Nilai Masyarakat Malaysia Kumpulan Herman - Copy Flipbook PDF


40 downloads 114 Views 2MB Size

Recommend Stories


Electronic copy available at:
2.....................................................................................................................................................

Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean
Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean EUM (VESSEL CALLS KMT) Vessel WAN HAI 506 MOL DOMINANCE MARE CARIBICUM MOL DELIGHT WAN HA

Story Transcript

Nilai Masyarakat Malaysia (MPU 23042)

Teknologi yang semakin meluas membuka ruang dan peluang kepada jenayah siber di negara kita. Pada pandangan anda, huraikan penyelesaian terbaik bagi mengatasi jenayah tersebut.

Nama Ahli Kumpulan & Nombor Pendaftaran 1.Herman Law Hui Ho (20DAT21F1006) 2.Natelya Raymina Anak Jeremy (20DAT21F1022) 3.Wenny Loranza Anak Clement (20DAT21F1046)

Program : Akauntansi Nama Pensyarah : Farah Hanan Binti Abu Bakar

Prakata

Segala pujian-pujian bagi Tuhan pencipta semesta alam serta penciptaan manusia yang cukup sempurna dari segi akal dan pancaindera supaya dapat menjalankan tanggungjawab nya. kami telah selesai menyempurnakan penulisan e-Book bagi kursus Nilai Masyarakat Malaysia iaitu teknologi yang semakin meluas membuka ruang dan peluang kepada jenayah siber di negara kita. Pada pandangan anda, huraikan penyelesaian terbaik bagi mengatasi jenayah tersebut. E-book ini menjelaskan cabaran cabaran jenayah siber dalam Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Cyber Security Malaysia pada tahun 2011 sahaja sebanyak 15,218 kes jenayah siber telah direkadkan. Jumlah ini tidak termasuk kes yang direkodkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kes jenayah siber setiap tahun semakin meningkat. Sehingga kini, masih ramai rakyat negara kita masih belum mempunyai kesedaran penuh mengenai kaedah atau cara mengandalikan kes jenayah sebegini. E-book ini akan menjelaskan faktor, kesan dan cara mengatasi masalah jenayah siber. Akhirnya e-book ini dapat dikeluarkan dengan bantuan sokongan dan komitmen semua ahli kumpulan saya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pn. FARAH HANAN ABU BAKAR , pensyarah nilai masyarakat Malaysia telah banyak memberi komen penambahbaikan dalam menyediakan dan menghasilkan e-Book ini.

Objektif

• Mengenalpasti punca jenayah siber serta langkah mengatasinya • Memberi kesedaran kepada masyarakat malaysia bahayanya jenayah siber • Melindungi masyarakat Malaysia daripada menjadi mangsa jenayah siber

Jenayah Siber

Pengenalan Jenayah Siber Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat sama ada benar atau salah, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbiran sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Kandungan Faktor peningkatan jenayah siber

7

Kesan jenayah siber

9

Cara mengatasi masalah jenayah siber

11

Contoh isu jenayah siber dalam Malaysia

13

Kesimpulan

15

Latihan pengukuhan

16

Rujukan

17

Lampiran

18

Faktor Peningkatan Jenayah Siber Peningkatan Penggunaan Internet Computer

Kekurangan Pakar-pakar Forensik

Peningkatan penggunaan internet merupakan salah satu penyebab kejadian jenayah siber berleluasa di negara kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, peningkatan pengguna internet mendorong ramai pengguna internet menyalahgunakan maklumat dalam internet untuk pelbagai tujuan tanpa mengira betul atau salah. Misalnya, pengguna internet akan menggunakan pelbagai maklumat dalam internet untuk tujuan penipuan dan aktiviti tidak sihat. Seterusnya, peningkatan pengguna internet mendorong ramai ramai pengguna internet menyalahgunakan kepakaran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dengan cara menggodam sistem-sistem keselamatan bank, menyebarkan virus dan sebagainya.

