E-MAJALAH ETIKA Flipbook PDF

VARIASI MAKANAN MALAYSIA MENYATUKAN HATI PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

5 downloads 113 Views

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

EDISI OKTOBER 2022

Adakah variasi makanan boleh menyatukan bangsa ?

Macam mAna makanan boleh menyatukan hati bangsa ?

BERLAINAN MAKANAN BERSATU RAKYAT

E-MAJALAH

#KITA RAKAYAT MALAYSIA SENTIASA BERSAMA

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

1.

Prakata

1

2.

Definisi

2

3.

Faktor

3-6

4.

Kesan

7-9 

5.

Langkah Mengatasi

10-12

6.

Komen

13

7.

Kesimpulan

14

8.

Rujukan

15

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Pertama sekali mari sama-sama kita bersyukur kepada ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa yang dianugerahkan, dengan izinnya saya dan ahli kumpulan dapat menyiapkan e-folio yang telah diberikan tugas dan telah diusahakan selama ini yang bertajuk Variasi Makanan Malaysia Menyatukan Hati Pelbagai Kaum dan Bangsa di Malaysia. E-Folio ini amat penting bagi kami kerana salah satu tugasan kerja dalam subjek yang kami ambil pada semester ini iaitu Penghayatan Etika dan Peradaban. Tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak manfaat kepada kami dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian berkaitan dengan makanan budaya lain seperti Cina dan India. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada individu yang banyak membantu kami sepanjang menyiapkan e-folio ini iaitu Puan Nurul Asma Binti Effendi selaku pensyarah subjek Penghayatan Etika dan Peradaban kami kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar, bimbingan dan cara membuat kerja kursus mengikut kriteria yang ditetapkan kepada kami sekumpulan. Dorongan beliau telah membantu kami dalam menghasilkan e-folio yang cemerlang. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuang sama-sama bertungkus lumus mencari maklumat dalam menyiapkan e-folio ini iaitu Khooson Sitthipong A/L Sian. Ahli kumpulan yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh dalam memberikan buah fikiran dan semangat, serta cadangan. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang lain terutamanya rakan sekelas, DKM 5B yang banyak memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami. Sokongan mereka juga amat penting untuk kami supaya tidak mudah patah semangat walau apa juga cabaran yang kami hadapi.Ahir sekali, saya ingin mengucapkan sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan folio ini secara langsung atau secara tidak langsung. KATA PENGARANG BIDANG KREATIF

NUR ADILLAH BT SUHAIMIN 16DKM20F1005

KHOOSON SITTHIPONG A/L SIAN 16DKM20F1015 1

DEFINISI Malaysia adalah sebuah Negara yang berdaulat dengan identiti nasional yang tersendiri. Maka, kita telah ketahui Malaysia mempunyai keistimewaan tersendiri yang berkait rapat denganberlatar belakangkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mahupun Melayu, Iban, Cina, Melanau ataupun India dan pelbagai lagi etnik yang lain telah saling berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa rasmi sebagai bahasa perantaraan untuk mereka bertutur dengan lebih baik iaitu, Bahasa Melayu. Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dikonsumi oleh masyarakat tertentu, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya amat diyakini khasiat, aneka makanan tradisional, sperti karipap,nasi lemak, roti canai, dan sebagainya. Disamping berkhasiat, makanan tradisional juga mengandung bahan-bahan yang bervitamin tinggi, serat, murah dan mudah didapati dan juga sesuai dengan selera masyarakat sehingga diyakini sebagai makanan Malaysia memilik aset yang paling berharga dari segi kepelbagaian makanan yang bukan sahala dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan bahkan turut menarik perhatian dari pelbagai sektor ekonomi yang lain. Sebagai contohnya, Nasi lemak kepada asalnya merupakan hidangan sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini ia telah menjadi pilihan utama bagi semua etnik di Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, makanan kepada kepelbagai jenis dim sum, mi, kuih kepau dan sebagainya yang juga merupakan makanan kegemaran bagi etnik Cina turut menjadi kegemaran oleh etnik yang lain sepertinya Melayu,India, dan lain-lain lagi. Makanan kumpulan etnik dari sabah sarawak sepertinya umai, linut,kepasuh ayam turut menjadi kepilihan bagi masyarakat dari kepelbagai etnik yang secara tidak langsung telah menyumbang kepada kesepaduan sosial.

