WADAH PERKONGSIAN PINTAR ENHANCING SCHOLARLY ACTIVITIES through ATTACHMENT PROGRAMME (ESAAP)
WADAH PERKONGSIAN PINTAR ENHANCING SCHOLARLY ACTIVITIES through ATTACHMENT PROGRAMME (ESAAP)
Penerbit: Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia 71760 Bandar Enstek Negeri Sembilan Darul Khusus Tel.: 06-7979 200 Faks.: 06-7979 300 Urusan Penerbitan: Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia 71760 Bandar Enstek Negeri Sembilan Darul Khusus Tel.: 06-7979 200 Faks.: 06-7979 300 Portal: http://iab.moe.edu.my Emel:
[email protected] Cetakan Pertama 2020 Hak cipta © Institut Aminuddin Baki 2020. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih dahulu. ISBN: 978-967-2996-01-9 Pengurus Penerbitan Noriza binti Mohamed Nasir Reka Bentuk dan Reka Letak Halaman Ng Lee Ching Giga Wise Network Sdn Bhd
JAWATANKUASA PENERBITAN WADAH PERKONGSIAN PINTAR PENAUNG Dato’ Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus Pengarah Institut Aminuddin Baki Kementerian Pendidikan Malaysia
PENASIHAT Dr. Hj. Abd. Razak bin Manaf Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Profesional) Institut Aminuddin Baki Datuk Dr. Mohd Kassim bin Mohd Ibrahim Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Khidmat Latihan) Institut Aminuddin Baki Dr. Ekerim a/p Din Chen Ketua Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Institut Aminuddin Baki
SIDANG EDITOR Chang Fui Chin Fadzilah binti Abdullah Md. Rahaimi bin Rashid Ng Lee Ching Nor Ishsan binti Ab. Razak
URUS SETIA Aida Suriani binti Sharif Norli binti Ismail
ISI KANDUNGAN PERKARA
Muka Surat
Prakata Pengarah Institut Aminuddin Baki
ix
Pengenalan: Apa itu ESAAP?
x
BAHAN PERKONGSIAN JARINGAN KOLABORATIF DAN PERKONGSIAN PINTAR: AMALAN KEPIMPINAN ERA BAHARU DI LEADERONOMICS SDN. BHD.
Muka Surat 1
oleh Adz Jamros binti Jamali Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara E-MODUL PEMBELAJARAN MIKRO: TRAJEKTORI PENINGKATAN KUALITI KANDUNGAN E-PEMBELAJARAN IAB
11
oleh Ashfahani binti Zakaria, Ph.D Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PROJEK DI BRITISH COUNCIL MALAYSIA
21
oleh Fazzlijan binti Mohamed Adnan Khan, Ph.D Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek AMALAN BAIK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI DI SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION FOR SPECIAL EDUCATION NEEDS (SEAMEO SEN)
31
oleh Khadijah binti Amat@Kamarudin IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka KECEKAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIVERSITY OF NOTTINGHAM DALAM MELESTARIKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI oleh Kanagarajan a/l Pandiyan Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
39
BAHAN PERKONGSIAN ADVOKASI AUTISME MELALUI KONSEP I.K.H.L.A.S DI PUSAT AUTISME KEBANGSAAN MALAYSIA (NASOM)
Muka Surat 49
oleh Masitah binti Taib, Ph.D IPG Kampus Ilmu Khas THE RIGHT PEOPLE IN THE RIGHT PLACE
59
oleh Meriam binti Allias Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands AMALAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DI NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA (NASOM)
67
oleh Mohd Yusoff bin Md Noor IPG Kampus Ilmu Khas PERKONGSIAN AMALAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN TERBAIK DI UNIVERSITI NOTTINGHAM KAMPUS MALAYSIA
75
oleh Norfadhilah binti Nasrudin, Ph.D IPG Kampus Bahasa Melayu AMALAN TERBAIK PENGURUSAN LATIHAN: PEMBELAJARAN BERMAKNA DI TELEKOM MALAYSIA
85
oleh Redzuan bin Jantan, Ph.D Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI LEADERONOMICS SDN. BHD.
93
oleh Rozita binti Abdullah, Ph.D Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara EKOSISTEM INOVASI: SATU USAHA GIGIH AGENSI INOVASI MALAYSIA oleh Suriani binti Sulaiman Institut Aminuddin Baki Bandar Enstek
99
BAHAN PERKONGSIAN PERKONGSIAN PINTAR DI SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION FOR SPECIAL EDUCATION NEEDS (SEAMEO SEN)
Muka Surat 107
oleh Zizawati binti Fauzi IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka PENDEKATAN ‘AGILE’ SEBAGAI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PROJEK DI TELEKOM MALAYSIA BERHAD oleh Zulkifli bin Mat Som IPGM, Kementerian Pendidikan Malaysia
115
BICARA PENGARAH
PENGARAH INSTITUT AMINUDDIN BAKI Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Wadah Perkongsian Pintar merupakan kompilasi amalan terbaik yang diperolehi oleh peserta-peserta Enhancing Scholarly Activities through Attachment Programme (ESAAP) Dalam Negara 2019 untuk disesuaikan seterusnya diaplikasi dalam organisasi masing-masing. ESAAP adalah salah satu program sokongan di bawah Inisiatif #112: Pemerkasaan IAB dan IPG bertujuan memperkasa kompetensi pensyarah dan pemimpin IAB dan IPG melalui peluang meneroka dan mempelajari amalan terbaik pengurusan dan kepimpinan beberapa syarikat terkemuka di luar Kementerian
Pendidikan Malaysia. Program ini telah berjaya dilaksanakan hasil gandingan mantap dan kerjasama padu antara pihak IAB dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Akhir kalam, saya berharap Wadah Perkongsian Pintar ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya fikir ke arah yang lebih positif demi mencapai matlamat pendidikan negara kita. Sekian, terima kasih. Dato’ Dr. Hj. Tajuddin bin Mohd Yunus
Wadah Perkongsian Pintar
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya Wadah Perkongsian Pintar telah dapat diterbitkan. Sekalung penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat atas sumbangan buah fikiran, bahan penulisan, masa dan tenaga dalam menjayakan penerbitan buku ini.
ix
PENGENALAN Apa itu ESAAP? Sebagaimana diketahui umum, Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan untuk melatih pemimpin pendidikan pada semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Manakala Institut Pendidikan Guru (IPG) pula merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal guru sekolah. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan tertinggi IAB dan IPG masing-masing telah dan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membangunkan kapasiti pensyarah IAB dan IPG. Tindakan ini adalah selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) khususnya dalam Anjakan 4: Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan dan Anjakan 5: Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan di Setiap Sekolah. Satu daripada inisiatif tersebut ialah Inisiatif #112: Pemerkasaan IAB dan IPG. Inisiatif ini bermula pada tahun 2019 dilaksanakan dengan hasrat untuk memperkasa IAB dan IPG sebagai institusi berakrediasi; mengamalkan budaya kecemerlangan profesionalisme dan perkongsian amalan terbaik; serta memperkasa kepimpinan IAB dan IPG. Keberhasilan yang diharapkan daripada pelaksanaan inisiatif ini pula adalah pengiktirafan IAB dan IPG sebagai institusi berakreditasi; pengiktirafan kepakaran pensyarah IAB dan IPG; peningkatan kualiti pengurusan dan kepimpinan dalam kalangan pemimpin IAB dan IPG; serta peningkatan kualiti pemimpin dan guru sekolah. Terdapat tiga Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di bawah Inisiatif #112 iaitu KPI 1- Peningkatan Kompetensi Generik dan Fungsional; KPI 2 - Pengiktirafan Program IAB; dan KPI 3 - Pelaksanaan Scholarly Activities. Dalam usaha mencapai KPI 3 iaitu Pelaksanaan Scholarly Activities, pensyarah serta pemimpin IAB dan IPG digalakkan melibatkan diri sebagai penyelidik, pembanguin modul latihan, berkongsi kepakaran melalui aktiviti konsultasi dan runding cara, penulisan dan penerbitan artikel dan jurnal serta terlibat dalam program sandaran di organisasi terkemuka di luar KPM. Wadah Perkongsian Pintar
Rentetan daripada itu, dalam Bengkel Kerja Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Inisiatif PPPM 2019 yang diadakan pada bulan November 2018 telah memutuskan supaya IAB melaksanakan Enhancing Scholarly Activities through Attachment Programme (ESAAP) bagi membangunkan kapasiti pensyarah dan pemimpin IAB dan IPG di bawah Inisiatif #112 ini. Program ini merupakan program di mana pemimpin dan pensyarah ditempatkan selama beberapa hari di organisasi berkenaan bagi meneroka pengalaman bermakna secara dua hala dalam bidang pengurusan dan kepimpinan untuk diaplikasikan di organisasi masing-masing. x
MATLAMAT Program ESAAP dilaksanakan bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat berikut: •
program ESAAP dapat memberi peluang kepada pensyarah serta pemimpin IAB dan IPG untuk mendalami, mempelajari dan meningkatkan kompetensi diri agar kemampuan dan pengetahuan mereka dapat dikembangkan;
•
program ESAAP dapat memberi ruang dan peluang untuk IAB dan IPG bekerjasama dengan organisasi yang dikenal pasti dalam bidang penyelidikan, latihan, konsultasi dan runding cara, serta penulisan atau penerbitan yang juga merupakan fungsi utama IAB dan IPG; dan
•
program ESAAP juga diharapkan dapat mengupayakan pensyarah IAB dan IPG supaya sentiasa berdaya saing, kompeten dan relevan dengan perkembangan semasa.
STRATEGI PELAKSANAAN
•
organisasi yang dikenal pasti untuk Program ESAAP melibatkan agensi daripada sektor awam (selain KPM) ataupun sektor swasta;
•
pelantikan pensyarah yang menyertai program ini diputuskan oleh pihak Pengurusan Tertinggi IAB dan IPGM;
•
pensyarah yang terlibat perlu menanda aras amalan yang melibatkan scholarly activities seperti penyelidikan, latihan, konsultasi dan runding cara, penilaian artikel dan buku, serta penulisan dan penerbitan artikel, jurnal dan buku. Bagi pemimpin IAB dan IPG, mereka juga perlu menanda aras amalan pengurusan dan kepimpinan agensi berkenaan;
Wadah Perkongsian Pintar
Dalam usaha merealisasikan program ini, pihak urus setia telah merancang strategi pelaksanaan seperti yang berikut: • program ESAAP melibatkan pensyarah dan pemimpin daripada IAB dan IPG;
xi
Wadah Perkongsian Pintar xii
•
pensyarah IAB dan IPG yang terlibat perlu membuat laporan program setelah selesai melaksanakan program berkenaan. Laporan program perlu dihantar kepada pihak Urus Setia Program ESAAP. Mereka juga perlu membentangkan laporan tersebut dalam Kolokium Scholarly Activities; dan
•
pensyarah yang terlibat juga perlu berkongsi pengalaman untuk pembangunan kendiri dan organisasi setelah selesai melaksanakan program tersebut.
Wadah Perkongsian Pintar
Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih
xiii
Bahan Perkongsian
JARINGAN KOLABORATIF DAN PERKONGSIAN PINTAR: AMALAN KEPIMPINAN ERA BAHARU DI LEADERONOMICS SDN. BHD.
Agile – Creative – Borderless
Leaderonomics merupakan organisasi pembangunan pemimpin yang tangkas tanpa sempadan waktu bekerja dan sempadan keberadaan di pejabat malah sesi latihan yang berkonsepkan experiential learning direka bentuk secara kreatif bersesuaian dengan keperluan pelanggannya. Adz Jamros binti Jamali IAB Cawangan Utara
Leaderonomics Sendirian Berhad yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan sebuah organisasi swasta yang berorientasikan pembangunan kepimpinan. Tujuan penubuhannya adalah untuk mentransformasi negara melalui pembangunan kepimpinan setiap individu masyarakat. Leaderonomics percaya bahawa setiap pemimpin secara tidak langsung memberi impak terhadap pembangunan sosioekonomi sesebuah negara. Maka sasaran syarikat ini merangkumi golongan kanak-kanak, remaja, siswa, pelbagai peringkat pekerja, pengurusan, dan pemimpin atasan dalam usaha menyerlahkan dan menggilap potensi kepimpinan masing-masing. Leaderonomics melaksanakan program pembangunan kepimpinan secara kreatif dalam menelusuri perubahan teknologi dan tuntutan perubahan global. Leaderonomics beroperasi melalui tiga medium iaitu medium korporat, komuniti dan media. Syarikat ini diterajui oleh Encik Roshan Thiran sebagai Chief Executive Officer (CEO) nya. Beliau berpegang kepada prinsip setiap individu boleh memimpin maka sewajarnyalah Leaderonomics juga menjadi pusat rujukan dalam kalangan pemimpin organisasi terutamanya dalam sektor korporat. Sebagai sebuah pusat rujukan kepimpinan, Leaderonomics perlu menyediakan bahan-bahan rujukan dan sesi latihan kepimpinan untuk menjana pengetahuan dan perkongsian pengalaman dalam kalangan pemimpin sesebuah organisasi.
Wadah Perkongsian Pintar
PENGENALAN
1
PERANAN LEADERONOMICS SEBAGAI PUSAT RUJUKAN Leaderonomics menawarkan pelbagai bentuk bahan rujukan tentang kepimpinan dan pengurusan organisasi. Bahan rujukan tersebut dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti bahan cetak, audio dan video malah diolah dalam tiga bahasa sama ada Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan terkini dalam Bahasa Indonesia. Pemilihan Bahasa Indonesia adalah berasaskan data jumlah capaian bahan rujukan sebelum ini menunjukkan Indonesia merupakan antara negara yang paling banyak merujuk bahan-bahan yang disediakan oleh Leaderonomics. Hal ini juga dipengaruhi oleh permintaan yang tinggi daripada negara berkenaan. Bahan-bahan yang dihasilkan oleh Leaderonomics bukan sahaja menjadi rujukan dalam negara malah menjadi rujukan di luar negara. Bahanbahan rujukan seperti majalah bulanan, rakaman sesi temu bual tokoh-tokoh pemimpin seluruh dunia dan sesi bual bicara pemimpin disebarluaskan melalui platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan saluran YouTube. Semua platform yang digunakan dipromosi pula melalui laman sesawang rasmi Leaderonomics. Capaian yang mesra pengguna memudahkan pelbagai lapisan masyarakat sama ada daripada golongan generasi baby boomers hinggalah kepada Generasi Y untuk mendapatkan sumber rujukan yang terkini dan santai.
Wadah Perkongsian Pintar
Kaedah santai yang dijadikan asas kepada penerbitan bahan-bahan rujukan Leaderonomics menjadikan syarikat ini mudah diterima oleh masyarakat antarabangsa. Bahan cetak yang dihasilkan dalam bentuk majalah elektronik yang diberi nama Leaderonomics eMag diterbitkan dalam gaya penulisan yang berstruktur dan padat. Setiap naskhah keluaran hanya memuatkan 24 halaman yang memaparkan 24 tajuk berbeza. Tajuk bagi setiap artikel juga dikarang dengan menarik serta kreatif. Format penulisan artikel ala majalah dalam Leaderonomics eMag juga dilengkapi dengan gambar dan rajah yang relevan dengan kandungan artikel kepimpinan yang diterbitkan.
2
Rakaman sesi bual bicara kepimpinan dan pengurusan dimuat naik dalam saluran YouTube rasmi Leaderonomics. Leaderonomics Media merupakan anak syarikat yang menyelaras lapan siri temu bual yang disimpan dan disebar luas melalui saluran YouTube rasmi Leaderonomics. Antaranya adalah siri The Leaderonomics Show yang merakamkan siri temu bual pemimpin korporat tersohor manakala siri Management Through Crisis pula memuatkan sesi temu bual maya secara berkolaboratif dengan Universiti HELP yang meneroka impak pandemik Covid 19 terhadap individu dan masyarakat. Sesi ini berdasarkan kajian empirikal dan idea-idea inovatif yang dikemukakan oleh pakar sesuatu bidang. Seterusnya siri Work From Home disiarkan untuk memberi perkongsian tentang tips dan penyelesaian
pelaksanaan bekerja dari rumah yang berkesan. Siri Leadership Nuggets pula memaparkan sesi dialog perkongsian idea kepimpinan yang ringkas tetapi padat daripada pemimpin seluruh dunia. Rakaman sesi temu bual yang disebar luas melalui saluran YouTube Leaderonomics Media ini telah mendapat jumlah antara 80 hingga 33 ribu tontonan dari seluruh dunia. Rakaman bual bicara santai secara audio pula dimuat naik dalam radio rasmi Leaderonomics FM melalui platform aplikasi Spotify. Setiap rakaman disunting dan dipromosi melalui laman sesawang Leaderonomics. Leaderonomics FM juga boleh diakses terus dari telefon bimbit menggunakan aplikasi Spotify. Kemudahcapaian bahan-bahan rujukan sebegini menjadikan Leaderonomics tersohor sebagai pusat rujukan kepimpinan di peringkat antarabangsa. Antara siri rakaman bual bicara radio yang diterbit dan dikongsikan oleh Leaderonomics FM adalah Small Talk tentang perbualan ringkas tetapi bermakna, Futuristic Enterprise tentang pelestarian masa hadapan, HOME tentang membangun pemimpin muda, The Intern Show tentang perihal pekerja praktikal, HR Documentation tentang rujukan dokumentasi sumber manusia, HR Essentials tentang cara memimpin organisasi cemerlang dan Pennywise Show pula adalah tentang panduan pengurusan kewangan peribadi.
Sesuai dengan peranannya sebagai pusat rujukan kepimpinan korporat, Leaderonomics juga sentiasa menerima permintaan daripada syarikatsyarikat yang memerlukan kepakaran Leaderonomics dalam membangun kapasiti kepimpinan organisasi mereka. Berpandukan pendekatan 4D iaitu diagnose, design, develop dan deliver yang digunakan dalam mereka bentuk sesuatu program latihan, Leaderonomics menawarkan program yang bersesuaian dengan keperluan pelanggannya. Setiap aktiviti dalam program latihan yang dibangunkan menepati Model Learning By Doing yang menyasarkan 70 peratus pembelajaran berasaskan pengalaman, 20 peratus berasaskan jaringan, suri teladan, mentor dan hanya 10 peratus lagi menumpu kepada pembelajaran bilik darjah. Talent Acceleration Programme (TAP) misalnya, direka bentuk untuk memperkasa pemimpin pertengahan yang berpotensi tinggi. Aktiviti pembelajaran berasaskan pengalaman dalam TAP seperti aktiviti simulasi interaktif menawarkan pengalaman sebenar apabila pelanggan yang mengikuti program ini dirangsang dengan insiden realiti
Wadah Perkongsian Pintar
Secara keseluruhan, Leaderonomics telah mencatatkan jumlah bahan rujukan yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 5077 buah artikel kepimpinan, 217 rakaman audio podcast dan 94 rakaman video kepimpinan. Di sebalik penerbitan ketiga-tiga jenis bahan rujukan kepimpinan Leaderonomics ini, tidak dapat dinafikan sumbangan pemimpin dari pelbagai agensi sama ada dalam mahupun dari luar negara. Hubungan kolaboratif yang terjalin ini memberi impak yang positif kepada daya tarikan pelanggan untuk menjadikan Leaderonomics sebagai pusat rujukan kepimpinan.
3
tanpa diduga dan melibatkan individu dari agensi luar yang autentik dalam lapangan kerjaya mereka. Antaranya, simulasi main peranan sekumpulan ketua pegawai eksekutif atau CEO yang direncanakan berkolaboratif untuk menyelamatkan syarikat yang sedang dilanda kerugian. Leaderonomics melibatkan Ketua Pengarah Syarikat Audi Motor untuk memainkan peranan sebagai pengarah syarikat dalam sesi simulasi tersebut. Peranan pengarah dilakonkan seperti situasi sebenar. Begitu juga peranan yang dimainkan oleh beberapa sukarelawan Leaderonomics yang hadir ke lokasi latihan, turut memainkan peranan sebagai pelanggan yang tidak berpuas hati dengan produk dan menyerang syarikat sebagai kejutan untuk menyuntik suasana sebenar risiko yang biasa dihadapi oleh seorang ketua pegawai eksekutif syarikat. Pengalaman sebegini menjadi satu elemen pembelajaran berasaskan pengalaman. Berdasarkan kajian Leaderonomics, sesi seumpama ini berupaya mengekalkan 75 peratus keberkesanan pembelajaran. PERANAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEBAGAI PUSAT RUJUKAN
Wadah Perkongsian Pintar
Sebagaimana yang diketahui umum, Institut Aminuddin Baki (IAB) juga turut berfungsi sebagai pusat rujukan bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Merujuk kepada Pelan Induk Kecemerlangan IAB, pelbagai jenis bahan rujukan bidang ini disediakan dalam repositori IAB yang dikelola oleh Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan (PDSP). Bahan-bahan rujukan yang disediakan merupakan bahan teks digital iaitu buku-buku yang ditulis oleh para pensyarah IAB dan diterbitkan dalam bentuk ebook. Selain itu bahan rujukan IAB juga diterbitkan dalam bentuk audio visual yang memuatkan aktiviti-aktiviti IAB sepanjang satu-satu tahun. Manakala bahan terbitan ilmiah seperti jurnal artikel dihasilkan oleh para pensyarah melalui bengkel penulisan secara berkala. Galakan penulisan artikel ilmiah dalam kalangan pensyarah bukan sahaja memberi pengalaman menulis kepada pensyarah malah hasil penulisan tersebut melayakkan seseorang pensyarah itu diangkat sebagai pakar dalam satu-satu bidang. Selain daripada itu, IAB juga menerbitkan prosiding bagi beberapa seminar dan kolokium anjuran IAB, antaranya Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, International Conference on Educational Leadership and Management (ICELAM), Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional dan Kolokium Scholarly Activities.
4
Pelibatan pihak luar menyumbang kepakaran dalam penulisan ilmiah lebih cenderung kepada pensyarah IAB, pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) dan peserta seminar dan kolokium. Merujuk kepada capaian bahanbahan rujukan ini juga boleh dilakukan melalui portal rasmi IAB. Kawalan
mutu dan hak cipta harta intelek amat diutamakan maka penyebarluasan hanya melalui portal berkenaan sahaja. Merujuk kepada sesi latihan pula, IAB merupakan pusat rujukan KPM dalam mereka bentuk program-program baharu untuk pembangunan pemimpin pendidikan. Reka bentuk sesi latihan yang dibangunkan oleh IAB berlandaskan kurikulum standard yang merujuk kepada model sesi latihan yang dikenali sebagai KOMPAS 2.0 yang menekankan kepada enam (6) domain kompetensi dan 18 kompetensi untuk dikuasai oleh pemimpin pendidikan. Contohnya, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) direka bentuk berdasarkan prinsip 70 peratus pembelajaran berasaskan pengalaman, 20 peratus berasaskan perkongsian dan hanya 10 peratus yang menumpu kepada kuliah. Setiap sesi latihan diperkaya dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif (Amin Senin, 2012) yang menekankan pembangunan kepimpinan dan pengurusan pendidikan atau lebih dikenali sebagai Leadership and Management Development Activities (LAMDA). Malah kebanyakan program yang direka bentuk melibatkan sesi tindak ikut tindak susul atau Follow Up Follow Through (FUFT) yang menekankan latihan di lapangan yang menggunakan kepakaran membimbing dalam kalangan pensyarah. Contohnya dalam program NPQEL, setiap pemimpin pendidikan harus berupaya merancang, melaksana, mengawal dan menilai suatu projek penambahbaikan sekolah dalam aktiviti lapangan Perantisan 2. Bagi memperkukuh pembelajaran, setiap pemimpin pendidikan yang terlibat dibimbing oleh seorang pensyarah.
Amalan sedia ada di Institut Aminuddin Baki sebagai pusat rujukan mempamerkan pencapaian yang selari dengan petunjuk prestasi utama (KPI) yang dirancang setiap lima tahun. Namun begitu suntikan amalan baharu amat perlu untuk memacu keberkesanan yang lebih relevan di masa hadapan. Selari dengan cabaran dunia VUCA, IAB perlu mengatur strategi yang lebih futuristik dengan mengambil kira keperluan pemimpin pendidikan yang kini telah berganjak kepada golongan generasi X dan Y yang lebih cenderung dengan aplikasi digital. Maka sesi latihan dan bahan rujukan yang disediakan perlulah bersifat mudah diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Hal ini menjadi kesinambungan dengan norma baharu yang diterapkan secara ad hoc rentetan pandemik covid-19 yang melanda dunia. Kesempatan ini harus disambut baik oleh IAB untuk menyusun strategi yang lebih bersifat dinamik tetapi fleksibel.
Wadah Perkongsian Pintar
PENAMBAHBAIKAN AMALAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEBAGAI PUSAT RUJUKAN
5
Pelibatan pihak luar dalam menjalin hubungan kolaboratif bersama IAB perlu dijadikan elemen nilai tambah dalam peranan IAB sebagai pusat rujukan kepimpinan pendidikan. Idea ini digarap berdasarkan pengalaman selama seminggu menghayati proses sesi latihan dan memerhati kepelbagaian sumber rujukan di Leaderonomics.
Wadah Perkongsian Pintar
Merujuk kepada bahan-bahan rujukan ilmiah hasil terbitan IAB selain daripada diubah kepada bentuk digital, nilai tambah boleh dilaksanakan. Berpandukan konsep santai dan kemudahcapaian maklumat, IAB berupaya menghasilkan bahan rujukan berbentuk video dan audio melalui aktiviti bual bicara terancang antara moderator daripada pasukan moderator bertauliah dengan pakar kepimpinan pendidikan tempatan mahupun antarabangsa. Aktiviti bual bicara ini boleh dilaksanakan dalam siri talk show berkala yang hanya berdurasi 20 hingga 30 minit. Pengisiannya adalah perkongsian amalan terbaik pemimpin sekolah dan idea-idea reflektif yang terjelma daripada pengalaman mereka sendiri. Walau bagaimanapun, setiap rakaman ini akan melalui sesi jaminan kualiti yang dibentuk. Kualiti kandungan, teknikal dan sensitiviti akan dikawalselia dan penerbitan hanya akan berlaku setelah pengesahan jawatankuasa diperoleh. Penerbitan bahan audio boleh disiarkan melalui radio rasmi IAB melalui aplikasi Spotify manakala rakaman video disebarluaskan melalui saluran YouTube rasmi IAB. Kedua-dua platform ini akan dipromosi melalui laman Facebook atau Instagram rasmi IAB.
6
Selaras dengan pelaksanaan Program Dekad Membaca Kebangsaan 2021 hingga 2030, IAB boleh memainkan peranan dalam menerbitkan bahan bacaan ilmiah santai yang mudah dicapai untuk golongan sasaran pemimpin pendidikan yang rata-ratanya adalah golongan dewasa. Menurut kajian Pasukan Analisis Picodi.com pada tahun 2019 yang dilaporkan oleh Zainal (2020), sebanyak 22 peratus penduduk dewasa Malaysia tidak minat membaca dan tidak membeli walaupun sebuah buku dalam setahun. Bahan bacaan ilmiah yang selama ini diterbitkan oleh IAB perlu dipermudah penyampaian pengisiannya dalam bentuk santai dan menarik seperti infografik mahupun penulisan ala majalah. Bahan bacaan mudah dan santai seperti penulisan ilmiah ala majalah boleh menjadi pemangkin minat membaca pemimpin pendidikan seperti kajian Pasukan Analisis Picodi.com, 53 peratus rakyat Malaysia yang membaca memilih buku fiksyen dan 36 peratus lagi memilih buku non-fiksyen berteraskan sastera. Hasrat ini boleh dijelmakan melalui penghasilan majalah ilmiah yang berkonsep santai melalui bengkel penulisan ala majalah selama tiga hari yang disertai oleh pemimpin pendidikan yang dikenalpasti berupaya menyumbang hanya satu halaman idea berdasarkan pengalaman yang ditulis dalam bentuk berstruktur. Pada akhir bengkel setelah sesi semakan oleh jawatankuasa kawalan kualiti penerbitan, senaskhah dengan bilangan halaman yang minima antara 24 hingga 30 halaman mampu diterbitkan. Penerbitan akan disebarluaskan melalui platform portal rasmi IAB mahupun media sosial rasmi IAB.
