E-FOLIO KESIHATAN DAN PERPADUAN Flipbook PDF


84 downloads 111 Views 8MB Size

Story Transcript

KESIHATAN DAN PERPADUAN SUBJEK

: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KOD SUBJEK

: MPU20132

NAMA PENSYARAH : PUAN RIBHAN BINTI IBRAHIM KELAS

: DKA1B

JABATAN

: KEJURUTERAAN AWAM

AHLI KUMPULAN AMIERA SYAMIRAH BINTI IDRIS 06DKA21F2035

NURUL TASLIAH BINTI ABDUL SUKOR 06DKA21F2020

IZZAH NADHIRAH BINTI AWANG DAMIT 06DKA21F2004

ISI KANDUNGAN BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

PENGENALAN

4

2.

KESIHATAN RAKYAT MERUPAKAN 1 TANGGUNGJAWAB MALAYSIA

5

3.

MASALAH KESIHATAN DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM

6

4.

KEPENTINGAN KESIHATAN DI DALAM PEMBENTUKAN SESEBUAH PERPADUAN

8

5.

KEPENTINGAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA

10

6.

PERISTIWA 13 MEI : PENGAJARAN PERLUNYA MASYARAKAT BERSATU PADU

11

7.

CABARAN DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

12

8.

KESIMPULAN

13

9.

SUMBER RUJUKAN

14

PENGENALAN Kesihatan dan perpaduan rakyat penting dalam membangunkan sebuah negara yang harmoni dan menuju ke arah negara yang maju. Kesihatan rakyat Malaysia amat diutamakan dalam menjamin kesejahteraan rakyat. Apabila kesihatan rakyat terjamin, maka pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan. Pembangunan negara yang dirancang juga berjalan dengan baik. Malaysia akan menjadi sebuag negara yang bersatu dan teguh apabila kesihatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat yang bersatupadu serta berupaya menjamin kesejehateraan semua lapisan masyarakat. Kesejahteraan yang lebih baik juga akan meningkatkan kemajuan rakyat

KESIHATAN RAKYAT MERUPAKAN TANGGUNGJAWAB 1 MALAYSIA Kesihatan kita merupakan amanah yang harus dipegang dan perlu dijaga sepanjang masa kerana setiap bumiputera yang lahir di Malaysia merupakan penyambung warisan bagi setiap kaum dan bangsa. Keadaan fizikal dan mental seseorang individu tidak sepatutnya dipandang remeh malah perlu dirawat dengan rapi dan dilayan sama rata tidak kira kaum dan juga status seseorang. Beruntunglah kita dilahirkan sebagai salah seorang anak Malaysia kerana pada tahun 2010, terdapat 50 buah klinik 1Malaysia namun telah ditukarkan nama kepada Klinik Komuniti pada tahun 2018 yang telah meningkat dari segi jumlah klinik yang beroperasi daripada 50 kepada 293 buah dalam masa lapan tahun dirasmikan diseluruh Malaysia untuk memberikan perkhidmatan dengan harga serendah RM1 kepada orang ramai khususnya terhadap kelas yang berpendapatan rendah.Pelaksanaan Klinik Komuniti ini bukan sahaja dapat menjamin kesihatan rakyat Malaysia malah ia mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Kerajaan kita juga membangunkan klinik ini di kawasan kejiranan agar dapat memudahkan golongan yang tidak berkemampuan dimana mereka tidak mempunyai kenderaan untuk menuju ke lokasi yang jauh dari kawasan rumah mereka. Menurut Raja Dr. Nazrin, Indeks kesihatan rakyat adalah pengukur tahap kemajuan sesebuah negara dan Malaysia amat berbangga dengan pencapaian pembangunan prasarana fizikal terbaik.Menurut baginda,kejayaan fizikal ini perlu diimbangkan dengan pembangunan selari komponen perisian, antaranya tahap kesihatan warganya.

