E-Modul Pembelajaran Asas NI Multisim Flipbook PDF

Satu alat bahan bantu mengajar dan panduan kepada pelajar yang ingin memahami dan menguasai secara asas langkah demi lan

55 downloads 99 Views 15MB Size

Recommend Stories


Propuesta didáctica: Ni amarillo, ni azul, ni gris, ni verde
Noticia: Escuela de reciclaje Durante el curso escolar 2011/12 se va a poner en marcha el proyecto educativo ESCUELA DE RECICLAJE dirigido a alumnos y

Ni Juicio, Ni Condena:
THE LATINO/LATINA ROUNDTABLE PROJECT of the Center for Lesbian and Gay Studies in Religion and Ministry Ni Juicio, Ni Condena: Leyendo de Nuevo los

Story Transcript

KOLEJ VOKASIONAL BATU PAHAT E-MODUL PEMBELAJARAN ASAS MULTISIM


PRAKATA Setinggi-tinggi pujian dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-nya, E-Modul asas NI Multisim bagi pelajar kurus elektronik Berjaya dibangunkan. E-Modul ini dibangunkan sebagai satu alat bahan bantu mengajar dan panduan kepada pelajar yang mengambil kursus dalam bidang elektronik dalam program Teknologi Elektronik yang ingin memahami dan menguasai secara asas langkah demi langkah bagaimana untuk menggunakan perisian Ni Multisim dengan lebih menarik dan memotivasikan minat pelajar untuk belajar perisian tersebut. Diharapkan E-modul asas NI Multisim ini dijadikan panduan kepada pelajar dalam melaksanakan pembelajaran khasnya untuk melakukan amali, seterusnya dapat meningkatkan penyertaan dan peluang kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran dengan menguasai dan memahami secara asas perisian tersebut. AHMAD HANIS BIN AZMAN PENULIS / GURU PELATIH FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL (FPTV) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


ISI KANDUNGAN BAB 1 PENGENALAN NI MULTISIM 1.1 APA ITU NI MULTISIM ? 2 1.2 SEJARAH PERISIAN NI MULTISIM 2 BAB 2 PERSEKITARAN MULTISIM 2.1 PENGENALAN KEPADA PERSEKITARAN NI MULTISIM 4 2.2 SIMBOL DALAM NI MULTISIM 6 LATIHAN PENGUKUHAN 11 BAB 3 KOMPONEN DAN LITAR 3.1 CARA UNTUK MENCARI KOMPONEN 13 3.2 CARA UNTUK MENUKAR ARAH KOMPONEN 15 3.3 CARA UNTUK MELAKUKAN PENYAMBUNGAN LITAR 15 3.4 CARA UNTUK MENUKAR LABEL DAN NILAI KOMPONEN 17 LATIHAN PENGUKUHAN 18 BAB 4 INSTRUMENT ASAS DALAM NI MULTISIM 4.1 CARA MENGGUNAKAN VOLTMETER DAN AMMETER 20 4.2 CARA MENGGUNAKAN MULTIMETER DALAM LITAR 22 4.3 CARA MENGGUNAKAN FUNGSI PENJANA DAN OSILOSKOP 25 4.4 CARA MENGANALISIS LITAR MENGGUNAKAN OSILOSKOP 29 LATIHAN PENGUKUHAN 32 BAB 5 LITAR DIGITAL 5.1 CARA MELUKIS LITAR DIGITAL 34 LATIHAN PENGUKUHAN 38


