HARI KUSTA SEDUNIA Flipbook PDF

HARI KUSTA SEDUNIA

85 downloads 110 Views 2MB Size

Recommend Stories


Bastidan ere hari gara
1 C Bastidan ere hari gara reemos que Bastida necesita un cambio, aire nuevo, nuevas ilusiones, luchar por su futuro...por nuestro futuro. Estamos

Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

Story Transcript

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH

ARTIKEL PILIHAN

PERPUSTAKAAN AWAM YAN JALAN PEGAWAI, 06900 YAN KEDAH DARUL AMAN DITERBITKAN: JANUARI 2023

PRAKATA ARTIKEL PILIHAN Artikel Pilihan merupakan perkhidmatan kesedaran maklumat terkini (current awareness information service) yang disediakan di Bahagian Rujukan kepada pengguna Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK). Maklumat yang dikumpulkan di dalam Artikel Pilihan ini adalah merupakan koleksi artikel-artikel terpilih dari majalah-majalah terkini, keratan akhbar dan maklumat internet di dalam bidang berkaitan dengan isu yang berkenaan. FUNGSI & KEPERLUAN Artikel Pilihan ini berfungsi sebagai salah satu daripada media rujukan tambahan untuk memberi pendedahan dan liputan komprehensif tentang hal ehwal perkembangan semasa yang berkaitan dengan sesuatu isu. Tujuan utamanya bukan sahaja untuk memenuhi keperluan akademik semata-mata tetapi juga untuk mengisi keperluan pembaca umum, khususnya para penyelidik serta pihak yang terlibat di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta. Diharap maklumat-maklumat yang dimuatkan di dalam Artikel Pilihan ini dapat menjadi bahan rujukan dan bacaan yang berguna bagi pembangunan dan peningkatan kualiti minda semua pihak. Terima kasih.

2

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH Cawangan Yan, Jalan Pegawai, 06900 Yan, Kedah BAHAGIAN RUJUKAN BORANG INDEKS ARTIKEL PILIHAN PERKARA: HARI KUSTA SEDUNIA

BIL.

TAJUK

MUKA SURAT

SUMBER

1.

Penyakit kusta

5–8

https://ms.wikipedia .org/wiki/Penyakit_k usta

2.

Kusta

9 – 12

http://www.myhealt h.gov.my/kusta/

13 – 16

https://www.dermat ology.org.my/pdf/Le prosy%20Dr%20Ch an%20Malay.pdf

4.

Penyakit kusta (Leprosy) – Punca, Simptom dan Rawatan

17 – 19

https://www.doctoro ncall.com.my/soala n/leprosy-penyakitkusta-kulit-saraf

5.

Kusta bukan penyakit keturunan, sumpahan, masyarakat perlu cegah diskriminasi - Khairy

20 – 21

Astro Awani, Januari 2022

6.

Hentikan diskriminasi terhadap pesakit kusta

22 – 24

Harian Metro, 31 Januari 2021

7.

Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2021 – Sambutan

25 - 28

https://kpkesihatan. com/2021/01/31/ke nyataan-akhbar-

3.

Apakah itu penyakit kusta ?

30

3

Hari Kusta Sedunia 2021: Bersama Hentikan Kusta

8.

Perutusan Sempena Sambutan Hari Kusta Sedunia 2022 – Penyakit Kusta: Bersama Mencegah Diskriminasi

kpk-31-januari2021-sambutanhari-kusta-sedunia2021-bersamahentikan-kusta/

29 - 30

file:///C:/Users/User/Down loads/KENYATAAN%20MED IA%20YBMK%20%20SEMPENA%20HARI%20 KUSTA%20SEDUNIA%2020 22%20(4).pdf

4

Penyakit kusta Penyakit kusta ataupun juga ia boleh dikenali sebagai penyakit Hansen juga Leprosy, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.

Seorang lelaki berumur 24 tahun dari Norway, diserang penyakit Kusta pada tahun 1886.

Permulaannya ia merupakan penyakit granuloma kepada saraf periferi dan membran mukosa yang berada di trek pernafasan atas; kudis kulit adalah tanda awal luaran. Jika tidak dirawat atau dilengah-lengahkan rawatan, serangan kusta boleh jadi lebih progresif, menyebabkan kerosakan kekal pada kulit, saraf, otot dan mata. Berbanding cerita-cerita rakyat, kusta tidak menyebabkan seluruh bahagian badan jatuh, walaupun ia menyebabkan bahagian organ badan kebas atau menyebabkan penyakit dari jangkitan; perkara-perkara ini berlaku apabila sistem pertahanan tubuh semulajadi telah diserang oleh penyakit awal. Jangkitan kedua, boleh menyebabkan kehilangan tisu organ, menyebabkan jari dan ibu jari menjadi lebih pendek dan terbantut, disebabkan kartilej disedut oleh badan. Pada tahun 1995, Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan diantara 2 hingga 3 juta orang telah mengalami masalah kecacatan kekal disebabkan kusta dalam satu-satu masa. 20 tahun yang lepas, 15 juta orang seluruh dunia telah pulih dari jangkitan kusta.

