NOVEL HADIRKU UNTUKMU Flipbook PDF

NOVEL HADIRKU UNTUKMU

65 downloads 105 Views 2MB Size

Story Transcript

Murni bergolek ke kiri, lepas tu ke kanan berulang-ulang sendirian di atas katil, di biliknya yang hanya diterangi oleh biasan cahaya bulan. Cahaya bulan bukan main lagi mencuricuri, menyelinap masuk tanpa kebenaran dari celah langsir tingkap cermin yang renggang, tidak ditutup rapat. Dia resah lain macam malam ini. Entah tersampok apa, dia sendiripun tidak tahu. Jiwanya kacau, gelisah tidak tentu pasal. Insan lain enak melayan mimpi, tetapi dirinya menjadi jaga tidak berbayar pula malam ini. Gelisah kerana tidak selesa disebabkan cuaca panaskah? Tidak mungkin, kerana cuaca malam ini agak dingin. Malah Murni boleh nampak melalui cermin tingkap dari imbasan cahaja bulan, yang cuaca sedang berkabus di luar, sungguh dingin sehinggakan Murni terpaksa menghidupkan alat pemanas di dalam bilik tidurnya. Alat pemanas yang selalu hanya menjadi perhiasan, tetapi malam ini alat itu menjalankan tugas. Tugas yang sudah sekian lama terhenti. Nasib baik masih lagi berfungsi. Jarang berlaku cuaca dingin sebegini, tetapi tahun ini entah kenapa luar biasa pula sejuknya. Cuaca dingin yang berlarutan berbulan-bulan. Apa hendak dikata, global warming agaknya yang membuat cuaca di seluruh alam sudah tidak tentu arah. Dalam resah, sempat pula Murni tersenyum. Tersenyum kepada diri sendiri kerana baru perasan, sejak bila pula dia menjadi ahli kaji cuaca? Itulah, gara-gara terpengaruh dengan siaran National Geographic yang selalu ditonton.

1

Aaahh.. apa hendak dipedulikan kesah cuaca, masalah yang ditanggungnya kini lebih berat dari masalah global warming. Terus berkerut mukanya.. tidak lagi tersenyum. Tersedar dirinya sama sahaja dengan keadaan cuaca yang kini sudah tidak tentu arah. Tangan mencapai telefon pintar yang diletakkannya di atas meja sisi. Bukan dia hendak membuat panggilan, sekarang sudah lewat malam, sudah pasti semua orang sedang tidur dan enak melayan mimpi mereka masing-masing, baik jangan diganggu. Kecuali jika dia sudi menadah telinga kena maki kerana mengejut orang yang sedang enak di alam mimpi. Jika berani cubalah? Keberangkalian, panggilan tidak akan berangkat! Jadi apa tujuan Murni mengambil telefonnya? Mata melerek ke arah skrin telefon. Alahai..Melihat jam rupanya.. Tertera angka 03.08 begitu jelas sekali, terpampang. “Hah! Sudah pukul 3 rupanya…” Bulat matanya, skrin telefon dirapatkan ke muka, betulbetul di depan matanya seperti tidak percaya lagaknya yang waktu memang menunjukkan angka 3. Sudah seperti cerita P.Ramlee pula. Murni membayangkan P.Ramlee sedang mendendangkan lagu “Pukul Tiga Pagi“. Pukul tiga pagi tidurlah intan Besok bangun lagi senda gurauan Bangun pagi-pagi hai renung ke awan Lepas gosok gigi minum kopi satu cawan Kanda pergi kerja jauh di kota Dinda jaga rumah jangan main mataanti petang kanda pulang Kita sembang panjang-panjang

2

Dinda jangan bimbang... bujang Bukan mata keranjang... sembahyang Murni tersenyum lagi.. Wajah P.Ramlee sewaktu menyanyikan lagu tersebut. Terpampang wajah biduan negara itu dengan misai nipis yang melintang sebagai Si Hero memujuk Sarimah yang jelita sebagai Si Heroin. Murni tersengeh, yang kena pujuk si Sarimah, yang Murni siapa pula yang sudi memujuk! Dia bukannya ada Hero di dalam hidupnya! Wataknya lebih mencabar kerana dialah Hero dan dia jugalah Heroin. Kasihan…Hilang sesaat gundahnya. Tetapi hanya sesaat! Cepat-cepat dipadamnya wajah lelaki bermisai nipis itu dari kotak ingatannya bersama lagu Pukul Tiga Pagi. Berbalik semula kepada angka jam. Angka jam direnung dengan mata yang bulat. Angka tetap bertambah, walau berapa lamapun ditenung. Tik..tik..tik..setiap saat angka berganti mengikut gerak nadi. Buang masa Murni sahaja. Masa merenungpun sudah mengambil beberapa saat yang terbuang begitu sahaja. Kemudian telefon diletakkannya semula ke meja sisi. Hanya terdengar keluhan panjang seirama dengan detik jam berganjak tanpa jemu. “Tik..tik.. tik..“ berganjak dan terus berganjak. Dari angka 3, kini sudah menunjukkan angka 4 pula. Hanya beberapa jam sahaja lagi subuh akan mengintai. Murni harus memaksa dirinya supaya melelapkan matanya. Paksa dan paksa dan paksa lagi sehingga berjaya. Walaupun sudah beberapa kali dia mencuba dan memaksa, tetapi tetap juga gagal. Keresahan mengatasi segalanya.

3

Cuba jangan layan, boleh tak? Geram betul rasa di hati. Apa lagi yang perlu dibuatnya. Solat sunat dua rakaat telah usai dilakukannya, ayat-ayat mudah sentiasa di hujung bibir. Dapat juga dia merasa sedikit tenang, tetapi hanya buat seketika. Namun, lagi dia cuba menghilangkan masalah itu dari fikirannya, lagi kuat perasaan bimbang dan resahnya mengisi dada. “Ishy.. kenapalah aku bertembung dengan dia.. Kenapa dia! Kenapa!“ Murni memarahi dirinya sendiri dengan bercakap sendirian. Tangan naik ke kepala, mengusutkan rambutnya. Ibarat kusutnya fikiran kini. Itulah soalan yang berulang-ulang diucapkannya disepanjang malam yang dingin ini. “Habislah aku kali ni..!” terkeluar kata-kata, Murni bercakap sendirian dengan nada geram bercampur risau. Sendiri menyoal, sendiri juga yang memberikan jawapan. Pertemuan yang dimaksudkan ialah pertemuan yang tidak dirancang dengan seseorang petang tadi. Ohhh..Itu rupanya masalahnya! Pertemuan itu betul-betul telah memenuhi ruang fikirannya sehinggakan dia tidak mampu berfikir waras untuk menghumban perasaan ragu itu. Dia bingung, geram, marah dan bimbang. Semua perasaan bercampur aduk di dalam kepala otaknya yang kecil. Rasanya, dia tidak mampu menanggung semuanya ini yang datang disaat-saat dia sudah mula melupakan apa yang telah berlaku. Bukan mudah untuk dia mengubat luka di hati.

4

Bertahun-tahun dia berusaha mengubatinya, tetapi akhirnya hatinya terluka kembali hanya dengan satu pertemuan. Pertemuan yang tidak dia duga. Itulah! Pertemuaan yang telah diatur oleh Ilahi. Andaikata tidak bertemu hari ini, akan bertemu juga di waktu yang lain. Yang pasti pertemuan itu pasti akan berlaku. Kerana pertemuan itulah bakal merobah kehidupan Murni. “Badri, kenapalah kau datang sini. Kenapa?” getus Murni dengan nada geram. Namun bila difikir-fikirkan, elok sahaja dibawa bertenang. Jangan diikutkan perasaan itu. Perlahan-lahan dia bangun, selipar kain yang berwarna merah jambu disarung dan dia berjalan lesu, lantas menekan suis lampu. Terus terang pemandangan yang tadinya hanya cahaya bantuan cahaya bulan. Kini cahaya lampu memenuhi setiap ruang. Langkah lesu dihayun lagi, mengheret kakinya yang lemah, berjalan perlahan menuju ke dapur. Tangan mencapai mug yang tersangkut. Bekas plastik yang berisi air dituang ke dalam mug. Mug kegemarannya, mug berwarna puteh yang dibelinya di IKEA satu ketika dahulu. Kerusi ditarik perlahan agar tidak berbunyi, dia tidak mahu perbuatannya mengganggu insan lain yang ada di dalam rumah yang sedang lena. Murni duduk sambil menghirup perlahan air kosong yang terasa dingin seperti baru keluar dari peti sejuk. Dia tidak dahaga sebenarnya, tetapi sesuatu perlu dilakukan untuk mengalihkan fikirannya dari terus memikirkan hal itu. Mata memandang hambar ke arah mug, bagaikan mahu tembus kaca mug di renung. Mengharap dapat mengurangkan sedikit perasaan tidak tenteram sekarang ini. Namun tetap gagal, Murni tetap buntu, apa lagi yang harus dilakukanya. Yang terdengar hanyalah keluhan dan suara keloh resah. Terasa sejuk seluruh badan, sebaik sahaja air di dalam mug habis diteguk. 5

Sudah tahu cuaca sejuk yang pergi minum air sejuk siapa suruh!. Bukankah lebih elok, jika dia membancuh air teh panas, bukannya susah!. Air panas sentiasa ada di dalam alat coway, cuma perlu tekan ke dalam mug dengan goyang teh uncang, semudah A, B, C. Kenapalah tidak terfikir semua itu?. Murni mengelengkan kepala diatas kesilapannya memilih. Benar! Apabila difikirkan selalunya kita silap dalam membuat pemilihan. Selalu memilih yang tidak sepatutnya. Malas punya pasal, orang sedang bingung, kepala tidak boleh berfikir waras. Ditambah dengan kedinginan cuaca di luar, lagilah otak menjadi beku…hemm..otak beku seperti air batu. Jari Murni mencari-cari butang pyjamanya, lalu membutangkan semua butang sehingga menutup leher. Grr..terasa sejuk. “Sejuk betul musim tengkujuh tahun ini” bisiknya di dalam hati. Mug yang kosong diletakkannya ke dalam sinki, Murni berjalan longlai kembali ke bilik. Opsss! Dia tidak terus ke biliknya, tetapi di bilik sebelah! Pintu bilik ditolak perlahan. Terlalu perlahan sehinggakan semutpun tidak dengar. Dia tidak mahu mengganggu penghuni bilik itu, bilik Mila, anak remajanya. Esok dia perlu bangun dalam keadaan segar untuk ke sekolah. Sama seperti dirinya yang perlu segar untuk menjalankan tugas di Pejabat Daedah Bukit Fraser. Tetapi, adakah dia akan segar untuk bertugas esok?

6

Sedangkan malam ini dia mengambil tugas si burung pungguk berjaga malam. Jari bagaikan mengira sesuatu. Rupanya dia menghitung yang dia sudah lebih dari 8 tahun berada di Bukit Fraser yang telah menjadi kampungnya kini. Setelah jemu berpindah randah dari satu daerah ke satu daerah, akhirnya memilih tempat ini sebagai lokasi terakhir pelariannya. Tetapi.. ya, ada tetapinya, adakah dengan pertemuan ini dia bakal berpindah ke lokasi lain, sekali lagi? Murni menarik nafas panjang. Sudah terbayang, seksanya berkemas untuk berpindah dan seksanya untuk memulakan hidup di tempat baru. Dia belum ada jawapan lagi kepada soalannya sendiri. Mungkin dia terpaksa berpindah lagi, dan mungkin juga tidak! Jika boleh dia mahu pilihan yang kedua, “Mungkin juga tidak”. Tetapi itu hanya harapannya sahaja. Tangan lembut Murni mengusap perlahan kepala si anak. Mila bergerak, apabila menyedari ada sesuatu mengganggu lenanya. Perlahan matanya terbuka. Terkejut juga dia pada mulanya, tetapi merasa lega apabila dia tahu orang yang mengusap kepalanya, hanyalah mama. “Hemm.. ma.. kenapa ma…. dah siang ke?” tanyanya dengan suara mamai. Murni tersenyum “belum lagi sayang… masih malam, saja mama nak tengok anak mama tidur, dah.. dah.. sambung balik tidur tu..” jawab Murni. Murni melindungkan perasaan runsingnya dari pengetahuan si anak gadis dengan senyuman. Sekarang bukan masanya untuk Mila ketahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Mungkin apabila dia dewasa sedikit, apabila dia boleh mengerti apa itu erti kehidupan. Bukannya sekarang, dia masih mentah untuk menelan kesah hidup mamanya yang penuh berwarna 7

warni. Tetapi warna yang terlihat jelas adalah warna hitam. Murni juga tidak mahu Mila mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku sehingga mereka berdua beranak, tercampak jauh dari saudara mara. Murni sedar, mungkin sekarang dia boleh bercerita dongeng kepada Mila, tetapi akan tiba waktunya nanti Mila akan mengetahui cerita yang sebenar. Bukan lagi cerita dongeng atau rekaan. Masa itu akan tiba, apabila dia mula bertanya itu dan ini untuk mengetahui lebih detail mengenai dirinya yang sebenar. Terutama tentang hal bapanya. Selama-lama ini Murni hanya memberitahu yang si bapa sudah meninggal, bukan meninggal dunia, tetapi meninggalkan mereka berdua. Sengaja Murni hanya menyebut perkataan “meninggal” tanpa ada perkataan “dunia” dihujung. Adakah Murni sudah bersedia untuk menjawab soalan yang bakal Mila tanya tatkala itu? Wallahhualam.. hanya masa yang akan menentukannya kelak. “Hemmm… “ Mila membetulkan kedudukan tidur yang tadi mengerekot ke kedudukan yang lebih selesa. Menyambung semula lenanya dengan lebih selesa. Spontan, Murni menarik tinggi stokin yang dipakai oleh Mila dan menarik perlahan selimut agar dapat menutup seluruh tubuh si anak sehingga ke paras leher. Teddy bear berwarna perang yang menjadi penemannya sejak kecil, dipeluknya kejap. Terus kembali lena, menyambung semula mimpi yang terganggu tadi agaknya. Perlahan Murni menutup semula pintu bilik Mila. Kali ini Murni betul-betul kembali semula ke biliknya setelah menutup semula suis lampu dan sekali lagi memaksa matanya agar terlelap. Harap-harap kali ini dia dapat melelapkan matanya. Separuh malam sudah berlalu begitu sahaja, jangan pula dia tidak terlelap langsung, jawabnya dia tidak akan cergas esoknya untuk menyelesaikan kes-kes berurusan dengan tanah yang bertimbuntimbun di pejabat. Kena marah kelak dengan Tuan DO nanti. Murni juga cuba mengelak dari dituduh sebagai pegawai Kerajaan yang hanya tahu makan gaji buta. Buat semua kerja lambat. Tuduhan sebegitu sudah biasa didengar, sebut sahaja orang gomen, itulah anggapan orang ramai, buat semua kerja selalu lembab!.

8

Mahu tidak mahu, dipaksanya juga memejamkan mata. Layu dan layu dan layu, mata menjadi kuyu. Perlahan-lahan mata tertutup rapat, hanya terdengar tarikan nafas halus, terlelap juga akhirnya dia. Tugas berjaga malam sempat diserahkan kembali kepada si pungguk. Hilang di alam lena, dan nampaknya malam ini Murni tidak sempat menganyam mimpi!

9

Murni tersentak dari lena apabila terdengar laungan azan subuh dari surau berdekatan. Masyallah, terlajak tidur! Sekejap benar rasanya dia lena… Yelah tu.. yang berjaga waktu orang tidur siapa suruh? Bingkas bangun untuk menunaikan suruhan wajib kerana ingin mengadu banyak perkara kehadratNYA. Hanya DIA yang maha mengetahui dan hanya DIA juga tempat Murni mengadu. Panjang doanya pagi itu, mahu tidaknya, banyak doa yang hendak dipanjatkan kepadaNYA. Semoga doa-doa itu dapat direstui dan dimakbulkan. Amin..yarabullalamin.. Buang sahaja kesah si Badri jauh dari minda. Pagi ini dimulakannya seperti biasa, sama seperti pagi-pagi sebelumnya. Sama seperti semalam dan hari sebelumnya, tidak ada bezanya. Murni tidak mahu Mila mengesyaki ada sesuatu kelainan pada dirinya. Begitu juga kerisauan di hati dilindung dari pengetahuan Kak Romlah, perempuan yang telah membantu menguruskan urusan rumahnya semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki di atas bukit ini sehingga kini. “Mil... dah siap ke belum?“ terdengar jeritan lembut dari Kak Romlah kepada Mila dari hujung tangga di tingkat bawah, suara ditala ke tingkat atas.

10

Mendongak dan menghalakan lehernya panjang agar nada suaranya terpantol terus ke bilik Mila. Sedangkan Mila berada di dalam biliknya di tingkat atas masih terhegeh-hegeh bersiap. Malas dia hendak naik ke tingkat atas semata-mata menjenguk si gadis genit itu bersiap ke sekolah. Kerap turun naik tangga membuat kakinya lenguh, dia bukannya muda lagi, dua tahun lagi akan mencecah setengah abad. Rambutpun sudah berterabur uban di sana sini di atas kepala. Di dalam rumah yang penghuninya semua perempuan, tak betah Kak Romlah menyarung tudung. “Kejap.. kejap.. Mak ..Mil dah nak siap dah ni..” Mila menjawab, bunyi nyaring suara keluar dari dalam biliknya. Begitulah jawapannya, sekejap konon. Sekejap yang dimaksudkan, mahu mengambil masa sepuluh minit, silap haribulan lebih dari sepuluh minit. Entah apa yang diteleknya setiap pagi, tak tahulah!. “Cepat sikit Mil.., mama Mil dah lama tunggu kat meja ni..” bersuara lagi Kak Romlah, meminjam nama Murni dengan harapan agar Mila turun segera. Selalunya taktik yang diguna sering berjaya. Kak Romlah terus berjalan menuju ke meja makan, mengetahui si anak dara sunti itu akan menyusul. Murni sudah memulakan sarapan yang telah disediakan oleh kakak angkatnya yang seorang ini. “Kak, biarkanlah si Mil tu. Mari kita sarapan ..” pelawa Murni dengan cawan kopi sudah berada tinggi di tangan, hanya menunggu untuk dihulur ke mulut.

11

Terus kopi dihirupnya perlahan. Sementara air kopi masih panas, jika sudah suam, sudah kurang aroma kopi, sudah tidak enak lagi. Sudah hilang umph kopi. Murni hanya mengambil secawan kopi setiap pagi, walaupun dia mengetahui kaffine tidak baik untuk kesihatan. Entah kenapa, jika tidak meminum kopi, bagaikan kehilangan sesuatu. Badan dirasakan lemah. Sebenarnya bukan disebabkan kerana tidak meminum kopi, badan menjadi lemah. Tetapi disebabkan apa yang telah disimpan di dalam kepala yang membuat diri yang tidak lemah, menjadi lemah, psikologi. Ketagih kaffine lah tu! “Kejap lagi turunlah dia tu…”kata Murni setelah sedar, terleka pasal kopi.. “Hemm…” Romlah hanya mengangguk lalu terus menarik kerusi dan meloloskan dirinya duduk di sebelah Murni untuk turut sama bersarapan. Kak Romlah yang menyediakan mee goreng berencah udang sebagai sarapan. Bekalan untuk Mila juga sudah disediakannya di hujung meja, sudah dimasukkannya ke dalam beg punjut kecil, bersama dengan sekotak kecil air jus Ribena sebagai bekalan Mila sewaktu rehat nanti. Jadi, tidak perlulah dia bersusah payah berebut membeli makanan di kantin sekolah. Tetapi biasalah, budak-budak, apa yang dibawa dari rumah selalu tidak dimakan. Makanan di kantin sekolah juga menjadi pilihan. “Tap..tap..tap” bunyi orang berlari menuruni tangga. Sudah tahu siapa gerangan. Si gadis genit sudah siaplah tu! Turun tangga bagaikan berlari . Tercegat, Mila muncul beruniform sekolah, berbaju kurung puteh dan berkain biru gelap serta sudah menyandang beg galas. Beg jelas nampak sarat dengan buku di belakang tercungap-cungap. 12

Kak Romlah membantu Mila menurunkan beg dan diletakkannya di kerusi yang masih kosong. “Mari makan, nanti tak sempat..” lalu Kak Romlah menyorong pinggan yang sudah berisi mee ke hadapan Mila yang sudah sedia dengan sudu dan garpu di tangan. Mug berisi air kopi panas juga sudah tersedia di sisi Mila. Mila menyuap mee dengan rakus, sedap rasanya Mee Mak Milah. Bagi dirinya, apa sahaja yang di masak Mak Romlah, semuanya enak. “Mil..Millll, makan tu perlahan-lahan, nanti tercekik..” nasihat Kak Romlah. Kak Romlah melayan Mila seperti anaknya sendiri, sehinggakan Mila memanggil dirinya ‘Mak’. Memangpun Mila anaknya, anak angkat tidak rasmi. Mila membesar di depan matanya. Dari berumur beberapa jam sehinggalah sekarang, Kak Romlahlah orangnya yang membantu Murni, sakit dan pening mereka. Ringkas sahaja sarapan mereka setiap pagi, tetapi mereka sentiasa makan bersama untuk menafaatkan masa yang berkualiti bersama. Waktu-waktu begini sahaja peluang Murni untuk bertanya apa yang perlu diberitahu atau apa yang masih belum mendapat jawapan pasti. Mengambil tahu apa yang berlaku di sekolah atau di rumah. Dia tidak mahu membiarkan Mila merasa dirinya tidak diperdulikan, terutama soal pelajaran. Maklumlah dialah ibu dan dia juga bapa kepada Mila. Bukan senang untuk mendidik seorang anak bersendirian. “Hal sekolah Mil, macammana? Mil belajar apa sekarang?” tanya Murni kepada Mila. “Okey aje ma, oh ya! hari ni Mil balik lambat sikit, Mil ada koku.. seperti biasa Mil tumpang Husna balik nanti, ya!” sambung Mila.

13

Murni angguk, mengerti anaknya akan balik lewat kerana aktiviti kokurikulum sekolah. Aktiviti yang diwajibkan kepada setiap pelajar mengambil bahagian. Tambahan pula Mila memang suka menghadiri aktiviti seperti ini, sekurang-kurangnya masa dapat dihabiskan bersama kawan baiknya Husna dan kawan-kawan lain yang sebaya dengannya di sekolah. Tidaklah dia duduk terperap bersendirian di rumah. Kak Romlah pastinya sebok dengan urusan kerja mengemas, manalah dia ada masa hendak melayan Mila dua puluh empat jam. Murnipun hanya akan sampai di rumah selepas jam 5.30 petang setiap hari, adakalanya lambat sedikit. Sedangkan Mila dari jam 2.00 petang sudah tercogok di rumah. Dari itu baiklah dia aktif dengan kokurikulumnya. Ibu Husna, Fifi memang selalu menghantar Mila pulang setiap kali adanya aktiviti sebegini. Tambahan pula mereka berjiran, di dalam satu kawasan perumahan quarters Kerajaan. Fifi, surirumah sepenuh masa, sudah tentu dia dapat melapangkan masanya untuk menghantar dan mengambil Husna dari sekolah setiap hari. Sekurang-kurangnya dapat juga Mila menumpang sekali sekala jika ada aktiviti seperti ini. Murni juga berusaha memainkan peranan mengambil pulang Husna dan Mila. Tidak manis jika asyik sentiasa menumpangkan anaknya dengan orang sahaja tanpa penglibatan darinya. Nanti dikatakan hanya pandai mengambil kesempatan pula. Hati jiran perlu dijaga, sebelum dibenci orang, eloklah dielakkan sebelum ianya terjadi. Terdengar bunyi hon di luar pagar. Bunyi hon dari bas Pak Kudin. Kak Romlah segera mencapai beg galas yang terletak elok di atas kerusi. Mila terus menghirup air kopi yang berbaki sambil berdiri, terus berlari mengambil baju dingin yang tersangkut di dinding lalu pantas menyarungnya. Kak Romlah pula menyarungkan semula beg ke belakang Mila. Pantas Mila mencapai tangan Murni dan Romlah bersalaman. Salamanpun seperti lalat hinggap, main-main hujung-hujung jari sahaja. Adegan sebegini sudah menjadi kebiasaan mereka setiap hari. Mila berlari keluar menuju ke arah bas sekolah yang sedang menunggu tanpa menoleh. Hayunan beg di belakang melambatkan pergerakannya. Murni dan Kak Romlah 14

melambaikan tangan walaupun Mila tidak melihat. Mila membalas lambaian, hanya selepas berada di tangga bas. Pak Kudin, pemandu bas memang sudah biasa dengan situasi ini, semua keluarga penumpangnya berbuat demikian. Memang dicepatkannya masa untuk ke sekolah agar tidak terlambat. Jika setiap penumpang sudah mengambil 10 saat melambai keluarga mereka, 20 orang pasti memerlukan lebih kurang 5 minit. 5 minit yang penting agar tidak terlambat sampai, ditakuti pagar sekolah tertutup jika terlambat lebih 5 minit tersebut yang telah terlebih diguna untuk sessi melambai. Nasib baik juga di Bukit Fraser ini tidak ada kesesakan lalu lintas, hanya jika berkabus tebal yang akan mengganggu perjalanan kerana kenderaan terpaksa bergerak perlahan. Seperti berlaku bulan Oktober ini yang dingin sehinggakan kabus tebal hampir setiap pagi. Murni mengesekkan kedua belah tangannya untuk menghasilkan haba dari geseran, agar panas sedikit tangannya. Pagi ini memang sejuk, seperti berada di negara empat musim pula rasanya. Bukan dia tidak biasa dengan cuaca begitu. Manakan boleh dilupakan, 5 tahun merantau di United Kingdom demi untuk mendapatkan sekeping kertas yang ijazah, 15 tahun lalu. Dan disitulah juga bermulanya sejarah hidupnya, sehinggakan dia terpaksa membawa diri sehingga kini. Berjauhan dari keluarga dan juga jauh dari seseorang yang dia amat benci dan tidak rela untuk bertemu. Kenapa perlu difikirkan perkara yang sudah berlalu. Semua yang terjadi sudah tidak boleh diundurkan lagi. Murni cuba tidak mahu melayan perasaannya yang memang sudah berkecamuk. Kerisauan bagaikan terlukis diwajahnya, tidak dapat disorok. “Murni sihat ke tak?.” terkejut Murni dari lamunan bila soalan ini diajukan oleh Romlah. Suara dan pertanyaan Romlah membawa Murni kembali ke alam nyata. Tidak lagi berada dikesah silamnya yang tidak semanis madu. Malah banyak yang pahit bagai hempedu. 15

“Kenapa akak tanya macam tu..?” Murni hairan dengan soalan Romlah. Orang tanya dia, dia soal balik? “Tak la, akak tengok Murni macam gelisah je. Murni tak sihat ke?” jawab Romlah. Hebat betul Romlah ni, sehingga dapat menganggak yang Murni memang sedang gelisah. “Kan dah kata! Nampak ketara sangat ke yang aku ni sedang gelisah..?” bisik hati kecil Murni dengan mimik muka hairan, berkerut-kerut mukanya memikirkan yang dia tidak dapat lindung kerisauannya. “Muni sihat aje. Akak janganlah risau..” jawab Murni. Murni tidak tahu sama ada pembohongannya berjaya atau tidak kerana, dari raut muka Romlah nampak seperti dia tidak mempercayai jawapan yang diberikan. Jawapan Murni tidak cukup menyakinkan dirinya. Namun Murni belum bersedia untuk berkongsi dengan sesiapapun mengenai hal ini. Buat masa ini, biarlah dia tanggung sendiri. Murni hanya akan bergerak ke pejabat pada jam 8.00 pagi. Sekarang baru jam 7.20 pagi. Mila keluar awal, maklumlah sekolah bermula jam 8.45 pagi dan Pak Kudin perlu mengambil beberapa penumpang lagi disepanjang jalan. Walaupun sekolah Mila tidaklah jauh mana dari rumah, sama jauhnya dengan pejabat Murni. Tidak sampai 15 minit ke destinasi, sama ada sekolah mahupun ke pejabatnya. Tetapi kedudukannya diarah bertentangan. Pagi ini secawan kopi tidak cukup untuk memberikan keceriaan kepada Murni seperti kebiasaan paginya. Kemunculan Badri mengatasi segalanya, perkara ini perlu di ambil berat, sehebat masalah negara kini, sehebat kehilangan pesawat MH370 yang kini sudah menjadi satu misteri. Kalaulah si Badri itu ghaib sama seperti MH370, alangkah bagusnya, bisik hati Murni… Itupun KALAU! 16

Sepatutnya Murni tidak perlu runsing dengan pertemuaan itu, kerana dia hanya bertemu Badri bukannya bekas suami. Badri hanya kawan baik bekas suaminya. Jika pertemuan tersebut tidak disampaikan oleh Badri kepada bekas suami, sudah tentunya rahsia Murni akan terus tersimpan rapi sampai bila-bila. Tetapi persoalannya, adalah Badri akan bertindak mendiamkan diri? Murni sangkal, kerana mereka berdua memang berkawan baik sejak dari Universiti di UK lagi. Sama-sama merantau jauh mencari ilmu. Malah Badri cukup kenal dengan Murni, dari era zaman bercinta, berkahwin sehinggakan waktu diceraikan, Badri masih menjadi kawan baik si bekas suami. Kecualilah jika mereka sudah putus hubungan atau berlaku sesuatu yang memutuskan hubungan mereka, yang mana Murni tidak ketahui sepanjang 8 tahun berlalu. Murni membuat berbagai andaian. 8 tahun, satu jangka masa yang panjang, macam-macam boleh berlaku. Seratus peratus Murni mengandaikan mereka sudah putus hubungan. Yakinkah andaian kau tu Murni? Murni menghela nafas yang panjang. Kenapa perlu dia memeningkan kepala kepada perkara yang belum terjadi. Sepatutnya, jika terjadi nanti barulah harus difikirkan untuk mencari cara penyelesaiannya. Namun Murni tidak boleh bertindak sedemikian, betul tak? Dia harus bersedia, bersedia dengan apa sahaja perkara yang akan berlaku kelak. Murni perlu bertindak matang. Menyediakan payung sebelum hujan, jika tidak ada payung dan hari hujan, tentulah dia akan basah. Bukan sahaja dia akan basah oleh si air hujan, tetapi juga dia akan basah oleh si air mata. Sebenarnya dia sudah hidup gembira di sini. Berkali-kali Murni nekad yang dia sudah tidak mahu berpindah randah lagi semata-mata untuk menghilangkan diri dari dikesan oleh bekas suaminya. Melarikan diri seperti pendatang tanpa izin yang melarikan diri dari pihak berkuasa. Cukup-cukuplah dengan pelarian ini. Dia sudah jemu. Di sini jiwanya aman,

17

jauh dari bekas suaminya, jauh dari keluarga bekas suaminya dan juga jauh dari orang yang mengenali dirinya. Jauh daripada manusia yang mengetahui kesah silamnya. Kesah silam yang telah menghancurkan kebebasan hidupnya. Murni malu, malu dengan tindakan bekas suaminya, 8 tahun lalu. Tindakan yang tidak disangkanya. Sampai hati dia melafazkan talak, bukan satu, bukan dua, malah sekali gus tiga. Memang dari mata kasar, apa yang berlaku nampak seperti Murni melakukan satu kesalahan yang besar, namun bekas suami sepatutnya mendengar penjelasan Murni dahulu sebelum bertindak melulu. Ini tidak! Memang jantan tidak guna ini hendak memalukan dirinya sampai sanggup menjatuhkan maruahnya dengan menceraikan dirinya dengan talak tiga. Dia tidak sedar sepanjang dua tahun usia perkahwinan mereka, Murni makan hati berulamkan jantung, menelan segala perbuatan ibu mertua sejak dia bergelar menantu di rumah itu. Itulah nasib yang terpaksa diterimanya kerana menjadi menantu yang tidak direstui keluarga suami. Ingatkan karekter Nyonya Mansoor, di dalam filem P. Ramlee, “Ibu Mertuaku” hanya ujud di layar perak, rupanya tidak. Karekter itu rupanya juga ujud di zaman modern, malah lebih lecek. Terang-terang Murni mengetahui musibah yang berlaku kepada dirinya dulu, adalah angkara si ibu mertua. Itu kesah yang sudah menjadi sejarah. Biarkan ia kekal menjadi sejarah dan pengajaran kepada Murni. Murni tidak perlu menghukum sesiapa, apalah kuasa yang dia ada. Biarkan Allah sahaja yang membuat penilaian untuk pembalasan. DIA lagi mengetahui. Kerana itu Murni bertindak melarikan diri dan membawa hati yang luka, tanpa sempat memberitahu bekas suami yang sepatutnya berita gembira baginya. Namun tindakan

18

melulu bekas suaminya itu bukan sahaja mengecewakan Murni tetapi juga satu lagi insan yang bakal tidak berbapa. Insan yang sedang bernyawa di dalam perutnya. Lokasi pelariannya hanya diketahui oleh keluarga Murni, Atie, kawan baiknya dan beberapa orang keluarga terdekat sahaja. Bukan niat Murni untuk bersifat kejam kepada anaknya, atau bersifat mementingkan diri sendiri kerana menyembunyikan keujudan anak dari bapa bayi itu sendiri, tetapi adalah lebih baik begini dari terus ditohmah dengan berbagai-bagai tuduhan. Silap haribulan bekas suami tidak mengaku yang dia bapa kepada anak malang ini. Jika ini yang berlaku, akan menambah lagi sakit hati Murni yang sudah sedia sakit. Dari itu lebih baik di sembunyikan sahaja. Murni hanya mampu berdoa kepada ALLAH. DIA akan sentiasa berada bersama orang yang teraniaya. Di bukit ini, Murni dapat merasakan kebahagiaan dan ketenangan. Malah Murni gembira kerana ditemukan dengan kawan-kawan baru, yang dapat memahami betapa peritnya hidup seorang perempuan yang sedang mengandung, hidup seorang diri di tempat baru dan peritnya seorang perempuan menyara seorang anak bersendirian. Bukan perit dari segi ekonomi, kerana pendapatannya kukuh, tetapi perit dari segi emosi dan perasaan. Bagi Murni kawan-kawan dan jiran adalah keluarganya di Bukit ini. Berada jauh dari keluarga, kesunyian dan bersendirian tanpa seorang lelaki yang boleh dipanggil suami yang sepatutnya berada disisi disaat-saat dia memerlukan. Murni bersyukur, pertemuannya dengan keluarga Kak Romlah. Perempuan ini telah membantu Murni dari hari pertama dia menjejakkan kakinya ke sini sehinggalah ke saat ini. Sekurang-kurang perempuan yang bernama Siti Ramlah ini dapat juga meringankan masalah yang dipikul oleh Murni.

19

“Hah! Lupakan la, aku kena kuat semangat, jangan ikutkan hati. Ini hanya perkara kecil, perkara lebih besar dari inipun aku boleh handle.!.” Murni bercakap sendirian pagi ini, semata-mata cuba memotivasikan dirinya sendiri. Sedangkan sebenarnya dia cuba menafikan, apa yang sedang berkocak di dalam fikirannnya. Pantas dia berjalan ke pejabatnya, dengan senyuman diberikan kepada rakan-rakan yang ditemuinya sejak dari tempat dia memakirkan kereta. Kini, sudah 8 tahun, wajah-wajah ceria teman-teman di pejabat yang memberikan semangat untuk dia terus maju ke hadapan dan meninggalkan bekas-bekas luka yang sudah hampir pulih. Hanya tinggal parut di hati. Parut yang tidak mungkin akan hilang dan akan sentiasa meninggalkan tanda untuk selamanya. Andai kata, Murni terpaksa meninggalkan tempat ini, mampukah dia berbuat demikian? Atau dia reda dan terima sahaja dengan apa yang bakal mendatang. Menadah sahaja kepada parut yang bakal berdarah semula! “Murni, kau seorang wanita yang cekal Murni! Hadapi sahaja apa yang akan berlaku. Lambat laun, kau kena hadap juga” berkata-kata hati Murni dengan kata-kata semangat. “Ya, aku boleh hadapi semua ini dahulu dan akan aku hadapinya di masa hadapan” masih dengan kata-kata semangat. Itu cuma kata hati! Bagaimana dengan realiti? Mampukah Murni berterusan begini? Mampukah dia bertahan?

20

Murni terus memulakan tugasnya sebaik sahaja masuk ke pejabatnya. Apa yang berselirat di kepala otaknya harus dibenamkan buat sementara waktu. Tumpuan kini diberikan sepenuhnya ke atas plan tanah yang Murni bentang di atas meja. Kertas blueprint geran terbentang memenuhi meja tulisnya. Alat-alat tulis seorang juruukur juga tersusun kemas di atas meja. Kertas yang berwarna puteh tetapi nampak banyak garisan berwarna biru itu di amatinya dengan berhati-hati dan teliti. Tidak mahu tersilap memberikan koordinate untuk kebenaran pembalakan kepada Syarikat Andira. Dia perlu meletakkan Koordinate yang sama seperti yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat. Parah nanti dirinya jika tersilap meletakkan nombor, mahu banyak bukit yang akan gondol ditarah oleh Syarikat itu kelak. Poket taukey balak kembung, tetapi alam sekitar merana untuk jangka panjang. Dia mengerti akan risiko itu, jika dia melakukan kesilapan. Bukan sahaja dia mungkin akan dibuang kerja, malah kerosakan alam sekitar jangka panjang akan berlaku dan mengakibatkan beberapa lagi bencana lain. Mana tidaknya, disebabkan bukit-bukit sudah botak, maka sudah tidak ada tadahan hujan. Akibatnya akan berlaku tanah runtuh dan banjir kilat akan kerap berlaku. Bila hutan sudah botak, hidupan liar akan kehilangan habitat, akibatnya akan menceroboh di perkampungan terdekat. Gajah, babi hutan dan lainlain bitangan pastinya mencari makanan di Kawasan yang tidak sepatutnya. Tahu-tahu sahajalah, jika ini berlaku akan mengakibatkan pula kemusnahan yang lain kepada ternakan atau hidupan liar yang akan menjadi mangsa. Silap-silap hari bulan, boleh mengorbankan nyawa manusia. Itulah, akibat silap satu perkara, akan mengakibatkan kemusnahan yang lain pula kelak. Manusia sering menjadi tamak, tanpa memikirkan orang lain. Peluang yang diberi selalu disalahgunakan. Dari itu Murni harus berhati-hati, tidak mahu perkara yang tidak diingini itu terjadi. 21

Nahas jadinya. Tetiba Murni teringat kesah semalam, ianya berlaku semasa Murni menghadap blueprint yang sama. Fikiran melayang, seperti filem yang diulang tayang. Di kepala seperti ada punat Play yang pandai-pandai mengulang tayang kesah semalam. Watak-watak utama, tiba-tiba muncul memainkan wataknya. Bukan Murni minta, jika boleh mahu sahaja dipadamkan dari kotak ingatan, tetapi dia tidak berdaya. Di hentaknya pelipis dengan tapak tangan dengan harapan ingatan itu hilang, namun tiak berjaya. Akhirnya di menyerah dan layankan sahaja. (Kesah semalam) “Kusyuk nampak” terkejut Murni apabila terdengar teguran seorang lelaki, Zamrinamanya, teman sekerja. Lelaki ini tidak makan saman malah yang setia bersama Murni sejak sekian lama. Entah berapa lama agaknya Zamri masuk ke biliknya. Murni langsung tidak perasan kehadirannya kerana leka menandakan koordinate. Murni dengan perlahan meletak pensel mechanical di hadapannya dan dia hanya mampu tersenyum menunggu bicara selanjutnya dari lelaki yang berdiri tegak di hadapannya. Lega rasanya Murni menatap wajah tenang Zamri yang tersenyum manis. Jika senyuman yang dia terima, pastinya berita baik yang bakal Murni dengar. Murni hanya membulatkan matanya menunggu bicara lelaki yang seorang ini. “Soory.. you tak sedar ke I ketuk pintu tadi?” suara lembut Zamri berbicara, apabila soalan pertamanya tadi tidak mendapat jawapan. 22

Zamri hanya menerima memek muka si Murni yang membulatkan mata. Zamri tidak menyangka yang kehadirannya masuk ke bilik tidak disedari oleh tuanpunya bilik rupanya. Dia sudah menjadi penceroboh nampaknya. Penceroboh? Kasar pula bunyinya. Mungkin istilah tetamu tidak diundang, itu lebih lembut. “I tak dengarpun? Sudah lama ke you dalam bilik I ni?” tanya Murni lalu menyambung semula apa yang terhenti. “Tak lah lama, tapi jika perokok, mahu juga separuh rokok sudah terbakar”jawabnya. Murni memandang semula ke arah si lelaki. Mata Murni tidak berganjak ke arah wajah tenang seorang lelaki kacak berkulit sawo matang, berambut lurus pendek yang disikat kemas tetapi rambutnya sedikit menjungkit ke belakang. Zamri, seorang lelaki yang bergaya berbadan sasa, sekali pandang seperti pelakon Korea Lee Min Ho sewaktu melakonkan watak hero di dalam drama “Faith”. Cuma Lee Min Ho puteh langsat, tetapi mamat ini warna kulit orang melayu tulin, sawo matang. Kacak sangatkah Lee Min Ho itu! Sampaikan hendak dibandingkan dengan lelaki yang di hadapannya? Iras sahaja, jangan hendak perasan! Okay!! “I tak dengar, you ketuk perlahan sangat agaknya” lemah sahaja suara Murni menjawab soalan yang acuh tak acuh di jawabnya lalu tumpuan Murni beralih semula kepada kertas di atas meja. “Laaa, you tak dengar ke? Tapi I ketuk pintu tu,apa? tulah awak kusyuk sangat. dan I minta maaf, kalau masuk tanpa kebenaran you?” Zamri menjelaskan yang dia memang ada mengetuk pintu sebelum masuk. Persoalan sama ada ketuk atau tidak, itu tidak Murni persoalkan. Hajat menjenguk yang menjadi tanda tanya. Murni menagih jawapan. 23

Apa pula hajat kunjungannya kali ini? Pasal ketuk pintu, mungkin terlalu perlahan sehingga tidak dapat didengari, atau memang Murni berada di planet lain sewaktu dia mengetuk pintu, wallahualam. “Muni, lunch nanti you free tak? Temankan I, kita ke Smokehouse, Sudah lama I tak makan steak kat sana, teringin pulak! “ Zamri, menyambung bicara dengan mempelawa Murni untuk makan bersama, lagi setengah jam akan tiba waktu makan tengahari. Tersengeh-sengeh sahaja dia menunggu jawapan. Ha! baru Murni tahu, hajatnya ingin makan berteman. Murni senyum, ajak makan rupanya! Ini rezeki ni! Tetapi Murni sudah ada jawapannya. Zamri redha dengan jawapan yang bakal diterimanya. Sudah biasa dengan penolakkan dari minah yang seorang ini. Susah betul untuk diajak keluar, terutama dengan lelaki. Sudah tahu jawapannya, jawapan yang pasti mengecewakan. Cuma dia tidak akan putus asa. Sekadar bertanya, bukan rugipun. Manalah tahu hari ini anginnya baik, tiba-tiba si minah setuju. Murni ada sebab untuk menolak pelawaan lelaki ini. Dia selalu mengelak pelawaan Zamri kerana malas hendak menadah telinga dengan gossip yang bakal diterima. Murni sudah lali dengan gossip antara dirinya dan Zamri.

Mulut manusia memanglah begitu, pantang

melihat dua insan yang berlainan jantina berkawan rapat, sudah tentu dikatakan menjalinkan hubungan intim. Tambah-tambah kepada perempuan seperti Murni. Walaupun Zamri masih bujang dan dia pula sudah 8 tahun berstatus single. Atau lebih tepat berstatus ibu tunggal, gelaran sedikit manis dari sebutan janda. Memang best sangat untuk dijadikan bahan bualan dan selalu menjadi tajuk utama perbualan untuk membawang. Dia orang hendak kata apa, katalah, bagi diri Murni tidak luakpun. Yang pasti dia dapat pahala dari mereka-mereka yang membuat fitnah.

24

Satu lagi perkara, mungkin juga kerana faktor umur, kerana Zamri yang lebih muda 4 tahun darinya yang sudah mencicah 33 tahun, membuat Murni selalu menggelak. Murni hairan, entah siapa yang ditunggu sehingga umurnya lewat begitu untuk berumahtangga. Persoalan itu tidak Murni peduli. Dia boleh sahaja meminta ditukarkan ke tempat lain setelah perkhidmatannya masuk ke tahun kelima, tetapi dia tidak membuat tindakan demikian. Entah-entah dia memang sedang mencari, atau mungkin juga terlalu memilih. Lantaklah, apa Murni perlu kesah. Yang penting dia seorang rakan sepejabat yang sangat prihatin dan suka membantu.

Jika difikirkan banyak juga pertolongan yang telah

dihulurkan oleh si Zamri sejak bersama satu pejabat sepanjang 8 tahun ini. Itu Murni tidak pernah lupa. Sebenarnya tidak ada apa yang kurang kepada lelaki ini. Sejak 8 tahun berkawan dengan Zamri, Murni sudah dapat nilai lelaki ini. Jika hendak diikutkan, semua kritiria yang dicari oleh seorang perempuan untuk calon suami, semua ada pada Zamri. Kacak,.mempunyai kerjaya yang kukuh, gentleman dan sabar. Namun kenapa sehingga kini, dia masih membujang? Sepengetahuan Murni, banyak juga calon-calon yang cuba mendekati dirinya, namun tidak kekal lama, paling lama dua bulan. Sampaikan ada juga yang siap rekomen calon adik atau sepupu mereka untuk diperkenalkan. Akhirnya Zamri tetap mencari Murni, si janda beranak satu ini. Faktor umur yang sedikit junior tidak sepatutnya dijadikan masalah besar. Malah Zamri nampak matang dalam serba serbi. Kemungkinan kehidupan bujang ditempat begini yang membuatkan dirinya matang dari usia sebenar. Mana tidaknya, tidak ramai lelaki yang sebaya dengannya di pejabat ini. Yang ada ramai yang sudah senior, atau yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi hendak bersara. Jadi, terpaksa ikut cara orang senior. Matured sebelum waktunya. Dah tu, berkawan dengan lelaki yang sudah berusia, maka terpaksa mengikut rentak orang berusia. Begitu juga pekerja perempuan, ramai yang sudah beranak pinak atau yang sudah layak dipanggil kakak. Termasuk diri Murni, yang layak Zamri panggil kak Murni.

25

Orang muda lebih suka memilih untuk bekerja di Kuantan atau di Kuala Lumpur, tempat yang lebih glamour. Bagi orang muda yang sukakan kesebokan, tempat ini dipanggil tempat jin bertendang. Duduk di atas bukit ini, hendak buat apa? Malam hanya boleh duduk di rumah, bukan ada panggung wayang pun, kelab-kelab langsung tidak ada. Akibatnya aktiviti malam ialah mengira bintang di langit itupun jika cuaca cerah dan tidak dingin, jika seperti sekarang ini, lupakanlah sahaja hendak membuka tingkap.. sejuk giler!! Panjang pula Murni bermonolog sendirian. “Occasion apa?” akhirnya Murni menyoal. Zamri senyum. Nampaknya ada chance “setuju” kerana Murni ingin mengetahui lebih lanjut. Sebenarnya Murni tidak tergamak untuk menolak mentah-mentah. Tidak mahu mengecilkan hati lelaki di hadapannya yang sabar menunggu jawapan, dengan mata tertancap ke arah Murni yang tunduk ke arah kertas puteh besar di hadapannya. Sungguh, Murni tidak sanggup menolak mentah-mentah, jika hendak menolak pelawaan tersebut, perlu alasan yang boleh masuk dek akal. Itulah sebabnya Murni bertanya lebih detail, sekurang-kurangnya Murni ada juga menunjukkan interestnya. Jawapan tidak perlu diberikan serta merta, elok KIV dahulu sehingga benar-benar puas hati dengan tujuan pelawaan. Yang sebenarnya jawapan sudah ada, cuma tidak mahu menjawabnya dengan tergesa-gesa. “Hemm… actually my 8th anniversary kat sini, ingat lagi tak? You pun baru lapor diri masa tu, tak silap I, you report duty one week earlier. In that case the occasion is to celebrate our 8th anniversary here.. macammana?” Beriya-iya lagaknya pelawaan Zamri. Murni hanya tersenyum, dia mengangkat kepalanya memandang ke arah Zamri, sambil mengangguk perlahan. Menangguk bukan tanda setuju, tetapi tanda faham.

26

“Hem.. dah lapan tahun kita kat sini rupanya ya? Diam tak diam sudah 8 tahun…8 tahun” Murni hanya menganggukkan lagi kepalanya, dan berulang-ulang menyebut angka 8 seperti tidak percaya dia sudah berada 8 tahun di bukit ini. 8 tahun jugalah dia sudah lari dari lelaki yang Mila sepatutnya memanggilnya ayah. Tiba-tiba pula wajah Mila muncul di kepalanya. “Ha ah dah 8 tahun kita kat sini dan dah 8 tahun kita berkawan..” jelas Zamri. Murni senyum sumbing. Yang si Zamri mengenangkan tarikh tersebut tarikh bermulanya dia dipertemukan, tetapi si Murni teringatkan tarikh dia meninggalkan bekas suami pula. Atau lebih tepat, tarikh mendapat gelaran “J“. Mengimbas kembali kesah mereka yang masih terkial-kial mengenal kerja mengenai urusan tanah. Jauh berbeza dengan tugasnya di Putrajaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang di tugaskan lebih kepada menghadiri mesyuarat dan membuat laporan. “Let me think about it?, I will let you know later.. boleh! siapa lagi ikut?” Murni ingin tahu lebih detail dengan rancangan Zamri. Dari percakapan Murni, seperti memberi harapan sahaja. Tetapi sebenarnya belum ada jawapan yang pasti dari Murni. Masih fifty fifty. “Hemmm…I ajak Latiff sama Hamdan, tapi dia orang kata dia ada hal pulak. Yang lain you tahu-tahu aje lah, ramai yang balik rumah makan lunch bersama keluarga masingmasing. Kita ni aje yang tak ada keluarga..” panjang lebar pula Zamri memberi jawapan kepada soalan Murni yang pendek. Sengaja dia menjelaskan sejelas-jelasnya agar Murni tidak salah sangka. Dan berharap Murni menerima pelawaannya kali ini. Harapan yang ada jawapan fifty fifty juga. 27

“Excuse me, pembetulan! Apa pulak kita? You sorang aje yang tak ada keluarga. I kan ada Mila?” jawab Murni dengan wajah yang agak kurang senang dengan ungkapan perkataaan Zamri..”kita, tidak ada keluarga”. “Oh.ya ke?

Sorry..sorry.. I lupa pulak Mila. Sorry..sorry, I sorang aje yang tak ada

keluarga kat sini, maksud I orang yang masih single and available, macam you and I” sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah terlajak kata-kata dan kata-kata itu tidak Murni senangi. Nampaknya dia sudah dapat jawapannya, jawapannya “Sorry.. next time aje..”. Itu jawapan yang sudah tinggal 20%. Zamri masih mengharap walaupun hanya tinggal 2%. Dia berharap apa yang keluar dari mulutnya kali ini adalah perkataan dan jawapan yang betul supaya Murni menerima pelawaannya. “You tak takut kena gossip ke? Nanti merah lagi telinga, keluar lunch dengan I ni yang ada title “J”..” sambil tersenyum, Murni masih mampu menyakat Zamri. “Cik Muni..ooi you ni nak teman I atau tidak? Ada ke I suruh you isi apa-apa form untuk tentukan you tu ada title “A” ke “B” atau “C”. Kelular lunch dengan I, aje kut? And another thing, pasal title “J” tu, I suka at least ada title tu lagi bagus, taklah setakat A, B, C malah sampai J ” kedua-dua tertawa dengan lawak antarabangsa dari Zamri. Zamri masih mampu menjawab jawapan bodoh kepada soalan bodoh Murni. “Kita keluar lunch aje Cik Muni, bukannya dating pun.

Kalau dating tu lain la..!”

sambungnya lagi dengan suara meminta simpati. Bernada perlahan lalu menundukkan kepalanya. Nasib baik Zamri tidak membuat muka kasihan, jika itu yang berlaku, mahu luruh agaknya hati si Murni.

28

“Kalau dating I tak ajak orang lain, I go straight to you, just the two of us” serious sahaja bunyinya, menyambung percakapannya perlahan sambil pandangan dihalakan ke kakinya sendiri. Tahu takut kena jerit si Murni! “Kenapa nak pergi straight kat I, kalau you nak dating?, bukannya you nak date I kan?” seloroh Murni lagi. “I cerita pasal lunch ni, bukan pasal dating, sebab you salah seorang yang I ajak. Kalau I ajak you date pun apalah salahnya. Kecuali kalau you tak sudi atau you sudah ada someone special? ” tanya Zamri lagi. “Ishy you ni, mana ada? Okey..okey… kita drop cerita dating mendating ni ya..” Murni tidak mahu menjadi panjang meleret-leret. “Iya la.. Iya la..I teman you. Kat mana tadi? Smokehouse kan? Okey, you ajak you belanja, boleh?” Murni jatuh kasihan pula melihat yang Zamri ikhlas dengan pelawaannya. Bukan Murni tidak mampu hendak membayar sehingga meminta Zamri untuk membayar, sengaja dia hendak mengena Zamri agar tidak mempelawa dirinya lagi. “No problem wahai tuan puteri Muni. Memang I nak bayar pun, tapi you janganlah order yang mahal sampai lawan taukey sudah la..” Zamri berseloroh. “Habis tu, tak kan you nak I order sky juice aje kut!”jawab Murni yang membuat keduaduanya ketawa berderai. Ceria sahaja nampaknya mereka dengan rancangan lunch mereka. “Ia lah.. ia lah.. you orderlah apa yang you suka” Zamri mengalah, tidak kuasa bertekak dengan Murni, yang penting Murni sudah menerima pelawaannya. Zamri bangun dan meninggalkan bilik Murni, dengan hati yang berbunga-bunga. Selang beberapa tapak berpatah balik ke bilik Murni. Pintu bilik Murni di buka rakus. “Dengan kereta I!” dan terus menutup pintu bilik semula, tanpa menunggu jawapan dari Murni yang memang sedari tadi masih memandang rakannya beredar keluar dari biliknya 29

dengan senyuman yang meleret. Hati Zamri gembira dengan persetujuan Murni. Bukan senang si Murni ini hendak menerima pelawaan orang, tambah-tambah pula hanya mereka berdua. Murni menghela nafas, sambil menggelengkan kepalanya perlahan, Murni membetulkan tudung lilit hijau bercorak batek lukis, mencapai semula pensel mechanical dan cuba menghabiskan tugasnya yang terganggu tadi sebelum keluar bersama Zamri seperti yang telah dipersetujuinya.

Seperti paksa rela sahaja gamaknya. Murni tiba-tiba menukar

jawapan yang telah dia set di dalam minda. Ada apa yang terlukis di muka si Zamri hari ini yang membuat Murni tiba-tiba setuju? Entah..Murnipun tidak faham kenapa? sebab kasihan kot! Atau ada sebab lain! Hemmm.. Lu fikirlah sendiri cik Murni!!

30

(Masih lagi dengan kesah semalam) Murni kerut muka sebaik sahaja melangkah masuk ke Restaurant Smokehouse. Suasana di Restaurant Smokehouse riuh hari ini, tidak seperti selalu, suasana sentiasa aman damai Langkah terhenti, menunggu Zamri yang terlewat beberapa langkah darinya kerana sebok memastikan kereta betul-betul berada di kotak pakir. Murni cebik mukanya.. “Perfectionist … masaklah perempuan yang jadi bini dia” bisik hati Murni. “Patutlah pun…” hatinya masih berkata-kata. Bermaksud, patutlah belum bertemu dengan pasangan, memilih sangat! “Eh! Zam, ada apa ek?” tanya Murni sebaik sahaja Zamri berada di sebelah. Pertanyaan kepada suasana rioh yang luar biasa di bukit yang jarang orang bertandang. Zamri sekadar angkat bahu, peduli apa? Yang penting perut perlu di isi. Mata Murni melilau memerhati sekeliling. Biasalah perempuan, sifat ingin tahu sentiasa muncul, dalam apa jua keadaan. Apabila pandangan sekeliling sudah di redah, baru Murni faham apabila dia lihat ada sekumpulan pengunjung dari luar Fraser Hill rupanya. Mungkin dari bandar, kemungkinan besar dari Kuala Lumpur, melihat dari cara mereka berpakaian mereka nampak memakai pakaian seperti pemain golf, sudah pastinya pegawai-pegawai atasan kerajaan ataupun ahli-ahli korporat yang mengatur tournament golf di Fraser Hill Royal Golf Club. Club Golf tertua di Malaysia.

31

Tidak perlu kepoci sangat Murni, ikut sahaja seperti Zamri, relax dan cool. Jangan ambil pusing urusan mereka. Hanya perlu memikirkan akan menekmati steak ribeye dengan jus air tembikai yang akan dipesannya nanti, kerana Zamri yang akan membayar. Murni tersenyum sendirian apabila teringatkan syarat yang kenakan oleh Zamri, “tak boleh melebihi taukeh!, siapa taukeh sebenarnya!. Murni dan Zamri mengambil tempat duduk yang sudah ditempah Zamri, meja makan yang agak tersorok di sudut paling belakang. Kedudukan meja yang paling tepi ke dinding bercermin kaca. Pandangan menghala ke mercu tanda Bukit Fraser, monument jam kecil di tengah bulatan roundabout. “Zamri ni biar betul!, dia sengaja hendak mengena aku atau kebetulan?” bisik hati Murni yang masih curiga dengan Zamri kerana sebaik sahaja sampai di Smokehouse, pelayan sudah menunggu dan terus membawa mereka ke meja yang sudah di tempah khas buat mereka. Tempahan khas, maksudnya sudah ada kad bertulis “reserved” di atas meja, Pelayan terus mengambil kad tersebut lalu berlalu pergi. Eleh! biarkanlah, kenapa mesti sangsi kepada Zamri, dia seorang lelaki jujur, bukan hari ini kenal dengannya, sudah bertahun. Murni sudah masak dengan hati budinya. Lapan tahun bersama sudah dapat menebak hati budi si Zamri. Murni cuba tidak mahu melayan perasaannya yang sebok berkata-kata. Hati yang curiga terus melayang apabila Murni terdengar dendangan lagu dari jukebox, lagu ”Sometimes.. Britney Spears”, irama masih jelas boleh didengar walaupuan sesekali tengelam oleh bunyi riuh kumpulan tersebut. Pasti pilihan para pengunjung asing yang memilihnya, kerana lagu berentak agak gemalai, namun irama lagu ini dapat menceriakan mood pendengar. Cuma keadaan bunyi bising orang berbual yang menganggu alunan irama yang indah, jadi tengelam timbul.

32

Murni geleng kepala, rosak mood betul kumpulan ini, sudahlah ramai, masing-masing bercakap kuat, seperti berada di pasar borong pula keadaannya. Sehinggakan bait-bait ayat yang indah dari dendangan Britney itu tidak dapat didengar dengan aman. Murni memang mengemari lagu ini dengan liriknya yang jiwang, nasib baik lagunya berirama rancak, jika irama perlahan pasti tenggelam terus. Terdengar bercampur-aduk lirik pada chorus yang Murni suka.. Sometimes I run Sometimes I hide Sometimes I'm scared of you But all I really want is to hold you tight Treat you right, be with you day and night Baby all I need is time

Yang lain dia tidak ingat, yang part chorus itu sahaja yang selalu dinyanyikannya sendirian di dalam kereta jika ianya ke udara. Murni humming mengikut irama yang hanya di

dengar untuk dirinya. Kecewa, lalu

pandangan dihulurkannya keluar. Kelihatan sekumpulan anak muda sedang mengatur posisi untuk bergambar berlatar belakangkan jam besar. Murni memikirkan entah yang keberapa puluh ribu kali jam itu menyaksikan dirinya dirakamkan. Zamri yang di hadapannya hanya tersenyum. Dia gembira jika Murni gembira. Kena pula bait-bait lagu seperti memberi signal, kepadanya Baby, All I need is time. Murni, darling you can have all the time you need, bisik hati kecil Zamri sambil tersenyum sendirian, perasan. Yang tidak bestnya, kenapa pula ramai orang hari ini, kacau daun sahaja. Jarang berlaku suasana begini, selalunya pengunjung dapat menekmati makanan dengan disulam oleh halwa telinga melalui lagu-lagu pilihan pengunjung sendiri.

33

Pengunjung akan menghidupkan jukebox dengan memilih lagu-lagu mengikut turutan token syiling yang dimasukkan. Murni juga tidak ketinggalan untuk memilih lagu kegemarannya. Dia bercadang memilih lagu dari penyanyi Selena “I could fall in love” dan “Kenangan Terindah” oleh Samsons. Duit syiling 50 sen dua keping sebagai token sudah berada digenggamannya. Jangan salah sangka, Murni memang gemarkan lagu-lagu romantik, tidak kena mengenapun dengan jejaka di sebelahnya. “Zam, I pergi..” sambil tangan menunjukkan hala Jukebox. Zamri yang sebok melihat buku menu hanya mengangguk laju. Dia mengerti ke mana Murni hendak pergi, apabila melihat Murni menunjukkan duit syiling di tangannya. “Ehhh..nanti.. you nak order apa?” tegur Zamri kepada Murni yang baru sahaja mengangkat punggung untuk bangun. “Set nombor 2 dengan air tembikai..” jawab Murni dan terus bangun. Murni tahu kenapa Zamri menahannya bergerak, terus sahaja dia memberitahu apa yang perlu di order untuk dirinya. Perlahan dia mengatur langkah menuju ke Jukebox yang terletak berhampiran dengan kumpulan pengunjung berpakaian golf tersebut. Dari ekor mata Murni perasan, Zamri memerhatikan dirinya yang beredar dengan tangan masih memegang buku menu yang sudah terbuka di hadapannya. Lagu Britney masih berdendang, sekurang-kurangnya, Britney ada peminat yang dapat mendengar dendangannya dengan jelas. Murni meneliti senarai lagu-lagu yang sudah dipilih oleh pengunjung dan juga meneliti senarai lagu yang harus dipilihnya. Dari pengamatan Murni dari senarai lagu yang telah dipilih, jika tidak bising, senarai lagulagu pilihan pengunjung yang sudah tersenarai memang semuanya lullaby merdu belaka, memang boleh menjadi halwa telinga. Murni senyum, dan mencari-cari pula lagu yang 34

sudah di kepalanya. Jari telunjuk melurut perlahan, satu persatu senarai lagu yang ada, kerana dia perlu ingat nombor kod bilangan lagu yang akan dipilihnya kelak. Takut tersalah tekan nombor, dan akan mendendangkan lagu yang bukan pilihannya. “Assalamulaikkum.. cik. Ahhhh.. macam kenal lah? Ini.. ni Murni ke..?” garau suara seorang lelaki, bersuara dengan jelas sekali menyebut namanya. Ternganga mulut Murni yang masih membongkok mencari senarai lagu. Tetiba semangatnya hilang entah ke mana. Dia terpaku. Badan Murni terketar dengan satu suara yang dia cukup kenal, menghala ke corong telinganya. Seperti bermimpi, hatinya berkata-kata, betulkah suara itu suara? Tidak kut! Bukan dia!. Murni masih cuba menidakkan. Terhenti jarinya melurut di skrin Jukebox. Dia tidak berani menoleh, di hati cuma dia berharap ianya bukan suara orang yang dikenalnya. Biarlah jawapannya, Bukan! Murni menutup mulutnya yang tadinya ternganga, apabila dia menoleh perlahan, terfana melihat wajah si empuya suara. Suara dari seorang insan yang cuba dia elak dari berjumpa selama ini, kini sudah berada tegak berdiri di hadapannya. Harapan supaya jawapan BUKAN.. rupanya YA Ya ALLAH!! Dada berdendang kencang. Dup dap dup dap “Bad..” hanya satu ayat dari mulut Murni, tegak seperti patung cendana. “Ia.. I.. ah..jadi betullah you ni Murni..?” jawabnya dengan riak terkejut, terkejut yang di depan matanya perempuan yang tidak pernah terlintaspun akan dia temui. Murni tunduk, entah penyakit apa yang menyerangnya tetiba dia merasa dirinya kecil sebesar biji sawi. Penyakit apa ah? Came on Murni tidak sepatut berkelakuan lemah, dia sepatutnya tunjukkan yang dia gembira selama ini di sini. Seperti ada kuasa dan tenaga yang menggasak dirinya agar bertindak berani. Murni mendongak semula dan tersenyum, senyuman palsu diberi. Dia

35

perlu berlakon, kalau boleh, seperti pelakon yang boleh menang anugerah pelakon wanita terbaik. “Heyyy..Bad, you ke? Apa khabar awak?’tanya Murni “Aku baik-baik aje. You masih macam dulu, tak berubah, malah makin cantik Aku tengok. Lama tak jumpa kan? Ada tak 10 tahun?” Tanya Badri pula. Dia cuba beramah mesra, sedangkan Murni gelisah. Dup dap dup dap jantung mengepam darah ke kepala. Mukanya sudah memerah. Darah sudah mengalir laju menyonsang ke kepala, mahu tidaknya terkejut besar. Namun Murni perlu berlakon.. ya belakon. Senyuman palsu yang mampu diberikan kepada stranger yang bukan stranger buat masa ini. “Muni.. Care to join me?..” ajakan Badri buat Murni tambah risau. “Sorry.. I’m with someone .”jawab Murni. “Right.. right..” angguk Badri. “You buat apa di sini?” sengaja Murni ingin tahu. “Hemm.. I ada tournament golf dengan Mega Bistari” jawabnya seperti bangga menyebut Mega Bistari, syarikat terulung masa kini. “I perasan masa you masuk dengan lelaki tu. Tadi tu…suami you must be waiting? Tapi I tak pasti, you atau orang lain, takut salah orang pulak, manalah tahu, pelandok dua serupa” jelas Badri lagi. “Salah tegur, takut kasut naik ke muka, baru padan muka I kan? Nasib baik betul, Murni..ya Murni..” tersengeh sahaja Badri apabila mengetahui memang betul Murni yang dia kenal sedang berdiri dihadapannya. “Dia bukan.ehh.excuse me..I have to go..” Murni meninggalkan Badri dengan jawapan tergantung-gantung apabila melihat tangan Zamri melambainya. Murni berjalan pantas ke meja Zamri. Meninggalkan Badri yang berdiri tegak, tidak mengerti apa yang telah berlaku. Ditinggalkan dengan seribu tanda tanya. Cepat-cepat Murni menghenyakkan punggungnya dan hanya memandang ke arah pinggan steak ribeye di depan mata. 36

“Awak! Kenapa?” tanya Zamri. Namun tidak ada jawapan. Zamri biarkan Murni dengan perangainya. Murni hilang selera, sehinggakan dia lupa dia ke Jukebox tadi bertujuan hendak memilih lagu. Semuanya terbatal. Terus dia menjamah steak ribeye yang sudah menunggunya. Berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia malas hendak menjawab, apabila Zamri menyoalnya. Murni tidak ingat, yang dia tahu Zamri melambainya, kerana tidak mahu steaknya sejuk, tidak enaklah pula nanti. Lagipun Zamri tidak perlu tahu. Bukan kena mengena dengan dirinya. Jika mahu diperjelaskan mahu berminggu ceritanya baru selesai. Steak yang sepatutnya begitu enak, kini menjadi hambar. Steak sejuk ke, steak panas ke.. bagi Murni, semuanya tidak terasa apa-apa. Perbualannya dengan Zamri juga sudah tidak tentu arah. Zamri juga hairan dengan perubahan sikap Murni yang tadinya ceria tiba-tiba muram. Cepat betul mood perempuan ini berubah, seperti binatang sesumpah, seminit ceria, seminit muram. Dia tidak faham betul dengan mood perempuan, selalu sangat ada mood swing, terutama perempuan yang duduk di hadapannya sekarang. Berkerut-kerut mukanya cuba memahami kenapa lain benar kelakuan Murni tatkala ini. Tadi elok sahaja moodnya ceria semasa ke sini, kini sudah lain!. Nampaknya lakonan Murni tidak menjadi, lupakanlah. Memang tidak layakpun menjadi pelakon terbaik. Usahkan menjadi pelakon terbaik, pelakon tambahan yang jadi pemegang tombakpun dia tidak layak.. hancuss. “Siapa tu Muni..you kenal ke..?” soal Zamri cuma ingin tahu, hendak menjadi polis pencen pulak dah!. “Hem..” pendek sahaja jawapan Murni. Jawapan yang tidak memberikan sebarang jawapan.

37

“Kita makan cepat sikit boleh?, I nak balik cepat la.. I nak habiskan kerja I..” pinta Murni dan tangan kanan terus menolak pinggan yang masih penuh berisi ke tengah meja, kemudian menghirup jus tembikai laju. Berharap jus tembikai tersebut dapat sedikit sebanyak melegakan dirinya yang sudah tidak tentu arah. “Hey..Murni, come on, please relax, baru pukul 1.30 tengahari ni..” Zamri cuba mententeramkan Murni. “Ya! I tahu. Cuma I nak kita sampai awal sikit kat ofis, lagipun kita belum solat zohor lagi ni..” Murni memberi alasan untuk cepat meninggalkan restaurant dan sebelum Badri datang lagi kepadanya bertanya itu dan ini. Tidak mengapa rasanya dia menjadi ustazah seminit, mahu tunjuk alim tidak tinggal solat. Yang sebenarnya Murni belum bersedia untuk menjawab apa-apa sahaja soalan daripada lelaki itu. Terutama sekali hendak membuka pekong di dada, menceritakan kesah silamnya yang sudah lama dicampaknya jauh dari sudut hatinya. Murni ingin menjadikan ianya rahsia hidupnya. Biar dia sahaja yang tahu umpama lagu Dato’ Siti Nurhaliza “Biarlah Rahsia”. Mampukah dia berbuat demikian? “Baik bos!”jawab Zamri perlahan. Dia sudah malas mahu bertekak dengan si perempuan yang cepat bertukar emosi. Hendak buat bagaimana? Helaan nafas sahaja yang dapat dia lakukan. Zamri tahu ada yang tidak kena. Ok, fine, kali ini dia terpaksa mengikut rentak Murni. Zamri pasti, mood Murni yang tadinya riang tetiba menjadi muram. mesti ada kena mengena dengan lelaki yang dia lihat bercakap dengannya tadi. Tetapi apakan daya, dirinya hanya rakan sekerja, tidak mahu pula dia bertindak kepoci untuk bertanya lebihlebih. Lainlah sekiranya Murni dengan rela hatinya menceritakan kepadanya atau meminta pertolongannya. Walaupun di dalam hatinya membuak-buak ingin mengetahui siapakah lelaki tersebut? Kerana lelaki itu mampu membuat emosi perempuan di hadapannya mengelabah, serba tidak kena, dalam sekelip mata. Hebat sungguh si lelaki itu.

38

Dengan langkah longlai Zamri menguruskan pembayaran, lalu mereka bingkas bangun dan terus meninggalkan restaurant, terutama si Murni yang nampak tergesa-gesa, bagaikan ada orang mengejarnya. Zamri hanya mampu menggelengkan kepala.. Di dalam kereta, kedua-duanya senyap sunyi, tiada yang menyoal dan sudah pastilah tiada yang menjawab. Perjalanan yang hanya 5 minit dirasakan 5 jam oleh Murni. Dia mahu cepat-cepat sampai ke pejabat. Dia mahu cepat sampai ke biliknya. Dia mahu bersendirian, kalau boleh dia mahu menghilangkan diri. Andainya dia ada kuasa sakti, alangkah baiknya. Mahu rasanya dia membuat dirinya halimunan. Hilang dari pandangan manusia, terutama manusia yang baru dia temui, manusia yang bernama Badri. Di kepala otaknya, soalan kenapalah dia menerima pelawaan Zamri hari ini. Jika dia tidak ke restaurant itu tadi, tentu dia tidak akan bertemu dengan lelaki itu. Sesal tak sudah dirasakannya. Tetapi sayang itu semua sudah berlaku. Murni lupa pertemuan itu bukan dirancang oleh Zamri, manalah dia tahu ada lelaki lain yang sedang menunggu Murni di restaurant tersebut? Bagi Zamri, Murni menerima pelawaannya sudah cukup membuat hatinya girang dan berbunga. Bukan senang hendak mengajak perempuan ini keluar, selalunya ada sahaja alasan. Malangnya hatinya hanya sempat berbunga beberapa saat, bungapun tidak sempat kembang sepenuhnya sudah kuncup kembali. Kasihan kau Zamri, Kononnya mendapat bonus, rupanya bala. Ingin rasanya Zamri menerangkan kepada Murni yang pertemuan itu bukan rancangannya. “Cik Murni, pertemuannya dengan Badri sudah tertulis, jika tidak di restaurant, mungkin di tempat lain. Menerima pelawaannyai bukan penyebabnya. Hanya DIA sahaja yang tahu, Cuma menunggu detik, masa, tempat pertemuan dan cara pertemuan, namun pertemuannya

39

dengan Badri tetap akan berlaku. Hayla sayang….” Bisik hari Zamri yang sabar mengikut rentak Murni. Kegelisahan Murni sejak pulang dari lunch hanya diperhati oleh Zamri dari luar bilik. Zamri hanya mampu melihat sahaja setakat ini. Dia tahu Murni gelisah, tetapi dia tidak terdaya membantu kerana dia tidak cara untuk membantunya. Gelisah seperti kucing kehilangan anak. Di dalam hati Zamri, ingin rasanya dia meminjamkan bahunya jika bantuan darinya itu dapat sedikit sebanyak mengurangkan kegelisahan yang dialami Murni, Persoalannya, mahukah Murni? Berulangkali di benak hatinya berkata-kata, dia mengaku dia tidak berdaya membantu, tetapi sanggup membantu apa sahaja, kerana tanpa pengetahuan Murni, Murnilah menyebab yang dirinya masih berada di atas bukit ini.

40

(Sambungan kesah semalam, panjang pula kesah semalam ya!) Di sebelah petang, selepas menunaikan solat Zohor, Zamri cuba memberanikan dirinya untuk mendekati Murni. Manalah tahu dia dapat membantu mana yang boleh. Tidak sanggup rasanya membiarkan Murni yang dia tahu, jiwa kacau sekarang ini. Dia bersedia membantu, jika Murni sudi berkongsi apa sahaja masalah yang sedang ditanggungnya, hanya sebagai seorang kawan. Zamri tidak ada niat lain, dia ikhlas. Laju langkahnya menuju ke bilik Murni, dipertengahan jalan dia terhenti, lantas berpatah balik. Bimbang akan tindakannya kali ini akan merenggangkan hubungan persahabatannya. Rugi pula bertahun-tahun berkawan, hancur musnah disebabkan dia hanya ingin membantu, tetapi disalah ertikan oleh pihak sebelah. Tetapi, jika dia tidak bertindak sekarang, bila lagi? Lantas dia menuruskan semula langkahnya. Tap..tap..tap langkah diatur dengan yakin. Terhenti betul-betul di hadapan pintu bilik Murni. Perlahan dia mengetuk pintu dan terus masuk apabila melihat Murni memandangnya tanpa bicara tetapi memberikan senyuman, Senyuman yang tidak seikhlas mana. Murni nampak tenang, tidak seperti semasa di Restaurant tadi. Alhamdulillah, Zamri lega. “Dah habis locate coordinate..?” tanyanya sambil tangan menarik kerusi di hadapan meja supaya rapat mengadap Murni. Dia terus duduk tanpa perlu dipelawa. Baik sahaja dia layan berborak dahulu, nanti-nanti boleh beritahu tujuannya singgah. Zamri mahu baca mood si Murni dahulu, baru dia berani bertanya. Dia tidak mahu soalannya kelak akan membuat Murni tidak selesa. Maklumlah hendak bertanya mengenai soalan peribadi orang ni! Kena berhemah, takut nanti silap-silap kena halau keluar.

41

Hapahpun tak dapat! Sejak bila pula Zamri sudah pandai menjaga tepi kain ni ah? Zamri bertanya kepada dirinya sendiri. Bukan begitu, sebenarnya lebih kepada ingin tahu. Sekurang-kurangnya Murni nampak yang dia memang ambil berat tentang dirinya. “Belum. Ada banyak lagi. Hemmm…Zam, apa cerita?” tanya Murni cuba melindung kerunsingannya, berlakon seperti tidak ada apa-apa berlaku. Mechanical pensel dan pembaris diletakkannya perlahan di atas kertas yang terbentang, mata tertancap tepat ke mata hitam si Zamri. Buat Zamri terkesima. Bila mata bertentang mata, baru dia perasan bebola mata Murni berwarna coklat, bukannya hitam. “Aduhai! Perempuan, jangan seksa perasaan aku lagi. Aku memang betul-berul gilakan kau wahai perempuan” bukan main lagi bicara hati Zamri.. dap dap dap berimara santai. “Kau cantik Murni, bila berlakon macam ni, lagi cantik dan menawan” bisik hati Zamri. Itu kata hatinya, yang terluah lain pula!! “I? I memang tak ada cerita, tapi I rasa you yang ada cerita kut…!” jawab Zamri sambil jari telunjuknya di halakan ke mukanya sendiri. Zamri cuba menyerkap jarang, harap-harap Murni tidak melenting. Ya Ampun. Bukan niat dirinya hendak terus bertanya, tetapi Murni yang sudah mulakan, jadi baik sahaja harung terus. “I!. Cerita? Cerita apa pulak Zam? You ni kan ada-ada aje la..” jawab Murni, tunduk sambil tersenyum, macamlah Zamri tidak boleh membaca fikirannya yang sedang berkecamuk itu. Murni hendak berlakun drama apa? Zamri nampak muka gambra sudah tertulis dimukanya, lagi mahu lindung!

42

“Oppss Sorry. As a friend, I tahu you are hiding something. I kenal you sudah lama Muni. I bukan kenal you semalam? Kita sudah kenal lebih dari 8 tahun tau? Dari riak muka you I dah tahu you ada masalah. tell me if you don’t mind to share?” kata Zamri straight to the point, malas dia hendak berselindung. Jika berselindung, bukan ada faedahnya, malah lagi kusut. Murni tersentak, “Apa kenanya si Zamri ni? Baru makan steak sekeping sudah jadi berani lain macam pula?” bisik Murni. Namun hanya senyuman yang dilemparkan.. “Tak da la. I’m okey, percaya la!” Murni masih tetap berselindung, dia masih ragu-ragu hendak bercerita, takut membuka pekong di dada sendiri pula. Namun riak muka sudah nampak yang dia confirm berbohong. “Come on Muni, its about that guy kan! The guy yang you jumpa tadi tu? Is he your ex or some one from your past.?.”Kbooomm bertalu-talu soalan diajukan kepada Murni. Biar banyak sekali soalan yang dilontarkan, sekurang-kurangnya dari banyak-banyak soalan itu, mengena satu jawapn pun sudah cukup. Zamri sudah tidak malu langsung bertanya. Sudah alang-alang bertanya, baik bertanya sampai mendapat jawapan. Murni sudah menjelaskan yang dia okey, tetapi Zamri masih mendesak, cuba mengorek cerita yang masih Murni cuba simpan hanya untuk dirinya. Soalan-soalan itu membuat hati Murni geram. “Maaf Zamri, not for you to get involve…Memaksa betul dia ini. Tidak faham atau sengaja tidak mahu faham?” bisik hati kecil Murni, namun dia harus bertenang. Jangan melompat! “Kenapa you interested sangat nak tahu?”tanya Murni dengan nada tenang lalu mencapai semula mechanical pensel yang tadinya diletakkan di atas kertas. Dia tunduk seakan-akan tekun membuat kerja. Malu pula rasanya apabila seorang lelaki bersungguh-sungguh ingin mengetahui hal peribadinya. Lelaki yang tidak ada apa-apa

43

hubunganpun dengan dirinya, selain dari hubungan sebagai rakan sekerja. Tetapi mengapa dia sangat mengambil berat tentang dirinya, sejak dulu lagi. Hishy .. tak faham betul dia ni..! “Muni, I ikhlas mahu dengar masalah yang you hadapi. Jika you sudi berkongsi, I sedia mendengar. Itu pun jika you sudi bercerita” tanya Zamri perlahan bangun dan merapatkan dirinya ke arah Murni yang masih duduk. Murni mendongak apabila melihat badan Zamri mara ke hadapannya. Sudah tunjuk berani pula, bukan main rapat lagi. Naik seram rasa Murni, dibuatnya. Tindakan berani Zamri boleh dikategorikan gangguan seksual. Tapi Murni tahu Zamri bertindakan demikian buat untuk mengganggunya. “You know where to find me, if you need me” Zamri bersuara perlahan seakan berbisik. Lalu dia berdiri dan mengatur langkah, meninggalkan Murni tanpa menoleh. Murni pula yang ternganga, terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Harap-harap tiada siapa di luar biliknya, perasan apa yang telah Zamri lakukan sebentar tadi. Pasti sangkaan mereka serong, sudahlah pergi makan tengahari bersama, selepas balik dari lunch, mereka masih kelihatan bersama, tidak puas-puas berdua-duaankah? Kena pula jika mereka melihat Zamri berbual dengannya dalam keadaan rapat dan berbisik-bisik. Mampus! Pasti ada mereka ada modal bercerita tentang Murni dan Zamri yang digelar belangkas. Headlines tu! Aduh.. Zamriiiii kenapa kau buat drama pulak. Tak sudah-sudah Murni tidak puas hati dengan tindakan berani Zamri. Tapikan, si Zamri ini baik orangnya. Eh! Apa pula melalut ni..No! stop it!”Fikiran Murni berlegar-legar memikirkan apakah sebenarnya yang temannya yang satu ini hendak darinya. Murni memang perasan Zamri cuba mendekati dirinya sejak dari dulu lagi. Sekarang ini sudah semakin galak, sudah tidak segan-segan lagi. Tetapi Murni tetap dengan prinsip hidupnya dan cuba mengelak dengan semua lelaki yang cuba mendekatinya, termasuk

44

Zamri. Pengalaman silam benar-benar sudah mengajarnya supaya dia berhati-hati dengan spesis yang dipanggil LELAKI. Banyak faktor yang perlu diambil kira hubungannya bersama Zamri. Pertama kerana faktor umur. Kedua Murni takut pengalaman pahitnya akan berulang, takut pisang berbuah dua kali. Dan yang ketiga, dia belum bersedia untuk membuka hatinya untuk mana-mana lelaki dalam hidupnya demi anaknya, takut berbapa tiri. Keempat, dia janda manakala Zamri masih teruna. Pasti keluarganya tidak merestui hubungan mereka. Keluarganya pasti mahukan yang terbaik untuk anak terunanya, bukan dengan janda beranak satu. Nanti Zamri dapat anak instant pula. Tetapi bila difikirkan kasihan pula kepada Mila yang tidak pernah merasa hidup mempunyai seorang bapa. Kenapa Murni harus bersikap selfish, hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja! Mungkin sekarang Mila masih anak-anak untuk mengerti. Dia akan mengerti dengan sendirinya nanti apabila dia dewasa kelak. Buat masa ini biarkanlah keadaan seperti sekarang ini. Tambahan pula, Murni tidak merasakan apa-apa perasaanpun terhadap Zamri, walaupun sudah lebih 8 tahum berkawan rapat. Mungkin juga kerana Murni tidak pernah memberi sedikit ruangpun dihatinya. Ditutupnya rapat-rapat, serapat-rapat yang dia boleh. Murni nekat mahu membesarkan Mila sendirian. Bukan dia seorang sahaja yang membesarkan anak-anak sendirian di zaman ni. Berlambak diluar sana. Anak-anak mereka berjaya juga. Malah lebih sempurna dari anak-anak yang dididik bersama keluarga. Jika ada keluarga tetapi berantakan setiap masa, lagi membuat anak-anak hilang arah. Membesarkan anak-anak sendirian bukan bererti gagal dalam hidup. Malah sebenarnya berjaya dalam hidup kerana dapat melepasi segala masalah hidup sendirian. Malah menjadi insan itu lebih tabah, kuat dan berdikari. Itu kata Murni untuk mengukuhkan lagi prinsip hidupnya. Tetapi benarkan prinsip hidupnya itu? Eleh! Tipu..

45

Tiba-tiba satu semangat muncul, dia harus menutup semula pintu hatinya yang baru terkuak sedikit, demi Mila. “Maafkan Mama Mila..” bisiknya, perlahan. “Tet..tet..tet..” bunyi deringan dari telefonnya. Murni terkejut dari lamunan kesah semalam. Tangan mengapai telefon dan melihat pesanan ringkas siapakah yang mengganggu lamunannya. Ala..entah egen mana yang mempromosikan syarikat mereka. Telefon diletak semula. Murni kembali ke alam nyata. Mana mungkin berterusan begini, jika terus begini semua kerja tidak akan siap. Murni berastagafar panjang. Mukanya diraup beberapa kali sambil mengelengkan kepalanya. Nekat di hati, tidak mahu memikirkan persoalan itu lagi. Periok nasi harus dijaga. Terus dibuangnya kesah semalam jauh-jauh. Dikosongnya fikirannya, tidak ada nama Badri, tidak ada nama bekas suaminya dan juga tidak ada nama Zamri. Habis dipadamnya di kotak mindanya. Tumpuan padu diberikan kepada kerjanya. Akhirnya Murni dapat menyelesaikan kerjanya menanda coordinate bagi Syarikat Andira. Kerjanya harus dilangsaikan. Esok Murni akan memulakan tugas yang baru pula. Urusan pecah geran Encik Mohd Taha Julmi yang dipanggilnya Pak Cik Taha. Seorang lagi insan yang rapat dengannya, kerana dia adalah bapa Kak Romlah.

46

Mata Murni melerek ke dinding. Tanpa sepatah perkataan, mahupun sebarang bunyi, Murni menghentikan tugasnya yang tadi tekun dilakukannya.

Sudah hampir pukul 6.00

petang, rupanya. Itulah pasal, ralit sangat bekerja! Tekun semata-mata menyekat otak fikirannya dari memikirkan hal kesah semalam. Sesalunya, bekerja di tempat-tempat begini jarang ada tugasan lebih masa yang terlebihlebih sehingga memerlukannya pulang lewat malam. Semua pekerja balik on time, atau terlebihpun paling lama sejam, itu sahaja. Ala.. pulang lewat sedikit tidak menjadi masalah, anggap sahaja gentian waktu yang telah digunakan untuk hal peribadi sewaktu waktu bekerja. Bukan main lagi Murni dengan lenggang lengkoknya berjalan menuju ke bilik Zamri. Itu memang sudah kebiasaannya setiap hari, menjengok si kawan baik. Namun tetiba petang ini dia hairan, kenapa bilik si teman gelap, sudah pulangkah dia?. Namun langkah diteruskan jua. Keraguan Murni terjawab, memang benar Zamri sudah pulang. Tidak pernah Zamri pulang tanpa memberitahu dirinya?. Apa sudah jadi ni?. Zamri sudah pulang awal juga hari ini, sama seperti semalam. Selalunya dia akan singgah ke bilik Murni untuk berjalan beriring ke ruang pakir. Kenapa dia tidak berbuat demikian hari ini, dia marahkan Murnikah?. Murni hairan dan rasa bersalah pula dihatinya. Adakah dia bersikap kasar atau adakah perbualannya yang sambil lewa melayan Zamri sejak petang kelmarin. Atau perbuatannya telah mengores hati kawannya yang seorang inikah?. Perlukah Murni menerima bantuan atau pertolongan yang ingin dia hulurkan? Bolehkah dia percaya kepada lelaki ini?. Ini rahsia hidupnya! 47

Perlukah Zamri tahu? Adakah dia membuka pekong di dadanya sendiri apabila memceritakan rahsia buruk dirinya yang sekian lama sudah dimeterai dengan lilin cap mohor merah dengan amaran jangan sekali-kali dibuka. Sekali dibuka, terlerai lilin dan tidak dapat ditutup semula.. Dengan longlai Murni berjalan ke pakir persendirian. Murni bingong. Dia sedar dan nampak ada kejujuran pada diri Zamri yang sudi berkongsi masalah demi meringankan masalah yang ada di kepalanya. Tetapi mampukah Murni meluahkan semua masalahnya kepada seorang lelaki yang tidak ada apa-apa ikatan dengannya? Silap-silap Murni akan ditertawakan, mencurah segala masalah peribadi kepada seseorang yang tidak ada ikatan. Hemmm.. Dia bukan saudara Murni, bukan juga abangnya, tidak juga tunang. Bakal suami? Lagilah bukan! Title isteri sudah sah-sah bukan. Dia hanya sekadar saudara seislam. Habis tu, hendak berkongsi rahsia yang selama ini disimpannya kemas. Wajarkah membuka rahsia itu? Jangan buat kerja bodoh cik Murni, sayang. Itu hanya ibarat membuka kotak pendora sahaja gamaknya. Terbuka sahaja kotak tersebut, maka tersebarlah segala rahsia kamu. Kamu mahukah rahsia kamu diketahui orang? Murni masih memikir-mikir akan tindakannya. Dia harus pasti 100 peratus, bukan 50 atau 99 peratus. Harus cukup 100 peratus pasti. 101 peratuspun boleh! Langkah terus diayun lesu. Tap..tap..tap..tetiba Murni terdengar seperti orang berjalan pantas, seperti mengejar sesuatu di belakangnya. Hatinya mula rasa gembira mengharap yang di belakangnya adalah Zamri. Segera dia menoleh dengan senyuman.. Ahhhh.. hampa, bukan Zamri.

