ManuskripKumpulan4 (3) Flipbook PDF

ManuskripKumpulan4 (3)

21 downloads 111 Views 51MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

BBD 10202 FALSAFAH PENDIDIKAN



FARHAN | NURIZZATI | FARIZAL IZAAQILA | YUREASH | AFIQ SHAZWANI | NAZZATUL | IZZA | AIN DRAMA VIRTUAL

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 4

IBU MERTUAKU “MY MOTHER -IN- LAW” KARYA ASAL SENIMAN AGUNG, ALLAHYARHAM TAN SRI P. RAMLEE

PENERBIT KUMPULAN 4 SEKSYEN 1 BBD10102 FALSAFAH PENDIDIKAN UTHM

PENYUNTING PENGARAH MOHAMMAD FARHAN BIN SAJALI CB210034

PENGARAH TEKNIKAL YUREASH A/L MURUGAN CB210117

PENGARAH ARTISTIK NUR IZAAQILA BINTI M MAZLAN CB210003

PENYUNTING PENULIS SKRIP DRAMA WAN NURIZZATI BINTI NAWAR CB210060

PENULIS MANUSKRIP AHMAD FARIZAL BIN MOHD SHAHIBOLBAHRI CB210256

DIBINTANGI OLEH

MUHAMMAD AFIQ BIN AZEMI CB210196 Sebagai KASSIM SELAMAT

NAZZATUL AKHMA BINTI RAZAK CB210133 Sebagai NYONYA MANSOOR

NOOR SHAZWANI BINTI MOHD SUHAIZAN CB210191 Sebagai SABARIAH

MOHAMMAD FARHAN BIN SAJALI CB210034 Sebagai DR. ISMADI

DIBINTANGI OLEH NUR AIN NAZIRA BINTI MOHAMAD

RAZAK CB210203 Sebagai MAMI & ABANG ALI

IZZA NUR AKMAL ZULKARNAIN CB210208 Sebagai PAK DIN

NUR IZAAQILA BINTI M MAZLAN CB210003 Sebagai CHOMBI

PERWATAKAN KASSIM SELAMAT: Berusia lingkungan 30an. Tegas orangnya tetapi mudah sensitif. Setia dengan janji dan bersifat bertanggungjawab.

SABARIAH: Berumur dalam lingkungan 23 tahun - 25 tahun. Patuh kepada kehendak ibunya Nyonya Mansoor. Bersifat lemah-lembut dan mudah sensitif.

NYONYA MANSOOR: Berumur lingkungan 60an. Janda kaya yang mementingkan darjat dalam kehidupannya. Tegas dan sombong dengan status kekayaannya.

DR. ISMADI: Seorang Doktor Mata berumur lingkungan 30an. Bersifat tenang dan tegas dan bertimbang rasa dalam kehidupannya.

PERWATAKAN

CHOMBI: Nama sebenarnya ialah Kalsom tetapi dipanggil dengan nama manja sebagai Chombi. Berumur lingkungan 25 tahun. Bersifat lemah-lembut dan mudah sensitif.

MAHYUDIN: Berumur lingkungan 55 tahun. Tauke wayang berperkerti mulia. Beliau adalah abang kepada Mami dan bapa saudara Chombi.

MAMI: Berumur lingkungan 55 tahun. Ibu kepada Chombi yang mempunyai budi pekerti mulia.

ALI: Berumur lingkungan 50 tahun - 55 tahun. Bersifat timbang rasa dan berperkerti mulia.

BIODATA ALLAHYRHAM TAN SRI P. RAMLEE NAMA: TEUKU ZAKARIA TEUKU NYAK PUTEH @ RAMLI PUTEH DIKENALI : P RAMLEE (SEJAK 1947) TEMPAT LAHIR: PENANG, MALAYSIA TARIKH LAHIR: 22 MAC 1929 TAHUN MENINGGAL: MEI 1973 (44TAHUN)

IBU: CHE MAH HUSSEIN (1904-1967) BAPA: TEUKU NYAK PUTEH TEUKU KARIM (1902-1955) PENDIDIKAN: KAMPUNG JAWA MALAY SCHOOL FRANCIS LIGHT ENGLISH SCHOOL (1939-1941) JAPANESE NAVY SCHOOL"KAIGUNGAKKO" PENANG FREE SCHOOL (1945-1947)

KERJAYA: PELAKON PENYANYI PENGARAH PEMAIN MUZIK PENULIS LAGU

SINOPSIS Filem ini menceritakan tentang jalan cerita kehidupan seorang wanita yang bernama Sabariah yang dilamun cinta seorang lelaki yang mahir bermain alat muzik saksofon dalam masa yang sama mempunyai pakej suara yang sungguh merdu yang bernama Kassim Selamat. Tetapi cintanya tidak direstui oleh ibunya yang bernama Nyonya Mansoor. Kerana Nyonya Mansoor tidak suka akan pekerjaan Kassim Selamat sebagai ahli muzik dalam masa yang sama Nyonya Mansor telah mempunyai menantu pilihannya iaitu Dr. Ismadi. Namun Sabariah dipaksa kahwin dengan Kassim Selamat oleh ibunya kerana Sabariah menolak pinangan dari Dr. Ismadi. Sabariah dihalau keluar dari rumah ibunya dan mengikut suaminya ke Pulau Pinang untuk memulakan hidup baru. Kehidupannya menjadi semakin susah tambahan pula kandungan Sabariah yang semakin sarat. Sabariah mengirim pesanan kepada ibunya untuk kembali duduk bersama ibunya kerana risau akan nasib bayi dalam kandungannya jika terus bersama Kassim Selamat. Kehidupan Kassim Selamat ibarat mayat hidup selepas mendapat khabar berita palsu tentang kematian Sabariah dan penglihatannya menjadi gelap gelita kerana buta. Kassim Selamat membawa diri tanpa arah selepas dihalau keluar oleh Abang Ali. Kehidupan Kassim Selamat berubah menjadi lebih baik ibarat menerima kiriman dari tuhan kerana berjumpa satu keluarga yang sangat baik dan dia menemui dirinya yang lama kembali gembira membuat persembahan dengan dorongan Pak Din atau Mamak. Ditakdirkan Sabariah dan Kassim selamat bertemu kembali tetapi ia ibarat mimpi ngeri bagi Kassim Selamat melihat Sabariah bersama Dr. Ismadi dan dia mengetahui diri dan nasibnya telah dipermainkan.

PROLOG Dalam kebingungan itu, seorang perempuan tua berjalan menuju kearah Kassim Selamat dan bertanya dengan nada yang agak tegas “Kau Kassim Selamat?” perempuan tua itu adalah Nyonya Mansoor yang masih tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh Sabariah. “Ya, saya Kassim Selamat.” Jawab Kassim Selamat dengan sopan. Nyonya Mansor terus menarik tangan Kassim Selamat “Kemari kau… mari sini duduk, aku mahu nikahkan kau dengan Sabariah.” Katanya kepada Kassim Selamat sambil menarik tangan Kassim Selamat dan mengarahkannya untuk duduk berhadapan dengan tok kadi. Nyonya Mansoor mengarahkan tok kadi untuk menjalankan upacara pernikahan antara Kassim Selamat dan Sabariah. Kedua tangan bergenggaman dalam lafaz ijab kabul diucap bersaksikan saksi pernikahan dan tetamu yang ada maka Kassim Selamat dan Sabariah telah menjadi suami isteri yang sah. Semasa tok kadi menjalankan upacara pernikahan, Nyonya Mansoor berjalan menaiki tangga menuju kebiliknya membuka peti besi yang dipenuhi dengan duit. Dia mengambil beberapa ikat duit yang tersusun rapi dan mencapai beg baju yang telah dipersiapkan menuju keluar dari biliknya dan melangkah turun ke ruang tamu. “Sabariah sayang… ini barang dan ada sedikit duit lima ribu ringgit Malaysia, ambil dan keluar kau dari rumah aku!!”

BABAK 1

WUJUDNYA CINTA DAN DUKA

“Restoran apa yang kau bawa aku ni Sabariah? Sudahlah tidak menarik suasananya dengan ada ahli muziknya lagi!” Tanya Nyonya Mansoor kepada Sabariah dengan intonasi yang tidak suka kerana Nyonya Mansor amat tidak gemar kepada ahli muzik. Sabariah menjawab pertanyaan ibunya dengan sangat lembut sebagai tanda menghormati kedudukan seorang ibu. “Ini restoran western, ramai orang makan di sini. Sedap masakannya mak. Kita boleh makan sambil dengar alunan saksofonnya yang merdu.” Jawab Sabariah kepada ibunya, Nyonya Mansoor. Sabariah seorang anak yang baik dan penyabar dalam melayani karenah ibunya yang sangat cerewet.

Mereka berdua duduk di restoran tersebut dalam suasana yang diterangi cahaya lampu dan disinari oleh cahaya rembulan sambil mendengar alunan tiupan saksofon yang merdu dan mereka memesan makanan sambil menunggu seorang pemuda yang merupakan bakal menantu idaman kepada Nyonya Mansoor untuk dikahwinkan dengan Sabariah yang merupakan seorang doktor iaitu Dr. Ismadi. “Dari mana datang merdunya alunan saksofonnya. Kau tahu kan aku tidak suka dengan ahli muzik. Heh menyampah aku!!” Bebel Nyonya Mansoor kepada Sabariah sambil duduk di kerusi meja dan meletakkan beg tangannya yang mahal diatas meja. “Sudah mak jangan marah-marah, kita pesan makanannya dulu. Mak mesti laparkan. Mak mahu makan apa?” Pujuk Sabariah kepada maknya Nyonya Mansoor yang tidak berhenti membebel kerana tidak suka akan restoran yang dibawa oleh Sabariah.

Dalam bebelan dan tidak suka Nyonya Mansoor terhadap restoran itu dia tetap duduk dan tidak membuat apa-apa perkara yang menimbulkan masalah yang memalukan. “Kau pesan sajalah apa-apa Sabariah. Aku tunggu di sini.” Jawab Nyonya Mansoor kepada pertanyaan Sabariah. Lalu Sabariah pun melangkah sopan dengan pakaian kegemarannya yang sangat cantik menuju ke kaunter pesanan untuk memesan makanan. Sementara Sabariah pergi memesan makanan di kaunter pesanan makanan Nyonya Mansoor menunggu dimeja makan sendirian dan tiba-tiba datang seorang lelaki dari arah pintu masuk restoran berjalan dengan sangat teratur seperti seorang lelaki yang bekerjaya mendekati meja yang di duduki oleh Nyonya Mansoor dengan memperagakan suit yang sangat kemas dan cantik. Suit itu kelihatan mahal nilainya dan dipadankan dengan kasut kulit berwarna hitam kilat. Lalu lelaki itu menyapa Nyonya Mansoor dengan ucapan salam, “Assalamualaikum, maaf saya lambat sedikit mak cik, tadi ada urusan yang perlu diselesaikan.” Jelasnya kepada Nyonya Mansoor dengan penuh sopan santun dan adab. Lelaki tersebut adalah Dr. Ismadi yang mereka nantikan.

“Waalaikumussalam, sampai pun kau mengapa kami pun baru sahaja sampai.”

Ismadi.

Ohh

tidak

Jawab Nyonya Mansoor dengan muka yang gembira tersenyum menyambut kehadiran Dr. Ismadi. Setelah beberapa minit kemudian Sabariah tiba di meja makan dan duduk di meja makan sambil menyapa Dr. Ismadi yang juga berada di meja makan bersama Nyonya Mansoor “Ehh.. Abang Ismadi, Sabariah fikir Abang Ismadi tidak dapat datang.” Sangkaan Sabariah kepada Dr. Ismadi kerana Sabariah tahu bahawa Dr. Ismadi seorang yang sangat sibuk dan komitmen dengan kerjanya dan seorang yang sangat bertanggungjawab serta berdisiplin.

