eMajalah Kesepaduan Dan Defisit Sosial Flipbook PDF

Tajuk: KESEPADUAN DAN DEFISIT SOSIAL Ahli Kumpulan 8 (4 Umat Adam): 1. MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD SUKRI (09BVC22F3002) 2.

4 downloads 112 Views 9MB Size

Story Transcript

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Pengarang MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD SUKRI 09BVC22F3002 MUHAMMAD SYAHMIE BIN SHAHRUDDIN 09BVC22F3003 MUHAMMAD AMMAR DANISH BIN AMINORASHID 09BVC22F3015 MOHAMAD AKMAL ARIF BIN ZULKEFLI 09BVC22F3016 Pensyarah PUAN NAIMAH BINTI GHAZALI PUAN NORFARAHI BINTI ZULKIFLI


MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD SUKRI (09BVC22F3002) MUHAMMAD SYAHMIE BIN SHAHRUDDIN (09BVC22F3003) MUHAMMAD AMMAR DANISH BIN AMINORASHID (09BVC22F3015) MOHAMAD AKMAL ARIF BIN ZULKEFLI (09BVC22F3016) HAKCIPTA KUMPULAN 8 : 4 UMAT ADAM. Mana-mana bahagian dalam buku ini adalah hasil kajian dan dapatan daripada panel penulis. Segala penulisan dan paparan yang diterbitkan adalah bertujuan untuk pembelajaran semata-mata. MPU31042 Penghayatan Etika dan Peradaban SESI September 2022/2023 Politeknik Ibrahim Sultan KM10, Jalan Kong Kong, 81700 Pasir Gudang, Johor Pensyarah Ustazah Naimah Binti Ghazali, Pn Norfarahi Binti Zulkifli e-Majalah Pertama : November 2022


ISI KANDUNGAN i Kata-kata Aluan ii 1 Definisi Kesepaduan Sosial dan Defisit Sosial Punca Konflik Kesepaduan Sosial Di Malaysia Langkah Mewujudkan Kesepaduan Sosial Antara Kaum Di Malaysia Pandangan Tokoh Sumber & Data Defisit Sosial Faktor Berlakunya Defisit Sosial Langkah Mengatasi Defisit Sosial Kesimpulan Kuiz Rujukan 6 5 3 9 8 13 14 15 16 Pengenalan


KATA-KATA ALUAN Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, e-Majalah ini yang bertajuk Kesepaduan dan Defisit Sosial telah dapat dihasilkan. Penerbitan ini diharap dapat memperkasakan lagi hasil penyelidikan ilmiah dan memberi impak kepada pembangunan modal insan yang holistik. Penulisan ini adalah selaras dengan tugasan ketiga di bawah kursus MPU30142 Penghayatan Etika dan Peradaban untuk menghasilkan e-Majalah yang memberikan gambaran dan info yang baik. Penerbitan e-Majalah ini merupakan satu peluang yang baik sebagai mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Dalam Komunikasi Visual Dan Media Baharu Dengan Kepujian untuk membolehkan kami mengasah bakat dalam penghasilan bahan bacaan seperti ini. E-Majalah ini sesuai untuk dijadikan panduan dan bahan rujukan kepada masyarakat di Malaysia sebagai panduan pada setiap bab yang telah dinyatakan. Semoga penulisan ini dapat mencapai objektif dan memberi impak kepada semua lapisan masyarakat. Kami berdoa agar para pembaca mendapat ilmu yang bermanfaat serta dapat diamalkan seterusnya menjadi insan yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia. DANIAL SUKRI SYAHMIE SHAHRUDDIN AMMAR DANISH AMINORASHID AKMAL ARIF ZULKEFLI i ii


PENGENALAN Penulisan ini bertujuan bagi memahami konsep kesepaduan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia serta defisit sosial. Konsep ini perlu difahami agar kesejahteraan negara terjamin. Penyataan Masalah Tahukah anda majoriti masyarakat kurang jelas akan konsep kesepaduan sosial dan defisit sosial. Objektif Kajian Mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat terhadap kesepaduan dan defisit sosial. Mengenalpasti bahawa kesepaduan sosial dapat memelihara keamanan negara. Mengenalpasti sebab berlakunya defisit sosial serta cara untuk mengatasinya. i ii


