Folio Flipbook PDF


112 downloads 124 Views 17MB Size

Story Transcript

E-FOLIO

MPU21032--Penghayatan Etika Dan Peradaban

JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK

P A S U K A N 1. Muhammad Ikmal Haikal Bin Mohd Razimi (25DEE22F1029) 2. Mohamad Iqhwan Nurhakimie Bin Farid (25DEE22F1020) 3. Mohammad Aiman Danial Bin Mohammad Johan (25DEE22F1022)

Pensyarah :Nurul Fathiha Binti Ibrahim

(TOPIK 2)

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Isi Kandungan i.Kandungan ii.Objektif. 1.Pengenalan. 2.Sebelum Pembentukan Malaysia. 3.Pada Abad Ke-18. 4.Permulaan Pembentukan Malaysia. 7.Halangan-halangan dalam Pembentukan Malaysia. 8.Halangan Pembentukan Malaysia (POLITIK). 9.Halangan Pembentukan Malaysia (EKONOMI). 10.Halangan Pembentukan Malaysia (SOSIAL). 11.Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia Jika Tidak Berlaku Perpaduan Kaum. 12.Rusuhan Kaum Pada 13 Mei 1969. 13.Kesimpulan. 14.Sumber Rujukan. 15.Jadual Pembahagian Tugas.

i.

OBJEKTIF Menerangkan tentang sejarah pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Menerangkan faktor pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia

ii.

PENGENALAN Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

1

Sebelum Pembentukan Malaysia

J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

2

Pada Abad ke-18 Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

3

PERMULAAN PEMBENTUKAN MALAYSIA

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

4

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

5

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka

6

Halangan-halangan Dalam Pembentukan Malaysia

7

Halangan Pembentukan Malaysia Politik Halangan dari segi politik timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinnya sudah semestinya mempunyai corak kepimpinannya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan kepimpinan. Setiap individu mempunyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri

8

Ekonomi Halangan dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah seperti mana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di ladang-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.

9

Sosial Pada zaman penjajahan,dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

10

Kesan Pembentukan Masyarakat Majmuk Di Malaysia Jika Tidak Berlaku Perpaduan Kaum. Keharmonian negara terjejas. Wujudnya masyarakat yang tidak bermoral,tidak bertolak ansur ,tidak beretika,tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan.

11

RUSUHAN KAUM PADA 13 MEI 1969 Rusuhan kaum adalah kemuncak masalah perpaduan di Malaysia Dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969 Telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda Mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan Raya Berlaku pada 13 Mei 1969 Merupakan satu titik titik hitam dalam sejarah negara Malaysia

12

Kesimpulan

Kesimpulannya,pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar.Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.Oleh itu,wujud masyarakat berbilang kaum,ras,etnik dan bangsa di Malaysia

13

Sumber Rujukan 1. https://sejarahpembentukanmasyarakatmajmuk.blogspot.com/?m=1 2. https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa-13-mei-1969-monumenberdarah-sebagai-cermin-zaman/ 3. http://bungaberdebu.blogspot.com/2017/08/cabaran-pembentukan-malaysiahalangan.html

14

Jadual Pembahagian Tugas

Muhammad Ikmal Haikal Bin Mohd Razimi (25DEE22F1029)

Buat slaide Cari maklumat tentang Isi Kandungan dan mengkaji topik

Mohamad Iqhwan Nurhakimie Bin Farid (25DEE22F1020)



Cari maklumat tentang kesimpulan, rujukan dan mengedit slaide

Mohammad Aiman Danial Bin Mohammad Johan (25DEE22F1022)

Cari maklumat tentang Objektif,Kesan dan Rusuhan Kaum

Perbincangan 1

Perbincangan 2

15

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.