Ciri-ciri yang ada pada Dr. Ismadi sangat sempurna bagi seorang lelaki untuk menjadi seorang calon suami yang baik. “Abang Ismadi mesti datang kerana Sabariah..” Jawab Dr. Ismadi kepada sangkaan Sabariah dengan melihat tepat pada wajah Sabariah yang sangat cantik bak rembulan dititipkan dengan senyuman yang sangat manis. Bunyi satu tiupan saksofon yang merdu memainkan lagu kegemaran Sabariah telah menarik perhatian dan tumpuannya di meja makan bersama Nyonya Mansoor dan Dr. Ismadi kearah pentas. Seorang jejaka yang kelihatan segak berdiri dengan penampilan yang sangat kemas dan tegap tubuh badannya memainkan lagu saksofon kegemaran Sabariah di restoran tersebut yang terkenal dengan nama Kassim Selamat. “Kau tengoklah tu Ismadi si Sabariah. Suka sangat dengan dengan ahli muzik sampai lupa kita di sini.”

Kata Nyonya Mansoor dengan nada sindiran kepada Sabariah yang terlalu khusyuk melihat persembahan yang dipersembahkan oleh Kassim Selamat. “Tidak mengapalah makcik.. mungkin sudah minatnya kepada ahli muzik. Jadi apa yang ingin dibincangkan?” Jawab Dr. Ismadi kepada Nyonya Mansoor sambil mengajukan soalan kepadanya. Mendengar pertanyaan yang diajukan dari Dr. Ismadi, Nyonya Mansoor terus memperbetulkan kedudukannya dan menunjukkan keterujaannya untuk menjawab pertanyaan tersebut. “Ohh begini aku mahu bertanya, kau betul-betul berniat hendak mengahwini Sabariah?”. Dr. Ismadi menjawab pertanyaan Nyonya Mansoor dengan penuh yakin “Iya makcik. Saya benar-benar cintakan Sabariah dan mahu menjadikan dia sebagai isteri saya yang sah.” Jawab Dr. Ismadi dengan disertakan lemparan senyuman yang penuh dengan keyakinan keatas niatnya untuk mengahwini Sabariah.

Sedang Nyonya Mansoor dan Dr. Ismadi berbincang tentang perkahwinan Sabariah dan Dr. Ismadi, Sabariah tidak mendengar langsung isi perbualan mereka berdua kerana terbuai dengan alunan tiupan saksofon yang merdu dari Kassim Selamat yang merupakan lelaki idaman dan pujaan di hati Sabariah. Sambung pada perbualan antara Nyonya Mansoor dan Dr. Ismadi. “Baguslah kalau begitu… kau pun ada kerja bagus, ada rumah, ada kereta. Mak cik berkenan kau sebagai menantu.” Kata Nyonya Mansoor yang sangat gembira mendengar niat Dr.Ismadi yang kelihatan cintanya sungguh tulus dan ikhlas dalam mencintai Sabariah. Tetapi Dr. Ismadi tertanya-tanya akan perasaan Sabariah terhadapnya. Adakah Sabariah mempunyai perasaan yang sama seperti mana perasaannya kepada Sabariah. Itulah perkara yang bermain di fikiran Dr. Ismadi dan meminta Nyonya Mansoor untuk mendapatkan jawapannya dari Sabariah.

“Cuma saya mahu minta tolong pada mak cik, tanyakan pada Sabariah adakah dia sudi berkahwin dengan saya.” Pinta Dr. Ismadi kepada Nyonya Mansoor yang kelihatan tertanya tanya akan jawapan yang bermain difikirannya. “Sabariah mesti sudi punya, kau jangan risau. Hal itu aku uruskan.” Jawab Nyonya Mansoor yang mengurangkan kerisauan Dr. Ismadi terhadap perkara itu. Setelah hampir setengah jam mereka berbual, Dr.Ismadi meminta izin untuk pulang kerana ada beberapa urusan yang dia perlu selesaikan di klinik miliknya sendiri. “Baiklah kalau begitu mak cik, sebenarnya saya ada urusan lagi di klinik saya. Saya perlu minta diri dahulu.” Ujarnya kepada Nyonya Mansoor. “Ohh.. baiklah aku pun mahu berangkat pulang, dari tadi makanan yang aku pesan tak sampai-sampai hingga hilang selera makan aku. Hati-hati pulang ya Ismadi.”

Kata Nyonya Mansoor yang kecewa dengan perkhidmatan restoran itu yang tidak begitu cekap dan sempat dia mengingatkan kepada Dr.Ismadi supaya berhati-hati untuk pulang. Setelah itu Dr. Ismadi keluar dari restoran itu dan bergerak pulang dengan menaiki kereta mewahnya yang bersih dan kelihatan kilat dari pancaran cahaya lampu jalan yang ada tersusun di sepanjang jalan. “Sabariah…” Nyonya Mansoor memanggil sabariah dengan nada yang agak lembut tetapi tidak terdengar di telinga Sabariah yang sedang mengelamun. “Sabariah…” Nyonya Mansoor memanggil Sabariah untuk kali kedua tetapi dengan nada yang agak kuat dan tegas dengan harapan didengari oleh Sabariah akan panggilannya itu, tetapi tetap belum mendapat sahutan dari Sabariah yang masih duduk di kerusi sambil mengelamun jauh ibarat jasadnya wujud tetapi fikirannya melayang jauh.

Nyonya Mansoor memanggil Sabariah untuk kali ketiga dengan nada kuat dan tegas “Sabariah!!” dan akhirnya barulah di sahut panggilan itu oleh Sabariah. “Iya mak.. iya mak..” Di sahut Sabariah panggilan ibunya dengan sahutan yang agak cemas dan matanya terus memandang tepat kearah muka ibunya oleh kerana baru beralih dari dunia mengelamunnya itu. “Kau leka betul dengan persembahan ahli muzik itu ya.. sudah jom pulang, aku sudah tidak ada selera makan lagi. Makanan yang kau pesan tadi tak sampai-sampai.. mari pulang...” Sabariah menahan telinga mendengar bebelan ibunya itu sambil diajak untuk berangkat pulang. “Ohh.. mak tunggu di kereta ya, Sabariah mahu ke tandas sebentar” Balas Sabariah kepada ibunya dengan memegang perutnya sambil tersengih seperti kerang busuk untuk menampakkannya dia perlu pergi ke tandas sebelum melangkah pulang.

Tetapi itu hanya helah Sabariah untuk mencari peluang menjayakan niatnya kerana Sabariah sepertinya ada udang disebalik batu dengan tingkah lakunya ketika itu tetapi tidak disedari ibunya. “Jangan lama-lama, aku tunggu kau di kereta.” Jawab Nyonya Mansoor kepada Sabariah. Lalu Nyonya Mansoor melangkah berjalan menuju ke pintu keluar restoran dan Sabariah pula melangkah ke arah laluan sepertinya laluan ke tandas yang berhampiran dengan pentas utama persembahan sambil kepalanya menoleh kearah ibunya. Apabila bayang Nyonya Mansoor hilang dari pandangan Sabariah, Sabariah dengan cepat menukar arah langkahnya kearah pentas utama dengan harapan yang menggunung ingin bertemu dengan ahli muzik yang meniupkan lagu saksofon kegemarannya iaitu Kassim Selamat yang sedang mengemasngemas peralatan persembahannya sesudah selesai membuat persembahan. Sabariah menyusun langkah ayunya menuju ke arah Kassim Selamat.

“Dup dap dup dap..” Denyutan jantung Sabariah menjadi laju kerana gemuruh bercampur teruja ingin bertemu lelaki pujaan hatinya Kassim Selamat yang tampan dan segak. Sabariah memberanikan dirinya menghampiri Kassim Selamat dan menyapa Kassim Selamat. “Kassim Selamat ya?” Sapaan lembut dan ayu Sabariah kepada Kassim Selamat. Mendengar sapaan itu, Kassim Selamat yang sedang sibuk mengemas barang-barangnya mengangkat kepala dan menoleh kearah datangnya sapaan yang lembut dan ayu itu. Kassim Selamat terpaku apabila melihat raut wajah Sabariah yang sungguh cantik bak rembulan itu. Kassim Selamat ibarat terkena panahan cinta pandang pertama melihat wajah Sabariah yang berdiri dihadapannya. “Iyaa.. ya.. saya Kassim Selamat. Saudari cantik manis siapa ya?” Kassim Selamat tergagap gagap menjawab sapaan itu kerana terpukau dengan kecantikan Sabariah.

“Saya Sabariah, saya suka dengan cara Abang Kassim bermain saksofon. Selalu Sabariah mendengarnya di radio. Sungguh merdu bunyinya sehingga menambat hati yang mendengar.” Bertalu pujian yang diberi Sabariah kepada Kassim Selamat. Kembang semangkuk Kassim Selamat mendengar kata-kata dan pujian dari Sabariah sambil tersenyum malu “Hahaha malu pulakk kita..” Itu sahaja yang mampu dibalas Kassim Selamat. Dalam masa itu, Sabariah mengumpulkan keyakinannya untuk mengucapkan niatnya yang terbuku dihati. Sabariah dihantui kerisauan jika niatnya itu ditolak oleh Kassim Selamat, tetapi dia tetap memberanikan dirinya untuk menyampaikan hasratnya kepada Kassim Selamat. “Abang Kassim, sudi tak Abang Kassim keluar dengan Sabariah esok? Sabariah ingin sekali mengenali lelaki pujaan hati Sabariah dengan lebih dekat.”

Akhirnya Sabariah mengucapkan hasratnya untuk keluar berduaan dengan Kassim Selamat. Dia tidak kisah jika dia kelihatan seperti perigi mencari timba asalkan dia dapat keluar berduaan dengan lelaki pujaannya. “Kalau orang sudah menjemput tak mungkin kita menolaknya. Tambah lagi, yang menjemputnya saudari yang cantik manis begini. Boleh.. pukul berapa? Dimana?” Jawab Kassim Selamat dengan lenggok badan yang mengada sambil tersenyum-senyum bermain jarinya sendiri. Sabariah kelihatan gembira dengan jawapan Kassim Selamat dan tersenyum memberitahu lokasi pertemuan mereka serta masa pertemuan yang akan dijanjikan. “Kalau begitu esok kita jumpa di Taman Astakona jam 6 petang dibawah pokok berhampiran dengan tasik.” Dengan terperinci Selamat.

Sabariah

memberitahu

kepada

Kassim

“Baik.. esok sebelum subuh Abang Kassim tunggu.” Dengan penuh semangat bersetuju dengan Sabariah.

Kassim

Selamat

menjawab

dan

“Okay baiklah, Sabariah minta diri, mak sudah tunggu di kereta. Jumpa esok ya Abang Kassim..” Sabariah meminta izin untuk mengundurkan diri pulang kerana takut dimarahi ibunya yang sedang menunggu di kereta. “Hati-hati ya Sabariah.. Kita jumpa esok..” Tersenyum Kassim Selamat sambil melambai kearah Sabariah yang berjalan keluar dari restoran tersebut. Tidak lepas pandangan Kassim Selamat sehingga hilang bayangan Sabariah dari pandangan. Sabariah tersenyum sepanjang perjalanan pulang ke rumah dan perasaan teruja tidak sabar menunggu hari esok bergelora didalam diri Sabariah. Kassim Selamat pula tersenyum dan melompat-lompat keterujaan kerana menerima pelawaan untuk berduaan bersama gadis yang cantik jelita yang telah pun mengambil hatinya sejak pandang pertama.

