E-MAJALAH PERMAINAN TRADISONAL GP7 (4) Flipbook PDF


61 downloads 100 Views 32MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

E D I S I

P E R T A M A

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL permainan yang dimainkan pada zaman dahulu untuk mengisi masa lapang

Kenali jenis permainan tradisional yang ada di Malaysia

N O V E M B E R

KETAHUI JENIS PERMAINAN TRADISIONAL

E D I S I

Permainan tradisional merupakan

2 0 2 2

5

PERMAINAN TRADISIONAL

ISI KANDUNGAN PENGENALAN

01

LATAR BELAKANG

02

OBJEKTIF KAJIAN

03

METODOLOGI

04-06

JENIS PERMAINAN

CONGKAK Cara-cara Mencetuskan Minat Kepada Generasi Muda KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONl

BATU SEREMBAN

07-11

TENG-TENG

12-14

KONDA-KONDI

19-20

GALAH PANJANG

21-22

15-18 23 24-25

KESIMPULAN

25

BIBLIOGRAFI

26

LAMPIRAN

27

NOV 2022

EDISI 1

Senarai Ahli Kumpulan 7

Shahrul Arif Safwan Bin Shahrul Nizam (295390)

Wan Ahmad Iqhmal Bin Wan Ahmad Akbar (295324)

Muhammad Hazimshah Bin Mohd Nazlishah (295334)

Muhammad Danish Aiman Bin Norman (295412)

Nurnabila Natasya Binti Abdullah (295438)

Allysa Nadirah Binti Halim (295423)

Noralya Natasha Binti Izam Zamzuri (295432)

Azrena Yasmin Binti Lutfi (295095)

Nurul Syafiqah Binti Shahizan (295313)

Nur Zawani Binti Marzuki (295321)

PENGHARGAAN Alhamdulilah syukur dengan setinggi-tinggi kesyukuran yang dipanjatkan kehadrat

ilahi

kerana

dengan

limpah

kurnianya

kami

dapat

menyelesaikan tugasan Kenegaraan Malaysia (SADN1033) ini dengan berjaya tanpa menghadapi sebarang halangan. Di kesempatan yang ada ini, jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Dr. Siti Alwaliyah Mansor, selaku pensyarah Kenegaraan Malaysia kami kerana sepenuh kepercayaan beliau telah letakkan kepada kami untuk melaksanakan tugasan ini. Selain itu, ribuan terima kasih juga kami ingin ucapkan kepada semua pihak yang tidak putus harapan mereka dalam usaha membantu kami bagi menyempurnakan tugasan ini tanpa mengira penat lelah mereka terutamanya kepada pensyarah kami iaitu Dr. Siti Alwaliyah Mansor kerana diatas budi bicara yang diberikan oleh beliau dalam memberikan tunjuk ajar sepanjang berlangsungnya tugasan ini. Selanjutnya, ucapan terima kasih diberikan oleh kami kepada rakan-rakan seperjuangan kami yang

telah

banyak

menghulurkan

bantuan

dan

kerjasama

bagi

merealisasikan usaha untuk tugasan ini. Akhir sekali, ucapan ini juga ditujukan khas kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah bermakna buat kami kerana tanpa sokongan dan bantuan mereka, tugasan ini mungkin tidak dapat kami sempurnakan dengan jayanya. Sekian Wabillahi Taufik wal Hidayah Wasalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL

Di era penuh kemodenan ini,kita dapat melihat bahawa permainan tradisional semakin dilupakan dan tidak diendahkan oleh masyarakat kini. Hal ini demikian kerana generasi kini sudah kurang didedahkan dengan pengetahuan tentang permainan tradisional dan hanya mengambil tahu tentang permainan moden sekarang seperti pubg,mobile legend serta permainan moden yang lain.Jika hal ini berterusan,maka generasi akan datang tidak akan dapat merasai warisan peninggalan nenek moyang mereka dan tidak dapat menikmati betapa berharganya nilai permainan tradisional itu dalam kehidupan. Oleh itu kita tidak boleh membiarkan permainan tradisional ini terus lapuk ditelan zaman. Ketaksuban dalam bermain permainan moden seperti permainan video yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti kelelahan yang menyebabkan mereka akan tidur didalam kelas keesokkan harinya. Apabila kita terlalu lama menghadap skrin telefon atau komputer riba,mata kita kan lebih cepat penat dan lebih banyak penyakit lebih parah akan menyusul seperti sakit kepala, rabun dan sebagainya. Selain itu,permainan video juga menyebabkan kita lebih ketagih untuk melihat skrin. Jika warisan ini gagal untuk dipertahankan hari ini, pada masa akan datang ia lebih sukar untuk diterokai semula.Maka di kesempatan ini, kita perlu menghargainya sebaik mungkin dan memeliharanya sebagai sebuah khazanah bangsa yang berharga. Oleh itu, kita harus berganding bahu agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan warisan ini.