1


1.1 Pengenalan NI Multisim Perisian Multisim ialah perisian yang dibangunkan oleh syarikat National Instruments yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat. Terlibat dalam bidang penghasilan komponen elektronik. Dengan perisian ini kita boleh memodelkan sifat parameter litar analog dan digital. Kebolehan yang disediakan Perisian ini boleh memodelkan pelbagai jenis reka bentuk litar dengan pelbagai komponen yang mungkin, dengan kelengkapan beberapa komponen yang kita boleh mencipta gabungan reka bentuk litar yang hampir tidak terhad. Multisim ialah perisian yang menarik untuk menyokong dan boleh membantu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan yang berkaitan dengan elektrik dan elektronik. Menggunakan Multisim dalam pengajaran yang melibatkan amali dapat memberikan proses pembelajaran yang berkesan. Simulasi ini adalah pakej simulasi litar interaktif yang membolehkan pelajar untuk melihat litar mereka dalam bentuk skema sementara digunakan untuk mengukur parameter litar yang berbeza. Kelebihan daripada perisian ini terletak pada kesederhanaannya. Hanya dengan beberapa langkah, litar boleh terus dilakukan dan digunakan. Di samping itu, dengan aplikasi ini pengguna boleh membuat pelbagai jenis litar elektrik dan kemudian mengukur parameter yang akan diukur seperti semasa melakukan praktikal sebenar dalam makmal. 1.2 Sejarah Perisian NI Multisim Multisim pada asalnya dipanggil Electronics Workbench dan dicipta oleh sebuah syarikat bernama Interactive Image Technologies. Pada masa itu ia digunakan terutamanya sebagai alat pendidikan untuk mengajar juruteknik elektronik dan program kejuruteraan elektronik di kolej dan universiti. National Instruments telah mengekalkan warisan pendidikan ini, dengan versi Multisim khusus dengan ciri yang dibangunkan untuk pengajaran elektronik. Pada tahun 1999, Multisim telah disepadukan dengan Ultiboard selepas syarikat asal bergabung dengan Ultimate Technology, sebuah syarikat perisian susun atur PCB. Pada tahun 2005, Interactive Image Technologies telah diperoleh oleh National Instruments Electronics Workbench Group dan Multisim telah dinamakan semula kepada NI Multisim. 12


3


Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat : I. Mengenal pasti fungsi pada persekitaran panel hadapan NI Multisim. II. Mengenal pasti kegunaan simbol yang ada pada NI Multisim. 2.1 Pengenalan kepada persekitaran multisim Paparan berikut menunjukkan persekitaran pada muka hadapan perisian NI Multisim. Penandaan nombor 1 hingga 10 pada rajah berikut menunjukkan ikon penting dalam persekitaran NI Multisim. Berikut merupakan penerangan setiap ikon tersebut 1. Design Toolbox : Digunakan untuk menguruskan pelbagai elemen dalam skema. Tab ini membolehkan anda memilih lapisan yang hendak dipaparkan pada helaian semasa pada ruang kerja. 2. Component Toolbar : mengandungi butang yang dikehendaki untuk memilih komponen daripada pangkalan data multisim. 3. Standard Toolbar : Mengandungi butang arahan asas seperti menyimpan fail, membuka fail, mencetak, menyalin dan menampal fail. 4. Menu Bar : Boleh menggunakan semua fungsi melalui menu ini seperti untuk mencari komponen. 1 2 3 4 4


5. Simulation Toolbar : Mengandungi kekunci fungsi untuk menjalankan, menghentikan dan beberapa fungsi untuk simulasi simulasi. 6. Circuit Window / workspace : Kawasan anda untuk mereka bentuk litar. 7. View Toolbar : Mengandungi butang untuk mengubah suai pada paparan sama ada boleh zoom keluar atau ke dalam. 8. Simulation Switch : digunakan juga sebagai kekunci fungsi untuk menjalankan, menghentikan dan beberapa fungsi untuk simulasi simulasi. 9. Instrument Toolbar : Mengandungi butang untuk pelbagai instrumen yang digunakan untuk menganalisis. 10.Scroll up-down : Membantu melihat lapisan jika reka bentuk yang anda buat adalah besar. 11.Active Circuit Lab : Indikator rangkaian yang sedah anda kerjakan dalam ruang kerja. 7 5 8 6 9 11 10 5