Tidak lekang senyuman dari bibir Kassim Selamat ketika dia sambung mengemas peralatan persembahan sambil bercakap sendirian. “Tak sabarnya nak tunggu hari esok. Nak berdua-berduaan dengan Sabariah si cantik manis pujaan hati.. Balik aku kena siapkan pakaian bagi hensem. Barulah Sabariah terpikat.” Bebel Kassim persembahannya.

Selamat

sambil

mengemas

peralatan

Pada keesokan harinya, Kassim Selamat mengenakan kemeja yang kemas rapi bersama dengan kasut kulit yang kilat dipersiapkannya awal menunggu kehadiran Sabariah di Taman Astakona sepertimana yang dijanjikan semalam. Hampir setengah jam Kassim Selamat menantikan kehadiran Sabariah tetapi tidak kelihatan bayangnya. “Mana Sabariah ni, jadi ke tidak datang ni… lama aku menunggu ni.. Entah-entah dia mainkan aku tak?.”

Kassim Selamat bercakap sendirian berasa dirinya telah tertipu dan dipermainkan oleh Sabariah. Sedang Kassim Selamat dihujani perasaan terkilan tiba-tiba kelihatan bayang seorang perempuan yang cantik dari hujung taman berjalan menuju kearah Kassim Selamat. Perasaan Kassim Selamat berubah menjadi teruja kerana dia berharap itu adalah Sabariah. Kassim Selamat tidak lepas memerhati bayang perempuan itu, semakin hampir semakin jelas dan ternyata betul itu adalah Sabariah yang menuju kearah Kassim Selamat yang berjalan dengan langkah yang agak laju seperti terburu-buru. Sabariah dengan wajah serba salahnya kerana lewat dari yang dijanjikannya terus menyapa Kassim Selamat dengan maaf. “Abang Kassim! Maaf Sabariah lambat. Tadi ada sekatan dirumah Sabariah.. itu yang lambat.” Jelas Sabariah kepada Kassim Selamat atas keterlewatannya.

Kassim Selamat tersenyum bingung mendengar penjelasan Sabariah tentang sekatan yang dimaksudkan Sabariah. “Eh Sabariah datang pun, ohh tidak mengapa. Sekatan?? sekatan apa Sabariah??” Jawab Kassim Selamat sambil menggaru kepalanya dengan perasaan ingin tahu apakah sekatan yang dimaksudkan Sabariah. Sabariah tergelak geli hati melihat reaksi kebingungan yang ditunjukkan Kassim Selamat dan dia menjelaskan kepada Kassim Selamat sambil menghabiskan gelakkannya. “Hahahaha… Sekatan mak Sabariah.. banyak pula dia bertanya Sabariah nak ke mana, dengan siapa, dimana.. sabar saja Sabariah dengan karenah mak..” Jelas Sabariah kepada Kassim Selamat dengan sedikit keluhan kerana karenah ibunya Nyonya Mansoor. Kassim Selamat mendengar dengan penuh tumpuan keatas penjelasan Sabariah dan mengangguk faham. “Tidak mengapa Sabariah, Abang Kassim faham.”

Mereka berjalan bersama sambil berbual mengenali hati budi masing-masing dan Kassim Selamat bertanyakan kepada Sabariah niatnya yang sebenar ingin berjumpa dengannya. “Sabariah, jadi apa sebenarnya niat Sabariah hendak berjumpa dengan Abang Kassim?” Ujar Kassim Selamat kepada Sabariah. Mendengar pertanyaan Kassim Selamat itu, Sabariah terus memandang kearah Kassim Selamat. “Ohh hal itu… sebenarnya.. Sabariah sudah lama menyimpan perasaan kepada abang Kassim .. Bukan sahaja Sabariah minat dengan kemerduan Abang Kassim bermain saksofon tetapi Sabariah minat dan cinta akan Abang Kassim.” Jujur Sabariah meluahkan perasaannya yang sudah lama dipendam kepada Kassim Selamat sambil tersenyum tersipu malu. Kassim Selamat tersenyum manis mendengar kejujuran dan keberanian yang ditunjukkan Sabariah.

“Sabariah mahu tahu tak? Sebenarnya, Abang Kassim juga ada menyimpan perasaan yang sama terhadap Sabariah sejak Abang Kassim melihat Sabariah di restoran.” Balas Kassim Selamat meluahkan perasaannya kepada Sabariah. Mereka tidak menyangka bahawa mereka menyimpan perasaan yang sama antara satu sama lain. Sabariah terus tersenyum gembira mendengar luahan Kassim Selamat yang mempunyai perasaan yang sama dengannya. “Jadi, maknanya kita mempunyai perasaan yang sama? Tidak begitu Abang Kassim?” Sabariah kelihatan teruja dan gembira merasa dirinya adalah perempuan yang sungguh beruntung dicintai oleh lelaki yang dia cintai. “Nampak gayanya begitulah Sabariah.” Jawab Kassim Selamat sambil melemparkan senyuman kepada Sabariah. Mereka berdua ibarat berada di taman yang penuh dengan bunga-bunga berduaan bersama saling meluahkan perasaan masing-masing.

“Abang Kassim, Sabariah mahu pulang. Sudah hampir senja, nanti mak marah pula. Terima kasih kerana sudi berjumpa dengan Sabariah.” Kata Sabariah kepada Kassim Selamat yang tidak lepas dari memandang wajah Sabariah yang ayu. Mendengar Sabariah minta diri untuk pulang, Kassim Selamat mengeluarkan pen dan kertas yang ada pada poket kemejanya dan menulis nombor telefonnya untuk diberi pada Sabariah. “Okay Sabariah, sebelum itu ambil nombor ini. Jika ada apa-apa tekan saja nombor ini.” Kassim menyerahkan kertas yang tertulis nombor telefonnya kepada Sabariah. Sabariah mengambil dan menyimpan kertas itu didalam beg tangannya yang mewah dengan baik “Terima Kasih Abang Kassim, nanti apa-apa Sabariah telefon Abang Kassim. Sabariah pulang dulu ya..” Sabariah minta diri untuk pulang kerana hari sudah lewat senja.

“Okay, hati-hati pulang ya Sabariah.” Kassim Selamat sempat memberi ingatan kepada Sabariah supaya berhati-hati dalam perjalan pulang. Mereka berdua bergerak pulang ke rumah masing-masing dengan hati yang berbunga-bunga kerana dilamun cinta. Sabariah pulang ke rumah dengan penuh gembira dan senang hati tersenyum lebar sepanjang perjalan pulang. Setibanya dia dirumah dan melangkah masuk ke ruang tamu, Nyonya Mansoor sedang menunggu kepulangannya sambil berdiri tegak memeluk tubuh. “Balik pun kau Sabariah.. aku fikir kau tidak jumpa jalan pulang ke rumah! Aku ada hal nak bercakap dengan kau.” Sindir Nyonya Mansoor dengan nada tegas sambil memandang kearah Sabariah. Tanpa banyak bantahan atau alasan atas kelewatannya pulang ke rumah Sabariah terus bertanya kepada Nyonya Mansoor.

“Hal apa itu mak? Macam penting saja bunyinya.” Jawab Sabariah dengan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada apa yang ingin dikatakan Nyonya Mansoor. “Begini.. aku sudah rancang untuk mengahwinkan kau dengan Dr. Ismadi. Macam mana dengan pendapat kau, setuju atau tidak?” Nyonya Mansoor melembutkan nadanya bertanya kepada Sabariah dengan harapan Sabariah akan akur dengan kehendaknya. Sabariah agak terkejut dengan perkara itu dan perasaan serba salah untuk menjawab pertanyaan ibunya terus menusuk ke dalam dirinya “Abang Ismadi? Ermm Sabariah tidak mahulah mak.. Sabariah tidak mahu melukakan hati Abang Kassim Selamat.” Jelas Sabariah kepada Nyonya Mansoor sambil menundukkan kepalanya kerana risau ibunya akan melenting atas jawapannya.

Seperti yang dijangkakan Sabariah, Nyonya Mansoor melenting dengan meninggikan suara. “Kassim Selamat!!! Siapa Kassim Selamat? Doktor? Engineer? Siapa dia?” Soal Nyonya Mansoor dengan geram dan marah apabila terdengar nama Kassim Selamat yang dianggap merosakkan rancangannya untuk mengahwinkan Sabariah dengan Dr. Ismadi. Walaupun Sabariah terpaksa menerima dan mendengar tengkingan ibunya, Sabariah tetap berlembut menjawab. “Dia ahli muzik mak.” Jawab Sabariah sambil menundukkan kepalanya. Mendengar jawapan yang keluar dari mulut Sabariah tidak langsung menenangkan api kemarahan ibunya malah jawapannya seperti menyimbah minyak kedalam api yang menjadikan Nyonya Mansoor bertambah berang kerana tahu Kassim Selamat merupakan seorang pemuzik.

“Ahli muzik??? Hehh!! Pantang keturunan aku ada ahli muzik. Aku bagi kau masa 3 hari untuk kau fikirkan sama ada Dr. Ismadi atau Kassim Selamat. Jika kau memilih Dr. Ismadi, segala harta milik aku akan menjadi milik kau. Tetapi jika kau pilih Kassim Selamat, kau boleh keluar dari rumah ini dan kau bukan lagi keturunan aku serta merta.” Jelas panjang Nyonya Mansoor kepada Sabariah sambil sempat menawarkan pilihan kepada Sabariah sama ada ingin mahu hidup senang dengan hartanya atau ugutan untuk keluar dari rumah dan keturunannya jika pilihannya tidak menepati kehendak Nyonya Mansoor. Terkejut mendengar penjelasan dan kata-kata dari Nyonya Mansoor, Sabariah terduduk diatas kerusi di ruang tamu rumah ibunya termenung memikir akan nasibnya selepas 3 hari tempoh yang diberi oleh Nyonya Mansoor.

Hari silih berganti masa berlalu dengan terlalu cepat. 3 hari yang menghantui fikiran Sabariah telah pun habis dan pada pagi itu, Nyonya Mansoor menaiki tangga rumahnya menuju ke bilik Sabariah yang berada ditingkat atas rumahnya untuk mendengar jawapan dari Sabariah. “Sabariah., sudah cukup tempoh 3 hari yang aku bagi kau. Jadi apa jawapan kau? Dr. Ismadi atau Kassim Selamat?” Kedengaran tenang pertanyaan dari Nyonya Mansoor itu. 3 hari Sabariah memikirkan jawapannya. Demi cintanya kepada Kassim Selamat dia tekad untuk memilih Kassim Selamat walaupun dia sudah dapat menjangkakan nasibnya selepas itu kerana dia percaya akan keikhlasan cinta Kassim Selamat kepadanya. Tanpa ragu-ragu. “Kassim Selamat mak.” Dengan tenang Sabariah menjawab kepada ibunya. “Kassim Selamat? Bagus.. sekarang aku mahu kau panggil Kassim Selamat suruh dia datang kemari".

"Aku mahu selesaikan urusan kau dengan dia!” Dengan sindiran lembut Nyonya Mansoor menyuruh Sabariah memanggil Kassim Selamat untuk datang ke rumahnya. Dengan cepat Sabariah mencapai telefon bimbitnya dan mengambil beg tangannya untuk mencari kertas yang tertulis nombor telefon Kassim Selamat. Tanpa berlengah Sabariah menekan nombor mengikut nombor yang tertulis dan menghubungi Kassim Selamat. “Tutt.. tutt…” Bunyi deringan menanti panggilannya dijawab oleh Kassim Selamat. Beberapa saat kemudian deringan itu tidak lagi kedengaran tanda panggilan itu telah dijawab dan Sabariah tanpa menanyakan siapa di talian dengan yakin terus menyebut nama Kassim Selamat. “Hello Abang Kassim, mak suruh abang datang kemari. Rumahnya banglo, dihujung jalan utama berhampiran Taman Astakona.”