48

Kamarul si Pembantu Am Pejabat yang turut tersenyum dan mengangkat tangan, laju meninggalkan Murni tanpa bicara. Dalam mengelamun, Murni tidak sedar sudah sampai ke kereta. Diperhatikan, kelihatan hanya tinggal 3 buah kereta sahaja yang masih terpakir. Kereta Suzuki Swift puteh Murni, kereta Perdana hitam Pegawai Daerah, Encik Megat Qalif dan kereta Viva merah saga Kamarul yang sedang bergerak perlahan meninggalkan pakir. Kereta Zamri? Memang tidak ada.. petak pakirnya sudah kosong. Murni menghela nafas kecewa. Pakcik Pengawal sudah sedia mengangkat papan penghalang untuk memberi laluan kepada kereta Murni, sebaik sahaja dilihat Murni menggerakkan perlahan keretanya menuju keluar. Tangan diangkat sebagai tanda terima kasih sebaik sahaja melepasi pondok pengawal. Murni tersenyum, Pak Badar, pengawal bertugas hari ini dan dia membalas lambaian. Alhamdullillah, selesai tugasnya hari ini tanpa ada apa-apa yang ditakuti Murni berlaku. Cuma masalah dengan Zamri yang masih menjadi tanda tanya, Zamri merajuk dengannya. Tidak mengapa, esok Murni akan cuba menyelesaikannya. Diharap missi memujuknya akan berjaya.

Murni menjeling ke arah bilik Zamri sebaik sahaja sampai di pejabat. Kelihatan bilik itu sudah terang, sudah sampai rupanya pakcik yang merajuk itu. Awal pula nampaknya dia sampai. Namun langkah diteruskan menuju ke biliknya sendiri. Tetapi di dalam hati sudah berdendang ceria, entah mengapa, melihat bilik Zamri yang sudah terang bagaikan memberi cahaya kepada dirinya. Beg yang disandang dileraikan dan dimasukkan ke dalam laci di tepi meja. Tangan pantas menekan punat komputer untuk menghidupkannya. Murni menunggu sebentar sementara komputer menyala dan sedia berfungsi untuk diguna. Laju sahaja dia menyemak pesanan-pesanan yang masih hitam, menunjukkan pesanan masih belum dibaca. Satu persatu sehingga habis semua pesanan dibaca. Yang perlu diambil 49

tindakan dicetak dan diletakkanya ke tepi, untuk diambil tindakan kemudian. Sehelai demi sehelai kertas yang sudah dicetaknya dibaca sekali lagi. Agar dia betul-betul faham maklumat yang hendak disampaikan. “Ada meeting dalaman pulak hari ni.

Tergempar aje Tuan Megat ni.apa hal

agaknya?.Meeting kerap sangat, sampaikan sudah tak ada benda yang hendak dilaporkan, Hayla boss… nasib baik kau yang boss, kalau aku yang boss, setahun sekali je kut, meetingnya” Murni berleter sendiri perlahan, takut pula didengar oleh kakitangan yang lain complaint pasal boss.. Kena berhati-hati, cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. “Ada benda urgent agaknya tu…!” Murni sendiri menyoal, dan dia sendiri memberi jawapan. “Meeting pukul 10.00 pagi, apa agaknya yang hendak Tuan Megat bincangkan?” Murni tertanya-tanya lagi. Berulang-ulang soalan yang sama, sedangkan dia sendiri sudah memberi jawapan. Bila ada mesyuarat, tentu ada benda yang perlu dibincangkan. Memang setiap bulan ada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Megat Qalif, Pegawai Daerah. Selalunya memberitahu kedatangan pegawai baru atau pemberitahuan pertukaran pegawai. Paling tidak, Tuan Megat ingin bertanyakan perkara-perkara yang memerlukan laporan, perkembangan yang perlu dia tahu. Agar dia tidak seperti orang bodoh, kerana tidak mengetahui apa yang telah dilakukan oleh anak buahnya sendiri. Tidak mengapa, apa-apapun boleh aje, janji tidak melibatkan dirinya. Teringat Murni akan Zamri. Bingkas bangun dan dia menuju keluarke bilik Zamri. Sudah tinggal beberapa tapak sahaja lagi untuk sampai ke pintu bilik Zamri, Murni terhenti, dia perlu memikirkan buat kali keduanya, sama ada betulkah tindakannya ini. Dia masih ada 50

peluang untuk membatalkannya. Bibir diketap, mata memandang ke siling sambil terkebilkebil. Bukan dia hendak memujuk, dia tidak pandai dalam hal seperti itu. Hanya sekadar bertanya khabar. Kenapa pulang awal kelmarin dan semalam, tanpa menunggunya seperti selalu. Itu sahaja persoalannya yang perlu jawapan dari Zamri, boleh kut.. Murni membetulkan baju kurungnya dan kemudian membetulkan kedudukan tudungnya, manalah tahu sudah senget, lantas meneruskan langkah. Murni mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja niatnya. Pintu bilik Zamri diketuk dan dia terus masuk apabila melihat Zamri hanya melihat dirinya yang berjalan ke arahnya tanpa berkelip, malah membulatkan matanya. Seumpama orang melihat sesuatu yang aneh. Murni buat muka selamba sahaja, lantaklah apa yang dia sedang fikirkan, yang penting penjelasan perlu diraih. Murni duduk tanpa dipelawa, sama sahaja seperti Zamri apabila berkunjung ke biliknya. Zamri masih mendongak, memandang Murni, tanpa suara. Dia terkejut, apa hal pula Murni datang berkunjung menemuinya. Dia hanya memerhati tanpa sebarang kata dari saat Murni masuk sehingga dia sudah duduk dikerusi. Suasana sepi, dua-dua menunggu siapa yang akan memulakan perbicaraan. Di kepala Zamri memikirkan, Murni mimpi apa malam tadi? Tidak pernah-pernah dia ke biliknya. Yang selalu berkunjung adalah dirinya ke bilik Murni, tetapi hari ini sudah lain. Terbalik kot. Murni pula yang datang mencarinya. Bagaimanapun hatinya gembira dengan kehadiran Murni di depan mata. “Mimpi apa malam tadi, tak pernah-pernah you masuk bilik I, pagi ini you muncul, apa hal?” Zamri bersuara dengan riak hairan, beralah, dia yang memulakan bicara. Hendak diharapkan Murni, sampai esokpun dia boleh buat diam sahaja. “Eh.. I dah tak boleh jumpa you ke? kalau macam tu I…” Murni seperti hendak bangun. 51

“Taakkk… saja tanya.. ishy.. susah betullah perempuan ni.. tak boleh tanya sikit, nak sentap aje?” bersuara lagi Zamri, tetapi tersenyum. Murni duduk semula. Memang dia tidak ada niatpun untuk beredar, saja acah..hendak lihat apa reaksi Zamri. Menahannya pergi atau akan membiarkannya beredar. 99% akan memilih jawapan pertama. Nasib baik Zamri pilih jawapan pertama, Murni lega. Seandainya dia pilih jawapan kedua, baru padan muka Murni. “Dua petang berturut-turut you balik tak beritahu I yang you balik awal, tup-tup time balik I tengok bilik you dah gelap, you tak sihat ke..atau you marahkan I?” Tanya Murni, menyampaikan apa tujuan sebenarnya ke bilik Zamri pagi ini. “Hemm.. pasal tuuu “ jawab Zamri pendek dan mendatar. Pasal dia balik awal, ingatkan hal yang lebih penting. Zamri mengalihkan pandangannya ke skrin komputer. Mudah sahaja soalan Murni tu, soalannya kenapa dia balik awal? “You sakit ke?” ulang Murni, apabila Zamri tidak menjawab soalannya. Lama Murni menunggu jawapan. “I tak sakit, tapi you mungkin..” jawab Zamri lemah, tanpa memandang Murni yang membuat muka pelik. Kenapa Zamri memberitahu dirinya yang sakit, sedangkan soalan “sakit” ditujukan kepada Zamri bukan dirinya. “I? you kata I yang sakit.. you ni kan Zam..kalau nak berguraupun biarlah betul!” ceria sahaja bunyi Murni menafikan yang dirinya sakit seperti yang dimaksudkan Zamri. “Ye la.. kelmarin you memang sakit, I yang tengokpun tak tahu nak buat apa, sebab I tak tahu you sakit apa? Kalau you pening I boleh belikan panadol, kalau sakit perut I boleh belikan pill Chi Kit Teck Aun. I yang memandangpun hampir sakit tengok you, you tahu

52

tak!.” Panjang lebar pula Zamri bermukadimah, dengan mata terbeliak

masih tepat

memandang Murni. Semua jenis ubat yang dia tahu disebutnya.. “Tapi..kalau you sakit lain, sakit yang hanya perempuan sahaja yang tahu tu.. I minta maaf, I tak arif tentang perkara tu..” tersengeh sahaja dia. Ke situ pula fikirannya.. “I nak bantu, you tak terima, jadi baik aje I bawa diri..” bunyi rajuk si lelaki bernama Zamri. “Jadi you balik awal, bukan you marah I lah, tapi sebab lain.?.” soal Murni. “Hemm.. nak marah you buat apa?.. tapi ada jugak sikit marahkan you. You degil sangat. De….gil, tak mahu terima bantuan orang, konon hebat nak selesaikan masalah sendiri..” kata Zamri, memerli Murni. Murni sudah rasa kurang selesa. Memang tidak menyangka yang Zamri memang betulbetul ingin membantunya. Muka Murni sudah memerah. Kena hentam oleh kata-kata Zamri. Nanum dia akur, ada benarnya juga apa yang dikatakan si teman. “Ahhh.. dah lah tu.. I tak apa-apa la....ha ni..apasal Tuan DO nak buat meeting kejap lagi nii.., You have any idea, why?” pandai pula Murni memusing cerita, tidak mahu memanjangkan cerita. Dia segan, Zamri perasan rupanya keadaan dirinya yang tidak tentu arah sehari dua ini. “Ahhh.. dah mula lah tu.. nak pusing cerita lain pulak. Nak corner cerita lain la tu...!” Zamri mengalihkan pandangannya ke skrin komputer semula., malas dia hendak melayan Murni yang sudah mengubah tajuk perbualan. “Muni, as I said earlier, if you have any problem, you can tell me, I boleh jadi pendengar yang baik, you tau tak? kita kan kawan, namapun kawan, so.. ini lah masanya kita perlukan kawan untuk membantu, jangan simpan sorang-sorang, nanti bersarang kat dalam dada tu, lagi susah.. bahaya, makan diri” bersungguh-sungguh Zamri menasihatkan kawannya yang sudah sedikit blushing. 53

Blushing menahan malu. “Okey lah Zam.. see you later kat meeting room nanti” Murni bangun, tidak mahu menjawab apa yang telah Zamri katakan. Lagipun dia tidak mendapat jawapan kepada soalannya, malah dia pula yang disoal siasat, baik sahaja dia pergi, sebelum ceritanya terbongkar. Dia masih dengan prinsip dirinya, cuba menyelesaikan masalah sendiri. Kalau boleh tidak mahu rahsianya selama ini di ketahui oleh orang lain. Belum sempat berjalan Zamri bersuara lagi “Muni, I ikhlas okey.. ikhlas.. kalau you ada apa-apa masalah tolong share dengan I. I will lend my ear or even my shoulder if you need… I’m serious Muni.. serious..!!” Zamri mengulangi kata-katanya dengan bersungguhsungguh. Murni terhenti menapak tetapi tidak menoleh, Murni pejamkan matanya. Dia terharu mendengar ungkapan ambil beratnya dan kemudian meneruskan perjalanannya keluar menuju ke biliknya. Dada sudah mulai sebak, cuma air mata yang ditahannya dari mengalir. Sesampainya di bilik, Murni memikirkan apa yang dikatakan Zamri kepadanya. Ini bukan pertama kali Zamri merayu sedemikian. Sudah banyak kali. Sudah tidak terkira. Namun Murni buat endah tak endah sahaja. Kepercayaannya kepada insan yang bernama “lelaki“ masih menebal. Apa jadi jika dia akan dikecewakan kali kedua. Tentunya luka lebih parah lagi. Malah mangsa juga akan bertambah. Jika dahulu, hanya dia seorang yang menanggungnya. Tetapi sekarang, Mila juga akan terbabit. Tambahan pula Murni perhatikan Mila sudah terlalu rapat dengan uncle Zamrinya. Yang terakhir dua bulan lalu, insiden Mila jatuh sungai semasa aktiviti mencari rama-rama bersama kawan-kawan di airterjun Jeriau. Nasib baik Zamri dan Hamdan sedang memancing di tempat berhampiran ketika itu. Terkejut Murni waktu itu, apabila melihat Zamri mencepong Mila yang sudah basah kuyup. Mila pula sudah tidak sengan dengan uncle Zamrinya. Mila tergelincir semasa projek mengumpul rama-rama anjuran sekolah. Hari itu rama-rama entah ke mana, yang dapat dahi yang berbentuk rama-rama, berbekas 54

kesan terantuk batu. Nasib baik cuma lebam, tidak luka. Zamri memang suka memanjakan Mila. Milapun sayangkan uncle Zam, selalu sahaja nama lelaki itu menjadi sebutan. Menumpang kasih kerana dia tidak pernah ada lelaki yang boleh dipanggil bapa sepanjang hidupnya. Memang Murni banyak berfikir panjang selepas kejadian itu tetapi dia cuba keraskan hati dengan menutup rapat pintu hatinya yang keras itu. Jika boleh tiada sesiapa yang berani membuka hati itu. Tanpa dia sedar hati yang dikatakan keras itu sudah perlahan-lahan terbuka. Dibuka oleh teman baiknya sendiri, lelaki yang bernama Zamri.

55

“Jom..” tiba-tiba terdengar suara Zamri yang sedang memegang folder coklat. Muncul tanpa memberi salam, Dia sudah tercogok di hadapan pintu bilik Murni. Badannya berada separuh di luar dan separuh di dalam bilik Murni. Main terjah sahaja, nasib baik Murni sudah biasa dengan perangai Zamri. Murni bingkas bangun mencapai folder yang sememangnya Murni letak di atas meja. Sudah habis merajuk rupanya pakcik ini, sudah ceria seperti biasa dan sudah menyemput Murni seperti biasa. Berhasil juga rupanya kunjungan tidak rasminya pagi tadi ke bilik Zamri. “Ehh..dah pukul 10.00 ke Zam?.” Tanya Murni, tersenyum memandang kawannya di celah daun pintu yang di rengang oleh badannya. “Belum lagi, lagi 10 minit..” jawab Zamri, matanya meleret ke arah Murni yang berbaju kurung cream berbunga merah kecil. Comel betul nampaknya dia di mata Zamri. Kena dengan warna tudung merah jambu lembut polos. Tidak nampakpun gaya seorang ibu kepada seorang anak yang sedang meningkat remaja. Yang hairannya, dia tidak perasan pula penampilan Murni sewaktu Murni berkunjung ke biliknya pagi tadi? Tetapi sekarang segala-galanya dia perasan, segala keterampilan Murni dari kepala sehingga ke kaki, nampak cantik dan kena padan dengan si pemakai. Tidak puas rasanya dia memuji, namun hanya di dalam hati. Macam tu agaknya apabila seorang lelaki yang sudah gila bayang dengan seorang perempuan, semuanya indah di mata. Mereka berjalan seiring menuju ke bilik mesyuarat di tingkat atas. “Eh,,,kejap kejap.. I lupa bawa map yang I dah letak coordinate tu. Nanti nak lapor kat boss..” kata Murni seperti orang tergesa-gesa. 56

Dengan pantas berpatah balik ke biliknya. Murni baru teringat yang dia perlu melaporkan semua kerja-kerja yang telah selesai dan yang masih belum selesai kepada Tuan DO di dalam mesyuarat itu kelak. Sekurangkurangnya dia ada laporan yang hendak dimaklumkan. Jangan dikatakan tidak buat kerja pula!. Zamri hanya tercegat sambil mengelengkan kepalanya, melihat Murni berlari-lari anak ke biliknya, nasib baik mereka belum berada jauh. Memang Murni sudah kerap terlupa sekarang ni, entah apa yang difikirkannya sehingga dia jadi begitu. Yang Zamri tahu, pastinya bukan urusan kerja, mahupun mengenai dirinya. “Okey…. Jom” sapa Murni dengan termengah-mengah ke arah Zamri yang setia menantinya. Kertas bergulung di kepitnya.

Murni yang tidak mengetahui dirinya diperhatikan hanya selamba mengambil tempat duduk bersebelahan Zamri, walaupun banyak lagi kerusi yang kosong di bilik mesyuarat yang besar itu. Beberapa pasang mata yang sudah berada di dalam bilik mesyuarat hanya memerhatikan sahaja kelakuan mereka. Ini bukan perkara luar biasa, mereka sudah lama mengerti akan keakraban mereka berdua sejak dari dulu lagi. Sudahlah datang tadi berdua, hendak dudukpun dekat-dekat sebelah menyebelah. Seperti tidak boleh dipisahkan sahaja. Sejurus muncul Tuan Megat, lantas dia mengambil tempat di kerusi paling hujung, yang sudah memang dikhaskan kepada sesiapa sahaja yang mempengerusikan mesyuarat. Seperti biasa Tuan Megat memulakan mesyuaratnya dengan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir.

Mukhadimah sikit…Kemudian mengesahkan minit mesyuarat yang 57

lalu. Selang setengah jam tibalah perbincangan mengenai perkara-perkara berbangkit. Mengikut agenda yang disediakan oleh Shiha, Pembantu Khas Pegawai Daerah, ada dua perkara berbangkit yang akan dibincangkan. Perkara pertama, ialah perbincangan mengenai aktiviti tahunan dan yang kedua penyusunan semula struktur Jabatan. Tanpa banyak bicara, semua agenda dibincangkan dengan teratur dan dipersetujui tanpa bantahan dari semua yang hadir. Mesyuarat diakhiri dengan agenda Lain-lain hal. Senarai agenda yang inilah selalunya banyak perkara-perkara yang tidak perlu dibangkitkan akan dibincang bersama. Ini mengakibatkan mesyuarat yang sepatutnya hanya mengambil masa satu jam, melalut sampai berjam-jam. Aktiviti tahunan yang dicadangkan iaitu Hari Keluarga Tahunan bagi Pejabat Daerah Bukit Fraser. Aktiviti tahunan yang memang dinanti-nantikan oleh semua pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah Bukit Fraser. Tambahan pula peruntukan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat. Penstrukturan semula, pula kali ini hanya melibatkan kakitangan sokongan, dimana kerani di Bahagian Pentadbiran akan ditukarkan ke Bahagian Kewangan dan Bahagian Pentadbiran mengambil tempat ke Bahagian Kewangan. Tujuan pertukaran ialah untuk memberi peluang semua pegawai mengetahui semua skop kerja, multi tasking. Memandangkan waktu sudah hampir waktu rehat tengahari, Tuan Megat menamatkan mesyuarat dengan bertanya soalan kepada setiap pegawai yang hadir, jika mereka ada perkara yang hendak mereka bincang atau hendak mereka maklumkan. Bagi diri Murni tiada apa yang hendak dibangkitkan, kepada yang lain juga mengambil langkah selamat iaitu dengan mengelengkan kepala. Tuan Megat memandang tajam ke arah semua yang hadir. “Saya hairan, setiap kali meeting tak ada orang yang bersuara kecuali saya, sepatutnya, inilah masa jika ada perkara yang hendak dibincang diketengahkan? Tapi bila dah tamat mesyuarat ada saja soksek soksek kat belakang!” tegur Tuan Megat. Bergema suara Tuan Megat, bunyi seperti tidak puas hati. 58

Semua yang hadir saling pandang memandang diantara satu sama lain. Hangat ponggong diperli oleh boss, pedas! Memang betulpun apa yang dikatakan boss. Keluar sahaja dari bilik mesyuarat barulah ada isu yang hendak dbangkitkan, seperti ada sahaja yang tidak puas hati. “Murni, you think you can manage to handle AJK makanan sorang-sorang? Saya rasa Sheha boleh tolong atau you prefer Zamri?” bergema lagi suara Tuan D.O, apabila melihat Murni ternganga sahaja apabila Tuan D.O memberikan arahan. Terus Murni memalingkan badannya ke jiran sebelah, Zamri. “Apa hal pulak Tuan D.O ni, yang mana satu sebenarnya, Sheha atau Zamri?” keliru Murni dbuatnya. Bagi dirinya, mana-manapun boleh, tak ada hal punya. Atau Tuan DO menyakatnya. Sudah pandai main perli pulak ni, atau arahan serious. Terfikir-fikir Murni, boss ni, yang mana satu! “Murni.. which one? Who do you prefer?” tiba-tiba Tuan Megat bersuara sambil tersenyum. Tersenget misainya. Tuan DO mengulangi soalannya kepada Murni, apabila Murni masih ternganga, tidak tahu apa jawapan yang paling tepat yang harus diberikan kepada bossnya. Murni angkat kening ke arah Zamri, Zamri pula angkat bahu. Ya juga! Manalah dia tahu? Soalan untuk Murni, bukan untuk dirinya? Tangan DO menaikkan kaca mata yang melurut dihidungnya naik ke atas pangkal hidung. Tangan yang memegang pen digoyang-goyangnya sementara menunggu jawapan dari Murni yang serba salah.. Shiha atau Zamri? “I pilih Shiha, Tuan, senang sikit…sebab bab masak memasak ni elok orang perempuan la. Tapi bab makan mungkin boleh calon lelaki..”jawab Murni selamba. Semua yang hadir tertawa apabila Murni memberi jawapan. sehinggakan Tuan DO turut tersengeh. 59

Tepat jawapannya,

Murni yang mengelabah apabila ditertawakan! Dia rasa sudah betul pilihan dan jawapannya, yang kena tertawa tu kenapa? Zamri hanya diam dan memandang ke arah Murni sambil mencebikkan muka. Apa! ingat dia tidak pandai soal masak memasak ke? Walaubagaimanpun, nasib baik kau pandai jawab Murni, boss saja menyakat tu sebenarnya. “Ya lah.. Murni sama Shiha dan mungkin beberapa orang lagi untuk AJK makan, semua setuju ya?” balas Tuan DO. Yang lain hanya mengangguk sambil tersenyum sinis dengan jawapan jujur Murni. Memang betul apa? Hal masak memasak eloklah orang perempuan, kerana jika orang lelaki yang ditugaskan lain pula yang jadinya. “AJK logistik?. Ada apa-apa cadangan?” tanya Megat Qalif lagi. “Saya dan Misran okey aje Tuan..” balas Loqman, sambil memandang ke arah temannya Misran yang duduk berselang 3 kerusi darinya. “AJK games dan aktiviti?” tanya Tuan DO lagi. Latiff memandang Hamdan, Hamdan pula memandang Zamri. “Kami pun tak ada masalah Tuan, insyallah kami akan fikirkan apa akvititi dan games yang akan diadakan kelak..” akhirnya Latiff bersuara bagi pihak kedua-dua rakan sejawatnya. “Hemm… in that case I conclude this meeting and the meeting is adjourn” Megat Qalif bingkas bangun dan diikuti oleh yang lain-lain lalu meninggalkan bilik mesyuarat. “Esok you ada hal tak?” tanya Zamri kepada Murni sambil berjalan perlahan dengan folder masih di tangan masing-masing. Kawan-kawan lain sudah lama hilang dari pandangan, cuma kelihatan Kamarul sedang mengemas bilik mesyuarat supaya bilik tersebut kemas dan bersih untuk kegunaan mesyuarat yang akan datang atau untuk kegunaan lain-lain Bahagian. “Tak ada apa-apa kut.. kenapa?” Murni bertanya kepada soalan Zamri dengan muka hairan. 60

“Nak ajak you dan Mila gi tengok wayang kat Raub… cerita Ice Age 3.. ingat tak kita tengok Ice Age 2 last year,, “ tanya Zamri beriya-iya. “Hemmm.. tengoklah.. you jangan beritahu Mila.. kalau you tanya dia, hendak saja dia tu.. especially pergi dengan you..” kata Murni. Zamri hanya tersengeh sahaja apabila Murni berkata sedemikian. Tersusun giginya yang puteh dan kelihatan gigi taringnya yang kecil, jarang dia tersengeh sebegitu lebar. Terbayang Zamri kepada wajah comel Mila, jika dia mengujakan rancangan itu terus kepada Mila. Pasti dia dapat jawapan yang tidak mengecewakan, dan Murni kena akur. Dia memang mengetahui Mila sayang kepadanya, begitu juga dia. Zamri sudah menganggap Mila seperti anak angkatnya. Anak angkatnya yang tidak rasmi. Bagaimana hendak dijadikan anak secara rasmi, susah sungguh hendak meyakinkan si ibu untuk menerimanya sebagai sebahagian dari keluarga mereka. Dia sudah berusaha, dari Mila bayi sehingga Mila sudah sekolah, jawapannya masih sama. Murni takut.. takut pisang berbuah dua kali. Takut dikecewakan. Jika dahulu, hanya dia yang kecewa, tetapi kini akan melibatkan hati anaknya juga. Dia tidak mahu Mila pula akan kecewa, dia tidak sanggup melihat hati kecil itu dikecewakan. Sedangkan Murni tidak perlu fikir perkara yang belum berlaku. Dia boleh sahaja mencuba. Mungkin Zamri memang tersurat untuk dirinya, Kenapa perlu membuang masa, masa yang kini sudah 8 tahun terbuang. Di dalam perkara ini Zamri tidak pernah berputus asa, dia akan menunggu sehingga Murni berkata “ya”. Bilakah waktu itu, dan akan tetap dinantinya, soal hati dan jodoh tiada siapa dapat menduga. Semuanya dengan keizinan NYA jua.

61

“Ya la … I tahu.. that’s why I tanya you dulu.., Muni ..Muni.. keras betul hati you.. I sanggup jadi bapa Mila..tapi you pulak tak mahu..” sempat pula Zamri mengusik Murni. “You jangan mengada-ngada, boleh tak!..” geram sahaja bunyi suara Murni, tetapi dia tahu, itu hanya gurauan dari Zamri sahaja. Sudah acap kali perkataan sebegitu didengarnya. Sedangkan Zamri memang betul-betul bermaksudkan apa yang dikatanya. Hanya Murni yang tidak mahu faham. Murni terus masuk ke dalam biliknya sebaik sahaja sampai. Zamri pula menuju ke biliknya, tetapi kemudian berpatah balik dan terus menolak pintu bilik Murni. Murni yang belum sempat sampai ke tempat duduknya berpaling apabila mendengar pintu biliknya ditolak rakus. “Jangan lupa esok… kira jadi aje la.. I pick you up at 11.00, boleh kita makan lunch sebelum show pukul 3.00” Zamri seperti memaksa, tanpa menunggu jawapan Murni yang terdiam, berdiri tidak berkotek. Hish.. lelaki ini sudah pandai membuat keputusan bagi pihaknya pula, tetapi jika ini akan mengembirakan hati Mila, apalah salahnya. “Hemm.. elok juga pergi jalan-jalan. Lapangkan kepala yang beserabut ni. Sekurangkurangnya, hilang sekejap masalah si Badri tu.” Bisik Murni. “Terima kasih Zam.. you always around when I need a shoulder to cry on..” ucapan yang hanya mampu terungkap di dalam hati. Beranikah kata-kata itu diluah kepada Zamri? Eeeee… Tidaklah!!! Ya ampun…

62

Terdengar horn kereta berbunyi. Mila terus berlari membuka pintu depan, tanpa melihat horn dari kereta siapa. Dia sungguh yakin, itu kereta uncle Zam. Mila, jika pasal uncle Zam, bunyi keretapun dia sudah kenal. Mila sudah lama bersedia, sebaik sahaja Murni memberitahu akan keluar bersama uncle Zam, Mila sudah mengeluarkan baju apa yang akan dipakainya esok lalu digantungkannya di tombol pintu. Mila tidak menghiraukan mama kerana dia tahu mama memang selalu bersiap lambat. “Kak, saya gerak dulu. Ada apa-apa ke hendak pesan kat Raub.?.” jerit Murni., mengetahui Kak Romlah berada di dapur, sebok berkemas sebelum pulang. “Tak ada apa apa,yang penting Murni dan Mila, jaga diri baik-baik. Kunci jangan lupa bawak, akak pun kejap lagi nak balik dah ni..!” jawab Kak Romlah, bersuara dengan nada yang kuat untuk mempastikan Murni mendengar segala pesanannya. Murni tanya satu, amanat yang dia dapat menjela-jela. Padan muka! “Ya..ya. Ada ni ah, Muni ada bawa. Jumpa Isnin nanti kak..!” jawab Murni dan terus berjalan keluar, meninggalkan Kak Romlah yang berjalan dan kemudian berdiri di tepi pintu, melambai Mila yang sudah sedia duduk di seat belakang pajero Zamri, Murni masih terkedek-kedek menuju ke arah kereta. Murni nampak Zamri memerhatinya dari dalam kereta, membuat Murni rasa kekok berjalan. Mahu tidaknya, risau apabila diperhatikan orang. “Ape kenanya pulak, macam tak pernah tengok kita macam ni…”omel Murni. “Ahhh.. lantaklah!” getus Murni lagi. Seperti tahu-tahu sahaja, Murni mengambil tempat di sebelah pemandu.

63

Masih awal lagi, apa yang hendak dikejarkan. Turun ke Raub, tidak sampaipun 1 jam pemanduan. “Shall we..!” kata Zamri seraya mata melirik Murni yang terkial-kial menarik tali pinggang keledar. Tali keledar tersanggut-sangkut. Alahai cik Murni, kena perlahan-lahan tarik tali tu. Gambra agaknya. “Hemm..” jawab Murni tanpa melihat wajah Zamri yang masih memandang ke arahnya. Terukir senyuman manis Zamri. Senyum yang keluar dari hatia yang gembira. Mahu rasanya dia yang menarik tali keledar itu untuk membantu Murni. Tapikan! Hemm.. pasti terkena anggota badan Murni, tentu dia marah? Kecuali Zamri hendak maut kena maki. Silap-silap rancangan menonton terpaksa dibatalkan, mahukah itu terjadi? Dari itu biarkan sahaja Murni dengan masalah tali keledarnya. “Mila.. okey tak kat belakang tu..!” tanyanya lagi, mengambil berat anak angkat yang duduk di tempat duduk belakang. “Mil.. okey uncle..!” jawab Mila bernada ceria. Di dalam kereta bermacam-macam cerita dibangkitkan Zamri, banyak ditujukan kepada Mila. Hendak pikat ibu, kena pikat hati anak dahulu. Amboi, pandai Zamri bermain politik, hendak hidup, kena main drama sikit. Zamri terus memandu ke gerai makan yang selalu mereka singgah. Dia sudah hafal, apa kegemaran Murni dan juga Mila. Lapan tahun berkawan, dia sudah masak dengan hati budi Murni. Terus sahaja pesanan dibuat, tanpa ragu-ragu, kerana Zamri tahu apa yang akan dipesan adalah kegemaran mereka semua. Memang mereka kelihatan seperti satu keluarga, cuma tidak rasmi sahaja. “Ehhh.. Zam.. Zamrikan..?” tiba-tiba suara lelaki di belakang Zamri. Zamri bingkas bangun, menoleh. Dari nada dan lenggok suara seperti suara orang yang dia kenal!

64

“La.. Sofian..rupanya,, apa khabar awak?”jawab Zamri dengan nada terkejut, lalu menghulurkan tangan kepada Sofian, Murni juga turut berdiri. “Ha..Murni, ini Sofian, class mate I masa sekolah menengah dulu” Zamri memperkenalkan rakan sekolahnya kepada Murni. “Kita berdua kena tangkap sebab hidap rokok dalam toilet sekolah. ingat tak Pian?“ kata Zamri sambil kedua-duanya tertawa. “Bapak kita berdua pula datang naik satu teksi sebab dipanggil oleh guru besar!” terus mereka sambung ketawa apabila Sofian menambah insiden mereka di sekolah dulu. “Itu kesah dulu.. nakal juga kita masa tu..ah..“ kata Sofian, mereka tertawa lagi. “Lama kita tak jumpa ya. Hemmm ada 10 tahun kut. Ya, sejak kau tukar kat atas bukit tu.. jarang jumpa. Nama aje sama-sama orang Pahang. Apa kau buat kat sini? Kau tak balik Jengkakah?” panjang lebar pula Sofian bertanya Zamri. Zamri hanya mampu tersengeh menayang giginya seperti iklan ubat gigi colgate. Memang pakai ubat gigi colgatepun. “Mari la join kita orang..” Zamri mempelawa Sofian. “Ohh.. terima kasih, tak boleh nak ganggu keluarga kau. Aku pun nak pergi sana, mereka tunggu aku kat sana, keluarga aku..” sambil tangan Sofian menunjuk ke arah meja keluarganya. “Ya la.. contactlah aku.. ni kad aku..” lalu Zamri menghulur kad nama yang sudah dikeluarkan dari dompetnya semasa berbual tadi. “Jumpa lagi Zam. Kahwin tak jemput aku pun ya!..cantik bini kau?”kata Sofian sambil tangan menepuk bahu Zamri dan beredar. Zamri tidak membetulkan salah sangka temannya yang menyangka mereka adalah satu keluarga. Biarkan! Sengaja dia hendak melihat reaksi Murni. Melenting minah tu apabila dikatakan dirinya sebagai isteri. Lets wait and see. Sofian berlalu tanpa menoleh, menuju semula kemeja di mana keluarganya pasti ingin tahu kenapa mereka lama menunggu.

65

“Zam.. kawan you tu dah salah sangka, I rasa dia ingat kita satu keluarga..” kata Murni. perasan rupanya Murni. Zamri dengan selamba menyambung makan tanpa rasa bersalah. “Tak apa la. Memangpun niat I nak kita jadi kita satu keluarga, you tu saja yang susah sangat nak terima..ala.. lagipun bukannya luak pun.. biarkan aje.. ” jawab Zamri lagi bersahaja, lantas meneruskan makan. Murni terhenti menyuap makanan. Zamri ni memang buat dirinya hilang selera. Mila yang tidak mengerti apa-apa hanya sebagai pemerhati. Kenapalah dua orang ni.. agaknya memang susah jadi orang dewasa, fikirnya. “Hujung bulan ni I nak balik kampung, you nak ikut? “ tanya Zamri kepada Murni yang sudah tidak menjamah makanan. Masih geram dengan tindakan Zamri, tidak membetulkan salah sangka si kawan. Siapa yang hendak mengaku isteri dia agaknya! Pinggan tak retak, nasi tak dingin, dia yang hendak, tapi aku tak ingin. Murni senyum sendiri apabila pandai pula mengubah pantun dua kerat ikut seleranya. Pinggan makanan sudah ditolaknya ke tengah. Zamri menolak semula pinggan ke hadapan Murni. Suka sangat merajuk perempuan ini sejak dua menjak ini, tidak boleh salah cakap sikit. Dah jadi seperti filem hidustan pula, main tarik tolak pinggan. “Tak mahu makan, tak apa, diri sendiri yang lapar nanti” getus Zamri. Malas dia memujuk. “Kesah balik kampung tu. Apa halnya pulak I kena ikut you..”kata Murni dengan nada yang agak tinggi. Marah kerana Zamri tidak membetulkan keadaan ditambah pula dengan soalan mengajaknya pulang ke kampung. Itu yang membuat marah Murni berganda-ganda. “Mak I nak jumpa you. Dia nak jumpa perempuan yang bernama Murni Muslihah Majid, perempuan yang anaknya yang dah tergila-gila..” Zamri menyebut nama penuh Murni. “Ada I suruh.!.” garang sahaja nada suara Murni. Hatinya masih geram.

66

Hish Zamri ni, kalau sehari tak ajak bergaduh, tak boleh agaknya. Sah.. memang susah jadi dewasa. Mila mendongak melihat gelagat mama dan uncle Zam. Berbual atau bergaduh, Mila tidak pasti. Kenapa uncle Zam tidak tanya dirinya? Yang tanya mama buat apa? Kalau tanya Mila, memang Mila setuju nak ikut. “Mil boleh ikut tak uncle?” tanya Mila kepada Zamri yang dengan tersenyum menjawab “Boleh.. Mila boleh ikut uncle kalau mama jadi pergi.. okey sayang!” jelas Zamri. “Hem.. jomlah mama pergi kampung uncle Zam.., dahlah kampung Wan Seri kita dah lama tak balik..” Mila merayu kepada Murni dan terkilan kerana sudah lama tidak pulang kekampung Murni di Johor Bharu. Memang sudah hampir dua tahun Murni tidak menjengah kedua ibu bapanya, tetapi mereka berhubung saban minggu melalui telefon. Atau mereka yang datang berkunjung, sudah terbalik kut, orang tua yang melawat anaknya, bukan anak melawat orang tuanya. Semua itu berlaku kerana Murni malas hendak bertembung dengan saudara maranya lain yang duk sebok bertanya mengapa tak cari penganti, atau kadang tu, soalan mereka kenapa tak cari bapa baru Mila.. Hish.. soalan-soalan cupumas yang tidak ada jawapan dan yang sebenarnya malas hendak Murni jawab. Kerana perkara itu memang tidak ada jawapan. “Ya..ya.. cuti sekolah hujung tahun nanti kita balik kampung mama ya..?, hem.. pasal kampung uncle Zam, mama tak boleh pergi sebab itu bukan kampung kita, itu kampung uncle..” jawab Murni, memperjelaskan agar Mila faham. Zamri menarik muka masam. Sudah tahu jawapan, Murni tidak akan mengikutnya pulang ke kampung. Tidak mengapa, jika degil sangat perempuan ini, tahulah bagaimana dia akan aturkan rancangan. Selesaikan satu persatu dahulu. Utamakan aktiviti Hari Keluarga dahulu. Zamri berbisik sendiri di dalam hati. Jika tidak berjaya memujuk Murni pulang ke kampungnya pada bulan ini, akan dicuba pada bulan hadapan, jika tidak berjaya juga akan dicuba di bulan yang lain dan seterusnya sehingga berjaya. Dia perlu membuat sesuatu, penantiannya sudah terlalu lama, kini sudah sampai ke kemuncak. Sudah alang-alang menunggu, baik teruskan sahaja niatnya, kecualilah Murni memang bukan jodohnya. 67

Jangan lama sangat Murni.. jangan biarkan Zamri jadi fosil menunggu lama!

68

Jari Murni menekan nombor di skrin phone, wajah seseorang muncul di kepalanya. “Assalamulaikum Atie. apa khabar awak..?” Murni bersuara sebaik sahaja mendengar balasan suara di hujung talian. Murni teringat teman baiknya Siti Karimah. Entah dari mana pula datangnya nama Atie, Murnipun tak mengerti, sepatutnya panggilan namanya Siti atau Imah atau setidaktidaknya panggilan Mah. Mungkin singkatan dari nama Siti kut.. itu yang timbul panggilan Atie. Teman yang baik, ibarat adik beradik, sepusat sepusing, emak lain bapa asing asing. Rapat sejak dari bangku sekolah, kemudian terpisah kerana belajar di kolej yang berlainan. Takdir menemukan mereka semula apabila sama-sama dapat melanjutkan pelajaran di universiti luar negara yang sama kerana jurusan yang sama juga. Nasib baik tidak bekerja di tempat yang sama. Jika tidak, mahu runtuh Bukit Fraser menjadi landai. Gara-gara dua sahabat Murni Muslihah dan Siti Karimah. Kali ini, mereka terpisah. Kini Atie berada jauh nun negeri di bawah bayu dan Murni tinggi di atas bukit. Namun tetap dengan kerjaya yang mempunyai hubung kait mengenai hutan dan tumbuhan, apa lagi jika tidak pembalakan. “Tanya khabar kita? Muni tanya kita?.. kita kat sini macam biasa aje. Yang nyata, kita belum jumpa lagi Pengeran yang kita cari. Entah kat celah mana menyoroknya. Agaknya kalau kita tukar nama Dayang Karimah, baru dapat jumpa Pengeran yang kita tunggu tu kut…!” bunyi berkekek apabila kedua-duanya berderai ketawa dengan lawak si Atie. “Tak payahlah nak tunggu Pengeran, Cik Atie oii, yang ada nama Tengku ke Raja, Syed ke pun dah cukup lah tu, tangkap aje..Jika mahu tunggu pengeran, mahu jadi bini yang ketiga atau yang keempat, Isteri pertama dan kedua confirm saudara mara yang ada gelaran dayang tu!” Laung Murni cuba memerli Atie yang memang dia kenal sejak dari remaja waktu zaman sekolah lagi berangan bersuamikan orang berketurunan, tak kiralah dari 69

keturunan raja atau pengeran. Gara-gara banyak menonton filem animasi princess. Sampai merasakan diri teringin menjadi seorang puteri. Walaupun mereka berdua sama-sama orang Johor, tetapi Atie memang suka berangan semacam. Sudah tahap gaban, tidak boleh tidak. Tunggu punya tunggu, cari punya cari, umur sudah melepasi 30 an. “Nak tangkapkan apanya Muni oi.. tak ada tengku, raja ke syed ke yang nak aku tangkap. Yang ada rajagopal sama ada sayeed lahir hari Jumaat ada la..”jawab Atie sayu sahaja di hujung talian kemudian sekali lagi mereka ketawa berderai. “Oii cik akak, yang kau tu apa hal, ribut tidak, hujan tidak,. tiba-tiba call kita ni.. ahhh! Ni mesti ada cerita baik punya, kalau tak.. haram kau nak contact kita, okey! sekarang cerita.. cerita.. kita dengar..” sedap punya bahasa, Cik Atie seorang ini. Namun Murni tersenyum dihujung talian mendengar celoteh kawan baiknya yang satu ini. “Apa? Perlu ada ribut sama hujan aje ke, baru aku boleh call kau? Apa lahhh kau ni Atie..”jawab Murni sambil mencebekkan mulutnya. Memangpun dia tahu Atie memang tidak dapat melihatnya yang mencebik muka kepadanya, tetapi apa dia kesah!. “Tak la.. kita tahu sangat perangai kau tu.. kalau tak ada hal, tak ada nak telefon punya, seingat kitalah, last sekali kau call kita last year..isnt it right?” bebel Atie “Hemm.. sooorry.. aku busy sikit la.. lately, banyak pulak kerajaan negeri beri kelulusan balak, jadi nak mengelakkan negeri Pahang jadi gondol, kenalah berhati-hati. Aku tahulah tugas kau pun sama macam aku, tapi Sabah hutannya besar, seratus tahun pun boleh tahan hutannya sebab tanam semulakan? Kat sini pun tanam semula jugak, tapi tak sebesar hutan kat sana?” apalah melalut cerita pasal hutan pula Murni ni. Sudahlah di pejabat uruskan mengenai perhutanan, dengan kawan sendiripun topik perbuatan masih hal hutan. “Kita gurau aje la.. sejak bila cik Murni Muslihah tak tahan bergurau ni.. by the way, apa khabar my little princess? Little Mila .. Mimi Sharmila..”tanya Atie. 70

“Mila? Dah tak little lagi.. dah sekolahpun, dah masuk darjah dua tahun ni..”jawab Murni. “Dah sekolah? Bilalah agaknya kita dapat jumpa budak comel tu.Tulah kau Murni duduk jauh dari orang, nak pergi naik bukit tu bercinta tau? Lainlah naik heli ke atau ada cable car ke? Drive pusing-pusing macam ular kena palu, naik pening kepala aku dibuatnya, rasa nak termuntah tau!, dahlah tu nak naik kena waktu siang aje! Kalau naik malam jawabnya, jumpa esok di dalam gaung!” Atie meluahkan tidak puas hatinya kepada Murni yang duduk jauh di atas bukit. “Ampun tuanku, nanti patik usahakan untuk sediakan heli untuk Dayang Karimah ya…!” gurau Murni. “Nantilah aku sediakan satu heli, khas untuk kau .. senang nak jumpa aku kat atas bukit ni.. tapi jangan tak datang pulak?” jawab Murni dan sekali lagi kedua-duanya ketawa, dengan angan-angan Murni yang tidak mungkin menjadi kenyataan. Sengaja hendak melayan minah yang lagi jauh membawa diri. “Okey Murni.. now back to the reason… the reason you call me..I know you have something to tell me.. you dah jumpa papa baru untuk Mila ke?” akhirnya Atie menyerkap jarang tujuan panggilan Murni. “Mana ada? Tak ada cerita lain kau ni. Asyik-asyik hal itu, naik loya aku. Aku dah serik kau tak faham-faham ke?.. cerita tu will be the last item from my list..”jergah Murni. Opps, salah rupanya sangkaan Atie. Jika bukan perkara itu, perkara apa pulak ya? Atie tertanya-tanya. “Habis tu?..” soal Atie “Sorry… chill.. kawan chill..” sambung Atie lagi. “Atie.. kau ingat Badri tak..?“ akhirnya Murni memulakan mukaddimah yang mengganggu fikirannya sehari dua ini. “Badri..hemm.. Badri.. kembar Ex kau tu dulu, masa kat UK dulu? of course aku kenal! ” Atie mengetahui Murni memang tidak suka orang menyebut nama bekas suaminya. “Hemm..” jawab Murni pendek. 71

“Kenapa dengan Bad tu.. don’t tell me, kau dengan dia. Eh..Murni...jangan Murni, Si Am.. oh.. sorry.. jantan tu. ceraikan kau, lepas tu kau nak kahwin dengan kawan baik dia pulak.. kau dah buang tabiat kea tau sudah tak ada jantan lain di muka bumi ni?“ Atie hampir terlepas kata menyebut nama bekas suami Murni, tetapi nasib baik dia cepat perasan. Jika terlepas menyebut nama bekas suaminya, mahu Murni mematikan talian, nasib baik dia cepat sedar. “Apa yang kau merepek ni Atie.. tunggulah aku cerita dulu, mana pulak kau dapat idea yang aku hendakkan si Bad tu.. dia salah sorang yang aku tak mahu jumpa, tapi, you know what?” belum sempat habis Murni berbicara, Atie potong kata. “What?” tanya Atie dengan nada tidak sabar “2 days ago, aku terjumpa dia. Dia datang kat sini main golf..” Murni menghabiskan bicaranya yang tergantung kerana di potong oleh Atie. “Habis tu..!” soalan tidak sabar Atie “You still don’t get it.. do you? Kalau Badri beritahu Ex aku yang dia jumpa aku, nanti tentulah dia tahu tentang Mila.!.”jawab Murni dan Murni tahu Atie tentu terlopong mulutnya apabila mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. “Ya la.. Murni, jadi macammana sekarang.?.” kendur sahaja suara Atie di hujung talian. Hilang sudah lawak jenakanya. Terus jadi serious dan simpati kepada Murni dan juga Mila. Dia cukup mengerti kini, kenapa Murni jadi tidak tentu arah. Ini soal anaknya, soal Mila. Apa akan terjadi sekiranya bekas suaminya tahu yang dia mempunyai anak dengan Murni. Anak yang tidak pernah dimaklumkan kepadanya selama 8 tahun ini. Anak yang dia tidak tahupun keujudannya. “Aku bingong sekarang ni tau? Takut dia tuntut hak penjagaan, kalau dia tahu dia ada anak. Tapi kalau Badri tak beritahu, aku selamat. Harap-harap dia tak beritahu. Macammana pun aku kena bersedia..” sedih bunyi suara Murni dengan harapan yang belum pasti.

72

“Yalah Muni. Bagus you bersedia dengan apa je yang bakal mendatang. Beritahu apa yang kita boleh tolong, I will always be at your side, no matter what..!” Atie memberi sedikit semangat kepada temannya. “Thanks, Atie, aku tahu kau sorang kawan yang baik. Kau selalu ada, bila aku memerlukan. Buat masa ni tak apa-apa lagi, cuma tu aje nak cerita, mana lah tahu.. aku kena bersedia kan.. always expect the unexpected.. “ jelas Murni. “Ya la..kita setuju.. apa-apa pun just let me know okey.. kalau tidak tu, kau dan Mila boleh aje tukar kat sini.. amacam.?.” Atie memberi cadangan. Manalah tahu, boleh Murni fikirkan. “Aku dah malas nak lari lagi.. cukup la.. lagipun aku dah suka kat sini, Mila pun..” jelas Murni, sayu. “Tak apa.. harap-harap nothing bad will happen.. okey Murni.. be strong, be brave dan banyak berdoa sama banyak berzikir, sekarang hanya DIA aje yang boleh bantu kita..insyallah..” kata-kata peransang yang sangat Murni perlukan di waktu begini. “Thanks Atie, I will keep you updated from time to time. .. nanti aku call kau lagi tau!.. assalamulaikum.” Murni menamatkan perbualannya. “Mualaikum salam.. ingat tu Murni.. be strong, banyak berdoa, aku tau, kau perempuan yang kuat dan tabah.. jumpa Badri tu perkara kecik aje, banyak perkara besar yang dah kau lalui, tapi kau dapat mengatasinya.. okey..yang penting kau kena ingat yang satu kat atas sana.. dia aje yang boleh bantu kita insyallah. Atau mungkin pertemuan tu, ada hikmahnya… kita tunggu aje apa hikmahnya..” kata penamat dari Atie yang panjang lebar, dah macam ustazah.. Namun ada benarnya. “Hemm… harap-harap macam tu la.. anyway, thanks again.. nanti kalau ada apa-apa aku call kau lagi tau!.. bye..” Murni juga menamatan perbualannya dengan teman baiknya. Sekurang-kurangnya terasa sedikit lega, apa yang terbuku telah diluahkannya kepada Atie.

73

Atie pasti mengerti, kerana Atie tahu segalanya hal ini. Sejak dari perkenalan, bercinta, berkahwin dan diceraikan. Dicerai dengan talak tiga. Atielah tempat Murni mengadu suka dan dukanya selain dari kedua ibubapanya. “Atie.. kau ingat aku kuat, tapi sebenarnya aku tidak kuat seperti yang kau nampak. Aku berlakon aje, mengaburkan pandangan orang. Aku tak mahu nampak lemah, especially depan Mila. Ya Allah aku redha dengan ketentuan ini. Dari itu aku mohon kepadaMu Ya Allah agar beri aku kekuatan untuk menghadapinya.. Aminnn.” Doa Murni bersungguhsungguh. Siap dia menyapu kedua belah tangannya ke muka sebaik sahaja selesai berdoa. Berdoa dan dia akan terus berdoa kerana itu sahaja ikhtiar yang mampu dia lakukan setakat ini .

74

Diam tak diam sudah dua bulan peristiwa Murni bertembung Badri berlalu. Alhamdullillah, so far so good, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Waktu untuk Hari Keluarga, Pejabat Daerah Bukit Fraser juga semakin hampir, hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Sebagai Ketua AJK Makanan, Murni sudah berbincang dengan semua pembantunya. Maksud pembantunya ialah Shiha dan kawan-kawan, bukannya Zamri okey? Persiapan untuk memasak bagi lebih kurang 50 orang sudah diaturkannya. Kak Midah, emak saudara Shiha telah bersetuju menerima tempahan catering. Murni lega kerana Kak Midah juga mengenakan harga yang sangat berpatutan dengan menu yang simple tetapi mengenyangkan. Untuk makan tengahari, Murni telah mencadangkan nasi minyak. Pilihan nasi minyak dipilih kerana jika nasi minyak, tidak perlu lauk yang banyak seperti nasi puteh. Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, daging masak korma, jelatah darat dan popadum. Tidak ketinggalan buah, sama ada sebiji oren atau sebiji epal. Kak Midah juga akan menyediakan makanan bagi minum petang, katanya dia akan menyediakan pisang goreng panas dan cucur udang. Menu sebegini dikenakan hanya RM15 satu kepala. Memang boleh sangat, kira murahlah tu.. Semua makanan akan disediakan di dalam bekas, lengkap dengan lauk yang diasingkan di dalam plastik berasingan. Kak Romlah pula bersetuju untuk menyediakan sarapan. Senang sahaja menu untuk sarapan, Bee hoon goreng berencah udang dan dua jenis kueh manis. Sarapan juga akan disedia di dalam bekas berasingan dengan harga RM6. Saja suka-suka hendak membantu, kata Kak Romlah. Dia bercadang membuat kueh lapis dan bingka. Memang kueh buatan Kak Romlah cantik dan sedap. Nampak gayanya hari itu nanti dipenuhi dengan aktiviti

75

makan..makan dan makan. Diharap semua games akan dapat dilaksanakan, jangan semua kekenyangan, tak terlarat hendak mengambil bahagian dalam semua acara sukan rakyat. Air pula akan disediakan sendiri oleh Murni dengan bantuan Kamarul. Air kopi dan teh di dalam termos tahan panas agar sentiasa panas dan air laycee kotak untuk minuman makan tengahari. Kudap-kudap juga tidak dilupa, bermacam-macam kudap-kudap disediakannya, termasuk kacang cap tangan dan jajan-jajan lain. Maklumlah ramai kanak-kanak. Bekalan air mineral tak usah cerita .. lebih dari 10 kotak sudah disediakannya. Sudah pastinya air mineral banyak diperlukan, terutama selepas setiap acara sukan rakyat berlangsung. Sukan Rakyat dibawah kelolaan Latiff and the geng, termasuk Zamri. Entah apalah agaknya acara yang akan diketengahkan oleh mereka nanti. Tahun ini Tuan DO bersetuju, venue Hari Keluarga tahun ini akan diadakan di Shahzan Resort. Tuan DO kenal rapat dengan Tengku Shahzan, sehinggakan Tengku telah bermurah hati memberikan ruang padang dan lain-lain aktiviti rekreasi seperti aktiviti berkuda dan aktiviti berkayak secara percuma kepada semua anak-anak buah Megat Qalif pada hari tersebut. Itu juga secara tidak langsung sebagai promosi dan cara beramal, charity begins at home, jadi bermula dengan penduduk Bukit Fraser dahulu. Tidak rugi syarikatnya jika sehari diberikan percuma, betul tak? Namun Pejabat Daerah masih menyewa dua bilik, satu untuk kegunaan kaum lelaki dan satu untuk kegunaan kaum perempuan. Bilik ini perlu disediakan bagi keluarga yang masih mempunyai anak kecil dan juga digunakan untuk menunaikan solat, apabila sampai waktu. Maklumlah, acara akan bermula dari jam 8.00 pagi sehingga petang selepas Asar. Takkan, setiap masuk waktu mereka terpaksa berkejar ke rumah untuk menunaikan solat. Walaupun rumah mereka tidak jauh, tetapi adalah tidak masuk akal, silap-silap bila sudah sampai di rumah masing-masing, terus tidak muncul di padang. Mana hendak munculnya, terlelap kerana kekenyangan. Mila tidak sabar-sabar menunggu hari keluarga ini. Memang setiap tahun, hari keluarga memang ditunggunya walaupun dia mengerti dia tidak mempunyai keluarga yang sempurna. Hanya dia dan mamanya, Murni. Namun setiap acara bagi kanak-kanak pasti dia akan mengambil bahagian. Mila seperti kanak-kanak lain sentiasa gembira di mana 76

sahaja mamanya berada. Kanak-kanak seusia ini mana tahu erti kehidupan sebenar, yang dia tahu semuanya indah.

“Ma.. cepatlah..” Mila bersuara seperti tidak sabar. Dia sudah berdiri di depan pintu kereta menunggu Murni yang terhegeh-hegeh mengikat tali kasut di depan pintu yang sudah dikuncinya. Kak Romlah berada di belakang Mila, sambil mengelengkan kepala. Dia sudah menyimpan semua makanan untuk sarapan Hari keluarga di dalam bonet kereta Murni. Bee hoon disediakan di rumah Murni. Murni turut membantu. “Ma…cepat la..nanti lambat?” tegur Mila lagi. “Ya la… sabar la.. anak mama ni.!.” gumam Murni Mila terus masuk ke dalam kereta di tempat duduk penumpang sebelahan pemandu dengan muka mencerut. Merajuk…Mamanya selalu lambat! Murni terus menghidupkan engin kereta dan berlalu perlahan, mengetahui Mila marah kepadanya kerana lambat bersiap. “Kak.. semua dah adakan?” soalnya kepada Kak Romlah yang duduk di belakang. “Dah Muni, akak dah simpan siap-siap..” jawab Kak Romlah laju. “Hem.., okeylah macam tu..”Murni terus memandu. Mila yang memakai kemeja-T sedondon dengan mama, warna mustard bertulisan hitam “Hari Keluarga PDBF 2020” di poket. Tangan Mila mengibas-ngibas mukanya dengan topi cap warna yang sama. Perjalanan ke Shahzan Resort mengambil masa tidak sampai lima belas minit. Belum ramai keluarga yang sampai walaupun mengikut agenda semua keluarga kena hadir sebelum jam 9 pagi. Lagi 10 minit jam 9 pagi. Yang kelihatan hanya beberapa orang AJK makanan dan AJK Games.

77

“Apa barang yang hendak dikeluarkan…” mendatar sahaja suara Zamri singggah ke telinga Murni yang baru sahaja membongkok hendak mengeluarkan makanan untuk sarapan dari bonet kereta. Yang dia perasan Kak Romlah berada disisinya tadi, kini sudah lesap. Ke mana pula hilangnya Kak Romlah dan kini tiba-tiba muncul Zamri pula. Murni mengetahui, Mila sudah hilang bersama anak perempuan Hamdan yang sebaya dengannya sebaik sahaja mereka sampai tadi. “Eh..Zam.. niha.. barang untuk sarapan..” sambil tangan Murni secara spontan menghulur bekas plastik empat segi yang sudah bertingkat 3 ke tangan Zamri. “Ni.. aje..” soal Zamri seperti tidak percaya hanya tiga bekas untuk sarapan 50 orang “Ada lagi.. yang tu I bawak..” jelas Murni Mereka berjalan beriringan menuju ke meja yang sudah disediakan untuk semua makanan. Semua telah diatur oleh AJK Logistik. “Dah lama sampai..” Murni menyoal Zamri. “Baru jugak.. Mil mana?” soal Zamri “Tu..” Murni memuncungkan bibirnya ke arah Mila yang sedang bermain dengan kawannya di bawah pokok di hujung padang. Murni sebok mengeluarkan air mineral dari dalam kotak ke atas meja. Zamri pula entah ke mana, sebok persediaan games pertama agaknya. Macam coklat chipsmore, kejap ada di depan mata, kejap dah hilang entah ke mana. Itu tidak menjadi masalah, yang penting barang yang berat sudah diuruskan olehnya. Terima kasih Zam, hanya di dalam hati. Tuan DO belum nampak lagi, keluarga yang hadir sudah bertambah. Sejurus kemudian kelihatan kereta Tuan DO memakir di tempat pakir VIP. Tuan Megat keluar bersama isteri dan dua orang anaknya. Dituruti oleh Tengku Shahzan dan keluarga. Tuan DO menjemput Tengku Shahzan dan keluarga sebagai tetamu VIP. Tetamu bagi aktiviti ini, bukankah resort ini Tengku Shahzan yang punya! Takkan pula dia hendak menjadi tetamu di resort sendiri? 78

Loqman sebagai Master of Ceremony. Dia memang pandai menjadi pengacara, kelakar pulak tu. Ada ada saja celotehnya, benda yang tidak lucupun boleh jadi lucu dibuatnya. Patut dicalunkan ke rancangan raja lawak mega dengan nama Manloq-loq. Pandai aje Murni menukar nama orang! Selepas pembukaan dan kata-kata aluan dari Tuan DO, dengan secara rasmi membuka Hari Keluarga PDBF 2020 dengan hidangan pertama, sarapan pagi. Bagi Tuan DO, isteri dan tetamu jemputan, Murni sudah sediakan di atas meja di hujung koridor. Siap dengan kopi di dalam termos kecil. Itu pun jika Tengku Shahzan sudi hendak menjamah, dia boleh sahaja order dari coffee house miliknya, jika dia mahu. Tetapi nampaknya dia sporting dan sama-sama bergelak ketawa dengan Tuan Megat. Tuan Megat pula memang seorang boss yang baik, sudah 8 tahun Murni mengenalinya. Dari Tuan DO masih berstatus bujang sehingga sudah ada anak dua, memang tidak berubah, prihatin dan sporting dalam banyak hal. Acara dimulakan dengan sukan rakyat bagi kanak-kanak 6 ke 8 tahun, meniup balon sehingga pecah. Tanpa disuruh, Mila sudah berada di padang untuk acara ini. Keputusannya Mila mendapat tempat kedua, dia di kalahkan oleh anak lelaki Hamdan. Lepas satu acara ke satu acara, yang mana Mila boleh menyertai, pasti ada dia. Ada yang mendapat hadiah, tetapi ada juga yang tidak. Setiap hadiah yang dimenangi di serahkan kepada Kak Romlah. Dia tidak langsung menganggu Murni yang sebok ke hulu dan ke hilir membuat persedian, maklumlah Ketua AJK makanan. Sehinggalah acara untuk keluarga, di mana permainan ini memerlukan 3 orang ahli. Seorang bapa, seorang ibu dan seorang anak. Mila hendak menyertai, tetapi siapa sanggup menjadi bapa olok-oloknya untuk acara ini sahaja!. “Ma, Mila nak masuklah game ini boleh tak, mama?” Mila dengan termengah-mengah kerana berlari mendapatkan mamanya dan bertanya Murni yang berdiri di meja makanan. “Tak boleh sayang… kita tak cukup sorang lagi..” jawab lembut Murni. 79

Mila berlari pula ke arah Zamri yang sedang sebok menyusun hadiah di meja sebelah. “Uncle, Mila nak masuk game ni la.. ma kata tak cukup orang, uncle jadi bapa tipu Mila hari ni boleh tak? Hari ini aje..please…please!” tanyanya kepada Zamri mencugap-cungap. Dengan kerut muka yang meminta simpati. Kasihan pula Zamri melihat Mila. Kepala Mila diusapnya. Rambut yang diikat ekor kuda, terliang liuk apabila kepala Mila membalas usapan tangan Zamri. “Uncle boleh aje, jadi bapa betul-betul pun boleh.. mama setuju ke?” jawab Zamri kepada Mila, tetapi Mila tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Zamri. Yang dia tahu, dia mahu menyertai game itu dan awal perkataan uncle Zam ialah perkataan “boleh”. Tangan Zamri di tariknya, Zamri hanya mengikut Mila yang mengheretnya ke tempat Murni. “Ma.. uncle Zam ada..dia kata dia okey” senang sahaja jawab Mila. Zamri dan Murni saling pandang memandang. Zamri mengangkat bahu. Kasihan pula Murni melihat Mila yang bersungguh-sungguh untuk menyertai acara itu. “You tak kesah ke Zam..?” tanya Murni “Apa salahnya, untuk hari ini aje, janji Mila happy.” Jawab Zamri “Okey la.. jom ..” Murni setuju agar Mila bahagia. Lagipun dia dan Zamri tidak mengambil satu acarapun kerana kedua-duanya sebok dengan tanggungajawab AJK masing-masing. Terdengar rioh sorakan apabila Zamri, Murni dan Mila turun ke padang bersama beberapa lagi peserta lain. Kemunculan pasangan keluarga tidak rasmi mendapat sorakan hangat. Acaranya mudah, ibu dan anak akan melilit satu roll tissue ke badan bapa seperti mumia. Tissue roll perlu dililit dari kepala hingga ke kaki sehingga habis satu roll, kemudian si bapa akan melompat ke barisan penamat di mana ibu dan anak menunggu. Mudahkan!

80

Berbunyi sahaja whistle, Murni dan Mila melilit tissue roll ke badan Zamri yang tegak tidak bergerak sehingga habis. Cepat sungguh dia melakukannnya. Selesai sahaja tugas melilit, Murni dan Mila berlari ke barisan penamat menunggu Zamri yang melompatlompat ke arah mereka. Mila melompat-lompat sambil bertepuk tangan meminta uncle Zam melompat lebih laju kerana saingannya sudah rapat. Murni hanya berdiri tersenyum melihat kelatah si anak. Nampaknya Zamri adalah peserta pertama yang dapat menamatkan acara ni. Di barisan penamat, Zamri hilang imbangan dan terus jatuh mendakap Murni. Kedua-duanya jatuh tergolek. Hampir mencium muka Murni, nasib baik, ada beralaskan tissue roll yang telah berlilit di mukanya, hanya kelihatan mata sahaja. Punyalah malu Murni apabila semua orang bersorak, termasuk Tuan DO. Yang lebih menghairan, buat pertama kalinya, hati Murni berdenyut pantas, apabila mata bertemu mata. Tatkala itu hanya tuhan sahaja yang tahu, berapa lajunya degupan jantung, Murni. Murni dapat rasakan begitu juga Zamri. Sudah terkuak ke hati Murni yang selama ini ditutupnya kejap. Cepat-cepat dia bangun meninggalkan Zamri yang terhegeh-hegeh bangun dan mengoyakkan tissue roll sendiri dengan pantas. Bayang Murni sudah hilang dari pandangan. Lama juga Murni menghilang, sehingga ke acara penghujung baru dia kelihatan semula. Murni segan dan malu diperhatikan oleh semua mata yang dia kenal. Malu yang amat sangat. Di waktu penyampaian hadiah, Mila dengan bangga mengambilnya, tanpa Zamri atau Murni yang sudah merah padam muka mereka. Mila tidak mengerti kenapa mama dan uncle Zam jadi begitu, yang dia tahu dia sungguh seronok di dalam acara ini, tambahan pula mendapat tempat pertama. Loqman membuat pengumuman bahawa makan tengahari sudah disediakan. Semua yang hadir diminta mengambil makanan yang sudah tersedia di atas meja bersama sebotol air mineral dan sekotak air lychee. Murni sebagai AJK makanan menunggu di hadapan meja untuk mengagihkan makanan dengan bantuan Shiha dan Layla. Makanan Tuan DO dan keluarga sudah lama disediakan 81

di meja di hujung corridor, sama tempat mereka bersarapan tadi. Tengku Shahzan tidak kelihatan, mungkin sebok menguruskan Resortnya. Majlis penutup Hari keluarga diakhiri dengan bergambar kenang-kenangan. Semua keluarga diminta berkumpul untuk gambar berkumpulan. Kemudian pula gambar mengikut keluarga. Bagi yang tidak berkeluarga, mereka mengambil gambar group single. Single lelaki dan single perempuan. Zamri turut bersedia untuk bergambar di group lelaki single, tetapi pengacara, Loqman menyakatnya. “Zamri.. kau tak boleh masuk group tu.., kau kena masuk dalam group Murni.. nanti disqualified hadiah keluarga tadi..” Loqman bersuara dengan pembesar suara sambil ketawa. Zamri geleng kepala… nanti kau Loqman, kenakan aku ya.. Tetapi Zamri masih bergambar di group bujang lelaki. Apabila giliran Murni dan Mila, sekali lagi Loqman bersuara. “Zamri.. Zamri mana. Zamri?.” mencari-cari Zamri dengan pembesar suara. Hish Loqman ni memang dia hendak kena. Tiba-tiba muncul Zamri yang ditolak oleh kawan-kawannya ke hadapan. “Murni.. Zamri masuk dalam gambar keluarga you boleh tak?..” jelas Loqman Murni malas hendak mengeruhkan keadaan, tak apa la.. hanya sekadar bergambar, apalah salahnya. Yang penting Mila gembira hari ini, terutama uncle Zam bergambar memegang bahunya. Murni di sebelah Zamri hanya tersenyum terpaksa, tidak mahu mencacatkan gambar kenangan. Nanti dikatakan tidak sporting pulak. Namapun Hari Keluarga, untuk menghilangkan stress setelah berbulan-bulan bekerja.

82

Namun kesah hari keluarga tahun ini mempunyai kelainan. Tajuk utama perbualan, kesah Zamri terjatuh dan terpeluk Murni. Naik malu Murni dibuatnya, sehinggakan Tuan DO pun tersenyum sumbing apabila beberapa kali berselisih dengannya. Zamripun sudah tiga hari tidak datang bertandang ke bilik. Murni lagi. Memang tidak menjengok langsung ke biliknya, jeling pun tidak. Tiga hari yang panjang, tiga hari yang membuat dada Murni sesak, juga tiga hari yang Murni gunakan untuk berfikir. Akhirnya Murni membuat keputusan, sebelum hatinya ditarik oleh magnet yang datang dari hati Zamri, eloklah dia menebat dulu hatinya. Wajah Atie bermain di mata, cadangan Atie berhijrah ke Sabah boleh diambil perhatian. Hello Kota Kinabalu, bye-bye Bukit Fraser.

83

Mila menyorong basikal perlahan-lahan memasuki pintu pagar menuju ke ruang pakir yang sempit kerana sudah terpakir kereta Murni. Jari kecilnya membuka sarung tangan dan kemudian meletakkan kedua-dua sarung tangan tersebut di atas seat basikal lalu membuka topi keledar di kepala. Kemudian tangan terus mencapai semula sarung tangan lalu menjijit topi keledar, melangkah masuk ke dalam rumah. "Mila dari mana ni.. pagi-pagi ni, Mama ingatkan Mila ada dalam bilik, rupanya dah keluar, kenapa tak inform mama?." Mila tersentak apabila terdengar nada Mama lantas membantutkan langkah Mila. Mama sudah tersalah makan apa, memarahinya pagi-pagi cuti begini! “Kenapa ni Ma?”tanya Mila “Mil, pergi mana? Kenapa diam.. mama tanya Mil ni.?.” ulang Murni, apabila soalannya tidak mendapat jawapan. "Mil..hemm Mil .. berbasikal dengan uncle Zam.." terketar-ketar Mila memberitahu Murni. Dia mengetahui mood Mamanya pagi ini kurang elok; Mila tunduk menunggu sahaja akan dimarahi oleh Mama, terutama apabila sudah tersasul menjebut nama lelaki yang Mama sangat benci sewaktu ini.. Zamri. Murni mati-mati memikirkan Mila masih berselimut di hujug-hujung minggu begini. Salah rupanya sangkaannya. Tup-tup Mila muncul didepan pintu, baru balik dari mana entah. Tangan yang tadinya pantas mengeringkan rambut, terhenti, murni baru selesai mandi gamaknya. Senyap kedua-duanya seketika, Mila meneruskan langkah naik ke atas menuju ke biliknya. "Mil!..dengar sini..dengar tak mama bercakap Mil ni.." kedegaran nada marah, Murni mula meninggikan suaranya lagi. Temperaturenya naik, terutama si anak menyebut nama lelaki yang dia tidak mahu dengar buat masa ini. 84

"Berapa kali ma nak beritahu Mil.. kalau nak keluar ke mana-mana inform mama dulu.. kalau jadi apa-apa siapa yg susah?. Jerit Murni sambil menjegilkan biji matanya. Bagaikan hendak terkeluar biji matanya. Nama lelaki itu betul-betul menekan suis kemarahannya ketahap maksima. Bagaikan singer betina yang lapar sahaja lagaknya. Jawapan Mila berbasikal dengan Zamri memang menghantui fikirannya. Kenapa Mila keluar dengan lelaki itu. Mendengar nama lelaki itu mampu membuat hatinya mendidih.. mendidih marah. Raksa mercury di dalam thermometer melonjak ke paling atas sehingga tidak ada nombor. "Mil pergi dengan uncle Izam ma.. bukan dengan orang yang ma tak kenal? Lagipun, pagi tadi Mil masuk bilik mama, tengok ma masih lena.. tak jadi nak kejutkan..” Mila bersuara perlahan sambil muka tunduk memandang kakinya sendiri. “Wah..wah, dah pandai melawan. Mila,sejak akhir-akhir ni dah tak dengar cakap mama ya”. Jerit Murni lagi. Terkejut Mila melihat mamanya yang lain macam sahaja reaksinya. Marah betul dia dengan uncle Izam. Apa salah uncle Zam.. dia tidak mengerti. "Tak kesah..dengan uncle Zam ke dengan sesiapa sekalipun .. Mila kena beri tahu, mama mati-mati ingatkan Mila masih tidur..?, ni mana uncle Zam..!" tengking Murni lagi. Sebenarnya hanya marah dengan Zamri, jika dengan orang lain, rasanya dia tidaklah semarah ini. Yang bertanyakan Zamri buat apa? Jika Zamri masih ada diluar, apa yang hendak dilakukan kepada lelaki itu? "Dia dah balik rumah dialah ..” jawab Mila Murni lega, sudah berambus rupanya lelaki itu. Mila tunduk apabila dimarah begitu, berdiri tegak tanpa berkotek. Dia tahu mamanya sedang naik hantu. Dia tidak faham, Mamanya memarahi uncle Zamri atau memarahi dirinya. “Ma.. Mil minta maaf, sebab Mil buat Mama marah..” terus berlari naik meninggalkan Murni yang merasa serba salah, memarahi Mila tanpa mendengar penjelasan dari gadis kecil itu terlebih dahulu. 85

Kemarahanya membuak-buak apabila Mila menyebut nama Zamri. Marah betul Murni dengan Zamri kali ini. Murni dengan Zamri sejak dua menjak ini asyik bercakaran sahaja, sejak insiden hari keluarga entah kenapa Murni marah betul dengan Zamri. Sudah seminggu peristiwa itu berlalu tetapi Murni masih malu diperli setiap kali bertembung dengan kawan-kawan sepejabatnya, malah satu pejabat daerah Bukit Fraser. Itulah sebabnya Murni mengambil keputusan untuk mencuba nasib di Sabah pula. Dia terpaksa berpindah juga kali ini, walaupun hatinya berat hendak meninggalkan bukit ini. Namun keputusan sudah diambil. Dia harus tinggalkan tempat ini. Pertama, kerana dia tidak ingin bekas suaminya menjejakinya. Kedua, dia tidak mahu Zamri rapat dengannya. Walaupun sebenarnya dia juga sudah perlahan-lahan menyimpan perasaan kepada lelaki yang bernama Zamri. Cuma dia cuba nafikan. Rancangan untuk berpindah, belum diberitahu kepada sesiapa terutama Mila dan Kak Romlah. Rancangan masih tertalu awal, Murni hanya meminta bantuan Atie mencarikan jawatan kosong yang sesuai untuknya. Jika ada, dia ingin cuba memohonnya. Sudah ada kerjaya baru urusan perpindahan akan diuruskannya. Jika tidak ada kerja, siapa pula yang akan menanggung hidupnya dua beranak. Rancangan ini akan diberitahu apabila sampai waktunya kelak. Setelah beberapa minit Murni tersedar, kenapa dia marah sangat kepada anaknya. Dia masih anak-anak, bukannya dia tahu apa yang sedang bersarang di kepala otaknya. Murni rasa menyesal. Pastinya Mila juga hairan dengan perangai cepat marahnya sejak akhirakhir ini. “Mil, maafkan mama..” bisik hati kecil Murni.

86

Selepas membersihkan diri,

Mila berfikir sendiri di atas katil. Memikirkan apakah

salahnya sehingga dia dimarahi oleh mama begitu sekali. Apakah agaknya kesalahan uncle Zam yang boleh membuat mama begitu marah sekali dengannnya. Mila yang tidak tahu menahu yang mama mengisytiharkan perang dingin dengan uncle Zam. Manalah dia tahu hal-hal orang dewasa ni complicated sungguh untuk difikirkannya. Kalau boleh mahu sahaja dia menjadi seperti wakil pengaman, agar kedua belah pihak aman dan ceria seperti dahulu. Tindakan perlu dilakukan, apalah agaknya yang perlu dilakukan jika dia bertindak sebagai wakil pengaman diantara Mama dan uncle kesayangannya. Perlukah Mila memberitahu uncle Zam tentang apa yang berlaku kepadanya pagi ini, dimarahi Mama hanya kerana berbasikal dengannya. Sedangkan aktiviti berbasikal selalu sahaja dilakukan jika ada kelapangan dengan uncle Zam, dan ada kalanya juga Mamapun turut serta. Tetapi lain pula jadinya hari ini. Bagaikan dia melakukan satu kesalahan yang amat besar. Kesalahan yang memang tidak boleh dimaafkan. Kesalahannya ialah berbasikal bersama uncle Zamri. Hayla Murni.. meroyan pula dia. “Maafkan Mila, mama. Mila tak akan buat lagi..” dengan muka monyok dan tunduk Mila menzahirkan kemaafan. Sedih sungguh mukanya. Kasihan kau Mila..

87

Murni hanya membiarkan sahaja deringan telefon bimbit tidak henti berbunyi. Sudah banyak kali melaung-laung, memekakkan telinga sahaja. Dia sudah tidak terkira bilangannya. Murni mengetahui siapa pemanggil kerana tertera nama di skrin. Mamat degil dan tidak faham bahasa, apa lagi yang dia mahu! Hari Keluarga PDBF sudah dua minggu berlalu. Marahnya kepada lelaki ini masih menebal. Akhirnya Murni kalah, talian yang tidak henti-henti berbunyi itu dijawabnya juga. Daripada memekakkan telinga baik dijawab sahaja. Nasib baik Kak Romlah sudah pulang ke rumah dan Mila ke rumah Tirah. Ingatkan hujung-hujung minggu begini, dia mahu melegakan fikiran dengan bersendirian, tetapi ada pula melaun yang menalefon tidak hentihenti.Orang itu tentunya kurang siuman atau kurang akal. Hanya orang kurang siuman sahaja yang sanggup mendail setiap 5 minit. Hanya orang kurang akal yang tidak fahamfaham orang tidak mahu bercakap dengannya. “Ha!!.... apa hal.!.” kasar sahaja bunyi nada suara Murni menjawab panggilan Zamri “Assalamulaikum.. apa yang jawab kasar sangat ni… relax cuba buat relaxxx” jawab Zamri cukup berlembut. “Awak sudah makan?” sambungnya lagi. “Mulaikumsalam…”laju sahaja Murni menjawab salam yang diberi. Takut pula salam tidak berjawab, jatuh berdosa pula. “Tanya kenapa? Perut I, lapar ke kenyang ke apa you kesah?”jawab Murni kasar. “I kesah!” jawab Zamri, buat Murni terkesima. “You nak apa cari I week-end ni..orang nak rehatpun tak senang”kendur juga kemarahan Murni dengan teguran Zamri, tetapi masih berbaur marah. “Saja.. nak tanya khabar you dengan Mil.. apa khabar awak?” Zamri sudah lali dengan angin perempuan ini.

88

“Apa ke halnya pulak.. sejak bila you so caring…nak tanya khabar I dengan Mila bagai! ” naik semula nada suara Murni satu oktaf. “Dah lama.. you aje yang tak perasan..Mil mana?” jawab bersahaja Zamri. Sudah masak dengan perangai perempuan ini. Marahnya sekejap sahaja, dia tahu, marahnya tidak kemana. “Kenapa tanya Mila pulak.?.” Murni pula yang bertanya. “Saajee” jawab Zamri pendek dan meleret. “Itu aje!.. kalau setakat nak tanya khabar.. baik tak usah call, buang masa I aje nak jawab call you yang rajin sangat call I every 5 minutes..” jawapan dengan nada tidak puas hati Murni. Kena pula dapat jawapan yang tidak masuk akal dan menyakitkan hati. Sah si lelaki ini kurang satu screw di kepala. “Okeylah, kalau macam tu.. bye..” gesa Murni hendak mematikan talian. Dari menghabiskan air liur bergaduh, baik hentikan sahaja perbualan. Dosapun tak berkumpul banyak kerana marah pada orang tak tentu pasal. “Ehhh..ehhh Murni.. nanti.. tunggu!. I ada something nak beritahu you ni..” Pulak! Murni hairan, tadi kata tidak ada apa-apa, saje hendak bertanya khabar. Tetapi sekarang beritahu ada benda yang hendak diberitahu pulak. Wahai Encik Zamri, teka teki apakah ini!. “Sebenarnya I ada hal penting nak cerita dengan you.. that is why I call you, we need to talk.., I really mean it.. we need to talk..” lembut sahaja suara Zamri, membalas suara Murni yang kasar, setiap kali menjawab pertanyaan yang dikemukakan Zamri. “Talk about what Zam..? I segan tau.. segan..malu..you masih tak fahamke? ” jawab Murni seperti hendak menangis. “I want to talk about us.. dan apa yang you hendak malukan.. it was an accident okey.. accident..you tahu tak makna ac..ci.. dent. I tak ambil kesempatan pun.. it just happen, I terjatuh kat badan you.. itu aje“ Zamri menjelaskan.

89

Menekan perkataan accident dengan menyebut satu syllable kata, satu persatu, perlahanlahan. “Muni.. I want to see you.. , in half an hour time.. boleh..?, I want to tell you something.. I will pick you up in half an hour time, I promise lepas ni I tak ganggu you lagi dah!” seperti serious sahaja bunyi suara Zamri. Betulkah pakcik ini tidak akan mengganggu hidupnya lagi. “Zam.. what you want to tell me..you can just tell me now.. kenapa..tak boleh cakap sekarang kat dalam telefon?” berkerut muka Murni memikirkannya, hairan pula dengan suara Zamri yang serious. Tidak pernah dia berbicara serious begini disepanjang persahabatan mereka. Boleh percaya ke pakcik ni! Mungkin betul dia ada benda yang hendak disampaikan. Terus cair hati Murni, terus nada keras menjadi lembut. “Tak boleh, I tak boleh cakap dalam telefon, itulah I need to see you..lagi setengah jam okey..” Zamri mendesak Murni dan mematikan talian. Mahu tidak mahu Murni terpaksa. “Zam.. zam nanti!“tetapi talian sudah dimatikan. Hendak tak hendak, Murni kena bersiap. Dalam setengah jam Zamri akan datang menjemputnya. Sudah kes paksa rela! “Apa ajelah si Zam ni.. tak serik-serik ke kena sakat.. “ bisik hati Murni, namun dia bersiap juga untuk berjumpa Zamri. Tapi jangan harap dia hendak keluar on time. Biar dia tunggu, kalau 8 tahun dia sabar menunggu, takkan, sejam dia dah tak boleh sabar. Murni memang betul-betul hendak menguji kesabaran Zamri. Murni mengambil lebih dari setengah jam seperti yang diminta Zamri. 45 minit baru dia muncul setelah Zamri menunggu hampir 20 minit di dalam kereta. Zamri sabar menunggu, jika Murni mengambil masa lebih dari itu pun dia akan tunggu. Asalkan Murni muncul, itu sahaja harapannya. Di dalam kereta, kedua-duanya membisu, tidak tahu apa topik perbualan. Kereta Zamri meluncur menuju Allen Water.

90

Allen Water Restaurant Mereka duduk di restaurant tepi tasik. Kelihatan beberapa pengunjung yang mengayuh bot berpasangan. Zamri senyum, melihat pengunjung yang riang ria. Di dalam hati berkatakata, alangkah indahnya jika dia dan Murni yang mengayuh bot tersebut dengan riang ria. Tetapi jangan mimpi, usahkan hendak berada di dalam satu bot, satu kereta pun asyik diam. Jika naik bot, mahu bot tidak bergerak dibuatnya, kerana masing-masing tidak akan mengayuhnya. Cuaca sangat cantik dan terang, kelihatan berbalam-balam gunung di Banjaran Titiwangsa yang menjadi latarbelakang tasek di Allen Water ini. Sesekali angin dingin menyapa muka Murni dan terasa sungguh nyaman. Segar sedikit rasa dirinya, hilang sementara marah kepada Zamri dek hembusan bayu segar. “You nak minum apa?..” tanya Zamri apabila pelayan datang bertanya. Namun tiada jawapan dari Murni. Hati Murni masih bengkak terutama dipaksa-paksa begini. “2 fresh orange please” mendatar sahaja suara Zamri membuat tempahan. Mengetahui Murni memang pengemar jus, apa sahaja jus buah menjadi pilihannya. Tidak perlu bertanya dua kali, memang pasti tidak akan mendapat jawapan. Zamri memesan minuman bagi pihak Murni yang mengambil langkah untuk terus berdiam membisu. “Hah… okey.. apa yang you beria-ia nak beritahu I.. tadi.. tak sabar I nak dengar..its better be good okey..” baru Murni hendak bersuara kerana sudah tidak sabar Murni ingin mengetahuinya. “Relax Murni.. what a beautiful day, today ah!.. jangan spoil mood okey!.. nekmati hari yang ceria ni sepenuhnya” jawapan Zamri yang tidak langsung ada kena mengena dengan pertanyaan Murni. 91

Zamri masih tidak putus asa, cuba meredakan bahang yang masih panas di dada Murni terhadap dirinya. Lagipun dia tahu, berita yang bakal disampaikan akan mengeruhkan lagi suasana, bukan bertambah baik. Cuaca yang cantik dan dingin juga tidak berjaya menyejukkan hati Murni yang tambah terbakar oleh desakan Zamri untuk berjumpa. “Muni, firstly I nak beritahu you, I ada satu hajat, hajat itu memerlukan you untuk ia menjadi kenyataan” Zamri tunduk sambil menyedut jus oren yang telah berada di hadapannya. Sebenarnya dia berat hati hendak menyampaikan, tetapi dia memaksa diri untuk meluahkan memandangkan keadaan kini akan membuatkan jurang diantara dirinya dengan Murni bertambah jauh. Sebelum ini berlaku, dia perlu mengambil tindakan pantas. Dengan meluahkan apa sahaja yang terlah tersimpan di dalam hatinya selama ini. “Apa hal pulak, hajat you tapi I pulak yang terlibat..? Pelik!” tanya Murni dengan wajah berkerut-kerut, tidak memahami apa yang hendak disampaikan oleh Zamri. Memang Murni tidak mahu faham.. sejak dari dahulu lagi, memang dia selalu lari dari tajuk, jika Zamri cuba berbicara berbunga-bunga seperti ini. Dia rasa seram sejuk dan naik rimas. “Muni… macam ni.. lah, senang cakap… I nak ambil you sebagai isteri I, you sudi tak?, I rasa this is not the first time I melamar you.. dah berzaman, but I still did not get any answer, but this time I nak you fikir baik-baik, for Mila’s sake.. Murni.. Mila needs a father.. I sayang dia dan I sanggup jadi bapa dia, walaupun hanya sebagai bapa tiri..” Zamri meluahkan hatinya. Zamri risau sebenarnya, adakah sudah tiba masanya dia mengujakan hasratnya. “Awak ni kenapa Zam?” jawab Murni sambil ketawa kecil Lucu pula dirasanya. Tetapi part mana yang lucunya? Orang melama, yang dia ingat main-main pondok main kahwin-kahwin tu ke? Nasib kaulah Zamri… 92

Adakah ini, salah waktu? Sekarang bukan yang terbaik untuk dia melamar Murni? Waktu mereka sedang perang dingin. Ditambah pula faktor persekitaran yang dingin, bertambah-tambah dingin perhubungan mereka. Terutama hati perempuan di hadapannya yang memang sudah beku dan tidak mudah dicairkan. Cik Murni, berapa lama agaknya kau berguru dengan snow queen, sehingga kau berjaya membuat hatimu sekeras batu dan sesejuk ice. Hamba ini, tidak sempat berguru dengan si Wizard, untuk mempelajari ilmu saktinya bagaimana hendak mencairkan hati seorang perempuan. Sudah 8 tahun berusaha, tetapi masih tidak berjaya. Rasanya, adakah ada penantian hamba ini bagi tahun yang kesembilan? Zamri sudah tidak melamar secara romantik lagi,lebih baik straight to the point, kerana melamar secara romantik dia sudah cuba beberapa kali, tetapi tidak berjaya. Siap bunga bagai.. akhirnya Murni ambil bunga tapi tidak juga ada jawapan. Cuma nasib si bunga, baik sedikit, tidak tercampak ke dalam tong sampah. Kali ini Zamri nekat, lantaklah apa Murni akan kata, janji dia akan terus mencuba sehingga Murni bersetuju. Murni hanya diam menunggu Zamri menghabiskan kata-katanya. Dia sudah naik muak.. “Kenapa? You sudah bersedia ke nak terima I dan Mila dalam hidup you, bukankah banyak gadis-gadis lain yang muda dan yang lebih cantik.. kenapalah you masih cari janda yang dah ada extra baggage ni. Sudah berapa kali you cuba, dan you tentu dah tahukan jawapannya...” Murni sudah tidak malu lagi menjawab soalan Zamri. “I tak hendak perempuan lain, I hendak you.. 8 tahun I tunggu..tunggu jawapan dari you..” jelas Zamri. Belum sempat Zamri menghabiskan kata-katanya Murni mencelah. “Siapa suruh you tunggu, ada I suruh? I tak suruh kan! Terus terang, I memang suka berkawan dengan you, tapi hanya sebagai kawan, sebab I banyak kekurangan dan I tak

93

mahu you rugi dalam banyak benda dan nanti you menyesal..” terang Murni, dia tegas dengan pendiriannya. “I pun banyak kekurangan, kalau you sudi terima kekurangan I, kenapa pula I boleh terima kekurangan you. Kita ni manusia Muni, mana ada manusia yang sempurna?”jawab Zamri, dia sedar dan faham tentang perkara itu. “Tapi…” kata-kata Murni terhenti. “Shu shu..shu.. tunggu I habis cakap dulu” Zamri memotong kata-kata Murni kerana dia hendak menjelaskan sesuatu. “Remember 2 months ago, masa kita lunch di Smokehouse, you jumpa that guy hemmm… the group from KL yang main golf. Lepas tu you tak tentu arah, nak balik ofis cepat. I tanya you tak mahu cerita. You know what? I balik awal that afternoon I pergi semula ke Smokehouse dan confront that guy, nasib baik the group still around. Dia cerita banyak kesah yang I tak tahu selama ini. Kini I dah tahu banyak kesah silam you. I tahu kenapa you merajuk bawa diri sampai di sini. Dia ingat I suami you, I biarkan aje. For you info, your ex is looking for you, dan dia tak tahupun keujudan Mila dan dia tidak tahu dia ada anak, so untuk selamatkan Mila, you kena terima lamaran I this time, or else.. I takut bila dia tahu nanti, dia akan tuntut Mila dari you, sebab dia lawyerkan? Lawyer yang berjaya. Your friend.. apa ke namanya! Bad.. ya Badri told me your ex dah berpisah dengan wife dia, perempuan yang perangkap you.. and they dont have any children, he is also looking for you.. dia nak pujuk you semula.. dia menyesal salah sangka dengan incident tangkap khalwat tu…” panjang lebar Zamri bercerita, sehingga terlihat urat-urat leher sewaktu bercerita bersungguh-sungguh. Dia harap penjelasannya yang panjang lebar akan dapat menyedarkan Murni dan akan terus setuju dengan lamarannya. Harapan Zamri setinggi gunung, namun harapan untuk gunung runtuh tetap ada. Bukan dia tidak kenal Murni, malah terlampau kenal sehingga sudah tahu jawapan sebelum ada soalan! Namun kali ini ada peluang besar..