5

Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan diasingkan di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah. Selain manusia, haiwan lain yang adalah armadilo. (tenggiling eksotik)

diketahui

mengidap

kusta

Sejarah Penyakit kusta telah dikenali sebagai masalah semenjak permulaan sejarah bertulis. Pesakit kusta sering tinggal dipinggir masyarakat, dan penyakit sering dipercayai adalah hukuman daripada tuhan yang esa kepada orang-orang, daripada sekelompok kelompok masyarakat jahiliah, dalam erti kata lain (iblis atau syaitan serta jin-jin). Kitab Injil mengandungi banyak rujukan kepada "pesakit kusta", yang tidak semestinya berkaitan dengan penyakit Hansen. Perkataan ini telah digunakan bagi merangkumi pelbagai masalah kulit yang berlainan etiologi dan keparahan (severity). Di bawah hukum Yahudi silam, rabai dikehendaki mampu mengenalpasti pesakit kusta. Kaum Yahudi menggunakan kuarantin untuk menghalang penyebarannya. Minoriti seperti agote Navarrese sering dituduh sebagai pesakit kusta.

Ciri-ciri klinikal Penyakit ini disebabkan oleh basilus yang membiak amat perlahan dan kebanyakannya menjejaskan kulit, saraf, dan membran mukus. Organisma ini tidak pernah dibiakkan dalam media bakteriologi atau kultur sel, tetapi telah dibiakkan dalam tapak kaki tikus. Ia berkait dengan M. tuberculosis, basilus yang menyebabkan batuk kering. Kaedah penularan kusta kekal tidak jelas. Kebanyakan penyiasat merasakan bahawa M. leprae disebarkan dari seseorang ke seseorang dalam titisan pernafasan. Apa yang diketahui adalah kadar penularan adalah amat perlahan. Penyakit jangkitan kronik ini biasanya memberi kesan kepada kulit dan saraf pinggir tetapi mempunyai manifestasi klinikal yang luas. Pesakit 6

dikelaskan sebagai mempunyai penyakit Kusta Pausibakilari atau Kusta Multibakilari. Penyakit Kusta Pausibakilari adalah sederhana dan bercirikan satu atau lebih makules kulit hipopigmen. Penyakit Kusta Multibakilari pula dikaitkan dengan lesion kulit sekata, nodule, lendir (plaques), kulit menebal, dan peningkatan lendir hidung menyebabkan hidung tersumbat dan epistaxis (hidung berdarah).

Insiden Pada tahun 1999, Jumlah penyakit Hansen sedunia dianggarkan sebanyak 640,000; dan pada 2000, 738,284 kes telah dikenalpasti. Pada tahun 1999, 108 kes telah dicatatkan berlaku di Amerika Syarikat. Pada tahun 2000, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyenaraikan sebanyak 91 negara di seluruh dunia sebagai endemik penyakit kusta, dengan India, Myanmar dan Nepal mencatatkan 70% dari keseluruhan kes tersebut. Pada tahun 2002, 763,917 kes baru telah dikesan di seluruh dunia termasuk Brazil, Madagascar, Mozambique, Tanzania dan Nepal yang menguasai 90% penyakit tersebut berdasarkan rekod WHO. Seluruh dunia, 1-2 juta orang mengalami kecacatan kekal disebabkan kusta. Bagaimanapun, pesakit yang sedang menerima rawatan antibiotik atau selesai menerima rawatan dianggap bebas dari jangkitan aktif. Penyakit kusta merupakan salah satu penyakit yang dijejak secara pasif oleh Pusat kawalan dan Penghalang Penyakit. Taburannya di Amerika Syarikat kekal rendah dan stabil. Terdapat pengurangan jumlah kes seluruh dunia, sungguhpun kes setempat di kawasan tertentu terus muncul di kawasan seperti Pasifik timur.

Rawatan Rawatan untuk Kusta multibacillary merangkumi rifampicin, dapsone, dan clofazimine yang diambil selama 12 bulan berturutan. Dos tunggal terapi pelbagai dadah (MDT) untuk satu luka kust merangkumi rifampicin, ofloxacin, dan minocycline. Peralihan kepada strategi rawatan dos tunggal telah berjaya mengurangkan kadar penyakit di beberapa wilayah/kawasan di seluruh dunia. Hari Kusta Sedunia pula dianjurkan untuk menyemai kesedaran masyarakat kepada orang yang pernah menghidap kusta sebelum ini, dan sedang menghidap.

7

Kumpulan Berisiko Mereka yang berhubung rapat dengan pesakit yang tidak penyakit kebanyakannya multibasilari aktif, tanpa rawatan, dan mereka yang tinggal di negara dengan penyakit kusta asal (endemik) berisiko mengidap kusta. Penyelidikan terkini menunjukkan variasi genetik menyumbang kepada kecenderungan penyakit ini. Kawasan DNA bertanggung jawab bagi variasi ini turut terbabit dengan penyakit Parkinson, menimbulkan jangkaan bahawa kedua penyakit ini berkait pada aras biokimia.

Perlindungan Masih terdapat beberapa koloni kusta di sekeliling dunia, di negara seperti India dan Filipina. Di Amerika Syarikat, pulau Molokai kecil di kepulauan Hawaii mengandungi perlindungan kusta tertua negara itu. Pada 2001, koloni dikendali kerajaan di Jepun diteliti oleh badan perhakiman, mendorong kepada keputusan bahawa kerajaan Jepun telah salah mengendali pesakit.

