LAPORAN BERTULIS EMAJALAH (KUMPULAN 8) Flipbook PDF

TAJUK: MAKANAN TRADISIONAL

72 downloads 113 Views 15MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

SADN1033 PENGAJIAN KEWARGANEGARAAN MALAYSIA SEMESTER PERTAMA 2022/2023 (A221) KUMPULAN 8 NAMA TUGASAN: LAPORAN BERTULIS : MAKANAN TRADISIONAL DISEDIAKAN KEPADA: DR. SITI ALWIYAH BINTI MANSOR DISEDIAKAN OLEH: 1: AMIRAH AFIQAH BINTI SULAIMAN (295580) 2:MUHAMMAD KAMIL BIN SAPIAI (295524) 3. UMAIRAH BINTI AZMAN (295674) 4. SHAKILA HUSNA BINTI SAIFFUL AKMAL (295658) 5. DANISH SALIKIN BIN MOHAMMAD (295501) 6: NUR HANNAN BINTI KASIM @ OTHMAN (295560) 7:NIK NURFARISYA ELYANI BINTI SOHAINI (295483) 8: MUHAMMAD AZRI BIN AZRIN (295679) 9:MUHAMMAD HOSAIN BIN ABDULLAH (295469) 10: MUHAMMAD ZHAFRAN ADLY BIN MOHD RAZALI (295624) TARIKH SERAHAN : 12 JANUARI 2023


JADUAL ISI KANDUNGAN 1. JADUAL ISI KANDUNGAN……………………………………………………………………….2 2. PENGENALAN……………………………………………………………………………………. 3 3. LATAR BELAKANG KAJIAN……………………………………………………………………...5 4. OBJEKTIF KAJIAN……………………………………………………………………………….. 7 5. METODOLOGI KAJIAN………………………………………………………………………….. 8 6. TEKS UTAMA/ISI- ISI PERBINCANGAN………………………………………………………. 9 6.1 MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN….. 9 6.1.1 MELAYU…………………………………………………………………………………….9 6.1.2 CINA………………………………………………………………………………………. 11 6.1.3 INDIA………………………………………………………………………………………14 6.1.4 LAIN-LAIN (BUGIS).................................................................................................16 6.2 ASPEK UTAMA DALAM PENYEDIAAN SESUATU MAKANAN BAGI SETIAP KAUM..18 6.2.1 NASI LEMAK (KAUM MELAYU)............................................................................. 18 6.2.2 KUIH BULAN (KAUM CINA)................................................................................... 21 6.2.3 PUTU MAYAM (KAUM INDIA)................................................................................ 24 6.2.4 BURASAK (KAUM BUGIS)..................................................................................... 27 6.3 PENGARUH MAKANAN SESUATU MASYARAKAT DALAM SESUATU KAUM………..29 7. REFLEKSI PELAJAR (KESELURUHAN).......................................................................... 31 8. KESIMPULAN…………………………………………………………………………………….35 9. RUJUKAN…………………………………………………………………………………………37 2


PENGENALAN Malaysia merupakan negara bersepadu dengan pelbagai etnik mendiami di dalamnya. Kepelbagaian masyarakat serta adat telah menjadikan Malaysia sebagai bumi yang makmur dan kaya dengan pelbagai budaya. Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan bangsa seperti Melayu, Cina, India, Sikh, Kadazan-Dusun, Murut dan lain-lain, sudah tentu Malaysia juga mempunyai kepelbagaian pada makanannya sama ada hidangan ruji, kuih-muih mahupun pencuci mulut. Hal ini juga menjadikan Malaysia amat terkenal di kalangan pelancong luar. Perkara ini dapat dibuktikan dengan jumlah video ‘Vlog’ menerusi perantaraan media sosial seperti Youtube, Tiktok dan Instagram. Makanan tradisional merupakan makanan yang telah wujud sejak dahulu kala telah diwarisi oleh nenek moyang sehingga ke hari ini. Setiap makanan ada keunikan dan nilainya tersendiri. Sebagai contoh, ambuyat yang berasal dari Sabah tersebut, hanya diperbuat daripada tepung sagu tetapi mampu membuat orang ketagih memakannya. Modal insan yang berjati diri kebangsaan dan patriotik dapat dilahirkan dengan adanya industri makanan di Malaysia ini. Adat serta warisan budaya yang diwarisi dari generasi ke generasi oleh nenek moyang masyarakat majmuk turut diselitkan dalam elemen penyediaan dan tekstur rasa makanan tradisional hingga ke hari ini. Makanan tradisional adalah elemen yang vital dalam melambangkan identiti dan keunikan sesuatu budaya dan bangsa terutamanya dalam konteks masyarakat Malaysia. Sekiranya golongan muda di Malaysia sedar tentang perbezaan budaya yang membentuk masyarakat mereka, tidak akan hilang budaya dan adat tradisi dalam masyarakat berbilang kaum. Makanan tradisional ialah pelbagai jenis makanan yang lazat dan berperisa yang digabungkan daripada pelbagai sumber tempatan dan antarabangsa. Makanan ini digabungkan untuk mencipta pelbagai variasi perisa dan gaya, yang semuanya bagus untuk dimakan dan seimbang dari segi nutrien. Teknik penyediaan yang digunakan untuk membuat makanan tradisional adalah berbeza-beza, daripada membakar, memanggang, mengukus dan menumis. 3


Makanan tradisional asalnya juga dipengaruhi oleh makanan harian sesuatu masyarakat seterusnya berkait dengan sistem sosial dan budaya daripada pelbagai kaum dan etnik di seluruh Malaysia. Kebiasaannya, sesuatu makanan tradisi tersebut digemari kerana tekstur, rasa, serta aromanya yang unik dan sesuai dengan selera komuniti dan masyarakat setempat. 4


LATAR BELAKANG KAJIAN Makanan tradisional boleh dikatakan sebagai pengikat tradisi antara satu kaum dengan kaum yang lain. Sepertimana yang kita tahu, Malaysia merupakan negara yang memegang teguh tonggak asal hidup berbilang-bangsa supaya suasana harmoni dapat dikekalkan dari generasi ke generasi. Malaysia juga sangat terkenal dengan makanan yang unik dan enak bukan sahaja kepada masyarakat, malah pelancong luar juga turut menggemari makanan tradisional Malaysia. Marcapada ini, makanan tradisional masih dan amat relevan dengan suatu masyarakat dan tradisi. Namun, kita juga tidak lari dari scenario makanan tradisional dan asli telah banyak diubah seiring peredaran zaman dan perkembangan arus ‘trend’ selera terkini. Pelbagai makanan tradisional telah diolah oleh sesetengah individu mengikut kreativiti sendiri dengan mempelbagaikan resepi asal yang membuatkan resepi sebenar semakin memudar dan kurang digemari dalam kalangan anak muda terutamanya berbanding resepi terkini. Contohnya, kuih popia goreng atau pedas yang asalnya berintikan sayur-sayuran telah di pelbagaikan dengan diolah dengan berintikan perisa ‘Carbonara’ keju. Bukan itu sahaja, lambakan kedai selera barat dan Thailand yang berlumba-lumba berniaga pada waktu malam bagai cendawan tumbuh selepas hujan telah menyebabkan masyarakat Malaysia dinormalisasikan bahawa makanan tradisional seperti asam pedas tidak sesuai dimakan pada waktu tersebut. Walaupun kebanyakan makanan tradisional tampak sebati di mata masyarakat, namun terdapat juga makanan tradisional yang jarang kita dengar. Hal ini demikian kerana, makanan tersebut kurang diperkenalkan dan mungkin proses pembuatannya yang dianggap leceh menyebabkan kurang pewaris resepi yang ingin meneruskan perjuangan usaha mempopularkan makanan tradisional tersebut di mata dunia. Antaranya adalah, botok-botok, sup gamat dan ikan bakar tanah liat. Arus pemodenan telah memberi impak dalam banyak perkara termasuk penghasilan makanan tradisional seperti ikan bakar. Dahulu, dalam penghasilan ikan bakar, ikan akan dibalut dan dibakar dengan tanah liat, namun sekarang lebih mudah dan pantas dimasak dengan hanya menggunakan kertas aluminium sahaja. Keaslian dalam mencari individu yang masih mengamalkan cara membakar tradisional yang sama pada hari ini adalah sangat sukar, namun pembuatan makanan ini masih dipraktikkan 5


oleh penduduk Kampung Ujung Batu, Bintong, Perlis. Tanah yang digunakan untuk membalut ikan tersebut adalah tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga. Perkara-perkara begini haruslah diperbetulkan sejak dari akar umbi lagi. Antara usaha dan solusi yang boleh dilaksanakan adalah, semua pihak haruslah memperbanyak promosi kedai yang menghidangkan menu makanan tradisional supaya dapat memupuk kesedaran secara maksima mengenai keunikan makanan tradisional Malaysia untuk generasi kini sekaligus negara Malaysia akan dikenali di persada dunia. Selain itu, bagi memastikan legasi makanan tradisional dapat diteruskan, satu badan khas perlu diwujudkan bagi memantau semua jenis makanan asli di negara ini bagi mengekalkan keasliannya. Seperti yang diaplikasikan di Jepun, Perancis dan Thailand. 6


