E-Book Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Kemajuan Orang Asli Flipbook PDF


87 downloads 109 Views 25MB Size

Recommend Stories


Get Instant Access to ebook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF. ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF
Get Instant Access to eBook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF MAGIA CON VELAS PDF - Are y

Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site
Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site >-- Click Here to Download Como Superar Conflictos De Pareja Now --< >-- Click H

Story Transcript

1 JAKOA PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI | Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) 2022-2026 PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) • 2022-2026 • JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI JAKOA MALAYSIA www.jakoa.gov.my ISBN 978-629-97658-0-6 978629976580 6 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI Tingkat 8,9 dan 10, Suasana PjH, Blok A, No.2, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 2, 62100 Putrajaya


Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2022-2026 Perutusan Ketua Pengarah OACP ini adalah satu dokumen antirasuah di peringkat Jabatan yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelan ini dirangka secara khusus bagi mengatasi permasalahan memfokuskan kepada integriti, tadbir urus dan rasuah. JAKOA mendukung sepenuhnya hala tuju murni ini dan komited dalam usaha membasmi rasuah di peringkat akar umbi serta memastikan tahap tadbir urus yang baik seterusnya meningkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam secara umumnya. Besar harapan saya agar OACP ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua warga kerja JAKOA daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi hingga ke peringkat Kumpulan Pelaksana supaya setiap individu dapat melaksanakan pelan tindakan ini bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti. Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga JAKOA yang terlibat khususnya kepada Unit Integriti dan Jawatankuasa yang dilantik dalam merealisasikan penghasilan pelan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pelan ini menjadi rujukan utama kepada semua warga JAKOA dalam menjalankan tugas serta memberi komitmen padu kepada semua inisiatif yang telah digariskan. Sekian, terima kasih. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2022-2026 dapat diterbitkan sebagai panduan kepada warga Jabatan dalam mendukung usaha pemantapan integriti, tadbir urus dan antirasuah sekaligus menyumbang kepada aspirasi Nasional yang menggariskan “Malaysia dikenali kerana integritinya”. YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)


Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI 2022-2026 Perutusan Ketua Pengarah OACP ini adalah satu dokumen antirasuah di peringkat Jabatan yang merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pelan ini dirangka secara khusus bagi mengatasi permasalahan memfokuskan kepada integriti, tadbir urus dan rasuah. JAKOA mendukung sepenuhnya hala tuju murni ini dan komited dalam usaha membasmi rasuah di peringkat akar umbi serta memastikan tahap tadbir urus yang baik seterusnya meningkatkan mutu penyampaian Perkhidmatan Awam secara umumnya. Besar harapan saya agar OACP ini dapat dijadikan rujukan komprehensif dan inklusif kepada semua warga kerja JAKOA daripada Kumpulan Pengurusan Tertinggi hingga ke peringkat Kumpulan Pelaksana supaya setiap individu dapat melaksanakan pelan tindakan ini bagi menzahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti. Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua warga JAKOA yang terlibat khususnya kepada Unit Integriti dan Jawatankuasa yang dilantik dalam merealisasikan penghasilan pelan ini. Saya meletakkan harapan yang tinggi agar pelan ini menjadi rujukan utama kepada semua warga JAKOA dalam menjalankan tugas serta memberi komitmen padu kepada semua inisiatif yang telah digariskan. Sekian, terima kasih. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Pelan Antirasuah Organisasi atau Organisational Anti-Corruption Plan (OACP) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2022-2026 dapat diterbitkan sebagai panduan kepada warga Jabatan dalam mendukung usaha pemantapan integriti, tadbir urus dan antirasuah sekaligus menyumbang kepada aspirasi Nasional yang menggariskan “Malaysia dikenali kerana integritinya”. YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) PERNYATAAN KOMITMEN PENGURUSAN TERTINGGI JAKOA Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) 2022 - 2026 merupakan dokumen antirasuah yang menggariskan pelan tindakan dan inisiatif bagi membanteras rasuah sejajar dengan aspirasi Kerajaan semasa dalam memastikan Malaysia dikenali dengan integritinya. Pelan ini merupakan kesinambungan daripada Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 - 2023 dan berdasarkan Objektif Strategik 2.1 iaitu Merekayasa Perkhidmatan Awam Ke Arah Tadbir Urus Baik. Setiap pelan tindakan dan inisiatif yang dibangunkan dalam Pelan OACP JAKOA ini terhasil daripada perbincangan dan sesi brainstorming semasa Bengkel Pembangunan dan Pemurnian Kerangka OACP. Pengurusan Tertinggi JAKOA amat peka dan konsisten dalam mendukung aspirasi negara agar Malaysia dikenali sebagai Kerajaan yang berintegriti. Pelan ini diyakini dapat menangani permasalahan dan kelemahan integriti, tadbir urus dan antirasuah dalam kalangan warga JAKOA. Justeru, Jabatan ini komited dan akan memberikan komitmen sewajarnya bagi memartabatkan budaya kerja berintegriti dan tadbir urus yang baik bagi memastikan perkhidmatan sektor awam yang telus dan bebas rasuah.