94

Ya! Peluang cukup besar, terutama apabila melihat Murni yang ternganga di hadapannya, mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang diluahnya seraya menelan air liur sebesar guli satu persatu, bagaikan menelan kesah hidupnya diperkatakan oleh seorang lelaki yang bukan ahli keluarganya. Murni malu kesah silamnya di selak lelaki ini. Namun dia terima kenyataan kerana apa yang diperkatakan semuanya benar, terfana mendengar setiap butir kata yang keluar dari mulut Zamri. Terlalu detail, kesah hidupnya yang telah ditutupnya rapat-rapat, yang kini sudah terburai keluar. Keluar dari mulut kawan karibnya yang kini bakal menjadi musuhnya. “I tahu dia ceraikan you talak 3, untuk rujuk semula dengannya you kena berkahwin dahulu. That is why you tak mahu kahwin lagi, takut nanti kalau you janda semula dan dia boleh nikah semula dengan you kan? But that is not going to happen if I’m your husband.. I will be at your side selagi you memerlukan I, kecualilah kalau you dah jemu dengan I.. itu cerita lain.. but for now, I want you to be my wife. I nak hentikan semua gossip dan juga for Mila’s sake. Lagipun Islam membenarkan konsep cina buta tetapi si pelaku dimurkai ALLAH, you tahu tu kan?” Tidak henti-henti Zamri menjelaskan pertemuan mereka kali ini. Hinggakan tidak memberi peluang Murni mencelah. Murni masih ternganga, dia terkejut, sehingga hilang kata-kata. Boleh diibaratkan Zamri sedang membogelkan dirinya dengan membuka sehelai demi sehelai pakaian yang ada pada dirinya, sehinggakan tidak adapun seurat benang. Masyallah!!

95

(Masih di Allen Water) Dia tidak menyangka rupanya Zamri begitu banyak mengetahui perihal dirinya. Dia juga tidak sangka Zamri berjumpa Badri rupanya petang itu. Badri telah menceritakan segalanya kepada Zamri. “Kurang asam kau Badri! How could you.!. Cilaka punya jantan! Bukan main lagi pandaipandai memburaikan keaipan orang.. tak maluke? Jantan sial!” marah Murni kepada si lelaki itu. Ingatkan perempuan sahaja boleh jadi mulut tempayan. Rupanya lelakipun tidak kurang hebatnya. Lebih besar dari mulut tempayan! Tetapi apabila mengetahui bekas suaminya sedang mencarinya, Murni rasa gelabah. Tibatiba Murni rasa takut, takut hendak menerima kenyataan yang bekas suami sedang mencarinya. Apa akan terjadi jika Badri memecah tembelang, tentang di mana dia berada kepada bekas suami. Dan yang lebih dia takut apabila dia mengetahui tentang Mila. Murni takut kehilangan Mila, dia sanggup buat apa sahaja asalkan Mila masih bersamanya. Murni tahu Zamri boleh menerima dirinya dan Mila. Bagaimana pula dengan keluarga Zamri? Bolehkah keluarganya menerima hakikat yang anak terunanya gilakan seorang janda yang lebih tua darinya dan sudah beranak satu. Murni perlu memikirkan Pelan B, iaitu menerima sahaja lamaran Zamri, tanpa perlu memikirkan Pelan A yang masih belum difikirkan. “Ahhh… bingong.. binggong.!!.” Murni menarik nafas panjang. Berbagai soalan muncul bertalu-talu di minda yang sedia berserabut. Dia langsung tidak dapat fokus dengan apa yang sedang Zamri cakapkan kepadanya. Yang dia nampak mulut Zamri yang terkumat kamit. Otak Murni sudah dipenuhi dengan soalan-soalan yang bakal didengarnya. Air jus yang sudah lama berada di atas meja terus dihirup tanpa meminta kebenaran dari Zamri. Tekaknya tiba-tiba kering disebabkan kesah hidupnya yang

96

tunggang langgang telah diketahui Zamri dan akan jadi haru biru jika bekas suaminya muncul semula dalam hidupnya. Menuntut haknya daripada Murni, hak yang menjadi rahsia selama ini. “Ya ALLAH.. selamatkan hambamu ni,tenangkan hatinya, dan berikan petunjuk agar hambamu dapat memilih dengan tenang dan yang terbaik untuk dirinya. Hanya kau yang mengetahui “ berastagrafar Murni. Murni tunduk, air mata sudah berjujai turun. Mata ditutup dan kepala mengeleng-geleng, seperti tidak percaya yang Zamri mengetahui segala kesah hidupnya yang penuh dengan warna warni.. tetapi warna hitam yang melebihi dari warna ceria.. “Murni..Murni..” Zamri memegang kedua belah pipi Murni untuk menghalang dari terus mengeleng dam mendongakkan muka Murni. Terang sekali Zamri menyebut nama Murni yang selama ini hanya Muni, tanpa R. “Murni.. dengar sini.. I sayang you and I need you and Mila beside me..trust me..sayang, terimalah lamaran I, I promise I will try to protect you and Mila. Your ex masih ada hak atas Mila, dia biological father Mila, sebab bila Mila mahu bernikah, dia kena jadi wali, wali yang sebenar, kecuali jika dia tak mahu hadir… kena pakai wali hakim. But I can still jadi bapa dia, as a step father… fikir Muni.. you fikir baik-baik.. Mila makin besar, sooner or later, dia mesti tanya siapa bapa dia… I want to be with you to explain all this to her..” sayu sahaja pujukan Zamri. Sudah berani memegang muka Murni. Dia bukannya mengambil kesempatan, tetapi hanya ingin Murni berhenti mengelengkan kepalanya. Geleng beribu kalipun tidak akan dapat mengurangkan apa-apa, sakit leher lagi ada. Mata Murni sudah merah dan berkaca. Air mata mengalir perlahan ke pipi. Lembut rupanya hati perempuan ini, kelemahannya kepada Mila. Dia tidak sanggup kehilangan Mila, Zamri tahu itu.

Hidung sudah memerah. Dari menangis dalam diam, sudah

mengeluarkan esakan. Itulah kelebihan perempuan.. senjata melemahkah lelaki dengan air mata.. 97

Sungguh! Zamri juga cair apabila melihat perempuan menangis, tambahan pula di hadapannya, perempuan yang amat dia sayang. Sayang dalam diam kerana perasaan sayangnya tidak pernah berbalas. Pengunjung yang lalu lalang sudah tidak dihiraukan drama tidak berepisod. Mereka pasti mengangap, suami isteri yang sedang bergaduh kerana melihat Murni yang beresak-esak menahan sedu dan Zamri sedang memujuk. Nampak sangat romantik, pujuk memujuk, tanpa mereka tahu apa kesah sebenarnya. “Sudah tu..” Zamri menghulur kertas tissue untuk Murni mengelap air matanya, dari dia terus menyika air mata yang berlumba-lumba turun di pipinya yang puteh dengan belakang tangan. Jika perempuan yang sedang menangis di hadapannya kini, isterinya sudah pasti akan di dakap agar dapat dia merasa lega. Tetapi apakan daya, perempuan itu tidak ada kaitan apaapa denganya. Langsung tidak ada ikatan apa-apa. Bukan girlfriend, bukan tunang, dan juga bukan isteri. Hanya seorang perempuan yang dia sayang dan cinta, tetapi tidak berbalas Dia hanya mampu memandang, tidak lebih dari itu. “Dah.. nak I hantar balik ke atau macammna?I nak you relax dan fikirkan apa yang I cakapkan tadi” kata Zamri lagi. Kali ini hanya suara Zamri sahaja kedengaran. Murni tidak bersuara langsung.. “Oh ya.. I jugak pernah tiga kali pergi jumpa mak dan abah you kat JB.”terang Zamri. Bulat mata Murni yang masih merah, terhenti esakan, terkejut dengan apa yang baru didengarnya. “Hah! Jumpa mama dan abah?” Tetiba Murni bersuara. Murni seperti tidak percaya apa yang baru didengarnya. Zamri memberitahu dia juga pernah berjumpa dengan mama dan abah di Johor Bharu. Betul ke apa yang didengarnya, atau Zamri hanya ingin dia berhenti menangis. Sungguh serious lelaki ini rupanya dengan perhubungannya. 98

“Mama Seri..She is such a nice lady..dan Pak Cik Majid seorang yang open minded, abang Ghaus juga baik..” sambung Zamri lagi. Zamri hanya memerhati Murni yang sudah terbeliak biji mata, tanpa sepatah kata. Murni hilang kata-kata, tidak disangka selama 8 tahun dia berkawan dengan Zamri, banyak perkara yang berlaku yang tidak dia ketahui tentang lelaki ini. Semuanya mengenai dirinya dan keluarganya. Pandai Zamri menyimpan rahsia. Patutlah mak selalu bertanya khabar mengenai Zamri, ingatkan mak hanya sekadar bertanya kerana Murni sering juga menceritakan kesah Zamri kepada mak. Maklumlah Zamri selalu membawa Murni dan Mila keluar tengok wayang bersama. Tetapi itu hanya sekadar tengok wayang, tidak lebih dari itu. Mila juga selalu memecah tembelang kepada nenek Serinya. Ingatkan Murni tidak mahu membabitkan Zamri dari pengetahuan keluarganya. Rupanya mereka sudah kenal mengenali diantara satu sama lain. Zamri juga sudah pernah berjumpa dengan abang Ghous, abang sulungnya. Pandai betul lelaki ini menyimpan rahsia dan berlakun, boleh jadi best actor, jikalau begini. Lepas satu ke satu rahsia yang dibongkar Zamri kepada Murni. Rasanya sudah sampai waktu untuk Murni mengetahui dia bersungguh-sungguh untuk menjadikan Murni isterinya, bukan main-main.Zamri amat berharap kali ini dia akan mendapat jawapan yang dinantikannya selama ini. “Apa lagi yang you buat, yang I tak tahu.. apa lagi rahsia mengenai I dan keluarga I yang you sorokkan.. apa lagi Zam..?” tanya Murni yang sudah tidak mengeluarkan air mata, kerana terlalu terkejut dengan penjelasan Zamri. “Dah tak ada rahsia lagi.. sebenarnya bukan rahsiapun.. I pergi berkunjung rumah parent you, bukan I pergi sembunyi-sembunyi.. pergi atas jemputan. I terserempak dengan abang Ghous masa dia datang sini 5 year ago.. remember!.. masa dia tengah makan durian kat depan Café Mesra tu.., dia ajak I ke rumah dia..” jelas Zamri lagi. “Kan you pun ada sama.. makan durian sampai tak ingat dunia..”tersenyum dia melihat Murni yang masih ternganga. Mata dan hidung sudah kurang merahnya. 99

Terbayang Murni, memang pun abang Ghaous suka makan durian kampung, tidak disangka ketika itu ada penjual orang asli menjual durian kampung dan madu asli di depan Restaurant Café Mesra. Habis diborongnya durian tersebut dan dimakannya anak beranak disitu juga…termasuk dirinya dan Mila masih kecil ketika itu....abang Ghaous..abang Ghaous.. hantu durian. Tersenyum Murni mengingat peristiwa itu. Hilang sekejap rasa marah dan tertipunya kepada Zamri. “Hahh.. dah okey ke?.. senyum sikit..fikir baik-baik, tenang..cepat-cepat beri jawapan.. I hope you tak mengecewakan I this time..”Zamri memberi harapan agar jawapan gembira yang akan diterimanya kelak. Murni menghela nafasnya panjang. Setelah mendengar penjelasan panjang lebar dari Zamri, Murni sudah membuat keputusan. Lelaki ini memang serious di dalam perkara ini dan memang pandai membuat hati Murni tenang. Tambah-tambah lagi satu masalah yang Murni amat takut dan bimbang, bimbang akan kemunculan bekas suaminya. Kini Murni perlukan seseorang, seseorang yang boleh dipanggil suami. Seseorang yang boleh melindungi dirinya, melindungi Mila dan yang lebih penting seseorang yang Murni perlukan untuk menyika air matanya dan seorang lelaki yang Mila boleh panggil papa. Dia tahu lambat laun, dia terpaksa hadapi ini semua. Murni nekat untuk bersetuju sahaja dengan lamaran Zamri dengan satu syarat. “Okey Zam.. kalau I terima, tetapi bersyarat..“ kata Murni “Syarat!” terkejut Zamri, Murni mengenakan syarat pula. Sebenarnya Murni tidak dapat memikirkan apakah syarat yang hendak diberikan kepada Zamri. Nantilah akan difikirkannya. Sengaja ingin menduga kesungguhan lelaki itu dengan hubungan ini. “Syarat pun syarat la.. tapi jangan beri syarat yang tak masuk di akal sudah la..”Zamri mengomel “Bagi I, tak ada syarat-syarat, yang penting you sedia terima I, dan tak sia-sialah penantian I selama ni”, sambil tersenyum seperti yakin Murni tidak akan mengubah fikirannya. “Ha.. okey apa syaratnya..” tanya Zamri ingin tahu. Murni memandang ke syiling.. 100

“Nantilah I beritahu you kemudian..” sebenarnya dia tidak pasti apakah syarat yang hendak diberikannya. “Macam ni lah Zam.. I nampak you boleh terima I dan keluarga I. Yang I bimbang keluarga you, boleh ke mereka terima I?.” keraguan Murni dengan penerimaan mereka terhadap dirinya yang berstatus janda. “Itu lah sebabnya I nak bawa you jumpa parent I next week..kira jadilah ya?” jelas Zamri. “You will meet my mom, ayah dan dua orang kakak I..and my little brother. Mereka okey.. mereka dah tahu hal kita, cuma tak pernah tengok rupa you aje. Mereka sudah jemu dengan I asyik cerita hal you aje everytime balik kampung..” sambung Zamri dengan selamba bercerita. Murni mengerut muka, apa ke halnya mamat ni cerita hal dirinya kepada orang yang tidak dikenalinya. “Okey, kalau macam tu.. I ikut you balik kampung next week.., tapi I belum boleh beri jawapan lagi, lepas jumpa keluarga you baru I beri jawapan.. dan jugak syarat tu..boleh?” tanya Murni “Boleh .. sayang.. janji you ikut I balik kampung next week.. Dah jom I hantar you balik.. malam ni tidur awal, bangun malam…sembahyang istiqarah..doa banyak-banyak minta petunjuk.. you mesti nampak muka I punya lepas tu dalam mimpi you..” Zamri bergurau. Murni cebik muka, macam confident aje muka dia yang akan muncul, kalau muka Lee Min Ho, pelakun Korea tu yang muncul dalam mimpinya macammana? “Jangan buat muka macam tu… buruk rupanya., I cakap betul apa..unless you ada orang lain yang I tak tahu” tegur Zamri. Kini Murni mampu senyum segaris. Mereka sama-sama berdiri dan berjalan menuju ke pajero Zamri. Zamri sempat mengambil beberapa helai lagi tissue dari kotak tissue di atas meja dan menghulur ke tangan Murni. “Nah..sedia ni .. kalau nak menangis lagi dalam kereta, boleh menangis kuat-kuat..orang tak dengar..” Zamri mengusik Murni.

101

Murni mengambil tissue yang dihulur, manalah tahu sekurang-kurangnya sudah sedia ada ditangannya, tidak perlu menyika air mata dengan belakang tangan lagi. Manalah tahu Zamri ada lagi rahsia yang dia terlupa hendak beritahu. Nampaknya rancangan berhijrah ke KK terpaksa ditunda, atau mungkin dibatalkan terus, kerana Murni sudah ada penyelamat, Knight with shining armour versi Melayu disisinya. Wahai lelaki bernama Zamri, betulkah kau penyelamat? Atau kehadiran kau akan menambah lagi sesak di dada?

102

“Kakkk… Muni nak minta pandangan akak sikit.. boleh?” tanya Murni kepada Kak Romlah dengan tangan masih penuh dengan bueh sabun, kerana sedang mencuci bekasbekas yang telah digunakan sewaktu memasak. “Hem…bolehhh, apa dia?” jawab Kak Romlah yang sedang mengacau lauk masak lemak ikan parang. Perlahan sahaja dia mengacau, agar santan tidak pecah, isi ikan tidak hancur. “Muni nak minta pandangan akak..” ulangnya lagi. Malu sebenarnya hendak memulakan pertanyaan. Dulu selalu menafikan ada hati dengan orang tu, tup-tup dah sampai hendak mengikut balik kampung pula. Takut kena perli. “Iya.. pandangan apanya? Asyik-asyik pandangan, asyik-asyik pandangan.. pandangan apa ..buat akak tertanya-tanya aje..hisss budak ni” Mata Kak Romlah melerek ke arah Murni yang tidakpun menoleh kepadanya, masih membilas bekas-bekas dari bueh sabun. Masih memikir, untuk meluahkan. Masih sempat untuk dia ubah fikiran, jika tidak mahu membicarakannya. Boleh aje pusing cerita lain. Kemudian bekas-bekas tersebut diletakkannya di atas saringan. “Ni.ah...si Zam tu ah ajak Muni sama Mila ke rumah keluarga dia kat Jengka nun, minggu depan.. apa akak rasa?” akhirnya Murni bersuara dengan tersekat-sekat. Segannya yang kedua, bimbang dikatakan akan disalah anggap oleh Kak Romlah, seperti perigi mencari timba. “Hem.. pasal tu..Muni nak pegi ke?” pertanyaan seperti terkejut sahaja Kak Romlah. “Entahlah kak? Rasa segan pulak nak pergi rumah keluarga orang lelaki yang tak ada hubungan apa-apa, nanti apa pulak mereka kata.. macam Muni ni, perempuan tak tahu malu aje..” Muni meluahkan rasa risaunya tentang pandangan orang mengenai idea Zamri mengajaknya pulang bersama kekampung.

103

“Dulu akak tanya, Muni kata tak ada apa-apa dengan si Zam tu! Ni.. dah lain macam aje akak tengok? Kasihan akak masa Murni marah si Mil, tak pasal-pasal budak tu Muni marah” Murni diam, memang salahnya, angin tak bertempat. Kan dah kata.. Kak Romlah sudah memulangkan paku buah keras, padan muka! “Kalau akaklah, akak pegi..akak nampak Zamri tu baik orangnya.. lagipun Muni dah lama berkawan dengan dia kan? Tentu Muni dah tahu hati budi dia.. akak hanya nampak je dia baik, tapi tak lebih dari itu..” sambung Kak Romlah. Nasib baik Kak Romlah sporting orangnya. “Akak bukannya apa, dah lama sebenarnya akak nak tanya Muni, tapi takut pulak Muni marah. Hhemm akak sebenarnya nak tanya, Muni ni, tak ada hajat ke nak cari bapa baru buat si Mila tu? Zamri akak tengok rapat dengan Mil” kata Kak Romlah, jangan masih tidak dialih dari lauk yang sedang mengelegak, sengaja tidak mahu mamandang wajah Murni. Dia tahu Murni memaling ke arahnya, mungkin terkejut dengan soalan cupumas agaknya. Soalan yang sudah biasa didengar, tetapi selalunya soalan itu muncul jika dia di kampung, tetapi sekarang ini sudah menjangkit di dalam rumah sendiri. “Ke situ pulak akak ni! Muni memang rapat dengan Zam, tapi Muni anggap dia macam kawan aje, sama dengan kawan-kawan satu pejabat yang lain. Tapi ni pulak dia ajak kawin..” secara tidak sengaja Murni sudah terlepas kata. “Ahh..baguslah tu! Akak setuju kalau Muni terima dia. Itu pandangan akak, keputusan pada Muni” terhenti Kak Romlah mengacau, sungguh! Berita yang baru didengarnya adalah berita gembira, senyum segaris dan pandangan ditala ke arah Muni yang buat tidak tahu, tangan masih menyusun bekas-bekas di tempat penyejat air. Malu eh! Orang membicarakan soal hubungannya dengan lelaki yang baru beberapa jam menandatangani perjanjian damai dari perang dingin. Itulah, kerana terpaksa aku relakan...

104

Orang dah warning,jika tak mahu kena tarikan magnet hati Zamri, kena cari penebat. Tetapi tarikan magnetnya kuat betul, sampai Murni dah tak boleh lari! Terlambat mencari penebatpun satu hal. Murni pandang semula ke arah Kak Romlah. Kak Romlah senyum meleret. “Ingat senang aje Kak Romlah ni, bukan dia yang kena buat keputusan nak kahwin..” Murni berbisik di dalam hatinya. “Zam.. oh Zam.. sudah tidak ada gadis lain ke dalam dunia yang hendak kau jadikan isteri? Yang tunggu aku kepala angin ni buat apa?” hati Murni berkata-kata. “Hey! Berangan ke? Akak tanya ni, nak terus makan ke?” terkejut Murni kerana disergah oleh Kak Romlah. Tertangkap berangan. “Ah! Akak bercakap dengan Muni ke tadi?” tersentak Murni dengan soalan yang muncul spontan. “Ye la.. siapa lagi, akak tak nampak orang lain,..selain Muni dengan akak aje yang ada kat ni, sekarang ni” jawab Romlah melihat Murni tesrsengeh sahaja apabila tertangkap sedang berkhayal. .“Oh.. sorry..Muni rasa kita terus makan aje, lepas makan akak boleh balik. Maaf kak, Muni tahan akak balik lambat sikit malam ni. Muni memang penat betul malam ni, kalau tak ada akak, makan maggi aje rasanya. Tak larat nak masak. Mila pun tentu dah lapar ..” jawab Murni seraya mengeluarkan beberapa pinggan dari dalam kabinet dapur dan menyusunnya ke atas meja. Mana tak penatnya. Penat menangis dan penat menahan malu, apabila Zamri membuka pekong di dada.. Jika dihimpun, boleh dijadikan drama, Zamri sebagai naratornya bercerita dari satu episod ke satu episod menyelak kesah silam Murni yang dia tahu memang gelap gulita.

105

“Oh ya..pasal pecah geran tanah tu, saya dah selesaikan. Akak tolong beritahu Pakcik Taha datang ofis boleh ambil geran baru, sebelum tu call dulu, berapa kena bayar. Saya tak tahu urusan pembayaran sebab Pak Taha kena call Bahagian Kewangan.. ya kak?” Sambil bercakap tangan Murni menceduk perlahan kuah masak lemak ke dalam mangkuk. Termalu sebenarnya, dia cuba mengaleh tajuk, sudah cerita bapa Kak Romlah pula dibangkitkan. Kak Romlah senyum meleret.. dia faham. “Hemm. Ialah..” Kak Romlah memegang 3 gelas kosong dan disusunnya ke atas meja. Persediaan untuk makan malam. Semua sudah tersedia di atas meja,, hanya menunggu tuan puteri Mila sahaja turun dari biliknya. Berita untuk menerima pelawaan Zamri ke rumahnya hujung minggu depan belum lagi diberitahu Mila. Murni sudah dapat mengagak, pasti Mila melompat gembira jika berita ini disampaikan nanti. Murni tidak mahu memberitahu Mila awal-awal. Rancangan ini hanya akan diberitahu sehari sebelum bertolak. Nampaknya Murni kena buat muka sardin. Bertamu ke rumah orang bujang. Ini baru kira betul perigi cari timba. Perigi yang sudah terdesak, demi anak tersayang. Demi tidak mahu kehilangan Mila, Murni terpaksa menebalkan muka. Apa sahaja anakku... walaupun terpaksa berkorban kebahagian diri sendiri. Bagaimana agaknya nanti.. Runsing tak sudah dibuatnya.. Ahhh.. gasaklah Let's go with the flow...

106

Pagi Sabtu yang cerah, terlihat awan kumulus dan sirrus seperti rendah sahaja di awangan, menutup Banjaran Titiwangsa. Sungguh indah alam yang diciptaNya. Awan dan gunung bagaikan sudah berjanji, bekerjasama bagi mengindahkan lagi alam ciptaanNya. Kabus pula malu-malu menjengah kerana sudah tidak tahan dengan bahang mentari yang baru mencelah. Munculnya hanya seketika, hanya kelihatan di waktu menurun Bukit Fraser. Sampai di kaki bukit, ianya sudah menghilang. Zamri tenang sahaja memandu kenderaan pacuan empat roda. Di dalam hati bergendang riang sebenarnya. Diperhatikannya perempuan yang duduk sebelah, hanya berdiam diri. Tidak mengapa, perjalanan baru bermula. Andaikata Murni tetap berdiam di sepanjang perjalanan selama 3 jam itupun, Zamri rela. Yang penting dia sudah ada di sebelah. Pandangan sesekali dilontarkan ke arah Murni, mengharap akan terkeluar sepatah dua kata bagi memecah sunyi. Tetapi hampa, telinga Zamri tetap dipaksa untuk mendengar putaran kipas menghawa dingin menjalankan tugasnya. Dikatakan sepi itu indah.. Indahkah? Bagi Zamri tidak indah lansung.. menyiksa jiwa dan raga sebenarnya. Tetapi buat ketika ini, Zamri hanya mengikut rentak Murni, iaitu berdiam diri. Tengoklah berapa lama dia boleh bertahan dengan perlakuannya. Zamri perlu bertolak ansur dan bertindak bijak agar Murni tidak rasa tertekan. Yang penting Zamri sudah nampak hasil selama 8 tahun memujuk, akhirnya hari ini tertunai jua hajatnya untuk memperkenalkan Murni kepada keluarganya, insyallah. Tersenyum sendiri, di dalam hati berkata “tembok pertama telah berjaya di tembusi”. Murni masih memandang keluar, malas sungguh dia hendak berbicara. Mila ditempat duduk belakang, menyambung tidurnya. Walaupun dia gembira apabila diberitahu akan ke kampung uncle Zamri, tetapi tidurnya terganggu di hujung minggu ini. Dua jam lagi 107

perjalanan untuk sampai ke Jengka. Jalan kampung, bukan lebuhraya, sengaja Zamri mengikut jalan tersebut, agar dia dapat lama bersama Murni dan sekurang-kurangnya masa boleh meredakan sedikit kerunsingan Murni. Bergeliga juga otak mamat ini. Dia dapat membaca gerak geri Murni, dan dia dapat meneka Murni sedang runsing. Memang benarpun Murni sedang runsing. Runsing memikirkan apakah akan berlaku apabila dia sampai di rumah keluarga Zamri kelaki. Adakah dia akan di sisih atau di terima dengan baik! Apakah penerimaan mereka terhadap dirinya. Dia tidak mempercayai langsung apa yang telah diberitahu Zamri. Bukan boleh pakai sangat dengan apa yang dicakapnya. Mungkin hanya sekadar ingin menyedapkan hatinya. Yang dia paling tidak percaya, ialah dirinya sendiri, tiba-tiba terbuka hati untuk menerima pelawaan Zamri. Ubat guna-guna jenama apakah yang telah Zamri guna untuk membuat dia tiba-tiba membuat keputusan diluar jangka. Keputusan yang tidak pernah terlintas di kepala. Keputusan yang sekian lama dia elak. Yang pasti ubat guna-guna itu sungguh mujarab dan hebat! “Muni…” akhirnya Zamri bersuara memecah kesunyian. Mengantuk pula rasanya, jika hanya mendengar desiran alat pendingin kereta. Zamri yang mengalah. “Hemm..” Murni menjawab pendek tanpa berpaling, pandangannya masih dibuang keluar. Orang sudah memanggil namanya, takkan dia tidak menyahut. Itu sudah jatuh kurang sopan. “Kenapa ni..? Relax sayang, my parents tu okey.. , jangan runsing sangat…” jawapan Zamri kepada jawapan Hemm Murni. Pandai betul Zamri membaca apa yang tersirat di dalam kepala Murni. Zamri cuba menenangkan Murni yang memang sedang runsing sekarang ini, tahap gaban. Jika tidak kerana dia mengetahui bekas suaminya sedang mencari dan mempunyai agenda tersendiri, sudah pasti Murni tidak berada di dalam kereta Zamri sekarang ni. 108

Ehhh.. baru dia teringat, Zamri tidak mengguna apa-apa ubat guna-guna, dia sendiri yang setuju untuk menerima cadangan Zamri. Semuanya kerana tidak mahu jantan keparat menganggu dirinya dan mengambil Mila, nyawanya. Murni lupa jantan yang dikatakan keparat itu adalah bapa kepada anaknya. Di kepala memikirkan, sama ada dia membuat keputusan yang betul. Adakah keputusan ini merupakan penghujung pelariannya atau permulaan sengsaranya. “I’m sure they will love you as I love you.sayang, trust me..” Zamri membebel sendiri. tanpa mengetahui fikiran Murni entah ke mana, bukan mendengar apa yang Zamri lafazkan. Fikirannya melayang.. entah-entah sudah sampai ke Gurun Sahara. Kalau tidak ke situ mungkin juga sudah sampai ke Kutub Selatan. Kerana sebenarnya pada saat dan ketika ini, dia ingin lari.. lari dan terus lari bersama Mila dari semua orang, lari ke ceruk dunia yang tidak ada penghuni, di satu tempat yang boleh dia huni dua beranak sahaja, jika boleh!! “Hemm..hemm” itu sahaja jawapan yang boleh diberikannya kepada Zamri sekarang ini. Zamri pun satu, dia masih tidak dapat membaca hati perempuan yang di sebelahnya, mahu tidak rasa gementar, dia hendak berjumpa dengan orang yang tidak pernah dia kenal. Lainlah Zamri, mereka adalah keluarganya. Dari itu untuk mengelakkan dari bertengkar yang tidak berfaedah, baik sahaja Murni diam dan melayan perasannya yang gementar. Yang mana, Murni membuat pilihan yang baik. Nasib baik ada Mila, penguat semangatnya.. Mila adalah nyawanya, Mila adalah udara untuk dia bernafas, Mila segalagala buat dirinya. Masa bagaikan berlari, cepat sungguh ianya berlalu. Kecut perut Murni sebenarnya apabila Zamri memberitahu mereka sudah sampai ke destinasi. Mahu tidaknya, perempuan berkunjung ke rumah keluarga lelaki, berkali-kali Murni memikirkan tindakannya ibarat perigi mencari timba!! Di dalam kepala otaknya masih lagi mencari kepastian, sama ada tindakan yang dilakukannya betul atau tidak. 109

Sudah sampai ke destinasipun, masih ada peluangkah untuk dia mengubah fikirannya? Sudah terlambat, Murni terpaksa redah, sudah tidak ada opsyen untuk dipilih. Perasaan gelabah bertambah apabila Murni melihat beberapa batang tubuh sudah berdiri di depan pintu, pastinya menunggu ketibaan mereka. Kaki Murni sudah terasa kebas dan berat hendak melangkah keluar, dia tidak mengerti kenapa berlaku kebas begini, mungkin kerana terlalu lama tidak bergerak atau mungkin juga kerana takut, mungkin campuran kedua-duanya sekali. Sehinggakan Zamri terpaksa membuka pintu kereta dan menunggu Murni keluar, setelah lama melihat Murni yang susah sangat hendak bangun dan keluar dari kereta. Malu juga pada mulanya, takut disalah anggap oleh mata-mata yang sudah terpacak menunggu mereka di depan pintu rumah kayu style rumah melayu kampung. Tetapi perasaan takut dan gabra itu hilang apabila mendengar suara dari seorang perempuan yang mungkin sebaya dengan mama Seri. Perempuan ini pastinya ibu Zamri. Lembut suara perempuan itu menyambut Murni. Murni lega. “Jemput.. jemput.. ..masuk.. masuk..jangan malu-malu” berbicara tanpa apa-apa dialeg. Selalunya orang Pahang berbicara dengan dialeg yang seakan-akan dialeg Kelantan, tetapi tidak dengan perempuan ini, lancar sahaja bahasanya tanpa sedikitpun dialeg dari manamana negeri. Tangan secara spontan dihulur dan disambut, Mila juga berbuat demikian. Murni gagahkan juga berdiri, walaupun masih terasa kebas di kaki. Murni hampir terjatuh kerana kakinya masih kebas, segara didakap oleh perempuan itu dan memapahnya naik tangga perlahan. Nasib baik ibu Zamri yang sempat menahannya dari jatuh, jika Zamri yang memapahnya, apalah agaknya sangkaan mereka ya? Buat malu sahaja Murni, muka sudah satu inci tebal. Apa hal pulak kaki kemas, time time begini. “Naik… Murni..” bersuara lagi perempuan itu.

110

Seingat Murni, dia belum memperkenalkan dirinya tetapi perempuan itu sudah tahu namanya. Ini mesti kerja si Zamri. Entah apa lagi yang telah diceritakannya perihal Murni kepada mereka. “Hah.. ini mesti Mila kan…” Perempuan itu mengusap kepala Mila. Tengok tu! Nama Milapun dia tahu. Hish..Hish..Hish.. Zam! Mila mendongak ke arah perempuan tersebut. Begini agaknya semua perempuan yang sebaya umur Wan Seri lakukan setiap berjumpa dengan budak perempuan sepertinya. Kerana jika pulang ke kampung neneknya Wan Seri, dia juga diperlakukan sedemikian. “Murni, ini Mek saya…” sambil tangan Zamri melengkar dibahu perempuan separuh umur itu. Pengenalan diteruskan kearah beberapa lagi ahli keluarga Zamri yang masih tercegat dimuka pintu. “Baba..” tersengeh sahaja lelaki tua itu apabila diperkenalkan. Begitu juga Murni menyambut dengan senyuman balas. “Apa khabar Pakcik..” Murni memberi hormat “Pakcik baik aje nak..” jawabnya. “Syakhira.. panggil Khira” bersuara seorang perempuan mungkin kakak Zamri. “Halim..” suara garau seorang budak lelaki belasan tahun bersuara. “Shazlina.., orang panggil saya Lin” seorang lagi kakak Zamri gamaknya, Nampak sebaya Khira. “Lin dan Khira kembar tu..tapi tak seiras..” terdengar suara di corong telinga Murni. Suara Zamri yang seakan berbisik. Murni kerut muka. Wahai Encik Zamri oi, jangan bisik-bisik, buat Murni rasa tidak selesa. “Adelina…” berkerut muka Zamri memperkenalkan gadis yang satu ini. Seingat Murni, Zamri ada memberitahunya dia mempunyai dua orang kakak dan seorang adik lelaki. Yang seorang lagi adik perempuan dia lupa hendak beritahukah? 111

“Adik sepupu I, anak makngah Nuri, adik Mek..” jelas Zamri apabila memperkenalkan seorang lagi perempuan yang mmemandang tidak lepas ke arah Zamri. Tajam pandangannya. “Ohhh..” terangguk-angguk Murni, kini baru dia mengerti. Sepupu rupanya. “Ade bila balik sini, cuti ke?” tanya Zamri kepada gadis yang tidak disangkanya akan bertemu di rumah menyambut tetamu istimewa bernama Murni. “Ha ah.. cuti, seminggu habiskan cuti tahun. Dengar dari Maklong abang nak balik, tu.. yang Ade datang ni..Hhem, ingatkan abang balik sorang, rupanya ada tetamu istimewa..” kata Ade sambil pandangan dan senyuman diberikan kepada Murni. Murni kurang mengerti dengan apa yang dibicarakan oleh sepupu Zamri yang satu ni.. mungkin hanya Zamri yang mengerti. Mereka terus dibawa ke sofa ruang tamu. Rumah kayu yang yang sederhana besar dengan hiasan yang serba sederhana juga. Semua mengambil tempat, kecuali Mek dan Khira. Mereka hilang entah ke mana. Beberapa minit mereka muncul sambil menatang dulang yang berisi gelas minuman sejuk. Memang tepat waktunya untuk Murni menghirup apa sahaja cecair yang dapat menghilangkan kekeringan tekaknya. Bertalu-talu soalan yang datang dari semua penjuru. Nampaknya mereka memang menanti kunjungan Murni. Disepanjang berbual ramah mesra, Murni perhatikan Ade asyik duduk di sebelah Zamri. Apa sebenarnya hubungan mereka, selain dari sepupu, mereka ada hubunga lainkah? Rasa curiga sudah mula menyelinap dalam dada. Kini perasaan curiga pula muncul dibenak hatinya. Jika sehari dua yang lalu Murni bersetuju dengan permintaan Zamri hanya sematamata kerana dia hendak lari dari bekas suaminya. Takut bekas suami merampas Mila. Zamri adalah heronya kerana Zamri bakal menjadi penyelamatnya. Andai kata si hero yang diharapkan berubah fikiran, apa agaknya akan terjadi kepada Murni? Bagaimana agaknya dia akan berdepan dengan bekas suaminya? Murni sudah 112

bersedia memikirkan apa tindakan yang perlu dia lakukan. Dia perlu bersedia dengan banyak plan. Bukan setakat plan A atau plan B, malah lebih. Jika sampai ada plan Z lagi bagus. Plan A sampai Z, tak banyakpun 21 plan aje. Buat masa ini proceed dengan plan A. Plan yang lain-lain tu, fikir kemudian. “Zamri .. Zamri apa yang telah kau ceritakan kepada mereka-mereka ini. Ini baru langkah pertama. Banyak langkah lagi yang perlu kita lalui..” bisik hati kecil Murni. Di sudut serambi Murni perasan tersusun bekas-bekas seperti hantaran dan peralatan membuat bunga telur. “Siapa pulak hendak kahwin. Zamri sudah membuat persiapan ke? Biar betul !…“ bisik hati Murni. Mila hanya duduk di sofa melayan bapa Zamri yang mengelarkan dirinya Tok Ki.. sengkatan dari perkataan Zaki.. Mohd Zamrizal bin Mohd Zaki. Pandai orang tua itu melayan budak-budak. “Boleh akak panggil Murni dengan panggilan Muni aje..” tiba-tiba suara Khira, mematikan pandangan Murni dari peralatan membuat bunga telur. “Ah..ha.. boleh .., saya pula hendak panggil Khira aje kut sebab Khira lebih muda dari saya sikit..” jawab Murni, mengetahui Khira dan Lin hanya setahun lebih muda darinya, maksudnya dua tahun beza dari Zamri. “Tak kesah nak panggil Kak Khira pun tak apa, Murni kan berkawan dengan adik akak..?” Murni kurang mengerti apa maksudnya. Belum apa-apa pun bersetujuan yang diberi kepada Zamri. Ini pasti Zamri sudah memberitahu apa-apa yang tidak diketahui Murni. Murni hanya senyum sumbing. “Muni pandai buat bunga telur.?.” tanya Khira sambil mengajak Murni ke penjuru serambi di mana peralatan bunga telur terkumpul. “Siapa yang nak kahwin ni Khira?” akhirnya Murni mengambil keputusan memanggil dengan panggilan nama sahaja, tidak berkakak seperti yang diminta. “Tak apa, nanti-nanti Khira ceritakan. Saje buat persediaan awal. Jom!”sambung Khira. Murni hanya mengikut pelawaan si tuan rumah. 113

Perkataan "persiapan awal, bunga telur, kahwin, persiapan awal, bunga telur, kahwin", berulang-ulang ayat itu bermain di mata Murni. Bagaikan news crawler dikaca TV, mengumumkan berita terkini. Mahu rasanya Murni menjerit hendak meminta penjelasan dari seorang lelaki. “Kau harus ada jawapan yang betul-betul tepat bagi soalan ini sayang. Jika tidak, kau harus bersedia untuk lari!”geram sungguh si Murni. Siapa lagi jika bukan seorang lelaki yang bernama ZAMRI! Z.A.M.R.I bersedia untuk lariiiii

114

“Murni tolong akak potong dawai ni ikut saiz ni ya?” Khira meminta Murni membantunya untuk memotong dawai halus yang berbalut hijau mengikut saiz ukuran yang diberikannya. “Boleh ke? Saya ni… saya tak pernah buat kerja-kerja kraftangan macamni. Keras tangan adalah..” kata Murni tersengeh, hal-hal seni yang halus memang bukan bidangnya. Murni ketawa kecil dengan, konon hendak berlawak, tetapi tidak menjadi. Segera dia mengambil beberapa barang dawai dan pemotong wayar yang dihulurkan. Termalu, kerana dia perasan, apa yang dikatakan bukan gurauan buat Khira. “Bukan perlu apa-apa kepakaranpun, Murni buat macamni, akak tunjuk..” Khira masih membahasakan dirinya kakak, maklumlah Zamri adalah adiknya, dan perempuan di hadapannya adalah bakal adik ipar. “Bakal” dalam inveted coma! “Siapa yang nak kahwin ni..?” Murni masih menanti jawapan, lantas mengulang pertanyaan yang sama sekali lagi. “Takkan Zam tak beritahu Murni?” soalan yang diberi, tetapi soalan juga yang Murni terima. Murni hanya mendiamkan diri. Di dalam hati tidak usah dikata, Murni sangat geram. Tetapi disorok dengan senyuman. Hanya wajah Zamri yang terpampang di ruang mata. Lelaki itu perlu membuat persiapan, mental dan fisikal. Murni akan mengamuk dengannnya. Murni cukup geram sekali. Dia bagaikan tidak sabar-sabar, sampaikan sudah membuat persiapan. Seminggu yang lalu sudah berjanji, Murni hanya akan memberi jawapan sama ada untuk meneruskan rancangan atau tidak selepas kunjungan ini. Yang sudah siap bunga telur berpahar-pahar tu, apa cerita! “Akak… Akak yang nak kahwin masa cuti sekolah nanti… hem.. lagi 4 bulan la..” kata Khira dengan suara girang, setelah melihat wajah Murni yang sudah pucat dan hanya mendiam diri sambil memotong dawai. Dari pergerakan Murni memotong dawai, boleh dilihat dawai menjadi mangsa, Murni melepaskan geramnya kepada dawai tersebut.

115

Murni menarik nafas lega, dengan ucapan “Alhamdullillah…” sebaik sahaja Khira menjelaskan. “Murni sama Mila datang la ya..jangan tak datang pulak? Nanti boleh kenal dengan ramai saudara mara kami..”sambung Khira lagi yang sudah duduk bersila memintal daun-daun untuk dicantumkan menjadi bunga pahar. “Sebenarnya akak sudah tempah katering.. tapi maklumlah catering selalu tidak mencukupi untuk membawa balik makanan. Nanti kita ada rewang jugak tau!” kata Khira lagi. Murni juga sudah memulakan pemotongan dawai-dawai mengikut ukuran yang telah Khira serahkan kepadanya. Mila menunjukkan minatnya hendak mencuba, tetapi dihalang oleh Murni. “Mila tengok aje ya sayang, biar untie Khira buat.. “ pujuk Murni, “Biarlah Muni.. kalau dia nak cuba pun lebih baik, budak perempuan, benda-benda macam ni memang dia orang suka, perlahan-lahan kita lentur dia” tegur Khira. “Nah! Cuba buat yang ni..” Khira menghulur beberapa helai daun, kuntuman bunga yang sudah siap dan pelilit hijau, sarung telur dan sebatang buluh kecil kepada Murni. “Eh… pandai rupanya Murni buat..”puji Khira setelah melihat Murni ligat tangannya memintal pelilit hijau menjadikannya sebagai satu batang bunga pahar. “Sikit-sikit boleh la, tapi taklah sekemas Khira” Murni merendah diri. Sebenarnya memang dia suka membuat semua kerjatangan. “Panggil kakak Murni.. kakak, biasakan diri memanggil saya kakak..” tegur Khira apabila Murni masih dengan panggilan namanya sahaja. “Okey la tu.. kemas lagi, kalau macam tu boleh tolong Khira selesaikan ya..Murni..?” seperti permintaan sahaja dari Khira. Murni hanya mendiamkan diri dan mengambil satu set lagi untuk dipasang. Sepasang ke sepasang yang lain, laju sahaja dia memasangnya. Khira juga menghulur satu set kepada Mila, tetapi Mila mengelengkan kepala. Betul juga kata mama. Nanti jika rosak, sudah tentu akan rugi satu bunga telur. Dari itu lebih baik dia menjadi pemerhati sahaja buat masa ini. 116

“Untie Khira nak Mila try, tak apa. Cantik ke tidak, belum tahu. Entah-entah lebih kemas dari untie Khira punya, kan Mila?” ujar Khira, cuba memberi semangat kepada Mila untuk mencuba. Mila masih geleng. “Tak apa, bila Mila dah ready nak cuba, beritahu untie hem? “ sambung Khira lagi. Mila angguk. “Mek ajak makan ni..” terdengar suara Zamri yang berdiri di belakang Murni. “Jom Murni!” bersuara Khira. “Cik abang dah panggil tu…” usik Khira. Murni cebik muka, Zamri yang terdengar gembira, walaupun dia perasan Murni membuat muka kepadanya. Murni bangun serentak dengan Khira dan Mila setelah meletakkan bunga pahar yang sudah siap di dalam bekas plastik besar yang sudah terkumpul bunga-bunga pahar yang lain. “Jom..” berjalan seiring bersama Zamri dan Khira ke ruang dapur yang terpaksa menuruni beberapa anak tangga kayu. Adelina tidak kelihatan, ke mana agaknya dia. “Mari..duk makan..” pelawa Mek Ros, yang rupanya sedang menunggu mereka.. Terhidang semua makanan kegemaran Murni. Masak kurma ayam, jelatah darat, ikan jenahak masak masam manis, sayur kailan kicap dan sambal belacan. “Zamri.. Zamri..bersungguh-sungguh betul rupanya dia, sampaikan lauk kegemaran pun dia beritahu emaknya..” bisik hati Murni. “Zam.. hulurkan nasik kat Murni tu..” bicara Mek Ros lagi, sambil tangan memanjangkan mangkuk yang berisi nasi. “Tak pa Zam.. I ambil sendiri” Murni terasa malu pula dilayan seperti puteri. Terhenti Zamri hendak menyeduk nasi ke pinggan Murni, yang secara tidak langsung duduk di sebelahnya. Mila sudah memulakan suapan, berselera sahaja dia. “Mila nak apa-apa, cakap dengan nenek ya.. “ Mek Ros membahasakan dirinya nenek kepada Mila. 117

“Hemmm” jawab Mila sambil mengangguk. “Susah-susah aje, makcik masak untuk kami..” segan pula Murni dibuatnya, mereka memang benar-benar gembira akan kehadiran Murni. Soalan pertama Murni sudah terjawab. Tidak perlu ragu, yang pasti keluarga Zamri sudah bersedia untuk menerimanya sebagai ahli keluarga baru mereka. Persoalan itu sudah boleh dibuang dari senarai. “Dah lama Mek dengar nama Murni. Ni baru jumpa. Zam tak sudah-sudah cerita pasal Murni Setiap kali balik kampung” Mek Ros membuka cerita. “Mek dah lama minta dia bawa Murni ke mari, tapi jawapan Zamri ada aje alasannya, Murni seboklah, Murni tak sihat la .Murni balik kampung la. Sampailah hari ini, akhirnya jumpa jugak Mek dengan Murni yang disebut-sebutnya tu..” cerita Mek sambil menjamah rezeki. “Oh..

itu

kerjanya

dia

selama

ini,

menceritakan

hal

dirinya.

Murni bermonolog sendiri. Pandangan Murni beralih kepada Zamri yang relax mengatur suapan, tanpa rasa bersalah. “Ni.. Mek nak jemput Murn. Sebab dah ada ni, baik jemput aje, cuti sekolah nanti Khira nak langsung. Murni datang ya.. sama Mila,.kan Mila?” kata Mek Ros lagi. Mila yang tidak mengetahui hujung pangkal hanya mengangguk. “Insyallah, kalau tak ada apa-apa sampailah kita orang, cuma kena beri tarikh dan alamat ajelah, sampailah kami nanti..” jawab Murni. “Eh.. kenapa nak alamat bagai, ikut aje Zam. Bolehkan Zam? Bawa Murni kat sini nanti” Mek memandang ke arah Zamri yang rancak menjamu. Mek Ros meminta kepastian dari Zamri untuk membawa Murni dihari pernikahan Syakira kelak. “Zam.. dengar tak apa Mek kata ni.?.” ulang Mek “Zam dengar mek, tapi kena tanya orang sebelah ni dulu. Kalau dia nak ikut Zam balik, Zam tak ada masalah..” akhirnya Zamri bersuara. Muka Murni sudah masam masam kelat.

118

Hendak terus bersetuju, risau pula dikatakan tidak tahu adap, belum apa-apa sudah berkepit ke hulu ke hilir dengan anak teruna orang. Jika tidak setuju, bimbang pula dikatakan jual mahal. Hari ini gatal boleh ikut pulak! “Muni..?” tanya Zamri. “Hemm.. Terima kasih atas jemputan tu, tapi, nantilah saya fikir dulu Mek..” akhirnya Murni memberi jawapan yang belum pasti, sama ada sanggup untuk hadir ke majlis tersebut bersama Zamri. “Kalau Murni setuju boleh terus buat majlis tunang Murni dengan Zam sekali?” terpacul permintaan Mek Ros. “Uhukk!” Tersedak Murni apabila Mek Ros menghabiskan kata-katanya. Nasi tersembur keluar dan dia terbatuk-batuk. Zamri terkejut apabila melihat wajah Murni yang sudah merah padam dan terbatuk-batuk. Hendak ditepuk belakang, nanti takut pula nak kena flying kick dari Murni. Hendak tahu cuba buat la!! Mana tidaknya, apa hak dia nak pegang-pegang perempuan yang tak ada apa-apa ikatan. Tambah-tambah di depan keluarganya. Mek segera bangun dan mengurut belakang Murni dan Khira menghulur air sirap. Mila juga terhenti menyuap, terkejut melihat mama yang terbatuk-batuk. “Maaf makcik, apa makcik kata tadi?” Murni meminta Mek Ros mengulangi apa yang baru sahaja didengarnya tadi. “Tak apa, mungkin Murni belum sedia. Maafkan Mek. Makan dulu nanti kita cerita” Mek baru perasan, Murni tidak tahu menahu dengan hal yang baru diberitahu tadi. Itu pasti kerja Zamri. Ishy.. pandai-pandai dia.. Zamri tenang sahaja di sebelah. Murni sudah hilang selera, walaupun sebenarnya masakan Mek Ros memang enak, terkejut dengan rancangan yang diatur untuknya. Memang dia belum bersedia. Namun untuk menghormati orang tua yang telah bersusah payah menyediakan makanan untuknya, di suapkan juga nasi yang berbaki di pinggan. Di dalam hati rasa geram pula dengan Zamri. Kenapa dia tidak memberitahu rancangan keluarganya. Sedangkan Murni juga belum lagi memberitahu rancangannya kepada keluarganya di Johor. Niatnya akan dimaklumkan 119

selepas kunjungan ini. Murni ingin mengetahui bagaimana penerimaan keluarga Zamri terhadapnya terlebih dahulu, baru akan diajukan rancangannya kepada Mama dan Papa. Insiden di meja makan terus dilupakan, apabila Lin membuka cerita lain. Cerita mengenai tugasnya sebagai nurse di hospital besar Kuantan dan kesah Halim yang masih belajar tahun akhir di UNITEN. Pak Zaki pendiam orangnya, tidak banyak bercerita. Pak Zaki rupanya seorang pesara tentera dan Mek Ros, masih bekerja sebagai kerani besar di Pejabat Daerah Jengka. Patutlah mereka tidak ada dialeg bahasa dari mana-mana negeri, sebab mereka selalu merantau. Pernah beberapa tahun di Kedah, beberapa tahun di Port Dickson dan beberapa tahun di Sarawak. Pak Zaki bersara awal tentera dan sekarang ini membuka bengkel membuat grill di Pekan Jengka, hasil pengalaman sebagai jurukimpal tentera. Zamri berasa bangga dengan usaha orang tuanya yang telah mendidik dirinya, kakak dan adik sehingga berjaya dalam hidup. Sedikit sahaja diselitkan cerita Khira yang akan berumahtangga cuti sekolah nanti, kerana Khira seorang guru lulusan Universiti Utara, yang akan bertemu jodoh dengan guru juga, lulusan Universiti Malaya. Patutlah Murni perhatikan Khira sangat pandai melayan Mila. Cikgu rupanya, patutlah dia pandai mendekati kanak-kanak. Cikgu bertemu cikgu, senang mereka mengatur hidup rumahtangga mereka. Cuti pasti bukan masalah dan tidak perlu difikirkan kerana sudah tahu mereka akan cuti bersama mengikut penggal. Waktu kerja usah difikirkan kerana

pastinya mereka akan dapat

bersama setiap petang. Mereka mudah merancang untuk bercuti rehat, tidak perlu mengambil cuti extra dan tidak perlu risau si isteri atau si suami akan pulang lewat, cikgu mana ada overtime. Tetapi membawa kerja ke rumah untuk memeriksa buku murid-murid. Mata Murni tertancap ke arah sejambang bunga pahar, duduk cantik di sudut rumah. Murni tersenyum sendiri. Tersenyum kerana bunga telur itu, dia hampir mencetuskan perang dingin sekali lagi kepada Zamri, dan hampir menggagalkan rancangan Murni untuk lari dari ex-husband. Semua bermula dengan salah tafsiran, ingatkan bunga telur tersebut adalah persiapan untuk dirinya dan Zamri. Rupanya bukan. 120

Lawak betul!! Malunya! Mana hendak letak muka tak malu ni…

121

Selepas minum petang dengan hidangan teh kosong dan cucur bawang, Zamri meminta diri untuk membawa Murni dan Mila pulang. Selalunya dia akan bermalam, hanya bergerak awal pagi esoknya untuk pulang ke Bukit Fraser, tetapi kali ini disebabkan dia bersama tetamu, dia terpaksa pulang pada hari yang sama. Tambahan pula dia terpaksa bergerak sebelum hari gelap nanti bahaya pula untuk menaiki bukit yang berliku-liku itu. Murni memberi salaman selamat tinggal dan terima kasih kepada semua ahli keluarga Zamri. Mek Ros memeluk kejap Murni. Sungguh! Dari pergerakan wanita separuh umur itu, dia mengalu-alukan kehadiran Murni ke dalam keluarganya. Insyaallah, akan Murni fikirkan semasak-masaknya keputusan kelak. Mereka melayan Mila juga seperti anak buah atau cucu mereka sendiri. Murni sungguh terharu. Baik sungguh penerimaan mereka. Jauh betul tersasar dari jangkaan Murni selama ini. Di dalam kereta Zamri berulang-ulang kali meminta maaf di atas kejadian sewaktu makan. Memang dia tidak mengetahui sama sekali rancangan yang diajukan oleh Mek. Yang dia pasti, keluarganya dapat memerima Murni dan Mila menjadi sebahagian dari keluarganya. Tetapi sehingga kini, Zamri masih tidak mengetahui penerimaan dari pihak Murni. “Ah.. macammana? My family.. okey tak?” tanya Zamri memecahkan kesunyian di dalam kereta setelah setengah jam bergerak. “I tak sangka, your family treated me that good… cuma..” jawab Murnitergantung-gantung sambil membuang pandangan ke arah Zamri yang menumpukan pandangannya ke jalanraya. Kali ini pemanduan mengikut lebuhraya supaya sampai Bukit Fraser awal sedikit, sebelum gelap. “Cuma apa?”tanya Zamri. Risau apabila Murni tidak menghabiskan soalannya. 122

“Cuma Mek buat kejutan.. betul-betul I terkejut dengan rancangan Mek sampai macam tu..” Murni menjelaskan kenapa dia tersedak. “Kenapa.. Muni tak suka ke?” soal Zamri “Taklah macam tu. Cuma I takut nanti Mek menyesal. Ini kan baru first time jumpa, tak tahupun lagi my true colours .I ni, banyak kekurangannya Zam. I pun sebenarnya hairan, kenapa Zam tak pernah putus asa..”jawab Murni. Murni masih cuba menyelami niat sebenar Zamri, walaupun sebenarnya dia sudah ada jawapannya. “Can we drop the subject.. We talk something else, boleh tak?” kata Zamri yang sudah tidak kuasa mendengar, ada sahaja alasan Murni. “Pulak! Tadi tanya! Bila dah beri pandangan, suruh drop the subject pulak. Yang mana satu ni.?.” angin pula Murni dibuatnya. “Maksud I, drop kesah yang sesal menyesal tu, yang lain boleh carry on.. “ jawab Zamri lembut. “Hemm.. okey..I cakap benda lain. Ooh ya..sepupu you, apa namanya?.. Adil..? Ade ? cantik budak tu ya? Cantik.. lembut dan muda lagi. I nampak suka kat you, kenapa you tak pilih dia aje.?.” kata Murni. Zamri tepuk dahinya. Dia minta Murni jangan bertanya kesah yang lepas untuk elak bertekak. Tapi Murni bangkitkan kesah yang lain pula. Ini soalan bukan setakat bertekak, kena tinggal tepi jalanpun ada kemungkinan. “Dia adik sepupu I sayang. Kenapa sampai ke situ pulak you ni. I dah anggap dia macam adik I aje ? cemburu ke?” jawab Zamri lembut agar Murni faham. Murni kena sedas oleh Zamri. “Bukan cemburu., I tak mahu dituduh jadi penghalang pulak .I nampak budak tu sayang betul pada you, pandangan mata dia tak lepas tengok you..”kata Murni lagi. “Yeke? I tak perasanpun? Halang apa? Apalah Murni. Ookey cerita ni pun kena drop juga..”kata Zamri tegas. 123

“Semua yang I cerita asyik kena drop aje, habis nak cerita apa?” Murni pun bingong dibuat si Zamri, semua topic hendak digugurkan. “Ceritalah yang elok-elok, pasal cuaca ke? Pasal Mila ke? Or else pasal proposal Mek. Itu lebih berfaedah…” sambung Zamri. Murni terus tersenyap. Dia cuba mengelak dari berbicang mengenai perkara itu, tetapi Zamri pula yang membangkitkannya. “Kenapa senyap.?.”tanya Zamri lantas mengalihkan pandangan pantas ke arah Murni kerana nampaknya hanya dia sahaja yang bersuara, perempuan yang di sebelahnya sudah buat hal, mogok tidak mahu bersuara sebab kena tegur. “Sayang.. dengar tak apa I cakap ini. Think about Mek’s proposal!..” Zamri menyambung bicara. “Hah! Are you serious..? Zam, my family pun tak tahu lagi. I have to inform them first..” akhirnya Murni bersuara, apabila Zamri mengulangi persoalan yang tidak ada jawapan. “Kalau you nak tahu, yang ikut you balik kampung you ni pun mereka tak tahu tau? Kalau mereka tahu, matilah I. Macam I ni desperate sangat!” kata Murni bersungguh-sungguh. “Ya la..I know, they will not have any objection, believe me..” jawab Zamri dengan penuh yakin. “Eh wah… you pulak pandai-pandai..macamlah you tahu keluarga I sangat..” Murni mencebek mukanya ke arah Zamri. “Yes,. I do..” Zamri menjawab dengan sengeh gembira. Murni lupa, Zamri sudah kenal keluarganya sama seperti dia mengenal keluarganya sendiri.. “Ya la..ya la..nanti I beritahu mama dan papa dulu, kita tunggu apa kata mereka, okey..? Puas hati?”Akhirnya Murni mengalah. “Hem.. jangan lama-lama, kalau jadi, kita buat simple aje. Hantar cincin, kalau you dah ready, nikah teruspun boleh. Boleh ada dua pengantin..” kata Zamri sengaja menyakat Murni.

124

“You giler ke apa ni Zam? Jangan buat cadangan giler macam tu ya.!.” Murni melenting dengan permintaan Zamri. Zamri sudah tahu, itulah jawapan dari Murni. Menuduhnya sudah gila, memangpun Zamri sedang gila sekarang ini, gilakan dirinya. “Apa salahnya, kita nikah kat masjid dan buat keramaian sekali dengan majlis Khira, afterall orang yang sama juga yang akan dijemput nanti..” Zamri senyum nakal. Lagi Murni melenting, lagi galak Zamri menyakat. “Aduh..” rupanya Murni mencubit peha Zamri, tidak disangka Murni sudah berani bergurau. “Padan muka, jangan buat hal okey.!.”kata Murni sambil mengetap bibirnya. “Kenapa uncle” tiba-tiba Mila mencelah setelah mendengar jeritan kecil Zamri. “Hem.. tak da apa-apa, uncle kena gigit semut…” selamba sahaja Zamri menjawab “Oh.. ada semut dalam kereta uncle ke?” Mila ingin tahu lebih lanjut mengenai semut di dalam kereta Zamri. “Aha…ada.. semut besar..’ Zamri masih ingin bercerita mengenai semut. “Oh…ya ke?. Bahaya tak uncle?” tanya Mila lagi. “Memang bahaya Mila. Unclepun takut..” bersahaja Zamri bercerita kepada Mila mengenai semut ilusinasinya. “Heee..Milapun takut jugak la uncle”jawab Mila Tersenyum Murni dan Zamri dengan jawapan Mila. Sungguh innocent.

Murni sampai d irumah sebelum masuk waktu maghrib, tepat betul perancangan Zamri. Kini dia perlu fikirkan masak-masak. Apa yang diraguinya selama ini sudah terjawab. Dia sudah tidak perlu bersusah hati lagi, mengenai penerimaan dirinya oleh keluarga Zamri. Ternyata apa yang diberitahu Zamri adalah benar, mereka boleh menerima kehadiran Murni di dalam keluarga mereka. Mengenai keluarganya pula, Murni yakin seratus peratus, 125

ini adalah satu berita gembira buat mama dan papa. Mereka harus dimaklumkan segera, termasuk memaklumkan cadangan Mek Ros. Cadangan Zamri juga sudah dalam perhatian tetapi K.I.V dulu. Asalkan semua rancangan dijalankan sebelum kemunculan bekas suami. Jika dia muncul sebelum rancangan dapat dilaksanakan, akan porak peranda hidup Murni. terutama Mila. Segala rancangan akan huru hara, silap-silap segalanya akan terbatal. Harap-harap itu tidak akan berlaku. Yang diharapkan rancangan yang direncanakan bersama Zamri akan berhasil. Harapan juga rancangan ini akan mengakhiri pelariannya. Benarkah ini penghujung pelariannya? Murni menjulingkan matanya ke atas. Dia nampak di dalam kepala otaknya banyak tanda soal yang berselirat.. Banyak perkara hanya dalam perancangan. Macam-macam boleh berlaku. Hemmm..

126

Pandangan Murni lepaskan keluar jendela yang dibukanya luas. Suasana pagi yang sunyi, hanya kedengaran desiran daun-daun bergesel diantara satu sama lain apabila ditiup angin. Sempat pula si angin dingin menyapa wajahnya. Murni hanya membiarkan rambut separas bahu mengerbang oleh hembusan angin segar dan nyaman itu. Angin segar! Tersenyum sendirian, memikirkan pasti Mila masih berselimut, di waktu-waktu begini. Membalas dendam mengkhadaq tidur dihujung-hujung minggu begini. Murni juga mengambil peluang untuk memanjakan dirinya. Senyuman semakin lebar apabila terkenangkan kunjungan terpaksa mereka ke rumah keluarga Zamri minggu lalu. Tidak disangka keluarga Zamri melayan mereka begitu baik sekali. Keluarga yang sederhana, tetapi kaya dengan budi bahasa. Beruntung sesiapa yang menjadi ahli keluarga ini. Dalam pada itu Murni rasa hendak tergelak pun ada! Betulkah tindakan yang dibuatnya? Murni.. oh cik Murni.. Panggilan telefon kepada mama di Johor Baharu juga telah dilaksanakannya. Mama dan papa menyambut baik, apa sahaja cadangan Murni. Murni hanya mencadangkan majlis pertunangan, tidak langsung menceritakan cadangan Zamri untuk nikah serentak bersama Khira. Jika cadangan itu dikemukakan kepada mama dan papa, pasti lebih gembira orang tua itu agaknya. Tidak cukup nyiru, padang bola stadium Johor Bahru ditadahkan. Sudah 8 tahun mereka menunggu berita gembira seperti ini berlaku. Cepatnya masa berlalu, kesah minggu lepas bagaikan baru sahaja semalam berlaku. Esok sudah hari Isnin semula. Murni berjalan perlahan ke almari baju, memilih pakaian yang hendak dipakainya esok. Disusun di hujung katil untuk disterika. Mengelamun boleh, tetapi jangan pula sampai ada

127

baju yang berlubang kerana asyik hangau. Hangau dengan lelaki yang pada satu ketika dahulu, dia nekat tidak mahu ada apa-apa hubunganpun. Baru kau rasakan Murni! .

“Muni, dah seminggu I tunggu jawapan you, macammana?” Zamri bersuara sewaktu Murni sedang menjamah mee goreng sewaktu makan tengahari di restaurant mamak.. “Hem.. jawapan apa dia, ya?” tanya Murni pura-pura tidak faham soalan dari Zamri yang memang sudah jelas, tidak perlu ditanya lagi sebetulnya. Jawapannya sudah ada, sengaja Murni simpan untuk diberitahu pada waktu dan tempat yang sesuai. Hendak beri kejutan konon. Alahai cik abang sayang, nampaknya Murni akan menjawab proposal kahwin di dalam kedai mamak! Tidak romantik lansung… “I tanya, dah seminggu I tunggu jawapan, you tak beri lagi. Mek dah tanya? I dah tak ada alasan lagi nak beri, I dah penat pekakkan telinga. Tolong kasihan pada I sayangggg..” kata Zamri seakan merayu. Siap tangannya menunjuk ke arah telinganya, memang berdengung agaknya setiap kali Mek bertanyakan hal yang sama. Gasak kau Zamri! “Ya ke?” pendek sahaja jawapan Murni. Membiarkan Zamri mengerutkan mukanya, betul ke tidak si Murni ni, atau dia masih sangsi dengan dirinya. Susah betul perempuan ni. Murni seperti main tarik-tarik tali sahaja dengannya. Sekejap memberi signal yang dia bersetuju, sekejap signal macam tidak bersetuju. Susah betul Zamri membaca fikiran perempuan yang bernama Murni, membuatkan perkara mudah menjadi susah. “Kalau I jawab tidak, macammna?”jawab Murni ingin menduga Zamri dengan jawapan teka teki.

128

“Tak apa. I terima, at least I ada jawapan nak jawab, bila Mek tanya nanti. So, jawapannya “Tidak” la ya..?” tanya Zamri yang agak kecewa dengan jawapan teka teki Murni. Apakan daya, yang dia hendak jawapan. Sudah terjawab, jadi terpaksa terima apa sahaja jawapannya. “Tak.. I kata “Tidak” I kata Ka…lau. Kalau jawapannya tidak.Hish, you ni, soalan simple macam tu pun you buat jadikan dia complicated..” gumam Murni. “Tak.. bukan I yang buat benda ini complicated, you yang beri jawapan yang buat orang tanya balik. Jadi yang mana satu sekarang ni!. Jawapannya Ya atau Tidak.?.” Zamri meninggikan suara. Dia sudah naik geram apabila soalannya seperti dipermainkan oleh Murni. “Hemmm..you rasa?”kata Murni lagi sebelum menyedut air jus. Membiarkan Zamri memerhatikannya, menunggu apa sahaja ayat yang terkeluar dari mulut Murni. Geram juga Zamri dibuatnya, namun dia perlu bersikap cool. “Apa pulak main rasa-rasa. Cakap ajelah sayang oi! Apa aje jawapan dari you I akan terima” sudah hilang tahap kesabaran Zamri. Hialng sifat Mr. Cool Zamri dibuatnya. Sudah malas Zamri bermain teka teki dengan percakapan Murni. “Cepat lah..?”sergah Zamri yang memang sudah hilang kesabarannya dengan perangai Murni yang suka menyakat. “Hemm…” Murni mengangguk-angguk kepalanya terus menyambung semula menyedut air yang sudah hampir kering digelas. “You setuju…?” Zamri cuba mendapat kepastian, kerana Murni hanya menanggukkan kepala. “Betul ni!.. Muni..alhamdulillah..” Zamri senyum segaris, gembira walaupun tidak mendengar jawapan yang sangat indah ditelinganya, tetapi cukuplah sekadar gaya perbuatannya dengan angukan kepala.

129

“Hey! Nanti..nanti, yang angguk ni setuju, I faham, tapi setuju yang mana? Bertunang atau nikah?”tanya Zamri lagi. Zamri masih ingin mengetahui maksud persetujuan Murni. Masih samar-samar, dia perlu mendapatkan penjelasan, sejelas-jelas yang boleh. Yang pasti, akhirnya berjaya juga melembutkan hati seorang perempuan yang ditunggunya selama 8 tahun. “You setuju yang bertunang ke atau yang mana? Kalau tunangpun I tak mahu lama-lama, paling lamapun mungkin 6 bulan gitu.. boleh..!” Gesa Zamri, memang tidak sabar sahaja bunyinya si Zamri ini hendak memiliki Murni. Nampak sangat sifat gelojohnya. “Hey.. cek abang sayang, relax okey, apa yang nak cepat-cepat sangat, nanti Mek tak hilang penat langsungkan perkahwinan Khira dah nak buat majlis kita pulak. Kesihanlah sikit orang tua tu....” jawab Murni. “Itu lah seba, kita buat sekali harung aje macam yang I cadangkan tu..” Zamri memberikan pendapat 2 centnya. “Zam you giler ke apa? Kurang dari 4 bulan ni? Mana ada persiapan langsung, ingat ni nak kahwin macam main pondok-pondok tu ke? Atau you nak kita kahwin cowboy aje?” gumam Murni. “Kita belum kursus. Persedian hapah tak ada..” tambah Murni lagi “Tak kesahlah. kahwin pondok-pondok ke, kahwin cowboy ke? kita buat kecil-kecil aje, ikut syarat cukup. You ni tak faham-faham memang I dah giler, giler kan you..”kata Zamri. Bulat mata Murni dengan jawapan bersahaja Zamri. Jika benar dia sudah giler, Murni terpaksa berfikir dua kali, malah sepuluh kali. Siapa yang hendak bersuamikan orang gila.. Nauzubillah.. Murni tahu, Zamri membuat pengakuan Zamri mengaku dirinya tergilagilakan janda beranak satu yang berada di hadapannya ini. Dirinya sendiri. “Memanglah I nak buat kecil-kecil aje, I ni kan ibu tunggal. Zam, nak kahwin hari ini pun boleh, tak perlu ada walipun.. “ jawapan Murni mengusik Zamri. Ingin melihat apa reaksi Zamri. 130

“Jom..” tiba-tiba Zamri menarik tangan Murni untuk berdiri. Eh! Apake halnya pulak ni.. “Nak gi mana pulak ni.!.” termangu-mangu Murni diheret oleh Zamri untuk berdiri. “Nikah..” pendek sahaja jawapannya. Hanya satu perkataan. Perkataan yang bukan boleh dibuat main. Sah, Zamri sudah hilang satu skru di kepalanya..sudah mereng.. “Eeheh.. Zam.. I main-main aje la. Okey, kita tunang sebelah pagi dan nikah lepas Zohor pada hari yang sama,.macammana, puas?” jelas Murni. Zamri melepaskan tangan Murni dan duduk semula. “Jadi, seminggu sebelum majlis Khira, keluarga I datang hantar cincin kat rumah you di Johor, .and then nikah. Jadi kenduri Khira nanti, you dah jadi isteri I, macam tu..?” Zamri masih tidak percaya dengan apa yang telah dirancang oleh Murni. Memang dia tidak percaya, ingatkan Murni hanya akan bersetuju dengan majlis pertunangan, ini tidak, terus bernikah.. biar betul!! Berjaya juga rancangannya memujuk Murni untuk nikah terus. Hatinya sudah tidak dapat berkata apa-apa, dia gembira, dia jadi clueless. “Setuju tak cadangan I, I dah malas yang meriah-meriah, bagi I you terima I seadanyapun dah cukup baik..” mendatar sahaja suara Murni. “Of course sayang I setuju, giler tak hendak setuju, I sayang you dan Mila.. Murni.. please understand that..” Zamri meluahkan hatinya yang sangat gembira. “I know.., dah jom balik ofis, nanti kita cerita panjang lagi, lepas I cakap dengan mama pasal hal ni..”kata Murni dan terus bangun. Zamri hanya mengekori Murni yang sudah berjalan mendahuluinya menuju ke keretanya yang terpakir untuk pulang ke pejabat. Hatinya berbunga-bunga, akhirnya terjawab sudah penantiannya. Malam tadi, apalah agakya yang membuat perempuan ini membuat keputusan yang jauh dari perancangan. Tidak kesah apa yang berlaku kepada dirinya malam tadi, yang penting,

131

tidak lama lagi Murni akan menjadi Mrs. Zamrizal. Tanpa Zamri ketahui, Murni ada agendanya yang tersendiri!

132

Musim hujan telah berlalu, cuaca pun tidak sesejuk sebelumnya. Mentari sudah tidak malu-malu lagi untuk bersinar, sudah kerap menyinarkan cahayanya untuk menerangkan alam semesta tanpa jemu. Tidak pernah lupa menjalankan tugasnya walaupun sesaat. Murni senyum, sambil mengeliat dan membuat pergerakan ringan. Sungguh segar rasanya. Menghirup udara yang diberi percuma, tidak pernah ada bill setiap bulan. Mila menghabiskan kerja sekolah di ruang tamu, terdengar sesekali suara TV yang dibiarkannya bersiaran. Perlahan-lahan Murni merapati si anak yang sedang tekun. Janjinya kepada si anak, boleh menonton televisyen selepas kerja sekolah selesai. Seperti selalu Murni akan menanam pokok bunga baru. Mereka ke Forever Buds Nursery untuk membeli anak-anak bunga yang baru, di kepala sudah terbayang pasu-pasu bunga yang akan dibelinya kelak. Bunga dahlia, merry gold, dan bunga-bunga lain yang dia rasa berkenan. "Mila nak tanam bunga apa ye tahun ini?.." 'Murni yang sedang memandu, memulakan bicara dengan Mila yang duduk disebelah, sedang leka membelek beg sandang kecil. Beg pemberian Wan Seri dua tahun lalu sewaktu dia pulang memunaikan umrah. Cantik begnya, dengan sulaman bunga dan manik yang berwarna warni. Budak perempuan, biasalah suka benda-benda yang berwarna warni. Tambahan juga dengan sulaman cermincermin kecil. Nama saja beli di Mekah, tetapi buatan India sebenarnya. Manalah negara Arab Saudi ada hasil tangan mereka sendiri, semua diimport, kecuali minyak petrol mentah dan yang paling masyhur, ialah Kota Mekah. Tak mengapa, buatan dari negara manapun, asalkan mendapat berkat pemberian dari tanah suci. "Ma...Mil nak tanam bunga ros lah ma... boleh tak?” tanya Mila, jari-jari kecilnya masih memintal tali beg kecil tersebut. "Mil nak tanam ros? Ros apa?” Tanya Murni, ingin menyelami hati anak perempuannya. "Ros merah, yang macam jual kat kedai bunga kat pekan tu. Kalau dia berbunga nanti, 133

masa Valentine, bolehlah Mil beri pada mama.." beriya-iya Mila menerangkan hasratnya untuk memiliki bunga ros kepada mamanya. “Apa Mil? Ros?” ulang Murni. “Hah! Ros..” jawab Mila mendatar. “Iyalah.. nanti Mila pilih, ros yang mana ya sayang..” kata Murni, memberi semangat kepada anaknya. Murni tersenyum, amboi bukan main besar angan-angan Mila, ingat senang wahai anak ku hendak mendapat hasil bunga seperti yang dijual di kedai. Tak usah hendak cerita tentang bunga, jika pokok itu hidup pun sudah cukup baik. Senyum tak sudah Murni dibuatnya. Tahun lalu Murni membelikan Mila pokok kekwa. Pokok yang senang dijaga dan tidak memerlukan tangan seorang pakar tumbuhan untuk menjaganya. Pokoknya memang hidup, tetapi sampai sekarang tidak berbunga langsung. Itu pokok yang senang dijaga, inikan pula pokok Ros yang manja, yang memerlukan penelitian yang lebih. Tidak mengapa, Murni tetap akan membelikan Mila anak bunga ros, sama ada hidup atau berbunga adalah menjadi faktor kedua. Di nursery Murni membeli beberapa kampit tanah, tanah hitam dan tanah merah yang akan dicampurkannya nanti. Baja semestinya, beserta dengan beberapa buah pasu. Pasu ada banyak lagi di rumah. Ini hanya sebagai tambahan sahaja. Mila sudah hilang di celah-celah pokok ros. Mencari ros yang dia berkenan. Murni sudah memilih semua pokok bunga yang dirancangnya. Kini hanya menunggu Mila dengan si ros. Majlis bertunangan dan nikah, tinggal sebulan sahaja lagi, tetapi Murni relax sahaja, tanpa membuat apa-apa persiapan. Dia sudah memaklumkan Zamri, apa yang akan diberi dari pihaknya sebagai hantaran nanti. Hanya 7 dulang sahaja yang syarat. Dia hanya akan menyediakan bunga rampai, sirih junjung, bunga telur. Semua sudah ditempahkannya dengan Maria, satu-satunya kedai persiapan pengantin di Raub, minggu lalu. Lagi 4 barang akan disediakan oleh mama Seri. Pandailah orang tua itu menguruskannya nanti. Gubahan makanan nampak gayanya, jika tidak wajik sirat Mak Som, kek masam manis atau buah hulu Kak Noor, itu kebiasaan yang dibuat hantaran. Murni juga sudah menempah baju 134

kurung moden warna beige untuk dirinya dan Mila, agar dia nampak sedondon dengan anaknya. Zamri juga menempah baju melayu warna yang sama agar nampak sedondon kelak. Amboi, sudah mula sedondon. Rasanya sudah cukup persiapannya yang simple. Bukan hendak beriya sangat, yang penting majlis nikah, itu wajib, yang lain ikut syarat sahaja. Tambahan pula ini adalah pengalamannya kali kedua. Teringat dia kepada persiapan yang bersungguh-sungguh semasa perkahwinan terdahulu, sepuluh tahun yang silam. Sampai sakit jari dan pinggang, membuat seribu biji bakul telur dari ribbon sendirian. Hendak rasa sendiri macammana penat membuat persediaan orang hendak berkahwin, bukan sekadar mendengar cerita dari kakak-kakak senior. Memang penat, menyediakan persiapan dari A sampai Z, semua Murni cuba sedaya upaya melibatkan dirinya. Dari membeli barang hantaran sehingga memilih tempahan pakaian pengantin, untuk dirinya. Waktu itu belum ada lagi wedding planner seperti sekarang. Jika adapun, mahal tak termampu, Tetapi apa kesudahannya, tidak sampai dua tahun memegang gelaran “Puan”, sudah mendapat gelaran “Cik” semula. Dari pengalaman itulah Murni hanya memberikan penglibatan yang paling minima. Tidak mahu terlalu ghairah seperti yang lepas. Penglibatannya didalam persediaan perkahwinan mungkin 20 peratus sahaja ditumpukan. 10 peratus persiapan dan 10 peratus lagi kehadiran semasa nikah nanti. Lagi 80 peratus semua diuruskan oleh Mama Seri dan Zamri. Yang penting penting sahaja, ikut syarat sudahlah katanya setiap kali ditegur mama Seri, seperti tidak serious sahaja lagaknya. Mama Seripun naik bingong, si Murni ni setuju atau tidak dengan majlis ini. Kena paksa ke apa? “Ma.. Mil ambik yang ni..” tersentak Murni dari lamunannya apabila terdengar suara Mila, yang sedang menunjukkan bunga ros yang sudah ada bunga sekuntum berwarna merah, kecil sahaja kelopaknya. Sebenarnya untuk membeli bunga, jangan membeli yang sudah berbunga kembang, jawabnya tidak bertahan lama bunga tersebut kerana ianya sudah kembang. Hendak harapkan untuk ianya berbunga lagi? Entah bila tahun. Sepatutnya pilih 135

yang masih berkudup ataupun bunga yang baru hendak kembang, sekurang-kurangnya dapat juga menekmati bunga tersebut lama sedikit. Tetapi tidak mengapa, jika itu sudah yang Mila pilih, Murni juga ingin mengajar anaknya agar belajar membuat pilihan sendiri dengan yakin. Tidak mahu dia terlalu berharap kepada dirinya untuk membuat keputusan. Dari kecil perlu dididik untuk yakin dalam setiap keputusan yang dia buat. “Hemm.. okeylah tu, letak sini, biar taukey tu kira..” Murni meminta Mila meletakkannya pasu bunga ros Mila ditempat longgokan tanah. “Mr. Lee,. boleh kira sekarang..Kasi bagus punya harga ya?” pinta Murni kepada tuan punya nursery mengira berapa jumlah yang perlu dibayar. Mr. Lee yang sedang menyusun pasu di bangsal, datang menuju ke arah Murni apabila namanya dipanggil. Tangan memegang calculator hitam kecil. Nasib baik calculator, kalau sempoa, jenuh pula Murni hendak faham. Tersenyum Murni melihat Mr. Lee yang sekali sekala mengelap peluh di lehernya yang pendek dengan tuala putih good morning. “Cik Muni, sudah angkat itu tanah 5 peket hitam punya plus 5 peket merah..ah.. saya kila halaga untuk sembilan aja ma..satu kasi flee.. okey..” Bercakap terhenti-henti tetapi jari laju menekan calculator. “Bunga los RM14, lagi bunga taik ayam..10 bungkus RM20, itu dahlia RM10, 4 pasu besar, lagi baja.. kasi awak..cincai cincai punya halaga ..semua kasi RM102.. kasi lagi discount.. RM100 cukup la..” jawabnya. Seronok pula mendengar pelat carca marba Mr. Lee. Lelaki cina separuh umur yang sudah Murni kenal sejak menjadi pemastautin tetap Bukit Fraser. Murni menghulurkan dua keping note RM50 kepada Mr. Lee. Note bergambar agong berwana biru bertukar tangan, Mr. Lee memasukkan calculator ke poket seluarnya dan mengeluarkan buku resit pula. Hebat peniaga cina ni, semua benda berada di badannya. 136

Mudah dan handy, tak perlu berulang alik masuk ke pejabat. Selesai sahaja menulis resit, salinan diberikan kepada Murni. Buku Resit dimasukkan semula ke dalam poket seluar . Tangan lelaki cina itu terus memasukkan semua tanah ke dalam bonet suzuki swift Murni yang sudah sedia terbuka, dan bunga pula di tempat kaki di seat belakang. Mila sudah menunggu di tempat duduk, di sebelah kerusi pemandu. Selesai semua belian dimasukkan ke dalam kereta, Murni memandu perlahan pulang. Murni perhatikan Mila sudah terkuapkuap di sebelah. Penat agaknya budak ni, memang betul telahannya, tahu-tahu Mila sudah terlentok di sebelah. Ini baru memilih bunga yang sudah ditanam, belum lagi tugas menanam, dah nampak letih. Yang hairannya, apabila kereta sampai sahaja depan rumah, Mila terjaga dengan sendirinya. Sampai di rumah hari sudah masuk asar, Mila membantu mamanya mengeluarkan barang beliannya. Dia hanya mengambil yang ringan-ringan sahaja, seperti tanah dan bunga yang di dalam polithin beg. Yang berat seperti pasu, Murni uruskan. Memandangkan sudah asar, malas pula Murni hendak menanam pokok bunga yang telah tersusun di depan rumah. Esok sahaja, lagipun esok hari Ahad. Apalah yang hendak dikejarkan, pokok-pokok bunga itu bukannya pokok-pokok itu ada kaki yang boleh cabut lari!.

137

Murni mengikat scaft di kepala. Lantas mencapai sarung tangan kain yang selalu digunakan untuk berkebun. Pagi ini dia ingin mengalih beberapa pasu bunga yang sudah sempit ke dalam pasu yang lebih besar sedikit agar pokok-pokok tersebut boleh bercambah lagi. Sudah terbayang di mata, apa yang hendak dibuatnya dengan pokok-pokok bunga itu. Dia tahu, dia bukannya ada sijil di dalam hal horticulture. Menanam pokok bunga hanya sebagai hobi, itupun dia main hentam sahaja. Adalah juga sikit-sikit ikut panduan dari youtube. Tetapi kebanyakan panduan bagi pokok bunga di negara yang mempunyai empat musim. Dan tidak semua kaedah yang diberi tunjuk ajar itu akan menjadi. Mungkin 50% sahaja yang berjaya. Di tanah air, mana ada majalah khas mengenai panduan penjagaan pokok bunga yang boleh dijadikan panduan. Tahu sahajalah, di tanah air hanya banyak menjual majalah mengenai gossip artis atau kesah politik. Kerana cerita-cerita begitu yang laris dan mendapat sambutan. Berapa kerat sangat pembaca yang hendak membeli majalah mengenai cari berkebun. Murni membebel sendirian. Hendak menanam beberapa pasu bunga sahaja, itupun perlu memerlukan panduankah? Okey! Projek pertama penanaman, dimulakan dengan pokok bunga merrygold atau bunga taik ayam. Pokok bunga ini akan ditanamnya berderet di tepi pagar. Murni hendak mengambil kesempatan sementara cuaca tidak berapa panas. Berpeluh-peluh Murni membuat lubang di sepanjang tepi pagar sedalam 10 inci lebih kurang dan meletakkan sederet bunga merry gold a.k.a bunga taik ayam yang sudah dikeluarkan dari polibeg hitam. Murni menarik nafas dan memandang sambil bercekak

138

pinggang. Cantik pula warna kuning bercampur merah hati, sungguh menenangkan hati, ditambah dengan haruman yang keras. Pokok-pokok jenis ini bagus ditanam di halaman kerana sebagai penghalau serangga kerana baunya yang keras. Projek kedua, bunga ros Mila. Murni hendak menyalin ke pasu yang besar sedikit. Berikutnya urusan pokok ros jepun yang sedia ada, hendak ditanam semula agar dapat berbunga lebih banyak lagi tahun ini. Lengan tangan mengelap dahi yang sudah mengalirkan peluh. Murni suka begini, sekurang-kurang badannya berpeluh. Tidak perlu berjoging, bersilat dengan pokok-pokok bunga sudah membuat dia berpeluh, sama seperti dia berjoging, beriadah melalui hobi yang dia suka,yakni berkebun. Mila tidak membantu hari ini. Mila di dalam bilik menghabiskan kerja-kerja sekolah yang tertangguh. Jika tidak, dia juga turut sebok, suka berkebun seperti Murni. Ke mana pula tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Set! Semua urusan selesai, Murni puas hati, harap-harap semuanya hidup. Penanaman semula bunga jari lipan yang dipanggil japanese rose juga sudah selesai, banyak yang berwarna merah jambu yang sedang kembang, yang berwarna merah pekat dan puteh hanya sedikit. Kelakar juga bunga japanese rose ini, ianya hanya akan kembang apabila matahari rembang. Jika tidak ada cahaya matahari, ianya tidak kembang. Jawabnya, terpaksa menunggu matahari bersinar, barulah dapat menekmati bunga ini in full bloom. Tak kesah, kerana kita tahu, negara kita diberi nekmat oleh Allah dengan sinaran matahari yang sentiasa terang sepanjang tahun. Tinggal satu lagi projek, iaitu mengalih pokok dahlia ke pasu yang besar sedikit. Berat pula pasu yang baru dibelinya tadi.. Belum diisi tanah sudah berat, bagaimana pula nanti bila sudah berisi tanah? Murni berfikir sejenak.. Ha..ada idea!

