MPU E-BOOK Flipbook PDF


16 downloads 113 Views 5MB Size

Recommend Stories


Get Instant Access to ebook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF. ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF
Get Instant Access to eBook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF MAGIA CON VELAS PDF - Are y

Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site
Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site >-- Click Here to Download Como Superar Conflictos De Pareja Now --< >-- Click H

Story Transcript

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah

PEMBENTANGAN DARI KUMPULAN 7

NAMA AHLI KUMPULAN :

NAMA PENSYARAH :

MADAM FATIN FAQERIAH

AGONG SAM SUN (20DEP20F1020)

ERICSON NANANG (20DEP20F1016)

MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

PENGHARGAAN Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk saya menyiapkan E-Book/E-Folio.

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah membantu saya menyiapkan E-Book/E-Folio pada masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kursus, Madam Fatin Faqeriah. Beliau telah memberikan paduan, bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa saya membuat E-Book/E-Folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya. Rakan-rakan saya juga telah menolong saya dalam usaha menyiapkan tugasan ini serta mencarikan bahan. Jadi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sedia menolong saya dalam subjek ini. Saya tidak akan lupa pertolongan yang telah diberikan.

OBJEKTIF Tajuk ini mengkaji tentang perkembangan teknologi yang telah menyebabkan generasi masa kini yang leka dengan teknologi canggih seperti telefon canggih dan sebagainya. Hal ini dapat memberi banyak keburukan kepada negara kita juga kerana ia akan menyebabkan pembangunan sosial di negara kita terjejas. Oleh itu, kita semua sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa mencari inisiatif untuk membendung masalah tersebut kerana generasi masa kini merupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.

PENGENALAN Manusia dan teknologi adalah dua kata yang tak dapat dipisahkan pada era modernisasi pada saat ini. Kita tahu bahawa perkembangan teknologi yang sangat pesat saat ini, seakan-akan memudahkan dan memanjakan manusia dalam menjalankan aktivitas kehidupannya. Hubungan manusia dan teknologi ini bisa temui di setiap aktiviti yang kita lakukan, Manusia tidak akan pernah lepas dari sebuah teknologi. Perkembangan teknologi yang semakin pesat saat ini, hal itu tak lepas dari peranan manusia itu sendiri dalam menciptakan teknologiteknologi yang baharu seperti telefon pintar, komputer riba, tablet dan sebagainya. Keperluan manusia dengan sebuah teknologi baharu dapat digunakan dengan memudahkan manusia dalam beraktivitas merupakan faktor utama terciptanya teknologi baru. Gaya konsumtif manusia terhadap sebuah teknologi yang sangat besar inilah, sehingga mendorong manusia-manusia itu sendiri untuk menciptakan alat teknologi baru. Oleh Karana atas dasar hal inilah, perkembangan teknologi baru merupakan simbol dari titik majunya peradaban manusia. Dan hal inilah yang juga menjadi faktor agar manusia dituntut untuk belajar dan memanfaatkan teknologi itu sendiri, jika ia tidak ingin dikatakan ketinggalan zaman. Namun, generasi masa kini telah menyalahgunakan kegunaan teknologi yang semakin maju dan pesat. Hal ini dapat memberikan kesan yang buruk kepada negara, masyarakat, keluarga, diri dan sebagainya.

5 FAKTOR CABARAN 1.

pendedahan penggunaan gajet terlalu awal segelintir ibu bapa memberikan gajet kepada anak bagi mengelakkan mereka merengek. Situasibegini boleh dilihat di mana-mana saja. Malah ada kanak-kanak kecil sudah memiliki telefon sendiri, dibeli ibu atau bapa. Fenomena ini tidak sihat, namun sesetengah ibu bapa tidak kisah kerana gajet boleh membuatkan anak mereka duduk diam dan memudahkan ibu bapa melakukan kerja masingmasing. Malah ada ibu bapa sendiri turut leka dengan gajet.

2.

menjimatkan kos dan masa pada zaman yang moden ini, penggunaan teknologi terlalu canggih dan berkembang dari masa ke masa. Pada zaman dahulu, penghantaran surat menyurat melalui pos dan kita akan dikenakan bayaran terhadap setiap penghantaran tersebut akan tetapi pada masa kini penghantaran surat dapat dihantar hanya dengan menggunakan telefon pintar ataupun mesin fax. Dengan adanya teknologi yang canggih ianya memudahkan urusan kita dan juga dapat menjimatkan masa.