OBJEKTIF KAJIAN Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa objektif yang telah kami capai. Antaranya ialah, dapat memperkenalkan makanan tradisional yang terdiri dari pelbagai etnik dan keunikan makanan kaum tersendiri kepada negara lain. Selain itu dapat mengetahui lebih mendalam tentang cara pembuatan makanan tradisional ini. Makanan tradisional adalah makanan dan minuman dengan citarasa khas yang biasa diamalkan oleh masyarakat tertentu. Oleh sebab ini, kita dapat memperkenalkan keunikan kepelbagaian citarasa dalam masyarakat Malaysia. Seterusnya, kita juga dapat mengetahui bagaimana dan sebab nama makanan itu diberi. Menurut Jabatan Warisan Negara (2016) di dalam laman rasminya telah menyatakan masyarakat majmuk di Malaysia telah menyumbang penghasilan pelbagai jenis masakan warisan yang menonjolkan kekreatifan di samping kesenian seperti teknik pembuatan, pembungkusan dan penyajian makanan. Di samping itu, kita sebagai rakyat memainkan peranan untuk memastikan makanan tradisional ini kekal relevan dan sentiasa di gemari oleh generasi yang akan datang agar kita tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Dengan berbuat demikian, penduduk dapat memupuk perpaduan antara kaum untuk menghargai pelbagai citarasa melalui variasi makanan tradisional di Malaysia. Bukan itu sahaja, kita juga boleh menggalakkan makanan tradisional juga sebagai sumber pendapatan. Contohnya, seorang individu itu mempunyai kemahiran dalam menyediakan makanan tradisional ini, dia boleh mengambil peluang tersebut untuk menjual makanan tradisional kerana tidak semua individu yang mengetahui cara untuk membuat makanan tradisional ini. Hal ini akan menjamin pendapatan perniagaan kepada individu tersebut. Banyak manfaat yang dapat kita perolehi sekiranya kita bijak mengambil peluang memajukan perniagaan makanan tradisional ini. Salah satunya ialah kita dapat meningkatkan ekonomi perniagaan masyarakat malaysia dan dapat menaikkan nama negara di mata dunia. 7


METODOLOGI KAJIAN Metodologi merupakan salah satu inisiatif untuk mendapatkan dan menyusun setiap maklumat yang diperolehi dengan situasi dan keadaan yang telah ditetapkan. Penyelidikan yang telah ditetapkan dilakukan dengan mengikut cara-cara tertentu. Penyelidikan dilakukan dengan mengikut cara-cara tertentu yang telah diatur bagi menghasilkan maklumat-maklumat berkualiti masa kini. Secara menyeluruh metodologi merupakan satu kaedah atau cara yang dapat mengawal maklumat yang telah diperolehi bagi sebuah penyelidikan. i) Penulisan saintifik. Kajian daripada perpustakaan dan laman web rujukan merupakan pendekatan penting bagi kami untuk mengumpul data- data yang diperlukan untuk memahami tentang konsep dan kriteria melibatkan kajian berorientasikan dokumentasi, iaitu satucara pengambilan data dengan cara meneliti dokumen-dokumen yang ada hubungan dengan masalah yang dikaji. Metode ini digunakan dengan merujuk kepada buku-buku, artikel-artikel dan bahan bertulis. Pengkaji telah merujuk data-data dari sumber primer tanpa mengenepikan data berbentuk sekunder. ii) Refleksi pelajar. Kaedah ini digunakan daripada pendapat pelajar itu sendiri setelah menyelesaikan tugasan yang telah diberikan melalui hasil rujukan dan laporan. 8


TEKS UTAMA/ISI- ISI PERBINCANGAN MAKANAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU, CINA, INDIA DAN LAIN-LAIN. MELAYU Makanan tradisional adalah salah satu identiti suatu bangsa yang dapat mewujudkan keindahan dan kepelbagaian bangsa di negara Malaysia. Dengan ini, kita dapat mengetahui dan juga menghargai asal usul kita dengan menghidangkan makanan-makanan tradisi ini di majlis perayaan atau majlis keramaian. Antara makanan tradisional masyarakat Melayu yang sangat masyhur dan dominan di Malaysia ialah lemang, ketupat dan rendang. Lemang adalah makanan yang berasaskan beras pulut, garam dan santan yang dimasak di dalam buluh. Lemang kebiasaannya dinikmati bersama air gula melaka, tetapi juga enak dimakan bersama serunding dan rendang ayam atau daging yang boleh dikatakan wajib dihidangkan pada hari raya. Bahan-bahan seperti beras pulut, santan dan garam dimasak bersama daun pisang sebagai pelapik beras pulut di dalam buluh untuk mengelakkan daripada santan kelapa bocor keluar. Daun pisang yang tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua akan memberi aroma yang menyelerakan untuk dinikmati. Kesemua bahan ini dimasak di dalam buluh yang tebal dan besar agar tidak mudah pecah ketika dibakar dengan kayu api yang memerlukan masa kira-kira 4 hingga 5 jam. Lemang hendaklah sentiasa dibalik-balikkan semasa membakar supaya lemang tidak masak separuh dan rentung. Lemang yang pada asalnya dahulu hanya makanan tersohor di Negeri Sembilan dan kini lemang menjadi juadah wajib di setiap perayaan dan salah satu makanan masyhur kaum Melayu dan dikenali oleh semua masyarakat. Tetapi pada hari ini lemang juga sangat mudah didapati di pasar pagi, pasar tani dan sudah ada di kedai makan seperti kedai makan Lemang To’ Ki yang boleh didapati pada setiap hari. Seterusnya, ketupat juga adalah juadah atau makanan yang sangat signifikan diantara masyarakat kaum Melayu. Ketupat mempunyai dua jenis yang paling popular di Malaysia iaitu ketupat palas dan ketupat nasi. Ketupat palas menggunakan bahan seperti beras pulut, santan, gula dan garam lalu dibungkus dengan menggunakan daun palas. Ketupat palas ini boleh dimasak dengan cara kukus atau rebus kira-kira 1 jam hingga 1 setengah jam. Tetapi 9


sebelumnya, beras pulut hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dan rendam selama 12 jam. Setelah itu, ketupat siap dan boleh dinikmati bersama rendang juga air gula melaka. Ketupat palas sendiri mempunyai pelbagai jenis seperti ketupat lemak, ketupat kacang dan ketupat serunding. Ketupat nasi pula, memerlukan bahan seperti beras nasi, santan dan garam yang dibalut dengan daun kelapa muda. Cara memasak nya lebih kurang sama sahaja dengan ketupat palas iaitu dengan cara rebus atau kukus. Ketupat nasi ini juga turut dikenali sebagai nasi impit yang turut dinikmati dengan kuah lontong yang terkenal di Johor. Selain itu, rendang merupakan makanan yang wajib dihidangkan setiap kali perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha kerana rendang adalah juadah yang sangat sesuai dimakan bersama lemang dan ketupat. Rendang di Malaysia bukan hanya tertumpu kepada rendang ayam dan rendang daging sahaja, malah terdapat pelbagai jenis rendang yang dimasak mengikut cara negeri tersendiri. Sebagai contoh rendang Tok daripada negeri Perak manakala rendang itik dan rendang kerbau adalah daripada Negeri Sembilan. Cara memasak satu-satu rendang itu mungkin agak berlainan dan memakan masa yang agak lama tetapi yang pastinya, makanan tradisional ini tidak kurang enak dan khasiatnya kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan yang berasaskan daun-daun kayu dan daun pucuk ubi. 10


CINA Pada abad ke-15, apabila Laksamana Cina Yin Ching Cheng berhenti di Melaka dalam perjalanannya ke barat, masakan tradisional Cina mula-mula memberi kesan di sana. Tradisi dan kepercayaan orang Cina telah dibawa oleh Laksamana Cheng. Namun begitu, amalan ini telah memberi kesan kepada masyarakat Malaysia sekurang-kurangnya seawal abad ke-18. Kacang soya, bijan, cendawan, dan sebagainya adalah antara makanan ruji masakan tradisional Cina. Rempah-rempah seperti ketumbar, kayu manis, dan jintan manis ditambah semasa proses memasak. China mempunyai reputasi untuk mempunyai beberapa masakan terbaik dunia, dan masakan Cina tidak terkecuali. Kuih bakul, atau kuih Tahun Baru, adalah salah satu hidangan tradisional Cina yang paling terkenal di Malaysia. "Pastri" tradisional dengan konsistensi dodol, dihasilkan daripada tepung melekit. Walaupun ia bukan hidangan khas Tahun Baru Cina, kek ini sentiasa menjadi tarikan di mana-mana pihak. Istilah Cina "Nian Go" adalah alternatif biasa. Kek bakul ini mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk dibakar dengan betul. Gula merah dan gula putih dilarutkan dalam air panas dan campuran gula yang terhasil disejukkan untuk melengkapkan proses pembuatan. Sementara itu, buat besen tepung beras. Tepung beras ketan kemudian dicampur dengan larutan gula. Langkah seterusnya ialah masukkan sebatian ke dalam periuk dan kacau sentiasa sehingga ia pekat. Daun pisang boleh digunakan untuk melapik loyang dan boleh digunakan sebagai bekas untuk kemudian. Kemudian, anda hanya perlu mendidihkan air di dalam pengukus, kecilkan api, dan tuang adunan tadi ke dalam kuali yang telah disediakan untuk mengukus seketika, sehingga habis. Untuk hasil terbaik, gunakan air mendidih dan penutup yang disalut dengan beberapa lapisan linen untuk mengelakkan wap daripada meresap ke dalam kek. Selain itu, dim sum ialah sejenis makanan Cina yang terdiri daripada beberapa hidangan kecil dan sering dihidangkan bersama teh Cina. Minum teh sambil makan dim sum adalah amalan budaya biasa. Istilah "Yum Cha," yang secara literal diterjemahkan kepada "minum teh," merangkumi pengalaman Kantonis di China. Kantonis di selatan China ialah pencipta asal dim sum. Biasanya, ia dihidangkan dalam pengukus kecil atau di atas pinggan. Daging, ikan, sayur-sayuran, gula-gula dan buah-buahan adalah semua bahan biasa dalam hidangan bersaiz gigitan ini. 11