MASALAH KESIHATAN DAPAT DISELESAIKAN DENGAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM Dunia semakin makin maju kehadapan namun peristiwa lampau sering kali berulang.Ayat tersebut boleh dikaitkan dengan tidak kira betapa majunya teknologi perubatan yang telah dicipta, kesihatan masyarakat di sesebuah negara sering di ancam oleh penyakit yang berevolusi dari zaman ke zaman salah satunya dahulu negara kita di serang oleh virus denggi sehingga mengancam nyawa rakyat Malaysia dan kini berlaku pula virus covid-19 dimana ia turut mengancam nyawa bukan sahaja masyarakat Malaysia walhal satu dunia. Berbalik kepada penyebaran virus denggi ia dapat disebarkan oleh nyamuk Aedes dimana ia dapat membiak dengan populasi yang banyak dalam masa yang singkat.Kawasan pembiakannya adalah didalam bekas-bekas air bertakung seperti tayar lama,tin,botol,bekas pasu,lubang pokok dan sebagainya.

Ternyata ia sering berlaku di kawasan-kawasan perumahan dengan sebab itu semua rakyat Malaysia bergabung tidak kira kaum Melayu, India mahupun Cina bangkit melakukan aktiviti gotong-royong bersama-sama di Kawasan perumahan mereka menunjukkan bahawa dengan adanya perpaduan di dalam masyarakat mampu menyelesaikan masalah kesihatan yang berlaku di negara kita.Malah warga yang berkemampuan turut menyumbang peralatan-peralatan untuk melakukan aktiviti dan ada juga yang menggunakan peralatan yang telah sedia ada dirumah menunjukkan keikhlasan dan semangat perpaduan mereka untuk turut terlibat sama dalam mencegah virus tersebut dari terus berleluasa.

Malah terdapat nama khas yang diwujudkan untuk gotong-royong ini iaitu ‘Dengue Integrated Vector Management’ atau disingkat sebagai (IVM).Falope (2015) menyatakan bahawa IVM adalah satu langkah yang telah dicadangkan oleh World Health Organization (WHO).Beliau menyatakan bahawa IVM boleh didefinikan dengan proses pembuatan keputusan yang rasional untuk mengawal wabak denggi. Dengan penglibatan semua rakyat Malaysia, maka Kawasan pembiakan nyamuk Aedes dapat dimusnahkan.Jelas sekali kaedah ini merupakan tanggungjawab kita semua untuk meneruskan aktiviti gotong-royong ini dan memerlukan komitmen yang tinggi dari masyrakat setempat.Tanpa komitmen yang diberikan serta perpaduan yang ditunjukkan,maka program ini tidak dapat berjalan dengan lancar.Semua ini dilakukan untuk menjamin kesihatan masyarakat setempat dan tidak lupa juga diri kita sendiri

Secara tidak langsung kebersihan Kawasan sekitar juga turut terjamin dan selesa untuk didiami.Dengan cara ini sekaligus dapat mengharumkan nama negara Malaysia apabila terdapat pelancong-pelancong datang melancong ke tanah air kita.Bahkan dengan berita yang diwar- warkan kepada rakan-rakan mereka dapat membantu negara dalam mendapatkan keuntungan dalam sektor pelancongan. Media massa merupakan faktor terbesar yang mungkin boleh membawa kebaikan atau keburukan terhadap isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. Dengan tersebarnya khabar mengenai cara warga Malaysia mengendalikan wabak merbahaya, kebersihan Kawasan yang terjaga serta sifat perpaduan yang ditunjukkan oleh semua kaum dalam gotong royong ini dapat menjaga nama baik Malaysia kepada semua negara-negara asing yang berada di luar sana

KEPENTINGAN KESIHATAN DI DALAM PEMBENTUKAN SESEBUAH PERPADUAN Kesihatan merupakan kurniaan daripada Tuhan yang tidak terhingga bermakna ia merupakan satu amanah bagi setiap individu untuk menjaga kesihatan mereka kerana ia mampu membantu masyarakat sekeliling dan juga membantu negara dalam menangani cabaran yang tidak terduga Walaupun kita hanya seorang rakyat biasa yang tiada ijazah kedoktoran namun sedikit-sebanyak ilmu yang kita ambil tahu mengenai sesuatu penyakit mampu membantu mengurangkan beban pihak pakar yang bertanggungjawab merawat penyakit tersebut dan bahkan

juga mampu mengingatkan orang lain elakkan perkara yang sepatutnya dielakkan .Contohnya, pada musim virus covid-19 merebak seseorang individu diwajarkan untuk mengambil tahu mengenai virus tersebut dengan ilmu tersebut mereka dapat melindungi khususnya orang-orang tua, memandangkan mereka lebih mudah dijangkiti oleh virus tersebut. Dengan itu ramai daripada kita memutuskan untuk tinggal di rumah bagi menjamin kesihatan keluarga tersayang mahupun anggota keluarga kesayangan seseorang individu yang lain.

