Kepelbagaian Kebudayaan Di Malaysia Flipbook PDF

Kepelbagaian Kebudayaan Di Malaysia

67 downloads 101 Views 688KB Size

Recommend Stories


SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA
SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA BIL. 1 NAMA NEGARA AFRIKA SELATAN ALAMAT PERWAKILAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, PRETORIA HIGH CO

Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean
Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean EUM (VESSEL CALLS KMT) Vessel WAN HAI 506 MOL DOMINANCE MARE CARIBICUM MOL DELIGHT WAN HA

Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

Story Transcript

Nama

Nombor Matrik

1. 2. 3. 1. 2. 3.

Norsharieyna Binti Ibrahim Fara Insyirah Binti Hood Syafika Binti Ilmi 25DDT21F1053 25DDT21F1174 25DDT21F1189

Kelas

DDT3 SAD1

Tugasan

E - Folio

Sesi

2022/2023

Kod Subjek

MPU21032 – Penghayatan Etika dan Peradaban

Nama Pensyarah

Madam Azizah Binti Mohamad

PENGENALAN Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum di bumi ini.Dengan adanya pelbagai bangsa maka kepelbagaian bangsa ini wujud, tidak dinafikan dalam sesebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang lahir dari berbilang etnik iaitu Melayu,Cina ,India yang merupakan majoriti kaum di Malaysia. Tidak lupa juga masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli di Malaysia ini.Setiap etnik mempunyai budaya yang berbeza -beza dimuka bumi ini yang diwarisi dari nenek moyang mereka terdahulu . Walaupun Malaysia ini hidup dengan pelbagai variasi kaum , budaya ,dan etnik . Namun Malaysia merupakan sebuah negara yang aman damai kerana masyarakatnya menghormati agama dan budaya antara satu sama lain . Dalam konteks Pendidikan, kepelbagaian budaya bukan hanya dilihat dari segi ,etnik dan budaya sahaja bahkan ia juga merangkumi skop yang lebih meluas seperti ilmu pengetahuan ,kepercayaan ,keseniaan ,tatasusila ,undang -undang ,adat resam dan lain-lain .

2

1.0 Sistem Perkahwinan

MELAYU Adat resam Melyau merupakan adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakkan orang Melayu tidak kira di luar bandar ataupun di bandar. Adat istiadat perkahwinan merupakan satu adat yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup. Adat resam ini menjadi tunjang bermulanya kehidupan sesebuah keluarga. Upacara berlangsungnya perkahwinan itu akan dilaksanakan secara sederhana dan penuh adat istiadat. Setiap perlakuan mereka akan memainkan peranan penting untuk memastikan kelancaran sesebuah majlis perkahwinan itu berjalan dengan lancar mengikut langkah yang telah dirancang oleh kedua-dua belah pihak. Adat Merisik Merisik merupakan langkah pertama dalam menuju alam perkahwinan. Adat ini juga lebih dikenali sebagai meninjau atau melihat si gadis. Ianya hanya melibatkan pihak keluarga lelaki untuk berkunjung ke rumah perempuan dengan wakil keluarga perempuan. Selain daripada adat, ia juga bertujuan bagi memohon restu ibu bapa dan mengenali keluarga terlebih dahulu sebelum membuat keputusan yang besar iaitu berkahwin. Ianya bertujuan untuk memastikan si gadis yang dihajati itu belum berpunya iaitu masih tiada ikatan pertunangan dengan orang lain. Adat Meminang Meminang pula dilakukan oleh keluarga terdekat dari kalangan orang-orang tua. Mereka diutuskan oleh ibu bapa pihak lelaki untuk mewakili mereka meminang anak gadis yang telah dipilih bagi pihak lelaki. Biasanya, ibu bapa kepada gadis tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang, hal ini bertujuan untuk menetapkan tarikh dan masa, mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan yang bakal diadakan nanti.

