ETIKA FLIPBOOK NEWW Flipbook PDF

ETIKA FLIPBOOK NEWW

70 downloads 121 Views 5MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

MASYARAKAT MAJMUK

MPU 20132

E-MAJALAH

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN SESI 1: 2022/2023

NILAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MENARIK PERHATIAN WARGA ASING LUAR NEGARA “PERPADUAN KAUM ASAS KETEGUHAN NEGARA”

DKM 5B

PRAKATA Syukur ke hadrat ilahi kerana kehendaknya kami dapat menyiapkan efolio yang diberi tajuk nilai masyarakat majmuk di Malaysia menarik perhatian warga asing luar negara bagi subjek etika dan peradaban.Di kesempatan ini kami ingin memberi setinggi-tinggi perhargaan bagi ustazah Nurul Asma Effendi Pensyarah kursus yang sudah memberi bimbingan dan tunjuk ajar bagi menyelesaikan e-folio ini. Dalam menghasilkan e-folio ini terasa juga rendah ilmunya dan makin bertambah ilmu yang didapati seperti "Belayar sambil memapan,merapat sambil berlayar".Bagi menjayakan e-folio ini banyak rujukan yang telah dibuat dari surat akhbar,sosial media dan sumber-sumber lain. Diharapkan dengan terbitnya e-folio ini segala masalah,maklumat,dan rujukan pada masa akan datang dilakukan dengan lebih baik lagi .Serta diharapkan juga semoga hasil kerja e-folio ini dapat memberi manfaat serta memberi tunjuk ajar kepada mereka yang memerlukan dan menjadi salah satu asbab untuk mendapatkan ganjaran disisi ALLAH S.W.T Segala kekurangan yang dilihat sepanjang e-folio ini harap dapat diterima dan kami sedia menerima sebarang pandangan mengenai efolio kami untuk menambah baik lagi kerja kami pada masa akan datang.Bagi akhir kata yang buruk datangnya dari kami dan yang baik serta bagus datangnya dari ALLAH S.W.T ," Di malam hari bergitu gelap,diwaktu pagi terbit mentari,jika ada salah dan silap mungkin itu dari kelalaian kami"

01 . PRAKATA

2

02 ISI KANDUNGAN

3

03 . PENGENALAN/DEFINISI/KONSEP

4–5

04 . FAKTOR NILAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

6 – 13

MENARIK PERHATIAN WARGA ASING LUAR NEGARA 05 . KESAN NILAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

14

MENARIK PERHATIAN WARGA ASING LUAR NEGARA 06 . LANGKAH/KAEDAH/ CARA MENGATASI ISU

15 - 16

07 . KOMEN/CADANGAN DAN PADANGAN TERHADAP ISU

17

08 . PENUTUP

18

09 . RUJUKAN

19

PENGENALAN Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Latar belakang Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa, agama, dan dilimpahi dengan kekayaan budaya yang wujud hasil dari keunikan masyarakat majmuk, merupakan aset vital yang telah menarik perhatian warga asing dari luar Negara akan nilai kemasyarakatan yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang mempunyai nial kesepaduan yang tinggi dalam setiap diri masyarakat.

Masyarakat majmuk memang sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan pelbagai kaum dan juga identiti. Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, Cina dan India.Masyarakat majmuk bermaksud masyarakat pelbagai kaum adalah merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau berkongsi hidup dan tinggal dalam sebuah Negara sama. Masyarakat majmuk dalam sesebuah Negara seperti Malaysia pada kebiasaanya terdiri daripada beberapa majority, disusuli oleh sub-sub etnik lain yang lebih kecil dan kurang berpengaruh. Selain itu, masyarakat majmuk juga merupakan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai pelbagai lapisan kaum yang mempunyai kepercayaa, adat resam dan budaya yang tersendiri. Setiap kaum di negara Malaysia ini mempunyai latar belakang dan sejarah kemasukannya. Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah seperti etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya. Menurut Kamus Dewan (2005), masyarakat majmuk ialah kumpulan manusia yang hidup bersamasama di sesuatu tempat dengan atur dan cara-cara tertentu. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka. Contohnya, seperti pergaulan masyarakat di Malaysia yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Berawan, Bidayuh, Punan, murut, Orang Ulu dan lain-lain.