Sabariah memberikan arah kepada Kassim Selamat untuk datang kerumahnya dengan nada yang kedengaran sedikit cemas kerana risau apa yang akan terjadi selepas ini. Sejurus menjawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali dan terdengar suara seorang perempuan, Kassim Selamat dapat mengagak tanpa ragu-ragu bahawa itu panggilan dari Sabariah. “Ada hal apa mak mahu jumpa Abang Kassim?” Tanya Kassim Selamat kepada Sabariah dengan perasaan risau yang telah memenuhi ruang dadanya. Situasi antara mereka berdua menjadi lebih mendebarkan kerana mereka berdua tidak tahu apa yang akan terjadi pada nasib mereka berdua kerana Nyonya Mansoor. “Sabariah pun tidak pasti. Abang datang ya..” Balas Sabariah dengan harapan Kassim Selamat akan datang dan dapat menenangkan kerisauannya. Tanpa berlengah Kassim Selamat menjawab. “Baiklah, abang Kassim datang sekarang.”

Sabariah mematikan panggilan dan Kassim Selamat terus mencapai kemejanya yang tergantung dan keluar bergerak menuju rumah Sabariah menaiki keretanya dengan mengikut arah yang telah diberi oleh Sabariah. Rumah Kassim Selamat dan Sabariah berada berdekatan tidak mengambil masa yang panjang untuk kerumah antara mereka. Persoalan demi persoalan bermain dalam ruang fikiran kepala Kassim Selamat. Apa perkara yang terjadi sehingga ibunya Sabariah ingin berjumpa dengannya. Dia cuba untuk tidak terlalu berfikir berlebihan dan fokus arahnya ke rumah Sabariah. Setelah mengharungi beberapa lampu isyarat, Kassim Selamat akhirnya tiba di rumah Sabariah dan memasuki perkarangan rumah Sabariah yang luas dan besar. Dia keluar dari keretanya dan mengatur Langkah dengan penuh debaran di dada menuju ke pintu rumah Sabariah.

Setibanya dihadapan pintu rumah Sabariah, Kassim Selamat terkejut melihat ramai orang di rumah Sabariah seperti ada majlis pernikahan yang lengkap dengan kehadiran tok kadi yang duduk bersila di tengah ruang tamu bersama beberapa orang lelaki yang dia beranggapan mungkin itu saksi pernikahan. Dalam kebingungan itu, seorang perempuan tua berjalan menuju kearah Kassim Selamat dan bertanya dengan nada yang agak tegas. “Kau Kassim Selamat?” Perempuan tua itu adalah Nyonya Mansoor yang masih tidak boleh menerima keputusan yang dibuat oleh Sabariah. “Ya, saya Kassim Selamat.” Jawab Kassim Selamat dengan sopan. Nyonya Mansoor terus menarik tangan Kassim Selamat. “Kemari kau… mari sini duduk, aku mahu nikahkan kau dengan Sabariah.”

Katanya kepada Kassim Selamat sambil menarik tangan Kassim Selamat dan mengarahkannya untuk duduk berhadapan dengan tok kadi. Nyonya Mansoor mengarahkan tok kadi untuk menjalankan upacara pernikahan antara Kassim Selamat dan Sabariah. Kedua tangan bergenggaman dalan lafaz ijab kabul diucapkan. Bersaksikan saksi pernikahan dan tetamu yang ada, maka Kassim Selamat dan Sabariah telah menjadi suami isteri yang sah. Semasa tok kadi menjalankan upacara pernikahan, Nyonya Mansoor berjalan menaiki tangga menuju kebiliknya membuka peti besi yang dipenuhi dengan duit. Dia mengambil beberapa ikatan duit yang tersusun rapi dan mencapai beg baju yang telah dipersiapkan menuju keluar dari biliknya dan melangkah turun ke ruang tamu.

"Sabariah sayang… ini barang dan ada sedikit duit lima ribu ringgit Malaysia, ambil dan keluar kau dari rumah aku!!” Percakapan Nyonya Mansoor yang dimulakan dengan nada lembut yang penuh sindirin memanggil Sabariah menjadi tinggi menghalau keluar Sabariah dari rumahnya. Tidak cukup dengan itu, Nyonya Mansoor memberitahu kepada semua tetamu yang hadir dengan melantangkan suaranya. “Kepada semua tetamu.. mulai saat ini Sabariah bukan lagi anak aku!!” Katanya kepada semua tetamu yang hadir. Sabariah mengambil beg pakaiannya dan duit yang diberi, dipimpin keluar Kassim Selamat sebagai suaminya dari rumah banglo itu.

RUMUSAN

RUMUSAN BABAK 1 Adat tua menahan ragam. Begitulah yang dialami oleh Nyonya Mansoor yang terpaksalah menahan penderitaan kerana perbuatan anaknya Sabariah yang lebih memilih pilihan hatinya iaitu Kassim Selamat berbanding pilihan ibunya yang lebih bekerjaya iaitu Dr. Ismadi. Oleh itu, Sabariah terpaksa meninggalkan ibu kesayangannya demi mengejar cinta bersama Kassim Selamat. Namun disebabkan naluri seorang ibu yang tahu akan masa depannya Sabariah bersama ahli muzik, Nyonya Mansoor telah memberikan RM5000 kepada Sabariah untuk meneruskan hidup dimana mereka akan meninggalkan Singapura dan akan berangkat ke Penang untuk membina kehidupan baru kononnya.

FALSAFAH

Di dalam babak 1 mengandungi falsafah pendidikan barat yang mengandungi elemen realisme, existentialisme dan idealisme. Terdapat konsep realisme, di mana Nyonya Mansoor seorang yang rasional apabila dilihat dari sudut justifikasi beliau untuk melindungi anak kesayangannya daripada hidup melarat dengan Kassim Selamat. Nyonya Mansoor seorang yang sangat serius dalam memilih pasangan untuk anaknya Sabariah, kerana beliau tidak mahu anaknya hidup dalam kesusuhan kerana beliau tahu bahawa Sabariah sudah selesa dengan kehidupan yang mewah. Oleh itu, beliau melarang dan tidak suka apabila Sabariah bernekad untuk memilih Kassim Selamat kerana beliau tahu Kassim Selamat tidak mempunyai apa-apa harta jika hanya bermain alat muzik. Konsep existentialisme yang terdapat pada Nyonya Mansoor ialah di mana beliau memberi masa selama 3 hari kepada Sabariah untuk berfikir ingin mengawini pilihan hati Sabariah iaitu Kassim Selamat ataupun pilihan Nyonya Mansoor iaitu Dr. Ismadi. Selepas 3 hari berlalu, Nyonya Mansoor inginkan jawapan dari Sabariah dan Sabariah memberi jawapan bahawa dia ingin berkahwin dengan pilihan hatinya sendiri iaitu Kassim Selamat. Nyonya Mansoor meminta Sabariah menelefon Kassim Selamat untuk Nyonya Mansoor kahwinkan dia dengan Kassim dengan segera. Selepas Sabariah dan Kassim Selamat diijabkabulkan, Nyonya Mansoor membuat keputusan menghalau Sabariah dari rumahnya di depan semua tetamu yang hadir.

FALSAFAH

Selain itu, falsafah idealism ini terdapat pada Sabariah di mana perasaan cinta Sabariah terhadap Kassim Selamat membuatkan Sabariah membuat keputusan untuk menolak lamaran Dr. Ismadi kerana Sabariah ingin hidup bersama dengan Kassim Selamat menunjukkan bahawa Sabariah seorang yang idealisme. Sewaktu Sabariah dan Nyonya Mansoor di restoran, Sabariah telah dibuai dengan alunan merdu daripada saksofon yang dimainkan oleh Kassim Selamat. Kassim Selamat merupakan ahli muzik yang terkenal di restoran itu. Alunan tiupan saksofon yang dimainkan oleh Kassim Selamat telah menimbulkan bibit-bibit cinta di dalam diri Sabariah. Sabariah berjumpa dengan Kassim Selamat untuk mengatakan hasratnya ini berjanji temu pada hari esoknya. Sabariah mengungkapkan hasratnya yang ingin mengenali Kassim Selamat dengan lebih dekat. Tidak lama kemudian, Nyonya Mansoor bertanyakan kepada Sabariah, adakah dia ingin berkahwin dengan Dr. Ismadi. Namun, Sabariah menolaknya kerana dia yakin bahawa dia akan hidup bahagia bersama jejaka idamannya iaitu Kassim Selamat memandangkan Kassim Selamat juga menyimpan perasaan yang sama seperti Sabariah.

BABAK 2

IZINKAN ANAKKU PERGI

Mereka menyewa dengan tuan rumah tersebut yang selesa dengan gelaran Abang Ali. Abang Ali seorang yang sangat baik hati dan melayan mereka dengan sangat baik sebagai penyewa baru di rumah tersebut. Setelah beberapa bulan mereka menyewa di rumah Abang Ali, mereka sedar bahawa duit yang diberi oleh Nyonya Mansoor semakin berkurang dan tidak lagi mampu untuk menyewa di dalam rumah tersebut. Mereka mengalami masalah kewangan kerana Kassim Selamat yang tidak bekerja sehingga memaksa mereka untuk berpindah menyewa sebuah bilik yang kecil dan sempit di bawah rumah milik Abang Ali. Abang Ali membantu mereka mengangkat beg pakaian mereka dan menunjukkan bilik sewa yang mereka akan duduki dengan sewaan sepuluh ringgit sebulan. Keadaan rumah tangga mereka mula diuji dengan kekurangan dari kewangan dan kemewahan tetapi Sabariah tetap setia bersama Kassim Selamat di dalam susah senang mereka. Sabariah mula menyedari bahawa dia tidak boleh membiarkan keadaan mereka terus susah dan semakin susah begini.

“Apa nak jadi dengan kita ni bang, makin lama makin susah hidup kita. Dari hotel kita pindah ke rumah sewa, dari rumah sewa kita pindah ke bilik sewa. Selepas ini kemana kita bang?. Itulah bang, Sabariah suruh cari kerja abang tak mahu, kalau tidak hidup kita pasti tidak begini.” Bebelan Sabariah meluahkan isi hatinya didengari oleh Kassim Selamat dengan setia. “Haihhh… abang bukan tidak mahu cari kerja, abang mahu kerja di kelab malam menjadi ahli muzik Sabariah tidak bagi. Apa lagi yang abang boleh buat, itu sahaja yang abang pandai.” Jelas Kassim Selamat dengan panjang lebar kepada Sabariah.