DEFINISI KESEPADUAN & DEFISIT SOSIAL DEFISIT SOSIAL Defisit sosial ialah kekurangan dalam konteks sosial yang memerlukan usaha penyatupaduan berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan. Kekurangan ini disebabkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan kelompok yang berbeza bermula dengan individu, keluarga dan masyarakat. KITA melalui IPNas telah mengenalpasti Defisit Sosial ini yang diperoleh dari suara hati orang ramai melalui pertemuan dengan mereka. 1 2


KESEPADUAN SOSIAL Kesepaduan sosial adalah jalinan hubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing. Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin (2014) telah mengenengahkan konsep kesepaduan sosial sebagai formula penting bagi mengurus masyarakat majmuk berdasarkan kepada konsep dan ciri-ciri kesepaduan. Menurut beliau, kesepaduan sosial ialah suatu keadaan aman, stabil dan makmur sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik. Dengan pendekatan ini, ianya berupaya memajukan bangsa dengan adanya semangat kekitaan yang kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansur dan saling percaya sesama mereka. 1 2


Punca konflik kesepaduan sosial di Malaysia Kepelbagaian Etnik Salah satu daripada bentuk rintangan ke arah perpaduan kaum di Malaysia ini ialah rintangan mentaliti. Persepsi suatu kaum yang tidak tepat atau salah terhadap satu kaum yang lain boleh menjejaskan hubungan dan perpaduan antara kaum. Persepsi tidak tepat atau salah yang terbina di dalam minda dan jiwa satu kaum itu terhadap satu kaum yang lain akan diterjemahkan pula melalui tindakan atau tingkah laku. Kepelbagaian Agama Konflik tersebut akan timbul jika masyarakat saling tidak memahami maksud simbolik budaya dan adat resam sesuatu kaum itu. Masyarakat hanya sekadar mengetahui, tetapi tidak berusaha untuk memahami dengan lebih mendalam amalan budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia (Shaharuddin Badaruddin, Azman Ayob & Mazlan Che Soh, t.t). Kepelbagaian Budaya Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan dan pantang larang tersendiri yang berkait rapat dengan tradisi dan pegangan agama masing-masing. Setiap budaya ada perbezaan dan ciri-ciri yang tersendiri dan kadangkala bersifat kontradik antara satu masyarakat yang berbilang kaum, agama serta budaya, isu-isu sensitif yang timbul dalam masyarakat perlu ditangani dengan sewajarnya. Keadaan ini tidak wajar dibiarkan berlanjutan kerana dapat menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk (Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz, Mohamad Ainuddin Iskandar Lee, 2007). Sosioekonomi Menurut Chandra Muzaffar (2012) terdapat jurang pendapatan dan perbezaan gaya hidup antara masyarakat atasan dan bawahan dalam kelompok Bumiputra adalah lebih jelas sekarang berbanding 15 tahun yang lepas. Walaupun angka ketidakseimbangan pendapatan bagi satu kaum kini tidak mudah diperoleh. Pendekatan untuk memperbaiki ekonomi mengikut kaum tanpa mengambil kira kedudukan masyarakat dalam strata atas atau strata bawah, tidak boleh mengatasi masalah ekonomi masyarakat Bumiputera. Politik Marshelayanti Mohamad Razali dan Wan Asna Wan Mohd Nor (2020) turut menyatakan bahawa parti-parti politik di Malaysia pula cenderung mengikut etnik masing-masing. Sebagai contoh, United Malays National Organization (UMNO), Parti Islam Se-Malaya (PAS), Malayan Chinese Association (MCA), Democratic Action Party (DAP), 3 4