Fungsi IAB sebagai sebuah pusat latihan kepimpinan pendidikan juga boleh menjadi daya penarik dan membolehkan IAB menjadi pusat rujukan jika sesi latihan yang direka bentuk sentiasa selari dengan perubahan gaya pembelajaran golongan generasi X dan Y yang sudah mula menjejakkan kaki ke posisi pemimpin pendidikan. Golongan ini lebih mesra dengan dunia digital dan sesi latihan yang lebih interaktif sudah tentu menjadi pilihan. Suntikan strategi penyampaian sesi latihan IAB boleh diubahsuai kepada immersive learning. Penambahbaikan strategi penyampaian sesi latihan perlu ditambah nilai bersesuaian dengan zamannya. Walau bagaimanapun, sentuhan kemanusiaan masih lagi merupakan elemen paling penting dalam menjamin keberkesanan pembelajaran yang membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku. Bersesuaian dengan norma baharu yang diamalkan ketika ini, pembelajaran dalam talian menjadi cabaran terbesar dalam kalangan tenaga pengajar mahupun pelajar. Apatah lagi untuk menyuntik strategi pembelajaran yang immersive. Namun cabaran sebegini perlu disambut dan ditangani dengan kreativiti secara kolaboratif. Sebagai contoh sesi latihan bimbingan berkualiti yang berobjektifkan peserta berupaya melaksanakan sesi bimbingan berdasarkan proses Design Thinking. Sesi ini menyuntik elemen immersive learning dalam penyampaiannya secara dalam talian. Sumbangan pemimpin sekolah yang sedia berkolaboratif dengan IAB, menawarkan diri untuk dijadikan subjek bimbingan oleh para peserta yang perlu menjalankan temu bual bagi mendapatkan punca masalah sebenar melalui aktiviti empathy mapping sebelum merangka penambahbaikan yang diperlukan oleh sekolah. Sesi melibatkan pihak ketiga yang autentik sebagai subjek bimbingan mampu menjelmakan situasi realiti dalam proses bimbingan berkenaan. Kesimpulannya, penambahbaikan yang dicadangkan hanya untuk menambah baik proses kerja di IAB demi kelangsungan peranan IAB sebagai satu-satunya pusat rujukan kepimpinan dan pengurusan pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sesebuah pusat rujukan kepimpinan, faktor jaringan kolaboratif antara sesebuah organisasi dengan pihak luar amat penting untuk memberi pengalaman baharu dalam pembangunan pemimpin. Situasi sebenar pemimpin diadun dalam sesi latihan dengan melibatkan kerjasama luar berupaya melonjakkan keberkesanan sesi latihan yang disampaikan apatah lagi jika menggabungjalinkan 70 peratus pembelajaran berasaskan pengalaman, 20 peratus perkongsian dan hanya 10 peratus berasaskan kuliah dalam reka bentuk setiap sesi latihan dan bahan rujukan. Hal ini bertepatan dengan kajian Kiran dan Bose (2020) yang menunjukkan jaringan kolaboratif antara sesebuah organisasi dengan pihak luar mampu menghasilkan impak positif terhadap pembangunan pengurus dalam bidang teknologi.
Wadah Perkongsian Pintar
PENUTUP
7
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Konti podcast
8
Gambar 2. Leaderonomics FM
Gambar 3. Sebaran video YouTube
Gambar 4. Majalah keluaran Leaderonomics
Gambar 5. Simulasi Pembelajaran
RUJUKAN
Wadah Perkongsian Pintar
Amin Senin. (2012). Pembelajaran aktif dalam latihan dan pembangunan pemimpin pendidikan. Insititut Aminuddin Baki: Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan. Kiran, R., & Bose, S. C. (2020). Stimulating business incubation performance: role of networking, university linkage and facilities. Technology Analysis & Strategic Management, 1-15. Leaderonomics Media. (2018). The Leaderonomics Show - Rejie Samuel, CEO of Air International Thermal Systems. In YouTube. https://www. YouTube.com/watch?v=FwmyqiH_DfY Leaderonomics Media. (2019). Who Are We, And What Do We Do? – Introduction To Leaderonomics. In YouTube. https://www.YouTube. com/watch?v=Usgv3CAqqqI Leaderonomics Malaysia. (2020). Leaderonomics.org. https:// Leaderonomics.org/en/about-us/our-framework 7 Characteristics of Immersive Learning – G51 EDU. (n.d.). Retrieved November 8, 2020, from https://www.g51edu.com/7-characteristics-ofimmersive-learning/
9
E-MODUL PEMBELAJARAN MIKRO: TRAJEKTORI PENINGKATAN KUALITI KANDUNGAN E-PEMBELAJARAN IAB
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Kampus Utama INTAN terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1984 bagi menyediakan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan.
Ashfahani binti Zakaria, Ph.D IAB Bandar Enstek PENGENALAN
E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) INTAN adalah portal e-Pembelajaran yang boleh diakses oleh semua penjawat awam setelah membuat pendaftaran. EPSA dilancarkan pada tahun 2007 bermula dengan hanya 12 kursus. Sehingga 14 Ogos 2019, Portal EPSA telah mempunyai 274 kursus daripada 29 kategori. Kursus-kursus ini dibangunkan oleh INTAN dan oleh beberapa agensi kerajaan yang lain. Selebihnya Kursus EPSA adalah dalam bentuk langganan yang diperbaharui pada setiap 2 tahun.
Wadah Perkongsian Pintar
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Kampus Utama INTAN yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1984 bagi menyediakan latihan kepada penjawat awam. Salah satu program latihan untuk penjawat awam yang diterajui oleh INTAN adalah e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA). EPSA (https://www.epsa.gov. my/?language=ms) dikendalikan oleh Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-MATEC) INTAN.
11
Rajah 1. Sumber kursus EPSA
Wadah Perkongsian Pintar
Rajah 2. Bilangan peserta yang mengikuti kursus EPSA 2007-2019
12
Pada peringkat awal pelaksanaan Kursus EPSA, ramai pengguna gagal menamatkan kursus yang mereka ikuti (drop-outs). Ini mungkin kerana kursus tersebut mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan menyebabkan pengguna hilang motivasi untuk terus mengikutinya. Namun setelah pelaksanaan EPSA Dimensi Baharu yang dilancarkan pada 1 Januari 2017, peningkatan bilangan pengguna yang berjaya menamatkan kursus meningkat secara drastik. Pendekatan kursus yang digunakan dalam EPSA Dimensi Baharu adalah dalam bentuk kursus jangka pendek yang boleh ditamatkan dalam tempoh 1 atau 2 jam pembelajaran. Bahan pembelajaran yang digunakan adalah dalam bentuk interactive e-learning courseware. Pendekatan ini telah memudahkan dan menarik minat para pengguna untuk mengikuti kursus sehingga tamat.
PENDEKATAN PEMBELAJARAN MIKRO
Rajah 3. Laman web EPSA
Pendekatan kursus yang digunakan dalam EPSA Dimensi Baharu adalah dalam bentuk kursus jangka pendek atau lebih dikenali sebagai pendekatan pembelajaran mikro. Pendekatan pembelajaran mikro merupakan trend terkini yang banyak digunakan dalam pendekatan e-Pembelajaran berbentuk Massive Open Online Courses (MOOCS). Bahan pembelajaran mikro yang digunakan direka bentuk untuk menyokong pembelajaran akses kendiri (self access learning). Menurut Exner (2020), pembelajaran mikro merupakan pendekatan pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri yang berikut:
ii. iii.
Ringkas (dikaitkan dengan terminologi “bite-sized knowledge”, “minilearning” atau “micro-courses”). Berfokus kepada konsep tertentu. Kandungan dalam bentuk pelbagai (multimedia).
Seterusnya Exner (2020) menyenaraikan pendekatan pembelajaran mikro seperti berikut: i. ii. iii. iv.
beberapa
kelebihan
Autonomi pelajar – pelajar mempunyai autonomi untuk menentukan masa, tempat dan dan cara pembelajaran masing-masing. Hasil yang cepat – pembelajaran berfokus kepada objektif tertentu dan ini memudahkan pelajar mempelajari pengetahuan atau kemahiran yang berkaitan dangan cepat. Pembelajaran boleh di akses pada bila-bila masa dan di mana sahaja Boleh diadaptasi kepada pembelajaran teradun – bahan pembelajaran mikro boleh digunakan sebagai bahan persediaan atau bahan sokongan untuk mengikuti kursus teradun yang lebih mendalam.
Wadah Perkongsian Pintar
i.
13
v. vi. vii. viii.
Kos rendah dalam penghasilan bahan pembelajaran Boleh disesuaikan dengan jadual waktu yang sibuk – pembelajaran bagi setiap modul memerlukan jangka masa pendek untuk dihabiskan dan memudahkan penyesuaian kepada sebarang jadual. Bahan pembelajaran mudah dikemas kini – hanya perlu mengemaskini modul yang bekaitan sahaja, bukan keseluruhan kursus. Sesuai untuk pembelajaran bagi pembangunan profesional berterusan – dalam kalangan golongan dewasa yang bekerja.
Manakala amalan terbaik yang patut diambil kira dalam pembangunan pembelajaran mikro yang selari dengan pandangan Andriotis (2018) adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv. v.
Menyemak kesesuaian kandungan untuk dijadikan bahan pembelajaran mikro. Menganalisis kandungan bagi menghasilkan kandungan bahan pembelajaran mikro yang pendek, tepat dan berfokus. Memasukkan elemen multimedia untuk menjadikan kandungan lebih menarik. Mereka bentuk aktiviti interaktif bagi meningkatkan pelibatan pelajar. Melaksanakan penilaian mikro (formatif) bagi menilai kemajuan pelajar bagi setiap modul.
Pendekatan pembelajaran mikro ini sangat sesuai digunakan dalam pembangunan kandungan e-Pembelajaran IAB. Ciri-ciri dan amalan terbaik yang telah dibincangkan diambil kira dalam reka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran mikro yang berkualiti bagi e-Pembelajaran IAB.
Wadah Perkongsian Pintar
KANDUNGAN e-PEMBELAJARAN IAB
14
Portal e-Pembelajaran IAB mempunyai kursus-kursus dalam talian mengikut keperluan semasa. Antara kursus-kursus yang mengandungi kandungan e-Pembelajaran adalah kursus National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL), Leadership Course for Middle Leaders (LCML), Kewangan, Science, Technology, Engineering and Mathematics Leadership (STEM) dan sebagainya. Kursus-kursus e-Pembelajaran ini dibangunkan dalam bentuk kursus teradun dan kursus dalam talian yang berasingan.
Dasar Latihan IAB 2018 mewajibkan setiap kursus baharu yang dibangunkan perlu mempunyai 30 peratus kandungan e-Pembelajaran. Namun status pembangunan bahan e-Pembelajaran IAB sehingga April 2020 masih tidak begitu menggalakkan. Kebanyakan bahan e-Pembelajaran yang dibangunkan tidak melalui penilaian oleh Jawatan Kuasa Teknikal e-Pembelajaran (JKTeP) yang telah diwujudkan pada awal 2019. Keadaan ini menjadikan bahan e-Pembelajaran tidak melalui jaminan kualiti yang sepatutnya. Senario norma baharu pendididikan akibat pendemik Covid-19 memerlukan transformasi dalam pendekatan kaedah pembelajaran. E-Pembelajaran dilihat sebagai salah satu kaedah utama penyampaian pembelajaran dalam norma baharu pendidikan ini. Pendekatan lama pembangunan kursus e-Pembelajaran yang memerlukan masa yang agak lama kerana perlu dibangunkan bersama kursus bersemuka boleh diubah kepada bentuk yang lebih mudah dan cepat. Sehubungan itu, pendekatan pembelajaran mikro telah dilihat sebagai alternatif yang sesuai untuk memenuhi keperluan ini. Pada 22 Jun 2019, kertas cadangan permohonan untuk menggunakan pendekatan pembelajaran mikro dalam pembangunan bahan e-Pembelajaran telah dibentangkan dan mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa e-Pembelajaran Bil. 1/2019. Selain itu, pendekatan pembelajaran mikro ini turut dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Peperiksaan dan Pentaksiran Bil. 3/2019. Seterusnya, pada bulan Disember 2019, Jabatan e-Pembelajaran IAB mengambil keputusan untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran mikro ini dalam bentuk Program Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro. E-MODUL PEMBELAJARAN MIKRO IAB
i. Membina repositori bahan kursus dalam talian dalam bentuk e-Modul Pembelajaran Mikro yang interaktif bagi menyokong Dasar Latihan Baharu IAB 2018 (Organisational Development – OD) ii. Membangunkan kapasiti pensyarah (Individual Development – ID) dalam membangun e-modul (menyokong keperluan pembangunan kursus bagi mendapatkan Sijil Master Trainer)
Wadah Perkongsian Pintar
Program Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro telah dijadikan sebagai salah satu strategi yang dirancang bagi mencapai objektif Teras 3 Pelan Strategik ICT IAB 2020 - 2024 iaitu Pemerkasaan Pembelajaran Ubiquitous (u-Learning). Program ini diterajui oleh Jabatan e-Pembelajaran IAB. Objektif utama pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro ini adalah:
15
Konsep Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro diringkaskan dalam infografik berikut:
Rajah 4. Konsep pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro
Sementara itu, strategi reka bentuk dan pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro IAB dilaksanakan dengan mengadaptasi kaedah pembangunan bahan kursus EPSA INTAN dengan pengubahsuaian. Latihan bagi pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro dilaksanakan dalam empat (4) fasa bagi menghasilkan kandungan e-Pembelajaran yang berkualiti: i. Perancangan e-modul – Penyediaan Bahan PdP (Peta Minda, Kerangka e-Modul, Slaid PowerPoint kandungan kursus) ii.
Reka bentuk – Melengkapkan kandungan PowerPoint, storyboard, skrip audio, video dan kuiz serta semakan pakar kandungan dan pakar bahasa
Wadah Perkongsian Pintar
iii. Pembangunan – Rakaman audio, pembangunan e-couseware (i-Spring)
16
iv. Penilaian – Penilaian kandungan dan teknikal (pengujian Alpha & Beta - UAT/FAT) Setelah selesai fasa Penilaian, bahan e-Modul Pembelajaran Mikro dibentangkan bagi mendapat kelulusan Jawatan Kuasa Teknikal e-Pembelajaran (JKTeP) dan perakuan Jawatan Kuasa Teknikal Latihan dan Pembangunan (JKTLP) serta Lembaga Pengajian (LP). Setelah mendapat perakuan, bahan e-Modul dimuat naik dalam Portal CPD/ Repositori.
Berikut merupakan Perancangan tiga (3) tahun bagi Program Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro bagi tahun 2020 – 2022.
Rajah 5. Program pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro
Kertas cadangan yang mengandungi konsep, strategi dan perancangan tiga (3) tahun Program Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Tertinggi Pengurusan IAB. Pada bulan Januari 2020, Ahli Mesyuarat Tertinggi Pengurusan IAB Bil. 2/2020 telah meluluskan kertas cadangan berkaitan Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro berkaitan perkara-perkara yang berikut: i.
Konsep dan strategi pelaksanaan Pembangunan Pembelajaran Mikro di IAB seperti yang dibentangkan.
ii.
Pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro dijadikan sebagai KPI pusat (setiap jabatan/cawangan) bagi menggalakkan pembangunan kapasiti pensyarah dan pembudayaan dalam e-Pembelajaran untuk keperluan masa hadapan.
iii.
Pembangunan e-Modul adalah antara elemen yang difokuskan dalam reka bentuk pembangunan modul/kursus untuk mendapat Pensijilan Master Trainer (CMT).
Wadah Perkongsian Pintar
e-Modul
17
Rajah 6. Portal e-modul pembelajaran mikro
RUMUSAN Latihan bagi pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro telah dilaksanakan secara dalam talian bermula pada bulan Mei 2020. Bahan-bahan latihan seperti rakaman taklimat dan latihan, Panduan Pembangunan e-Modul, templat, contoh-contoh e-Modul dan slaid PowerPoint, Carta Gantt, Carta Alir dan sebagainya boleh diakses oleh para pembangun e-Modul melalui Portal e-Modul Pembelajaran Mikro. Pada bulan Jun 2020, sebanyak 38 kerangka kandungan e-Modul Pembelajaran Mikro telah diluluskan dalam Mesyuarat JKTeP Bil. 1/2020 dengan perakuan wakil-wakil JKTLP bagi diteruskan pembangunannya. Pada bulan November 2020, hampir 90 peratus pembangunan e-Modul adalah pada tahap 50 peratus – 60 peratus iaitu pada tahap melengkapkan storyboard dan mendapatkan semakan pakar. Sokongan, pemantauan dan galakan daripada pihak pengurusan sangat dialu-alukan bagi memotivasikan para pembangun e-Modul pembelajaran Mikro untuk menyempurnakan projek yang telah mereka bangunkan.
Wadah Perkongsian Pintar
Sokongan dan pelibatan daripada semua pihak dalam memainkan peranan masing-masing adalah sangat diharapkan untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan e-Modul Pembelajaran Mikro yang berkualiti bagi mencapai matlamat yang telah dirancang.
18
Gambar 1. Perbincangan dengan pegawai EPSA
RUJUKAN
Wadah Perkongsian Pintar
Andriotis, N. (2018). What is Microlearning: A Complete Guide for Beginners. Elearning Industry. Available Online https://elearningindustry.com/whatis-microlearning-benefits-best-practices. Exner, P. (2020). How to Convert e-Learning Content to Microlearning. SkillBuilder LMS by BaseCorp Learning Systems. Available Online https://www.skillbuilderlms.com/how-to-convert-elearning-content-tomicrolearning. Ghirardini, B. (2011). E-Learning Methodologies: A Guide for Designing and Developing e-Learning Courses. FAO, Germany. Kluster Inovasi Teknologi Pengurusan (i-IMATEC). (2019). Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) Versi 2. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
19
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PROJEK DI BRITISH COUNCIL MALAYSIA
Tahniah BC Malaysia! Moto Changing Lives by Creating Opportunities and Build Connections telah berjaya mencapai kejayaan hebat dalam membantu warga Malaysia terutamanya dalam kemahiran Bahasa Inggeris, kesenian, pendidikan dan sosial.
Fazzlijan binti Mohamed Adnan Khan, Ph.D IAB Bandar Enstek PENGENALAN
Pengurusan, kepimpinan dan kerja berpasukan telah dikenal pasti sebagai faktor penentu kepada kejayaan pelaksanaan projek-projek di British Council Malaysia. Faktor-faktor yang dinyatakan di atas membentuk asas amalan terbaik pengurusan projek yang digunakan oleh British Council Malaysia dalam pengawasan projek mereka. Amalan terbaik boleh dijadikan asas kepada pengawasan dan pengurusan projek yang lebih baik kepada semua projek yang dijalankan dan secara tidak langsung membawa kepada peningkatan produktiviti staf dalam organisasi. Bagi menjadikan cita-cita ini suatu realiti, satu rangka kerja Pengurusan Projek yang menggabungkan faktor-faktor pengurusan, kepimpinan dan kerja berpasukan telah dibentuk dalam gerak kerja dalaman di British Council Malaysia. Rangka gerak kerja ini telah membantu British Council Malaysia dalam menyelia projek mereka ke arah lebih selaras dan sistematik.
Wadah Perkongsian Pintar
Pengurusan projek ialah proses memimpin kerja pasukan untuk mencapai matlamat dan menepati sasaran kejayaan kriteria pada sesuatu masa. Cabaran utama pengurusan projek adalah untuk mencapai semua sasaran projek yang digariskan dalam kekangan dan halangan sedia ada. Perancangan yang teliti dan sistematik mampu memberi hasil akhir serta impak yang dikehendaki melalui tindakan yang mantap dan pengawalan yang berkesan. Pengurusan dan kepimpinan dengan mendapat kerjasama daripada pasukan dapat menyumbang tenaga dan kepakaran bagi melaksanakan aktiviti yang ditetapkan.
21
PELAKSANAAN PROGRAMME MANAGEMENT PLAN PENGURUSAN PROGRAM) DI BRITISH COUNCIL MALAYSIA
(PELAN
British Council (BC) adalah sebuah organisasi antarabangsa United Kingdom (UK) yang berperanan menjalinkan hubungan budaya, peluang pendidikan dan mencipta pengetahuan serta persefahaman di antara rakyat di UK dan rakyat di negara-negara lain. Ditubuhkan pada tahun 1934, BC merupakan badan amal UK yang diberi mandat dan kepercayaan daripada Piagam Diraja (Royal Charter) dan badan awam UK bagi menjalankan peranan seperti yang telah ditetapkan itu. Matlamat ini dicapai dengan memberi sumbangan positif kepada UK dan negara-negara yang bekerjasama dalam aspek mengubah kehidupan dengan cara mewujudkan peluang, membina peluang dan kepercayaan dalam bidang yang diterajui. BC telah bekerjasama rapat dengan banyak negara di seluruh dunia dalam bidang seni dan budaya, kemahiran Bahasa Inggeris, pendidikan dan sivil kemasyarakatan. Sehingga kini terdapat sebanyak 229 pejabat BC di lebih 110 buah bandar di seluruh dunia. BC menjadi agen perhubungan bagi mencipta peluang belajar dan idea kreatif terus menerus daripada UK.
Wadah Perkongsian Pintar
Kebanyakan masyarakat setempat di Malaysia mengenali BC sebagai pusat pengajaran Bahasa Inggeris sahaja, tetapi sebaliknya BC bukan hanya merupakan Pusat Bahasa tetapi memainkan peranan yang holistik dalam bidang pendidikan, sosial dan kesenian. Sebagai contoh bermula pada tahun 2018, BC telah mula menganjurkan British Council Conference: Going Global yang melibatkan lebih 1000 pelawat daripada 60 negara bagi membahaskan hala tuju pendidikan tinggi secara global. Pendedahan selama lima (5) hari dalam program ini telah menjelaskan peranan BC yang lebih menyeluruh terhadap masyarakat Malaysia. Di Malaysia terdapat tiga (3) portfolio yang menjadi keutamaan iaitu (1) melonjakkan piawai (standards) penguasaan Bahasa Inggeris, (2) perkembangan sains dan pendidikan tinggi dan (3) menjana kemahiran dan keusahawanan dalam membangunkan ekonomi secara inklusif dan kreatif. Antara usaha-usaha yang dilakukan oleh BC dalam mencapai matlamat ketiga-tiga portfolio tersebut adalah seperti berikut :
22
Jadual 1 Usaha-usaha BC mencapai matlamat portfolio
Penguasaan Bahasa Inggeris (BI) • Pengajaran BI • Mentaksir peringkat penguasaan BI • Pembangunan Guru BI • Menyokong pembangunan polisi latihan BI
Perkembangan sains
Menjana kemahiran dan keusahawanan
• Fasilitator dalam dialog polisi
• Menguatkan sosial-ekonomi dan menyokong kepimpinan komuniti
• Mempromosikan Pendidikan UK • Menyokong penyelidikan kolaboratif • Menawarkan pembangunan profesional
• Mempromosikan pendidikan inklusif • Menginovasikan reka bentuk dan kraf • Menyokong Creative Hub
BC Malaysia percaya setiap usaha dalam portfolio tersebut dapat dicapai apabila terdapat proses dalaman yang kukuh, pembangunan manusia, kerjasama efektif, perbelanjaan yang berhemah dan pembangunan mampan. Oleh yang demikian setiap staf telah diterapkan dengan enam (6) sikap/tingkah laku teras dalam bekerja daripada mula mereka berkhimat di BC dan menjadi tonggak kepada kewujudan pasukan BC yang kukuh dan harmoni. Enam (6) sikap/tingkah laku tersebut adalah:
Satu amalan terbaik dalam British Council Malaysia adalah pengurusan organisasi setiap projek mereka yang didasari oleh Programme Management Plan (Pelan Pengurusan Program) yang sistematik dan komprehensif. Semua projek BC perlu berlandaskan oleh satu kerangka Theory of Change yang dibina bagi setiap portfolio dan bahagian masing-masing. Rajah 1 menunjukkan Kerangka Theory of Change yang perlu dilengkapi oleh setiap portfolio atau bahagian sebelum pelaksanaan projek dilakukan. Penetapan elemen dalam kerangka ini mengandungi Project Goal, Project Impact, Project Outcome, Project Output, Projects and Activities dan Baseline on Internationalisation.
Wadah Perkongsian Pintar
o Mencipta perkongsian bertujuan o Berhubung antara satu sama lain o Bekerja bersama o Amanah o Menjadikan sesuatu realiti o Mencorak masa depan
23
THEORY OF CHANGE (Nama Portfolio/Bahagian)
Project Goal
Menyatakan sumbangan agenda antarabagsa
kepada
cabaran
Project Impact
Impak/kesan signifikan sumbangan projek secara spesifik kepada agenda antarabangsa UK-EA Kesan daripada perubahan yang berlaku akibat daripada satu atau lebih outcome dan tidak semestinya berbataskan masa. Biasanya meliputi sederhana
Project Outcomes
jangka
panjang
atau
Perubahan atau kesan daripada output yang dicapai oleh sesuatu program Program atau agenda menghasilkan satu atau lebih outcome yang berkait secara langsung dengan keperluan portfolio/bahagian
Project Outputs
Terhasil di penghujung aktiviti atau proses projek
Project Activities
Program atau agenda spesifik untuk mencapai setiap output, outcome, impak dan matlamat yang digariskan
Wadah Perkongsian Pintar
BASELINES IN INTERNATIONALISATION (Contoh: Laporan negara terlibat berkaitan isu yang digariskan, kajian keperluan, skop kajian pelibatan antarabangsa)
24
Rajah 1. Kerangka Theory of Change
Setelah kerangka Theory of Change ditetapkan, pengurus projek akan dilantik bagi setiap program dan aktiviti yang dirancangkan. Cabaran utama pengurus projek adalah merangka dan melaksanakan perjalanan projek secara terperinci bermula dengan aktiviti perancangan yang strategik. Dalam membantu pengurus projek dalam melaksanakan perancangan, BC Malaysia telah membina satu dokumen kawalan kualiti bagi setiap pelan pengurusan projek. Dokumen yang dinamakan The Programme Management Plan (PMP) telah direka bentuk sebagai dokumen mandatori untuk dilengkapkan semasa fasa permulaan projek (inception phase). Ia merupakan dokumen rasmi yang disahkan sebagai panduan dalam pengendalian dan kawalan program. Dokumen PMP yang lengkap merupakan bukti kukuh kepada Programme’s Senior Responsible Owner (SRO) bagi memastikan program telah tersedia ke arah fasa implementasi. Dokumen PMP merupakan kunci rujukan dan titik fokus dalam pengurusan program. Ia menerangkan secara terperinci berkaitan strategi perjalanan dan pelaksanaan program, kawalan risiko dilakukan dan bagaimana ianya memenuhi persetujuan polisi piawai dalaman dan luaran. Pelan pengurusan program ini perlu sentiasa dikemas kini dan disemak semula sepajang kitaran program dengan persetujuan pegawai SRO. Dokumen PMP terdiri daripada Document Control, Key Programme Data, Programme Scope, Scheduling, Cost, Monitoring and Evalution, Stakeholder Management and Communication, Risk Management, Reporting dan lainlain. Dokumen ini perlu disediakan dengan terperinci oleh pengurus projek dan pasukannya bagi memastikan projek akan berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.
PENERAPAN SEDIA ADA DALAM KURSUS PENGURUSAN PROJEK DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI Institut Aminuddin Baki merupakan sebuah institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Matlamat utama penubuhannya adalah untuk menghasilkan organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk
Wadah Perkongsian Pintar
Secara keseluruhanya, perancangan pengurusan projek yang terperinci dan cekap seperti yang telah dilaksanakan oleh BC Malaysia mampu memberi hasil positif memandangkan eleman penting seperti pengurusan risiko, penilaian dan proses pemantauan telah diambil perhatian daripada awal perancangan projek lagi. Umum mengetahui bahawa semasa pelaksanaan projek, pelbagai risiko yang mungkin berlaku. Oleh itu, berdasarkan kemungkinan ini, penetapan seorang pengurus projek yang memahami amalan terbaik dalam perancangan pengurusan projek merupakan satu aspek penting kejayaan sesuatu projek yang diterajui.