Perbualan mereka menjadi semakin tegang dan Sabariah membalas penjelasan Kassim Selamat itu. “Ulang-ulang kelab malam, ulang-ulang kelab malam. Abang boleh saja cari kerja lain, tidak semestinya menjadi ahli muzik. Abang tahukan mak tidak suka kepada ahli muzik. Sabariah bukan tidak bagi abang menjadi ahli muzik tetapi bagaimana kalau mak tahu abang masih menjadi ahli muzik, pasti kita tidak akan berbaik dengan mak.” Bertalu-talu bebelan Sabariah masuk ke telinga Kassim Selamat. Sebagai seorang suami, Kassim Selamat mendengar dengan baik dan tidak untuk beremosi kepada Sabariah dan akhirnya Kassim Selamat akur dengan permintaan Sabariah untuk mencari kerja selain daripada ahli muzik. “Hmmm.. baiklah abang akan mencari kerja lain.” Jawab Kassim Selamat dengan lembut dan akur dengan kehendak Sabariah. Setelah hampir seminggu Kassim Selamat mencari pekerjaan untuk menyara kehidupan mereka akhirnya dia telah menemui kerja sebagai seorang tukang kebun di sebuah kebun pisang. Kassim Selamat membanting tulang empat keratnya untuk menyara kehidupannya bersama Sabariah, juga untuk kandungan yang sarat dikandung oleh Sabariah.

Di suatu malam, Kassim Selamat tidur kepenatan bekerja. Sabariah yang masih belum lena, mencapai telefon bimbitnya yang berada hampir dengannya lalu menghidupkan skrin telefon bimbitnya. Bilik yang gelap mula tersinar dengan cahaya malap yang datang dari skrin telefon Sabariah. Sabariah menghantar pesanan kepada Nyonya Mansoor untuk mengadu nasib bahawa dia tidak mampu lagi hidup susah dan bimbang akan masa depan anak yang dikandungnya. Pesanan yang dihantar melalui telefon bimbitnya telah berjaya dihantar dan Sabariah mematikan skrin telefonnya dan meletakkan semula telefon bimbitnya di tempat yang diambilnya lalu meletakkan kepalanya dan terlelap lena di sebelah Kassim Selamat yang lena dibuai mimpi. Pada suatu petang, ketika Kassim Selamat yang baru pulang dari kerja dia agak terperanjat kerana apabila dia sampai di hadapan pintu biliknya terlihat Sabariah yang sedang menangis ditenangkan oleh Nyonya Mansoor. Kassim Selamat terfikirfikir apa tujuan Nyonya Mansoor datang ke biliknya yang kecil dan sempit. Nyonya Mansoor menyambut kepulangan Kassim Selamat dengan senyuman dan sapaan yang sungguh lembut.

“Baru balik kerja kau Kassim?” Tanya Nyonya Mansoor yang melihat kepulangan Kassim Selamat.

"Iya mak baru balik dari kerja. Bila mak sampai?” Tanya Kassim Selamat sambil menanggalkan topinya dan duduk di hadapan pintu biliknya sambil Sabariah pula masih menangis di dakapan Nyonya Mansoor. “Mak baru sahaja sampai Kassim. Akhirnya jadi manusia juga kau Kassim. Tak mengapa Kassim kau kerja apa pun yang penting bukan ahli muzik.” Ujar Nyonya Mansoor dengan nada yang sangat lembut di titipkan dengan senyuman manis dalam percakapannya dengan menggelarkan dirinya “Mak” kepada Kassim Selamat. Nyonya Mansoor meneruskan percakapannya dengan menjelaskan niatnya datang ke Pulau Pinang.

“Mak datang kesini kerana mahu bawa Sabariah pulang bersama Mak. Kau tahu kan Sabariah sekarang sudah berbadan dua. Jadinya dia perlukan penjagaan yang sempurna. Kau jangan risau, selepas Sabariah selamat melahirkan, mak sendiri yang akan menghantarnya kepada kau semula. Kau izinkan tak Kassim?” Jelas Nyonya Mansoor. Kassim Selamat dilanda dilema untuk membenarkan Sabariah pulang bersama ibunya. Tetapi demi kasih dan sayangnya kepada Sabariah dan anaknya yang dikandung Sabariah dia akur dan membenarkan Nyonya Mansoor membawa Sabariah pulang bersamanya ke Singapura. “Hmm.. Baiklah kalau begitu mak, saya izinkan.” Jawab Kassim Selamat kepada Nyonya Mansoor mengizinkannya membawa Sabariah pulang bersamanya ke Singapura. Pada malam itu, Sabariah dan Nyonya Mansoor berangkat ke Singapura dan Kassim Selamat keseorangan di Pulau Pinang tanpa isteri tercinta di sisi.

Setelah beberapa bulan Sabariah meninggalkan Kassim Selamat mengikut ibunya pulang ke Singapura, Kassim Selamat menguruskan kehidupannya dengan sendiri tanpa isterinya. Pada suatu hari ketika Kassim Selamat baru sahaja selesai menikmati hidangan tengah harinya, bertalu-talu bunyi notifikasi masuk di telefon bimbit Kassim Selamat. Kassim Selamat yang hairan mencapai telefon bimbitnya dan melihat skrin telefonnya. Kassim Selamat membuka notifikasi pesanan itu dan dia terkaku lalu melutut menangis kerana dia mendapat perkhabaran dari Nyonya Mansoor bahawa Sabariah telah meninggal dunia semasa melahirkan kandungannya. Sejak dari itu, kehidupan Kassim Selamat tidak terurus. Berhari-hari dia menangis sedih atas kematian isteri tercintanya sehingga menyebabkan penglihatannya telah menjadi gelap gelita akibat matanya telah menjadi buta kerana menangis berpanjangan.

Kini, Kassim Selamat menjadi seorang buta dan kehidupannya tidak terurus. Telah genap 2 tahun Kassim Selamat meratapi sedih akan perkhabaran kematian wanita pujaanya. Pada pagi yang hening, terdengar merdu kicauan burung. Abang Ali mengetuk pintu bilik Kassim Selamat dan masuk untuk berjumpa dengan Kassim Selamat. “Assalamualaikum Kassim, Abang Ali ada perkara nak bagitahu Kassim, Abang Ali harap Kassim tidak terasa dengan Abang Ali. Abang Ali sekarang ini rasa kalau Abang Ali tak bagitahu serba salah nak bagitahu pun serba salah. Beginilah, sudah 2 tahun Kassim duduk disini tetapi abang Ali tidak minta satu duit sewa dari Kassim. Jadi harini ada penyewa baru nak menyewa bilik ini, Abang Ali harap Kassim faham-faham sendiri la nahh..” Jelas Abang Ali kepada Kassim Selamat dengan rasa serba salah untuk menyuruh Kassim Selamat keluar dari bilik tersebut kerana ada penyewa baru yang akan masuk menyewa.

“Baik abang Ali saya faham. Saya mahu berterima kasih dengan abang Ali kerana beri saya duduk di rumah ini. Ambil lah saksofon ini sebagai tanda terima kasih saya. Jagalah dengan baik kerana ini ibarat nyawa saya. Abang Ali tolonglah bawa saya jalan keluar dari bilik ini.” Kassim Selamat yang buta meraba-raba mencapai saksofon kesayangannya untuk diberi kepada Abang Ali tanda terima kasih kepada Abang Ali atas jasa baiknya. Kassim Selamat meminta tolong Abang Ali memimpinnya menuju ke pintu keluar dari bilik tersebut dan dengan sehelai sepinggang Kassim Selamat membawa dirinya tanpa hala tuju dalam keadaan buta. Kassim Selamat berjalan tanpa hala tuju. Bagi dia, dimana kakinya terhenti disitulah destinasinya walaupun dia tidak tahu keberadaannya kerana matanya yang buta tidak dapat melihat alam.

RUMUSAN

RUMUSAN BABAK 2 Dugaan yang dilalui sebagai sebuah cabaran Kassim selamat dan Sabariah di uji dengan pelbagai ujian yang melanda dalam keluarga mereka seperti kekurangan duit untuk perbelanjaan, terpaksa berpindah-pindah rumah dan Kassim tidak mempunyai perkerjaan bukan itu sahaja malah Sabariah pulang ke Singapura untuk melahirkan anaknya di sana atas pemantauan Nyonya mansoor. Kassim Selamat memberi izin kepada Sabariah untuk tinggal bersama Nyonya Mansoor kerana Nyonya Mansoor berjanji akan menjaga Sabariah sehingga Sabariah selamat melahirkan anaknya walaupun berat hati untuk melepaskan Sabariah pergi. Beberapa bulan kemudian, Kassim mendapat berita daripada ibu mertuanya bahawa Sabariah sudah meninggal dunia semasa melahirkan anaknya. Kassim menjadi tidak terurus dan menangis sepanjang hari sehingga menyebabkan dirinya buta. 2 tahun kemudian, Abang Ali terpaksa menyuruh Kassim keluar daripada rumah tersebut kerana ada penyewa baru yang ingin menyewa. Sebelum Kassim keluar daripada rumah tersebut Kassim memberi Abang Ali sebuah saksofon kepada Abang Ali sebagai tanda penghargaan kerana Abang Ali banyak berjasa kepadanya lalu Kassim keluar rumah dengan sehelai sepinggang tanpa hala tuju. Baginya dimana kakinya berhenti disitulah destinasinya walaupun dia tidak dapat lihat.

FALSAFAH

Di dalam babak 2 mengandungi Falsafah barat dan falsafah Islam. Falsafah barat yang mengandungi elemen pragmatisme dapat dilihat melalui penyesalan Sabariah terhadap kehidupannya selepas berkahwin dengan Kasim Selamat yang tidak direstui oleh Nyonya Mansoor. Semasa perkahwinannya dengan Kasim Selamat, Sabariah harus menjalani kehidupannya sebagai orang biasa selepas dirinya dihalau keluar dari rumah Nyonya Mansoor dan pada ketika itu kehidupan Sabariah mula berubah. Sebelum ini Sabariah telah merasakan kemewahan yang ada pada Nyonya Mansoor yang menyebabkan Sabariah merasa janggal apabila memulakan kehidupan baru bersama Kassim Selamat. Falsafah Islam iaitu nilai Ta'lim, Tarbiah dan Ta'dib yang terdapat pada watak Kassim Selamat dan Abang Ali. Bagi nilai Ta'lim dapat dilihat dalam perwatakan Kassim Selamat merupakan seorang individu yang mempunyai ilmu dalam bidang muzik. Ini dibuktikan dengan kehidupannya sebelum mengenali Sabariah dimana dia sering bermain saksofon di kelab-kelab sebagai ahli muzik. Di dalam filem Ibu Mertuaku ini juga jelas menunjukkan bahawa Kassim Selamat seorang yang mencintai ilmu dan berpengetahuan luas terhadap muzik dimana wataknya pandai dalam bermain saksofon dan juga bernyanyi. Namun, selepas dia bernikah dengan Sabariah, dia harus hentikan buat sementara waktu untuk bermain demi memenuhi kehendak Sabariah yang mahu dia berhenti bermain alat muzik di kelab-kelab serta demi menjaga hati Nyonya Mansoor.

FALSAFAH

Selepas itu, nilai Tarbiah yang terdapat pada watak Kassim Selamat yang memberi kesan kepada dirinya akibat terlalu berduka cita terhadap berita yang diterima daripada Nyonya Mansoor, Kassim Selamat menangis siang malam sehingga matanya tidak dapat lagi melihat dan akhirnya menjadi buta. Setelah beliau menjadi seorang buta,banyak cabaran dan liku yang dihadapinya, dengan itu Kassim Selamat menjalani proses membentuk sikap dan keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah swt yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri dari kejatuhan. Seterusnya, nilai Ta'dib yang dapat dilihat dalam perwatakan Abang Ali yang merupakan tuan rumah yang baik hati menyewakan rumah kepada Kassim Selamat tanpa mengenakan apa-apa bayaran sewaan. Babak ini menunjukkan kesopan yang penuh beradab Abang Ali meminta izin dengan Kassim Selamat untuk meninggalkan bilik kerana ada penyewa yang baru ingin menyewa bilik tersebut. Walau bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan Abang Ali tidak meminta satu sen pun duit sewa dengan Kassim Selamat selama 2 tahun. Hal ini kerana Abang Ali faham masalah yang dihadapi oleh Kassim Selamat setelah mengetahui Sabariah meninggal dunia dan terus matanya menjadi buta. Itulah sikap Abang Ali yang sangat murah hati kepada Kassim selamat.