01

LATAR

BELAKANG

November 2022

Permainan tradisional merupakan permainan yang diwarisi sejak berkurun lamanya mulai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sejak dari ratusan tahun yang lalu, manusia menghiburkan kehidupan dengan bermain permainan tradisional selain daripada belajar semata-mata. Ketajaman intelektual masyarakat dahulu menyebabkan mereka mencari idea untuk mewujudkan hiburan,maka wujudlah pelbagai bentuk permainan tradisional menggunakan sumber-sumber semulajadi yang berada disekeliling mereka. Permainan tradisional biasanya dimainkan ketika masa lapang terutama pada waktu petang atau hari cuti. Permainan seperti congkak dan batu seremban biasanya dimainkan di kawasan beranda rumah sambil bersila manakala permainan galah panjang, konda kondi dan juga tenteng biasanya dimainkan di kawasan lapang. Permainan tradisional ini boleh dimainkan seorang diri seperti batu seremban,dimainkan berdua seperti congkak dan berkumpulan seperti galah panjang. Namun ia lebih seronok jika dimainkan secara berkumpulan. Pada zaman dahulu permainan tradisional dilihat sebagai suatu tradisi yang sangat penting selain mengeratkan ikatan kekeluargaan serta persahabatan. Permainan tradisional ini tidak memerlukan internet serta boleh dimainkan bila-bila masa sahaja. Bahan permainan juga boleh diperoleh dari sumber alam seperti batu, biji getah, ranting kayu,pelepah kelapa dan juga kain perca.Ia juga tidak melibatkan kos yang besar berbanding permainan moden yang memerlukan gajet berharga ratusan sehingga ribuan ringgit.Tambahan lagi,internet yang digunakan juga harus dibayar. Tambahan pula, jika gadjet itu rosak, kos untuk memperbaiki gadget juga besar. .

02

OBJEKTIF KAJIAN Kajian kami merangkumi objektif tersebut : Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah permainan tradisional yang sahih. Malah, secara tidak langsungnya, ini dapat membantu kami untuk membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas, tepat dan sahih. Selain itu, kami juga akan dapat menguasai kemahiran dalam mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang asal-usul permainan tradisional. Kajian ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan tentang permainan tradisional yang dimainkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Oleh itu, ini dapat memberikan pendedahan kepada kami untuk mengenali dan memahami tentang asal-usul permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, galah panjang, lompat tikus dan teng-teng. Hal ini dapat membuatkan kami berkesempatan untuk membuat kajian yang berkaitan dengan latar belakang permainan tradisional. Kajian ini bertujuan menjadikan teladan serta iktibar kepada masyarakat Melayu pada zaman kini tentang betapa pentingnya permainan tradisional zaman dahulu. Hal ini dapat membuatkan masyarakat Melayu zaman kini tidak melupakan tentang asalusul serta adat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Dengan kajian ini juga akan dapat mengajar masyarakat Melayu pada zaman kini untuk terus bertanggungjawab untuk memelihara serta memulihara asal-usul dan adat resam pada zaman dahulu agar tidak ditelan zaman.

03

METODOLOGI KAJIAN PENGENALAN KAJIAN

RAJAH 4.1

Sebuah kajian telah dilakukan terhadap 17 orang rakyat Malaysia yang berusia 7 hingga 25 tahun. Kajian ini turut disertai oleh beberapa orang pelajar Universiti Utara Malaysia. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengutip tentang bilangan peratusan pelajar yang mengenali permainan tradisional dalam kajian kami.Tujuan pengumpulan data ini juga adalah untuk mengenalpasti tentang permainan moden dan tahap kesedaran masyarakat terhadap kepupusan permainan tradisional pada abad ke-21 ini.

reka bentuk kajian

RAJAH 4.2

Kajian telah dilakukan melalui google form yang mengandungi 7 soalan yang meliputi soalan tentang pendapat,skala serta tahap penglibatan mereka dalam permainan tradisional. Daripada google form yang diedarkan kami memperoleh data melalui soalan-soalan yang ditanya. Pengumpulan data yang dilakukan hanya mengutip data umum sahaja tanpa mengetahui siapa individu yang mengisi kaji selidik tersebut.Setiap responden perlu menjawab dengan jujur setiap soalan yang diberikan agar data yang diperoleh adalah tepat

04

data yang diperoleh

RAJAH 4.3

Berdasarkan rajah 4.3, permainan batu seremban merupakan permainan yang sering dimainkan oleh masyarakat Malaysia iaitu sebanyak 47.1%. Jumlah responden yang kerap bermain batu seremban hampir meliputi separuh daripada bilangan responden dan diikuti pula dengan permainan congkak sebanyak 35.3%. Dapat dilihat juga bahawa tiada responden yang pernah bermain permainan konda kondi. Hanya 5.8% dan 11.8% sahaja responden yang pernah bermain galah panjang dan teng-teng. Batu seremban dilihat agar popular dalam kalangan responden berbanding konda kondi yang tidak pernah dimainkan oleh mana-mana responden.

RAJAH 4.3.1

Berdasarkan rajah 4.3.1, sebanyak 70.6% responden berminat untuk menyertai pertandingan permainan tradisional jika terdapat pihak yang menganjurkan pertandingan tersebut. Sebanyak 11.8% responden yang tidak mahu menyertai pertandingan permainan tradisional. Dapat dilihat bahaa masih ramai dalam kalangan responden yang ingin melibatkan diri dalam pertandingan permainan tradisional.

05

RAJAH 4.3.2 Berdasarkan rajah 4.3.2, 55.6% responden memberikan skala 5 mengenai minat mereka terhadap permainan tradisional,27.8% memberikan skala 4,11.1% memberikan skala 3 dan 5.8% memberikan skala 2.Sebahagian besar responden dilihat masih meminati permainan tradisional dengan memberikan skala penuh untuk menunjukkan minat mereka terhadap permainan tradisional.