SENARAI SINGKATAN ABMS Sistem Pengurusan Antirasuah (Anti-Bribery Management System) BKP Bahagian Khidmat Pengurusan BPA Biro Pengaduan Awam BPMK Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan BPP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan BPSE Bahagian Pembangunan Sosioekonomi CPI Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index) GIACC Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption) IGU Unit Integriti dan Governans (Integrity and Governance Unit) JAKOA Jabatan Kemajuan Orang Asli JHEOA Jabatan Hal Ehwal Orang Asli JKKMAR Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah JMAPOA Jabatan Muzium, Arkib dan Penyelidikan Orang Asli JOA Jabatan Orang Asli JPKKOA Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli KPLB Kementerian Pembangunan Luar Bandar LKAN Laporan Ketua Audit Negara NACP Pelan Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan) OACP Pelan Antirasuah Organisasi (Organisational Anti-Corruption Plan) PRO Unit Perhubungan Awam SPRM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia UI Unit Integriti


Kandungan Perutusan Ketua Pengarah JAKOA Pernyataan komitmen Pengurusan Tertinggi JAKOA Senarai singkatan 4 5 6 BAHAGIAN 1: PENGENALAN 9 Sekilas Lalu Peneraju JAKOA Punca Kuasa Visi, Misi & Objektif Pengurusan Tertinggi Carta Organisasi JAKOA Fungsi Bahagian Masyarakat Orang Asli Cabaran JAKOA untuk Membangunkan Orang Asli 10 11 12 12 13 14 16 19 20 - - - - - - - - - BAHAGIAN 3: KERANGKA PELAN ANTIRASUAH JAKOA BAHAGIAN 4: PELAN TINDAKAN OACP JAKOA 29 35 Hala tuju Pelan Antirasuah JAKOA Ringkasan Kerangka Pelan Antirasuah JAKOA Bidang Keutamaan Strategi, Objektif dan Inisiatif Analisis Kuadran 30 31 32 33 34 - - - - - BAHAGIAN 5: PEMANTAUAN & PENILAIAN BAHAGIAN 6: KESIMPULAN 43 50 Analisis Pelan Tindakan Kuadran Pelan Tindakan Antirasuah JAKOA Struktur Tadbir Urus OACP JAKOA Struktur Pelaksana, Pemantauan dan Penilaian OACP 44 45 46 47 52 - - - - Ahli Jawatankuasa Pembangunan OACP JAKOA 2022 – 2026 - Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia Dasar dan Perundangan Pembangunan Projek dan Ekonomi Perolehan dan Kewangan 36 37 39 41 - - - - BAHAGIAN 2: INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH 23 Dasar Integriti & Tadbir Urus Cabaran menangani rasuah Penilaian risiko rasuah 24 25 26 - - -


Bahagian 1 PENGENALAN


Bahagian 1 PENGENALAN


10 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN SEKILAS LALU Perak Aboriginal Tribes Enactment No.3 1939 Kerajaan mengistiharkan satu dasar pentadbiran bagi permodenan Orang Asli 1939 Welfare Officer Aborigines/ Protector of Aborigines 1949 Dijenamakan semula sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli 1963 Pertama kali wanita yang juga masyarakat Orang Asli dilantik sebagai Ketua Pengarah JAKOA 2021 Pejabat Orang Asli diwujudkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) diperkenalkan dan Jabatan Orang Asli ditubuhkan 194951 1954 Keputusan Jemaah Menteri mengenai Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Panduan Tugas Pembangunan Orang Asli Dalam Masyarakat Moden 1978 194973 1978 Dijenamakan semula sebagai Jabatan Muzium, Arkib dan Penyelidikan Orang Asli 1956 Dijenamakan semula sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli 2011 Dijenamakan semula sebagai Jabatan Orang Asli 19594 1961 Pertama kali Ketua Pengarah JAKOA dilantik dalam kalangan masyarakat Orang Asli 2018 1954 Tujuan utama penubuhan awal JAKOA adalah untuk melindungi Orang Asli daripada penjajah. Sejak itu, fungsi JAKOA telah berkembang dan menjadikan Jabatan ini sebuah Jabatan yang amat penting bagi masyarakat Orang Asli. Kini, JAKOA berfungsi dengan menyediakan kemudahan dan bantuan kepada masyarakat Orang Asli termasuk pendidikan, kesihatan, kebajikan, pembangunan sosioekonomi dan pembangunan modal insan.


11 PENERAJU JAKOA 1954 1956 Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri 1974 Kementerian Dalam Negeri 1970 Kementerian Pertanian & Tanah 2011 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 1959 Kementerian Dalam Negeri 1964 Kementerian Tanah & Galian 2001 Kementerian Pembangunan Luar Bandar 1971 Kementerian Pembangunan Negara & Luar Bandar Kementerian Pelajaran 2020 Kementerian Pembangunan Luar Bandar 1990 Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2022 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah 1994 Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat 2018 Jabatan Perdana Menteri


12 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN PUNCA KUASA Meningkatkan pendapatan masyarakat Orang Asli dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan. Memperluaskan skop liputan kemudahan prasarana dan ameniti sosial ke semua perkampungan Orang Asli. Memperkasa masyarakat Orang Asli melalui program pembangunan modal insan yang komprehensif. Meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Orang Asli ke arah sejahteraan hidup. Memulihara dan menegakkan pengetahuan tradisional serta warisan Orang Asli. Meningkatkan tahap keberkesanan organisasi dengan mengamalkan dan membudayakan tadbir urus yang baik. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perlembagaan Persekutuan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) Dasar Pentadbiran Orang Asli 1961 01 02 03 Peneraju Unggul Pembangunan Sosial, Ekonomi dan Kebudayaan Masyarakat Orang Asli Seiring dengan Kemajuan Negara Mengukuhkan Peningkatan Kendiri, Kekuatan Minda, Kesejahteraan dan Kemajuan Orang Asli melalui Pendekatan Penglibatan Bersama yang Efektif dan Strategik Seiring dengan Pembangunan Negara Peneraju Unggul Pembangunan Sosial, Ekonomi dan Kebudayaan Masyarakat Orang Asli Seiring dengan Kemajuan Negara Mengukuhkan Peningkatan Kendiri, Kekuatan Minda, Kesejahteraan dan Kemajuan Orang Asli melalui Pendekatan Penglibatan Bersama yang Efektif dan Strategik Seiring dengan Pembangunan Negara YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)


13 PENGURUSAN TERTINGGI YBrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato’ Mohd Nor Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli YBrs. Encik Saiful Zahlan bin Muhamad Azmi Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pengurusan) YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Mustajap Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)