Malah kesihatan terjaga daripada sebarang penyakit yang menyumbangkan tenaga bagi membantu pakar memfokuskan kemahiran mereka terhadap pesakit dari perkara lain yang tiada kaitan.Contohnya,membantu mereka ketika pendaftaran pesakit, memberikan masakan dan minuman kepada para doctor serta jururawat dan sebagainya.Bukan itu sahaja, kerajaan juga telah mewujudkan aplikasi MySejahtera untuk rakyat untuk mengenal pasti paras kesihatan mereka berada dalam keadaan terkawal ataupun tidak dan dengan aplikasi inilah pemberian vaksin mampu dilaksanakan secara terkawal untuk rakyat Malaysia.Bagi yang tidak berkemampuan dalam memiliki telefon yang canggih,jiran bolehmendaftarkan mereka menggunakan aplikasi di telefon jiran tersebut kerana ia memliliki fungsi untuk mendaftar vaksin lebih daripada seorang,cara ini menyerlahkan semangat perpaduan dalam seseorang individu untuk menjamin kesihatan jiran secara tidak langsung bagi menjamin kesihatan masyarakat setempat

Mahu ditekan juga bahawa masayarakat pedalaman terputus dari perkara-perkara yang berlaku diluar kawasan mereka atau mungkin ada diantara mereka tahu namun tidak mampu untuk pergi ke bandar keran jatuh dan tiada kenderaan. Disebabkan ini, pasukan penjagaan kesihatan bergerak, perkhidmatan doktor udara dan sukarelawan kesihatahn kampung perlu diperluaskan bagi menjamin kesihatan semua masyarakat Malaysia

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat Al-Bukhari) Segala yang datang daripada Allah pasti akan kembali kepada-Nya, seeloknya perkara yang dipinjamkan dari-Nya dipulangkan Kembali dengan keadaan yang sempurna.

KEPENTINGAN PERPADUAN ANTARA KAUM DI MALAYSIA 1. Menjamin keamanan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk - Rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa dapat hidup dengan aman dan harmoni antara satu sama lain dibawah satu bumbung apabila pepaduan kaum berjaya dicapai. Apabila rakyat daripada latar belakang yang berbeza dapat mengenepikan segala perbezaan dan mencari satu titik persamaan, sekaligus perpaduan kaum yang utuh dapat merealisasikan dan keamanan negara juga dapt dikekalkan 2. Mengelakkan berlaku isu perkauman Perpaduan yang erat dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum ini dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah perkauman. Isu-isu perkauman berlaku apabila tiadanya kesefahaman dan kecaknaan terhadap bangsa lain dari pelbagai aspek yang sensitif seperti agama,adat istiadat dan sebagainya oleh kaum-kaum lain 3. Mengukuhkan ekonomi rakyat -Perpaduan kaum juga secara tidak langsung dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi rakyat. Hal ini demikian kerana, apabila rakyat dapat bertolak-ansur dan meghormati antara satu sama lain akan menyebabkan merka rasa bertanggungjawab untuk menolong individu lain walaupun berbeza agama dan bangsa melalui pelbagai cara seperti membeli barangan tempatan, menolong perniagaan rakyat tempatan dan sebagainya bagi meningkatkan tahap ekonimi masing-masing