8

Kusta Penyakit Kusta adalah disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium leprae yang berjangkit secara perlahan-lahan dan menyerang bahagian kulit, saraf kaki dan tangan, serta lain-lain organ seperti mata dan hidung. Penyakit Kusta juga dikenali sebagai Penyakit Hansen. Cara jangkitan tidak diketahui secara tepat tetapi difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui percikan cecair pernafasan. Faktorfaktor persekitaran yang tidak bersih dan keadaan tempat tinggal yang sesak adalah penyumbang kepada merebaknya penyakit ini di samping kekurangan zat makanan dan daya tahan badan yang lemah. Tempoh mendapat jangkitan adalah terlalu lama iaitu di antara 1 hingga 40 tahun. Mereka yang kerap dijangkiti adalah golongan muda berumur di antara 10 hingga 20 tahun di mana lelaki lebih mudah dijangkiti berbanding perempuan. Penyakit Kusta adalah endemik di Malaysia, walau bagaimanapun kadar jangkitan adalah rendah. Tanda dan Gejala Terdapat 2 jenis Penyakit Kusta: 1.

Paucibacillary (smear calitan kulit negatif) Satu atau beberapa tompok samada putih atau merah yang tidak gatal atau sakit. Kulit yang terlibat menjadi kering dan kasar serta tidak berpeluh dan tidak berbulu. Sekiranya tidak dirawat ia boleh merebak.

2. Multibacillary(smear calitan kulit positif) Tompokan putih atau kemerah-merahan yang boleh merebak lebih meluas. Tanda-tanda awal boleh dilihat pada muka dan telinga. Jenis ini boleh menjangkiti orang lain jika tidak dirawat dan menyebabkan kecacatan. 9

Di kawasan wabak penyakit yang endemik, jika ujian calitan seseorang adalah positif bagi bakteria AFB (Acid Fast Bacilli) atau jika ada luka pada kulit yang mempunyai ciri-ciri tertentu, seseorang itu boleh dikatakan mendapat Penyakit Kusta. Selalunya, sedikit perubahan warna kulit terjadi dan hilang deria rasa. Saraf menjadi tebal serta otot menjadi lemah adalah di antara akibat penyakit ini. Salah satu ciri penyakit adalah hujung kaki menjadi lemah dan tidak boleh dibengkokkan ke atas dengan sendiri serta sukar untuk berjalan. Komplikasi Pengesanan awal adalah penting. Rawatan awal dapat mengelakkan kecacatan. Dengan ini pesakit dapat menghalang jangkitan kepada orang lain. Kecacatan di muka termasuk batang hidung menjadi rata dan gugur alis dan bulu mata. Kecacatan pada tangan termasuk otot tapak tangan mengecut, jari-jari membengkok, tangan menjadi lemah dan hilang fungsi tangan. Kecacatan pada kaki termasuk hilang deria rasa jari kaki dan di peringkat akhir tapak kaki dan jari kaki menjadi luka.

Hilang penglihatan 10

Rawatan Penyakit Kusta boleh disembuhkan, dan rawatan di peringkat awal dapat menghindarkan kecacatan. Semua pesakit mesti patuh pada aturan rawatan WHO bagi mengelakkan kecacatan. WHO mengesyorkan Multidrug Therapy (MDT). MDT merangkumi 3 jenis ubat iaitu Dapsone, Rifampicin dan Clofazimine bagi multibacillary. Bagi paucibacillary, pesakit akan diberikan dapsone dan rifampicin. Kombinasi ubat ini boleh membunuh pathogen dan menyembuhkan pesakit. Selepas tamat rawatan, pesakit perlu dipantau setiap tahun untuk tempoh 5 tahun bagi paucibacillary dan 15 tahun bagi multibacillary. Pencegahan Diagnosis awal dan rawatan sempurna bagi seseorang yang dijangkiti, dapat mengawal Penyakit Kusta. Pencegahan terdiri dari mengelakkan hubungan rapat secara fizikal dengan mereka yang tidak dirawat. Mereka yang mempunyai pertalian dengan pesakit kusta dikehendaki menjalani ujian pengesanan kusta. Pemeriksaan tahunan hendaklah dilakukan ke atas saudara mara sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 tahun bermula dari terdedahnya kepada pesakit kusta. Pemulihan Kecacatan dan kerosakan saraf disebabkan penyakit Kusta selalunya kekal. Pencegahan atau pemulihan akibat penyakit ini adalah sebahagian daripada tindakan yang perlu dilakukan. Pembedahan rekonstruktif adalah bertujuan untuk mengelak dan membetulkan kecacatan. Penjagaan komprehensif melibatkan pendidikan kepada pesakit untuk menjaga diri sendiri. Pesakit yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan saraf yang jelas dan berisiko mendapat kecacatan perlu di ajar kaedah penjagaan anggota yang tidak sensitif sama seperti pesakit diabetes yang mengalami kerosakan saraf pada kaki. Keadaan ini memerlukan mereka sentiasa memeriksa diri sendiri bagi mengelak dari sebarang luka dan kecederaan lain. Kumpulan Sokongan Hubungi doktor anda jika terdapat tanda-tanda dan gejala seperti di atas. Untuk keterangan lanjut sila hubungi: 11

MALRA – Malaysian Leprosy Relief Association Bangunan Tan Sri T H Tan D1-01, Jalan SS6/20A, Dataran Glomac Kelana Jaya, 47301, Petaling Jaya Tel : 03-78802607, 78802608 Fax : 03-78802609 E mail : [email protected] Hubungi : Cik Irene Yap, Sekretari Admin

12

Apakah itu penyakit kusta ? Penyakit kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen. Ia adalah penyakit berjangkit yang kronik, disebabkan oleh sejenis kuman yang bernama Mycobacterium leprae. Bakteria ini boleh menjangkiti kulit dan saraf-saraf periferal serta tisu-tisu lain seperti mata, saluran pernafasan, selaput dalaman hidung dan testis.