14 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN CARTA ORGANISASI JAKOA Ketua Pengarah Gred UTAMA C Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Gred 54 (Terbuka) Bahagian Pembangunan Sosioekonomi Gred M52/S52 Seksyen Pembangunan Ekonomi Gred M48 Seksyen Kemajuan Kampung Gred M48/S48 Seksyen Pendidikan Gred S44 Seksyen Pembangunan Komuniti dan Latihan Gred S41/S44 Pusat Latihan Kluang Gred S29/S32 Pusat Latihan Giat Damansara Damai Gred S29/S32 Unit Pentadbiran Am Gred N36 Unit Logistik Gred N32 Pusat Latihan Intelek Pelajar Orang Asli Gred S29/S32 Pusat Transformasi Modal Insan Orang Asli Gred S29/S32 Pusat Latihan Paya Bungor Gred S29/S32 Seksyen Perancangan Gred M44 Seksyen Kebudayaan dan Warisan Gred S41/S44 Seksyen Perangkaan Gred E41/E44 Seksyen Pentadbiran Gred M44 Seksyen Kewangan Gred M44 Seksyen Pengurusan Sumber Manusia Gred M41/M44 Seksyen Teknologi Maklumat Gred F41/F44 Bahagian Pembangunan Modal Insan dan Kebajikan Gred M48/S48 JAKOA Negeri Pahang Gred S48 JAKOA Negeri Perak/Kedah Gred S48 JAKOA Negeri Kelantan/Terengganu Gred S44 JAKOA Negeri Selangor/ Wilayah Persekutuan Gred S44 JAKOA Negeri Sembilan/ Melaka Gred S44 JAKOA Negeri Johor Gred S44 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Gred M48 Bahagian Khidmat Pengurusan Gred M48 Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pengurusan) Gred M52 Unit Integriti Unit Perhubungan Awam Gred M41/S41/M44/S44 Gred S41/S44


15 PERJAWATAN STRUKTUR ORGANISASI PEJABAT JAKOA JUMLAH PERJAWATAN KLASIFIKASI PERKHIDMATAN PENGURUSAN TERTINGGI PENGURUSAN & PROFESIONAL SOKONGAN I SOKONGAN II 01 32 668 251 IBU PEJABAT JAKOA NEGERI JAKOA DAERAH RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA (RPS) 01 06 36 16


16 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN & KEBAJIKAN (BPMK) FUNGSI BAHAGIAN Program Perladangan, Pertanian & Penternakan Melaksanakan Program Pembangunan Usahawan & Koperasi Menyediakan Kemudahan prasarana, utiliti dan ameniti sosial kampung Orang Asli Penyelarasan data-data berkaitan tanah Orang Asli Program penswastaan pemodenan kampung Orang Asli Program- program Bantuan Rumah Pembangunan Minda dan Latihan Kerjaya masyarakat Orang Asli Program kesedaran, peningkatan kemajuan, bantuan dan biasiswa pendidikan Pengurusan kebajikan masyarakat Orang Asli Pengurusan pusat-pusat latihan Jabatan Melahirkan kelompok "Opinion Leader" (Pemimpin Pendapat) dalam kalangan penduduk kampung Memperkasakan Pengurusan Batin dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung Orang Asli (JKKKOA)


17 BAHAGIAN PERANCANGAN & PENYELIDIKAN (BPP) BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN 07 06 05 04 03 01 Menyelaras Akta, peruntukan dan peraturan berkaitan pengurusan masyarakat Orang Asli. Merancang, mengumpul, menyelaras dan memantau sistem data masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Mengurus, memantau dan mendokumentasikan kajian mengenai masyarakat Orang Asli. Urusetia Majlis Perundingan Orang Asli (MaPOA) Pengurusan perpustakaan, muzium, warisan dan kebudayaan Orang Asli. Menyelaras pembangunan, pemantauan atau kajian semula Pelan Strategik Jabatan Kemajuan Orang Asli. 02 Menyelaras dan menyediakan Memorandum Jemaah Menteri, Nota Jemaah Menteri, kertas dasar, kertas cadangan, nota taklimat dan garis panduan mengenai pembangunan Orang Asli. Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pentadbiran, aset dan kenderaan Jabatan Pengurusan kewangan dan perolehan Jabatan Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Bertanggungjawab dalam pengurusan, pentadbiran, pembangunan dan penyenggaraan sistem teknologi maklumat SEKSYEN PENTADBIRAN SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA SEKSYEN KEWANGAN SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT


18 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN UNIT INTEGRITI UNIT PERHUBUNGAN AWAM ADUAN INTEGRITI TATATERTIB Bertanggungjawab dalam urusan aduan dan tatatertib di Jabatan. Melaksanakan program berkaitan Pembudayaan dan Pengukuhan Integriti berdasarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) di Jabatan. Bertanggungjawab dalam mengurus, memantau dan menyediakan laporan bagi pematuhan peraturan-peraturan berkuatkuasa dalam kalangan warga Jabatan. APENERBITAN B MEDIA CKHIDMAT PELANGGAN Pengurusan dan penerbitan dokumen serta maklumat rasmi Jabatan Pengurusan media, liputan dan promosi bagi program persidangan, mesyuarat peringkat nasional & antarabangsa anjuran Jabatan Menjadi medium perantara antara Jabatan dengan orang awam