3.

pembelajaran melalui internet kini pembelajaran secara e-learing semakin popular. Hal ini kerana semua maklumat dapat di cari hanya menggunakan hujung jari sahaja. Penggunaan internet sebagai salah satu medium untuk membantu pelajar dan tenaga pengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga memainkan peranan sebagai pendidik atau ‘tutor’ siber yang berkesan. Ini telah memberi kesan kepada hubungan sesama manusia dan menyebabkan kurangnya komunikasi dengan orang sekeliling. Keasyikan kepada melayari internet, menonton televisyen, menggunakan gajet dan pelbagai sumber teknologi moden yang lain menyebabkan kanak-kanak dan remaja kurang berinteraksi dengan orang lain dan bersikap ‘introvert’.

4.

sebagai alat berkomunikasiinternet merupakan salah satu pengantaraan yang sangat efektif dan efisen untuk melakukan pertukaran informasi jarak jauh atau dekat. Kebanyakkan manusia sekarang menggunakan internet untuk berkomunikasi dengan pelbagai cara. Capaian kepada internet melibatkan banyak elemen seperti media elekronik (e-mail), carian fail dan perbualan (chatting). Ada yang menggunakan media elektronik untuk berhubung dengan sahabat handal, saudara mara, keluarga atau sesiapa sahaja. 5. hiburan harian terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita bolehmenonton drama atau filem secara atas talian dengan hanya melayari lamanlaman web yang menyediakan perkhidmatan tersebut seperti YouTube. Selain itu, terdapat juga permainan yang boleh di main secara talian bersama-sama dengan pemain dari pelbagai pelusuk dunia seperti Mobile Legends, Pubg dan sebagainya.

5 KESAN CABARAN 1.

Menyemai sifat malas Penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkanremaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan persatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada generasi muda. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Perkara ini amat merisaukan kerana ia mendatangkan banayak kesan negatif.

2.

Terdedah kepada jenayah siber Penggunaan teknologi tanapa had juga mendedahkan generasi muda kepadajenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data computer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak teretentu untuk melakukan jenayah.

3.

Enggan bersosial Sebagai pengguna teknologi, generasi muda juga dikatakan golongan masyarakat yang enggan bersosial kerana mereka lebih suka menghabiskan masa di hadapan teknologi sahaja. Keadaan ini menyebabkan masa bersama-sama keluaraga, sahabat dan jiran semakin dilupakan sehingga hubungan itu menjadi renggang pula. Semakin lama seseorang itu melayari internet semakin kuranaglah masa yang mereka habiskan dalam dunia realiti sebenarnya.

4. Mendedahkan pelajar dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai Banyak iklan dan laman sesawang menggambarkan seksualiti dan keganasan sertastereptaip dan penggunaan dadah dan alcohol terutamanya di internet yang boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.

5. Menjejaskan keharmonian dan perpaduan Penggunaan teknologi juga berupaya untuk menjejaskan keharmonian danperpaduan negara terutam dikalangan generasi muda. Sudah ada banyak halaman web yang sengaja menyebarkan pelbagai fitnah dan gosip serta propaganda negatif untuk memastikan rakyat di negara ini menerima maklumat yang salah lalu berlakunya kekacauan. Semua bahan yang ditulis itu mampu untuk mencetuskan salah faham dan pergaduhan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini dengan begitu mudah.

5 CARA MENGATASI 1. Memperuntukkan masa yang sesuai Ibu bapa seharusnya menjalankan peranan masing-

masing dalam mengatasi isu ini dalam diri anak-anak dengan mengehadkan masa penggunaan seharian mereka. Peruntukkan masa dalam kehidupan anak-anak adalah mustahak kerana masa itu emas. Justeru, ibu bapa sewajarnya menyediakan jadual masa yang perlu dipatuhi oleh anak-anak pada setiap hari supaya nilai disiplin dan menepati masa dalam diri mereka dapat dicambah dengan baik. Sentiasa

2. Memberikan pendidikan tentang Internet Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberikan didikan kepada anak-anak khususnya tentang penggunaan

3. Internet. Seperti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, ibu dan bapa juga

perlu menerangkan segala butiran mengenai Internet sehingga mereka faham dan bijak dalam menggunakannya. Misalnya, mengetahui laman web yang berunsurkan penipuan dan berisiko untuk dilayari serta kebaikan dan keburukan melayari media sosial hari ini.