06

BAT U ASAL-USUL

Batu seremban yang juga

dikenali sebagai "selambut"

atau "serembat". Ia biasanya

dimainkan oleh kanak-kanak

perempuan ketika waktu

lapang.Biasanya mereka kan

duduk bermain batu seremban

di beranda rumah atau

pondok-pondok kecil.Batu

seremban boleh ditemui dalam

pelbagai bentuk seperti

batu,biji getah dan juga batu

seremban yang dijahit

sendiri.Batu seremban yang

dijahit biasanya diletakkan

pasir,berasa atau kacang

hijau sebagai isi.Batu

seremban yang dijahit ebih

seronok untuk digunakan

ketika bermain kerana

tidakakan mendatangkan

sebarang kecederaan

berbanding menggunakan

batu.Batu seremban boleh

dimainkan berseorangan

mahupun secara

berkumpulan.Batu seremban

biasanya mempunyai bilangan

buah yang ganjil.Biasanya

terdapat lima buah batu

seremban tetapi ada juga

yang menggunakan 7 buah

S E RE MBAN 07

CARA PERMAINAN

Cara menentukan giliran

Biasanya,sebelum memulakan permainan batu seremban secara berkumpulan,kita perlu menentukan giliran dari nombor satu sehingga giliran terakhir.Untuk menentukan giliran tersebut,setiap pemain harus menimbang batu seremban terlebih dahulu,setiap satu buah mewakili 2 mata,pemain dengan mata tertinggi .akan mendahului giliran.Jika ada pemain yang endapat mata seri,mereka perlu berlawan sesama mereka dan yang mendapat mata lebih tinggi akan mendahului giliran dalam urutan giliran permainan.

Cara bermain Dalam permainan batu seremban terdapat banyak peringkat tetapi umumnya hanya ada tujuh peringkat.Peringkat-peringkat ini dipanggil buah yakni buah satu,buah dua sehinggalah buah tujuh.Namun ada juga yang bermain sehingga batu 10 dan ia direka mengikut kreativiti masing-masing

08

ISTILAH-ISTILAH DALAM PERMAINAN BATU SEREMBAN

Buah satu-buah tujuh Buah satu adalah peringkat pertama dalam pertandingan batu seremban dimana

akan disambung dengan batun dua,batu tiga dan seterusnya. Garib Garib merupakan istilah dimana setelah pemain melempar kelima-lima batu

seremban,namun ia tersusun rapat antara satu sama lain.Apabila pemain ingin

mengambil satu buah,akan tetapi buah lain turut bergerak,buah yang bergerak dikira

garib ataupun bergerak.Peserta tidak oleh meneruskan permainan dan harus

diteruskan oleh peserta seterusnya.Namun sebahagian orang tidak menggunakan

peraturan ini kerana tujuan bermainnya hanya untuk keseronokkan sahaja.Akan

tetapi,ia lebih mencabar sekiranya digunakan dalam permainan. King King adalah tahap tertinggi setelah pemain berjaya melengkapkan buah satu hingga

buah tujuh,caranya adalah sama seperti buah satu tetapi peserta perlu menyebut

perkataan "king one game".Jika sudah selesai banyak tahap,sebutlah mengikut

berapa tahap telah berjaya.Jikang tidak menyebut perkataan king,maka ia tidak akan

dikira dan perlu diteruskan dengan giliran pemain seterusnya

09

Cara-cara menjahit batu seremban Langkah-langkah 1.Potong apa-apa kain kepada 5

atau 7 bahagian kecil 2. Jahit bahagian tepi tetapi

tinggalkan satu bahagian untuk

memasukkan kacang

hjau,berasa atau pasir.Pastikan

jahit dari belah dlam kain 3.Keluarkan belah luar kain ke

bahagian luar menggunakan

pensel atau apa-apa batang. 4.Masukkan kacang hijau,pasir

atau beras.jangan terlalu sedikit

dan jangan terlalu penuh. 5.Lipat sedikit kedalam kain itu

agar ia kemas dan jahit dengan

jahitan sembat. 6.Pastikan jahitan adalah kemas

agar isinya tidak terkeluar ketika

dilempar.

10

Faedah Batu

Seremban Membantu perkembangan sensory skill kepada kanakkanak. Batu seremban yang lembut membantu

meransang sensory skill anak-anak berbanding

mereka yang asyik bermain gadget.Ketika

bermain gadget,sensory skill tidak dapat

diransang kerana tangan tidak melalukan

sebarang aktiviti berbanding bermain batu

seremban,tangan akan lebih banyak

bergerak.Tangan akan lebih aktif dan saraf-

saraf otot dapat juga diransang.

Dapat meningkatkan tahap kefokusan Bermain batu seremban melatih kita agar lebih fokus.Hal ini demikian kerana ketika kita bermain batu seremban,kita akan sentiasa ingin fokus agar boleh menangkap buah dan tidak kalah awal.Kita akan sentiasa mempunyai target dan berfikir buah manakah yang akan kita tangkap terlebih dahulu

Menggalakkan komunikasi Ketika bermain batu seremban,kita akan banyak bekomunikasi dengan pemain lain.Contohnya,ketika memberitahu tentang peraturan kepada pemain-pemain lai.Sambil menunggu giliran juga kita boleh berbual-bual dengan pemain lain,berkongsi cerita dan sebagainya.Kita juga turut akan bersorak saambil menyokong peserta yang bermain secara konsisten sehingga tidak kalah,suasana heboh ini akan dapat membantu kita lebih berani berkomunikasi dengan rang lain tanpa ketakutan. 11