139

Murni mengolekkan pasu yang besar itu terus ke tempat yang hendak ditempatkan. Dengan cara itu, dia tidak perlu mengangkatnya lagi. Setelah campuran tanah dimasukkan setengah ke dalam pasu, Murni mengeluarkan pula pokok bunga dari pasu yang kecil ke pasu yang sudah ada tanah setengah itu. Kemudian menambah tanah bagi menutup pangkal pokok sehingga pasu hampir penuh. Pokok tersebut dibiarkan di hujung pagar, kerana di situ sedikit teduh. Murni mendongak ke langit, cuaca sungguh indah, walaupun sedikit berbahang. Dia lega kerana dapat menyelesaikan penananam semula pokok-pokok bunganya seperti yang direncanakan. Macamlah kebunnya besar? Sedangkan sekangkang kera sahaja, tidak sampai 20 langkah sudah bertemu dinding pagar! Kini hanya tinggal untuk mengemas pasu-pasu yang telah kosong untuk disimpan ke belakang rumah. Untuk mengelakkan Murni berulang alik, Murni mengangkat 3 pasu sekali gus. “Alamak berat pulak..”bisik hatinya. ”Tak apalah, angkat perlahan-lahan“ omelnya lagi. “Pranggg…!!!.” Terdengar seperti benda pecah dan diikuti dengan perkataan “Aduh”. Murni mengerang kesakitan. Entah apa yang tidak kena, mungkin Murni tidak memegang pasu-pasu yang telah disusunnya, dengan betul. Akibatnya, salah satu pasu telah jatuh ke atas kakinya. Pasu yang pecah telah menghimpap kaki Murni dan pancaran darah sudah mula keluar di hujung jari kakinya. Dengan terjingkit-jingkit Murni masuk ke dalam rumah mencari apa sahaja kain yang bersih untuk menahan darah yang tidak henti-henti keluar dari luka. Berjejeran kesan darah mengikut arah Murni membawa kakinya. Teruk lukanya, mungkin dalam.. Mila yang terdengar suara mamanya mengerang, segera keluar dari bilik dan turun mendapatkan Murni. Di lihat mamanya sedang mengelap kaki dengan tissue puteh yang sudah berwarna merah. “Ma..ma.. kenapa? Lah!.. kaki ma luka teruk tu..apa Mil boleh tolong mama ni..!” cemas sahaja bunyi suaranya. Mila panik! 140

Air mata sudah berjujai turun, takut apa-apa terjadi kepada mamanya. Dia belum bersedia menjadi anak yatim piatu. Sudahlah dia tidak ada ayah, jika mamanya tiada, di mana dia hendak bergantung.. Sedangkan Murni hanya luka di kaki aje pun. Tetapi kanak-kanak apalah yang dia tahu, jika darah dah banyak keluar, dia ingatkan kematian sahaja! “Sayang.. ambikkan mama minyak gamat dalam first aid kit yang mama simpan kat bilik study...cepat! cepat!.” pinta Murni membantunya. Tanpa menunggu lama, Mila berlari naik menuju ke bilik study, mengikut sahaja arahan Murni. Tidak lama kemudian, dia muncul dengan bekas first aid yang tidak lengkap mana, lalu dihulurkannya kepada Murni. Mila berlari semula ke tingkat atas. Tanpa disuruh dia membuat panggilan. Orang yang dipanggil, sudah tentu uncle Zam. Hanya lelaki ini yang pertama muncul di kepala otaknya. “Uncle .. Mila ni.. mama entah kenapa, kaki dia berdarah..” nada suara Mila cemas menyampaikan berita membuat Zamri kaget. “Hah!.. mama kena apa Mil.?.” Zamri juga turut cemas, dia mengetahui Mila tidak akan menghubunginya jika tidak ada perkara yang betul-betul memerlukan pertolongan. “Apa hal pula Muni ni..” bisik hati Zamri. “Entah uncle..Mil tak tau.. tapi Mil nampak kaki ma berdarah. Ma sapu minyak gamat aje..” ujar Mila “Uncle.. mama panggil Mil ni.. bye..” terus Mila memutuskan talian, sebaik sahaja terdengar suara Murni memanggilnya. Zamri kaget dan terus bersiap untuk ke rumah Murni. Dia perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Yang dia faham, ada sesuatu yang berdarah. “Mila buat apa tu..?” terdengar suara Murni dari dapur di tingkat bawah. “Tak ada apa-apa, Mil turun ni..” Mila bergegas semula ke arah Murni. “Ya.. ma..” tercungap-cungap Mila di hadapan Murni yang masih sebok mengelap darah yang masih keluar, walaupun sudah disapu minyak gamat, darah dari luka masih juga keluar. Teruk nampaknya luka di kaki Murni. “Ma nak gi klinik tak..?” aju Mila, bercakap seperti dia boleh membawa mamanya ke klinik. 141

“Tak apa, tak teruk mana pun.. ma nak stop bleeding ni aje dulu.. lepas tu kita boleh gi klinik. Kalau tak macammna ma nak drive..?” jelas Murni Mila hanya menganguk. Bersetuju dengan apa sahaja rancangan Murni. “Assalamulakum.. “ suara Zamri memberi salam. Murni menoleh dengan wajah hairan. Kenapa mamat ni datang dan bagaimana pula dia tahu yang Murni cedera? Tiada orang lain, segera pandangan tepat ke arah Mila yang hanya buat tidak tahu. “Muni.. you okey ke.?. “.tanya Zamri dan terperanjat apabila melihat kaki Murni yang sudah berbebat, namun masih kelihatan pancaran darah yang masih keluar. “La.. kaki cedera teruk tu.. jom I bawak pegi klinik ..” sama ada Murni setuju atau tidak Zamri tetap akan membawanya ke klinik. “Mil.. ambil beg mama dengan kunci rumah..jom ikut uncle, kita bawa mama gi klinik” jelas Zamri. “I okeylah Zam.. sikit aje ni..” Murni masih enggan ke klinik bersama Zamri. “Sikit apanya, tengok tu masih berdarah! Sebelum kena infection baik pergi klinik cepat..” tegas Zamri, kini dengan nada memaksa. “I okey!” Murni mula dengan sifat degilnya. “Okeynya apa, kalau macam tu, tengok, masih berdarah tu…dah! Jangan degil?” Zamri tetap memaksa. “Ishy! You ni..” jawab Murni sambil mengerutkan mukanya. Mahu tidak mahu, Murni terpaksa menurut. Mila sudah sedia dengan beg tangan Murni tersandang di bahunya. Zamri terus mengunci pintu rumah Murni setelah memapah Murni masuk ke kereta bersama Mila. Berhati-hati dengan pemanduan perlahan, Zamri menuju ke klinik yang dia tahu. Bukannya banyakpun klinik di Bukit ini.

142

Di klinik, Zamri hanya bertanyakan bagaimana boleh terjadi begitu Bila ditanya Mila, jawapannya dia berada di bilik, dan hanya mengetahui mamanya cedera setelah mendengar mamanya mengerang kesakitan. Bila ditanya Murni, Zamri hanya mendapat jawapan “Dah nak jadi, pasu terlepas”. Yang dia mengangkat 3 pasu sekali kerana malas hendak berulang alik, tidak diceritakan. Yang mangsa kena tuduh adalah pasu! Pasu bukan boleh membela dirinyapun apabila di tuduh. Setelah doktor merawat luka di kaki Murni, doktor memberikan dua hari cuti rehat. Cuti di beri kerana lukanya agak dalam dan mungkin akan bengkak untuk beberapa hari. Murni diminta tidak membuat banyak pergerakan di kaki tersebut agar luka tidak terus mengeluarkan darah. “Thanks Zam. I dah menyusahkan you aje, sebenarnya memang I nak pergi klinik bila dah boleh drive!” Murni bersuara selepas keluar dari bilik pemeriksaan, hanya menunggu nama dipanggil untuk mengambil ubat. Mila mendekatinya, dirautnya Mila rapat ke badan dan mengucup atas kepala anaknya. Mila, satu-satunya harta yang dia ada. Bagaimanalah agak kehidupannya tanpa budak perempuan ini di sisinya. “Macammnalah boleh jadi macam ni, nasib baik Mil call. Nak harap you, bila kaki tu dah bengkak agaknya baru you nak call?” Tinggi juga suara Zamri, antara marah dengan simpati. Takut juga dia hendak marah lebih-lebih, takut Murni mengubah fikirannya, akibatnya Zamri gigit jari. Bukan macam tu, I tak mahu menyusahkan you, dah banyak benda you bantu I. I dah banyak terhutang budi” keluh Murni. “Murni, I bukan orang lain lagi dengan you, you bakal isteri I, ingat tu! Kalau tak I yang jaga you, siapa lagi? Lain kali jangan buat macam ni lagi,.janji!” Zamri sudah mula berleter macam mak nenek. 143

Murni hanya diam, tak gunapun membantah, memang salah dirinya, hendak tunjuk pandai konon. “Nombor kita tu, you duduk, I yang pergi ambil ubat...” Zamri mengarahkan Murni hanya duduk sahaja sementara dia yang mengambil dan membuat pembayaran kepada ubat yang akan dibekalkan oleh farmasi klinik tersebut. Murni hanya diam, tangan masih mengusap rambut Mila yang duduk di kerusi sebelahnya. Mila hanya mendongak apabila Murni mengusap rambutnya, Mila mengetahui mama sayang kepadanya. Mamapun sudah selamat, tidak jadi meninggalkannya. Dia juga sayangkan mama, tetapi Mila merasa sedikit risau apabila uncle Zamri menjadi sebahagian dari keluarganya kelak. Mama terpaksa membahagikan kasih sayang. Jika kini seluruh kasih sayang hanya untuk dirinya seorang. Nanti dia akan berkongsi dengan uncle Zamri. Adakah dia akan disisihkan oleh mama? Mila berharap agar itu tidak terjadi, kerana dia juga sayang kepada uncle Zamri. Mila hanya memandang lelaki yang bakal menjadi bapa tirinya berjalan menuju kepadanya. “Dah jom. Kita balik.” Zamri menghulurkan bungkusan ubat kepada Mila dan memapah Murni yang berjalan terjingkit-jingkit dengan sebelah kaki menuju ke keretanya. “Assalamulaikum Kak, Zamri ni..ha.. nak beritahu, Murni cedera kat kaki dan dapat cuti sakit dua hari..” Zamri menghubungi Kak Romlah memberitahu apa yang berlaku sebaik sahaja sampai dirumah Murni. “Ha.. ya… kak..saya kat rumah Murni ..” Zamri berhenti bersuara kerana memberi laluan Kak Romlah berbicara dihujung talian. “Okeylah kak saya tunggu.. assalamulaikum..” menamatkan perbualannya. “I dah inform Kak Romlah. Kejap lagi dia sampai, at least ada orang dewasa sementara you tak boleh bergerak banyak. kalau perlu apa-apa.. call I..okey..jangan degil.. makan ubat tu” tegas bunyi arahan Zamri. Murni hanya mengangguk. Tidak guna berdegil, lagipun nasihat Zamri adalah betul. Jika melarat, lagi susah.

144

“Mila tolong tengokkan mama, kalau dia degil tak makan ubat, beritahu uncle ya!.” Zamri memberitahu Mila yang terkebil-kebil mendengar arahan uncle Zam, kemudian mengangguk laju. “Murni.. I better go now. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah pulak, tak sempat nak buat majlis kita bulan depan. Terus nikah free..unless you still want me to stay..I will stay!” Zamri bergurau, cuba menghiburkan hati Murni. Eh..eh.. pakcik ni.. sempat lagi bergurau. Murni jeling geram. Sempat pula hendak bergurau senda disaat-saat orang sedang sakit.. “Mengada-ngada..” pendek sahaja jawapan Murni. “Macammana Muni .. Zam..” bersuara Kak Romlah, Zamri tidak menyedari keujudan Kak Romlah yang muncul tiba-tiba. “Muni okey aje kak.. kaki dia tak boleh gerak banyak, takut berdarah semula..” jelas Zamri “Macammana pulak pasu tu boleh jatuh.. Isssy…tak apa la.. akak tidur sini malam ni.. takut bengkak nanti, tentu Muni sakit..” tukas Kak Romlah dan dia akan mengikut rancangan yang sudah diatur Zamri. Meminta dirinya menemani Murni, prihatin sungguh Zamri kepada perempuan yang bakal menjadi orang rumahnya, selebihnya memang dia sayang. “Akak jangan risau, jauh dari nyawa..” kata Zamri sambil mata melerek ke arah Murni, cuba bergurau lagi. Dah tahu jauh dari nyawa, yang amanat menjela-jela tu kenapa? “Nanti kau, sekarang bolehlah perli-perli, Mentang-mentang kita sakit” Murni mengomel di dalam hati. “I gerak dulu, jangan lupa pesan I tu.. okey sayang.. see you tomorrow..” laju sahaja Zamri bercakap dan meninggalkan Murni yang ternganga dengan ungkapan “sayang” dari Zamri yang makin hari semakin berani meluahkan hatinya. Dia tidak perasankah dengan kehadiran Kak Romlah yang sudah senyum simpul. Membuat muka Murni memerah. dek kerana malu. Cukup tak senonoh si Zamri ni. Sedangkan Zamri hanya meluahkan perasaan yang sudah lama disimpan, hanya Murni sahaja tidak mamahami, atau dia sengaja tidak mahu faham. 145

Seperti yang dijanjikan, setiap hari Zamri akan singgah ke rumah Murni selepas waktu pejabat. Malas ulang alik untuk angkat pasu konon sekali angkat senang. Tengok! Apa sudah jadi. Kenapa hanya ambil sekali tiga? Kenapa tidak ambil empat atau lima pasu sekali? Boleh hempuk kedua-dua belah kaki, baru adil. Ini sebelah sahaja yang cedera! Zamri memerli Murni dengan cerita itu. Murni masam berkerut, ada ke buat main-main orang tengah sakit, kecederaan dijadikan jenaka, tak patut betul!. Ada-ada sahaja Zamri, dia sebenarnya ingin meghiburkan Murni. Tetapi Murni salah faham. Kak Romlah tidak pulang ke rumahnya, dia menumpang tidur di rumah Murni sepanjang 2 hari tersebut. Kak Romlah kasihankan Mila, memandangkan Murni tidak boleh berjalan tanpa bantuan. Nasib baik anak-anak Kak Romlah sudah besar dan dia mempunyai suami yang memahami. Abang Kamal memang seorang lelaki yang baik. Sejak dari dulu lagi dia sanggup beralah, apabila ada hal mengenai Murni yang Kak Romlah terpaksa bantu. Besar sungguh budi pasangan ini. Nampaknya bengkak di kaki sudah susut dan luka sudah tidak bernanah dan nampak hampir kering. Esok Zamri perlu membawa Murni ke klinik semula untuk rawatan susulan. Kelmarin Shiha dan beberapa rakan sepejabat datang melawat dengan membawa sejambak bunga kiriman khas dari Tuan Megat Qalif, boss mereka. Mereka hairan bagaimana boleh pasu terhempap di kaki, Murni berbohong dengan mengatakan dia tersadung kampet tanah. Sebenarnya, dia juga tidak mengetahui puncanya. Yang nyata adalah kecuaian diri sendiri, ingin buat kerja cepat tetapi tidak berhati-hati. 146

Mereka memerli, macammana hendak jadi pengantin jika sudah tempang. Cerita Murni akan bernikah sudah tidak menjadi rahsia lagi, semua orang di Pejabat Daerah sudah mengetahui. Cepat betul berita mengenai dirinya dan Zamri tersebar. Namun Murni sudah tidak kesah, memang benarpun dia akan bertunang dan bernikah dengan Zamri, dia melakukan perkara baik, ingin membina masjid. Diharap terhentilah gossip-gossip mereka nanti kerana sudah tidak ada isu lagi yang hendak digossip. Nampaknya mereka yang suka bergossip terpaksa mencari mangsa mereka yang baru. Siapalah agaknya yang malang itu?

Doktor memberi Murni dua hari lagi cuti sakit, walaupun kakinya sudah tidak bengkak dan luka sudah kering, namun doktor berharap agar Murni berehat sahaja di rumah, berjalan hanya jika diperlukan sahaja. Kerana ingin segera masuk bertugas, Murni mengikut nasihat doktor. Dia betul-betul berehat, memang sungguh dia juga tidak mahu menjadi pengantin yang jalan terhenjut-henjut atau tempang. Segala kerja rumah diuruskan oleh Kak Romlah. Tidak kecuali Zamri yang setiap pagi dan petang muncul dengan membawa makanan. Ada sahaja yang dibekalkannya, jika dia sampai di sebelah pagi, dia akan membawa sarapan. Jika dia muncul di sebelah petang, adalah goreng pisang atau cokodok pisang sebagai minuman petang. Semuanya untuk dikongsi bersama Murni, Mila dan Kak Romlah semestinya. Sempat juga dia berbincang mengenai hal majlis pertunangan dan pernikahannya kelak. Nampaknya Murni sudah tidak ragu-ragu mahu menerima Zamri sebagai sebahagian dari hidupnya. Lelaki yang bakal dipanggil suami. Sekali gus memberi status ayah kepada Mila. Murni sudah memberitahu Mama dan abah rancangannya. Mereka menyambut dengan hati yang girang. Abah sudahpun mengatur persiapan pertunangan dan pernikahannya. Kemudian akan ke rumah Zamri minggu berikutnya, serentak dengan majlis nikah Syakira seperti yang dicadang Zamri sebelum ini. Nampaknya Mek Ros menerima dua menantu

147

sekali gus, seorang menantu perempuan dan seorang menantu lelaki, malah dapat cucu segera yang sudah besar. Cuma Murni tidak mahu bersanding, cukup sekadar meraikan majlis persandingan Syakhira sahaja. Zamri tiada halangan, asalkan Murni sah menjadi isterinya, itupun sudah cukup baginya. “Zam, apa kata Mek Ros dengan rancangan kita tu.?.” tanya Murni seraya tangan mencapai goreng pisang yang baru sahaja diletakkan oleh Kak Romlah di atas meja ke dalam piring dan dihulurkannya kepada Zamri. . “Mek!.orang tua tu setuju aje.. kenapa?” Zamri hairan dengan soalan Murni. “Baba?” Murni bercakap dengan mulut yang berisi goreng pisang. Kaki aje yang sakit, langsung tidak menjejaskan seleranya. “Emm.. baba,.dialah yang paling gembira bila I beritahu rancangan kita, semua happy, sebab dah lama sangat I tunggu you, you aje yang tak faham-faham. Suka menyeksa perasaan I” omel Zamri. Muka manis Lee Min Ho terserlah apabila bergurau. Membuat Murni baru perasan, kacak juga rupanya dia. Mana hendak perasan, Murni menutup pintu hatinya rapat sehingga tidak ada ruangpun untuk sesiapa menjengah. “Ialah awak tu! sekarang siapa seksa siapa sebenarnya ni?” bidas Murni. “Munilah seksa I, nasib baik tak jadi bujang terlajak sebab lama sangat tunggu jawapan dari you..” katanya. “Macammana nak ada jawapan? Sebab tak ada soalan yang hendak dijawab?” kata Murni lagi. “Ah! Murni, selama ni yang I duk tanya tu bukan soalanke?” Bila bersama ada sahaja bahan untuk dijadikan modal bertekak. Itu belum serumah, jika serumah entah mahu terangkat bumbung agaknya, bertekak sepanjang masa. Murni melerek matanya ke arah Zamri yang terus mengigit goreng pisang yang dibelinya. Malas dia hendak menyambung bertekak. Murni lalu menuang air teh kosong yang telah disediakan oleh Kak Romlah. 148

Menghulurkan air agar kesah “soalan dan jawapan” tidak berpanjangan. Kak Romlah naik ke atas untuk memanggil Mila agar dapat minum petang bersama. Yang sebenarnya dia hendak beri ruang kepada Zamri dan Murni bersendirian. “I tak sangka, lagi sebulan I akan jadi suami you. Macam tak percaya aje. You betul-betul ke dah sedia ni?”tanya Zamri. Murni kerut muka, soalan apa pula yang diajukan oleh mamat ni? Tersenyum Zamri memikirkan keputusan yang tergesa-gesa dari Murni, bagaikan dia bermimpi. Kini hanya menunggu hari, untuk mereka akan diijabkabulkan, dalam masa sebulan lagi. Muka Murni kelat! Kalau jawab “tidak” adakah dia akan tercekek goreng pisang yang sedang dikunyahnya. Murni tidak berani mengambil resiko itu. Tidak mahu pula dia menjadi janda buat kali kedua sebelum menjadi isteri. Persoalan sedia atau tidak sedia harus ditolak tepi. Persoalan “mampu” atau “tidak” yang perlu diambil kira. Oh ya, lagi satu, yang paling utama, Murni perlu seorang lelaki yang mampu melindung dan membantunya menghadapi rintangan hidup, seandainya bekas suaminya muncul tibatiba untuk menuntut haknya. Murni perlukan seorang Wira untuk menyelamatkannya dan Mila. Zamri, kaulah WIRA itu! Bukan SAGA tau! W.I.R.A…

149

Sepasang mata dari dalam kereta hanya memerhati dari jauh, melihat Murni keluar dipapah oleh seorang lelaki. Dia merasa terkilan, dia lihat Murni masih cantik, tidak banyak bezanya dari dirinya 8 tahun lalu, malah kelihatan lebih cantik, mungkin kerana susuk badannya sudah sedikit berisi, tidak kurus keding tinggal tulang seperti dahulu. Murni dahulu yang dia ingat amat kurus, kurus sekeping. Lelaki itu mengecilkan matanya, untuk memastikan betul Murni atau mungkin perempuan lain yang mirip Murni, dia seperti tidak percaya. Manalah tahu, kerana terlalu teringin berjumpa Murni, sehinggakan ilusi, orang lain yang seakan-akan Murni disangkanya si Murni. Dup dap dup dap.. Degupan jantungnya bagai dipalu kencang apabila sudah pasti itu memang Murni. Sah! 100%. Perempuan itu pernah menjadi isterinya. Setiap inci badan perempuan itu dia tahu. Tetapi itu kesah 8 tahun lalu, kini menuyesal tidak berguna. Tidak dapat dipastikan perasaannya tatkala itu. Marah, geram, cemburu bercampur campur. Tetapi adakah wajar dia menyimpan perasaan itu dihatinya kini? Hanya terdengar keluhan yang panjang, apabila lelaki itu menyedari tindakan yang diambilnya dahulu adalah tindakan salah. Kini dia hanya mampu memerhati Murni dari jauh, memerhati, bekas isterinya, dipapah oleh lelaki lain. Nampak mereka mesra bersama seorang budak perempuan yang comel. Di kepala bertanya-tanya, itu suami Murnikah? Ya, itu pasti suaminya dan budak perempuan itu anak mereka. Sendiri yang bertanya, sendiri pula yang memberi jawapan. Mengapa pula Murni ke klinik? Ehh.. apa punya soalan? Sudah tentulah sakit, baru pergi klinik, takkan pula hendak beli ikan.. apa dahhh!

150

Lelaki itu terus mengeleng-gelengkan kepala, kenapa soalan bodoh yang muncul difikirannnya. Kemudian tersenyum sendiri, hilang sekejap perasaan marah, geram dan cemburunya. Bila difikirkan semula, kenapa mesti dia cemburu, Murni bukan haknya lagi. Kenapa mesti dia geram mahupun marah, jawapan yang sama juga iaitu Murni bukan lagi miliknya. Pandangan masih kepada keluarga Murni, tetapi tumpuan tertarik kepada budak perempuan yang menjinjing plastik ubat nampak gayanya. Apabila melihat gerak geri budak perempuan itu hatinya terasa sayu, ada seperti satu suara memanggil untuk dirinya mengetahui lebih dekat lagi gadis cilik itu. Hatinya bertanyatanya, kenapa? Dia menarik nafas panjang, dia bingong. Nampak gayanya Murni sudah bahagia sekarang ini, pencarian nampaknya sia-sia sahaja. Dia sudah melihat sendiri kebahagian Murni, dirinya bukan zalim hendak menghancurkan rumahtangga perempuan yang pernah dia lukai. Biarkanlah dia bahagia. Tambahan menyedari, tidak mungkin dia dapat memiliki Murni lagi setelah tindakan bodoh dirinya yang menceraikan Murni dengan talak tiga sekali gus. Sesal tak sudah di atas tindakan yang tidak berfikir. Kini diri sendiri yang nampak dirinya seperti lelaki yang gila talak. Tindakan bodoh yang memakan diri sendiri. Akhirnya lelaki itu reda. “Biarkanlah Murni Bahagia. Dia sudah cukup menderita.. tapi?” bisik hati kecil si lelaki. n. Dia menghidupkan engin kereta dan memandu perlahan meninggalkan kawasan klinik mengekori kereta Zamri. Diharap suami Murni tidak perasan keretanya tadi mengekori sejak dari mereka keluar rumah lagi. Sebenarnya, lelaki itu sudah mengetahui di mana rumah Murni, hasil dari tindakannya bertanya kepada beberapa orang yang diterimui. Ala.. Fraser Hill, kecil sahaja, memang mereka kenal diantara satu sama lain. Nampak gayanya lusa dia akan mengatur langkah pulang ke Kuala Lumpur. Pulang dengan tangan kosong. Apakah faedahnya dia marah, atau geram mahupun cemburu lagi, perasaan itu sudah patut dibuangnya jauh-jauh, demi kebahagian Murni. Berpuluh kali dia cuba

151

menerima hakikat sebenar bahawa Murni bukan miliknya lagi, tetapi hatinya masih menafikannya dan sangat berharap untuk memiliki Murni semula. Wahai hati, cukup-cukuplah! Kini dia hanya mampu berastagfar panjang. Rancangan untuk bertemu Murni untuk meminta maaf hari ini ditangguhkan. Hanya setakat luar rumah, kerana dia telah bertembung dengan Murni dan keluarga sedang keluar rumah. Apa yang boleh dia buat hanyalah mengekori kereta suami Murni yang akhirnya membawanya ke Klinik. Murni sakit rupanya. Walau bagaimanapun, esok lelaki itu bercadang untuk ke rumah Murni sekali lagi, sebelum berangkat pulang. Dia ingin mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhirnya secara baik, bukan seperti yang pernah dilakukannya 8 tahun lalu. Menghalau Murni keluar dari rumah seperti anjing kurap tanpa mendengar penjelasan dari Murni terlebih dahulu. Sekurangkurangnya dapat juga dia bertemu suami Murni, lelaki yang bertuah memiliki Murni. Bukan seperti dirinya yang tidak pernah menghargai Murni dulu. Dia harap suami Murni tidak salah faham. Tu la..apabila Murni sudah pergi baru pula teringat-ingat. Itulah kata orang tua-tua, manusia ini hanya akan dapat menghargai keujudan seseorang itu apabila dia sudah pergi atau hilang dari kita. Semasa bersama tidak nampakpun, apabila sudah tiada, tercari-cari pulak!. Tambahan pula bukan senang dia hendak ke Bukit Fraser ini. Untuk ke sini, dia terpaksa menangguh beberapa kes di bawah kawalannya semata-mata ingin bertemu dan memastikan sendiri keadaan diri Murni, yang kini bahagian sepertimana yang dikatakan Badri. Kini sudah terjawab, memang benar Murni bahagia, dirinya yang kecewa! Walaubagaimanapun, ucapan terima kasih banyak-banyak perlu diberikan kepada Badri, jika tidak kerana dia, sampai sudah dirinya tidak mengetahui di mana Murni berada. Akhirnya dia lega dan redha, kini harus melupakan Murni dan seterusnya memulakan hidup baru tanpa Murni, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian. Tidak sudahsudah, ungkapan itu yang diulang-ulangnya.

152

Kereta lelaki itu seperti mengekori kereta Zamri. Bukan tujuannya untuk mengekorinya, tetapi keadaan jalan yang sempit, yang hanya lulus sebuah kereta sahaja. Hampir dua puluh minit pemanduan, akhirnya lelaki itu membelok keretanya menuju ke pakir hotel penginapannya. Dengan longlai dia mengatur langkah berjalan ke Shahzan Inn, tempat dia bermalam untuk beberapa hari ini. Apa hendak dikata, alang-alang sudah sampai di Fraser Hill ini, eloklah dia gunakan masa yang ada untuk menenangkan rasa kecewanya. Bukan senangpun dia hendak bercuti! Yang pasti, dia sudah terlambat, 8 tahun. Bukan seperti nyanyian Michael Learns to Rocks “25 minutes too late”. MLTR kehilangan gadis yang dia sayang hanya kerana terlambat 25 minit. Inikan pula dirinya yang sudah terlambat 8 tahun, 8 tahun lama tu! Cuba bayangkan sampaikan Murni sudah mempunyai anak yang sedang meningkat remaja. Itulah..! Si lelaki hanya tunduk, mengenangkan 8 tahun pencarian yang berkesudahan hampa. Langkah dihajun laju, cuaca yang agak dingin membuatkan dirinya tidak rasa penat, malah merasa segar walaupun berjalan kaki, tambahan bukannya jauh mana, tidak sampai 100 meterpun. Sebaik sahaja sampai di lobi resort, lelaki itu terasa telefon bimbit yang disimpan di poket seluarnya berketar. Baru berangan hendak berehat, sudah ada gangguan. Dia tahu panggilan dari pejabatnya apabila dilihat nama Swee Mee, Setiausahanya apa lagi kalau bukan hal kerja. Cepat-cepat talian dijawab, kerana dia mengetahui Swee Mee tidak akan menalifonnya jika perkara tidak penting, kerana dia telah berpesan, dia boleh dihubungi jika ada perkara penting sahaja. Jika tidak penting, jangan call, tunggu sahaja dia pulang. “Hello.. ya Swee Mee.. apa hal..” tegas nada suaranya. Maklumlah perbualan diantara boss dengan majikan. Perasaan kecewa dilindung. Macho tetap macho. Ssi setiausahapun sebenarnya tidak tahu ke mana bossnya berada. Yang dia tahu bossnya bercuti. “Tuan, kes Datuk Kareem.. kena masuk court juga lusa, tak boleh postpone.. I hope you will be home by then..”kata si setiuasaha. Berita yang kurang enak bagi lelaki itu telah disampaikan. 153

Hati sedang kecewa, tetapi apa boleh buat, kerja perlu diteruskan. Itu periuk nasi, jangan sekali-kali dicampur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. “Hemm.. why?”tanyanya, banyak soal pula. Peguam biasalah, perlukan infomasi terperinci. “Ada saksi dan penemuan yang baru, boss” jawab si setiausaha. “Okey, I’m going home tomorrow.. prepare all the documents, see you later..”pendek sahaja arahan boss tetapi padat, Swee Mee tahu apa yang dimaksudkan oleh bossnya. Kerja.. kerja.. dan kerja. Nampaknya lelaki itu terpaksa membatalkan kunjungan untuk berjumpa Murni kali ini. Tugas penting harus diselesaikan dahulu. Mungkin lain kali, dia pasti akan ke sini lagi dalam masa terdekat ini. Sudah tidak guna untuk dia menyimpan perasaan kepada jandanya, kerana dia sudah berpunya. Kunjungan susulan hanya sekadar ingin bertanya khabar dan berkenalan dengan keluarga baru jandanya, tidak lebih dari itu. Selesai sahaja perbualan telefon, dia sudah sampai betul-betul di kaunter reception untuk mengambil kunci bilik. Niat hendak menenangkan fikiran terpaksa dibatalkan. Susah betul hendak berehat, ada sahaja yang mengganggu. “Bilik 201” pinta lelaki itu kepada penyambut tetamu. Segera kunci beralih tangan. Tidak berapa jauh menapak, lelaki itu berpatah balik ke kaunter. “Oh..ya, saya nak batal sehari reservation saya, ada hal penting.. jadi esok saya check out..” jelasnya mendatar. Jelas terdengar suara seorang yang sedang kecewa. “Okey Encik .. saya akan batal tempahan Encik dalam sistem. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? ” tanya pekerja hotel memaklum dengan senyuman. Senyuman yang kelat

dan gelengan kepala dibalasnya, kerana difikirannya dipenuhi

dengan pelbagai persoalan mengenai diri Murni, dimulut kata redha, tetapi tidak sepenuhnya di hati. Masih ada saki baki rasa terkilan.

154

Lelaki itu berjalan perlahan menuju ke lift untuk ke biliknya di tingkat dua. Elok sahaja berehat di dalam bilik. Leka mengelamun sehingga dia tidak sedar, berdiri di sebelahnya seorang lelaki yang berpakaian kemas, yang juga sedang menunggu lift, mungkin pelanggan resort sama seperti dirinya, atau mungkin tetamu yang hendak ke tingkat 4, di mana Cafe resort itu terletak. “Apa khabar?” ramah pula lelaki tersebut, menegur orang yang tidak dikenalinya sementara menunggu lift yang agak lama terhenti di tingkat 4. Siapalah agaknya yang menahan lift tersebut? Memang kurang asam. Kemudian si lelaki memandang sambil tersenyum. Pelik orang ini, over ramah, bisik hatinya Tangan dihulur untuk berjabat tangan. Tangan sudah dihulur, apalah salahnya disambut. “Saya Shahzan, bagaimana layanan yang Encik terima di Resort ini..?” tanya si lelaki over ramah. “Ooohh..saya Ammar..” tersedar dari nama yang disebut, tuan punya Resort rupanya, patutlah apabila sahaja menyebut nama Shahzan, seperti nama itu pernah didengarnya, tauke Resort. “Hem..bagus.. bagus saya puas hati..” terketar-ketar Ammar menjawab soalan itu secara spontan. Takkan pula hendak beritahu tidak puas hati? Mahu nanti kena tidur di dalam kereta pula, kena halau oleh tuan Resort, mengutuk. “Terima kasih..Encik Ammar. Next time jemput datang lagi ..”katanya. Lift terbuka dan kedua-dua lelaki tersebut masuk. Ammar menekan punat 2 dan Tengku Shahzan menekan tingkat 4. “Eh.. dah nak masuk bilik dah ke? Kalau sudi, boleh minum kopi sama saya..” Tengku Shahzan mempelawa Ammar untuk bersamanya. Pintu lift untuk ketingkat 2 terbuka, Ammar serba salah sama ada hendak menerima pelawaan lelaki itu atau terus ke biliknya. “Apa salahnyakan…” Ammar mengambil keputusan untuk bersama Tengku Shahzan. Tengku Shahzan tersenyum apabila pelawaannya diterima. Ya, betul, apasalahnya, 155

sekurang-kurangnya dia ada teman untuk berbual. Terubat sedikit rasa kecewanya. Duduk sorang-sorang melayan kecewa buat apa? Bukan boleh memulangkan 8 tahun yang sudah berlalu! Ting! Tidak sampai seminitpun ke tingkat 4, lift sudah berbunyi. Kedua-dua lelaki menuju ke meja bulat mengadap tingkap. Pelayan segera mendapatkan Tengku Shahzan. Big boss sudah mari, layanan first class mesti diberi. “Encik Ammar nak kopi atau teh.?.” tanya si tuan rumah. “Earl grey please…” jawab Ammar. Memang dia penggemar teh, siap request earl grey lagi. “Saya juga..” Tengku Shahzan memandang ke arah pekerja yang memang sudah mengerti apa yang menjadi kegemaran big boss mereka. “Ahhh… bawa cheesecake dan blueberry muffin sekali ya..” pinta si tuan resort lagi. “You don’t mind the dessert, Encik Ammar?” tanya Tengku Shahzan. “Encik Shahzan,. janganlah berencik-encik dengan saya.. panggil aje saya Ammar..”pinta Ammar, rasa janggal berencik. Seperti formal sangat dengarnya. “Hemmm.. okey, okey.. Ammar ke sini kerana business ke atau leisure.. Saja tanya, bukan nak jaga tepi kain orang pun..” sambil Tengku Shahzan ketawa kecil. Soalan yang biasa, tetapi mungkin tidak disenangi jika ditanya kepada orang yang sensitive. “Dua-dua..” jawab Ammar pendek. “Dua-dua? Saya tak faham?” tanya Tengku Shahzan. “Business pun ada, leisure pun ada…” jawab Ammar. Yang sebenarnya kedua-dua urusan yang disebut “leisure dan business” itu sudah hancur berkecai. Urusan “business” pencarian, memberi jawapan kekecewaan. Urusan “leisure” berehat pula terbantut oleh kerja yang perlu habiskan. Kasihan, kau Ammar! “Haaah..sekarang baru saya faham..” jawab Tengku Shahzan lagi. “Berapa hari menginap kat sini..?” soalan Tengku Shahzan seperti polis pencen sahaja. Sessi suai kenal.. 156

“Sepatutnya sampai lusa, tapi terpaksa cancel sehari. Ada hal pulak di ofis, kena balik KL esok, anyway tempat ni not bad, I like it! I will come back” feedback yang diberikan oleh seorang peguam yang bernama Ammar Aidid. Puji melambung-lambungpun bukannya dapat penginapan percuma. Tak percaya cuba tanya? “Thanks. Tak apa la..this time kena balik sebab ada urusan, jadi datang lagi next time..jangan tak datang!” ujar Tengku Shahzan sambil tersenyum. “Assalamulaikum..” kedua-dua berpaling kepada suara yang memberi salam. “Mualaikumsalllammm..Eh.. Megat.. come come and join us..” Tengku Shahzan mempelawa seorang lagi tetamu. Kedua-duanya berdiri dan menyambut tangan yang dihulur. “Megat.. this is Ammar.. datang sini for business and leisure..” ulas Tengku Shahzan. “Ammar.. ini Tuan DO kita, Megat Qalif” sambung Tengku Shahzan sambil memperkenalkan lelaki yang baru sahaja sampai. Ammar hanya menganggukkan kepala apabila diperkenalkan kepada Megat Qalif. Megat Qalif menarik kerusi dan duduk bersama seperti yang dipelawa oleh Tengku Shahzan. Rezeki jangan ditolak! Kerana dia sudah tahu apa rezeki yang akan disajikan buatnya. Sebaik sahaja pesanan minuman sampai, Tengku Shahzan meminta satu set lagi untuk teman baiknya, Megat Qalif. “What brings you here Qalif… minggu ni tak ada golf ke?” tanya Tengku Shahzan lagi. “Tak ada, I tak ada kaki. Lagipun orang rumah I bawa driver turun Kuantan gi beli hadiah kahwin, for my officers. Remember the one yang arrange games sama makan last family day..!” ujar Megat Qalif. “Majlisnya tidak lama lagi, lagi sebulan..kat Johor, tu yang wife I just get ready, nanti takut tak sempat nak cari” sambung Megat Qalif lagi. “Ohh..ya..perempuan cantik yang dah ada anak perempuan comel tu ke?

Apa nama

dia ..hemm..” Tengku Shahzan lupa namanya, tetapi diperjelaskan oleh Tuan DO. 157

“The bride is Murni, dengan Zamri is the groom…, they are both my officers, both are very good and they really committed to their works. Tadi ni, I jalan kaki aje ke sini, setengah jam jugaklah jalan..” tersengeh Megat Qalif memuji Murni dan Zamri, selebihnya kesah dia berjalan kaki. Ammar terlopong tanpa bersuara sepatahpun. Mata membulat, leher tiba-tiba menjadi panjang. Terkejut mendengar nama yang sangat familier, Murni..itu nama bekas isterinya? Kenapa pula disebut-sebut, kecuali ada nama Murni lain di Bukit Fraser ni. Dengan tekun Ammar mendengar satu persatu perkataan yang terkeluar dari mulut Tengku Shahzan dan Megat Qalif tanpa mahu tertinggal sepatahpun. Dia harus jakin, nama Murni yang diperbualkan itu adalah nama bekas isterinya. Perlahan-lahan Ammar akhirnya memahani, memang sah Murni jandanya dan secara tidak langsung mengetahui, lelaki yang memapahnya tadi bukan suaminya. Mereka belum lagi menjadi suami isteri. Dan yang paling nyata, budak perempuan yang bersama mereka bukan anak dari lelaki itu. Tetapi anak siapa ya? Adakah Murni sudah bernikah dengan orang lain selepas berpisah dengannya? Ammar memang tidak tahu menahu langsung mengenai diri Murni, kerana Murni terus menghilangkan diri tanpa khabar dan tanpa jejak, sejak dihalau keluar. Yang dia tahu, Murni ada menumpang beberapa bulan di rumah kawan baiknya, Atie sebelum menghilangkan diri. Pandai dia mencari lokasi, di atas bukit dan jauh dari orang luar. Ammar pula malu hendak bertanya kepada bekas mertuanya di Johor, setelah apa yang telah dilakukannya kepada anak mereka. Hendak kena penyapu, cuba tanya? Tidak sia-sia rupanya dia menerima pelawaan taukeh resort. Dia dapat infomasi yang sangat berguna. Tidak termasuk dapat minuman free. “Sila..sila.. Megat.. Ammar.. jemput.. cuba rasa cheesecake tu.. home made, speciality kat ni.. chef Azizul.. dia tu kalau baking, kalah Chef Wan tau?” terkejut Ammar dari lamunannya, apabila Tengku Shahzan menjemput makan.

158

Perbualan rancak dari satu tajuk ke satu tajuk sehinggalah Megat Qalif meminta diri kerana baru mendapat pesanan ringkas yang isterinya sudah menunggunya di depan Resort. “Saya pun kena minta diri juga..nak rehat, esok pagi-pagi dah nak turun..” ujar Ammar. Tidak dihiraukan apa yang diperbualkan. Di kepala dipenuhi dengan strategi yang harus dia mainkan. “Hem.. iya.. jumpa lagi lain kali..” Taukeh resort hanya bersetuju. “Insyallah..” jawab Ammar. Semua bersalaman diantara satu sama lain lalu meninggalkan Tengku Shahzan menghabiskan minuman teh Earl Grey yang sudah suam-suam kuku bersendirian. Ammar melangkah longlai menuju ke bilik. Setiap kata-kata semasa perbualan dengan Tengku Shahzan dan Megat Qalif mengenai Murni dan pasangannya.. entah apa namanya, Ammar tidak mengingatinya, masih teriyang-iyang lagi di kepala. Yang pasti Ammar akan ke sini lagi. Banyak soalan yang memerlukan jawapan. Soalan yang hanya boleh dijawab oleh Murni. Ammar akan segera kembali sebaik sahaja kes tuduhan rasuah Datuk Karem selesai. Lebih cepat selesai, lebih bagus, agar dia juga cepat mendapat jawapan kepada soalannya yang masih tergantung menunggu jawapan. Di hatinya merasa gembira. Murni masih belum menjadi isteri sesiapa, dia masih ada peluang. Dia hanya ada sebulan lagi untuk cuba memujuk. Adakah masih ada sinar dan harapan untuk Murni menjadi miliknya kembali? Sedangkan dia tahu dia telah menceraikan Murni dengan talak tiga? Berkerut semula muka Ammar. Untuk dia kembali mendapatkan Murni semula, Murni perlu berkahwin dahulu..Ahh.. memang Murni sudah kahwinpun sebelum ini, sebab dia sudah ada anak. Ammar tersenyum semula dengan senyuman senget. Susah jadinya, jika seorang peguam terkenal sudah gila talak. Jangan terbawa-bawa di mahkamah kelak, mahu dia akan kalah teruk, kewibawaan syarikatnya akan tercemar. Hebat juga rupanya penangan perempuan yang bernama Murni menguasai fikirannya. Dia mengaku kalah. Tidak disangka dia jadi sampai begitu sekali. Persoalannya sekarang, adakah Murni mahu menerimanya kembali? 159

“Murni, abang minta maaf, abang dah buat kesilapan yang amat besar?’ bisik Ammar berkali-kali. Memang dia sesal tidak sudah. Tentunya Murni di rumah tersedak kerana namanya acap kali disebut oleh lelaki yang satu ketika dahulu cukup rapat dengannya. Tanpa dia ketahui, Murni sanggup membuat keputusan untuk menerima Zamri dalam hidupnya, semata-mata hendak lari dari lelaki yang bernama Ammar Aidid. Motifnya, Murni tidak mahu si Ammar mengetahui kehadiran Mila. Berjayakah Murni menyembunyikannya? Sehelai demi sehelai lapisan yang membalut rahsia sudah terselak. Walaupun hanya helaian nipis namun akan terbuka juga jika kerap diselak. Mampukah Murni menahannya!

160

Murni duduk bersimpuh di ruang tengah masjid dikelilingi sanak saudara, rakan sekerja dan teman rapat yang hanya beberapa kerat. Majlis nikahnya, kali ini tidak ada kumpulan marhaban mahupun paluan kompang. Cukuplah sekali pengalamannya merasa di majlis perkahwinan yang lepas. Perkahwinan yang cukup meninggalkan bekas parut di hati. Yang Murni kasihan ialah Zamri, dia tidak dapat melalui semua itu. “Maafkan Murni, Zam.., kali ini Murni mahu majlis yang kecil dan ringkas aje, harap you faham”kata Murni sehari sebelum majlis “Tak apa, sayang, yang penting you jadi isteri I dan kita bersama sehingga ke jannah” jawab Zamri. “Insyallah.. semuanya ketentuan dariNYA..” kata Murni. Zamri hanya senyum, dia mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. Ya, kita hanya manusia biasa, insan kerdil yang hanya boleh merancang, yang menentukan hanya DIA. Murni bertanya bukannya apa, dia masih ingin memberi Zamri peluang. Manalah tahu dia mengubah fikirannya, tidak mahu meneruskan pernikahan ini. Manalah tahu, tiba-tiba Zamri menjadi cool feet. Manalah tahu Zamri tiba-tiba sedar dan menjadi runaway groom. Macam-macam boleh berlaku jika persoalan “manalah tahu” difikirkan. Murni tidak mahu memaksa, walaupun memangpun dia terdesak! Terdesak giler! Itu perbualan mereka kelmarin. Tetapi jawapan Zamri membuat Murni lega. Murni harap Zamri menerima dirinya dengan ikhlas dan seadanya. “Murni..” tersentak dari mengimbas perbualan singkat dirinya bersama Zamri. Sempat lagi Murni mengelamun, di dalam masjid yang selesa dan nyaman, walaupun bukan ada pendingin udara. Yang ada hanya tiupan kipas yang ligat berputar di atas kepala.

161

“Eh! Mek, Lin, ah..Khirapun ada, bila sampai?”tegur Murni Murni menyambut dengan salaman akan kehadiran tetamu-tetamu yang bila-bila masa akan menjadi ibu mertua dan kakak-kakak iparnya. Murni yang memakai persalinan beige yang ditempahnya untuk majlis pertunangan dan juga baju nikah. Terkejut juga sebenarnya dia akan kehadiran tetamu-tetamu ini. Menurut Zamri, hanya Baba Zaki dan Halim sahaja yang akan hadir kerana keluarganya sebok dengan persiapan perkahwinan Khira minggu hadapan. Tetapi kini, lain pula jadinya, nampaknya semua ahli keluarga Zamri turut sama hadir memeriahkan majlis mereka, termasuk bakal pengantin, si Khira dan tunangannya. Syukur, alhamdullillah. “Mila..Mila, mana Muni..” tanya Khira apabila melihat sekeliling ruang masjid Jamek Bandar Baru, Johor Bahru. Mila tidak kelihatan. “Entahlah Khira, tadi ada.. tentu dia bermain dengan sepupu-sepupu dia kat luar tu.. anakanak abang Ghaous lebih kurang baya dia aje..” jawab Murni. Manalah dia sempat mengawal pergerakan si anak, di waktu-waktu begini. Murni tahu Mila berada didalam pengawasan keluarganya. “Cik Ros… bila sampai..”tegur mama Seri terus memeluk dan mencium ke kiri dan ke kanan pipi bakal besannya. Salaman juga kepada kedua kakak ipar anaknya. “Baru aje, terima kasih aturkan rumah rehat untuk kami.. “jawab Mek. Berkerut muka Murni apabila Murni mendengar perbualan dua perempuan separuh umur itu. Dari gaya perbualan, mama mengetahui akan kehadiran Mek. Mama sudah siapkan rumah penginapan mereka. Itulah, nampaknya dia seorang sahaja yang tidak mengetahui. “Tak apa-apa, tuan punya homestay tu Mimi, sepupu Murni…”kata Seri. “Oh ye ke.. “ jawab Mek. “Cik Ros, tadi dia orang ada hantar minum untuk rombongan sebelah lelaki tak?..”tanya mama Seri lagi. “Terima kasih untie, ada siap bee hoon goreng. Kami dah minum kat rumah tadi..” Khira pula yang menjawab. 162

“Ha.. bagus macam tu.. duduk duduk.. jemput..”lawa Seri lagi “Murni okey..?”tanya mama Seri. “Okey..” jawab Murni pendek. Majlis nikah Murni yang diatur sebelum Zohor berjalan lancar. Di sebelah Murni, Atie yang tersengeh-sengeh. Entah yang keberapa ratus kali dia membisikkan ke telingga Murni, terkejut dengan berita pernikahannya, beberapa minggu lalu memberitahu kahwin adalah the last thing in her list, lepas tu kata ingin bertunang, tup-tup jadi majlis nikah pula. Nasib baik cutinya lulus untuk dia turut sama memeriahkan majlis. Murni sudah dua kali menjadi pengantin, yang dirinya bila pula lagi? Belum ada jodoh lagi, itu sahaja jawapannya. Memang betullah jawapan itu, jodoh pertemuan, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Di tengah-tengah ruang masjid kelihatan kumpulan lelaki mengelilingi Zamri yang duduk di tengah-tengah atas kushen empat segi berhadapan Tok Khadi, beberapa orang saksi dan Pak Majid sebagai wali. Zamri nampak segak dengan berpakaian baju melayu beige dan bersamping songket berwarna merah hati, serta bersongkok. Terdengar seperti pembesar suara dipasang, semua suara tenggelam oleh si pembesar suara. Tok Khadi ingin memulakan nikah. Semua saksi dipanggil, termasuk wali, walaupun Murni sudah pernah berkahwin sebelum ini dan berwalikan papanya, kali ini buat kali kedua, Pak Majid menjadi walinya. Terdengar dengan jelas Tok Khadi membacakan beberapa ayat sebelum memulakan majlis nikah. “Sudah sedia…” tanya Tok Khadi lagi, tegas. “Ya..saya sudah sedia tuan..” jawab Zamri, bunyi seperti yakin sahaja. Entah-entah di dada bergendang laju. “Bismmillahhirramahman nirahim.. Mohd Zamrizal bin Mohd Zaki..” Tok Khadi memulakan bicara. “Ya.. saya..” Zamri menjawab tenang. 163

Tangan sudah berjabat dengan Tok Khadi. “Aku nikahkan dikau dengan Murni Saleha binti Majid dengan mas kahwinnya RM22.50 tunai..” Tok Khadi membaca lafaz nikah untuk Zamri ulangi. “Aku terima nikahnya bla..bla..bla..” Zamri dapat mengulangi dengan sekali nafas. Mahu tidaknya, entah-entah sudah bertahun-tahun dia menghafal ayat-ayat keramat itu dengan menyebut nama Murni, supaya tidak terlupa menyebut Saleha, nama kedua Murni, nama yang tidak pernah digunakannya, yang juga ramai tidak mengetahui kecuali kawan-kawan rapatnya sahaja. Alhamdullillah sekali lafaz sudah mengesahkan Murni menjadi miliknya sebagai isteri yang sah. Zamri bersalaman dengan semua yang hadir. Baba Zaki memeluknya, begitu juga Halim adiknya. Murni dan Mila kini menerima Zamri menjadi ahli keluarganya yang baru. Tok Khadi terus memanjatkan doa sebaik sahaja diakui sah oleh saksi-saksi yang hadir. Tok Khadi meneruskan majlis dengan lafaz taklik nikah. “Ni.. lafaz taklik kena dengar baik-baik… pengantin perempuan pun kena dengar ya…” Tok Khadi terhenti sebentar kerana terbatuk. Sudah kering tekaknya asyik bercakap sahaja, ini hendak membaca taklik pula. “Encik Zamri dan Puan Murni kena tahu hak masing-masing dalam taklik ni ya..Encik Zamri kena ingat.. apa yang terkandong dalam taklik ni.. mana lah tahu, kita tak sedar melakukannya, hemm.. okey saya bacakan sekarang…” "Manakala saya tinggalkan isteri saya, Murni Saleha Majid selama 4 bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksa dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama masa yang tersebut padahal ia taatkan saya atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya atau kehormatannya atau harta bendanya, kemudian ia mengadu atau wakilnya mengadu kepada kadi dan manakala sabit aduannya di sisi kadi atau mahkamah syariah dan ia ATAU wakilnya memberi kepada kadi bagi pihak saya $1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu "Talak Khulu", atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut 164

selama satu tahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada kadi dengan berkata ianya tidak tertunggu lagi akan saya manakala bersabit aduannya, nescaya tertalaklah ia satu talak, demikian lafaz Taklik saya". Habis sahaja Zamri melafazkan Lafaz Taklik, Zamri bangun dan terus pergi ke penjuru masjid yang telah disediakan sejadah untuk dia menunaikan solat syukur dua rakaat. Selesai solat syukur, Zamri menghampiri Murni yang duduk bersimpuh di sebelah Mek Ros dan kakak-kakaknya. Zamri memeluk Mek Ros yang mengalirkan air mata gembira. Kemudian Zamri membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari manis Murni. Sebaik sahaja haba tangan Zamri menyentuh Murni, Murni dapat rasakan satu perasaan yang tiba-tiba dia terasa shahdu. Perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, perasaan kasih dan sayangnya kepada Zamri datang tiba-tiba. Murni membalasnya dengan mencium tangan Zamri. Matanya berkaca, kenapalah dia buta selama ini, tidak dapat menilai keikhlasan hati Zamri. “Hari ini sudah terbukti, Zamri maafkan Muni yang selama ini menutup hati untuk menerima keujudan Zamri” bisik hati kecil Murni. Zamri pula kemudian mencium dahi Murni yang bertudung. Sebenarnya bukannya dia mencium dahi, lebih kepada mencium kain tudungnya. Setiap detik dirakam oleh Halim adik iparnya dan Musa, anak buahnya, anak kepada Abang Ghaous. Selesai sudah majlis pernikahan Murni dan Zamri. Rombongan kemudian dibawa ke rumah Pak Majid untuk sedikit jamuan. Cukup sederhana, melakukan hanya yang wajib. Tiada anak-anak kecil yang membawa bunga, seperti flower girl, tidak ada makan adap-adap dengan hiasan makanan yang cantik, tidak ada perancangan pakaian sedondon dan yang lebih ketara, tidak ada pelamin yang dihias cantik seperti raja sehari. Demi tuhan, benda-benda itu tidak penting bagi Murni kini. Yang penting, Zamri ialah raja dihatinya kini, bukan setakat sehari, malah buat selama-lamanya akan terus bertahta dihatinya. Diharap Zamri juga akan menjadikan dia sebagai permaisuri hidupnya seperti yang pernah dijanjikannya. Hari ini Murni Saleha sah menjadi isteri Mohd Zamrizal. 165

Sedang mereka hendak beredar, muncul Mila disisi Murni. Dia juga mengerti, mulai hari ini uncle Zamri akan tinggal bersamanya sebagai satu keluarga dan nama uncle akan gugur dan diganti dengan panggilan ayah Zam. Cuma harapan dan tandatanya, adakah mama akan terus menyayangi dirinya sama seperti sebelum kehadiran ayah Zam di dalam keluarganya. Itu yang membuat Mila tergugat, kasih mama terpaksa dibahagi dua. Diantara dirinya dan ayah Zam, adakah mama akan melebihkan ayah Zam?

166

Majlis jamuan kecil sahaja yang disediakan bagi keluarga terdekat. Keluarga Kak Ramlah juga sebok, bagaikan mereka juga ahli keluarga terdekat. Memangpun, keluarga Kak Ramlah adalah keluarga Murni di Fraser Hill. Rumah teres dua tingkat, lot tepi itu rioh juga walaupun jemputan tidak ramai. Sekadar jiran tetangga, kaum keluarga terdekat, rakan sekerja dan orang-orang masjid. Alhamdullah, majlis kecil tetapi meriah. Zamri dan Murni mengambil cuti tiga minggu. 3 hari sudah habis untuk persiapan. Seminggu akan dihabiskan di Johor Bahru, dan akan pulang ke Jengka dua hari sebelum majlis persandingan Khira. Mereka akan berada di sana 5 hari lagi. 2 hari cuti yang berbaki akan dihabiskan di Bukit Fraser, untuk Mila berehat secukupnya sebelum sekolah dibuka semula. Boss, Tuan DO Megat Qalif sebelum beredar, sempat lagi memerli pasangan pengantin yang menghantarnya ke depan pagar, “jangan bercuti sampai sudah tidak jumpa jalan hendak ke bukit Fraser semula. Alasan sesat, tidak boleh diterima kerana sekarang sudah ada GPS”. Gurauan disambut dengan gelak ketawa dari teman-teman. Mereka mengerti boss hanya berlawak. Manakan boleh mereka lupa, bukit Fraser, bagaikan tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat persembunyian! Eh lupa pulak, juga tempat bercinta, dot, dot, dot? “Terima kasih kerana menjadi ahli keluarga kami Murni, Mek harap Zamri jaga Murni betul-betul, kalau dia buat tak betul beritahu Mek tau?..” kata-kata yang keluar dari mulut Mek Ros ke telinga Murni sebelum berangkat pulang ke Jengka petang itu. Mereka yang terakhir meninggalkan majlis. “Zam.. jaga Murni dan Mila baik-baik…” nasihat juga diberikan kepada anaknya Zamri. “Insyaallah Mek..” jawab Zamri sambil memeluk Mek Ros.

167

Zamri terus bersalaman kepada Baba Zaki dan Baba Zaki menepuk-nepuk belakang anaknya yang kini sudah mempunyai satu tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang suami, tanggungjawab besar. Zamri mendekati Murni dan dengan berani memegang pinggang Murni. Murni memaling ke arah Zamri, memikirkan apa tindakan yang perlu dilakukannya. Nasib baik di depan keluarga, mahu tidak mahu Murni membalasnya dengan merapatkan dirinya betul-betul di sebelah Zamri. Lakonan drama ke apa ni? Jangan over acting pulak!. “Khamis minggu depan kami pulang sana..” Murni bersuara. “Nanti jumpa kat sana…” Khira mengingatkan akan majlisnya. Mila yang tidak lepas memegang tangan ayah barunya yang masih berpakaian baju melayu tanpa samping songket dan songkok. Songkok dan samping telah diletakkan di dalam bilik yang bakal dikongsi bersama Murni. “Cik Ros.. kami pun akan kesana minggu depan, insyallah. Aah.. kalau ke JB lain kali, jemputlah singgah kat sini.!.” pelawa Mama Seri kepada besannya. Ramah tak sudah. “Ialah Cik Seri oi..” sambil berjalan perlahan menuju ke kereta Unser yang akan dipandu Halim. “Minggu depan jangan lupa..” ulang Mek Ros kepada semua “Insyallah Cik Ros..kalau tak ada aral, kami sampai” hanya Mama Seri yang menjawab. Habis satu kes, berkemas itu and ini, tup-tup malam menjelang. Semua tetamu sudah pulang, hanya tinggal keluarga Pak Majid. Zamri masih di dalam mood suai kenal dengan keluarga barunya. Berbual berbagai topik kedai kopi sampai tidak sedar sudah hampir tengahmalam. Murni yang kepenatan sudah lama terlelap dalam posisi duduk, terlentok di sofa panjang dengan Mila yang juga sudah terlelap di atas pangkuannya. “Zam..” Mama Seri memanggil Zamri. Tertoleh Zamri. 168

“Tu.. tengok?” kata Mama menuncungkan mulut ke arah Murni yang lena. Zamri hanya memandang, apa yang patut dilakukanya. “Kejutkan, suruh naik, kalau nak tidur..” kata Mama Seri. Zamri hanya angguk. “Maaflah, saya nak kejutkan dia tu ah!” kata Zamri kepada Abah, abang Ghaous dan beberapa orang yang dia baru kenal. Perlahan dia mendekati Murni. Kemudian Zamri mengangkat tubuh kecil Mila perlahan-lahan, tidak mahu mengganggu lena Murni. Dia ingin membawa Mila dahulu masuk ke dalam biliknya di tingkat atas. Baru sahaja menjejak beberapa anak tangga, Zamri di tegur oleh Mama Seri. “Zam nak bawa Mila kat mana tu..?” tegur Mama Seri dengan nada perlahan apabila melihat Zamri sedang mendukung Mila. Mila yang tidak sedar, menyambung lena di atas bahu Zamri. Lagi lena dirasakannya berada di dalam pelukan seorang ayah. “Bilik atas!..” jawab Zamri jujur. “Ishy.. tak usah. Zam bawa Mila kat sini…” Mama Seri melambaikan tangannya, mengarahkan Zamri mengikutnya ke bilik tetamu. Zamri hanya mengekori wanita separuh umur itu. Terkuak sahaja bilik tetamu, dilihat anak-anak abang Ghaous bergelimpangan di atas comforter, semua sedang melayan mimpi masing-masing. Mama Seri mengambil satu kushen kecil. “Zam.. baringkan Mila kat sini..” tanpa banyak bicara Zamri hanya menurut sahaja arahan ibu mertuanya. Mila mengeliat, tetapi masih lena, mungkin agak kurang selesa lenanya ditanggu. “Kenapa tak masuk tidur lagi, dah pukul satu ni..” tanya Mama Seri. Zamri hanya menganguk mengiyakan yang jam sudah menunjukkan lebih dari jam satu. “Dah tu.. pergilah rehat. Nanti Mama kejutkan Murni naik kemudian....” kata Mama Seri lagi.. “Biarlah saya aje yang kejutkan Muni Ma, dia pun letih agaknya tu..” Zamri cuba memberi alasan. 169

Mama Seri hanya tersenyum mendengar Zamri cuba membela Murni yang baru sahaja beberapa jam menjadi isterinya. Wajah terlentok Murni diamatinya, buat pertama kalinya Zamri melihat Murni dengan jarak dekat tanpa tudung di kepala. Zamri jatuh kasihan pula hendak mengerakkannya. Perlahan dia mencepong Murni yang memang lena sungguh sehingga tidak sedar dirinya sudah diangkat perlahan oleh Zamri. “Ishy.. berat juga rupanya minah ni, nampak aje badan kecil..?” tersenyum Zamri bermonolog sendiri mengenai isterinya. Perlahan Zamri mengatur langkah menaiki anak tangga menuju ke biliknya. Mama Seri memandang Zamri yang mengendong Murni sambil mengelengkan kepala. “Zamri.. Zamri.. kenapa tidak dikejutkan saja si Murni tu.. yang pergi kendong tu buat apa, bukannya anak kecil seperti Mila. Dah besar macam anak gajah, tahulah sayang tapi sayangpun kenalah berpada-pada“ omel Mama Seri sambil tersenyum. Selangkah demi selangkah Zamri berjalan berlahan menuju ke biliknya. Ekor mata Mama Seri masih memandang Zamri sehingga hilang dari pandangan . Perlahan tubuh Murni diletakkan di atas katil. Murni terus menyambung lenanya dengan mulut sedikit ternganga. Zamri amati wajah perempuan itu lagi, lena sungguh sehingga tidak dapat merasakan apa yang telah dilakukan Zamri ke atas dirinya. Tidur mati lagaknya, jika bom meletuppun belum tentu Murni akan terjaga. Beberapa helai rambut menutup wajah Murni diselaknya perlahan. Murni memang cantik, lebih-lebih lagi apabila mengamati wajahnya yang sedang lena begini. Namun kerana keletihan, Zamri terlena juga, walaupun belum puas menatap wajah si isteri. Perempuan degil yang ditunggunya selama 8 tahun. 8 tahun yang penuh berbagai pancaroba. Ada suka, duka dan macam-macam hal. Doanya, jika diizinkan tuhan, mahu sahaja dia menatap wajah perempuan itu sehingga akhir hayatnya. Aminn..

170

Tersusun dua beg trolley di depan pintu, menunggu untuk Zamri memasukkannya ke dalam bonet kereta. Mereka akan ke Jengka bila-bila masa sahaja, selepas sarapan. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih sedikit dari 4 jam. Jika bertolak awal, sempat sampai sebelum gelap. Jalan ke sana bukannya ada highway, dua jam yang terpaksa melalui jalan kampung. Yang mana Murni sangkal akan bergerak dalam masa terdekat mengikut perancangan. Berborak di meja makan makin rancak, ada sahaja topik yang berbangkit. Bukan setakat Mama dan Abah yang rancak berbual, abang Ghaos dan Zamri pun boleh tahan juga. Yang tidak tumpang sekaki cuma Murni dan Kak Shimah, isteri abang Ghaous. Budak-budak termasuk Mila sebok menonton TV, siaran sebelah pagi memang khas untuk anak-anak bagi melekakan mereka dengan rancangan karton dan animasi “Ehh.. Zam, bila nak bergerak ni? Hari dah nak tinggi! Mama rasa eloklah bergerak sekarang, sejuk sikit bergerak pagi-pagi ni, bukan mama nak halau kamu orang, cuma takut lambat keluar nanti, lambat pulak sampainya.. “ Sedana sahaja suara Mama Seri. Dia mengingatkan orang yang hendak bermusafir, yang masih rancak berbual dengan berbagai tajuk, cukup-cukuplah tu!. Cepat betul Zamri blend dengan keluarga Murni, tidak kekok langsung. Risau pula Murni, bolehkah dia bertindak seperti Zamri dengan keluarga Zamri kelak?. “Ya la.. Ma, Zam rasa elok gerak sekarang. Nak singgah zohor dan lunch nanti along the way pun ambil masa jugak..” ujar Zamri, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh ibu mertuanya. “Hemm… rancang perjalanan tu.” Kata abah Majid. “Yang! Dah siap semua?”Zamri bersuara kea rah Murni. Murni senyum sumbing.

171

Pagi ini minum apa eh! Hairan pula Murni, sejak bila pula bertukar gantinama Murni kepada Yang.. singkatan dari Sayang. Lantaklah kau Zam, Murni ikut je. “Dah..” namun Murni seperti tahu-tahu sahaja panggilan Yang itu ditujukan kepada dirinya. “Mila.. dah tu, ni.. salam atuk, wan dan Pak Long, Mak Long, Kita dah nak gerak..” Zamri bersuara seperti arahan, bunyinya kepada Mila. Mila yang berseluar panjang dan berbaju berlengan panjang biru berbelang puteh terus sahaja menoleh dan bingkas bangun bersalaman dengan insan-insan yang sudah berdiri tegak menerima salaman si cilik. Wan Seri mencium kepala Mila.. Mila sudah biasa diperlakukan demikian. Berteter sepupu-sepupu Mila seramai 4 orang di depan pintu melambai tangan mereka ke arah Mila yang sudah berada di tempat duduk belakang dengan cermin pintu terbuka. Sedih sahaja muka-muka mereka. Entah bila lagi agaknya mereka dapat berkumpul seperti ini. Mahu bertahun, jika diikutkan sejarah Murni pulang ke Johor. Mila memang seronok setiap kali balik ke kampung Wan Seri. Cuma kali ini ada kelainannya, ada new additional of the family, iaitu kehadiran ayah Zam yang menambahkan keceriaan keluarga atuk Majid. “Awak…” Murni memangil Zamri dengan nama awak. Zamri sudah menjadi burung wak-wakkah? “Apa hal Murni berawak-awak pulak dengan abang ni.?.”lama Zamri berdiam kemudian bersuara. Sudah berkali-kali Zamri menegur Murni yang masih kurang selesa memangil Zamri dengan panggilan abang. Terdiam dengan teguran. Termati hasrat yang hendak disampaikannya. Lama Zamri menunggu, namun tiada terdengar apa-apa perkataan dari Murni yang terbantut kerana ditegur Zamri. Merajuk?

172

“Ya.. sayang apa dia? Abang tunggu ni..”meleret suara Zamri, takut pula merajuk orang yang disebelahnya yang kini hanya menala pandangan keluar. “Muni.. apa dia! Tadi nak cakap apa?” sekali lagi diulang Zamri, apabila Murni masih mendiamkan diri. Aduh.. parah.. Confirm merajuk! “Karang kat Pekan Jengka, Muni nak singgah kat kedai Kek, nak beli satu untuk tambah hantaran Khira, boleh tak?” akhirnya Murni bersuara. Lega…Zamri tersenyum.. “Hemmm pasal tu, ingatkan tadi pasal apa? Buat abang terfikir-fikir aje sayang ni…” Zamri menjawab tetapi mata masih tertumpu di jalanraya. “Boleh tak?” ulang Murni “Apa tak bolehnya, boleh aje. Sekali, beli buah-buah sikit kalau sempat kita pergi pasar, beli apa-apa untuk masak. Kalau Baba dah beli, kita simpan untuk esok lusa..” Tangan Zamri meraih tangan Murni. Murni hanya membiarkannya. Tangan sebelah memegang stering kereta, tangan sebelah lagi menggengam erat tangan isteri. Hemm.. tektik memujuk. “Kenapa sayang, abang tengok lain macam aje. Tak sudi nak ke rumah Mek abang ke?” tanya Zamri. Zamri memerlukan kepastian dari Murni yang nampak kurang ceria di sepanjang perjalanan. “Tak.. bukan tak suka pergi rumah Mek, cuma bimbang sikit nak jumpa keluarga aaa..bang yang lain..” akhirnya Murni menyebut abang, yang sebenarnya hampir menyebut awak. “Apa nak dirisaukan, ayang dah pun jadi isteri abang. Orang lain kita nak peduli apa? Janji keluarga abang dahpun terima ayang. Sudah! Jangan nak fikir yang bukan-bukan..” mendatar sahaja nasihat Zamri. Mila yang tempat duduk belakang leka dengan game dalam tablet. Jika sudah kemaruk dengan game, apa pun tidak peduli. Ipad, hadiah dari ayah Zam, pandai juga kepala otak 173

Zamri mencari cara untuk melekakan Mila, agar ada banyak masa untuk dia bersama Murni. “Mila..” bersuara Zamri “Hemm..” jawab Mila ringkas “Mila buat apa kat belakang tu..” Zamri sengaja memulakan perbualan, sedangkan dia tahu apa yang Mila lakukan. Sudah tahu, lagi mahu tanya. “Ni..ah.. game dalam ipad ni, best tau ayah Zam..” jawabnya lagi. “Iya..ayah Zam tahu, tapi jangan leka sangat dengan game tu. Sampai rumah nanti kena refresh balik study.. ya.. kalau tidak, ayah Zam ambil balik ipad tu?” kata Zamri, mengertak Mila agar tidak terlalu leka dengan games di ipad yang dibelinya. Yang pergi beli, siapa suruh. Bila budak dah kemaruk, hendak gertak pula. “Ya.. ayah Zam. Mila janji, asalkan ayah Zam tak ambil balik ni..” sambil menunjukkan ipad yang dimaksudkannya “ni”janji Mila agar tidak leka hanya dengan games. Termakan juga gertak Zamri kepada Mila. Manalah sampai hati Zamri hendak merampas barang kegemaran anak barunya. Tambahtambah lagi apabila melihat muka cekodok basi, jika Mila merajuk. “Ayah Zam gertak Mila aje. Main puas-puas anakku.” kata Zamri di dalam hati.

174

Akhirnya sampai juga mereka ke rumah keluarga Zamri selepas lebih dari 7 jam perjalanan. Sepatutnya perjalanan dari Johor Bahru ke Jengka hanya mengambil masa 5 jam lebih sedikit, tetapi kerana singgah di Pekan Jengka dan sempat pula menjamak dan mengqasar Zohor dan Asar di sebuah masjid di Rompin. Nasib baik masih terang lagi, walaupun sudah jam 6 petang. Khemah sudah siap terpasang di halaman dengan kerusi dan meja bulat teratur, Cuma belum dipasang lapik meja sahaja. Murni perlahan membuka pintu kereta dan terus ke bonet untuk mengambil beg pakaian. Zamri sudah tercegat, mengeluarkan beg-beg dari bonet. Mila hanya bersandar di pintu kereta. Murni perhatikan sudah ada beberapa orang saudara mara Zamri yang tidak pernah dia temui sudah berada di rumah tersebut. Semua sedang sebok membuat persediaan majlis Khira. Murni menghulur beg pakaian Mila untuk dia heret sendiri. Murni pula mengheret beg, manakala sebelah tangan lagi menjinjing kotak kek yang baru dibeli di pekan Jengka tadi. Kelibat Mek, mahupun Baba tidak kelihatan, pastinya mereka sebok sehinggakan tidak menyedari yang menantu baru mereka sudah sampai. Zamri terus menuju ke biliknya, dia mengapai semua beg dari tangan Murni dan juga Mila, lalu mengheretnya terus ke bilik tersebut. “Eh… pengantin rupanya, bila sampai..?” tegur Makngah Nuri, tegur masam-masam kelat sahaja kepada menantu tidak jadinya, siapa lagi jika bukan Zamri. “Makngah…” tegur Murni dan menghulurkan tangan bersalaman. Tangan disambut, tetapi acuk tidak acuh. Mana tidaknya, hendak bersalam dengan perempuan yang telah merampas kebahagian anaknya. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga menerima tangan Murni, dan menerima hakikat, Zamri tidak ada jodoh dengan Adel.

175

“Hah..Muni dan Zamri rupanya.. Mila pun ada, bila sampai..” terdengar suara Mek Ros dari belakang. Semua menoleh dan Murni merasa lega. “Baru sampai Mek. Ini saya ada beli kek buat tambah-tambah hantaran Khira..”kata Murni sambil Murni menghulur kotak kek kepada Mek. “Mek simpan dalam peti ais dulu ya Muni, esok kita keluarkan.. Apa Murni susah-susah. aje” kata Mek berlapik. Sebenarnya, bagus juga, ada menambah satu lagi hantaran untuk Khira. “Tak ada apa nak beri untuk Khira, Mek..”sambut Murni “Rehat dulu, nanti bila dah okey, boleh tolong Mek kat bilik pengantin ya..” pinta Mek. Murni hanya menganggok, Mek sebok di bilik pengantin rupanya. Murni masuk ke bilik untuk membersihkan diri dan menukar pakaian. Zamri sudah terbaring, berehat meluruskan pinggangnya yang keletihan 6 jam memandu. Murni bersiap lalu terus ke bilik pengantin seperti yang diberitahu Mek. Mila hanya mengekor Murni ke mana sahaja dia pergi. Ada beberapa orang kanak-kanak perempuan yang sebaya, mungkin anak saudara atau anak sepupu Zamri agaknya, tetapi Mila masih belum mesra lagi dengan mereka. Tunggulah beberapa jam lagi nanti mesralah dia, dan pastinya tidak akan mengekori Murni lagi. Di lihatnya Mek sedang mengantung birai berwarna hijau emerald lembut di belakang katil. Birai sudah terpasang, hanya memerlukan sedikit hiasan sahaja. Di dalam kotak sudah terkumpul reben-reben yang sudah digubah menyerupai bunga kecil yang siap diikat bow. Bunga-bunga kecil berwana puteh dan bow berwarna hijau emerald pekat. Cantik adunan warna. Cadar dan lain-lain hiasan di bilik itu juga mempunyai gabungan warna hijau emerald dan puteh. Murni menyelak langsir, pandangan terus ke khemah yang sudah siap terpasang. Baru Murni perasan, konsep hijau emerald dan puteh rupanya. Cantik, memang cantik, warna hijau menyejukkan mata dan juga jiwa dipadankan dengan warna puteh, simbol bersih dan suci, pandai Khira memilih konsep. Nasib baik bukan hijau pekat dan

176

puteh. Takut disalahertikan menjadi lambang parti politik pula. Tapi yang ini hijau emeraldkan? “Murni, tolong hulurkan Mek gunting kat dalam bakul tu jap..” tersentak Murni dengan suaran Mek. Kini Murni hanya mampu tersengeh apabila Mila yang menghulur gunting kepada Nek Ros seperti yang diminta. Malu juga dirasakannya, kerana tertangkap mengelamun sendirian, bukannya menolong menghias bilik. Mek juga tersenyum, mengetahui Murni bukan bersamanya, entah kemana fikirannya. Entah-entah memikirkan anak lelakinya yang sedang berehat di bilik, maklumkan masih pengantin baru,semuanya indah!. “Zamri mana Murni.?.” sengaja Mek mengajukan soalan sebagai pembuka perbualan. Sedangkan dia mengetahui Zamri berehat di bilik. “Rehat dalam bilik,Mek. Hendak saya panggilkan ke?”tanya Murni “Tak apa la, nanti dia keluar boleh tolong Baba apa yang patut kat luar, Murni tolong pegang tangga ni, Mek nak gantung benda ni kat atas, lepas ni kerja dalam bilik ni kira selesai la…”sambung Mek lagi “Hemm..” jawab Murni sambil mengangguk. Memang sudah selesaipun urusan menghias bilik pengantin, simple, kemas dan cozy. Lagi pun jika banyak sangat hiasan nanti boleh nampak bercelaru dan berserabut. “La… kat sini rupanya Cek Ros. Ada barang kena beli lagi ni, tak cukup untuk orang penangah esok” terjengol seorang perempuan sebaya Mek di depan pintu. “Iya ke Cek Leha, apa barang yang tak cukup tu? Nanti saya beritahu abang Zaki..” tanpa berkata apa-apa Mek Ros meninggalkan Murni dan Mila, keluar bersama perempuan yang di panggilnya Cek Leha. Murni dan Mila keluar dari bilik dan menuju ke dapur. Murni ingin membantu di dapur untuk persediaan penangah pula. Mereka membuat persiapan ayam masak lemak, gulai kari nangka muda, ikan kering goreng dan acar timun. Semua bahan seperti bawang, timun dan lain-lain sudah siap tergelipang di atas pangkin hanya menunggu untuk dikupas. 177

Separuh sudah disiapkan oleh beberapa perempuan yang hadir. Malangnya Murni tidak mengenali perempuan-perempuan itu, yang pasti mereka adalah kaum keluarga barunya dari sebelah suami. Apa hendak kesah! “Mari nak, tolong kupas yang ini…!” pinta seorang perempuan yang nampak sebaya Mek untuk meminta Murni menolong menghiris bahan-bahan keperluan lain. “Ya.. makcik..” akur Murni, berjalan menuju ke arah perempuan itu dan duduk bersila di pangkin. “Ahh.. duduk sebelah Mak Anjang. Ini mak Anjang...” pelawanya lagi, sambil tangan tuanya menepuk disisinya. Murni mengikut sahaja tanpa bantahan terus duduk bersila di sebelah. Mak Anjang terus menghulur pisau serta landas kepada Murni. Murni terus memulakan kerja bersama beberapa orang lagi yang ada di situ. Kini dia sudah tahu, yang mempelawanya adalah mak anjang. Tentunya salah seorang emak saudara Zamri. “Maaf lah ya.. nak, Mak Anjang tak dapat pergi ke Johor, cucu Mak Anjang demam.. , ni dah okey sikit..” Mak Anjang memulakan cerita. Murni hanya menganggok dan tersenyum. Mak Anjang, mak saudara Zamri disebelah mana? Sebelah Mek atau sebelah Baba. Berkira-kira Murni, tidak mengapa, akan ditanya kepada Zamri bila ada peluang nanti. Murni sebok membantu dan tidak menyedari rupanya Mila sudah tidak bersamanya lagi. Sudah berjumpa kawan-kawan la tu. Mila sudah tidak ada masalah bergaul dengan temanteman baru. Nampaknya Murni juga begitu. Cuma Murni perlu penjelasan dari Zamri agar dia kenal lebih rapat lagi kaum kerabat Zamri. Bermula dari hari ini Murni akan cuba mengingat nama dan gelaran saudara mara Zamri. Bernikah dengan Zamri, bukan sahaja mendapat suami tetapi juga seluruh kaum keluarganya.

178

Sambil menghiris bawang Murni tersenyum, di hatinya memanjatkan syukur kepada Ilahi, yang telah mengatur perjalanan hidupnya dengan begitu sempurna. Entah yang keberapa ratus kali, Murni berharap agar dia dan Zamri akan berkekalan sehingga akhir hayat. Zamri telah menolak awan hitam pembawa rebut petik yang selama ini berlegar di atas kepala Murni. Kini hanya ada awan putih yang pastinya melindung Murni dari panahan terik matahari.

179

“Murni mari kejap?” tersentak Murni yang leka mengupas bawang, apabila terdengar suara Zamri memanggilnya. Semua mata yang berada di pangkin menala kearah Zamri, termasuk Murni. Murni yang dengan mulut yang sedikit tergangga dan tangan masih memegang pisau, terhenti mengupas bawang. Difikirannya mempunyai tanda soal yang besar “kenapalah pulak cik abang aku ni, mencari aku sampai ke dapur”. Namun dilindungi rasa ingin tahu dengan senyuman. Spontan Murni tersengeh kepada semua perempuan yang mata mereka tidak berganjak dari memerhatikan dirinya. Bingkas Murni bangun menuju ke arah Zamri yang tegak berdiri, tidak berganjak, mengaru kepala yang tidak gatal, hairan kenapa wajah-wajah mereka seperti lain macam sahaja. Apa yang tidak kena? Dia cuma mencari isterinya, adakah tindakannya salah? “Amboi.. pengantin lama, tak boleh hilang lama sikit, isteri dia.. mencari! Mencari sampai kedapur!” gurau Mak Anjang. Dah agak dah..pasti mereka akan dipersendakan. Murni termalu, muka sudah memerah tidak dapati dilindung lagi. “Bukan macam tu Mak Anjang..hem..” Zamri berdehem.. sudah terjawab persoalannya tadi. “Ada benda yang saya nak minta Murni tolong carikan, dia aje yang tahu..” jelas Zamri yang sebenarnya juga perasan semua mata kearahnya. Menjawab sambil mata masih tidak berganjak kearah Murni yang sudah hampir dengannya. “Ada-ada lah kau tu Zam..ala.. mak anjang faham!” balas Mak Anjang, perempuanperempuan lain yang ada hanya tersenyum. Apalah agaknya yang dikatakan faham tu. “Ya..bang, apa ke halnya..” bisik Murni yang memang sudah dihadapan Zamri, terus berjalan seiring mengikut langkah Zamri menuju kearah bilik mereka. “Ni.. ha..ni.. abang tak jumpa charger telefon, charger BB abang, mana Murni simpan?..” ulas Zamri lagi.

180

“La.. pasal charger rupanya, kan abang yang simpan sendiri, charger telefon abang, Murni punya ada dalam handbeg Murni la.. entah-entah abang simpan dalam beg galas abang tak? beg tu ada bawa masuk tak?” omel Murni sebaik sahaja mereka sampai di bilik mereka. “Ye ke? Ya la..abang tak bawa masuk beg tu, patut tak jumpa..sorry sayang, ni lah susahnya bila dah ada isteri, masa tak ada isteri dulu pandai boleh pulak cari sendiri kan.. ala.. nak manja dengan Murni, tak boleh ke?” gurau Zamri, gurau yang tidak kena pada tempatnya. Murni membuat muka tidak puas hatinya.. ada-ada saja dia ni. “Bukan tak boleh nak manja-manja, cuma tak kena waktu .. cik abang oi.. ni ah.. bau bawang..” sambil Murni mengangkat tangannya ke hadapan Zamri, Zamri cuba mengelak. Cantik jari-jari runcing Murni yang masih ketara dengan warna inai di kesemua hujung jarinya. “Ah.. dah settle kan.. saya nak sambung balik kerja kat dapur tu..” Murni beredar, tanpa melihat Zamri yang masih berdiri tercegat memerhatikan isterinya beredar. Tujuan mencari charger nampaknya dia kena settle sendiri. Tangan mencapai kunci kereta dan terus keluar keretanya yang terpakir di bawah pokok nangka sambil mengelengkan kepalanya. Kenapalah dia boleh lupa tentang beg sandangnya itu. Sedangkan beg itu adalah salah satu barang yang penting bagi dirinya satu masa dahulu, kerana di dalamnya ada tersimpan bermacam-macam benda. Main campak sahaja segala benda, selagi boleh masuk. Zamri terbongkok sedikit cuba mengeluarkan beg galas yang sudah di lantai tempat duduk belakang kereta. Berdiri tegak semula dan menggalas beg yang agak berat. Mata Zamri menala kearah bunyi rioh rendah di khemah. Orang sudah ramai membantu Pak Zaki menguruskan persiapan di luar. Persiapan terakhir, maklumlah esok sudah majlis Khira. “Zam.. nak keluar ke? Kalau keluar, nak minta tolong carikan pin baju tiga dozen boleh tak..?” terpacul suara pengantin, suara Khira dari tingkap bilik kepada Zamri. Dia menyangka Zamri hendak memandu keluar, memandangkan Zamri berdiri di keretanya dengan pintu kereta masih terbuka.

181

“Zam bukan nak keluar, nak ambil barang aje.. tapi kalau pin tu Khira perlukan, Zam keluarlah jugak.. cuba tanya Mek, apa lagi barang-barang yang tak cukup, boleh Zam belikan sekali, dah terlanjur nak keluar ni..” laung Zamri, menjawab permintaan Khira. “Hem.. ya la.. tunggu, Khira tanya Mek..” hilang wajah Khira yang tadinya dimuka tingkap. Zamri dengan sabar hanya menunggu kemunculan Khira. “Zam nak gi mana? Pekan Jengka atau kat Supermarket Mesra depan tu aje?” Zamri menoleh suara Mek, bukan suara Khira. Dengan lengan tersingsing sampai kesiku. Tudungpun sudah senget, sudah tidak dipedulikannya. “Tengok barang apa yang Mek nak Zam belikan.. yang Zam tahu tadi, Khira minta pin baju..3 dozen kalau tak silap!” soalan Mek dijawab oleh Zam. “Hemm.. ni saiz pin yang Khira nak..aha..dia nak 3 dozen, kalau dapat 5 dozen bagus jugak..” sambil tangan Mek menghulur pin kecil yang berwarna emas. Pin disambut oleh Zamri. Terus dibelek dan dimasukkan kedalam poket seluar. “Mek nak kirim, kalau boleh Zam carikan Mek ribbon ni.. 10 meter lagi, gula merah 2 kilo dan gula batu dalam 1 kg untuk buat jelly.. boleh tak Zam, ingat tak apa yang kena beli” tanya Mek kepada Zamri yang agak kebingungan. Zamri menyambut potongan ribbon dan dimasukkan kedalam poket seluar bersama pin baju. Zamri mengira-gira, 4 barang. Pin baju, ribbon, gula merah dan gula batu. Jangan pula nanti pin baju yang diminta, peniti pula yang sampai. Dua jenis gula, takutnya menjadi sejenis sahaja, itu gula pasir. Gula batu entah kemana, gula merah pula bertukar warna, menjadi gula puteh! Sebenarnya Mek hanya menyebut “meminta tolong” Zamri mencari barang-barang tersebut, tetapi hakikatnya, ialah satu arahan, mahu atau tidak Zamri terpaksa mencarinya. Mana tidaknya, jika setakat membeli gula merah dan gula batu, itu tidak menjadi masalah, mana-mana kedai runcit boleh dibelinya. Yang hendak membeli pin baju dan ribbon ni, yang menjadi masalah, dikedai mana hendak dituju. Itu bahan kraftangan, orang lelaki mana kesah hal-hal seni begitu.

182

“Nanti Zam cuba carikan.. “ sambil tangan menyeluk poket dan mengamati dua barang iaitu contoh pin baju dan ribbon yang telah dihulur oleh Mek tadi. “Senang aje Zam.. pin sama ribbon tu, Zam cari kat kedai yang jual kotak telur orang kahwin, tempat yang Zam ikut Mek last time.. ingat lagi tak? Kedai kat depan petrol pam Petronas tu… ingat kan?” tanya Mek, yang melihat Zamri hanya menganggukkan kepala. Entah faham entahkan tidak? Main angguk aje. Mek dapat mengagak masalah anaknya dari riak Zamri yang sedikit berkerut. “Ohhh… tempat tu.. Zam ingat, nanti Zam cuba cari kat situ..” Zamri terus masuk ke dalam kereta, meninggalkan Mek yang masih tercegat memerhatikan kereta anaknya meninggalkan pohon nangka yang rendang. Kemudian Mek berjalan pantas masuk semula ke dalam rumah, banyak lagi kerja yang perlu dibereskan. Bukan mudah menjadi tuan rumah pengantin, mahu tidaknya. Majlis pengantin perempuan, bukan seperti majlis Zamri dua minggu yang lalu, mereka hanya bertandang. Teringat Mek kepada besannya, agaknya begitulah penatnya Cik Seri dan keluarga, di Johor Bahru sewaktu majlis pernikahan Murni dan Zamri dua minggu lalu. Sekrang memang tidak terasa penatnya, tunggu dua tiga hari selepas majlis. Masa tu baru terasa lenguh sana, lenguh sini, jangan sakit sudah! Hendak menerima menantu punya pasal, penat sedikit tidak mengapa. Hendak menambah ahli keluarga.

183

Zamri mencampakkan kunci kereta ke dalam bekas anyaman mengkuang yang tersedia di kabinet kayu tepi pintu masuk. Diikuti oleh Mila yang mengheret beg leret kecilnya. Mila terus naik ke bilik. Murni yang terakhir masuk, dilihatnya Zamri sudah melunjur kaki, bersandar di sofa panjang. Lelah betul nampaknya dia. Menambah penat tiga hari berturutturut membantu persediaan majlis Khira. Nasib baik esok hari Ahad, sekurang-kurangnya mereka dapat melonggarkan urat-urat yang sudah lenguh dan kepenatan. Memang penat, namun semua gembira, majlis Khira berlangsung dengan baik. Mek dan Baba Zaki yang paling gembira kerana mendapat dua menantu dalam satu tahun. Murni juga gembira apabila tertemu dengan Mama Seri dan Papa Majid serta Abang Ghous sekeluarga yang mana turut sama meraikan majlis. Mana mungkin mereka tidak hadir di majlis tersebut, Mek dan Baba sangat berharap akan kehadiran mereka. Bisan katakana!. Jangan tahun depan mendapat dua cucu serentak pula?. Jika cucu dari Khira, tidak mengapa, tetapi bukan cucu dari Murni nampak gayanya. Mengapa Murni perlu risau, hal ini bukan urusannya, semua kuasa Allah. Sama ada cucu dari Khira ataupun Murni, itu tidak menjadi masalah. Itukan rezeki dariNYA. Sebaik sahaja semua beg dan barang-barang dikeluarkan dari dalam kereta masuk ke rumah, Murni ke dapur, cerek air diisi dan sementara menunggu air masak, Murni mengeluarkan semua makanan lauk yang telah dibekalkan oleh Mek semasa pulang. Lauk dan makanan disimpan kedalam peti sejuk. Nampaknya makan malam akan menjamu lauk ulang tayang jawabnya. "Ma, ada makanan tak? Tersentak Murni yang sedang leka mengacau lauk asam pedas yang dikirim Mek.