FALSAFAH

Seterusnya, nilai Ta'dib juga terdapat pada watak Kassim Selamat. Kassim Selamat merupakan seorang penganggur buta yang miskin setelah mendapat khabar berita daripada Nyonya Mansoor bahawa Sabariah telah meninggal dunia. Namun, dia sanggup memberikan alatan muzik kesayangannya iaitu saksofon kepada Abang Ali sebagai tanda terima kasih atas kebaikkan Abang Ali pada Kassim Selamat. Dimana, alatan muzik itulah yang sepatutnya digunakan untuk meneruskan hidupnya sebagai ahli muzik. Itulah sifat Kassim Selamat yang sangat murah hati.

BABAK 3

KAULAH PENYELAMAT HIDUPKU

Setelah kepenatan akan jauh perjalanan yang ditempuhi di dalam kegelapan buta matanya, pada waktu malam Kassim Selamat tesandar dihadapan sebuah pagar rumah banglo lalu terlelap lena kerana penatnya perjalanannya yang tanpa arah tuju. . Muncul sebuah kereta berhenti di hadapan pagar rumah tempat terlenanya Kassim Selamat pada malam tersebut yang dipandu oleh seorang pemandu. Lalu kereta tersebut yang dinaiki oleh pemilik rumah banglo itu yang selesa menggelar dirinya dengan gelaran Mami bersama anaknya bernama Chombi. Mereka terkejut melihat ada seorang pemuda yang tidur dihadapan pagar rumah mereka. Pemandu kereta tersebut membunyikan hon keretanya untuk menyadarkan Kassim Selamat dari tidurnya.

Bunyi hon tersebut menggegarkan gegendang telinga Kassim Selamat lalu Kassim Selamat terjaga dan dengan keadaan meraba raba sekelilingnya, dia cuba untuk berdiri dan beredar. Mami menyedari dari tingkah laku dan pergerakkan Kassim Selamat menunjukkan Kassim Selamat tidak mempunyai penglihatan. Lalu Mami keluar dari kereta tersebut dan mendekati Kassim Selamat. “Wahai orang buta, dari mana kamu? Dan kamu nak kemana malam-malam begini? Dimana rumah kamu? Biar mami hantarkan kamu pulang.” Bertalu-talu pertanyaan Mami kepada Kassim Selamat kerana bimbang akan keadaannya yang bersendirian di malam hari dalam keadaan buta. Kassim Selamat menyedari ada seseorang berdekatan dengannya dan dia mendengar dengan baik segala pertanyaan yang ditanya oleh Mami.

“Maafkan saya, saya tidak tahu ini kawasan persendirian. Saya tiada halatuju, saya berjalan dimana kaki saya berhenti disitulah rumah saya.” Jawab Kassim Selamat atas semua pertanyaan Mami dengan memohon maaf atas kesalahannya yang tertidur dihadapan pagar rumah Mami. “Kasihan kamu orang buta. Siapa nama kamu?” Mami kasihan melihat keadaan Kassim Selamat dan nasib dirinya yang buta lalu Mami cuba berkenalan dengan bertanyakan namanya. “Nama saya Osman Jailani.” Kassim Selamat memalsukan namanya kerana tidak mahu dirinya dikenali sebagai Kassim Selamat kerana baginya nama tersebut mempunyai banyak sejarah hitam didalam hidupnya. Mami masih bimbang memikirkan kemana Kassim Selamat ingin pergi kerana dia tidak mempunyai hala tuju dan dimana dia akan berteduh dan berehat sepanjang perjalanannya.

“Tidak mengapalah, kamu tinggal sahaja disini bersama Mami.” Mami mengajak Kassim Selamat untuk tinggal bersama keluarganya dan Kassim Selamat kelihatan gembira mendengar pelawaan Mami itu dan menerimanya dengan senang hati dan berterima kasih kepada Mami. “Terima kasih Mami, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa Mami.” Kata Kassim Selamat kepada Mami dengan penuh rasa bersyukur dan gembira. Mami membawa Kassim Selamat naik ke rumahnya dan membawa Kassim ke biliknya untuk berehat serta membersihkan dirinya. “Kamu berehat dibilik ini dulu.” Ujar Mami kepada Kassim Selamat. Sebelum Mami beredar dari bilik Kassim Selamat, terdengar suara tangisan seorang perempuan dan Kassim Selamat bertanya kepada Mami dengan perasaan ingin tahu. “Bunyi tangisan siapakah itu Mami?”. Tanya Kassim kepada Mami. “Itu anak Mami. Chombi namanya.

Dia kerap menangis selepas kematian suaminya.” Mendengar kata-kata Mami tersebut, Kassim Selamat meminta izin kepada Mami untuk membawanya berjumpa dengan Chombi kerana dia ingin menyampaikan nasihat kepada Chombi. " “Bolehkah Mami membawa saya ke Chombi? Saya ingin berjumpa dengannya." Tanpa berlengah Mami membawa Kassim Selamat ke bilik Chombi. Tiba dibilik Chombi terdengar jelas tangisan dari Chombi ditelinga Kassim Selamat.Dia kenal tangisan tersebut merupakan tangisan dari seorang yang kehilangan orang yang sangat disayangi kerana dia pernah merasai tangisan tersebut selepas mendapat berita tentang kematian isterinya yang sangat dicintainya. “Mengapa kau menangis Chombi? Tak perlu kau menangis meratapi orang yang sudah pergi. Kesannya akan memakan diri kamu sendiri..” Nasihat Kassim Selamat kepada Chombi kerana tidak mahu nasib Chombi akan jadi seperti nasibnya.

Mendengar kata-kata tersebut tangisan yang kuat tadi terdengar perlahan teresak. Setelah itu Kassim Selamat kembali kebiliknya untuk berehat sambil Mami masih memujuk Chombi untuk tidur dan berehat. Pada keesokkan paginya, Chombi datang kebilik Kassim Selamat dengan membawa sekuntum bunga ros dan memberinya kepada Kassim Selamat tanda terima kasihnya kepada Kassim Selamat atas nasihat yang menyedarkannya dari penderitaan kehilangan orang yang tersayang. Mereka berbual-bual sambil mendengar putaran radio dibilik Kassim Selamat. Dalam kerancakkan perbualan mereka terdengar bunyi tiupan saksofon dari corong radio dan bunyi tersebut menarik perhatian Kassim Selamat dan mengingatkannya akan saksofonnya dan menyuburkan keinginannya untuk meniup saksofon semula seperti kebiasaannya dilakukan dahulu.

“Sedap bunyi tiupan saksofon itu.. Chombi.. dirumah ini ada saksofon? Boleh saya minta saksofonnya?” Kassim Selamat meminta Chombi untuk membawanya saksofon yang berada dirumah tersebut kerana Kassim Selamat ingin melepaskan kerinduannya untuk meniup saksofon. “Ada, sebentar ya, Chombi pergi ambil..” Chombi menuju ke biliknya untuk mengambil saksofon yang tersimpan lama didalam almari biliknya. Chombi membawa saksofon tersebut kepada Kassim dan memberinya kepada Kassim Selamat. Kassim Selamat memegang saksofon tersebut dengan penuh rasa teruja dan memainkannya. Kemerduan tiupan saksofon dari Kassim Selamat membuatkan Chombi terpegun. Mami yang berada di ruang tamu rumah mendengar bunyi tiupan saksofon yang merdu itu bergegas menuju kearah bunyi itu yang datangnya dari bilik Kassim Selamat.

Mami terpegun dengan kemerduan tiupan saksofon dari Kassim Selamat. Sedang mereka khusyuk mendengar tiupan saksofon dari Kassim Selamat, terdengar bunyi enjin kereta milik seorang pengarah muzik yang bernama Pak Din atau selesa menggelarkan dirinya sebagai Mamak. Mami yang tersedar dengan kehadiran Pak Din, segera menuju ke luar rumah untuk menyambut kehadiran Pak Din. Pak Din yang juga terdengar kemerduan tiupan saksofon itu dari bawah rumah bertanya kepada Mami dari manakah dan siapakah gerangan yang meniupkan saksofon itu. “Siapakah yang memainkan saksofon itu Mami?” Tanya Pak Din kepada Mami dengan penuh rasa ingin tahu didalam dirinya. “Itu Osman Jailani. Buta orangnya.” Jawab Mami sambil menjelaskan fizikal orangnya. Kehairanan yang bercampur teruja telah menjajah diri Pak Din. "Osman Jailani?? Buta??”

Pak Din seorang pengarah muzik yang pertama kali mendengar nama Osman Jailani terasa sangat hairan kerana nama tersebut tidak pernah wujud didalam dunia muzik sepanjang pengalamannya di dalam dunia muzik tetapi hasil seni dari nama tersebut seperti biasa didengarnya. Pak Din yang tidak dapat mengawal perasaan ingin tahunya itu tanpa berfikir lagi terus bergegas naik kerumah dengan izin Mami dan menuju ke bilik Kassim Selamat. Pak Din terkejut melihat gerangan yang meniup saksofon itu. “Ini Kassim Selamat!” Ujar Pak Din kepada Mami. Nama Kassim Selamat tidak asing didalam dunia muzik dan dikenali oleh semua orang yang mendengar muzik yang terkenal dengan kemerduan suaranya dan kemahirannya meniup saksofon. Pak Din juga terpegun melihat persembahan dari Kassim Selamat dan perlahan-lahan menghampiri Kassim Selamat.

“Kassim Selamat.. awat chek tukar nama? Nama Kassim Selamat bukankah bagus?” Pak Din menyapa Kassim Selamat sesudah Kassim Selamat selesai bermain saksofon. Kassim Selamat agak terkejut kerana ada insan yang mengenalinya walaupun dia sudah menukar namanya. “Tuan ini siapa?” Tanya Kassim Selamat kepada Pak Din. “Nama mamak Mahyudin Jelani.. Tauke Cenderamata Review.." Pak Din memperkenalkan dirinya kepada Kassim Selamat dengan penuh rasa gembira kerana dapat berjumpa denga seorang ahli muzik yang tersohor pada suatu masa dahulu. “Maafkan saya, sebenarnya saya benci dengan nama Kassim Selamat.. kerana nama itulah saya hilang isteri saya, dan saya hilang mata saya.” Jelas Kassim Selamat kepada semua orang yang berada di situ termasuklah Chombi. .

Mami dan Chombi terkejut dan gembira apabila mengetahui identiti sebenar seorang lelaki buta yang bernama Osman Jailani rupanya adalah Kassim Selamat seorang ahli muzik yang tersohor dalam masa yang sama merupakan ahli muzik kegemaran Chombi. “Kassim Selamat.. mamak ada satu cadangan. Mahu tak bersama mamak pusing satu Malaysia bersama Cenderamata Review buat persembahan. Mamak yakin tentu bagus.” Pak Din menawarkan kepada Kassim Selamat untuk membuat kemunculan semula dirinya dan membuat persembahan keseluruh Malaysia. “Pergilah abang Kassim..!” Chombi yang teruja mendengar tawaran dari Pak Din meminta untuk Kassim Selamat menerima tawaran tersebut kerana dia ingin mendengar ahli muzik pujaannya membuat persembahan secara langsung. Kassim Selamat berada dalam dilemma untuk menerima tawaran dari Pak Din. “Kalau Abang Kassim pergi, macam mana dengan Chombi?”