Adakah kusta masih wujud ? Masih terdapat kes-kes kusta di Malaysia ? Setiap dua minit seorang akan didiagnosa dengan penyakit kusta. Ia menyebabkan kerosakan saraf dan kelemahan otot yang boleh membawa kepada kecacatan, kelumpuhan, buta dan pengasingan. Ramai orang menganggap penyakit kusta sudah lupus, tetapi ia masih wujud di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia termasuk negara kita. Sebanyak 300-350 kes baru didiagnosa setiap tahun di Malaysia. Contohnya, pada tahun 2012 terdapat 336 kes baru dan pada tahun 2013 pula terdapat 306 kes baru penyakit kusta.

Apa yang menyebabkan penyakit kusta ? Bagaimana ia merebak ? Adakah ia penyakit yang diwarisi ? Mycobacterium leprae merupakan bakteria yang menyebabkan penyakit kusta. Ia adalah satu penyakit berjangkit dan bukan penyakit yang diwarisi. Bakteria ini membiak dengan perlahan dan tanda-tanda atau gejala penyakit mungkin mengambil masa lebih daripada 2-5 tahun untuk muncul. Penyakit kusta adalah penyakit bawaan udara “airborne”, ia merebak melalui titisan di udara. Apabila pesakit penyakit kusta bersin atau batuk, titisan yang mengandungi bakteria akan dilepaskan ke dalam udara. Penyakit ini boleh merebak apabila seseorang menghirupi titisan udara tersebut. Walau bagaimanapun ia tidak mudah untuk mendapat penyakit kusta. Lebih daripada 95 % orang secara semula jadi imun (kebal) kepada bakteria kusta, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan endemik penyakit ini. Penyakit kusta tidak merebak melalui sentuhan pada luka-luka yang terdapat pada anggota atau badan pesakit kusta. 13

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit kusta ? Penyakit kusta boleh mengancam kulit dan saraf-saraf periferal. Ia menimbulkan ruam / lesi kulit yang tidak gatal dengan atau tanpa kehilangan rasa / sensasi. Ia juga boleh merosakkan saraf dan seterusnya menyebabkan kelemahan otot dan kehilangan rasa / sensasi pada tangan dan kaki. Kehilangan rasa / sensasi akan menyebabkan kehilangan refleks automatik yang membantu kita untuk menjauhkan diri dari objek panas atau tajam. Ini telah menyebabkan luka-luka di kulit seperti luka bakar, yang kemudiannya boleh dijangkiti kuman. Pesakit kusta mungkin juga kehilangan jari tangan dan kaki mereka akibat jangkitan itu. Jika lambat atau tidak dirawati, kelumpuhan saraf muka juga boleh membawa kepada kehilangan refleks berkelip, kekeringan dan ulser pada mata dan akhirnya boleh menyebabkan kebutaan. Terdapat 5 jenis presentasi klinikal penyakit kusta, iaitu “tuberkuloid”, “borderline tuberkuloid”, “borderline borderline”, “borderline lepromatus” dan “lepromatus”. Jenis presentasi adalah bergantung kepada daya imuniti pesakit tersebut; Untuk tujuan rawatan penyakit ini boleh dibahagikan kepada paucibacillary (tiada bakteria dikesan) atau multibacillary (bakteria dikesan) bergantung kepada keputusan calitan toreh kulit yang dilakukan pada cuping-cuping telinga dan lesi-lesi kulit pesakit.

Bolehkah kusta disembuhkan ? Jika tidak dirawat, apa yang akan berlaku kepada pesakit kusta ? Beribu-ribu individu di sekitar dunia telah dijangkiti penyakit kusta, kebanyakan kes kusta dikesan di negara-negara membangun. Bilangan pesakit kusta telah menurun secara mendadak berikutan pengenalan “multidrug therapy (MDT)” yang berkesan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 1985. Pada zaman dulu, para pesakit kusta telah diasingkan dalam koloni kusta, seperti Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh dan Pusat Rawatan Kusta, Pulau Jerejak, Pulau Pinang. Tanda-tanda lesi kulit serta kecacatan akibat dari penyakit ini telah membawa stigma yang teruk pada pesakit. Hari ini, kusta boleh dirawat dengan berkesan dan pengasingan pesakit adalah TIDAK DIPERLUKAN lagi. Pesakit kini boleh tinggal dengan ahli keluarga dan masyarakat ketika mereka menerima rawatan.

14

Bagaimanakah penyakit kusta dirawati? Ia boleh dirawat dengan kombinasi antibiotic sistemik (dirujuk sebagai “multidrug therapy” atau MDT) seperti rifampin, dapsone dan clofazimine selama 6 hingga 12 bulan. Ubat-ubatan seperti ofloxacin atau minocycline akan digunakan sekiranya berlaku kontraindikasi atau kekebalan ubat “drug resistance”. Kadang-kadang pesakit mungkin akan mengalami reaksi Lepra yang sebabkan oleh reaksi imunologi terhadap Mycobacterium leprae. Tandatanda reaksi Lepra adalah seperti demam, bengkak pada lesi-lesi yang sedia ada, nodul-nodul baru yang radang dan sakit, bengkak tangan dan kaki, sakit saraf dan kelemahan otot. Reaksi ini boleh dikawal dengan penggunanan prednisone dan “immunosuppressants”.