184

"Mila lapar ke?" Tanya Murni, sudah terang-terang Mila bertanya tentang makanan, tapi Murni masih mahu lagi tanya, untuk kepastian. Mila sudah lapar, dua atau tiga kali ditanyapun, pasti mendapat jawapan yang sama. Hanya anggukan kepala Mila sahaja yang diterima sebagai jawapan kepada soalannya. Murni mengusap lembut kepala anaknya. "Ni...ma sedang masak nasi la ni, Mila duduk depan dulu ya! Nanti ma panggil, kecuali kalau Mila nak tolong mama ke?" Murni sebenarnya hendak meminta Mila membantunya, tetapi masih berselindung. Perlahan-lahan mengajar anak perempuannya ke dapur. "Mila

nak

tolong

ma

boleh?”

Jawapan

yang

ditunggu

Murni

sebenarnya.

"Hah... Macamtu lah anak mama. Mila tolong set up table boleh?" Sambil kedua-dua tangan Murni memegang kedua belah pipi anak gadisnya. Sudah besar, rupanya Mila, tanpa dia sedar sudah berjinak-jinak di dapur. Anak perempuan ke mana lagi cenderung kegemaran, jika tidak hal-hal perempuan. “Boleh..” Mila menjawab dengan anggukan kepada dan bernada ceria. Merah muka Mila diperlakukan sedemikian. Tambah-tambah sekarang ni sudah rasa sudah dewasa konon. Laju Mila kabinet pinggan mangkuk lalu mengeluarkan seperti biasa semua pinggan mangkuk yang sepatutnya berada di atas meja. Murni yang sedang memasukkan lauk ke dalam mangkuk hanya menjeling, melihat telatah Mila yang bersungguh-sungguh menyusun pinggan mangkuk. “Dah siap dah Ma..”jawab Mila gembira menyelesaikan hal di atas meja. “Hemm.. good girl and thank you..” jawab Murni sambil membalas senyuman Mila yang sudah sedia duduk di atas kerusi. “Tunggu Ma panggil ayah Zam kejap ya?” Mila hanya memandang Murni beredar menuju ke sofa di mana Zamri sedang menghilangkan lelahnya. “Abang, dinner dah siap, nak makan tak?” tanya Murni sambil tangannya menggoyang kaki kanan Zamri. “Ah..” suara Zamri yang masih mamai. 185

“Dinner dah siap, abang nak makan tak?” ulang Murni yang sudah berteleku di depan Zamri yang masih bersandar. “Hemm.. makanlah dulu, nanti boleh sambung balik rehat…” rayu Murni “Abang tak berapa lapar lagi, kejap-kejap lagi la..” jawab Zamri sambil menarik tangan Murni rapat ke badannya. Badan Murni hampir terjatuh ke badan Zamri, namun dapat diimbangnya. Hendak bergurau, sedangkan Mila sedang menunggu mereka. “Bang, Mila dah tunggu kat sana tu..”kata Murni. “Oh.. ya ke?” Zamri terus duduk dan meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Tanpa menyedari Murni menghulurkan tangannya untuk membantu Zamri bangun. Segera tangan Murni digapai, apabila menyedari kehadiran tangan Murni yang sedia untuk disambut. Kejap pautan tangan Zamri menggengam tangan Murni berjalan menuju ke meja makan, di mana Mila sudah menanti. Bagi Mila, perlakuan begitu sudah biasa, tidak ada yang kelainan baginya. Ayaha Zam memang loving terhadap mamanya. Dia juga seronok melihat drama mereka. “Mila lapar ke? Sorry ayah Zam terlelap kejap tadi, tak tahu pulak anak ayah dah lapar..”kata Zamri sambil mencuci tangan di kendi yang dituang air oleh Murni. “Tak apa ayah, Mila bukan lapar sangat pun..” jawab Mila, sudah pandai berbohong sunat, sedangkan tadi dia yang mengadu lapar, tetapi demi menjaga hati papa kesayangannya, dia bertindak demikian. “Bukan ke Ma dengar tadi Mila kata lapar?” Murni cuba mengusik anaknya. “Memang Mila lapar, tapi lapar sikit aje.. kan ayah.?.” jawab Mila sambil meminta sokongan Zamri. Baru Mila perasan, dia tidak perlu ragu lagi akan kehilangan kasih sayang mama Murni, kerana dia ada seorang lagi yang akan memberikannya kasih sayang.. ayah Zam. “Dah.. dah.. tu..sebenarnya ayah yang lapar ni, dah tu.. mari kita makan..” Zamri memaling ke arah Murni yang duduk di sebelahnya dengan mengangkat kening. Murni hanya mampu tersenyum. Nasi sudah tersedia di dalam pinggan, hanya menunggu Zamri membaca doa sebelum memulakan suapan. 186

Di meja makan Mila bercerita tentang dirinya yang mempunyai ramai kawan baru dan juga keseronokannya berada di kampung ayah barunya, Zamri. Nampak gayanya, Zamri tidak mempunyai masalah untuk pulang ke Jengka dimasa akan datang. Zamri tidak perlu memujuk gadis cilik itu untuk mengikutnya setiap kali pulang ke kampungnya kelak. Tatkala berkumpul begini, Murni dapat merasakan sangat bahagia. Di benak hatinya, soalan kenapalah tidak dari dulu lagi dia menerima Zamri dalam hidupnya, jika tidak, sudah lama dia menekmati kebahagian ini. Ini tidak, Zamri terpaksa menunggu hampir 8 tahun tanpa jemu menunggu dirinya. Nasib baik Zamri sabar menunggu selama 8 tahun, andai dia jemu dan angkat kaki, melopong Murni jawabnya. Siapa yang rugi, diri sendirilahkan? Murni bermonolog sendiri. Nasib baik itu tidak terjadi. Zamri memandang hairan ke arah isterinya, kenapa pula isteri aku ni, lain macam sahaja di sebelahnya. Pandangan mata di rezeki, tetapi suapan slow motion sahaja. Biarkanlah .. janji kau bahagia wahai isteriku.

187

Murni memandang Zamri yang mukanya nampak bersahaja sejak keluar dari kereta. Hari pertama mereka bertugas selepas bergelar suami isteri. Cuti honeymoon pun sudah habis. Murni yang runsing, memikirkan pasti akan disakat oleh teman-teman sepejabat, terutama teman-teman Zamri. Sudah terbayang wajah-wajah mereka yang kaki sakat, wajah Latif, Hamdan, Misran, Loqman dan beberapa teman lagi silih berganti di kepala. Murni pandang Zamri, dia seperti biasa sahaja. Murni pandang ke siling sambil menarik nafas panjang, lelaki relax aje. Agaknya hanya perempuan yang selalu memikirkan perkara-perkara begini. Kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya. Sudahlah pagi tadi sewaktu bersiap sudah diperli Zamri, apabila Murni menjadi serba salah memilih pakaian. Maklumlah hari pertama bekerja sebagai Mrs. Zamri, Murni ingin nampak extra kemas dan extra cantik. Murni ingin membuat sedikit perubahan kepada penampilannya. Dia mahu berubah, tidak seperti Murni yang sempoi satu ketika dahulu. Namun ideanya tidak berapa disukai oleh Zamri. Dengan alasan, kenapa perlu pakai pakaian cantik-cantik dan bergaya, hendak pikat siapa lagi sedangkan orang yang memikatnya dahulu sudah terikat. Hu alah! Siapa pikat siapa? Perasan. Itulah orang lelaki, apabila isteri hendak bergaya sedikit, sudah diperli-perli. Bukankah elok diberikan galakan, sekurang-kurangnya isteri nampak cantik. Cantik tetapi kemas, sopan dan menutup aurat.

Bukannya sexy menjolok mata atau yang terdedah sana

terdedah sini seperti pakaian orang yang tidak cukup kain. Jika orang memuji, suami juga yang akan dapat nama. Kemas dan cantik pakaian di anu bin si anu tu.. ohh.. itu isteri si anu tu..Ini tidak, lebih suka lihat isteri selekeh supaya tidak digoda oleh lelaki lain. Sedangkan diri sendiripun tak kuasa hendak melihat isteri sendiri jika berpakaian tidak kemas.. hem.. lelaki..lelaki.. ego tak habis-habis dan juga ego tidak bertempat. Pantas mereka berjalan beriringan menuju ke bilik masing-masing. Entah berapa lama agaknya bilik tersebut akan menjadi bilik mereka, kerana sama ada Murni atau Zamri, pasti 188

akan ditukarkan ke Bahagian lain. Mana boleh suami isteri ditugaskan di dalam satu unit yang sama. Tuan Megat Qalif pasti akan membuat rombakan. Jika dahulu, nama Murni mahupun nama Zamri tidak terlibat di dalam perubahan carta organisasi, tetapi sedikit masa lagi pasti salah satu nama akan dikeluarkan dari dinding carta organisasi yang sudah lama tidak berubah kerana tidak ada rombakan. One Two Zoom.. siapa gunting, siapa kertas? Jam sudah menunjukkan jam 9.00 pagi, Zamri berjalan menuju ke bilik isterinya. “Muni, jom kita jumpa Tuan Megat, just to say hello, at least dia dah tahu kita sudah masuk kerja semula..” pinta Zamri. “Hemm.. elok jugak tu..” jawab Murni, terus berdiri dan berjalan ke arah Zamri yang setia menantinya. Bilik Tuan Megat Qalif, boss dituju. Tidak banyak perkara yang dibualkan dengan Tuan Megat. Tuan Megat sangat professional, hanya membicarakan perkara-perkara yang perlu sahaja. Zamri dan Murni selesa melaporkan diri dengan Tuan Megat. Pertemuan yang singkat, tidak sampaikan setengah jam. Namapun hanya sekadar untuk memaklumkan yang mereka sudah bertugas semula.

Lantas kedua-duanya kembali semula ke bilik masing-masing dan cuba

menyelesaikan tugas mereka yang terbengkalai disepanjang tiga minggu percutian mereka. Kena sakat memang sudah dijangka, tetapi Murni buat tebal muka sahaja. Sehari berlalu tanpa ada apa-apa kelainan selain tugas-tugas yang routine, dan blushing asyik kena perli. Begitu juga selepas seminggu berlalu. Tetapi ada kelainan pada minggu ketiga. “Encik Zamri, boss nak jumpa..” suara telefon dari Shiha memberitahu yang Tuan Megat meminta dia datang berjumpanya. “Okey Shiha, kejap lagi saya ke sana..” cepat sahaja jawapan dari Zamri. Zamri terus menutup dokumen yang sedang terpapar di skrin komputer dan mencapai buku nota kecil bersama pen, berjalan laju keluar, menuju ke bilik Tuan Megat. Zamri terus masuk kedalam bilik Tuan Megat, mengetahui Tuan Megat sedang menunggunya.

189

“Assalamulaikum tuan..” memulakan bicara sebaik sahaja dia mendapat kebenaran untuk masuk ke bilik DO. “Mualaikumusalam Zamri.. jemput duduk” jawab Tuan DO lalu Zamri duduk di hadapan Tuan Megat. “Begini, Zamri tahu pasal Tu Ah Holding? Syarikat yang sedang bina Tu Ah Tower tu, saya dapat laporan mereka tidak menyediakan keselamatan yang sempurna dan dengarnya tanah yang ditarah juga tidak membina benteng konkrit sebelum memulakan pembinaan, Zamri tolong tinjau, betul ke? Nanti hantar laporan kepada saya” ujar Tuan Megat “Ya, tuan..” akur Zamri “Ni.. dah petang, tapi saya hendak Zamri pergi petang ini juga, mungkin Zamri boleh pergi sekarang, takut nanti lambat pulak pulang, malam bahaya kalau memandu” ulas Tuan Megat lagi. “Ya tuan, saya pergi sekarang..” bingkas bangun dan terus meninggalkan bilik Tuan Megat untuk kembali semula ke biliknya. Sebelum itu dia sempat singgah ke bilik isteri. “Muni, abang ada kerja sikit kat luar, nanti kalau abang lewat, macammana Muni nak balik?” Terus sahaja Zamri memaklumkan isterinya akan tugasannya. “Abang kena pergi mana?” soal dari Murni “Tu ah, Syarikat Tu Ah tu.. tak ikut arahan yang dah diberi, abang kena tinjau..arahan dari DO” jelas Zamri. “Ohh.. tak apa la bang, Muni minta tolong Shiha aje la, minta tolong hantarkan, tapi abang call Muni dulu ya? Sempat ke tidak, kalau lewat setakat sejam tu, Muni boleh aje tunggu. Tak jadi masalah..” pujuk Murni, masih berharap agar Zamri dapat menjemputnya, tidak mahu menyusahkan orang lain, jika boleh. “Hemm.. ialah, kalau tak sempat nanti abang call, tengok macamana nanti..abang kena pergi cepat ni, nanti lambat sampai Kalau lambat pergi dah pasti lambat balik..” ujar Zamri lagi, lalu terus beredar segera tanpa mendegar lagi apa yang akan dikatakan isterinya. Dia harus bergerak segera, nanti lambat pula. Tempat yang ditujunya sangat berliku-liku dan sempit. Walaupun dekat, tetapi mengambil masa kerana pemanduan perlu berhati-hati melalui jeram. 190

Dua jam sudah pemergian Zamri dengan tugasannya. Murni asyik melihat skrin telefon, seperti tidak percaya tiada tanda panggilan yang terlepas, mahupun pesanan ringkas dari Zamri. Samada dia sempat menjemputnya pulang atau tidak, masih menjadi tandatanya. Murni juga sudah memaklumkan Shiha, jika sudi menumpangkannya pulang sekiranya Zamri tidak dapat pulang ke pejabat pada waktu seperti yang dirancang. Bagi Shiha, tidak menjadi masalah untuk membantu, bukannya selalu, sekali sekala. Dia gembira kerana dapat membantu orang yang memerlukan. Tambahan bukannya jauh sangat dari rumahnya, dia hanya perlu membelok ke simpang sebelah sebelum masuk ke simpan rumahnya, tidak sampaikan lima minitpun.

191

“Mr. Lim, please let Mr. Tu Ah knows about our discussion today, ya?” tegas Zamri kepada Mr. Lim, Ketua Jurutera di tapak projek Tu Ah Tower. Hasil dari lebih satu jam perbincangan. Zamri sangat berharap agar Mr. Lim akan memberitahu bossnya tentang apa yang telah dibincangkan. Jangan dia tidak faham, lain yang disuruh lain pula yang akan dibuatnya kelak. “Yes, Mr. Zamli, I will let him know, you jangan lisau, tadikan saya sudah belitahu, memang kita mahu buat, tapi tak sempat ma..” Mr. Lim berdalih, sedangkan sekiranya tidak ada tinjauan dari pihak berkuasa, mahu tidak dibuatnya retaining wall tu. Mana tidaknya, untuk membuat retaining wall mengambil modal yang agak besar juga. Pasti jika dibuatpun hanya pada bahagian bawah, tidak seperti yang sepatutnya. Dia peduli apa, janji bangunan itu siap dan terjual. Jika hendak terjadi tanah runtuh atau bangunan retak, bukannya akan berlaku esok. Mungkin setahun, dua tahun atau tahun ketiga kerana ianya mengambil masa. Yang penting sekarang ini poket penuh dengan cagaran dan deposit dari pembeli. Dah tu, pulak pandai-pandai menukar nama Zamri kepada Zamli.. pelat cina, mana boleh sebut hurug “r”. “Okey lah Mr. Lim, lagi dua minggu saya datang lagi sini okey? You jangan mula apa-apa contruction lagi, selagi itu wall tak ready!” jelas dan tegas Zamri memberi arahan. Zamripun terpaksa mengikut lenggok bahasa Cina. Janji dia faham. Semua ini dia perlu tegas demi keselamatan orang ramai dikemudian hari kelak. Jangan main-main, ini melibatkan nyawa manusia. “Hari sudah mahu gelaplah Mr. Lim, I have to leave, tapi kita jumpa lagi dua minggu ..lagi dua minggu saya datang lagi..” Zamri masih mengulangi yang mereka akan bertemu, Zamri bercadang untuk membuat tinjauan susulan lagi dua minggu. “Okey la, lagi dua minggu ya..Telima kasih Mr. Zamli” balas Mr. Lim sambil menghulurkan tangan untuk berjabat sebagai menandakan tamatnya pertermuan dan perbincangan mereka hari ini. 192

Tentu si apek rasa lega, Mr. Zamli sudah hendak beredar. Buat atau tidak, tunggu aje dua minggu lagi. Zamri menyambut tangan Mr. Lim dan mereka berpisah, masing-masing menuju ke kereta masing-masing, memandangkan jika terlewat beredar, hari akan gelap dan merbahaya bagi pemandu untuk melalui jalan yang berliku dan bercerun. Zamli pun Zamlilah! Zamri menghidupkan keretanya dan terus mengambil telefon bimbit untuk menghubungi Murni. Dia perlu tahu sama ada Murni masih berada di pejabat atau sudah berada di rumah tatkala ini. Sementara menunggu telefon dijawab, mata Zamri meleret ke jam tangannya. Jam menunjukkan 5.45 petang. Jika dia sampaipun mungkin hampir jam 7 malam. “Muni..Muni kat mana ni.. abang baru nak bergerak pulang..” Zamri bersuara sebaiknya terdengar suara Murni menyebut Hello. “Muni dah kat rumah dah ni.. Muni tunggu call dari abang tapi tak ada, jadi Muni buat keputusan tumpang Shiha aje tadi” jelas Muni “Tak apa, abang risau takut Muni masih kat ofis.. baru sekarang abang nak bergerak. Discuss dengan Mr. Lim tu sampai terlupa nak contact Muni.. sorry sayang.. anyway Muni dah selamat kat rumah, abang lega.. ni nak gerak dah ni..” jelas Zamri. Sungguh ambil berat Zamri kepada Murni. “Hem.. abang tu berhati-hati, hari dah nak gelap ni, hati-hati bang…” nasihat Murni kepada suami. Hatinya sekarang sudah seratus peratus untuk lelaki ini. Dia sudah tidak ragu-ragu lagi dengan lelaki ini, Murni yakin pilihannya kali ini adalah pilihan yang tepat. “Ya lah..abang gerak sekarang,!...hemm Murni...” mengulangi lagi, tetapi terhenti, kerana masih teragak-agak hendak memberitahu sesuatu. “Ya.. bang..” tanya Murni, menunggu apa lagi yang akan Zamri luahkan. “Hem.. tak ada apa-apa, jumpa nanti kat rumah.” Jelasnya. Murni tertanya-tanya, ingatkan apalah yang hendak dikatakan kepadanya sebentar tadi. Jika sekadar hendak memberitahu akan berjumpa di rumah, baik tak payah cakap, saja nak buat orang risau sahaja.

193

Zamri memandu berhati-hati dicuaca yang hampir rembang senja. Tidak sampai setengah jam pemanduan Zamri terlihat kelibat seorang lelaki sudah menyingsing lengan kemeja puteh, cuba menahan keretanya. Entah siapa, Zamri tidak dapat melihat wajah lelaki ini. Keretanya rosak atau perompak?. Zaman sekarang ini semua kena berhati-hati, sehinggakan jika ingin membantupun kena berfikir berkali-kali. Manalah tahu, niat hati hendak membantu, silap-silap niat hendak membantu, nyawa pula yang melayang. Zamri memandu perlahan sambil berfikir, lama dia berfikir sama ada hendak membantu atau meninggalkan sahaja lelaki tersebut di dalam gelap di situ. Akhirnya Zamri membuat keputusan untuk membantu, manalah tahu, lelaki itu mungkin benar-benar memerlukan pertolongan. Tawakal sahajalah. Niat Zamri ikhlas untuk membantu, insyallah dia akan dilindungi ALLAH. Zamri memberhentikan keretanya agak jauh, sudah terlajak. Zamri melihat dari cermin belakang apa seterusnya tindakan lelaki itu. Manalah tahu jika ada geng yang bersembunyi di semak-semak di tepi jalan. Zamri lihat lelaki itu berlari mendapatkan keretanya. Untuk keselamatan, Zamri masih mengunci keretanya dengan semua pintu tertutup rapat. Apabila lelaki itu sudah berada di sebelah, baru dibuka sedikit sahaja cermin tingkapnya. “Encik.. saya nak minta bantuan, tolong hantar saya ke hotel tempat saya menginap malam ini, kereta saya meragam pulak, rasa saya sudah kehabisan minyak, saya terlupa isi.. sebab nak cepat tadi..” bersuara lelaki tersebut dengan termegah-megah. “Oh.. macam tu. Hotel mana Encik menginap?” tanya Zamri, tetapi cermin tingkap masih tidak diturunkan sepenuhnya, hanya setakat boleh mendengar apa yang dibicarakan. Dia masih ragu-ragu, lelaki itu masih belum dapat memberi kepercayaan kepada Zamri seratus peratus. “Saya dah booked Shahzan Inn, tolonglah Encik bantu saya, saya sudah locked kereta saya, itu nanti saya uruskan esok, bila siang, tapi sekarang saya benar-benar perlukan bantuan” Jelas lelaki itu seakan-akan merayu.

194

Kasihan pula rasa di hati Zamri. Bagaimana jika Zamri yang menjadi lelaki yang masih berdiri di cermin sisi. Jika dia tidak membantu, adakah orang lain akan membantu di waktu begini? Sedangkan apabila gelap, mana ada kenderaan menaiki Bukit Fraser. Zamri berfikir, andai dirinya di tempat lelaki itu, apa akan terjadi agaknya!. “Okey Encik, saya hantar Encik kat Shahzan Inn.. masuklah..” akhirnya kata hati Zamri mempercayai lelaki itu. Tawakal. “Terima kasih Encik..” jawab lelaki itu dan terus menjinjing beg kecil. Beg pakaian agaknya lalu berjalan pantas ke seat penumpang di sebelah Zamri. Lelaki itu terus masuk dan terus menghulurkan tangan memperkenalkan dirinya. “Terima kasih Encik.. saya Ammar Aidid” memperkenalkan dirinya. Zamri menyambut tangan lelaki yang baru memperkenalkan dirinya. Namun itu tidak penting, Zamri masih perhati-hati, manalah tahu si lelaki ini masih mencurigakannya. Siapa namanya tidak menjadi hal kepada Zamri. Zamripun tidak registerpun nama disebut. “Saya Zamri..” Zamri memperkenalkan dirinya dan meneruskan pemanduan pulang. Di dalam kereta tidak banyak yang bicarakan. Mana tidaknya, lelaki itu adalah orang asing yang baru beberapa minit sahaja dikenalinya, takkan dia hendak over ramah pulak. Tambahan pula, sebaik sahaja lelaki itu keluar dari keretanya, mereka akan menjadi orang asing semula. Zamri hanya membantu mana yang perlu. Sampai di Shahzan Inn, hari sudah gelap. Lelaki itu tidak putus-putus mengucapkan terima kasihnya yang tidak terhingga kepada Zamri. Tanpa pertolongan Zamri, dia tidak tahu apa akan jadi kepadanya. Silap haribulan tidur di dalam kereta di tengah-tengah hutan Fraser Hill tu. Tidak dapat dibayangkan olehnya. Bukan dia sahaja yang tidak dapat membayangkan apa akan terjadi? Zamri juga memikirkan perkara yang sama, jika perkara itu terjadi kepadanya, rasanya tidak tidur satu malam jawabnya. Menjadi jaga sehingga siang. Sebaik sahaja mereka mengucapkan selamat malam, Zamri memandu pulang. Isteri tercinta sedang menunggu di rumah. Pasti Murni risau, menunggu dirinya yang tidak 195

sampai-sampai. Jika di kira dari waktu dia memberitahu kepulangannya, dia sepatutnya sudah lama berada di rumah. Seperti dijangka, Zamri melihat Murni yang sudah memakai kaftan batek lengan panjang tercegat di depan pintu rumah. Murni berlari-lari anak membuka pintu, rambutnya yang diikat ekor kuda terliang liuk mengikut pergerakan pantas tuannya. Murni tidak memakai tudung sudah berada dalam rumah sendiri. Pintu pagar dibuka luas, untuk membenarkan Zamri memakirkan keretanya bersebelahan kereta Murni. Sebaik sahaja kereta dipakir, Murni menutup semula pintu pagar dan menguncinya. Zamri menunggu isterinya dengan harapan untuk masuk bersaing ke dalam rumah. Murni mengambil beg bimbit kulit Zamri manakala tangan Zamri melilit bahu Murni. Murni senang diperlakukan sedemikian. Mereka masih pengantin baru katakan. “Kenapa lambat ..?” pendek sahaja pertanyaan Murni. Nadanya lembut sahaja, tetapi maknanya mendalam. Dia tahu Zamri tahu apa maksudnya. Zamri perlu berhemah untuk memberi jawapan agar Murni tidak bersangka buruk terhadapnya. Zamri menghela nafasnya sebelum menjawab. ”Tadi.. tadi masa abang balik, abang jumpa this guy.. tahan kereta abang, katanya kereta dia..hemm kereta kehabisan petrol, dia lupa isi, dia kata dia rushing nak ke sini. Tulah abang tolong hantar dia kat hotel yang dia dah booked..” jelas Zamri. “Betul ke cerita abang ni.., macam cerita rekaan aje..” balas Murni “Betul.. bukan abang nak buat cerita pulak, tak apa .. terserah, Muni nak percaya ke tidak, abang cakap yang betul” bersungguh-sungguh Zamri untuk menegaskan apa yang diberitahu adalah benar. “Manalah tahu, saja nak buat cerita.. bukan Muni tahu pun, betul ke tidak?” kata Murni menyakat. “Tak percaya sudah.. abang cakap yang betul”jawab Zamri, malas hendak layan. “Tak kesahla.. apa aje cerita abang tu..janji abang dah selamat sampai.. ha.. pergi mandi dan solat maghrib dulu, Muni nak panaskan lauk” tukas Murni sambil tersenyum. 196

Sejuk hati Zamri, dia tahu isterinya mempercayai ceritanya. Cerita yang benar, bukan rekaan, kenapa dia perlu risau. Bagi Murni, kenapa perlu meragui suaminya. Murni yakin, itu memang cerita sebenar. Suaminya sudah membantu orang yang memerlukan pertolongan, syukur alhamdullillah. “Mila mana?” tanya Zamri, apabila melihat sekeliling tidak adapun bayang Mila. Anak kesayangannya itu. “Ada kat atas, buat homework, dia dah makan dah.. awal lagi, Muni nak dia tidur awal malam ni, esok dia ada koku.., nanti dia letih..” penjelasan Murni yang lengkap agar Zamri tidak perlu bertanya lagi. “Ya la.. abang naik dulu, bak beg abang tu.” Zamri mengambil begnya yang sudah dihulur oleh Murni, terus menaiki tangga. Murni berjalan ke dapur untuk menyediakan makan malam mereka yang sudah dimasak oleh Kak Romlah. Selang dua puluh minit, Zamri turun mencari Murni yang sedang leka di sofa menonton TV. Drama Akasia TV3 rupanya. Layan drama melayu pulak minah ni. Zamri hanya tersenyum dan mengambil tempat di sebelah Murni yang mengesot memberi ruang agar suaminya dapat duduk dengan selesa di satu sofa. “Cerita apa Yang” tanya Zamri “Hah..” Murni menjawab, tetapi mata masih tertumpu di kaca TV “Cerita apa..” ulang Zamri “Teduhan Kasih.. best jugak cerita dia.. tapi ada jugak yang tak logiknya, macam tak ada orang lain, sentiasa aje ada kebetulan..” omel Murni, banyak pula komplainnya, tapi setiap petang tunggu juga drama bersiaran. Zamri cebik muka, cuba menghadam apa yang dikatakan Murni sebentar tadi. Tidak puas hati dengan jalan cerita, tetapi tonton juga. “Jom makan..” Zamri mengajak Murni makan malam. Murni mengambil remote dan menutup TV terus berjalan kemeja makan dengan Zamri di belakangnya. Semua makanan sudah tersedia, kecuali nasi yang masih di dalam periok nasi eletrik. Murni menyendok nasi dan memasukkan ke dalam mangkuk nasi. 197

Di meja makan, mereka berbual kesah yang berlaku di pejabat. Kesah Zamri membantu lelaki yang tidak dikenalinya petang tadi langsung tidak dibangkitkan. Apa pula hendak diulang cerita yang telah disampaikannya kepada Murni. Jika Zamri ceritapun, bukan memberi apa-apa faedahpun. Yang penting dirinya selamat, begitu juga si lelaki yang dibantunya itu pun selamat… Tanpa Murni sedar, Zamri telah membantu Ammar, bekas suaminya

198

Terdengar sahaja loceng berbunyi, berselerak kanak-kanak keluar dari bilik darjah. Apa lagi, mereka mencari keluarga masing-masing yang datang menjemput pulang. Dari jauh Fifi sudah nampak anaknya Husna. Nampaknya Milapun ada dibelakang. Mereka juga sama seperti yang lain, turut berlari dan terus membuka pintu kereta sebaik sahaja sampai. “Bu, Nana nak minta ibu tolong singgah kat Manis Jelita Store kejap! Nana sama Mil kena beli somethinglah bu, boleh tak bu. Kat sana aje ada balang yang kita orang nak isi hadiah untuk teacher’s day esok” ujar Husna termengah-mengah, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Fifi hanya angguk dan terus memandu perlahan, dia kena berhati-hati keluar dari kawasan sekolah kerana masih ada anak-anak yang sebok mencari keluarga masing-masing. Berlari tanpa melihat kiri atau kanan. Takut pula ada tragedi pula yang akan berlaku nanti. Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Orang yang berhati-hatipun boleh terlibat, inikan pula orang yang leka. Dari itu Fifi sentiasa berwaspada, tidak mahu dirinya leka, walau sesaat. Sesaat yang leka boleh merubah segalanya. Mila yang duduk di belakang hanya menganggokan kepala tanda bersetuju dengan cadangan si kawan, Husna. “Hemm.. ye, nanti ibu berhenti sekejap, tapi situ susah nak parking, Nana pergi sama Mil sendirilah ya, tapi ingat! hati-hati…” nasihat Fifi kepada kedua-dua anak gadis itu tanpa memandang wajah anak gadis tersebut kerana dia sedang memandu. Dia kena fokus di jalan yang sempit dan berliku. Tidak sampai sepuluh minit, mereka sudah sampai ke destinasi. Husna dan Mila telah mengumpul duit dari semua kawan-kawan sekolah untuk membeli coklat yang akan diisi ke dalam balang serta diikat reben. Coklat telah dibeli oleh Sabrina, kerana dia dan keluarganya baru sahaja pulang dari bercuti di Eropah, dia telah membeli sebungkus coklat import dan reben pula akan dibekalkan oleh Suppayah kerana bapanya

199

mempunyai kedai runcit yang menjual pelbagai barangan, termasuk reben. Hanya balang yang belum ada dan perlu dicari. Memandangkan perjalanan ke rumah Husna dan Mila, melalui pekan, rakan-rakan yang lain meminta mereka sahaja untuk menguruskannya. Kutipanpun tidaklah banyak mana, entah balang besar mana agaknya yang boleh mereka beli dengan wang kutipan tersebut. Husna mengeluarkan sampul kecil yang mengandungi duit kutipan. Kedua gadis genit itu berlari menuju masuk ke Manis Jelita Store. Mereka berdiri di mana tersusunnya berbagai jenis balang, dari saiz kecil hingga saiz besar. Malah berbagai bentuk. Dari satu balang ke satu balang ditanya harga, akhirnya balang kaca jernih yang berbentuk enam segi dipilih. Seperti balang kueh raya sahaja,

jadilah. Kedua-duanya bersetuju untuk membelinya

kerana cukup dengan wang kutipan yang ada, cuba berbaki beberapa ringgit untuk membeli kad ucapan di kedai buku Jollie. Kedai buku tersebut hanya bersebelahan Manis Jelita Store. Selesai membuat pembayaran kepada balang, kedua-dua gadis itu ke kedai sebelah untuk membeli kad ucapan pula. Mila memegang beg plastik balang yang baru dibeli, manakala Husna membelek dan membaca setiap kad ucapan yang sesuai untuk diberi kepada Cikgu Ummayyah. Cikgu Umayyah adalah cikgu kelas mereka. “Pranggg..” bunyi seperti kaca berderai. Mila terkejut kerana dilanggar oleh seorang lelaki yang menoleh selepas membuat pembayaran, tanpa melihat ke belakang. Dia tidak menyedari Mila ada di belakangnya dan terlanggar tangan Mila yang memegang balang tersebut. Balang jatuh berkecai. Serta merta Husna menerpa ke arah Mila yang sudah menangis. “Nana… dah pecah…!” kata Mila terketar-ketar, air mata sudah melilih. “Maafkan pakcik.. maafkan pakcik.. pakcik tak perasan. Jangan nangis, nanti Pakcik ganti.. apa yang pecah tu..” tidak tentu arah lelaki itu dan dia cuba menenangkan Mila.

200

Entah kenapa, lelaki itu terasa sayu melihat budak perempuan yang di hadapannya menangis. Satu perasaan yang sangat aneh, rasanya seperti mereka pernah berjumpa, tetapi di mana? Susah untuk dia mengingatkan di mana, tetapi dia malas hendak mengimbas perjumpaan itu sehingga dia dapat jawapannya di mana, kerana buat masa ini budak perempuan itu perlu dipujuk. Apa yang berlaku adalah salahnya, tidak berhati-hati sewaktu menoleh tadi. “Pakkkciiik, pakcik kena ganti, itu untuk hadiah hari guru esok..” kata Husna dan segera mendapatkan kawannya yang Mila hanya menangis. Lelaki itu membongkok dan mengumpul kaca yang hanya sedikit sahaja terkeluar dari beg plastik. Kaca pecah banyak yang masih tertinggal di dalam beg plastik. “Pakcik… tolong gantikan ya..” tiba-tiba Mila bersuara terketar-ketar. “Ye..ye.. pakcik ganti.. tadi beli kat mana, pakcik beli lain.. pakcik beli yang baru ya?” Lelaki itu hanya mengikut sahaja agar dia mengganti apa yang sudah pecah. Jika itu cara yang terbaik yang dapat dia lakukan, dia akan lakukan. Dia mengaku dia yang gopoh, sudah tentu dia akan bertanggungjawab.

Lagipun berapa sen sangatlah harga

barang yang pecah, lebih bernilai harga yang dia dapat kerana dapat mengembirakan dua budak perempuan itu, priceless! Hanya anggukkan dari kedua-dua gadis tanda setuju. Mereka merasa lega apabila lelaki itu sanggup mengganti balang yang pecah. Jika tidak, manalah mereka hendak cari wang untuk menganti membeli yang baru. Apa alasan yang boleh diberikan kepada kawankawan yang berharap esoknya. Lagipun balang itu memang diperlukan esok. Lelaki itu mengambil beg plastik yang berisi balang yang pecah dan membuangkannya di tong sampah yang sedia ada di hadapan kedai. Ketiga-tiga mereka berjalan menuju semula ke Manis Jelita Store. Lelaki itu membeli semula balang yang sudah terpecah itu dengan balang yang serupa. “Anak-anak ni sekolah kat mana, nama anak?” tanya lelaki itu dan menghulurkan beg plastik yang mengandungi balang yang baru dibelinya kepada budak perempuan yang dia rasa pernah berjumpa. 201

“Kat sekolah Jalan Lady Maxwell…saya Mila dan tu.. Husna, kita orang panggil dia Nana” jawab Mila yang sudah hilang rasa sedunya, malah rasa senang pula berbicara dengan lelaki yang baru beberapa minit sahaja dikenalinya. Lagipun sudah tidak ada masalah yang perlu ditangisnya. Semua sudah dapat diatasi. Balang barupun sudah di tangan. “Hemm.. Mila sama Nana..” jawab si lelaki. Mudah sahaja mengikatkan nama dua anak gadis ini. “Terima kasih Pakcik.. sebab ganti” kata Mila lagi sambil mengangkat sedikit plastik beg yang berisi balang yang baru. “Mil, jom kita cari kad .. kad kita tak sempat tadi nak beli..” kata Husna. “ye..ye..” jawab Mila. Sebelum beredar Mila menoleh, masih memandang ke arah lelaki yang sudah menyelesaikan masalahnya. Hilang rasa sedihnya tadi. Mila terus meluru ke arah Husna dan jalan bersaing masuk semula ke kedai buku Jolie. Si lelaki masih berdiri tegak memerhati telatah dua budak perempuan itu, terutama yang bernama Mila. Lelaki itu hanya memandang kedua-dua gadis genit itu meninggalkannya dengan mengepit majalah Times yang baru dibeli sebentar tadi. Disebabkan majalah itu dia memecah barang orang. Dia juga gembira, sekurang-kurangnya dia dapat mengembirakan hati dua orang budak perempuan, kerana lalai tidak melihat apa yang ada di belakangnya. Yang budak perempuan bernama Milapun satu, kenapa pula berdiri di belakang orang? Ala.. budak-budak, bukannya dia fikirkan apa yang akan berlaku. “Apa yang lambat sangat tadi tu Nana, ibu naik risau tunggu..” tegor Fifi, kerana memang dia gelisah, menunggu di dalam kereta apabila kedua-dua gadis itu mengambil lebih dari dua puluh minit hanya untuk membeli dua barang. “Tadi tu kan bu, ada uncle tu terlanggar Mila, balang pecah. Lepas tu uncle tu ganti, tu yang lambatnya tadi..” jelas Husna. Mila hanya tunduk, takut temannya dimarahi ibu, hanya kerana dia yang telah menyebabkan balang yang baru dibeli itu pecah. Silap-silap dia juga kena marah! 202

“Ooohhh.. ibu risau aje.. dah..dah.. tu.. semua dah ada ke?” tanya Fifi, kini baru dia mengerti akan menyebab mereka lambat. “Dah bu.. jom kita balik.., balang sama kad ni Nana tinggalkan dalam kereta ni aje ya bu?, esok Nana ambil bawak sekolah” jelas Husna “Hemm..” pendek sahaja jawapan Fifi dengan pandangan tertumpu di jalan raya yang berbukit dan berjeram. Manakala lelaki yang dipanggil pakcik oleh Mila dan Husna, masih berdiri tegak memandang ke arah kereta yang dinaiki oleh dua gadis cilik berlalu meninggalkan dirinya. Pandangan tidak beralih, pertemuannya dengan kedua gadis cilik itu memberikan dia idea. Idea kepada misinya. Tujuan dia ke sini adalah untuk mendapat kepastian, sama ada anak Murni yang didengar semasa perbualan tidak sengaja dengan Tengku Shahzan dan Tuan DO tempoh hari ada kemungkinan anaknya atau anak siapa?. Benarkah Murni sudah berkahwin selepas dia berpisah? Jika benar Murni sudah berkahwin, budak itu sudah nyata, bukan anaknya. Jika bukan anaknya pun apa salahnya, sekadar bertanya khabar, itu aje. Dia mahu meminta maaf dan dia mahu hidupnya tenteram. Tidak mahu merasa dikejar rasa bersalah. Bersalah dengan apa yang telah dilakukannya kepada Murni dulu. Sungguh, dia cukup insaf. Pencarian esok akan bermula dari sekolah, sekolah di mana Mila dan Husna bersekolah. Dia harus meminta bantuan, sesiapa sahaja boleh boleh menghulurkan bantuan. Orang pertama yang boleh membantunya di dalam hal ini ialah guru besar di mana semua budak perempuan sebaya anaknya bersekolah. Ammar sungguh berharap agar apa yang dirancangnya berjaya. Berjaya untuk mengesan, murid yang ibunya bernama Murni Saliha Majid dan murid atau mana-mana budak sekolah yang berbin atau bintikan namanya, Ammar Aidid. Tidak rugi untuk mencuba, semoga sukses! Bisik hati Ammar dengan semangat yang membuak-buak

203

“Hulurkan mama sambal tu, sayang?” pinta Murni kepada Mila, agar menghulurkan sambal tumis udang yang berada di hadapan Mila. Mila terus sahaja menghulurkannya kepada mama. “Tadi kan ma, Mil sama Nana pergi beli hadiah untuk hari guru esok, tapikan,balang yang Mil beli tu pecah, ada pakcik tu langgarrr, tapi dia ganti balik, baik tau pakcik tu…” Mila mula bercerita, dia sungguh terharu balang yang pecah dapat diganti. “Iya.. hem.. pakcik tu memang baik.. kan bang?” sengaja Murni melibatkan Zamri agar menyokong kenyataannya. “Ya..ya..” jawab Zamri sambil berpaling ke arah Murni disebelahnya. “Oh.. esok hari guru ke?. Jadi apa hadiah yang Mil nak beri, kenapa tak beritahu awal, boleh kita beli satu hadiah untuk cikgu sekolah Mil..” ujar Murni lagi. “Tak payah ma, kita orang dah kongsi-kongsi. Kita orang beli coklat bubuh dalam balang yang Mil beli tu..” jelas Mila. “Oh.. macam tu, baguslah .., esok hari guru Mil jangan nakal-nakal ya, belajar rajin-rajin dan dengar cakap guru” nasihat Murni kepada anaknya. “Ya.. ma..” Mila akur. Murni tersenyum melihat anaknya. Dari hari kehari, nampak sudah semakin dewasa. Tidak sangka kini sudah mengenjak ke alam remaja. Terlalu pantas masa meninggalkan kita, sehinggakan kita tidak perasan. Bagaikan semalam dia melihat Mila belajar merangkak, bertatih, bercakap dan berjalan, kini sudah menjadi anak gadis sunti. Tidak lama lagi akan jadi gadis remaja.. Cepatnya! “Fikir apa tu sayang..” terkejut Murni ditegur Zamri dari belakang. “Tak.. Muni tengok Mila tu, diam tak diam Muni dah ada anak dara…” jawab Murni. “Ialah budak makin besar, bukan makin kecil.. apa yang Muni nak hairankan, kitapun makin tua bukan main muda tau? Kena ingat tu..” perli Zamri. 204

“Ala.. abang ni, orang cakap pasal Mila, dia cakap pasal kita pulak..”rajuk Murni “Abang nak naik atas ni, ada apa nak bawak naik ke atas..” tanya Zamri. “Ada..” Murni menghulur bakul laundry yang sudah penuh dengan pakaian yang sudah dicuci dan sudah kering. Pakaian yang baru diambil oleh Murni dari ampaian. Bakul laundry berpindah tangan, Zamri mengambilnya tanpa bicara. Lagipun kerjanya mudah sahaja, dia hanya menghantarnya ke bilik, yang melipat dan menyusun nanti tentu aje Murni.

“Cikgu, ada tetamu hendak berjumpa dengan cikgu, ada hal penting katanya” terdengar suara kerani sekolah memaklumkan guru besar bahawa ada seseorang yang ingin bertemunya. “Siapa, siapa namanya dan apa tujuannya” tanya guru besar. “Tak silap saya tadi nama dia Ammar Aidid, peguam dari Kuala Lumpur, ada urusan pusaka, katanya tadi, kalau tak silap saya dengar tadi” panjang lebar pula kerani itu memberi maklumat. Guru besar harus mengetahui lebih lanjut perihal orang yang hendak berjumpa dengannya. Jika sekadar hendak meminta maklumat ringkas, boleh sahaja diuruskan oleh pembantunya. “Hem.. kalau macam tu, benarkan dia masuk..” terus sahaja Cikgu Sulaiman, guru besar memberi kebenaran untuk Ammar berjumpa dengannya. Hal pusaka, berat kes ni, pusaka siapa? Lagipun dia gembira sekiranya dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Pintu diketuk Ammar dan terus masuk apabila mendengar kebenaran diberi dari suara yang datang dari dalam bilik. “Assalamualaikum Cikgu, saya Ammar” Ammar menghulurkan tangan. Salam pengenalan. “Ini kad saya” kemudian menghulurkan kad nama sebagai menguatkan lagi bahawa dia seorang peguam. Tangan disambut, begitu juga kad nama. 205

“Cikgu Sulaiman” balas guru besar sambil membelek kad nama yang masih di tangannya. Cikgu Sulaiman sempat membaca sekali imbas. Tertera nama, “Ammar Aidid Mustapha Kamal, .Ammar Rahim and Associates, Solicitor dan juga alamat serta numbor telefon dan lain-lain informasi yang perlu ada di setiap kad nama. Kad di letakkannya di atas meja. “Ya.. Encik Ammar, apa yang saya dan sekolah ini boleh bantu Encik Ammar..” tegas juga Cikgu Sulaiman meyoal. “Begini Cikgu, saya sedang mencari anak saya, kalaulah dia salah seorang murid di sekolah cikgu. Ceritanya begini, bekas isteri saya mengandung semasa kami berpisah dan setelah 8 tahun mencari baru saya dapat tahu dia tinggal disini. Sekarang ni saya perlukan waris untuk saya turunkan. Harta, taklah banyak mana, tetapi saya mahu anak saya ada sedikit dana dari saya untuk pengajiannya. Saya hendak kongsi sumbangan, tidak mahu bekas isteri seorang diri menyaranya. Saya tak mahu anak saya mengungkit kelak, tentu dia tuduh saya ketepikan dia. Kalau boleh saya hendak dia memiliki syarikat yang saya ada sekarang ni” panjang lebar Ammar menceritakan apa tujuan pertemuannya itu. Cikgu Sulaiman hanya mendengar dengan tekun. Yalah orang Kuala Lumpur, orang berada ni. Ada syarikat sendiri pula, siapalah agaknya budak yang bertuah ini yang bakal mendapat durian runtuh! Di kepala Ammar pula memikirkan perkara lain. Jika di sekolah itu ada murid yang berbapakan Ammar Aidid, sudah sahlah itu anaknya, namun dia perlu yakin dan seratus peratus pasti. “Ohh.. begitu, Encik Ammar saya akan bantu kalau saya mampu. Tetapi kalau tak, saya minta maaf. Encik Ammar ada detail budak tu..tak? berapa umur dia, lelakikah atau perempuan” jelas cikgu Sulaiman. “Terima kasih cikgu… 8 tahun pencarian saya ni., saya tak ada banyak detail, yang ada nama ibu budak tu aje. Itupun kalau cikgu dan sekolah dapat membantu..” lemah sahaja nada suara Ammar, seperti memohon simpati. “Nama ibu…nama ibu.. apa nama ibunya Encik Ammar” kasihan pula cikgu Sulaiman, apabila melihat Ammar yang 8 tahun sudah terpisah dengan anaknya. 206

“Umur tak berapa pasti pulak saya, cikgu.. tapi dalam lingkongan 7 atau 8 tahun gitu.. nama ibunya Murni Saliha Majid” terang Ammar. “Tak apa, nanti saya minta kerani semak dalam system..hem.. kalau umur 7 atau 8 tahun, mesti dalam darjah satu atau darjah dua, budak lelaki ke budak perempuan..jantina tak pasti..” memang bersungguh-sungguh cikgu Sulaiman cuba memba “Minta maaf cikgu, lepas bersalin tak pula bekas isteri beritahu anak mereka lelaki atau perempuan, itulah masalah saya. Yang saya tahu, memang saya ada anak” Main hentam sahaja Ammar, bersungguh bercerita untuk menyakinkan yang dia ada anak. Apa yang perlu dirisaukannya. Jika benar itu anaknya atau tidak, tunggu sahaja, budak itu berbin atau berbintikan siapa? “Hem.. kasihan budak tu ya..8 tahun tak kenal bapak dialah ni? Nanti saya tulis apa-apa detail yang boleh bantu pencarian ni ya Encik Ammar dan dan lepas ni saya minta kerani tolong check” ujar cikgu Sulaiman, sambil tangan ligat mencatit apa yang perlu. Kemudian menekan butang intercom. Pandai kau Ammar, berlakun sampaikan cikgu Sulaimanpun jatuh kasihan. Hebat rupanya lelaki yang bernama Ammar ini. Sudahlah pandai berhujjah, rupanya pandai berlakun juga. Syabas Ammar, Syabas! “Jo.. masuk kejap..” dengan suara garaunya. Guru besar, mesti tunjuk garang, tidak mahu anak buah naik kepala. Muncul kerani yang membantu Ammar diawal pertemuan. Jo, rupanya nama dia. Nama sebenar mungkin Johan, Johari, Johar, yang pasti bukan GI Joe. “Jo.. tolong semak siapa murid yang ada detail ni.. dalam darjah berapa ya..” sambil Jo mengambil sehelai kertas dari tangan cikgu Sulaiman. “Encik Ammar.. Johari..” Cikgu Sulaiman memperkenalkan kerani sekolahnya. Kan dah kata, namanya Johari.. Sementara menunggu, cikgu Sulaiman berbual kesah pengalamannya di Fraser Hill dan juga bertanya itu dan ini mengenai hal Ammar, bagaimana boleh mengetahui lokasi di mana bekas isterinya berada. 207

Sedang leka berbual, mereka dikejutkan dengan ketukan pintu oleh Johari. “Cikgu.. ada sorang murid yang ibunya nama Murni Musliha Majid dan bapanya Ammar Aidid” terang dan jelas Ammar mendengar namanya disebut. Muka Ammar terus memerah, terkejut. Sungguh, rupanya dia memang mempunyai anak yang dia sendiri tidak tahu keujudanya. “Sampai hati kau Murni, menyembunyikan hal ni..”bisik hati Ammar yang sudah sedikit terbakar. Marah, diri rasa ditipu. Belum sempat Johari hendak menghabiskan katanya, Ammar sudah berdiri dengan muka yang merah. Berdiri tidak lama kerana kemudian seperti lemah lututnya mendengar maklumat yang disampaikan. Terus dia terduduk, apabila cikgu Sulaiman bergegas membantunya untuk bertenang. “Encik Ammar, bertenang.. alhamdullillah, ada rupanya anak Encik Ammar kat sini..”katanya. Kemudian berpaling ke arah Johari “budak tu darjah berapa dan apa namanya, boleh Jo tolong panggilkan dan bawa kat sini..” gembira sebenarnya cikgu Sulaiman, sekurangkurangnya dia dapat membantu pencarian seorang bapa, tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Tahu tak lelaki yang di hadapannya yang telah menghalau ibu anak malang itu jauh darinya. “Nama dia Mimi Sharmila cikgu, dia dalam darjah dua Anggerik cikgu, saya akan bawa dia kat sini..” jelas Johari lagi. Hanya anggukan tanda setuju dari cikgu Sulaiman yang sudah kembali ke tempat duduknya semula. “Encik Ammar, macam nilah, saya boleh kenalkan Encik Ammar dengan anak Encik Ammar, tapi yang lain tu Encik Ammar kena berbincang dengan bekas isteri Encik Ammar la ya.. saya tak mahu kecoh-kecoh, Encik Ammar kan lawyer, tentu Encik Ammar faham apa maksud saya..” jelas cikgu Sulaiman. “Ya.. saya faham, cikgu, terima kasih banyak-banyak, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dengan anak saya. Dia tidak perlu tahu saya ayahnya buat masa ni, sampai dia

208

dah bersedia, takut nanti dia terkejut dan salah sangka pulak, kenapa baru sekarang saya cari dia..” tanpa disedari air jernih mengalir di pipi Ammar, air mata gembira. Di hatinya bertanya-tanya kenapalah Murni menyembunyikan perkara yang sebesar ini. Dia harus bertemu dengan Murni secepat mungkin untuk membuat penyelesaian. “Murni kau harus bersedia dengan jawapan yang terbaik untuk aku dengar!” bisik hati seorang peguam. Marah dan geram. Sekali lagi, gangguan oleh ketukan pintu dan muncul Johari dengan seorang budak perempuan. “Selamat petang cikgu..ehh.. pakcik, pakcik pun ada? apa khabar pakcik.?” tegur Mila kepada lelaki yang dia sangat terhutang budi. Baru semalam mereka berjumpa, hari ini berjumpa lagi. Ada yang tidak kena, atau dia mahu balangnya semula? Hati Mila berkatakata, apa harus dilakukannya. Sedangkan baling yang dibeli oleh pakcik itu sudah diserahkan kepada cikgu Sumayyah. Aduh! matilah aku kali ini, risau bukan main lagi Mila dibuatnya oleh lelaki yang dipanggilnya pakcik. Pakcik yang sudah berdiri betul-betul di hadapannya. Ammar juga terkejut, berdiri di depannya yang dikatakan anaknya adalah budak perempuan yang ditemui di kedai buku semalam. Budak yang dia telah memecahkan balang kaca. Budak perempuan yang pernah dia jumpa, tetapi dia lupa di mana? “Encik Ammar dah kenal budak ni ke?” tanya cikgu Sulaiman yang agak hairan, berkerut mukanya memikirkan, tadinya diberitahu tidak pernah bertemu selama 8 tahun, tetapi kini budak perempuan itu seperti kenal sahaja dengan bapanya. Cikgu Sulaiman tertanya-tanya. Siapa yang kena tipu? Dan siapa yang menipu? “Saya jumpa dia kat kedai buku semalam… tak tahu pulak dia budak yang sama yang saya cari..” jelas Ammar. Baru Cikgu Sulaiman mengerti. “Oh.. gitu.. kasihan..” kata Cikgu Sulaiman, faham. “Mimi.. mimi kenal pakcik ni..?” sengaja cikgu Sulaiman menguji Mila. 209

“Saya Mila cikgu.. Mila.. bukan Mimi..” tegur Mila, apabila cikgu Sulaman memanggil nama Mimi. “Oh.. ye ke.. okeylah Mila.. Mila kenal pakcik ni..?” diulangnya lagi soalan yang tidak terjawab. “Kenal cikgu, semalam jumpa pakcik ni kat kedai buku, dia ganti balang yang terlanggar pecah.. kan pakcik..?” Mila bertanya pula soalan kepada Ammar. “Ya.. ya.. Mila..ni.. yang pa… pakcik nak jumpa Mila, nak tahu kalau semuanya okey..” Ammar ingin memanggil dirinya papa tetapi terbantut. “Semuanya okey pakcik.. nasib baik balang baru tu tak pecah. Cikgu Sumayyah pun suka balang tu “ jawab Mila lega. Pakcik yang dihadapannya tidak mahu balangnya, tetapi kenapa pula mencari dirinya? “Cikgu.. boleh saya bawa Mila ke kantin kejap, sebab saya nak tahu lebih banyak lagi perkara yang saya sudah tertinggal..” pinta Ammar, meminta kebenaran untuk dia bersama anak yang tidak pernah dia ketahui keujudannya. “Ya.. Encik Ammar, silakan.”Ammar berdiri dan berjabat tangan, “Jumpa lagi, insyallah” sedih pula cikgu Sulaiman melihat keadaan Ammar yang membuatkan dia jatuh kasihan. “Jom Mila, pakcik belanja kat kantin, nak.?”tanya Ammar “Tak boleh pakcik, nanti Mila tertinggal kelas, ,nanti mama marah..” jawab innocent seorang budak. “Tak apa sekejap aje, lepas tu Mila masuklah kelas semula..”pujuk Ammar Mila memandang ke arah guru besar, Cikgu Sulaiman. Cikgu Sulaiman hanya mengangguk. Nampak gayanya Mila terpaksa ke kantin bersama lelaki yang dipanggilnya pakcik, tambahan lagi guru besar sudah memberi kebenaran. Di sepanjang pertemuannya dengan Mila di kantin, banyak maklumat yang telah diberikan oleh Mila tanpa dia sedari. Infomasi mengenai di mana mamanya bekerja, siapa sebenarnya papa Zamri, apa yang digemarinya, siapa nama bapanya dan apa sudah terjadi dengan bapanya.

210

Petang itu fikiran Ammar berkecamuk. Sampai hati selama ini Murni memberitahu Mila yang dirinya sudah meninggal dunia. Sayu sungguh hatinya diperlakukan oleh Murni. Ini membuatkan dirinya membara-bara ingin membuat penyelesaian secepat yang mungkin. Dikala ini, dia sungguh gembira, gembira mengetahui rupanya dia ada mempunyai zuriat, tetapi disebalik kegembiraan itu hatinya panas. Panas kerana Murni membunuhnya terlalu awal, sedangkan dia masih hidup. Kenapa Murni sanggup memberitahu anaknya bahawa dia sudah tiada di dunia. Apabila diperah kepala otaknya, baru dia teringat, Mila adalah budak perempuan yang pernah dia lihat bersama Murni di Klinik beberapa bulan yang lalu. Pertemuan yang singkat dengan anaknya hari ini amat memberi makna kepada dirinya. Patutlah sejak dari pertemuan pertama di hadapan klinik dahulu, hatinya berdetik, seperti ada sesuatu pada budak perempuan itu yang membuat hatinya sayu. Ditambah pula dengan cerita borak kosong di Shahzan Inn yang membuat hatinya bertambah ingin mengetahui lebih mendalam lagi mengenai budak perempuan itu. “Murni, walaupun aku tahu adalah mustahil untuk aku memiliki mu semula, tetapi Mila akan tetap menjadi milik ku sepenuhnya. Jangan main-main, ini Ammar Aidid!!” bisik hati Ammar yang sedang marah. Ammar lupa, sebelum ini dia bersungguh-sungguh memasang niat untuk memujuk Murni kembali kepadanya. Tetapi hari ini hatinya panas apabila mendengar penjelasan innocent seorang budak perempuan yang bernama Mila. Tindakan pertama yang perlu dilakukannya ialah mempastikan Mila memang benar-benar anaknya, dihatinya 99 peratus mengatakan Mila memang anaknya, tetapi 1 peratus lagi boleh sahaja merubahkan keputusannya. Straw Mila yang diambil selepas minum di kantin digenggam erat, kerana itu akan digunakannya nanti untuk mengenal DNA. Kemudian dia menghantar Mila semula ke kelasnya. “Mila.. papa akan kembali lagi, dan kali itu Mila akan kembali bersama papa..” bisik hati jahat Ammar.

211

“Puan, abang puan ada di bilik tetamu nak jumpa puan” suara Jamilah, operator cum penyambut tetamu memberitahu Murni melalui telefon yang abangnya ada menunggu di bilik tetamu. “Abang?..” girang rasanya Murni, terbayang wajah abang Ghaous. Satu-satunya abang yang Murni ada. “Apa halnya pulak abang Ghaous datang tak beritahu ni…! Ada hal penting ni..” bisik hatinya. Tidak pernah dibuatnya membuat lawatan mengejut. Selalunya dia akan telefon, atau sekurang-kurangnya menghantar pesanan ringkas jika ingin ke sini. Namun hatinya riang dengan kunjungan mengejut ini. “Tidak sempat hendak beritahu agaknya!” kata hati kecil Murni. “Ya Jamie saya keluar ni, terima kasih..” jawab Murni dengan nada ceria. “Mestilah nak buat surprise agaknya! abang Ghaous, abang Ghaous.. surpriselah sangat?” kata Murni di dalam hati, namun senyuman masih dibibir memikirkan abang Ghaous yang datang bertandang ke Fraser Hill, pasti dengan isteri dan anak-anaknya. Mila pasti gembira, jika mengetahui kehadiran sepupu-sepupunya. Langkah diatur laju, biar dia sahaja yang berjumpa dengan abang Ghaous dahulu, nanti kemudian akan diberitahu Zamri untuk turut serta. Tanpa mengetuk pintu, Murni terus menerpa masuk dengan gembira untuk bertemu abang Ghaous. “Hah! Awak? Macammana awak ada kat sini? Macamana awak tahu I kat sini?” Murni terkejut dan secara spontan, soalan-soalan terkeluar dari mulutnya. Ini baru betul dikatakan SURPRISE! Memang surprise sungguh.. but not a pleasant surprise. Lelaki yang duduk di sofa bukan abang Ghaousnya, tetapi lelaki, Ishy.. tak tahu hendak DIkatagorikan lelaki ini. Lelaki yang paling dia benci. 212

Lelaki yang pernah tidur sebantal dengannya. Lelaki yang membuatkan dirinya sengsara. Lelaki yang sudah mungkir janji untuk untuk menjaganya sehingga akhir hayat. Lelaki yang kononnya sanggup sehidup semati dengannya. Lelaki yang membuat keputusan tanpa usul periksa, Lelaki terakhir yang mahu dia bertemu di duni. Tetapi lelaki ini adalah bapa kepada anaknya. Senyuman yang sampai ke telinga tadi serta merta menjadi masam dan Murni ingin keluar meninggalkan sahaja lelaki ini. Sumpah! Murni tidak sudi bertemu dengan lelaki ini. Lelaki itu terus bangun apabila Murni muncul dengan tiba-tiba. “Murni, jangan pergi, abang ada nak cakap sikit dengan Murni.. please..” rayu Ammar “Excuse me.. abang.. “ Ammar baru hendak membuka bicara tetapi dipintas oleh Murni. “Abang! Abang siapa, dan nak cakap apa lagi..?” bentak Murni dengan nada suara agak tinggi. Kemudian Murni perasan dia berada di pejabat, walaupun hatinya marah, tetapi Murni terpaksa berhati-hati berbicara agar tidak menjadi perhatian . “Maafkan abang, abang datang mengejut sebab abang dah tahu pasal anak kita..” jawapan Ammar yang membuat Murni lemah. Perkataan “anak kita” membuat Murni terus hilang punca. Bagaimana dia tahu yang dia mempunyai anak? Terhenti sejenak, yang tadi tangannya sudah bersedia untuk memulas tombol pintu, nekat untuk meninggalkan sahaja bekas suaminya sendirian di dalam bilik. Tetapi ayat yang baru dia dengar membuat dia berpaling tanpa kata-kata. Murni seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar dari mulut Ammar. Perkataan “anak kita”, datang dari mulut Ammar. Murni menjadi lemah, lemah longlai. Dia terkedu. Tangan yang tadinya di tombol pintu, terlurut perlahan dibiarkan tertutup dengan sendirinya. “Apa yang you tahu pasal Mila.?.” suara Murni kendur. Tanpa Murni sedar, Murni telah menamakan “anak kita” yang bernama “Mila”. “Mila, anak kita kan..?” bidas Ammar. 213

Sedangkan tanpa Murni tahu, Ammar memang sudah mengetahui nama anaknya ialah Mimi Sharmila. “So!..” Murni menjawab dengan nada tinggi. “Kenapa Murni tak beritahu abang yang kita ada anak..?” soal Ammar tertanya-tanya dengan tindakan Murni selama ini yang menyembunyikan anaknya dari pengetahuannya. “Kita!.. excuse me.. kita..,Mila anak saya, bukan anak kita..!” garang suara Murni masih mempertahankan Mila. “Murni, jangan macam tu, please beri abang peluang nak betulkan keadaan yang sudah lama tidak terurai, abang tahu Murni sudah bahagia sekarang ni.. itu abang tak mahu ganggu. Jika Murni bahagia, abangpun bahagia, tapi tentang Mila, abang nak bertanggungjawab. Tolong Murni, beri peluang abang..abang rayu Muni” rayu Ammar. “Kalau Murni kata Mila bukan anak you, macammana?”kata Murni garang. “Mana boleh, abang akan buat DNA test bila balik nanti, gerak hati abang menyatakan Mila memang anak kita, abang dah jumpa Mila disekolah kelmarin”tegas Ammar “Hah!.. Apa? You jumpa Mila di sekolah? Buat apa? Jangan rosakkan fikiran dia boleh tak?” kata Murni, marah betul dia dengan Ammar. “Selama ini dia tidak pernahpun bertanyakan siapa bapa dia,jangan nak memandai-mandai pulak sekarang ni nak jadi bapa dia konon..tolong.. tolong jangan ganggu kami lagi” nada marah masih di bibir Murni, tetapi juga menageh simpati. Murni memang tidak boleh bertolak ansur dengan lelaki ini. Bila melibatkan tentang Mila, Murni akan berusaha untuk melindunginya. Murni mahu Mila menjadi haknya yang mutlak. “Abang nak tahu kenapa Murni sembunyikan anak kita sampai sekarang. Kenapa tak beritahu abang dulu yang Murni mengandung masa tu..kenapa? Kenapa Murni?” Ammar pula meninggikan suara, menageh penjelasan. Murni ketawa kecil.. “Apa? Nak Murni terangkan? Dah lupakah yang awak halau Murni macam Murni perempuan hina sangat..Dah lupa dah ya! Masa tu nak dengar suara Murni pun tak mahu. 214

Macammana nak explain. Nak suruh terangkan konon…pergi mampuslah!” jawab Murni geram. “Okey! Murni nak tanya, kalau waktu tu Murni beritahu yang Murni mengandung, adakah awak akan mengaku itu anak awak?” Murni geleng kepala dan ketawa kecil disambung. Ammar sudah memegang kedua kepalanya dengan wajah yang sangat sedih. Menyedari dia memang sudah membuat kesilapan yang amat besar. “Silap-silap awak tak mengaku anak awakkan! Silap-silap awak tuduh Murni menjalang dengan lelaki mana entah! Ada awak fikir tu semua?” sambung Murni lagi. Ammar masih tidak dapat membalas apa yang telah diperjelaskan oleh Murni. Dia mengaku, mungkin juga dia akan membuat apa yang telah Murni jelaskan. Di waktu itu dia memang marahkan Murni, jika tidak, mana mungkin dia menceraikan Murni talak 3 sekali gus! “Dah puas! Itu anak Murni bukan anak awak..dah jangan ganggu kami lagi.. please!” kata Murni dan dia ingin keluar meninggalkan si lelaki. Tiba-tiba kedua-dua mata menala ke pintu masuk. Zamri tercegat di depan pintu dengan badannya masih meregang pintu masuk. Terperanjat apabila melihat lelaki yang berdiri di hadapan isterinya ialah lelaki yang dibantunya dua hari lalu. Dia juga terkejut kerana bukan abang Murni seperti yang diberitahu Jamilah bahawa Murni bersama abangnya di bilik tetamu. Dia juga hairan kerana pemandangan yang terhidang di depan mata amat mencurigakan. Dia lihat si isteri menangis dan si lelaki juga dilihat sedih. Apa yang berlaku sebenarnya, atau mereka hanya berdrama! “Encik..Encik ni siapa sebenarnya? Apa hubungan Encik dengan isteri saya?” tanya Zamri. Zamri terperanjat, hairan, geram, misteri dan penuh tanda tanya. Murni terus menerpa ke arah Zamri dan Zamri memeluknya. “Kenapa sayang, dan lelaki ni siapa? tanya Zamri ke telinga Murni. “Abang, dia ni, Ex saya bang..Ex saya..”jawab Murni. Murni memperkenalkan lelaki yang berada di hadapannya.

215

Murni tidak mahu Zamri salah sangka, memikirkan yang bukan-bukan. Takut pula dituduh menjalinkan hubungan dengan lelaki lain pula. Alamatnya akan perang sabil nanti di rumah, sedangkan mereka baru sahaja sebulan bernikah. “Jadi, ada business yang Encik katakan tu ialah hendak menganggu isteri sayalah ya..!” kata Zamri. Pandai pula Zamri memulakan bicara. Marah nampaknya si Zamri. “Tak..tak Encik Zamri, saya tidak mahu mengganggu rumahtanga Encik, saya cuma hendak hak saya, Mila anak sayakan?..”jawab Ammar. Ammar menjadi serba salah, adalah tidak wajar dia bertegang leher dengan lelaki yang pernah menghulurkan bantuan kepadanya. Kecil sungguh dunia ini, sana sini ada sahaja berhubung kait, seperti dalam soap opera pula, seperti di dunia ini tidak ada penghuni lain. Pusing-pusing pasti berjumpa. “Beginilah Encik…Encik Ammar, sini ofis, sekarang ni waku bekerja, why not kita bincang baik-baik lepas kerja nanti, somewhere yang lebih sesuai” Zamri memberikan pandangan. Benar juga apa yang dikatakannya. Ikutkan Murni pasti dia tidak setuju kerana emosinya masih marah kepada lelaki itu walaupun sudah bertahun-tahun cuba dilupakannya. “Abang.. apa abang ni.. ini hal saya dengan dia, bukan hal abang! Murni tak mahu jumpa dia lagi. Biarkan aje dia pergi dan jangan ganggu kami lagi” Murni membantah. “Murni, anything about you and Mila, is my responsibility now..” jelas Zamri dengan tegas. “Kita selesaikan cara baik, cara jerit-jerit tak tentu hala ni, tak mendatangkan apa-apa faedah. Kita selesaikan, okey! Kan dulu abang dah janji, kita selesaikan sama-sama..” jelas Zamri. “Tapi bang.. dia nak ambil Mila dari Muni, mana boleh! Tak.. tak..Muni tak izinkan..” jawab Murni. “Tak ada siapa yang nak ambil Mila, sayang.. tu yang abang kata, elok kita berbincang. Dah tu..buat bertenang” Zamri meminta Murni bertenang. “Encik Ammar! Setuju tak rancangan saya?” tanya Zamri kepada Ammar. 216

Ammar hanya diam, dia juga perlu bertindak professional dan tenang. “Okey saya setuju, di mana kita boleh berjumpa..” akhirnya Ammar bersuara. “Okey,Encik Ammar dah setuju. Nanti jumpa di Coffee House Club Golf dalam 5.30 petang nanti, boleh?” cadangan Zamri “Ya.. saya setuju, jumpa nanti di sana..” Ammar bingkas bangun dan meninggalkan suami isteri yang masih merah inai dijari Zamri yang tadinya berdiri, terus menghempaskan dirinya di atas sofa sambil meraut rambutnya ke belakang sebaik sahaja bayang Ammar hilang dari pandangan. Kemudian menarik tangan Murni yang masih tercegang, perasaan terkejut masih berbaki. Mahu tidaknya, ingatkan abang Ghaous, rupanya abang Ghost. “Dah tu.. mari sini” sambil merapatkan kepala Murni ke dada. Zamri memang pandai menenangkan hati isterinya. Tangan Murni yang sudah sejuk kaku digenggamnya erat. Zup! Terasa panas kembali tangan Murni dek sentuhan dengan kasih sayang Zamri. Air mata yang ditahannya tadi, mengalir dengan sendiri tanpa Murni sedar. Mengalir kerana terharu, apabila ternyata Zamri ikhlas memilikinya dan Mila. Perlahan Zamri menyika air mata dari pipi isterinya. Dia faham benar, Murni sekarang ini hatinya gusar. Sudah dia jangka perkara ini akan berlaku, nasib baik kini mereka sudah sah suami isteri, jika belum, manakan mampu dapat dia menenangkan Murni cara begini. Murni rasa tenang apabila berada di dalam pelukan Zamri, tambahan pula kini berada di dada sasa lelaki itu. Dia cukup rasa selamat. Irama degupan jantung bagaikan irama sakti yang mampu menenangkan hatinya yang gusar. Di dalam hati, bergema kata-kata “Sayang.. kaulah wira ku”. “Macam ni Murni, Murni kena dengar cakap abang.. boleh..”kata Zamri. Murni mendongakkan kepala memandang ke wajah Zamri. Manja sungguh perbuatannya. “Murni kena ingat, Ammar juga ada hak ke atas Mila, Milapun kena tahu, lelaki tu bapa dia. Sekarang ni kita kena fikir yang terbaik, terbaik untuk Mila, terbaik untuk Murni dan terbaik untuk si Ammar..” sambung Zamri.

217

“Bang, tolong Muni.. Muni dah tak mampu nak fikir dah ni.. Muni buntu..”terketar-ketar Murni bersuara. “Abang faham, lepas ni pergi surau solat sunat dua rakaan, dan tunggu asar dah nak masuk waktu dah pun.. lepas tu datang bilik abang, kita bincang sikit apa yang kita kena beritahu si Ammar tu petang nanti..ya?”kata Zamri lembut “Dah tu, jangan nangis lagi, nanti apa orang ingat kita bergaduh laki bini pulak, lain pulak jadinya nanti, cerita hangat pengantin baru perang sabil..”gurau Zamri sambil jarinya masih menyika air mata yang entah kenapa masih mengalir walaupun Murni sudah tidak sedih lagi, malah bersemangat dengan sokongan yang telah diberikan Zamri. Murni hanya menganguk dan kedua-duanya meninggalkan bilik tetamu. Takut pula akan disalah sangka oleh kakitangan yang lain, terutama Jamilah yang sentiasa berada di depan kaunter, sambil menjawab telefon dia juga memerhatikan semua gerak laku setiap yang melintas di hadapannya. Kalau dia menjadi CNN tanpa cable, mahu satu Pejabat Daerah tahu drama tidak berskrip menjadi tajuk utama perbualan. Murni mengikut sahaja apa yang perlu dilakukannya. Selesai asar dia terus ke bilik suaminya, tanpa singgah ke biliknya. “Bang, macamana sekarang ni..?” belumpun duduk, Murni sudah mengemukakan soalan yang merunsingkan dirinya. “Firstly, Abang kena fikir yang terbaik untuk Mila, tak mahu terganggu emosi dia dengan perkara ini, kalau Ammar tuntut hak penjagaan sepenuhnya terhadap Mila, abang tak setuju, tapi kalau joint custody, abang boleh terima. Tapi kalau joint custody macam mana pula? Dia kat KL, Mila kat sini…? Masalah jugak?”kata Zamri. “iini yang peningnya ni…” sambungnya. “Muni harap dia tak mintak hak penjagaan. Biar Mila duduk aje dengan kita macam sekarang ni..” ulas Murni. “Jangan fikir macam tu, Muni, memang kita harap Mila akan terus duduk dengan kita, tapi Ammar? Dia pun pasti hendak anak dia duduk dengan dia jugak kan?.Jangan kita tamak, fikir orang lain sama.” ulas Zamri.

218

“Jangan dia minta perintah mahkamah sudah! Kalau ada perintah mahkamah, susah kita nak bantah, dia lawyer Murni.. lawyer, Muni dah lupa ke?” tenang sahaja Zamri berulas satu persatu. “Abang pun tak tahu apa yang kita kena buat sekarang ini, sebab kita tak tahu apa yang si Ammar tu mahu. Macamni lah, kita pergi jumpa dia dulu petang ni dan kita dengar apa yang ada dalam fikiran dia, malam nanti kita fikir lagi..kita kena professional Murni, abang mahu cara aman, tak mahu marah marah..” fikir Zamri lagi. Murni bangun meninggalkan suaminya, berjalan seperti zombie, di fikirannya berkecamuk. Sedang Murni menolak pintu untuk keluar, muncul Hamdan yang menyengkang badannya di pintu. “Hello kawan! Aku jelouslah tengok kau orang berdua ni., kat rumah berdua, kat ofispun berdua jugak, hishy untunglah kau Zam..” Hamdan menyakat, tanpa mengetahui mereka berdua sedang bingong kerana membincangkan perkara yang rumit hendak mereka diselesaikan. Penyelesaian perlu yang terbaik agar tidak melukakan hati mana-mana pihak. Yang penting emosi Mila perlu dijaga. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak. “Kak Romlah, kami balik lambat sikit, Kak Romlah boleh tunggu tak? Ada hal penting pulak petang ini..” Murni meminta Kak Romlah akan kelewatannya pulang petang ini. “Yelah Muni, akak tunggu sampai Muni balik, Zam pun lambat juga ke?” tanya Kak Romlah. “Hemm.. Mila mana Kak, dia buat apa tu..”tanya Murni “Ada kat atas, buat homework agaknya..”jawab kak Romlah “Terimakasih Kak..selesai urusan tu, kami pulang segera” janji Murni kepada Kak Romlah. “Ialah akak tunggu…” jawab Kak Romlah lemah sahaja bunyinya. Kak Romlah menjulingkan matanya ke atas, “Apahal pulak mereka ini! Tak pernah-pernah balik lewat, dah kahwin balik lewat pulak.. Ada hal kerja agaknya tu..” Kak Romlah bermonolog sendiri. Dia tidak mengetahui bahawa mulai hari ini perebutan hak penjagaan si anak angkatnya Mila akan bermula! 219

Sebaik sahaja Murni masuk ke biliknya, dia tidak dapat menumpukan sepenuhnya dengan tugas. Aduh!, susah jika selalu begini, pastinya nanti akan ditegur oleh boss. Penyelesaian perlu dicari secepat yang mungkin. Tangannya menyelak semula fail yang masih terbuka sebelum keluar berjumpa tetamu tidak diundangnya, namun masih tidak berupaya untuk menyelesaikan tugasan. Fikirannya sungguh telah dipenuhi dengan masalah yang terbeban di kepala. Berat sungguh, kalah masalah negara. Badannya dipalingkan menghadap komputer. Murni menekan tanda E biru besar (internet explore) mencari carian mengenai hak penjagaan anak. Sekurang-kuranya dia ada asas pengetahuan mengenai haknya terhadap Mila. Murni tidak mahu dia perbodohkan, hanya kerana tidak tahu hak yang sepatutnya. Berderet link yang keluar, hanya menunggu untuk Murni pilih. Salah satu article yang memberi Murni banyak informasi. Murni cuba memahami inti article itu sejelas-jelasnya. Article dari Pusat Yayasan Islam bertajuk “Hak Penjagaan ke Atas Anak Selepas Perceraian : Tanggungjawab Siapa?. Jari Murni menekan perlahan-lahan, cuba menghadam setiap ayat yang terbentang didepan mata. Dia harus tahu dan mengerti sejelas-jelasnya. Petang nanti Murni akan berdepan dengan bukan calang-calang orang, dia adalah seorang penguam yang berkalibar dan seorang pakar mengenai hal ini. Dia bekas suami dan dia ayah kepada anaknya. Article dimulakan dengan sabda Rasulullah, pandai penulis ini menarik pembaca dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Perbuatan halal yang sangat dibenci oleh Allah ialah talak (perceraian).” Perceraian dibenarkan dalam Islam atas sebab-sebab tertentu seperti suami isteri sudah tidak lagi bahagia hidup bersama disebabkan masalah komunikasi, penderaan fizikal atau emosi,

220

masalah seksual atau tidak memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam berumahtangga sehingga menimbulkan pertelingkahan.” Islam menetapkan sekiranya memilih untuk bercerai, ia perlulah dilakukan dengan tertib dan beradab. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud: “Talak (yang dapat dirujuk dua kali). Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.” Namun begitu, tidak ramai yang berbuat demikian. Kebanyakannya sanggup membuka pekung di dada, menceritakan keburukan pasangan hatta apa yang berlaku di dalam selimut pun sanggup diceritakan tanpa segan silu. Malah yang lebih menyedihkan ialah apabila berlaku perceraian hak penjagaan anak seringkali menjadi rebutan dan nafkah anak tidak ditunaikan. Oleh sebab itu, bagi menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup anak agar dapat terus hidup dengan tenang dan gembira, penting bagi pasangan mengetahui tentang hadhanah (hak jagaan anak). Hadhanah bermaksud pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya. Dalam Islam, tanggungjawab memelihara anak terletak dibahu ibu bapa.Apabila berlaku perceraian, timbul persoalan siapakah yang akan memikul tanggungjawab tersebut. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar: “Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: ´Ya Rasulullah, bahawa anakku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku´. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda: “Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain.” (Riwayat Abu Daud) Berdasarkan hadis ini jelas menetapkan bahawa anak pasangan yang bercerai lebih berhak berada di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya. 221

Terhenti Murni membaca article itu apabila dia mengulangi membaca ayat “anak pasangan yang bercerai lebih berhak di bawah jagaan ibunya berbanding ayahnya..” “Mila masih dibawah jagaan aku..” bisik hati Murni, sedikit gembira dengan penemuan article tersebut. Dibacanya lagi article tersebut perlahan-lahan, agar dia dapat memahami sepenuhnya. “Pertimbangannya adalah kerana tugas mendidik anak sesuai dengan sifat lahiriah ibu yang lebih penyayang, lebih tahu dan sabar mendidik dan mengasuh anaknya. Menurut Seksyen 82 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUKIS) 2003, ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. Namun begitu hak hadhanah yang diberikan kepada ibu boleh terlucut sekiranya si ibu tidak memenuhi salah satu syarat sepertimana berikut : “Dan syarat-syarat hadhanah itu tujuh perkara iaitu berakal, merdeka, beragama, lemah lembut, amanah, tidak bersuami dan bermukim. Sekiranya kurang salah satu syarat itu maka gugurlah hak hadhanah itu.” Tiba-tiba terhenti membaca, ayat “ salah satu gugur hak penjagaan ialah TIDAK BERSUAMI” sedangkan sekarang dia sudah bersuami. Aduh bagaimana sekarang ini, hati Murni berdetak kencang, kerana risau, namun aricle dibacanya terus. “Peruntukan Seksyen 83 EUKIS juga sejajar dengan maksud hadis di atas yang menyatakan bahawa seorang ibu itu akan hilang kelayakan menjaga anaknya jika dia berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, ibu itu berkelakuan buruk yang keterlaluan dan terbuka, ibu itu sering bertukar tempat tinggal (tempat bermastautin) bagi menghalang bapa kanak-kanak tersebut menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, ibu itu murtad dan ibu itu didapati cuai dan menganiayai kanak-kanak tersebut. Walaupun demikian, perlu dijelaskan bahawa walaupun ibu telah berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai pertalian darah dengan kanak-kanak yang dijaga, itu tidak bermakna hak jagaan anak akan berpindah kepada bapa kandung dengan mudah. 222

Bekas suami perlu membuktikan bahawa perkahwinan semula bekas isterinya itu akan mengganggu anak mereka. Jika bekas suami ingin menggunakan mana-mana alasan di atas, mereka perlu mengemukakan bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah. Murni tersenyum apabila dia membaca terus article tentang, isteri yang sudah bersuami, masih layak untuk menjaga anak bersama suami baru. Alhamdullillah, masih ada harapan Mila akan bersamanya terus. Article dibaca lagi. “Apabila ibu hilang kelayakan menjaga maka hak jagaan anak itu berpindah kepada waris terdekat iaitu: nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya; bapa; nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya; kakak atau adik perempuan seibu sebapa; kakak atau adik perempuan seibu; kakak atau adik perempuan sebapa; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu; anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa; ibu saudara sebelah ibu; ibu saudara sebelah bapa dan waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai ´asabah atau residuari´. Berapakah had umur anak yang boleh dijaga oleh ibu? Menurut hujah kitab Kifayah alAkhyar, Juz 2, halaman 93: “Apabila mencerai seseorang lelaki akan isterinya dan ia mempunyai anak dengan isteri itu maka si isteri berhak memelihara anak itu sehingga anak itu berumur tujuh tahun (mumaiyiz).” “Fuqaha berselisih pendapat mengenai had umur mumaiyiz ini. Namun begitu, menurut kebiasaan, anak lelaki dianggap telah mumaiyiz apabila berumur tujuh tahun dan anak perempuan pula berumur sembilan tahun. Selepas itu anak diberi pilihan untuk memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah s.a.w telah menyuruh seorang anak yang telah mumaiyiz supaya memilih sama ada ibu atau bapa yang dia suka tinggal.” “Confirm Mila masih dibawah jagaannya kerana Mila baru berumur 8 tahun..” Murni sudah mampu tersenyum, lega. Diterusnya lagi pembacaan “Menurut Seksyen 84 (1) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, dianggap belum mumaiyiz bagi kanak-kanak lelaki ialah dari bayi hingga berumur enam 223

tahun. Manakala kanak-kanak perempuan pula dari bayi hingga berumur lapan tahun. Ini bermakna kanak-kanak lelaki yang telah berumur tujuh tahun dan kanak-kanak perempuan yang telah mencapai umur sembilan tahun dianggap mumaiyiz. Walau bagaimanapun dalam Seksyen 84 (2) keputusan yang dibuat oleh anak tidak mutlak kerana Mahkamah boleh memerintahkan keputusan yang berlawanan dengan pilihan anak. Walaupun berlaku perceraian, hubungan di antara anak dengan ibu dan bapanya tidak terputus. Hubungan itu kekal sebagaimana kekalnya tanggungjawab bapa memberi nafkah kepada anaknya walaupun bapa tidak mendapat hak penjagaan anak tersebut. Ini termaktub dalam Seksyen 72 EUKIS. Nafkah termasuklah menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan apa-apa keperluan anak tersebut. Soal nafkah turut dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 di mana Allah berfirman yang bermaksud: “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang makruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan juga seorang ayah karena anaknya, dan waris pun berkewajiban demikian…” Perebutan untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas anak bagi pasangan yang bercerai tidak akan berlaku sekiranya mereka faham akan hak dan tanggungjawab masing-masing. Adalah baik sekiranya hak penjagaan anak dan nafkah mereka diselesaikan dengan cara yang tenang dan jelas sebelum perceraian difailkan dimahkamah. Sekiranya ditakdirkan jodoh tidak panjang, mungkin ada hikmah disebaliknya. Janganlah rasa dendam dan marah pada pasangan dilepaskan pada anak yang tidak mengerti apa yang berlaku. Hak penjagaan anak perlulah diterima dengan rasa penuh tanggungjawab dan amanah untuk dilaksanakan. Kebanyakan pasangan merasakan mereka perlu bersaing untuk mendapatkan hak penjagaan anak. Apabila hak tersebut diberikan, mereka menganggap ia satu kemenangan 224

dan yang kalah tidak berpuas hati. Eloklah direnungkan pandangan Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8 halaman 219: ”Sesungguhnya setiap penjaga dan anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting daripada hak penjaganya.” Selesai sahaja Murni menghabiskan pembacaan article tersebut, dia lega. Dari apa yang difahaminya, ada harapan besar Ammar tidak dapat mengambil Mila begitu sahaja darinya. Hak penjagaan anak perempuan yang dibawah umur sembilan tahun adalah dibawah penjagaan ibu. Murni menarik nafas panjang, dia merasa lega, lega seleganya. Sekurangkurangnya, Mila akan berada bersamanya setahun lagi. Setahun, macam-macam boleh berlaku! Apa yang perlu dia tunggu sekarang ialah, mengetahui apakah permintaan Ammar petang nanti. Buat sementara ini, baiklah diselesaikan kerja yang sudah terbengkalai, dengan waktu kerja yang tinggal tidak berapa panjang. Jika diikutkan hatinya memang dia tidak mampu untuk menjalankan tugasnya, tetapi dia perlu ingat, masalah peribadi jangan dicampur jadukkan dengan urusan kerja di pejabat. Jika ini berlaku alamatnya, hasil kerja menjadi haru biru dan tidak mempunyai qualiti langsung. Dari itu Murni kena elak dari ianya berlaku, kerana prestasi kerja yang baik selama ini harus dipertahankan.

225

Dari jauh Murni sudah nampak Ammar yang sedang duduk di meja paling hujung Club House di Club Golf tertua di Malaysia itu. Perasaan takutnya bertambah, disambarnya lengan kiri Zamri, Zamri mengerti apa yang dirasakan oleh isterinya. Tangan kanan Zamri menepuk perlahan tangan Murni yang melingkar di lengan kirinya sebagai memberi semangat. “Jangan risau sayang, kita cuba selesaikan secara baik, kita cuba mana yang boleh, yang lain biar ALLAH yang akan tentukan” nasihat Zamri. Murni hanya menarik nafas panjang. Namun dia lega dengan kata-kata semangat dari Zamri. Setiap tapak melangkah, semakin hampir mereka ke arah Ammar. semakin berat rasanya langkah Murni, tetapi semakin jelas pula wajah lelaki yang dulunya dia nekat tidak mahu berjumpa yang kini sudah berdiri menanti mereka. Aduhai!!! “Jemput duduk Encik Zamri” jemput Ammar. Lembut pula perangainya, pastinya ada helah. Namun mereka mengambil tempat duduk seperti yang diperlawa. Hendak berbincang, tentu kena duduk. Mana ada orang berbincang berdiri? “Murni.. “ Ammar merenung bekas isterinya tajam. Murni masih menarik, tidak berubah sama seperti kali terakhir Murni meninggalkannya. Pertemuan tengahari tadi, Ammar tidak perasan akan kecantikan Murni kerana Murni tidak memberi dia peluang langsung, terus meluru memarahinya. Tetapi petang ini, apabila di dalam suasana tenang, Ammar dapat berpeluang mengamatinya. Tetapi kini dia sudah melepas, Murni kini hak mutlak Zamri. Mengapa dia terlambat 8 tahun? Kau buat apa selama 8 tahun Murni menghilang?