19 MASYARAKAT ORANG ASLI Sehingga tahun 2022, terdapat 853 buah kampung Orang Asli yang diiktiraf oleh JAKOA. Daripada jumlah berkenaan 308 buah kampung berada di kawasan pedalaman, 539 buah kampung berada di kawasan pinggir dan 6 buah kampung berada di kawasan bandar. Masyarakat Orang Asli dipimpin oleh Batin atau Penghulu yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) Seksyen 16(1). Selain itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) telah diwujudkan bagi membantu kelancaran pembangunan dan kemajuan sosioekonomi masyarakat Orang Asli sebagaimana peranan JKKK di perkampungan tradisional yang lain. Semang (atau Negrito) biasanya boleh diketemukan dalam lingkungan hingga ke bahagian utara semenanjung. Suku kaum Mendriq, Kensiu, Bateq, Kintaq, Jahai dan Lanoh Senoi menetap di bahagian tengah semenanjung Suku kaum Temiar, Mah Meri, Semai, Che Wong, Semoq Beri dan Jahut Suku kaum – Temuan, Semelai, Orang Laut (Kuala), Orang Kanaq, Orang Seletar dan Jakun Melayu Proto (atau Melayu Asli) menetap di wilayah selatan semenanjung


20 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN TANAH ORANG ASLI PEWARTAAN RENDAH TANAH BERTINDIH MILIK (SEHINGGA OGOS 2022) - Hanya 25% Kampung Orang Asli di warta - 215 Kampung telah warta berbanding 853. - Pewartaan di bawah Seksyen 82, Akta 828, Pegawai Pengawal bukan KP JAKOA - Penempatan Orang Asli dengan Rizab lain. - Penempatan Orang Asli atas tanah hak milik - Membantutkan proses projek kerja ukur INFRASTRUKTUR DI PENEMPATAN ORANG ASLI Penempatan di Pedalaman Tiada Aksessibiliti Peruntukan Tinggi Kampung Orang Asli di pedalaman Penduduk dengan kepadatan rendah menyukarkan penyediaan kemudahan infrastruktur kerana tidak ekonomik Penempatan di pedalaman tiada atau kekurangan jalan perhubungan yang baik Tiada liputan atau rangkaian komunikasi yang baik Demografi di pedalaman meningkatkan kos pembinaan, pembangunan dan penyelenggaraan Pembangunan di pedalaman memerlukan kemahiran teknikal (perjawatan teknikal) sehingga Ogos 2022 CABARAN JAKOA UNTUK MEMBANGUNKAN ORANG ASLI


21 KEPIMPINAN TRADISI MASYARAKAT ORANG ASLI Kecekapan dan Keberkesanan Batin Perpecahan Masyarakat Pemegangan jawatan yang terlalu lama sehingga uzur untuk melaksanakan tugasan sebagai Batin. Kumpulan yang tidak menerima Batin akan berpindah dan mewujudkan kampong sepihan. Kesukaran bagi JAKOA untuk membawa program pembangunan kepada kumpulan yang berpindah. Sistem Pemilihan atau undian pemimpin tradisi tidak diterima semua pihak atau keseluruhan masyarakat Orang Asli. AKSES PERKHIDMATAN KESIHATAN ORANG ASLI PENDIDIKAN MURID DAN PELAJAR ORANG ASLI Tahap Kesedaran Kesihatan Aksesibiliti Perkhidmatan Kesihatan 36% (308) Kampung Orang Asli di pendalaman Tahap penjagaan dan kesedaran kesihatan rendah Kurang Pemahaman kaedah perubatan terkini bagi kawasan pedalaman. Penempatan di pedalaman tiada atau kekurangan pusat rawatan yang sesuai Ketiadaan dan kekurangan aksesibiliti memberi kesukaran untuk mendapatkan khidmat kesihatan. - - - - - (sehingga Ogos 2022) Kadar Keciciran Aksesibiliti Komunikasi Kadar keciciran murid Orang Asli ke sekolah menengah tinggi Penempatan di pedalaman tiada liputan atau kekurangan liputan komunikasi yang baik Ketiadaan dan kekurangan peralatan elektronik untuk menyertai Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) Kesedaran kepentingan pendidikan dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asli rendah 23% (sehingga Ogos 2022)


22 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PENGENALAN KERJAYA ORANG ASLI EKONOMI ORANG ASLI Taraf Pendidikan Rendah Taraf pendidikan yang rendah menyukarkan Orang Asli mendapat pekerjaan dan gaji yang baik Tiada minat menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi kerana bekerja awal atau mencari hasil hutan Amalan Ekonomi Tradisional Kebergantungan Tinggi Amalan aktiviti ekonomi sara diri bagi Orang Asli di kawasan pedalaman adalah tinggi Kebergantungan masyarakat Orang Asli kepada Kerajaan adalah tinggi Ketiadaan modal, peluang dan kekurangan aksesibiliti memberi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau memasarkan hasil pertanian atau barangan. Aktiviti ekonomi tunggal (sara diri) menghasilkan pendapatan yang sangat rendah dan tanah pertanian terhad Bahagian 2 INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH


Bahagian 2 INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH


24 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH DASAR INTEGRITI & TADBIR URUS Dalam usaha ke arah bergelar status Negara maju dan berpendapatan tinggi, agenda pembanterasan gejala rasuah telah menjadi tunjang Negara. Oleh itu, terdapat beberapa inisiatif utama di peringkat Nasional telah dibangunkan bermula dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan pada bulan April 2004 dengan matlamat melahirkan masyarakat bermoral dan beretika tinggi selaras dengan Wawasan 2020. Pelbagai bentuk usaha pencegahan rasuah dilaksanakan sama ada melalui Pelan Integriti Nasional (PIN) 2004, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) 2010, Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) 2013, Pelan Integriti Organisasi (PIO) dan yang terkini adalah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP). Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan dokumen yang menggariskan dasar dan pelaksanaan strategi antirasuah di peringkat organisasi. Penyediaan pelan ini merupakan suatu garis panduan khusus bagi menumpukan usaha berterusan untuk menangani isu berkaitan integriti, tadbir urus dan rasuah yang dihadapi dalam organisasi. JAKOA sentiasa menyokong usaha kerajaan dalam membanteras salah laku integriti khususnya isu rasuah. Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian telah memutuskan supaya penyediaan OACP dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan dan agensi masing-masing termasuk di JAKOA. Susulan daripada keputusan tersebut, pihak pengurusan JAKOA telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi Peringkat JAKOA dan diletakkan di bawah seliaan Unit Integriti. Pelan ini dibangunkan dengan memfokuskan isu, potensi, risiko serta inisiatif jangka pendek dan jangka panjang dalam membendung masalah integriti, tadbir urus dan rasuah bagi tempoh lima tahun (2022 – 2026) akan datang.