Kemudian ada makanan, seperti char kuey teow, yang memerlukan panas untuk disediakan. Kuey teow, kicap, sos, cili, udang, kerang, telur, kucai, taugeh dan pelbagai bahan lain digoreng bersama pada api yang tinggi untuk mencipta masakan asli Cina ini. Ia telah lama menjadi sumber pendapatan tambahan kepada petani dan nelayan. Nasi ayam Hainan, satu lagi jenis masakan Cina, sering dikaitkan dengan masakan Malaysia dan Singapura. Selain wilayah Hainan di China, hidangan ini boleh didapati di negara-negara bersebelahan seperti Thailand. Dinamakan sempena orang Hainan yang membawa hidangan itu ke seluruh China, nasi ayam Hainan merupakan makanan ruji diaspora Hainan di wilayah Nanyang. Makanan di Malaysia dan Singapura adalah gabungan gaya masakan Hainan, Korea dan Kantonis dengan sedikit perisa Asia Tenggara. Berasal dari China, nasi ayam Hainan adalah hidangan yang mempunyai hubungan Cina yang kuat. Rempah-rempah seperti sos cili dan halia kisar adalah tambahan biasa untuk hidangan ini. Nasi seperti ini sering dihidangkan dengan sos ketiga di Hainan yang dihasilkan dengan menggabungkan sos tiram dan bawang putih, manakala di Malaysia dan Singapura, kicap pekat digemari. Versi Malaysia dan Singapura dibumbui dengan campuran lada cili dan bawang putih untuk menyerlahkan warisan Asia Tenggara mereka. Kebanyakan hidangan nasi ayam ini juga disertakan dengan hirisan timun, yang memenuhi pelbagai pilihan pengunjung Cina. Makanan Cina, termasuk hidangan nasi ini, popular di seluruh Asia Tenggara. Orang Singapura lebih mungkin pernah mendengar tentang hidangan ayam Hainan ini. Nasi dalam hidangan ini tidak ketara berbeza dengan nasi dalam masakan nasi ayam yang lain. Tetapi kaedah penyediaannya adalah unik, memandangkan nasi ayam Hainan diberi sentuhan air rebusan ayam pada masa pemprosesan untuk memastikan rasa ayam meresap ke seluruh. Apabila nasi telah dimasak dalam air, ia mendapat rasa yang berbeza daripada beras biasa. Orang Hainan mempunyai warisan masakan merebus sup ayam dengan cara ini dan menghidangkannya di atas nasi. Nasi Hainan dengan ayam disediakan dengan memanaskan 2 sudu teh minyak yang mengandungi lemak ayam. Akhir sekali, perasakan dengan bawang putih dan halia secukup rasa. Kemudian, goreng nasi selama 2 minit. Kemudian, masukkan sedikit garam dan minyak kelapa. Selepas itu, isi periuk dengan ayam dan air rebusan nasi. Lumurkan sedikit garam ke dalam ayam, kemudian masukkan sedikit halia dan bawang merah. Langkah seterusnya ialah 12


mengisi periuk besar dengan air yang mencukupi untuk menenggelamkan ayam seinci. Sediakan dengan memanaskan air sehingga mendidih. Suhu perlu dikurangkan selama 30 minit. Cucuk garpu kaki ayam untuk menguji kematangan. Ayam hendaklah dibawa keluar pada ketika ini dan dapur dimatikan. Jika anda mahukan ayam yang lebih rangup dan lembut, rendam dalam ais akan membantu. Buang halia dan bawang hijau. Perasakan minyak yang anda rancang untuk sapu pada ayam dengan rempah. Apabila sedia untuk dihidangkan, potong sedikit ayam dan toskan dengan sos. 13


INDIA Selain makanan tradisi Melayu dan Cina, terdapat juga makanan tradisi dari bangsa India di tanah air ini. Sejarah kedatangan kaum India ke Tanah Melayu pada 1900 hingga 1941 adalah untuk mendapatkan buruh untuk bekerja di ladang-ladang getah milik penjajah British secara amnya. Oleh hal yang demikian, setelah kemerdekaan dikecapi di Tanah Melayu, kaum India terus menetap dan menjadi sebahagian daripada warga Malaysia. Mereka berasimilasi dan menyesuaikan diri mengikut budaya, tatacara dan terutamanya variasi makanan kaum India di Malaysia. Kesannya dapat dialami oleh majoriti rakyat Malaysia saban tahun. Antara makanan tradisi India yang amat popular ialah Roti Prata atau lebih dikenali “Roti Canai” di kalangan penduduk Malaysia. Perkataan “roti” berasal dari bahasa Hindi yang juga bermaksud roti di dalam Bahasa Melayu, manakala “paratha” pula bermaksud leper. Roti canai ini terdapat pelbagai variasi yang dapat disajikan mengikut citarasa penebar Roti prata. Antara kepelbagaian yang biasa didapati di warung-warung ialah Roti pisang, Roti Sardin, Roti telur dan sebagainya. Namun, semuanya mempunyai bahan asas yang sama iaitu tepung, telur, garam, air, minyak sapi, susu pekat dan gula. Seni pembuatan roti canai memerlukan pengetahuan tentang resipi tradisional dan kemahiran praktikal dalam penyediaan bahan-bahan tersebut. Resipi kadangkala diturunkan secara lisan atau melalui latihan di bawah pemerhatian orang yang lebih pakar dalam bab ini. Pembuatan Roti canai bermula dengan mencampurkan tepung biasa, air, telur dan garam. Setelah itu, campuran diuli dan dibahagikan kepada bahagian kecil, diratakan sedikit sebelum minyak sapi atau marjerin dimasukkan. Doh dibiarkan atau disejukkan selama 5 hingga 8 jam ataupun semalaman. Sebelum memasak, doh digelek menggunakan penggelek yang telah disapukan minyak sehingga menjadi bulatan di atas meja kerja yang telah disapukan minyak sapi. Doh itu kemudiannya ditaburkan dengan minyak sapi sebelum digulung sehingga menjadi doh yang panjang seperti bentuk S, kemudian dibiarkan selama sejam sebelum digulung semula menjadi bentuk bulat. Akhir sekali, doh diratakan di atas meja kerja dan diterbalikkan sehingga menjadi nipis. Membalikkan doh dianggap sebagai langkah yang amat sukar dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Doh yang telah diratakan digoreng atas api sederhana dan disapu minyak sapi. Roti canai dimasak sehingga garing di luar dan lembut di dalam. Roti canai boleh dinikmati sebagai sarapan, makanan tengah hari, petang dan malam. Sering kali dimakan bersama teh tarik atau teh ais. 14


Makanan tradisional India lain yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia adalah Murukku. Murukku turut dikenali dengan nama chakli dan chakri. Biasanya Murukku dibuat dalam bentuk bulatan atau halus dan mempunyai acuan khas bagi menekan tepung yang telah diuli atau cara pemutaran. Kerangupan kuih ini disertai dengan tambahan rempah ratus yang sedikit pedas. Ini menjadikan Murukku menjadi pilihan ramai untuk dijadikan makanan ringan menjelang hari perayaan. Antara ramuan penting dalam pembuatan Murukku ialah tepung murukku, tepung pulut, cili serbuk, biji-biji lemuju, telur, garam, bijan, santan, marjerin dan air yang secukupnya. Langkah pertama penyediaan Murukku ialah dengan menggaulkan tepung pulut, lemuju, tepung beras, cili serbuk, garam dan bijan sehingga sebati. Kemudian, marjerin dimasukkan dan digaul sehingga mempunyai tekstur seakan macam serbuk roti. Selepas itu, telur dimasukkan dan digaul rata bersama santan dan. Air ditambah dan diuli menjadi doh yang lembut agar tidak melekat pada tangan. Doh ditekan menggunakan acuan di atas talam atau papan kek. Doh digoreng dengan minyak panas banyak tetapi apinya perlu dikecilkan. Setelah digoreng dengan rangup, doh Murukku diangkat dan ditoskan dan sedia dijamah. 15


LAIN-LAIN (BUGIS) Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang tidak hanya tertumpu kepada kaum Melayu, Cina dan India sahaja. Terdapat pelbagai lagi kaum yang ada di Malaysia antaranya Bajau, Kadazandusun, Penan dan lain-lain. Salah satu darinya adalah kaum bugis. Burasak ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada beras dan santan. Makanan ini merupakan sejenis makanan orang Bugis. Burasak sering disajikan ketika hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Makanan ini juga dikatakan sebagai gantian nasi atau ketupat bagi masyarakat Bugis. Ia juga mempunyai kata pendek yang dikenali sebagai Buras. Kebanyakan masyarakat Bugis mempercayai Burasak berasal dari Indonesia. Hal ini demikian kerana, Burasak merupakan antara makanan istimewa bagi masyarakat Bugis dan Makassar. Berbagai-bagai lauk boleh dimakan dengan Buras ataupun dimakan begitu sahaja tanpa makanan sampingan yang lain. Tempoh untuk menyediakan Burasak agak lama tetapi proses untuk menyediakan tidak begitu rumit. Terdapat beberapa proses dalam memasak burasak. Antaranya, burasak dan santan perlu dimasak dahulu sehingga kelihatan separuh masak. Setelah itu, burasak yang telah dimasak itu perlu dibungkus menggunakan daun pisang. Tidak jauh beza berbanding dengan ketupat. Seterusnya, burasak diikat dengan ketat lalu direbus dalam tempoh masa yang lama agar burasak mampu bertahan lebih lama untuk dimakan. Menurut kajian, burasak ini sering menjadi bekalan pelayaran untuk pedagang Bugis pada suatu ketika dahulu. Sekiranya ketupat mempunyai pelengkap sebagai hidangan, sudah pasti makanan masyarakat Bugis ini turut mempunyai perkara yang sama. Burasak boleh dimakan dengan pelbagai lauk. Antaranya ialah Ayam Lengkuas, Rendang, Serunding Kelapa, ayam atau daging serta sambal udang. Namun begitu, pelengkap yang paling utama bagi makanan ini adalah Ayam Pedas Ikan Perang. Perbezaan antara Ketupat atau Lontong dengan Burasak ini tidaklah sebanyak mana, tetapi Burasak lebih berlemak berbanding ketupat dan lontong kerana mempunyai campuran santan. Seterusnya, makanan kedua yang agak terkenal dalam kalangan masyarakat Bugis adalah Sanggar Pappek. Nama makanan ini diambil daripada bahasa Indonesia yang membawa maksud pisang penyet. Terdapat dua bahan yang digunakan untuk menyediakan 16