PERMAINAN

TENG-TENG

APA ITU TENG-TENG ? Terdapatnya sejenis permainan tradisional iaitu teng-teng atau nama lainnya ketinting merupakan sejenis permainan tradisional kanak-kanak yang dimainkan dengan cara melompatkan satu kaki dan dua kaki. Kaum wanita amat menggemari permainan teng-teng ini kerana permainan ini terkenal dalam kalangan masyarakat pada zaman dahulu khususnya kaum wanita. Disebabkan permainan ini merupakan permainan yang tidak lasak serta memerlukan pemerhatian yang sedikit, permainan ini lebih dapat menarik minat kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki. Gelanggang teng-teng di kawasan kampung kebiasaannya dibuat dengan menggoreskan garisan di atas tanah manakala apabila kawasan tersebut tidak mempunyai tanah seperti kawasan perumahan atau pekan ia pula menggunakan kapur tulis yang diperbuat

daripada tepung atau apa sahaja peralatan yang boleh dijadikan sebagai penanda untuk bermain permainan teng-teng tersebut. Peraturan bagi permainan teng-teng ini tidak tetap bagi jumlah pemain yang akan bermain dalam setiap gelanggang. Tetapi bagi permainan teng-teng yang mempunyai lebih daripada empat orang untuk bermain dalam satu gelanggang , kesannya akan menyebabkan kesukaran bagi pemain tersebut untuk bermain teng-teng. Justeru, dua gelanggang haruslah dibuat bagi memudahkan seseorang individu untuk bermain permainan teng-teng tersebut. 12

GELANGGANG & GUNDU gelanggang, teng-teng mempunyai sembilan

Bagi satu petak kosong dan gelanggang itu dibuat dengan dilukiskan di atas tanah bagi kawasan yang mempunyai tanah ataupun di atas lantai ataupun halaman bagi kawasan yang tidak mempunyai tanah. Selain itu, penanda bagi para pemain untuk menggerakkan kedudukan mereka dipetak gelanggang dipanggil gundu. Gundu boleh diperbuat daripada apa-apa sahaja tetapi merupakan objek yang berbentuk leper dan sebesar separuh tapak tangan seperti batu, kepingan besi, pecahan pinggan atau batu yang berbentuk leper.

CARA BERMAIN Permainan teng-teng dimulakan dengan undian melalui permainan lai lai litam plong bagi menentukan pemain yang akan bermain terlebih dahulu. Dengan permainan lai lai litam plong yang menentukan undian bagi pemain yang akan bermain dahulu, ianya juga merupakan kaedah bagi menentukan siapa pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya Gundu hendaklah dicampakkan terlebih dahulu oleh pemain ke dalam petak pertama dengan cara duduk membelakangi petak bagi memulakan permainan. Gundu yang dicampakkan mempunyai kaedah yang sama bagi pemain yang telah berjaya melepasi pusingan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Apabila gundu yang dicampak itu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar, pemain akan dianggap mati dan hilang giliran mereka untuk bermain. Kesannya, giliran mereka yang terkeluar akan diganti oleh pemain lain. Kemudian, di dalam kesemua petak gelanggang teng-teng itu, pemain dikehendaki melompat dengan sebelah kaki kecuali dipetak yang kesembilan ianya dikehendaki melompat dengan kedua belah kaki. Selanjutnya, pemain itu perlu melompat terus ke petak ketiga tanpa

memijak dipetak kedua bagi pemain yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundunya berada di petak yang pertama. Apabila garisan tersebut dipijak, maka pemain akan dianggap mati dan permainan ini akan diganti oleh pemain lain. Setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijakkan kaki mereka dengan menggunakan kaki kanan di petak yang kedua dan kaki kiri di petak yang keempat setelah pemain tersebut melompat kembali ke garisan permulaan. Selanjutnya, petak ketiga haruslah dilompat oleh pemain dengan hanya menggunakan sebelah kaki. Akhirnya, apabila sampai di garisan penamat, pemain perlu mengutip kembali gundu yang berada di petak pertama. Gundu yang berada didalam sesuatu petak tidak dibenarkan dipijak oleh pemain sama ada gundu tersebut kepunyaan sendiri mahupun pihak lawan kerana ianya akan dianggap mati apabila kejadian tersebut berlaku. Oleh itu, giliran pemain itu akan diambil alih oleh pemain lain.

13

MEMBINA RUMAH Pemain boleh membuat balingan buah secara membelakangi

gelanggang apabila pemain tersebut telah berjaya mencapai

gundu di petak tersebut. Petak itu akan dikira rumah apabila gundu tersebut jatuh diatas petak kosong yang tiada pemilik

bagi rumah itu lagi. Pemain akan membuat corak atau garisan

tertentu bagi menandakan rumah mereka.

Buah yang jatuh terkena garisan atau terkeluar akan dikira

mati. Pemain lain tidak dibenarkan memijak dengan kedua

belah kaki di petak rumah kecuali pemain yang sedang

bermain. Ianya akan dikira mati apabila tuan rumah lupa

memijak dengan kedua belah kaki ataupun pemain lain yang

memijaknya.



14

PERMAINAN CONGKAK

ASAL-USUL CONGKAK CONGKAK MEMPUNYAI ASAL-USUL

DARIPADA ARAB DAN AFRIKA. DI SANA,

CONGKAK DIKENALI SEBAGAI “MARRI”

DAN “MANCALA”. KEMUNCULAN

CONGKAK DI ASIA TENGGARA

DIPERCAYAI TERSEBAR DARI MELAKA

a

MELALUI PEDAGANG-PEDAGANG ARAB.