25
menjadi maju mengikut acuan sendiri. Bagi tujuan tersebut, sebagai sebuah pusat latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan, IAB telah dan sedang merangka pelbagai kursus serta latihan yang spesifik berkaitan tentang pengurusan projek sepertimana yang diaplikasi dalam amalan terbaik di British Council Malaysia. Satu kursus spesifik yang ditawarkan adalah Kursus Pengurusan Projek 2.0 yang secara spesifik menjurus dalam memberi pendedahan kepada peserta agar dapat memahami aspek-aspek penting dalam pengurusan projek dan mampu merancang projek yang akan dijalankan di organisasi. Antara kandungan kursus ini adalah Pengenalan Pengurusan Projek, Perancangan Projek, Pelaksanaan Projek, Alat-alat Pengurusan Projek (Microsoft Project dan Microsoft Visio), Pengawalan Projek, Bengkel dan Pembentangan Kumpulan. Kumpulan sasaran bagi kursus ini adalah Pengetua, Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di PPD, JPN dan KPM. Di akhir kursus ini, peserta diharap dapat menghasilkan satu projek intervensi berdasarkan anatomi pengurusan projek yang betul. Rajah 2 menunjukkan panduan output hasil peserta selepas kursus dijalankan. Refleksi Projek
(Dapatan penilaian, kekuatan dan kelemahan, cadangan penambahbaikan)
Pengawalan Projek
(Jadual Pengawalan Projek, Senarai Semak, Jadual Perubahan, Polisi Projek (jika ada))
Pelaksanaan Projek
(Carta Organisasi, Matriks Tanggung Jawab, Spesifikasi Tugas, Anggaran Kos /Jenis Anggaran Kos, Kaedah Penilaian Projek sama ada secara Ujian, Pemerhatian, Temu Bual, Soal Selidik, Tinjauan, Ujian Pra/pos atau Pertandingan)
Latar belakang sekolah/organisasi
(Lokasi, Bilangan Staf/Guru/Murid, Kemudahan) Kemudahan)
Analisis Isu/Potensi/Mandat (Identifikasi)
(Kenal Pasti Isu/Potensi, Kaedah Pemilihan Isu/Masalah, Analisis Jurang, sesi sumbang saran, Jadual Pemberatan)
Projek Pilihan
(Pemilihan Projek, Matlamat, Objektif (SMART) – Output dan Outcome, Struktur Pecahan Kerja (WBS), Jadual Aktiviti/Pendahulu, Carta Gantt dan Rajah Jaringan
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) (bagi aktiviti)
Wadah Perkongsian Pintar
Rajah 2. Output Kursus Pengurusan Projek 2.0
26
Kursus komprehensif selama empat hari meliputi keseluruhan kitaran pengurusan projek. Sebagai latihan yang bersepadu, kursus ini telah digubal dengan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknik penilaian dan pembentangan yang menyeluruh bagi memastikan peserta dinilai sebagai pengurus projek dengan tepat sebelum kursus berakhir.
PENGUKUHAN PENGURUSAN PROJEK DI INSTITUT AMINUDDIN BAKI Secara keseluruhannya, pengurusan projek yang sistematik telah dijajarkan oleh IAB kepada pemimpin pendidikan melalui kursus-kursus yang dianjurkan. Usaha positif ini juga perlu dilihat secara lebih menyeluruh dalam pelaksanaan projek atau program dalaman IAB yang boleh mengaplikasikan pendekatan yang sama. Penerapan kerangka dimensi Planning-Organizing-LeadingControlling (P-O-L-C) dilihat dapat digabung jalin dalam amalan terbaik perancangan pengurusan projek yang dilaksanakan oleh British Council Malaysia. Pengurusan projek yang sistematik menggunakan kerangka POLC akan memastikan aktiviti atau program yang dilaksanakan dapat menghasilkan hasil yang berkesan dan maksimum serta efisien. Penekanan dalam kaedah penggunaan sumber yang berkesan sesuai dengan keperluan aktiviti yang dijalankan, termasuk masa, kos, kualiti dan sebagainya. Justeru, pengurus projek perlu mengamal prinsip pengurusan dengan tepat dan memimpin projek dengan cara kreatif.
Fasa kedua iaitu fasa mengurus menjurus kepada kitaran pengurusan sumber-sumber yang ada termasuk sumber manusia, kewangan dan fizikal. Struktur organisasi dan reka bentuk kerja perlu jelas dengan meletakkan peranan tanggungjawab masing-masing. Prosedur Operasi Piawai (SOP) perlu didalami bersama bagi memandu setiap gerak dengan teratur. Fasa memimpin melibatkan kemahiran sosial dan kuasa mempengaruhi yang digunakan untuk mengaspirasi tindakan subordinat. Jika pengurus projek merupakan pemimpin yang efektif, beliau sangat bersemangat dalam menggembeling usaha bagi mencapai objektif organisasi. Proses memimpin memerlukan kemahiran mengarah, memotivasi, membimbing, memberi sokongan dan mempengaruhi orang lain. Dalam memimpin, keharmonian sangat penting untuk sama-sama menuju ke arah kecemerlangan organisasi.
Wadah Perkongsian Pintar
Fasa pertama perancangan (Planning) merupakan fasa terpenting. Penetapan matlamat, objektif dan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut perlu dijelaskan. Merancang merupakan satu agenda meramal masa depan dengan mempunyai sifat berpandangan jauh dan bersandarkan data analisis kajian-kajian yang dilakukan. Perancangan melibatkan kaedah membuat analisis persekitanan iaitu melalui analisis SWOT, analisis jurang, analisis keperluan dan lain-lain. Pemilihan misi, visi dan objektif yang spesifik perlu jelas dan diikuti dengan tetapan program atau projek yang bersesuaian untuk mencapai matlamat. Proses perancangan juga perlu melibatkan penelitian dalam aspek pengurusan risiko. Pengurus projek turut perlu merancang pelan pengurusan risiko yang sistematik bagi menangani kemungkinan risiko yang bakal dihadapi sepanjang projek berlangsung.
27
Persekitaran dalam memimpin perlu mengambil kira sentuhan kemanusiaan yang bersifat seni. Sifat berhemah dalam memberi arahan, memudahkan urusan orang lain, bimbingan dan dorongan yang jitu dan mendengar luahan dalam penyelesaian masalah merupakan eleman penting dalam memimpin. Kebersamaan dan keberadaan serta ketampakan pemimpin dalam proses kerja projek juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi subordinat. Penyingkiran orang yang memberi impak negatif dalam organisasi dan projek perlu dilihat dengan mendalam agar projek berjalan dengan sempurna. Proses mengawal (Controlling) dalam prinsip pengurusan akan memastikan prestasi kerja tidak tersasar daripada piawaian yang ditetapkan. Kawalan melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu pencapaian prestasi piawai, membanding beza prestasi semasa dengan prestasi piawai dan mengambil langkah tindakan pembetulan yang sepatutnya. Ukuran prestasi boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut prestasi pencapaian piawai termasuk penyataan kewangan, laporan, kepuasan pelanggan dan sokongan pengesahan rasmi ketua jabatan. Kecekapan dalam proses mengawal juga bergantung kepada pelan pengurusan risiko yang perlu dijana semasa fasa perancangan. KESIMPULAN
Wadah Perkongsian Pintar
Pengurusan projek yang baik merupakan aspek yang penting dalam semua organisasi pendidikan termasuk Institut Aminuddin Baki. Organisasi pendidikan yang tidak berfokuskan keuntungan ini masih perlu memformulasi, melaksanakan dan menilai strategi dan program yang dijalankan. Hal ini akan menjamin bahawa sesebuah organisasi masih tetap relevan dan diperlukan oleh orang ramai. Pengetahuan, kemahiran dan komitmen yang tinggi dan sepenuh hati terhadap pengurusan projek yang sistematik merupakan suatu perkara yang dituntut. Hal ini adalah selaras dengan usaha melonjakkan organisasi pendidikan agar menjadi organisasi yang bermanfaat kepada warga dan pelanggannya. Perkara ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan secara bersama dan bersepadu.
28
Wadah Perkongsian Pintar
Mengambil peluang mengutip sebanyak-banyak ilmu sambil mengikuti aktiviti-aktiviti yang telah dijadualkan ketika berada di British Council Malaysia.
29
AMALAN BAIK KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI DI SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION FOR SPECIAL EDUCATION NEEDS (SEAMEO SEN)
SEAMEO SEN merupakan sebuah organisasi yang sentiasa memastikan pelaksanaan Pendidikan Khas yang berkualiti dalam kalangan negara-negara anggotanya. Peranan ini dapat dijalankan dengan baik dengan adanya kepimpinan yang berkualiti.
Khadijah binti Amat@Kamarudin IPGK Perempuan Melayu Melaka PENGENALAN
SEAMEO ialah satu organisasi yang telah ditubuhkan pada tahun 1965 bagi menggalakkan kerjasama dari segi pendidikan, sains dan kebudayaan dalam kalangan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Negara-negara ini termasuklah Malaysia, Thailand, Indonesia, Cambodia, Socialist Republic of Vietnam, Lao PDR, Brunei Darussalam, Singapore, Philippines, Republic of the Union Myanmar dan Timor Leste. Terdapat beberapa pusat SEAMEO di Malaysia seperti SEAMEO RECSAM di Pulau Pinang, SEAMEO TROPMED di Kuala Lumpur dan SEAMEO SEN di Melaka.
Wadah Perkongsian Pintar
Penulis telah mengikuti program sandaran bawah Inisiatif #112: Pemerkasaan Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru pada 19 hingga 23 Ogos 2020 di Southeast Asian Ministers of Education Organization for Special Education Needs (SEAMEO SEN), Melaka. Antara tujuan program sandaran ini adalah untuk memberi peluang kepada peserta program untuk melihat amalan baik yang dilaksanakan di sesebuah organisasi. Seterusnya amalan baik ini boleh digunakan untuk menambah baik amalan diri sendiri dan juga organisasi di mana peserta bertugas.
31
SEAMEO SEN merupakan satu pusat yang khusus menyokong pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan di rantau Asia Tenggara. Penubuhan SEAMEO SEN bertujuan untuk membantu negara-negara anggota untuk mempertingkat bidang pendidikan khas dalam kegiatan penyelidikan, pembangunan melalui latihan, bertindak sebagai pusat maklumat dan melaksanakan aktiviti/ program di dalam atau luar negara. Amalan baik di SEAMEO SEN yang ingin dikongsikan oleh penulis ialah daripada aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi. Aspek amalan baik yang menjadi tumpuan pengkaji semasa menjalani program sandaran ini ialah aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi. Terdapat pelbagai definisi bagi istilah ‘kepimpinan’. Pengertian istilah ini bergantung kepada minat atau tujuan pihak yang mentafsirkannya. Namun begitu secara keseluruhannya ramai pengkaji yang mengatakan kepimpinan adalah satu proses sosial di mana seorang ketua mampu menggalakkan orang lain untuk melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan kepadanya dengan jaya. Manakala definisi yang paling mudah untuk memahami siapa itu ‘pemimpin’ ialah the leader can be defined as the person who persuades a group of people to achieve a group’s aims (Burns, 1978). ASPEK AMALAN BAIK KEPIMPINAN DI SEAMEO SEN
Wadah Perkongsian Pintar
Pada masa pengkaji menjalani program sandaran, SEAMEO SEN diterajui oleh seorang pengarah iaitu Pn. Hjh. Salmah bte Jopri, dibantu oleh dua orang timbalan pengarah iaitu latihan dan konsultasi, Dr. Kway Eng Hock dan timbalan pengarah penyelidikan dan inovasi Dr. Safani bin Bari. Selain itu terdapat juga jawatan-jawatan lain seperti pengurusan kewangan, pegawai hubungan antarabangsa, pegawai latihan, pegawai penyelidik dan sebagainya.
32
Penulis telah memilih untuk melihat aspek amalan baik kepimpinan yang diamalkan oleh pengarah SEAMEO SEN iaitu Pn. Hjh. Salmah bte Jopri. Data dan maklumat berkaitan kepimpinan beliau telah didapati dengan menggunakan kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Temu bual telah dijalankan bersama-sama beberapa orang pegawai. Hasil temu bual ini telah direkodkan dan dianalisis. Manakala pemerhatian pula telah dijalankan setiap hari terhadap perjalanan organisasi yang dilawati pada waktu bekerja sepanjang lima hari penulis berada di organisasi tersebut. Dokumen yang berkaitan juga dianalisis untuk membantu menyokong datadata yang didapati daripada temu bual dan pemerhatian.
Hasil daripada temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian yang telah dijalankan, amalan baik kepimpinan pengarah SEAMEO SEN ini boleh dikaitkan dengan dimensi Model Kepimpinan Transformasi oleh Bass (1985). Menurut Bass (1985), terdapat empat dimensi kepimpinan iaitu pengaruh ideal, rangsangan intelek, inspirasi motivasi dan pertimbangan individu. Pengaruh Ideal Mengenai sikap pengarah, pekerja dan pegawai yang ditemu bual mengatakan bahawa pengarah mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang baik. Walaupun beliau tegas dalam menjalankan tugas, beliau juga seorang yang mudah mesra dan mengambil berat tentang kebajikan semua pekerja. Melalui sesi temu bual kami dimaklumkan bahawa sebelum ini pengarah memang pernah menjadi pentadbir di Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadi tidak hairan jika pengalaman sebelum ini banyak membantu beliau dalam menguruskan SEAMEO SEN. Tambahan pula beliau memang mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan. Ciriciri ini menyokong kepimpinan transformasi dari aspek pengaruh ideal. Beliau berjaya membuat pekerja berasa selesa dan bangga bekerja di sini serta mendapat kepercayaan daripada pengikut bawahan. Dapatan temu bual juga menyokong bahawa beliau mempunyai pengaruh yang ideal kerana dikatakan merupakan seorang pemimpin yang kuat, boleh menjadi contoh ikutan pekerja yang lain serta dipercayai (Northouse, 2007).
Menurut Northouse (2007), pemimpin yang mempunyai ciri ini berkomunikasi dan memberi inspirasi kepada pekerja melalui motivasi bagi menjadikan mereka lebih komited terhadap tugas. Salah satu cara pemimpin organisasi ini memastikan pekerjanya sentiasa bermotivasi ialah dengan adanya aktiviti team building. Aktiviti ini diadakan setahun sekali dan peruntukan yang disediakan adalah dalam anggaran RM15,000-RM20,000 setahun. Kali terakhir aktiviti ini telah dijalankan di Port Dickson selama tiga hari dua malam. Aktiviti yang dijalankan dan peralatan telah dirancang dan disediakan oleh konsultan yang dipilih. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah yang menguji daya ketahanan fizikal dan mental serta aktiviti yang menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan. Secara tidak lansung aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan motivasi, daya ketahanan dan mengeratkan silaturrahim antara pekerja.
Wadah Perkongsian Pintar
Inspirasi Motivasi
33
Rangsangan Intelek Pengarah SEAMEO SEN juga menggalakkan pekerja memberi idea dan pandangan yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugas. Beliau selalunya akan mengadakan mesyuarat dan membuat perbincangan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Beliau juga sentiasa memastikan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan tepat pada masa dan dijalankan dengan cara yang terbaik. Ciri ini memenuhi dimensi rangsangan intelek iaitu keupayaan pemimpin untuk membuatkan orang lain memikirkan cara baru dan kreatif untuk menambah baik pelaksanaan kerja sedia ada atau melaksanakan cara penyelesaian masalah secara kreatif (Bass, 1990). Sebagai bukti aspek rangsangan intelek, beberapa kajian telah berjaya dihasilkan pada tahun 2019, antaranya tentang tahap kesedaran guru-guru Tahun 1 terhadap kepelbagaian keupayaan murid berkeperluan khas di daerah Kapit Sarawak, kajian berkaitan penggunaan Braille Text bagi meningkatkan penguasaan penulisan kod braille menggunakan penguasaan slate and stylust murid masalah penglihatan, assessment tools untuk muridmurid autisme, viper games untuk menentukan tahap murid autisme dan kursus digital keusahawanan sosial untuk guru-guru pendidikan khas. Pertimbangan Individu
Wadah Perkongsian Pintar
Berdasarkan pemerhatian dan temu bual juga didapati organisasi ini dilihat telah diurus dengan baik kerana semua pihak daripada pekerja bawahan hingga pegawai menjalankan tugas masing-masing dengan tekun dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Mereka yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja dan pegawai yang masih muda (dalam lingkungan usia 30-an) menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas masingmasing. Walaupun selama empat hari pertama kami berada di sini pengarah SEAMEO SEN bertugas di luar negara, masing-masing terus menjalankan tugas dengan efisien. Menurut mereka walaupun pengarah berada di luar negara, beliau sentiasa memantau dan memberi arahan melalui emel, WhatsApp atau telefon bagi memastikan semua perkara berjalan lancar. Ini menunjukkan bahawa beliau menggalakkan untuk kemajuan diri individu, menyediakan iklim atau persekitaran yang membolehkan beliau mendengar dengan teliti keperluan individu pengikut (Northouse, 2007).
34
SEJAUHMANAKAH AMALAN BAIK INI TELAH DIAPLIKASIKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Sebagai seorang Ketua Jabatan di Jabatan Pendidikan Khas, IPGK Perempuan Melayu Melaka, sebahagian daripada dimensi atau ciri-ciri kepimpinan transformasi ini telah penulis amalkan. Namun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk meningkatkan keberkesanan sebagai seorang pemimpin.
Wadah Perkongsian Pintar
Aspek amalan baik kepimpinan yang ditunjukkan oleh pengarah SEAMEO SEN seperti yang telah dibincangkan di atas boleh dijadikan panduan. Contohnya dalam dimensi inspirasi motivasi, penulis telah memberi pujian, galakan dan sokongan kepada pensyarah dalam jabatan yang menunjukkan prestasi yang baik dalam tugasan mereka. Namun masih terdapat pensyarah yang kurang bermotivasi dan menjalankan tugas pada tahap prestasi yang kurang memuaskan. Oleh itu amalan baik seperti mengadakan retreat atau aktiviti team building perlu diadakan pada peringkat jabatan. Sebenarnya program seperti ini telah dirancang untuk diadakan pada bulan April 2020 tetapi terpaksa ditangguhkan kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendemik COVID-19 yang dialami di seluruh dunia. Oleh itu, ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehinggalah keadaan pulih seperti sedia kala. Dari segi rangsangan intelek, sebagai ketua jabatan, penulis sentiasa menggalakkan pensyarah menghasilkan inovasi dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Khas. Malah penulis telah mengarahkan setiap pensyarah memasuki pertandingan inovasi serta membuat pembentangan kajian dalam seminar-seminar yang diadakan di peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Selain itu, dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Oleh itu penulis meminta pensyarah untuk meningkatkan kompetensi mereka dalam penyampaian PdP secara dalam talian dengan menghadiri kursuskursus berkaitan yang diadakan di peringkat IPG. Dimensi pertimbangan individu pula menuntut penulis untuk menyedari bahawa setiap pensyarah di dalam jabatan adalah individu yang berbeza. Oleh itu kebolehan, minat dan keperluan mereka adalah berbeza. Oleh itu sebagai ketua jabatan penulis perlu mempertimbangkan perkara ini sebelum membuat sesuatu keputusan. Tugasan yang diberi kepada mereka perlulah disesuaikan dengan tahap kemampuan dan minat mereka. Begitu juga dalam penilaian prestasi atau Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Manakala untuk aspek pengaruh ideal, penulis memang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pensyarah dalam pelaksanaan tugas hakiki sebagai seorang pensyarah. Selain itu, pengkaji juga berusaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan dan kepimpinan dengan mengikuti kursus yang berkaitan contohnya yang dianjurkan oleh Institut Aminudin Baki seperti Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan.
35
BAGAIMANA AMALAN BAIK INI BOLEH DIPERHEBATKAN DI ORGANISASI SENDIRI?
DITAMBAH
BAIK/
Selain langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas pengkaji berpendapat bahawa amalan baik kepimpinan transformasi ini boleh dipertingkatkan dengan meningkatkan jalinan dan kolaborasi dengan agensi lain termasuk SEAMEO SEN. Ini kerana melalui jalinan kerjasama dan kolaboratif ini, keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi iaitu pengaruh ideal, rangsangan intelek, inspirasi motivasi dan pertimbangan individu dapat diaplikasikan. Ini terbukti apabila pada 15-16 Januari 2020 Jabatan Pendidikan Khas IPGK PM telah berjaya menganjurkan Program Jalinan Kerjasama Pengantarabangsaan Pendidikan Khas IPGK PM dan Universitas Malang, Indonesia dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) dan SEAMEO SEN. Selain daripada itu, pada 26 Februari 2020 pula Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan SEAMEO SEN menganjurkan satu seminar iaitu ‘Seminar Pendidikan Khas bagi MBK Deafblind’ di Melaka. Di samping itu, bagi meningkatkan amalan baik kepimpinan transformasi, sokongan daripada pihak pentadbiran tertinggi iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah juga sangat diperlukan. Oleh itu sebagai ketua jabatan, penulis perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pihak kepimpinan tertinggi ini bagi mendapatkan kepercayaan dan sokongan daripada mereka. PENUTUP
Wadah Perkongsian Pintar
Sebagai kesimpulannya, penulis mendapati banyak perkara yang telah dipelajari sepanjang menjalani program sandaran bawah Inisiatif #112 di SEAMEO SEN ini. Sebahagiannya bermanfaat terhadap diri sendiri dan sebahagiannya pula bermanfaat terhadap organisasi di mana penulis bertugas. Sebagai seorang ketua jabatan penulis telah cuba menerap dan mengamalkan gaya kepimpinan transformasi iaitu amalan baik yang telah dipelajari melalui pengalaman program sandaran ini. Selain itu, terdapat juga amalan baik lain yang tidak dinyatakan secara terperinci di dalam penulisan ini yang boleh menjadi panduan dan rujukan oleh pengkaji.
36
Gambar 1. Pemandangan di hadapan pintu masuk SEAMEO SEN di bangunan Anjung Hikmah IPGK PM
Gambar 3. Menyertai aktiviti bacaan Yasin pagi Jumaat di SEAMEO SEN
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 2. Sesi temu bual dengan salah seorang pegawai latihan SEAMEO SEN Hikmah IPGK PM
37
Gambar 4. Menyertai aktiviti jamuan potluck yang diadakan seminggu sekali di SEAMEO SEN
Gambar 5. Gambar bersama Pengarah SEAMEO SEN Cik Hjh. Salmah bte Jopri selepas beliau menyerahkan sijil penghargaan kepada peserta program sandaran
RUJUKAN
Wadah Perkongsian Pintar
Burns, J. (1978). Leadership. New York, NY: Harper and Row Publishers. Northouse, P. (2007). Leadership. Theory and practice California, USA: SAGE Publications. «SEAMEO». Southeast Asia Ministers of Education Organization. https:// v2.seameosen.org/
38
KECEKAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UNIVERSITY OF NOTTINGHAM DALAM MELESTARIKAN KECEMERLANGAN ORGANISASI
University of Nottingham Malaysia berjaya menterjemahkan kecekapan pengurusan ke dalam bidang pendidikan dan berusaha mengembangkan kebitaraannya ke luar negara di samping melestarikan kecemerlangan sebagai pusat pendidikan swasta terbaik.
Kanagarajan a/l Pandiyan IAB Bandar Enstek
Program sandaran ke University of Nottingham Malaysia di Semenyih, Selangor merupakan program percambahan pengetahuan, pertukaran idea, jalinan kerjasama dan pertukaran amalan terbaik antara University of Nottingham dan Institut Aminuddin Baki (IAB). Program yang dirancang ini bermula pada 19 hingga 23 Ogos 2019. University of Nottingham Malaysia yang dibuka pada tahun 2000 adalah tersenarai sebagai salah satu universiti swasta yang terbaik. Kementerian Pendidikan Malaysia berpandangan bahawa program sandaran seumpama ini akan dapat membangunkan kapasiti individu dan organisasi. Hasrat ini bertepatan dengan usaha kolaborasi antara sektor kerajaan dengan sektor swasta dalam menjalin kerjasama perkongsian kepakaran untuk kepentingan bersama. Kerjasama antara organisasi swasta dipercayai akan dapat meningkatkan pengetahuan dan pertukaran amalan terbaik untuk memantapkan lagi organisasi bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Wadah Perkongsian Pintar
PENDAHULUAN
39
Peserta program sandaran telah didedahkan kepada struktur organisasi School of Education di bawah pimpinan Profesor Dr. Ganakumaran. Beberapa siri pembentangan dan sesi temu bual telah diatur untuk menjelaskan banyak perkara seperti penyelidikan dan penggunaan Mendeley oleh Dr. Tze Peng untuk menghasilkan penulisan yang berkesan. Peserta sandaran telah diberikan peluang untuk mengikuti sesi pembelajaran menggunakan Mendeley untuk tujuan penulisan ilmiah. Sebagai peserta sandaran di University of Nottingham Malaysia, saya telah mendapat pendedahan tentang semua program yang dilaksanakan di bawah School of Education. Program di peringkat Sarjana Muda bawah seliaan Dr. Ken dan Sarjana bawah seliaan Dr. Ashley telah dijelaskan secara terperinci berkenaan kandungan dan kaedah latihan serta kriteria yang perlu dipenuhi untuk menamatkan program.
Wadah Perkongsian Pintar
Pendedahan berkenaan dengan kemudahan-kemudahan seperti Pusat Khidmat Kaunseling, Khidmat Nasihat Kurang Upaya, Khidmat Sokongan dan Kesejahteraan Pembelajaran dan Khidmat Nasihat Kesihatan Mental diberikan sebagai khidmat sokongan emosi kepada pelajar universiti tersebut. Gambaran keseluruhan berkenaan dengan pengurusan dan strategi pemasaran juga turut dikongsikan. Peserta dapat gambaran proses kemasukan pelajar tempatan dan luar negara dibuat saban tahun. Postgraduate Certificate in Higher Education (PGCHE) atau Sijil Pascasiswazah Pendidikan Tinggi merupakan salah satu kursus yang dijalankan di University of Nottingham Malaysia yang mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Pengiktirafan ini mendorong ramai pelajar memilih untuk mengikuti kursus ini dari dalam dan luar negara.
40
Peserta juga berpeluang untuk bersama-sama Dr. Alberto yang bertanggungjawab mengetuai Program Sarjana dalam Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan iaitu program teras pengajian untuk pemimpin dan pengurus dalam pendidikan. Program ini dirancang untuk memenuhi keperluan pemimpin di semua peringkat yang berminat untuk meningkatkan pemahaman dan amalan kepemimpinan dan pengurusan mereka. Kursus ini dirangka khas untuk memenuhi keperluan pengetua dan guru besar dari negara seperti Bangladesh, Sri Lanka, Singapura dan akan dikembangkan ke Myanmar dan Bahrain di masa akan datang. Peserta berharap pengetahuan tentang amalan terbaik yang dipelajari akan dapat diadaptasikan mengikut kesesuaian dan keperluan di organisasi sendiri kelak.
BAGAIMANAKAH AMALAN BAIK INI DIAMALKAN DI UNIVERSITI NOTTINGHAM? Amalan terbaik Universiti Nottingham Malaysia dapat dilihat sewaktu program sandaran. Antara aspek yang dilihat sebagai peserta sandaran iaitu dari segi: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Pengurusan Sumber Manusia Pembangunan Diri Kemudahan Bilik Latihan dan Sesi Pembelajaran yang Fleksibel Kaedah Latihan Penyelidikan dan Penulisan Khidmat Bantu Pendidikan
Pengurusan Sumber Manusia Pihak Universiti of Nottingham Malaysia sentiasa memberikan tumpuan kepada kualiti penyampaian tenaga pengajar di universiti tersebut. Pensyarah yang diambil sebagai tenaga pengajar perlu memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan oleh pihak universiti. Antara kriteria yang penting dan dijadikan ketetapan adalah bidang pengkhususan, kepakaran dalam penyelidikan, penulisan ilmiah dan keterampilan diri. Seterusnya, para pensyarah diberikan peluang sepenuhnya untuk membawa inovasi kepada organisasi dan mengaplikasi kreativiti semasa penyampaian kuliah. Namun kawalan dari segi kualiti dan kandungan sukatan amat ditekankan.
Pihak Universiti of Nottingham Malaysia menggalakkan para pensyarah untuk mengikuti kursus yang berbayar sama ada di dalam atau di luar negara. Tambahan pula, mereka boleh memohon untuk mendapatkan dana bagi mengikuti kursus tersebut. The School of Education memberikan sebahagian sumbangan dana kepada pensyarah untuk mengikuti kursus berbayar, pembentangan kertas kajian dan lain-lain usaha yang melibatkan pembangunan diri. Sumbangan ini adalah hasil keuntungan yang diperoleh oleh The School of Education melalui kursus-kursus yang dilaksanakan bawah jabatan tersebut. Selain itu, kursus dalaman juga diadakan dari semasa ke semasa seperti analysis of variance (ANOVA), multivariate analysis of variance (MANOVA), Mendeley dan lain-lain berkaitan penyelidikan bagi meningkatkan keupayaan dan penguasaan pensyarah.