KONSEP Malaysia merupakan sebuah negara mempunyai komposisi masyarakat yang majmuk dan melibatkan berpuluh-puluh etnik dan bangsa meliputi Malaysia timur dan Malaysia barat. Namun terdapat empat agama yang bersifat majoriti di Malaysia iaitu agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Di Sarawak etnik yang paling ramai ialah etnik Iban yang mewakili 30 peratus dari keseluruhan etnik di Sarawak. Di Sabah pula etnik yang paling ramai ialah etnik Kadazan-Dusun yang terdiri 27 suku. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cetakan 2007, masyarakat majmuk bermaksud masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum dan suku. Konsep masyarakat majmuk boleh dibahagikan kepada tiga ciri utama iaitu dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Ciri-ciri masyarakat majmuk pertama dari sudut politik bermaksud bangsa yang mempunyai tingkah laku tersendiri dalam pendirian politik. Parti politik dominan lebih berteraskan perkauman dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu terdapat juga parti politik yang berasaskan keagamaan kerana mempunyai pendirian kepercayaan yang berbeza.

Ciri-ciri masyarakat majmuk  Masyarakat yang hidup bercampur tetapi tidak bercantum atau bersatu  Pelbagai jenis manusia  Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan berasingan  Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri  Bergaul tetapi tidak bercantum  Pengasingan pekerjaan mengikut kaum. (Dalam sektor pekerjaan, terdapat pembahagian tenaga buruh yang ketara mengikut kaum )

FAKTOR NILAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MENARIK PERHATIAN WARGA ASING LUAR NEGARA

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu Cina dan India. Ini menunjukkan masing-masing mempunyai pelbagai budaya dan juga agama.Bangsa. setiap kelompok masyarakat mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Dasar-dasar kerajaaan jelas seperti yang terkandung dalam wawasan 2020 iaitu Dasar Integrasi Nasional memperlihatkan usaha kerajaaan untuk membina bangsa Malaysia agar lebih cemerlang gemilang dan terbilang telah kekal sehingga hari ini. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni yang amat tinggi. Kesemua agama memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaa serta pemeliharaan alamo Sekiranya nilai-nilai murni dalam masyarakat dihayati satu persatu maka masyarakat akan hidup aman dan tenteram.

Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat. Namun begitu, mengapakah nilai masyarakat majmuk di Malaysia menarik perhatian warga asing luar negara? Di sini terdapat beberapa faktor yang dapat dilihat antaranya ialah hubungan harmoni antara pelbagai kaum. Malaysia memiliki komposisi penduduk yang terdiri daripada kepelbagaianbudaya, bangsa dan agama. Hubungan harmoni yang menerapkan etika dan peradaban yangterpuji serta terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kedaulatan dan perpaduannegara.Keharmonian yang terhasil daripada perpaduan antara rakyat Malaysia merupakansatu keistimewaan dan juga daya tarikan rujukan kehidupan terhadap negara luar.

GAMBARAN PERAYAAN-PERAYAAN YANG DISAMBUT MELIBATKAN PERBAGAI KAUM

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

SAMBUTAN SEMPENA ‘HAPPY CHINESE NEW’ YEAR’