Kassim Selamat yang kelihatan bimbang akan keadaan Chombi kerana dia sedar bahawa Chombi baru sahaja ingin pulih emosinya dari kesedihan yang lama dilaluinya selepas kematian suaminya. Dia bimbang jika dia menerima tawaran Pak Din dia akan meninggalkan Chombi dan kerisuannya tiada siapa yang akan menasihatkan dan memberi motivasi kepada Chombi. “Chombi akan tunggu Abang Kassim pulang.” Jawapan yang diberi oleh Chombi meyakinkan Kassim Selamat untuk menerima tawaran dari Pak Din. “Baiklah mamak Mahyudin, saya terima tawaran mamak. Tapi dengan satu syarat.” Akhirnya Kassim Selamat menerima tawaran Pak Din tetapi penerimaannya bersyarat. “Apa syaratnya?” tanya Pak Din yang kelihatan tiada masalah akan syarat yang akan diberikan oleh Kassim Selamat. “Saya mahu nama saya ditukar ganti dengan Osman Jailani.”

Kassim Selamat menjelaskan syaratnya kepada Pak Din dan Pak Din terima syarat yang ditetapkan oleh Kassim Selamat.

“Jangan kata tukar nama saja, apa pun chek nak tukar mamak bagi.. Asalkan chek mau pi saja..” Pak Din gembira dengan penerimaan Kassim Selamat atas tawarannya dan mereka berdua memulakan kembara mereka untuk melakukan persembahan keseluruh Malaysia bersama Cenderamata Review dengan menggunakan nama Osman Jailani dan nama tersebut kian menular sehingga ke Singapura.

RUMUSAN

Rumusan babak 3 Tulang Belakang sebagai Pembakar semangat Hati yang baik dapat mewujudkan suasana yang positif disekeliling. Walaupun Kassim Selamat seorang yang buta setiap urusan sentiasa dipermudahkan kerana adanya nilai budi bahasa dan baik hati pada dirinya. Kassim Selamat dikelilingi dengan orang-orang yang baik dan tidak mengambil kesempatan keatasnya seperti Mami dan Chombi. Walaupun baru sahaja mereka berkenal di depan rumah Mami sudah berasa simpati dan kasihan kepada Kassim kerana tiada arah tuju jadi Mami menggajak Kassim Selamat tinggal di rumahnya. Kassim Selamat memberi kata-kata semangat kepada Chombi untuk teruskan hidup dan berhenti menangis serta terus bersemangat menjalani kehidupan. Mami dan Chombi memberi kata kata semangat kepada Kassim Selamat untuk menjadi ahli muzik dan menggembara bersama Pak Din. Persembahan Osman Jailani mendapat sambutan di Malaysia mahupun di Singapura. Kassim menggunakan nama baru iaitu Osman Jailani untuk melupakan kisah silamnya dan dia menggunakan nama tersebut untuk terus maju.

FALSAFAH

Di dalam babak 3 mengandungi falsafah Islam dan falsafah barat. Dalam falsafah Islam pada watak Mami terdapat nilai Ta'dib seorang ibu yang lemah lembut tuturkatanya. Mami telah memperlawa Kassim Selamat untuk tinggal dirumahnya setelah melihat keadaan Kassim Selamat yang buta dan tiada tempat tinggal. Mami sangat perihatin terhadap Kassim Selamat. Itulah sikap Mami yang memahami masalah Kassim Selamat dan menolong Kassim Selamat untuk terus hidup. Bagi nilai Tarbiah pula dapat dilihat dalam watak Nyonya Mansoor merupakan seorang ibu tunggal di mana beliau mampu menjaga, mendidik dan mengasuh Sabariah sehingga menjadi seorang dewasa. Falsafah barat yang mengandungi elemen idealism pada watak Pak Din kerana sayang dan minat akan bidang muzik mendorongnya mengajak Kassim Selamat membuat kemunculan semula agar bakat dan kemahiran yang ada pada Kassim Selamat sebagai ahli muzik dapat dikembangkan di seluruh Malaysia. Pada satu hari, Pak Din terdengar alunan tiupan seksafon yang merdu dan bertanyakan kepada Mami, siapakah yang memainkan seksafon ketika itu. Mami mempelawa Pak Din masuk ke rumah untuk dibawa berjumpa dengan Kassim Selamat. Pak Din terkejut dan pada masa yang sama gembira melihat Kassim Selamat yang dahulu merupakan seorang ahli muzik yang terkenal. Pak Din mengajak Kassim Selamat membuat kemunculan semula dengan melakukan persembahan di seluruh Malaysia bersama Cenderamata Review. Pak Din berasa sangat gembira kerana seorang ahli muzik yang begitu terkenal iaitu Kassim Selamat bersetuju dengan permintaannya.

BABAK 4

PENGKHIANATAN TERBONGKAR

Persembahan Kassim Selamat telah tular hingga ke Singapura dan telah mendapat jemputan dari sebuah kelab muzik di Singapura untuk membuat persembahan istimewa di Singapura. Iklan persembahan yang bertajuk “Saksofonis Buta” mendapat perhatian dari Sabariah yang melihat iklan tersebut di surat khabar. Sabariah menetap di Singapura dan berkahwinan dengan Dr. Ismadi selepas rancangan jahat dari Nyonya Mansoor yang berjaya memisahkan Sabariah dan Kassim Selamat. Sabariah menghubungi suaminya Dr. Ismadi untuk mengajaknya keluar melihat persembahan dari saksofonis buta pada malam tersebut.

Sabariah dan Dr. Ismadi keluar melihat persembahan itu, setelah setengah jam persembahan bermula Sabariah mengajak Dr. Ismadi pulang ke rumah. Dr. Ismadi hairan dengan kelakuan Sabariah tetapi dalam masa yang sama dia dapat meneka apa yang bermain didalam kepala Sabariah sepanjang mereka melihat persembahan oleh saksofonis buta tersebut. Pada malam tersebut sebelum mereka melelapkan mata untuk tidur, Sabariah membuat satu permintaan kepada Dr. Ismadi suaminya yang juga seorang doktor pakar bedah mata untuk membuat pembedahan keatas mata saksofonis buta yang wajahnya mirip akan wajah bekas suaminya iaitu Kassim Selamat. Pada keesokan harinya, mereka membuat keputusan untuk berjumpa secara peribadi dengan Osman Jailani saksofonis buta untuk menawarkan pembedahan mata secara percuma kepadanya. Mereka berdua berjumpa dengan Osman Jailani di tempat penginapannya di sebuah hotel di Singapura. “Maafkan saya kalau saya mengganggu.” Dr Ismadi menyapa Pak Din yang membuka pintu bilik hotel selepas ketukan dari Dr. Ismadi kedengaran diluar bilik.

“Bolehkah saya berjumpa dengan Encik Osman Jailani?” Dr. Ismadi meminta izin kepada Pak Din untuk masuk ke bilik tersebut untuk berjumpa dengan Osman Jailani. “Tiada masalah, boleh silakan masuk.” Jawab Pak Din kepada Dr. Ismadi dan menjemputnya masuk ke bilik. “Osman, ada orang nak berjumpa dengan chek.”

Dr. Ismadi dan Sabariah terkejut apabila berjumpa dan melihat Osman Jailani secara bersemuka kerana wajahnya sangat mirip dengan Kassim Selamat. “Nama saya Ismadi, Dr. Ismadi.” Dr Ismadi memperkenalkan dirinya kepada Osman Jailani dan memperkenalkan juga isteri dan anaknya yang bersamanya berjumpa dengan Osman Jailani.

Sabariah terdiam seribu bahasa tidak mampu mengeluarkan sepatah kata kerana menahan sedih mengintakan wajah bekas suaminya yang sudah lama dia tidak melihat iaitu Kassim Selamat. Kassim Selamat tersenyum apabila dia mengetahui ada anak kecil yang berjumpa dengannya kerana ia akan mengingatkan dirinya akan anaknya yang dilahirkan oleh bekas isterinya Sabariah yang dikhabarkan meninggal dunia selepas melahirkan anaknya. “Mamak, barangkali anak saya seusia itu mamak.” Ujar Kassim Selamat kepada mamak. Mendengar kata-kata dari Osman Jailani itu menambah lagi kesedihan Sabariah kerana dia dapat merasakan bahawa Osman Jailani itu adalah Kassim Selamat suaminya yang sangat dicintainya. Apabila dua insan ikhlas mencintai sesama mereka dalam hubungan suami isteri, firasat seorang isteri untuk mengenali suaminya sangat kuat terhadap suaminya walaupun suaminya telah cacat dari segi fizikal. Sabariah terus tunduk menangis melihat Kassim Selamat dihadapannya yang telah buta dengan perasaan penuh serba salah.

"Encik Osman, saya datang kemari kerana hendak menawarkan pertolongan secara percuma kepada Encik Osman.” Dr. Ismadi menjelaskan niatnya berjumpa dengan Osman Jailani.

yang

sebenar

datang

Kassim Selamat kehairanan dan bertanya pertolongan apakah yang ingin diberikan oleh Dr. Ismadi kepadanya.



Dr. Ismadi menjelaskan bahawa dia ingin membuat pembedahan mata secara percuma kepada Kassim Selamat agar dia dapat melihat kembali seperti sediakala. “Tuan doktor. Sebenarnya saya lebih senang hidup begini jikalau saya dapat melihat sekalipun, tidak ada apa erti bagi saya. Sebab manusia yang saya sayang tidak ada lagi di dalam dunia ini doktor..”

Jelas Kassim Selamat yang kelihatan tidak berminat dengan tawaran yang diberikan oleh Dr. Ismadi kepadanya untuk memulihkan matanya supaya dapat melihat semula. Sabariah menangis teresak-esak disisi suaminya Dr. Ismadi apabila mendengar kata-kata dari Kassim Selamat.

“Encik Osman, tadi kamu ada mengatakan yang kamu ada seorang anak. Tidakkah kamu ingin melihat anak itu?” Dr. Ismadi cuba memujuk Kassim Selamat untuk menerima tawarannya untuk membuat pembedahan keatas matanya yang buta. Kata-kata Dr. Ismadi yang menyentuh tentang anak itu telah membuat Kassim Selamat untuk berubah fikiran dan akhirnya Kassim Selamat menerima tawaran tersebut. Selepas satu minggu berlalu, Kassim Selamat berjaya menjalani pembedahan yang dilakukan oleh Dr. Ismadi dan dia dapat melihat kembali seperti biasa. Kassim Selamat dapat melihat Chombi, Mami dan Pak Din yang banyak membantunya. Tetapi dia terkejut melihat isteri Dr. Ismadi serupa akan arwah isterinya Sabariah. Selepas itu, dia menjalani rawatan terapi mata secara peribadi bersama Dr. Ismadi.

Selepas selesai sesi rawatan susulan yang dijalani oleh Kassim Selamat untuk memastikan penglihatan matanya dalam keadaan baik, mereka berdua duduk di kerusi yang berada dalam bilik kerja Dr. Ismadi sambil menjamu minuman petang yang disediakn oleh isteri Dr. Ismadi. Sedang mereka duduk berehat Kassim Selamat terlihat kelibat anak Dr. Ismadi yang bermain dihadapan pintu bilik kerja Dr. Ismadi dan anak kecil itu mengingatkan Kassim Selamat akan anaknya. “Tuan doktor, saya teringat kepada anak saya. Petang ini bolehkah saya pergi berjumpa dengan anak saya?” Kassim Selamat meminta izin kepada Dr. Ismadi untuk keluar berjumpa anaknya kerana untuk memastikan tiada sesi rawatan pada petang tersebut yang akan dijalankan dan Dr. Ismadi membenarkan Kassim Selamat untuk berjumpa anaknya.

