Kertas-Kerja-Kelas-Abad-Ke-21 Flipbook PDF

KERTAS KERJA

98 downloads 121 Views 1MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMARAHAN ESTATE, SERIAN KERTAS CADANGAN KELAS ABAD KE 21


Pendahuluan : Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad ke 21 pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah pasti digunakan secara meluas. Ciri-ciri pelajar untuk abad ke 21 ialah pelajar perlu memiliki beberapa aspek tertentu. Di mana, pelajar abad ke 21 merupakan pelajar yang celik dari segala-galanya tidak kira dalam teknologi maklumat mahupun akademik. Di samping itu, para guru juga perlu beralih kepada beberapa aspek memandangkan proses pengajaran dan pembelajaran untuk abad ke 21 amat mencabar. Matlamat : Sumber pengetahuan utama abad ke 21 kelak merupakan sumber yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia, cekera padat dan corridorraya multimedia seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada abad ke-21 dibentuk sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Objektif : 1. Mewujudkan bilik darjah yang bermaklumat, bersih dan ceria. 2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk keselesanan murid melalui amalan pengajaran yang lebih efektif dan berkesan. 3. Menggalakkan murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 4. Membuka minda murid untuk mengaitkan soalan yang diberikan dengan situasi yang dekat dengan murid melalui capaian internet. Sasaran : 1. Semua guru SK Samarahan Estate 2. Semua murid SK Samarahan Estate 3. Komuniti setempat / ibu bapa dan penjaga


Pelaksanaan : Pelaksanaan kelas abad ke 21 ini meliputi 3 aspek utama iaitu keceriaan kelas, memperkasakan penggunaan peta pemikiran i-Think dan menaiktaraf kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di dalam bilik darjah. 1. Keceriaan Kelas Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Kelas abad ke 21 ini memberi penekanan khusus terhadap kelas yang bermaklumat dan kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Susun atur bagi kelas abad ke 21 mestilah mempunyai beberapa ciri yang penting, iaitu membolehkan pelajar terlibat secara aktif dengan PdP yang berlangsung, membina ruang autonomi pembelajaran dan mengoptimumkan ruang pembelajaran fizikal dengan ruang pembelajaran mental. 2. Memperkasakan Penggunaan Peta Pemikiran i-Think i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang telah dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara pada tahun 2014. Fokus di dalam program i-THINK adalah untuk membudayakan kemahiran berfikir melalui penggunaan alat berfikir, seterusnya guru digalakkan menggunakan penyoalan pelbagai aras (merujuk kepada Bloom's Revised Taxonomy) untuk membantu merangsang pemikiran murid.


RM700 = RM2100 Penutup : Perlu ditegaskan bahawa apapun bentuk reformasi kurikulum yang dianjurkan tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya secara individu sebaliknya pihak sekolah amat mengharapkan


kerjasama daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terutama dalam aspek kewangan dan khidmat nasihat. Diharapkan jalinan antara pihak sekolah dengan agensi-agensi luar dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid SK Samarahan Estate ke arah mencapai Sekolah Transformasi (TS25) dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat. Disediakan oleh : Disahkan oleh: ………………………………. ………………………………. MOHAMMAD BIN ATONG MOHAMMAD BIN ISMAIL PENOLONG KANAN 1 GURU BESAR


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.