Wadah Perkongsian Pintar
Pembangunan Diri
41
Kemudahan Bilik Latihan dan Sesi Pembelajaran Yang Fleksibel Suasana pembelajaran amat penting dalam usaha memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ruang pembelajaran dilengkapi dengan peralatan yang canggih seperti komputer, projektor dan bilik-bilik khas untuk pembelajaran. Di samping itu, perpustakaan yang serba lengkap dengan sistem yang canggih dan terkini memudahkan pelajar untuk mengakses bahan rujukan. Peralatan lain seperti meja dan kerusi disusun supaya sesuai untuk pembelajaran, perbincangan dan penyelidikan. Sesi latihan juga begitu fleksibel kerana pelajar boleh memilih untuk mengikuti kursus yang bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan mereka sendiri. Mereka boleh juga memilih kampus untuk mengikuti pengajian. Misalnya pelajar dari Kampus Nottingham Malaysia boleh memilih untuk mengikuti pengajian sama ada di Kampus United Kingdom (UK) atau di Kampus Nottingham China dengan kadar bayaran yang sama. Kaedah Latihan a) Penggunaan Modul Latihan b) Penyelidikan c) Laporan/ Refleksi Hampir semua kursus yang ditawarkan memerlukan pelajar mengikuti modulmodul latihan yang disediakan. Pelajar digalakkan untuk sentiasa merujuk kepada penyelidikan berkaitan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pendidikan. Laporan perlu disediakan sebagai syarat dalam memenuhi kelayakan untuk menamatkan pengajian di semua peringkat iaitu peringkat Sijil, Sarjana Muda dan Sarjana.
Wadah Perkongsian Pintar
Penyelidikan dan Penulisan
42
Universiti of Nottingham Malaysia memang terkenal sebagai salah sebuah universiti yang memberikan penekanan dalam aspek penyelidikan. Pelibatan universiti ini dalam bidang penyelidikan telah melonjakkan kedudukan universiti ini sebagai antara universiti swasta yang terbaik. Pihak universiti juga telah menetapkan kajian sebagai kriteria kecemerlangan bagi pensyarah. Malahan, semua pensyarah digalakkan untuk menghasilkan penulisan ilmiah dan melakukan pembentangan hasil kajian di peringkat antarabangsa.
Khidmat Bantu Pendidikan Perkhidmatan pakar dalam bidang tertentu telah diwujudkan bagi membolehkan pelajar yang mengikuti kursus akan dapat menamatkan pengajian mereka. Beberapa perkara seperti kesediaan, kebolehan, ketahanan mental dan keupayaan diri diambil kira oleh pihak pengurusan semasa pengajian berlangsung. Oleh yang demikian, pelajar yang bermasalah akan dirujuk kepada unit tertentu untuk membantu dan membimbing mereka sehingga dapat mengatasi masalah dan seterusnya menamatkan pengajian. Antara unit yang diwujudkan adalah seperti: a) b) c) d)
Khidmat Kaunseling Khidmat Nasihat Kurang Upaya Khidmat Sokongan dan Kesejahteraan Pembelajaran Khidmat Nasihat Kesihatan Mental
Semua pelajar yang bermasalah atau mengalami tekanan akan diberikan perkhidmatan-perkhidmatan di atas secara percuma dan profesional tanpa mendedahkan identiti mereka. SEJAUH MANAKAH AMALAN BAIK INI DIAMALKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Terdapat beberapa aspek amalan terbaik yang dilihat semasa program sandaran di University of Nottingham Malaysia yang memang menjadi amalan di IAB. Saya telah mengadaptasi beberapa aspek yang penting daripada program sandaran di University of Nottingham Malaysia ke dalam organisasi sendiri kerana perkara-perkara ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab seorang pensyarah di IAB sebagai pusat latihan. Antara aspek yang telah diperbaiki di dalam organisasi selepas program sandaran adalah seperti berikut:
Sebagai organisasi latihan yang unggul di Malaysia, IAB telah berjaya membantu warga organisasi dalam pembangunan diri dari aspek kemahiran, pengetahuan dan sikap. Kaedah latihan iaitu Training of Trainers (ToT) sering diadakan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah dalam bidang tertentu. Sebagai seorang pensyarah di Jabatan Pembangunan Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan (JPPPEP), memang tidak terlepas daripada pelibatan dalam pelaksanaan ToT untuk penyelarasan dalam pelaksanaan kursus jabatan yang merupakan kursus teras IAB. Selain daripada itu, pensyarah IAB digalakkan untuk senantiasa melibatkan diri dalam kursus berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang teknologi. Sehubungan
Wadah Perkongsian Pintar
Pembangunan Diri
43
dengan itu, kursus-kursus TMK seperti ini telah membantu pengurusan dan pelaksanaan kursus jabatan yang telah berubah daripada mod bersemuka kepada mod dalam talian akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda negara. Tambahan pula, Jabatan Pembangunan Staf IAB juga sering mengadakan program-program untuk membangunkan kapasiti para pensyarah. Peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk memantapkan diri dalam mendepani peserta kursus. Penyelidikan dan Penulisan Penyediaan ruangan untuk penyelidikan dan penulisan dalam sasaran keberhasilan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) setiap warga IAB terutamanya para pensyarah adalah supaya dapat dinilai sumbangan mereka di samping menggalakkan pelibatan warga IAB dalam bidang penyelidikan dan penulisan ilmiah. Sasaran untuk menghasilkan sekurang-kurangnya satu penyelidikan di peringkat jabatan diwajibkan untuk memenuhi bidang keberhasilan. Kajian berkaitan dengan latihan di peringkat IAB telah memberi input berkenaan dengan keberkesanan program latihan. Maklum balas ini diguna pakai dalam melakukan penambahbaikan kepada modul latihan yang sedia ada selaras dengan keperluan untuk tindakan perubahan bagi memenuhi keadaan semasa atau masa akan datang. Kaedah Latihan
Wadah Perkongsian Pintar
Kaedah latihan kursus di IAB memang menggunakan modul-modul yang telah digubal oleh pakar bidang tertentu dengan mengambil kira keperluan dan sasaran. Modul-modul ini mendapat kelulusan untuk dijadikan bahan dalam sesi pengajaran di IAB. Kualiti kandungan modul menjadi keutamaan dan mesti akur kepada spesifikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengajian IAB dan diluluskan sebelum digunakan. Pengalaman semasa sandaran juga membantu dalam membuat persediaan sebelum latihan diberikan kerana semua yang diajar adalah berpandukan kepada teori. Pengetahuan tentang teori juga amat penting untuk membolehkan penyampaian lebih baik dan berkesan. Selain itu, pengalaman sandaran juga telah membolehkan peserta menilai dan merujuk kajian lampau dan terkini untuk memantapkan penyampaian.
44
BAGAIMANAKAH AMALAN BAIK INI BOLEH DITAMBAHBAIK/ DIPERHEBATKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Terdapat beberapa perkara yang boleh diadaptasi oleh IAB selaku peneraju latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Antaranya ialah: Pemasaran Program Kepimpinan dan Pengurusan Saya mencadangkan agar pihak IAB cuba meluaskan kursus berkaitan dengan kepimpinan dan pengurusan ke luar negara. Sebagai pusat latihan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan sejak ditubuhkan pada tahun 1979, pengalaman yang luas dalam bidang tersebut perlu digunakan untuk merangka strategi yang bersesuaian dan komprehensif bagi memenuhi keperluan peserta kursus sebelum dapat dipasarkan di dalam mahupun di luar negara. Seterusnya, pihak IAB perlu mendapatkan pengiktirafan peringkat antarabangsa bagi kursus atau program yang dianjurkan bagi membolehkan IAB diiktiraf sebagai pusat latihan kepimpinan dan pengurusan di peringkat global. Kolaborasi Bengkel Profesional Penyelidikan dan Penulisan Pihak IAB dapat menganjurkan bengkel bersama-sama University of Nottingham Malaysia dalam bidang penyelidikan dan penulisan ilmiah. Kepakaran warga kedua-dua organisasi ini dapat dimanfaatkan melalui bimbingan dan perkongsian ilmu pengetahuan secara profesional demi meningkatkan keupayaan diri individu supaya menggalakkan lebih banyak penyertaan dalam bidang penyelidikan dan penulisan. Pengurusan Sumber Manusia
Wadah Perkongsian Pintar
IAB juga perlu mengambil inisiatif untuk meletakkan calon yang sesuai mengikut kepakaran di semua jabatan bagi meningkatkan potensi dan produktiviti individu. Penempatan mengikut kepakaran akan merintis jalan ke arah mewujudkan suasana kerja yang stabil dari segi emosi serta dapat menyumbang kepada pembangunan organisasi.
45
Kaedah Latihan Kaedah latihan yang lebih komprehensif dan mantap perlu dirancang, disusun dan dirangka bagi memenuhi dan menghadapi keperluan teknologi yang kian berkembang. TMK yang sentiasa berkembang diperlukan untuk meningkatkan kualiti penyampaian latihan yang baharu sehaluan dengan perkembangan dan peredaran zaman. Kaedah latihan menggunakan pelantar TMK juga akan dapat menjimatkan kos pelaksanaan dan pengurusan kursus, justeru, kaedah ini akan dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan bagi mengikuti kursus kelolaan IAB. RUMUSAN Penyertaan dalam program sandaran selama seminggu telah memberikan pendedahan tentang pelbagai aspek dan memperkaya ilmu pengetahuan dan kemahiran. Di samping itu, percambahan idea hasil lawatan ini juga akan dapat dimanfaatkan di IAB untuk pembangunan potensi diri dan organisasi.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Sesi perkongsian kebitaraan organisasi
46
Gambar 2. Kemudahan bilik latihan moden
Gambar 4. Sesi bersama penggubal modul kepimpinan dan pengurusan
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 3. Ruangan penyelidikan dan rujukan
47
ADVOKASI AUTISME MELALUI KONSEP I.K.H.L.A.S DI PUSAT AUTISME KEBANGSAAN MALAYSIA (NASOM)
Peluang berkunjung ke NASOM telah memberi pendedahan dan pengalaman sebenar yang amat berguna dan bermakna kepada diri sendiri dan organisasi dalam membantu mengembangkan potensi individu autisme di Malaysia melalui penganjuran kursus di IPGKIK. Masitah binti Taib, Ph.D IPGK Ilmu Khas PENGENALAN
Autisme adalah kecelaruan neurologikal yang mendatangkan impak negatif kepada perkembangan otak (Hasnah Toran, 2017). Autisme yang dikategori dalam Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-IV (DSM-IV) adalah sebagai kecelaruan perkembangan pervasive (Kakkar & Srivastava, 2017). Gangguan pada fungsi otak itu boleh menyebakan gangguan pada pemikiran dan proses informasi sehingga memberi kesan kepada perkembangan komunikasi, tingkah laku dan sosial. Autisme berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi empat (4) kali lebih kerap dalam kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala-gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak-kanak itu berumur tiga (3) tahun tetapi ianya belum pasti lagi (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2020).
Wadah Perkongsian Pintar
Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia atau National Autism Society of Malaysia (NASOM) merupakan sebuah badan bukan kerajaan ditubuhkan pada 3 Mac 1987. NASOM berperanan sebagai advokasi autisme. Advokasi autisme adalah individu atau organisasi yang mewakili golongan autisme, menyuarakan pandangan dan hak asasi, hak bersuara yang perlu didengari, serta hak memperoleh perkhidmatan mengikut keperluan kanak-kanak autisme. Zastrow (1982) menjelaskan bahawa advokasi adalah aktiviti menolong klien atau sekelompok klien untuk mencapai layanan tertentu ketika mereka ditolak suatu lembaga atau suatu sistem layanan, dan membantu memperluas pelayanan agar mencakupi lebih banyak kepada orang yang memerlukan.
49
AMALAN I.K.H.L.A.S DI NASOM Berdasarkan pengalaman mengikuti Program Sandaran di NASOM pada tahun 2019, penulis mendapati konsep I.K.H.L.A.S merupakan amalan terbaik di NASOM sebagai advokasi autisme. I.K.H.L.A.S adalah akronim beberapa amalan iaitu ilmu, kasih sayang, harapan, latihan dan intervensi, amanah serta sokongan. I.K.H.L.A.S merupakan idea yang ditulis oleh Nor Afizah Bujanga, Muhammad Talhah Jima’ain @ Ajmaina, dan Zilal Saari (2020) dalam menyantuni kanak-kanak autisme. Ilmu (I) Seiring dengan perkembangan zaman yang berorientasikan teknologi pada masa kini, ilmu atau pengetahuan yang berkaitan autisme boleh diperoleh di mana-mana sahaja kita berada menggunakan hujung jari. Ibu bapa sudah tidak mempunyai masalah untuk memberi pendidikan tidak formal dari segi latihan dan kemahiran kepada anak autisme di rumah. Namun demikian, dengan wujudnya institusi pendidikan seperti Genius Kurnia (GK) dan NASOM telah memberi ruang dan peluang bukan sahaja kepada ibu bapa tetapi masyarakat untuk mendalami ilmu autisme secara teoritikal dan praktikal. Kasih Sayang (K) Setiap anak yang dilahirkan sewajarnya tidak boleh dibezakan antara satu anak dengan anak lain. Bagi anak autisme, kasih sayang ibu bapa adalah sangat penting untuk membantu perkembangan mereka ke arah yang lebih positif. Ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan penting mewujudkan kasih sayang antara anak tipikal dengan anak autismenya tanpa diskriminasi.
Wadah Perkongsian Pintar
Harapan (H)
50
Ilmu dan usaha tidak akan menghasilkan kejayaan yang diharapkan. Begitu juga dengan ibu bapa yang mempunyai anak autisme yang sentiasa mengharapkan anak tersebut hidup senormal yang boleh. Sehubungan dengan itu, ilmu autisme yang diperoleh perlu dipraktikkan di rumah juga. Kesinambungan latihan dan kemahiran kepada anak autisme di rumah merupakan usaha yang boleh membantu perkembangan anak sebagaimana diharapkan.
Latihan dan Intervensi (L) Terdapat banyak model latihan dan intervensi yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan perkembangan psikomotor, fisiologi, kognitif, emosi dan seumpamanya boleh diberi kepada anak autisme. Penyembuhan dan pemulihan bukanlah matlamat utama. Sebaliknya keupayaan anak autisme sebagai individu yang efektif perlu dioptimumkan melalui program latihan dan kemahiran diri yang akan membantu mereka untuk lebih mudah menyesuaikan diri dalam masyarakat. Amanah (A) Setiap anak yang dilahirkan adalah amanah kepada ibu bapa untuk membesar, mendidik dan menjadikannya orang yang berguna. Amanah ibu bapa untuk membesar dan memberi pendidikan yang sewajarnya telah diriwayatkan oleh Bukhari dari Abu Hurairah ra: Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Salam bersabda: “Tiada seorang anak yang lahir kecuali dalam keadaan fitrah. Maka, ibu bapa yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani, mahupun Majusi”. (Muhammad bin Ismail Al Bukhori, Sahih Al-Bukhori, Riyad:Biat Al-Afkar Ad-Dauliyah, 1419, hlm 264)
Masalah tingkah laku kanak-kanak yang mengalami Autism Spectrum Disorder (ASD) dilihat menjejaskan fungsi sosial dan meningkatkan tekanan ibu bapa (Boyd, 2002). Kanak-kanak ASD sukar untuk memahami norma masyarakat dan bertingkah laku yang tidak boleh diterima menyebabkan ibu bapa menanggung malu (Wong, 2015). Ibu bapa menghadapi cabaran lebih kompleks sama ada menjaga, mengasuh, mendidik atau membesarkan kanak-kanak ASD (Muhammad Haziq Mohd Sharif & Nurul Akma Jamil, 2019). Sehubungan itu, masyarakat perlu mempunyai pengetahuan mengenai autisme dan ASD. Kefahaman masyarakat tentang autisme dapat membantu golongan tersebut ketika mereka melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat supaya tidak disalah anggap terhadap kesilapan tingkah laku atau penyesuaian diri yang memerlukan jangka masa yang lama. Justeru itu, Hari Kesedaran Autisme Sedunia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dalam memahami penghidap autisme yang disambut pada 2 April setiap tahun. Kesedaran masyarakat seterusnya boleh dizahirkan dalam bentuk sokongan dan bantuan positif kepada keluarga atau persatuan atau badan-badan yang berkaitan dengan autisme dan mampu menjadi nilai tambah kepada perkembangan positif individu ASD.
Wadah Perkongsian Pintar
Sokongan (S)
51
PELAKSANAAN I.K.H.L.A.S Penubuhan NASOM adalah idea dari sekumpulan ibu bapa dan profesional yang prihatin bertujuan menyediakan perkhidmatan sokongan untuk membantu kanak-kanak autisme menjalani kehidupan senormal yang boleh. Program-program yang disediakan adalah i) Intervensi Awal, ii) Terapi, iii) Kemahiran pra vokasional, iv) Kemahiran vokasional, v) Transisi, vi) Pentaksiran dan Diagnostik, vii) Residensi, dan viii) Mainstreaming.
Wadah Perkongsian Pintar
NASOM sebagai pusat ilmu boleh dilihat kerana NASOM bersifat terbuka dengan membenarkan kehadiran pelawat dan penyelidik sama ada dari dalam dan luar negara. Guru-guru NASOM tidak melaksanakan sebarang penyelidikan. Sebaliknya NASOM sering menjadi tempat lokasi penyelidikan dan pengumpulan data oleh penyelidik dan personal dari pelbagai Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Institusi Perubatan. Terdapat juga penyelidik yang bermurah hati menghadiahkan tesis kajian yang telah siap kepada NASOM dan disimpan di ibu pejabat NASOM di Ara Damansara. Penulisan artikel dalam bentuk buletin dilakukan oleh Parent Teacher Support Group (PTSG) melalui media sosial Facebook NASOM Titiwangsa. NASOM Titiwangsa hanya melaksanakan konsultasi/runding cara kepada ibu bapa sahaja melalui Pembinaan Rancangan Pengajaran Individu dan laporan prestasi. Perkhidmatan konsultasi/runding cara dari aspek terapi dan ujian diagnostik hanya dilakukan di NASOM One Stop Centre, Setia Alam.
52
NASOM mengamalkan sifat kasih sayang antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan latar belakang. Amalan ini berdasarkan pemerhatian dan temu bual. Sepanjang pemerhatian di kelas vokasional yang saya perhatikan dan menemubual guru, saya turut merasa simpati dan terkesan dengan kes unik dua orang dewasa autisme. Kedua-dua mereka adalah kategori severe. Mereka tidak boleh berkomunikasi secara lisan, lemah dalam kemahiran bersosial, mempunyai kelemahan pada kognitif, motor halus, hiperaktif dan tidak boleh mengurus diri sendiri (menggunakan lampin pakai buang). Guruguru sangat sabar, tabah dan gigih mendidik mereka setiap hari semata-mata untuk meningkatkan perkembangan kognitif, psikomotor, sosial, komunikasi walaupun sedikit. Tingkah laku mencabar yang guru-guru perlu lalui setiap hari adalah semasa membuang air besar. Guru perlu perhatikan mereka setiap masa supaya mereka tidak bermain dengan najis yang dikeluarkan. Guru perlu mengurus diri dan kebersihan mereka seperti menanggalkan pakaian, membuang dan membersihkan najis, memandi dan memakaikan lampin pakai buang dan pakaian. Guru-guru telah memperlihatkan perkembangan untuk tidak memakai lampin pakai buang di sekolah, tetapi kerana tiada kesinambungan kemahiran dan didikan di rumah maka kemahiran mengurus diri masih gagal dikuasai kedua-dua remaja autisme tersebut.
NASOM menetapkan harapan berdasarkan visinya sebagai persatuan inklusif untuk membantu kanak-kanak dan remaja autisme mengembangkan potensi, penyertaan dalam komuniti, dan mengarahkan kepada kehidupan yang lebih bermakna dan bermaruah. Manakala misi persatuan adalah bekerjasama dalam kalangan ahli, pemegang taruh dan individu berkepentingan untuk meningkatkan kualiti kehidupan kanak-kanak autisme dan keluarga melalui program, perkhidmatan, sumber, pengetahuan dan inovasi sosial, dan mempromosikan hak dan peluang individu autisme. NASOM sebagai pusat latihan dan intervensi autisme dilaksanakan mengikut kurikulum, masa, kategori umur dan yuran seperti berikut: a) Kanak-kanak Autisme • Program Intervensi Awal o Menggunakan gabungan kurikulum ‘STARS Early Childhood Intervention Programme’ oleh Karol Musher dan Robert Deller. o Masa: Sesi pagi iaitu 7.30 am – 12.00 pm Sesi petang iaitu 12.30 pm – 5.00 pm o Umur: 3 hingga 11 tahun o Yuran: RM525
b) Dewasa Autisme • Vokasional o Menggunakan kurikulum ‘Treatment and Education of Autistic and Communication related Handicapped Children’ (TEACCH) o Masa: 7.30 am – 3.30 pm o Umur: 14 hingga 25 tahun o Yuran: RM700 c) Latihan Pembangunan Staf Latihan Pembangunan Staf dilaksanakan setiap cuti sekolah. Kursuskursus yang dihadiri seperti terapi, art sensory, modifikasi tingkah laku, kraf tangan dan transisi kerjaya.Terdapat juga kursus pendek kepada ibu bapa pada hujung minggu. Peluang melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi juga ditawarkan kepada guru yang berminat.
Wadah Perkongsian Pintar
• Pra Vokasional o Menggunakan kurikulum ‘Treatment and Education of Autistic and Communication related Handicapped Children’ (TEACCH) o Masa: Sesi pagi iaitu 7.30 am – 12.00 pm Sesi petang iaitu 12.30 pm – 5.00 pm o Umur: 11 hingga 13 tahun o Yuran: RM525
53
Wadah Perkongsian Pintar
NASOM sebagai amanah untuk melaksanakan advokasi autisme. Amanah itu bawah tanggungjawab organisasi NASOM yang terdiri daripada 13 orang ahli lembaga pengarah. Pentadbiran dan operasi harian diketuai oleh seorang Ketua Eksekutif beroperasi di ibu pejabat di Ara Damansara mulai tahun 2012. Terdapat seramai 150 orang staf termasuk guru-guru di 20 buah cawangan NASOM di seluruh Malaysia. NASOM Titiwangsa, tempat saya melaksanakan program sandaran, merupakan cawangan pertama dan merangkap ibu pejabat semasa awal pembukaan NASOM. Lokasi NASOM Titiwangsa adalah di No. 7, Lorong Maran, Titiwangsa, Kuala Lumpur merupakan bangunan rumah kediaman setingkat jenis banglo yang telah diubahsuai sebagai pusat perkhidmatan intervensi dan kemahiran vokasional kepada kanak-kanak dan dewasa autisme. Cawangan ini ditadbir oleh seorang Guru Besar, sepuluh orang guru dan seorang staf sokongan.
54
NASOM mendapat sokongan advokasi autisme melalui ibu bapa. Ibu bapa sangat memberi sokongan dari aspek kewangan, peralatan dan penajaan kepada segala bentuk perancangan aktiviti dan program NASOM melalui aktiviti ‘Fund Raising’ oleh PTSG. Ibu bapa ahli korporat memainkan peranan yang sangat penting menyebar luas pengetahuan dan perkhidmatan yang berkaitan NASOM melalui media sosial seperti Facebook. Kempen yang dilaksanakan oleh ibu bapa kepada komuniti di tempat kerja, komuniti dalam kalangan ahli korporat dan komuniti setempat. Pelibatan ibu bapa semasa melaksanakan intervensi, pengajaran dan pembelajaran atau kemahiran tidak digalakkan kerana boleh mengganggu tumpuan kanakkanak autisme kepada pembelajaran. Contohnya, anak akan bertingkah laku negatif seperti mengada-ngada jika ibu bapa turut serta dalam pembelajaran yang dilaksanakan di NASOM. Ibu bapa juga turut serta dalam setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan di luar NASOM. Selain ibu bapa, NASOM juga sentiasa menjalinkan kolaborasi dengan Institusi Pendidikan, Institusi Perubatan dan lain-lain agensi dalam penyelidikan, latihan industri, internship dan lawatan sambil belajar. NASOM juga sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang ingin melaksanakan aktiviti atau projek amal dan aktiviti sukarela. Adaptasi kepada perubahan juga dilaksanakan melalui bentuk aktiviti yang mengaplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), penggunaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasi bahan sokongan pengajaran/intervensi yang komersial yang lebih menarik dan mudah didapati di pasaran. Sokongan prasarana adalah hasil sumbangan dari agensi-agensi seperti meja kerusi di tempat makan dan ruang pembelajaran/aktiviti yang diperluaskan.
KEBOLEHGUNAAN I.K.H.L.A.S DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Insitut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK) merupakan IPG yang sangat signifikan dengan latihan guru bidang pendidikan khas sejak dari tahun 1960an. Latihan guru di IPGKIK juga telah melalui proses transformasi daripada peringkat sijil kepada peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Bidang pendidikan khas juga bersifat dinamik mengikut keperluan sekolahsekolah di seluruh negara. Peranan IPGKIK sebagai advokasi individu berkeperluan khas boleh dilihat melalui amalan I.K.H.L.A.S yang sentiasa diaplikasi dalam latihan guru dan kepakaran pensyarah. IPGKIK melaksanakan amalan I.K.H.L.A.S bagi melahirkan pelajar berjiwa pendidik untuk mendidik murid pendidikan khas di seluruh Malaysia. Konsep dan amalan I.K.H.L.A.S di IPGKIK dapat dilihat melalui pelbagai program dan aktiviti berkaitan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di sekolah dan Orang Kurang Upaya (OKU) di luar sekolah dilaksanakan saban tahun seperti Program Memasyarakatkan OKU, aktiviti sukarela, serta jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan berkaitan MBK dan OKU. Penyebatian amalan I.K.H.L.A.S juga diterapkan kepada siswa guru secara teoritikal dan praktikal di dalam pengajaran dan pembelajaran, latihan mengajar di sekolah dan aktiviti sukarela dengan bimbingan pensyarah mengikut kepakaran bidang pendidikan khas.
IPGKIK bercadang mengembangkan peranannya sebagai advokasi individu berkeperluan khas melalui latihan guru secara pendidikan inklusif. Pusat Pendidikan Inklusif Latihan Guru ini akan melibatkan semua warga IPGKIK untuk turut sama mengendalikan aktiviti-aktiviti dan program-program yang melibatkan MBK dan OKU. Sehingga kini, peranan advokasi individu berkeperluan khas di IPGKIK dilaksanakan sepenuhnya oleh siswa guru dan pensyarah Jabatan Pendidikan Khas. Cadangan penjenamaan IPGKIK sebagai Pusat Pendidikan Inklusif ini akan dapat memperluaskan peranan jabatan-jabatan lain untuk terlibat sama membangun potensi individu berkeperluan khas sama ada dalam bentuk latihan, konsultasi atau jaringan dan kolaborasi. Contohnya Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (JPJK) yang mempunyai kepakaran dalam pendidikan jasmani. Kepakaran pensyarah JPJK boleh turut serta dalam advokasi individu berkeperluan khas melalui kursus, bengkel, latihan yang berkaitan Pendidikan Jasmani Suaian (PJS) atau sportsability kepada MBK, OKU dan guru-guru sekolah.