25 INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH CABARAN MENANGANI RASUAH Rasuah adalah antara jenayah yang paling berbahaya. Rasuah didefinisikan sebagai penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan seseorang individu untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Rasuah merupakan suatu ancaman yang nyata dan membawa padah kepada negara. Isu rasuah wujud dalam pelbagai sektor dan bidang, tanpa mengira status atau kedudukan individu. Transparency International Malaysia melaporkan Malaysia berada di tangga ke-62 daripada 180 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perception Index atau CPI) tahun 2021. Laporan tahunan CPI ini menilai sejauh mana tanggapan mengenai tahap rasuah di dalam sektor awam negara berdasarkan kepada tinjauan daripada mereka yang terlibat dalam industri perniagaan, penganalisis risiko dan orang awam yang bekerja di negara ini. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan oleh pihak SPRM, terdapat empat kesalahan utama rasuah iaitu 1. meminta atau menerima rasuah; 2. menawar atau memberi rasuah; 3. membuat tuntutan palsu; dan 4. menyalahgunakan jawatan atau kedudukan. Tidak dinafikan, peranan penjawat awam sebagai jentera pembangunan sesebuah negara amat penting dalam memastikan dasar Kerajaan dapat dilaksanakan dan manfaatnya dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Peranan ini telah mendedahkan penjawat awam sebagai satu golongan yang berisiko tinggi untuk terlibat dengan aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa, terutamanya bagi mereka di peringkat pelaksanaan keputusan dan perolehan Kerajaan. JAKOA sentiasa menyokong usaha Kerajaan dalam membanteras gejala rasuah dan menzahirkan sokongan tersebut melalui inisiatif membangunkan OACP sebagai salah satu usaha memerangi rasuah di JAKOA. Inisiatif ini juga merupakan usaha JAKOA untuk memberikan keyakinan kepada golongan sasar terhadap kesungguhan JAKOA dalam menguruskan dana Kerajaan dengan penuh integriti. Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2018 2019 2020 2021 Rank : 61 Score : 47 Rank : 51 Score : 53 Rank : 57 Score : 51 Rank : 62 Score : 48 Sumber: Transparency International Malaysia (https://www.transparency.org.my/)


26 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH PENILAIAN RISIKO RASUAH 03 SOSIAL Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian. Ikatan sosial yang rapuh menyebabkan wujudnya sifat materialistik dan kepentingan diri sendiri. - - 01 INTEGRITI Tidak bertanggungjawab dan tidak berakauntabiliti. Tiada pemantapan etika dan integriti dalam sesebuah organisasi. Berlaku penyelewengan dalam urusan melibatkan perolehan. Campur tangan pihak politik yang menyebabkan keputusan terjejas. Perbuatan tidak bermoral seperti tamak, ingin cepat kaya dan berjudi. - - - - - - - - 02 TADBIR URUS Tidak menitikberatkan kepentingan nilai moral dan etika yang tinggi. Organisasi tidak telus dalam pembuatan keputusan dan perkongsian maklumat kepada pihak berkepentingan. Peruntukan undang-undang yang tidak bertepatan sehingga menjurus kelemahan penguatkuasaan. Kegagalan pentadbiran (manipulasi terhadap sistem dan prosedur). - - - - Gejala rasuah semakin serius dan menyeluruh dalam pelbagai sektor tanpa mengira status atau kedudukan individu. Lazimnya, rasuah berlaku kerana banyak faktor seperti tekanan ekonomi dan hakisan nilai integriti dalam diri individu. Secara amnya, isu rasuah boleh terbahagi kepada tiga (3) bidang iaitu:


27 INTEGRITI, TADBIR URUS & ANTIRASUAH 01 02 02 03 Mengenalpasti risiko-risiko integriti, tadbir urus dan antirasuah semasa Bengkel Pengurusan Risiko Rasuah dan Bengkel Pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JAKOA Data-data dalaman oganisasi seperti dokumen Pengurusan Risiko Rasuah, aduan, kes-kes tatatertib, laporan audit dalam, kajian kepuasan pelanggan dan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) Data-data daripada agensi luar adalah seperti Laporan Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) JAKOA telah melaksanakan Penilaian Risiko Rasuah bagi mengenalpasti risiko-risiko berkaitan integriti, tadbir urus dan antirasuah di JAKOA yang mungkin menjejaskan operasi dan imej organisasi. Antara mekanisme yang digunakan bagi pelaksanaan penilaian risiko adalah:


Bahagian 3 KERANGKA PELAN ANTIRASUAH JAKOA


30 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) KERANGKA PELAN ANTIRASUAH JAKOA HALA TUJU PELAN ANTIRASUAH JAKOA VISI MISI MATLAMAT BIDANG KEUTAMAAN STRATEGI Warga berintegriti tinggi, JAKOA bebas rasuah Profesional, kompeten, efisien dan berkredibiliti dalam tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia Dasar Dan Perundangan Pembangunan Projek Dan Ekonomi Perolehan Dan Kewangan Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam Memperkasa Dasar Dan Perundangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Memperkukuhkan Projek Pembangunan Sosioekonomi Mempertingkatkan Keberkesanan Dan Ketelusan Perolehan Dan Kewangan Awam • • • • • • • • Merealisasikan harapan pelanggan melalui tadbir urus yang baik tanpa rasuah


