e-folio Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia Flipbook PDF

e-folio Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia

105 downloads 115 Views 5MB Size

Recommend Stories


SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA
SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA BIL. 1 NAMA NEGARA AFRIKA SELATAN ALAMAT PERWAKILAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, PRETORIA HIGH CO

Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean
Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean EUM (VESSEL CALLS KMT) Vessel WAN HAI 506 MOL DOMINANCE MARE CARIBICUM MOL DELIGHT WAN HA

Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

Story Transcript

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN MAJALAH SEJARAH

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA CABARAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA IMPLIKASI MASYARAKAT MAJMUK TERHADAP KEMAJUAN NEGARA KESIMPULAN

MPU 21032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

ISI KANDUNGAN

01

KENALI KAMI

03

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

06

CABARAN PEMBENTUKAN MSYARAKAT MALAYSIA

09

IMPLIKASI MASYARAKAT MAJMUK TERHADAP KEMAJUAN NEGARA

11

KESIMPULAN

12

RUJUKAN

KENALI KAMI ABANG EIMANNUDIN BIN ABANG ZAHIRIN SHAH [ 05DEE21F2006 ]

EDITOR dAN PENULIS

JONATHAN LEE KIAN YUNG [ 05DEE21F2002 ]

EDITOR dan PENULIS

GILBERT GOHAN ANAK JUSAM [ 05DEE21F2050 ]

PENYUNTING dan PENULIS

MUHAMMAD ARIF HISYAM BIN ARTINO [ 05DEE21F2032 ]

PEREKA GRAFIK dan PENULIS

1

KATA PENASIHAT

Salam sejahtera dan semoga sihat sejahtera E-folio merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi kursus MPU21032 Masyarakat Malaysia. Tugasan ini telah mengenengahkan tentang konsep penulisan kreatif bertemakan Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Selain itu, ucapan terima kasih kepada semua pelajar dari kelas DEE 2A , Jabatan Kejuteraan Elektrik dan Elektronik yang telah memberikan kerjasama dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnva majalah untuk dimanfaatkan kераdа seluruh warga masyarakat Malaysia. Di samping itu, saya berharap agar mesej yang disampaikan dalam penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan mengetahui sejarah pembentukan masyarakat majmuk di kalangan masyarakat Malaysia. Semoga penulisan e-folio ini dapat memberi semangat kepada warga masyarakat untuk menyumbang idea dan pandangan yang manfaat dalam merealisasikan matlamat kerajaan iaitu membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Pn. Zahratun Sakinah Jamaluddin Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak

2

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA Abang Eimannudin - Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

3

Kebanyakan kaum India di Tanah Melayu tinggal di kawasan ladang atau estet. Kaum India mula memasuki Tanah Melayu sejak dari pembukaan Selat Melaka terutamanya sebagai pedagang kain dan peminjam wang. Pada akhir abad ke-19 dan pada awal abad ke-20, penjajah British mendapati India sebagai tempat mendapatkan buruh-buruh yang murah, patuh dan senang untuk dikawal. Dalam tahun 1880, Hugh Low dan Frederick Weld telah mendapatkan permit daripada kerajaan British untuk mengimport buruh-buruh dari India dan bekerja di ladang-ladang milik mereka di Tanah Melayu. Kaum India terbahagi kepada beberapa suku etnik diantaranya terdiri daripada Tamil, Telegu, Ceylon dan lain-lain. Kebanyakan mereka yang diambil bekerja di ladang - ladang adalah dari golongan Tamil. Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kinikebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