2.2 Fungsi setiap simbol pada NI Multisim Simbol Nama Fungsi New button Digunakan untuk membuka lembaran kerja baru. Open button Digunakan untuk membuka fail yang telah ada. Save button Digunakan untuk menyimpan lembaran kerja yang sedang aktif. Cut button Digunakan untuk memadam komponen yang dipilih dan kemudian diletakkan di tempat lain dalam lembaran kerja. Copy button Digunakan untuk menyalin komponen yang dipilih dan kemudian meletakkannya di tempat lain dalam lembaran kerja. Paste button Digunakan untuk memasukkan komponen / tulis ke tempat kursor yang ditentukan. Print button Digunakan untuk mencetak lembaran kerja yang sedang aktif. Increase zoom button Digunakan untuk memperbesarkan ruang kerja. Decrease zoom button Digunakan untuk memperkecilkan ruang kerja. Zoom 100% button Digunakan untuk menunjukkan saiz skrin yang sebenarnya. Fit to Page button Digunakan untuk melaraskan helaian berfungsi dengan saiz skrin yang digunakan. Toggle project bar button Digunakan untuk menggantikan projek yang sedang dijalankan. Toggle spreadsheet View button Digunakan untuk menggantikan lembaran kerja yang sedang aktif dengan lembaran kerja lain. 6


Simbol Nama Fungsi Data Base management button Digunakan untuk memperkenalkan kotak dialog pengurusan pangkalan data. Create component button Digunakan untuk menjalankan create component wizard. Run/stop simulation button Digunakan untuk menjalankan atau menghentikan simulasi litar pada helaian kerja aktif. Show graph button Digunakan untuk memaparkan grafik. Analyses button Digunakan untuk memaparkan senarai jenis analisis litar yang ada. Postprocessor button Digunakan untuk memaparkan kotak dialog tentang Postprocessor. Electrical Rules Checking button Digunakan untuk menentukan peraturan pendawaian yang digunakan dalam litar. Back Annotate button Digunakan untuk kembali ke langkah sebelum ini. Forward Annotate button Digunakan untuk langkah seterusnya. In use list Digunakan untuk memaparkan senarai komponen litar yang digunakan. Help button Digunakan untuk memaparkan menu bantuan. Source button Digunakan untuk memilih sumber komponen. Basic button Digunakan untuk memilih komponen asas. Diode button Digunakan untuk memilih komponen diod. 7


Simbol Nama Fungsi Transistor button Digunakan untuk memilih komponen transistor. Analog button Digunakan untuk memilih komponen analog. TTL button Digunakan untuk memilih komponen TTL (transistor-transistor logic). CMOS button Digunakan untuk memilih komponen CMOS. Miscellaneous Digital button Digunakan untuk memilih komponen Miscellaneous Digital. Mixed button Digunakan untuk memilih komponen campuran. Indicator button Digunakan untuk memilih komponen penunjuk. Miscellaneous button Digunakan untuk memilih komponen Miscellaneous. RF button Digunakan untuk memilih komponen RF. Electromechanical button Digunakan untuk memilih komponen Electromechanical. EDAparts.com button Digunakan untuk menghubungkan secara langsung ke alamat website eda.parts.com. Place Hierarchical Block button Digunakan untuk membuka fail untuk dimuat turun bersatu menjadi blok secara hierarki. Place Bus button Digunakan untuk meletakkan laluan pada helaian kerja. Place text button Digunakan untuk menulis teks pada helaian kerja. Line button Digunakan untuk melukis garisan pada lembaran kerja. 8