PERISTIWA 13 MEI : PENGAJARAN PERLUNYA MASYARAKAT BERSATU PADU Peristiwa berdarah rusuhan kaum paling dahsyat di negara ini pada 13 Mei 1969, perlu menjadi pengajaran betapa pentingnya masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni. Bagi felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong, pengajaran daripada peristiwa 50 tahun lepas itu penting bukan untuk rakyat sahaja dari segi kerukunan, namun bagi meningkatkan kemajuan negara. Tragedi 13 Mei 1969 telah membuka mata masyarakat mengenai pentingnya menjaga hubungan kaum dalam Malaysia. Sikap hormat-menghormati, bertolak-ansur, bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki, beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum sangat penting di kalangan rakyat. Peristiwa ini perlu selalu diperingat kepada rakyat agar kita semua bukan sahaja perlu muhasabah diri pada setiap masa, lebih penting lagi ialah kita hendaklah memastikan ia tidak berulang lagi dengan menentukan hubungan etnik sentiasa baik Tragedi 13 Mei bukan salah Melayu, bukan juga salah Cina. Salah kita jika mengatakan orang Cina punca tragedi kerana bukan Cina yang cetus 13 Mei. Hakikatnya, pencetus 13 Mei adalah DAP yang menunjukkan sikap sombong mereka dengan sedikit kuasa yang diberi oleh rakyat dalam pilihan raya Bagaimanapun, Teo tidak menolak keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini boleh kembali terjejas dengan perkembangan etnopopulisme, iaitu fahaman yang mengarah kepada pembahagian masyarakat kepada dua kelompok berdasarkan kaum dan agama, yang berpotensi bersengketa antara satu sama lain

CABARAN DALAM MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Cabaran pertama adalah dari segi politik negara. Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman telah menyukarkan perpaduan kaum. Dunia politik sememangnya penuh dengan kontrovesi diman terdapat pelbagai individu yang mempunyai tujuan dan kepentingan yang berbeza. Hasilnya, masih terdapat pemimpin yang kurang bijak dengan mengharapkan sentimen perkauman dapat memancing perhatian rakyat tetapi sebaliknya hanya ingin melindungi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, bagi menggerakkan negara ke arah kemajuan yang berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negar maju, ahli politik perlu bersikap terbuka dan matang. Seterusnya untuk mengekalkan perpaduan kaum adalah sistem pendidikan berbeza. Sistem persekolahan pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum. Contohnya wujudnya

sekolah tamil dan sekolah cina yang mengasingkan pelajar Cina dan India. Perbezaan parti politik di Malaysia yang berasaskan perkauman juga akan menyukarkan perpaduan kaum. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa fahaman parti politik merupakan salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum dinegara ini. Sektor ekonomi yang berbeza juga menyukarkan perpaduan kaum. Perbezaan sektor ekonomi ini mulanya diasaskan oleh dasar penjajahan British di Tanah Melayu. Contohnya, masyarakat Melayu bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung manakala masyarakat cina pula mewarisi perniagaan secara turuntemurun dan tinggal di bandar dan tinggal di bandar manakala masyarakat India bekerja sebagai penoreh getah dan tinggal di estet

KESIMPULAN Kesimpulannya,aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Disamping itu, sukan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan diri dan mental diri seseorang individu. Selain itu Sukan dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat untuk membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab. Seterusnya, melalui sukan, rakyat Malaysia juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara. Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua rakyat pelbagai bangsa, budaya dan agama. Hal ini menyebabkan Malaysia dapat melahirkan individu yang aktif dan juga mempunyai semangat perpaduan yang tinggi. Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER SUMBER RUJUKAN RUJUKAN BIL

RUJUKAN

1.

https://scholar.google.com/scholar? hl=id&as_sdt=0%2C5&q=klinik+1+malaysia&oq=#d=gs_ qabs&t=1652214379669&u=%23p%3D70Xvy-5qtA4J

2.

https://scholar.google.com/scholar? hl=id&as_sdt=0%2C5&q=demam+denggi+di+malaysia& oq=demam+denggi#d=gs_qabs&t=1652221465477&u=%23p %3DRRhqfzSQoQQJ

3.

https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERIT A/Nasional/Peristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunyamasyarakat-bersatu-padu

4.

https://fliphtml5.com/mgjxb/evue/basic

5.

https://www.ipendidikan.my/cabaran-dalammengekalkan-perpaduan-kaum.html

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.