4

Tanggal 16 September 1963 adalah merupakan detik yang cukup bermakna buat negara, ia memperlihatkan gabungan Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) dibawah naungan Malaysia. Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnik yang paling banyak antara negeri di Malaysia. Sarawak mempunyai etnik seperti iban, melayu, bidayuh, kenyah dan lain-lain. Bumiputera di Sabah atau Penduduk asal Sabah adalah terdiri dari berbagaibagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera atau pribumi, terdiri daripada kaum kadazan dusun, bajau, rungus dan lain-lain. Elemen budaya unik kelompok etnik Sabah dan Sarawak antaranya adalah seperti seni muzik dan tarian, cara hidup, agama, adat istiadat, pegangan hidup, pakaian, tradisi dan lain-lain. Walau bagaimanapun, terdapat juga persamaan budaya antara satu kelompok dengan kelompok etnik yang lain, sama ada di Sabah atau Sarawak.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Tuntasnya, kemasukan migrain luar ke tanah melayu pada abad ke 18 dan pembentukkan Malaysia telah menyebabkan pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompokkelompok ini menjadikan Malaysia sesebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, Bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan dan menjadikan negara ini tarikan masyarakat luar.

5

CABARAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA Jonathan Lee - Malaysia merupakan sebuah negara yang luas tapi mempunyai banyak cabaran untuk pembentukan masyarakat di masyarakat Malaysia. Antaranya ialah cabaran dari segi politik, segi pendidikan, segi jurang generasi, segi aspek sosial dan segi etnik. Oleh itu, ia menjadi makin susah dan rumit untuk membentuk masyarakat majmuk di kalangan orang masyarakat Malaysia. Persoalannya, apakah cabaran berikut ? Lantasnya, topik ini akan mewarnai perbincangan saya pada kali ni tentang cabaran pembentukan masyarakat Malaysia. Antaranya, cabaran yang pertama ialah halangan daripada segi politik timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri.

Seterusnya, cabaran yang kedua iaitu pada zaman penjajahan,dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

6

Di samping itu, cabaran yang ketiga ialah wujudnya jurang generasi antara orang tua dengan orang muda di masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bilabila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti.

Selain itu, cabaran yang keempat ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara.

7

Akhir sekali, cabaran yang kelima ialah wujudnya cabaran etnik. Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai perbezaan di segi agama, kebudayaan . Namun, setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka serta etnik mereka menggangap mereka sahaja mempunyai etnik dan kebudayaan yang terbaik . Oleh itu, perbezaan kebudayaan dan etnik akan menyebabkan timbulnya prasangka, perkauman dan etnosentrisme yang merupakan perkara utama yang menyumbang kepada masalah pembentukan masyarakat Malaysia.

Pengisytiharan Merdeka

pada 31 Ogos 1957

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor dan halangan dalam pembentukan dan penubuhan negara Malaysia. Oleh sebab itu, kita sebagai masyarakat Malaysia haruslah menghargai pengorbanan orang-orang terdahulu yang bersusah payah dalam mendapatkan kemerdekaan dan membentuk sebuah negara yang makmur sehingga kini.

8

IMPLIKASI MASYARAKAT MAJMUK TERHADAP KEMAJUAN NEGARA Gilbert Gohan - Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajmukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik, ekonomi dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut. Terdapat tiga implikasi yang dapat kita lihat iaitu dari segi politik, ekonomi dan social yang akan penulis jelaskan dibawah. Pertama sekali adalah dari segi politik, kita tahu bahawa di Malaysia ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum, antaranya adalah Melayu, Cina dan India. Dalam konteks ini, penulis mendapati bahawa di negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum ini, setiap kaum ada terlibat dengan kegiatan politik. Ini terbukti bahawa negara Malaysia juga mampu untuk mentadbir negaranya sendiri dengan adanya kerjasama antara kaum. Bukan itu sahaja, perkara ini juga telah menunjukkan bahawa di negara Malaysia memiliki masyarakat yang majmuk. Dalam hal ini, kesungguhan pemimpin-pemimpin politik dalam memimpin negara yang berbilang kaum ini telah membawa negara Malaysia ke arah kemajuan.

