MPU21032 E-FOLIO Flipbook PDF


26 downloads 103 Views 6MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

MPU21032 Penghayatan Etika dan Peradaban

Dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan

negara di Malaysia NAMA AHLI KUMPULAN : AGNES SHARITTY

20DSK22F2062

ALICIA NICOLE

20DSK22F20330

ESTHER RISHA

20DSK22F2048

VERONICA LUYA

20DSK22F2046

PENSYARAH : SIR MOHD NORFAEEZWAN BIN BUANG

PENGHARAGAAN Terlebih dahulu,kami ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurnianya, kami dapat menyiapkan efolio Penghayatan Etika Dan Peradaban dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Norfaeezwan Bin Buang kerana telah memberi banyak tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan efolio ini. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli ahli kumpulan kami atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan sepanjang kami menyiapkan efolio ini.

objektif mempupuk perpaduan dalam kalangan dalam masyarakat menyemai semangat patriotisme dalam kehidupan seharian @ rakyat berbilang kaum mengekalkan kepesatan pertubuhan ekonomi meningkatkan daya saing terhadap cabaran globalisasi atau liberalisasi menghasilkan tenaga kerja yang cekap,produktif dan berpengetahuan dalam pembangunan dalam sumber manusia

pengenalan Dasar Perpaduan Negara (DPN) merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat. Konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian digunakan untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

kandungan

TANGGAL 31 Ogos 2022, Malaysia akan menyambut ulang tahun ke-65 kemerdekaannya. Dalam usia sebegini, Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara yang telah matang. Dalam konteks sebuah negara, matang membawa erti kemampuan sesebuah negara itu bertindak balas terhadap sesuatu konflik dalaman secara tenang, tertib dan tidak membarah. Dalam tempoh lebih setengah abad, seharusnya sesebuah negara itu telah cukup masa untuk bereksperimentasi dengan pelbagai konflik sosial yang kebanyakannya berkisar kepada isu suku kaum, agama, budaya mahupun bahasa. Sebuah negara yang matang sapatutnya sudah mampu menganggap konflik sosial seperti itu hanyalah kes biasa yang mampu dilerai dengan mudah berpandukan persefahaman dan batas undang-undang sedia ada. Tumpuan utama sebuah negara yang matang adalah ke arah mewujudkan kestabilan serta meningkatkan taraf hidup rakyat ke tahap yang terbaik dan bukan lagi bergelut dengan isu-isu dalaman yang hanya melemah dan menghambat negara dari bergerak maju. Realitinya, pada ketika ini Malaysia masih dihambat dengan masalah kerapuhan kerukunan antara kaum. Konflik perkauman boleh tercetus hanya dengan isu-isu cemburu dan prejudis yang remeh. Ternyata tidak mudah untuk memadam kesan dasar “pecah dan perintah” yang diperkenalkan oleh British menyebabkan wujudnya pemisahan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan antara orang Melayu, Cina dan India. Ini memberi implikasi besar bukan sahaja kepada polarisasi dan hubungan kaum malah kepada sistem pendidikan di negara hingga ke hari ini.

TUANKU Syed Sirajuddin Jamalullail (tengah) dan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

(kiri) berkenan menerima sembah mengadap hormat Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron

Ago Dagang di Balai menghadap Biru Istana Arau, Perlis semalam.- UTUSAN

ARAU : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menasihati mana-mana pihak agar tidak lagi ‘mencurahkan minyak ke dalam api’ terutama apabila bangkitnya sebarang isu perkauman yang mampu meruntuhkan semangat perpaduan di negara ini. Dalam masa sama, baginda turut menasihatkan semua pihak tidak kira asal usul atau latar belakang agar sentiasa berusaha untuk saling faham memahami antara satu sama lain. Titah baginda, seluruh masyarakat perlu lebih mengenali latar belakang semua kaum bagi menyemai semangat perpaduan yang tinggi untuk lebih bertoleransi. Berkongsi pengalaman peribadi semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Kor Peninjau Diraja ketika negara bergelut dengan ancaman komunis, konfrantasi Indonesia serta peristiwa 13 Mei, pada masa itu, setiap anggota merupakan campuran pelbagai bangsa serta agama. “Kami mempunyai semangat perpaduan yang amat tinggi untuk bersatu padu bukan sahaja dalam melaksanakan tugasan malahan saling membantu antara satu sama lain pada setiap masa walaupun di luar tugasan hakiki,” titah baginda. Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima sembah mengadap hormat Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di Balai menghadap Biru Istana Arau di sini, semalam. Berangkat sama, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Bahrin A. Kassim. Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin turut berkongsi kata-kata Presiden Itali kepada baginda semasa menjadi Yang Dipertuan Agong sebelum ini yang kagum dengan semangat perpaduan kaum yang tinggi di Malaysia.

SUDAH menjadi kelaziman buat rakyat Malaysia kalau bersarapan mesti mencari roti canai hingga sanggup beratur panjang demi mendapatkan hidangan tersebut di warung mahupun gerai berdekatan di pagi hari. Kita juga maklum bahawa roti canai sentiasa digemari dalam segenap masyarakat tidak kira kaum. Namun begitu, istilah roti canai pula kini sudah dimodenkan dengan roti canai terbang, roti canai pisang dan roti canai butter. Anda boleh tanya sesiapa sahaja yang anda jumpa di Malaysia ini, siapa yang tidak pernah merasai nikmatnya makan roti canai? Pasti mereka mengatakan “Ya” lalu menganggukkan kepala tanda setuju, sedangkan kita semua maklum bahawa roti canai merupakan makanan tradisional masyarakat India di Malaysia. Senario ini terpakai juga dalam konteks kita membahaskan soal makanan tradisional popular yang lain seperti nasi lemak, laksa, kuih bulan, dim sum dan putu mayam. Pasti terliur bukan? Itu baru bab makanan, belum kita buka topik perbincangan berkait dengan pakaian, perayaan, rutin harian dan sebagainya.