2

Faktor Antara isu yang dapat dijumpai adalah kepelbagaian bahan dalam makanan tradisional di Malaysia. Disebabkan kepelbagaian kaum di Malaysia, bahan-bahan makanan tradisional di Malaysia senang diperolehi di pasar-pasar sekitar daerah masing-masing. Bahanbahan ini akan menyebabkan makanan ini disukai kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai dengan selera orang tempatan. Demikian juga dengan kebiasaan makanan tradisional tidak mudah berubah walaupun berada di berlainan daerah seperti roti canai, popia dan mee tarik. Makanan tradisional juga dipengaruhi oleh makanan harian masyarakat dan terlibat di dalam sistem sosial budaya yang pelbagai golongan etnik dan kaum di seluruh Malaysia. Gabungan kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai masakan dan menjadikan ia sebagai satu tarikan kepada pelancong luar. Kaum Cina, India, dan Melayu di Malaysia sentiasa kreatifdan bekerjasama dalam mencampur adukkan resipi dari tradisi kaum masing-masing. Maka,terlahirlah pelbagai makanan seperti nasi lemak, nasi ayam, mee goreng mamak dan lain-lain lagi Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara tidak langsung memangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Tukang masak terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan, kemampuan sesuatu makanan warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama adalah tidak dinafikan. Makanan warisan seperti nasi lemak, rendang, roti canai, teh tarik, nasi kandar, char kuetiau dan dimsum seperti yang kita tahu adalah menu terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan dimakan oleh semua rakyat. 3

MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.

4

MAKANAN TRADISIONAL KAUM INDIA Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Buat masa kini roti canai berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak, diminati oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Capati yang diolah dari gandum tulin mempunyai banyak khasiat dan makanan sesuai untuk penyakit kencing manis dan darah tinggi. Roti-roti ini sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

5

MAKANAN TRADISIONAL KAUM CHINA Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka.

6

Kesan makanan malaysia kepada rakyat berbilang kaum Dengan kepelbagaian makanan antara kaum di Malaysia seperti yang telah dinyatakan dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Misalnya, setiap kali perayaan besar atau majlis-majlis rasmi disambut semestinya diiringi dengan pelbagai aneka hidangan makanan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Jelaslah bahawa dengan hanya kepelbagaian makanan tradisi ini, dapat menggerakkan sesuatu kaum dengan lebih erat lagi dalam perhubungan. Perkara ini di mata masyarakat hanya di pandang sebelah mata namun hakikatnya makanan tradisi berbilang kaum ini dapat memberikan pelbagai impak terhadap keharmonian dan perpaduan di negara ini. Kedai mamak telah wujud di serata tempat, dimana kedai ini menjadi medan pertemuan antara kaum. Fenomena ini akan merealisasikan peribahasa Melayu yang berbunyi bagai isi dengan kuku. Ini kerana di medan pertemuan itu masyarakat kita akan bersembang dan mengenali antara satu sama lain sambil menikmati teh tarik kaw yang menjadi pilihan ramai setiap kali mengunjungi kedai mamak. Oleh yang demikian, kita dapat memupuk perpaduan, mengeratkan silaturrahim serta mewujudkan rasa saling hormat-menghormati antara satu sama lain. 7

Hasil daripada kaji selidik yang dijalankan juga, boleh dilihat yang pengambilan makanan tradisi kaum lain amat mempengaruhi perpaduan antara masyarakat di sini. Hampir semua responden bersetuju bahawa perpaduan boleh terbentuk melalui pengambilan makanan tradisi kaum lain. Mereka memberi pandangan bahawa makanan tradisi kaum amatlah penting didalam kehidupan sesuatu kaum. Selain itu, amalan penyediaan dan memasarkan makanan tradisi ini perlu dikekalak agar ia tidak dilupakan oleh generasi sekarang dan yang akan datang. Antara pandangan lain pula, makanan tradisi sememangnya dapat diterima oleh semua golongan masyarakat. Hal ini disebabkan penyediaan makanan tradisi kaum agak mudah dan ringkas sahaja.