Kesimpulan Penyakit kusta boleh disembuh dengan rawatan MDT. Sebaik sahaja pesakit menerima rawatan, individu tersebut tidak akan menjangkiti oral lain. Para pesakit kusta tidak perlu diasingkan daripada keluarga atau komuniti. Mereka perlu mematuhi nasihat doktor dan menerima rawatan mengikut jadual yang ditetapkan. Jika terdapat apa-apa keraguan, sila menghubungi pakar dermatologi di klinik yang terdekat (http://www.dermatology.org.my/dermatologist.htm).

* Rujukan: Laman web WHO

15

Rajah: a) Kusta tuberkuloid; b) Kusta lepromatus dengan cuping telinga menebal; c) Palsy saraf ulnar membawa kepada “claw” tangan; d) Kecacatan kaki yang disebabkan oleh penyakit kusta

Disediakan oleh, Dr Chan Lee Chin Pakar Perunding Dermatologi & Ketua Jabatan Dermatologi , Hospital Pulau Pinang Ahli Exco Persatuan Dermatologi Malaysia

Maklumat kesihatan di atas diterbitkan ihsan Persatuan Dermatologi Malaysia (http://www.dermatology.org.my/)

16

Penyakit Kusta (Leprosy) – Punca, Simptom dan Rawatan Apakah Itu Penyakit Kusta▲ Penyakit kusta atau lebih dikenali sebagai ‘Hansen’s disease’ atau ‘leprosy’ merupakan penyakit yang digeruni ramai. Penyakit kusta merupakan disebabkan oleh jangkitan kuman ‘Mycobacterium leprae’. Jangkitan kuman ini boleh menyebabkan kesan sampingan serius pada kulit, saraf, mata serta bahagian dalam hidung. Sekiranya penyakit kusta ini dikenal pasti pada tahap awal maka ia lebih mudah disembuhkan. Orang yang mengidap penyakit ini masih mampu bekerja dan menjalani aktiviti seharian seperti biasa.

Apakah Jenis Penyakit Kusta▲ Terdapat tiga jenis penyakit kusta iaitu: 1. ‘Tuberculoid’. Ini merupakan keadaan yang tidak begitu serius dan masih dalam tahap awal. Golongan ini hanya akan mempunyai beberapa ‘patch’ sahaja. Permukaan yang dijangkiti akan berasa kebas kerana saraf telah terjejas. Penyakit tuberculoid juga kurang berjangkit kepada orang lain. 2. ‘Lepromatous’. Keadaan ini lebih serius dan selalunya melibatkan ‘patches’ dan benjolan pada keseluruhan kulit. Bahagian hidung, ginjal dan alat sulit lelaki juga akan turut terjejas dalam jenis ini. Tambahan pula, keadaan Ini juga lebih mudah berjangkit berbanding yang lain. 3. ‘Borderline’. Golongan yang mempunyai penyakit kusta jenis ini akan mempunyai kombinasi simptom kedua-dua jenis penyakit kusta yang dinyatakan di atas.

Apakah Penyebab Penyakit Kusta▲ Penyebab utama penyakit kusta ialah sejenis bakteria yang bernama ‘Mycobacterium leprae’ dan ‘Mycobacterium lepromatosis’. Selain itu, penyakit ini merebak apabila pesakit bersentuhan dengan individu yang sihat. Akan tetapi, penyakit ini jarang sekali merebak melalui hubungan seks. 17

Di samping itu, faktor genetik dipercayai boleh membawa kepada punca berlakunya penyakit kusta ini. Oleh itu, jika seseorang dalam keluarga mempunyai penyakit kusta maka kemungkinan gene mereka akan diwarisi oleh anak mereka sekali gus menyebabkan anak mereka berisiko mendapat penyakit kusta. Punca lain yang membolehkan seseorang berisiko mendapat penyakit ini ialah sistem imun badan yang lemah. Apakah Gejala Penyakit Kusta▲ Gejala berikutan jangkitan hansen ini haruslah dipantau dari semasa ke semasa dan pastikan ia tidak bertambah teruk. Antara gejala penyakit kusta ini ialah seperti: ‘Patch’ pada permukaan kulit Kulit menjadi kering dan keras ‘Nodule’ pada permukaan kulit Ulser yang tidak sakit pada tapak kaki Bengkak atau benjolan yang tidak sakit pada muka atau cuping telinga 6. Kehilangan bulu mata atau bulu kening 7. Kebas 8. Otot menjadi lemah atau lumpuh 9. Masalah penglihatan malahan boleh menjadi buta 10. Hidung tersumbat 11. Hidung berdarah 12. Kurang deria rasa 1. 2. 3. 4. 5.

Apakah Komplikasi Penyakit Kusta Jika Tidak Dirawat▲ Penyakit kusta haruslah segera diberi perhatian perubatan jika tidak dirawat boleh mengundang komplikasi yang berpanjangan pada masa akan datang. Antara komplikasi yang dimaksudkan di sini ialah seperti: • • • • • • • • •

Buta Kecacatan tangan dan kaki Lumpuh Kehilangan seluruh bulu kening Ulser yang membesar dan menjadi kronik sehingga tidak sembuh Kecacatan hidung yang menjadi bengkok Jari kaki dan tangan menjadi pendek Kerosakan saraf menyebabkan sensasi sakit yang melampau Kulit terasa seolah-olah terbakar 18

Bagaimakah Cara Kenalpasti Diagnosis Penyakit Kusta▲ Penyakit hansen ini boleh dikenal pasti melalui ‘patch’ pada permukaan kulit yang mungkin lebih gelap atau lebih cerah daripada warna kulit asal. Pesakit akan mempunyai kehilangan deria rasa pada ‘patch’ tersebut. Walaupun dicucuk dengan jarum yang tajam, mereka tidak akan dapat merasai apa-apa langsung. Selain itu, para doktor akan mengambil sampel ‘patch’ tersebut atau mengambil sampel saraf untuk dihantarkan kepada makmal bagi menjalani biopsi. Di makmal, mereka akan mengkaji sampel tersebut di bawa mikroskop dan mengenal pasti bakteria yang ditemukan.