3

Adat Bertunang Sebaik sahaja pinangan diterima oleh pihak perempuan, rombongan pihak lelaki akan datang berkunjung lagi ke rumah perempuan . Hantaran yang terdiri daripada tepak sireh atau sireh junjung ini adalah hantaran yang wajib bagi adat Melayu. Berupa sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, pakaian dan lain-lain yang digubah cantik untuk diberikan kepada pihak perempuan. Kebiasaannya bilangan hantaran juga akan dihantar dalam bilangan ganjil seperti lima, tujuh, sembilan kerana bilangan genap dikatakan akan membawa implikasi yang tidak baik. Hantaran dari pihak perempuan pula akan lebih daripada pihak lelaki. Adat Berinai Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat pada waktu malam. Peringkat pertama dikenali sebagai berinai curi. Biasanya proses ini diadakan tiga malam sebelum hari pernikahan untuk saudara mara terdekat sahaja yang hadir. Peringkat kedua dikenali sebagai berinai kecil. Pada malam kedua pula, biasanya diadakan dua malam sebelum hari pernikahan untuk jiran, saudara mara dan sahabat handai sahaja. Peringkat ketiga pula dikenali sebagai berinai besar. Secara umumnya, diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akad nikah untuk pada jemputan khas daripada pihak lelaki dan perempuan. Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki akan pulang terus ke rumahnya atau bermalam di rumah penanggak iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan. Akad nikah Akad nikah merupakan upacara kemuncak dalam perkahwinan Melayu ia dilakukan selepas segala perjanjian dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan hantaran lain yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Semasa upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Akad nikah biasanya dilakukan di masjid, ada juga di pejabat kadi ataupun di rumah pengantin perempuan. Pada hari tersebut, biasanya pengantin lelaki akan memakai baju melayu berwarna putih . Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tok kadi beserta dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya, tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seorang suami dan isteri .Saksi akan mengesahkan sama ada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki akan mengulanginya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Setelah selesai akad nikah, si suami akan menyarungkan cincin ke jari isteri sebagai tanda bahawa pasangan tersebut telah sah diijabkabulkan. 4

Persandingan Fasa terakhir ialah upacara persandingan. Pada waktu ini, pasangan pengantin akan diandam dan dihias rapi oleh mak andam. Upacara menyambut menantu oleh kedua keluarga akan disambut dengan meriah . Pihak kedua mempelai akan dipersilakan untuk menepung tawar pasangan pengantin di atas pelamin. Justeru itu, tidak hairanlah setiap majlis perkahwinan yang dilakukan mengikut adat menganggap pasangan pengantin sebagai ‘raja sehari’ oleh kebanyakkan masyarakat Melayu yang diamalkan sejak turun temurun.

5

CINA Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Merisik Masyarakat Cina kini lebih gemar mengadakan perbincangan di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan. Meminang Seorang wakil bagi pihak bakal pengantin lelaki akan dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Dalam adat meminang ini,ibu pengantin perempuan akan berbincang dengan wakil bagi pihak bakal pengantin lelaki tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan . Bertunang Masyarakat Cina menetapkan hari pertunangan berdasarkan kalendar Cina oleh tukang tilik dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan mengalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan diadakan.

6

Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Perkahwinan Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Masyarakat Cina pada masa itu, memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Seterusnya,dalam masyarakat Cina, pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama di atas pelamin. Selepas acara bersanding diadakan, pasangan pengantin ini akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing untuk memperkenalkan kepada keluarga dan saudara mara. Upacara meminum teh masih diamalkan.Tradisi masyarakat Cina ini yang melambangkan penerimaan pasangan pengantin di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.Pada sebelah malam pula iaitu jamuan makan yang diadakan secara besarbesaran.Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