Dr. Ismadi dan Sabariah kelihatan risau jika Kassim Selamat mengetahui perkara sebenar yang berlaku tentang dia dan Sabariah. Pada petang itu, Kassim Selamat keluar menaiki teksi menuju kerumah ibu mertuanya Nyonya Mansoor kerana dia yakin bahawa anaknya dijaga oleh Nyonya Mansoor selepas kononnya kematian Sabariah. Setiba Kassim Selamat dihadapan pintu banglo Nyonya Mansoor, dia memberi sambil sebanyak tiga kali untuk memanggil Nyonya Mansoor. Setelah berulang kali salam diberi barulah Nyonya Mansoor keluar dari pintu rumahnya yang besar itu. “Kassim Selamat!! Siapa izinkan kau masuk kesini!! Pergii!! Pergi!! Pergi!! Keluar dari sini!! Kaki lima rumah aku kau tak boleh jejak.. keluar!!” Tengking Nyonya Mansor yang menghalau Kassim Selamat untuk beredar keluar dari kawasan rumahnya. Kassim Selamat yang akur dengan Nyonya Mansoor melangkahkan kakinya dari kawasan kaki lima rumah Nyonya Mansoor.

Nyonya Mansoor bertanya kepada Kassim Selamat tentang tujuannya datang ke banglonya dengan nada yang keras dan tinggi. “Saya mahu berjumpa dengan anak saya..” Kassim Selamat dengan penuh kelembutan nada suaranya menjelaskan tujuannya datang ke banglo Nyonya Mansoor. “Kalau kau aku benci, keturunan kau pun aku tak mahu tahu!! Anak kau tak ada!! Aku sudah bagi orang!!” Dengan angkuh dan biadap Nyonya Mansoor menjawab kepada Kassim Selamat. Kassim Selamat terus bersabar dengan hinaan dan cemuhan yang diterimanya dari Nyonya Mansoor dan meneruskan lagi pertanyaannya yang ingin tahu kepada siapa anaknya diberi dan dijawab Nyonya Mansoor dengan penuh angkuh. Kassim Selamat kelihatan sedih dan kecewa dengan Nyonya Mansoor dan menyusun langkah menuju ke teksi yang menunggunya.

Sebelum Kassim Selamat bergerak keluar dari kawasan banglo Nyonya Mansoor, sempat dia meminta pertolongan yang terakhir dari Nyonya Mansoor untuk menunjukkannya pusara isterinya Sabariah. Nyonya Mansoor kelihatan cuak dan cuba mengawalnya dengan baik agar tidak diketahui oleh Kassim Selamat dan Nyonya Mansoor bersetuju untuk menunjukkan pusaranya Sabariah. Mereka berdua bergerak ke tanah perkuburan dan Nyonya Mansoor menunjukkan dimana kuburnya Sabariah. “Sabariah… aku kehilangan kau Sabariah.. aku kehilangan kau…” Kassim Selamat yang terduduk di sisi pusara itu menangis meratap akan kematian isterinya Sabariah. Kesedihannya tidak dapat dibendung lagi dan memaksa Kassim Selamat mengalirkan air mata seorang lelaki dihadapan ibu mertuanya.

“Hemmmm!! Menangis konon!! Jantan tak tahu malu! Menikah satu sen pun tidak keluar wang! Malah harta anak aku kau kikis sampai habis!! Kau seksa anak aku sampai mati!! Pergi kau main muzik disana!! Buat apa kau menangis disini!!” Nyonya Mansoor tidak berhenti mengejek dan menghina Kassim Selamat bertubi-tubi hinaan cemuhan dan tuduhan diberikan Nyonya Mansoor kepada Kassim Selamat. Sedang Kassim Selamat menangis di sisi kubur tersebut tanpa menghiraukan hinaan dan cemuhan Nyonya Mansoor. Tiba-tiba datang sebuah keluarga menuju kearah Kassim Selamat dan menegur Kassim Selamat dan memberitahu bahawa kubur yang ditangiskan Kassim Selamat itu bukan kubur Sabariah. Kassim Selamat terkejut mendengar kata-kata tersebut. Kassim Selamat yang tadinya sedih bertukar menjadi marah dan memegang erat kedua lengan Nyonya Mansor.

“Apa?? Ini bukan kubur Sabariah?? Apa ertinya semua ini??” Kassim Selamat yang kelihatan berang bertanyakan kepada Nyonya Mansoor. Nyonya Mansoor yang sedar bahawa penipuannya telah diketahui oleh Kassim Selamat terus menangis dan berteriak meminta maaf kepada Kassim Selamat atas perbuatannya selama ini. “Ampunkan mak Kassim… Ampunkan mak…” berulangkali Nyonya Mansoor meminta maaf kepada Kassim Selamat sambil berteriak menangis menyesal atas perbuatannya. “Kalau ini bukan kubur Sabariah? Dimana Sabariah??” tanya Kassim Selamat yang penuh amarah kepada Nyonya Mansoor. “Ada.. Sabariah ada masih hidup.. Mak sudah kahwinkan dia dengan Dr.Ismadi..” Jelas Nyonya Mansor teresak-esak menangis menjelaskan segala penipuannya selama ini yang menghancurkan kehidupan Kassim Selamat dan Sabariah.

“Sekarang barulah aku tahu segala-galanya. Rupanya kamulah yang mengirimkan berita palsu tentang kematian Sabariah supaya boleh bercerai dengan Sabariah. Betulkah begitu mak!??” Soal Kassim Selamat yang telah menyedari segala penipuan yang dilakukan oleh Nyonya Mansoor. Nyonya Mansoor terus menangis berteriak terduduk diatas tanah menyesal akan perbuatannya dan meminta supaya Kassim Selamat memaafkannya. “Aku hairan. Mengapakah kau dicipta Tuhan sebagai manusia.. kan lebih baik kau menjadi haiwan!!” Kassim Selamat terlalu marah akan perbuatan yang dilakukan oleh Nyonya Mansor kerana baginya perkara yang dilakukan Nyonya Mansor tidak patut dilakukan oleh seorang ibu mertua kepada menantunya. "Kassimmmmmmm… Ampun Kassimmmmm… Ampun Kassimmmmm…” Nyonya Mansoor menangis berteriak kerana sangat menyesal dengan perbuatannya dan terbaring diatas tanah pengsan mendengar kata-kata dari Kassim Selamat.

Kassim Selamat beredar dari tanah perkuburan tersebut dan menuju ke rumah Dr. Ismadi. Tanpa berkata apa-apa, Kassim Selamat terus melangkahkan kakinya menuju kebiliknya untuk mengemas segala pakaiannya dan keluar dari rumah tersebut kerana dia tidak mampu melihat isterinya yang sangat dia cintai telah menjadi isteri kepada lelaki lain. Akhirnya, Kassim Selamat membutakan matanya semula dengan menggunakan sepasang garfu yang tergantung dibiliknya. Baginya lebih baik dia tidak dapat melihat apa-apa dari dia terpaksa melihat perkara yang akan menderitakan jiwa dan hatinya. Selepas itu, Kassim Selamat dibawa pulang ke Pulau Pinang bersama Chombi, Mami dan juga Pak Din.

-TAMAT-

RUMUSAN

Rumusan babak 4 Pembohongan yang terbongkar. Nyonya Mansoor tidak suka kepada Kassim Selamat sehingga sanggup pisahkan Kassim Selamat dengan Sabariah dan kahwinkan Sabariah dengan Dr. Ismadi. Setelah mati Kassim Selamat sudah dapat melihat kembali Kassim mahu berjumpa anaknya tetapi telah dihalau oleh Nyonya Mansoor serta menipu kerana memberi tahu cerita palsu yang mengatakan anak Kassim telah diberi kepada orang lain. Jadi permintaan terakhir Kassim Selamat adalah ingin melihat kubur Sabariah jadi Nyonya Mansoor akur dengan pemintaan terakhir Kassim Selamat dan membawanya dikubur. Sampai disana Kassim dihina oleh Nyonya Mansoor tetapi apakan daya pembohongan Nyonya Mansoor telah terbongkar menyebakan Kassim Selamat marah kerana menipu dirinya dengan mengatakan bahawa isterinya sudah meninggal sebenarnya belum. Kassim selmat berasa sedih dan marah kepada Nyonya Mansoor atas perbuatnnya.

FALSAFAH

Di dalam babak 4 mengandungi falsafah barat dan falsafah Islam. Falsafah barat iaitu pragmatisme, di mana Kasim Selamat cuba untuk berjumpa dengan Sabariah walaupun terdapat pelbagai halangan daripada Nyonya Mansoor yang mana Sabariah mengetahui akan ibunya yang tidak sesekali menyukai Kasim Selamat kerana Kasim Selamat merupakan ahli muzik. Ta'lim di dalam watak Dr.Ismadi. Ini kerana Dr.Ismadi ialah seorang doktor. Dr.Ismadi merupakan seorang individu yang mempunyai ilmu serta kepakaran dalam bidang perubatan. Pada bahagian awal filem, wataknya ada menjelaskan bahawa Dr.Ismadi merupakan seseorang yang baru sahaja selesai pengajiannya di luar negara sewaktu dia dijemput untuk hadir ke rumah Nyonya Mansoor bersama kakaknya. Bukti yang menunjukkan bahawa Dr.Ismadi mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang pembedahan ditunjukkan pada babak dimana beliau membedah mata Kassim Selamat diatas permintaan Sabariah.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, begitulah perjalanan hidup Kassim Selamat yang mulanya merupakan seorang ahli muzik dan terus berubah selepas berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Sabariah tanpa restu ibunya yang bernama Nyonya Mansoor. Pelbagai halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Kassim Selamat setelah ditipu oleh Nyonya Mansoor dengan matanya yang buta, tiada tempat tinggal, tiada pekerjaan, tiada wang perbelanjaan, namun datang seorang insan yang baik dalam hidupnya iaitu Mami yang sanggup memberi bantuan kepada Kassim Selamat untuk tinggal bersama-sama dirumahnya. Tidak lama kemudian, datang lagi seorang insan yang baik yang sanggup memberi sokongan dan menaikkan semangat kepada Kassim Selamat untuk mengembalikan identitinya yang sebenar iaitu Pak Din. Lihatlah betapa mereka begitu baik akan Kassim Selamat kerana adanya sifat belas kasihan dalam diri mereka terhadap Kassim Selamat. Selepas itu, nama Kassim Selamat terus tular ke seluruh Tanah Melayu terutamanya di Singapura. Ditakdirkan Sabariah dan Kassim Selamat bertemu kembali tetapi ia ibarat mimpi ngeri bagi Kassim Selamat melihat Sabariah bersama Dr. Ismadi dan dia mengetahui segala-galanya bahawa diri dan nasibnya telah dipermainkan.

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan bagi subjek Falsafah Pendidikan (BBD 10102) ini dengan jayanya. Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr. Nur Sofurah Binti Mohd Faiz, selaku Pensyarah Falsafah Pendidikan dan juga Mohd Nur Syufaat Bin Jamiran, selaku pembantu penyelaras kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar sepanjang persiapan manuskrip dan juga telah membimbing kami sepanjang perlaksanaan drama Ibu Mertuaku ini.Tidak lupa juga, ucapan penghargaan dan tahniah kami tujukan buat kesemua ahli kumpulan 4 ‘Ibu Mertuaku’ kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini bersama-sama. Akhir kata, kami ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih setinggi langit. Kami amat menghargainya.

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 4

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.