Apakah Rawatan Penyakit Kusta▲ Penyakit kusta boleh dirawat melalui kombinasi penggunaan beberapa jenis antibiotik. Rawatan yang akan diberikan oleh doktor ialah kombinasi 2 atau 3 antibiotik yang diambil sekali gus. Kaedah ini dipanggil ‘multidrug therapy’. Kaedah ini dapat membantu memastikan bakteria tersebut dapat disingkirkan dengan lebih cepat. Antibiotik untuk penyakit ini diberikan untuk jangka masa yang panjang agak membimbangkan kerana bakteria tersebut mungkin akan dapat mengatasi fungsi antibiotik tersebut. Jangka masa yang ditetapkan untuk rawatan selalunya dijalankan selama satu hingga dua tahun. Selalunya pesakit boleh pulih jika individu tersebut patuh kepada arahan dan nasihat doktor serta tidak lupa mengambil ubat. Sepanjang terapi rawatan sekiranya terdapat masalah seperti kebas atau hilang deria rasa pesakit disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lebih lanjut. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor kami di laman web www.doctoroncall.com.my Rujukan 1. Apakah itu penyakit kusta?, Dermatology 2. Kusta, MyHEALTH 3. Leprosy Overview, WebMD 4. What is leprosy?, WHO

19

Kusta bukan penyakit keturunan, sumpahan, masyarakat perlu cegah diskriminasi - Khairy Bernama Januari 30, 2022 12:29 MYT

Kusta bukanlah satu penyakit keturunan atau satu sumpahan, tetapi ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh sembuh melalui pemberian rawatan terapi pelbagai ubat atau 'Multidrug Therapy'. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berganding bahu mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta dan ahli keluarga mereka. Jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, penyakit ini bukanlah satu penyakit keturunan atau satu sumpahan, tetapi ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh sembuh melalui pemberian rawatan terapi pelbagai ubat atau 'Multidrug Therapy'. "Setiap pesakit perlu bebas daripada cemuhan atau pengusiran akibat penyakit atau kecacatan fizikal yang terzahir. Jika mereka mengasingkan diri, sama-sama kita mendekati mereka dengan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan. 20

"Berilah mereka kehormatan diri, kebebasan pergaulan dan peluang untuk menikmati kehidupan yang sejahtera, sama seperti yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini sempena Hari Kusta Sedunia 2022 yang disambut setiap 30 Jan. Khairy berkata, dalam soal ini, KKM akan berusaha mengenal pasti tahap keseriusan dan faktor diskriminasi melalui kajian sistematik. Beliau dalam masa sama menasihatkan anggota kesihatan untuk menyalurkan maklumat tepat kepada orang awam mengenai penyakit kusta, selain memberikan rawatan sempurna kepada setiap pesakit dengan perkhidmatan mesra pelanggan dan mudah dicapai. Jelasnya, penyakit kuno yang direkod seawal 1,500 tahun sebelum Masihi itu tidak mudah berjangkit namun jika dijangkiti dan lewat dikesan serta diberi rawatan, mampu menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit. Susulan itu, kecacatan kekal tersebut dilihat mengundang banyak masalah sosial terhadap pesakit dan keluarganya, sekali gus menjejaskan kualiti hidup akibat pesakit tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri. "Kadar kecacatan kekal yang dilaporkan dalam kalangan pesakit kusta adalah pada sekitar 0.02 hingga 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk, iaitu bersamaan empat hingga lapan peratus daripada keseluruhan kes kusta baharu yang dilaporkan setiap tahun," katanya. – BERNAMA

21

Hentikan diskriminasi terhadap pesakit kusta Noor Atiqah Sulaiman [email protected]

Kesan penyakit kusta. FOTO Saddam Yusoff

Putrajaya: Kementerian Kesihatan akan mengesan secara aktif kes kusta dalam kalangan golongan berisiko bagi membendung penyakit itu di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, melalui pengesanan itu pihaknya dapat memberikan rawatan dan mengurangkan kecacatan kekal akibat penyakit berkenaan.. Katanya, ia secara tidak langsung mampu mengurangkan beban dan penularan kusta dalam komuniti berisiko. "Kontak rapat kusta khususnya dalam kalangan kanak-kanak adalah di antara golongan yang berisiko dan perlu diberi perhatian. "Komuniti dan individu yang dibebani kusta perlu bekerjasama dengan mematuhi arahan yang diberi oleh anggota kesihatan terutama di dalam menjalani aktiviti saringan dan rawatan susulan. "Stigma dan diskriminasi adalah antara permasalahan yang masih dihadapi oleh pesakit dan keluarga mereka. 22