Kekurangan pakar-pakar yang mahir dalam bidang forensik komputer menyebabkan penjenayah siber sukar untuk dikesan. Sebagai contoh, kekurangan pakar forensik komputer menyebabkan banyak kejadiankejadian penggodaman sistem bank dan kecurian maklumat di internet tidak dapat dikesan. Kekurangan pakar-pakar forensik juga menyebabkan penjenayah siber sukar untuk didakwa di mahkamah kerana pendakwa tidak mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka. Hal ini berlaku kerana pelaku jenayah siber ini kebiasaanya terdiri daripada golongan profesional dan berpengetahuan tinggi dalam bidang IT.

Faktor Peningkatan Jenayah Siber Sikap individu yang sukar dikawal

Kekurangan pendidikan dan Sukar mengenal pasti kesedaran dalam kalangan penjenayah siber masyarakat

Sikap individu yang inginkan keseronokan dan ingin mencuba sesuatu yang baru terutamanya golongan remaja menyebabkan mereka cuba untuk mengaplikasikan kemahiran mereka dengan cara yang salah, seperti penyebaran virus, pengintipan, mencuri maklumat dan penggodaman komputer. Hal ini menyebabkan, ramai masyarakat yang kurang pengetahuan tentang media massa tertipu dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula, individu yang melakukan jenayah siber ini bermotifkan keuntungan. Contohnya, penjenayah siber mengaut keuntungan dengan cara menipu kepada masyarakat melalui internet untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Oleh itu, masyarakat harus lebih peka dengan isu-isu semasa agar tidak menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

Individu-individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah siber ini tidak menyedari bahawa perbuatan mereka seperti menggodam, mencuri maklumat, menyebar virus, menghantar mesej sampah dan pencerobohan adalah satu jenayah. Oleh itu, mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka salah dan memberikan kesan buruk kepada orang lain. Individu-individu tersebut hanya mementingkan keseronokan dan kepuasan diri tanpa berfikir kesan buruk yang akan menimpanya. Oleh sebab itu, pihak kerajaan yang berkepentingan dalam menjalankan tanggungjawab ini mempunyai peranan penting untuk memberikan didikan yang efektif kepada masyarakat dalam menangani penyalahgunaan internet yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

Sukar mengenal pasti penjenayah siber juga merupakan faktor berleluasanya jenayah siber. Hal ini dikatakan demikian kerana, penjenayah siber ini melakukan kegiatan jenayah di alam maya yang tanpa sempadan. Oleh itu, lokasi penjenayah siber ini sukar untuk dikenal pasti. Jika dikenal pasti pun, pendakwaan terhadap penjenayah siber ini sukar dilakukan di mahkamah kerana ketiadaan bukti yang kukuh. Hal ini menyebabkan kegiatan jenayah siber ini terus berleluasa.

Kesan Jenayah Siber

Hilang hasil/keuntungan Salah satu kesan terbesar daripada jenayah siber terhadap syarikat adalah kerugian hasil. Perkara ini boleh berlaku apabila maklumat sulit kewangan syarikat dibocorkan atau dicuri dan digunakna oleh pihak luar untuk engeluarkan dana dari akaun syarikat secara haram, la juga boleh berlaku kepada peniaga yang laman e-dagangnya telah terjejas akibat daripada jenayah siber; ini menyebabkan kerugian pendapatan berharga kerana pengguna tidak boleh mengakses laman web itu.

Membazirkan masa Apabila jenayah siber berlaku, staf IT terpaksa meluangkan banyak masa mereka untuk mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang berlaku. Ini telah merugikan masa kerana kebolehan dan kepakan mereka boleh digunakan untuk langkah produktif kepada perniagaan atau organisasi. Sebaliknya, banyak masa mereka kini digunakan untuk mengendalikan pelanggaran keselamatan dan masalah lain yang berkaitan disebabkan oleh jenayah siber.