31 RINGKASAN KERANGKA PELAN ANTIRASUAH JAKOA 4STRATEGI 4 bidang keutamaan 5 OBJEKTIF RINGKASAN 29 INISIATIF INISIATIF PELAKSANA INISIATIF BIL PELAKSANA JUMLAH INISIATIF 1. Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) 9 2. Bahagian Perancangan & Penyelidikan (BPP) 6 3. Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSE) 3 4. Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan OA (BPMK) & Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSE) 4 5. Bahagian Pembangunan Modal Insan & Kebajikan OA (BPMK) 2 6. Unit Integriti & Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) 1 7. Bahagian Pembangunan Sosioekonomi (BPSE) & Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) 2 8. Unit Integriti 2 JUMLAH 29


32 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) KERANGKA PELAN ANTIRASUAH JAKOA BIDANG KEUTAMAAN Empat (4) bidang keutamaan telah dikenal pasti di dalam Pelan ini di mana ia perlu diberi fokus kerana mempunyai impak yang besar ke arah pencapaian misi Pelan Antirasuah JAKOA. BIDANG KEUTAMAAN 4 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DASAR DAN PERUNDANGAN PEMBANGUNAN PROJEK DAN EKONOMI PEROLEHAN DAN KEWANGAN


33 STRATEGI, OBJEKTIF DAN INISIATIF Empat (4) strategi berikut digariskan dalam Pelan Antirasuah JAKOA berdasarkan analisis kumpulan data dan penilaian risiko yang diperloleh daripada pelbagai sumber merangkumi bidang keutamaan JAKOA. Berpandukan kepada strategi ini 5 objektif telah ditentukan dan 29 inisiatif telah dirangka berdasarkan tahap impak dan kompleksiti pelaksanaannya. BIL STRATEGI OBJEKTIF INISIATIF 1 Memperkukuhkan kecekapan penyampaian awam Memperkasa Perkhidmatan Awam ke arah Tadbir Urus Perkhidmatan Yang Baik 8 2 Memperkasa Dasar dan Perundangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Kepada Golongan Sasar Memupuk Kesedaran terhadap Perlindungan & Pemuliharaan Budaya dan Warisan Orang Asli 8 3 Memperkukuhkan kecekapan Projek Pembangunan Sosioekonomi Memperkasakan Kecekapan dan Pengurusan Dalam Penyampaian Projek Pembangunan Sosioekonomi 12 4 Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan dan kewangan awam Meningkatkan ketelusan perolehan awam, pengurangan risiko rasuah, penyelewengan pasaran dan anti persaingan 1


34 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) KERANGKA PELAN ANTIRASUAH JAKOA KUADRAN A Berimpak Tinggi, Kompleksiti Rendah KUADRAN B Berimpak Tinggi, Kompleksiti Tinggi KUADRAN C Berimpak Rendah, Kompleksiti Rendah KUADRAN D Berimpak Rendah, Kompleksiti Tinggi ANALISIS KUADRAN Analisis Kuadran di bawah menggambarkan keutamaan bagi 29 inisiatif yang dikenal pasti daripada 19 risiko. Sebanyak 18 inisiatif yang dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran A (impak tinggi dan kompleksiti rendah) manakala 11 inisiatif dikenal pasti berada dalam kelompok Kuadran B (impak tinggi dan kompleksiti tinggi). Tiada inisiatif di dalam kelompok Kuadran C (berimpak rendah dan kompleksiti rendah) serta Kuadran D (berimpak rendah dan kompleksiti tinggi). Nota* IMPAK - Kesan atau hasil positif yang dicapai melalui pelaksanaan sesuai inisiatif KOMPLEKSITI - Kesukaran dan kerumitan dalam pelaksanaan sesuatu inisiatif


Bahagian 4 PELAN TINDAKAN OACP JAKOA


36 BIDANG KEUTAMAAN 1: PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Strategi 1: Memperkukuhkan kecekapan penyampaian Perkhidmatan Awam. Objektif Strategi 1: Memperkasakan Perkhidmatan Awam ke arah tadbir urus perkhidmatan yang baik. RISIKO BIL. INISIATIF KUADRAN PELAKSANA TEMPOH Tidak hadir bertugas 1. Penguatkuasaan arahan ketidakhadiran bertugas bagi staff dan pegawai. A BKP 2022 Aduan ke atas pegawai yang gagal memberi bantuan 2. Mengadakan sesi bertemu pelanggan/ libat urus di peringkat RPS/ Daerah/ Negeri. A BKP 2022 Tanggungjawab PKOAD tidak selaras dengan gred jawatan yang disandang. 3. Melaksanakan kajian semula perjawatan. B BKP 2022 – 2023 Salah guna kuasa dalam kedudukan jawatan. 4. Menguatkuasakan pusingan kerja secara berkala bagi pegawai di jawatan sensitif dan “hotspot”. A BKP 2022 - 2026 5. Melaksanakan naziran perjawatan secara berkala. A BKP 2022 – 2026 Pekerja tidak mempunyai semangat dan kurang produktif. 6. Mengadakan program-program berbentuk kerohanian dan penerapan nilai-nilai murni. A BKP 2023 – 2026 Kekurangan latihan/ kursus/ kemahiran yang sesuai untuk menjalankan tugas. 7. Mewajibkan sekurang-kurangnya tiga (3) jenis kursus termasuk satu (1) kursus berkaitan tugas hakiki kepada semua pegawai. A BKP 2022 – 2026 Semakan elaun kritikal/ elaun khas/ elaun pedalaman yang setimpal dengan tugas. 8. Melaksanakan kajian semula penetapan kadar elaun pedalaman. B BKP 2022 - 2023


