Kumpulan 3 Teknologi Maklumat & Komunikasi Flipbook PDF


76 downloads 120 Views 5MB Size

Recommend Stories

Story Transcript

TEKNOLOGI Integrasi Teknologi dalam Pendidikan Pengaruh Perkembangan Teknologi terhadap Kesepaduan Kaum TEKNOLOGI DAN GOLONGAN REMAJA Edisi Terhad Mariam Sufiah . Natasha Zulkifli . Russel Lye . Hema Nair . Yoshini . Nur Maisarah . Verronica Teknologi Maklumat & Komunikasi Penggerak Kesepaduan Kaum


PEMODENAN TEKNOLOGI idang pertanian masa kini tidak lagi memerlukan tanah yang luas untuk menghasilkan product yang banyak. Teknologi pertanian modern seperti vertical farming atau dalam bahasanya pertaninan menegak dan juga teknologi hidroponic yang membantu dalam mengurangkan tenaga buruh dengan cara penggunaan air; serta dapat mengurangkan penggunaan ruang. Hal ini dapat membantu negara dalam mengurangkan jumlah ruang kepada kadar minimum serta dapat menghasilkan produk dalam kadar yang maximum. Seterusnya, penggunaan teknologi dalam pembinnan. Teknologi dapat membantu dalam pengurangan permasalahan dalam pembinaan dengan cara mengenalpasti masalah-masalah yang timbul dalam sesebuah projek. Teknologi juga dapat membantu dalam pemilihan kaedah serta bahan-bahan yang bakal digunakan secara pintas dan bermutu tinggi. Kecanggihan teknologi ini dapat menjimatkan masa pembinaan sesuatu projek. uatu sistem bagi memudahkan manusia dan kecanggihan teknologi ini membantu masyarakat dalam pelbagai aspek superti pertanian, pembinaan, pengangkutan, pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan lain-lain. S TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN KITA DEFINISI > B SEKTOR PERTANIAN & PEMBINAAN EKONOMI > ewujudan pengangkutan seperti komuter atau LRT menjadi pengangkutan berteknologi yang sudah menjadi kebiasaan pada penggunanya dan boleh dilihat di bandar-bandar pesat. Namun, pada masa kini pengunnaan Grab, Mycar serta Uber yang menggunakan teknologi dalam sistemnya sudah menjadi popular pada golongan ramai. Penggunaannya yang mudah, selamat, cepat dan juga tidak perlu mengeluarkan wang; telah memenangi hati khalayak ramai, dan ini semua atas sebab penggunaan teknologi. K KEMUDAHAN TEKNOLOGI TERKINI > T E K N O L O G I K I N I Penggunaan platform seperti Zoom, Skype dan Teams ketika pandemik Covid-19 melanda yang memaksa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); telah banyak membantu pelajar dan guru untuk meneruskan pembelajaran. Teknologi yang sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat kini dan penggunaan Google, WhatsApp, Maybank2u dan lain-lain sudah menjadi kegunaan harian dan suatu keperluan pada setiap individu dan hidup pada masa kini. Teknologi Kini | Halaman 2 Ol eh Ma ri am Sufi ah


Matlamat penting mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum adalah untuk membantu memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami kegunaan TMK. Ini kerana, pembelajaran bukan lagi fokus pada kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata tetapi kepada pengalaman, stimulasi dan kelainan dalam pembelajaran. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam pengajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Pengintegrasian teknologi dalam pendidikan dapat membentuk pembelajaran secara autentik yang mana pelajar diberi peluang belajar untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tugas dunia sebenar. INTEGRASI TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN onsep integrasi teknologi dalam pendidikan boleh didefinisikan sebagai pengintegrasian tanpa kelim antara pelbagai media dalam satu persekitaran digital bagi memenuhi tujuan persekitaran pembelajaran, reka bentuk kurikulum dan stail pembelajaran yang lain kepada pelajar. Dalam kata lainnya, integrasi bermaksud penyatuan beberapa bahagian yang berlainan untuk membentuk perkara baru. Ini melibatkan penggunaan alat teknologi seperti computer riba, telefon bimbit, “tablet” serta pelbagai perisian termasuklah internet dengan strategi pengajaran untuk meningkatkan kefahaman dan pembelajaran pelajar pada era moden ini. Pengajaran berintegrasikan komputer ialah salah satu langkah untuk menggantikan teknik pengajaran tradisional sebelum ini yang mana melibatkan penggunaan buku teks dan pengarajan secara kelas sahaja. Kejayaan negara yang bertitik-tolak dari pembentukan modal insan yang cemerlang sentiasa berkait rapat dengan kejayaan dalam bidang pendidikan T E K N O L O G I K I N I PEMODENAN TEKNOLOGI Teknologi Kini | Halaman 3 K Ol eh Na t a sha Zul k ifl i & Ve rroni c a