Bukan mudah Malaysia dengan rakyat berbilang kaum mengekalkan nikmat kemerdekaan hingga hari ini jika tiada asas perpaduan kukuh. Jika disorot kembali sejarah perjalanan Malaysia yang sudah 64 tahun merdeka, negara tidak pernah sunyi daripada insiden mampu menggugat keharmonian kaum, tetapi berjaya diatasi. Bagaimanapun, dengan perkembangan teknologi semakin canggih dan pantas, banyak isu sensitif dipertontonkan hingga mengguris perasaan. Media sosial sering disalah guna untuk menyemarakkan perasaan saling mencurigai antara kaum. Kebiadaban dan penghinaan terbuka di media sosial jika tidak bijak ditangani, dikhuatiri boleh mencetuskan episod pergeseran antara kaum dan menjadi bom jangka meruntuhkan perpaduan sekian lama dibina atas keringat dan pengorbanan pemimpin serta generasi terdahulu.

Saifuddin Abdullah

SHAH ALAM – Dasar Perpaduan Negara yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai tepat pada masanya dan amat relevan ketika isu perpaduan di negara kini diibaratkan ‘seperti api dalam sekam’. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, meskipun Malaysia berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum sejak merdeka, namun masih terdapat sisi yang perlu diberi penekanan melalui dasar tersebut. Menurutnya, masalah politik yang berasakan perkauman, masalah diskriminasi kaum yang masih berlaku mampu menjadi pencetus kepada masalah yang lebih besar. “Walaupun tidak ramai yang ingin membahaskannya secara terbuka tetapi mereka simpan dalam hati dengan rasa tak puas hati.“Ia seperti api dalam sekam... cuma ia boleh dikawal. Namun kita bimbang jika satu hari nanti ia akan meletup.“Jadi dasar ini sangat relevan demi meningkatkan perpaduan itu sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

kesimpulan Dasar-dasar negara yang ditubuhkan dan digubal oleh kerajaan amatlah penting diamalkan dan digunakan dengan baik. Hal ini kerana , ia bertujuan untuk menjadikan sesebuah negara yang hidup aman dan damai. Tambahan pula , dasar-dasar ini juga dapat menstabilkan sistemsistem yang ada dalam negara. Menerusi dasar ini juga , semua pihak haruslah berganding bahu bagi memastikan strategi yang disusun dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penekanan dan pendekatan yang diambil dalam melaksanakan dasar-dasar negara ini selaras dengan dasar dan aspirasi kerajaan bagi mengekalkan sesebuah negara yang maju , berdaya saing , bersatu padu serta diiktiraf di peringkat global

UJI MINDA

1) Apakah Dasar Perpaduan Negara (DPN)? a. Dasar payung yang melaksakan usaha berteruskan bagi memupuk,

mengukuhkan dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat b. Dasar payung yang mempunyai sikap toleransi dengan masyarakat

Malaysia c. Sikap tolong-menolong antara satu sama lain bagi menjaga keamanan

negara

2) Dasar perpaduan Negara dilancarkan oleh a. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob b. Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad c. Tan Sri Muhyiddin Yassin

3) Konflik perkauman boleh tercetus dengan a. Isu-isu cemburu dan prejus yang remeh b. Tolong-menolong antara satu sama lain c. Menghormati kaum lain

rujukan Internet https://malaysiagazette.com/2022/08/29/malaysia-perlu-bebas-dari-

belenggu-perkauman/ https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/jangan-curah-minyak-

dalam-api-isu-kaum-raja-perlis/ https://malaysiagazette.com/2022/08/28/perpaduan-negara-masihkah-

ada-jurang/ https://www.bharian.com.my/rencana/mindapembaca/2021/09/863758/m

embina-perpaduan-ambil-masa-meruntuhkan-sekelip-mata https://www.sinarharian.com.my/article/124179/berita/nasional/dasar-

perpaduan-negara-mampu-atasi-isu-perkauman

Buku Penghayatan Etika dan Peradaban Penulis : Siti Zaharah Setapa, Hasnah Hussiin, Nur Afifah Saharudin, Norhasline Sulaiman Mohd Rosdi Ripin, Solehaha Samsudin, Zuharyati Yusof Buku Sejarah Tingkatan 5 Penulis : Dr. Mohd bin Samsudin, Dr. Azharudin bin Mohamed Dali,

Ridzuan bin Hasan, Ishak bin Saidoo

LAMPIRAN

sinopsis Berita berita yang dikongsikan memaparkan banyak peristiwa peristiwa yang berkaitan dengan perpaduan di negara kita. Menerusi berita yang dipaparkan, ia menceritakan masyarakat perlu mengetahui latar belakang semua kaum bagi memupuk semangat perpaduan yang tinggi untuk lebih bertoleransi. Setiap peristiwa akan menyingkap kesedaran tentang apakah ertinya sebagai seorang rakyat Malaysia yang sebenar iaitu kehormatan harapan dan membina masa depan yang baharu.Tanggal 31 Ogos 2022, menceritakan Malaysia menyambut ulang tahun ke-65 kemerdekaannya.Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara bak kata pepatah "bagai aur dengan tebing". Dengan ini kita dapat mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara untuk meningkatkan taraf hidup di dalam kalangan masyarakat.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.