Simbol Nama Fungsi Multiline button Digunakan untuk melukis berbilang garisan sekali gus pada lembaran kerja. Rectangle button Digunakan untuk menerangkan kotak pada lembaran kerja. Ellipse button Digunakan untuk menggambarkan elips pada lembaran kerja. Arc button Digunakan untuk menerangkan bentuk garisan tidak sekata pada lembaran kerja. Polygon button Digunakan untuk menerangkan garis poligon. Picture button Digunakan untuk meletakkan imej pada lembaran kerja. Multimeter button Digunakan untuk meletakkan multimeter lembaran kerja. fungsi penjana Button Digunakan untuk meletakkan function generator pada lembaran kerja. Wattmeter button Digunakan untuk meletakkan wattmeter lembaran kerja. osiloskop button Digunakan untuk meletakkan osiloskop pada lembaran kerja. Four Channel osiloskop button Digunakan untuk meletakkan four channel osiloskop pada lembaran kerja. Bode Plotter button Digunakan untuk meletakkan bode plotter pada lembar kerja. Frequency Counter button Digunakan untuk meletakkan frequency counter pada lembaran kerja. Word Generator button Digunakan untuk meletakkan word generator pada lembaran kerja. 9


Simbol Nama Fungsi Logic Analyzer button Digunakan untuk meletakkan logic analyser pada lembar kerja. IV-Analysis button Digunakkan untuk meletakkan IV analyzer pada lembaran kerja. Logic Converter button Digunakan untuk meletakkan logic converter pada lembar kerja. Distortion Analyzer button Digunakan untuk meletakkan distrortion analyzer pada lembar kerja. Spectrum Analyzer button Digunakan untuk meletakkan spectrum analyzer pada lembar kerja. Network Analyzer button Digunakan untuk meletakkan network analyzer pada lembar kerja. Agilent fungsi penjana button Digunakan untuk meletakkan agilent fungsi penjana pada lembar kerja. Agilent Multimeter button Digunakan untuk meletakkan agilent multimeter pada lembar kerja. Agilent osiloskop button Digunakan untuk meletakkan agilent osiloskop pada lembar kerja. Dynamic Measurement Probe button Digunakan sebagai probe yang diwakili dengan penunjuk tetikus untuk mengukur voltan dan kekerapan dalam litar. 10


Padankan simbol dengan nama yang betul. Latihan Pengukuhan Save button Place text button Spectrum Analyzer button Postprocessor button Polygon Button fungsi penjana Button 11


12


Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat : I. Mengetahui cara untuk mencari komponen. II. Memahami cara untuk menukar arah komponen. III. Mengetahui cara untuk melakukan penyambungan litar. IV. Mengetahui cara untuk menukar label dan nilai komponen. 3.1 Cara untuk mencari komponen. • Dalam bahagian ini, akan dibincangkan cara untuk meletakkan komponen dengan menggunakan Component Toolbar. • Klik Place Source pada Component Toolbar. Kemudian pilih Komponen yang diperlukan. • Pada Select A Component, paparan komponen seperti diod, perintang dan juga alat bekalan kuasa akan dipaparkan. • Komponen juga boleh dicari pada ruangan Search. 13


• Selepas klik OK, DC_POWER yang dipilih tadi akan dipaparkan pada ruang kerja. • Komponen hanya boleh diletakkan didalam ruang kerja sahaja. • Ini adalah contoh komponen yang telah dicari dan kemudian diletakkan ke dalam ruang kerja. • Anda boleh terus menyusun komponen mengikut kesesuaian yang anda inginkan bagi memudahkan untuk melakukan penyambungan. • Sebagai contoh, untuk mencari bekalan arus terus, tukar sahaja group kepada source, kemudian pilih POWER_SOURCES dan pilih DC_POWER. • Paparan komponen akan keluar pada ruangan Symbol. • Klik pada OK untuk meletakkan ke ruangan kerja. 14