SAMBUTAN HARI DEEPAVALI

SAMBUTAN HARI KRISMAS

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN YANG MELIBATKAN BERBILANG KAUM DI MALAYSIA Selain itu, nilai masyarakat yang majoritinya tertarik oleh warga asing luar negara adalah semangat patriotisme dan kebersatuan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum. Dapat kita lihat dengan terang dan jelas apabila tibanya masa

semua

rakyat

Malaysia

bersemangat

untuk

menyambut Hari Kebangsaan Malaysia iaitu pada tanggal 31 Ogos pada setiap tahun. Semua masyarakat berbilang kaum berlumba-lumba untuk melihat perarakan yang akan ditunjukkan di perkarangan Dataran Merdeka di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad. Untuk pengetahuan pembaca Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894. Di Dataran Merdeka, lautan manusia termasuk pelancong asing mengambil peluang

menghayati sambutan dengan menampilkan

semangat patriotisme yang diserikan melalui persembahan bertenaga dan perbarisan oleh hampir 15,000 peserta pelbagai kontinjen termasuk daripada sektor awam dan swasta, pelajar serta anggota pasukan keselamatan pada tahun 2016. Mengekalkan tema 'Sehati Sejiwa' sambutan hari bersejarah itu disertai ribuan rakyat Malaysia daripada pelbagai bangsa dan agama yang memenuhi setiap lokasi sambutan di seluruh negara.

BERITA … PUTRAJAYA: Kemeriahan dan keunikan Malaysia yang ditonjolkan dalam sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini menarik perhatian pelancong dan warga asing terhadap kepelbagaian di negara ini. Pelancong dari Ireland, Derek Stokes, 45, menyifatkan pengalaman pertamanya menyaksikan acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan di negara ini amat mengujakan dan penuh warna-warni. “Saya bertuah dapat menyaksikan sambutan ini. Semua rakyat walau di mana saja kelihatan gembira dan samasama meraikan ulang tahun kemerdekaan negara. “Malaysia adalah negara yang sangat cantik dan rakyatnya peramah, malah ia berbeza berbanding negara lain di dunia,” katanya kepada BH ketika ditemui selepas sambutan berkenaan. Seorang rakyat Jepun yang hanya mahu dikenali sebagai Yuki, 35, berkata ia adalah pengalaman pertamanya menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan, yang tidak dapat dilihat di negaranya. “Ini kali pertama saya melihat aset ketenteraan yang begitu banyak dalam hidup saya. Saya dapat lihat rakyat negara ini begitu bangga dan suasananya sangat positif,” katanya. Pelajar dari Palestin, Remah Sakalla, 24, berkata sambutan Hari Kebangsaan di Malaysia sememangnya meriah dan menampilkan kelainan setiap tahun. “Saya sudah tiga kali menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan dan tahun ini, saya menyaksikannya dari awal, berbeza sebelum ini. “Malaysia seperti rumah kedua bagi saya dan ini adalah hari untuk kita mengenang pengorbanan mereka yang berjuang untuk kemerdekaan negara,” kata pelajar Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT) itu.

Warna-warni Hari Kebangsaan pikat pelancong, warga asing – Berita Harian

Kesepaduan sosial adalah faktor yang sangat penting dalam menjaga perdamaian dan keharmonian dalam suatu komuniti bagi sesebuah negara. Usaha untuk memiliki masyarakat yang cemerlang, pemerintahan mesti berfungsi dengan sangat baik. Tanpa pemerintah yang yang berintegriti dan berupaya untuk menyelesaikan konflik, masyarakat akan diganggu oleh ketidakstabilan. Sebahagian besar negara kita telah berjaya berkembang dengan fokusnya untuk kesepaduan sosial di kalangan rakyat, yang penting bagi kebijakan pembangunan mereka. Bangsa dapat maju dengan rasa identiti kolektif yang kuat, bergantung pada rasa saling menghormati, toleransi dan kepercayaan. Dalam proses menghubungkan masyarakat secara keseluruhan sebuah negara sehingga semua anggota masyarakat dapat membentuk menjadi satu satu. Memiliki identiti dan nilai bersama, serta perasaan cinta dan bangga ke atas negara kita yang tercinta. (Semangat Patriotisme Perlu Diterapkan Kepada Generasi Muda: Japlin | Daily Express Online - Sabah’s Leading News Portal, n.d.) Secara tuntasnya, dapat kita lihat betapa terserlahnya nilai masyarakat majmuk di Malaysia yang sama-sama meraikan Hari Kebangsaan secara beramai-ramai setiap tahun tanpa berlakunya sebagai pergaduhan dan pergolakan antara kaum. Perkara ini telah menjadi tarikan yang besar berapa warga asing di luar negara akan kedamaian negara Malaysia yang mampu untuk hidup secara harmoni walaupun dihuni 50 suku kaum yang berbeza. Jadi, wajarlah Malaysia menjadi contoh negara yang aman dan sejahtera kepada negara-negara dunia.