DI INDONESIA PULA CONGKAK JUGA

DIGELAR SEBAGAI ‘CONGKLAK’,

MANAKALA “SUNGKA” IALAH

PANGGILANNYA DI FILIPINA.

CONGKAK DI MALAYSIA CONGKAK IALAH SALAH SATU

PERMAINAN TRADISIONAL

MALAYSIA YANG SELALUNYA

DIMAINKAN PADA WAKTU LAPANG.

NAMUN BEGITU PELBAGAI JENIS

PERTANDINGAN JUGA SERING

DIADAKAN. SECARA UMUMNYA,

CONGKAK TERDIRI DARI DUA

KOMPONEN UTAMA IAITU PAPAN

CONGKAK DAN BUAH CONGKAK.

BEBERAPA DEKAD YANG LALU,

CONGKAK DIMAINKAN DI DALAM

KALANGAN GOLONGAN ISTANA DIMANA MEREKA BERMAIN MENGGUNAKAN PAPAN KAYU YANG MEMPUNYAI

UKIRAN MEWAH SEMENTARA RAKYAT

JELATA PULA BERMAIN DENGAN CARA

MENGOREK LUBANG-LUBANG DI DALAM

TANAH.

07 15

CONGKAK

Alatan Permainan Papan congkak dan juga buah congkak adalah dua alatan utama untuk bermain congkak. Kebiasaannya, batang pokok kayu yang tebal digunakan untuk membuat papan congkak. Berbentuk seperti perahu, papan congkak mempunya dua garis lubang dimana setiap baris-baris tersebut terdiri dari lima atau tujuh lubang. Gelaran “kampung” diberikan kepada lubang-lubang ini. Jika ada kampung pastilah ada rumah, di setiap hujung papan congkak terdapat dua lubang yang saiznya lebih besar dikenali sebagai “rumah”. Walaubagaimanapun, terdapat juga papanpapan congkak pada hari ini yang diperbuat daripada plastik kerana kosnya yang lebih murah. Buah congkak pula mempunyai banyak variasi yang boleh digunakan. Antara pilihan-pilihan yang ada ialah guli, biji getah, biji saga, kulit kerang dan ketul-ketul batu kelikir. Permainan congkak hanya terhad kepada dua pemain pada satu masa. Kedua-dua pemain akan menghadapi satu sama lain, Gerakan Permainan dimana papan congkak tersebut terletak di tengah-tengah dimana “rumah” berada di kanan dan kiri pemain. Gerakan mula, setiap pemain akan memilih dan ambil semua buah congkak yang terdapat di salah satu “kampung” yang berada di barisan masingmasing. Pada waktu permulaannya, setiap “kampung” akan mempunyai 7 buah congkak dan bilangannya akan berubah setelah permainan bermula. Selanjutnya, buah-buah congkak yang diambil itu akan dilepaskan di setiap lubang-lubang “kampung” satu-persatu. Sebelum bermain, setiap pemain dikehendaki untuk memilih satu lubang “rumah”. Semasa pemain meletakkan satu demi satu buah-buah congkak itu, pemain juga perlu meletakkan satu di “rumah” mereka.

Permainan Tradisional Universiti Utara Malaysia, Sintok

Bagaimanakah cara yang betul untuk bermain congkak?

Jika buah terakhir pada tangan diletakkan pada “kampung” yang mempunyai buah lain, pergerakan tetap diteruskan sehingga buah congkak yang terakhir diletakkan dalam “kampung” kosong dimana pemain perlu berhenti dan mulalah giliran pihak lawan. Pemain itu juga boleh merompak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya semasa dia berhenti. Merompah disini membawa maksud mengambil semua buah congkak (jika ada) di dalam “kampung” tersebut dan meletakkannya di ‘rumah’ mereka. Dengan cara yang sama, pihak lawan pula akan meneruskan permainan. Jika buah congkak yang terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain akan meneruskan permainan dengan cara mengambil buah congkak dari mana-mana kampung yang ada pada barisan sendiri. Apabila kesemua “kampung” salah satu pemain sudahpun habis, maka pemain tersebut akan mati bermaksud permainan akan tamat. Kemudiannya, pemain yang masih hidup itu akan mengambil kesemua buah-buah congkak yang masih ada di semua “kampung” dan masukkan ke dalam ‘rumahnya’ sendiri. Pemenangnya ditentukan dengan siapa yang mempunyai jumlah buah congkak yang terbanyak di “rumah” mereka.

16

NOVEMBER 2022

permainan tradisional

Apakah faedah bermain congkak? 1. Mengasah skil psikomotor

Ketika bermain congkak, tangan perlulah digerakkan bagi meletakkan dan mengambil biji guli masuk ke lubang yang lain. Hal ini sedikit sebanyak dapat menajamkan lagi skil psikomotor kerana otot kecil dan koordinasi mata dan tangan turut terlibat dalam permainan congkak ini.

2. Belajar mengira

Kanak-kanak yang baru pertama kali atau belum mahir bermain congkak boleh mengajar mereka mengira biji guli semasa bermain. Dengan itu, mereka dapat melatih kemampuan mengira secara tidak langsung melalui permainan ini.

3. Melatih kejujuran

Congkak juga dapat melatih kejujuran anak anda. Biji guli yang diambil haruslah diletakkan satu per satu ke dalam setiap lubang. Dengan itu, anak anda dapat belajar untuk jujur dengan meletakkan biji guli di tempat yang betul dan ketika mereka kehabisan guli, mereka perlu mengakuinya dan memberi peluang kepada pihak lawannya untuk bermain.