Wadah Perkongsian Pintar
PUSAT PENDIDIKAN INKLUSIF LATIHAN GURU
55
PENUTUP Tidak dinafikan wujud badan-badan bukan kerajaan seperti NASOM yang mewakili suara individu autisme. Namun begitu, pada zaman yang semakin pesat perkembangan dan penggunaan teknologi, masyarakat perlu prihatin terhadap kewujudan individu autisme dan berkeperluan khas lain. Masyarakat sepatutnya sudah tiada alasan tidak tahu apa itu autisme pada masa kini. Masyarakat juga perlu lebih banyak menyumbang peranan kepada golongan autisme dan individu berkeperluan khas lain sama ada dalam bentuk sokongan moral, material, kewangan, kemahiran atau kepakaran.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Amalan (I) – Ilmu kepada kanak-kanak autisme
56
Gambar 2. Amalan (K) - kasih sayang kepada kanak-kanak autisme
Gambar 3. Amalan (H) – Harapan melatih kanak-kanak autisme senormal yang boleh
Gambar 5. Amalan (A) – Amanah guru melaksanakan intervensi
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 4. Amalan (L) - Latihan Pra Vokasional kepada kanak-kanak autisme
57
Gambar 6. Amalan (S) – Sokongan Komuniti kepada NASOM
Wadah Perkongsian Pintar
RUJUKAN
58
Boyd, B. A. (2002). Examining the Relationship BetWeen Stress and Lack of Social Support in Mothers of Children With Autism. Focus on Autism and Other Developmental Disabilities. 17(4), 208-215. https://doi.org/1 0.1177/10883576020170040301 Hasnak Toran. (2017). Autisme: panduan Ibu Bapa. Penerbitan Riyadh Kementerian Kesihatan Malaysia (2020). Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved September 1, 2020 from http://www. myhealth.gov.my/autism/ Muhammad Haziq Mohd Sharif & Nurul Akma Jamil. (2019). Cabaran Ibu Bapa Bersama Kanak-Kanak Kecelaruan Spektrum Autisme (Asd): Tinjauan Literatur. Jurnal Sains Sosial Malaysian. 4 (1), 33-43 Nor Afizah Bujanga, Muhammad Talhah Jima’ain@Ajmaina, Zilal Saari (2020). Penerapan Konsep IKHLAS Dalam Menyantuni Anak Istimewa (Autisme). International Journal of Islamic and Civilizational Studies. 6 (3), 79 - 88 Wong, Y. S. (2015). Factors associated with stress of parents with children suffering from Autistic Spectrum Disorders. Doctoral dissertation. The Chinese University of Hong Kong. Zastrow, C. (1982). Introduction to Social Welfare: Institutions, Social Problems, Services and Current Issue. The Dorsey Press.
THE RIGHT PEOPLE IN THE RIGHT PLACE
Institut Tadbiran Awam (INTAN) adalah organisasi latihan yang sangat teratur dan kemas dalam pentadbirannya yang mana penempatan pegawai di kluster-kluster sesuai dengan kepakarannya.
Meriam binti Allias IAB Cawangan Genting Highlands PENGENALAN
Antara insan terpilih di INTAN yang saya perhatikan telah diletakkan di tempat yang tepat ialah Felo Penyelidikan Kanan INTAN, yang ditempatkan di Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. Mereka adalah penggerak kluster yang sangat versatil dan berkepakaran tinggi dalam bidang fungsi kluster. Tugas yang dilaksanakan oleh mereka begitu selaras dengan fungsi kluster berkenaan.
Wadah Perkongsian Pintar
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah pusat latihan formal untuk pegawai-pegawai kerajaan bawah Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Pusat ini ditubuhkan pada 1972 Jalan Elmu, Kuala Lumpur dan kini telah memiliki beberapa kampus cawangan di Kedah, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak. Semasa menjalani program sandaran selama lima hari di pusat latihan itu, saya tertarik dengan pengurusan sumber manusia yang begitu kemas dan berkesan sehingga segala kerja buat pengurusan organisasi menjadi sangat efisien. Betullah apa yang dikatakan oleh YM Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Arif, mantan Ketua Pegawai Eksekutif Proton bahawa dalam mana-mana perniagaan, perkara yang asas adalah meletakkan orang yang betul di tempat yang tepat (8 Jun 2012, Malaysiakini). Manusia, dan bukan syarikat yang bersaing antara satu sama lain, maka organisasi memerlukan orang yang bijak dan sesuai untuk menghadapi persaingan di luar sana.
59
PENEMPATAN SEIRING DENGAN FUNGSI TUGAS Fungsi utama Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar (KPPD) adalah memperkukuhkan peranan INTAN melalui (a) penyelidikan, (b) penerbitan, (c) konsultasi, kolaborasi strategik dan projek khas, dan (d) persidangan, kursus dan latihan. Subkluster yang bernaung bawah kluster ini ialah Subkluster Pentadbiran dan Subkluster Penerbitan. Pengurusan Kedai Buku dipertanggungjawabkan di bawah Subkluster Penerbitan. Penyusunan subkluster begitu kemas serta teratur dan memperlihatkan kesinambungan dalam tugas dan fungsi kluster KPPD ini. Jelas sekali tugas yang bermula dengan penyelidikan dapat diteruskan kepada tugas untuk penerbitan dan seterusnya sehingga fungsi latihan. Justeru, KPPD memerlukan pegawai yang berkaliber dan pakar dalam bahagian penyelidikan, penulisan dan kemahiran komunikasi yang berkesan untuk mengendalikan khidmat konsultasi dengan jabatan lain. Jim Collins (2001) dalam bukunya yang bertajuk Good to Great pernah menulis, “...to build a successful organization and team you must get the right people on the bus.” Kajian beliau mendapati kebanyakan syarikat dan organisasi yang hebat meletakkan pekerja yang tepat di kedudukan yang tepat.
Wadah Perkongsian Pintar
Di INTAN, anugerah Felo INTAN diberikan kepada tokoh-tokoh perseorangan penjawat awam yang menyumbang kepada kemajuan bidang pentadbiran seperti latihan, penyelidikan, dan perancangan dalam pentadbiran dan pengurusan. Pada tahun 2013 INTAN membuat penstrukturan semula perjawatan dan mewujudkan lima (5) jawatan Felo Penyelidikan Kanan Gred Khas JUSA C. Kelima-lima Felo ini ditempatkan di bawah Kluster Penyelidikan Pembangunan dan Dasar. Tugas mereka adalah memenuhi fungsi KPPD seperti menjalankan penyelidikan yang seterusnya dizahirkan dalam bentuk penulisan, memberi latihan, memberi khidmat konsultasi dan menyumbangkan idea yang bernas dalam sesi think tank. Mereka perlu menghadiri Mesyuarat Pengurusan Tertinggi untuk menyumbang idea dalam membuat keputusan yang penting. Jawatan sebagai Felo Penyelidikan Kanan ini adalah satu penghormatan kepada pegawai yang telah banyak memberi sumbangan dalam fungsi di atas. Usaha dan sumbangan mereka diiktiraf oleh INTAN dan ganjaran ini setimpal dengan jasa mereka.
60
Dalam bidang penyelidikan, Felo INTAN diwajibkan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu kajian setiap tahun berdasarkan isu semasa di peringkat organisasi, negara atau global. Mengikut YBrs. Dr Zakaria Abdullah, Felo Penyelidikan Kanan (Gred JUSA C), mereka diberi kebebasan memilih tajuk dan fokus untuk menjalankan penyelidikan yang memberi impak yang tinggi. Laporan kajian diterbitkan dalam Jurnal Tahunan INTAN, artikel di akhbar harian, dan di persada antarabangsa seperti Chartered Institute Personel Development (CIPD).
Sebagai institusi pembelajaran perdana sektor awam, INTAN meluaskan jaringan kolaboratif dengan pelbagai entiti kerajaan dan swasta di dalam dan di luar negara. Kolaboratif strategik ini mencakupi keperluan semasa seperti pelaksanaan dasar, penawaran program latihan, penganjuran seminar serta perkongsian sumber manakala inisiatif jangka panjang melibatkan pembangunan modul latihan dan pemanfaatan teknologi. Melalui fungsi tugas dalam Konsultasi, Kolaborasi Strategik dan Projek Khas KPPD menjalin kerjasama menjalankan kajian dan mendapatkan geran penyelidikan daripada kementerian berkenaan. Malah, ada kementerian yang menawarkan geran untuk KPPD menjalankan kajian atau projek khas mereka pada satu satu masa. Saya dapati kolaborasi ini sangat menarik kerana jalinan ini menguntungkan kedua-dua pihak. INTAN dapat memberi khidmat kepakaran mereka melalui kajian dan konsultasi dan seterusnya menzahirkan kajian ini dalam penulisan mereka. Pada masa yang sama, kementerian berkenaan dapat mengenal pasti dan merungkai masalah, jika ada, dan menghasilkan kajian yang bermutu untuk pembangunannya. Kolaborasi Strategik dan Projek Khas ini akan mengeratkan lagi hubungan dengan kementerian dan jabatan lain bagi memudahkan kerjasama dalam membangunkan sumber dan organisasi dalam sektor awam.
Selain daripada penyelidikan, Felo Penyelidikan Kanan INTAN bersama dengan Perunding Latihan yang lain juga memberi khidmat konsultasi atas permintaan kepada semua jabatan dalam semua kementerian di bawah JPA sama ada di INTAN atau di premis jabatan berkenaan. Konsultasi yang disediakan meliputi semua bidang pengurusan di pejabat-pejabat kerajaan. Setiap kluster akan memberi khidmat konsultasi mengikut kepakaran masingmasing. Konsultasi ala INTAN lebih kepada memberi khidmat runding cara profesional seperti menyediakan pelan strategik, penyediaan kertas cadangan penyelidikan dan penyediaan bahan e-pembelajaran. Hasil daripada khidmat konsultasi ini didokumentasikan juga untuk dijadikan sebagai rujukan. Subkluster Penerbitan yang bernaung bawah KPPD bertanggungjawab menghasilkan bahan penulisan daripada semua fungsi KPPD seperti yang dijelaskan di atas. Pada tahun 2018 sahaja 11 buah buku berunsur ilmiah telah diterbitkan sementara pada tahun 2019 pula 10 buah buku telah diterbitkan. Subkluster Penerbitan menyelaras penerbitan yang dihasilkan
Wadah Perkongsian Pintar
Kebanyakan daripada kajian yang dihasilkan oleh INTAN dijalankan oleh kumpulan Felo Penyelidikan Kanan. Tujuan KPPD untuk melengkapkan fungsi tugas mereka menjadikan Felo Penyelidikan Kanan lebih kompeten, cemerlang dan masyhur bukan sahaja di INTAN tetapi di kementerian lain. Mereka dapat membantu menaikkan nama INTAN hingga ke peringkat antarabangsa. Hasil daripada kajian-kajian yang dijalankan dibentang dan dikongsikan dalam kolokium dan seminar INTAN pada setiap tahun.
61
oleh Felo Penyelidikan Kanan dan Perunding Latihan daripada semua kluster. Semua buku yang dihasilkan boleh didapati daripada Kedai Buku INTAN yang bernaung di bawah subkluster ini. Semua buku INTAN dicetak sendiri di INTAN di bawah Unit Cetak kecuali ada permohonan untuk mengeluarkan buku yang eksklusif sahaja akan dicetak di luar. Unit Cetak INTAN sangat luas dan mempunyai alat percetakan yang mencukupi. Tiga pereka ditugaskan untuk membuat reka bentuk muka depan dan reka letak semua buku. Ini bukan hanya menyebabkan INTAN mampu menerbitkan buku sendiri, bahkan ia menjadi strategi penjimatan untuk jangka masa panjang. Buku-buku yang diterbit dijual di Kedai Buku INTAN pada harga yang sangat rendah. Tajuk buku-buku yang diterbitkan sangat menarik, dalam dua bahasa dan bervariasi, seperti INTAN Trainer’s Digest, Minda Eksekutif, Megatrends, Saya Yang Menjalankan Amanah Koleksi Dari Kaca Mata, Budding Minds dan Buku Persaraan KPPA.
Wadah Perkongsian Pintar
Kepakaran yang ada pada kumpulan Felo Penyelidikan Kanan INTAN menjadi semakin bertambah kerana kebijaksanaan KPPD menyediakan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan berikut. Fungsi tugas kluster yang teratur dan disokong dengan subkluster yang bernaung di bawahnya mampu melancarkan kerja menzahirkan hasil kepakaran dalam bentuk bahan dokumentasi dengan mudah. Dengan jelas, Felo Penyelidikan Kanan INTAN yang diletakkan di bawah KPPD berjaya melaksanakan fungsi kluster dengan cemerlang dan meningkatkan kualiti kerja di organisasi itu sendiri, dan pada masa yang sama dapat menggarap kepakaran mereka dengan lebih cemerlang.
62
YBrs. Dato’ Dr. Roslan Mahmood, Felo Penyelidikan Kanan (Gred JUSA C) memberi sumbangan nasihat sebagai kolumnis akhbar Berita Harian dalam cara penulisan artikel. Beliau menjelaskan bahawa dahulu sering menghadiri mesyuarat back to back dan menghabiskan masa menyediakan kertas cadangan. Kini beliau seronok membuat kajian dan menulis kerana Felo diberi kebebasan, menghasilkan buku secara one-man show tanpa sebarang cetak rompak, hasil karya dapat dibentang dengan penuh tanggungjawab, dan sentiasa bersedia untuk membimbing individu yang memerlukan khidmat beliau. YBrs. Dr. G. Periasamy, Felo Penyelidikan Kanan (Gred JUSA C) pula mengatakan bahawa sebelum ini beliau jarang membaca berita, tetapi kini telah terlibat dalam banyak penulisan, kajian, sesi perkembangan minda dengan pelbagai kementerian dengan pelbagai isu. Armstrong dan Baron (2002) menyatakan bahawa, “Orang yang berupaya menggunakan kemahiran, kebolehan dan pengalaman mereka dalam organisasi kerjaya, kini diiktiraf sebagai pemberi sumbangan yang sangat besar kepada kejayaan organisasi selain membentuk sumber daya
saing yang ketara.” Peter Drucker (2017) apabila ditanya tentang sumbangan terbesar beliau sepanjang hayatnya menjawab, “Apa yang boleh saya katakan ialah saya telah membantu beberapa orang yang baik-baik menjadi berkesan dalam melakukan perkara yang betul.” Maka jelaslah organisasi perlu meletakkan individu dengan kepakaran tertentu di kerusi yang tepat dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk menggarap kepakaran tersebut. DI ORGANISASI SENDIRI BAGAIMANA? Tempat saya menabur bakti adalah di Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highlands (IABCGH), Genting Highlands. Setelah berkhidmat di Institut Aminuddin Baki selama 11 tahun, saya telah dipindahkan ke lima (5) jabatan. Tujuan perpindahan adalah supaya Pensyarah Kanan mendapat pengalaman yang berbeza dan memberi pelbagai bentuk sumbangan mengikut jabatan berkenaan. Mungkinkah kaedah ini satu usaha untuk meletakkan orang yang tepat di jabatan yang betul? Tapi ini belum dapat dipastikan lagi.
IAB tidak ada penganugerahan untuk jawatan Felo seperti INTAN. Pensyarah Kanan yang berkebolehan boleh memohon untuk ke Gred JUSA C mengikut syarat kelayakannya. Mereka boleh berada di mana-mana jabatan, dan jika mendapat kenaikan ke gred berkenaan, mereka kekal berada di jabatan berkenaan kecuali ada arahan perpindahan jabatan. Terdapat tiga (3) Pensyarah Kanan yang telah mendapat Gred Khas C atas permohonan sendiri dan masih melaksanakan fungsi tugas seperti pensyarah-pensyarah lain. Di sini menunjukkan perbezaan amalan penempatan staf di IAB berbanding INTAN.
Wadah Perkongsian Pintar
IABCGH adalah satu daripada cawangan IAB. Pengurusannya dibahagikan kepada 16 jabatan dengan fungsi tugas yang berbeza. Di sini ada jabatan berbeza yang menguruskan penyelidikan, penerbitan, perkembangan staf, konsultasi, pentaksiran, kurikulum dan kokurikulum, hal ehwal murid, teknologi maklumat dan lain-lain. Setiap jabatan bertanggungjawab melaksanakan fungsi tugas mengikut nama jabatannya masing-masing. Walau bagaimanapun, setiap Pensyarah Kanan perlu melaksanakan enam (6) fungsi tugas individu masing-masing iaitu memberi latihan, konsultasi, menjalankan penyelidikan, penulisan, pentaksiran dan menyumbang idea dalam think tank. Penempatan Pensyarah Kanan adalah berdasarkan keperluan jabatan dan ada juga berdasarkan kepakaran bidang. Praktik ini adalah berdasarkan konsep bahawa semua Pensyarah Kanan mempunyai pelbagai kebolehan dan mampu melaksanakan apa sahaja tugas yang diberi.
63
Tugas menjalankan penyelidikan juga bebas di IABCGH. Selain daripada Jabatan Penyelidikan yang menjalankan kajian, Pensyarah Kanan boleh menjalankan kajian secara individu tetapi kebanyakannya menjalankan kajian secara berkumpulan dalam jabatan atau silang jabatan. Hasil kajian akan diserahkan ke jabatan yang menguruskan penerbitan untuk dibukukan. Ahli jabatan penerbitan adalah dalam kalangan Pensyarah Kanan yang bertugas untuk mengedit dan menerbitkan hasil penulisan tersebut. Berbeza dengan di INTAN yang mempunyai pegawai-pegawai khas termasuk pakar reka bentuk untuk menguruskan penerbitan, maka semua terbitan INTAN jelas berkualiti. Konsultasi adalah fungsi tugas individu di IAB. Setiap Pensyarah Kanan diwajibkan untuk melaksanakan sesi konsultasi dengan pegawai perkhidmatan pendidikan di jabatan-jabatan di Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, serta dengan pemimpin sekolah dan pemimpin pertengahan di sekolah. Bagi memperkukuh fungsi ini, IAB telah memperkenalkan Program Pensijilan Master Trainer yang terbahagi kepada empat (4) jenis pensijilan iaitu Certified Coach dan Certified Master Coach bagi fungsi konsultasi, manakala Certified Trainer dan Certified Master Trainer bagi fungsi latihan. IAB turut mengadakan kolaborasi dengan jabatan-jabatan lain melalui konsultasi dan latihan yang dijalankan.
Wadah Perkongsian Pintar
MEMPERHEBATKAN PENEMPATAN SEIRING FUNGSI TUGAS DI ORGANISASI SENDIRI
64
IAB mempunyai ramai penyandang Gred DG54 yang berkebolehan dan kompeten. Perlu ada satu usaha untuk mengiktiraf kompetensi dan keupayaan mereka dengan penganugerahan ke gred JUSA C seperti Felo INTAN. IAB sepatutnya mencontohi amalan pengurusan yang sangat baik ini kerana IAB mempunyai ramai Pensyarah Kanan gred DG54 yang kompeten dan mampu menjalankan banyak kajian dan menghasilkan banyak penulisan untuk IAB. Kebolehan Penyarah Kanan IAB dalam multi-tasking menjadikan mereka lebih relevan. Kumpulan ini tidak perlu diletakkan dalam satu pusat atau jabatan kerana fungsi tugas setiap pensyarah adalah sama di manamana jabatan. Namun, mereka perlu diwajibkan untuk tugas-tugas khas seperti melaksanakan penyelidikan secara individu dan menghasilkan lebih banyak buku terbitan IAB. Mereka juga perlu mengadakan kolaborasi dengan jabatan lain kerana kolaborasi seperti ini memberi banyak nilai tambah kepada institusi latihan khususnya IAB.
PENUTUP INTAN dan IAB mempunyai persamaan yang mana kedua-duanya adalah pusat latihan, satu untuk pegawai awam dan satu lagi untuk pegawai pendidikan masing-masing. Fungsi tugas mereka juga sama iaitu latihan, penyelidikan, konsultasi, penulisan, pentaksiran dan think tank. Wajarlah jika IAB mengesyorkan supaya diwujudkan penganugerahan Felo IAB dengan Gred JUSA C kepada Pensyarah Kanan dan Ketua Pusat yang setaraf Ketua Kluster di INTAN (dengan Gred JUSA C). Fungsi setiap pusat atau jabatan di IAB berbeza tetapi setiap Pensyarah Kanan berupaya melaksanakan enam (6) fungsi individu menjadikan mereka layak mendapat penganugerahan tidak kira diletakkan di pusat atau jabatan mana sekali pun.
Wadah Perkongsian Pintar
Jim Collins (2001) dalam bukunya Good to Great: Level 5 Leadership mendapati bahawa personaliti mereka yang mampu membawa syarikat daripada baik ke hebat adalah bersifat sederhana, pendiam, merendah diri dan mungkin pemalu. Sebagai pemimpin, mereka terlebih dahulu “mendapat orang yang tepat menaiki bas dan orang yang tepat menduduki kerusi” sebab bagi mereka aset syarikat bukan orang tetapi orang yang tepat. Oleh itu penstrukturan semula organisasi mungkin diperlukan supaya orang yang mempunyai kepakaran tertentu sepatutnya diletakkan mengikut kepakaran yang diperlukan di jabatan berkenaan, bukan mengikut personaliti berprofil tinggi.
65
“No duty the Executive had to perform was so trying as to put the right man in the right place”. - Thomas Jefferson.
Wadah Perkongsian Pintar
RUJUKAN
66
Armstrong, M. & Baron, A. (2002). Strategic HRM: The Key to Improved Business Performance. London: CIPD Publishing. Collins, J. (2001). Good to Great: Why Some Companies Make the Leap... and Others Don’t. New York, NY: HarperCollins Publishers Inc. Drucker, P. F. (2017). The Effective Executive: The Definitive Guide to Getting the Right Things Done. New York, NY: HarperCollins Publishers Inc. Keputusan Perniagaan yang Betul Penting untuk Kejayaan Proton (Bernama). https://www.malaysiakini.com/news/200342 Malaysiakini, 8 Jun 2012.
AMALAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU DI NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA (NASOM)
NASOM merupakan sebuah pusat yang membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal atau mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang pembelajaran.
Mohd Yusoff bin Md. Noor IPGK Ilmu Khas PENGENALAN
Gangguan utama dalam autisme adalah dalam tiga aspek, iaitu interaksi sosial, komunikasi dan tingkah laku. Dari segi komunikasi, kanak-kanak autisme selalunya lambat bercakap, tidak mempunyai banyak penguasaan bahasa dan tidak memahami apa-apa yang diperkatakan oleh bahasa badan mahu pun tulisan. Mereka selalunya berkomunilkasi menggunakan bahasa badan (gestures), sering mengulang percakapan orang lain (echolian), atau membisu (mutisme), dan sering kali bercakap terbalik. Mereka mempunyai kesukaran untuk memulakan atau mengekalkan perbualan dengan orang lain.
Wadah Perkongsian Pintar
Istilah ‘autisme’ terdiri daripada dua perkataan ‘auto’ yang memberikan makna diri sendiri dan perkataan ‘isme’ yang bermaksud aliran. Kanak-kanak autisme seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri dan tidak memperdulikan orang lain. Kanner (1943) ialah orang pertama yang memperkenalkan istilah autisme. Beliau dianggap sebagai seorang pakar psikiatri yang mengendalikan sekelompok kanak-kanak yang mengalami masalah kelainan sosial yang berat, batasan komunikasi dan masalah tingkah laku yang dilihat berbeza berbanding dengan kanak-kanak yang normal.
67
Dalam interaksi sosial, penghidap autisme dilihat banyak menunjukkan ciri peribadi yang berbeza daripada orang yang normal dan tidak menggunakan komunikasi dua hala serta tidak menggunakan pelbagai tingkah laku bukan lisan. Antaranya termasuklah tiada temuan mata atau kontak mata, tidak menunjukkan ekspresi muka, memiliki kelainan dalam postur badan, mempunyai kepekaan sensori dan obsess terhadap sesuatu benda atau perkara. Kanak-kanak autisme ini juga dilihat kurang bercakap, terikat kepada kesamaan dan mereka akan mengamuk atau tantrum jika mereka keliru atau tidak dapat berkomunikasi. Dari segi tingkah laku, kanak-kanak autisme suka menyendiri, terikat dengan tingkah laku berulang atau rutin atau ritual dan stereotaip. Mereka mempunyai ingatan hafalan yang kuat dan terlalu obsesif dalam mengikut peraturan atau rutin mereka sendiri dan tidak sukakan perubahan dalam rutin harian, tempat atau makanan. Fikiran mereka sering tertumpu kepada khayalan sendiri. Golongan ini juga mempunyai deria sensori yang sangat sensitif terhadap sebarang perubahan sama ada penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau-bauan dan rasa. Mereka tidak suka disentuh atau dipeluk kerana tindakan tersebut akan menyebabkan mereka berasa sakit dan gejala sedemikian ditunjukkan sebelum kanak-kanak tersebut berumur tiga tahun lagi.
Wadah Perkongsian Pintar
Menyedari hakikat inilah maka pihak NASOM telah memberikan penekanan khusus terhadap pengurusan tingkah laku dalam amalan dan aktitivi semua program yang dijalankan di pusat NASOM. Ini disebabkan ciriciri tingkah laku autisme ini kekal dalam kanak-kanak sehingga mencapai umur dewasa. Gejala yang ditunjukkan oleh setiap penghidap autisme adalah berbeza-beza mengikut spektrum. Spektrum yang berbeza mungkin bercirikan kepada mereka yang mampu berdikari dan berjaya dalam pelajaran. Kebanyakan mereka yang mengidap autisme mempunyai kesukaran dalam pelajaran, malah hampir lapan puluh peratus daripada mereka mempunyai masalah pembelajaran.
68
Mereka juga boleh menjalani kehidupan lain seperti bekerja dan mempunyai keluarga, asalkan mereka dapat dibantu dengan intervensi yang khusus pada peringkat lebih awal lagi. Intervensi yang mereka perlukan perlu sesuai berdasarkan kepada keperluan dengan tahap keupayaan penerimaan mereka. Hal ini demikian kerana objektif intervensi di NASOM ini adalah untuk meningkatkan keupayaan kefungsian mereka ke tahap optimum selaras dengan tuntutan umur, pembelajaran, kerjaya dan peranan sosial mereka. Manakala keperluan kepada intervensi dan penentuan tahap keperluan tersebut pula perlulah dinilai oleh golongan pakar yang terbabit dalam pengurusan dan hala tuju kehidupan golongan ini, dan bukan dinilai
oleh sebarang individu atau sesiapa sahaja, apatah lagi jika tidak bertauliah. Sesuatu yang perlu difahami oleh masyarakat kita ialah terdapat individu autisme ini masih memiliki fungsi intelek yang baik serta boleh menerima input pendidikan dan latihan yang sesuai dengan keupayaan mereka. BAGAIMANA TERSEBUT?
AMALAN BAIK INI DIPRAKTIKKAN
DI
AGENSI
Pihak agensi akan berusaha untuk mendapatkan maklumat tentang sejarah perubatan ibu yang mempunyai anak-anak autisme. Antara maklumat yang perlu diketahui termasuklah sejarah pranatal dan perinatal, selain sejarah keluarga itu sendiri bagi mengenal pasti sama ada terdapat kemungkinan penyakit keturunan atau genetik yang menjadi punca kepada penyakit autisme. Lazimnya, punca seseorang itu mendapat autisme boleh disebabkan oleh penyakit keturunan yang diwarisi turun-temurun atau masalah genetik yang abnormal. Para pakar di agensi juga akan melakukan pemerhatian tingkah laku kanak-kanak penghidap autisme sepanjang sesi klinikal dijalankan. Pemerhatian tingkah laku adalah dengan memerhati interaksi sosial, cara berkomunikasi, tingkah laku bermain, imaginasi dalam penggunaan alat tertentu, kelainan tingkah laku dan minat serta raut wajah yang berbeza daripada kanak-kanak yang normal.
Pihak agensi juga akan memastikan ada pelaksanaan penilaian sistematik untuk penyakit lain yang mungkin wujud bersama-sama autisme yang diistilahkan sebagai komorbiditi. Kanak-kanak autisme mungkin mengalami spektrum kesukaran yang luas seperti emosi, tumpuan, aktiviti, fikiran, tingkah laku dan masalah perubatan. Komorbiditi didefinisikan sebagai kejadian dua atau lebih psikopatologi kepada orang yang sama. Diagnosis komorbiditi adalah penting kerana kemunculannya mungkin menyebabkan gangguan klinikal yang lebih teruk dalam kalangan kanak-kanak autisme.
Wadah Perkongsian Pintar
Pemeriksaan perubatan ialah satu keperluan kepada semua kanakkanak autisme. Tujuannya untuk mengetahui masalah autisme atau masalah pembelajaran yang lain. Pihak agensi ini sangatlah menekankan kepentingan amalan baik ini. Kanak-kanak autisme akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan mata, telinga, hidung dan mulut untuk mengenal pasti masalah berkaitan dengan pendengaran, penglihatan, deria bau dan masalah pertuturan. Mereka juga perlu dirujuk kepada pakar audiologi dan sains pertuturan untuk menentukan masalah pertuturan dan proses audiologi kerana kanak-kanak autisme sering kali lambat bercakap.