Di samping itu, sikap toleransi dan keprihatinan tanpa mengira agama di Malaysia juga merupakan nilai masyarakat majmuk yang mampu membuka mata warga asing untuk memberi perhatian kepada Negara Malaysia. Sungguh sikap suka membantu sesama sendiri merupakan sikap semula jadi rakyat Malaysia. Dapat kita lihat di mana ketika beberapa negeri di Malaysia telah dilanda banjir yang sangat teruk iaitu negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Dianggarkan kira-kira lebih 61,000 mangsa yang terkesan dengan banjir. Beberapa daerah seperti Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Kuala Langat di Selangor dan Mentakab, Karak, Bentong di Pahang telah dilanda banjir di luar jangkaan. Bantuan kecemasan daripada pihak kerajaan agak lewat, hal ini mungkin disebabkan banyak daerah yang terjejas pada waktu yang sama.

‘Ibarat sebuah keluarga, rakyat Malaysia berganding bahu hadapi musibah’ Kita dapat lihat bagaimana rakyat Malaysia telah bekerjasama dalam menyelamatkan mangsa yang terperangkap di rumah mereka. Tanpa mengira bangsa dan agama, rakyat Malaysia telah berjaya bergerak sebagai satu pasukan dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas dari segi makanan, pakaian, barangan keperluan dan juga kewangan. Ramai NGO dan individu yang telah turun dari pelbagai latar belakang dan negeri demi membantu mangsa-mangsa banjir. Mereka sanggup berkorban wang ringgit, tenaga dan nyawa demi membantu mangsa-mangsa banjir. Pengorbanan ini wajib dipuji dan dicontohi oleh setiap lapisan rakyat Malaysia.

Ketika ditemubual, Abg Viva telah ditanya Apakah perasaan apabila berjaya selamatkan mangsa banjir? Beliau membalas, “Memang rasa sangat puas. Tapi perasaan yang sebetulnya tidak dapat digambarkan apabila dapat tolong orang. Bila tengok orang cakap terima

kasih

dekat

kita,

bahagianya

sukar

diungkapkan. Orang Malaysia tidak kira kaum dan saling tolong menolong. Masa dekat tempat banjir, orang Cina dan India datang. Saya lihat ada Cina dari Pulau Pinang. Saya sangat kagum.”

“Dalam fikiran saya cuma satu sahaja, mahu tolong orang dan mahu selamatkan orang. Memang kalau saya tidak pergi pun orang tidak cakap apa, sebab saya bukan siapa-siapa. Tapi Allah SWT gerakkan hati untuk ke Selangor bantu orang dekat sana. Mungkin Allah SWT sudah jentik hati daripada awal lagi.” tambah beliau.

“Sekurang-Kurangnya Dapat Tolong Mereka” – Mat Salleh Turut Serta Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Begitu juga satu video di TikTok telah mendapat perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan dua orang mat salleh turut membantu dalam misi membersihkan rumah mangsa banjir. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @ryanmahowlett, berkongsi tentang penglibatan dirinya dan seorang lagi rakan dalam usaha membersihkan rumah mangsa banjir selama tiga hari.

“Pada hari pertama, saya pergi ke kawasan Chow Kit untuk menderma sedikit makanan dan air kerana mereka mengalami gangguan elektrik dan air buat seketika. Pada hari kedua, saya ke Kota Kemuning, Shah Alam. Saya lihat masih banyak banjir di sekitar sana dan kami mengambil sedikit makanan di sana. Kami cuba membantu beberapa orang yang terperangkap di situ dan juga penduduk di sekitar kawasan PPR. Pada hari ketiga, kami ke Hulu Langat untuk membersihkan beberapa rumah yang penuh dengan lumpur dan ramai orang terpaksa membuang barang mereka. Ia huru-hara tetapi sekurang-kurangnya kamu dapat membantu mereka walaupun mereka tiada di sana,” katanya dalam video.