"Berikutan itu pesakit dan kontak rapat mereka bukan sahaja enggan kelihatan hadir di klinik, malah enggan disaring dan diberi rawatan," katanya dalam kenyataan sempena Hari Kusta Sedunia yang disambut pada Ahad terakhir di bulan Januari setiap tahun. Sehubungan dengan itu, Dr Noor Hisham menyeru setiap anggota kesihatan dan pemimpin masyarakat untuk membabitkan diri dalam mewujudkan kesedaran mengenai penyakit kusta khusus kepada komuniti di lokaliti endemik yang berisiko tinggi. "Antaranya mengadakan kegiatan advokasi yang diiringi aktiviti pengukuhan diagnostik, rawatan, latihan dan kebajikan pesakit itu akan menjadikan kawalan Kusta lebih mantap dan lengkap. "Sama-samalah kita berusaha untuk membasmi atau menipiskan stigma dan diskriminasi yang diyakini menjadi salah satu punca kepada penularan kusta dalam kalangan keluarga dan komuniti di lokaliti endemik di Malaysia. "Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk memperkukuhkan semua aktiviti kawalan dan pencegahan dalam setiap aspek di bawah Program Kawalan Kusta Kebangsaan," katanya. Dr Noor Hisham berkata Kusta adalah sejenis penyakit berjangkit kronik yang berpunca daripada jangkitan bakteria yang dinamakan Mycobacterium Leprae dan ia boleh dijangkiti melalui udara dan bukan melalui sentuhan. Katanya selain kulit, kusta turut menyerang saraf periferal, mata dan tisutisu di saluran pernafasan, selaput dalaman hidung dan testis. "Tanda-tanda seseorang dijangkiti kusta adalah lesi (lesion) yang tidak gatal di kulit yang berwarna putih seakan-akan panau salap atau berwarna merah tembaga yang bersisik. "Ada juga yang menunjukkan penebalan kulit terutamanya di bahagian bulu kening yang menipis atau gugur, tulang pipi dan telinga. "Manakala serangan di saraf periferal pula akan menyebabkan kelemahan otot dan kecacatan kekal di jari (claw hand), kaki (foot drop), berasa kebas atau hilang deria sentuhan di lesi kulit (anesthetic skin lesion)," katanya.

23

Tambah Dr Noor Hisham Malaysia mencapai tahap eliminasi kusta pada tahun 1994 iaitu dengan kadar prevalen 0.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk. "Untuk rujukan, sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah kurang dari satu kes bagi setiap 10,000 penduduk. "Berdasarkan pencapaian dalam tempoh lima tahun, Malaysia melaporkan antara 198 hingga 213 kes baharu dengan kadar insiden kes Kusta di antara 0.57 hingga 0.62 kes bagi setiap 100,000 penduduk. "Selain itu kadar prevalen pula antara 0.02 hingga 0.14 kes bagi setiap 10,000 penduduk," katanya. Disiarkan pada: Januari 31, 2021 @ 11:01

24

Kenyataan Akhbar KPK 31 Januari 2021 – Sambutan Hari Kusta Sedunia 2021: Bersama Hentikan Kusta B Y DG O F HEA L TH O N JA NUA RY 31 , 20 2 1

Pada hari Ahad terakhir di bulan Januari setiap tahun, seluruh dunia akan bersama-sama menyambut Hari Kusta Sedunia. Untuk tahun ini, ia jatuh pada 31 Januari 2021. Sambutan ini amat penting di dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat bahawa penyakit ini tidak pernah pupus, masih wujud dan boleh menjangkiti mereka yang berisiko. Hari Kusta Sedunia pada tahun ini juga jatuh sehari selepas sambutan Hari Penyakit Tropikal Terabai (Neglected Tropical Diseases, NTD) Sedunia yang disambut pada 30 Januari setiap tahun. Penyakit Kusta merupakan salah satu penyakit yang tersenarai sebagai NTD dengan kadar prevalen global 0.2 kes bagi setiap 10,000 populasi pada tahun 2018. Penyakit Kusta adalah sejenis penyakit berjangkit kronik yang berpunca daripada jangkitan bakteria yang dinamakan Mycobacterium Leprae. Kuman ini dijumpai pertama kalinya oleh seorang saintis dari Norway yang bernama G. H. Armauer Hansen pada tahun 1873. Penyakit Kusta turut dikenali sebagai Hansen’s Disease, sempena nama saintis ini. Ia boleh dijangkiti melalui udara dan bukan melalui sentuhan.

25

Selain daripada kulit, Kusta menyerang saraf periferal, mata dan tisutisu di saluran pernafasan, selaput dalaman hidung dan testis. Tandatanda seseorang dijangkiti Kusta adalah lesi (lesion) yang tidak gatal di kulit yang berwarna putih seakan-akan panau salap atau berwarna merah tembaga yang bersisik. Ada juga yang menunjukkan penebalan kulit terutamanya di bahagian bulu kening yang menipis / gugur, tulang pipi dan telinga. Serangan di saraf periferal pula akan menyebabkan kelemahan otot dan kecacatan kekal di jari (claw hand), kaki (foot drop), berasa kebas atau hilang deria sentuhan di lesi kulit (anesthetic skin lesion). Malaysia telah mencapai tahap eliminasi Kusta pada tahun 1994 iaitu dengan kadar prevalen 0.9 kes bagi setiap 10,000 penduduk. Untuk rujukan, sasaran yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah kurang dari 1 kes bagi setiap 10,000 penduduk. Berdasarkan pencapaian 5 tahun, Malaysia melaporkan 198 – 213 kes 26

baharu dengan kadar insiden kes Kusta di antara 0.57 – 0.62 kes bagi setiap 100,000 penduduk dan kadar prevalen di antara 0.02 – 0.14 kes bagi setiap 10,000 penduduk. Kontak rapat Kusta khususnya dalam kalangan kanak-kanak adalah di antara golongan yang berisiko dan perlu diberi perhatian.