8

TAHUKAH ANDA ? terdapat jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh sekumpulan atau sekelompok masyarakat kerana berlainan latar belakang budaya dan agama.Dalam hal ini wujudnya makanan halal dan tidak halal dalam konteks hubungan etnik yangterdiri daripada pelbagai kepercayaan dan latar belakang budaya masing-masing

Secara keseluruhan, dapat dirumuskan bahawa makanan tradisi sesuatu kaum dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Melaka ini. Masyarakat dapat mengenali dengan lebih mendalam makanan yang terkenal antara tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India selain mengetahui keunikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut di mana makanan tradisi ini pula mempunyai keunikan yang tersendiri yang mampu menarik kaum lain untuk merasa. Selain itu, berdasarkan kajian mengenai makanan pelbagai bangsa ini turut menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Melaka melalui makanan. Mereka lebih memahami dan mengetahui pelbagai variasi makanan kaum di Melaka dengan melihat kajian kaji selidik. Kesimpulan yang didapati dalam kajian ini mencerminkan bahawa tahap perpaduan mengikut makanan setiap kaum masih di tahap yang memuaskan. Oleh itu, makanan juga dapat memainkan peranan dan semangat perpaduan di kalangan kaum. 9

LANGKAH MENGATASI

INFO PENTING!

PENYEDIAAN MAKANAN YANG SELAMAT MERUPAKAN SATU PERKARA YANG AMAT PENTING UNTUK MENGELAKKAN PENYAKIT BAWAAN MAKANAN TERUTAMANYA KERACUNAN MAKANAN



Langkah untuk mengatasi kepelbagaian makanan tradisi Dengan kepelbagaian makanan antara kaum di Malaysia seperti yang telah dinyatakan dapat mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. Misalnya, setiap kali perayaan besar atau majlis-majlis rasmi disambut semestinya diiringi dengan pelbagai aneka hidangan makanan yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Jelaslah bahawa dengan hanya kepelbagaian makanan tradisi ini, dapat menggerakkan sesuatu kaum dengan lebih erat lagi dalam perhubungan. Perkara ini di mata masyarakat hanya di pandang sebelah mata namun hakikatnya makanan tradisi berbilang kaum ini dapat memberikan pelbagai impak terhadap keharmonian dan perpaduan di negara ini

Terdapat beberapa makanan setiap kaum yang dapat dilihat memberi peranan yang besar dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Antaranya ialah nasi lemak yang merupakan makanan tradisi orang Melayu namun dinikmati oleh semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nasi lemak bukan sahaja dinikmati oleh masyarakat Melayu sebaliknya turut menjadi kegemaran kaum Cina dan India. Hal ini dikatakan demikian kerana, nasi lemak bukan sekadar dijual di restoran Melayu malah turut ada di restoran Cina mahupun India. Seperti yang kita sedia maklum, nasi lemak merupakan juadah yang disajikan pada waktu pagi. Kini, tidak hairan jika nasi lemak dimakan pada waktu tengah hari, petang mahupun malam. Lauk sampingan turut disediakan bagi meningkatkan lagi kelazatan nasi lemak. Sebagai contoh, ayam goreng berempah, paru goreng, rendang ayam atau daging, sambal sotong, udang dan kerang menjadi lauk sampingan kegemaran ramai untuk dimakan bersama nasi lemak 10

Di samping itu,langkah mengatasi seterusnya ialah mengikuti cita rasa rakyat Malaysia.Makanan Cina turut menjadi tarikan kaum Melayu dan India. Antara makanan kaum Cina yang menjadi kegemaran masyarakat ialah dumpling, dimsum, yong tau foo dan kue tiau. Makanan ini dilihat menepati serta mengikuti cita rasa rakyat Malaysia. Yee sang yang merupakan makanan kebudayaan kaum Cina juga dilihat sebagai hidangan yang menjadi simbol perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Hal ini demikian kerana makanan tradisi ini menjadi hidangan yang dinikmati bersama masyarakat pelbagai kaum semasa perayaan Tahun Baru Cina. Ramuan yang digunakan dalam Yee Sang adalah daripada makanan biasa sahaja namun makanan ini kelihatan menarik ketika digaulkan kesemuanya dan menjadi lebih enak jika dinikmati bersama dengan masyarakat yang berbilang bangsa ini.