Sanggar Pappek ini iaitu pisang mentah dan minyak mentah. Kaedah penyediaan sanggar Pappek tidak begitu rumit tapi tidak terlalu mudah. Pertama sekali, kulit pisang hendaklah dibuang kerana ia tidak digunakan. Seterusnya, pisang itu perlu digoreng dalam minyak mentah yang telah dipanaskan sehingga warna pisang itu tampak kekuningan. Selepas itu, lesung batu digunakan untuk memenyetkan pisang yang telah digoreng. Lalu, pisang itu hendaklah digoreng semula sehingga warna yang kekuningan itu bertukar menjadi coklat dan mempunyai rasa yang rangup. Justeru, Sanggar Pappek telah siap untuk dihidangkan.Untuk menyediakan sambal bagi makanan ini, perlulah mempunyai bahan-bahan yang berikut. Antaranya ialah bawang merah, bawang putih, belacan, buah tomato, garam, cili api dan limau. Cara pembuatan bagi sambal pula ialah menggoreng terlebih dahulu bawang putih, bawang merah dan tomato sehingga kekuningan. Kedua, tumbuk cili api menggunakan lesung batu dan masukkan bahan-bahan yang telah digoreng tadi. Ketiga, sebatikan setiap bahan lalu masukkan belacan. Keempat, letakkan garam dan limau secukup rasa. Akhir sekali, sambal Sanggar Pappek siap dihidangkan. Selain daripada Sanggar Pappek sebagai makanan tradisi masyarakat Bugis, terdapat juga Sanggar Belanda yang membawa maksud pisang goreng Belanda. Menurut kajian, makanan ini berasal dari Makassar dan diperbuat dari suku Bugis-Makassar. Makanan ini merupakan julukan orang Bugis yang melayan warga Belanda yang pada waktu itu meluaskan jajahan. Terdapat ciri-ciri khas untuk menyediakan Sanggar Belanda yang enak. Antaranya ialah menggunakan pisang yang telah matang ataupun digelar sebagai pisang raja. Jika menggunakan pisang yang sembarangan, aroma serta rasanya akan berbeza. Cara memasak Sanggar Belanda ialah, kulit pisang dikupas lalu pisang itu digosok menggunakan kulit pisang itu sendiri sehingga bertukar menjadi warna coklat. Setelah itu, pisang goreng itu dicelup menggunakan telur lalu digoreng semula. Dalam pada itu, potong bahagian tengah pisang itu. Elakkan daripada terputus. Selain itu, kacang tumbuk akan digaul menggunakan marjein untuk isi dengan pisang. Akhir kalam, siram makanan itu dengan gula merah. Dengan itu, Sanggar Belanda harus segera dihidangkan. 17


ASPEK UTAMA DALAM PENYEDIAAN SESUATU MAKANAN BAGI SETIAP KAUM NASI LEMAK (KAUM MELAYU) Salah satu hidangan paling ikonik budaya Melayu ialah nasi lemak. Nasi lemak, ruji masakan Melayu, ialah nasi beraroma yang dimasak dalam santan dengan daun pandan. Sebagai masakan kebangsaan, ia boleh didapati secara meluas di seluruh Malaysia. Ia juga merupakan makanan ruji dalam diet penduduk Singapura, Brunei, dan selatan Thailand, yang kesemuanya mempunyai masyarakat Melayu yang cukup besar. Ia juga terdapat di kawasan Melayu Riau, Kepulauan Riau, dan kota Medan di pulau Sumatera di Indonesia. Orang Moro Filipina membawa nasi lemak mereka ke kawasan Bangsamoro di Mindanao, serta ke pos terpencil Australia di Pulau Krismas dan Kepulauan Cocos (Keeling). Ia adalah ruji taburan pagi Melayu. Kebanyakan risalah pelancongan dan bahan pengiklanan negara mempamerkan nasi lemak sebagai hidangan kebangsaan. Makanan ruji pagi ini tidak boleh dikelirukan dengan nasi dagang, yang mungkin terdapat di negeri pantai timur Terengganu dan Kelantan di Malaysia (serta wilayah saudara Pattani, Yala, dan Narathiwat di Thailand dan Natuna di Indonesia). Namun begitu, nasi lemak cukup serba boleh untuk dihidangkan pada bila-bila masa sepanjang hari. Di Brunei Darussalam, hidangan yang dipanggil nasi katok dihidangkan sebagai ganti nasi lemak; perbezaan utama antara keduanya ialah nasi lemak dibuat dengan santan manakala nasi katok menggunakan nasi putih. Buku Sir Richard Olof Winstedt 1909 "The Circumstances of Malay Life" merujuk kepada nasi lemak. Dinamakan kerana asal-usulnya dalam budaya dan masakan Melayu, "nasi lemak" dalam bahasa Melayu secara harfiah bermaksud "kaya" atau "berkrim" dalam konteks ini. Ia mendapat namanya kerana dikukus selepas direndam dalam krim kelapa. Untuk memberikan rasa yang unik kepada nasi, daun pandan sering digunakan dalam proses memasak. Hirisan timun segar, ikan bilis goreng kecil, kacang tanah panggang, dan telur rebus atau goreng adalah hiasan biasa untuk nasi lemak, yang secara tradisinya dihidangkan dengan sos pedas (sambal). Adalah biasa untuk menggandingkan nasi lemak dengan makanan kaya protein lain seperti ayam goreng, sambal sotong (sotong dalam cili), ikan goreng kecil, kerang, dan rendang deging untuk membuat makan malam yang lebih enak (daging lembu 18


yang direbus dalam santan dan rempah). Turut dihidangkan bersama hidangan ini ialah lobak merah jeruk pedas dan konvolvulus tumis (kangkong). Kebanyakan perasa ini selalunya panas. Makanan ruji di Malaysia dan Singapura, nasi lemak adalah hidangan popular di seluruh dunia. Ia boleh didapati di banyak pusat penjaja dan gerai tepi jalan di Malaysia dan Singapura, dan selalunya dimakan pada waktu pagi. Rakyat Indonesia, khususnya dari Sumatera Timur, menggemari nasi lemak mereka semasa sarapan pagi (Kepulauan Riau, Riau dan Jambi). Salah satu hidangan kegemaran Palembang ialah nasi gemuk. Perkataan "gemuk" diterjemahkan secara literal kepada "gemuk" dalam bahasa Melayu Palembang. Bergantung pada pertubuhan, hidangan istimewa ini boleh dihidangkan di atas pinggan atau dibalut dengan daun pisang, surat khabar atau kertas perang. Bagaimanapun, kerana tarikannya yang meluas, beberapa kedai makan kini menawarkannya bukan sahaja sebagai sarapan pagi tetapi juga sebagai makan tengah hari dan makan malam. Satu istilah alternatif untuk nasi lemak ialah "nasi lemak kukus," yang merujuk kepada hidangan apabila nasi dikukus dan bukannya digoreng. Malah di pasar malam Malaysia yang sibuk, anda mungkin mendapati nasi lemak dihidangkan bersama pelbagai jenis masakan lain. Di Malaysia dan Singapura, nasi lemak dimasak oleh cef pelbagai latar belakang budaya, justeru terdapat pelbagai jenis nasi lemak yang disediakan. Nasi lemak tradisional, yang dikatakan berasal dari masakan Melayu, merupakan hidangan sarapan pagi yang popular di bahagian selatan dan tengah Semenanjung Malaysia. Sebaliknya, tarikan meluas hidangan itu telah menaikkannya kepada status "hidangan kebangsaan". Nasi santan adalah makanan ruji dalam masakan Asia Tenggara. Kaedah-kaedah ini adalah sama dengan yang digunakan untuk memasak nasi uduk setanding Jakarta, nasi gurih Aceh, dan nasi liwet Jawa Jawa. Tetapi daun Pandan Screwpine, yang disimpul dan dikukus dengan nasi untuk memberikan rasa dan aroma daun, membuat semua perbezaan di dunia. Agak jarang, rempah lain seperti halia dan juga tumbuhan seperti serai boleh digunakan untuk bau tambahan. Kari adalah ramuan biasa dalam masakan nasi lemak dari Semenanjung Barat Laut. Tahap kepanasan sambal adalah berkisar dari terik hingga lembut, dan rasa sambal sering digambarkan sebagai pedas dan manis. Di Timur Laut Semenanjung Malaysia, nasi berlauk, nasi dagang, dan nasi 19