Vedio tersebut telah mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia. Melihat ke ruangan komen, ratarata netizen berasa terharu dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan oleh lelaki ini.

“Terima kasih atas kebaikan anda!” – Netizen

KESAN NILAI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA MENARIK PERHATIAN WARGA ASING LUAR NEGARA Nilai masyarakat majmuk yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia telah memberi kesan kepada Negara luar. Antaranya ialah hubungan harmoni antara pelbagai kaum sangat rapat. Lebih-lebih lagi dapat kita lihat pada musim perayaan misalnya Hari Raya Aidilfitri. Ramai di antara masyrakat melayu yang menyambut Hari Raya Aidilfitri melakukan rumah terbuka samada secara besar-besaran atau kecilan. Mereka juga akan menjemput jiran tertangga mereka walaupun berlainan kaum dan agama untuk samasama memeriahkan lagi aktiviti tersebut. Begitu juga apabila tibanya perayaan Hari Raya Cina, Thaipusam, Deepavali dan Krismas, mereka juga turut meraikannya bersamasama. Aktiviti ini dapata dilihat lebih-lebih lagi di kawasan perumahan. Ia antara amalan yang berjaya memupuk semangat muhibah dan perpaduan kerana rakyat masingmasing memupuk nilai penyayang. Jadi, dengan sikap saling menghormati dan melengkap rakyat Malaysia inilah telah memberi kesan kepada warga asing luar Negara bahawa sesebuah Negara itu boleh hidup dengan aman damai walaupun memiliki kepelbagaian kaum sekiranya mereka menjalinkan hubungan yang harmoni dan saling melengkapi antara satu sama lain. Selain itu, semangat perpaduan dan patriotism yang tinggi dalam masyarakat Malaysia sangat memberikan kesan yang positif kepada hampir semua Negara di dunia. Sudah cukup untuk dilihat semangat perpaduan rakyat tanpa mengira kaum yang ditunjukkan ketika menyambut Hari Ke bangsaan pada setiap tahun. Hanya Malaysia satu-satunya Negara yang meraikan sambutan kemerdekaan yang sangat meriah berbanding Negara-negara lain. Nilai masyarakat majmuk yang saling bersatu ini sangat menarik perhatian warga asing luar Negara misalnya ada di antara kaum melayu yang mngenakan sepasang sari iaitu pakaian tradisi orang india ketika menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2022 tempoh hari.

Gadis Melayu risau sari terlondeh depan orang ramai, nasib baik 3 wanita India tolong betulkan... Terus bersiap depan LRT Masjid Jamek

MENARIK PERHATIAN "Ketikakami kami bertugas di sekitar LRTJamek Masjid Jamek di Kuala PELANCONG Lumpur, rakan sekerja "Ketika bertugas di sekitar Stesen Stesen LRT Masjid di Kuala memberikan produkmemberikan tersebut produk kepadatersebut tiga wanita Lebihseorang seronokdaripada apabilamereka ramai Lumpur, rakan sekerja kepada India, tiga salah wanita pakai India, sari. salah seorang daripada mereka pakai sari. yang nak bergambar "Kemudian duadua makcik dan seorang kakak tu dekati berada dengan saya, bukan dan sahaja "Kemudian makcik dan seorang kakaksaya tu yang dekati saya yang berada berdekatan puji berdekatan dan puji kerana memakai sari. Kakak yang pakai sari itu kerana memakai sari. Kakak yang pakai sari itu juga tegur lipatan rakyatkain sari Malaysia, saya secarajuga baik. juga tegur lipatan kain sari saya secara baik.