226

Murni dengar Ammar memanggil namanya, tetapi dia pura-pura tidak mendengar. “Sebelum kita berbincang, nak anything .. refreshment..coffee ke, tea ke..?” tanya Ammar, relax sahaja dia. Ini, hendak berbincang atau hendak makan-makan? “Muni nak apa-apa?” tanya Zamri kepada Murni yang hanya diam membisu. Namun Zamri tetap bersikap professional. Zamri yang bertanyakan isterinya, kerana dia tahu, jika Ammar yang bertanya pasti tidak akan mendapat jawapan. Memandangkan pelayan sudah berdiri menunggu untuk mengambil pesanan sebaik sahaja dia melihat tetamu yang ditunggu sudah sampai. “Bolehlah.. fresh orange please” jawab Murni. Elok juga ada sesuatu untuk membasahkan tekak, kerana pastinya dia akan kehabisan air liur, kerana membantah apa yang bakal dituntut Ammar. “Saya pun..” jawab Zamri. “Ialah.. saya nak tea.. so one tea and 2 fresh oranges please..” jawab Ammar, pelayan mengangukkan kepala lalu meninggalkan mereka. “Okey.. Encik Zamri, saya ke sini bukan hendak merosakkan rumahtangga Encik Zamri, saya cuma hendak hak saya sebagai bapa kepada Mila.. itu aje. Murni I just don’t understand why you hide all this from me! Kenapa?” Ammar memulakan perbicaraan dengan soalan. Soalan yang hanya Murni sahaja yang boleh menjelaskannya. Murni ketap bibirnya, perlukah dia menjelaskan? Adakah dengan penjelasannya nanti boleh merubah niat Ammar untuk mendapatkan haknya? Zamri memandang ke arah Murni yang masih mendiamkan diri. Zamri perlu memujuk Murni, jika sekiranya Murni berterusan bertindak mendiamkan diri, masalah tidak akan berganjak kemana-mana. “Muni, abang rasa elok Murni cerita apa yang sebenarnya berlaku, at least Encik Ammar ni faham situasi sebenar..jadi tak adalah salah sangka”kata Zamri 227

Murni juga memandang ke arah Zamri dengan muka sedih. Perlukah dia mengingat semula peristiwa sedih yang sudah lama dia buang. Menyingkap semula kesah itu membuat dia gelisah, bagaikan mecungkil semula kesah silamnya. “Perlu ke bang?..” tanya Murni Zamri hanya mengangguk. “Hemmm.. okey.. Encik Ammar, I nak tanya you, if I told you 8 years ago, masa you ceraikan I that I’m carrying your baby, adakah you akan terima baby tu? I doubt that you will accept, sebab masa tu you difikiran diri you aje, you fikirkan mak you. you fikirkan sepupu kesayangan you. Dan sudah tentu you fikirkan, I adalah perempuan jahat, isteri yang tidak ada maruah, isteri yang tak jujur, tidak setia, malah yang ada banyak scandal dengan lelaki lain sana sini, sampaikan kena tangkap khalwat di bilik hotel.. betul tak?” Murni memulakan penjelasannya dengan sedikit terketar-ketar tetapi dengan nada perlahan, maklumlah di tempat awam. Jika didengar oleh pengunjung yang lain, diri sendiri juga yang malu. Kemudian Murni memalingkan mukanya ke arah Zamri yang nampak tenang. Zamri hanya menganggukkan kepala, meminta Murni meneruskan kata-kata. Ammar tunduk mendengar. Tangan Murni masih digenggamnya erat. “Well.. encik Ammar please tell me, what is your answer?” tanya Murni lagi Ammar tunduk, mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Murni. Memang dia mengaku bersalah. Bersalah kerana hanya mendengar sebelah pihak. Dia buta masa itu, buta oleh kata-kata ibu dan sepupunya. Mengapalah seorang peguam, seorang yang cerdik, tetapi masih boleh termakan cakap tanpa usul periksa. Di mana kewibawaannya sebagai seorang yagn sepatutnya berlaku adil?. “Murni.. abang minta maaf, abang terlalu percayakan Edwina masa tu. Tak sangka dia boleh tipu keluarga abang dan abang percaya sampai begitu sekali. Sebabnya, ialah kerana dia sepupu abang, abang tak sangka, memang abang tak sangka..” jelas Ammar lagi. “You tahu tak, perempuan tu yang perangkap I, dia kata, awak ada tunggu saya kat hotel tu sebab you minta I bawa some document, document for the next day hearing sebab you 228

sebok dengan client dari Singapura tu… I still remember, your Singaporean client yang dituduh membunuh maid dari Melaka tu... I percayalah sebab memang you memang sebok dengan client dari Singapore masa tu. Rupa-rupanya dia dah siap panggil JAIS siap-siap, perangkap I dengan client Singapore tu.” Jelas Murni lagi. “How could she!, tapi I cuba jelaskan, tapi you tak mahu dengar. Do you remember that moment?” jelas Murni dengan garang. “You tahu tak Encik Ammar, kasihan jugak pada that Singaporean tau.. diapun tak tahu menahu yang I datang, sama-sama terkejut masa tu. Dia jugak percaya you yang suruh I tunggu you di biliknya…sebab yang dia tahu you tunggu dia di lobby. Tetapi bila I beritahu dia yang I isteri you that time, dia percayalah. Tahu-tahu, tak sampai 5 minit I dalam bilik dia tunggu you, JAIS dah ketuk pintu. Nak cakap apa lagi! “ nada Murni masih garang. Garang mengimbas peristiwa hitam dia ditangkap khalwat. “That is why Murni, masa tu abang hilang pertimbangan, malu sebab Murni ditangkap dengan client abang. Abang tak mahu masyarakat menanggap abang jual isteri untuk business. Tapi silap abang jugak, tak fikir panjang, masa tu memang abang tak fikir panjang.abang ikut emosi. .I’m sorry, I really am!” Ammar menghela nafasnya, menyesali akan tindakannya yang tidak berfikir panjang. “Maafkan abang..” katanya lagi dengan muka sedih. “Okeylah Encik Ammar, sekarang Encik Ammar sudah tahu cerita yang sebenarnya, rasa saya tidak perlu kita ungkit cerita lama. Yang sudah biarkanlah berlalu, kerana ianya tidak akan dapat merubah apa-apa. Sekarang Encik Ammar sudah tahu situasi yang sebenar. Murni diperangkap masa tu. 8 tahun saya lihat dia tidak tenteram. Jadi tak usahkan kita ingatkan perkara yang sudah berlalu. Petang ni kita hendak bincang perkara yang lebih berfaedah. Kesah Mila” jelas Zamri panjang. Ammar hanya diam dengan sedikit mata berkaca oleh air mata yang tidak mengalir. Tahu salah sendiri. “Ya.. anak saya.. Mila.. bayangkan, sampai nama diapun saya tidak tahu, sehingga saya ke sekolah baru saya tahu nama dia..” sambil mengelengkan sedikit kepalanya. 229

“Saya sebenarnya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Mila membesar di depan mata saya. Dari tapak kakinya 2 jari sehingga sekarang, dia sudah jadi seperti anak saya sendiri, walaupun sekarang hanya sebagai bapa dirinya sahaja. Saya sayang Murni dan Mila, Encik Ammar kena mengerti tu. Tolong! Encik Ammar, saya betul-betul minta budi bicara Encik Ammar, tolong jangan keruhkan keadaan yang baru hendak cerah..” Jelas Zamri. Ammar masih berdiam dengan luahan jujur Zamri. Ammar jatuh kasihan pula. Sekali lagi matanya berkaca. Menyesal, terlepas waktu melihat anaknya, satu-satunya anaknya membesar. Terlepas melihat dia si anak membuka mata sewaktu lahir ke dunia, terlepas melihat si anak mengatur langkah pertamanya, terlepas melihat si anak tumbuh gigi, terlepas melihat si anak berlari, terlepas menghantar si anak hari pertama ke sekolah, terlepas menyambut setiap ulang tahun hari lahirnya dan banyak lagi yang tidak dapat difikirkannya yang dia sudah terlepas. Dari itu dia ingin mengganti semula semua saat-saat penting yang dia sudah terlepas. Masih belum terlambat, banyak lagi moment yang dia boleh kongsikan bersama. Kali ini dia cuba untuk bersama anaknya yang baru hari ini dia kenal namanya. Banyak lagi saat-saat indah yang bakal dia kongsi bersama. Tetapi semua itu hanya akan termakbul dengan bantuan Murni. Murni kena memberi dia peluang dan percaya kepadanya untuk merealisasikan semua itu. Mahukah Murni memberi dia peluang itu? “Abang tidak akan rampas Mila terus dari Murni. Abang juga tak mahu sakitkan hati Murni lagi. Cukup cukuplah dengan apa yang dah berlaku, cuma abang nak minta Murni cerita kepada Mila siapa abang yang sebenarnya. Ayahnya belum mati lagi, dan berilah peluang abang ganti balik masa-masa yang abang sudah terlepas bersama dia… “ rayu Ammar yang menala pandangannya ke arah Murni yang tunduk, kemudian dia berpaling ke arah Zamri pula. Murni memang sengaja tunduk, dia tidak betah memandang wajah itu, walaupun dia adalah suaminya satu ketika dahulu. “Encik Zamri, terima kasih kerana menjaga Murni dan Mila selama ini, nampaknya saya perlukan pertolongan Encik Zamri juga dalam perkara ini ” ujar Ammar lagi dengan nada sayu. Menagih sempati dari Zamri. 230

Terkedu Murni, tidak disangka Ammar memang sudah berubah. Perubahannya bagaikan langit dengan bumi. Mungkin masa sudah dapat merubahkan dirinya. Faktor umur juga membuat seseorang itu menjadi lebih matang dan dewasa. Ya.. mungkin factor usia!. Murni juga jatuh kasihan, hilang rasa risaunya. Ammar tidak cuba untuk merampas Mila dari dirinya. Kerana sikapnya yang bertolak ansur, Murni mempertimbangkan untuk menceritakan hal yang sebenar kepada Mila. Mila perlu mengetahui perkara yang sebenar. Tetapi bagaimanalah agaknya Murni perlu memulakan perkara ini. Murni memandang ke arah Zamri yang tenang. Suaminya yang cool as a cucumber. Murni kerap memberitahu Mila, yang bapanya sudah meninggal. Dia tidakpun menyebut meninggal dunia. Maksud Murni sudah meninggalkan mereka berdua. Tetapi fikiran anakanak apabila diberitahu meninggal, sudah pastinya meninggal dunia. Yang hairannya, Mila tidak pernah pula bertanya di mana kubur bapanya, untuk dia ziarah. Mila masih anak-anak, mana dia fikir itu semua. Masih innocent. “Macam inilah Encik Ammar, bagaimana kalau kita bincang lagi esok-esok. Berapa hari lagi Encik Ammar akan berada disini? Bukannya apa, saya perlu berbincang dulu dengan Murni.” Jelas Zamri. “Saya faham Encik Zamri, saya cadang hendak balik KL lusa sebab nak hantar DNA test tu. Jangan salah faham, bukan saya tidak percaya Mila tu anak saya. Cuma saya hendak in writing, senang saya uruskan hak Mila untuk dana pengajian dia nanti.”bicara seorang peguam, semua perlukan bukti. “Kalau begitu, kami hendak minta diri. Kasihan Mila dan Kak Romlah, tunggu kami lambat balik. Dia tak mahu tinggalkan Mila sorang-sorang kat rumah..lagipun hari dah gelap ni..Encik Ammar tahulah tempat-tempat begini bila gelap, langsung tak ada apa-apa aktiviti” Zamri memohon diri, dirasakan bekas suami Murni tidaklah sekejam yang difikirkannya. Syukur alhamdullillah. Sebenarnya dia lelah juga, lelahnya akan bertambah apabila sampai di rumah nanti. Lelah melayan Murni dengan emosinya. Sebagai suami, dia akan tetap berada di sisi isteri. Hanya anggukan dari Ammar. Semua berdiri untuk membawa haluan masing-masing. 231

“Tunggu..!” terhenti langkah Murni dan Zamri yang baru beberapa langkah dihayun. Mereka menoleh ke arah suara, suara Ammar. “Murni, abang nak minta satu lagi permintaan? Boleh tak abang jumpa Mila sekali lagi sebelum abang balik KL..” Ammar merayu. Murni memandang ke arah Zamri. Zamri tidak dapat berkata apa-apa, semua keputusan adalah hak Murni. “Hem.. bila..?” tanya Murni pendek. “Bila-bila yang Murni rasa baik” jawab Ammar, teruja kerana nampak seperti Murni memberi kebenaran. “Baiklah, nanti Murni beritahu.. abang tolong ambil nombor telefon dia, Muni tak mahu simpan. Abang aje yang simpan..” jelas Murni “Oh ya.. Encik Ammar, Encik Ammar tolong beri nombor Encik Ammar dan nanti saya buat miss call.. itulah nombor saya” ujar Zamri Hanya anggukan dari Ammar tanda yang dia mengerti. Dihatinya ada rasa cemburu melihat kemesraan Murni dan Zamri. Sepatutnya, dia yang berada di sebelah Murni, bukan orang lain, tetapi apakan daya, semuanya sudah menjadi sejarah. Tidak sudah-sudah Ammar menyesali dirinya. Apa hendak dikata, nasi sudah menjadi bubur, tidak mungkin menjadi nasi semula. Apa yang boleh dibuat hanyalah dimakan sahaja, walaupun tidak sekenyang nasi. Buburpun buburla…

232

“Macammana Muni, si Ammar tu nak jumpa Mila sebelum dia balik, Muni benarkan ke tak?” tanya Zamri yang sudah duduk beralaskan bantal di belakangnya sebaik sahaja Murni membaringkan diri di sebelah. “Entah!.. Abang fikir macammana?” Murni menyoal kembali soalan yang Zamri tanya kepadanya. “Abang rasa elok juga kita jumpakan dia orang tu, tapi jangan cerita pada Mila lagi tentang siapa sebenar si Ammar nanti sampai the right time baru kita cerita. Kena perlahan-lahan, nanti Mil terkejut, sebab selama ni, dia ingat bapanya sudah meninggal dunia!” jelas Zamri. Murni yang di sebelah hanya setia mendengar, dia akan bersetuju dengan apa sahaja rancangan Zamri, kerana Zamri kini suaminya. Tambahan dia sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Apa yang difikirkan ialah agar Mila tetap bersamanya, Ammar tidak ujud langsung di dalam diari hidupnya. Jika itu yang dia rasa baik, maka itulah yang akan dilaksanakan. “Murni setuju aje, apa cakap abang. Milakan dah jadi anak abang. Kalau rancangan itu abang kata baik, Muni ikut aje, asalkan si Ammar tu tak ambil Mila terus dari kita..” jelas Murni. Lemah sahaja suaranya, seperti putus asa. “Memanglah Mila tu memang anak abang, tapi kita kena ingat, Ammar lebih berhak daripada abang. Kita tak boleh lari dari kenyataan dan hukum hakam ugama sayang oi… Macammana kalau petang esok kita bawa Mila jumpa dia kat Shahzan Inn, kita dinner kat sana. Lagipun dah lama kita tak keluar makan bersama, Cuma kali ini kita ada tetamu, si Ammar tu la..”kata AZamri mengemukan cadangannya. Itupun jika Murni setuju! Murni memandang Zamri yang bercakap menoleh ke arahnya. “Apa? Abang anggap dia tetamu?... Hheee bagi Murni, dia bukan tetamu, penyamun adalah, penyamun yang nak ambil barang orang..” jawab Murni geram.

233

“Murni jangan cakap macam tu, orang yang Murni kata penyamun tu, bapa kepada anak Murni tau?, penyamunpun dulu Murni sayang jugak kat dia kan? Jangan nak tipu, dulu memang sayang kat dia kan?”ulang Zamri mengusik Murni. “Abang!!. Dah tak ada maknanya, sayang taik kucing? Dulu lain sekarang dah jadi lain.!.” bentak Murni, marah betul dia apabila Zamri mengusiknya dengan kata gurauan yang si Ammar adalah kesayangan Murni satu ketika dahulu. Dah kenyataan, jika tidak, masakan adanya Mila.. “Sudah, sudahlah tu.. setuju tak dengan rancangan abang ni?” Sambil tangan meraih tubuh isteri yang merajuk. “Esok beritahu Kak Romlah tak payah masak, masak untuk dia sama Mila aje untuk lunch..” sambung Zamri lagi, apabila Murni hanya diam membisu. Murni mendakap bantal kecil, cuba meleraikan pelukan Zamri yang semakin erat, merajuk konon.. “Murni dengar tak, apa yang abang cakap tadi, setuju ke tidak?” tanya Zamri lagi. “Hemm.. abang beritahulah si Ammar rancangan tu, belum tentu lagi dia setuju ke tidak..” akhirnya Murni bersuara, mengharap agar Ammar tidak dapat hadir mengikut apa yang dirancang Zamri. “Esok abang uruskan. Dah tu.. jom tidur..” sambil tangan Zamri menekan punat lampu tidur, serta merta suasana bilik menjadi gelap. Murni tidak lagi tidur dengan lampu menyala kerana dia tidak lagi merasa takut, kerana dia sudah ada roommate yang bernama Mohamad Zamrizal di sampingnya. Jimat sedikit duit letrik yang baru menaikkan tarif harga letrik. Eh! Kesah tarif letrik pula yang difikirkan, apa kes!

Esoknya

234

Suasana di Café House Shahzan Inn tenang. Ditambah pula dengan alunan musik yang lembut memang membuat jiwa tenang. Irama yang perlahan, di antara dengar dengan tidak, namun masih dapat diketahui dendangan siapa. Keluarga Zamri mengambil tempat mengikut yang telah dibawa oleh pelayan. Terus si pelayan menghulur buku menu untuk mereka membuat pilihan. “Ayah Zam, Mil nak ice cream yang ni boleh tak?” Mila menunjukkan gambar banana split yang ada di dalam buku menu restaurant Shahzan Inn. Montok sahaja jari Mila menunjukkan gambar tersebut. Jangan tertipu Mila, nampak di dalam gambar memang meleleh air liur, bila sampai belum tentu sama seperti di dalam gambar. “Boleh.. Mil boleh order ice cream tu, tapi lepas kita makan nasi dulu, okey sayang. Sebab itu dessert, kita kena makan dinner dulu.. ya?” Pujuk Zamri. Mila hanya menganguk. “Assalamulaikum.. maaf lambat” semua menala ke arah suara. Ammar memberi salam dan meminta maaf di atas kelewatannya.

“Ehh.. uncle..mama..ayah Zam, uncle ni lah yang Mila cerita dulu, dia yang gantikan balang yang pecah tu, tepas tu dia jumpa Mil kat sekolah.. kan uncle?” Mila bercerita dengan nada ceria. Dia tidak mengerti yang di hadapannya ialah bapa kandungnya. Memang sudah suratan yang ditemukan dengan incident pecah memecah balang. Jika balang tidak pecah, sampai ke sudah mereka tidak bertemu. Kemunculan Ammar, membuktikan dia tidak membuat cerita, apa yang diceritakan adalah benar-benar berlaku. Cuma ketika itu Zamri dan Murni tidak berminat mendengarnya. Tidak mengetahui Ammar adalah orangnya yang disebut Mila, pakcik yang baik. Baik ke, jika dia punca balang itu pecah? Tang baik yang dimaksudkan Mila ialah kerana dia menganti dengan yang baru. Sudah memang wajar dia patut mengantinyapun…. Bagi Mila, kemunculan Ammar patut diucapkan terima kasih kerana dia datang untuk menyakinkan kedua ibu bapanya apa yang telah diceritakannya.

235

“Ya.. Encik Ammar, jemput duduk.. kamipun baru sahaja sampai…” Zamri mempersilakan Ammar untuk bersama mereka. Murni agak teragak-agak, dia kurang selesa dengan kehadiran Ammar, namun kerana permintaan Zamri dia cuba sedaya upaya untuk menerima kehadiran lelaki yang dipanggil tetamu itu. “Hemm.. okey, kita boleh order, nanti lambat pula, Mil sekolah esok..” bicara Zamri lagi, Nampaknya hanya Zamri yang menjadi jurucakap, Ammar tidak ada apa-apa yang hendak dikatakan.Matanya tertumpu ke arah Mila, dan sekali-sekali ke arah Murni. Yang penting, kehadiran dua orang perempuan yang sudah lama dicarinya sudah ada di depan mata. Ingatkan hanya pencarian seorang perempuan, tetapi rupanya dua.. Dia terharu, tidak disangka suami Murni seorang yang baik, bertuah Murni menjadi isterinya. Bukan sepertinya yang mensia-siakan Murni dahulu. Dia amat gembira dapat ditemukan dengan Mila, anaknya tanpa perlu bertegang urat bertengkar, mahupun memerlukan perintah mahkamah. Ingatkan orang yang begini hanya ada di dalam buku cerita, rupanya ada ujud di dunia. Betulkah? “Encik Zamri tolong order apa yang sedap di sini, saya tak tahu sangat…” Ammar terpaksa menyerahkan urusan pemilihan kepada Zamri. “Kalau macam tu saya uruskan ya?” Zamri terus melambai ke arah pelayan yang sedang menunggu isyarat. “Tolong encik sediakan ini…, yang ini..ini..ini..ini.. dan ini.. untuk 4 orang ya?” Zamri hanya menunjukkan gambar yang ada di dalam menu kad, dan pelayan mengambil nombor kod yang tertera. “Minumannya Encik.?.” tanya pelayan lagi “Ia tak ya jugak.. Encik Ammar.. what is your drinks..” tanya Zamri sopan, tanpa memikirkan yang Ammar bukanlah kawannya, malah sepatutnya saingannya. “Fresh orange… ya fresh orange” jawab Ammar seperti tidak yakin. “Okey.. 2 fresh orange, 1 juice tembikai, Mil.. nak apa?” “Ice creamlah ayah., ayah Zam dah lupa ke?” jawab Mila. 236

Tersenyum Ammar melihat anaknya manja dengan Zamri sehingga memanggilnya ayah tanpa rasa kekok, seperti ayahnya sendiri. Rasa terkilan dan cemburu juga menebal kerana panggilan yang sepatutnya untuk dirinya. Mila hanya memanggilnya uncle seperti yang Mila beritahu Zamri dan Murni diawal pertemuan tadi. Mahu tidak dia cemburu!. “Okey.. okey…Ayah Zam lupa pulak! Satu banana split”. Tangan si pelayan laju memasukkan satu lagi order. “Yey..!!” kata Mila sambil menepuk tangannya apabila Zamri turut memasukkan menu banana split yang dimintanya. Zamri senyum melihat Mila gembira. “Eh..ehh.. nanti dulu, dan 1 botol besar mineral water..itu aje. Satu botol air mineral cukupkan Sayang..?” tanya Zamri kepada Murni sebelum dia menamatkan pemilihannya. Murni hanya senyum, dengan muka yang masam-masam manis. Zamri memanggilnya Sayang di hadapan bekas suaminya. Gasak kau! Memang Zamri sudah terbiasa memanggilnya dengan panggilan itu, dia tidak berdrama okey! “Baik Encik..dalam 5 minit, the dinner will be ready..” pelayan meninggalkan meja Zamri dan keluarga. Ammar tersenyum, tersenyum kerana gembira dapat berjumpa Mila, atau tersenyum kerana panggilan “sayang“ itu? Di meja makan, Zamri memberi peluang Ammar bermesra bersama Mila. Murni juga rasa terharu melihat Ammar sayang kepada anaknya. Yang tidak tahu kenapa uncle yang baru dikenalinya bertanya itu dan ini kepadanya ialah Mila. Namun dia seorang anak yang mudah mesra dan disenangi.

Sesiapa sahaja akan suka kepadanya. Ammar sungguh

berbangga Murni dapat mendidik anaknya sendirian. “Terima kasih Encik Zamri, saya terharu, saya tidak sangka Encik Zamri dapat menerima kehadiran saya secara mengejut ni..” kata Ammar.

237

Sebenarnya dia juga agak sangsi, bagaimana mudah sangat suami si Murni mempengaruhi dirinya. Apa sebenarnya permainan yang dimainkan? Dia tahu atau tidak yang dirinya seorang peguam, jangan main-main!. Tetapi apabila difikir kedua kali, ada betulnya juga, apa yang dilakukan, bertindak dalam aman. Zamri pula hairan, kenapa pula Ammar hendak rasa terharu! Perlukah ada adegan jerit menjerit, pukul memukul, tumbuk menumbuk atau adegan menarik rambut! Memang bagus jika ada adegan ini semua menjadi tontonan orang, tetapi yang malu ialah diri sendiri. Hasilnya habuk pun tak ada! Dari itu carilah pendekatan yang lebih berfaedah. “Murni, abang juga nak minta maaf dengan apa yang telah berlaku, semua salah abang..abang mengaku” sambung Ammar lagi. Apa lagi yang perlu Murni katanya, semuanya sudah ditelan waktu. Sudah tidak berguna lagi. Andai kata dia diberi peluang untuk balik di masa silam, belum tentu Murni akan memilih untuk kembali, kerana dia bahagia dengan apa yang dia ada sekarang. Kemudian Ammar membongkok untuk bercakap dengan Mila. Lengan Mila dipegangnya “Mila, uncle suka dengan Mila, for a start boleh tak Mila panggil uncle, papa jugak, uncle tak ada anak, jadi tak ada orang yang boleh panggil uncle, papa. At least kalau Mila panggil uncle, papa, adalah uncle sorang anak .. jadi la..panggil uncle, papa Am” permintaan Ammar yang diluar jangka. Hanya datang secara tiba-tiba tanpa dia rancang. Yang paling terkejut ialah Zamri dan Murni. Murni pandang Zamri dan Zamri pula memandang Murni. Mila yang tidak mengerti juga tertanya-tanya. Memang tidak ada di dalam agenda pertemuan mereka mengenai perkara ini. Pandai-pandai aje si lawyer ini. Itulah, namapun lawyer buruk, di kepala otak sentiasa berfikir, memikirkan perkara yang tidak terfikir oleh orang lain.. 238

Mila bermain dengan tangannya sendiri, dia serba salah dengan permintaan uncle yang pernah memecahkan balangnya. Mila memandang ke arah Zamri kemudian pandangan ke arah Murni. Yang dia nampak ayah Zam hanya tersenyum, namun muka mama, masam. Masam seperti baru memakan asam kecut! “Kenapa pulak nak kena panggil uncle yang baru Mila kenal dengan panggilan “Papa”? Mila sudah ada papa… tu!.. ayah Zam!” jawab Mila. “Bolehlah,.panggil uncle, papa Am” pujuk Ammar lagi, merayu-rayu. “Kenapa pulak papa Am? Siapa nama uncle ya?” tanya Mila, hairan senang-senang sahaja lelaki yang baru dikenalnya beberapa hari meminta untuk memanggil dirinya dengan panggilan “papa”. Yang Mila hairan, ayah Zam diam sahaja dengan permintaan lelaki itu, mama lagilah.. tidak bersuara sepatahpun, mahupun membantah. Sepanjang yang Mila tahu, ayah Zam hanya boleh dipanggil ayah setelah ayah Zam berkahwin dengan mama, lama jugak Mila memanggil dia uncle Zam sahaja. Tapi uncle ini lain pulak, dia tak kahwinpun dengan mama? Tiba-tiba kena panggil papa. Yang lebih menjadi misteri kepada Mila, siapa nama penuh uncle tersebut, hanya perlu singkatan Am. Nama dia Amir kah? Mungkin Amran kut ? Entah-entah Ammar, nama yang sama dengan arwah bapanya kerana Mila ada terdengar ayah Zam memanggil lelaki itu dengan nama Ammar, cuma Mila tidak mendengarnya dengan jelas. Mungkin dia tersalah dengar. Lagi pun bukan arwah bapanya seorang sahaja yang bernama Ammar, ramai lagi lelaki di luar sana yang bernama Ammar, sama seperti nama arwah bapanya. Bisik hati kecil Mila yang memang dia tidak mengerti. Seorang lelaki yang muncul tiba-tiba dan meminta dirinya memanggilnya papa, bukankah itu satu perkara yang misteri?. Satu lagi yang menjadi kemusykilan Mila, lelaki yang dia kena panggil papa Am itu membahasakan dirinya kepada mama, dengan panggilan abang, Ramai rupanya abang mama ya!. Ini salah seorang abang Mama yang Mila tidak kenal. Lainlah uncle Ghous, itu

239

memang sah abang mama, uncle Zamri yang kini sudah menjadi ayah Zam juga mama panggil abang kerana mama sudah kahwin dengan ayah Zam. Entah! berapa ramai lagi abang-abang mama yang belum muncul. Mila tunjuk muka bingong. Susah juga dia hendak mencernakan persoalan yang bermain di kepalanya. Mungkin dia belum cukup dewasa untuk memahami agaknya. Tunggulah sedikit masa lagi, bila dia sudah dewasa mungkin dia akan faham semua ini. Susah juga menjadi orang dewasa ini rupanya. “Uncle duduk sini ke?” Mila bertanya. “Bukan uncle, papa Am..ya Mila, Papa Am duduk sini malam ni aje, esok papa Am kena balik semula kat KL.., nanti bila papa Am free papa Am jumpa Mila lagi, boleh?” tanya Ammar. Mila memandang sekali lagi ke arah Zamri, Zamri mengangukkan kepala. Mila tidak mahu memandang ke arah mama, kerana dia sudah tahu, muka mama tentu tidak berubah, masih masam berkerut! “Hemm.. uncle.. eh..papa Am kena tanya mama dengan ayah Zam..” jawab innocent seorang budak. Zamri hanya tersenyum dan mengangukkan kepala. Murni tidak berkata apa-apa. “Encik Zamri terima kasih dan maaf dengan tindakan saya berjumpa Murni siang tadi, saya tak sangka pula dia cukup bencikan saya. Memangpun patut dia benci saya, saya buat salah banyak kepadanya. Saya menyesal. Jadi, tolong jaga dia baik-baik… she is a good lady, I terlepas dia..” Ammar mengucapkan terima kasih sambil berjabat tangan. Zamri hanya tersengeh. Dia memang sudah tahu lama, isterinya seorang perempuan yang baik, jika tidak buat apa dia sanggup menunggu selama 8 tahun. Mila dan Murni sudah awal keluar meninggalkan kedua lelaki itu bersendirian. “Tak ada masalah Encik Ammar, cuma saya minta bantuan Encik Ammar, tolong jangan pisahkan Mila dari Murni. Mila nyawa Murni. Saya tak ada masalah juga untuk Encik Ammar jumpa Mila, bila-bila masa yang Encik Ammar mahu. Yang jadi masalah sekarang, 240

bagaimana hendak terangkan siapa sebenarnya Encik Ammar.. itu sahaja. Harap Encik Ammar dapat membantu saya dalam hal ini, kita kena cerita kepada dia perlahan-lahan, takut dia tak boleh terima, dia masih anak-anak” Panjang lebar permintaan Zamri. “Saya faham Encik Zamri. Saya pernah berlaku kejam kepada Murni, saya tak mahu buat kesilapan kali kedua. Saya juga hendak minta pertolongan dari Encik Zamri. Harap Encik Zamri tolong juga jaga Mila dan Murni baik-baik dan beri saya peluang untuk bertanggungjawab. Bertanggungjawab kepada anak yang tidak tahu saya bapanya” Ammar tunduk, sedih dengan tindakan yang telah dilakukannya. “Don’t worry Encik Ammar, she will find out sooner or later…” jawab Zamri sambil menepuk perlahan bahu teman dan juga seterunya. “Oh..ya thanks for the dinner and I better be going, esok Mila sekolah..” sambung Zamri lagi. “Ya.. tak ada masalah, perkara kecil aje. Pertolongan encik Zamri lagi besar bagi saya. See you later, nanti saya call bila saya nak ke mari lagi..” kata Ammar Zamri berjalan pantas meninggalkan Ammar yang berdiri memerhatikan Zamri berlalu pergi. Zamri pasti Murni dan Mila sudah lama menunggunya di dalam kereta di tempat pakir. Zamri dapat rasakan Murni tidak selesa dengan pertemuan ini. Namun kerana Zamri yang mengaturnya, dia terpaksa akur. Bagaikan terlepas dari mulut singa agaknya dirasakan oleh Murni setelah mereka selesai menjamu makan malam tadi agaknya. Nasib baik makanan boleh ditelan. “Murni, maafkan abang, abang rasa inilah saja jalan yang terbaik untuk semua, yang mampu abang fikirkan buat masa ini” Zamri bermonolog sendiri. Zamri berharap ini adalah langkah pertama untuk memberi peluang Ammar mengenal Mila dengan lebih rapat. Begitu juga Mila, agar dia dapat perlahan-lahan menerima lelaki yang dipaksa menanggilnya Papa Am. Zamri juga berharap agar Ammar faham mengapa Zamri sanggup menerima kehadirannya secara baik. Pertemuan yang dirancang secara aman, supaya Ammar tidak lagi merobek semula luka di hati Murni. Hati yang baru sahaja beransur pulih. Zamri akan berusaha apa sahaja untuk perempuan ini. Zamri tidak sanggup

241

lagi melihat Murni di dalam keadaaan berduka. Cukup-cukuplah dengan apa yang dia lihat selama ini. Berduka sekiranya Mila terpisah darinya. Berduka sekiranya Ammar merampas Mila darinya kerana Mila adalah nyawanya. Kerana Milalah dia terus hidup. Mengharung segalanya demi Mila. Yang Murni tidak tahu, Mila juga nyawa Zamri. “Cian dia, letih sangatlah tu.. sampai dah tertido..” bicara Zamri sebaik sahaja duduk di tempat pemandu dan terlihat Mila yang sudah lena di tempat duduk belakang. “Haah bang, dia dah tidur, tapi baik jugak dia tidur? Kalau dia tak tidur, hentamnya dia tanya itu dan ini pasal si polan tu.. apa kita nak jawab? Lagipun dah memang time tidur dia..” kata Murni. Murni merasa lega kerana Mila sudah lelap. “Ia jugak..nasib baik dia tak tanya. Sayang okey…?” teringat Zamri hendak bertanyakan khabar si isteri, sambil memandu pulang. “Hem… saya okey. Terima kasih bang, sekurang-kurangnya dia boleh terima rancangan abang tu. Janji dia tak tuntut Mila, bang, saya rasa lega..”.ucap Murni lega. “Jangan cepat sangat leganya Muni, panjang lagi perjalanan cerita Mila tu, abang harap apa yang kita rancang si Ammar tu setuju, jangan lepas balik KL , dia ubah fikiran pulak! “ getus Zamri. Murni terdiam, ada juga benarnya kata-kata Zamri. Takut juga dia berubah fikiran. Jika ini berlaku, Zamri dan Murni perlu memikirkan plan B. Plan B yang belum ada difikirkannya lagi.

242

Satu ciuman singgah di pipi kiri Zamri. Zamri yang sedang duduk membaca buku ilmiah di atas katil merasa hairan dan terkejut, dapat hadiah ciuman dari isteri tersayang. “Apa pulak ni Muni…?”Zamri terkejut sebenarnya, tapi dia suka! Buku diletakkannya di atas katil, tangannya singgah ke dahi Murni yang duduk betul-betul di sebelahnya. Murni melentukkan kepala ke bahu Zamri, hemmm.. sungguh romantik. “Tak demam pun..!” kata Zamri. Zamri merasa dahi Murni yang tidak panas, dia ingatkan demam

atau sakit, kerana

bertindak luar jangka tiba-tiba. “Tanda terima kasih Muni pada abang, pasal hal tadi. Kalau abang tak ada, tak tahulah Muni nak buat apa?” penjelasan Murni ke atas tindakannya. “Oooh pasal tu! Abangpun bukan pandai manapun, orang yang abang nak hadap tu lagi pandai. Itu aje yang terfikir, nasib baik aje tu dan juga dengan keredaan Tuhan..ahh.. ingatkan tadi tak sihat, tu yang perangai lain macam, tapi takkan dapat hadiah itu aje?” Zamri senyum nakal, menagih hadiah yang lain pula. “Haabis tu.. abang nak apa lagi..?” tanya Murni ngeri. Itulah pandai-pandai beri signal. Cik abang ingat signal lampu hijau. Tapikan, perempuan memang suka beri signal yang berbeza dari apa yang difikirkan oleh seorang lelaki. Itulah pasal, memang susah hendak membaca signal yang diberi. Selalu yang keluar di mulut kata lain, di dalam hati kata lain. “Ha..ini…!!” terus Zamri menarik Murni dan dipeluknya ketat, dibalasnya ciuman di pipi Murni bertalu-talu. Terkejut dan termengah-mengah Murni cuba mengelak dan menahan ciuman Zamri. Terjerit-jerit Murni dibuatnya. Jeritan suka sebenarnya diperlakukan sedemikian. Akhirnya dia berhenti dengan Murni masih di dalam pelukan. “Kalau Muni gembira, abang lagi gembira” dikucupnya kepala Murni yang sudah berada di dada. Murni hanya bermain dengan tangannya sendiri, dia suka dibelai begitu. Mesra. 243

“Abanggg… Muni sayang abang, Muni sayang Mila juga. Muni tak mahu kehilangan mana-mana permata hati Muni ni tau?..” jelas Murni dan meraih tangan Zamri untuk dia genggam. “Abang tahu, abangpun sayang Muni dan Mila, don’t worry Muni, kita kena hadapi aje apa-apa sahaja rintangan yang mendatang ni bersama-sama as long as abang ada Muni dan Mila bersama. Kena ingat tu, Tuhan hanya menduga orang yang dia sayang. Ini cuma dugaan kecil aje. Patut bersyukur apabila diduga, dia menambahkan lagi ingatan kita kepada Nya.. Ada orang tu lagi hebat dugaan mereka, dan mereka tabah..“ kata Zamri tenang. Murni senyum. Tak nampak pula kopiah tok haji di atas kepala Zamri. Bercakap sudah berbunyi seperti ustaz. Dah pulak! Kalau pakai kopiah tu ustaz. Habis tu, kalau tak pakai kopiah tidak boleh dipanggil ustaz? Bukan kopiah yang menentukan seseorang itu ustaz atau tidak cik Murni oi! “Baiklah ustaz Zamri..” bisik hati Murni Tetapi yang diluahkan “Terima kasih bang..” kan dah kata. Lain yang diucapkan lain yang di dalam hati. Zamri hanya senyum. Terserlah lesung pipit di kedua pipinya. Eh! Lee Min Ho ada lesung pipitkah? Tapi Lee Min Ho Malaya ni ada okey! “Hemmm.. dah tu, esok kita kerja. Nanti terlambat bangun pulak, susah kita nanti nak berjawab pulak!” Zamri mengetatkan lagi pelukan. Serta merta bilik yang tadinya terang menjadi gelap, namun masih terdengar suara orang berbisik dan merengek. Kata hendak tidur, tetapi masih banyak lagi cerita yang hendak dibicarakan. Sesekali terdengar gelak ketawa kecil. Buatlah apa yang mereka suka, jangan terlambat bangun esok sudah!.

244

Mila membelek mainan barunya di hadapan Murni. “Baik betul uncle tu eh, papa Am tu ya ma, tengok ni dia belikan Mila ni, tapi sebab apa ya? Bukan birthday Mila, birthday Mila lama lagi..?” gembira Mila menunjukkan set anak patong Barbie siap dengan kereta sorong kepada anak patung tersebut. Bukan itu sahaja, siap beberapa set pakaian yang boleh ditukar ganti. Kotak bungkusan kiriman dengan Pos Laju yang telah diterima petang semalam, cuma baru dibuka sekarang. Mila memasukkan semula anak patung tersebut dan dia mengangkat kotak tersebut dan meletakkannya di sudut ruang tamu. Tidak berapa berminat hendak bermain anak patung tersebut sendirian. Jika ada berteman, pasti seronok. Namun dia tetap gembira dengan pemberian Papa Am. Tidak kiralah hadiah itu untuk apa, yang penting dia dapat hadiah. Takkan hendak tunggu hari jadi sahaja baru dapat hadiah? Lagipun orang sudah memberi, kita terima sahaja la.. “Mesti mahal ni kan ma..?” tambahnya lagi. Mila berjalan ke arah Murni yang sedang menyelak suratkhabar. Bagi Murni apa sahaja yang ada kena mengena dengan lelaki itu, buat dia alergi. Tetapi demi kegembiraan si anak, Murni terpaksa berlakun. Hari Sabtu begini, Murni lebih suka berehat, malas dia hendak keluar. Zamri pula bersama geng golfnya. Selepas subuh tadi sudah hilang Apakah seronoknya bermain golf itu agaknya? Murni tidak mengerti. Kenapa perlu bersusah payah memukul sebiji bola sehingga sampai masuk ke satu lobang. Jika menyabet rumput di belakang dan di hadapan rumah, lagi ada faedahnya. Sekurang-kurangnya tak perlu mengupah Pak Dali memotong rumput. Sudah selamat RM35. Tetapi disebabkan sudah kena badi golf, tidak mengira panas atau hujan, sekiranya ada teman pasti mereka menghayun batang besi bengkok tersebut. Murni teringat soalan Mila, terus menjawabnya, lupakan kesah Zamri dan golfnya. “Mahallah agaknya, mamapun tak tahu… tapi jangan leka main aje, pelajaran kena ingat juga..” pesannya. 245

Kadang kala, Murni kasihan juga kepada si bekas suami. Mungkin sebagai salah satu cara untuk dia membalas waktu yang dia hilang bersama anaknya. Caranya dengan memanjakan Mila dengan memberikannya hadiah. Tetapi Murni harap jangan terlalu memanjakannya, dikuatiri Mila terleka. “Mil tahulah ma. Mil janji Mil tak leka. Ni Mil nak pegi jumpa Nana kat padang mainan dengan basikal, boleh tak ma! bukan Nana aje, ada dua tiga orang lagi, semua kawan sekolah Mil”jawab Mila. Mila sedang meningkat remaja, dia lebih suka berbasikal bersama kawan-kawan. Berintereksi bersama teman, satu aktiviti yang sihat, apa salahnya, dari bermain anak patung sendirian, tak best. “Boleh, tapi jangan lama sangat ya..lunchtime balik tau” Murni memberi kebenaran. “Hemm.., Mil balik sebelum lunch” janjinya kepada mama. “Hati-hati.. tengok kereta..kiri kanan baru jalan ya sayang..” pesan Murni Mila tidak menjawab pesan Murni kerana dia terus mengayuh basikalnya, dengan helmet di kelapa dan knee pad di lutut. Di fikirannya sudah di set akan pulang ke rumah sebelum waktu makan tengahari.

“Abang selisih dengan Mil, kejap tadi, dia dengan basikal, pergi mana dia tu..?” tanya Zamri sebaik sahaja muncul di depan pintu. Tangan menyeret troli golf yang masih dengan beg golf. Mata Murni tersorot ke arah suara, tangan terhenti seketika menyelak suratkhabar. Entah berapa kali dia menyelak suratkhabar tersebut, tetapi tidak ada berita yang menarik. Yang banyak disiarkan, kesah jenayah dan kemalangan, sudah naik takut Murni bila difikirkan. Bukan sahaja berlaku di luar negeri, malah lebih hebat lagi di negara sendiri. “Hah! abang, dah balik dah.. macammana hari ni, berapa birdie dan berapa bogey abang dapat hari ini..?” soalan Zamri tidak terjawab, ditambah dengan soalan lain. “Hahh..apa dia? Muni tanya apa? Birdie? Bogey? Hari ni tak banyak, abang dapat buat double bogey aje.. tupun nasib baik sebab angin tak kuat pagi ni..tu hah.Tadi abang selisih 246

dengan Mila, kat depan tu, dia pegi mana?” Zamri menjawab soalan Murni dan juga mengulangi soalannya yang masih tergantung tanpa jawapan. Zamri menurunkan beg golf biru dari trolli dan mengeluarkan satu persatu setiap 13 batang golf yang tegak berdiri di dalam beg. Murni hanya memandang Zamri yang leka mengelap kayu golf. Murni tahu, kayu golf perlu dibersihkan sebelum disimpan semula ke dalam beg golf. Untuk kayu golf yang khas, selalunya yang paling baik dan mahal, dipanggil driver, digunakan semasa Tee off di Tee box. 3 batang yang dipanggil wood batang golf ini diperbuat dari kayu dipanggil 3 wood juga untuk Tee off, hanya perlu pilih sebatang yang rasa sesuai. Kayu ini selalunya kepala dibungkus dengan ponjot. Untuk apa, Murni tidak mengerti, cuba tanya Zamri, yang Murni pasti juga tidak akan mendapat jawapannya kenapa perlu dibungkus dengan ponjot tersebut. Bagi 5 batang lagi yang diperbuat dari besi, yang dipanggil 5 iron, memang perlu dibersihkan kepalanya untuk mengelakkan dari berkarat dan juga membuang tanah atau rumput yang tersangkut. Begitu juga perlu dibersihkan kepada batang golf yang tertulis S yang bermaksud sand wedge, dan P untuk pitching. Akhir sekali putter, yang digunakan apabila sampai di green, satu-satunya batang golf yang boleh digunakan di green untuk menolak bola golf ke dalam lubang kecil yang terpacak bendera. Lubang yang hanya muat-muat untuk sebiji bola golf. Siapalah agaknya yang memulakan permainan ini, sampaikan menjadi ketagih bila sudah terkena penyakitnya. “Mil pergi jumpa Nana dan kawan-kawan dari sekolah kat playground depan tu.. dah Muni pesan, dia kena balik sebelum lunchtime” jelas Murni. Zamri hanya diam. “Abang!.. dengar tak Muni cakap ni.!.” sergah Murni, tadi bertanya sampai dua kali, bila Murni sudah memberi jawapan, dia buat endah tak endah sahaja mendengar. Zamri masih leka dengan peralatan golfnya, kini sedang membersihkan kasut golf pula. Sarung tangan yang hanya sebelah dimasukkan ke dalam poket golf beg. Kemudian mengheret semula troli beserta set yang sudah bersih ke dalam stor di sebelah bilik tamu.

247

“Abang dengar sayang, abang dengar. Tolong sayang ambilkan abang air sikit..?” pinta Zamri. Murni jeling, tahu pulak dahaga, ingatkan sudah cukup kenyang dengan kayu golf tu. Murni mengomel sendiri, tidak berani disuarakan. Marah pun marah juga, tetapi sayangnya kepada Zamri tidak ada bandingannya. Murni berjalan menuju ke dapur untuk mengambil air yang dipinta. “Muni goreng beenhoon ni, marilah kita sarapan. Lagipun Muni belum sarapan lagi, saja nak tunggu abang, nasib baik abang balik awal. Kalau balik lambat, berkeronconglah perut Muni.. jawabnya” jelas Murni dari dapur. Tangan sudah tersedia air untuk dihulurkan kepada Zamri. Zamri menapak ke dapur dan mengambil gelas yang dihulur, terus meneguknya lalu duduk di meja makan. Memandang Murni mengisi beehoon ke pinggan di hadapannya. “Dah cukup tu.. abang tak lapar sangat. Muni tu yang lapar, baik cepat makan, nanti perut masuk angin, abang jugak yang susah nanti. Lain kali jangan tunggu, kalau rasa nak makan, makanlah dulu…” tegur Zamri. Memang Murni sudah memulakan suapannya, tidak perlu mendengar leteran si suami, yang mana Murni tahu, tentunya sudah bersarapan di Club bersama geng golf. “Abang nak tahu apa yang Ammar hantar semalam? Dia hantar Barbie doll dengan baby stole. Muni tak kesah kalau dia hendak beri Mila hadiah, tapi Muni tak sukalah bang, cara dia manjakan Mila dengan barang-barang macam mahal macam tu…” Murni menyampaikan ketidakpuasan hatinya tentang Ammar. Baru dua minggu mengenali Mila, sudah disogok dengan barang yang mahal-mahal begitu. “Muni tak boleh macam tu. Mil anak dia jugak, anak yang dia tak tahu ujudnya. 8 tahun baru tahu dia ada anak, of course dia excited, lagipun dia cuba nak ganti balik masa yang dia dah terlepas. Itu mungkin salah satu cara dia nak tebus balik masa yang terlepas tu. Muni kena faham. Kalau kita ditempat dia macammana?” ujar Zamri lagi.

248

“Abang ni sokong siapa? Memang padanpun dia, dulu buang Muni macam kain buruk aje” Murni kecewa dengan jawapan Zamri, ingatkan Zamri akan memberi sokongan padu kepadanya, ini tidak? Jawapan yang diberi membuat hati Murni mendidih geram. Zamri sudah menghidu masalah isterinya “merajuk”. Zamri terus bangun dan memegang bahu Murni dan mencium kepala si isteri. “Jangan macam tu sayang, abang sayang Muni dan abang sayang Mila, tapi dalam hal ni abang kena act neutral. Abang tak mahu Mila jadi mangsa, mangsa rebutan. Abangpun tak mahu Murni kehilangan Mila. Sayang kena ingat, kita kena berhati-hati buat tindakan, jangan sampai Ammar libatkan mahkamah. Sayang kena ingat tu, Ammar cenderung dalam hal tu. Dah sudah, abang nak mandi, lepas sayang makan, teman abang kat atas ya.. boleh tak?” pujuk Zamri. Murni diam membatu. Dia mengerti kenapa Zamri bertindak sedemikian. Buat masa ini Murni tidak di dalam keadaan yang membolehkan dia berfikiran waras. Apa yang di kepalanya ialah ingin Mila menjadi haknya yang total sahaja. Nasib baik ada orang seperti Zamri, orang yang masih boleh berfikir dengan waras untuk menyelesaikan masalah ini agar kedua-dua belah pihak mendapat faedah. Win win situation. Tidak ada siapa yang untung, dan tidak ada siapa yang rugi. Ehh.. mana boleh macamtu, Murni nak menang.. Selepas mencuci pinggan yang telah digunakan dan mengemas meja, Murni dengan longlai melangkah ke bilik di tingkat atas. Entah apa lagi yang Cik Abang Zamri mahu darinya. “Hemm.. apa-apa aje cik abang sayang ni, siang-siang buta macam ni” getus Murni dalam senyum, memikirkan yang lain. Apa-apapun dia akur akan kehendak Zamri. It’s better be good Abang sayang. Jika sekadar hendak berbual kosong, kedai kopi, baik ajelah dia berkebun cuti hujung-hujung minggu begini. Malas dia hendak melayannya. Jika pasal si Ammar lagilah boleh belah!

249

Murni duduk di birai katil menonton TV kecil di biliknya sementara menunggu Zamri keluar dari bilik air. Masih terdengar derauan air dari bilik air. Zamri masih belum selesai membersihkan dirinya. Zamri, mandi seperti itek, tak boleh jumpa air! Mata Murni tersorot ke arah Zamri yang keluar dengan hanya bertuala merah hati terlilit di antara bahagian bawah pusat dan atas lutut badannya. Tangan ligat mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil berwarna puteh. “Tolong abang..”

Zamri menghulurkan tuala kecil yang digunakan untuk mengeringkan

rambutnya ke arah Murni. Murni tanpa bicara menyambut tuala dan mengeringkan rambut Zamri yang sudah hampir kering, duduk membelakangkan dirinya. “Sayang.. sayang marah kat bang ya?” Zamri cuba memecahkan kesunyian, namun tidak berhasil. Murni masih dengan rajuknya, walaupun tangannya masih memegang tuala kecil mengeringkan rambut Zamri. Zamri memegang tangan Murni untuk meminta dia berhenti mengeringkan rambutnya, apabila tiada jawapan yang diberikan kepada soalannya. “Murni.. dengar sini, abang bukannya apa, abang tak sokong si Ammar tu, cuma kalau boleh, kita jangan bincang perkara Ammar dan Mila di ruang tamu, kalaulah Mila terdengar, kan susah. Abang rasa ini belum masanya untuk dia tahu. Apa-apa nak cerita, cerita kat sini, just within this four walls” jelas Zamri, sambil mata melilau empat ceruk biliknya. Zamri hanya mendengar helaan nafas yang panjang dari Murni. Sama ada dia terasa lega atau tidak puas hati dengan jawapannya, Zamri tidak pasti. Murni memang selalu unsangkarable.. kan dah kata, perempuan ni selalu beri signal yang bertentangan. Ingatkan rasa lega, tetapi rupanya tidak puas hati! Confirm confuse.. Zamri bangun dan mengambil pakaian yang sudah disediakan oleh Murni di atas katil, terus menyarungnya ke badan. Zamri senyum, sayang juga dia, masih sanggup

250

menyediakan pakaian. Ini masih merajuk atau apa? Memang Zamri tidak dapat mentafsirkanya. Murni langsung tidak melihat apa yang dilakukannya. Ditumpukan pandangannya ke arah kaca TV. Entah cerita apa yang bersiaranpun dia tidak tahu sebenarnya, janji dia tidak memandang Zamri. Merajuk sungguh dia kepada Zamri, atau lebih kepada protest... konon. Zamri duduk di sebelah Murni, mengetahui Murni tidak ambil pusing akan kehadirannya di sebelah. Zamri bersuara lagi.“Murni..abang minta maaf kalau apa yang abang cakap tadi menyakitkan hati Murni” Zamri memegang tangan Murni dan ditepuknya perlahan. “Murni tak marah abang kan?..” pujuk Zamri. Akhirnya Murni bersuara, mata memandang kelantai… “takkk” hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Murni dengan nada yang tinggi. Zamri cebik muka. Kata tidak, tetapi nada menengking! Masih tidak puas hati rupanya dia. “Habis tu.. yang tak mahu bercakap dengan abang tu, kenapa?, kalau Murni tak puas hati luahkan..luahkan.. abang dengar…!” pujuk Zamri. Tiba-tiba Murni menangis. “Muni ingat abang akan sokong Muni 100 percent.. ni tidak! Jadi dengan siapa lagi Muni nak berharap, kalau Mila di ambil orang macammana?.” jelas Muni dengan esakan. Zamri memalingkan muka Murni ke arahnya dan menyika air mata yang berlumba-lumba turun ke pipi Murni. Kan dah sah, Murni masih tidak puas hati. Tetapi baru beberapa saat, Zamri mendengar yang dia menjawab “Tak”. Hish.. haru betul! “Siapa pulak yang tak sokong Muni? Abang sentiasa akan ada di belakang Muni beri sokongan, Cuma abang nak Muni kena berhati-hati, jangan nanti kita menyesal dengan tindakan melulu kita tu. Muni kena ingat tu.. orang yang kita nak lawannya bukan sebarangan orang, dia pakar Muni.. pakar dalam hal-hal ni..lagipun dia bukan orang luar yang Muni katakan tu.. dia bapa kepada Mila. Muni.. dia jugak ada hak. Opps.. sorry, dia bukan saja ada hak, dia memang berhak! ” kata Zamri. Hey, dah merajuk pulak.. susahlah nampaknya. 251

“Abang tolong Muni…” Muni terus merangkul suaminya ketat. Basah jua baju di dada Zamri oleh air mata Muni. “Sudah tu.. kuatkan semangat, jangan menangis, karang Mila balik, apa pulak difikirnya.., dah tu.. kita fikir yang terbaik untuk semua. Muni pun kena bersedia apa-apa aje consequence..nanti.” kini Zamri pula menghela nafas. Bukan helaan nafas lega, tetapi helaan nafas buntu. Murni sudah tidak di dalam pelukannya lagi, tetapi masih berada di sisinya. Dipeluknya dan dikucupnya belakang bahu Murni. “Be strong sayang.. be strong..” Zamri berdiri sambil mendepakan tangannya. “Kita tengok apa yang akan berlaku seterusnya, kita kena redha. Waktu begini hanya doa kepada yang Satu itu aje yang boleh membantu. Dia Yang Maha Mengetahui..ingat tu sayang..” kata Zamri cuba menenangkan si isteri. Memang dia sejak dua menjak ini bicaranya persis ustaz Zamri. “Jom kita turun… abang tolong sayang masak, atau nak makan luar aje hari ni..”tanya Zamri. Zamri tidak jemu memujuk Murni. Memberi si isteri pilihan, hendak dia membantu atau lebih mudah boleh sahaja makan di luar. Murni menyambut tangan Zamri yang sudah didepanya panjang dan mereka beredar ke tingkat bawah. “Abang nak makan apa hari ni..” akhirnya bersuara dengan suara yang sedikit sengau, akibat menangis. Zamri lega, sudah hilang rajuknya. Fikir punya fikir, ada benarnya juga apa yang dikatakan Zamri. “Sayang nak masak ke? “ tanya Zamri. Hanya anggukan yang diterima. “Hemmm let me see, hemm bagi abang aje yang masak hari ni, sayang duduk..duduk rehat..” mata Zamri ditala ke siling, kemudian tangan Zamri meraih bahu Murni dan menekannya untuk membiarkan Murni duduk sahaja di sofa. “Tak bang, Muni nak masak jugak.. macam ni la, abang masak apa yang abang nak masak, Muni masak apa yang Muni nak masak, amacam!..”jelas Murni. Sudah berbunyi riang. 252

“Hmm.. okey..abang nak masak telur masak kicap special..” kata Zamri sambil mengangguk-aggukkan kepalanya. Masak telur kicap special. Apalah specialnya masak kicap telur. “Sedap ke bang?..” tanya Murni ingin tahu apa yang specialnya tu. “Don’t under estimate me okey.?.” jawab Zamri. Murni senyum perli, apabila melihat Zamri tidak mahu kalah. Terhibur dengan gelagat si suami. Memujuk dengan percubaan menunjukkan talentnya. Kepandaian memasak. Zamri memang pandai memasak, dia tidak kekok bila berada di dapur. Selama 4 bulan sebagai suami isteri, banyak perkara yang Murni baru tahu mengenai lelaki ini. Walaupun dia sudah kenal Zamri lebih dari 8 tahun, rupanya banyak lagi yang Murni tidak tahu mengenai suaminya. Yang hairannya Zamri yang banyak tahu mengenai diri Murni. Apa yang Murni suka, apa yang Murni tidak suka, makanan apa yang Murni gemar, apa masakan yang Murni pandai and the list continues on and on. Begitu detail pengetahuan Zamri terhadap si isteri. Tetapi Murni…? “Okey.. lets start the challenge..!” berkobar-kobar Zamri hendak memasak sambil mengesek kedua belah telapak tangannya. Zamri siap menyarung apron, sedangkan Murni tidak. Ligat tangannya mengupas bawang dan semua bahan yang diperlukan. Memang nampak special telur masak kicapnya. Walaupun sebok, Murni sempat juga menjeling, melihat Zamri dengan masak kicap telur specialnya. Murni hendak memasak yang main rebus sahaja, iaitu menyediakan masak lemak ayam, Murni lihat bahan yang disediakan oleh Zamri. Telur, serai, daun limau perut, kentang, bawang, tomato, bawang puteh, halia, cili merah, cili api dan kicap semestinya. Jika tidak ada kicap, tentulah resipi itu tidak dipanggil telur masak kicap! Hanya telur tanpa perkataan kicap di belakang. Bawang, bawang puteh dan halia sudah dihiris dan disimpan di dalam mangkuk. Kentang sudah dipotong bulat, serai sudah ketuk, daun limau perut sudah dikoyakkan, kedua-dua cili sudah dihiris. “Tepi sikit sayang… nanti merecik, berbekas pulak isteri abang yang cantik ni, kena minyak panas, nanti cacat pulak..” sempat lagi Zamri menyakat isterinya. 253

Di dapurpun sempat menyakat juga. Zamri mengoreng telur mata kerbau, dan diletakkan ke tepi. Kemudian dia mengoreng kentang. Setelah kentang matang dicampaknya semua bawang dan halia. Layu sahaja bawang Zamri memasukkan serai yang sudah diketuknya sedikit dan akhir sekali daun limau purut yang sudah dikoyaknya. Dimasukkannya kembali telur mata kerbau dan tomato yang sudah dihiris lapan. Akhir sekali, tentulah kicap. Dituangkannya kicap, dan tidak sampai seminit ditutupnya api. Sedap baunya. “Ayang ada beli lemon tak?” tanya Zamri “Lemon.?. lemon tak beli..” jawab Murni “Hemm.. tak apa la, kalau tak ada tak apa, afterall tomato tu pun dah masam dah..” Zamri bercakap sendirian. Hanya dia yang mengerti, Murni hanya menjeling melihat Zamri bercakap sendirian. Dia tidak bercakap dengannya. “Bang..nasib baik Gordon Ramsay tidak dapat datang, dia sakit perut!“ Murni cuba membuat lawak kepada kewibawaan suaminya. Zamri tersenyum. Amboi! Hendak perli pulak si perempuan yang baru lepas merajuk.. “Tak apa? Ni.. Gordon Zamri to the rescue…” kata Zamri, kemudian kedua-dua tertawa dengan lawak spontan Zamri. Gordon Ramsey konon! Silapnya Gordon Ramsay masak main campak-campak bahan tak basuhpun… “Ma.. bau sedap ni, Mil rasa lapar tiba-tiba, Ma masak apa?” terdengar suara Mila dari depan pintu. “Bukan mama… ayah Zam..oppss. Gordon Zamri!. This time bukan Hell Kitchen, tapi Lovenest Kitchen” Murni pula berlawak sambil terkekek gembira. “Siapa ma?” tanya Mila. Lain benar bunyi nama orang yang baru disebut Murni. “Tak da pa apa.. sayang dah lapar ke?” tanya Murni Mila terus ke dapur. “Hmmm…” sambil menhidu dan mendongakkan kepalanya. “Bau sedap la ayah Zam..” kata Mila lagi. 254

“Itu baru bau aje..Mil, rasanya lagi sedap..” jelas Zamri dengan bangga. “Hahh, kalau macam tu, cepat sikitlah ayah Zam.. Mil nak makan..ni.. dah lapar” Mila terus duduk di kerusi makan. “Dah siap pun.. bagi ayah Zam 2 minutes okey.. Mila duduk situ diam-diam..” kata Zamri, Murni angkat mata. Hilang rasa masalahnya dengan Ammar seketika, apabila 2 tubuh badan insan yang disayanginya berada di depan mata. “Mila nak makan kan…ahhh.. tolong set meja..” Murni meminta bantuan Mila, dia sudah besar sekarang, perlu diajar kedapur perlahan-lahan. Pantas Mila membantu seperti yang diarahkan mamanya. Bukan dia tidak biasa, sudah banyak kali dia membantu. Suasana riang di meja makan. Masakan telur masak kicap special Zamri memang istimewa, terasa seperti paprik sahaja, tetapi menggunakan telur bukan daging hiris. Agaknya itulah masakannya yang selalu dimasak semasa hidupnya membujang. Telur… masakan yang menggunakan telur kerana telur mudah, cepat dan senang dimasak. Apakah agaknya masakan yang akan disediakannya di masa akan datang? Masakan yang menggunakan telur jugakah? Murni tersenyum memandang Zamri dan Mila yang berselera mengadap rezeki. Masalah yang ada di kepala ditinggalkan ke tepi. Biarkanlah sahaja mengikut percaturan yang ditentukan olehNYA. Murni tidak perlu menjadi tamak, orang tamat selalunya akan rugi. Tidak mampu rasanya hendak dia halang. Murni hanya menyebut di dalam hati “Que sera sera what ever will be, will be”.

255

Pintu bilik Murni terkuak dengan rakus. Terkejut Murni, tetapi lega apabila yang tercegat, si suami rupanya. “Muni, nampaknya Muni kena arrange lagi sekali dengan Shiha, kalau abang lambat hari ini, Muni tumpang dia macam last time eh!.” Zamri meminta Murni menumpang Shiha, sekiranya dia tidak sempat sampai ke pejabat untuk menjemputnya pulang. Badannya merengang pintu bilik Murni. Tergesa-gesa sahaja nampaknya dia. Tugasannya untuk membuat kunjungan ulangan ke tapak projek Tu Ah Tower yang sepatutnya dilakukan minggu depan, tetapi disebabkan Pejabat Daerah masih mendapat laporan menyatakan tiada sebarang perubahan dibuat, memaksa Zamri mengintai ke tempat itu seminggu lebih awal. “Hemm.. nanti saya aturkan. abang jangan risau hal Muni ..abang tu!, hati-hati driving, jalan licin ni.. kat luarpun suram aje Muni tengok..” nasihat Murni kepada Zamri, hanya meninggikan sedikit suaranya agar Zamri mendengar lebih jelas. Di hati Murni berkata-kata, memang kalut cik abang sayang hari ini, sampai tak sempat masuk, hanya memberitahu di depan pintu sahaja. Namun entah didengar Zamri atau tidak, kerana pintu sudah tertutup semasa Murni menghabiskan percakapannya. Memang Zamri dengar, tetapi hendak cepat punya pasal, dia terus meneruskan perjalanannya. Hatinya riang, sayang juga rupanya si isteri kepadanya, nasihat tidak habishabis. Zamripun sayang perempuan itu. Yang utama sekarang ialah menyelesaikan tugasan yang telah diserahkan kepadanya. Belumpun jauh, Zamri sudah rasa ingin segera bersama Murni. Tiba-tiba muka Zamri yang tadinya senyum bertukar masam. “Kurang asam betul kontraktor, tak faham-faham! Tahu nak untung aje!” omel Zamri sambil berjalan meninggalkan bilik Murni.

256

“Entah-entah si Lim tu tak beritahu boss dia tak? Atau dia tak faham apa yang dia kena buat? Atau boss dia yang tak faham? Atau pembekal tu yang tidak mengikut ukuran yang sepatutnya…bla..bla..bla.. ” macam-macam andaian bermain di kepala Zamri. Yang terkeluar hanya perkataan “atau”, “atau” dan “atau”. Betul kata Murni, suasana di luar agak suram. Tambahan pula di waktu musim hujan begini, setiap hari Fraser Hill diberkati dengan anugerah tuhan, air dari langit. Air hujan. Di luar masih rebas, hujan tidak lebat, tetapi tidak berhenti. Ditambah pula cuaca mendung ibarat sudah hampir malam, pada hal hari masih siang. Penglihatan agak terbatas. Murni menyambung semula kerjanya yang terhenti dek lawatan pengejut si suami sebaik sahaja pintu tertutup. Leka bekerja sehinggakan hampir terlupa memaklumkan Shiha. Cepat-cepat Murni menghubungi Shiha, takut terlupa terus, alamatnya terpaksa menumpang sesiapa sahaja yang boleh membantu. Hendak cari teksi, mana ada perkhidmatan teksi di Fraser Hill ni?. Hendak menapak jalan kaki pulang ke rumah? Murni memandang dirinya, mata tertala ke kaki. Mahu satu jam baru sampai dengan kasut wedges dan baju kurung? Tak mahu eh! Cepat-cepat tangan menekan punat telefon. “Shiha.. Muni ..! Nak minta tolong sekali lagi...“

Terjengok-jengok Murni di muka pintu. Bayang Zamri tidak juga muncul. Hari sudah hampir gelap. Lembayung senja sudah hampir hilang kemerahannya. Pada waktu begini, dia sepatutnya sudah sampai di rumah. Tidak berapa minit lagi pasti gelap. “Dalam perjalanan pulang agaknya dia tu..” Murni menyedapkan hatinya. Tetapi dihati bertanya pula “Ke manalah agaknya dia, entah-entah pergi minum dengan teman-teman ke? Mentang-mentang dapat keluar sesekali ni, kembang sayapnya..” Murni membuat andaian, manalah tahu.

257

Andaian yang tidak masuk akal langsung. Hendak minum dengan teman buat apa? Minum bersama isteri di rumah lagi best! Sudah dia cuba beberapa menghubungi melalui telefon bimbitnya, tetapi asyik suara perempuan yang memaklumkan “nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi”. Asyik-asyik suara itu, sampai hendak hafal Murni dibuatnya. Sudah naik jemu mendengarpun. Perasaan marahpun ada juga. Marah kepada telefon atau marah kepada siapa? Marah kedua-duanya, kepada telefon dan juga empunya telefon. Jika tidak pandai hendak menjawab panggilan, buangkan sahaja ke dalam sungai Kelang!! “Hish.. Abang ni..kalau iya lambat balik, calllah beritahu, ini tidak!” Murni hampir hilang sabarnya. Marah kepada tuan punya telefon sebenarnya yang lebih. “Balik nanti kenalah dia, Buat orang risau tak tentu pasal, ishy..”bebel si Murni. Murni marah kepada Zamri yang tidak menghubunginya. Sekurang-kurangnya memberitahu di mana dia berada. Mila menghampiri Murni yang tercegat di depan pintu. Tangan mamanya dipegang. “Mama tunggu ayah Zam ya ma? Dah gelap ni tak sampai-sampai..” tegur Mila. “Hemm.. ma tunggu ayah Zam, tulah! entah mana dia pergi..Mil kalau lapar, Mil makan dulu ya nak! Mama boleh makan sama ayah Zam nanti..mama tunggu ayah Zam..” Murni meminta Mila mengambil makan malamnya dan selepas isyak boleh, biarkan dirinya sahaja yang menunggu Zamri. Berlegar-legar Murni di dalam rumah. Sudah tidak tahu hendak buat apa lagi. Orang yang diharap, tidak juga pulang. Dilihat ada cahaya lampu kereta menghala ke rumahnya. Murni rasa lega. “Aaahh.. dah sampaipun dia, alhamdullillah”. Murni sudah mampu tersenyum. Apabila kereta itu sudah dekat, Murni menjengok keluar dan Murni tertanya-tanya. Itu bukan kereta suaminya. 258

Murni hairan, kereta siapa pulak? Jantung sudah bergendang laju. Siapakah geragan mereka yang datang di waktu-waktu hampir senja? Keluar dua orang yang beruniform. Uniform Polis. Ahhh! Polis? Apa hal? Hati Murni dup dap dup dap.. berirama lebih pantas. Sudah dapat merasakan ada benda yang tidak kena. Darah sudah naik ke kepala. Apa hal pula polis datang ke rumahnya. Teringat dia tentang Zamri!! Astagfillulahhalazim..tak mungkin. Kunjungan polis itu mungkin mengenai hal lain, bisik hati yang sedang libang libu. “Assalamulaikum..” bersuara salah seorang daripada Polis di luar pagar. Samar-samar sahaja wajahnya kerana Murni hanya melihat dari jauh. Dicapainya tudung yang disangkutnya di belakang pintu. Tudung yang memang selalu dibiarkan tersangkut, jika memerlukan, tidak perlulah dia naik ke bilik untuk mengambilnya. Mila mengekori mamanya, apabila Murni mara ke pintu pagar, di mana dua anggota polis itu berdiri. “Puan, puan ni.. Puan Murni Saleha Majid ke?” soal polis itu lagi. “Iya.. saya, kenapa Encik?” soal Murni “Saya hendak minta Puan bertenang ya? Suami puan nama Mohd Zamrizal Mohd Zaki?” ujarnya lagi. Murni hanya mengangguk kemudian bersuara “Kenapa dengan suami saya Encik?” Sepintas kilat, Murni memikirkan Zamri sudah kena tahan, tetapi apa kesalahnnya. Jika melihat polis, pastinya tidak ada perkara lain, kecuali ditahan polis. Tetapi setahunya Zamri seorang lelaki yang baik, dia tidak akan buat kerja yang bukan-bukan atau menyalahi undang-undang.

259

“Puan… saya hendak minta puan bertenang ya.. bertenang puan..” bicara anggota polis lagi. Bukan lagi tenang malah lebih kencang degupan jantung Murni apabila pegawai polis memintanya bertenang. “Ishy.. polis ni, asyik suruh orang bertenang.. bertenang, hendak cakap, cakaplah cepat, buat orang tertunggu aje..mana boleh bertenang waktu begini!” bisik hati Murni yang sudah tidak sabar mengetahui apa yang sebenarnya sudah berlaku. “Kami menerima laporan yang seorang awam telah menemui kereta yang didaftar atas nama suami puan. Kereta jatuh gaung” akhirnya terjawab penantian Murni dengan berita dari anggota polis itu. “Apa? Jatuh gaung..!” lemah seluruh anggota badan Murni, dan tetiba badannya menjadi sejuk. “Bagaimana keadaan suami saya, tuan?”tanya Murni di dalam perasaan yang bercelaru, Murni sempat bertanyakan khabar si suami. Ingin sahaja dia dengar jawapan yang baikbaik sahaja. Harapan agar si suami ditemui sihat… Ya Allah. Dengarlah bisikan hati hamba mu ini.. “Puan.. suami puan ..” sambung anggota polis tersebut suara tersekat-sekat. Tidak sempat si abang polis menghabiskan ayat, kaki Murni lemah dan tiba-tiba kelapanya berpusing lalu pengsan. Nasib baik si abang polis sempat menyambut badan Murni sebelum tersembam ke lantai. Sungguh! Murni tidak mahu mendengar berita apa yang bakal disumbat ke telinganya. Dia tidak bersedia mendengarnya. Walaupun dia tahu hakikatnya.

260

Ingatkan siang tidak akan muncul, lama sungguh di rasa, Murni menunggu ketibaan waktu siang. Sepanjang malam Murni bersolat, berdoa kepadaNya. Kak Romlah juga risau melihat Murni yang sentiasa mengalirkan air mata. risau betul dia. Walaupun dia yakin, Zamri hanya cedera ringan. Yang dia perlu bersyukur, berita dari hospital memberitahu suaminya hanya tidak sedarkan diri. Keluarga mertua yang muncul di subuh hari. Mek Ros tidak sampai hati melihat Murni yang asyik menangis di sepanjang perjalanan ke hospital. Pantang nama Zamri disebut, akan tersedulah dia. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari rumah ke hospital Kuala Kubu Baru bagaimana 4 jam dirasakan . Jauh sangat perjalannnya. Itu sebab Mek dan Baba Zaki tidak membenarkan Murni memandu sendirian. Jika memandu mengikut emosi, takut lain jadinya. Zamri pulang ke rumah sihat, Murni pula yang terlantar di hospital! Murni berlari-lari anak ke kaunter hadapan hospital sebaik sahaja mereka sampai. Tidak sabar-sabar lagi dia hendak mengetahui keadaan si suami. Itulah pasal, kelmarin yang Murni terpengsan, belum sempat si polis memberitahu keadaan Zamri yang sedang di rawat di hospital. Nasib baik Kak Romlah datang menjengok kerana tertinggal baju kurung tempahan orang yang hampir selesai sulaman tulang belut di leher baju berkenaan. Hemm.. buat malu sahaja, apabila Kak Romlah melihat si Polis yang merah padam mukanya sedang memeluk Murni yang sudah longlai. Pada mulanya hairan juga Kak Romlah. Tetapi apabila diterangkan keadaan sebenar, barulah Kak Romlah mengerti dan segera meminta Murni yang masih pengsan di bawa ke sofa. Nasib baik juga tidak menimbulkan fitnah. Masyallah..

261

Kak Romlah segera menyedarkan Murni dan menyampaikan berita yang sepatutnya Murni Murni dengar dari mulut pegawai polis itu sendiri. Pesanannya “Suami Puan kemalangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Kubu Baru”. Berbalik ke kesah di hospital! “Pesakit Zamrizal..”tanya baba Zaki kepada jururawat bertugas “Encik Zamrizal di bilik 22B, Encik, sebelah kiri, Encik” jawabnya sebaik menyemak senarai pesakit yang ada di depan matanya. Bergegas mereka mencari bilik menuju mengikut yang dimaklumkan. . Terkuak sahaja pintu bilik 22B, hati Murni lega apabila melihat si suami yang sedang duduk di atas katil tersenyum. Zamri gembira melihat insan-insan yang istimewa dalam hidupnya sudah berada di depan mata.

Kelihatan seorang anggota polis juga berada di

hujung bilik. Sempat pula baba Zaki berbual dengan si abang polis, menurut laporan hasil dari keterangan Zamri, polis memaklumkan bahawa dia tergelincir ke dalam gaung kerana mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. Disyaki lori tersebut membawa balak keluar dari kawasan larangan. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Jangan polis bertindak hangat-hangat tahi ayam sudahlah. Mula-mula memang berkobarkobar hendak mencari lori hantu tersebut. Tetapi apabila ditelan waktu, pelahan-lahan lupa. Memang berdendang sayang nampaknya lori hantu tersebut membawa keluar banyak lagi balak secara haram. Ahh.. malas Murni hendak memikirkan hal polis dan lori haram. Hal suami yang tidak tentu lagi ini yang paling dirisaukannya. “Abang.. abang macammana..?” lembut sahaja suara Murni. Zamri yang kepala berbebat kain puteh hanya menoleh ke arah Murni. Jelas kelihatan tanda lebam di muka. “Muni nangis ya..” soalan Murni tidak dijawab, soalan lain pula yang dikemukakan Zamri.

262

“Mana ada.. Muni hemm..mana ada Muni menangis.!.” jawab Murni masih mahu menafikan, sedangkan terang-terang nampak muka sudah sembab dan mata pun bengkak. Hidung berona merah. Zamri menggenggam tangan Murni. Tidak dapat berbuat lebih dari itu, kedua orang tuanya ada bersama. Nanti dikatakan tidak hormat kehadiran mereka pula. “Abang tahu, Muni nangis. Jangan risau, abang selamat, cuma kaki ni aje tak terasa, macam kebas sahaja. Lain-lain luka sikit aje...nasib baik abang tak bawak laju” jelas Zamri. “Syukur Alhamdulillah.. Abang selamat..” katanya sayu. “Kaki tu kebas temporary aje tu.. Zam, doktor dah beritahu tahu tadi… alhamdullillah tak teruk injurynya..” jawab baba Zaki. Zamri mengangguk kepala, insyallah, itu sahaja harapannya. Dia masih bernyawa itupun sudah cukup seribu rahmat. “Zam kena buat rawatan lanjut kat HBKL, Zam tahu tak?” tanya baba Zaki lagi. “Saya tahu bah, tapi bila entah .. dia orang tak maklumkan pulak..?, Muni.. Muni dah inform office hal abang ni..?” Zamri meminta bantuan isterinya untuk memaklumkan apa yang telah berlaku kepada dirinya. Dalam sakit-sakit masih juga teringatkan kerjanya. “Belum bang.. kejap lagi, orang belum masuk kerja lagi..ni baru pukul 7, kejap lagi saya call..” Murni memberitahu hanya akan menalefon Tuan DO mengenai diri Zamri dan juga untuk dia memohon cuti tergempar untuk beberapa hari, mungkin cuti untuk menemani Zamri sepanjang Zamri Semua memandang ke arah pintu apabila terdengar pintu dibuka. “Apa khabar hari ini Encik Zamri?” tanya doktor muda bersama pembantunya. “Macam nilah doktor..” jawab Zamri. Murni beredar dari berada di sebelah Zamri untuk memberi ruang doktor menjalankan tugasnya.

263

Doktor membuat rondaan pesakit dan memaklumkan bahawa Zamri akan dihantar ke HBKL keesokkan harinya. Murni akan menemankannya ke sana nanti. Nampaknya esok Murni perlu datang dengan persalinan dirinya dan Zamri. Doktor juga meminta Zamri banyak berehat dalam keadaan dirinya yang baru sedar dan stabil. Doktor juga memberitahu Zamri memerlukan rawatan lanjut di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana kecederaan yang agak serious di bahagian pinggang. Hentakan kuat stering kereta ke pinggang Zamri telah mencederakan anggota dalamannya. Hospital Kuala Kubu Baru tidak mempunyai peralatan secanggih Hospital Besar Kuala Lumpur. Doktor menyarankan agar Zamri menggunakan kerusi roda buat sementara waktu. Berapa lama dia akan memerlukan bantuan ini tidak dapat dipastikan. Hanya doktor pakar di HBKL yang boleh memberikan jawapan Murni menarik nafas lega, terutama selepas mendengar penjelasan dari doktor tentang keadaan Zamri. Dia amat bersyukur, doanya di dengar. Zamri hanya cedera ringan. Betulkah? Doktor memaklumkan keadaan Zamri sudah sedar dan stabil, cuma dia memerlukan rehat secukupnya. “Bila dah selesai rawatan kat sana, Murni call Baba tau? Nanti Baba pergi ambil.. ya Zam..”kata Baba Zaki Baba Zaki merancang untuk menjemput Zamri dan Murni di Kuala Lumpur kelak. Mek Ros bersetuju. “Nanti kita boleh jugak singgah rumah Kak Chah ya bang..” ujar Mek Ros. Kak Chah, kakak sulung Mek Ros, emak saudara Zamri. Tinggal di Bukit Kerinci bersama keluarga anak lelakinya. “Ha ah.. lama jugak kita tak jengok dia sekeluarga, kalau Zamri sihatpun boleh ikut sekali, dia tak sempat datang masa majlis Zam dulu, dia dah sakit-sakit, tak larat nak travel katanya. Bolehlah dia berkenalan dengan Murni?” sambung Mek Ros. Zamri dan Murni hanya tersenyum. Jika Zamri sihat, apalah salahnya berkunjung sekali. Sambil menziarah, dapat pula berkenal-kenalan. Bukan orang lain emak saudara sendiri. Bisik hati Murni. Rupanya ramai lagi saudara mara Zamri yang Murni belum kenal. Kini

264

sudah menjadi keluarga orang Jengka, kenalah pandai-pandai menyesuaikan diri dengan keluarga orang Jengka jawabnya. “Saya okey aje Mek. Ke mana saja Abang Zam pergi, saya akan ikut..” jawab Murni, mengalehkan pandangan ke arah Zamri yang senyum sumbeng. Bangga dengan pengakuan isterinya yang memang nampak menyayanginya. “La.. baguslah kalau macam tu.. ah Zam, macammna? Murni dah setuju tu..” tegur Abah Zaki. “Baba yang drive, bukan Zam, jadi ke mana aje Baba bawa, Zam kena ikutla. Macamana Zam nak bantah, kalau Zam bantah jawabnya kena tinggal kat hospital sorang-sorang, mana boleh jadi…?” jawab Zamri, bergurau. “Ya tak ya jugak..: jawab Baba Zaki. Terkedu dengan jawapan si anak dengan soalan spontannya. Semua ketawa berderai..ha..ambik kau..jawapan dari orang sakit. Belum lagi sampai di Kuala Lumpur sudah perancangan dibuat, apa-apapun semua perancangan yang baik, apalah salahnya dituruti. Kunjung mengunjung, mengeratkan silatulahim.

265

Kak Romlah terintai-intai dari celah langsir, dia nampak seperti ada orang di luar pagar. . Pada mulanya dia ingatkan Fifi, emak si Huzna menghantar Mila pulang dari sekolah, tetapi masih awal lagi. Hendak di katakan Murni, Murni sudah keluar bersama mertuanya ke hospital, mustahil juga dia boleh balik seawal ini? Di selaknya langsir lagi sekali, dia perlu pastikan betul-betul apa yang dia nampak. Siapa agaknya, mungkin mencari rumah seseorang. Manusia mempunyai berbagai ragam, mungkin yang ini malu hendak bertanya. Yang malu tidak bertempat tu kenapa? Hendak gunakan peribahasa “Malu bertanya sesat jalan“ sudah tidak berapa praktikal hendak digunakan kerana zaman canggih sudah ada GPS siap bersuara. Share location, boleh berkongsi lokasi. Google map pun ada. Semua infomasi boleh di dapati hanya dengan hujung jari, apa lagi hendak? Ahhh.. baik sahaja bersangka bahawa si perempuan malu bertanya, apa salahnya Romlah sahaja yang bertanya. “Assalamualaikum cik, cik cari siapa?“ tanya Kak Romlah sopan. “Mulaikumsalam hemm..Kak.. saya nak tanya, ini rumah Murni ke?“ tanya si perempuan yang berseluar jeans dan blouse biru. Rambut pendek setakat bahu. Ranggi.. orang KL agaknya, telah Kak Romlah. “Kenapa cik mencari Murni, cik ni siapa?” tanya kak Romlah lagi. Hairan pula dia. Murni tidak pula berpesan yang dia menunggu seseorang. Hissy susah… “Saya ni dari KL, saya kawan Murni…” katanya sambil tangan mengelap batang hidungnya yang sudah berkeringat. Bila di amati wajah si perempuan, cantik juga orangnya. Puteh dan memang nampak modern. Kak Romlah tidak berani hendak memperlawa si perempuan masuk ke rumah. Ini rumah Murni dan Zamri, bukan rumahnya. Takut pula dia hendak pandai-pandai, zaman sekarang kena berhati-hati. Banyak sudah dia dengar cerita orang dipukau, perompak di siang hari dan macam-macam yang tidak terfikir oleh kepala otak orang yang jujur. “Kawan Murni?” tanya Kak Romlah lagi, sudah seperti seorang anggota polis. 266

“Ya.. kawan Murni masa Murni di KL dulu. Jadi betullah ini rumah Murni?” ulangnya, apabila bukan jawapan yang dia dapat. Asyik-asyik soalan dari perempuan separuh umur ini. “Siapa nama cik?” tanya kak Romlah seterusnya. “Jadi betullah ini rumah Murni? Saya aaa…nak jumpa dia..dia ada?” ulang si perempuan. “Murni dah keluar..ada apa-apa yang saya boleh sampaikan kepada dia..?” tanya Kak Romlah. Cukup sekadar memberitahu Murni tidak ada di rumah. Rasanya tidak perlu diceritakan kesah Zamri yang terlantar di hospital. Si perempuan kawan Murni, bukannya kawan Zamri. “Ohh.. bila agaknya dia balik. Saya betul-betul nak jumpa dengannya..” kata si perempuan itu lagi. “Lain kali ajelah cek datang, saya pun tak pasti bila Murni ada. Dia bukan ada di sini, dia ada di tempat lain”jawab Kak Romlah, pandai juga dia jual temberang. “Ohh.., tak apa kak, terima kasih. Nanti aje saya datang..” katanya dengan nada kendur, bunyi seperti kecewa sahaja. “Terima kasih...“ dan dia terus beredar. Kak Romlah tergaru-garu kepala, siapa pula perempuan yang tidak bernama itu. Datang dari Kuala Lumpur mencari Murni. Murni tidak pernah pula bercerita yang dia masih ada kawan di Kuala Lumpur? Misteri betul perempuan ini. Yang pasti, si perempuan datang salah timing, di waktu Murni di dalam kerisauan.

Kak Romlah mendekati Murni yang sedang menyusun pakaian Zamri untuk di bawa ke hospital. “Muni, tengahari semalamkan, ada seorang perempuan datang cari Muni. Dia kata, dia kawan Murni dari KL. Yang akak tak faham tu, dia tak beritahu nama dia?“ kata Kak

267

Romlah sambil memerhati tangan Murni yang ligat melipat dan menyumbatkan beberapa helai pakaian ke dalam beg. “Kawan? KL? Siapa agaknya ya?“ jawab Murni acuh tak acuh. “Macammana rupa dia? Entah Muni tak ingat, memang Muni ramai kawan masa kerja kat Putrajaya dulu tu..” jawab Murni sambil terus menguruskan apa yang perlu dibawa buat encik abangnya. “Muda.. cantik jugak. Orang bandar, tak cantikpun jadi cantik, bila dah bergaya.. “kata Kak Romlah yang duduk di tubir katil. “Entah, mungkin jugak kawan Murni.. masa kat Putrajaya dulu kot? Tapi rasa Murni dia orang tak tahupun Murni tinggal kat sini?“ kata Murni, dia hairan. “Tak apa kak.. kalau dia serious nak jumpa Muni, nanti dia datang lagi la.. “jawab Murni sambil menarik zip beg. “Ah ah..akak dah kata Muni sebok sekarang ni,mungkin.. mungkin dia datang lagi..“ perlahan sahaja suara Kak Romlah. Sekurang-kurangnya dia sudah memberitahu Murni apa yang berlaku, setelah tertangguh selama sehari semalam. Namun kepala otak Kak Romlah memikirkan, siapakah agaknya si perempuan sanggup mencari Murni sampai ke Fraser Hill ini. Mustahak sangatkah? Terkejut Kak Romlah apabila Murni memegang bahunya. “Akak tak usah risaulah kak. Kalau dia datang nanti tahulah Muni siapa orangnya. Kalau dia datang lagilah..“ kata Murni sambil tersenyum sambil mengheret beg lalu ditinggalkannya di hujung katil. Dia cuma mengembirakan kakak angkatnya yang nampak seperti risau, apabila perempuan yang entah dari mana yang tiba-tiba muncul mencari Murni. Sebenarnya, Kak Romlah dapat rasakan si perempuan berniat buruk terhadap Murni. Tetapi Murni sudah mengaku dia mungkin kawannya, hendak buat macammana? “Harap-harap jangan kau datang lagi.. memeningkan kepala aku je” bisik hati Kak Romlah lalu meninggalkan Murni yang sebok bersiap untuk ke hospital semula esok. Di fikirannya tidak ada langsung bayangan dia memikirkan siapakah perempuan yang sedang menjadi dirinya. 268

Dia ada tugas yang lebih besar yang perlu difikirkan. Tugas membantu suami agar cepat sembuh.

269

Sudah dua hari dua malam Murni meneman Zamri di HBKL. Laporan mengenai kecederaan Zamri masih tidak dapat dipastikan. Jika dilihat dari fisikal, Zamri nampak sihat, tetapi kenapa dia masih ditahan? Soalan yang masih menjadi tanda tanya kepada Murni, begitu juga tuan punya badan, Zamri. “Murni, kalau abang cacat, terus tak boleh jalan, Murni masih sayang abang lagi tak?” soalan yang terkeluar dari mulut Zamri semasa Murni leka mengelap muka dan badannya dengan air suam. Kerana dia tidak boleh berjalan, Zamri hanya dry cleaning sahaja. Mandi hanya sekali sehari, di sebelah pagi. “Apa abang ni, merepek aje la. Abang boleh jalan, cuma lambat aje.” Murni menjawab soalan yang tidak terduga olehnya. “Abang tanya ni.. kalau.?” sambung Zamri lagi. “Dahlah tu, tak ada kalau..kalaunya..baik cerita lain. Cerita yang happy.. happy.. Muni tak mahulah cerita yang belum pasti macam tu.!”. tangan Murni masih mengelap Zamri. Jika tadi tangan kanannya, kini sudah beralih di tangan kiri. Zamri merenung tajam ke wajah isteri yang sangat dekat kepadanya masih sebok mengelap seluruh tangannya. “Lepas Muni selesai lap badan abang, abang nak makan tak? Muni suap..” terhenti sekejap Murni kerana bertanyakan Zamri niatnya. “Boleh juga, makan sama Muni.. tapi abang tak mahu makanan hospital la..abang bukannya sakit..lauk hospital untuk orang sakit, abang tak sakit, kaki aje yang sakit. Selera masih tajam” ujar Zamri sambil menaikkan matanya ke atas memandang siling, menunggu apa pula jawapan isterinya yang masih leka memerah tuala di dalam baldi kecil. “Hemm.. saya tahu, kaki abang aje yang sakit. Kalau macam tu, Muni beli aje kat kantin, abang nak lauk apa..” tanyanya lagi “Apa-apa aje, yang Muni rasa sedap..sedaplah abang rasa” jawab Zamri. “K” singkat aje jawapan Murni.