3.2 Cara untuk menukar arah komponen. 3.3 Cara untuk melakukan penyambungan litar • Selepas anda klik pada Rotate 90 clockwise, komponen akan automatik berubah arah mengikut lawan jam. • Mengubah komponen mengikut kesesuaian litar dapat memudahkan penyambugan litar yang akan dilakukan. • Cari dahulu komponen yang diperlukan seperti pada rajah di sebelah. • Sebelum melakukan penyambungan litar, anda perlu menyusun litar mengikut kesesuaian ataupun polariti. • Rajah disebelah kanan adalah contoh dimana komponen telah disusun sebelum melakukan penyambungan. • Untuk menukar arah komponen, anda cuma klik kanan pada tetikus, kemudian paparan tetingkap seperti rajah sebelah akan keluar . Sebagai contoh, pilih Rotate 90 Clockwise. • Anda boleh memilih untuk mengubah arah komponen samada mengikut arah jam ataupun melawan arah jam. 15


• Sebagai contoh ingin melakukan penyambungan daripada V1 ke R1, hanya klik pada hujung atas pada V1 kemudian seret tetikus sehingga bersambung dengan R1. • Ini adalah contoh penyambungan yang lengkap siap dilakukan bagi sesebuah litar • Apabila penyambungan berjaya dilakukan, wayar akan berubah kepada warna merah. • Untuk memulakan penyambungan, anda boleh klik pada hujung komponen untuk menarik wayar. • Anda boleh menggunakan keduadua hujung bahagian komponen seperti dibulatkan untuk membuat penyambungan. 16


3.4 Cara untuk menukar label dan nilai komponen. • Untuk menukar nilai pada komponen pula, klik sahaja pada value kemudian tukar nilai komponen pada Resistance. • Apabila penukaran nilai dan label sudah dilakukan, klik sahaja OK dan nilai serta label ditukar secara automatik. Ini adalah contoh litar yang sudah ditukar label dan nilai pada perintang. • Untuk menukar label pada komponen, pergi kepada komponen yang ingin diubah kemudian klik pada tetikus sebanyak dua kali dan kemudian akan keluar tetapan (setting) untuk komponen tersebut. • Klik sahaja pada bahagian label kemudian tukar nama komponen pada bahagian RefDef. Untuk melihat video penerangan, anda boleh imbas disini. 17


Lukiskan litar dibawah dengan menggunakan NI Multisim. Latihan Pengukuhan 18


19


Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat : I. Mahir dalam menggunakan Ammeter. II. Mahir dalam menggunakan Voltmeter. III. Memahami cara penggunaan penjana fungsi dan osiloskop. IV. Memahami cara penggunaan osiloskop dalam litar. 4.1 Cara menggunakan Voltmeter dan Ammeter dalam litar. • Untuk menggunakan Ammeter dan Voltmeter, anda memerlukan satu litar. • Lukis dahulu litar seperti rajah disebelah. • Litar yang kita gunakan mempunyai dua perintang yang akan dianalisis menggunakan Ammeter dan Voltmeter. • Cari dahulu Ammeter pada bahagian komponen dan pilih AMMETER_H. • AMMETER_H bermaksud horizontal dimana polariti nya mendatar. • AMMETER_V pula bermaksud vertical dimana polariti nya menegak. 20


• Rajah di sebelah kanan, menunjukkan Ammeter telah disambungkan ke dalam litar. • Apabila punat Run telah ditekan, Ammeter akan mengeluarkan nilai 9.925 mA. • Untuk mendapat nilai voltan pula, anda perlu mencari voltmeter, kemudian pilih VOLTMETER_H. • VOLTMETER_H bermaksud horizontal dimana polariti nya mendatar. • VOLTMETER_V pula bermaksud vertical dimana polariti nya menegak. • Untuk menggunakan mengukur arus dalam litar, Ammeter perlulah disambung secara sesiri. • Kita perlu membuat penyambungan baharu untuk meletak Ammeter ke dalam litar. 21 Bacaan arus Run


4.2 Cara menggunakan Multimeter dalam litar • Selepas membuat penyambungan pada perintang, tekan sahaja butang Run untuk mendapatkan nilai voltan bagi RX. • Multimeter boleh didapati disebelah kanan panel utama Multisim iaitu pada Instrument Toolbar • Klik sahaja simbol Multimeter dan Multimeter akan keluar pada ruang kerja. • Bagi penyambungan Voltmeter pula perlulah disambung secara selari dengan perintang seperti pada rajah sebelah. • Tarik sahaja penyambungan wayar ke perintang mengikut polariti. 22 Run


