EBOOK STKI (GROUP 4) Flipbook PDF

EBOOK STKI (GROUP 4)

7 downloads 102 Views 469KB Size

Recommend Stories


Get Instant Access to ebook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF. ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF
Get Instant Access to eBook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF MAGIA CON VELAS PDF - Are y

Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site
Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site >-- Click Here to Download Como Superar Conflictos De Pareja Now --< >-- Click H

Story Transcript

-MPU23052-

SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

DNA KUMPULAN 4 : MUHAMMAD AMSYAR MUKHTAR BIN OTHMAN (23DLH21F2033) MUHAMMAD FAKRI BIN AZME (23DLH21F2016) HAFIY HIJAZI BIN CHE HASMAHADI (23DLH21F2012) HISHAM DANIAL BIN MOHD HASAN (23DLH21F2027)

DNA • Telah menjadi syariat dalam Islam bahawa keturunan umat manusia wajib dipelihara bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia. Sekiranya keturunan manusia tidak dijaga menurut hukum-hakam yang telah pun disediakan oleh agama, ia boleh menyebabkan ketidaktentuan terhadap susur galur atau salasilah keturunan manusia. Keturunan manusia juga perlu dijaga kerana terdapat hakhak agama yang perlu dilindungi dan dipertahankan.

KAEDAH • Kaedah utama dalam memelihara keturunan adalah dengan menyediakan rukun dan syarat tertentu dalam pernikahan menurut syariah. Perkahwinan itu sendiri amat digalakkan oleh Islam yang pada masa yang sama mengharamkan perzinaan atau bersekedudukan. Syariat Islam juga menyediakan kaedah li’an dan hukuman qazaf demi memastikan setiap individu Muslim mempunyai susur galur keturunan yang jelas.

KONSEP Keturunan yang jelas merujuk kepada konsep nasab yang ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia yang disandarkan kepada bapa dan datuk. Dalam bidang fiqah, perbincangan berkaitan dengan nasab boleh ditemui dalam bab pensabitan nasab; bab pernikahan; bab penceraian dan juga bab yang berkaitan dengan anak terdampar (al-laqit). Penentuan nasab akan memberi implikasi terhadap perwalian, perwarisan, pergaulan, nafkah dan perkahwinan. Perkara ini telah pun ditegaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam Surah al-Ahzaab ayat lima yang antaranya bermaksud, “Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan berbinkan bapa-bapa mereka sendiri, cara itulah yang lebih adil di sisi Allah…” Sementara dalam ayat enam surah yang sama Allah SWT berfirman dengan maksudnya, “…Dan orang yang mempunyai pertalian darah, sebahagiannya lebih berhak (mewarisi) akan sebahagiannya yang lain menurut Kitab Allah….”

KISAH TAULADAN •

Pada zaman Baginda Rasulullah SAW, terdapat satu isu yang ditimbulkan oleh seorang lelaki yang mengadu bahawa isterinya telah melahirkan bayi berkulit gelap sedangkan dia dan isterinya sama-sama dalam kalangan bangsa Arab yang berkulit lebih cerah. Keadaan ini telah menimbulkan kemusykilan terhadap kesahtarafan anak serta nasab bayi tersebut. Bagi menyelesaikan kekeliruan dan kemusykilan yang dihadapi oleh lelaki berkenaan, Baginda Rasulullah SAW bertanyakan beliau sama ada beliau ada membela unta, dan pertanyaan Baginda telah diiyakan oleh lelaki tersebut. Oleh sebab lelaki dalam kisah ini seorang yang membela unta maka Rasulullah mengemukakan soalan-soalan tertentu sehinggalah menghasilkan satu perbincangan yang mengarah kepada satu rumusan yang amat bernas. Dalam perbincangan tersebut warna unta dan kaitannya dengan susur galur keturunan unta boleh dijadikan sebagai analogi kepada isu yang dihadapinya itu. Akhirnya lelaki Arab tersebut berpuas hati kerana menemui rumusan bahawa anak yang dilahirkan oleh isterinya itu mempunyai warna kulit yang berbeza dengannya atau isterinya kerana dia mewarisi warna kulit nenek moyangnya.



Kisah dalam Hadis ini secara langsung telah menyentuh perkara dalam bidang genetik berkaitan dengan pensabitan nasab. Sehubungan dengan perkara ini al-Quran juga contohnya melalui Surah al-Mukminun ayat 14 telah memperlihatkan proses evolusi yang berlaku, iaitu pembentukan janin di dalam rahim ibu dan ia boleh dihuraikan secara saintifik.

PERSEPAKATAN ULAMA • Dalam hal penentuan nasab ini para ulama bersepakat bahawa beberapa mekanisme boleh digunakan untuk tujuan tersebut, iaitu pengakuan, penyaksian dan doktrin al-walad lil firash. Secara literal, doktrin al-walad lil firash merujuk kepada bayi yang dilahirkan (di atas tilam) itu adalah milik kepada empunya tilam, yang membawa maksud bahawa seseorang anak yang dilahirkan dalam ikatan sesebuah perkahwinan dianggap sebagai anak yang sah taraf dan dinasabkan kepada lelaki atau suami dalam perkahwinan tersebut.

THE END SEKIAN… TERIMA KASIH!

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.