Penekanan terhadap pengesanan kes secara aktif (active case detection) dalam kalangan golongan berisiko di lokaliti endemik adalah fokus utama di dalam kawalan dan pencegahan Kusta di Malaysia. Sasaran untuk meningkatkan pengesanan adalah bertujuan untuk mengurangkan beban dan penularan kusta di dalam komuniti yang berisiko melalui pemberian rawatan dan mengurangkan kejadian kecacatan kekal akibat Kusta. Komuniti dan individu yang dibebani Kusta perlu bekerjasama dengan mematuhi arahan yang diberi oleh anggota kesihatan terutama di dalam menjalani aktiviti saringan dan rawatan susulan. Stigma dan diskriminasi adalah antara permasalahan yang masih dihadapi oleh pesakit dan keluarga mereka. Lantas daripada keadaan tersebut, pesakit dan kontak rapat mereka bukan sahaja enggan kelihatan hadir di klinik, malah enggan disaring dan diberi rawatan untuk penyakit Kusta. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan menyeru setiap anggota kesihatan dan pemimpin masyarakat untuk melibatkan diri di dalam mewujudkan kesedaran mengenai penyakit Kusta khusus kepada komuniti di lokaliti endemik yang berisiko tinggi. Kegiatan advokasi yang diiringi aktiviti pengukuhan diagnostik, rawatan, latihan dan kebajikan pesakit akan menjadikan kawalan Kusta lebih mantap dan lengkap. 27

Sama-samalah kita berusaha untuk membasmi atau menipiskan stigma dan diskriminasi yang diyakini menjadi salah satu punca kepada penularan Kusta dalam kalangan keluarga dan komuniti di lokaliti endemik di Malaysia. Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk memperkukuhkan semua aktiviti kawalan dan pencegahan dalam setiap aspek di bawah Program Kawalan Kusta Kebangsaan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 31 JANUARI 2021

28

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERUTUSAN SEMPENA HARI KUSTA SEDUNIA 2022

PENYAKIT KUSTA: BERSAMA MENCEGAH DISKRIMINASI

Penyakit Kusta adalah penyakit kuno yang direkod seawal 1500 tahun sebelum masihi. Penyakit Kusta tidak mudah dijangkiti; tetapi jika dijangkiti dan lewat dikesan serta tidak diberi rawatan, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal kepada pesakit. Untuk rekod, kadar kecacatan kekal yang dilaporkan dalam kalangan pesakit Kusta adalah pada sekitar 0.02 – 0.05 kes bagi setiap 100,000 penduduk, iaitu bersamaan 4% - 8% dari keseluruhan kes Kusta baru yang dilaporkan setiap tahun. Kecacatan kekal ini mengundang kepada banyak masalah sosial ke atas pesakit dan keluarganya. Ia juga menjejaskan kualiti hidup dengan menjadikan pesakit tidak berupaya untuk menguruskan diri sendiri lantas bergantung harap ke atas belas ehsan dan bantuan ahli keluarga dan jiran tetangga. Pada setiap tahun, dunia menyambut Hari Kusta Sedunia yang diperkenalkan sejak tahun 1954 oleh seorang aktivis yang bernama Raoul Follereau dengan tujuan untuk memperjuangkan hak kesamarataan pesakit Kusta dan memberi kesedaran kepada masyarakat am melalui pembasmian persepsi kuno mengenai penyakit ini. Perjuangan beliau diteruskan sehingga ke hari ini. Bertemakan Penyakit Kusta: Bersama Mencegah Diskriminasi, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada komuniti yang berisiko, untuk bersama-sama mencegah diskriminasi terhadap pesakit kusta dan ahli keluarga mereka. Penyakit ini bukanlah satu penyakit keturunan atau

29

satu sumpahan, tetapi ia adalah sejenis penyakit berjangkit yang boleh sembuh melalui pemberian rawatan Multidrug Therapy. KKM akan berusaha untuk mengenalpasti tahap keseriusan dan faktor diskriminasi melalui kajian sistematik dan pemantauan yang berkesan. Anggota kesihatan perlu menyalurkan maklumat yang benar dan tepat kepada orang awam mengenai penyakit Kusta. Pastikan kita memberi rawatan yang sempurna kepada pesakit yang ada. Berikanlah mereka hak untuk menerima perkhidmatan kesihatan yang mesra pelanggan dan mudahcapai. Sempena sambutan Hari Kusta Sedunia 2022 yang jatuh pada 30hb Januari ini, mari tingkatkan usaha bagi mencegah diskriminasi terhadap pesakit Kusta. Setiap pesakit perlu bebas dari cemuhan atau pengusiran akibat dari penyakit atau kecacatan fizikal yang terzahir. Jika mereka mengasingkan diri, sama-sama kita mendekati mereka dengan kata-kata semangat, dorongan dan bantuan. Berilah mereka kehormatan diri, kebebasan pergaulan dan peluang untuk menikmati kehidupan yang sejahtera sama seperti yang lain.

Sekian, terima kasih.

KHAIRY JAMALUDDIN Menteri Kesihatan 30 Januari 2022

30

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.