enggunaan teknologi dalam sistem pendidikan telah banyak membantu pelajar dan guru. Kelebihan kegunaan TMK dalam pengajaran ialah ini dapat meningkatkan motivasi pelajar dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mencabar kreativiti pelajar untuk berfikir secara berbeza. Penggunaan pelbagai media dapat merangsangkan deria-deria pelajar dan ini boleh meningkatkan imaginasi pelajar di mana mereka juga dapat mengulangi pembelajaran sekerap yang diperlukan. Seterusnya, penggunaan TMK berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran dan pelajar juga boleh mengakses maklumat yang sukar diperolehi atau tiada dalam buku teks. Kegunaan TMK juga ada kelemahannya iaitu semua teknologi ini memerlukan kos yang tinggi dan ada segelintir masyarakat tidak berupaya untuk memiliki alat-alat teknologi yang terkini bagi membantu mereka dalam pembelajaran tersebut. Jenis pengajaran moden ini memerlukan guru yang berkemahiran dalam bahan atau perisian teknologi, fleksibel dan bersedia menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Kadang-kala segelintir guru menolak perubahan ini dan lebih suka dengan pengajaran tradisional iaitu menggunkan buku teks. Penggunaan TMK ini juga memerlukan masa yang banyak untuk penyediaannya dan tidak semua guru mempunyai masa untuk merancang pengajaran ini. Penggunaan e-book dapat membantu pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli buku fizikal kerana harganya yang mahal. P Teknologi Kini | Halaman 4


By Nur Ma i s a r ah & Yoshini T E K N O L O G I K I N I TEKNOLOGI DAN GOLONGAN REMAJA Teknologi Kini | Halaman 5 A pabila pandemik COVID-19 berlaku pada awal tahun 2020, norma kehidupan manusia telah banyak berubah dan ini juga telah menjejaskan kehidupan remaja yang sepatutnya banyak dihabiskan di sekolah bersama rakan-rakan sebaya tetapi sebaliknya terpaksa terperap di rumah akibat sekatan pergerakan. Pelbagai aktiviti luar terpaksa dilupakan dan masa remaja lebih diluangkan di rumah. Keperluan pembelajaran dan pengajaran ditukar kepada “online learning” yang didampingi pelbagai peranti TMK seperti komputer riba dan telefon bimbit hampir setiap masa. Oleh itu, lebih ramai remaja setidaknya perlu ada telefon bimbit untuk meneruskan pembelajaran dan fenomena ini juga berlangsung kepada para remaja untuk memiliki “kebebasan sosial” tersendiri. Selain mengikuti pembelajaran, para remaja bebas menggunakan peranti TMK bagi pelbagai tujuan seperti menonton video, melayari sosial media, bermain games dan sebagainya. Antara platform sosial media yang popular adalah seperti Instagram, TikTok, Facebook, Youtube, WhatsApp, Twitter dan Snapchat. Oleh itu, kehidupan para remaja banyak merangkumi dalam penggunaan sosial media dan kita tidak dapat menafikan kewujudan pelbagai kesan negative media sosial kepada para remaja. Tempoh penggunaan internet dalam sehari adalah melebihi 8 jam telah pun meningkat kepada 11.5 peratus pada 2020 berbanding 8.1 peratus saja pada 2018. Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam mengehadkan tempoh waktu penggunaan serta melihat kandungan popular yang dilayari oleh anak mereka supaya mengetahui trend penggunaan peranti pintar sekali gus mengelakkan akses kepada kandungan tidak sepatutnya (Hassan, 2022).


REMAJA DAN SOSIAL MEDIA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN ecara umumnya sosial media banyak memberi kelebihan kepada remaja dari pelbagai aspek sebagai contoh, pembelajaran yang bersifat terbuka, akses maklumat yang luas dan pantas, membina keyakinan diri untuk meneroka bidang lain dan kreativiti masing-masing dan juga membina perhubungan persahabatan mereka dengan rakanrakan baharu dari seluruh dunia yang mempunyai minat yang sama dan memiliki aura yang positif. Melalui penerokaan media sosial, remaja boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif dengan menghubungkan kandungan pembelajaran formal di sekolah dengan pelbagai input sokongan dari media sosial. Media sosial juga berkemampuan untuk remaja berekspresi dan lebih menonjolkan diri secara langsung dengan khalayak maya. Remaja dan sosial media sememangnya tidak dapat dipisahkan pada zaman sekarang kerana kebanyakkannya merangkumi menggunakan telefon bimbit dan tanpa teknologi ini, hampir semua akan merasa gelisah kerana tidak tahu ingin berbuat apa. Jadi, ibu bapa haruslah mengontrol atau menghadkan kegunaan telefon bimbit dan mendidik mereka untuk lebih bertanggungjawab dan bijak menggunakan alatalat teknologi tersebut. Teknologi Kini | Halaman 6 P