kerabu lebih "popular" daripada nasi lemak. Di Sabah dan Sarawak, ia dianggap sebagai makanan istimewa asing. Selain bahan-bahan tradisional, hotel kerap menawarkan kelainan tersendiri pada nasi lemak dengan menggunakan barangan seperti rendang daging lembu dan hidangan makanan laut lain. Daun pisang digunakan di kawasan penjaja di Singapura dan Malaysia untuk menambah rasa. Nasi lemak berbalut, dijual di gerai tepi jalan, adalah versi prabungkus hidangan popular Malaysia. Nasi lemak ringkas adalah hidangan sampingan biasa di restoran makanan laut, selalunya dihidangkan bersama ikan bakar. Singapura mempunyai versi Melayu dan Cina, manakala Malaysia mempunyai versi Cina dan India. Ada yang berpendapat bahawa sambal adalah komponen nasi lemak yang paling penting. Rakyat Malaysia mempunyai toleransi yang tinggi terhadap haba, namun terlalu banyak haba mungkin merosakkan makanan. Ini telah menghasilkan beberapa perbincangan yang menarik. Hidangan klasik ini mempunyai sambal, ikan bilis, kacang tanah, dan telur rebus untuk hidangan Malaysia. Ini adalah bentuk yang paling kerap digunakan. Di gerai nasi lemak, anda boleh makan dengan telur goreng, sambal kerang (kerang) — kegemaran tempatan — sambal sotong, ikan sambal, rendang ayam atau ayam/daging, sotong goreng, atau ayam goreng atau ikan. Ia sangat serba boleh sehingga anda boleh memakannya untuk setiap hidangan sepanjang hari. Nasi putih adalah keistimewaan rumah, manakala lebih ramai pelanggan yang mementingkan kesihatan boleh memilih beras perang. Nasi, yang telah dimasak dalam santan segar dan selalunya dengan sisa daun pandan (screwpine), dihidangkan di atas daun pisang, yang memberikan rasa aromatiknya sendiri kepada hidangan. Kaedah penyediaan hidangan ini telah diturunkan selama bertahun-tahun, dan kini segala-galanya daripada papan iklan hinggalah ke kedai sudut menawarkan penyelesaian yang cepat dan mudah untuk kegemaran bandar ini untuk versi tersendiri hidangan istimewa ini. 20


KUIH BULAN (KAUM CINA) Salah satu pencuci mulut yang paling ikonik di China ialah kek bulan. Dari segi bentuk, Kuih Bulan boleh berbentuk bulat atau segi empat tepat, bergantung kepada imaginasi tukang masak. Isi biji teratai membentuk bahagian tengah yang padat, dengan kuning telur itik masin berfungsi sebagai kerak. Secawan teh Cina adalah iringan tradisional untuk kuih bulan. Mengikut tradisi, pelbagai jenis inti digunakan dalam Kuih Bulan. Sebagai contoh, inti Kuih Bulan yang asli, diperbuat daripada biji teratai yang dikisar, adalah contoh utama. Selain itu, inti tertentu—seperti pes kacang merah, keladi dan lima isrong—lebih enak berbanding yang lain. Lima isrong, sebagai contoh, ialah campuran lima kekacang dan biji yang berbeza—termasuk biji labu, biji tembikai, kacang tanah, biji bijan dan badam. Kuih Bulan mempunyai pelbagai jenis kerak dan inti. Terdapat kerak tanah liat berkilat coklat berkarat yang merupakan salah satu daripadanya. Ia adalah versi Kantonis Mooncakes yang sering menyertakan kerak ini. Kerak serpihan adalah satu lagi jenis kerak biasa. Kuih Bulan gaya Suzhou dibezakan oleh keraknya yang segar dan padat. Doh berminyak dan tepung yang telah dimasak dalam minyak digulung menjadi lapisan untuk membuat doh. Sesetengah kuih bulan mempunyai kerak yang dimasak dalam bentuk haiwan seperti ikan atau anak babi. Kuih bulan adalah hidangan biasa untuk Pesta Pertengahan Musim Luruh, kadangkala dipanggil Festival Kuih Bulan. Selain Tahun Baru Cina, ini juga merupakan perayaan utama bagi orang Cina. Di China, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan kedua-dua cuti ini. Hari ke-15 dalam bulan kelapan dalam kalendar Cina, yang jatuh antara bulan Ogos dan September, adalah apabila Pesta Kuih Bulan diadakan. Pada hari itu, bulan purnama akan terbit, menandakan berkumpulnya sebuah keluarga. Oleh itu, Kuih Bulan ini dibakar sebagai tanda perdamaian dan penghormatan kepada bulan, yang dikatakan paling bersinar semasa acara tersebut. Ketika bulan mengambang di atas mereka, orang tersayang menikmati hidangan Kuih Bulan dengan cahaya lampu tanglung dan lilin. Bersama-sama dengan cerita mitos, perayaan ini menampilkan perarakan ringan. Masa tahun ini telah lama diraikan sebagai majlis bahagia untuk perkahwinan. 21


Dinasti Yuan, yang menguasai China dengan tangan besi pada abad ke-14, dikreditkan dengan mencipta Kuih Bulan pertama. Percukaian yang tinggi dan perundangan yang menindas menyukarkan kehidupan rata-rata rakyat pada tempoh itu. Mereka perlu memikirkan bagaimana untuk memulakan pemberontakan. Kerana kewaspadaan kerajaan, rakyat terpaksa menggunakan bentuk kek khas untuk menyembunyikan mesej mereka. Komunikasi singkat itu bertujuan untuk menyelaraskan pemberontakan pada masa dan tempat tertentu, tetapi sebaliknya revolusi telah dicetuskan, yang akhirnya membawa kepada kematian keluarga pemerintah Dinasti Yuan. Secara kebetulan, perubahan kepimpinan Dinasti Ming pada tahun 1344 berlaku semasa musim gugur, ketika badan rejim baharu itu sedang rancak. Asal-usul Festival Kuih Bulan mungkin dikesan kembali kepada acara penyembahan bulan pertengahan musim luruh yang diperhatikan oleh pemerintah China setiap dinasti dari Zhou. Semasa Dinasti Zhou, maharaja akan berdoa kepada bulan dalam ritual penyembahan bulan untuk memberkati rakyat dan memelihara keamanan. Selepas Dinasti Ming, adat ini berlangsung sehingga Qing. Dinasti Tang, yang mengikuti Qing, mengangkat perayaan itu kepada status semasanya sebagai acara yang kebanyakannya disambut oleh golongan bangsawan. Bermula sekitar pertengahan Dinasti Tang, peristiwa ini diturunkan dari generasi ke generasi sehingga Dinasti Song. Pemimpin Dinasti Song menetapkan hari ke-15 dalam bulan ke-8 sebagai Perayaan Pertengahan Musim Gugur, dan seluruh kerajaan merayakannya dengan penuh semangat dari pagi hingga malam. Peperiksaan Awam Diraja Ogos Dinasti Song mempunyai hubungan yang kuat dengan majlis ini juga. Itulah sebabnya kita akan meraikan bukan sahaja berakhirnya peperiksaan awam tetapi juga pegawai yang lulus pada hari cuti khas ini. Kuih bulan telah menjadi ruji perayaan ini sejak Dinasti Ming. Kuih Bulan pada asalnya dicipta sebagai hadiah untuk orang tersayang untuk berkongsi antara satu sama lain sebagai tanda kasih sayang dan cara mengeratkan ikatan persahabatan. Memandangkan kek bulan secara tradisinya bulat seperti bulan, kebulatannya melambangkan penyatuan semula yang telah diwarisi turun temurun. 22


23


PUTU MAYAM (KAUM INDIA) Putu mayam merupakan salah satu makanan tradisional masyarakat India. Ia disambut baik oleh semua kaum dan kini dimakan sebagai makanan ringan oleh semua kaum di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Kuih yang disediakan dengan tepung beras, atau tepung idiyappam kalau nak lebih spesifik. Tepung beras, air, dan santan adalah tiga komponen yang membentuk bahan ini, yang juga dikenali dengan nama lain. Untuk membuat kuih putu mayam, adunan perlu dibentuk dahulu, kemudian dituang ke dalam acuan, dan terakhir, ia mesti diperah untuk menghasilkan bentuk yang serupa dengan mee halus. Dalam kebanyakan kes, kelapa parut, gula perang (juga dikenali sebagai gula Melaka), dan gula pasir dihidangkan bersama Putu Mayam apabila ia dimakan. Putu mayam boleh disediakan dengan membawa air, garam, dan minyak sehingga mendidih. Ini adalah kaedah khusus. Sebaik sahaja anda melihat air mengeluarkan buih udara pertama, anda harus segera mematikan penunu. Selepas itu, mula masukkan tepung ke dalam air panas sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sehingga menjadi doh. Tindakan membentuk doh boleh dilakukan dengan tangan, tetapi doh yang terhasil tidak boleh melekat pada tapak tangan semasa ia dibentuk. Langkah seterusnya dalam prosedur melibatkan memotong doh kepada kepingan yang lebih kecil supaya ia boleh diletakkan ke dalam acuan. Adalah penting untuk melengkapkan langkah ini semasa tepung dalam keadaan dipanaskan. Langkah seterusnya ialah memanaskan air yang terkandung di dalam pengukus. Sama ada sediakan daun pisang yang telah dipotong bulat mengikut saiz yang diperlukan, atau alaskan bahagian dalam bekas pengukus dengan kain putih bersih. Bahagian doh yang akan digunakan diletakkan ke dalam acuan Marukku, dan sama ada berputar atau memerah mula menghasilkan saiz yang dikehendaki. Bahagian terakhir setiap keping diputuskan dengan menggunakan sedikit tekanan pada putu mayam untuk mengelakkannya daripada terungkai. Apabila putu mayam telah selesai dimasak, ia diletakkan ke dalam pinggan dan dikukus selama lapan hingga sepuluh minit lagi. Apabila dihidangkan bersama kelapa parut dan gula perang, putu mayam bertukar menjadi kombo pencuci mulut yang ideal. Sekiranya anda ingin doh berwarna hijau dan berbau seperti pandan, dinasihatkan anda merebus dua helai daun pandan di dalam air dan kemudian masukkan pewarna hijau yang terhasil ke dalam doh. Ini akan memberikan doh warna hijau dan minyak wangi pandan. Akhir sekali, putu mayam boleh ditawarkan kepada semua orang 24