• Untuk set kan Multimeter ini untuk menukur nilai voltan, klik dua kali pada Multimeter dan ia akan menegluarkan tetapan. • Tekan butang V dan – bagi menetapkan Multimeter untuk mengukur voltan Maksud setiap tetapan adalah seperti berikut : A = Untuk mengukur nilai arus V = Untuk mengukur nilai voltan Ω = Untuk mengukur nilai rintangan Db = Untuk mengukur nilai desibel ~ = Arus ulang alik - = Arus Terus • Selepas klik multimeter, kita perlu melakukan penyambungan pada litar seperti pada rajah sebelah. • Perlu diingatkan untuk mendapat nilai voltan, Multimeter perlulah disambungkan secara selari dengan perintang. 23


• Bagi mendapat nilai arus pula, sambungkan Multimeter ke dalam litar seperti sambungan Ammeter. • Pilih A untuk menetapkan Multimeter mengukur arus. • Tekan butang Run untuk mendapatkan nilai arus. • Untuk mendapatkan nilai voltan pada perintang, klik sahaja butang Run, dan nilai voltan akan keluar pada tetapan Multimeter. • Ini adalah gambaran penuh litar apabila kita menggunakan Ammeter, Voltmeter dan Multimeter untuk mengukur nilai arus dan voltan. Untuk melihat video penerangan berbentuk video, anda boleh imbas disini. 24


4.3 Cara menggunakan penjana fungsi dan osiloskop • Untuk mendapatkan penjana fungsi, cari sahaja pada Instrument Toolbar disebelah kanan pada panel hadapan Multisim • Klik dan seret fungsi penjana ke ruang kerja. • Setelah tempatkan fungsi penjana kedalam ruang kerja, klik dua kali untuk mengeluarkan tetapan untuk melihat jenis masukan yang ada pada fungsi penjana. • Fungsi penjana mempunyai tiga terminal iaitu, terminal positif, terminal negatif dan terminal common Gelombang sinus Gelombang segi tiga Gelombang segi empat 25


• Untuk membentuk gelombang keluaran, kita memerlukan osiloskop. • Osiloskop juga berada di Instrument Toolbar disebelah kanan pada panel hadapan Multisim. • Ini adalah simbol osiloskop apabila kita meletakkan ke ruang kerja. • Terdapat dua channel bagi osiloskop iaitu A dan B. • Klik dua kali pada osiloskop, paparan skrin seperti di atas akan dipaparkan. Paparan ini menunjukkan gelombang yang akan dianalisis. 26


• Sambungkan fungsi penjana kepada osiloskop seperti rajah disebelah untuk melihat gelombang masukan. • Terminal positif akan disambung pada positif channel / saluran A, terminal common akan bersambung dengan negatif channel / saluran A • Setkan tetapan masukan fungsi penjana kepada nilai yang sesuai untuk menganalisis gelombang pada osiloskop. • Tekan butang Run untuk menganalisis gelombang. • Gelombang akan keluar pada skrin osiloskop. 27


• Ini adalah contoh gelombang yang keluar pada skrin osiloskop selepas kita setkan pada tetapan masuka penjana fungsi. • Untuk mendapatkan bentuk gelombang yang lain, kita boleh menukar nilai pada frequency, Amplitude dan juga Offset. • Untuk menukar bentuk gelombang, boleh sahaja menekan butang gelombang bentuk tiga segi dan gelombang persegi pada fungsi penjana • Rajah diatas adalah contoh gelombang yang disetkan frequency : 50Hz, Amplitude : 5 dan berbentuk gelombang tiga segi 28


akan disambungkan sebelum perintang dan terminal – disambungkan ke laluan ground • Penyambungan – (negatif) secara berasingan kepada ground juga boleh dilakukan untuk mengurangkan penyambungan kepada litar 29