37 BIDANG KEUTAMAAN 2: DASAR DAN PERUNDANGAN Strategi 2: Memperkasakan dasar dan perundangan JAKOA. Objektif Strategi 2: i. Memperkukuhkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar. ii. Memupuk kesedaran terhadap perlindungan dan pemuliharaan budaya dan warisan Orang Asli. RISIKO BIL. INISIATIF KUADRAN PELAKSANA TEMPOH Kelewatan proses pendaftaran kelahiran Orang Asli. 9. Memperkenalkan garis panduan dalaman bagi pendaftaran lewat kelahiran A BPP 2023-2024 Kesukaran mendaftarkan perkahwinan adat. 10. Menjalankan kajian perkahwinan dan penceraian adat Orang Asli. B BPP 2023 – 2026 11. Mewujudkan mekanisme pengesahan sijil penceraian Orang Asli bagi perkahwinan secara adat. B BPP 2023 Kredibiliti kepimpinan di peringkat komuniti Orang Asli. 12. Menambah baik garis panduan pelantikan Batin/ Penghulu sedia ada. A BPMK 2022 – 2023 13. Mempergiatkan program pembangunan modal insan dalam kalangan pemimpin komuniti. A BPMK 2022 – 2026 Eksploitasi terhadap budaya dan warisan masyarakat Orang Asli 14. Menambahbaik peraturan untuk menjalankan penyelidikan serta program komuniti di perkampungan Orang Asli. A BPP 2023 – 2024


38 RISIKO BIL. INISIATIF KUADRAN PELAKSANA TEMPOH Kehilangan identiti budaya dan warisan masyarakat Orang Asli. 15. Menyebar luas maklumat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan dan perlindungan budaya dan warisan Orang Asli. A BPP 2022 – 2026 16. Menjalankan kajian, mendokumentasi dan mempergiatkan promosi kearah pemuliharaan dan perlindungan budaya dan warisan Orang Asli. A BPP 2022 – 2026


39 BIDANG KEUTAMAAN 3: PEMBANGUNAN PROJEK DAN EKONOMI Strategi 3: Memperkukuhkan kecekapan projek pembangunan sosioekonomi dan pembangunan modal insan. Objektf Strategi 3: Memperkasakan kecekapan dan pengurusan dalam penyampaian projek pembangunan sosioekonomi dan pembangunan modal insan. RISIKO BIL. INISIATIF KUADRAN PELAKSANA TEMPOH Penyalahgunaan kuasa kedudukan dalam Jawatankuasa Kelulusan Sebut Harga atau Tender sesuatu projek dan perolehan. 17. Mewujudkan elemen kawalan dalaman. A UI 2022 – 2023 18. Memperkukuhkan elemen integriti dan nilai modal insan. A UI & BKP 2022 – 2024 19. Memperkukuhkan mekanisme mesyuarat Jawatankuasa pemilhan dan pemutus sebut harga dengan melibatkan pegawai daripada agensi lain. B BPSE & BKP 2022 – 2023 Tiada ketelusan dalam pemilihan penerima bantuan projek pembangunan dan ekonomi. 20. Memperkasakan garis panduan pelaksanaan pemilihan penerima bantuan. B BPSE & BPMK 2022 – 2024 21. Mewujudkan elemen kawalan dalaman bagi pematuhan garis panduan dan polisi yang dibangunkan. A BPSE & BPMK 2022 – 2023 22. Mempergiatkan sesi libat urus bersama-sama Batin, JPKKOA dan pemimpin komuniti bagi mengenal pasti isu-isu dan masalah yang dihadapi. A BPSE & BPMK 2022 – 2026


40 RISIKO BIL. INISIATIF KUADRAN PELAKSANA TEMPOH Campur tangan pihak ketiga dalam menentukan dan pemilihan projek. 23. Memberikan penekanan elemen integriti dan nilai modal insan. A UI 2022 – 2026 Pemilihan dan keperluan pembangunan yang tidak seragam. 24. Meningkatkan tadbir urus dan kawalan bagi pematuhan prosedur kerja. B BPSE 2022 – 2024 Tuntutan palsu terhadap kualiti kerja, bahan binaan yang tidak mengikut spesifikasi dan perkhidmatan yang tidak sempurna. 25. Memperkasakan jaringan hubungan dengan agensi teknikal berkaitan pengurusan projek. B BPSE & BPMK 2023 – 2025 Kelemahan proses permohonan pewartaan tanah dan tiada tindakan segera terhadap pencerobohan tanah Orang Asli. 26. Mempergiatkan pelaksanaan dan penyertaan pegawai dalam latihan teknikal. B BPSE & BKP 2023 – 2026 Kelemahan proses permohonan pewartaan tanah dan tiada tindakan segera terhadap pencerobohan tanah Orang Asli. 27. Memperkasakan sesi libat urus bersama-sama Kerajaan Negeri dan pemegang taruh. B BPSE & BPMK 2022 – 2026 28. Menambah baik dan menyeragamkan prosedur kerja permohonan pewartaan tanah perkampungan Orang Asli. B BPSE 2023 – 2024


41 BIDANG KEUTAMAAN 4: PEROLEHAN DAN KEWANGAN Strategi 4: Mempertingkatkan keberkesanan dan ketelusan perolehan dan kewangan awam. Objektif Strategi 4: Meningkatkan ketelusan perolehan awam, pengurangan risiko rasuah, penyelewengan pasaran dan anti-persaingan. RISIKO BIL. INISIATIF KUADRAN PELAKSANA TEMPOH Kebocoran maklumat harga perolehan Jabatan. 29. Menguatkuasakan tindakan punitif mengikut peraturan yang berkuat kuasa. A BKP 2022 - 2026