4. Meneruskan negara

tradisi

warisan

Pada zaman teknologi ini, peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa yang paling penting ialah dengan cara menerangkan kepentingan permainan tradisional kepada anak-anak mereka kerana ia adalah warisan budaya yang tidak seharusnya hilang ditelan zaman. 09 17

Cara Pembuatan Congkak

Cara-cara membuat congkak 1. Pertama sekali, kapak digunakan untuk menebang kayu dan lubang rumah yang dihasilkan akan menentukan kepanjangan papan congkak tersebut. 2. Kayu dibelah kepada dua bahagian dan dalam pembuatan congkak ia hanya memerlukan satu bahagian. 3. Selepas dibelah, bahagian lebihan kayu yang tidak terpakai dikerat dengan gergaji. Bagi melicinkan batang kayu boleh menggunakan parang dan pahat. 4. Lubang dibuat dengan cara kayu tersebut dipahat dan ditebuk dalam dua baris dan bagi lubang yang mempunyai jumlah bilangan tertentu lubang tersebut akan dinamakan sebagai ‘kampung’. 5. Lubang besar ditebuk di kedua-dua hujung yang dikenali sebagai 'rumah'. 6. Lubang Congkak dilicinkan dengan menggunakan pahat bermata halus 7. Seterusnya, kita boleh mengukir pelbagai hiasan di papan congkak tersebut contohnya geometri, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. 8. Akhir sekali, varniskan papan congkak dengan menggunakan warna perang kemerahan, perang kekuningan, hitam dan perang.

Tahukah anda?

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Lazimnya congkak ini diperbuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing, balau dan sebagainya yang direkabentuk seperti sebuah perahu nelayan. Buahnya terdiri daripada biji salak,biji getah, biji asam jawa dan batuan kecil. Tetapi, pada hari ini buah congkak telah digantikan dengan guli kerana mudah didapati dan dimainkan. Congkak zaman moden kebanyakkannya diperbuat dengan plastik keras atau kayu mampat, dan dengan pelbagai jenis rekaan. Congkak juga diubahsuai menjadi mudah alih (portable), dan boleh dibimbit untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Di zaman teknologi ini terdapat juga permainan congkak dalam talian yang telah dicipta. 18

KONDA KONDI Konda kondi adalah salah satu permainan tradisional yang telah diwariskan oleh nenek moyang kita. Selain Konda kondi, terdapat juga nama lain buat permainan ini iaitu perik mata dan dalam kalangan masyarakat India pula dikenali sebagai Kaunda kaundi. Permainan tradisional ini dikabarkan bermula di Melaka dan kemudian tersebar ke negeri-negeri lain sehingga berkembang ke seluruh Malaysia. Kebiasaannya, permainan ini terkenal dan sangat disukai dalam kalangan kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan. Setiap individu yang ingin bermain permainan ini memerlukan pemikiran yang kritis dan kekuatan fizikal.

KELEBIHAN Meningkatkan kebolehan pemain dalam berfikir secara kognitif Mengajar kanak-kanak untuk kekal fokus Memberi pengajaran awal buat kanak-kanak untuk perhatikan kelemahan dan kekuatan kumpulan lawan

19

CARA BERMAIN KONDA-KONDI Pemain hanya memerlukan dua batang kayu yang berlainan ukuran Panjang bagi membezakan kayu ibu iaitu kayu yang panjang dan kayu anak iaitu kayu yang pendek untuk bermain di Kawasan yang lapang. Kayu ibu dijadikan sebagai pemukul atau penyungkit manakala kayu anak digunakan sebagai kayu yang akan di kuis ke udara oleh kayu ibu. Pemain juga mestilah menggali lubang dengan anggaran sedalam 15 cm dan lebar 10cm bagi meletakkan kayu dan menyungkitnya ke udara. Selepas sudah bersiap sedia dengan peralatan dan tempat yang sesuai, pemain dibahagikan kepada dua kumpulan secara adil untuk memulakan permainan. Terdapat tiga kaedah yang boleh diguna pakai untuk bermain permainan Konda-kondi ini iaitu :

1

Cara yang pertama dimulakan dengan pemain pertama menempatkan kayu anak secara melintang pada lubang yang telah digali sebelum memulakan permainan dan kayu ibu pula digunakan untuk menyungkit kayu anak sejauh mungkin bagi mengelakkan pihak lawan berjaya menangkap kayu tersebut. Kemudian kayu ibu tersebut akan ditinggalkan pada lubang yang sama. Pada Ketika berkenaan,kumpulan lawan juga perlu berusaha untuk menyambut anak kayu yang dilempar ke udara sebelum ia mendarat ke tanah. Seandainya pihak lawan berhasil untuk mendapatkan kayu tersebut,permainan akan tamat dan kumpulan yang memulakan permainan dikira kalah. Kemudian, kumpulan lawan pula memulakan pusingan baharu. Walaubagaimanapun, seandainya mana-mana ahli daripada pihak lawan mestilah melempar kayu anak agar masuk ke dalam lubang atau tepat terkena kepada kayu ibu. Apabila terkena kayu ibu atau termasuk ke dalam lubang, pasukan yang menyungkit kayu hanya perlu mengeluarkan seorang sahaja ahli. Jika berlaku sebaliknya dengan tidak mengenai sasaran kayu ibu, kedudukan kayu yang jatuh tersebut jaraknya perlu diukur sehingga lubang bagi mendapatkan mata.