7

INDIA Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Ia juga salah satu kaum yang menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari negara India. Kebanyakkan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaya sekitar abad ke 18 dan 19 dan kemuncak kemasukan mereka pada awal abad ke 20. Oleh itu, sejarah telah membuktikan bahawa kaum India juga tiba di Tanah Melayu sejak zaman Dinasti Chola. Kaum ini juga mempunyai suku kaum yang berlainan. Masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh bangsa India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Dengan ini telah jelas dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India mempunyai beberapa suku kaum dan proses perkahwinan mereka berbeza antara satu sama lain. Merisik Adat merisik adalah adat melihat pengantin perempuan. Hampir sama seperti adat orang Melayu, ia bertujuan untuk mengetahui status si gadis yang menjadi idaman si teruna sekaligus berkenalan dengan lebih rapat. Proses merisik biasanya diuruskan oleh pihak ibubapa si lelaki. Pada peringkat ini juga, masyarakat kaum India amat mementingkan beberapa aspek salah satunya adalah faktor etnik. Kaum India amat menitikberatkan kasta, tahap ekonomi dan status social seperti latar belakang dan umur si bakal pasangan mempelai. Ada kalanya, perkhidmatan orang tengah iaitu dikenali sebagai tirumana taraga diperlukan dalam proses ini. Berkunjung ke rumah pengantin Adat ini dilakukan selepas proses merisik. Jika merisik, ibubapa lelaki yang akan berkunjung ke rumah keluarga perempuan, dalam proses ni pengantin lelaki sendiri yang datang untuk melihat rupa paras si bakal isteri. Adat penyesuaian bakal pasangan mempelai dikenali sebagai Thirumanam Poruttam Paartal. Satu perkara yang istimewa dalam ajaran HIndu adalah tiada konsep penceraian. Dalam menentukan kesesuaian bakal pengantin, terdapat 21 aspek yang akan dipertimbangkan iaitu Gana Porutham di mana bakal pasangan pengantin akan dipadankan mengikut kesesuaian perangai. Seterusnya, Mahendra Porutham yang bermaksud kekayaan, anak-anak, panjang umur dan kesejahteraan. Aspek ketiga ialah Yoni Porutham iaitu keserasian dalam perkara seks. Selai itu, Rasi Porutham, Rajju Porutham, Rasi Athipathi Porutham, Stree Dheerkha Porutham, Vasiya Porutham dan Vedha Porutham. 8

Ikat janji (Niccayam) Selepas kedua-dua pihak telah bersetuju, pihak keluarga lelaki akan menghantar wakil dalam jumlah ganjil untuk pergi ke rumah keluarga perempuan dengan membawa kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada pihak perempuan tersebut. Bakal pengantin lelaki akan melafazkan ikat janji sebagai persetujuan untuk mengahwini si gadis dan perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada umum. Sebagai tanda ikatan janji tersebut, kedua-dua pihak bakal pengantin akan bertukar sirih pinang. Adat parisam Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dilakukan sebelum majlis hari perkahwinan manakala udan parisam pula pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama perkahwinan tetapi pada sebelah pagi iaitu sebelum majlis berlangsung. Parisam juga diumpamakan seperti majlis pertunangan di mana pihak pengantin lelaki akan memberi beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil kepada pengantin perempuan. Thaali / tjirumaangalyam Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang kesucian sebuah perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua mempelai. Segumpal benang putih yang telah disapu dengan kunyit diikatkan pada thaali. Terdapat beberapa jenis Thaali iaitu lingath Thaali, pottut Thaali dan tenant Thaali. Hal ini kerana, dalam kalangan masyarakat India terdapat beberapa suku kaum yang mempunyai adat dan tradisi yang tersendiri tetapi lebih kurang sama. Mukuurtta Kaal Kebiasaannya mukuurtta kaal diadakan 5 hari sebelum hari perkahwinan. Adat ini dilakukan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India. Syarat untuk melakukan adat ini adalah perlu mendapatkan sebatang pokok yang muda dan lurus yang telah ditebang, berukuran 2/3 meter dan mempunyai ukuran lilitan batang antara 20-30cm. Seterusnya, batang kayu tersebut diambil dan dibersihkan serta dibuang kulit. Sebagai contoh, 5 orang perempuan yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit yang telah dibancuh cair dan kumkum pada batang kayu dan pangkal hingga hujungnya. Selepas itu, hujung kayu akan diikat dengan daun ara/magga dengan menggunakan kain merah. Batang kayu tersebut akan dipacakkan ke tanah sedalam ½ meter dan bahan-bahan lain akan diletakkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang kekayaan. Kemudian, pengantin bersama-sama 5 orang perempuan yang sudah berkahwin tadi akan melakukan upacara sembahyang dengan menabur 9 jenis bijirin pada batang kayu dan lampu minyak akan dinyalakan. Pada masa