• Klik pada osiloskop dua kali dan skrin akan terpapar seperti rajah diatas. • Tekan butang Run untuk melihat gelombang keluaran. • Tukar nilai pada Timebase Scale dan Channel A scale untuk mendapatkan bentuk gelombang yang lebih baik. • Tekan butang Run untuk melihat keputusan gelombang keluaran. 30


• 10 ms/Div bermaksud skala mendatar bagi satu kotak, jadi dengan menukar Timebase akan menukar skala masa bagi satu kotak • 10 V/Div bermaksud skala menegak bagi satu kotak, jadi 100V bersamaan dengan skala menegak bagi satu kotak. Untuk melihat penerangan berbentuk video, anda boleh imbas disini 31


1. Berapakah nilai arus bagi R1 dan voltan bagi R3 mengunakan Ammeter dan Voltmeter 2. Berapakah nilai arus pada R1 dan nilai voltan pada R3 menggunakan Multimeter Latihan Pengukuhan Jawapan : Jawapan : 32


33


Objektif pembelajaran : Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat : I. Mengetahui bagaimana untuk mencari komponen berkaitan dengan litar digital. II. Mengetahui cara penyambungan litar digital III. Mengetahui fungsi yang ada pada litar digital. 5.1 Cara untuk melukis litar digital. • Sebelum melakukan penyambungan litar digital, cari komponen logic gate yang asas di Miscellaneous Digital Button. • Untuk menunjukkan keluaran bagi masukan, litar digital memerlukan Probe. • Probe diperlukan untuk menunjukkan sama ada nombor binari dapat mengeluarkan keluaran. 34


• Selepas kesemua komponen telah didapati, sambungkan antara masukan kepada logic gate dan keluaran seperti rajah sebelah. • Litar ini menggunakan tiga masukan dengan satu OR Gate dan satu AND Gate. • Tukar label pada setiap masukan untuk lebih mudah dirujuk ketika menukar nombor binari seperti rajah atas kanan. • Nilai Key juga boleh ditukar mengikut label supaya apabila tekan Key mengikut label, masukan boleh ditukar satu-persatu. • Untuk menukar nilai masukan litar digital, litar memerlukan Interactive Digital Constant. • Interacitve Digital Constant digunakan untuk menukar masukan sama ada 0 ke 1 atau 1 ke 0. 35


• Untuk menukar nilai pada Interactive Digital Contstant, hanya tekan pada papan kekunci yang telah di setkan bagi menukar nilai 0 ke 1 atau 1 ke 0 • Sebagai contoh pada rajah sebelah, nilai masukan 101. • Ini adalah contoh jika kita menekan papan kekunci mengikut label dan nilai akan tukar kepada 010. • Jika salah tekan papan kekunci mengikut label, Interactive Digital Constant tidak akan dapat menukar nilai. • Dengan merujuk pada truth table, masukkan nilai masukan pada Interactive Digital Constant untuk melihat keluaran pada Probe. 36


• Apabila kita letak nilai 011 pada masukan, Probe akan menyala kerana rujuk daripada Truth Table, nilai masukan 011 keluaran 1. • Secara keseluruhan litar digital dalam berfungsi dengan baik apabila kita dapat melihat Probe menyala. • Untuk melihat keluaran litar digital, perlu menekan butang Run dahulu. • Apabila nilai masukan 001 pada Interactive Digital Circuit dimasukkan, Probe tidak menyala kerana keluaran bagi nilai 001 ialah 0. 37 Untuk melihat video penerangan, anda boleh imbas disini.


Lukiskan litar digital dibawah dan dapatkan nilai keluaran bagi setiap masukan. Latihan Pengukuhan Masukan Keluaran 000 001 010 011 100 101 110 111 38


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.