Selain itu, adalah dari segi ekonomi, Dasar ekonomi komersial, kapitalisme dan bebas yang berlaku menyebabkan perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Oleh hal ini, pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah telah banyak berlaku mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh. Disebabkan hal ini maka keperluan pemodenan prasarana baru yang memerlukan tenaga buruh di perkenalkan dan berlakulah kemasukan buruh-buruh asing. Akhir sekali adalah dari segi sosial, dalam aspek sosial ini penulis telah meneliti kesan-kesannya terhadap negara. Dalam negara yang berbilang kaum ini juga terdapat kesan baik dan kesan buruknya. Antara kesan baiknya terhadap negara adalah segala aktiviti yang diadakan dalam negara Malaysia ini dapat dijalankan dengan aman dan damai kerana sikap bertolak ansur dan saling menghormati yang wujud dalam diri masyarakat yang berbilang kaum di negara Malaysia ini. Namun begitu, terdapat juga kesan negatif atau kesan buruk yang dapat kita lihat dalam segilintir masyarakat Malaysia ini. Kesan buruk yang ingin disampaikan oleh penulis adalah bahawa di dalam negara Malaysia ini juga berlakunya konflik antara kaum. Perkara yang dimaksudkan dengan konflik ini adalah sifat perkauman yang wujud dalam diri masyarakat. Sifat perkauman ini sangatlah perlu diambil berat kerana ianya merupakan satu tunjang yang mampu membawa negara kembali dijajah oleh negara asing. Oleh hal yang sedemikian, aspek sosial ini perlulah diambil berat agar mampu mencapai kemajuan.

9

Kesimpulannya, ketiga-tiga aspek tersebut iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial sangatlah penting dalam implikasi masyarakat majmuk terhadap kemajuan negara. Penulis telah menerangkan setiap aspek dimana kemajuan negara dapat dicapai berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut. Dalam aspek yang pertama iaitu aspek politik menyatakan bahawa kerjasama antara kaum dapat mendorong kepada kemajuan negara. Manakala dalam aspek ekonomi, sistem komersial memberi impak yang besar dalam kemajuan negara dan mendorong kepada wujudnya sistem ekonomi moden. Yang terakhir pula adalah keharmonian antara kaum dari segi sosial mampu membawa negara Malaysia ke arah kedamaian dan keamanan.

10

KESIMPULAN Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan pelbagai etnik yang lain. Diharapkan kita sebagai rakyat di bawah bumbung Malaysia agar bersatu padu dan mengambil iktibar di atas apa yang rakyat negara kita telah tempuhi di masa yang lepas dan sama-sama kita menjaga apa sahaja yang kita mencapai masakini. Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik. Sebagai rakyat Malysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai kaum, pelbagai adat resam dan perayaan tradisi. Ianya menyebabkan keadaan negara menjadi aman dan harmoni sepanjang masa tanpa sebarang konflik yang besar. Ini kerana daripada perayaan inilah wujudnya rasa perpaduan dalam naluri dan nurani penduduk negara ini. Tegasnya negara Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun terdiri daripada pelbagai kaum yang pada tanggapan masyarakat dunia sukar dipadukan dan menyerap sebarang perbezaan baik agama, budaya, bahasa dan adat kepercayaan. Tambahan pula, dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara, kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai. Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungan demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk. Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.

11

RUJUKAN 1) LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA http://ohmypengajianadui.blogspot.com/ http://klikweb.dbp.my/?p=18683 2) CABARAN PEMBENTUKAN MASYARKAT MALAYSIA https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com /3) IMPLIKASI MASYARAKAT MAJMUK TERHADAP NEGARA https://www.google.com/urlsa=t&source=web&rct=j&url=http:// ohmypengajianadui.blogspot.com/%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwj 2sfTM78v7AhWqTgGHQaCANUQFnoECBAQAQ&usg=AOvVaw1 DRi0vwWuxb3FqpxX5t5dM 4) KESIMPULAN http://ohmypengajianadui.blogspot.com/?m=1

12

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.