270

Selesai sahaja tugas Murni membersihkan Zamri, Murni menyeluk begnya dan mengambil dompet duit dan dia turun ke kantin mencari makanan mengikut seleranya. Dibelinya lauk masak lemak pucuk paku, ikan kembung sambal dan sambal tempeh. Dia yang teringin lauk-lauk tu, maka lauk itulah dibelinya. Dia tahu Zamri juga akan suka dengan pilihannya. “Abang ni sebenarnya tak perlu disuap, tangan abang tak cedera, cuma kaki.” jelas Zamri. Berulang-ulang memberitahu yang dia tidak sakit, cuma cedera di kaki. “Tak apa, Muni nak suap juga…” desak Murni. Berselera sungguh Zamri makan, tambahan pula disuap si isteri. Bukan main manja lagi layanan Murni. “Kalau macam ni, abang nak sakit selalulah, boleh Muni suapkan..” Zamri bersuara dengan mulut yang penuh. “Dah over pulak.. jangan nak mengada-ngada..” jawab Murni, tetapi di dalam hati, sebenarnya Murni gembira. Jika Zamri mahu disuap setiap haripun tidak mengapa, dia sanggup. Tidak perlu hanya semasa dia sakit. Doktor membuat lawatan, singgah di tempat Zamri, doktor muda itu tersenyum-senyum. Mesra dan manja sahaja nampaknya couple itu. Nurse juga turut tersenyum-senyum. Murni memberhentikan menyuap Zamri. Malu pula dirasakan di perhatikan. Bukan buat apapun, hanya menyuap si suami makan, salahkah? Doktor mendekati Zamri dan menyemak carta di hujung kaki. Segala anggota dipegangnya dan tertanya sama ada Zamri dapat merasa sentuhannya. Malah Zamri juga dapat merasa pegangan doktor kepada kakinya, cuba tidak kuat. Encik Zamri, saya dapati kaki encik Zamri tidak mengalami cedera yang teruk. Encik tidak boleh berjalan hanya buat sementara waktu sahaja, tetapi dengan physical therapy, insyallah encik boleh berjalan semula. Encik boleh buat physical therapy di tempat Encik atau hendak teruskan di sini. Kami boleh aturkan. Cuma, hemm..cuma saya juga dapati, pinggang encik mengalami kerosakan agak teruk. Hentakan, mungkin hentakan benda keras yang penyebabnya. Kerosakan ini mungkin mengganggu reproduction organ encik, saya harap kerosakan itu juga temporary… encik faham apa yang saya maksudkan. Tapi encik kena ingat, itu semua kuasa tuhan, kami doktor, hanya dapat membuat diagnose dan 271

analisa. Kadang-kadang tidak tepat juga. Jika dirawat dengan betul, mungkin boleh sembuh.” Doktor muda itu memberi penjelasan di atas rawatannya. Zamri dan Murni setia mendengar. “Encik inform nurse, di mana encik hendak meneruskan rawatan physical thearapy tu, nanti kami boleh aturkan. “ doktor muda itu meneruskan penjelasannya dan kemudian meninggalkan bilik Zamri. Ternganga Murni dan Zamri mendengar penerangan doktor, terutama penerangan yang mengenai reproduction organ tu. Zamri terus terasa kenyang. Murni faham, Zamri merasa dirinya sudah tidak sempurna sebagai seorang lelaki. Besar sungguh dugaan mereka. “Abang nak thearapy kat sini atau kat Kubu Baru aje..” Murni cuba mengalihkan ingatan Zamri kepada masalah dirinya. “Entah.. abang, mana-manapun boleh..” jawab sambil lewa Zamri “Kalau kat Kubu Baru, Murni boleh pergi kerja, petang Murni datang teman abang sampai malam, abang setuju tak.? Tanya Murni “Hemm..” sambil lewa sahaja menjawab. “Abang.. jangan difikirkan sangat hal tu.. kan Muni dah cakap, Muni akan bersama abang, walaupun dengan apapun keadaan abang.” Kata-kata semangat dari Murni. “Ya lah, Muni boleh cakap sekarang, akan datang kita tak tahu...!”sedih sahaja Zamri bersuara. “Ha.. abangpun cakap akan datang kita tak tahu, jadi jangan difikirkan sangat, yang penting abang selamat dan Muni ada di samping abang sekarang ni..itu dah cukup, Muni rasa”kata Murni. “Abang tak dapat nak bahagiakan Muni lagi..Murni faham tak?” nada suara Zamri sedikit tinggi. Bunyi seperti orang hilang harapan, dia kecewa. Kelelakiannya sudah tidak berfungsi. “Bahagia macammana lagi yang Muni nak..Muni dah bahagia sekarang ni bang, Muni ada abang, Muni ada Mila, Muni dah ada segala-segalanya yang seorang perempuan tu perlu.”kata Murni.

272

“Abang tak boleh beri Muni zuriat. Muni dengar tadi apa doktor tu cakap” sedih sahaja nada Zamri. “Shuuut.., cukup tu bang, jangan cerita lagi hal tu boleh tak, itu semua kuasa tuhan. Doktor tadi tu pun cakap, itu kuasa tuhan, dah..dah tu.. abang jangan bangkitkan lagi cerita tu. Sekarang ni kita arrange. Sama ada nak balik Kubu Baru atau therapy kat sini..hemm kita balik Kuala Kubu lahya..” tangan Murni sudah singgah di bibir Zamri. Murni masih mencadangkan agar therapy di Kuala Kubu sahaja. “Abang setuju tak ni? Atau abang nak buat kat sini aje.. kat sinipun boleh, Muni tunggu la, kalau lama, Muni ambil cuti tanpa gaji aje..” kerana tidak mendapat jawapan, Murni membuat andaian yang Zamri setuju di KL. “Ikut senang Muni.. abang dah malas nak fikir, abang dah tak guna..” Zamri menjawab sambil lewa. Penjelasan doktor mengenai dirinya betul-betul melemahkan semangatnya. “Abang.. Muni kata jangan fikir lagi perkara tu, abang jangan fikir.

Hish penatlah

bercakap dengan orang degil macam abang ni..” Murni duduk di birai katil hospital yang sempit dan memeluk bahu Zamri, terus melentokkan kepalanya ke bahu Zamri. Zamri terangak-agak hendak memeluk isterinya. Dia masih sangsi dengan kata-kata isterinya. Adakah Murni bercakap jujur dengannya atau sengaja tidak mahu menyakitkan hatinya. Sedangkan dia dengar sendiri, bahawa diriya sudah tidak boleh berfungsi sebagai lelaki normal. Murni mendongak dengan senyuman, Zamri dipeluknya erat. Nasib baik bilik untuk 2 pesakit itu hanya Zamri seorang sebagai penghuninya. Jika tidak, pastinya menjadi tontonan pesakit lain.

273

Terkejut Murni dan Zamri apabila pintu bilik terkuak. Hendak katakan doktor membuat lawatan, baru sebentar sahaja tadi doktor menjalankan tugasnya. Hendak dikatakan pembantu hospital membawa makanan, sudah dimaklumkan oleh Murni bahawa bilik Zamri tidak memerlukan makanan untuk hari ini. Hendak dikatakan pencuci bilik, selalunya lewat petang baru mereka datang. Cepat-cepat Murni mengangkatkan kepalanya dari bahu Zamri. Muncul seorang lelaki segak bergaya, walaupun hanya dengan memakai kemeja berkolar kelabu dan seluar jeans denim, berjalan menuju ke arah mereka dengan menjinjing sebakul buah yang dihias cantik dengan bunga dan reben. Murni ternganga, dia kenal betul dengan si lelaki. Zamri juga kenal. “Macam mana pula jantan ini tahu, kita orang ada di KL, siapa pula yang gatal mulut memberitahu dia?” bisik hati Murni yang geram. Lelaki itu terus mara menuju ke arah mereka. “Assalamulaikum.. “Ammar memberi salam. Salam dijawab oleh Zamri, Murni hanya menjawabnya dalam hati. Dengan lelaki itu, Murni memang tidak selesa, memang dia benar-benar tidak selesa. “Maafkan saya, datang tak beritahu, yesterday I call your office nak beritahu this week end kononnya mahu ke sana, tahu-tahu the operator inform me that you involved in a car accident.. lepas tu dia kata you kat HBKL, apa lagi, I trace you and here I’m.” jelas Ammar. Bercerita panjang seperti hendak mengarang cerpen. Dia ingat suka sangatkah Murni hendak mendengar cerpennya yang tidak menarik langsung itu! Namun Zamri setia mendengar. Hanya Murni buat muka sardin, lantaklah kau hendak cerita apa, Murni tidak berminat hendak mendengar. Setiap patah perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu membuat Murni jelik. Mahu sahaja dia menutup telinganya, tetapi nanti dikata tidak sopan pula. Jawabnya terpaksa sahaja menadah telinga untuk mendengar, 274

ibarat masuk telinga kanan dan serta merta keluar telinga kiri. Memang nampak paksa rela, suka atau tidak, itu belakang kira. “Who cares.. ada aku peduli.!.” bisik hati Murni lagi, mulutnya mencebek. “Terima kasih, datang. I tak ada apa-apa, semua selamat, as you can see.. cedera sikit aje.” lain pula sambutan dari Zamri. Orang hendak menziarah, apa salahnya. Bukankah hadith nabi “Setiap orang yang menziarah orang sakit, akan membawa bersama jika pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” Jadi itulah yang Ammar lakukan, menziarah. Untuk kesejahteraan seorang yang dia tidak tahu hendak iktirafkan, sebagai seorang kawan atau seorang lawan! Hendak dikatakan seorang lawan, lelaki yang terlantar itu terlalu baik menerima kehadirannya. Hendak dikatakan kawan, lelaki yang terlantar ini juga telah merosakkan rancangannya untuk merampas semula hati bekas isteri. Apa hendak dikata, best man win. “Nah..” Ammar menghulurkan bakul itu kepada Murni. Mahu tak mahu Murni menyambut dan meletakkannya di meja sisi katil yang kosong kerana meja sisi Zamri sudah penuh dengan berbagai barang, termasuk sejambak bunga yang diberi Khairuzzaman, anak sulung Mak Chah. “Alhamdullilaah.. semua selamat, sebab kata operator tu, you involved dengan lori balak.. ngeri jugak bila I dengar. Tambah-tambah lagi, mereka kata kereta you yang masuk gaung tu jatuh upside down. Macammanapun syukur, you tak apa-apa, hanya cedera ringan” jelas Ammar lagi. “Ni nak tanya? Tahu tak lori siapa? Dari syarikat mana? Kalau hendak saman mereka, saya boleh bantu..” jelas Ammar. Kalau dah lawyer tu, ke mana-mana otak lawyer, ingat saman menyaman sahaja yang mereka tahu!. Sekurang-kurangnya dapat satu lagi job. 275

“Polis sedang siasat.. susah juga, saya tak dapat beri banyak maklumat sebab sudah gelap waktu tu. Itulah, lori tu pun dah nak cepat, takut tak sempat hendak turun. Saya yang mengelak, tu yang jatuh gaung. Kalau saya tak elak, saya dah di bawah tayar lori tu. Encik Ammar tentu tidak dapat berbual dengan saya sekarang..” jelas Zamri. Masih lagi hendak bergurau. Ammar hanya angguk. “Tak apalah, if you need any legal information just buzz me..” katanya lagi. “By the way.. Mila suka tak hadiah yang I hantar?” tanpa menyebut nama, Murni tahu pertanyaan ditujukan kepada dirinya, apabila Ammar menoleh ke arahnya yang sedari tadi hanya diam membisu. “She love it..” jawab Zamri. Soalan ditujukan kepada Murni tetapi Zamri pula yang menjawab. Jika diikutkan hati Murni, mahu rasanya dia memberitahu Ammar supaya jangan menghantar barang-barang sedemikian lagi kepada Mila. Tetapi bila dia teringat pesan Zamri, dibatalkan niatnya. “Oh..I’m sorry I shouldn’t raise this issue at this moment.. I’m sorry” Ammar tunduk, menyedari dia bertanya tidak kena pada waktu dan tempat. “Zamri, kalau ada apa-apa yang you perlukan, just let me know. At least di KL ini I akan bantu apa yang I boleh..” ulang Ammar cuba membantu. “Thanks.. kami dah nak balik, esok mungkin I discharge..” jelas Zamri dengan girang. “That soon? Why so soon, you dah sihat betul ke Zamri?..” soal Ammar “Ya.. kan I dah kata, I tak serious mana pun..” Zamri menyakinkan dia sihat. Cerita sebenar tidak diberitahu, biarlah dia dan Murni sahaja yang tahu. Oh ya, dan doktor muda yang merawatnya juga yang mengetahui. Lama juga mereka berbual. Murni langsung tidak ambil pusing mahupun menyampuk dengan apa yang dibualkan mereka. Malas hendak Murni layan. Lelaki itu memang sudah dipadamkan dari kotak fikirannya sejak dia menjadi Mrs Zamri. Cuma sekarang lelaki ini asyik selalu muncul di hadapannya,

276

membuatkan dirinya rimas. Murni faham dan cukup mengerti, lelaki itu akan terus muncul selagi dia tidak dapat apa yang dia hendak. Wajah Mila terbayang. Lega hati Murni sebaik sahaja Ammar pergi meninggalkan mereka. Sempat pula Ammar menjeling ke arah bekas isterinya. Murni buat tidak nampak sahaja. Dia sudah ada Zamri, Zamri segala-gala bagi dirinya kini. Walau apapun keadaannya, Zamri akan tetap disisinya. Namun persepsi Zamri lain pula, dia perasan, Ammar masih sayangkan Murni. Dari gerak mata dan renungan Ammar kepada Murni, Zamri dapat mentafsirkan. Masih ada kasih Ammar terhadap Murni, membuat Zamri tercabar. “Inilah manusia.. bila dapat peluang, bukan main lagi hendak ambil kesempatan, sudah beri betis, hendak peha pulak..” bisik hati Zamri, geram. Entah mengapa, jika dahulu dia tidak merasa cemburu, tetapi tidak sekarang. Sekarang dia merasa sangat cemburu dan rasa tergugat, terutama apabila menyedari keadaan dirinya. Dirinya yang sudah tidak sempurna sebagai seorang yang dipanggil “Lelaki”.

277

Dua minggu berlalu begitu pantas. Murni sudah lali berulang-alik dari Fraser Hill ke Kuala Kubu Baru. Jadualnya ketat, sehingga tidak ada ruang untuk dia memikirkan yang bukanbukan, terutama soal Ammar. Bila sebok, masalah Ammar hilang dibawa terbang dek angin lalu. Jadual harian bermula seawal subuh. Selesai sembahyang subuh di hospital dia akan terus memandu pulang ke rumah. Menukar pakaian dan terus ke tempat kerja. Waktu rehat tengahari juga dia pulang ke rumah, untuk bertemu dengan Mila yang di bawah jagaan Kak Romlah, Baba Zaki dan Mek Ros. Waktu rehat tengahari sahaja dia dapat bertemu dengan anak kesayangan dan mertuanya. Sebelum jam 2.00 bergegas semula ke pejabat. Tepat jam 5.00 petang dia memandu ke hospital semula. Nasib baik tidak ada kesesakan lalu lintas. Semua berjalan lancar, cuma jika hari hujan Murni terpaksa memandu perlahan, dan akan terlewat sedikit sampai bertemu Zamri. Hasil dari intensive physical thearapy yang dijalankan ke atas Zamri, nampaknya Zamri sudah boleh berjalan. Tetapi berjalan dengan bantuan tongkat berkaki empat. Puhh! Nasib baik dia tidak terus menggunakan kerusi roda. Hari ini hari terakhir kepada routine itu, Murni akan membawa Zamri pulang. Murni mengemas bilik yang menjadi bilik tetapnya selama dua minggu. Tidak selesa seperti bilik hotel, tetapi mendamaikan kerana dia sentiasa berada dengan orang tersayang. Murni memeriksa laci-laci, manalah tahu ada barang-barang yang tertinggal. Jika tertinggal, jawabnya wassalam! Tidak Murni lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua doktor, perawat dan juga pembantu hospital yang sudah bersusah payah membantu Zamri agar dia sembuh di sepanjang sessi rawatannya di hospital ini. Sedih pula dirasa, apabila sudah sebati di dalam diri. Namun syukur, Zamri sudah sembuh. Di luaran, dalaman? Hanya DIA yang maha mengetahui.

278

Semua menyambut kepulangan Zamri dengan gembira. Paling gembira Mila kerana ayah Zam sudah sihat. Memandangkan Zamri agak sukar menaiki tangga, bilik di tingkat bawah menjadi bilik sementaranya. Semua sudah dikemas oleh Kak Romlah. Bilik yang dahulu menjadi bilik hinggap Kak Romlah, kini sudah menjadi bilik Zamri dan Murni sehingga Zamri betulbetul sudah sihat. Cuti juga dipanjangkan sehingga 2 minggu lagi. Kerana cuti sakit dari hospital, Zamri cuti bergaji penuh. Zamri mengambil kesempatan bercuti untuk menyiapkan laporan lawatannya ke Tu Ah Tower yang tertunda. Dia tidak ada masalah untuk menyiapkan, kerana dia hanya sakit kaki, bukan sakit otak. Tuan DO, Tuan Megat Qalif dan teman-teman sering menziarahnya, sama ada semasa dia di hospital KKB, mahupun di rumah. Zamri tidak pernah sunyi, ada sahaja orang datang melawatnya. Popular juga Lee Min Ho Malaya ni ek! Dua minggu kemudian, tongkat kayu pula sudah boleh disimpan ke dalam stor. Baba Zaki dan Mek Ros pun sudah pulang ke Jengka. Namun mereka masih saban hari menalifon bertanyakan khabar, begitu juga Papa Majid dan Mama Seri. Mereka sungguh perihatin, jika bab anak menantu mereka. Esok hari pertama Zamri bekerja setelah bercuti panjang. Bukan main tidak sabar lagi Zamri hendak memulakan tugasnya semula. Barulah dia sedar betapa bosannya tinggal di rumah jika lama bercuti. Lainlah jika dia bercuti bersama Murni dan Mila, jika bercuti bersama mereka 2 bulanpun dia sanggup. Ini tidak, Mila ke sekolah, Murni ke pejabat. Hanya ada Kak Romlah dan orang tuanya. Bukan maknanya dia tidak gembira bersama kedua ibu bapanya, cuma suasana itu lain, bila bersama dengan dua insan yang sudah menjadi sebahagian dari dirinya.

279

“Biar Muni drive, abang duduk sebelah diam-diam aje…” kata Murni, memujuk Zamri yang degil mahu memandu. “Tak..tak..tak.. abang nak drive. Muni duduk sebelah jadi mem..kenapa? Muni takut ke,? takut kaki abang kebas lagi.. dah okeylah sayang..” jawab Zamri sambil menjeling ke arah isterinya. Sambil ditepuknya kedua pehanya, bagi menguatkan katanya yang dia sudah sihat sepenuhnya. Tangan menadah, meminta kunci kereta yang sudah dipegang Murni. Murni serba salah. Melihat wajah Zamri yang meminta simpati, Murni terbayang adigan si kucing kuning Puss in Boots, Murni terus jatuh kasihan. Murni menghulurkan kunci ke tapak tangan yang sedia menadah. Hendak buat bagaimana, suami ada kuasa Veto!!. Kak Romlah hanya mengelengkan kepala melihat telatah adik angkatnya. Pasal kuncipun jadi masalah. “Bukan pasal kaki tu.. pasal Muni nak bagi abang rehat lagi. Bukannya jauhpun, tak sampai 15 minit …” Murni tidak puas hati. Murni kena akur, arahan suami. Kunci kereta sudah diberi tetapi Murni masih membebel. “15 minit ke, satu minit ke.. abang nak drive..full stop..” jelas Zamri. “Ialah cik abang sayang..” Murni malas hendak bertengkar pasal perkara kecil. “Hemmm abang rindu bilik abang..” sambung Zamri lagi. Murni jeling sotong, sepatutnya orang beri cuti, happy, tetapi lelaki ini terbalik kot, lebih suka bekerja..

“Selamat kembali Zam..kau dah betul-betul sihat ke?” tanya Hamdan sewaktu bertembung di lobi pejabat. “Macam ni lah Medan..” jawab Zamri. Tangan Hamdan menepuk lembut bahu Zamri..

280

“Janji kau dah selamat, bro..” katanya lagi. Zamri hanya sengeh. Melintas beberapa orang temannya, juga mengucapkan ucapan yang sama. Mereka terharu dan bersyukur. Jika dilihat dari bentuk kereta Zamri yang remuk, nauzubillah, memang orang mudah berkata, pemandunya tentu tidak ada harapan. Rupanya, Allah beri peluang kedua kepada Zamri, Syukur.. “Kenapa dia orang tengok kita tersengeh-sengeh aje ya Murni?” tanya Zamri. “Entah bang? Muni pun tak tahu? Sebab mereka tak sangka kut, dapat jumpa abang lagi..” kata Murni. “Tak patut betul dia orang ni, fikir negatif aje..” omel Murni. “Hish.. jangan sangka buruk, mungkin mereka gembira abang dah selamat, mana kita tahu..” kata Zamri yang sentiasa memikirkan yang baik-baik sahaja. Murni diam, ada betulnya juga, hati manusia, manalah kita boleh baca. Murni menghantar Zamri ke pejabatnya kemudian baru ke biliknya. “Puan, Tuan Megat nak jumpa Puan dan Encik Zamri, sekarang.. urgent!” kata Shiha, si Pembantu Khas tuan DO. Murni baru hendak memulakan kerja, sudah di panggil pula. “Big boss hendak apa?” tanya Murni “Apa hal Shiha, tak tahu. Dia nak jumpa kat bilik Meeting. Ada hal penting!” jawab Shiha, gelabah sahaja gayanya. “Sayapun tak tahu puan? Tuan DO suruh panggil.saya panggil lah!, Puan dan Encik Zamri ya puan?” ulangnya. “Ya.. Ya.. saya akan datang kejap lagi..” jawab Murni. Shiha hilang, berdesup pulang ke bilik, agaknya. Takut di marahi boss, jika hilang lama-lama. Murni tanpa berlegah, berjalan pantas ke bilik Zamri. “Bang, boss nak jumpa kita kat bilik mesyuarat, A.S.A.P..” kata Murni cemas,

281

“Memangpun abang nak jumpa Tuan Megat, kejap-kejap lagi.. ni dia dah panggil elok sangatlah..jom lah!” kata Zamri. Murni yang masih kurang yakin yang si suami sudah pulih sepenuhnya masih bersungguhsungguh memastikan si suami berjalan dengan betul. Muni.. please.. I’m okey. Your husband is not cripple, okey.!.” kata Zamri. Murni hanya senggeh diperli suami. Niat hanya ingin membantu. Kedua-duanya berjalan pantas ke bilik mesyuarat. Pintu bilik mesyuarat ditolak rakus. Murni dan Zamri ternganga kaku… Hah! apa hal!

282

“SURPRISE!!!” bergema laungan suara semua yang ada, termasuk big boss, Tuan Megat Qalif. Dia bertepuk tangan apabila melihat pasangan Murni dan Zamri yang sudah terkejut beruk, ternganga, ingatkan mesyuarat tergempar, rupanya. Hampeh betul si Shiha! Kemudian mereka tersenyum. Apalah si Shiha ni, dah buat kejutan, pandai kau berlakun ya. Tadi, mati-mati ingatkan memang ada mesyuarat! Tuan DO membuat jamuan mengejut di bilik Mesyuarat. Jamuan doa selamat dan juga jamuan selamat kembali bertugas kepada Zamri, katanya. Tuan DO membuat tempahan catering khas dari Shahzan Inn Resort. Murnipun tidak tahu menahu rancangan mereka, Kalau Murni tahu, bukanlah namanya surprise party kan?. Siap kain rentang tertulis “Welcome back Zamri” berkilau-kilau di dinding. Habis, tidak tertulispun di mana-mana nama Murni? Dia tumpang nama Zamrilah jawabnya. Gasaklah kau.. Dengan belon dan bermacam-macam reben yang berwarna warni. Angin siapa agaknya yang memenuhi belon-belon tersebut. Mahu semput si peniup belon. Guna pam basikal gamaknya. Gaya party birthday remaja sahaja. Zamri terharu, kepulangannya di sambut begitu sekali. Zamri yang sudah tidak bertongkat, merasa malu pula apabila kepulangannya selepas bercuti selama sebulan disambut sebegitu. Dia bukannya VIP, cuma pegawai cabok sahaja, namun Zamri sungguh terharu, Megat Qalif sentiasa menghargai kehadiran setiap anak buahnya. “Zamri.. welcome back” tegur Tuan DO “Are you sure you dah totally recovered or you want a few more days..” tanyanya lagi.

283

“I’m fine.. Tuan.. and thank you. Saya dah cukup rehat, tak mahu dah cuti lagi, beku otak saya lama-lama kat rumah!” jawab Zamri sambil senyum kepada bossnya. Tunjuk hendak dapat penghargaan khidmat cemerlangkah? “Tak .. bukan begitu Zamri, saya hendak pekerja saya betul-betul sihat, takut mudarat jika tak sihat lagi dah buat kerja..” soal Tuan DO “Jangan risau Tuan.. saya dah sihat..” jawab Zamri lagi. Menjawab dengan bersemangat sekali. Kena tunjuk yang dirinya betul-betul sudah bersedia untuk berkhidmat semula. Hendak beri cuti lagi? Mahu mati kutu di rumah sorang-sorang. Kak Romlah sudah tentulah tak boleh datang. Nak mampus berdua sahaja dengan Kak Romlah di dalam satu rumah. Lainlah kalau ada Murni bersama. Asyik-asyik Murni, asyik-asyik Murni, seperti tidak ada perempuan lain di dunia selain dia selain dari Murni. Bercerita pasal Murni, di mana dia? Zamri sedari, sejak sampai tadi dia tidak nampak kelibat isterinya. Sedangkan dia datang ke bilik mesyuarat itu tadi bersama! “Nah.. cukup tak?” tertoleh Zamri mendengar suara Murni yang tiba-tiba muncul di sebelahnya menghulurkan sepinggan makanan. Barulah Zamri sedar, isterinya hilang kerana pergi mengambil makanan untuknya. Tuan DO yang duduk di sebelah Zamri hanya pandang sinis. “Tuan ?“ tanya Murni, manalah tahu Tuan DO memerlukan sesuatu. Tuan Megat hanya menangkat tangan dan mengoyangkannya. Phew.. Murni lega. Takut pula nanti dikatakan mengampu boss... Bukan Murni hanya pentingkan hal suaminya sahaja, tanpa memperdulikan big boss. Murni tahu, hal Tuan DO akan di uruskan oleh si Shiha, Pembantu Khas, merangkap pembantu segalanya. “Muni pergi ambil air kejap?”ucap Murni terus berlalu, tidak sempat Zamri hendak bertanya, dia sudah beredar ke tempat air.

284

Kawan-kawan Zamri yang berada di dalam bilik mesyuarat hanya memerhati sambil senyum simpul. Bertuah badan kau Zamri, semua sudah diuruskan, hanya perlu suap sahaja. Murni duduk di sebelah kerusi yang kosong bersama kawan-kawan perempuan yang lain, setelah meletakkan secawan air di hadapan Zamri. Cukup-cukuplah di cop belangkas. Zamri menjadi perhatian rakan-rakan. Tidak habis-habis mereka bertanya. Sudah beratus kali Zamri bercerita, sudah naik bosan. Dahlah tadi tergempar menjadi guest of honour. Penganjur dan penyumbangnya ialah big boss. Naik malu pula Zamri dibuatnya. “Ohh.. surprise parti.. cepat-cepatlah selesai, sekarang ni bukan lagi guest of honour, tetapi lebih kepada guest of horror” bisik hati kecil Zamri. Mata memaling ke arah Murni yang rancak berbual dengan rakan-rakannya. Sedangkan dia di sebelah boss, tak tahu cerita apa yang hendak dibuka. Hendak bercerita pasal kerja, dia sudah sebulan bercuti kerana tersadai di hospital! Hendak bercerita mengenai dirinya, rasanya tidak sesuai pula… Habis hendak cerita apa? Akhirnya, boss pandang Zamri dan Zamri pandang boss! Tersengeh seperti kerang busuk. Sabar ajelah kau Zamri a.k.a guest of horror!!!

285

Di Kuala Lumpur Berkerut muka Ammar membaca fail kes yang telah di sediakan oleh Swee Mee di atas meja. Kes bunuh. Seorang anak didakwa menyembelih bapanya sendiri kerana si anak mendengar satu suara meminta dia membunuh bapanya sebagai menebus dosa keluarga. Ammar geleng kepala, dunia semakin tua, dan manusia semakin gila. Ammar terpaksa membacanya dengan teliti. Ini melibatkan nyawa satu insan. Adakah benar si anak tidak siuman atau memang si anak ada niat membunuh. Tugasnya membela si anak. Jika sabit kesalahan, si anak pasti akan ke tali gantung. Satu nyawa yang sudah hilang, sudah ditakdirkan ajalnya. Nampaknya satu lagi nyawa bakal hilang, menyusul. Dia tidak boleh melawan takdir, Dia juga tidak mahu mengumpul dosa, melepaskan orang yang sudah sahih bersalah. Menjadi pembelapun ada hadnya, jangan cuba menempah neraka. Dia akan cuba sedaya upaya menyelamat, tetapi jika sudah tersurat dan tersirat, dia redha. Dunia, dunia, macam-macam.!!. “Treet..“ tersentak Ammar dengan bunyi interkom, membuat Ammar terus menekan butang untuk menjawab. Orang sedang sebok, ada saje gangguan mendatang. “Ya.. Swee Mee..“ katanya dengan nada letih. Suarapun sudah meleret sahaja bunyinya. “Puan Qistina is here..“ katanya. Ammar menarik nafas panjang. Apa lagi yang mummynya mahu darinya. Tidak cukupkah dia mengatur hidupnya sehinggakan sudah mencicah umur 40an masih dikongkong oleh ibunya. Adakah mummy mahu terus mengongkong hidupnya sehingga rambutnya sudah memutih uban?. Biar betul mummy oi! Sudah dua kali gagal dalam perkahwinan. Pilihan sendiri bungkus, pilihan mummypun bungkus. Jadi siapa yang hendak disalahkan? 286

Salah pilih atau suratan takdir? "Mummy.. please give me a space, I need that space to breath" katanya di dalam hati, tetapi tidak terluah, tidak sampai hati menyakitkan hati seorang ibu. Sudahlah bekas isteri mengganggu hidupnya saban hari, sampaikan dia naik bosan. Swee Mee juga memberitahu Edwina, bekas isteri, sering menalifon pejabat bertanyakan hal ehwal dirinya. Edwina sudah mula syak kenapa Ammar selalu tidak ada di pejabat. Ini tidak pernah terjadi di sepanjang Ammar menjadi suaminya. Tetapi kini, sejak mereka berpisah dia sering hilang pula. Kenapa dan ke mana agaknya bekas suaminya menghilang. Yang pasti usaha untuk memujuk sudah tidak berguna. Ammar sudah berpatah arang berkerat rotan dengannya. Terutama apabila cerita lama yang sudah lapan tahun berkubur, tiba-tiba terbongkar. Terbongkar setelah di asak oleh Ammar apabila dia terjumpa sekeping nota di celah-celah buku kepunyaan Murni yang tersimpan di dalam kotak di dalam stor. Itu bukan tulisannya, dia kenal tulisannya sendiri. Juga bukan tulisan Murni, dia kenal tulisan Murni. Tetapi dia perasan tulisan itu, memang selalu dia lihat, sangat familiar. Siasat punya siasat, Ammar membandingkan tulisan yang selalu tergantung di pintu peti sejuk. Nota yang selalu di tinggalkan oleh Edwina, jika keluar bertemu teman, atau jika dia pulang lewat. Sah! Tertangkap. Tidak jauh rupanya bukti yang selama ini dia tidak perasan. Jika dia tidak mengelidah kotak untuk mencari buku-buku rujukannya yang lama bagi kes bunuh ini, sudah pasti dia tidak bertemu dengan nota yang sudah lapan tahun terletak aman di celah buku tersebut. Murni menyimpan nota itu secara tergesa-gesa, main selit sahaja waktu itu, agaknya. Apa lagi meletuplah Bom Hiroshima! Habis semua terbongkar, tersedu-sedu Edwina meminta maaf. Hendak minta maaf sepatutnya bukan kepada dirinya, tetapi kepada Murni dan clientnya dari Singapura itu, tak pasal-pasal mereka menjadi mangsa! Terbayang wajah Murni dan wajah client dari Singapura, apabila Ammar teringatkan hari kejadian silam. Mereka langsung tidak di beri peluang untuk membela diri. Tidak guna 287

berhujjah dengan seorang peguam kerana sudah tahu, tidak akan berhasil. Mati-mati dia ingatkan Murni yang curang, rupanya dia di perangkap. Macammana dia boleh buta waktu itu! Dia sendiripun tidak faham. Dia yang seorang peguam sepatutnya menyelidik dahulu sebelum menjatuhkan hukum.. tetapi pelik, Ammar bukan sahaja menjatuhkan hukum malah menjatuhkan Talak.. Masyallah.. Ammar, sudah kenapa kau? Ammar mengeleng-gelengkan kepalanya apabila teringatkan insiden itu. Buta betul mata dan hatinya. Edwina yang meletakkan sampul surat di concierge hotel untuk Murni. Surat yang menyatakan Ammar meminta dia menunggu dirinya di dalam bilik bernombor sekian.. dan sekian. Di mana nombor bilik adalah nombor si client Singapura. Pandai betul dia. Sementara itu, dia telah mengatur JAIS datang menyerbu. Rupanya, Edwina menggunakan namanya untuk memerangkap Murni. Kasihan kau Murni... Yang mummy pula, bila mengetahui menantu bukan pilihan ditangkap khalwat, apa lagi? Menggunakan jarum untuk mencucuk Ammar agar menceraikan sahaja si isteri yang malang. Yang jadi mangsa ialah Murni. Dan tanpa Ammar menyedari, rupanya ada satu lagi mangsa yang masih belum melihat dunia juga terlibat! Ammar memegang kepalanya lalu tunduk. Sesal tak sudah dengan tindakan terburuburunya. Apakan daya,, Sudah berbulan Ammar tidak menjenguk mummy, hatinya masih panas kerana mummy yang mendesak Ammar agar menerima Edwina, anak perempuan adiknya sebagai ganti isteri yang curang. Tanpa dia mengetahui semua itu adalah rancangan licik si menantu pilihan, Edwina. Hebat..hebat..tapi “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua”.

288

Edwina sepatutnya bersyukur kerana dia hanya diceraikan dengan talak satu, tidak tiga. Tidak semalang Murni yang mendapat talak sekali gus tiga. Nasib baik hanya ada talak tiga. Jika ada empat, lima atau enam, pasti juga dia mendapat talak yang paling maksima. Ammar cukup marah tatkala itu, mengikut nafsu amarah dan nafsu mudanya. Ammar sedar, dia tidak perlu memeningkan kepalanya mengenai perkara yang sudah lepas. Ammar memegang pelipisnya, dia tahu dia akan lebih pening memikirkan mummy dari kes bunuh yang sedang dibacanya. “Yes, lets her in..“ hendak buat macammana? Dari orang lain di pejabat tahu kancah kepincangan keluarganya, baik sahaja dia benarkan ibunya masuk. “Am? Kenapa lama tak jenguk mummy?“ tanyanya sebaik sahaja dia masuk. Dudukpun belum lagi, soalan sudah muncul. Ammar hanya mendiamkan diri. Ammar kerut muka. Mummy sudah ada jawapannya, kenapa masih perlu bertanya? “Am! Dengar tak mummy tanya ni..?” Tanya mummy Tina lagi. Ammar hanya tunduk dan berpura-pura membaca. “Mummm..apa hal mum nak jumpa Am, sampai datang sini..Am kan sedang kerja ni mum..” tanya Ammar “Sejak bila seorang ibu tak boleh jumpa anaknya?“ soal mummy. “Mummy call banyak kali, Swee Mee beritahu Am cuti dan keluar daerah..Am pergi mana? Atau Am memang mengelak dari bercakap dengan mummy” Tanya mummy Tina. Nada bukan main tinggi, kalah suara hakim. “Apa salahnya Am bercuti? Itupun kena beritahu Mummy jugak ke?” kata Ammar sinis. Mummy Tina diam. “Tak cukupkah Mummy interfere hidup Am?“ tanya Ammar “Amm.. tak ada seorang ibupun dalam dunia ni yang sanggup tengok anaknya menderita dan kecewa Am.Terutama apabila seorang ibu itu membesarkan anaknya sendirian. Mummy salah seorang ibu tu..“ kata mummy Tina tunduk. Meminta simpati.

289

“Am tahu, kalau mummy tahu susahnya membesarkan anak sendirian, kenapa mummy buat pada orang lain? Sampai perempuan tu terpaksa membesarkan anaknya sendirian?” tanpa Ammar sedar, dia telah memecahkan tembelang kehilangannya selama ini ialah berjumpa dengan anaknya. Ternganga Mummy Tina, dia tidak faham. Apa yang sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Ammar kepadanya? Siapa yang membesarkan anaknya sendirian? Yang dia tahu yang membesarkan anak sendirian ialah dirinya? Ammar dan Edwina pula mana ada anak? “Am, Am cerita apa ni..?” dia memberanikan diri bertanya. “Am ada anak mum. Anak yang Am biarkan selama 8 tahun tanpa seorang ayah. Anak yang Am biarkan si ibu menjaganya sendirian..“ mendatar sahaja suara Ammar. Mummy Tina ternganga dengan mata terbeliak... Anak dengan siapa pula? Ammar ada isteri lainkah tanpa pengetahuan dirinya? Atau Ammar ada misstress di mana-mana, sampaikan menghasilkan anak? Itu tidak mungkin, Ammar bukan kaki perempuan. Hati mummy Tina berbelah bagi. Ammar ada anak tidak sah tarafkah? Bagaimana ini boleh terjadi, walaupun kehadiran seorang cucu memang sangat-sangat diharapkannya, tetapi dia tidak sanggup berdepan dengan consequence yang begini. Ammar stop giving me riddle? I need answer, not riddle? Bisik hati mummy Tina, geram!! Ammar masih mendiamkan diri membiarkan mummy Qistina memikirkannya sendiri. Ammar hendak melihat, apa reaksinya nanti, apabila anak yang disebut Ammar adalah dari perkongsian perkahwinannya bersama Murni. Menantu yang dia benci, satu waktu dahulu, yang kini sudah menjadi bekas menantu. Adakah dia boleh menerima hakikat itu atau Murni dan si anak bakal menjadi mangsa buat kali kedua!

290

Kembali ke Fraser Hill Lengan Zamri melintang di atas dahinya. Menoleh di sebelah kiri didapati Murni sedang lena tidur mengereng dengan sebelah tangan di atas perut Zamri. Kelihatan turun naik, turun naik perut Zamri mengikut helaan nafasnya beriring dengan sebelah tangan si isteri, bagaikan irama yang tidak ada tempo, cuma senada. Tangannya yang di dahi berpindah mengulis tangan Murni. Murni tersedar apabila tangannya diulis Zamri. “Kenapa bang.. abang tak tidur lagi ke?” tanya Murni dengan suara yang meleret.. orang mamai, terkejut dari lena. “Tak..abang nak tidur la ni.. Muni tidur aje la..kejap lagi abang lena ..” jawabnya, entah Murni dengar entah kan tidak, kerana tiada jawapan yang diterima, selepas itu. Murni menyambung lenanya. Malah telah beralih posisi, kepalanya sudah berada di dada Zamri. Diulisnya perlahan rambut Murni. Murni hanya bergerak sedikit, apabila merasa ada sesuatu menganggu di kepalanya. Zamri memeluk erat si isteri, lagilah Murni rasa comfort dibelai begitu. Diciumnya rambut Murni perlahan. Hemm.. harumnya.. “Berapa lamakah agaknya aku akan menekmati kebahagian seperti ini” bisik hati Zamri. “Adakah sehingga akhir hayat, atau hanya sementara, aku tak mahu menyiksa perempuan yang di dalam pelukan aku ini, kasihan dia..” bisik hatinya lagi. Tidak disedari air jernih mengalir perlahan di pipi. Mengalir air mata seorang lelaki. Diperhatinya puas-puas wajah Murni yang tidak tahu menahu dirinya diperhatikan kerana memang dia lena .. lena sungguh di dalam pelukan seorang suami yang sangat dia percaya akan melindunginya. Sedangkan Zamri di dalam mempertimbangkan apa yang harus dilakukannya. Dia rasa kerdil dengan dirinya, kerana di kepalanya sudah tersimpan ayat “Zamri, kau sudah tidak lagi lelaki yang sempurna, kau tidak layak untuk perempuan ini”.

291

“Ya ALLAH.. berilah aku kekuatan untuk mengharungi hidup ini. Jika boleh bersama perempuan ini hingga ke Jannah, ya ALLAH..tetapi adakah tindakan aku betul! Kau yang maha mengetahui, tunjukkan jalan kepada hambamu ini, Ya ALLAH ” doa Zamri di dalam hati. Zamri mengalih kepala Murni ke bantal dan dia mengambil uduk dan bersolat sunat. Jiwanya perlu mencari ketenangan. Ketenangan yang hanya boleh diberi oleh Pencipta, Allah yang Satu. Kemudian dia bertasbih, membaca apa sahaja zikir yang terlintas di kepalanya. Selesai bertasbih, hatinya sedikit terubat. Baring semula di sebelah perempuan yang sudah hanyut di alam mimpi. Diperhatinya puas-puas, kemudian layu.. dan layu.. dan akhirnya dia juga terlena. Sama seperti lena Murni. Jika boleh ingin mereka berjumpa di dalam mimpi. Sama-sama mengejar rama-rama di padang hijau yang entah di mana lokasinya. Atau sama-sama berguling-guling di atas salji entah di banjaran gunung mana mereka singgah! Bolehkah?

“Bang.. saya betul-betul tak setuju dengan si Ammar tu.. ni tengok?” tangan Murni menarik sebuah basikal. Hadiah buat Mila dari Ammar yang baru dihantarnya petang tadi sebaik sahaja dia sampai di Fraser Hill. Esok hari Sabtu, dia ingin meminta kebenaran dari Zamri dan Murni untuk membawa Mila ke Bukit Merah New Village. Dari Fraser Hill hanya memerlukan pemanduan lebih sedikit dari 2 jam. Dengan kereta Mercedes Benz miliknya lagi cepat sampai. Zamri berbelah bagi hendak membenarkan atau tidak, jika ditanya Murni sudah pasti mendapat jawapan yang mengecewakan.

292

“Biarkanlah Murni.. hadiah bukan dari orang lain, dari bapa dia sendiri” jawab Zamri, yang sebenarnya juga tidak berapa setuju dengan cara Ammar cuba memikat Mila. Memikatnya dengan barang yang mahal. Katanya untuk hadiah harijadi yang tidak pernah dia hadiahkan, jadi sekarang Mila sudah berumur 7 tahun, nampaknya Mila akan memenerima 4 lagi hadiah misteri dari Papa Am. Dua sudah diberinya, 4 akan mendatang dan hari jadinya yang ke7 lagi 2 bulan, entah apa lagi hadiah yang akan Mila akan dapat? Mungkin juga bulan dan mungkin juga bintang! Andai boleh dipetik seperti buah di pohon kayu, mahu rasanya si Ammar menghadiahkannya. “Abang ni serba salah..Murni kena bantu abang kali ni, Ammar ada tanya abang boleh tak dia nak bawa Mila whole day tomorrow. Dia nak bertolak awal pagi dan balik sebelum gelap. Macammana? Murni beri kebenaran tak?” Zamri mengajukan pertanyaan kepada Murni,“Bila dia tanya abang?

Pandai dia ya, tak mahu tanya Murni… dia dah tahu

jawapannya kalau tanya Murni. Murnipun dah naik menyampah bang..! lat 2 minggu ada aje muka dia kat sini..” Murni meluahkan kemarahannya kepada Ammar yang kerap berkunjung ke Fraser Hill. Nasib baik Fraser Hill bukan kepunyaannya, jika dia yang punya, mahu dipagarnya dengan tembok setebal tembok besar negeri China. Zamri hanya diam, dia mengerti, Murni masih marah kepada bekas suaminya. Tetapi keras-keras kerak nasi.. kalau selalu berjumpa, mahu juga lembut hatinya satu hati nanti. Ini lagi membuat hati Zamri risau. Takut Murni pada mulanya benci, lama-lama timbul perasaan lain pula! Mahu haru..nahuzubillah..dia sayang perempuan ini. Murni menghulurkan air juice kepada Zamri yang duduk di sofa menonton TV. Satu lagi yang ada di tangannya dihirupnya perlahan, duduk di sebelah Zamri. Ikutkan hati, Zamri tidak benarkan, tetapi kasihan pula Ammar datang dari jauh sematamata mahu berjumpa dengan anaknya sendiri. Zamri tidak mahu isterinya dicop hanya mementingkan diri sendiri. Bukan darahnya seorang yang mengalir di dalam diri Mila, malah ada darah Ammar juga. Darah yang tidak boleh ditukar dengan darah orang lain, walau menggunakan teknologi dialysis yang canggih manapun. Tetap ada darah Ammar

293

yang mengalir di dalam tubuh budak perempuan yang bernama Mimi Sharmila Ammar Aidid. “Saya pun rasa macam tu jugak bang.. ser..ba sa…lah, nanti kalau tak izinkan takut pula dia buat tektik lain, tektik kotor” tukas Murni. Mengerti kretibiliti bekas suaminya sebagai seorang peguam. Di kepala sentiasa ada idea untuk menjalan jalan. Idea yang tidak terfikirpun oleh insan yang bukan berjawatan peguam. “Kasihan pulak abang, dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa Mila.. tibatiba kita tak beri dia bersama. Cuba kalau kita ditempat dia, macammana?” Zamri juga merasa simpati, kalaulah letakkan dirinya ditempat Ammar, bagaimana pula dirasakan. “Abang ni, baik sangatlah..tu yang si Ammar tu naik minyak. Macammana kalau kita kata tak boleh, hanya boleh jumpa kat sini aje..dia nak kata apa?” Zamri mengerti memang Murni sudah tidak larat lagi dengan si Ammar, walaupun sebenarnya dia tahu hubungan Ammar dan Mila. Marah Murni masih menebal. Ammar patut tahu, di mana dia semasa Murni hamil? Di mana dia semasa Murni sakit hendak melahirkan? Di mana dia semasa Murni berjaga malam semasa Mila bayi? Di mana dia semasa sakit pening Murni dan Mila? Di mana? Kini Mila dah besar pandai pula dia sogok itu dan ini untuk menawan hati anaknya. Bukankah itu juga boleh dikategorikan hanya mementing diri sendiri namanya. Lainlah jika Mila lahir-lahir sahaja sudah boleh berlari dan berdikari seperti sekarang. “Muni bukan hendak membantah cadangan abang, tetapi Muni still stand on my decision, my decision is final.. big NO..” jawab Murni. “Macammana kalau kita pergi sama..” tanya Zamri. Mulut bercakap, tetapi diselangi dengan hirupan juice.

294

“Hah…kita ikut sama? Mahu ke si Ammar tu.. dia nak bawa Mil .. bukan kita..” jawab Murni. “Ia lah.. kita pergi sama, tapi Mil masih kita perhatikan dari jauh, at least she is not out of our sight..” kata Zamri dan memaling kearah si isteri yang sedang berkerut berfikir. Bagus juga cadangan itu. Mug juice yang kosong Zamri serahkan semula kepada Murni. Murni meletakkannya di depan meja kopi bersama dengan mugnya yang juga sudah kosong. “Ia jugak.. cuba abang tanya dengan si Ammar tu.. kalau dia setuju, elok juga rancangan abang tu.., kalau nak bermalam kat sanapun best juga, saya belum pernah pergi sana lagi..” jawab Murni teruja dengan rancangan Zamri. Zamri meraut wajahnya. Pulak!. Tadi bukan main marahnya dia dengan Ammar, kini sudah setuju pula. Cepat betul terpusingnya keputusan perempuan ini. Kalau berjalan.. hidup dia! Murni nampak Zamri seperti sedang bingong. Dirangkulnya Zamri erat-erat, hingga hendak rebah mamat itu dibuatnya. “Abang.. abang jangan salah sangka pulak dengan saya, abang ingat saya suka sangat nak berjalan sampai satu hari dengan si jantan tak guna tu! Saya nak bersama dengan abang dan

Mila

aje,

tapi

sebab

diapun

hendak

bersama

Mila

jadi

kita

kena

kongsilah..berkompromi..” jelas Murni yang masih merangkul leher Zamri. “Banyaklah ayang punya kongsi.. abang tarik balik rancangan abang tu..” tukas Zamri, memikirkan rancangan itu tidak sebagus yang difikirkan. Memberi peluang Ammar untuk lama bersama dengan bekas isteri yang masih dia kasih.. itu mengundang Bahaya! “Hemm.. tak apa.. kita tetap jugak pergi tapi kita-kita aje, without Ammar in the picture…ya bang..” pujuk Murni. Digoyang-goyangnya tubuh Zamri. “Hemm.., jadinya ni.. benarkan ke tidak?” tanya Zamri dengan nada tinggi. 295

Sudah berjam-jam berbincang, tetapi tidak pergi kemana-mana. Keputusan tidak juga dibuat, asyik berpusing-pusing, sama ada beri kebenaran ataupun tidak. Zamri perlu berfikir waras dan sebaik mungkin dengan setiap rancangan perlu diatur dengan betul kerana dia perlu berhati-hati takut rancangan tersebut bukan merapatkan Mila dengan bapanya, tetapi merapatkan Murni dengan Ammar. Hish runsing.. runsing.. buat ini tak kena, buat itupun tak kena. “Okey macamni lah sayang.. kita tanya Mil, lagi elok.. sama ada dia nak kita pergi sama atau dia boleh aje dengan papa Amnya..” Zamri memberi satu lagi cadangan. “Abang tanyala.. bila Mil balik dari kelas mengaji tu nanti..” Bagi Murni, apa sahaja cadangan yang datang dari Zamri, pasti dia setuju. Tidak pula dia ketahui yang kini Zamri sudah bermain teka teki dengannya. Sejak dua menjak merasa diri tergugat. Terutama sejak merasakan dirinya tidak sempurna. Tidak sempurna untuk menjadi suami kepada Murni. Apa sahaja bersangkutan dengan Ammar akan menjadi ancaman kepadanya. Dia takut Murni akan berpaling semula kepada Ammar, tambahan pula mereka ada anak bersama. Anak adalah penghubung satu keluarga, sedangkan dirinya tidak mampu berbuat demikian. Betulkah alasan anak sebagai penghubung? One Big Question Mark??

“Mila tak mahu pergi kalau ma dan ayah Zam tak pergi” itu jawapan dari Mila apabila ditanya Zamri sebaik sahaja anak itu pulang dari mengaji. Terjawab sudah persoalan yang menjadi masalah Zamri dan Murni yang tidak berhasil mencari penyelesaian. Tidak perlu berpusing-pusing berbincang, namun tidak berjaya meraih jawapan. Nah! Si tuan punya badan yang sudah membantu memberikan jawapannya.

296

Zamri lega dengan keputusan Mila, Murni lagi lega. Sekurang-kurangnya Zamri boleh memberitahu Ammar bukan dia tidak memberi kebenaran, tetapi si anak yang menolak. Nampaknya, mereka dua beranak hanya akan bersama di sekitar Fraser Hill sahaja. Fuhhh.. lega…bisik Murni.

297

Mila hanya mengayuh basikal barunya di hadapan rumah. Tidak mahu membawanya keluar ke jalan besar, takut tercalar, dia cukup sayang pemberian papa Am. Basikal canggih, tentu mahal harganya. Kalau boleh Mila tidak mahu tercalar sedikitpun, berdebupun dia tidak mahu, dia hendak lihat basikal itu berkilat sepanjang masa seperti baru. “Adik, adik duduk sini ya?“ Mila tertoleh dan terhenti mengayuh apabila ditegur oleh seorang perempuan. Sumpah! Dia tidak kenal perempuan itu “Hemm.. ni rumah Mila, kenapa untie?“ tanya Mila ingin tahu. “Uncle yang hantar basikal semalam tu siapa?” tanyanya lagi. Mila memikirkan, bagaimana ek! Perempuan ini tahu pula papa Am datang menghantar basikal untuknya semalam? Siapa pula perempuan ini ya? “Papa Am..” jawab jujur seorang budak. “Ahhhh.. papa?“ jantung Edwina sudah bergendang kencang. Terus mukanya menjadi kelat dan mulut terkumat kamit, bukannya dia membaca mentera tetapi memaki seranah. Kini baru dia sedar, dia diceraikan kerana budak perempuan itu. Dia tidak sangka, Murni masih menjadi pencabarnya, walaupun dia telah berjaya menghalaunya jauh dari kehidupan Ammar satu ketika dahulu. Rupanya di dalam diam mereka masih berhubung, sehinggakan mempunyai seorang anak! Tak guna punya perempuan! Oppss.. Tak guna punya laki! “If I cant have him, no body can..“ jawab Edwina, perlahan. Hatinya bengkak, Murni tak sudah-sudah menjadi penyebab dia kalah. Tanpa dia sedar, kemenangannya dulu adalah kerana dia menggunakan tektik kotor. Tetapi sekarang dia 298

kalah sekali lagi, malah telah kalah lebih teruk, kalah dengan TKO. Yang hairannya, apa hebatnya Ammar sehinggakan dia tidak rela Ammar dimiliki oleh orang lain, melainkan dirinya. Adakah kerana kedudukan Ammar atau harta Ammar? Sungguh dia seorang yang mementing diri sendiri, pendengki! “Mama ada?” tanyanya lagi. “Ada! Untie siapa?”tanya Mila Risau pula dia apabila si perempuan bertanya itu dan ini. Yang pasti si perempuan bukan anggota polis. “Auntie, kawan mama..” jawab Edwina. Kawanlah sangat! “Ohhh…” jawab Mila, lega, bukan orang jahat tetapi kawan mama rupanya. “Nanti Mila panggil ya..? Mama tentu happy jumpa kawan dia…” kata Mila. Mata Ediwna menala ke langit, mulut tersengget. Bangga juga mempergula-gulakan seorang kanak-kanak. ”Your are right girl, she will be very very happy to see me! Ya, ini kawan Murni yang paling rapat!” bisik hatinya, geram dan bangga. Mila terus menyorong basikalnya masuk ke porch. Edwina menunggu di luar pagar. Apa sebenarnya yang dia hendak dari Murni? Dia mahu merayu agar Murni melepaskan Ammarkah, atau dia mahu melakukan adengan tarik tarik rambut hanya berebutkan seorang lelaki. Sedarkah dirinya sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi dengan si Ammar? Ammar sudah menjadi bekas suami? Dia sudah diceraikan? Ahhh.. dia lupa agaknya, atau masih berharap.!!

299

Mila memimpin tangan Murni, dia memberitahu ada kawan mama yang hendak berjumpanya di luar pagar. Murni hanya mengikut tangan Mila yang menariknya laju. Murni tertanya-tanya, siapa agaknya yang menganggu dirinya di hujung-hujung minggu ini. “Mil.. perlahan sikit, mama tak boleh jalan selaju Mila..sabar.. sabar.. mama turun ni..“ kata Murni. “Tu... ah..!“lurus jari telunjuk Mila menghala ke arah seorang perempuan yang tercegat di hadapan pintu pagar. Terbuntang mata Murni.. Dia terkejut apabila melihat yang berdiri di tengah panas, adalah perempuan yang pernah menganiaya dirinya. Mila oh Mila.. perempuan itukah yang dikatakan kawan Mama? Hairan Murni, apa lagi yang dia mahu! Tidak puaskah angkara yang telah dia lakukan? Membuak-buak rasa dada Murni.. bagaikan hendak meletop Dia hendakkan Ammar, dia sudah dapat. Dia hendakkan mama Ammar, dia sudah berjaya menguasainya. Dia hendak menjadi Mrs. Ammar, peguam terkenal, dia sudah mendapat gelaran itu. Dia hendakkan kedudukan di kalangan orang VIP kerana Ammar seorang peguam terulung. Dia sudah berada di kalangan itu. Dia juga telah berjaya menjadikan Murni dengan gelaran baru, JANDA Yang paling sedih, dia juga telah berjaya menjadikan seorang budak perempuan anak yatim terlalu awal.. Apa lagi yang dia MAHU!! Murni tidak faham, jika seseorang itu tamak, memang apa sahaja yang dia ada, pasti tidak cukup. Murni mara ke arah Edwina. Walaupun masa 8 tahun yang ditinggalkan, sedikit sebanyak merobah wajah Edwina, namun dia tetap nampak bergaya. Walau secantik mana pun wajah, jika hati kotor, tidak guna juga. Tidak ada seri… 300

Murni cuba berlagak tenang demi untuk mengelakkan pertengkaran berlaku, kerana kehadiran Mila. Mila tidak sepatutnya tahu siapa sebenar perempuan yang dikatakan kawan itu. “Win..!” tegur Murni “Muni.. “ Edwina pula membalas teguran Murni. Mila hanya memerhati. Dia tersenyum, dia gembira kerana sudah berjaya menyatukan pertemuan dua orang kawan. Memang sah kawan mama, kerana mereka kenal di antara satu sama lain. “Mila pergi masuk sayang, mama nak cakap dengan kawan mama..” pinta Murni. Mila yang tidak tahu menahu hanya menurut dan meninggalkan mamanya dengan perempuan yang dikatakan kawan. Pastinya banyak cerita yang hendak mereka kongsikan, bisik Mila di dalam hati. “Apa hal, kenapa you cari Muni lagi? Bukankah kau dah dapat apa yang kau mahu?” Murni memulakan kata-kata dengan nada kasar, menggunakan ganti nama “kau“ dan “aku“. Itupun setelah dia menoleh dan memastikan Mila sudah masuk ke dalam rumah. “Sebab, ahhh… sebab aku tak sangka selama ini Ammar masih berhubung dengan kau, sampai kau dapat anak haram tu..!! “ jawab Edwina kasar sambil jari menunding ke dalam yang dimaksudkannya si Mila. Bukan main celupar lagi mulut Edwina, menuduh Mila anak haram. Dia masih menyangka selama ini Ammar menjalinkan hubungan dengan Murni. “Hey, perempuan! Baik kau balik. Kalau kau tak tahu apa yang sebenarnya, baik kau balik sekarang!“bentak Murni dengan kasar. Edwina tiba-tiba datang merapati Murni dan hendak melepaskan satu tamparan yang sudah lama dia hajatkan. Menampar perempuan sentiasa membuat hidupnya tercabar. Tangannya sudah ringan sahaja hendak menghayun, terapi tangan tidak sempat sampai ke pipi mangsa. Ada satu tangan lain yang menghalang! “Edwina!“ kedua-dua pasang mata tersentak mendengar suara lelaki yang bernada tinggi. 301

Kemunculan hero yang entah datang dari celah mana. Tiba-tiba muncul... Ammar datang dan menyekang tangan Edwina melindungi Murni dari mendapat tamparan. Buat pertama kalinya, Ammar melindungi Murni. Perbuatan yang sepatutnya dia lakukan 8 tahun lalu. Murni terharu, tidak dia sangka Ammar datang melindungi dirinya. Murni tibatiba rasa simpati dan hatinya yang mula cair dengan tindakan spontan itu. “Ehh! Abang? Win.. ah..Win..“Edwina menjawab dengan nada terketar-ketar, terutama apabila melihat wajah Ammar yang sudah seperti singa jantan yang lapar! “Murni, you better get inside...“ pinta Ammar “I will handle this..“ sambungnya lagi. Sudah seperti drama melayu, episod Samarinda TV3. Seorang duda cuba meleraikan pergaduhan di antara kedua-dua jandanya. Sungguh kliche. Cepat-cepat Murni masuk ke dalam rumah tanpa menoleh. Cepat-cepat dia menutup pagar dan pintu rumah. Biarkan Ammar menyelesaikan masalah domestik mereka berdua. Murni tidak mahu masuk campur, bukan urusannya pun. Tambah-tambah lagi apabila sudah tahu Ammar sedang marah, telinganya sudah nampak memerah. Apa lagi apabila melihat Ammar dengan mata terbeliak di hadapan perempuan yang sudah mengelabah. Dia pernah melihat wajah itu kira-kira 9 tahun yang lalu. Ahhh.. tak kuasa hendak melayan orang yang gila talak. Lantaklah kau orang.. “Mana Win tahu, abang ada kat sini..?“ tengking Ammar “Win ikut abang, banyak kali, bila Swee Mee kata abang kerap bercuti sejak akhir-akhir ini. Win ikut kereta abang..“ terketar-ketar Edwina menjawab. Jawab tetap perlu jawab.. Apabila seorang peguam mengutarakan soalan, jawapan perlu diraih. “Habis tu! Buat apa kat rumah Murni ni?“ Tengking Ammar lagi. 302

“Abang tanya Win? Abang tu kenapa berada kat sini? Abang nak tengok anak haram abang tu kan?“ tanya Edwina berani. Memang cukup berani minah ini. Mulut tidak ada insuran, main cakap sahaja. “Edwina!“ tangan sudah hampir memcicah pipi Edwina, tetapi terhenti. Kemudian Ammar tunduk dan ketawa kecil. Tersedar, yang tadi Edwina yang hendak menampar Murni, kini dia pula yang hendak kena tampar. Nampaknya mereka berdua memang sepasang insan yang serasi, sama-sama kaki baran. Cepat-cepat Ammar tersedar. Sabar Ammar, sabar! Ammar tersedar, kerana setahunya, Mila belum lagi mengetahui identiti sebenar dirinya. “Kau diam, baik kau beredar. Tak malu ke buat hal di rumah orang?“ kata Ammar, cuba mengawal perasaan marahnya, dengan cara menghalau Edwina pergi. Edwina hairan, bekas suaminya masih boleh tertawa dengan kenyataannya. Muka Edwina sudah naik pucat kerana hampir kena penampar sulong Ammar. Tidak pernah lelaki yang pernah menjadi suaminya itu bertindak sedemikian rupa, tetapi disebabkan Murni dan budak perempuan itu, dia boleh bertindak sedemikian. Hebat! Hebat kau Murni. “Assalamulaikum?“ kedua-dua insan berpaling ke arah suara memberi salam. “La...awalnya Encik Ammar sampai? Kan janji pukul 11.00. Ni baru pukul 10.30?“ tanya Zamri sambil tersenyum. Zamri yang tidak tahu menahu, episod samarinda yang di filemkan di depan rumahnya. Dia tersenyum dengan perempuan di sebelah Ammar. Amboi Ammar sudah berani bawa perempuan pula, bisik hatinya. Ingatnya teman wanita baru si Ammar. “Ehh! Dah jumpa Muni ke? Marilah masuk. apa hal kat luar aje? Panas ni!“ pelawa Zamri. “Apa hal la pulak, Murni ni siang-siang tutup pintu?” kata hati kecil Zamri selepas menolak pintu pagar dan perasan pintu rumah tertutup rapat. Pelawa ayam sebenarnya, jika Murni tahu, mahu perang sabil!

303

Tanpa Zamri mengetahui, bukan setakat cuaca sahaja yang panas, hati mereka juga panas. Panas tahap mampu mencairkan batu. “Tak apalah Encik Zamri, kita jumpa tempat biasa aje. Saya tunggu kat sana? Tadi tergerak hati nak singgah sekejap, nak tanya, Mila boleh naik basikal yang saya hantar semalam tak? Takut besar sangat untuk dirinya Kuatir pula saya takut bahaya pula untuk dia, takut dia jatuh...“ kata Ammar, cuba berhemah agar tidak ketara yang dia sedang marah. Patutlah hatinya tergerak hendak singgah ke rumah Murni, rupanya bersebab. Dia bertembung dengan Edwina yang sesedap rasa ingin mencederakan Murni yang disangka penyebab dirinya diceraikan. “Hemm..okey aje saya tengok dia kayuh. Nanti saya tanya Mila.! Ya lah, See you in half a hour time. Orang jemput masuk, tak mahu pulak?“ kata Zamri, masih mampu tersenyum. Phew!!lega juga di dada Zamri, bila Ammar menolak pelawaannya untuk masuk ke rumah. “Terima kasih, nanti jumpa di tempat biasa..“ ulang Ammar. Ammar beredar menuju keretanya tanpa mempedulikan Edwina yang terhinjut-hinjut mengikutnya dari belakang. Zamri hanya memerhati dan merasa hairan, siapa sebenarnya perempuan itu, Ammar tidak melayan perempuan itu. Teman wanita baru atau ahhh.. biarkanlah. “Bang, siapa lelaki tu bang?“ Edwina masih mahu bertanya. “Suami Muni..“ jawab Ammar, agar sekurang-kurangnya Edwina faham. Nanti di tuduhnya pula Murni bermain kayu tiga. “Ah!, suami Muni? Jadi abang..?“ jawapan yang membuat Edwina lagi pening. “Apanya Win? Sudahlah tu! Win dah lupakah, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi?“ tengking Ammar, dia sudah jemu dengan soalan Edwina. “Tadi tu, Murni boleh saman awak tau! Mengganggu dia.. tahu tak?”kata Ammar dengan kasar. Edwina hanya tunduk malu dan sesal. “Tapi Win masih sayangkan abang?“ Edwina pula masih berusaha memujuk. 304

“Tapi abang tidak..“ jawab Ammar berterus terang. Jawapan yang telah beratus kali diberitahu, namun Edwina masih tidak mahu menerima kenyataan. “Cukuplah sendiwara tu Win, abang dah bosan! And please get lost, get lost from my sight and my life Edwina“ Terus sahaja Ammar masuk ke keretanya dan menghidupkan engin lalu meninggalkan Edwina yang terkulat-kulat di tengah panas dengan seribu satu penyesalan. Pertanyaan yang tidak ada sesiapapun yang sudi memperjelaskan kepadanya. Nasiblah kau. Edwina yang masih terpacak di tengah panas, memerhatikan kereta Ammar meninggalkan dirinya sambil menghentakkan kaki, geram ditinggalkan. Menghentak kaki bagaikan seorang kanak-kanak tidak mendapat gula-gula. Tetapi perempuan ini menghantak kaki kerana tidak mendapat perhatian bekas suami. Kasihan dia. Apa yang dia faham, Murni bukan penyebab dia diceraikan kerana Murni sudah bersuami. Cuma budak perempuan yang dia jumpa di awal tadi, kenapa dia memanggil Ammar, papa Am? Ahh...Tidak kuasa pula dia hendak memikirkan lebih detail. Yang dia harus fikirkan sekarang, ialah cara hendak mendapatkan semula Ammar kembali untuk dirinya. Mungkin tidak sekarang, kerana Ammar masih marahkan dirinya. Andai dulu dia mampu memisahkan dua sejoli itu sewaktu masih bergelar suami isteri. Kali ini lagi mudah, kerana mereka sudah janda dan duda. Senyuman Edwina yang menjengkelkan membuat wajahnya mirip wajah ibu tiri puteri Snow White sewaktu menaruh racun kepada buah epal. Begitu besar harapan seorang janda bernama Edwina, sanggup buat apa sahaja demi Ammar kembali kepadanya. Sedangkan Ammar memang tidak ada niat sedikitpun di hati untuk rujuk kepadanya. Kasihan kau, Edwina...

305

Sekembalinya Edwina ke Kuala Lumpur, Edwina resah. Tidurpun tak lena. Kepala memikirkan apakah cara yang patut dia rencanakan yang mampu membuat Ammar kembali kepadanya. Ammar perlu percaya yang dia sudah berubah, malahan dia harus diberi peluang kedua. Tetiba sakit pula hatinya mengetahui Murni yang kini nampak bahagia, walaupun bukan Ammar yang membahagiakannya. “Heeee… geram je aku tengok si Murni tadi. Entah apa ilmu dia guna. Suami dia sayangkan dia, yang bekas suamipun masih tergiler-gilerkannya. Dasar perempuan kampung, adalah tu. Bomoh mana yang dia sudah guna menderamkan jantan-jantan ni..” bentak Edwina. “Ah! Pergi mampuslah kau Murni. Sekarang my focus is on abang Ammar. You will be mine for the second time. And this time you will not letting me go…for sure and as for you Murni yang tidak semurni mana, aku akan buat kau menderita sepanjang hidup kau”kata Edwina dengan perasaan girang. “Aaaaa..!! Kali ini mesti berjaya…”kata Edwina lagi sambal tergelak besar lalu tangan menutup suiz lampu. Kali ini dia yakin, Hasrat jahatnya akan termakbul lagi. Esok dia akan memulakan rancangannya. Malam ini dia perlu dapat rehat dan tidur yang cukup. Apabila cukup rehat dan tidur, idea jahatnya lagi aktif dan boleh membuahkan macammacam rancangan. Bukan main lagi yakin usaha jahatnya akan berjaya lagi buat si perempuan gila talak ini. Entah apa idea jahat yang telah syaitan bisikkan ke telinganya.

306

Kesah pertemuan singkat di antara Ammar, Murni dan si perempuan bernama Edwina hilang tanpa persoalan. Zamri tidak bertanya, malah Murni tidak menceritakannya. Biarkan ianya lenyap bersama angin lalu. Murni lega. Bagi Zamri pula, yang dia tahu, Ammar bertujuan baik, ingin mengetahui sama ada hadiah pemberiannya, sesuai atau tidak untuk si anak, takut pula, jika tidak sesuai akan mengundang bahaya kepada anaknya, itu sahaja. Pertemuanpun hanya di luar rumah. Manakala, siapa si perempuan yang bersamanya, bukan halnya. Dia hanya mengatur rancangan seperti yang telah diatur untuk si anak bertemu bapanya, setiap kali si bapa berkunjung ke Fraser Hill. Sudah berbulan-bulan, rancangan berjalan lancar. Selagi tidak menyusahkan mana-mana pihak, selagi itu akan diusahakan oleh Zamri. Asalkan Ammar tidak membuat tuntutan mahkamah, dan Mila masih di bawah jagaan Zamri dan Murni. Minggu ini tidak terkecuali. Zamri akan menjemput Mila di Shahzan Inn di mana Ammar menginap. “Yang.. abang pergi ni..” katanya. “Hem.. jangan lupa singgah belikan Muni blueberry muffin kat kafe Shahzan tu bang..” laung Murni yang duduk bersila di atas hamparan, membaca buku resipi. Kerjanya mengumpul buku resipi, tetapi mempraktiknya tidak. “Ya.. sayang.. insyallah. Kalau tak ada blueberry, abang beli aje apa-apa muffin. Semua muffinnya sedap…” kata Zamri. Murni bangun dan mengekori suami dari belakang. “Yalah. Tapi cari blueberry dulu, kalau tak ada barulah beli muffin yang lain..”balas Murni lagi.

307

“Baiklah tuan puteri, patek akan usahakan..” dah mula dah, Zamri bergurau. “Mengada-ngada..” kata Murni sambil tangan menampar manja belakang suami yang sedang memakai kasut. “Cukup-cukuplah tu bang..” jerit Murni kepada Zamri yang sudah di dalam kereta. “Hati-hati, Mila pun..” nasihat Murni kepada kedua-dua insan yang sangat dia sayang. Hanya terdengar suara tertawa dari Zamri yang tidak sudah-sudah suka menyakat si isteri. Mila yang duduk di sebelah ayah Zam juga hairan. Sejak bila pula mama menjadi tuan puteri!! Dia tidak tahupun?

Murni terjenguk-jenguk di muka pintu. Bayang Zamri yang sepatutnya menjemput Mila di Shahzan Inn tidak juga muncul. Entah berapa puluh kali dia menjenguk, dia sudah hilang kiraan. Risau sangat sudah jam 8 malam, mereka masih belum pulang. Yang hairannya, orang yang dijemput tak sampai, orang yang menjemputpun tak muncul. Ke mana agaknya mereka? Murni sesekejap bangun menuju ke muka pintu. Ini bukan seperti kucing hilang anak, tetapi seorang perempuan kehilangan suami dan anak. Amboi hendak tukar peribahasa pula… Sudah penat, berdiri, bangun, berdiri, bangun , akhirnya dia ambil keputusan untuk duduk di sofa. Baru sofa hendak hangat, Murni nampak cahaya dari lampu kereta. Dia pasti cahaya itu datangnya dari lampu kereta Zamri. Murni lega, orang yang ditunggu sudah pulang. Tadi bersungguh-sungguh menunggu, bila sudah sampai, tidak mahu keluar pulak! Buat-buat cool, seperti tidak ada apa-apa berlaku. Yang tadi risau bagai nak rak, hilang serta-merta!

308

Mila terus berlari masuk sebaik sahaja sampai. Zamri mengunci pintu pagar dan berjalan perlahan sambil tangan mengulis kumisnya yang sejemput. “Best.. keluar dengan papa Am. Ma.. tadi, masa Mila makan kat restaurant mahal tu. Adalah akak perempuan tu, kakak yang hidang makan tu la..dia tanya papa Am..Is she your daughter? Papa Am kata Yes my daughter.. lagi dia cakap oh.. patutlah she looks just like you…dia kata macam tu ma..” bersungguh-sungguh Mila bercerita. Murni hanya menganggukkan kepala, tidak mahu Mila terhidu something fishy dengan ceritanya. “Tapi kan ma, Mil rasa nak cakap aje.. No..no..He is not my father, my father is at home with my mum..” Mila menunjukkan reaksi dia bercakap semasa di restaurant, Mila siap angkat tangan apabila dia hendak menunjukkan perkata “No”. Terbuntang sedikit mata Murni, apabila mendengar penjelasan Mila. “Betul ke ma, Mila ada rupa papa Am..” tanyanya lagi termengah-mengah. Rasanya sungguh interesting cerita yang hendak disampaikan. Murni berharap, Mila hanya bercerita dan tidak meninggalkan sebarang kesan difikirannya. “Entah! Ma rasa Mil ikut rupa mama, ya tak bang.?.” tanya Murni kepada Zamri yang sedang mengunci pintu hadapan. “Hah… apa dia?” Zamri yang tidak tahu hujung pangkal, tiba-tiba ditanya soalan, mati akal hendak menjawab soalan yang perlu dijawabnya secara spontan. Akhirnya hanya menayangkan giginya yang sebaris. “Sudahlah tu! Mil tentu dah penatkan. Pergi naik atas, mandi, lepas tu gi tidur..” arahan dari Murni. Sambil Murni memukul punggung Mila perlahan, untuk memintanya beredar. Belum beberapa tapak Mila berjalan, Murni bersuara. “Ehhh…nanti..Mila dah makan ke belum.ni.?” baru teringat, Murni hendak bertanyakan anaknya sudah dinner atau belum. “Dah.. “ jawabnya pendek dan berlari naik ke atas menuju ke biliknya. Murni memegang pelipisnya. Bukan dia pening kepala tetapi pening dengan soalan cupumas Mila. 309

Aduh! Nampaknya perlahan-lahan rahsia hidup Mila sudah tersingkap. Bagaimana agaknya bila dia tahu cerita sebenar kelak? Murni memandang ke arah Zamri, Zamri juga memandang ke arah Murni, kedua-dua clueless.

310

Empat bulan masa berlalu begitu pantas. Mila sudah semakin rapat dengan Ammar. Tambahan pula Ammar menyogoknya dengan hadiah yang tidak pernah Mila impi untuk dia memiliki. Ammar pasti akan menjenguk Mila jika ada masa terluang. Banyak kes di pejabat diserahkan kepada associate atau pembantunya. Mila lebih utama bagi dirinya. Dia harus mengejar masa 8 tahun yang dia sudah tertinggal bersama Mila. Kini baru dia sedar, selama ini telah mengabaikan dua insan yang tidak berdosa hanya kerana mengikut nafsu amarahnya. Murni makin naik bosan dan menyampah. Hendak ditegah, difikirkan dirinya zalim pula, cuba memutuskan hubungan seorang anak dengan bapanya, berdosa besar, memutuskan silatulrahim. Lebih-lebih lagi hubungan antara seorang ayah dan anak. Jika diberi peluang pula, Ammar sudah naik tocang, dengan suka suki mendidik Mila menjadi materialistik. Besaar masalah ini, rasanya lebih berat dari kes-kes jenayah yang pernah Ammar selesaikan. Mila masih tidak mengetahui identiti sebenar Ammar. Tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kenyataan sebenar. Adakah Mila dapat menerima kebenaran ini? Sudah bersediakah dia untuk mendengar apa yang sepatutnya dia ketahui diumur semuda ini? Apa pula tindakannya nanti apabila dia mengetahui? Aduhai!.. berat..memang berat. Yang paling berat ialah mulut, kerana tidak tahu cara bagaimana hendak membuka mulut menjelaskan keadaan sebenar.

311

“Macammana bang.. what do you think? Should we tell her the truth? Is it the right time?.” tanya Murni di samping Zamri yang berbaring dengan lengan tangan melintang di dahi. Entah apa yang difikirkan oleh Zamri sehingga lengan tangan di dahi. “Entah! Abangpun tak tahu.

Kita dah arrange situation supaya tak ada drama rebut

merebut, so far so good buat masa ni Mila is still ours, tapi bila Mila sudah tahu Ammar tu bapa dia, nampak gayanya kita kena beri dia untuk bersama dengan bapanya once in a while. Murni sanggup ke? Sanggup berpisah dengan Mila. sementara. bukan selamanya, tetapi kerap..”

Maksud abang berpisah

panjang lebar Zamri memikirkan

implikasinya. Tangannya sudah tidak di dahinya lagi, tetapi sudah dijalinnya terletak di atas dada. “Murni tak sanggup..” Murni menjawab soalan Zamri. Sedih sahaja bunyinya. Zamri berpaling ke arah Murni, cuba meminta agar Murni faham. Lambat laun Mila kena tahu, apa hubungannya dengan Ammar. Tetapi yang masalahnya Murni tidak mahu fahamfaham. Masih menidakkan hak Ammar. Susah betul perempuan ini hendak faham. Zamri sebenarnya bukan hendak menyerahkan Mila terus kepada Ammar. Dia sayang budak perempuan itu, tetapi hakikat sebenar kena faham. Zamri faham, yang tidak faham-faham ialah perempuan yang di sebelahnya yang sudah mula merapatkan tubuhnya, sehinggakan boleh dilihat nafasnya yang turun naik. Kasihan pulak Zamri. “Sini sayang…” Zamri mendepakannnya tangan untuk Murni mengalas lengannya menganti bantal. Diciumnya rambut Murni yang wangi. “Bang.. Muni nak tanya, abang jangan marah ya..!”tanya Murni. Dah mula dah…. Kalau soalan begini yang timbul, adalah soalan yang tidak kena. “Apa dia.?.” tanya Zamri. “Ni.. Muni nak tanya ni, abang jangan marah.!.” ulang Murni. 312

Hish.. tanya aje la, wahai isteriku. “Iaaa.. apaaa dia..?” Suara Zamri naik satu oktaf. Bertanya banyak kali, tetapi soalannya tidak juga muncul. Yang muncul bunga-bunga soalan! “Abang tak marah.. kan! Betul abang tak marah nanti bila Muni tanya.?” tanya Murni lagi. “Tak payah tanyalah Muni,. penat dah abang tunggu .. ”jawab Zamri mendatar. Zamri sudah bosan menunggu soalan. “Hem.. ialah ialah.!!., soalannya, kenapa abang baik sangat dengan si Ammar tu? Abang tak cemburu langsung dengan dia ke Muni tengok? Abang tak ingat ke dia tu Ex Muni tau!.. Setahu Muni orang lain pasti dah ditumbuknya si Ammar tu sampai hilang gigi. Ni abang tidak? Tu yang jadi kemusykilan Murni..?”kata Murni. Soalan Murni yang menjela-jela. Zamri sudah ada jawapan yang pendek sahaja untuk soalan menjela-jela tu. “Dia ada hak mutlak pada Mila..”jawab Zamri. Terkejut Zamri apabila satu bantal kecil singgah ke mukanya sebaik sahaja dia menjawab pendek kepada soalan Murni yang panjang menjela. Bantal kecil sempat disambutya. Nasib baik bantal, kalau pisau!! Hish.. Murni ni.. sudah kenapa kau? Segera Murni membelakangkan diri. Merujuk pulak dah! Tidak puas hati dengan jawapan yang diterima. Hemm.. susah betul! Jawab salah, tak jawabpun salah juga!! Hishy… “Apa halnya pulak ni Muni?” Zamri naik suara, naik lagi satu oktaf, menjadi dua. “Abang saja nak menyebelah jantan tu kan? Abang suka ke dia ambil Mila?” jawab Murni dengan nada rajuk. “Eh.!. tadi minta abang supaya jangan marah dengan soalan Muni. Sekarang ni dah terbalik kot, siapa pulak yang marah..?” jawab Zamri. 313

“Dah, cuba pandang abang ni..” Zamri cuba memujuk. “Dah merajuk pulak, tadi dia yang nak jawapan, bila orang dah beri jawapan, tak satisfy pulak? Dah tu pandang abang niiii.!.”pinta Zamri sambil tangannya cuba memalingkan badan Murni menghadapnya. Namun Murni masih tidak menggerakkan dirinya. Akhirnya Zamri biarkan. “Murni.. Murni jangan biarkan suami tidur dalam keadaan marah, ingat tu..” tegur Zamri. Yang sebenarnya dia tidak marah, sengaja mahu melihat reaksi Murni. Perlahan-lahan Murni memalingkan badannya ke arah Zamri. Zamri senyum, dia tahu Murni seorang isteri yang baik. Dia beruntung, dan bagi menjawab soalan Murni kenapa Zamri tidak cemburukan Ammar. Biar Zamri menjawab sendiri sahaja di dalam hati. Jawapannya, dia tahu Murni tidak akan meninggalkannya, itu janji Murni kepadanya. Yang tidak sedap tu, ampai suruh tumbuk sehingga tertanggal gigi tu nak buat apa? Hendak kena tahan polis kerana mencederakan orang adalah! Orang yang hendak dibelasah tu bukan sembarangan orang, lawyer beb! Masuk mahkamah sudah tentu kalah punya! Murni lupa ke apa? Atau dia buat-buat lupa! Inilah jadinya jika terlalu lama duduk di atas bukit, jadi orang bukit.. Murni… oh.. Murni, kadang tu ada juga sifat manja dan tidak matang dalam dirinya. Itu yang membuat Zamri sayang kepada perempuan yang merajuk yang sudah berpindah ke dalam pelukannya. Buat malam ini, baik diam sahaja dahulu sehingga hatinya yang sedang sakit dengan jawapan Zamri itu sejuk. Zamri tersenyum sumbing. Murni menutup matanya, buat-buat tidur. Zamri tahu dia hanya berpura-pura, sengaja dipeluknya si isteri ketat-ketat. Murni yang menutup matanya, menyedari Zamri memerhati dirinya. Dalam pejam dia berfikir. Betul juga apa yang dijelaskan oleh si suami. Ammar ada hak ke atas Mila, 314

kenapa mesti hendak direbutkan. Diapun sudah membuat sedikit penyelidikan tentang hal ini, mengapa mesti ragu. Undang-udang Islam itu adil, apa yang termaktub oleh akta Islam, adalah untuk kebaikan semua umatnya. Kenapa perlu berebut, kenapa perlu bertengkar, kenapa perlu masuk mahkamah, sedangkan boleh diselesaikan secara aman. Seperti yang Zamri lakukan. Turun naik mahkamah, bukannya dapat menyelesaikan perebutan dengan cepat, silap-silap bertahun-tahun. Akhirnya anak-anak sakit jiwa jadi rebutan. Ibu dan bapa yang merebut, anak jadi mangsa, mental dan fisikal! Tersedar Murni, setiap tindakan yang Zamri lakukan adalah untuk kebaikan semua. Tibatiba Murni tersenyum sendiri dengan mata masih terpejam. “Apa hallah pulak tu.. ingatkan dah tidur, tapi tersenyum senyum tu kenapaaa?” tegur Zamri apabila menyedari Murni tersenyum dalam tidur, yang berpura-pura tidur sebenarnya. “Taknak share dengan abang ke? Boleh abang senyum sekali..” tanya Zamri yang sebenarnya ingin mendengar suara Murni yang dia tahu sudah tidak merajuk lagi. “Ha! Aabang tahu, ini mesti pasal suruh abang tumbuk si Ammar sampai tertanggal gigi dia tu kan?..” gurau Zamri. “Kalau pasal tu, abang surrender, tak mahulah tumbuk orang sampai tertanggal gigi, sebab abang takut, abang yang tertanggal gigi bukan dia! Takut pula nanti Muni tinggalkan sebab abang yang sudah rongak..sudah rupa tua dari usia!” jawab Zamri. Tiba-tiba Muni tertawa berderai “Abang ni..! “ sambil tangannya menumbuk perlahan ke dada Zamri. “Ehh! Apa ni..? Tak dapat tumbuk Ammar, nak tumbuk abang pulak ke?..” Gurau Zamri lagi. Zamri tahu perempuan yang tunjuk garang di sebelahnya ialah Murni Salihah, isterinya. Dalam senyum dipeluknya Murni erat. Sudah tidak bercerita pasal merongakkan orang, tetapi cerita yang lebih serious. Pada mulanya rancak, tetapi kemudian, perlahan.. dan terus perlahan.. akhirnya terus senyap. 315

Mila menghayun kakinya sambil duduk makan sarapan. Memang kakinya terjuntai kerana kerusi masih sedikit tinggi buat dirinya. Dari satu sudu ke satu sudu dimakannya nasi lemak yang terhidang. Zamri dan Murni pun ada bersama semeja, tetapi pagi ini semuanya senyap. Kenapa? Ada malaikat lalu ke? Itulah orang tua-tua kata, jika semua orang senyap, ada malaikat lalu. If that the case, alhamdullillah.. selalulah senyap, agar malaikat selalu lalu dan merahmati

juga

memberkati semua penghuni isi rumah hambamu ini. “Kenapa anak ayah senyap aje pagi ni..?” tegur Zamri, memecah kesunyian. “Tak ada apa apa ayah Zam, cuma Mil tak da cerita..” jawab Mila, jujur. “Hemm.. bila cuti sekolah?” tanya Zamri sengaja bertanya untuk memecah kesunyian. “Oh..ya.. Mil lupa, sekolah ada beri surat…”jawab Mila lalu melompat turun dan terus ke beg sekolah yang sudah disandarkannya di tepi pintu. Surat dihulur kepada mama, kerana mama yang menadah tangan. “Majlis penyampaian hadiah..hemm..21 November, hari Jumaat jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari di Dewan Sekolah..," Murni membaca dengan nada kuat apa yang terkandung di dalam kertas yang baru dihulur oleh Mila. Bunyinya sudah seperti pembaca berita di dalam TV sahaja lagaknya. "Hemm..tarikhnya lagi 3 minggu. Kita pegi ya bang? Mila dapat no. 2. Tahniah sayang..” Murni gembira dan memberi pujian kepada si anak. “Ha ah. Mila dapat no. 2, lepas tu Mila dapat hadiah best karangan jugak tau ma.?.” jawab Mila malu-malu, namun rasa bangga, kerana kejayaannya dapat mengembirakan si ibu. “Ya sayang, nanti ayah Zam dan ma pergi ya. Beritahu cikgu macam tu..”jawab Murni.