9

yang sama, pengantin akan berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai tanda persahabatan dengannya dan adat ini biasanya dilakukan di rumah pengantin lelaki. Upacara Perkahwinan Thirumanan bererti penyatuan anata pasangan suami isteri melalui perkahwinan. Dalam masyarakat India, terdapat 3 jenis perkahwinan iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam. Sesebuah majlis perkahwinan biasanya dimulakan dengan upacara niccayam iaitu ikat janji dengan memberi hadiah pakaian atau lain-lain.

10

2.0 TAHAP PERKEMBANGAN

BUDAYA MASYARAKAT MELAYU Kaum melayu adalah kumpulan etnik terbesar di Malaysia yang beragama islam dan mengamalkan kebudayaan melayu .bahasa penyampaian yang digunakan ialah bahasa melayu dan mempunyai keturunan melayu yang terkenal dengan peramah serta budaya seni mereka yang sangat kaya .disini terdapat budaya masyarakat melayu adalah perayaan keagamaan ,muzik/tarian , jenis pakaian , adat perkahwinan dan yang diamalkan sejak kini kerana ini adalah satu keunikan masyarakat melayu . Malah ia juga menjadi pakaian rasmi untuk negara malaysia, brunei, singapura, thailand dan indonesia. PAKAIAN MELAYU ( PEREMPUAN )

BAJU KURUNG\

Baju kurung adalah salah satu gaya pakaian masyarakat melayu yang tertua.bagi kaum melayu ,pakaian tradisional adalah satu kebanggaan mereka yang memakainya antara baju tradisioal melayu ialah pakaian cik siti wan kembang,baju kurung teluk belanga ,baju kebaya labuh baju riau atau pahang bagi wanita . Baju kurung ini dicipta dan dipopularkan oleh tun hassan temenggong iaitu putera bendahara seri maharaja tun mutahir, pada kesultanan melaka abad ke-15. Pada suatu ketika dahulu melaka adalah sebuah tempat pelabuhan dan pusat perdaganggan enterport .jadi ia menyaksikan ribuan pedagang daripada pelbagai negara seperti china ,india, timur tengah datang untuk berdagang .pada masa yang sama pelbagai gaya pemakaian ditampilkan . Sudah tentu gaya pemakaian baju kurung banyak dipengaruhi oleh para pedagang yang hadir .menurut sejarah melayu, sultan mansur shah adalah penguasa melaka yang keenam pernah melarang wanita melayu untuk berkemban atau 11

memakai kain sarung dari bahagian bawah dada kerana ia tidak menjaga identiti seorang wanita islam sejati pada ketika itu . Pemakaian ini juga berkait dengan ajaran islam yang sudah lama diamalkan sejak abad ke-12. Namun,setelah kedatangan islam di tanah melayu, masyarakat melayu mula mengubah cara pemakaiannya yang lebih menjaga diri dan menepati syariat islam . Lantaran itu , ditutupilah dada wanita pada setiap busana selepas itu .pakaian tersebut dinamakan ‘baju kurung’ dan sampai ke hari ini pakaian itu dipakai oleh wanita melayu malah juga bangsa lain boleh turut memakainya.baju kurung ini sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Secara umum , pakaian ini dibanggakan kerana menaikkan sifat kesopanan yang perlu ada pada wanita. Proses evolusi melayu mencapai tahap tertinggi semasa zaman kerajaan melayu melaka . Ia bermula dari istana-istana raja ,bangsa melayu peroleh kegemilangan sehingga kini warisan budaya nenek moyang kita tetap menjadi inspirasi dan kebanggaan kepada bangsa melayu . PAKAIAN MELAYU ( LELAKI )