3 dan Malayan Indian Congress (MIC). Sebahagian besar orang Melayu menyokong UMNO dan PAS, kaum Cina menyokong MCA dan DAP, manakala kaum India menyokong MIC. Sokongan-sokongan ini datang daripada kumpulan etnik yang sama sejak partiparti politik tersebut ditubuhkan. Ini kerana antara tujuan awal parti tersebut dibentuk adalah untuk memperjuangkan kepentingan etnik masing-masing. Walaupun berbeza latar belakang dan budaya, kaum dan etnik yang berbeza ini masih boleh hidup aman damai dan dalam keadaan harmoni. Walau bagaimanapun, adalah sukar bagi kerajaan untuk mengekalkan kemakmuran ini sekiranya tiada kesepaduan di antara semua pihak. Dari aspek politik, Malaysia mengamalkan pilihan raya dalam keseluruhan sistem politiknya, dan ini merupakan antara ciri-ciri keunikan negara ini. Pendidikan Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan masyarakat perlu dititikberatkan kerana secara realitinya pelajar terdiri daripda masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya (Noraini, Mohd Aderi & Mohd Isa, 2014). Oleh sebab itu, sistem persekolahan di Malaysia terbahagi kepada tiga jenis aliran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) rendah dan menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT). Ketiga-tiga jenis sekolah ini menggunakan bahasa pengantar yang berbeza. SK menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, manakala SJKC dan SJKT menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil. Trend ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah telah menunjukkan satu pembahagian yang ketara. Majoriti ibu bapa Melayu menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan, manakala ibu bapa Cina dan India pula menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Alasan utama para ibu bapa ini adalah kerana faktor bahasa pengantar yang digunakan. Ibu bapa di kalangan kaum Cina dan India pula tidak menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan dengan alasan tidak mahu anak-anak mereka menjadi Melayu (kerana majoriti anak-anak Melayu bersekolah di Sekolah Kebangsaan) dan tidak lagi pandai menggunakan bahasa ibunda mereka (Shaharuddin Badaruddin, Azman Ayob & Mazlan Che Soh, t.t). 4


Langkah mewujudkan kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia Media Sosial Wadah Baharu Hubungan Etnik Rentas Sempadan Dalam menguruskan hubungan etnik, tidak dapat dinafikan peranan penting yang boleh dimainkan oleh media sosial kerana media ini boleh menjadi medium dalam menyebarkan maklumat tentang inisiatif kerajaan untuk menyatupadukan masyarakat. Dasar-dasar kerajaan dan strategi ke-arah pemupukan hubungan etnik boleh diuar-uarkan dalam media sosial. Pelayar media sosial boleh mendapatkan maklumat daripada laman sesawang kementerian, jabatan, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan sebagainya. Malahan bagi mendukung kesejahteraan dinamisme sektor pendidikan tinggi, pengaplikasian kaedah PdP dalam talian telah menjadi modus operandi utama penyampaian ilmu dalam kalangan pelajar universiti pelbagai bangsa (Irma Wani, O., Muhammad Safuan, Y., Hasbullah, A., dan Herlina, J., 2016b). Media Perfileman Sebagai Teladan Selain media sosial, media dalam bentuk perfileman juga begitu popular dan mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Media dalam bentuk perfileman dapat menyemai nilai-nilai perpaduan yang unik serta pengukuhan hubungan etnik masyarakat Malaysia menerusi teladan yang ditunjukkan sama ada menerusi jalan cerita sesebuah filem mahupun perwatakan watak-watak utama dan sampingan dalam filem berkenaan. Filem seperti Ola Bola mendapat sambutan hebat penonton sejak mula ditayangkan pada 28 Januari 2016 kerana filem ini diilhamkan daripada peristiwa sebenar dalam sukan bola sepak negara era 1980-an. Filem ini banyak memaparkan kerjasama dan nilai-nilai perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai etnik. Pengalaman Harian dan Jalinan Interaksi Sosial Dalam usaha mengukuhkan kesepaduan sosial, aspek amalan harian dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik ditandai oleh interaksi dan jalinan hubungan sosial yang saling berkait rapat dan bergantung antara satu sama lain. Interaksi dan jalinan hubungan sosial yang rentas etnik, agama dan budaya ini boleh berlaku di tempat kerja, di kawasan tempat tinggal dan ketika anggota masyarakat sama-sama terlibat dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan. Semakin luas peluang seseorang individu berinteraksi dengan etnik yang lain maka semakin bertambah ilmu dan pengalamannya tentang budaya dan anutan agama etniklain. Perkara ini sangat penting dalam menyuburkan nilai-nilai kerjasama dan toleransi antara etnik di samping kesedaran untuk memahami serta menghormati amalan budaya etniklain. Pengalaman harian dan interaksi yang meluas antara pelbagai etnik di negeri Sabah boleh dijadikan satu teladan yang baik oleh masyarakat Malaysia umumnya. Mengurus Bersama Semasa Musibah dan Bantuan Kemanusiaan Pandemik COVID-19 telah memberi kesan besar kepada masyarakat, merangkumi pelbagai aspek kehidupan termasuk ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak Mac 2020, dikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merubah gaya hidup masyarakat dengan ketara. Selain kesan kesihatan awam, pekerjaan, pembelajaran anak-anak dan perniagaan turut terkesan. Ada dalam kalangan anggota masyarakat yang kehilangan sumber pendapatan. Ketika inilah pelbagai pihak tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan tanpa mengira latar belakang masing-masing. Perkembangan ini menunjukkan masyarakat kita merupakan masyarakat yang prihatin, pemurah dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan (Badlishah Sham Baharin dan Mohammad Abdul Hamid, 2020). 5 6


