E-folio Pengajian Islam Flipbook PDF

E-folio Pengajian Islam

80 downloads 105 Views 9MB Size

Story Transcript

ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN

NAMA SIDANG EDITOR: PUAN SHARIFAH NUR BIN ABU

NAZATUL ATHIRAH BINTI NAZAR (14DAT22F1009)

EMIDIEYANA IRFAHANIE BINTI MOKHYIDIN (14DAT22F1012)

AYUNI HUMAIRA BINTI RASID (14DAT22F1010)

NURUL SYAFIQAH BINTI ZAKIE (14DAT22F1025) PAGE 1

KATA ALUAN SIDANG REDAKSI

Bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kami dapat menyiapkan efolio yang diberikan kepada kami bagi subjek Pengajian Islam.

Seterusnya,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Sharifah Nur binti Abu yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak lupa juga kepada rakanrakan yang turut membantu dalam mencari maklumat dan info berkaitan tajuk ini bagi menyempurnakan lagi folio ini.

PAGE 2

ISI KANDUNGAN TAJUK

MUKA SURAT

PENGENALAN

4

KEGANASAN

FAKTOR ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN INISIATIF MEMBASMI ISLAMFOBIA

KESIMPULAN

PAGE 3

5 6-8 9 - 11 12

PENGENALAN Tanggapan Islam menurut Stereotaip Barat: -Juan Eduardo Campo menulis bahawa " Islam dilihat dalam pelbagai cara: kadang-kadang sebagai agama mundur, kekerasan, kadang-kadang sebagai fantasi Arabian Nights, dan kadang-kadang sebagai produk yang kompleks dan perubahan sejarah dan kehidupan sosial." -Robert Gleave menulis bahawa, "di tengah-tengah konsep popular Islam sebagai agama kekerasan hukuman yang dilakukan oleh rejim berharap untuk meningkatkan baik k e p e r c a y a a n domestik dan antarabangsa mereka Islam.



Sememangnya tidak dapat dinafikan peristiwa keruntuhan menara Pusat Perdagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 telah menjadi pencetus utama kepada fenomena Islamofobia. Peristiwa ini telah memberikan kesempatan yang meluas kepada ramai pihak terutamanya musuh Islam untuk terus memberikan gambaran buruk terhadap Islam. Bahkan telah terdapat gerakan secara teratur dan dibiayai sepenuhnya oleh pihak tertentu untuk mempromosi dan menyebarkan propaganda mengenai Islamofobia kepada masyarakat dunia. PAGE 4

KEGANASAN Secara amnya, keganasan merupakan penggunaan paksaan agar mencederakan atau mendera seseorang. Istilah ini secara umumnya memaksudkan pembinasaan akibat fenomena alam seperti ribut dan gempa bumi, tetapi lebih kerap menggambarkan tindakan mencederakan orang secara paksaan dan sengaja, serta pencelaan dan penderaan emosi terhadap orang. Peperangan merupakan keganasan teratur besar-besaran yang dilancarkan sesebuah negara terhadap negara lain. Negara-negara juga menghalalkan penggunaan kekerasan melalui kuasa polis untuk memastikan ketenteraman awam serta meluhuri kedaulatan undang-undang. Punca-punca sikap dan kelakuan ganas merupakan topik penting dalam bidang psikologi dan sosiologi.

PERSPEKTIF ISLAM Antara prinsip utama ditekankan Islam adalah adil dan menentang sebarang unsur kezaliman. Adil untuk sesama umat Islam dan adil juga terhadap mereka yang bukan Muslim. Islam sangat menentang sikap ekstrem dan keganasan. Hal ini sudah jelas sebagaimana terdapat dalam ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Selepas kewafatan Rasulullah SAW, segala prinsip teras dalam Islam diteruskan pula oleh pemerintah kerajaan Islam yang lainnya. Sehinggakan perbuatan memaki dan menghina sembahan penganut agama lain pun Islam tegah.

