E-FOLIO(ROBOT PENCUCI LANTAI AUTOMATIK) Flipbook PDF

E-FOLIO(ROBOT PENCUCI LANTAI AUTOMATIK)

40 downloads 110 Views 4MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

E-FOLIO(ROBOT PENCUCI LANTAI AUTOMATIK) SAINS TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN ISLAM (MPU23053) NAMA AHLI: 1.AMIR ELLYASASS BIN SAMSUDDIN (04DET20F1097) 2.ZAKI AMIN BIN ADUKA (04DET20F1132) 3.MUHAMAD SHAHRUL NIZAM BIN MOHD RUSNI (04DET20F1112) 4.MUHAMMAD AMIRUL FAHMIEY BIN AINALUDIN (04DET20F1127)


PENGENALAN Sehubungan dengan peradaban zaman,teknologi pembersihan pada masa kini telah berubah 100% dari zaman dahulu seiring dengan penemuan dan perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang kebersihan sehingga dapat menciptakan alat-alat yang mampu membantu kita dalam pembersihan dengan secara lebih efektif dan mudah.Sebagai contoh alat yang memudahkan kita dalam pembersihan adalah ‘ Robot Pencuci Lantai Automatik ‘. Ianya merupakan alat yang mempunyai pelbagai kemudahan dan kebaikan kepada kita semua. Selain itu, terciptanya robot pencuci lantai automatik ini adalah jalan penyelesaian yang produktif dan bersesuaian dengan keperluan di rumah ataupun di pejabat.Robot pencuci lantai ini mampu membuat proses pembersihan lantai secara automatik tanpa perlu menggunakan tenaga manusia yang banyak dan dapat menjimatkan masa untuk kerja lain. Melalui peranan islam dalam perkembangan teknologi ini, pada dasarnya adalah untuk meringankan beban kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan dengan mudah dan kita mampu membuat sesuatu pekerjaan dengan lebih fokus dan lebih mengambil berat dalam ilmu pengetahuan.Kebersihan dalam islam merupakan separuh daripada iman.Jika kita mengamalkan kebersihan dengan sepenuh hati, kehidupan kita akan diredhai oleh ALLAH SWT dan diberkati tubuh badan yang sihat.Dengan itu kita dapat beribadah kepada Allah SWT dengan penuh khusyuk.


CIRI KEISTIMEWAAN ROBOT PENCUCI LANTAI AUTOMATIK KEPADA RUMAH TANGGA Terdapat pelbagai ciri keistimewaan dan kelebihan robot pencuci lantai ini bagi membantu kita dalam pembersihan yang lebih efektif.Antara ciri keistimewaan dan kelebihan robot pencuci lantai kepada rumah tangga adalah: 1) Membolehkan kita mampu menjimatkan masa dengan lebih terluang dengan kita dapat melakukan pekerjaan lain dan juga mampu melakukan ibadah dengan lebih banyak. 2) Kita dapat membolehkan mengurangkan beban dan penjimatan tenaga dalam melakukan pekerjaan dengan lebih baik. 3) Kita dapat menjaga tubuh badan kita daripada penyakit yang berbahaya dan mampu beribadah dengan selesa. 4) Dapat melakukan kerja pembersihan dengan lebih cepat dan bersih. 5) Masyarakat islam dapat melakukan ibadah dengan sempurna apabila kebersihan itu terjamin.


GAMBAR,LAKARAN & RAJAH


ISI DAN KETERANGAN PRINSIP SYARIAH : Wasatiyyah(Kesederhanaan) Robot pencuci lantai ini didatangi dalam pelbagai bentuk,rupa dan harganya berpatutan..jika pengguna yang ingin membeli cukup sedakar digunakan untuk aktiviti keperluan seharian untuk membersihkan rumah. Mizan (Kesetaraan) Robot pencuci lantai automatik ini juga dapat membantu kehidupan harian manusia daripada segmen industri sehingga kepada kehidupan seharian tanpa menggunakan tenaga manusia untuk melakukan pekerjaan membersihkan rumah dan juga bangunan dengan penggunaan robot pencuci lantai automotik ini dapat digunakan dgn sebaik mungkin


PERANAN SYARIAH : Memelihara agama Peranan utama syariat Islam adalah untuk memelihara nilai agama pelaksanaannya. Agama Islam sangat mementingkan soal kebersihan dan kesihatan bagi mewujudkan suasana yang selesa di dalam semua keadaan sama ada ketika beribadah ataupun tidak. Peringatan Islam supaya umatnya menjaga kebersihan termasuk kawasan persekitaran adalah perkara besar kerana ia mencerminkan imej Islam yang bersih dan suci. Memelihara maruah Dengan menggunakan alat Robot pencuci lantai automotik ini juga dapat melahirkan generasi yang rajin dalam menjaga kebersihan tempat tinggal dan juga dapat melatih anak-anak supaya pentingnya menjaga kebersihan kerana mesin automatik ini dapat menjimatkan tenaga dan mudah untuk dikawal jika kita dalam keadaan sibuk dan tiada masa lapang untuk mengemas rumah kerana robot pencuci lantai automotik ini dapat dikawal dgn mudah sama ada manual dan automatik