BAJU MELAYU Sebelum kedatangan islam,pengaruh hindu-buddha masih berkuasa ke atas masyarakat melayu . Masyarakat tempatan pakaiannya sangat ringkas hanya menggunakan 2 helai kain iaitu kain di kepala yang diikat ringkas dan kain sarung dikilas atau kain sarung dijadikan cawat. Pada suatu tika dahulu baju melayu dikenali sebagai baju kurung,ia merujuk kepada pakaian lelaki dan wanita .baju melayu mula diperkenalkan oleh sultan muhammad syah (sultan ketiga yang memerintah melaka pada tahun 1424 hingga 1444). Pada masa itu baju kurung masih lagi direka dengan potongan sendat dan singkat. Bajunya berlengan tiga suku, malah ada juga yang tidak berlengan. Seluarnya pula pendek paras betis sahaja . 12

Mengikut sejarah melayu, tun hassan (semasa hidup pemerintahan sultan mahmud shah) adalah orang yang pertama yang mengubah bentuk baju melayu dengan melabuhkan baju melayu serta membesarkan dan memanjangkan pangkal tangan dan melabuhkan seluar sampai pangkal buku lali . Proses evolusi pakaian melayu mencapai tahap tertinggi pada zaman kerajaan melayu melaka. Bermula dari istana-istana raja,kemudiaannya baju melayu adalah menjadi pakaian harian ringkas bagi kebanyakan orang .Lagi-lagi bilamana menghadap sultan,sejurus itu tanah melayu makin berkembang baju melayu yang digunakan untuk lelaki . Secara umumnya ,baju melayu ini terdapat dua jenis iaitu baju melayu teluk belanga dan baju melayu cekak musang , yang membezakannya adalah cara jahitan pada leher baju tersebut. baju melayu teluk belanga biasanya digunakan di kawasan selatan malaysia.potongan pada lehernya dijahit secara sumalan . Baju melayu cekak musang pula lebih terkenal di kawasan tengah utara malaysia .potongan cekak musang iaitu pada bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan .

13

Perkembangan Pakaian Tradisional Masyarakat Cina di Malaysia Sejarah kehadiran kaum Cina bermula dengan berkembangnya Melaka sebagai pusat perdagangan, diikuti Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Kehadiran mereka ini membawa bersama adat resam, budaya dan corak pakaian tradisional yang kemudiannya disesuaikan dengan suasana tempatan. Busana klasik Cina iaitu Cheongsam atau disebut sebagai Changshan dalam bahasa Kantonis yang membawa maksud jubah panjang manakala Samfu yang disebut Sanku bererti baju (shan) dan seluar (ku) yang asalnya berlapis-lapis, sarat dengan sulaman benang emas dan sutera, kini masih boleh dilihat dengan diubahsuai mengikut peredaran masa dan kesesuaian. Jubah Labuh, Cheongsam, Baju Shanghai dan Samfoo kekal dipakai di dalam majlis dan upacara. Kebiasaannya masyarakat akan mengaitkan baju Cheongsam dengan wanita dan Samfu sebagai pakaian lelaki. Sebenarnya kedua-dua pakaian ini adalah unisex cuma berbeza dari segi reka bentuk sahaja.Cheongsam ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Cheongsam dipakai ketat dan berbelah di kiri dan kanannya kerana mengikut peredaran masa dan keadaan tempat. Baju yang dipakai oleh kaum lelaki pula dipanggil Tangzhuang iaitu baju Tang yang merujuk kepada China .

14

BUDAYA MASYARAKAT INDIA PAKAIAN MASYARAKAT INDIA (PEREMPUAN) Bagi pakaian untuk kaum wanita adalah sari. Sari merupakan sehelai kain yang tidak dijahit, berukuran sepanjang 4-9 meter. Secara umum, gaya yang biasa dilakukan ialah dengan membalut sari pada pinggang dengan hujung kain diletakkan di atas bahu bagi mendedahkan bahagian torso di pinggang. Biasanya sari dipakai dengan blaus yang dipanggil sebagai choli/ravika.