PAGE 5

BARAT YANG MENGUASAI H A M P I R 7 0 % I N D U S T R I MEDIA DUNIA

KELEMAHAN UNDANG-UNDANG BARAT BERKAITAN PEMILIKAN SENJATA-API DAN LAIN-LAIN SENJATA TAJAM

FAKTOR ISLAM DIANGGAP AGAMA KEGANASAN





KETIDAK FAHAMAN MAJORITI MASYARAKAT BARAT TENTANG ISLAM

SIKAP INKLUSIF SEBAHAGIAN MUSLIM DI BARAT PAGE 6

BARAT YANG MENGUASAI HAMPIR 70% INDUSTRI MEDIA DUNIA

Rata-rata media Barat akan meletakkan tajuk yang sensasi seperti Terroris Muslim, ISIS, Pengganas Muslim, Anti-Kristian, Barbarik dan lain-lain sebagai tajuk utama bagi mana-mana insiden yang dilakukan oleh ektremism Islam. Ada kalanya, tajuk seperti ini mendahului fakta, akhirnya apabila perkara sebenar tersebar maka nada ceritanya akan berubah tanpa penyesalan atau sebarang bentuk permohonan maaf. Tetapi, jika sesuatu perbuatan itu dilakukan oleh orang Barat, tajuknya akan lebih sederhana dan simpatik seperti seorang Evangelikal, Budak Gereja, Lelaki Naif, Melalui Zaman Remaja Sukar dan lain-lain tajuk yang bersikap melindungi si pelaku. Perbincangan dan liputan bagi insiden yang dilakukan oleh Muslim lebih menjurus kepada mangsa dan digambarkan kesedihan, kemurungan serta

kehilangan yang besar kepada keluarga mangsa, akan tetapi jika si pelaku adalah warga Barat, tidak akan ada liputan tentang mangsa, malah apa yang difokuskan adalah latar belakang baik si pelaku dan betapa rosaknya sistem hingga beliau terpedaya dan tertipu serta ditonjolkan juga berpunca daripada Muslim itu sendiri yang bersikap terroris.



Kerana mudahnya memiliki senjata dan bersifat ‘sah’ serta boleh diberikan lesen walaupun sehingga kepada pemilikan senjata semi-automatik, maka perasaan berani untuk menggangu umat Islam wujud dengan jelas. Malah ditambah lagi dengan tiadanya hukuman mati dalam sistem perundangan Barat juga sedikit sebanyak memberi impak KELEMAHAN kepada Islamofobia. Kes seperti Andrei Breivick yang membunuh 77 orang di Sweeden, Alxandre Bissonette membunuh 6 orang di U N D A N G - U N D A N G BARAT Quebec, Marc Lepine membunuh 14 orang di Motreal, Mohammed Merah membunuh 7 orang di Tolouse dan yang BERKAITAN terkini Breton Tarrant yang membunuh 50 orang di Christchurch, PEMILIKAN semua mereka ini paling tinggi hukumannya adalah penjara SENJATA-API DAN seumur hidup tanpa parol. LAIN-LAIN Sedikit sebanyak sistem perundangan sebegini menjadikan SENJATA TAJAM mereka yang terlibat tidak rasa perbuatan mereka akan dibalas dengan nyawa.

PAGE 7

Mereka mempunyai maklumat yang sangat cetek tentang Islam malah sentiasa disogokkan dengan perkara yang tidak tepat tentang Islam. Ini menjadikan mereka mempunyai persepsi yang tidak benar tentang Islam, pada pandangan mereka, Islam adalah agama yang ganas, barbarik, tidak bertamadun, menganiaya wanita, tidak toleran dan pelbagai persepri negatif lainnya. Malah sebahagian mereka hanya mengenali Islam melalui media yang bersikap berat sebelah dan mempromosikan agenda anti Islam. Malah setiap Muslim yang ke masjid juga dianggap melakukan ritual keganasan dan menyebarkan elemen keganasan.

KETIDAK FAHAMAN MAJORITI MASYARAKAT BARAT TENTANG ISLAM

Umat Islam yang berhijrah ke Barat ada yang bersikap tidak toleran, sangat inklusif dan menolak asimilasi. Mereka lebih senang bergerak dan bersosial dalam kelompok mereka sendiri, malah ada SIKAP yang menolak untuk menerima idea Barat walaupun I N K L U S I F ianya baik. S E B A H A G I A N Selain itu, sikap sebahagian mereka yang ekstrem M U S L I M D I dalam memahami dan mengamalkan Islam juga menjadi faktor yang menyuburkan Islamofobia. Ada BARAT juga sesetengah pemimpin pertubuhan Islam dan imam masjid mempromosikan keganasan tanpa mereka sedari kerana pemahaman tentang Islam yang amat berbeza.