T E K N O L O G I K I N I PEMODENAN TEKNOLOGI KEMAJUAN MEDIA SOSIAL SEDIKIT SEBANYAK MEMPENGARUHI DAN MENJEJASKAN PERPADUAN SERTA KEHARMONIAN DI MALAYSIA. Teknologi Kini | Halaman 7 PENGARUH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERHADAP KESEPADUAN KAUM


emecahbelahkan perpaduan antara kaum dengan menyebarkan berita palsu yang akhirnya mewujudkan prejudis dalam kalangan rakyat. Selain itu, masyarakat hari ini terlalu taksub dengan paparan skrin telefon menyebabkan mereka terlupa bagaimana cara untuk membuat penilaian baik atau buruk sesuatu perkara yang tersebar di alam maya. Pada pendapat saya, kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan supaya maklumat atau perkara tidak benar tidak tersebar tanpa kawalan. Setiap kebebasan itu ada hadnya. punca kepada ketegangan antara kaum di negara ini adalah kerana kurangnya komunikasi berkualiti antara masyarakat. Sebagai contoh, kita sering menggunakan Facebook tetapi tidak saling bersemuka. Kita tidak boleh salahkan teknologi semata-mata kerana ia akan terus berkembang mengikut peredaran zaman tetapi manusia kini gagal mengimbanginya dalam kehidupan harian. Malaysia ini diibaratkan sebagai sebuah kapal di mana anak kapal itu terdiri daripada pelbagai kaum dan jika isu perkauman terus disemarakkan, rakyat saling bergaduh ia akan karam. KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SEPATUTNYA DIGUNAKAN KE ARAH KEBAIKAN Ol eh Hema Na ir & Rus s e l Ly e M Teknologi Kini | Halaman 8


PENGARUH MEDIA SOSIAL MENJADI ANCAMAN BAHARU PERPADUAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM engaruh media sosial menjadi ancaman baharu perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini berikutan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk menyebarkan cerita tidak benar yang boleh menjejaskan keharmonian. Pihak-pihak menggunakan media sosial perlu berhenti berkongsi cerita yang tidak disahkan kebenarannya kerana ia hanya membuatkan masyarakat berpecah-belah. Masyarakat dan kaum tidak boleh tunduk dan terpengaruh dengan ideologi yang bertujuan menyemai kebencian dan syak wasangka antara kaum dan budaya di negeri dan negara ini kerana keadaan itu hanya mensia-siakan pengorbanan orang yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara. Ahli-ahli politik juga tidak seharusnya sengaja mengapi-apikan isu perkauman di sosial media hanya semata-mata ingin menarik perhatian. Oleh itu, rakya perlu memberikan kerjasama dan melaporkan kandungan berbaur perkauman di media sosial kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Teknologi Kini | Halaman 9 P


emodenan teknologi-teknologi ini sudah banyak menyumbang kepada perubahan kehidupan manusia kini mahupun dari segi negatif dan positifnya. Walaupun begitu, semua hal di dunia ini sudah pasti ada keburukkan dan kebaikkan, hanya perbezaanya ialah bagaimana setiap individu memanfaatkan kelebihan ini untuk memperbaiki diri dan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Usaha kerajaan dalam melaksanakan Pendidikan berteraskan teknologi seperti program internet untuk sekolah bestari serta menggalakkan penceburan teknologi maklumat dalam setiap industri ekonomi dalam negara. Dari usaha pendedahan pengajaran dan pendidikan awal yang berteraskan teknologi, remaja dapat memanfaatkan TMK dan lebih bertanggungjawab dalam penggunaan internet seperti mempelajari etika dalam teknologi. Setidaknya, generasi muda boleh membezakan mana yang baik dan buruk supaya isu-isu seperti siber buli dan isu perkauman dapat dikurangkan. Oleh itu, pentingnya keselarian dalam kecanggihan teknologi dan pendidikan pada golongan remaja atau generasi muda kerana ini juga akan memberi impak kepada kemajuan masyarakat dan negara. T E K N O L O G I K I N I K Teknologi Kini | Halaman 10 PEMODENAN TEKNOLOGI


0 156 9378 4280 911 2 VOLUME 1 "TECHNOLOGY IS BEST WHEN IT BRINGS PEOPLE TOGETHER" Matt Mullenweg Majalah Terbitan OKRA | 2023 All rights reserved


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.