sebagai pencuci mulut dan pembuka selera, dan semua orang akan menghargainya kedua-dua cara. Asal usul putu mayam mungkin dikesan kembali ke Tamil Nadu di India Selatan, di mana snek mi tepung beras serupa yang dipanggil iddiyappam dimakan bersama gula, kelapa, dan kadangkala pisang. Iddiyappam yang popular di negeri Kerala di India berwarna merah tua kerana beras yang digunakan untuk membuatnya tidak digilap atau tidak dikuliti. Penduduk tempatan di Sri Lanka menyebutnya sebagai "pittu." Putu bambu adalah hidangan popular Indonesia yang kurang kerap di Singapura. Ia dibuat dengan melapisi beras atau tepung gandum dengan kelapa parut dan mengukus adunan dalam rongga tangkai buluh. Putu mayang merupakan hidangan popular di Indonesia dan sering dihidangkan bersama gula aren yang dilarutkan dalam santan. Mayang dinamakan dengan topping inti kelapa parutnya. Yang lain, bagaimanapun, berpendapat bahawa fakta bahawa perkataan mayam yang bermaksud "berat emas" tidak ada kaitan dengan makanan itu sendiri. Oleh itu, secara umum disepakati bahawa sebutan putu mayang adalah yang paling tepat.Penjual India selatan yang mengembara akan mengimbangi sebakul putu mayam di atas kepala mereka dan menjualnya kepada pelanggan pada zaman awal Singapura. Memoir, seperti novelis Ian MacLeod, menyediakan salah satu catatan bertulis pertama tentang putu mayam di Singapura. Keenakan gula melaka dan kelapa yang dibalut dalam akhbar The Straits Times mengimbas kembali kenangan indah zaman kanak-kanak awalnya di Singapura pada tahun 1920-an, ketika dia menghabiskan tujuh tahun pertama dalam hidupnya. Daripada gula pasir yang sering digunakan pada masa kini, putu mayam dahulunya dihidangkan dengan gula melaka yang dicincang kecil. Penduduk India Muslim telah menyumbang kepada peningkatan populariti hidangan semasa Hari Raya Puasa dan perayaan Melayu yang lain, namun ia masih banyak dihidangkan semasa perayaan India seperti Deepavali, perkahwinan dan hari lahir. 25


26


BURASAK (KAUM BUGIS) Seterusnya, selain kaum Melayu, Cina, dan India, terdapat satu lagi kaum yang kurang dikenali iaitu kaum Bugis. Kaum Bugis merupakan kaum yang berasal dari negara jiran iaitu Sulawesi, Indonesia. Namun, telah berhijrah ke Kalimantan, lalu Sumatera dan seterusnya berkembang ke Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Ini disebabkan, berlakunya penaklukan Belanda pada waktu itu. Kaum Bugis amat terkenal dengan kemahiran kepahlawanan dan kemahiran masakannya. Oleh sebab itu, terdapat beberapa makanan dari kaum Bugis yang tidak asing lagi dengan kelazatan dan keunikannya iaitu tidak lain dan tidak bukan adalah Burasak. Bagi sesetengah rakyat Malaysia yang masih belum mengetahui apakah itu Burasak, Keenakan Burasak ini bukan sahaja terkenal oleh warganya, malah keenakannya turut diangkat oleh seluruh warga Malaysia. Burasak ini juga merupakan makanan tradisi kaum Bugis yang diperbuat daripada beras yang dikukus bersama santan kemudian dibalut dengan daun pisang nipah kemudian diikat dengan tali agar tidak terbuka ketika mengukusnya. Keunikan Burasak ini dapat dilihat melalui bentuk fizikalnya iaitu berbentuk petak dan agak leper seperti lepat pisang namun Burasak ini bersaiz lebih besar kerana perlu digabungkan. Burasak ini dijadikan makanan utama ketika hari-hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha serta majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Kebiasaannya, Burasak ini disajikan bersama ayam masak merah, ayam masak likku, asam pedas ikan parang dan sebagainya. Cara pembuatan Burasak ini tidak begitu rumit namun perlu diberi perhatian agar proses pembuatannya menjadi sehingga langkah yang terakhir. Pertama sekali, sudah semestinya kita perlu menyediakan beras, santan, air, garam, daun pisang dan tali. Kemudian, basuh beras tersebut dan bilas beberapa kali sehingga bersih lalu campurkan ia bersama santan, air, dan garam. Kemudian, beras ditanak sehingga hampir masak sahaja kerana selepas itu akan dikukus. Seterusnya, bungkuskan burasak tersebut menggunakan daun pisang yang bersaiz besar kemudiannya diikat dengan kemas dan ketat menggunakan tali agar tidak berlaku kebocoran isi semasa sesi merebus. Seterusnya, burasak tadi direbus sehingga 8 jam bagi mendapatkan tekstur yang lembut dengan rasa yang lebih menarik. Seterusnya, Burasak tersebut sedia untuk dihidangkan bersama lauk pauk seperti ayam masak merah dan sebagainya. 27


28


PENGARUH MAKANAN SESUATU MASYARAKAT DALAM SESUATU KAUM BUDAYA SERUMPUN DALAM PENGHASILAN KUIH TRADISIONAL MELAYU DI MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND Budaya yang sama dalam pengeluaran kuih tradisional di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Malaysia merupakan negara yang hidup serumpun tidak mengenal agama, makanan dan budaya. Malaysia mengamalkan sikap yang terbuka dalam segi nilai dan pemikiran.Penelitian mengenai pengaruh budaya serumpun di antara ketiga-tiga negara dianggap tepat memandangkan pengkajian sebelumnya mengenai kerjasama segitiga emas Malaysia, Indonesia dan Thailand (IMT-GT) lebih tertumpu kepada usaha menjadikan persempadanan Indonesia, Malaysia dan Thailand sebagai kuasa ekonomi baharu. Terdapat banyak jenis makanan, termasuk manisan tradisional. Kajian awal mendapati beberapa kek dimiliki bersama oleh ketiga-tiga negara tersebut. Faktor pemilikan bersama adalah berkaitan dengan faktor budaya berbeza yang diwakili oleh orang Melayu sebagai pembuat, faktor bentuk muka bumi yang menyebabkan kaedah dan bahan yang digunakan. Di samping itu, Apabila anda membuat kuih (Melayu manis), bentuk kek biasanya datang dari awal atau semasa proses pemotongan. Bentuk yang berbeza menunjukkan tahap kemahiran dan prestij yang berbeza. Reka bentuk geometri sangat popular di Malaysia dan Indonesia, dan ia sering dilihat dalam gula-gula tradisional Melayu. Kuih-muih tradisional Malaysia dan Indonesia dibuat menggunakan banyak bentuk geometri yang cantik. Ini kerana ia adalah sebahagian daripada budaya dan penting untuk menunjukkan kemahiran anda sebagai tukang roti. Kuih-muih tradisional Malaysia, Indonesia dan Thai dihiasi dengan tumbuhan dan bunga. Banyak motif pada kuih-muih ini adalah berdasarkan tumbuhan yang digunakan untuk membuatnya. Kajian ke atas kuih-muih ini mendapati kebanyakan motif diilhamkan daripada tumbuh-tumbuhan. 29


Dalam istilah umum, pencernaan adalah proses memecahkan makanan supaya kita dapat mengekstrak nutrien yang diperlukan untuk badan kita. Manusia mencerna makanan dengan cara yang berbeza, tetapi prosesnya pada asasnya sama: kita memasukkan makanan ke dalam mulut kita, mengunyahnya, dan kemudian menelannya. Makanan kami kemudian dihidangkan. Makan adalah aktiviti kompleks yang boleh dibahagikan kepada dua bahagian: makanan dan pemakanan. Makanan boleh memuaskan deria kita, membantu kita untuk mengurangkan berat badan, dan membantu kita kekal sihat. Pakar pemakanan percaya bahawa makanan adalah apa yang boleh membantu kita membesar dan membina badan kita, menyediakan tenaga dan pengangkutan. Pemakanan adalah topik yang mempunyai banyak makna, tetapi tumpuan kami adalah pada sains nilai pemakanan, yang termasuk memahami kumpulan makanan yang berbeza, makanan berkhasiat dan keseimbangan makanan. Sains ini juga boleh ditakrifkan sebagai kajian tentang semua proses yang berlaku dalam badan kita apabila kita makan makanan dan kajian tentang makanan itu sendiri. Konklusinya, walaupun berbeza negara kita, kita mampu menghasilkan perkara yang popular antara satu sama lain dan tidak menyinggung perasaan kita bersama. Perpaduan adalah kunci untuk mengekalkan persahabatan kita dan mengelakkan sebarang konflik daripada timbul. Menghormati budaya dan sikap antara satu sama lain juga penting dalam memupuk hubungan yang positif. Kebanyakkan kumpulan etnik di Malaysia berasal dari negara lain, jadi rakyat Malaysia harus menghargai kepelbagaian dan rasa unik makanan etnik Malaysia. Melalui kajian ini, kita boleh belajar tentang pelbagai makanan tradisional daripada kumpulan etnik yang berbeza, dan kita boleh berkongsi pengetahuan ini dengan orang lain. Terdapat banyak makanan etnik yang lazat dan unik di Malaysia, dan kita harus meneroka semuanya! 30