PAGE 8

Masyarakat civil

Latihan,forum dan dialog

INISIATIF MEMBASMI ISLAMFOBIA

Media PAGE 9

Membina kefahaman

Masyarakat civil

Gerakan menangani Islamofobia ini telah giat dijalankan di seluruh dunia. Pelbagai aktiviti, kempen, forum, dialog dan penerbitan risalah ilmiah telah dilaksanakan secara sistematik dan berterusan. Terdapat beberapa organisasi dan institusi yang aktif menjalankan usaha ini antaranya Forum Against Islamophobia and Racism, the National Association of Muslim Police, Islamic Human Rights Commission di UK, the Council on American-Islamic Relations di Amerika, European Muslim Initiative for Social Cohesion di Denmark dan Perancis, Jewish-Muslim Cooperation Platform di Belgium, Austrian Muslim Initiative di Austria, Collectif Contre l'Islamophobie en France di Perancis, Ethnic Debate Forum and Fair Play di Denmark, , Western Thrace Minority University Graduates Association di Greece, Muslim Community of Bulgaria, Muslim Committee on Human Rights di Kazakhstan dan Federation of Western Thrace Turks in Europe di Jerman. Gerakan menangani dan memantau Islamofobia ini giat menjalankan aktiviti dan advokasi di seluruh dunia.

Latihan,forum dan dialog Latihan perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menangani isu Islamofobia ini. Melalui latihan yang sesuai mereka ini mampu berperanan sebagai agen untuk menyebarkan risalah Islam. Di samping itu, penganjuran forum, dialog, bengkel toleransi agama dan hubungan antara agama juga perlu dipergiatkan. Kempen kesedaran dan program kepada kakitangan kerajaan dan swasta serta masyarakat juga perlu dilaksanakan secara berterusan.

PAGE 10

Media Antara perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah fungsi media dalam membentuk persepsi dan pemikiran masyarakat. Media harus lebih bertanggungjawab dalam memastikan program yang disiarkan termasuk berita yang dipaparkan tidak menggambarkan perkara yang salah tentang Islam. Media sepatutnya menerbitkan program dan rancangan termasuk dokumentari mengenai realiti Islamofobia berdasarkan fakta yang sahih

Membina kefahaman Merangka strategi dan program pendidikan yang komprehensif adalah amat perlu dalam proses membina kefahaman tentang Islam kepada bukan Islam dan Muslim. Dalam aspek ini, kesedaran mengenai Islamofobia perlu diserapkan dalam silibus di sekolah. Islam perlu disebar dan diajar di sekolah dengan kaedah yang lebih segar dan seterusnya menonjolkan ajaran Islam itu sendiri yang adil dan sesuai di semua zaman. Dalam masa yang sama, program secara berterusan memberi kesedaran dan kefahaman mengenai Islamofobia perlu juga dijalankan di peringkat masjid, daerah, negeri dan kebangsaan. PAGE 11

KESIMPULAN KESIMPULANNYA, ISLAM ADALAH AGAMA PERDAMAIAN DAN MENGANJURKAN KEPADA PEMELUKNYA UNTUK MENYELESAIKAN KONFLIK SECARA DAMAI MANAKALA JIHAD PULA BUKANLAH KEGANASAN, SAMA ADA DALAM SEBAB DAN TUJUAN MAHUPUN TATACARA PELAKSANAAN, DI ANTARA JIHAD DAN KEGANASAN TERDAPAT PERBEZAAN YANG SANGAT SIGNIFIKAN. SELAIN ITU, UMAT ISLAM PERLU BERSAMA-SAMA DALAM MENGUBAH PERSPEKTIF ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP ISLAM SUPAYA ISLAM TIDAK DIPANDANG NEGATIF DAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ISLAM UNTUK TERUS BERKEMBANG.

PAGE 12

RUJUKAN

HTTPS://ZULKIFLIHASAN.FILES.WORDPRESS.COM/2008/05/M EMAHAMI-ISU-ISLAMOPHOBIA1.PDF



https://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_dan_keganasan

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/03/34036/isla m-menentang-segala-bentuk-keganasan

https://ms.wikipedia.org/wiki/Keganasan

https://www.astroawani.com/beritamalaysia/ancaman-islamofobia-di-barat-202582

PAGE 13

LAMPIRAN

PAGE 14

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.