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Pandangan tokoh tentang Kesepaduan Sosial 5 6


Pengurusan defisit sosial ialah asas penyatupaduan wilayah Sabah, Sarawak dengan Semenanjung dan rakyatpelbagai kaum di negara. Menurut Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, pelaksanaan usaha penyatupaduan memerlukan pembinaan tapak integrasi untuk setiap defisit sosial dan pelbagai isu yang terkandung dalamnya, tergantung pada keadaan empirikal. “Tapak integrasi ialah suatu ruang abstrak dan fizikal yang menemukan pelbagai pihak berkepentingan bersama mencari penyelesaian,” katanya. Prof Shamsul yang juga penasihat Perpaduan, Kementerian Perpaduan Negara Malaysia berkata demikian dalam pembentangan untuk Webinar bertajuk “Sejarah Penubuhan Malaysia: Satu Sorotan” 7 Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin Pandangan tokoh tentang Kesepaduan Sosial 8


SUMBER DAN DATA Pelan Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia 5530 – Rakyat telah hadir Kementerian J/K MKPN Media Massa Kajian Penyelidikan KITA 1859 – Rakyat telah hadir 6 Zon utama seluruh negara 129 – Pandangan NGO & Individu Pelan Tindakan Perpaduan Negara 7 8


FAKTOR BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL 01 ETNISITI 04 PENDIDIKAN 08 MEDIA 05 BAHASA 02 AGAMA 03 KELAS SOSIAL 07 POLITIK FERDERALISM 06 JURANG GENERASI 9 10


ETNISITI Satu kelompok manusia yang memunyai ikatan kubudayaan yang banyak persamaan seperti agama mahupun asal usulnya. Kumpulan etknik yang sama berkongsi ada, bahasa, pakaian, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. AGAMA Pihak yang menyebarkan kandungan sensitif 3R iaitu perkauman (race), agama (religion) dan institusi diraja (royalty). Isu ini boleh menimbulkan ketidakpuasan hati antara kaum dan agama FAKTOR BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL 9 10


BAHASA Semua kaum perlu menggunakan Bahasa Melayu. Hal ini kerana Bahasa Melayu adalah Bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga merupakan Bahasa yang mudah untuk di fahami. PENDIDIKAN Pendidikan ialah satu proses mengembangkan potensi individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi , rohani, intelek dan sosial. KELAS SOSIAL Seseorang atau kelompok manusia dalam masyarakat atau budaya. Biasanya kebanyakan masyarakat memiliki golongan sosial. Hal ini demikian, masyarakat seperti ini menghindari stratifikasi sosial FAKTOR BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL 11 12


MEDIA Menyebarkan berita-berita pals atau yang tidak sahih boleh menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat. POLITIK FEDERALISM Kerajaan tempatan dan federalisme merupakan konsep penting yang digunakan dalam perbincangan kajian ini. JURANG GENERASI Dalam usaha mencapai kejaayan dan kemajuan bersama, sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. FAKTOR BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL FAKTOR BERLAKUNYA DEFISIT SOSIAL 11 12