42


Bahagian 5 PEMANTAUAN & PENILAIAN


44 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PEMANTAUAN & PENILAIAN ANALISIS PELAN TINDAKAN Memfokuskan kepada mekanisme pemantauan dan penilaian serta semakan semula dan pembaharuan OACP. Ini bagi memastikan semua inisiatif yang dilaksanakan adalah bersesuaian dengan objektif yang dirangka. Ianya juga bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirancang dapat diselaraskan sewajarnya untuk mencapai hasrat yang ditetapkan. Bagi memastikan inisiatif-inisiatif yang digariskan di dalam OACP JAKOA dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, mekanisme pemantauan prestasi dilakukan melalui proses pelaporan secara berkala kepada Jawatankuasa Antirasuah (JAR) yang akan bersidang sebanyak 3 kali setahun. Mesyuarat Jawatankuasa Antirasuah (JAR) JAKOA dipengerusikan oleh Ketua Pengarah akan memperhalusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif OACP dan seterusnya akan menimbang dan memutuskan perkara-perkara berbangkit yang memerlukan perhatian pihak pengurusan. Mesyuarat JAR juga berperanan untuk menilai semula keperluan sebarang penambahbaikan OACP sedia ada. Prestasi dan pencapaian pelaksanaan inisiatif yang digariskan akan dilaporkan dalam JAR agensi dan KPLB. Sebagaimana keperluan yang terkandung di dalam Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 2 No.1 Tahun 2019 – Pemantauan Tadbir Urus, Integiriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia : Pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional, pihak JAKOA telah membentuk dan melantik Ahli Jawatankuasa Pembangunan OACP JAKOA yang bertanggungjawab untuk menggubal dan mewujudkan OACP JAKOA dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan OAP JAKOA kepada pihak Pengurusan Tertinggi JAKOA jika terdapat keperluan untuk berbuat demikian. Unit integriti JAKOA diberikan peranan sebagai sekretariat yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktivitiaktiviti pelaporan dan mendapatkan maklum balas daripada pelaksana inisiatif disamping bertindak sebagai pemudahcara yang akan menyelaras keperluan pihakpihak berkaitan dalam pelaksanaan OACP JAKOA. Tanggungjawab Unit Integriti adalah sangat penting kerana ia menjadi penggerak bermula OACP diwujudkan hingga pemantauan pelaksana inisiatif-inisiatif yang telah digariskan. Unit Integriti juga menjadi peneraju bagi inisiatifinisiatif yang melibatkan pengukuhan integriti, pematuhan dan tatatertib.


45 PEMANTAUAN & PENILAIAN 1 2 A B C D 4 3 8 10 11 19 20 24 25 26 27 28 5 6 7 9 12 13 14 15 16 17 18 21 22 23 29 Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia Dasar Dan Perundangan Pembangunan Projek Dan Ekonomi Perolehan Dan Kewangan STRATEGI 1 STRATEGI 2 STRATEGI 3 STRATEGI 4 KUADRAN PELAN TINDAKAN ANTIRASUAH JAKOA OACP JAKOA 2022-2026 menggariskan sebanyak 29 pelan tindakan yang perlu dilaksanakan berdasarkan 20 risiko yang telah dikenalpasti. Prinsip Pareto 80/20 telah digunakan untuk menentukan keutamaan inisiatif melalui analisa terhadap tahap impak dan tahap kompleksiti pelaksanaannya. Penekanan diberikan kepada pelan tindakan yang berimpak tinggi dengan kompleksiti yang rendah. Penekanan ini menjurus kepada peningkatan kecekapan dan ketelusan JAKOA. Sebanyak 18 pelan tindakan adalah dalam kuadran A, manakala 11 pelan tindakan dalam kuadran B. Ringkasan pelan tindakan adalah seperti di Rajah 1.


46 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) PEMANTAUAN & PENILAIAN STRUKTUR TADBIR URUS OACP JAKOA JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) KEMENTERIAN JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) JAKOA UNIT INTEGRITI JAKOA (SEKRETARIAT) PELAKSANA INISIATIF-INISIATIF OACP JAKOA


47 PEMANTAUAN & PENILAIAN STRUKTUR PELAKSANA, PEMANTAUAN DAN PENILAIAN OACP JAWATANKUASA ANTIRASUAH (JAR) JAKOA PENGURUSAN TERTINGGI (PENILAIAN) PEMANTAUAN Ketua Pengarah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan&Pengurusan) Unit Integriti Pengarah Bahagian Ketua Unit Melakukan penilaian bagi mengukur pencapaian pelaksanaan inisiatif OACP. Pembentangan dan pemantauan akan dilaksanakan dalam mesyuarat JAR Jabatan. Melakukan pemantauan atas pelaksanaan inisiatif OACP yang telah ditetapkan. Melaksanakan inisiatif OACP bagi mencapai objektif yang ditetapkan. PELAKSANA INISIATIF-INISIATIF OACP JAKOA


Bahagian 6 KESIMPULAN


Bahagian 6 KESIMPULAN


50 JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA) KESIMPULAN Pembangunan Pelan Antirasuah JAKOA bertujuan menghasilkan pelan yang komprehensif, praktikal dan strategik yang menunjukkan komitmen JAKOA memerangi salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah di dalam agensi ini. Inisiasif kerajaan dalam mengilhamkan pembangunan dokumen dasar antirasuah di peringkat organisasi adalah bukti komitmen padu kerajaan untuk memerangi jenayah rasuah. Pelbagai inisiatif dan tindakan yang telah dirancang di dalam Pelan ini bertujuan untuk membanteras sebarang perbuatan yang menjurus kepada kemungkinan berlakunya jenayah rasuah. JAKOA dengan penuh iltizam menyahut hasrat kerajaan dan dizahirkan melalui pembangunan OACP JAKOA 2022 – 2026. Sebanyak 29 inisiatif digariskan di dalam dokumen dasar ini bagi menangani isu tadbir urus, integriti dan antirasuah dengan sasaran 4 tahun untuk merealisasikan visi, misi dan matlamat yang telah digariskan. Intipati Pelan ini yang merangkumi lima (5) strategi serta 29 inisiatif yang telah dikenal pasti sebagai panduan JAKOA dalam pengurusan antirasuah. Ianya juga sejajar dengan usaha merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjadikan perkhidmatan awam di negara ini lebih berintegriti dan bebas rasuah. KESIMPULAN


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.