4. Sentiasa berinteraksi dengan lingkungan social. Berinteraksi dengan orang-orang di lingkungan sosial banyak menjadi cara yang dipilih orang untuk menghindari dari kecanduan media sosial. Misalnya, dapat berinteraksi dengan tetangga terdekat, atau orang-orang yang memiliki hobi yang sama. Semakin cari pembicaraan, akan semakin kecil hasrat kita untuk menjangkau internet. 5. Menyelesaikan kewajiban kita terlebih dahulu .Menyelesaikan kewajiban dapat menjadi cara mengatasi kecanduan internet. Jika kita adalah seorang pekerja, selesaikan pekerjaan kita terlebih dahulu. Buatlah daftar tugas yang harus kita selesaikan setiap harinya. Silahkan bersenang-senang di internet setelah menyelesaikan semua pekerjaan.

5 CONTOH ISU CABARAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA •

Masalah kekurangan tidur

Bedasarkan kajian, hamper 80% peritus remaja tidur dengan telefon pintar mereka di sisi dan menggunakannya sebagai jam loceng. Secara ourata, mereka menghantar 34 mesej selepas berbaring di atas katil untuk tidur. Sesetengah pakar tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu dengan lampu daripada skrin telefon yang menghalang mereka mencapai tidur nyenyak. Memandangkan rima sirkadian atau kitaran tidur/ jaga tidak dapat membezakan cahaya matahari dan skrin gajet, cahaya tersebut boleh mengelirukan otak menyebabkan masalah tidur. Penggunaan gajet menyebabkan 45 peratus remaja mendapat tidur kurang daripada lapan jam yang mereka perlukan. Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosial terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka.Risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan juga dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur.

• Kemurungan Facebook Kemurungan Facebook merujuk kepada fenomena akibat menghabiskan masa secara berlebihan pada laman media sosial. Dalam remaja yang sihat bersosial, penggunaan media sosial dikaitkan dengan peningkatan hubungan sosial tetapi sebaliknya dalam remaja yang berisiko mengalami kemurungan. Namun, remaja dan orang dewasa yang normal pun berisiko mengalami masalah mood dan kepuasan hidup jika menghabiskan terlalu banyak masa di media sosial. Lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja yang mempunyai masalah keyakinan diri. Ini disebabkan ilusi kesempurnaan hidup yang dipamerkan menyebabkan masing-masing berasa tidak memenuhi jangkaan hidup mereka.

• Sindrom Swafoto gadget Dalam sebuah kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, hampir 91 peratus remaja mempamerkan gambar mereka di sosial media. Kaji selidik tentang imej diri oleh AOL.com dan TODAY Show mendapati 65 peratus remaja perempuan berasa selfie atau swafoto menambah keyakinan diri mereka. Namun 53 peratus merasakan foto mereka yang dimuat naik oleh orang lain membuatkan mereka berasa buruk. Disebabkan itu remaja terus berusaha mempamerkan imej diri mereka yang terbaik melalui swafoto, menambahkan lagi masalah narsisisme. Narsisisme mencerminkan imej diri yang diperbesarkan yang sebenarnya menyembunyikan masalah tidak yakin diri. Di samping keinginan untuk swafoto ‘sempurna’, remaja juga boleh terjebak dalam menghantar swafoto bogel atau secara seksual kepada seseorang atau menerima foto seksual daripada seseorang. Ini mendedahkan mereka kepada pemangsa seperti pedofilia.

• Komunikasi dan Tumpuan Penyelidik dalam neurobiologi menyatakan bahawa remaja yang memanfaatkan teknologi mungkin dapat melakukan pelbagai tugas pada masa yang sama, tetapi kemasukan maklumat baru yang berterusan sebenarnya boleh mengakibatkan ketidakupayaan menumpukan dan menapis maklumat, serta meningkatkan tekanan perasaan. Antara risiko lain yang turut meningkat adalah kesusahan sesetengah remaja memahami nuansa komunikasi dan emosi dalam interaksi sebenar. Disebabkan mereka banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar, mereka lebih menggemari komunikasi dengan respon laju dan pantas. Satu kajian melaporkan bahawa pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja rumah mereka untuk lebih daripada dua minit tanpa perhatian mereka dialihkan oleh gajet mereka. Apa yang perlu dirisaukan adalah kemungkinan generasi remaja masa kini akan belajar bukan secara mendalam seperti generasi sebelumnya kerana ketidakmampuan mereka memproses maklumat secara mendalam disebabkan gangguan-gangguan sewaktu belajar.