REFLEKSI PELAJAR (KESELURUHAN) Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan laporan bertulis mengenai Makanan Tradisional di Malaysia untuk subjek Pengajian Kenegaraan Malaysia ini. Kami amat berpuas hati kerana tugasan yang telah diberikan dapat diselesaikan dengan baik. Refleksi setelah menyelesaikan tugasan yang menarik ini telah menyumbang banyak impak dan pengalaman positif kepada kami terutamanya dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan dan kerjasama. Kami telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada waktunya. Walaupun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan, namun semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Terdapat juga masalah yang dialami kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Pada mulanya, apabila menerima tugasan ini, soalan yang dituju kepada kami tidak dapat difahami dengan mudah. Lantas kebimbangan kami timbul kerana kami merasa mempunyai ilmu pengetahuan sedia ada tentang Pengajian Kenegaraan Malaysia yang kurang, kami meletakkan usaha yang lebih dalam tugasan kami ini. Adanya cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat kami. Proses kami dimulai dengan perbincangan kumpulan untuk mencari jalan terbaik dan mencari maklumat yang tepat dan padat dan kami telah membuat keputusan untuk mencari maklumat menggunakan internet bagi memudahkan proses pengumpulan data. Melalui internet kami dapat banyak maklumat yang diingini. Selain itu, kami juga merasa bersyukur kerana dapat mempelajari subjek ini kerana dapat mengetahui pelbagai maklumat tentang kaum-kaum di Malaysia terutama contoh makanan tradisional sesuatu kaum seperti lemang, ketupat dan rendang bagi kaum Melayu, kuih bakul, dim sum dan nasi hainan bagi kaum Cina dan roti canai, dan marukku bagi kaum India. Selain itu, kami merasa bangga kerana walaupun berbagai kaum mempunyai pelbagai makanan tersendiri kita tidak terikat dengan mentalilti makanan kita hanya boleh dimakan oleh kaum tersendiri sahaja. Ini kerana semua rakyat di Malaysia mempunyai perpaduan yang tinggi dan dapat menjaga kedamaian dan ketenteraman negara. Semasa melaksanakan tugasan mengenai Makanan Tradisional bagi subjek ini, kami amat senang sekali kerana ia merupakan tajuk yang boleh dikatakan mudah kerana ia 31


melibatkan makanan. Hal ini kerana, makanan tradisional merupakan makanan yang unik dan istimewa, jadi ia membuatkan kami sangat tertarik untuk membuat kajian mengenai makanan-makanan tradisional di Malaysia. Kami juga mula lebih mengenali tentang makanan tradisonal bagi satu-satu kaum yang sebelum ini belum pernah kami ketahui dari segi asal-usulnya dan cara pembuatannya. Hasil daripada kajian dan perbincangan ini, kami menjadi semakin teruja untuk merasa sendiri keenakan dan keistimewaan makanan tersebut. Bukan itu sahaja, tatkala menjalankan tugasan ini, kami telah mempelajari bahawa kerjasama antara rakan sekumpulan amatlah penting bagi menjayakan tugasan dan aktiviti yang diberi oleh pensyarah. Bermulanya tugasan ini diberi, kerjasama dalam kumpulan sangatlah penting bagi menyiapkan tugasan ini. Hasil bantuan dan idea-idea dari rakan-rakan sekumpulan serta tidak dilupakan sokongan dari pensyarah untuk menyiapkan tugasan ini amat saya hargai. Banyak perkara juga dapat saya perolehi daripada tugasan ini. Sebagai contoh, cara penghasilan laporan yang baik dan mempunyai cara penulisan yang kemas. Selain itu, kami amat teruja kerana menjalankan tugasan ini mampu mengasah kemahiran seperti penggunaan Canva untuk menyiapkan paparan slaid, mencipta pautan untuk menghasilkan flipbook serta mempelajari format dan langkah menyediakan laporan dengan baik kepada pensyarah. Bukan sekadar isi kandungan tugasan ini yang kami patut pelajari dan fahami tetapi kami juga pelajari bahawa kerja berpasukan itu sangat penting dalam menyiapkan tugasan. Kami juga berharap agar dapat berkongsi dengan ahli kumpulan mengenai hasil kerja yang telah dihasilkan ini. Kami berharap juga agar makanan tradisional yang terdapat di Malaysia ini akan kekal menjadi tradisi hingga ke masa akan datang. Hal ini kerana, supaya tradisi kita tidak akan hilang begitu sahaja kerana ini merupakan identiti kita sebagai sebuah negara Malaysia. Sebagai sekumpulan pelajar yang baru sahaja bergelar mahasiswa dan mahasiswi, pengalaman yang telah kami dapat melalui pencarian kami adalah, terdapat makanan-makanan yang baru sahaja kami ketahui seperti Burasak dan Sanggar Belanda sebagai warga semenanjung yang kurang mengetahui mengenai makanan-makanan dari kaum Bugis. Kami berasa sangat beruntung dapat mempelajari ilmu baharu ini melalui pencarian kami terhadap makanan-makanan- yang terdapat di Malaysia. Kami dapat belajar dan memahami tentang makanan daripada pelbagai kaum dengan lebih mendalam. Secara tidak langsung ianya merupakan salah satu keunikan yang terdapat di negara kita memandangkan 32


negara kita terkenal dengan rakyatnya yang pelbagai bangsa. Kami juga dapat meningkatkan daya kritis dan kreatif dalam selepas menyiapkan kerja kursus ini. Hampir setiap maklumat yang terdapat dalam kerja kursus ini merupakan hasil yang diperoleh di Internet. Bukan itu sahaja, terdapat juga informasi hasil daripada temubual pelajar-pelajar yang tertentu serta rujukan daripada perpustakaan. Saya juga amat bersyukur mempunyai rakan sekumpulan yang bagus dan banyak memberi kerjasama dalam proses menyiapkan kerja kursus ini.Hal ini demikian dapat menanam rasa patriotisme dalam diri pelajar dengan lebih mendalam. Setiap harapan itu merupakan titik permulaan untuk mengubah sesuatu perkara menjadi lebih baik. Justeru, harapan saya ialah setiap maklumat dalam kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam pelbagai aspek. Selain itu, setiap masyarakat menghargai makanan-makanan tradisional daripada pelbagai kaum dengan memperkenalkan kepada generasi yang lebih muda agar dapat kekal sebagai tradisi dalam jangka masa yang lama. Harapan kami adalah semoga perpaduan kaum di Malaysia akan kekal dengan menjadikan makanan tradisional rakyat Malaysia sebagai wadah penyatupaduan dan mengurangkan sifat perkauman sesama kaum. Kami menjangkakan bahawa makanan tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia akan terus mampu menambat hati warganya malahan juga dari orang luar. Hal ini wujud kerana keenakan dan keaslian serta rasa makanan pelbagai kaum di Malaysia sentiasa menepati selera dan citarasa warga tempatan. Kami juga berharap agar makanan tradisional mampu diwarisi dari zaman ke zaman dengan tidak mengubah rasa asli sesuatu makanan tersebut. Tambahan pula, kami juga menjalankan tugas ini bersama ahli kumpulan dengan harapan agar dapat memupuk sikap kerjasama dan saling membantu antara satu sama lain pada diri mahupun pada diri ahli kumpulan. Kami pasti suatu masa nanti, Malaysia akan terus maju dengan pelbagai lagi variasi makanan namun saya juga berharap agar kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa menghargai warisan-warisan makanan yang terdapat di dalam Malaysia agar tidak ditelan dek zaman. 33


Refleksi Wakil Ahli Kumpulan: Hasil pembelajaran saya dalam subjek kenegaraan malaysia ini saya dapat memperoleh dan membentuk diri saya menjadi warganegara yang tahu hal ehwal sesebuah negara untuk melahirkan individu yang baik dan bertanggungjawab. Kajian ini didapati tidak mengira jantina, bangsa atau agama, kita sebagai rakyat malaysia mestilah mempunyai nilai patriotisme dalam diri.Selain itu, dari kajian yang telah saya perolehi negara kita kaya dengan budaya dan kepelbagaian. Kita dapat mempelajari tentang budaya lain tanpa menghasilkan isu perkauman atau isu negatif yang dapat memecah belahkan penyatupaduan negara. Sebagai rakyat malaysia dan sebagai seorang pelajar saya berasa terharu kerana Malaysia mampu untuk bertahan walaupun mempunyai pelbagai kaum. Sekiranya kita dapat mempertahankan sikap saling hormat menghormati sesama kaum ini, saya rasa kita dapat menaikkan nama negara ke mata dunia. Jangkaan saya pada masa akan datang agar makanan dan adat yang kita telah pelajari ini merupakan satu keunikan dan dapat memberi pengaruh baik kepada negara lain.Hal ini dapat memberi pengaruh baik kepada negara Malaysia kerana perkara ini dapat menarik pelancong asing datang ke negara kita. Harapan saya agar budaya Malaysia dapat dipertahankan dan keunikan rasa di dalam makanan tradisional dapat dipertahankan. Seterusnya saya berharap agar makanan tradisional ini tidak akan pupus dan akan menjadi warisan turun temurun kepada generasi yang akan datang. Di samping itu, kerajaan atau pihak berkuasa hendaklah mengambil tindakkan dengan mengadakan program yang dapat mengekalkan makanan tradisional ini di negara kita. 34


