Kesyukuran (Dayangku, Effy, Aimie) Flipbook PDF


105 downloads 121 Views 8MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

Koleksi Biblioterapi KESYUKURAN BUKAN KEBAHAGIAAN YANG MENDATANGKAN SYUKUR, TETAPI DENGAN BERSYUKURLAH KITA BAHAGIA...


Ini keluarga Izran. Izran mempunyai seorang ibu dan seorang ayah. Ibu Ayah Izran


Izran merupakan seorang kanak-kanak yang suka bermain permainan gajet.


Pada suatu hari, Izran dan keluarganya makan bersamasama di meja makan. Akan tetapi, Izran leka dengan permainan gajetnya sehingga menyebabkan dia tidak makan bersama dengan ibu dan ayahnya.


"Makan dulu Izran, nanti sambung main lagi" , kata ibunya dengan tegas. Lalu, Izran pun menyimpan gajetnya dengan perasaan marah kerana dia tidak dapat bermain gajetnya.


Disebabkan Izran terlalu mengikuti perasaan marahnya akibat tidak dapat bermain dengan gajetnya, maka, dia tidak dapat menghabiskan makanannya. Dia memberi alasan dia sudah kenyang kepada ibu dan ayahnya.


Selepas itu, Izran masuk ke dalam bilik tidurnya untuk menyambung bermain permainan gajetnya tanpa henti. Piu! Piu! Piu!


Keesokan paginya, ibu dan ayah Izran mengajak anaknya, Izran untuk berjoging dan bersiar-siar di taman perumahan mereka.


Namun begitu, Izran menolak ajakan ibu dan ayahnya dengan alasan ingin berada di dalam rumah sahaja. Tetapi hakikatnya, dia ingin menyambung bermain permainan gajetnya.


Setelah merasa bosan bermain bersendirian, Izran mengajak pula rakan-rakannya untuk datang ke rumahnya untuk bermain permainan gajet tanpa menghiraukan sedikitpun ajakan daripada ibu dan ayahnya untuk pergi berjoging.


S e b aik s a h aj a ib u d a n a y a h Iz r a n p u l a n g b e rj o gin g, k a w a n - k a w a n Izran pun balik kerana ibu bapa mereka telah memanggil mereka untuk pulang ke rumah. N a m u n b e git u, ib u d a n a y a h Izran sempat bertanya kepada salah seorang daripada mereka, "Buat apa tadi?". Lalu, Dania pun menjawab, "Izran ajak kami untuk bermain permainan gajet dengannya."


Masuk sahaja ke dalam rumah, ibu dan ayah Izran memarahinya kerana sanggup berbohong dan mengajak kawan-kawannya untuk bermain permainan gajet tetapi tidak mahu berjoging bersama dengan mereka.


Izran menangis teresak-esak lalu masuk ke bilik tidurnya kerana dia tidak pernah melihat ibu dan ayah memarahinya sedemikian rupa.


Apabila Izran selesai menangis, dia mengambil semula gajetnya untuk menyambung permainannya dan bermain sehingga lewat malam.


Keesokan paginya, Izran langsung tidak keluar dari biliknya menyebabkan ibu dan ayahnya risau dengan keadaan dirinya.


Lalu, ibu dan ayah Izran masuk ke dalam bilik Izran. Mereka terkejut melihat anak mereka berbungkus kesejukan dengan selimut, suhu badan Izran sangat panas.


Ibu dan ayah Izran terus membawanya ke hospital. Setibanya di hospital, doktor mengesahkan bahawa Izran demam dan kekurangan rehat. Doktor pun memberikan ubat untuk Izran makan.


Sampai sahaja di rumah, Izran meminta maaf kepada kedua ibu dan ayahnya kerana telah berbohong dan tidak mendengar kata mereka. Mereka pun memaafkan Izran dengan seikhlas hati.


Ayah Izran memberi nasihat kepadanya untuk menghabiskan makanan kerana tidak semua orang dapat menikmati makanan enak yang dimasak oleh ibunya.


Ibu Izran pula menasihatinya agar meluangkan masa bersama-sama keluarga kerana tidak semua kanakkanak dapat merasakan peluang untuk bersama dengan keluarga jika mereka tiada ibu bapa.


Lalu, Izran memeluk ibu dan ayahnya kerana dia sedar akan kesilapan yang dilakukan olehnya.


Mulai dari hari itu, Izran pun menikmati makanan yang dimasak oleh ibunya dan makan bersama-sama keluarganya tanpa menghiraukan gajetnya.


Ketagihan Izran terhadap permainan gajetnya sudahpun berkurang dan menyebabkan Izran berasa sangat gembira kerana telah meluangkan masa bersama-sama keluarganya yang tercinta.


INGATLAH... "Jangan sesekali berhenti mendengar nasihat, kerana hati akan buta apabila kehilangan nasihat."


Terima kasih...


SINOPSIS Buku ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Izran yang ketagih dengan permainan gajet sehingga menyebabkan dia leka dan tidak mengambil peduli akan nasihat ibu dan ayahnya. Pada suatu hari, Izran jatuh sakit sehingga menyebabkan dia sedar akan sikap tidak bersyukur yang dimiliki olehnya. Selepas daripada kejadian itu, Izran bertekad untuk menjadi seorang anak yang lebih baik dan mula mengambil peduli akan nasihat ibu dan ayahnya. Hakcipta Terpelihara MiEFA © 2022


BIODATA PENULIS DAYANGKU NURFARAHAIN BINTI AWANGKU SOPHIAN EFFY PRESILA PATRICK Dilahirkan pada 5 Oktober 2000 di Hospital Mukah, Sarawak. Menyambung pengajian dalam bidang Pengurusan Perpustakaan. Mempunyai minat dalam bidang penulisan buku cerita kanak-kanak. Dilahirkan pada 5 Disember 2000. Merupakan anak kelahiran negeri Sabah dan menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Mempunyai kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dalam bidang Sains Sosial.


IML606 CHILDREN'S LIBRARIANSHIP BIODATA PENULIS NUR AIMIE FARHANA BINTI ADIL Dilahirkan pada 23 Disember 2000, di Hospital kinabatangan, Sabah. Berpengalaman dalam mengendalikan program yang melibatkan kanak-kanak dan sedang meneruskan pengajian dalam Program Pengurusan Perpustakaan. Mempunyai minat dalam bidang pendidikan kanak-kanak.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.