• Peranan ibu bapa: kawalan dan didikan Sesetengah pakar melihat cabaran utama dalam dunia keibubapaan masa kini bukanlah teknologi itu sendiri, sebaliknya lebih tentang bagaimana remaja menggunakan teknologi. Menetapkan had penggunaan teknologi adalah penting untuk keseluruhan keluarga-bukan hanya untuk anak-anak. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa penggunaan teknologi secara bersederhana adalah penting untuk semua peringkat umur dan ibu bapa mesti mengawasi tabiat penggunaan gajet mereka sendiri sebagai contoh ikutan yang sihat kepada anak-anak. Berikan galakkan kepada anak anda untuk terlibat dengan aktiviti luar dan aktiviti keluarga. Tetapkan had kepada anak anda seperti penetapan menutup telefon pada waktu tidur, atau mengecas telefon semalaman di bilik lain. Ibu bapa juga wajar mendidik anak mereka bahawa tentang penggunaan telefon pintar secara sihat.

KESIMPULAN Teknologi dan manusia tak akan pernah dapat dipisahkan. Manusia selamanya akan tetap memerlukan teknologi dalam memudahkan kegiatannya. Manfaat dari teknologi akan dapat dirasakan apabila manusia itu sendiri bijak dalam menggunakannya. Sehingga teknologi yang terus berkembang kelak mungkin akan terus membawa ke

kehidupan peradaban manusia yang lebih maju dari era sekarang yang kita alami. Dan bahkan mungkin dengan teknologi-teknologi kelak yang belum diketemukan, hal yang saat ini belum tentu dapat kita lakukan sebagai manusia. Mungkin saja suatu saat nanti dapat kita manfaatkan dari sebuah penemuan teknologi yang akan datang.

Aktiviti Pengukuhan 1. Berikan 2 faktor yang menyebabkan generasi masa kini terlampauleka dengan teknologi?

2. Berikan 2 kesan generasi masa kini yang terlampau leka denganteknologi? 3. Pada pendapat anda, adakah teknologi canggih memberi banyakkeburukan kepada kita? Jelaskan pendapat anda.

RUJUKAN •

https://www.researchgate.net/publication/324412912_Impak_Negatif_Teknologi_Moden_Dalam_Kehidupan_Dan_Perkemban gan_Kanak-



Kanak_Hingga_Usia_Remaja_Negative_Impact_of_Modern_Technology_to_the_Children 's_Life_and_their_Development(Naquiah Nahar, Universiti Teknologi Malaysia september 16,2018)



https://www.slideshare.net/NaveenSegaran/kesan-positif-dan-negatif-penggunaaninternet-dalam-kalangan-pelajar(Naveen Segaran, slideshare, Julai 20, 2014) https://www.ipendidikan.my/peranan-mendidik-anak-anak-memanfaatkan-



internet.html (ipendidikan, ipendidikan.MYCopyright 2022,Hakcipta Terpelihara)



https://dosenpsikologi.com/cara-mengatasi-kecanduan-internet (Devita Retnoi,DosenPsikologi.com)



https://idwebhost.com/blog/bagaimana-cara-menghindari-kecanduan-internet/(Taufiq Prasetya Pradana, IDwebhost, 25 April 2021)



https://www.plimbi.com/article/9509/hubungan-manusia-dan-teknologi( PlimbiEditor, 20 Jun 20



https://www.researchgate.net/publication/324412912_Impak_Negatif_Teknologi_Moden_Dalam_Kehidupan_Dan_Perkemban gan_Kanak-



Kanak_Hingga_Usia_Remaja_Negative_Impact_of_Modern_Technology_to_the_Children's_Life_and_their_Development



http://eprints.utm.my/id/eprint/84837/1/NaquiahNahar2018_ImpakNegatifTeknologiModenDalamKehidupan.pdf 12)

LAMPIRAN

TERIMA KASIH

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.