69
Perkara terakhir yang dilakukan oleh agensi ini adalah memberikan maklum balas secara laporan atau melalui komunikasi iaitu perbincangan berkaitan dengan hasil penilaian kepada ibu bapa atau penjaga. Pada masa ini, pakar-pakar juga dijemput untuk memberikan cadangan mengenai khidmat intervensi yang bersesuaian kepada ibu bapa. SEJAUHMANAKAH AMALAN BAIK INI TELAH DIAPLIKASIKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Siswa guru Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) telah digalakkan untuk menjalankan pemerhatian dan ujian bagi melengkapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek-subjek yang bersesuaian. Siawa-siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Khas bagi Kursus Pengurusan Tingkah Laku serta Kursus Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak Berkeperluan Khas disyorkan melaksanakan pemerhatian bagi melengkapkan kerja kursus mereka. Para siswa guru telah dapat memahami banyak perkara terutama sekali dalam aspek tingkah laku dan komunikasi kanak-kanak autisme. Para siswa guru perlu cuba untuk memahami fungsi tingkah laku, sama ada terdapat kemungkinan tingkah laku mencederakan diri bertujuan untuk meningkatkan fungsi sensori ataupun respons akibat kesakitan. Selain itu, tingkah laku ini mungkin disebabkan oleh kesukaran komunikasi serta emosi yang berlaku pada masa tersebut. Memandangkan fungsi sesuatu tingkah laku mungkin kompleks, para pelajar turut memerlukan bantuan pakar untuk memahami fungsi tersebut dan peluang ini sangat bermanfaat dan memberi impak yang berkesan kepada mereka.
Wadah Perkongsian Pintar
Para siswa guru telah diberi penjelasan bahawa kanak-kanak autisme akan mengalami kesukaran untuk berkomunikasi, terutamanya dalam menyatakan keperluan dan keadaan mereka. Peningkatan kemahiran komunikasi boleh membantu kanak-kanak menyatakan keperluan dan emosi serta boleh membantu proses pembelajaran mereka. Para pelajar dapat menerima hakikat bahawa, kanak-kanak autisme boleh diajar cara alternatif untuk menyatakan kemahuan, keperluan, kesakitan atau sebarang ketidakselesaan kepada orang yang signifikan dalam kehidupan mereka. Contohnya, melalui penggunaan simbol bergambar.
70
Rutin harian yang berstruktur harus dibina dan dirangka untuk mengurangkan keresahan dalam kalangan kanak-kanak autisme. Para siswa guru telah ditegaskan mereka boleh membina pelbagai aktiviti dalam rutin bagi mengurangkan rasa bosan kanak-kanak. Penggunaan jadual rutin juga boleh mengurangkan risiko kanak-kanak terlibat dengan tingkah laku mencederakan diri. Sekiranya kanak-kanak autisme terlibat dengan tingkah laku mencederakan diri bagi tujuan mencapai rangsangan sensori, ia perlu digantikan dengan aktiviti yang boleh menghasilkan pengalaman sensori yang sama dan memasukkan aktiviti ini dalam rutin harian. BAGAIMANA AMALAN BAIK INI BOLEH DITAMBAH BAIK DI ORGANISASI SENDIRI? Antara amalan yang boleh ditambah baik di organisasi sendiri ialah pendedahan dan kesedaran tentang kemahiran-kemahiran yang relevan dan harus dikuasai oleh siswa guru dalam mendidik kanak-kanak autisme melalui kursus-kursus yang terdapat dalam struktur program. Dalam mendidik kanak-kanak autisme, siswa guru perlu konsisten. Kanak-kanak autisme sukar mengadaptasikan apa-apa yang mereka pelajari semasa di sekolah ke tempat lain. Siswa guru perlu mengetahui kaedah pembelajaran terkini. Sebagai langkah menjamin keberkesanan yang lebih baik, mereka perlu konsisten terhadap cara berinteraksi dengan anak murid mereka dan kaedah menangani tingkah laku yang dianggap mencabar dan menguji kesabaran.
Selanjutnya siswa guru perlu memberikan tumpuan kepada kepekaan sensori kanak-kanak autisme. Ramai kanak-kanak autisme yang sensitif kepada cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan bau. Namun demikian, terdapat segolongan kanak-kanak autisme yang kurang sensitif kepada rangsangan sensori. Siswa guru perlu mencari punca sensori yang boleh mencetuskan tingkah laku buruk kanak-kanak autisme. Mereka juga perlu mengenal pasti punca yang menyebabkan kanak-kanak autisme stres, tenang, tidak selesa atau seronok. Dengan memahami faktor yang memberikan kesan kepada kanak-kanak autisme, lebih mudah untuk siswa guru menyelesaikan masalah, mencegah situasi yang mungkin menimbulkan kesukaran dan memudahkan usaha mendidik kanak-kanak tersebut dengan cara yang lebih berkesan.
Wadah Perkongsian Pintar
Amalan seterusnya ialah komunikasi bukan lisan. Siswa guru boleh berhubung dengan kanak-kanak autisme secara bukan lisan. Hubungan dapat dirasai oleh kanak-kanak autisme melalui sentuhan, cara pandangan, nada suara dan bahasa badan. Sebenarnya, mereka berupaya juga berkomunikasi secara bukan lisan dengan ibu bapa dan guru-guru mereka walaupun mereka tidak bercakap.
71
Amalan baik berikutnya, siswa guru didedahkan bahawa pembelajaran untuk kanak-kanak autisme perlu dimulakan dari awal. Intervensi awal untuk kanak-kanak autisme adalah penting dan boleh menunjukkan hasil yang berbeza dalam kebanyakan kanak-kanak. Intervensi awal perlu terancang dan berbentuk intensif, interdisiplin dan integrasi, dijalankan oleh guru-guru yang berpengalaman serta melibatkan ibu bapa dan ahli keluarga. Pembelajaran awal perlu memfokuskan kepada kaedah mengajar kemahiran spesifik dan mengikut keperluan atau kesesuaian setiap kanak-kanak. Pembelajaran di sekolah pula perlu disesuaikan kerana pendidikan di situ lebih berbentuk umum. Siswa guru perlu mengambil kira kesukaran kanak-kanak autisme menghadapi persekitaran baharu dan kompleks. Akhir sekali, amalan baik yang boleh diterapkan ialah pentingnya sokongan sosial untuk ibu bapa dan penjaga. Siswa guru diingatkan bahawa penjagaan kanak-kanak autisme memerlukan tenaga yang banyak dan masa yang panjang. Ada ketikanya ibu bapa berasa terlalu penat, stres dan hilang semangat untuk meneruskan rutin kehidupan lebih-lebih lagi jika anak autisme tidak menunjukkan perkembangan yang positif. Oleh itu, siswa guru boleh memberikan bantuan nasihat, bantuan advokasi dan sokongan yang berkaitan melalui program-program yang diadakan dari masa ke semasa. PENUTUP
Wadah Perkongsian Pintar
Individu autisme dan keluarga mereka mengharapkan kepada peluang untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan serta pendidikan yang adil dan saksama. Pendidikan bersifat inklusif adalah lebih menjadi keutamaan. Namun, jumlah dan bilangan sekolah serta pusat atau agensi latihan tersebut perlu ditingkatkan, manakala bilangan pendidik yang terlatih juga perlu ditambah agar dapat menampung keperluan peningkatan bilangan individu autisme. Sesuatu yang amat baik untuk difikirkan ialah memberikan nilai penarafan yang standard berdasarkan merit kepada penyedia perkhidmatan dan institusi yang memberikan pendidikan dan latihan kepada individu autisme sebagai langkah penilaian kepada tahap profesionalisme intervensi yang mereka sediakan kepada individu dan keluarga golongan ini.
72
RUJUKAN Kanner, L. (1943). Autistic Disturbances of Affective Contact. Nervous Child, 2, hlm. 217-250.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh penulis, menunjukkan antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di NASOM
73
PERKONGSIAN AMALAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN TERBAIK DI UNIVERSITI NOTTINGHAM KAMPUS MALAYSIA
Universiti Nottingham Kampus Malaysia telah menyerlahkan banyak amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan yang boleh dipelajari dan diteladani.
Norfadhilah binti Nasrudin, Ph.D IPGK Bahasa Melayu
Data amalan terbaik dikumpul secara kualitatif menggunakan instrumen temu bual tidak berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur. Sebelum proses pengumpulan data dilakukan, satu taklimat atau perjumpaan diadakan pada hari pertama penempatan di universiti bersama ketua School of Education (SoE) iaitu Prof. Dr. Ganakumaran a/l Subramaniam dan semua pensyarah akademik SoE. Jadual pelaksanaan telah diberikan kepada kami, merangkumi beberapa siri pertemuan dengan para pensyarah akademik dan juga pegawai bukan akademik. Sesi temu bual telah diadakan bagi setiap slot yang diperuntukkan dalam jadual, di samping sesi temu bual secara personal dengan setiap ahli SoE pada masa yang telah dipersetujui. Pemerhatian tidak berstruktur telah dilaksanakan semasa lawatan kampus yang dirancang. Lawatan kampus telah dilakukan ke beberapa pusat atau bahagian yang bukan hanya memberi sokongan dan kemudahan, bilik-bilik khas serta melihat prasarana dan infrastruktur fakulti secara khusus, malah kepada sistem universiti secara holistik. Kolaborasi antara fakulti, tenaga pengajar dan pihak universiti menjadikan Universiti Nottingham sebuah universiti yang teguh dan berprestij tinggi serta menjadi pilihan ramai. Saya memilih untuk berkongsi tentang tiga amalan terbaik yang boleh dicontohi daripada pengurusan dan kepimpinan pentadbir di SoE, Universiti Nottingham Malaysia. Antara amalan terbaik tersebut termasuklah hal berhubung:
Wadah Perkongsian Pintar
PENGENALAN
75
1. 2. 3.
Penyelidikan Latihan dan Modul Latihan Pengurusan dan Kepimpinan
PENYELIDIKAN
Wadah Perkongsian Pintar
SoE telah melaksanakan beberapa garis panduan amalan terbaik dalam aspek penyelidikan demi menjadi sebuah pusat penyelidikan pendidikan terkemuka di dunia. SoE mempunyai komitmen yang luas dalam melahirkan pasukan penyelidik yang aktif di samping mementingkan kesamarataan dan keadilan dalam pendidikan. SoE merupakan institusi yang berteraskan penyelidikan, memberi latihan dan sokongan dalam meningkatkan potensi semua siswazah. Aktiviti penyelidikan dalam pelbagai bidang pendidikan, menyumbang secara langsung dan tidak langsung kepada kecemerlangan negara dan serantau (UK, Asia). Terdapat tiga strategi penyelidikan yang dinyatakan sebagai garis panduan melalui Hab Penyelidikan dan Jawatankuasa Pertukaran Pengetahuan (Research Knowledge Exchange Center, RKEC) berperanan untuk (1) meningkatkan pelbagai aktiviti penyelidikan melalui geran penyelidikan, atau projek penyelidikan yang dikendalikan secara kontrak, (2) penyebarluasan hasil dapatan melalui penerbitan, konferen, projek komuniti dan kerjasama pembangunan profesional bersama pihak luar yang berkepentingan, dan (3) kolaborasi penyelidikan antara ahli dalam sekolah, antara pelbagai disiplin pengajian dalam universiti, antara institusi-industri dalam dan luar negara serta kolaborasi antara University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) dan University of Nottingham United Kingdom Campus (UNUK).
76
Amalan terbaik dalam penyelidikan SoE di UNMC mengguna pakai amalan terbaik dari UNUK dengan pengubahsuaian konteks dalam negara. Antaranya, (1) membina proposal kajian dengan mengkaji peluang mendapat dana penyelidikan: (2) membentuk pasukan atau rakan penyelidikan atau secara perseorangan: (3) menilai kos penyelidikan secara terperinci dan tepat: (4) mengkaji peraturan dan memohon dana penyelidikan: (5) fokus kepada implikasi etika penyelidikan dengan memastikan pengesahan dari pelbagai pihak seperti sektor awam mahupun pihak swasta dan industri diperolehi: (6) mengurus kewangan penyelidikan dalam lingkungan bajet yang dibenarkan: (7) polisi meletak nama penulis penyelidikan dalam penerbitan (authorship policy): (8) sasaran tahunan output penyelidikan: (9) polisi plagiat: (10) pelibatan pelajar pasca siswazah sebagai rakan penyelidik. Bagi menyokong aktiviti penyelidikan, pelbagai kemudahan penyelidikan disediakan seperti beberapa siri bengkel dan latihan penyelidikan. Justeru, usaha ini bukan hanya mengukuhkan peranan penyelidik tetapi juga dapat meningkatkan bilangan penyelidikan yang dihasilkan.
Ketiga, tentang eStaff Profile (eSP). Semua pensyarah akademik perlu mengemaskini profil web penyelidikan dan penerbitan masing-masing secara dalam talian dari semasa ke semasa. Dengan ini, pihak luar atau antara fakulti dapat mengetahui bidang kepakaran semua pensyarah akademik bagi tujuan kolaborasi penyelidikan dan kursus akademik. LATIHAN DAN MODUL LATIHAN Modul Akademik Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kampus induk di UK, kesemua modul latihan disediakan oleh pihak UNUK. Setiap kampus di Malaysia dan di China mengguna pakai modul yang sama yang disediakan dan dengan ini dapat menjamin kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut piawai yang seragam antara kampus. Modul tersebut boleh diubahsuai mengikut konteks tempatan tetapi hanya pada bahagian aktiviti atau tugasan mengikut konteks dalam negara. Hasil pembelajaran dan struktur program di setiap peringkat pengajian tidak boleh diubah sama sekali. Para pensyarah mempunyai nota kuliah berasaskan modul akademik yang dibekalkan oleh universiti induk. Modul Kemahiran Insaniah Modul ini berkaitan kemahiran insaniah. Modul terletak bawah Nottingham Advantage Awards (NAA) sebagai modul kerjaya. Modul ini terdiri daripada dua modul iaitu (1) modul laluan kerjaya: dan (2) mengoptimumkan profil Linkedln untuk membuat jaringan. Bagi modul pertama, pertama, unit khidmat kerjaya akan menasihati pelajar tentang kerjaya yang sesuai berdasarkan ujian personaliti. Manakala, modul kedua mengemaskini profil dalam Linkedln agar dapat membuat jaringan untuk memperoleh kerjaya. Melalui NAA ini, pelajar memperoleh sijil dan boleh diguna pakai di semua kampus UK, Malaysia dan China. Pengurusan dan Kepimpinan
SoE menerajui dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada semua pelajar dari serata dunia. SoE telah berada di tahap ketiga di UK dari segi kualiti dan volum penyelidikan dalam UK Research Excellence Framework pada tahun 2014. Selaras dengan visi menjadi pusat kecemerlangan penyelidikan dalam pendidikan, isu berhubung ketidaksamarataan pendidikan dan keadilan sosial dapat diatasi. SoE menyediakan kaedah pengajaran dan
Wadah Perkongsian Pintar
Visi dan Nilai Teras Organisasi
77
pembelajaran yang kreatif serta penyelidikan yang berkualiti kepada semua pelajar peringkat siswazah dan pasca siswazah. Sebagai sebuah universiti penyelidikan, SoE mempunyai reputasi penyelidikan kelas dunia yang terulung. Hasil penyelidikan SoE dapat menyelesaikan cabaran global dalam bidang pendidikan dan juga dalam konteks pendidikan dalam negara. Latihan dan Pembangunan Personal Pembangunan personal dilakukan berdasarkan penilaian mutu kerja. Terdapat dua borang yang perlu diisi oleh pensyarah SoE iaitu (1) borang perancangan pembangunan diri: dan (2) borang perancangan organisasi. Borang (1) merujuk kepada pelan penambahbaikan kendiri. Pelan ni bersifat jangka pendek, tiga atau enam bulan. Individu tersebut diberikan mentor peribadi, dipantau dan diberi sokongan untuk mengatasi prestasi bawah jangkaan matlamat. Sebagai tambahan, perbincangan bersama untuk penambahbaikan dilaksanakan secara berkala. Borang (2) berhubung penilaian ke atas perancangan yang telah dibina berbanding usaha tahun lepas dan masa kini. Sebarang usaha di bawah jangkaan matlamat, pemimpin akan membuat beberapa pelan untuknya, seperti melalui proses pementoran berjadual, memberi sokongan dan bimbingan, mencadangkan pelbagai alternatif untuk ruang penambahbaikan atau melaksanakan pengajaran bersama (co-teach). Perancangan Strategik Di SoE, perancangan strategik dibuat dalam jangka masa panjang. Namun, sebarang perubahan dan penyesuaian digalakkan. Pelan strategik harus sensitif kepada perubahan semasa dalam dan luar negara, terutamanya perubahan dalam universiti induk. Penilaian sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti pendidikan yang diberikan adalah tinggi dan relevan. Perubahan digalakkan dan inovasi dibenarkan selagi selari dengan ketetapan universiti induk.
Wadah Perkongsian Pintar
Sistem Ganjaran dan Motivasi
78
SoE mengamalkan sistem ganjaran dengan menggalakkan dan memotivasikan para pensyarah membuat penyelidikan dengan banyak dan membawa usaha baharu dalam memajukan jabatan dan institusi. Pemimpin memberi kepercayaan yang tinggi kepada pensyarah untuk menyatakan pandangan dan pendapat tentang suatu perkara yang ingin dilakukan. Pemimpin juga menyokong sepenuhnya kerja buat ahli jabatan. Antaranya termasuklah dengan menyediakan peruntukan RM5,000 untuk menghadiri seminar, konferen atau persidangan agar tahap profesionalisme dan profiling pensyarah meningkat. Justeru, profiling institusi juga meningkat. Di samping itu, SoE turut menyediakan peruntukan/geran kecil untuk penyelidikan
kepada pensyarah mahupun kepada pelajar pasca siswazah membentang di seminar atau persidangan. Seterusnya, SoE melatih pensyarah baharu untuk menyelia pelajar dan menjadi penyelia bersama melalui beberapa siri bengkel penyeliaan. Cara lain memotivasikan pensyarah adalah melalui pemberian cuti dengan mudah tanpa banyak prejudis dan memberi galakan insentif berbentuk bonus serta kenaikan gaji berdasarkan kualiti prestasi kerja staf. Pemimpin sering menghargai usaha setiap ahli jabatan dan selalu berkongsi usaha yang dilakukan oleh rakan sekerja lain terutamanya usaha yang memberi nilai tambah secara khusus kepada SoE dan universiti secara amnya. Jalinan dan Kolaborasi Pemimpin SoE melaksanakan jalinan dan kolaborasi dengan memberi galakan pensyarah keluar membentang hasil penyelidikan dalam seminar atau konferens luar negara. Dengan ini, lebih banyak usaha kolaborasi dan jaringan pintar diperoleh. Di samping itu, jalinan juga boleh dibina menerusi media sosial seperti facebook, twitter, dan laman web. Sebarang maklumat tentang pakar-pakar dalam dan luar negara boleh diperoleh dengan mudah dan komunikasi/jalinan dua hala dapat dibina. Melalui reputasi universiti induk yang terkenal dan berprestij, jalinan dan kolaborasi menjadi lebih mudah. Jalinan dilakukan oleh pemimpin dan pensyarah.
Bagi menjamin dan mengawal kualiti tugas hakiki di SoE, semua pihak memainkan peranan yang utama. Pertama, bagi mengawal kualiti akademik, pensyarah akan mengenal pasti sebarang masalah dalam modul pengajaran dan pembelajaran seawal minggu ketiga. Para pelajar akan memberi maklum balas tentang kaedah penyampaian pengajaran, penilaian dan pentaksiran kerja kursus serta topik suatu program, sama ada sesuai ataupun tidak. Dengan ini, kualiti pendidikan dapat dikawal dengan segera. Kedua,bagi kualiti penilaian tugasan kerja kursus pula, wujud sistem semakan kedua, moderasi, semakan ketiga, semakan oleh pemeriksa dari dua negara lain iaitu UK dan China dan menghantar laporan kepada lembaga peperiksaan dan lembaga senat, sebelum menggagalkan seorang pelajar. Justeru, kualti tugasan kerja kursus terjamin. Ketiga, Audit Dalaman SoE mampu menjamin kualiti ke atas struktur program. Auditor dari fakulti lain turut dilibatkan dalam proses audit terhadap objektif dan outcome yang telah digariskan, sama ada tercapai ataupun tidak. Sebagai tambahan, audit luaran seperti MQA, SIRIM dan auditor dari universiti induk UNUK dipanggil untuk mengaudit pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Keempat, audit pengajaran dan pembelajaran
Wadah Perkongsian Pintar
Sistem Kawalan Kualiti dan Penambahbaikan
79
pensyarah akademik melalui pemerhatian rakan sebaya, penilaian pelajar terhadap pengajaran (SET) dan pengisian borang pembelajaran oleh pelajar (LSF). Pelajar dibenarkan untuk memberi maklum balas terhadap input yang diterima dari pensyarah akademik. Dengan ini, mutu pengajaran dan pembelajaran dapat dikawal dan terjamin berkualiti. Kelima, audit ke atas aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Kawalan kualiti dilakukan dengan menilai sasaran penyelidikan tercapai dan mempunyai impak yang tinggi ke atas kualiti pendidikan negara dan dunia. Geran penyelidikan yang diterima juga harus dipantau dan dikawal dari segi pelaksanaan dan kos yang terlibat. Maka, penambahbaikan perlu dicadangkan ke arah penyelidikan yang bertaraf dunia. Adaptasi Kepada Perubahan Pemimpin SoE, sentiasa mengamalkan sikap optimistik, percaya dan memberi autonomi kepada staf atau pensyarah akademik di bawah seliaannya. Beliau akan memaklumkan sebarang perubahan dalam sistem universiti dan berkongsi perubahan yang berlaku sama ada dalam kampus UNMC mahupun dari kampus induk UMUK. Beliau akan memastikan bahawa perubahan tersebut difahami oleh semua orang, dimaklumkan secara berkala, menampung perubahan yang wujud dengan bijak dan membuat penyesuaian serta pengubahsuaian ke atas perubahan tersebut. Beliau memastikan strategi kepada perubahan diketahui oleh semua staf, mengalu-alukan pandangan tambahan kepada apa yang telah digariskan oleh pemimpin dan membenarkan cadangan penyelesaian untuk memajukan SoE diberikan. Malah, para pelajar juga digalakkan mengelola dan mengurus projek bank dunia agar masalah dan perubahan global dapat diatasi bersamasama. Antara strategi yang dilakukan termasuklah mengadakan perjumpaan dan melakukan perbincangan secara dalam talian, melalui media sosial jika isu masa yang terlibat dengan perubahan yang dimaksudkan. Sebarang keputusan dibuat dalam mesyuarat yang ringkas dan padat. Justeru, banyak perkara dapat diatasi dengan baik dan efektif.
Wadah Perkongsian Pintar
Kelestarian
80
Faktor-faktor kelestarian SoE termasuklah beberapa amalan terbaik yang boleh dicontohi. Pertama, pemimpin memberi kepercayaan sepenuhnya kepada kebolehan staf untuk melaksanakan pelbagai usaha dan teknik baharu demi peningkatan profesionalisme diri dan institusi. Melalui kebebasan begini, SoE boleh kekal relevan dengan perubahan dan perkembangan dunia pendidikan yang pesat. Kedua, inovasi dan kreativiti. Elemen ini sangat penting untuk kekal lestari dengan membuat perubahan kepada yang lebih baik, relevan dan berlainan berbanding pesaing dalam memberikan pendidikan swasta. Ketiga, peka terhadap keperluan pelanggan dan pelajar, fleksibel dalam penyampaian modul atau program tanpa mengubah struktur
program yang digariskan oleh universiti induk. Keempat, sikap pemimpin sebuah fakulti atau SoE. Seorang pemimpin yang profesional, proaktif, inovatif, kreatif, mempunyai etika, set minda dan integriti yang tinggi, kerja berpasukan bukan mengarah sebaliknya berbincang, memberi sokongan penuh, saling dan kekal berhubung, mempunyai jangkauan (outreach) yang luas, autonomi dalam memilih strategi pengajaran, set yang informal dan amalan fleksibiliti, merupakan faktor kelestarian sesebuah institusi. Kelima, jalinan dan kolaborasi dengan pihak luar universiti. Faktor keenam, jaminan kualiti akademik, melalui peer observations/peer mentoring/pair works. Perkongsian idea dan strategi untuk pembangunan pendidikan masa hadapan juga merupakan faktor lestari yang penting. Di samping itu, kesediaan staf untuk mempelajari dan mengajarkan perkara baharu penting untuk perkembangan individu dan organisasi. Ketujuh, faktor audit dalaman, audit pengajaran dan pembelajaran dan audit penyelidikan penting dalam menjamin kualiti dan lestarian sebuah institusi pendidikan swasta. Kelapan, faktor pelibatan dalam komuniti pendidikan seperti sekolah, pejabat dan jabatan pendidikan negeri serta Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelibatan ini penting untuk pengekalan hubungan (stay-connected) dengan pihak berkuasa dan pemegang taruh. Seterusnya, faktor kepimpinan. Jenis kepimpinan yang sesuai untuk kelestarian SoE adalah berbentuk situational dan demokratik berbanding instruksional. Faktor terakhir adalah memberi kebebasan dan autonomi kepada pelajar untuk mengetuai kelab dan persatuan agar kemahiran insaniah berganding dengan kemahiran generik dan intelektual pelajar. Suasana ni dapat memupuk semangat dan minat untuk terus cemerlang dalam pengajian kerana suara mereka penting dalam menilai pensyarah, struktur dan kaedah penyampaian pedagogi. Pandangan dan penilaian daripada pelajar adalah aset paling utama dalam memastikan organisasi kekal lestari.
Pengalaman pembelajaran yang paling bermakna adalah dari aspek pedagogi pensyarah. Pelajar ditekankan untuk rajin dan banyak membaca. Ini akan membangunkan kemahiran pemikiran kritis dan kritikal. Tenaga pengajar perlu membina kemahiran memindahkan maklumat kepada pengetahuan dalam kalangan pelajar. Pelajar perlu memahami setiap bahan yang dibaca, membuat rumusan dan membina ayat sendiri. Dengan ini, kemahiran kritis dan kemahiran berfikir dapat ditingkatkan. Pembelajaran secara konstruktif dan kontekstual sangat relevan dengan dunia kini. Teknik penyoalan socrative sangat membantu pelajar untuk berfikir secara mendalam dan kemudian menggalakkan budaya menyelidik melalui projek enkuiri pendidikan. Elemen ini boleh dilaksanakan dalam persekitaran pembelajaran teradun. Pembelajaran berasaskan teknologi dan pembelajaran aktif turut digalakkan. Di samping itu, pendekatan pengajaran berasaskan data dan maklumat (data-
Wadah Perkongsian Pintar
PENUTUP
81
driven) mustahak dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ini dapat dilakukan melalui aktiviti penyelidikan dengan menekankan aspek data prima seperti pembacaan jurnal. Pembacaan bukan setakat kepada pengenalan kepada teori yang digunakan tetapi lebih kepada meneroka isu dan perkembangan semasa. Sebarang keputusan yang diambil oleh pelajar haruslah berasaskan pembuktian yang nyata dalam konteks tertentu. Pembelajaran menjadi lebih efektif dan kebolehan mengaplikasi teori dalam praktikal menjadi lebih tinggi.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Temu bual responden 1 (Pensyarah di SoE)
82
Gambar 2. Temu bual responden 2 dan 3 (Pensyarah di SoE)
Gambar 3. Temu bual responden 4 (Pensyarah di SoE)
Gambar 5. Pemerhatian di Perpustakaan UNMC
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 4. Temu bual responden 5 (Pensyarah di SoE)
83
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN LATIHAN: PEMBELAJARAN BERMAKNA DI TELEKOM MALAYSIA
Telekom Malaysia Berhad (TM), juara dalam segmen telekomunikasi di Malaysia. Kumpulan TM memberi penekanan kepada penyampaian pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui peningkatan kualiti dan inovasi perkhidmatan pelanggan.