PAKAIAN MASYARAKAT INDIA (LELAKI) Jika pakaian bagi wanita adalah sari, bagi lelaki pula adalah kurta. Kurta merupakan pakaian tradisional lelaki India di majlis-majlis rasmi. Ia adalah kemeja panjang sampai paras lutut dan biasanya diperbuat daripada kain kapas/linen.

15

3.0 KESEPADUAN SOSIAL Kesepaduan sosial ialah asas penting dalam menjamin semua bangsa dalam malaysia berapa dalam keadaan aman dan harmoni. Ia merupakan asas utama kepada kestabilan masyarakat tanpa konflik .

Kesepaduan Sosial Dari Aspek Bahasa Negara kita,Malaysia telah memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan ,Bahasa rasmi,perhubungan sesuai dengan sejarah .Selepas pembentukan Malaysia 1963 ia merupakan cabaran ngara untuk pastikan integrasi nasional antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung Malaysia .Ketegangan politik berlaku dan menyebabkan ada pemimpin yang mengancam untuk keluar daripada Malaysia dan ia menjejaskan pembinaan sebuah negara bangsa . Sejak pada itu ,isu integrasi nasional , isu kesepaduan sosial turut mendapat perhatian pemimpin .Peristiwa rusuhan kaum berlaku pada tahun 1969,ia menyebabkan isu kesepaduan etnik Atau kesepaduan sosial bertambah mendesak.Untuk memewujudkan sebuah negara bangsa lihatlah dari segi politiknya,ekonomi,budaya dan dengan jati diri yang jelas . Kesepaduan sosial merujuk kepada kesatuan dan kepaduan hubungan dalam pelbagai etnik di negara ini sehingga wujudnya keharmonian dan keamanan. Di bawah Perkara 152, umpama membernarkan pengajaran dan pembelajaran bahasabahasa lain asalkan tidak dalam konteks kegunaan rasmi. Keterbukaan ini membuktikan tolenransi terhadap kaum lain tetapi wujud bagi menjamin rasa senang di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia dimana di Perkara 152 juga menyatakan bahawa tiada halangan dalam menggunakan bahasa Ibunda masyarakat yang pelbagai. Sebagai contoh masyarakat Cina dan india bebas menggunakan bahasa ibunda meraka dalam perbualan harian selagi mana ia tidak menggangu penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi. Ia jelas memaparkan sifat tolak ansur dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

16

Kesepaduan Sosial Dari Aspek Pendidikan A) Membangunkan sekolah kebangsaan • Dengan mewujudkan sekolah khusus untuk setiap etnik seperti Sekolah Kebangsaan Cina dan India, setelah menutup ruang untuk rakyat bersatu padu sejak kecil • Dengan mewujudkan Sekolah Kebangsaan telah memberikan peluabf kepada pelajar Cina dan India untuk belajae bersama-sama lalu memupuk semangat perpaduan dan nilai patriotik dalam diri pelajr. B) Aktiviti kokurikulum bagi semua kaum • Kakurikulum ialah suatu aktiviti pendidikan yang terkandung ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai- nilai penting yang dapat diserapkan kepada pelajar terutamanya untuk mengeratkan hubugan antara kaum. Hal ini demikian kerana aktiviti kokurikulum melibatkan semua pelajar untuk bergaul dan membentuk kumpulan tanpa memandang bangsa seseorang agar dapat meningkatkan perpaduan dan semangat patriotik dalam diri pelajar.