PELAKSANAAN SYARIAH : Utamakan Yang Utama Mendahulukan yang wajib lebih diutamakan daripada yang sunat. Islam menjadikan Awlawiyat atau keutamaan dalam melaksanakan sesuatu perkara.Selain itu, mengutamakan kepentingan ramai adalah wajar didahulukan daripada kepentingan individu.Contohnya, Antara syarat sah solat adalah tempat dan pakaian anda bersih daripada najis dan kotoran. PELAKSANAAN PRINSIP ETIKA : Menggunakan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti - Segala ciptaan dan rekaan bukan semata-mata bertujuan komersil atau profit. - Nilai-nilai kemanusiaan yang mengutamakan matlamat hidup, kemampuan manusia, mencari jalan yang dipermudahkan dan mampu melonjak prestasi manusia sebagai hamba Allah swt. - Meningkatkan kualiti melalui penggunaan robot pencuci lantai bagi menggantikan tenaga dan masa manusia. - Sebaliknya penghasilan ciptaan, rekaan dan inovasi bukan untuk kepentingan peribadi dan merosakkan dunia.


KAEDAH FIQH : Berdasarkan kaedah fiqh pula dengan adanya penggunaan robot pencuci lantai automotik ini ianya juga mempunyai kaitan.Diantara kaitannya ialah setiap amalan yang dilakukan hendaklah berdasarkan niat, perkara yakin tidak boleh dihilangkan dengan syak,benda yang dilakukan yang membawa kepada kesukaran akan menjadi kepada kemudahan dan kemudaratan perlu dihindari dan adat boleh dijadikan sumber hukum kehidupan..dengan adanya robot pencuci lantai automotik ini dari segi aspek positif adalah dapat menukar kesusahan kepada kesenangan iaitu berdasarkan contoh dengan adanya penggunaan robot pencuci lantai automotik ini dapat membantu manusia untuk melakukan pekerjaan dalam membersihkan rumah, pejabat dan sebagainya tanpa memerlukan tenaga manusia yang banyak dalam melakukan pekerjaan membersihkan lantai yang kotor.selain itu, penggunaan robot pencuci lantai automotik ini juga dapat mengambil alih tugas manusia bagi mempercepatkan masa serta tenaga kerja.Disamping itu robot pencuci lantai automatik ini juga dapat dilihat sebagai alat yang memberikan kesan buruk jika salah dalam menggunakanya.. sebagai contohnya penggunaan robot pencuci lantai automotik ini akan menyebabkan manusia akan kehilangan tenaga kerja kerana banyak robot pencuci lantai automotik ini akan dibeli oleh pengusaha syarikat untuk mengambil alih kerja manusia.hal ini dengan ada Robot pencuci lantai automotik ini manusia akan menjadi berat tulang kerana manusia terlalu bergantung kepada Robot pencuci lantai automatik dalam melakukan perkerjaan seharian dalam membersihkan rumah dan sebagainya.


KESIMPULAN Kesimpulannya, secara keseluruhannya,kami dapati bahawa robot pencuci lantai automotik yang kami bina sememangnya akan menjadi peneraju kepada masa depan dalam menaikkan martabat sesebuah negara dan juga martabat Islam dalam menjaga kebersihan dan kesucian...dengan adanya robot pencuci lantai automotik ini manusia dapat banyak kemudahan dalam melakukan perkerjaan seharian dalam menjaga kebersihan rumah dan sebagainya.. dengan ini sebagai contoh dalam penciptaan Robot pencuci lantai automatik ini dapat membantu dan memudahkan kerja manusia secara keseluruhannya.selain itu, pencipta robot pencuci lantai automotik juga dapat meningkatkan produktiviti sesebuah negara maju dunia pada masa kini.. disamping itu,ia juga membantu pengusaha dalam menjimatkan tenaga kerja semakin berkurangan kerana pekerjaan digantikan dengan robot pencuci lantai automotik dalam menjaga kebersihan tempat kerja dan tempat tinggal khususnya dalam sektor perindustrian dan perkilangan.. walau bagaimanapun penggunaan robot pencuci lantai automotik ini lebih banyak memberi kesan yang positif berbanding dengan negatif dan ini terbukti melalui pencapaian negara ii maju pada era globalisasi kini yang mengutamakan penggunaan robot pencuci lantai automotik dalam menjaga kebersihan tempat tinggal,tempat kerja dan sebagainya.


SEKIAN TERIMA KASIH


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.