Redzuan bin Jantan, Ph.D IAB Bandar Enstek PENGENALAN
Peserta sandaran juga telah berpeluang mengikuti dua latihan yang dikendalikan oleh L&D iaitu Digital TM pada 20 Ogos di Institut Latihan Telekom Jalan Semarak dan Design Thinking di Bilik Latihan Menara Telekom. Latihan Digital TM menggunakan permainan digital (gamification) menggunakan aplikasi Gametize. Aplikasi ini dilanggan oleh pihak TM. Latihan selama enam (6) jam ini diadakan di dewan melibatkan 30 orang peserta.Latihan dikendalikan oleh lima (5) orang Marshal iaitu tiga (3) orang
Wadah Perkongsian Pintar
Program sandaran ini telah dijalankan pada 18 hingga 23 Ogos 2019. Penempatan peserta program sandaran adalah di Telekom Malaysia. Kami telah ditempatkan di Learning and Development Centre (L&D) di tingkat 14 Menara TM, Bangsar Kuala Lumpur. L&D berperanan sebagai tempat untuk memberikan latihan kepada eksekutif dan kakitangan bukan eksekutif di Telekom Malaysia dan anak-anak syarikat. Program ini telah memberi peluang kepada pensyarah IAB dan pegawai di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) membuat penandaarasan dan melihat amalan terbaik untuk dipelajari, diambil dan diubahsuai di organisasi masing-masing. Semasa berada di TM, kami telah disandarkan kepada penyelia yang merupakan Penolong Pengurus Besar Latihan dan Pembangunan, Ir Azizi bin Mohd Nor. Di L&D kami telah didedahkan dengan pengurusan latihan gaya korporat yang diamalkan di TM. Pengurusan latihan sistematik yang diamalkan di TM telah menarik minat penulis untuk dijadikan perkara yang ingin dibawa pulang untuk diamalkan di organisasi sendiri.
85
jurulatih TM dan dua (2) orang pelajar latihan industri. Aktiviti Gametize dibahagikan kepada tujuh (7) modul yang perlu diselesaikan oleh kumpulan seramai enam (6) orang. Skor daripada setiap aktiviti dikumpulkan dan digunakan untuk membeli peralatan untuk membuat bungkusan kurier pada modul yang terakhir. Aktiviti terakhir ialah menguji bungkusan yang berisi telur. Kumpulan yang berjaya memastikan telur tidak pecah dianggap pemenang. Design Thinking pula diadakan hari Khamis 22 Ogos di bilik latihan Menara TM. Peserta diberikan peluang dalam kumpulan untuk melalui pengalaman latihan Design Thinking bersama eksekutif IT TM. Latihan dikendalikan oleh dua orang Master Trainer Design Thinking TM. BAGAIMANAKAH AMALAN BAIK INI DIAMALKAN DI TELEKOM? Lima (5) perkara yang menarik yang menjadi amalan baik di Telekom Malaysia yang telah peserta perolehi hasil daripada pemerhatian dan temu bual bersama pegawai di TM adalah dari segi: 1. 2. 3. 4. 5.
Pengurusan Projek Latihan Bilik Latihan Moden dan Terkini Teknik Latihan Pusat Pentauliahan Sijil Profesional Pembangunan Kompetensi Jurulatih/Penceramah
Pengurusan Projek Latihan L&D Centre menggunakan pendekatan pengurusan projek dalam memastikan pelaksanaan projek latihan berjalan lancar seperti yang dirancang. Penggunaan scrum board dalam pengurusan projek memudahkan pemantauan dan perbincangan tentang isu pelaksanaan latihan. Mesyuarat sambil berdiri diadakan pada setiap pagi Jumaat selama 15 minit untuk menilai prestasi KPI dan perancangan aktiviti minggu berikutnya.
Wadah Perkongsian Pintar
Bilik Latihan Moden dan Terkini
86
Dalam pengurusan latihan di Telekom didapati kemudahan bilik latihan berada pada tahap yang tinggi, canggih dan terkini. Bilik latihan dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya di tingkat 15 ruang latihan konsep terbuka seperti yang diamalkan oleh syarikat-syarikat luar negara seperti Google, Facebook, Ali Baba dan sebagainya. Bilik latihan di tingkat 2 Dewan Telekom pula menggunakan konsep moden dengan perabot yang mudah disusun dan dialihkan untuk aktiviti-aktiviti kumpulan dan kuliah mini. Meja bulat kecil turut digunakan untuk aktiviti kumpulan sambil berdiri.
Teknik Latihan a) Aktiviti kumpulan dalam modul latihan Kaedah Design Thinking, Spaghetti Challenge, Egg Challenge, Tadaa, Yeehaa, Video dan perisian Gametize merupakan perkara yang menarik di Telekom Malaysia. Aktiviti juga dibuat secara dalam talian dan secara bersemuka. b) Penggunaan token semasa dalam latihan Semasa latihan di TM juga kami didedahkan dengan teknik ganjaran menggunakan token dalam perisian Gametize. Aktiviti ini dilihat dapat menjadikan peserta bersungguh-sungguh untuk mengumpul token untuk persaingan menjadi juara pada akhir sesi latihan. c) Jangan takut lakukan kesalahan kecil Latihan Design Thinking di TM telah dibina untuk peserta memahami tentang kepentingan untuk tidak mengaku kalah apabila berlaku kesilapan. Aktiviti Tadaa telah dijadikan sebagai satu elemen mengukuhkan kepercayaan tentang falsafah ini. Falsafah yang berjaya diterapkan kepada peserta iaitu “jangan takut lakukan kesilapan” telah berjaya diterapkan dalam latihan ini. Aktiviti Sphagetti Tower dan Egg Challenge telah digunakan sebagai aktiviti praktikal untuk falsasah tersebut.
Pihak TM menggunakan strategi menghantar eksekutif dan jurulatih mereka untuk mendapatkan sijil dan pengiktirafan sebagai certified coach dalam pelbagai bidang. Mereka menghantar jurulatih mereka melalui sesi Training of Trainers (ToT) untuk membolehkan mereka memiliki kelayakan untuk memberi pengiktirafan kepada staf TM. Antaranya ialah TM merupakan pusat pentauliahan untuk Program Pengurusan Projek yang diiktiraf. TM berjaya menjimatkan perbelanjaan mereka kerana kos penghantaran jurulatih untuk mendapatkan sijil pentauliahan adalah lebih mahal berbanding menjadi pusat pentauliahan.
Wadah Perkongsian Pintar
Pusat Pentauliahan Sijil Profesional
87
Pembangunan Kompetensi Jurulatih/Penceramah Jurulatih di TM terdiri daripada kakitangan L&D Centre dan pegawai-pegawai di bahagian yang lain. Contohnya jurulatih Program Design Thinking terdiri daripada General Manager di bahagian yang lain. Mereka menerima latihan daripada Universiti Stanford khusus sebagai jurulatih Design Thinking. Pelaburan untuk menjadikan jurulatih kompeten dan berkemahiran tinggi dan memiliki sijil profesional sangat dititikberatkan di TM. SEJAUHMANAKAH AMALAN BAIK INI DIAMALKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Saya telah mengadaptasi tiga (3) perkara yang diperoleh dalam program sandaran di TM. Perkara berikut merupakan kerja buat seorang pensyarah di IAB. Aktiviti-aktiviti latihan di TM telah saya ubah suai mengikut keperluan dan faktor-faktor yang lain. i) Aktiviti kumpulan dalam modul latihan Sebagai pegawai meja Leadership Course for Middle Leaders (LCML) saya telah pun berjaya mengadaptasi aktiviti latihan seperti Spaghetti Tower, Egg Challenge dan aktiviti brainstorming menggunakan kaedah Design Thinking dalam sesi latihan LCML untuk Ketua Jabatan Bahagian Matrikulasi di IAB Utara pada 2 hingga 6 September 2019. Hasil adaptasi menunjukkan aktiviti ini sesuai dijalankan untuk menambah baik modul latihan LCML. Peserta sangat seronok dengan aktiviti latihan yang dilaksanakan sesuai dengan amalan fun learning seperti yang dilaksanakan di TM. Aktiviti kumpulan ini juga telah diubahsuai dan diguna pakai dalam kursus LCML 2020.
Wadah Perkongsian Pintar
ii) Penggunaan token semasa dalam latihan
88
Saya telah menggunakan token iaitu wang yang digunakan dalam permainan kanak-kanak Monopoly sebagai hadiah pengukuhan untuk peserta yang aktif dalam sesi latihan, menepati masa, berjaya dalam membina Spaghetti Tower dan melaksanakan tugasan kumpulan dengan cemerlang. Aktiviti ini dilihat dapat menjadikan peserta bersungguh-sungguh untuk mengumpul wang Monopoly untuk menjadi juara aktiviti kumpulan di akhir kursus.
iii) Jangan takut lakukan kesalahan kecil Latihan Design Thinking di TM telah memberikan saya peluang untuk memahami konsep untuk tidak mengaku kalah apabila berlaku kesilapan. Aktiviti Tadaa telah berjaya saya adaptasi dalam latihan LCML untuk Ketua Jabatan Bahagian Matrikulasi pada tahun 2019. Kini aktiviti Tadaa menjadi salah satu elemen dalam latihan LCML 2020. Falsafah yang “jangan takut lakukan kesilapan” telah berjaya diterapkan kepada peserta dalam latihan ini. BAGAIMANAKAH AMALAN BAIK INI BOLEH DITAMBAHBAIK/ DIPERHEBATKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Terdapat beberapa perkara yang boleh diadaptasi oleh IAB selaku peneraju latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Antaranya ialah: i) Pengurusan Projek Saya ingin mencadangkan agar pihak IAB membuat sesi pembelajaran profesional bersama pihak TM untuk mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan pengurusan projek yang digunakan oleh pihak TM. Aktiviti mesyuarat berdiri selama 15 minit membincangkan perkara-perkara yang tertera pada scrum board amat sesuai digunakan untuk perancangan sesuatu aktiviti atau projek latihan yang baharu di IAB. Penggunaan scrum board dalam pengurusan projek boleh dijadikan amalan dalam pelaksanaan program latihan IAB. ii) Professional Certification (Pensijilan Profesional)
iii) Pembangunan Bakat Kepimpinan IAB juga boleh melaksanakan program dalaman pembangunan bakat kepimpinan dengan mengkaji model pembanguann bakat kepimpinan di TM. Walaupun terdapat kekangan kerana kerahsiaan dalam pelaksanaan program ini yang tidak boleh dikongsikan dnengan pihak yang lain namun asas kepada aktiviti pembangunan bakat di TM boleh diubah suai untuk pelaksanaan di peringkat IAB.
Wadah Perkongsian Pintar
Pihak TM menggunakan strategi menghantar eksekutif dan jurulatih mereka untuk mendapat sijil dan pengiktirafan sebagai certified coach dalam pelbagai bidang. Mereka menghantar jurulatih mereka melalui ToT untuk membolehkan mereka memiliki kelayakan untuk memberi pengiktirafan kepada staf TM. Perkara ini boleh dicontohi oleh IAB supaya perbelanjaan untuk mendapatkan pengiktirafan dalam bidang-bidang seperti coaching, Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan sebagainya dapat dikurangkan.
89
iv) Latihan Dalam Bentuk Digital TM telahpun mengorak langkah melaksanakan latihan dalam bentuk gamification menggunakan aplikasi Gametize. Aktiviti ini merupakan latihan untuk Abad 21 dan boleh dikembangkan selain aktiviti e-pembelajaran sedia ada. v) Aktiviti Design Thinking Design Thinking telah mengubah lanskap pemikiran staf TM. Pelibatan General Manager (GM) sebagai tenaga pengajar turut menyebarluaskan amalan ini dalam pemikiran semula aktiviti-aktiviti di TM menarik untuk diamalkan. IAB boleh menyusun semula latihan Design Thinking kepada semua pensyarah agar banyak perkara baru dapat dicipta untuk memaksimumkan keupayaan latihan di IAB. RUMUSAN Aktiviti sandaran di TM ini walaupun hanya lima (5) hari telah memberi peluang untuk meneroka idea-idea baru di TM untuk dibawa pulang ke IAB. Dalam kekangan masa dan sumber yang lain, saya telah berjaya mengadaptasi beberapa elemen amalan baik di Telekom Malaysia.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Penggunaan scrum board dalam pengurusan program latihan
90
Gambar 2. Latihan di TM
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 3. Kemudahan bilik latihan moden
91
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 4. Penggunaan gamification dalam latihan digital TM
92
Gambar 5. Aktiviti Spaghetti Tower
AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DI LEADERONOMICS SDN. BHD.
Leaderonomics Sdn. Bhd. yang telah ditubuhkan pada 2007 merupakan organisasi sosial yang berorientasikan pembangunan kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak, remaja, siswa, pelbagai peringkat pekerja, pengurusan dan pemimpin atasan bagi tujuan transformasi negara.
Rozita binti Abdullah, Ph.D IAB Cawangan Utara PENGENALAN Pelaksanaan program sandaran di Leaderonomics telah memperlihatkan beberapa etika kerja terbaik yang boleh dijadikan amalan atau budaya kerja. Budaya kerja yang baik boleh memberi manfaat kepada organisasi dari segi perancangan yang lebih baik, meningkatkan standard prestasi serta meningkatkan pelibatan pekerja. Selain itu, Foniza (2012) turut menambah bahawa melalui budaya kerja, nilai, andaian dan kepercayaan ahli organisasi boleh memberi kesan kepada sosialisasi dalam organisasi.
Wadah Perkongsian Pintar
Tinjauan kerja selama lima (5) hari di Leaderonomics menonjolkan amalan terbaik antaranya ialah kreativiti dalam kerja dan pembentukan kerangka kepimpinan (Leadership Framework). Kedua-dua amalan ini boleh dikategorikan kepada pembangunan individu atau Individual Development (ID) dan pembangunan organisasi atau Organisational Development (OD) yang menjadi amalan dalam pengurusan sumber manusia di Institut Aminuddin Baki.
93
KREATIVITI DALAM KERJA Amalan kreativiti dalam persekitaran kerja di Leaderonomics Elemen kreativiti banyak dilihat seawal memasuki bangunan pejabat Leaderonomics yang terletak di Pusat Perdagangan Phileo Damansara Petaling Jaya. Reka bentuk ruang kerja yang santai dan kreatif mengaburi kekangan ruang kerja yang agak sempit. Latar belakang warna dinding yang menarik serta lukisan mural yang dipenuhi dengan elemen nilai dan etika, kata-kata motivasi serta coretan sejarah penubuhan Leaderonomics memukau setiap mata yang memandang. Amalan kreativiti dalam persekitaran kerja di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara (IABCU) (keadaan semasa) Di IABCU, kreativiti kurang menonjol terutama di ruang masuk utama (main entrance), persekitaran ruang kerja serta kawasan ruang legar sedia ada. Bahan pameran sedia ada lebih kepada barangan atau artifak lama yang menyuramkan suasana sekitar serta tidak menceriakan keadaan semasa. Amalan kreativiti dalam kerja di IABCU (penambahbaikan) Sepertimana yang dinyatakan dalam ungkapan Simon Sinek, ”Customers will never love a company until the employees love it first”, membawa maksud, bagi mendapatkan pelanggan kepada organisasi, organisasi perlu membina pekerja yang cintakan organisasi. Justeru, IABCU sebagai organisasi awam perlu menjaga kredibiliti dan imej penjawat awam dengan mempastikan wujudnya keceriaan dalam persekitaran kerja yang sihat. Suasana kerja yang sihat dan ceria mendorong pensyarah dan staf sokongan berkhidmat dengan lebih semangat, berfokus serta memberi komitmen kerja yang tinggi. Pelaksanaan EKSA boleh membantu organisasi dalam memantau keceriaan persekitaran kerja yang lebih baik dengan melihat kepada gabungan elemen berbentuk masa depan (futuristik) serta digital.
Wadah Perkongsian Pintar
KERANGKA KEPIMPINAN (LEADERSHIP FRAMEWORK)
94
Amalan pembangunan Kerangka Kepimpinan di Leaderonomics Terdapat dua kerangka kerja yang diamalkan dalam pembangunan kepimpinan di Leaderonomics iaitu pertama adalah The Science of Building Leaders (SOBL). SOBL adalah rangka tindakan mengenai pelbagai elemen yang dikembangkan untuk membantu seseorang menjadi pemimpin yang berkesan. Daripada penyelidikan yang dijalankan oleh Leaderonomics mendapati bahawa ini adalah perjalanan yang bermula sejak lahir dan berterusan seumur hidup.
Manakala yang kedua dikenali sebagai The Science of Transforming Organisations (SOTO). SOTO adalah kerangka dari berbagai bidang yang perlu kita perhatikan untuk membantu seseorang beroperasi dalam lingkungan yang efektif. Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Leaderonomics, mendapati bahawa semasa mengurus perkembangan individu - pemimpin (melalui SOBL), perlu memastikan infrastruktur di sekitar mereka dijaga untuk membantu perjalanan kepimpinan mereka. Pembentukan kedua–dua rangka kerja ini adalah berdasarkan penyelidikan yang mengambil masa bertahun-tahun. Setiap penyelidikan yang dilaksanakan bertujuan untuk digunakan dalam jabatan-jabatan yang lain. Begitu juga jabatan lain akan menyumbangkan data kepada jabatan penyelidikan. Dalam penghasilan kerangka ini, Leaderonomics mengumpulkan data melalui pelbagai sorotan kajian, temuduga berstruktur (pemimpin semasa, pemimpin tempatan, pemimpin antarabangsa), analisis biografi pemimpin terkenal, soal selidik pemimpin pertengahan dan temu bual bersama peserta program yang dilaksanakan oleh Leaderonomics. Amalan pembentukan Kerangka Kerja di IAB (keadaan semasa) Kerangka kepimpinan di IAB merujuk kepada Kerangka Pengurusan Pembangunan Potensi Kepimpinan Pendidikan (Managing Educational Leadership Talent-MELT). MELT mempunyai lima komponen penting yang saling berkait antara satu sama lain iaitu Growth Oriented Training and Development Framework (GOTD), Leadership Competency Assessment (LCA), High Impact Training and Development Initiatives (HITI), High Impact School Leadership (HISL) dan School Leadership Competency (SLC). Tumpuan kerangka MELT adalah kepada pengurus dan pemimpin sekolah serta barisan pelapis pemimpin pendidikan dan bersifat kepada pembangunan kepakaran individu.
Berdasarkan pemerhatian saya, Leaderonomics merangka kursus yang ditawarkan dalam organisasi mereka dengan mengambil kira data kajian semasa serta situasi keperluan semasa negara. Manakala IAB terikat dengan polisi serta pelbagai dasar negara yang memberi faedah dari segi penggunaan kerangka kepimpinan yang lebih lama. Contohnya Kerangka Kepimpinan melalui MELT, IAB mampu melahirkan dan mengenal pasti barisan pelapis pemimpin pendidikan serta membangunkan potensi mereka secara berterusan melalui pendekatan dan mekanisme yang lebih dinamik serta bersistem.
Wadah Perkongsian Pintar
Penambahbaikan amalan Pembentukan Kerangka Kepimpinan di IAB
95
Walaupun begitu, disarankan pada masa akan datang kerangka model kepimpinan seperti Total Training Concept yang dinamik serta menggabungkan pembangunan diri dan pembangunan organisasi bagi meningkatkan kepakaran dan prestasi individu, kumpulan kerja, proses kerja dan organisasi diguna pakai dalam pembangunan modul atau kursus pengurusan kepimpinan yang baharu. Selain itu, data sedia ada melalui kajian-kajian pensyarah IAB juga dapat diguna pakai sebagai sumber prima dalam pembentukan kerangka model kepimpinan masa depan. PENUTUP Secara keseluruhan program sandaran yang saya laksanakan di Leaderenomics banyak membawa perubahan dari segi pembangunan terhadap diri dan organisasi saya. Pengalaman di sana menambahkan pengetahuan tentang kaedah bekerja yang menghasilkan suasana kerja yang menyeronokkan, kaedah komunikasi antara pihak atasan dan bawahan yang melahirkan persekitaran kerja yang baik dan kemahiran interpersonal yang berkualiti. Selain itu dari segi pembangunan organisasi saya merancang untuk membina satu modul kepimpinan yang dapat membantu melahirkan pemimpin muda dalam kalangan murid sekolah.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Penampilan perjalanan penubuhan Leaderonomics yang tertera secara kreatif
96
Gambar 2. Harapan dan cita cita setiap staf digarapkan di kanvas sebagai satu kaedah motivasi diri
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 3. Salah seorang staff Leaderonomics yang memberi kelas kepada murid atau ahli Kelab Leaderonomics
97
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 4. Kerangka Kepimpinan yang dibangunkan melalui penyelidikan yang berterusan
98
EKOSISTEM INOVASI: SATU USAHA GIGIH AGENSI INOVASI MALAYSIA
Agensi Inovasi Malaysia telah diberikan mandat untuk membangunkan ekosistem inovasi selama 10 tahun sejak 2010. Insisatif yang telah dilaksanakan ini banyak membantu membugarkan usaha membudayakan inovasi di Malaysia.
Suriani binti Sulaiman IAB Bandar Enstek PENGENALAN
Terdapat pelbagai jenis inovasi iaitu inovasi dalam bentuk produk, sistem penyampaian perkhidmatan awam, proses, model perniagaan, penjualan dan pemasaran, teknologi, struktur serta kaedah pengurusan. Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang merupakan sebuah badan berkanun ditubuhkan bagi menghasilkan masyarakat yang sejahtera secara holistik melalui ekosistem inovasi serta menggerakkan agenda inovasi nasional sebagai alat penjanaan kekayaan negara. Ini dapat dilaksanakan melalui usaha kolaboratif antara pihak kerajaan, cendekiawan dan pihak industri bagi memacu pegukuhan dan pelaksanaan idea-idea baharu. Dalam konteks sektor awam, sesuatu ciptaan yang boleh memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada boleh dikategorikan sebagai inovasi (MAMPU, 2016). Bagi menghasilkan penciptaan baharu ini, keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal amatlah diperlukan bagi mengubah idea kepada produk atau perkhidmatan yang memberi manfaat kepada rakyat.
Wadah Perkongsian Pintar
Inovasi di Malaysia membawa pengertian apa-apa idea atau pengetahuan dalam apa-apa bentuk yang menyebabkan perubahan dalam bentuk produk, perkhidmatan atau proses yang menghasilkan impak positif kepada ekonomi, perniagaan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, kesejahteraan sosial atau alam sekitar. Akta AIM 2010 (Akta 718)
99
BAGAIMANA AMALAN BAIK INI DIPRAKTIKKAN DI AGENSI TERSEBUT? Pihak AIM mempunyai tenaga kerja yang mahir dalam bidang inovasi bagi menjana pendapatan khususnya kepada AIM dan negara amnya. Selain daripada itu, AIM mempunyai rangkaian kolaboratif yang luas dengan agensi bukan kerajaan dalam dan luar negara. Majoriti peranan yang dimainkan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM) adalah sebagai konsultan. Yayasan Steinbeis Malaysia merupakan penggerak dalam usaha kolaboratif antara pihak industri pakar-pakar bidang dalam menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SMEs). Isu-isu ini adalah berkaitan produk dan perkhidmatan. Sebagai konsultan, pihak AIM telah mengenal pasti keperluan industri, menyediakan senarai pakar-pakar bidang dari dalam dan luar negara serta menyediakan pusat sehenti bagi membantu SMEs berhubung dengan pakar. Cadangan pakar diuji rintis untuk melihat kepada daya pasaran produk berkenaan. Bagi produk yang mempunyai daya pasaran yang tinggi, satu jumlah geran insentif di bawah inisiatif Steinbeis Innovation Voucher dikurniakan kepada SMEs tersebut. Selain dari itu, pelibatan masyarakat dalam memberikan cadangan penyelesaian dilaksanakan melalui SMX Solutions Programme. Pernyataan masalah dipromosikan melalui bahan cetakan dan media massa. Cadangan yang diterima, dikurniakan RM10,000 sebagai ganjaran insentif.
Wadah Perkongsian Pintar
PLATCOM Ventures Sdn. Bhd. salah satu entiti AIM bagi mengkomersialkan teknologi. Ia mengadakan pelbagai program kolaboratif antara syarikat dalam dan luar negara bagi menyediakan kertas cadangan penyelesaian pelbagai isu yang dihadapi seperti masalah pengurusan sisa, pengangkutan, dan pengurusan air di mana kertas cadangan yang berjaya akan menerima dana awam untuk memastikan inovasi tersebut direalisasikan.
100
Setiap staf mempunyai sasaran pencapaian objektif serta diberi kuasa autonomi oleh pengurusan tertinggi bagi mengetengahkan cadangan penyelesaian masalah berdasarkan data. AIM melaksanakan proses inkuiri, survey dan analisis data berkaitan inovasi. Pernyataan masalah adalah berdasarkan kepada keperluan syarikat. Ia melibatkan penyelidikan dan pembangunan, pengujian dan pengesahan proses, integrasi proses ke arah mengoptimumkan produktiviti serta penyelesaian masalah. Ia melibatkan ahli-ahli akademik dan pakar rangkaian global yang melibatkan 50 buah negara.
Tanggungjawab memantau perkembangan pelaburan yang telah diberikan kepada SMEs telah diletakkan di bahu pasukan pengurusan prestasi. Pihak AIM akan memantau pencapaian sasaran projek dan program yang menerima pelaburan dari Jabatan Kuasa Pelaburan Dana Awam (JPKDA). Pemantauan adalah menggunakan Monthly Update Systems (Sistem Pemantauan Projek II di bawah Jabatan Perdana Menteri). Nilai tambah yang dipegang oleh AIM adalah melantik barisan kepimpinan tertinggi yang mempunyai kepelbagaian kepakaran serta ilmu pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Selain daripada itu, barisan staf diberi peluang dalam menyampaikan idea yang difikirkan boleh memberi impak tinggi kepada kepimpinan AIM. Nilai yang dilihat oleh penyelidik dipegang oleh semua ahli dalam AIM iaitu mempunyai fokus yang tinggi kepada sasaran yang hendak dicapai serta berdisiplin tinggi.
Selaras dengan peranan Institut Aminuddin Baki (IAB) sebagai pusat latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan bagi membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM, penerapan budaya menghasilkan inovasi merupakan elemen yang penting telah diterapkan di dalam latihan yang dilaksanakan mahupun dalam pengurusan IAB sendiri. Tambahan pula inovasi merupakan nilai perkhidmatan yang diamalkan oleh IAB. Inovasi banyak dilaksanakan di IAB bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah berkualiti tinggi. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menerapkan inovasi dalam fungsi IAB sendiri. Jabatan Pengurusan Inovasi dan Kualiti telah dipertanggungjawabkan bagi menyelaras dan melaksanakan aktiviti budaya inovasi serta menjalankan penyelidikan berkaitan kualiti dan inovasi. Antara program yang telah dilaksanakan adalah Hari Inovasi IAB yang merupakan program tahunan yang diadakan sebagai inisiatif pembudayaan dan pemerkasaan inovasi dalam sektor awam. Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) merupakan salah satu aktiviti pada hari tersebut bagi menggalakkan staf IAB untuk mencipta inovasi dalam perkhidmatan dan sistem yang mempercepatkan lagi pengurusan di IAB. Di dalam pelaksanaan latihan kepada barisan kepimpinan pendidikan, pelbagai modul latihan baharu telah dibangunkan bagi memenuhi keperluan pemimpin pendidikan masa kini. Selain daripada itu penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) menjadi keutamaan di dalam mod penyampaian pensyarah. IAB telah menyediakan pelbagai kemudahan TMK dan barisan staf yang terdiri
Wadah Perkongsian Pintar
SEJAUHMANAKAH AMALAN BAIK INI TELAH DIAPLIKASIKAN DI ORGANISASI SENDIRI?
101
daripada pensyarah dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) yang pakar dalam penyediaan bahan serta menambah baik kualiti kemudahan sedia ada. Dalam suasana negara dilanda dengan wabak virus Covid-19, kaedah penyampaian kuliah telah diubahsuai dengan sepenuhnya menggunakan platform google meet dan google classroom dengan memastikan tiada kompromi dalam pengurangan kualiti penyampaian pensyarah. Kaedah pelaksanaan pentaksiran juga menggunakan mod baharu di mana peserta yang ditaksir tidak perlu berada secara bersemuka dengan pentaksir. Walaupun begitu inovasi bagi menjana pendapatan kepada IAB masih belum dilaksanakan kerana IAB sebagai salah sebuah organisasi kerajaan terikat kepada pekeliling kewangan semasa. BAGAIMANA AMALAN BAIK INI BOLEH DI TAMBAH BAIK DI ORGANISASI SENDIRI? Antara langkah yang perlu dilaksanakan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) dalam menyemarakkan inovasi untuk dibudayakan, IAB perlu mempunyai barisan staf yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang agar dapat menjadi pakar rujuk dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pihak klien yang menghadapi isu dalam pengurusan dan kepimpinan. Pembangunan pensyarah IAB dalam ilmu dan kemahiran dalam mengubah isu kepada peluang menjana inovasi perlu menjadi agenda utama. IAB juga boleh menyediakan perkhidmatan berbayar bagi kursus berimpak tinggi dan khidmat konsultasi yang diberikan. Usaha meletakkan tenaga kerja yang pakar pada posisi yang tepat dan mempunyai kebertanggungjawaban yang tinggi terhadap tugas yang diberikan adalah sangat penting. Bagi menjayakan pembudayaan inovasi di organisasi, satu kumpulan pemikir perlu diwujudkan sebagai pemangkin. Selain daripada itu, satu jumlah bajet perlu disediakan agar inovasi yang dicipta dapat direalisasikan.