2 Kaedah yang kedua, pemain sebelumnya akan mengambil kayu anak lalu membalingnya ke atas lalu memukul dengan menggunakan kayu ibu. Pemain mendapat sebanyak tiga kali kesempatan seandainya pukulan pertama dan kedua tidak cukup kuat. Kali ini juga pasukan lawan harus menangkap kayu yang dipukul dan sekiranya tidak berhasil, pemain yang memukul kayu tersebut berjaya mendapatkan mata.

3 Kaedah yang terakhir kaedah ketiga ini dikenali sebagai patuk ular. Kayu anak hendaklah di sandar di tepi lubang dan seterusnya,hujung kayu anak diketuk dengan kayu ibu. Apabila pemain berjaya memukul dengan baik,kayu anak tersebut bakal terbang ke udara. Sebelum kayu anak mendarat ke tanah,pemain mestilah bersedia bagi memukulnya dengan kayu ibu. Mata akan dikira seperti dua cara yang lain. Pihak kumpulan yang mengumpul mata tertinggi dikira sebagai pemenang. 20

MALAYSIA TODAY

Dalam permainan ini, pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan berdiri dalam bentuk segi empat sama di atas tanah, dan matlamatnya adalah untuk mengelak daripada disentuh atau ditangkap oleh pihak lawan. Pemenang ialah pemain yang melepasi kawasan petak tanpa disentuh atau ditangkap.

1. cara Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung bermain galah panjang kepada pelukis garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5 meter. 2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang. 3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan atau belakang. 4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.

21

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya. 6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang dan kemudiannya berpatah balik. 7. Kemenangan tercapai apabila orang yang telah melepasi garisan paling akhir melepasi garisan permulaan. Dan permainan diteruskan sehingga ada pemain yang ingin berhenti.

syarat permainan 1. Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain dan dikehendaki keluar gelanggang. 2. Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar giliran antara penjaga dan penempuh.

22

Cara-cara Mencetuskan Minat Kepada Generasi Muda Untuk Bermain Permainan Tradisional. Permainan Tradisional kini sudah semakin dilupakan oleh generasi muda kini. Sesetengah daripada mereka langsung tidak mengetahui tentang kewujudan permainan tradisional ini yang pernah popular suatu ketika dahulu. Ibu-bapa dan masyarakat perlulah memainkan peranan yang penting untuk mencetuskan minat anak-anak terhadap permainan tradisonal berikut adalah cara-caranya:

1

Memperkenalkan permainan tradisional kepada anak-anak atau golongan muda. Ibu bapa boleh menghadiahkan anakanak permainan tradisonal sebagai hadiah hari jadi.

2

Membawa anak-anak ke muzium atau pameran permainan tradisonal bagi membuka mata mereka terhadap keunikan yang dimiliki oleh masyarakat kita

3

Sekolah perlu melakukan aktiviti kokurikulum yang melibatkan permainan tradisonal dan menganjurkan kempen seperti minggu permainan tradisional di peringkat sekolah

23

KEPENTINGAN PERMAINAN

TRADISIONAL 01. Merupakan kebanggaan aset budaya

negara kita Permainan tradisional ini merupakan ciptaan nenek moyang kita yang melambangkan kebudayaan kita. Istilah permainan tradisional tidak sama dengan permainan berteknologi atau dalam talian. Alat permainan tradisional ialah budaya yang unik dan terunggul. Contohnya, batu seremban dan juga galah panjang.

02. Menjadi salah satu tarikan dalam sektor pelancongan Selain melihat pemandangan alam semula jadi dan menikmati makanan yang enak dan unik di Malaysia, pelancong pasti mahu menghayati serta melihat budaya rakyat Malaysia yang berwarna-warni. Oleh itu, permainan tradisional ini dapat menarik minat pelancong luar untuk melancong ke negara kita..

03. Dapat mengeratkan hubungan rakyat Malaysia yang berbilang kaum Rakyat Malaysia dapat bermain bersama secara beramai-ramai. Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan pertandingan congkak dan galah panjang. Dengan menganjurkan pertandingan ini, murid-murid tanpa mengira agama dan bangsa dapat mengeratkan hubungan mereka dan budaya ini dapat dihayati oleh generasi muda.

CARA-CARA MENGEKALKAN PERMAINAN

TRADISIONAL DALAM TRADISI

MASYARAKAT MALAYSIA Dalam mendepani era pascakemerdekaan dan pascaglobalisasi yang serba-serbi mencabar akal serta minda kita telah menunjukkan bahawa permainan tradisional semakin pudar dalam bayangan generasi muda pada hari ni. Oleh hal yang demikian, setiap rakyat di negara kita haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan permainan tradisional ini tidak pupus antara generasi. Ibu bapa merupakan pemboleh ubah bergerak balas yang berperanan dalam mengekalkan permainan tradisional dimana mereka boleh memperkenalkan dan bermain permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan sebagainya bersama anak-anak mereka. Selain itu, pihak sekolah seharusnya mewujudkan permainan tradisional seperti konda kondi dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Dengan adanya aktiviti kokurikulum di sekolah ini dapat memupuk semangat mereka untuk mengekalkan permainan tradisional di samping meluangkan masa bermain permainan tersebut bersama rakan di sekolah.