POLITIK Parti-parti politik seharusnya bekerjasama untuk membangunkan sebuah parti yang mempunyai setiap wakil dari berbilang bangsa di bawah satu organisasi yang bergerak selaras dengan prinsip negara iaitu perpaduan antara berbilang bangsa. BAHASA Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan yang digunakan di dalam Bahasa rasmi negara Malaysia. Seharusnya Bahasa Malaysia dijadikan sebagai Bahasa pengantaraan untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan kekeliruan antara bangsa Ketika dalam sebuah perbincangan. Hal ini, kerana jika penggunaan Bahasa yang berlainan digunakan boleh menyebabkan perbalahan di antara bangsa-bangsa dalam Malaysia secara halus. BUDAYA Semua rakyat Malaysia haruslah mempelajari serta mengetahui berkaitan adat dan budaya bangsa yang lain supaya tiada Tindakan atau kata-kata yang mengguris hati antara bangsa-bangsa yang lain. Hal ini, kerana tertanamnya sifat hormat menghormati antara budaya dan adat sesama bangsa. AGAMA Keharmonian dalam kepelbagaian bangsa menjadikan Malaysia sebagai negara contoh masyarakat antarabangsa di serata dunia. Kadangkala isu sensitive boleh menggugat keharmonian antara bangsa seperti perbezaan kesefahaman tentang agama dan budaya. Hal ini perlu ditangani dengan baik supaya tidak berlakunya perbalahan antara bangsa. PENDIDIKAN Sistem persekolahan yang sama bagi semua pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sejokah umum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Bahasa Cina, tamil dan inggeris. Kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan. Laporan ini telah menjadi rujukan sebagai dasar Pendidikan kerajaan sehingga kini dan Bahasa Melayu telah menjadi Bahasa pengantar di semua peringkat sekolah di Malaysia. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI DEFISIT SOSIAL 13 14


13 14 KESIMPULAN Perpaduan merupakan salah satu elemen atau sifat yang perlu ada dalam kalangan masyarakat supaya hidup dalam keadaan yang harmoni. Selain itu, mengeratkan hubungan perpaduan antara bangsa boleh mengukuhkan hubungan yang baik antara bangsa. Dalam Usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, Pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi juga mempunyai hubungan bangsa serta etnik yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan dan perlembagaan.


15 16 4 3 6 9 1 7 10 5 8 2 KUIZ MENEGAK 1. Kesepaduan sosial adalah _________ antara kaum untuk mencapai keadaan negara yang aman, stabil dan makmur. 2. Mencetuskan perasaan tidak puas hati antara kaum merupakan tindakan _______ sosial. 5. SJKC merujuk kepada Sekolah Jenis Kebangsaan ____. 7. 8 faktor berlakunya defisit sosial termasuklah politik ___________. 8. Parti _______ seharusnya bekerjasama untuk mencapai prinsip negara iaitu perpaduan antara berbilang bangsa. 10. Kita perlulah mempunyai semangat kekitaan yang kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak _____ dan saling percaya sesama kita. MELINTANG 3. Isu-isu sensitif yang timbul dalam __________ perlu ditangani dengan sewajarnya. 4. Sistem persekolahan di Malaysia terbahagi kepada ____ jenis aliran. 6. Interaksi dan jalinan hubungan ______ boleh berlaku di tempat kerja, di kawasan tempat tinggal dan ketika anggota masyarakat sama-sama terlibat dalam pelbagai kegiatan kemasyarakatan. 9. Bahasa rasmi Malaysia atau bahasa kebangsaan adalah bahasa ______.


15 16 Lina Mastura Jusoh dan Zaleha Embong. (2021). Cabaran Memperkukuh Kesepaduan Sosial dalam Masyarakat Superdiversity di Malaysia. INSANIAH. http://myscholar.umk.edu.my/bitstream/123456789/2848/1/SUPER DIVERSITY%20INSANIAH.pdf Siti Aidah Lukin @ Lokin et.al. (2021). Kaedah Dan Cabaran Dalam Mengurus Hubungan Etnik Di Malaysia. GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD. http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2021-23-04-08.pdf Petikan tokoh https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/994651/kese paduan-sosial-integrasi-nasional-dan-perpaduan-kaum-kunci Cadangan kuiz https://quizizz.com/admin/quiz/5d85801a27ece1001aef4ede/kesep aduan-sosial RUJUKAN


Nama Penglibatan / Pembahagian Tugas SYAHMIE 1. Pembahagian konten & isi kandungan. 2. Kata-kata aluan & pengenalan 3. Definisi kesepaduan dan defisit sosial. 5. 4. Kuiz . Muka belakang e-Majalah. AMMAR 1. Muka hadapan e-Majalah 2. Punca konflik kesepaduan sosial di Malaysia 3. Langkah mewujudkan kesepaduan sosial antara kaum di Malaysia 4. Pandangan tokoh tentang Kesepaduan Sosial 5. Rujukan AKMAL 1. Idea dan konsep E-Majalah 2. Data defisit sosial 3. Faktor berlakunya defisit sosial DANI 1. Langkah mengatasi defisit sosial 2. Pandangan tokoh tentang Defisit Sosial 3. Kesimpulan


16 DANIAL | SYAHMIE | AMMAR | AKMAL


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.