terdapat beberapa orang

"Katanya, lipatan kain tu sepatutnya di sebelah kiri, tapi saya buat di bahagian kanan. "Katanya, lipatan kain sari tu sari sepatutnya di sebelah kiri, tapi saya buat pelancong asing yang ingin Saya pun tak berapa pasti belajar di belajar YouTube," ujar Diyana yang bertugas dekat di bahagian kanan. Saya pun taksebab berapahanya pasti sebab hanya di Bukit Bintang di ibu yang negara, padadekat hari tersebut. bergambar bersama", YouTube," ujar Diyana bertugas Bukit Bintang di ibu negara, pada hari tersebut. ujarnya

ISU LAMBAKAN WARGA ASING DI MALAYSIA kontradik Identiti kepenggunaan. yang ada masyarakat larang masing. perbezaan mana tersendiri, budaya Setiapnya antara iadengan berkait Setiap dan inisatu yang ada termasuklah ciri-ciri yang rapat masyarakat masyarakat mana perbezaan lainSetiap dengan yang ia berkait corak tersendiri. mempunyai dengan tradisi dan masyarakat rapat pemakanan ciri-ciri yang dandengan Kadangkala kepercayaan pegangan lain. yang mempunyai atau tradisi tersendiri. lebih agama ia dan bersifat dan kepercayaan umumnya masing-masing. pantang pegangan Kadangkala kontradik larang agama dan antara iatersendiri, Setiapnya masingpantang bersifat satu Isu lambakan warga asing di Malaysia semakin menjadi-jadi pada hari ini. Juga telah diketahui oleh seluruh dunia bahawa Malaysia menerima hampir 6.7 juta warga asing dari pelbagai Negara. Hal ini kerana, Malaysia menjadi tumpuan warga asing kerana mereka mudah mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi menjadi buruh kasar di Malaysia. Namun, dengan kedatangan mereka ke Negara kita, dapat kita lihat kurangnya warga buruh rakyat tempatan oleh kerana pekerjaan banyak diberi kepada warga asing. Hal ini juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh rakyat Malaysia. Selain itu, dengan kedatangan warga asing yang melampau tidak kira melakui darat atau pun perairan, mereka juga telah mendatangkan kesan yang buruk kepada rakyat Malaysia. Sebagai contoh, dengan kehadiran warga asing yang umpama tiada hentinya, isu-isu jenayah telah meningkat dari tahun ke tahun. Dengan berlakunya peningkatan jenayah di Negara kita, sudah sama sekali keselamatan rakyat Malaysia tidak terjamin dan hidup dalam ketakutan. Di samping itu, kedatangan warga asing di Malaysia juga telah membawa budaya yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, apabila datangnya kumpulan artis kpop yang datang membuat persembahan, mereka langsung tidak menghormati tentang adab pergaulan dengan sesuka hati memegang dan memeluk peminat ketika mekukan persembahan tanpa ada rasa malu. Oleh itu, isu lambakan warga asing di Malaysia kebanyakannya memberi kesan negative kepada rakyat Malaysia itu sendiri.

CARA MENGATASI ISU LAMBAKAN WARGA ASING DI MALAYSIA Tidak dapat dinafikan, isu tersebut yang timbul dapat membibitkan rasa prejudis serta kecurigaan antara kaum dan agama. Perasaan ini perlu ditangani dengan berhemah agar tidak terus membarah dalam masyarakat. Di antara penyelesaian yang boleh dilakukan ialah : 1. Pihak kerajaan perlu memainkan peranan untuk menutup pintu perairan atau mengawal dengan lebih ketat pintu perairan Negara supaya dapat menyekat kedatangan warga asing daripada memasuki Malayasia. 2. Pihak yang berkuasa perlu memainkan peranan dengan memikirkan inisiatif untuk menghantar semula warga asing ke Negara mereka semula. 3. Pihak

yang

berkuasa

juga

hendaklah

memastikan

keselamatan rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat oleh kerana himpunan warga asing yang berada di mana-mana sangat mengancam keselamatan rakyat.