11

12

Komen Dari segi komen,antaranya komen bagi isu ini ialah rakyat Malaysia terkini lebih tertarik pada makana moden atau makanan viral seperti KFC,McDonald,Pizza dan sebagainya.Hal ini telah menyebabkan makanan tradisi kurang menjadi tarikan peerhatian kerana mempunyai pelbagai halangan dari segi persaingan.Selain itu,komen bagi isu ini juga ialah makanan tradisi ini tidak mudah untuk membuatnya.Hal ini dikatakan demikian kerana,makanan tradisi perlu menggunakan modal dan juga perlu menggunakan pelbagai bahan untuk menyiapkan sesuatu makanan.Sebagai contoh bahan-bahan untuk memasak nasi lemak ialah cili kering,asam,bawang merah ,bawang putih halia dan sebagainya lagi,hal ini menyebabkan generasi muda kurang minat dalam membuat makanan tradisi.Namun ,jika makanan tradisi tidak mempunyai variasi ,maka makanan tradisi juga semakin berkurang.

Dari segi pandangan isu variasi makanan tradisi ialah meningkatkan kesedaran rakyat mengenai dengan makanan tradisi di Malaysia.Sebagai contoh, mengadakan Pesta Makanan Tradisional di Malaysia iaitu mengambil segala makanan tradisi yang telah diterapkan oleh pelbagai kaum seperti kuih bulan, karipap, kuih bahulu, kari mee dan sebagainya. Hal ini telah menarik minat pelbagai kaum untuk menyertai kempen ini.Seterusnya,Pandangan isu varisi makanan tradisi yang seterusnya ialah mengadakan Hari Kebudayaan Makanan di peringkat sekolah dan juga daerah. Hal ini telah meningkatkan lagi ilmu pengetahuan pelajar dan juga rakyat mengenai makanan tradisi yang sedia ada di Malaysia. Rentetan daripada itu, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pelbagai kaum dari segi makanan tradisi.

Dari segi cadangan daripada kumpulan kami adalah bagi untuk pihak yang berkenaan untuk memainkan peranan penting untuk menganjurkan atau mengadakan kempen makanan berlainan kaum.Seterusnya , rakyat mempunyai peranan penting untuk menyatukan hati kaum di Malaysia dengan caranya rendahkan ego diri dari kaum sendiri dan bukakan hati luaskan hati untuk mencuba makanan dari kaum yang berbeza.

13

Kesimpulan Secara kesimpulan daripada kumpulan kami sepanjang buat e folio ini ialah kami dapat mengetahui bahawa makanan juga memainkan peranan penting untuk menyatukan hati kaum dan agama di Malaysia.Rakyat Malaysia juga perlu membuka hati untuk mencuba rasa makanan agama dan kaum lain dengan cara yang betul. Rakyat Malaysia perlu sokong makanan yang dibuat oleh agama dan kaum di Malaysia.Akhir sekali yang tidak boleh dipandang enteng ialah rakyat Malaysia haruslah tidak mementingkan kaum diri sendiri dengan menyebarkan makanan tradisi tanpa mengira kaum, hal ini dapat menjadi tarikan rakyat untuk mencuba pelbagai makanan tradisi yang berada di Malaysia. Nampaknya daripada ini, variasi makanan tradisi telah pun menyatukan hati pelbagai kaum di Malaysia.Semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga dan menjadikan warisan budaya sebagai satu identiti kaum negara dan maruah bangsa. 14

RUJUKAN 1.Nawal Farhani Nidzamuddin (2019). Pemupukan Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional. https://solidaritas.my/pemupukan-perpaduan-keluargamalaysia-melalui-kepelbagaian-makanan-tradisional/ 2.Huzaifah (2012). Makanan Tradisional Melayu. https://huzaifahketeh5.weebly.com/makanan-tradisionalmelayu.html 3.Sumber : https://nadz.my/makanan-tradisional-cina/ 4.AmiraSyahida(2019).HubunganEtnik. https://www.academia.edu/29008090/Hubungan_etnik 5.sumberakhbar https://www.sinarharian.com.my/article/46206/khas/ceritamerdeka/perpaduan-melalui-makanan-warisan

15

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.