24

Seterusnya, pihak kerajaan juga tidak terkecuali dalam mengekalkan permainan tradisional ini. Pihak kerajaan boleh memperuntukkan perbelanjaan negara untuk menaikkan kualiti permainan tradisional dan membina serta menaiktaraf kemudahan pusat permainan tradisional. Akhir sekali, kementerian kesenian, kebudayaan dan warisan boleh melaksanakan beberapa festival permainan tradisional dengan menyediakan pelbagai persembahan, aktiviti dan pertandingan di peringkat negeri atau kebangsaan. Pihak kementerian juga boleh menyediakan sijil penghargaan dan cenderahati kepada peserta yang menyertai festival tersebut.

KESIMPULAN

CARA-CARA MENGEKALKAN PERMAINAN

TRADISIONAL DALAM TRADISI

MASYARAKAT MALAYSIA

Kesimpulannya, jelaslah bahawa dari semua permainan tradisional ini, kita dapat memperoleh banyak ilmu pengetahuan mengenai permainan yang dimainkan oleh orang-orang terdahulu yang dapat kita hargai untuk dijadikan sebagai khazanah negara yang perlu kita jaga dan pertahankannya. Hal ini supaya generasi muda yang akan datang dapat merasai kenikmatan dan keseronokan bermain permainan tradisional ini. Ini akan menjadikan bangsa yang ada di negara kita akan dipandang tinggi oleh rakyat dari negara lain kerana sikap mereka yang sanggup menjaga budaya yang telah lama ada di negara mereka sendiri dan masih lagi kekal sejak dari zaman dahulu lagi. Akhir kata, permainan tradisional dapat menjadikan negara kita kaya dengan pelbagai jenis budaya yang unik dengan bangsa, agama, dan rakyatnya yang pelbagai. Oleh itu, semua rakyat Malaysia perlulah mengambil langkah untuk mencegah permainan tradisional daripada hilang ditelan zaman.

25

BIBLIOGRAFI Wikipedia contributors. (2021, September 30). Konda kondi. Wikipedia Bahasa Melayu, Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Konda_kondi Konda-Kondi.

(n.d.).

https://cikguimah-

lamborian.blogspot.com/2012/11/konda-kondi.html Konda-Kondi. (n.d.-b). PERMAINAN TRADISIONALSabak Bernam, Selangor. http://adamaswat.weebly.com/konda-kondi.html Malik (2011). Permainan Tradisional Masyarakat Melayu (Konda-Kondi). https://akumauberjaya.blogspot.com/2011/06/permainan-tradisional-masyarakatmelayu.html Syed Mahadzir (2009). Permainan Tradisional Rakyat, Siri Khazanah Budaya.ms. 40-44. Jasiman Ahmad (20040. Permainan Daerah, Siri Permainan Tradisional.ms 18. Jihaaarosman, Permainan tradisional melayu, https://anyflip.com/msexm/eelh/basic (16 Januari 2021). Applegreen, Permainan congkak, http://bicarasenivisual.blogspot.com/2014/09/permainan-congkak.html

(3

Ogos 2014). Itutor, I. (2022, July 18). Cara-Cara Mempopularkan Permainan Tradisional. Ipendidikan.my

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-

tradisional.html#:~:text=Ibu%20atau%20bapa%20boleh%20menghadiahkan,ya ng%20dimiliki%20oleh%20masyarakat%20kita. Admin, A. (2022, February 10). Karangan Langkah Mempopularkan Permainan tradisional. Cikgu Farha. https://cikgufarha.com/langkah-mempopularkanpermainan-tradisional/ Jihaaarosman, Permainan tradisional melayu, https://anyflip.com/msexm/eelh/basic (16 Januari 2021). Applegreen, Permainan congkak, http://bicarasenivisual.blogspot.com/2014/09/permainan-congkak.html

(3

Ogos 2014). Itutor, I. (2022, July 18). Cara-Cara Mempopularkan Permainan Tradisional. Ipendidikan.my

https://www.ipendidikan.my/mempopularkan-permainan-

tradisional.html#:~:text=Ibu%20atau%20bapa%20boleh%20menghadiahkan,ya ng%20dimiliki%20oleh%20masyarakat%20kita. groupdon,

&

Profile,

V.

M.

C.

(n.d.).

Galah

Panjang.

https://tradisionalsports.blogspot.com/2014/05/galah-panjang.htm Galah

panjang.

Retrieved

(2021,

September

13:21,

27).

November

Wikipedia,

Ensiklopedia

13,

2022

Bebas. from

https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Galah_panjang&oldid=5311458 Nadz.my (2022). Senarai Permainan Tradisional Melayu Yang Popular Di Malaysia. Diperoleh daripada https://nadz.my/permainan-tradisional/ Farhanmohd92. Permainan tradisional. Diperoleh daripada http://farhanmohd92.blogspot.com/p/permainan-tradisional.html Telefon Buruk (2012, Julai 3). Permainan Tradisional (Teng-Teng). Diperoleh daripada http://farhanmohd92.blogspot.com/p/permainan-tradisional.html jahitbynadia(2014,april 25)mana-mana nadia diperoleh daripada http://mana-mananadia.blogspot.com/2014/04/jom-main-batuseremban.html Scribd,cik monmon-cara dan peraturan bermain batu seremban diperoleh daripada https://www.scribd.com/doc/138488901/Cara-Bermain-Dan-Peraturan-BatuSeremban-1# Bulan Bahasa 2008(2008 may)-Permainan tradisional diperoleh daripada https://bb2008chijsjc.wordpress.com/batu-seremban/

26

LAMPIRAN

27

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.