KESIMPULAN Kesimpulannya, Malaysia bukan sahaja terkenal dengan kepelbagaian budaya namun, negara kita juga terkenal dengan keenakan dan kepelbagaian variasi makanan dari pelbagai jenis kaum. Ini sekaligus dapat mengharumkan nama negara kerana keunikannya yang tersendiri. Seperti makanan tradisi kaum Melayu yang kini bukan hanya dinikmati oleh masyarakat Melayu sahaja tetapi juga turut menjadi kegemaran masyarakat kaum Cina dan India dan lain-lain, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan antara masyarakat di Malaysia. Contoh makanan tradisi kaum Melayu tersebut ialah nasi lemak kerana ia dianggap makanan kebangsaan negara Malaysia yang dimakan oleh semua kaum sebagai sarapan pagi gaya Melayu dan didatangkan dalam pelbagai variasi kerana ia disediakan oleh cef berbeza dari budaya berbeza. Nasi lemak asli di Malaysia boleh dikatakan sebagai sarapan pagi khas Semenanjung Malaysia Selatan dan Tengah, dan dianggap berasal dari Melayu. Walau bagaimanapun, kerana populariti hidangan itu, ia dianggap sebagai hidangan kebangsaan. Di samping penduduk di Malaysia yang kebanyakannya adalah kaum Melayu, makanan daripada kaum lain juga menjadi sebutan seperti makanan dari kaum Cina iaitu kuih bulan. Kuih bulan yang menjadi tradisi kepada kaum Cina untuk dihidangkan pada perayaan Pesta Kuih Bulan pada pertengahan musim luruh juga menjadi salah satu makanan yang menjadi sebutan di Malaysia. Kuih bulan menjadi lebih popular lagi dikalangan kaum lain di Malaysia apabila sesetengah masyarakat yang begitu kreatif memvariasikan kuih bulan menjadi pelbagai bentuk dan perisa yang lebih menarik. Oleh itu, kuih bulan ini dijadikan hidangan yang boleh dinikmati setiap masa seperti di waktu minum petang atau menjadi snek yang boleh dimakan ketika menonton televisyen bersama keluarga. Selain itu, makanan tradisi kaum lain adalah dari kaum India. Antara makanan tradisional mereka ialah Roti Canai dan Murukku. Roti Canai adalah hidangan yang sesuai dimakan setiap masa disebabkan ramuan dan teksturnya yang tidak terlalu berat untuk dibuat. Malah, Roti Canai juga boleh dibeli dalam keadaan sejuk beku. Manakala Murukku boleh dijadikan kudapan bagi mengalas perut sebelum menunggu waktu makan. Namun, pembuatan Murukku lebih berganda apabila tibanya hari perayaan tidak kira kaum apa sekalipun. Akhir sekali, tidak lupa juga akan makanan daripada kaum lain-lain seperti contoh kaum Bugis. Antara makanan popular yang diperkenalkan oleh kaum Bugis ialah Burasak. Hanya 35


dua bahan yang diperlukan iaitu beras dan santan. Makanan ini merupakan pengganti bagi nasi atau ketupat pada Hari Raya bagi orang Bugis. Makanan ini juga turut dikenali sebagai Buras. Ramai yang menyatakan makanan kaum Bugis ini berasal dari Indonesia. Kedua, Sanggar Pappek yang membawa maksud pisang penyet. Begitu juga dengan Burasak, Sanggar Pappek diperbuat daripada dua bahan iaitu pisang mentah dan minyak mentah. Ketiga, Sanggar Belanda. Makanan ini juga merupakan sejenis pisang goreng cuma perbezaannya ialah makanan ini merupakan makanan yang sering disediakan pada waktu jajahan Belanda di Indonesia serta hanya boleh menggunakan pisang yang matang untuk menginginkan rasa yang enak. Secara keseluruhan, makanan tradisional mengikut etnik dan penerimaan makanan tradisional sesuatu etnik terhadap etnik yang lain adalah penting dalam mengekalkan kesejahteraan negera. Selain itu, ia penting bagi semua individu untuk mengetahui apakah makanan tradisional etnik lain yang datang dari luar Malaysia. Ini adalah petanda yang positif bagi masa depan sebuah negara yang berbilang kaum di Malaysia serta mencerminkan penerimaan mereka yang baik tanpa prejudis terhadap kaum-kaum yang berada di Malaysia. 36


RUJUKAN 1. Deris, oleh D. (2021, April 22). 30 makanan tradisional Melayu paling popular di Malaysia. cariblogger.com. Retrieved December 24, 2022, from https://cariblogger.com/makanan-tradisional-melayu/ 2. HarressSenior Editor at MYAGRI ConsultingSenior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun., H. (2017). Harress. MyAgri.com.my. Retrieved December 24, 2022, from https://myagri.com.my/2017/04/pembuatan-lemang-tradisional-vs-lemang-moden/ 3. D iris Marissa Maria, N. (2017). Cara Buat Ketupat palas Lemak Yang Sedap Untuk Raya. Rasa. Retrieved December 23, 2022, from https://www.rasa.my/cara-buat-ketupat-palas-lemak-yang-sedap-untuk-raya/ 4. Nur, N. (2020). Petua Elak Ketupat nasi cepat Berair & basi. Rasa. Retrieved December 23, 2022, from https://www.rasa.my/petua-elak-ketupat-nasi-cepat-berair-basi/ 5. Burasak: Makanan Tradisi kaum bugis. Kata Malaysia. (n.d.). Retrieved December 24, 2022, from https://katamalaysia.my/culture/burasak-makanan-tradisi-kaum-bugis/#:~:text=Tidak %20dapat%20diketahui%20asal%20usul,untuk%20menggantikan%20nasi%20atau% 20ketupat. 6. Anje, U. (no date) Resepi Sanggar pappek Makanan Tradisi Orang Bugis, Unni Anje. Available at: https://unnianje.blogspot.com/2017/06/resepi-sanggar-pappek-makanan-tradisi.html (Accessed: December 24, 2022). 37


7. Resep Sanggar Belanda (Pisang Goreng khas makassar) Oleh Rindaags – Cookpad (no date). Available at: https://cookpad.com/id/resep/1701210-sanggar-belanda-pisang-goreng-khas-makassar (Accessed: December 24, 2022). 8. Itawrah. (2019, May 23). 29 Makanan tradisional India Unik Dan Terbaik (Anda Dah Try Semua?). Saji.my. Retrieved December 24, 2022, from https://saji.my/makanan-tradisional-india/ 9. Ramlan, I. (2021, October 30). 6 Makanan india yang popular di Malaysia. Getaran. Retrieved December 24, 2022, from https://www.getaran.my/artikel/tara/13879/6-makanan-india-yang-popular-di-malaysi a 10. Krishnan, P., & Raman, J. H. J. (2019, December 2). THE LIFE OF ESTATE INDIAN LABOUR IN MALAYA, 1900-1941. View of Kehidupan buruh india Ladang Di Tanah melayu, 1900-1941. Retrieved December 23, 2022, from https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/12551/10928 11. Board, N. H. (Ed.). (2021, October 18). Roti Prata. ROOTS. Retrieved December 23, 2022, from https://www.roots.gov.sg/ich-landing/ich/roti-prata 12. Lawa, C. (2021, November 3). Resepi Maruku tradisional, Sangat Mudah & SEDAP. Nak Buat Jualan Pun Boleh! Resepi Maruku Tradisional. Retrieved December 24, 2022, from https://dailymakan.com/resepi-maruku-tradisional-sangat-mudah-dan-sedap/51869/#: ~:text=Cara%20Penyediaan%3A&text=Masukkan%20santan%20dan%20gaul%20rat a,panas%20namun%20apinya%20kecil%20sahaja 38


13. Jamer Shada. (2019, February 27). Resepi Putu Mayam Lembut dan Gebu. Iluminasi. Retrieved December 24, 2022, from https://iluminasi.com/bm/resepi-putu-mayam-lembut-dan-gebu.html 14. Md Esa, M. (2020, Jun 16). Resepi Putu Mayam Sedap Asli (Yang Mudah). Resepi.My. Retrieved December 24, 2022, from https://resepi.my/putu-mayam/ 15. Nasiha. (2022, December 22). Senang Je Rupanya Nak Buat Putu Mayam, Hasilnya Memang Lembut Elok. MyResipi. Retrieved December 24, 2022, from https://myresipi.com/resipi-putu-mayam/ 16. View of BUDAYA SERUMPUN DALAM PENGHASILAN KUIH TRADISIONAL MELAYU DI MALAYSIA, INDONESIA DAN THAILAND. (n.d.). Ejournal - Um. Retrieved December 27, 2022, from http://jummec.um.edu.my/index.php/jurnalmelayusedunia/article/view/34294/14041 17. BUDAYA PEMAKANAN MASYARAKAT MALAYSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA, POLISI, SAINS DAN TEKNOLOGI DENGAN RUJUKAN KHUSUS KEPADA PENGARUH IS. (2009, December 9). UM Students' Repository. Retrieved December 27, 2022, from http://studentsrepo.um.edu.my/4342/8/Combine.pdf 18. MAKAN DAN MAKANAN DALAM KESUSASTERAAN MELAYU. (n.d.). - UKM Journal Article Repository. Retrieved December 27, 2022, from http://journalarticle.ukm.my/9460/1/11476-31158-2-PB.pdf 19. Makanan tradisional etnik di Malaysia. (2016, April 1). itqan. Retrieved December 27, 2022, from http://zahirzainudin.blogspot.com/2016/04/makanan-tradisional-etnik-di-malaysia.ht ml 20. Perpaduan melalui makanan warisan. (2019, September 3). Sinar Harian. Retrieved December 27, 2022, from 39


https://www.sinarharian.com.my/article/46206/khas/cerita-merdeka/perpaduan-melalu i-makanan-warisan 21. Unknown (2016, September) Makanan Masyarakat Cina. Retrived December 24,2022 from http://eatwithteacher.blogspot.com/ 22. Iskandar Abbas (2013, Mei) Makanan Tradisional Kaum Cina. Retrived December 24,2022 from https://www.slideshare.net/abbashamid79/makanan-tradisional-kaum-cina 23. P. Calrase (2022, Ogos) Senarai Makanan Cina Paling Popular. Retrived December 24,2022 from https://www.adichannel.com/2022/08/makanan-tradisional-cina.html#:~:text=Kuih%2 0bulan%20merupakan%20salah%20satu,santapan%20dan%20juga%20snek%20mere ka. 40


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.