Kesan Jenayah Siber Mencemarkan reputasi Apabila jenayah siber menyebabkan pencurian atau penggunaan tidak sah bagi rekod penggunaan, nama baik syarikat boleh mendapat kesan yang teruk. Ini kerana pelanggan akan mula hilang keyakinan terhadap kemampuan syarikat untuk menjaga keselamatnnya dan membuatkan mereka beralih kesyarikat yang lain. Ini boleh menyebabkan syarikat kehilangan pendapatan berharga dan juga nama baiknya.

Mengurangkan produktiviti Disebabkan jenayah siber kerap berlaku, banyak syarikat mula mengambil langkah untuk menaik taraf keselamatn syarikat mereka. Ini termasuklah menghendaki pekerja memasukkan lebih banyak kata laluan dan pin keselamatan, serta melaksanakan perbuatan lain yang memakan masa yang sepatutnya digunakn untuk meyelesaikan kerja mereka. Ini mengganggu kerja harian pekerja dan meyebabkan produktiviti merosot.

Depressi Depressi atau stress adalah satu kesan yang sangat ketara yang disebabkan daripada jenayah siber. Dimana individu yang menjadi mangsa jenaya siber membunuh diri. Kita dapat lihat dariapda negara koreo dimana artis membunuh diri kerana tertekan dengan komen- komen negative oleh natizen.

Cara Mengatasi Masalah Jenayah Siber Memberikan kesedaran melalui kempen dan iklan Langkah pertama untuk menangani jenayah siber adalah dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan ancaman sebenar jenayah siber yang boleh memudaratkan kehidupan mangsa. Kempen melalui iklan di media cetak mahupun digital perlu diperluaskan dan mencapai seluruh ahli masyarakat terutamanya yang mempunyai pengetahuan cetek akan penggunaan teknologi hari ini. Pelbagai taktik yang licik digunakan penjenayah siber untuk memerangkap mangsa oleh itu, pengasimilasi dalam iklan dan kempen yang dijalankan adalah perlu supaya masyarakat betul-betul memahami dan mengambil serius akan langkah keselamatan apabila menggunakan aplikasi-aplikasi di telefon pintar masingmasing. Masyarakat juga perlu bersikap inteligensia dan madani dalam menggunakan aplikasi teknologi hari ini dan peka akan taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah siber. Setiap input atau masalah yang berkaitan dengan jenayah siber hendaklah dikongsikan agar ia menjadi rujukan kepada golongan yang pakar dalam memastikan perkara yang telah berlaku tidak berulang serta mengenal pasti potensi ancaman keselamatan siber.

Mengkaji dan mewujudkan undangundang siber Langkah seterusnya adalah pihak berkuasa seharusnya mengkaji dan memperkenalkan undang-undang yang mampu menghalang jenayah siber ini berlaku dalam negara kita. Isu keselamatan siber semakin menjadi topik tumpuan dalam konfederasi malah perbincangan antara masyarakat dalam media sosial. Maka, pihak kerajaan seharusnya mengumpulkan pakar-pakar teknologi dalam memanifestasikan fikiran agar sebuah rangka undangundang dapat diwujudkan dalam mencegah jenayah siber. Ahli masyarakat pula harus melakukan laporan kepada pihak yang berkenaan sekiranya terbabit atau melihat sebarang kegiatan yang meragukan dan melibatkan jenayah siber agar penjenayah tersebut boleh didakwa dan dikenakan tindakan yang tegas. Tambahan pula, laman-laman sesawang kerajaan menghadapi ancaman yang besar daripada perlakuan jenayah siber ini dan pihak kerajaan seharusnya sedar dan menjadi organisasi utama yang membina laman sesawang atau aplikasi teknologi yang selamat untuk digunakan dan bebas daripada risiko jenayah. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang ditubuhkan pada 1998 perlu diperkasakan agar keselamatan siber dalam negara dapat dijamin sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Cara Mengatasi Masalah Jenayah Siber Bekerjasama secara multilateral dalam membanteras jenayah siber Isu jenayah siber merupakan polemik antarabangsa kerana ia melibatkan banyak negara. Mustahak untuk pihak kerajaan mengukuhkan hubungan multilateral dengan negara-negara lain dalam mengatasi masalah jenayah siber ini. Hal ini akan membantu kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dalam memastikan keselamatan siber dalam negara setanding dengan negara maju yang lain. Kerjasama dalam perkongsian maklumat dan pakar teknologi juga boleh direalisasikan agar kita sentiasa bersiap sedia menghadapi ancaman musuh jenayah siber. Misalnya, berlaku transaksi wang yang meragukan di luar negara dan negara tersebut bertindak melaporkan kepada negara yang terkesan maka, penggubahan wang haram dapat dikesan dan seterusnya menangkap penjenayah yang melakukan korupsi di luar negara bagi mengelak tindakan pihak berkuasa tempatan. Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni berat sama dipikul, ringan sama dijinjing yeng boleh didefinisikan apabila kita bermuafakat dalam menyelesaikan sesuatu perkara sudah pasti kebaikan bersama akan diperoleh tetapi jika sebliknya hanya kerugian akan kita dapat.

Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan siber Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanakkanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran

Kemaskini Perisian Keselamatan Perisian keselamatan adalah satu program yang dirancang untuk melindungi maklumat dalam sistem komputer, rangkaian atau sebarang peranti mudah alih. Ia mengawal akses pihak ketiga, memberikan perlindungan data, melindungi sistem dari virus atau gangguan jaringan internet serta mempertahankan risiko keselamatan sistem lain.Oleh itu, lindungi perisian komputer atau telefon pintar anda dengan mengemaskini perisian keselamatan seperti antivirus atau anti-spyware terkini. Elakkan daripada menggunakan perisian keselamatan yang telah tamat tempoh kerana ia tidak akan melindungi data anda.

Contoh Isu Jenayah Siber Dalam Malaysia

Contoh Isu Jenayah Siber Dalam Malaysia

Kesimpulan

Kesimpulannya, teknologi pada masa kini semakin canggih, tetapi pada masa yang sama terdapat juga kekurangannya, iaitu jenayah siber yang semakin meluas. Kebanyakan penjenayah siber tidak dapat ditangkap kerana sukar dikesan. Oleh yang demikian, langkah- langkah mengatasi perlu diambil oleh semua pihak kerana tiada jalan pintas dalam menangani jenayah siber. Oleh itu, kita hendaklah berwaspada pada setiap masa. Jadi kita hendaklah melindungi sistem komputer kita dengan perisian-perisian dan berhati hati semasa menggunakan rangkaian Internet.

Latihan Pengukuhan

1.Senaraikan dua factor peningkatan jenayah siber. 2.Senaraikan dua cara mengatasi masalah jenayah siber.

Rujukan

https://pendidikjalanan.blogspot.com/2020/11/faktor -berlakunya-jenayah-siber.html https://ms.wikipedia.org/wiki/Jenayah_siber

https://karanganpelajarstpm.blogspot.com/2013/12/k esan-kesan-jenayah-siber.html https://eseistpm.blogspot.com/2013/12/kesan-kesanjenayah-siber.html https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasijenayah-siber.html

Lampiran

E-book ini menjelaskan cabaran cabaran jenayah siber dalam Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak Cyber Security Malaysia pada tahun 2011 sahaja sebanyak 15,218 kes jenayah siber telah direkadkan. Jumlah ini tidak termasuk kes yang direkodkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kes jenayah siber setiap tahun semakin meningkat. Sehingga kini, masih ramai rakyat negara kita masih belum mempunyai kesedaran penuh mengenai kaedah atau cara mengandalikan kes jenayah sebegini. E-book ini akan menjelaskan faktor, kesan dan cara mengatasi masalah jenayah siber.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.