeris iaitu imaginative. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Inggeris iaitu '-if' pada akhiran perkataan imaginatif dalam bahasa Melayu.
kritis
Perkataan 'kritis' berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu critical. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran Bahasa Inggeris iaitu '-is' pada akhiran perkataan kritis dalam Bahasa Melayu. 22
fitnah
Perkataan 'fitnah' berasal daripada bahasa Arab iaitu 'فتَنة'. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Arab iaitu '-ah' pada akhiran perkataan fitnah dalam bahasa Melayu.
rohaniah
Perkataan 'rohaniah' berasal daripada bahasa Arab iaitu ' 'ُروَحاِنّي. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Arab iaitu '-ah' pada akhiran perkataan rohaniah dalam bahasa Melayu.
ghairah Perkataan 'ghairah' berasal daripada bahasa Arab iaitu ''غاءيره. Perkataan ini dibentuk menggunakan imbuhan pinjaman akhiran bahasa Arab iaitu '-ah' pada akhiran perkataan ghairah dalam bahasa Melayu. 23
prasangka
Perkataan 'prasangka' dibentuk daripada gabungan perkataan bahasa Melayu 'sangka' dan kata serapan imbuhan awalan bahasa Sanskrit 'pra'. Asal perkataan 'sangka' ialah perkataan yang bermaksud pendapat yang hanya diagak-agak sahaja. Penyerapan imbuhan bahasa Sanskrit 'pra' pada awal perkataan. Menjadi perkataan prasangka bermaksud aggapan buruk seseorang/sesuatu sebelum mengetahui perkara sebenar. pra (imbuhan awalan bahasa Sanskrit) + sangka ( bahasa Mealyu) = prasangka
24
budayawan
Pada asalnya perkataan 'budaya' ialah perkataan yang membawa maksud tingkah laku sosial dan norma yang
terdapat dalam sesebuah masyarakat. Penyerapan imbuhan akhiran bahasa Sanskrit 'wan' pada perkataan 'budaya'. Menjadi perkataan budayawan bermaksud seseorang yang memiliki pengetahuan budaya atau seseorang yang berkecimpung dalam bidang kebudayaan. budaya (bahasa melayu) + wan (imbuhan akhiran bahasa Sanskrit) = budayawan
25
RUMUSAN Kesimpulannya pembentukan perkataan baharu boleh berlaku dalam melibatkan pelbagai proses atau bidang. Kesemua perkataan baharu yang dibina akan menyentuh beberapa aspek utama dalam bahasa. Mahupun begitu, banyak usaha yang telah dilakukan terutama sekali bagi pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam membina perkataanperkataan baharu bagi memenuhi penggunaan bahasa dalam bahasa Melayu agar tidak ketinggalan, banyak istilah-istilah baharu yang telah muncul dan dibina oleh pihak tersebut bagi mengangkat bahasa Melayu.
26
SEKIAN, TERIMA KASIH