Wadah Perkongsian Pintar
PENUTUP
102
Seiring dengan tuntutan global dalam perubahan teknologi dan pembangunan negara yang pesat membangun, agensi kerajaan perlu melakukan pelbagai pendekatan baharu dan berbeza dalam memastikan penyampaian perkhidmatan adalah pada kualiti yang tinggi. Tumpuan adalah kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi. Usahausaha yang dirancang bagi mengembangkan budaya inovasi dan kreatif
dalam perkhidmatan awam selaras dengan aspirasi kerajaan iaitu agenda transformasi negara yang berpaksi kepada inovasi dan kreativiti yang boleh meningkatkan imej perkhidmatan awam. Bagi memastikan ekosistem inovasi wujud dalam negara, pelibatan semua pihak adalah amat penting. Ini bagi memudahkan penghasilan dan merealisasikan inovasi. Persekitaran dan budaya kerja di dalam organisasi perlu mendorong kepada penyuburan nilai-nilai inovasi dan kreativiti. Perubahan sikap bagi memupuk budaya inovasi dan kreativiti perlu bermula daripada pucuk kepimpinan atasan (Utusan Sarawak, 2011).
Gambar 2. Perkongsian oleh Puan Jauharatud Dini binti Ab Raman dan Puan Ho Tsok Shien
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Perkongsian oleh En Nik Masrul Hisyam bin Nik Muhammad
103
Gambar 3. Bual bicara Ensuring The Success of STEM for Malaysia’s Next Big Leap
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 4. Perkongsian oleh Elmarie Potgieter
104
Gambar 5. Perkongsian oleh Puan Lailiyah binti Baharudin
RUJUKAN
Wadah Perkongsian Pintar
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) (30 Ogos 2016). Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif, ms. 4. Agensi Inovasi Malaysia. Laporan Tahunan 2016, ms. 5. Utusan Sarawak (8 November 2011). Memupuk Budaya Kreatif dan Inovasi Sektor Awam. Rencana 11.
105
PERKONGSIAN PINTAR DI SOUTHEAST ASIAN MINISTERS OF EDUCATION ORGANIZATION FOR SPECIAL EDUCATION NEEDS (SEAMEO SEN)
SEAMEO SEN telah berperanan sesuai dengan matlamat penubuhannya bagi meningkatkan kerjasama sesama negara jiran di Asia Tenggara khususnya dalam bidang Pendidikan Khas dan melaksana perkongsian pintar demi kemajuan bersama dalam bidang pendidikan”.
Zizawati binti Fauzi IPGK Perempuan Melayu Melaka PENGENALAN
SEAMEO telah ditubuhkan seawal tahun 1965 bagi tujuan utama iaitu menggalakkan dan memantapkan kerjasama dari segi pendidikan, sains dan kebudayaan dalam kalangan beberapa buah negara di Asia Tenggara. Negara-negara ini termasuklah Malaysia, Thailand, Indonesia, Cambodia, Socialist Republic of Vietnam, Lao PDR, Brunei Darussalam, Singapore, Philippines, Republic of the Union Myanmar dan Timor Leste. Terdapat beberapa pusat SEAMEO di Malaysia seperti SEAMEO RECSAM di Pulau Pinang, SEAMEO TROPMED di Kuala Lumpur dan SEAMEO SEN di Melaka. SEAMEO SEN berperanan besar sebagai satu pusat yang khusus untuk menyokong pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang terdiri daripada pelbagai tahap keupayaan di rantau Asia Tenggara. Penubuhan SEAMEO SEN bertujuan untuk membantu negara-negara anggota
Wadah Perkongsian Pintar
MelaluiI Inisiatif #112: Pemerkasaan Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru yang berlangsung dari 19 – 23 Ogos 2019, pengkaji telah berpeluang menjadi peserta program sandaran untuk melihat dan menilai amalan baik yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO SEN, sebuah badan unggul di Malaysia sebagai salah sebuah organisasi yang menyokong penuh pendidikan khususnya bidang Pendidikan Khas. Amalan baik yang diamalkan ini bolehlah dimanfaatkan untuk menambah baik amalan di tempat penulis bertugas sekarang iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka (IPGKKMM).
107
tersebut untuk mempertingkatkan bidang pendidikan khas dalam kegiatan penyelidikan, pembangunan melalui latihan, malah bertindak sebagai pusat maklumat dan melaksanakan aktiviti dan program di dalam atau luar negara. Amalan baik di SEAMEO SEN yang ingin dikongsikan oleh pengkaji ialah daripada aspek perkongsian pintar jaringan kerjasama. Terdapat pelbagai amalan baik yang boleh pengkaji sebutkan namun amalan baik yang sangat penting yang ingin pengkaji ketengahkan ialah aspek smart partnership atau perkongsian pintar jaringan kerjasama yang meliputi hubungan dua hala dalam usahasama erat mencapai objektif, visi dan misi. ASPEK AMALAN BAIK PERKONGSIAN PINTAR DI SEAMEO SEN Menurut Pn. Hjh. Salmah bte Jopri selaku Pengarah Seameo Sen, beliau telah menegaskan untuk menggerakkan perkongsian pintar jaringan kerjasama ini mengikut perancangan yang telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asia Tenggara di mana melalui mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh pengarah-pengarah SEAMEO rantau Asia Tenggara yang telah sebulat suara menyatakan persetujuan dalam meletakkan kepentingan perkongsian pintar dan kerjasama dalam bidangbidang yang diperlukan khususnya kepakaran, latihan dan penyelidikan. Pengkaji telah meneliti aspek amalan baik perkongsian pintar jaringan kerjasama yang diamalkan di SEAMEO SEN melalui kaedah temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Temu bual telah dijalankan dengan pegawai perhubungan luar dan pegawai latihan. Hasil temu bual ini telah direkodkan manakala laporan diteliti dan dianalisis. Pemerhatian juga telah dijalankan sepanjang pengkaji mengikuti program di SEAMEO SEN. Antara lain perkongsian pintar kerjasama tersebut meliputi:
Wadah Perkongsian Pintar
• • • • •
108
Penyelidikan tindakan Latihan dan kepakaran Pendidikan inklusif Program transisi daripada sekolah ke kerjaya Penyediaan diet dan teknologi pemakanan untuk pendidikan khas
Antara kepentingan perkongsian pintar jaringan kerjasama ini diterapkan bersama adalah untuk: • menjadikan SEAMEO secara “win-win situasion” dari segi usahasama melalui perolehan, latihan, kepakaran, penyelidikan dan kewangan; • membantu usaha pembangunan dan penambahbaikan pendidikan dalam kalangan warga SEAMEO; • memudahkan perkongisan data dan sumber; • meningkatkan pengetahuan dan kepakaran; • mewujudkan penyelarasan dalam sesama agensi SEAMEO dalam pembangunan IT; dan • mengurangkan jurang dan membantu agensi yang memerlukan kepakaran. SEJAUHMANAKAH AMALAN BAIK INI TELAH DIAPLIKASIKAN DI ORGANISASI SENDIRI?
Aspek amalan baik perkongsian pintar jaringan kerjasama yang ditunjukkan oleh unit perhubungan luar SEAMEO SEN seperti yang telah dibincangkan di atas boleh dijadikan panduan. Contohnya dalam bidang penyelidikan, melalui usahasama, pengkaji dapat berkongsi khidmat kepakaran dan latihan dari agensi luar juga. Sepertimana yang kita tahu, latihan dan kepakaran memerlukan kos yang agak tinggi sebaliknya dengan perkongisan pintar kos ini dapat kurangkan. Sebenarnya program perkongsian pintar dalam aspek penyelidikan bersama pihak SEAMEO telah dibincangkan tetapi tidak dapat dilaksanakan serta terpaksa ditangguhkan kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pendemik COVID-19 yang dialami di seluruh dunia. Oleh itu ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu sehinggalah keadaan pulih seperti sedia kala.
Wadah Perkongsian Pintar
Sebagai seorang pensyarah di Jabatan Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka, bidang tugas pengkaji bukan saja hanya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran malah meliputi bidang penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan. Adalah sebahagian besar tanggungjawab dalam melaksanakan penyelidikan dan inovasi ini berlaku sebagai perkongsian pintar jaringan kerjasama sama ada dalam dan di luar jabatan seperti jabatan pendidikan negeri dan pihak sekolah. Adalah menjadi harapan pengkaji untuk pergi lebih jauh dalam mengaplikasi amalan baik perkongsian pintar jaringan kerjasama ini yang sangat relevan dengan bidang tugas pengkaji. Banyak manfaat khususnya apabila melibatkan aspek kewangan kerana dalam usaha menjalankan penyelidikan dan inovasi pastinya memerlukan kos bagi menampung dan memastikan susur galur penyelidikan atau inovasi dilaksanakan tanpa batasan dan kekangan. Melalui perkongsian pintar jaringan kerjasama masalah kewangan boleh dikurangkan atau dibiayai bersama.
109
Pengkaji sentiasa akur dan menyambut baik saranan Pengarah IPGKPM yang menyarankan “satu pensyarah satu penyelidikan dan inovasi” di mana tanggungjawab ini juga digalakkan oleh IPGM. Pada tahun 2020, pengkaji telah menghasilkan satu inovasi bertajuk “Calm Bottle for Austism Child” dan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Khas di mana pengkaji sangat berharap inovasi dan penyelidikan ini dapat diteruskan bersama-sama ke peringkat lebih tinggi dengan perkongsian pintar bersama pihak IPG lain. Perkongsian pintar dalam pembangunan IT juga sangat membantu sesama rakan di jabatan pengkaji dan jabatan luar, di mana pembangunan IT sangat berguna dan berimpak tinggi dalam menghasilkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) terkini di mana semua bahan PdP dapat dikongsi bersama untuk memudahkan dan keselarasan bahan pengajaran yang mana sepanjang PKP kerana Covid 19 ini, PdP dijalan secara atas talian. Sebagai salah satu bukti terlaksananya perkongsian pintar jaringan kerjasama ini aktiviti perkongsian maklumat dan kepakaran juga telah dapat dilestarikan oleh Jabatan Pendidikan Khas di IPGKPM pada 15-16 Januari 2020 di mana Jabatan Pendidikan Khas IPGK PM telah berjaya menganjurkan Program Jalinan Kerjasama Pengantarabangsaan Pendidikan Khas IPGK PM dan Universitas Malang, Indonesia dengan kerjasama Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN) dan SEAMEO SEN. Manakala pada 26 Februari 2020 pula, Pendidikan Khas telah bekerjasama dengan SEAMEO SEN menganjurkan satu seminar iaitu ‘Seminar Pendidikan Khas bagi MBK Deafblind’ di Melaka. BAGAIMANA AMALAN BAIK INI BOLEH DIPERHEBATKAN DI ORGANISASI SENDIRI?
DITAMBAH
BAIK/
Wadah Perkongsian Pintar
Pengkaji telah mengemukakan amalan baik yang boleh diamalkan oleh pengkaji dalam organisasi sendiri khususnya dalam Jabatan Pendidikan Khas.
110
Selain langkah-langkah yang telah dijelaskan di atas pengkaji berpendapat bahawa amalan baik perkongsian pintar jaringan kerjasama ini sangat baik untuk menjadi amalan berterusan tetapi perlu dipertingkatkan lagi dengan meningkatkan lagi jalinan dan kolaboratif yang lebih mantap dengan agensi lain selain SEAMEO SEN. Ini kerana melalui jalinan kerjasama dan kolaboratif ini perkongsian pintar akan lebih berkesan dan memenuhi semua aspek yang perlu dipertingkatkan.
Selain itu, bagi meningkatkan lagi amalan baik perkongsian pintar jaringan kerjasama ini perlulah sokongan daripada pihak pentadbiran tertinggi iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah manakala dari agensi luar diharapkan perbincangan untuk mewujudkan perkongsian pintar jaringan kerjasama tidak dikekang kerana kerenah birokrasi yang akan melambatkan sebarang proses untuk berkerjasama dalam melaksanakan perkongsian pintar. Bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai cadangan rancangan untuk tujuan ini sentiasa pengkaji ketengahkan kepada Ketua Jabatan untuk disuarakan ke pihak atasan. PENUTUP Sebagai rumusannya pengkaji ingin merakamkan ucapan ribuan terimakasih kerana telah terpilih untuk program sandaran bawah Inisiatif #112 di SEAMEO SEN ini. Sememangnya masa yang diberikan agak terhad namun begitu pengkaji tidak melepaskan peluang menimba apa yang menjadi amalan baik dari SEAMEO dan menjadikannya sebagai penanda aras di Jabatan Pendidikan Khas tempat pengkaji bertugas sekarang. Ianya sungguh bermanfaat kepada diri sendiri malah jika tekal diamalkan di organisasi sendiri, pengkaji percaya amalan baik ini akan memberi impak yang positif ke arah kecemerlangan bidang pendidikan.
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 1. Bersama rakan pengkaji di hadapan pejabat SEAMEO SEN
111
Gambar 2. Perbincangan santai mengenai perkongsian pintar dengan para pegawai SEAMEO SEN
Wadah Perkongsian Pintar
Gambar 3. Temu bual bersama Pn. Monisha Mohd Shah pegawai latihan SEAMEO SEN bagi tujuan mengumpul maklumat
112
Gambar 4. Menerima sijil dan cenderahati dari Pengarah SEAMEO SEN, Pn. Salmah Jufri di hari terakhir program sandaran
Gambar 5. Salah satu program berasaskan perkongsian pintar dengan mengadakan kerjasama dalam bidang kepakaran
RUJUKAN
Wadah Perkongsian Pintar
“SEAMEO”. Southeast Asia Ministers of Education Organization.https://v2.seameosen.org/ www.moe.gov.my/dasarmenu/perkongsian-pintar
113
PENDEKATAN ‘AGILE’ SEBAGAI AMALAN TERBAIK PENGURUSAN PROJEK DI TELEKOM MALAYSIA BERHAD
Berpegang kepada moto, To Make Life and Business Easier, for a Better Malaysia, TM menjadi pelopor Digital Nation kepada Malaysia, dengan membekalkan perkhidmatan yang dipercayai serta memberikan komitmen untuk menghubungkan pelbagai segmen sebagai memenuhi keperluan komunikasi pelanggan. Zulkifli bin Mat Som IPGM, KPM PENGENALAN
Syarikat TM R&D adalah sebuah syarikat yang diluluskan oleh kerajaan Malaysia; dan hub inovasi untuk kumpulan Telekom Malaysia (TM). Fungsi Penyelidikan dan Pembangunan sentiasa mempunyai peranan strategik dalam TM. Bermula sebagai sebuah bahagian di awal 80-an; dan kemudiannya diperbadankan sebagai sebuah syarikat pada tahun 2001, TM R&D sentiasa menyokong visi TM untuk menjadikan kehidupan dan perniagaan lebih mudah untuk Malaysia yang lebih baik. Hari ini, TM R&D diletakkan sebagai penggerak utama untuk memacu aspirasi digital TM kerana ia bergerak melangkaui talian tetap kepada perkhidmatan digital dan perkhidmatan pintar yang ditambah nilai baharu, yang meliputi pengalaman pelanggan, mengoptimumkan proses dan peluang kepada perniagaan baharu.
Wadah Perkongsian Pintar
Program Sandaran Dalam Negeri (PSDN) telah dijalankan pada 18 hingga 23 Ogos 2019. Peserta daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Aminudin Baki (IAB) telah ditempatkan di Unit Learning and Development (L&D) di tingkat 14 Menara Telekom Malaysia Berhad (TM). Peserta telah diberi peluang untuk membuat penandaarasan dan mengenal pasti pendekatan amalan baik yang diamalkan di TM. Peserta telah dibimbing oleh oleh penyelia-penyelia yang mengetuai unit-unit di L&D yang terdiri daripada Ir Azizi bin Mohd Noor, Penolong Pengurus Besar L&D; En. Mohamed Helmi bin Halifah, Dr. Zulkifli bin Mohammad, Suhaila binti Mohamad Rasat dan Sity Nurul Asydha binti Tajuddin.
115
Antara maklum balas yang diterima dalam kalangan pelanggan adalah kesesakan saluran WiFi. TM GIT telah membangunkan aplikasi mudah alih WiFi Optimiser hanya untuk pelanggan UniFi. Alat ini membolehkan pelanggan kami mengawal kualiti isyarat WiFi mereka dengan membenarkan mereka mengukur kualiti isyarat; dan menukar saluran WiFi mereka tanpa perlu log masuk. Pada masa lalu, ini hanya boleh dilakukan oleh pasukan lapangan UniFi. Alat ini boleh didapati di Google Play Store dan tidak lama lagi di Apple App Store hanya untuk pelanggan UniFi. Dengan kerjasama rakan kongsi yang dipercayai di TM, aplikasi ini memenangi Penjagaan Pelanggan Terbaik: Kategori Perniagaan pada Anugerah ACA yang diadakan pada bulan Jun 2017 di Singapura. TM R&D mempunyai pasukan luar biasa daripada pelbagai bangsa dan budaya dari seluruh dunia, membawa pandangan dan perspektif yang berbeza dan melangkaui masa. TM R&D menjangkakan masa hadapan yang menarik, memandangkan industri akan mengalami revolusi digital, hyperscale, IoT, analisis lanjutan kepada data raya dan lainlain keperluan dunia digital. BAGAIMANA AMALAN BAIK INI DIPRAKTIKKAN DI AGENSI TERSEBUT?
Wadah Perkongsian Pintar
Hasil daripada penyelidikan dan pembangunan dunia digital, TM mengamalkan pendekatan ‘Agile’ pada setiap peringkat Warga TM dan merentasi setiap bahagian dan unit. ‘Agile’ adalah salah satu pendekatan untuk menguruskan projek berdasarkan penyelidikan dan pembangunan.
116
Rajah 1. Metodologi ‘AGILE’ – proses scrum
Rajah 3.. Kerangka “AGILE-SCRUM” yang lebih terperinci
Wadah Perkongsian Pintar
Rajah 2. Kerangka “AGILE-SCRUM” secara kasar
117
Rajah 4. Pasukan scrum
Pendekatan ‘Agile’ pada awalnya adalah untuk pembangunan perisian digital. Namun pendekatan ini telah diperluaskan ke bidang lain. ‘Agile’ membahagikan projek yang besar kepada beberapa projek yang lebih kecil yang mampu diurus dengan lebih baik dalam tempoh masa yang bersesuaian dan konsisten. Di akhir setiap projek kecil satu penilaian kepada produk atau proses boleh dinilai. Produk atau proses yang dihasilkan perlulah dijelmakan kepada pelanggan atau pihak berkepentingan untuk mendapat maklum balas. Prinsip-prinsip ‘Agile’ yang diperlukan pembangunan sesuatu perisian kerja adalah:
untuk
berjaya
dalam
Wadah Perkongsian Pintar
1) Keutamaan tertinggi adalah untuk memberikan perkidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan dari awal dan sepanjang masa pelanggan menerima perkhidmatan sesuatu aplikasi atau perisian.
118
2) Menghasilkan perisian kerja dengan lebih kerap dalam skala masa yang lebih pendek. Matlamat ‘agile’ adalah untuk menyampaikan perisian kerja yang berkualiti tinggi, lebih cepat, dengan penerimaan yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna akhir dan dapat mengikuti keperluan perniagaan yang berubah-ubah dan lebih berdaya saing.
3) Mengalu-alukan perubahan, walaupun pembangunan sesebuah perisian mengambil masa, proses ‘agile’ memanfaatkan perubahan untuk lebih berdaya saing. Perubahan membantu memastikan pelanggan mendapat apa yang mereka perlukan serta dapat memberi daya saing berbanding pembekal produk atau perkidmatan yang serupa. 4) Pembangun perisian dan ahli perniagaan mesti sentiasa bekerjasama di sepanjang sesuatu projek. 5) Pembangunan projek dilakukan dalam kalangan individu yang bermotivasi tinggi, menyediakan persekitaran kerja yang mereka perlukan, dan memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk mereka melaksanakan tugasan hingga selesai. 6) Kaedah penyampaian maklumat yang efisyen dan efektif dalam kalangan pembangun perisian adalah secara perbincangan bersemuka. 7) Perisian untuk kegunaan projek adalah pengukur kepada kemajuan dan perkembangan pembangunan sesuatu projek. 8) Proses pembangunan perisian dan perkhidmatan menggunakan proses ‘Agile’ menggalakkan pembangunan secara mampan. Para penaja, pemaju, dan pengguna seharusnya dapat meneruskan kesinambungan pembangunan perisian teknikal. 9) Perhatian sepenuhnya untuk menghasilkan perisian teknikal yang cemerlang dengan reka bentuk yang baik akan mengalakkan perubahan-perubahan pada masa akan datang.
11) Arkitek terbaik dan reka bentuk yang memenuhi kehendak pelanggan terhasil daripada pasukan yang mampu bekerja dan bertindak dalam pasukan yang dibentuk daripada minat yang sama dan bermotivasi tinggi. 12) Dalam keadaan biasa, sesebuah pasukan pembangun perisian boleh membuat refleksi secara retrospektif untuk menjadikan sesuatu projek lebih efektif. Pasukan tersebut mampu mengubahsuai dan menjajarkan tindakan sewajarnya.
Wadah Perkongsian Pintar
10) Penting untuk permudahkan sesuatu proses kerja yang sukar dengan meminimumkan proses kerja yang gagal disiapkan.
119
Peserta PSDN berpeluang untuk mengikuti Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). Program kedua ini dianjurkan oleh Kumpulan IT (Group IT). Pengurus Besar (GM) GIT iaitu En. Shamsul dan En. Amir sebagai Jurulatih (Coach) ‘Design Thinking’ telah bertindak sebagai fasilitator. Peserta Kumpulan IT (GIT) adalah terdiri daripada semua warga GIT dan Program ‘Design Thinking’ dijalankan selama dua hari. Peserta dalam kalangan warga GIT dibahagikan kepada lima kumpulan dan mereka telah mengenal pasti isu dan cabaran dalam organisasi. Terdapat lima situasi yang berbeza telah dikenal pasti melalui tahap pertama ‘Empathise’ dalam pendekatan ‘Design Thinking’ iaitu memahami isu, cabaran dan masalah yang cuba untuk diselesaikan. Manakala tahap kedua pula iaitu ‘Define’, para peserta telah dapat menyatakan dengan jelas pernyataan masalah.
Wadah Perkongsian Pintar
Peserta dikehendaki untuk memberikan pandangan dan pendapat dengan mengemukakan idea-idea di luar kotak. Tahap ‘Ideate’ menggunakan pelbagai teknik seperti sumbangsaran (brainstorm), ‘brainwrite’, ‘worst possible idea’, dan ‘scamper’. Pada tahap keempat iaitu ‘Prototype’ peserta menggunakan bahan-bahan alat tulis untuk menghasilkan model ‘Prototype’. Pada tahap kelima pula ‘Prototype’ yang dihasilkan dipersembahkan dan peserta akan melalui sesi soal jawab. Tahap kelima ini dikenali sebagai ‘Test’. Pengurus Besar (GM) telah membuat kesimpulan bahawa proses ‘Design Thinking’ adalah tidak linear (Non-Linear Process) dan kepentingan untuk kembali kepada langkah-langkah sebelum memuktamadkan sesuatu keputusan agar tidak mendatangkan kerugian kepada syarikat.
120
Rajah 5. Proses Design Thinking
SEJAUHMANAKAH AMALAN BAIK INI TELAH DIAPLIKASIKAN DI ORGANISASI SENDIRI? Selepas menjalani PSDN dengan jayanya saya telah mengaplikasikan dengan lebih sistematik pendekatan ‘Agile’ untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti di Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan (PPP). Secara konsepnya ‘Agile’ adalah set nilai dan prinsip yang boleh digunakan untuk membantu pasukan membuat keputusan yang konstruktif dan komprehensif. Pendekatan ‘Agile’ akan memberikan gambaran secara menyeluruh bagaimana melaksanakan sesuatu program dan aktiviti. Pendekatan ini penting untuk menyediakan semua subordinat di PPP untuk menguasai semua prosedur operasi standard untuk melaksanakan program dan aktiviti dengan lebih sistematik untuk mengelakkan sebarang kesilapan. Saya berpandangan bahawa saya perlu menyediakan subordinat di PPP agar mereka bersedia dan mampu untuk terus melaksanakan fungsi PPP. Melalui PSDN yang telah dihadiri saya telah memperoleh pengalaman bermakna. Sesuatu cabaran dan isu yang berbangkit semasa menjalankan tugas dapat ditangani dengan mewujudkan kumpulan pemikir dan menyelesaikan cabaran dan isu yang dihadapi. Saya akan mewujudkan satu pasukan (task force) untuk meneruskan pembangunan Sistem Institute of Teacher Education, Examination Management System (iTEM). Kumpulan sekurang-kurangnya terdiri daripada lapan orang telah dibentuk untuk pembangunan modul-modul dalam Sistem iTEMS. Pengalaman bersama Group Learning & Development (GL&D) yang menggunakan model ‘Agile’ akan digunakan dalam pembangunan seterusnya Sistem iTEMS.
Kini, Sistem iTEMS yang dibangunkan oleh satu pasukan (task force) yang diketuai oleh En. Harun bin Ramli telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah inisiatif Transformasi ICT. Sistem iTEMS telah berjaya ditempatkan di Pusat Data Enstek (PDE), KPM pada Disember 2019 sebagai satu sistem pengurusan peperiksaan untuk IPGM.
Wadah Perkongsian Pintar
Sistem iTEMS yang telah dibangunkan semenjak tahun 2010 telah berkembang dengan pesat mulai 2015. Kesinambungan pembangunan modul-modul dalam Sistem iTEMS memerlukan satu pasukan yang mampu menangani keperluan pelajar, pensyarah dan pentadbir dalam memantau pelaksanaan pentaksiran di Institut Pendidikan Guru. Sistem iTEMS akan terus dibangunkan menggunakan pendekatan ‘Agile’ dengan ciri-ciri yang bersifat mesra pengguna, mudah, kebolehpercayaan tinggi dan inovatif.
121
BAGAIMANA AMALAN BAIK INI BOLEH DIPERHEBATKAN DI ORGANISASI SENDIRI?
DITAMBAH
BAIK/
Amalan baik yang diamalkan oleh TM dalam melaksanakan penyelidikan dan pembangunan dunia digital dengan menggunakan pendekatan ‘Agile’ untuk menguruskan projek dilihat sebagai satu pendekatan yang telah dapat memberikan impak yang besar. Kerja berpasukan secara berstruktur menggunakan pendekatan ‘Agile’ telah terbukti dapat menjamin kejayaan sesuatu projek. Pendekatan ‘Agile’ akan dapat mempercepatkan pelaksanaan sesuatu idea untuk penambahbaikan dalam sesuatu proses kerja. Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan (PPP), IPGM akan meneruskan pendekatan ini untuk projek pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan secara dalam talian (e-marking). Projek e-marking diadaptasi daripada LP Skor, Lembaga Peperiksaan, KPM akan dijadikan inisiatif sekunder dalam Transformasi IPGM. Projek ini akan melibatkan satu pasukan (task force) PPP, IPGM yang akan berkolaborasi dengan Lembaga Peperiksaan dan pihak swasta untuk pembangunan sistem e-marking IPGM. RUMUSAN
Wadah Perkongsian Pintar
PSDN yang dilaksanakan di TM Berhad telah dapat memberi pendedahan kepada peserta-peserta PSDN tentang pengurusan projek, pembangunan bakat kepimpinan dan pensijilan profesional. PSDN telah dapat memberikan gambaran dalam situasi sebenar kemahiran kerja berpasukan melalui pendekatan ‘Agile’. Saya telah berjaya mengadaptasi pendekatan ‘Agile’ dalam memperkasakan Sistem iTEMS di IPGM. Projek seterusnya adalah ‘e-marking’ yang akan mengadaptasi pendekatan ‘Agile’ bagi memastikan projek seterusnya berjalan dengan lancar dan berjaya dilaksanakan dengan izinNya jua.
122