PANDANGAN TERHADAP ISU Isu lambakan warga asing di Malaysia amatlah tidak patut dan perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Dengan kedatangan mereka ke Negara kita, ramai warga Malaysia yang tidak berpuas hati dengan bermacam-macam sebab. Kehidupan rakyat Malaysia juga hidup dalam keadaan

ketakukan

seperti

isu

semasa

sekarang, viral tentang van putih yang giat mencuri

dan

melakukan

pemerdagangan

manusia dari umur 5 hingga 18 tahun di Malaysia, oleh itu, sudah terang lagi bersuluh dengan kdetangan warga assign di Malaysia sangat memberi kesan kehidupan yang tidak selamat serta terancam. Untuk hidup aman damai seperti sedia kata, itu ini hendaklah dibangunkan dan ditangani oleh pihak yang berkuasa sebelum menjadi lebih teruk dan susuah untuk dikawal.

PENULIS

PENUTUP MUHAMMAD SYAZWAN AMIRUL

KHALISH DANILLA BT MOHD ZAMRI

Sebagai penutup , kami amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan e-folio dalam tempoh masa yang ditetapkan Ketika menjalankan kursus ini banyak pengetahuan pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.Selepas membuat kerja e-folio, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi,budaya dan pelbagai kaum yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika membuat e-folio ini, banyak pengajaran dan nilai yang telah kami pelajar. Selain itu, kami juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.Kami juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran. Kerajaan Malaysia amat menitikberat persoalan akhlak dan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang berbilang bangsa ianya juga terkandung dalarn Wawasan 2020 dimana tumpuannya ke arah melahirkan satu negara bangsa Malaysia yang maju progresif, saintifik dan hidup bersatu padu. Tuntasnya, dapat kita fahami bahawa perkataan keluarga mempunyai banyak konotasi, antaranya saling membantu, hormat-menghormati serta bermaaf-maafan dalam suasana mesra dan berkasih sayang. Maksud itulah yang mendasari kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Umpama ‘sebuah lukisan dengan pelbagai warna menarik mencerminkan kehidupan yang harmoni.’ Keluarga Malaysia sebenarnya merentasi sempadan agama dan kaum. Malaysia adalah sebuah negara unik yang mempunyai pelbagai kaum serta anutan agama. Begitulah menarik, cantik dan indahnya latar belakang kehidupan kita. Sukar ditemui kehidupan harmoni serta saling hormat menghormati seperti ini yang begitu mengagumkan dan indah seandainya ia diberi pewarnaan yang sama dalam kanvas kehidupan. Jadi sebagai warganegara Malaysia yang sah di Negara ini, marilah sama-sama kita mengamalkan dan menunjukkan nilai masyarakat majmuk yang positif dengan sebaik supaya dapat menjadi contoh kepada Negara-negara luar untuk bersama-sama hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

RUJUKAN 



  









https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/ 602183/warna-warni-hari-kebangsaan-pikat-pelancongwarga-asing https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/02/ 928004/abang-viva-bawa-bot-guna-pikap-bantumangsa-banjir-terengganu https://www.qoala.app/my/blog/gayahidup/tular/abang-viva-hero/ https://selangorkini.my/2022/02/abang-viva-gemarbergerak-solo-bantu-orang-susah/ https://www.xtra.com.my/trending/kisahviral/sekurang-kurangnya-dapat-tolong-mereka-matsalleh-turut-serta-bersihkan-rumah-mangsa-banjir/ https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hayatihargai-persefahaman-masyarakat-majmuk-sempenathaipusam-halimah-342139 https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/09/02/gad is-melayu-risau-sari-terlondeh-depan-orang-ramainasib-baik-3-wanita-india-tolong-betulkan-terusbersiap-depan-lrt-masjid-jamek https://www.researchgate.net/publication/326543152_I SU_SENSITIF_BERKAITAN_DENGAN_KEPENGGUNAAN_D ALAM_MASYARAKAT_MAJMUK_DI_MALAYSIA https://www.bharian.com.my/rencana/mindapembaca/2021/11/883876/tingkat-usaha-binamasyarakat-penyayang-saling-membantu

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.