kerja kursus geografi Flipbook PDF

Untitled document

88 downloads 120 Views

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ……………………………………………………………………………2 PENDAHULUAN …………………………………………………………………………….3 OBJEKTIF KAJIAN ………………………………………………………………………….4 KAWASAN KAJIAN …………………………………………………………………………4-6 PETA LAKAR ………………………………………………………………………………..7 TAFSIRAN PETA LAKAR ………………………………………………………………..7-8 KAEDAH KAJIAN …………………………………………………………………………...8 HASIL KAJIAN ……………………………………………………………………………..9 RUMUSAN …………………………………………………………………………………...9 RUJUKAN ……………………………………………………………………………………10 LAMPIRAN ………………………………………………………………………….............10

1

1.0 Penghargaan Kerja Kursus Geografi (KKG) ini telah berjaya disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama 3 hari. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini,banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Johari bin Bidin sebagai guru Geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Prima Sri Gombak,serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian padakali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada penjaga saya Encik Senthil Kumar serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkan kajian ini. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

2

2.0 Pendahuluan Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah kerja kursus Geografi yang wajib dijalankan oleh pelajar.Tajuk kerja kursus yang diberikan ialah Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di kawasan kajian. Pelajar telah diberi kebebasan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang dipilih sendiri.Saya telah memilih kawasan Prima Sri Gombak dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan kajian.Kawasan ini telah dipilih kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan tajuk kerjakursus yang diberikan iaitu terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan disini.Oleh yang demikian, ia memudahkan saya membuat kaji selidik dan pemerhatian di kawasan ini.Tempoh yang diberikan untuk menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini adalah selama 3 hari.Setiap pelajar menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap kajian dan laporan ini akan memberi manfaat dan faedah khususnya kepada saya serta rakan-rakan sekolah.

3

3.0 Objektif Kajian • Menyatakan kawasan kajian di Prima Sri Gombak dan Taman Sri Gombak. • Peta lakar kawasan Prima Sri Gombak dan Taman Sri Gombak. •Mentafsir peta lakar di kawasan Prima Sri Gombak dan Taman Sri Gombak.

4.0 Kajian Kawasan Kawasan kajian ini merupakan kawasan perumahan dan premis-premis perniagaan. Di kawasan petempatan Prima Sri Gombak ,terdapat empat jenis kawasan perumahan iaitu rumah teres berkembar dua, teres dua tingkat, dan apartment. Antara kegiatan ekonomi di kawasan ini ialah perniagaan peruncitan. Kegiatan ekonomi ini yang paling utama dijalankan dalam kalangan penduduk Prima Sri Gombak.Sebagai contohnya adalah: 1.KK supermarket

4

2.Seven-Eleven

3.Family mart

5

4.Elewsmart

Perniagaan peruncitan ini menjual barangan basah dan keperluan harian. Selain itu, terdapat juga perniagaan makan dan minum seperti dibawa balik dan perkhidmatan penghantaran makanan juga disediakan. Akhir sekali , perniagaan kedai gunting rambut juga terdapat di kawasan kajian saya ini. Sebagai contohnya Kedai Gunting Rambut. Perkhidmatan yang disediakan adalah perkhidmatan menggunting rambut, mencukur janggut dan jambang serta mencuci rambut.

6

4.1 Peta Lakar

5.0 Mentafsir Peta lakar di kawasan Bandar Sierra ini telah saya lukis berpandukan Peta Google Map Prima Sri Gombak yang telah saya ambil. Kawasan ini mempunyai empat jenis perumahan iaitu rumah teres berkembar dua, banglo, rumah teres dua tingkat, dan apartment. Semua kawasan perumahan ini terletak di kawasan Sri Gombak. 7

Selain itu, terdapat trek jogging yang disediakan oleh pihak pemaju perumahan berhampiran kawasan tasik. Taman Tasik Seri Gombak

6.0 Kaedah Kajian Saya menggunakan beberapa kaedah kajian untuk menyiapkan kajian ini. Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah lawatan dan pemerhatian di kawsan kajian iaitu di Taman Sri Gombak. Melalui kaedah ini, saya dapat memerhati dan mengambil gambar kawasan perumahan dan gambar bangunan-bangunan iaitu tempat kegiatan ekonomi dijalankan di kawasan Taman Sri Gombak.Kaedah kajian kedua yang saya gunakan ialah merujuk bahan sumber iaitu sumber internet daripada tiga laman sesawang dan tiga buah buku yang berkaitan dengan kerja lapangan Geografi ini. 8

7.0 Hasil Kajian Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di Prima Sri Gombak iaitu perniagaan peruncitan,kedai menggunting rambut, klinik, perniagaan farmasi, perniagaan dobi dan restoran. Perniagaan kedai makan merupakan perniagaan yang paling banyak terdapat di kawasan Prima sri Gombak kedai makan atau restoran untuk sarapan pagi atau makan tengah hari.

8.0 Rumusan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan ini memberikan kesan yang positif kepada penduduk kampung dan juga negatif kepada alam sekitar. Saya juga mendapati bahawa kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan perlu dijalankandengan cara yang terkawal agar ianya tidak menjejaskan alam sekitar.Saya berasa amat bangga dengan kegiatan ekonomi yang dijalankan di halaman saya iaitu,Taman Sri Gombak.Kawasan kajian saya yang juga merupakan tempat tinggal saya ini, berpotensi untuk lebih maju dari segi ekonomi pada masa akan datang. Saya juga berharap kemajuan kegiatan ekonomi di Prima Sri Gombak adalah seiring dengan usaha menjaga dan mengekalkan keindahan dan keseimbangan alam sekitar agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. 9

9.0 Rujukan 1. Responden: Johari bin Bidin(cikgu geografi) 2. Gambar-gambar di sekitar tapak kerja lapangan: Prima Sri Gombak dan Taman Sri Gombak 3. Laman Sesawang (Internet): •https://dokumen.tips/documents/contoh-folio-kegiatan-ekonom i-geografi.html • https://anyflip.com/zkxpf/unrv/basic

10.0 Lampiran

10

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.