17

4.0 KEBUDAYAAN MERENTAS BANGSA DI MALAYSIA Kebudayaan merentas Bangsa dari Aspek Pemakanan Pada hari ini, masyarakat Cina menjual asam laksa ldan nasi lemak manakala masyarakat Melayu memakan kuew tiaw, yong tau foo dan capati. Masyarakat India pula makan makanan masyarakat Melayu dan Cina. Nasi lemak adalah contoh makanan masyarakat melayu yang dijadikan makanan kebangsaan Malaysia.Ia bukan sahaja makanan kegemaran masyarakat Melayu tetapi turut menjadi makanan kegemaran masyarakat Cina dan India. Nasi lemak dahulunya dihidangkan untuk sarapan pagi tetapi kini dijadikan hidangan tengah hari dan malam. Selain nasi lemak, terdapat juga makanan masyarakat India yang juga digemari oleh semua kaum di Malaysia seperti putu mayam dan capati. Putu mayam ialah sejenis makanan manis yang diperbuat daripada tepung beras yang dicampur air dan santan kelapa. Bagi masyarakat Cina pula bahan utama dalam masakan ialah bahan soya, cendawan, bunga lily, biji-bijan dan bahan lain. Bahan ini kemudiannya diolah dan digunakan cbersama rempah oleh Masyarakat Melayu. Resepi masakan orang Cina di negara kita berasal dari negara China. Lok-lok atau sate celup adalah satu-satu nya makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum Cina dan juga kaum lain di Malaysia.

Bagi masyarakat Cina pula bahan utama dalam masakan ialah bahan soya, cendawan, bunga lily, biji-bijan dan bahan lain. Bahan ini kemudiannya diolah dan digunakan bersama rempah oleh masyarakat Melayu.

18

PENUTUP Setiap kaum mempunyai identiti yang tersendiri yang unik dan istimewa. Hal ini telah memberikan aura yang positif kepada kebanyakkan rakyat Malaysia untuk saling mengenali dan memahami adat dan tradisi serta budaya sesebuah kaum. Sebagai contoh, ketika sebuah sekolah mengadakan majlis sambutan kemerdekaan, setiap pelajar akan diarahkan untuk memakai pakaian tradisional kaum masing-masing. Oleh itu, para pelajar akan didedahkan dengan gaya pemakaian, makanan tradisional pelbagai kaum. Bahkan dalam aktiviti seharian juga kita pasti akan bergaul dengan rakan dari bangsa lain. Hal ini akan menjadikan seseorang itu mahir dalam berkomunikasi menggunakan banyak bahasa. Walaubagaimanapun, sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain sangat penting kerana jika tersilap langkah, buruk padahnya. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

19

PEMBAHAGIAN TUGAS

Muka hadapan : - Logo Politeknik - Kod dan kursus - Nama tugasan - Tajuk - Nama ahli dan no pendaftaran - Sesi - Pensyarah pemeriksa

Norsharieyna Binti Ibrahim 25DDT21F1053

Isi dan keterangan : - Sistem perkahwinan melayu. - Tahap perkembangan aspek pakaian melayu. - Kesepaduan sosial aspek bahasa melayu . - Pembahagian tugas Rujukan

Isi dan keterangan : - Sistem perkahwinan india - Tahap perkembangan aspek pakaian india - Kesepaduan sosial aspek bahasa india. Kesimpulan .

Fara Insyirah Binti Hood 25DDT21F1174

Syafika Binti Ilmi

Pengenalan Isi dan keterangan : - Sistem perkahwinan cina. -Tahap perkembangan aspek pakaian cina . - Kesepaduan sosial aspek bahasa cina . - Kebudayaan merentas bangsa dari aspek pemakanan .

Syafika Binti Ilmi 25DDT21F1189

20

RUJUKAN

I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII.

http://adatperkahwinanindia.blogspot.com/ http://nadiaaryana.blogspot.com/2016/04/baju-perkahwinan-tradisional-india.html https://www.therakyatpost.com/trpbm/gaya-hidup/2022/05/27/ini-sejarah-pakaiantradisional-kaum-cina-yang-ramai-salah-faham/ https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.html http://pakaiantradisionalcina.blogspot.com/2015/03/1.html https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/cina.html https://www.therakyatpost.com/trpbm/gaya-hidup/2022/05/27/ini-sejarah-pakaiantradisional-kaum-cina-yang-ramai-salah-faham/ https://fliphtml5.com/ytynx/qeer/basic

BUKTI PERBINCANGAN

21

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.