316

“Mak Romlah?” tanya Mila, Bertanya sama ada Romlah juga akan ikut sama menghadiri majlis penyampaian hadiahnya nanti. Mila juga ingin kejayaannya dikongsi oleh ibu angkatnya. “Nanti mama tanya dia ya sayang.!.” pujuk Murni. Mila hanya angguk. “Papa Am?” tanya Mila lagi, bersahaja.. Murni terkejut. Berkerut dahinya. Mila sudah mula teringatkan si Jantan tak guna itu. Murni memandang tajam ke arah Zamri, mulut menjungkit, entah apa agaknya mahu diluahkannya tetapi tidak jadi. Zamri hanya senyum kelat. Bukan salahpun seorang anak mengingatkan ayahnya. Salahke? Namun Zamri masih membuat riak bersahaja. Tidak mahu mengeruhkan keadaan dan memulakan hari dengan bermasam muka dengan orang yang dia sayang. “Nanti ayah Zam, tanyakan…” jawab Zamri mendatar. Hendak jawab macammana lagi? Dah si anak yang bertanya. Murni memandang semula ke arah Mila dan kemudian berpaling ke arah Zamri. Muka sudah masam masam kelat. Terkedu dengan jawapan si suami dengan janji akan memberitahu si bekas suami. Gerampun ada di hati Murni. “Nampaknya, Mila seperti sudah perlahan-lahan tahu, apa hubungannya dan siapa sebenarnya Ammar dengannya..” bisik hati kecil Murni. Perlahan-lahan juga cuba menerima hakikat sebenar. “Hem.., Mila dah nak pegi dah..”tiba-tiba Mila seperti tidak sabar hendak meninggalkan Zamri dan Murni. Zamri memandang Murni, dengan muka berkerut. Murni seperti ada masalah sahaja. Tentu ada yang tidak kena. “Mil tak sihat ke?” tanya Murni seraya berjalan beriringan dengan si anak.. “Tak, Mila okey..” jawab Mila 317

“Jangan tipu, ma tahu Mil anak mama..” kata Murni lagi. “Mil tak ada apa-apa.. Mil okey..” ulangnya, sebaik sahaja selesai menjawab soalan Murni, Mila sudah sampai di hadapan pintu pagar. Selalunya Pak Kudin yang menunggunya, tetapi hari ini dia pula yang menunggu bas Pak Kudin. “Adalah tu.. bergaduh dengan Nana agaknya..” Murni membuat andaian. Murni yang berdiri di muka pintu, hanya memerhati anaknya yang tidak berpaling, berdiri di depan pintu pagar yang sudah terbuka. Tidak lama kemudian muncul bas Pak Kudin. Murni hanya melambai sehingga bas hilang dari pandangan tanpa lambalaian balas dari si anak. Hairan juga Murni dibuat oleh karenah si gadis sunti. Zamri melilit tangannya ke bahu Murni. Cuba memujuk si isteri dengan jawapannya tadi. “Biarkan dia sayang, dia dah besar, perlahan-lahan biar dia belajar tentang hidup, semua ini akan datang naturally, sudah lumrah alam..” kata Zamri sambil mencium rambut isterinya yang wangi. Habit yang datang entah dari mana. Murni membalas pelukan Zamri dengan memeluk pinggang Zamri. Murni mengerti, lambat laun si anak akan tahu juga. “Iya… anak kita dah besar. Muni rasa sudah masanya dia tahu segalanya..”kata Murni seperti yakin sahaja yang dia sudah bersedia. Persoalan, adakah dia benar-benar sudah bersedia? “Hemm..” jawab Zamri sepatah. Bukan perkataanpun, hanya bunyi seperti kumbang cari lubang.. Hatinya riang, akhirnya Murni sudah dapat menerima hakikat. Dia perlu melepaskan Mila perlahan-lahan. Kuliah sebelum tidur malam tadi sungguh berkesan. Agaknya dia baru nampak bahawa undang-undang Syariah itu adil kerana semua berpandukan al-quran dan sunnah. Zamri kemudian mencium lagi rambut isterinya. Entah kenapa dia suka sangat bau rambut Murni. Nasib baik wangi, seandainya hapak sanggupkah dia cium?. 318

Di Kuala Lumpur Mummy Tina tidak dapat melelapkan matanya. Sudah beberapa hari tidurnya terganggu. Terganggu dengan soalan yang tidak ada jawapan. Dia menyelak buku ilmiah yang baru dibelinya beberapa hari lalu. Buku yang dibeli sebelum singgah ke pejabat anaknya. Hari yang sama di mana dia mendapat kejutan. Ammar memberitahu yang dia sudah ada anak! Anak apa yang dimaksudkan? Anak dari darah dagingnya, anak tiri atau anak angkat? Banyak perkara yang boleh di istilahkan sebagai anak. Jangan dimaksudnya anak mata atau anak tekak, sudah! Entah kenapa si Ammar mahu bermain teka teki pula, Menyusahkan orang betul budak bertuah ini! Perkataan Ammar yang menyatakan dia mempunyai anak, masih teriyang-iyang di dalam kepalanya. Sudah ditanya berkali-kali, tetapi Ammar buat layan tidak layan. Mummy Tina sudah naik jemu. Apa yang menghalang dari dia menceritakannya? Mummy Tina tidak faham? Apa yang disoroknya? Dan kenapa? Perkara sebesar inipun dia masih boleh main-main! Hendak dikatakan rahsia, kini perkara itu bukan rahsia lagi kerana dia sudah mengetahuinya, malah Ammar sudah terang-terang menyebut yang dia memang ada anak. Mummy Tina geleng kepala, dia berdoa agar anak yang dimaksudkan bukan anak tidak sah taraf, hasil dari hubungannya dengan entah perempuan mana. Ammar, kau tak ingat dosa pahala ke? Tang mana salahnya mummy mendidik Ammar? Mummy terlalu mendesakkah yang membuat Ammar membuat perkara yang diluar jangka!

319

Sampai hilang ilmu agama! “Bertenang-bertenang.. Tina” bisik hati kecil mummy Tina. Fikir yang terbaik dan di dalam keadaan waras, jangan bertindak tergesa-gesa. Pujuk sahaja Ammar untuk menceritakan perkara yang sebenar. Tetapi bagaimana? Mummy cuba melakar wajah si cucu. Lelakikah atau perempuan? Berapa umurnya. Adakah wajah si cucu serupa wajahnya si bapa dan bla..bla..bla.. melakar wajah di kotak fikirannya. Macam-macam wajah yang muncul. “Hello…assalamualaikum..” akhirnya mummy Tina membuat keputusan berhubung dengan si anak. Sudah jam 11.30 malam. Tetapi dia tahu Ammar memang selalu tidur lewat. Waktu begini, malam masih muda baginya. “Mualaikumsalam.. mummy, kenapa call Am waktu ni. Am baru nak terlayang lelap tadi..” jawab Ammar dengan nada meleret. Orang yang terkejut dari tidur memang suara mamai. Mummy Tina kerut muka. “Eh! Dah tukar schedule tidur rupanya. Setahunya waktu ini dia masih sebok membaca kes-kes yang masih belum selesai”, bisik hati si perempuan tua itu. “Eh! Am dah tidur ke? Mummy ingatkan Am masih jaga. Sebab setahu mummy, Am memang burung hantu.. tidur lewat..” jawab mummy. Terdengar Ammar ketawa kecil. Apalah mummy, menyamakan anak sendiri sebagai burung hantu. “Dah lama dah, Am tidur awal. Tak macam dulu lagi, selalu tidur lewat. Faktor umur agaknya mummy. Ha! yang mummy, kenapa tak tidur lagi?” tanya Ammar. “Mummy tak boleh tidur, mummy teringatkan cucu mummy?” kata mummy Rina. “Cucu mana pulak?” tanya Ammar. Mummy Tina kerut muka lagi. 320

Hisham Ammar ni, jika selalu memberi jawapan yang membuat orang berkerut, nampaknya bertambah lagi, kedut di muka mummy Tina dibuatnya. Cream anti wrinkle yang paling mahal pun sudah tidak mujarab untuk menghapuskan kedut itu. “La… Am ni cakap apa? Dua hari lepas kata Am dah ada anak, hari ini bila tanya, Am tanya mummy balik, macammana ni? Anak Am, cucu mummy la! Jadi yang mana betul? Am ada anak, atau Am memang hendak main-mainkan mummy?” bicara mummy Rina, tidak puas hati dengan jawapan singkat Ammar. Phuhhh… terbakar hati orang tua tu! Ammar menepuk dahinya. Tersedar, cucu yang di maksud mummy Tina adalah Mila. “Hemm..mummy maksudkan Mila, dia sihat walafiat dengan mama dialah?” kata Ammar. Tidak perlu rasanya berselindung lagi dengan mummynya. Tetapi sebenarnya tergelincir lidah. Risau juga dia sudah beberapa hari Mummy mendesak Ammar ingin mengetahui perkara ini. Di kuatiri mengganggu kesihatannya pula kerana asyik tidur lewat, berfikir. “Oh..cucu mummy, perempuan rupanya, bila mummy boleh jumpa? Ammar kena bawa mummy jumpa dia. Mummy hendak sangat jumpa dia dengan mamanya sekali. Bila Ammar nikah dengan mamanya?” soalan perangkap lagi dari mummy Tina. Pandai mummy mengeluarkan soalan-soalan perangkap. “Mum.. boleh tak jawab hal ini esok aje .Am mengantuklah!. Esok-esok aje ya mum? Assalamualaikum..” Ammar terus mematikan talian. Itulah…, mummy Tina memerangkapnya dengan soalan-soalan yang membuat Ammar secara tidak lansung memberikan jawapan kepada soalan yang sedang bermain di kepala. Mummy kecewa, si anak masih tidak mahu berterus terang. Namun, dia terasa lega. Dia mempunyai cucu perempuan rupanya. Tentu si cucu secomel bapanya atau mungkin secantik mamanya. Mummy Tina sudah mampu tersenyum. Bukan Ammar hendak terus berahsia tentang Mila. Lambat laun, mummy Tina akan tahu juga. Cuma Ammar mahu mummy Tina benar-benar sudah bersedia untuk menerima Mila 321

sebagai cucunya, walaupun Mila adalah dari hasil perkahwinannya bersama Murni. Menantu yang tidak pernah mendapat tempat di hati mummy. Ammar mahu melindung Murni. Cukup-cukuplah penyeksaan yang telah Murni alami, semua anggara dari dirinya yang kurang matang ketika itu. Ammar akan memastikan yang hati Murni tidak disakiti oleh mummy Tina buat sekalian kalinya. Biarkanlah dia bahagia dengan kehidupan barunya. Itu janji seorang duda yang menyesali perbuatan silamnya. Ahhh.. andai masa dapat diundurkan, mahu saje dia memperbetulkan apa yang sudah tersilap. Tetapi, bolehkah?

Jari Swee Mee, rancak memcatat sesuatu di atas kertas puteh. Mata sekejap di skrin komputer dan kemudian beralih ke kertas puteh di hadapannya. Tekun sekali. Fokusnya hilang apabila dia dikejutkan dengan kemunculan seseorang yang sudah membuka pintu biliknya tanpa mengetuk pintu. Sungguh kurang adab. “Ahhh…Puan, Mr. Ammar is not in the office today, he’s on leave..” bersuara Swee Mee, apabila nampak sahaja muka mummy Tina di celah daun pintu biliknya. Kemarahannya kendur, ibu boss rupanya. Harus tunjukkan muka manis, jangan nanti esok dapat notis sebulan untuk berhenti kerja gara-gara si ibu tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan. “Again! Is he taking leave every Friday? Sejak bila pula dia suka bercuti? Dah masuk dua minggu saya tak dapat jumpa dia..” tanya mummy Tina. Swee Mee hanya mampu tersengeh. “Tak puan, only once a month.. macam tu..” jawab Swee Mee. Mummy Tina hairan, sejak dua menjak ini Ammar kerap bercuti. Ke mana agaknya dia. “Swee Mee, you tahu, mana dia pergi..?” soalan yang mengharapkan jawapan

322

“Maaf, puan, saya tak tahu.., but he is reachable anytime. Why don’t you call and find out yourself? He will surely answer you” Swee Mee memberi pandangan. “Dah.. tapi tak ada jawapan. Kadang tu tak berangkatpun” jawab mummy Tina, kecewa. “Ohh.. mungkin tak ada signal, agaknya puan. Puan cuba kejap-kejap lagi, sayapun selalu cuba banyak kali… .” kata si budak cina. Bukannya, apa? Manalah tahu ada perkara mustahak yang seorang ibu hendak sampaikan kepada anaknya. Swee Mee juga hairan, puan Tina juga kerap muncul di pejabat Ammar sejak akhir-akhir ini. Sama naik dengan bekas isteri, Edwina. Kedua-dua perempuan ini sebok menjadi spy, ingin mengetahui pergerakan bossnya. Dia yang terhempit untuk memberi jawapan, selalunya jawapan bohong semata-mata ingin melepaskan dirinya dari terus diasak dengan soalan-soalan yang tidak ada jawapan. Susah juga dia hendak berbohong, berbohong sunat, demi menjaga kerjaya dan amanah yang telah dipertanggungkan oleh boss. “Hemm.. saya dah cuba banyak kali, tapi tak berangkat. Sebok agaknya. Dia keluar KL ke Swee Mee?” soalan perangkap samar mummy Tina kepada Swee Mee. “Saya tak tahu puan, sungguh saya tak tahu..” jawab jujur seorang setiausaha. Memangpun dia tak tahu. Yang ini, dia memang bercakap benar. Orang dah tak tahu, takkan hendak kata tahu pula! “Ada tak seorang perempuan datang bersama seorang budak perempuan, jumpa Ammar.?.” aduh, makcik Tina hendak jadi penyiasat tersohor pula. “Tak ada. Kalau dengan budak perempuan tak ada, tapi kalau puan Edwina adalah!” jawab Swee Mee jujur. Edwina perempuan juga, cuma tak ada budak perempuan. Apa punya soalan, makcik ni, buat Swee Mee pening kepala. Ibu kepada seorang peguam, menyoal mengalahkan si anak yang memang seorang peguam.

323

“Hemmm.. kalau macam tu, tolong beritahu Ammar to call me, bila dia balik nanti. Thanks..” dan mummy Tina beredar dengan perasaan yang susah hendak dikata, berkecamuk. Antara marah dan kecewa. “Hish.. susah juga rupanya ada anak yang berjawatan peguam. Selalu sangat suka berahsia. Buat orang pening kepala, yang dia pandai ialah beri orang clue. Clue untuk dicari sendiri jawapannya..” omel mummy Tina dan terus berjalan menuju ke pakir di mana keretanya terpakir. Kecewa lagi untuk menjejaki si anak dan si cucu. Esok masih ada, akan dia cuba di waktu dan di hari lain. Ammar, cukup-cukuplah menjadi peguam apabila bersama mummy. Mummy perlukan seorang anak, bukan seorang peguam!! Jerit hati tua mummy Tina.

324

Kembali ke Fraser Hill Murni terus berjalan ke satu sudut di porch. Mata Murni tersasar kepada sebuah kotak yang duduk cantik di penjuru porch tersebut dengan nama Mila, besar terpampang. Dia sudah tahu siapa penghantarnya. Kak Romlah keluar mendekati Murni, apabila melihat Murni sudah bercekak pinggang hanya memandang tajam ke arah kotak tersebut. Mahu tembus kotak itu direnungnya. “Baru sampai petang tadi, akak tak bawa masuk sebab besar, lagipun berat. Tak larat akak, mahu patah pinggang akak yang sudah reput ni...” berlawak pula Kak Romlah. “Apa lagi, si Ammar ni.. Kak? Tak faham saya..”omel Murni yang sentiasaa tidak puas hati dengan apa sahaja yang dibuat oleh Ammar. Menoleh sahaja Murni, dia sudah bertentang dengan Zamri, hampir berlaga muka. “Kenapa sayang..?” tanya Zamri, apabila melihat wajah ketat isterinya. Berharap dengan bertanya dapat mengurangkan temperature badan Murni yang sedang naik mencanak. “Tu ah..!” jawabnya pendek dengan menunjukkan menggunakan muncung mulut “Kenapa?” Zamri buat-buat tanya, sudah tahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. “Apa lagi? Satu lagi barang untuk Mila bang oi?” jawabnya geram dengan nada tinggi. “Hemm.. itu.. biarkan aje sayang, orang memberi, bawak aje masuk. Tak baik menolak pemberian orang” tegur Zamri. Namun Murni buat tidak tahu, dia terus sahaja masuk ke dalam rumah tanpa memperdulikan permintaan Zamri untuk membawa barang yang tersadai sudah setengah hari itu masuk ke dalam rumah. Zamri biarkan sahaja Murni dengan perasaannya. Dia masuk dan meletakkan beg sandang yang dijinjingnya ke sofa dan kemudian mengangkat kotak tersebut bersama Kak Romlah 325

untuk disimpan di bawah tangga. Hendak minta tolong Murni! Sampai berkulat jawabnya kotak itu. Dia tidak mahu peduli.. Ada aku kesah!! “Akak dah nak balik dah ke..?” tanya Zamri apabila melihat Kak Romlah sudah menyandang beg tangannya. “Ialah Zam, akak dah nak balik dah. Tengok-tengokkan Muni tu..” jawab Kak Romlah, sambil leher memaling ke arah Muni yang sudah duduk di sofa. Meminta agar Zamri memujuknya. Zamri seperti faham sahaja isyarat muka Kak Romlah. “Terima kasih Kak, jumpa esok..hemm..pasal hal tu, akak tak payah risau, pandailah saya nanti” jawab Zamri dengan penuh yakin. Dia tahu marah Murni tidak lama, Murni akan cair dengannya. Hanya anggukan dari Kak Romlah sahaja diterima. Kak Romlah tahu Murni sedang angin satu badan. Baik sahajalah dia beredar segera. Dan dia juga tahu, Zamri pasti dapat menyejukkan hati isterinya. “Pandai-pandailah kau Zam” bisik Kak Romlah dalam hati lalu beredar meninggalkan Zamri dengan misinya. Misi memujuk.

Zamri duduk bersandar membaca buku ilmiah, beralaskan bantal di belakangnya. Murni baru sahaja selesai menyapu cream apa entah ke muka seperti selalu, lalu terus membaringkan diri bersebelahan Zamri. Hidung Zamri cukup tajam sekarang ni, deria hidunya semakin sensitive sejak kebelakangan ini. Dia menjugkitkan hidungnya, kerana kurang senang dengan bau yang melekat di muka Murni. Namun dia berdiam diri, tidak mahu memberitahu si isteri yang dia tidak sukakan bauan itu.. hendak mampoos.. Mahu kena tidur di sofa tingkat bawah kelak!!

326

“Bang.. nak tahu apa yang si Ammar tu beri Mila kali ni..?” Murni bersuara, Zamri mendengar macam interesting sahaja apa yang Murni mahu sampaikan, sedangkan dia sudah tahu. Zamri berhenti membaca, mata menala ke arah suara si isteri. Petang tadi bukan main melenting marahkan pasal kotak yang sama, tetapi sekarang macam teruja sahaja hendak menceritakan perihal si kotak. “Apa?” tanya Zamri. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. “Rumahhh.. rumah yang dibuat dari plastik tu.. besar jugak, bolehlah muat 4 orang budak, budak-budak besar Mila. Berapalah harganya tu.. ishy.. tak sudah-sudah..” dalam marahmarah masih juga dia ingin tahu apa yang ada di dalam kotak yang diterima. “Muni pasang dalam bilik Mil aje.. sempit bilik dia sikit, sebab dah ada rumah tu, habis tu nak letak kat mana? Dia suruh juga pasang.. dah pemberian papa Am katanya..”sambung penceritaan Murni. Zamri kutip semula buku lalu menyambung membaca. Murni memandang ke arah Zamri yang tidak berganjak membaca buku yang terbuka di hadapannya. Tidak dia dengar apa-apa balasan dari Zamri. Murni tahu Zamri malas hendak menjawab, nampaknya cerita yang disampaikannya tidak sehebat mana. Baik sahaja dia tidur. Sedih dan rajuk rasanya apabila Zamri tidak layan, pasti ada benda yang lebih menarik di dalam buku yang sedang dibacanya dari cerita Murni yang asyik tidak puas hati dengan bekas suaminya. Sebenarnya bukan Zamri tidak mahu melayan cerita si isteri, tetapi Zamri tidak mahu menimbulkan rajuknya, Setiap kali Mila menerima hadiah, setiap kali juga Murni akan merajuk. Akibatnya, dia selalu kena pujuk. Diam tak diam, Murni terlelap sendiri walaupun sudah mengerti cerita yang hendak disampaikan hambar. Kasihan pula Zamri melihat isterinya yang sudah melelapkan mata di sisi. Terus buku ditutup, menurunkan bantal dan terus berbaring di sebelah, mata menala ke siling. Sampai bilalah agaknya cerita Ammar, Murni dan Mila sebagai watak utama ini akan berakhir. Risau juga dia kerana dia sudah terjebak menjadi watak tambahan. Zamri hanya menarik nafas yang panjang. Bukan dia mengeluh, cuma kadang tu rimas memikirkan yang 327

jawapannya tidak ada penghujungnya jika asyik main tarik-tarik tali. Sebelah sana tidak mahu lepas, sebelah sini juga tidak mahu melepaskan. Habis tu Zamri yang ditengahtengah terpaksalah jadi pengadil. Pengadil yang berat sebelah, kerana tentu dia akan menyebelahi isterinya. Hendak menyebelah Ammar, hendak buat apa? Bukan dapat apapun!

328

Cuaca musim tengkujuh bulan November menguasai persekitaran. Maklumlah duduk di atas bukit begini, terasa dingin, tetapi nyaman. Andainya cuaca di seluruh Malaysia begini, alangkah nekmatnya. Tetapi itu hanya impian. Jangan harap, terutama jika tinggal di Kuala Lumpur yang sentiasa bergelut dengan kesesakan jalan raya, di mana penghuninya yang sentiasa menghidu habuk dan jerubu. Yang sentiasa berbahang panas cuaca, Yang sentiasa perlu berhati-hati kerana penjenayah sentiasa memerhati. Yang sentisa perlu cepat dan pantas, Namun di Kuala Lumpur juga yang ramai peminat dan tumpuan.. hairankan? Sungguh ironik. Apa yang ironiknya, kerana Kuala Lumpur adalah lombong emas. Di mana, tempat inilah punca untuk mendapatkan wang. Sama ada sedikit atau banyak, terserah! Jika jujur, nampak gayanya akan mendapat untung kecil. Jika hendak kaya cepat nampaknya kena bersendiwara, songlap sana songlap sini. Berhutang dengan cara, gali lubang sana, tutup lubang sini. Begitulah gayanya hidup di Kuala Lumpur. Yang pandai menipu akan hidup mewah dan berjaya. Yang jujur akan ketinggalan, silap-silap business bungkus.. Itulah lumrah alam sekarang ini. Sudah tidak kenal dosa pahala. Duit mengaburi mata. Hendak hidup senang, sanggup buat apa sahaja. Ammar tahu itu, sudah berapa banyak kes pecah amanah yang telah dikendalikannya. Sudah berapa banyak kes tipu, kes rasuah tak usah hendak cerita! Ada sampai sanggup membunuh. Apa hendak di kata, dunia yang sudah hampir akhir zaman. Manusia sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Itulah, apabila dapat menghidu udara yang segar seperti waktu ini Ammar rasakan amat bertuah sekali. Tidak ada kes yang hendak difikirkan. Tidak ada habuk atau menghidu

329

angin dari pendingin udara yang entah berapa zaman tidak dibersihkan ventilationnya.. hemm... Bergegas Mummy Tina mengikut langkah Ammar yang panjang menuju ke Dewan Sekolah Lady Maxwell. Ammar berdiri dengan sebelah tangan menjinjit satu beg kertas, menunggu mummy Tina yang terkedek-kedek kerjalan ke arahnya. Mereka sudah terlambat sampai. Namun Ammar masih mampu bersabar sambil mengambil peluang menghidu udara segar yang hanya sesekali dinekmaninya. Cuma harapan Ammar, agar upacara di mana nama anaknya dipanggil tidak terlepas. Dia ingin sangat mendengar namanya disebut dihujung nama si anak. Betapa bangganya di rasakan dirinya jika mendengar sebutan nama di akhir nama Mila apabila dipanggil kelak. Dia ingin merasa perasaan itu. Tetapi Ammar jangka acara masih belum jauh kerana dia sudah biasa, janji melayu. Jika acara sepatutnya jam 9.00 pagi, jam 10.00 pagi belum tentu bermula. Kelewatannya hari ini bukannya apa! Jika dirinya datang sendirian, sudah pasti dia sudah lama sampai. Tetapi disebabkan mummy Tina hendak ikut, dia berusaha menguruskan dirinya agar dia nampak cantik, Mummy tidak kerahuan menentukan apa pakaian yang sesuai untuk dipakai bagi pertemuan pertama ini. Dia ingin nampak sempurna di mata cucu yang bakal dia jumpa. Akibatnya, Ammar terlambat bergerak dari Kuala Lumpur. Bukan terlambat sedikit, malah hampir satu jam. Hati Ammar sakit juga pada mulanya, tetapi apabila difikirkan itu adalah mummy, Ammar tidak sampai hati mengeluarkan ketidakpuasan hatinya. Dia tahu mummy gabra sebenarnya. Sama seperti perasaan yang di alaminya sewaktu mencari Mila dahulu. Mata Ammar melilau mencari tempat duduk. Dewan sekolah, tahu ajelah, bukannya sehebat dewan mana-mana hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Ammar lihat, tempat duduk di hadapan sudah penuh. Yang tinggal hanya beberapa kerusi di hujung dewan. 330

Itupun kedudukan tempat yang kosong pula tengah-tengah. Ammar dan mummy Tina terpaksa meminta laluan untuk sampai ke tempat duduk yang kosong tersebut. Keadaan riuh dengan dendangan persembahan, entah dari darjah mana. Ammar tidak mengetahui kerana persembahan sudah dipertengahan. Tetapi dari lengok yang Ammar nampak, lenggoknya seperti anaknya. Mila menari inang. Tersenyum lebar Ammar melihat lengok Mila menari bersama kawan-kawannya. Masyallah, nasib baik sempat sampai.. andainya dia terlewat 5 minit, maknanya dia terlepas persembahan itu. Ammar menarik nafas lega. “Mum..tu ah, yang atas pentas tu, cucu mummy yang mummy nak jumpa sangat tu..” kata Ammar memuncungkan mulutnya. “Yang mana satu?” Mummy Tina mengecilkan matanya, memerhati beberapa budak perempuan yang rancak melenggangkan badan mereka mengikut irama inang yang lemah gemalai. “Tu ah! Yang pakai baju kebaya pink tu..” kata Ammar lagi. Mummy Tina terpegun. Comel rupanya cucunya. Ada iras Ammar sewaktu kecil. Yang lain, rautnya seperti dia kenal, tetapi nampak lebih kepada wajah Ammar! “Comel cucu mummy..“ kata pujian dari mummy. Ammar tersenyum dengan pujian, tengoklah, anak siapa? Tentulah comel..”bisik hati Ammar. Gembira sungguh si Ammar dengan pujian. Mummy Tina merenung tepat ke arah cucunya yang asyik menari. Tidak sampai seminit, tarian sudah tamat. Disambung dengan persembahan lain pula. Mummy Tina tidak berminat, fikirannya teringatkan kesah lima hari lalu. Di mana Ammar tiba-tiba muncul di depan rumah. “La..balik sini, kenapa tak beritahu awal-awal, boleh mummy masak lauk kegemaran Am..” tanya mummy Tina sewaktu membuka pintu, sebaik sahaja si anak keluar dari kereta. 331

“Ammar dah makanpun. Mummy dah makan ke belum?” Ammar pula yang menyoal mummynya. “Dah. Manalah mummy tahu, yang Am nak balik, Mak Embunpun dah balik..”katanya lagi, memberitahu pembantu rumah juga sudah pulang ke rumahnya. “Saje nak jenguk mummy. Nanti kata Am tak jenguk pulak..”jawab Am terus duduk di sofa dan menyandarkan kepalanya. Letih benar nampaknya dia. “Am nak air mummy ambilkan..?” tanya mummy. “Tak apa, nanti kalau Am hendak, Am ambil sendiri..”

jawab Ammar, nampak keletihan.

Bukan letih fizikal, tetapi letih otak. “Kalau rasa diri tu tak terurus, kahwin ajelah Am. Kalau tak, pindah aje ke sini. Teman mummy, lagi bagus..” pelawa mummy. “Am belum bersedia nak kahwin lagi. Dah dua perkahwinan Am gagal. Nampak sangat, Am yang tak pandai jaga bini..” getus Ammar. “Pasal pindah semula kat sini, nanti Am fikirkan…”sambung Ammar lagi “Oh ya? Sebenarnya tujuan Am balik ini ada hal…” Ammar terus berbicara. “Hal apa?” tertanya-tanya mummy Tina kepada soalan Ammar. Pulang ke rumah di mana dia dibesarkan, hanya kerana ada halkah? “Pasal anak Am..” jawab Ammar. “Anak? Kenapa dengan anak Am?” bertanya lagi mummy Tina. Hish.. satu soalan, dan satu jawapan. Kenapa tidak terus sahaja sampaikan apa yang terbuku di hati. Buat orang ternanti-nanti. “Am nak pergi jumpa anak Am Jumaat ni, hari penyampaian hadiah dia kat sekolah. Mum ada sebut nak jumpa dia jugakkan? Mummy nak ikut tak?” tanya Ammar kepada mummy yang pada mulanya berhati-hati hendak menjawab, tetapi kemudian mengangguk laju. “Tentulah nak..!” akhirnya Ammar menerima jawapan mummy. “Oook. Kalau mum nak ikut, boleh , tapi dengan satu syarat..”Dah pulak. “Hai! Nak jumpa cucu sendiripun kena bersyarat jugak..” terkejut mummy Tina. 332

Ammar sudah bersyarat pula. “Am minta maaf kerana terpaksa buat semua ini. Sebab Am mahu jaga hati semua orang, terutama anak dan ibunya. Kalau mummy setuju dengan syarat tu, baru mummy boleh ikut Am” bagaikan bicara seorang peguam kepada anak guamnya. Mummy terdiam, diam memikirkan. Sama ada hendak menerima syarat tersebut atau tidak. Jika dia tidak bersetuju dengan syarat tersebut, adakah dia tidak ada peluang langsung untuk bertemu dengan cucunya? Tapi kalau dia terima syarat itu, bagus juga. Lagi cepat dia boleh bertemu si cucu. “Yelah yelah.. apa syaratnya?” akhirnya mummy bersetuju. Mummy berharap agar syarat yang diberi tidaklah berat sangat. “Am dah prepare agreement. Mum kena tandangan. Bukan perjanjian yang Am nak songlap harta mummy atau nak ugut mummy, bukan! Tapi hanya hendak melindungi anak Am dan ibunya. Am harap mummy faham, kenapa Am kena buat macamni..”kata Ammar. Agaknya hidup seorang peguam memang begitu, segalanya perlu ada black and white. Semuanya perlu bertulis. “Kalau mummy tak mahu sign..?” mummy Tina cuba bertanya, apa akan terjadi jika dia tidak setuju. “Am tak paksa. Tapi Am tak boleh bawa mummy jumpa dia..” Sudah tahu dah, itu jawapannya. Kata bukan mengugut, tetapi tanpa Ammar sedar, memang itu satu ugutan. “Ammm ..ini mummy tau! Bukan client Am?” tanya mummy. “Am tahu, tapi ini special case. Perjanjian ni tidak melibatkan orang lain. Antara Am dan mummy aje..”jawab Ammar kendur “Mummy tahulah anak mummy ni lawyer, tapi sampaikan dalam rumah sendiripun minta sign menyain bagai,

apa hal?”jawab mummy Tina, kurang senang dengan tindakan

Ammar. “Bukan contract, cuma aku janji..”jawab Ammar kendur.

333

“Yalah, mummy sign, janji Am bawa mummy sekali. Mummy nak ikut jugak. Mummy nak sangat jumpa cucu mummy tu..”kata mummy Tina. Berharap. “Ok.. nanti Am ambil aku janji tu. Ada Am simpan dalam kereta..” jawab Ammar/ Ammar berjalan pantas mengambil sampul akujanji yang telah disediakannya. Amboi, lawyer buruk ini, siap akujanji lagi. Pengajaran membuat kesilapan lalu, betul-betul mengajarnya. “Mum.. itu guru besar, cikgu…” tersentak mummy Tina dari lamunannya, kesah lima hari lalu, hilang serta merta bersama angin dingin. “Oh….dah lama rupanya Am berulang alik di sini. Sampai cikgu sekolahpun Am dah kenal?”tanya mummy lagi. “Tak lama, tapi cikgu tulah yang bantu Am cari anak Am dulu..”jawab Ammar “Ooohh..” panjang sahaja bunyi O mummy Tina. Tidak sia-sia mummy Tina bersetuju dengan perjanjian si anak lima hari lalu. Apa punya anak, dengan ibu sendiripun hendak buat perjanjian bagai. Takut sangat si ibu akan mencederakan cucu dan ibu kepada cucunya. Kadangkala mummy Tina terfikir, kenapa Ammar bagitu over protective. Sedangkan, Mummy Tina tidak berniatpun hendak mencederakan sesiapa. Lepas satu persembahan ke satu persembahan. Ammar dan mummy Tina menunggu sehingga selesai acara. Ammar sudah bersedia hendak memperkenalkan anaknya kepada mummy Tina, serentak untuk memperkenalkan ibu kepada anaknya. Dia berharapan mummy Tina tidak pengsan atau mengamuk, apabila mengetahui siapakah geragan ibu si anak. “Encik Zamri, ini ibu saya..” Ammar memperkenalkan mummy Tina kepada Zamri. Zamri hanya senyum ke arah ibu Ammar. “Mila, ini mummy Papa Am tau! Mila boleh panggil dia nenek..” kata Ammar “Debuk..” satu tamparan di lengan Ammar. “Apa pulak nenek. Hish, Am ni!! Apa nama tadi?” sambung mummy Tina 334

“Mila..” jawab Mila pendek, “Ahhh...Mila panggil Nekta boleh? Panggil Nekta ya? Nek....ta...” pinta mummy Tina, berulang-ulang menyebut Nekta. Entah dari singkatan nama mana, hanya dia yang tahu, walaupun nama sebenarnya Kartina. Mila hanya angguk. Nampaknya tambah satu nenek lagi bagi dirinya. Bila di kira, Mila ada ramai nenek rupanya. “Satu, Wan Seri. Dua, Tok Mek dan sekarang Nekta“ Mila membilang di dalam hatinya. “Mak Ai! Mila dah ada 3 orang nenek sekarang, ada berapa lagi agaknya yang belum muncul..“ berkata-kata lagi Mila di dalam hatinya. Mummy Tina memeluk Mila dan diciumnya pipi yang tadinya disolek oleh guru untuk persembahan tarian. Mila hanya diam. Orang seumur Nekta, sama umur lebih kurang Wan Seri. “Mama mana?” tanya Ammar perlahan kepada Mila. Segan pula dia hendak bertanyakan Zamri. Hendak mampus, bertanyakan hal isteri orang. “Mama pergi ladies kejap..” jawab Mila. “Ni… papa Am dan Nekta beri, sebab Mila pandai” kelakar pula bunyi panggilan untuk mummy namun dihulurnya beg kertas yang sentiasa dijinjing ke hulur ke hilir. Apa lagi agaknya barang yang diberikan kepada Mila kali ini. Mila rasa seronok. Hari ini dia mendapat banyak hadiah. “Assalamulaikum..” terdengar suara Murni memberi salam. Semua berpaling, termasuk mummy Tina. “Mum?”sahut sepatah Murni dengan mata terbeliak. “Murni?” kedua-duanya bersuara serentak dan terkejut. Ammar hanya menunjukkan wajah dengan senyuman yang menampakkan giginya yang sebaris… Di dalam hati berdoa agar tidak ada adingan tarik rambut atau seangkatan dengannya.

335

Kembali di Kuala Lumpur Dua hari kesah di Bukit Fraser berlalu. Teringat Ammar kepada mummy Tina. Sebaik sahaja habis kerja, terus dia memandu pulang menuju ke rumah mummy. Nasib baik pertemuan di atas bukit itu berlaku secara aman. Murni menerima kehadiran mummy. Walaupun hanya pertemuan yang singkat, namun Ammar bersyukur, tidak ada adegan yang memalukan berlaku. Terima kasih Murni dan terima kasih mummy, bisik hati Ammar riang. ‘Assalamulaikum mum..” nyaring suara Ammar mencari mummy Tina. Pintu depan tidak berkunci, tetapi penghuninya tiada. Ke mana pula mummy ni. Mak Embok, si pembantu rumah juga tidak ada. Sejak dua menjak ini memang Ammar kerap pulang menjenguk mummy. Tambahan pula rumah tersebut ialah rumah tempat dia membesar. Manakan boleh dilupakan. Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempat membesar. Terjengul mummy di muka pintu dapur. “Ahh..Am..rupanya, mummy ingatkan siapa tadi?”kata mummy meleret Terpegun Ammar di depan pintu. Melihat bayang seseorang di belakang mummy Tina. Hendak masuk atau tidak? Ammar berbelah bagi, apabila mengetahui siapa yang ada. Dia tidak menyangka, kunjungannya ke rumah mummy, konon hendak menziarah si ibu, tetapi rupanya mummy sudah ada tetamu. Tetamu yang sudah beberapa bulan, cuba dia elak. Sejak peristiwa drama hindustan di bukit Fraser tempoh hari. “La.. Am. Buat apa yang tercegat tu.. masuk… masuk… Edwinapun ada!” omel mummy Tina. Edwina hanya tersengeh apabila namanya disebut.

336

Ammar menoleh ke belakang. Bukannya dia hendak pulang. Sudah sampai di depan pintu rumah mummy. Dia hanya ingin memastikan, bagaimana dia boleh tidak perasan kereta bekas isterinya.. Sah, memang tidak ada bayangpun kereta si Edwina terpakir di depan mahupun di luar pagar. “Am cari apa?”tanya mummy apabila melihat Ammar tertoleh-toleh ke belakang. “Tak ada apa..” jawab Ammar dengan nada kecewa. “Hemm...Win tadi datang dengan Makngah. Makngah keluar kejap. Nanti dia akan jemput Win balik..“ terjawab persoalan Ammar. Mummy seperti sudah pandai membaca apa yang ada di dalam fikiran si anak. Baru Ammar mengerti. “Apa hal ke sini?“ tanya Ammar acuh tak acuh kepada bekas isteri. “Abanggg..Win datang jenguk maklong. Salah ke? Walaupun kita dah tak ada hubungan suami isteri, tapi Win masih ada hubungan keluarga tau! Abang masih sepupu Win dan mak abang, maklong Win..” jawab si gedik. “Mum..Am tak boleh lama ni, saje nak jenguk mummy. Ni dah ada peneman, Am gerak dululah..”jawab Ammar Ammar merasa cukup tidak selesa dengan kehadiran Edwina. Sedangkan tujuan dia ke rumah mummy Tina, bukan sekadar menjenguk tetapi ada perkara yang hendak di bincangkan. Ammar malas hendak menokok tambah. Yang dia pasti, Edwina pasti telah menceritakan apa yang telah berlaku di Bukit Fraser beberapa bulan lalu. Dan Ammar juga pasti ceritanya akan menjadi lebih sedap didengar dengan tokok tambah, cerita versi Edwina. Sedangkan Edwina tidak tahu yang mummy Tina sudahpun tahu cerita sebenar. Ammar juga berharap agar mummy Tina tidak akan terperangkap buat kali kedua dengan ceritacerita yang telah ditambah dengan gula, agar ianya manis menyebelahi diri Edwina, ditambah hempedu agar buruk di sebelah satu lagi. Sedangkan Edwina tidak tahu, jika gula berlebihan akan memudaratkan dirinya sendiri, confirm dapat kencing manis! 337

“Bang.. janganlah pergi dulu, kan abang baru aje sampai..!“ pujuk Edwina. Kau pujuk selembut manapun, tak akan di makan Ammar. Ammar sudah serik! “Am balik lagi kat sini, nanti..“ jawab Ammar perlahan lalu menyalam si ibu. Mummy hanya mampu mamandang. Hendak buat macammana? Dia tidak mampu memaksa. Dia tahu hati anaknya masih terguris dengan tindakan si bekas isteri. Jika tidak kerana pertalian saudara, mummy Tina pun merasa marah juga. Tetapi kerana Edwina pilihannya, dia juga tidak secara langsung turut merasa bersalah kerana memaksa Ammar menikahi Edwina dahulu. Manalah dia tahu, rupanya Edwina berdrama. Namun dia sedar, dia tidak akan terperangkap dengan cerita dongeng si Edwina. Terutama apabila mengetahui mangsa ialah mangsa orang yang sama, 9 tahun yang lalu. Lantaklah kau Edwina. Berbuih mulut kau berceritapun, mummy pasti tidak akan terjerat buat kali kedua. Cuma… Cuma Nekta oi! Jangan dilupa, jerat tidak lupa si kancil kerana si kancil selalu terlupakan jerat, akibatnya si kancil terjerat!!

338

“Hem… bau sedap, akak masak apa hari ni..?” tanya Murni sebelum Kak Romlah pulang. Murni menyungkitkan mulut dan hidungnya dengan aroma masak lemak tempoyak ikan patin. Jika Kak Romlah masak enak setiap hari, nampaknya akan bertambah beberapa inci di pinggang. Nampaknya, tak lama lagi kena tukar semua isi almari dengan pakaian yang baru, sebab baju dah tidak muat.

“Masak lemak tempoyak ikan patin” jawab Kak Romlah. “Eh! Akak balik dululah..” sambung kak Romlah lagi. Terus sahaja perempuan separuh umur itu melangkah meninggalkan Murni dan Zamri yang baru pulang dari pejabat. Mila sedang leka menonton. Menonton sambil meniarap, dengan dua tangan menungkat dagunya. Murni tidak tahu filem apa yang ditonton, tetapi sungguh ralit sehinggakan kepulangan merekapun tidak dihiraukan. Sekali imbas seperti movie puss in boots. Murni dapat mengecam suara Antonio Bandaras sebagai si kucing comel yang bernama “Puss”. Mila sudah bercuti panjang. Cuti sekolah hujung tahun. Apa lagi, dia menghabiskan masanya di rumah dengan berkubang di hadapan TV. Apa sahaja yang tersiar di skrin, semua jadi bahan tontonan, walaupun banyak iklan dari cerita. Iklanpun tidak jadi masalah. Mata sentiasa bulat menonton. Cuma suruh mengaji, tiba-tiba jadi lemah. Cuma suruh mengulangkaji, tiba-tiba rasa menngantuk. Murni sudah faham, kerana dia juga seperti Mila satu ketika dahulu. Bukan perkara baru… “Mila tengok cerita apa tu..?” tegur Zamri. “Puss in boots, ayah Zam. Best.. kelakar gilerr.” Jawab Mila. Matanya tidak beralih dari kata TV.

339

“Hemm.. kejap lagi mengaji Quran ya?” tanya Zamri lagi dia duduk disofa panjang. “Hem....” hanya sepatah dari mulut Mila Murni membuka tudung dan diletakkannya di belakang kerusi lalu duduk di sebelah Zamri. Zamri merapati Murni dan mencium rambut Murni. Murni hairan dengan kelakuan Zamri yang sejak akhir-akhir ini suka sangat mencium rambutnya. Namun dibiarkannya sahaja, tak luakpun, malah tambah mesra. “Sayang.. jom naik..!” Zamri bangkit dan menghulurkan tangan, meminta Murni mengikutnya untuk naik ke bilik. “Ahhh! Mila..ayah nak mandi dan solat, lepas itu kita makan ya..” kata Zamri “Hemm.. okey..!” jawab Mila yang masih leka dengan dengan Puss in Boots. Baru beberapa langkah dihajun, Zamri bersuara lagi. “Lepas makan, kita mengaji Quran?” kata Zamri. Hanya anggukan yang diterima dari Mila. Tidak sampaipun setengah cerita Puss in Boot the three diablos ditonton Mila, keduaduanya Zamri dan Mila sudah turun. Murni dengan kaftan batik berbunga berbagai warna. Zamri pula dengan baju melayu teluk belanga dan berkain pelikat coklat, berkotak hijau. Zamri asyik memegang butang baju melayu yang sebiji dilehernya. Sudah berkahwin dengan orang Johor, terpaksalah jadi orang Johor juga. Zamri hanya mengaku dia orang Pahang hanya apabila dia balik ke Jengka. Zamri terus duduk di sofa, menumpang menonton cerita yang membuat Mila ralit. Murni pula ke dapur untuk menyediakan makanan yang sudah dimasak oleh Kak Romlah siang tadi. Kelentang kelentung bunyi di dapur, Murni menyusun pinggan mangkuk dan menyediakan lauk dan nasi. “Abang.. Mila.. marilah dah siap ni..” panggil Murni. Tanpa banyak bicara, kedua-dua nama yang disebut oleh Murni berjalan menuju ke meja makan. 340

“Bau apa ni Muni…?” Zamri dengan muka yang mencebek. “Masak lemak tempoyak ikan patin..” jawab Murni gembira. Dia suka masakan itu, dia juga tahu Zamripun sama menyukai masakan tersebut. “Masak lemak tempoyak ikan patin?..” Zamri menyuehkan mulutnya, seperti tidak suka “Lauk tu boleh letak jauh sikit dari abang boleh tak? Kalau Muni sama Mila nak makan, kau orang makanlah.. tapi tolong letak jauh sikit dari abang” pintanya. Murni buat muka, berkerut, kenapa pula Zamri ni! Sejak bila pula tidak suka masak tempoyak? Bukankah ini salah satu lauk kegemarannya? Murni hairan, tetapi sudah diminta untuk dijauhkan dari Zamri, Murni menurut dan diletakkannya di hujung meja. Hanya dia dan Mila yang menekmatinya. Ada-ada saja Encik Abang sayang sorang ni. Tak mahu makan, bagus juga, boleh Murni makan lebih. Selesai makan, Zamri mengajar si anak mengaji Al-Quran. Murni berkemas apa yang patut. Terdengar kaca berlaga, kerana Murni sebok mencuci semua yang sudah digunakan. Zamri pula berbicara perlahan, membetulkan apa sebutan yang tidak jelas. Zamri memang pandai melayan Mila. Setiap teguran pasti didengar oleh Mila. Dia percaya seratus peratus kepada ayah Zam. Tidak lama kemudian terdengar semula suara Antonio Bandaras. Nampaknya mereka menyambung menonton cerita animasi tersebut yang belum selesai ditonton Mila, kerana Zamri mahu memyemak kerja sekolah Mila. “Kau beruntung anakku, dapat seorang lelaki yang dipanggil ayah yang cukup bertanggungjawab. Aku juga beruntung anakku, mendapat seorang lelaki seperti Zamri. Andai kata yang duduk menyemak kerja sekolah itu bukan Zamri, sebaliknya Ammar, adakah dia akan bertanggungjawab seperti itu?” Murni geleng kepala. “Dia imam dan ayah kepada anakku sekarang ini, Murni… sedarlah kau Murni” bisik hati Murni. 341

Terpandang mug yang sering dia gunakan, lantas berkata. “Nak kopi tak sayang?”. “Boleh jugak..sayang” jawab Zamri matanya tidak beralih dari buku kerja si anak. “Mila?” Murni bertanya jika Mila juga perlukan kopi “Tak ” jawab Mila pendek. Murni menghulurkan kopi yang masih berasap kepada Zamri. Mata Zamri masih tersorot ke kaca TV, dia menyambut mug yang berisi kopi dan terus menghirupnya. Murni hanya memandang, biar betul abang Zamri, kopi tu masih panas, tengah berasap tu!.. Pantas Zamri menghulurkan semula mug kopi kepada Murni dan menjelirkan lidahnya. Kan dah terbakar lidah! . “Gelojoh juga suami aku rupanya” bisik hati Murni. Murni menghirup kopinya, manakala kopi Zamri diletakkannya di meja sisi. Nanti pandailah dia ambil sendiri. Murni turut menonton, tetapi kerana hanya menonton sudah separuh jalan, dia tidak tahu apa jalan ceritanya. Yang dia nampak seekor kucing dewasa dengan 3 ekor anak kucing yang semuanya comel-comel tetapi nakal. Kucing yang berpakaian dan pandai bercakap. Namapun animasi, tengok ajelah.. Tak payah hendak fikir logik tak logik…Layannnn. Habis meminum, Murni ke dapur menghantar mugnya. Dari belakang sofa, Murni memegang bahu Zamri dengan kedua belah tangannya. “Bang Muni naik atas dulu, nak lipat kain..”kata Murni. “Hemm..” jawapan dari Zamri, sama ada dia sedar atau tidak apa yang Murni cakapkan wallahulam. Mahu cepat selesai menyemak kerana dia juga mahu menonton cerita yang boleh membuat Mila terkekek sendirian. Mana boleh tahan…Zamripun mahu tumpang sekaki.

342

Selang beberapa minit Zamri sudah duduk bersebelahan Mila. Dia sama naik dengan Mila, terkekek ketawa. Apa yang melucukan, hanya dua beranak itu sahaja yang mengetahui. Murni di tingkat atas melipat pakaian yang sudah diangkatnya dari jemuran siang tadi. Lebih baik dia menyelesaikan tugasnya dari sama-sama terjebak dengan tayangan animasi itu. Terdengar suara dua beranak tidak henti henti ketawa terbahak-bahak. Murni di dalam bilikpun turut tersenyum, tanpa mengetahui apa yang disenyumkan. Yang ketara, Zamri sudah bukan lelaki yang sudah dewasa, di saat ini, mungkin dia merasa umurnya lebih kurang seusia dengan Mila. Sambil melipat pakaian, Murni terbayang wajah si Puss dengan matanya yang bulat, telinganya yang kelepet, terkelip-kelip lalu menutup dadanya yang berbulu dengan topi untuk meminta simpati. Bukan dada berbulu Antonio Bandaras, kerana dada berbulunya hanya boleh dilihat oleh isterinya, Melanie Griffith. Dada berbulu si Puss la.. kucing kuning yang memakai boots, comel sangat…

343

Tiba-tiba kepala Zamri rasa pening, rasa nak muntah pun ada.Entah kenapa, mustahil pening kerana perut kosong! Pagi tadi sepinggan nasi lemak dengan sambal sotong habis dibedalnya. Sambal sotong Murni memang class, no. 1, mana boleh miss. Kenapa ni ek? Kerana tidak larat, dia menalifon Murni untuk datang ke bilik. Nasib baik kerja yang diarahkan oleh Tuan DO sempat diselesaikannya.Ini baru jam 10.00 pagi, lama lagi hendak petang untuk dia pulang dan berehat di rumah. Tidak lama kemudian, pintu terkuak. Murni dengan wajah cemas mendekatinya. Diurutnya pelipis Zamri, tetapi tangannya ditahan oleh Zamri dari terus mengurut pelipisnya. “Kataaa peninggg.?.” bersuara Murni seperti tidak faham, tadi beritahu pening, hendak diurut pelapis dilarang pula! Habis apa yang harus Murni bantu. Itu sahaja cara untuk melegakan orang yang sedang pening!. “Hemm.. memang rasa pening. Abang rasa nak muntahpun ada jugak. Rasa macam mual aje” jawab Zamri. Murni kerut muka dengan kenyataan Zamri. Kasihan cik abang, migraine kah? Jika buat kerja, sampai tak ingat nak berehat. Inilah padahnya. Itu kata Murni di dalam hati, tidak sampai hati hendak diluah. Orang sedang sakit, jangan menambah sakit hati pula. Murni meletakkan tangannya ke dahi Zamri.Tidak pula dirasanya panas. Penyakit apa pula dia ni. Hish.. tak pernah-pernah dia sakit sebegini ganjil. Dunia modern, penyakitpun jadi modern jugakah? “Nak Muni bawa abang pergi klinik..?” tanya Murni lagi. Muka berkerut-kerut, tidak dapat memahami apakah penyakit yang dihidap oleh si suami. Memangpun dia bukan doktor, tetapi sakit yang biasa-biasa, tak perlu jadi doktorpun untuk mengetahui.

344

“Entahlah.. tak payah gi kilinik rasanya, cuma abang nak minta rehat sekejap, tolong inform boss please..” pinta Zamri untuk memaklumkan Tuan DO yang dia hendak metutup pintu dan tidak mahu diganggu buat seketika.Bertujuan untuk berehat di biliknya sahaja sebentar. Bak kata orang 40 winks. “Nanti Muni beli panadol ya bang, risau pulak Muni, tengok abang macam ni.” Muka Murni memang nampak muka cuak. “Salah makan agaknya ni, Muni..” jawab Zamri yang cuba menafsirkan apa yang tidak kena pada dirinya. Hendak jadi doktor yang tak bertauliah pula, membuat andaian sendiri.Yelah, dia yang sakit, dia juga yang menanggungnya, dan dia yang merasa. Jadi dia yang tahu hendak mentafsirkan sakinya, apa yang dikatakan mungkin ada betulnya. Tetapi makanan apa pula yang dia kata tersalah makan?Murni juga memakan makanan yang sama, tetapi tidak pula sakit? Hish.. abang Lee Min Ho Malaya ku.. bisik hati Murni. Sekali lagi Murni hanya mampu berbicara di dalam hati, tidak terluah, demi menjaga hati si suami. “Entahlah, abang rehat aje, Muni turun kat koperasi sekejap, lepas tu baru beritahu Tuan Megat.” Kata Murni, berjalan pantas menuju ke pintu keluar. Tangan sudah di tembol pintu, kemudian berpaling semula ke arah Zamri yang sudah duduk di sofa. “Betul ni.. tak mahu gi klinik?” ulang Murni dari jauh. Hanya gelengan kepala dan tangan yang di angkat tinggi mengisyaratkan tanda “Tidak” dari Zamri yang diterimanya. Zamri terus melentokkan kepalanya ke sofa yang memang ada di biliknya dengan mata terpejam. Nasib baik ada isteri yang satu pejabat, dapat juga dia bermanja-manja. Jika dia sakit, dan masih solo, jawabnya tanggunglah sendiri. Tetapi bila difikirkan, sakit kepala begini, tidak pernah dirasakannya. Ini pertama kali dia mengalaminya. Kenapa pula terjadi kepadanya? Kepala berasa berat dan kepala berpinarpinar..

345

Dalam sakit-sakit Zamri berfikir. Hendak dikatakan terlalu banyak berfikir, atau ada banyak masalah. Setahu dia, tidak ada. Apa yang hendak difikirkannya dan apa pula masalahnya. Yang adapun hanya masalah Ammar, tetapi bukanlah masalah besar sebenarnya. Jika Murni memberikan kerjasama, sudah boleh kira settle. Masalah yang boleh dipanggil masalah mungkin, bila dan cara hendak memberitahu apa sebenarnya hubungan Ammar dengan Mila, itu sahaja. Atau, adakah sakit ini ada kena mengena dengan kecederaan yang dialaminya kerana kemalangan dahulu? Sakit yang datang kemudian.. orang kata apa tu..side effect..Entahlah..Harap-harap bukan penyakit susulan kemalangan itu. Ini hal kepala, bahaya! Kerja di pejabat juga tidak boleh dikatakan masalah kerana Zamri dapat menjalankan tugasnya dengan baik, sama ada sewaktu bujang, mahupun setelah berumahtanga. Baru hendak memikirkan punca penyakit, pintu terkuak lagi. Siapa lagi kalau bukan isterinya, Murni masuk dengan segelas air suam di tangan. “Nah bang..” Murni menghulur gelas air dan dua butir ubat yang telah di keluarkan dari kelongsongnya. Zamri hanya tinggal ngap sahaja. “Abang rehat aje.. nanti Muni beritahu Tuan Megat pasal abang dan jugak Jamie suruh forward aje semua call abang kat Muni kalau ada panggilan untuk abang.. hemm?..” jelas Murni. Zamri hanya mengangguk, sudah tidak larat benar nampaknya dia. Di hati Murni, jika selepas berehat tidak juga kebah, Murni nekat untuk membawanya ke klinik juga. Mahu tak mahu, kali ini Zamri kena setuju. Arahan dari Mrs. Zamrizal. “Hemm.. dah, Muni nak keluar, abang rehat, dalam satu jam Muni datang lagi.. ek..!” kata Murni yang dipasti tidak ada tindak balas dari Zamri yang dia setuju dengan cadangan Murni. Murni keluar, dan sebelum menutup pintu memandang semula ke arah Zamri yang sudah tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Kasihan pulak cik abang sorang yang sedang sakit. Murni berharap ini bukan penyakit serious. Tetapi dia bukan doktor, manalah

346

dia tahu. Yang dia tahu Zamri memang sakit. Penyakit yang tidak pernah dia alami sebelum ini. Confirm ini penyakit misteri!.

347

Di Kuala Lumpur Ammar meletakkan kertas puteh yang tadi begitu tekun dia baca, tiba-tiba fikirannya beralih kesah beberapa minggu lepas. Cuba dia tepis, tetapi masih juga dia terkenangkan apa yang diperbualkan bersama mummy di dalam kereta. Walaupun hanya perbualan ringkas, tetapi besar maksudnya. Begitu bermakna kepada dirinya, malah begitu terkesan kepada Mummy. Masih nyaring dan terang suara Mummy singgah ke gegendang telinganya. “Dah besar rupanya anak Am ya? Apa namanya, Mila? Hemm.. Mila, sedap nama tu..“ Mummy mula berbual di dalam kereta sebaik sahaja dia duduk di sebelah. Ammar kerut muka, di dalam hati bersuara “Dah mula dah…” Ammar tahu dari reaksi pertemuan itu mumy terkejut pada mulanya apabila mengetahui, ibu kepada cucunya adalah Murni. Tetapi dia menahan kejutan itu. Terutama apabila melihat Murni tidak bertindak kasar, sebaliknya menghulurkan tangan untuk bersalaman. Lagipun Mummy Tina sudah terikat dengan aku janjinya bersama Ammar. Salah satu clause, “Tidak boleh menyakitkan hati ibu mahupun anaknya”. Mummy tidak mengetahui, itu semua adalah pesanan Zamri. Zamri meminta agar Murni bersikap lembut dalam apa jua keadaan yang melibatkan Mila. Baginya kekerasan tidak membawa apa-apa kebaikan dan tentunya tidak akan membawa apa-apa faedah!. Tersentuh juga hati tua mummy Tina, apabila melihat perempuan yang pernah dia halau, dia herdik dan dia benci dan dia kutuk, kini berada di hadapan matanya sedang menghulurkan tangan. Dia sungguh terharu. Ingatkan perempuan itu pendendam, rupanya tidak. Jika Murni seorang pendendam, rasanya kasut sudah naik ke muka Mummy. Tetapi perkara itu tidak berlaku, sebaliknya dia mempamirkan riaksi bersahaja. Seperti tidak pernah perkara buruk 348

itu berlaku. Sungguh murni hati seorang yang bernama Murni. Semurni namanya. Bagaimana dia boleh terlepas pandang, kebaikan perempuan itu selama ini? Mana tidaknya terlepas pandang, kebencian yang datang dari hasutan Edwina yang telah membutakan matanya di waktu itu. Bukan setakat buka mata, malah buta hati! Bagi Murni nasihat Zamri selalu dipegangnya. Jangan berebut atau menggunakan kekerasan apabila mengendalikan masalah Mila. Berebut dan kekerasan tidak mungkin menyelesaikan masalah. Menimbulkan masalah lagi ada! Itu kata abang Zamri, setiap kali dia melenting dengan tindakan si bekas suami. “Am! Bila mummy pandang Mila, sebijik iras Am masih kecil..“ kata Mummy Tina lagi. Ammar tersenyum-senyum mendengar kata-kata si ibu. Dah kata dah, Mila memang anak bapak! “Am tak fikir ke nak ambil Mila? Atau sekurang-kurangnya pinjam sekali sakala bila cuti sekolah, tak lama lagi cuti sekolah mulakan?“ kata Mummy bersuara. “Mummyyyy...“ bersuara Ammar dengan satu oktaf, agar mummy diam sahaja, dia tidak mahu mendengar mummy mengeluarkan cadangan yang luar alamnya. Juga salah satu clause di dalam aku janji “Tidak dibenarkan masuk campur dalam apa sahaja urusan berhubung dengan anaknya“. Jangan hendak pandai-pandai membakar batu api kepadanya. Ammar tidak perlukan sesiapa menjadi batu api. “ok..ok. Takkk.. mummy beri cadangan aje. Terserah pada Am..”segera mumy bersuara apabila melihat wajah Ammar yang sudah bertukar. Bertukar merah bukan hijau ya! “Mummy bukan apa..” belum sempat Mummy Tina menghabiskan kata-katanya. Mummy masih tidak mahu beralah. “Mummy, boleh tukar cerita lain tak?..” tegur Ammar lagi. “I’m sorry mum.. I love you and I love them too..“ kata Ammar kendur. Wajahnya juga sudah berubah seperti sedia kala.

349

Tersintak Ammar dari lamunan apabila, pen yang dipegangnya terjatuh di atas kertas puteh yang berada di hadapannya. “Eh! Tak boleh.. tak boleh..“ tiba-tiba Ammar mengeleng-gelengkan kepalanya laju. “Zamri baik, Murni pun.. ahhhh.. biarkanlah. Satu hari nanti Mila akan datang dengan sendirinya mencari diarinya kerana dia dah siapa bapa dia sebenarnya! “ kata hati kecil Ammar. Itu hati kecil Ammar yang bersuara lembut, membisikkan. Tetapi ada satu suara kasar pula yang menyampuk. “Kenapa masih beralah! 8 tahun Murni dah bersama Mila, takkan seminggu tak boleh?“ Ammar termakan kata-kata itu. “Kalau nak cuba apa salahnya. nantilah tanya Zamri, manalah tahu dia setuju pinjamkan Mila untuk cuti sekolah ni Kalau tanya Murni, confirm kena reject!”Ammar juga sudah terpengaruh dengan cadangan mummy jarum. Ammar menghela nafasnya panjang, ada benarnya juga apa yang mummy Tina cuba sampaikan. Apa salahnya Mila tinggal dengannya untuk beberapa minggu cuti sekolah ini. Bukannya dia akan tinggal dengan orang luar, diakan bapa kandungnya! Tetapi apabila difikir balik, kasihan pula Murni. Murni tidak pernah berpisah dengan anaknya. Dapat kebenaran berjumpa dengan si anak setiap hujung minggupun sudah cukup bagus. “Tap..tap..tap..tap..” Ammar mencapai semula pen yang tergolek di atas kertas dan menghantukkan hujung pen ke atas kertas puteh itu. Kini fikirannya penuh dengan cara yang paling baik untuk menjayakan hasratnya agar Murni membenarkan Mila dapat bersamanya di cuti sekolah yang panjang ini. Hilang fokusnya kepada kes bunuh yang sepatutnya diberi tumpuan padu. Kes bunuh! Hendak di fikirkan, orang yang sudah terbunuh, sudah tentunya sudah menjadi arwah. Si pembunuh pula, tentu sudah rasa bersalah di dalam hati. Apa lagi yang hendak di fikirkan? Yang dia kena fikirkan ialah membantu si pembunuh agar di beri hukuman yang 350

setimpal. Kerana dia sudahpun menerima hukum alam, iaitu rasa bersalah selagi dia bernafas, Perasaan itu akan melekat di hatinya. Orang bersalah memang selalu berada di dalam ketakutan. Diri bagaikan di kejar bayangan, sedangkan bayangan itu adalah bayangan diri sendiri! Ahhh.. lupakan sebentar kesah orang lain. Yang perlu Ammar tumpukan sekarang ialah kesah dirinya sendiri. Tentang dirinya sendiri yang sudah lama dia abaikan. Terlalu terikat dengan tugasnya sehinggakan dia lupa hidup berkeluarga. Kini dia di beri peluang kedua, Ammar seharusnya rebut peluang ini. Persoalannya, sanggupkah Ammar bersuara untuk menyampaikan hasratnya kepada Zamri? Lelaki yang Ammar labelkan sebagai serorang lelaki yang baik. Bila memikirkan sifat lelaki yang baik ini, buat Ammar tidak sampai hati untuk bersuara. “Tap..tap..tap.. tap..” irama hantukan perlahan pen ke atas kertas bagaikan memberikan inspirasi kepada Ammar. Ibarat signal code mose yang menghantar isyarat. Setiap huruf melayang-layang membentuk perkataan di awangan. Perkataan-perkataan yang berterabur bagaikan minta diatur untuk membentuk satu ayat. Hanya Ammar yang boleh mencantummya menjadi satu ayat, Walllah! Sudah tersusunpun ayat itu di fikiran Ammar. “Mila… tunggu papa datang..” tiba-tiba Ammar bersuara sendirian

351

Kembali ke Fraser Hill “Yang.. abang kena pergi Ampangan Kuala Kubu.. ada aduan dindingnya retak, Sayang tumpang Shiha ya!” kata Zamri tanpa mendengar persetujuan dari Murni. Tergesa-gesa betul dia kali ini. Murni baru hendak membuka mulut untuk menjawab tanda setuju, tetapi Zamri sudah hilang di sebalik pintu yang berlahan-lahan tertutup sendiri. Mulutnya masih ternganga.. tidak terucap. Murni juga mahu mengucapkan Selamat kepada si suami. Tidak mengapa, perkara ini sudah biasa. Routine biasa sahaja yang selalu dilakukan oleh si suami. Demi tugas untuk negara. Secara spontan, jari menekan nombor Shiha .. Chauffer terdesak setiap kali Murni memerlukan. Terima kasih teman sepejabat dan juga jiran.. Puan Norshiha.

Acap kali Murni menyelak langsir mengharap Zamri pulang. Hari sudah gelap, tidak mungkin dia belum habis tugasan di Dam lagi. Bukan boleh nampak apa di waktu-waktu ni di tempat jauh ke dalam hutan itu. Telefon tidak diangkat, pesanan juga tidak dibaca. Zamri singgah minum dan berehat di rumah teman agaknya, Murni cuba bersangka baik. Dia angguk.. Ya, dia pergi relax dengan teman-teman. Baik sahaja dia menonton TV sementara menunggu si suami. Kak Romlah sudah lama pulang, Mila pula ada di atas entah-entahpun sudah lelap.

352

Murni menekan punat TV dan segera muncul berita memberitahu kemalangan di Kuala Kubu Baru melibatkan ampangan pecah. Terkejut Murni, dada sudah berkocak laju. Doanya, Zamri tidak terlibat dengan kemalangan ini. Ya.. dia sedang dalam perjalanan pulang.. bisik hati Murni. Mata tertancap ke luar apabila nampak bias lampu kereta. Ah! Kan sudah kata? Bisik hati Murni girang dan lega. Suaminya sudah pulang. Betul seperti yang dia harapkan, Zamri tidak terlibat dengan kemalangan itu. Alhamdulillah. Murni sudah mampu tersenyum. Tetiba langkah Murni terhenti. Eh! Bukan kereta Zamri? Murni terkejut! Rasa hendak pengsan pun ada.. Yang berdiri di luar pagar adalah Polis. Ah! Beberapa bulan lepaspun perkara yang sama. Alhamdulillah polis bawa berita memberitahu Zamri selamat . Harap kali ini berlaku yang sama. Mahu tidak mahu, Murni mara ke arah si Polis memandangkan namanya di panggil bertalu-talu. “Puan.. Harap puan dapat bertenang. Kami ingin memberitahu, suami puan salah seorang yang di bawa arus sewaktu ampangan pecah. Pihak bomba dan penyelamat sedang berusaha mencari dan mengesan SAR (Save and Rescue)” kata si pegawai Polis dengan satu nafas. Murni terduduk di hadapan pagar. Nampakmya kali ini berlainan berita yang Murni dengar. Tetiba Murni saya ingin menjerit memanggil nama Zamri sekuat-kuat yang dia mahu. 353

Di fikirannya berat menyatakan Zamri selamat.. Ya Zamri selamat. Abang.. pulanglah!!

Sehari suntuk pencarian, namun beberapa mangsa belum di temui, termasuk Zamri. Murni di rumah tidak mampu berbuat apa-apa. Asyik termenung dan menangis. Keluarga di kedua belah pihak berada sama untuk meneman Murni. Dari sehari menjadi dua, tiga, usaha SAR menyelamat dan mencari dihentikan. Murni jadi kemurungan. Dia diberi cuti rehat mengikut rekod yang dia ada. Tuan DO amat prihatin tentang kebajikan pekerjanya. Kini sudah tiga hari hilang, Zamri tetap tidak dapat dikesan. Hanya keretanya sahaja yang masih terpakir di tempat pakir tanpa dirinya. Itu menguatkan bukti Zamri mangsa yang hilang tanpa dikesan. Kelmarin, kereta Zamri sudah diambil oleh suami Kak Romlah setelah menerima kunci pendua dari Murni. Kini sudah terpakir di garage rumahnya. Keluarga tidak mahu menerima hakikat yang Zamri sudah tiada, kerana tidak menemui jasad atau penanda yang dia sudah mati. Murni tetap akan menunggu walaupun seribu tahun. Dia yakin, Zamrinya ada di mana-mana, hanya belum ditemui sahaja.

354

Zamri membuka matanya perlahan, kepalanya terasa sakit, Dia rasa bagaikan dia menjunjung sebiji batu di kepalanya. Dia cuba memegang kepalanya, tetapi dia terkejut kerana kaki dan tangannya diikat. Tetapi kenapa pula dia diikat? Apa hal pula ini? Insiden terakhir yang dia ingat dia sedang menuju ke kereta kerana hendak pulang selepas selesai berbincang mengenai dinding ampangan yang retak itu. Dia memandang sekeliling dan dia dapat rasakan yang berada di satu tempat yang cukup asing baginya. Yang dia pasti dia berada di dalam pondok usang di dalam hutan. Tetapi di mana? Hutan mana pula? “Ah! Dah sedarpun?”tersentak Zamri apabila terdengar suara seseorang lelaki, bersuara dengan garang. “Encik, saya di mana? Dan mengapa saya diikat?”tanya Zamri “Jangan banyak soal?”hendiknya sambil tergelak kuat. “Tugas kami untuk culik kau dan lepas tu kami tunggu arahan dari Mem!”katanya sambil ketawa besar lagi. “Mem!!” bisik Zamri. Tentu mereka menunggu arahan dari seorang perempuan. Siapa agaknya? Apa yang dia mahu darinya. Keluarga Zamri bukan jutawan yang mampu membayar tebusan. Zamri memerah otaknya, adakah dia pernah menyakiti hati orang? Ini angkara si cina Tu Ah ke? Marahkan dirinya kerana kejadian benteng tembok konkrit tempoh hari? 355

Terbayang kesah pertemuannya bersama pengurus Tu Ah Holding, Mr. Lim beberapa bulan dahulu di mana dia telah diarah untuk membuat pemeriksaan benteng tembok konkrit yang tidak mengikut spesifikasi yang betul. Mr. Lim siap mahu menghulurkan bungkusan kemungkinan wang untuk menyongok Zamri agar tidak menyaman mereka, cukup sekadar memberi amaran. Mr. Lim memasukkan bungkusan kecil itu ke dalam poket seluar Zamri. Tetapi cepat-cepat Zamri pulangkan kembali bungkusan tersebut kepada si pemberi. Zamri bukan pemakan rasuah, dia hanya menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya. Hemmm.. kemungkinan besar dia punya angkara, bisik hati kecil Zamri. Penat otak Zamri berlegar-legar cuba menyambung cebisan puzzle yang masih bersepah, menunggu untuk dikutip dan disambung untuk membentuk satu arca yang jelas. “Nah! Kau minum, kau pengsan dua hari, tentu lapar dan dahaga. Aku tak mahu kau mampus. Tugas aku bukan sebagai pembunuh, tugas aku hanya untuk takut-takutkan kau aje. Tak mahu lagi aku masuk penjara. Bilik penjara tu sudah kenal sangat dengan aku! Biar je bilik penjara tu kenal dengan orang lain pulak!” katanya sambil ketawa besar. Zamri terkejut sekali lagi dengan kemunculan si lelaki bermuka ganas itu. Lalu si lelaki beredar meninggalkan Zamri dengan kedua tangan terikat botol air ditengahtengah ikatan tangan. Memang betul! Zamri cukup dahaga. Patutlah dia tidak dapat berfikir dengan baik. Rupanya dia kekurangan air di dalam badan. Sebaik sahaja beberapa tegok aliran air mengalir di tekaknya, Zamri sudah rasa cukup puas. Nikmat sungguh dirasa dengan air itu. Tiada benda lain yang dapat ditanding dengan nikmat air yang mengalir di tekaknya. Masyallah… Setelah setengah botol air habis diteguk, baru Zamri dapat memikirkan apa yang sudah berlaku kepada dirinya. Ini pasti kena mengena dengan Tu Ah Holdings yang mengarahkan samseng-samseng itu menakut-nakutkan dirinya agar tidak mengeluarkan saman. 356

Ya.. Mungkin! Tetapi kenapa pula si samseng menyebut “Mem!” isteri si Tu Ah kah? Zamri cuba mengimbas apa yang berlaku di ampangan. Kali ini dia harus ingat dengan lebih terperinci. Setiap saat imbasan yang dia ingat amat penting. Dia teringat kali terakhir pergerakannya ialah dia berjalan menuju ke keretanya untuk pulang setelah berbincang dengan beberapa jurutera untuk membaik pulih dinding yang retak. Tetiba terdengar bunyi kuat seperti guruh. “Bombbbb!!” bunyi kuat seperti guruh bergema. Zamri terus berlari tetapi terjatuh dan dia ingat ada tangan-tangan yang membantunya bangun. Kemudian dia terasa ada satu benda keras menghantuk kepalanya. Sama ada dia terantuk sendiri atau ada objek tumpul lain yang membantu. Dia longlai dan pengsan. Tahu-tahu dia sudah berada di tempat ini sebaik sahaja dia sedar. Menurut si samseng dia sudah dua hari pengsan, lama betul. “Murni.. Mila…” terpacul dua nama perempuan yang amat dia sayang. “Oi gemuk..! Kau biarkan setan ni sendirian? Kalau dia lepas lari macammana?”tetiba terdengar suara seorang lagi samseng yang baru sahaja mengetahui yang Zamri sudah sedar. Mengelar Zamri sebagai setan, siapa syaitan sebenarnya? “Mana adaaaa… “jawab si lelaki yang dipanggil Gemuk. “Dia baru sedar ma.., kalau dia mati lagi susah gua..”jawabnya sambil ketawa lagi Memang suka ketawa si lelaki gemuk ini. “Hey setan, kalau kau mahu selamat, kau beri bekerjasama. Duduk situ diam-diam. Faham!”Herdik si gemuk lagi. Bukan main rapat dia melaung ke muka Zamri. Mulut berbau.. Meloyakan! 357

Entah bila kali terakhir memberus gigi. Phui!!! Menyenget hidung Zamri dibuatnya. Perutnya yang tadinya lapar, terus kenyang dibuatnya. Sial.. Kurang asam betul! Beberapa minit kemudian, kedua-duanya tergesa-gesa keluar apabila terdengar seperti tapak kaki orang mengharung daun-daun kering. Zamri tidak boleh nampak, tetapi dari celah-celah papan dinding yang jarang, Zamri boleh lihat ada seseorang yang memakai jersey sukan berwarna biru laut. Adakah itu taukeh Tu Ah! Adakah dia yang mengupah untuk menculik Zamri? Fikir Zamri Tapi dari bentuk badan, itu bukan si cina Tu Ah, kerana saiz si jersey biru bersaiz kecil. Cepat-cepat Zamri berpura-pura metutup mata apabila dia tahu kedua-dua penyangak sedang menuju masuk ke pondok. “Hey! Boss banyak baik hati hari ini, dia suruh beri kau makan. Tau!” si gemuk bersuara lagi. Siap kakinya yang gemuk menguis badan Zamri. Namun manakan bergerak. Tapi cukup kurang ajar, mengguna kaki. “Nah!” di hulurnya polisterin yang berisi makanan. Dengan tangan terikat, Zamri menyuap perlahan rezeki yang ada. Zamri perlu makan untuk tenaganya. Zamri akan berfikir bagaimana untuk melepaskan diri apabila tiba waktunya dan juga apabila tenaganya cukup kuat. Tetapi bilalah agaknya waktu dan saat yang sesuai itu akan tiba? Esok kah? Lusa kah? Atau dia terus bersawang di pondok buruk itu…tinggal tengkorak! Gulp! 358

Zamri telan air liur memikirkan keberangkalian 1:100 Huwaaaaa….

359

Pondok di bawah teduhan pokok-pokok di dalam hutan, Zamri dapat rasakan waktu siang sangat pendek. Baru beberapa jam dia sedar dari pengsan, matahari sudah mulai memudarkan warnanya. Sudah masuk maghrib rasanya, bisik Zamri. Teringat akan satu surah nabi Noh sewaktu di dalam perut ikan paus. Alamak lupa pulak! Zikir sahaja, Allah maha mengetahui, bisik hati Zamri. Bila sudah terdesak, apa-apa surahpun cukup berguna. “Ya ALLAH, lindungilah hambamu yang teraniaya ini..” doa Zamri di dalam hati. Manalah tahu, berkat doanya diperkenankan Ilahi, tetiba dua samseng itu berlembut hati melepaskan dirinya. Zamri tidak perlu alpa. Dia akan menunggu peluang, untuk dia melepaskan diri. Tetapi bagaimana? Lari? Mana mungkin? Kaki masih terikat. Usahkan kaki, tangan dan mulut juga diikat. Bumyi mergastua dan makhluk lain di dalam hutan bersahut-sahutan. Gelap malam bakal menjelma.

Grrr…grohhh.. grrr..grohhh Terdengar dengkuran si gemuk. Orang berbadan gemuk memang tidur berdengkurkah? Aku tak gemuk tapi aku rasa akupun mendengkur, bisik Zamri. Entah apa-apa, memikirkan perkara yang sepatutnya tidak berada di dalam kepala.

360

Di luar pondok, Zamri nampak dari hujung mata yang hanya dibuka segaris, Si garang sebok melekakan diri agar tidak terlena. Zamri perlu diperhati setiap detik. Sesekali matanya memandang ke arah Zamri yang pura-pura tidur. Sedangkan setiap pergerakan kedua teman sebiliknya, setiap detik Zamri perhatikan. Menunggu peluang untuk menyelamatkan dirinya. Tapi bagaimana? Hendak laripun hanya boleh lari seperti hantu pocong yang terlompat-lompat, jauh manalah boleh pergi jika berlari gaya sedemikian. Bertenang… bertenang. Bila bertenang, urat-urat di otak boleh bersambung dengan baik sebab tidak bercelaru. Misi pertama yang Zamri perlu fikirkan ialah untuk meleraikan ikatan di kaki. Zamri teringat kesah satu filem inggeris yang pernah dia tonton. Cara bagaimana mahu membuka ikatan di kaki apabila tangan teringat di belakang. Caranya, cuba memasukkan kedua belah kaki ke tangan yang teringat ke belakang, Bersungguh-sungguh Zamri mencuba tetapi tidak berjaya, Usahkan kaki, hendak melepaskan punggungpun tidak sampai kerana tangan pendek. Celaka!!! Omel Zamri. Marahkan adengan filem yang dia lihat rupanya temberang belaka. Tertipu oleh propaganda orang barat. “Huhukkk..”terdengar si garang terbatuk. Tersedak asap rokok agaknya, gara-gara merokok untuk menghalau nyamok konon. Sempat menyepak Zamri yang tergelimpang sebelum dia mencapai air botol kepunyaannya yang berbaki. Zamri mengeliat, kesakitan. “Nanti kau.. tunggu aku lepas, aku sepak kau lagi kuat. Kau siap!!” kata Zamri geram di dalam hati.

361

“Oi.. gemuk, your turn ma… aku pulak mahu tidur!” nyaring suara si garang mengejutkan si gemuk. Terpisat-pisat si gemuk duduk dan mengesek matanya. “Yala..yala.. kau tidur, kejap lagi aku jaga kat luar” kata si gemuk tetapi mata masih tertutup. Tanpa berkata apa-apa, si garang terus membaringkan diri di hujung pondok. Dari ekor mata, Zamri perhati, sekejap sahaja si garang sudah hanyut di alam mimpi. Penat betul dia. Dia percaya si teman gemuk akan mengambil shift berjaga. Lagipun dia tahu si mangsa bernama Zamri tentu tidak boleh ke mana-mana di waktu gelap gulita di hutan belantara Pahang ini, kecuali hendak mampus di baham binatang liar. Silap haribulan sesat entah ke mana? Namun, apa pilihan yang Zamri ada? Bertahan dengan si penculik atau cuba melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan? Keberangkalian sesat 1:10 Keberangkalian menjadi makanan binatang buas juga 1:10 Dari ekor mata, Zamri perhatikan si gemuk ada duduk di bawah pokok. Nampak gaya tak lama kerana menguap setiap dua saat! Sebentar lagi Zamri yakin si gemuk akan bertemu dengan si garang di alam mimpi. Yang pasti Zamri tidak perlu di bawa bersama di dalam mimpi itu. Biar Zamri mempunyai mimpi yang berasingan kerana dia mahu mimpinya menjadi realiti, dia mahu mimpi tali yang mengikat pergelangan tangannya longgar supaya dia boleh meloloskan tapak tangannya. Bismillahirromanirrahim.. Dengan segala tenaga otaknya yang ada, Zamri menggoyang-goyangkan kedua tangannya berulang-ulang. Tap!! Berbunyi perlahan, apabila tali ikatan terlalu tegang dan menjadi longgar. 362

Segera Zamri menolak perlahan tapak tangan keluar dari ikat, namun masih berdiam diri walaupun mengetahui ikatan tangan di belakangnya sudah bebas. Zamri nampak si gemuk masih tersengut-sengut, cuba melawan ngantuknya. Tidak sampai 5 minit, Zamri sudah pasti si gemuk yang tersandar di pokok sebenarnya sudah lena. Perlahan-lahan Zamri membuka ikatan kaki. Berjingkit-jingkit berjalan keluar sebelum kedua-dua syaitan jebon terjaga. Perlahan-lahan dia meninggalkan hotel kecil penginapan percuma di tengah hutan. Berpandukan cahaya bulan di celah-celah daun pokok, Zamri berlari laju tanpa menoleh ke belakang. Dia perlu berada sejauh mungkin dari mereka-mereka yang ingin menjadikan dia mangsa. Agak-agak sudah jauh, Zamri berhenti berlari dan berjalan pantas. Semak dan rantingranting menghalang pelariannya. Luka di sana sini. “Aummm…”Zamri terkejut mendengar bunyi binatang itu. Dengan sekuat tenaga yang berbaki, Zamri lari lagi. “Ya.. ALLAHHHH”…kedengaran nada suara Zamri dari kuat kepada perlahan. Zamri lupa satu lagi keberangkalian. Jatuh gaung 1:10

363

Perlahan-lahan Zamri membuka matanya segaris untuk mengetahui di mana dia berada. Dia sangat-sangat berharap agar dia tidak ditangkap semula oleh dua penjahat, si gemuk dan si garang. Dari suara yang dia dengar, situasi sangat berbeza. Sewaktu berada di pondok, dia hanya mendengar desiran angin dan suara mergastua. Kali ini dia dapat mendengar suara orang perempuan dan gelak ketawa kanak-kanak. Persoalan timbul, di manakah sebenarnya dia berada? “Saudara! Alhamdulillah.. saudara sudah sedar” Zamri mendengar suara dari seorang lelaki yang menyedari dia sudah sedar. “Jangan takut, saudara selamat di sini. Saya Tok Batin Timor dari Kampung Bukit Rok, Kami jumpa saudara pengsan dalam gaung… pengsan”katanya Dari apa yang diberitahu, memberi kepercayaan kepada Zamri untuk membuka matanya dan melihat sendiri kebenaran seperti yang diberitahu. Ya ALLAH, sungguh bagai dikata. Di hadapannya seorang lelaki yang Zamri fikir memang berbangsa orang Asli. Syukur Ya ALLAH, dirinya masih bernyawa dan selamat. Air di hulur sebagai santapan pertama Zamri sehari suntuk pengsan. Perlahan-lahan Zamri menengok air yang di beri. Nekmat segelas air sungguh tidak dapat ditafsirkan enaknya. Lain sungguh rasanya.. mampu menyegarkan Zamri yang lama lena. “Tttteerima Kasiihhh..Tok” kata Zamri tersekat-sekat. “Usah cakap.. nanti aje la ah!” jawab Timor lalu berbahasa sesuatu kepada beberapa lelaki yang ada. “Rehat dulu.. nanti kita sambung..”katanya dan semua meninggalkan Zamri sendirian. Kali ini Zamri betul-betul membuka luar matanya. 364

Dipandang sekeliling rumah papan yang tidak berbilik, umpama sebuah chalet ringkas beratapkan rumbia. Dari arah jendela yang terbuka luas, Zamri boleh nampak beberapa pondok yang berkonsep sama seperti tempat dia berada. Chalet atau resort manakah dia berada? Setahunya dia lari dari dalam hutan. Sepengetahuan dirinya, tidak ada resort atau chalet yang berhampiran dengan ampangan yang pecah itu. Kecuali dia sudah di bawa jauh ke tempat lain oleh si penculik. Kursss semangat! Zamri mengurut dadanya, terkejut apabila tiba-tiba tercegat seorang kanak-kanak lelaki yang hanya berseluar pendek tanpa baju menghulurkan sepiring buah betik yang sudah dikupas. Zamri mengambil piring yang dihulur dan kanak-kanak tersebut lari meninggalkan dirinya sebelum sempat beramah mesra. Sambil menjamah buah yang diberi, Zamri berfikir lagi. “Ini bukan resort, mahupun chalet. Ini perkampungan orang asli…ya kampung orang asli” kata Zamri bersendirian. Dia tahu keujudan kampung-kampung tersebut, cuma dia tidak pernah masuk sebegitu dalam. Dia hanya masuk ke hutan-hutan yang sudah diterokai, sama ada untuk pembangunan atau pertanian.Perkampungan-perkampungan ini berada jauh ke dalam. Zamri cuba bangun.. tetapi malang. Kakinya tidak dapat digerakkan. Zamri panik.. adakah dia mengalami patah kaki? Atau sakit saraf? Atau, adakah dia sudah lumpuh? Impak terjatuh ke dalam gaung telah merosakkan saraf pinggang yang mengakibatkan kakinya tidak berfungsi. Kasian kau pinggang, macam-macam kau alami. “Saudara.. jangan paksa” terdengar suara yang menamakan dirinya Tok Batin. “Mengapa saya tidak boleh berdiri…”tanya Zamri. Bagaikan Zamri sekarang di dalam bilik konsultasi di sebuah klinik. 365

“Sabar Encik.. sabar. Rasanya tidak ada apa-apa. Hanya saraf. Tapi ambil masa untuk pulih. Ini saya ada bawa sedikit makanan, nanti boleh makan air akar kayu. Insyallah boleh sembuh..” jawab Tok Batin. Satu jawapan dan kata-kata motivasi yang sangat-sangat Zamri perlukan di saat ini. Tetapi berapa lama? Sehari… dua hari… seminggu… sebulan.. tapi jangan sampai bertahun! Ohhh… TIDAAAAK!!

366

Ammar membancuh kopi segera sambil menyuap roti yang sudah disapu mentega kacang, tetapi mata menala ke skrin televisyen. Maklumlah Berita Pagi sedang bersiaran. Itulah rutin Ammar setiap pagi, orang bujang, sarapan ala kadar. Sewaktu berkahwin dulupun itu juga sarapannya, tidak ada bezanya. Cuma sewaktu bersama Murni, adalah orang meneman. Sewaktu bersama Edwina tak usah harap, waktu-waktu pagi begini masih membongkang tidur. Tidak perlu diingat kesah yang sudah berlalu. Fikirkan sahaja kesah yang bakal mendatang. “Satu letupan telah berlaku di ampangan berhampiran Bukit Fraser, yang mana membinasakan banyak kawasan pertanian dan penternakan. Yang lebih menyayat hati, ianya juga telah mengorbankan seorang mangsa, pegawai dari Pejabat Daerah Bukit Fraser. Encik Mohd Zamrizal Mohd Zaki masih belum ditermui, walaupun pihak Save and Rescue (SAR) sudah mencari di kawasan beradius 2km. Pencarian masih diteruskan sebelum malam…. ” pemberita siaran TV melaporkan. Ternganga Ammar dengan cebisan roti masih tersentil di bibir. Terkejut yang amat sangat dengan berita yang baru didengarnya dari kaca TV. Yang paling dia terkejut ialah apabila nama Zamri disebut. “Murni” tetiba nama itu yang terkeluar dari bibirnya membuat roti yang separuh terkeluar dari mulutnya terus jatuh. Perasaannya bercampur baur. Gembira, kasihan dan risau, gembira.. dua kali gembira. Gembira kerana peluang untuk Murni dimiliki ada peratusan tinggi. Kasihan apabila Murni menjadi janda buat kali kedua. Risau apabila apa yang diharapkan tidak menjadi.

367

Gembira yang kedua, akan ada peneman, tidaklah keseorangan lagi. Tetapi!! Ahhh…Tidak mengapa, belum cuba belum tahu… Bingkas dia bangun tanpa menghabiskan roti mahupun air yang sudah hampir sejuk. Tetiba dia rasa kenyang. Terus menalifon setiausahanya memberitahu yang dia tidak masuk pejabat hari ini kerana ada urusan yang perlu dia laksanakan. Laju sahaja dia memandu ke arah lebuhraya ke pantai timur. Ke mana lagi, jika tidak ke Bukit Fraser!!

Ammar memakir keretanya jauh dari rumah Murni kerana dia lihat banyak kereta yang sudah sedia terpakir di sekitar rumah. Sudah tentu keluarga Murni dan Zamri sudah berkampung di situ. Maklumlah di waktu ini Murni dan Mila memerlukan sokongan emosi dan moral dari setiap insan yang rapat dengannya. Murni sudah tidak boleh berfikir dengan waras. Kehilangan Zamri kali ini memberikan kesan yang amat berat kepada Murni yang baru hendak mengenal erti Bahagia. Murni cukup risau kerana dia mengetahui kesihatan Zamri yang tidak berapa stabil sejak kemalangan tempoh hari. “Abang.. pulangla..” itu sahaja harapan Murni. Dia mengharap agar Zamri tetiba muncul di hadapan rumah. Puan Murni.. hanya magic dan cerita dongeng sahaja yang boleh merealisasikan permintaannya. Dari kejauhan, Ammar lihat seorang lelaki tua berbaju melayu dan bersongkok sedang membuka pintu pagar. Dia kenal lelaki itu “Abah!” sepatah sahaja perkataannya.

368

Abah kepala otak hang! Memang Ammar boleh memanggil panggilan Abah sampai mati. Tetapi sanggupkah gelaran itu terus disebut? Ammar sudah tidak ada kena mengena dengan orang tua itu. Semuanya sudah terputus apabila Ammar menceraikan Murni. “Ke mana pula agaknya abah nak pergi..” Ammar berbicara sendiri. Kemudian menyonsong seorang lagi lelaki yang hampir sebaya abah. Bapa Zamri mungkin. Agaknya, kata Ammar lagi Kemudian mereka berjalan seiring, nampak seperti menuju ke masjid berdekatan. “Zamri sudah ditemuikah?” bisik hati Ammar. Dari cermin sisi Ammar nampak seorang lelaki sedang berjalan, lantas Ammar membuka cermin dan bertanya. “Maafkan saya, ada apa ke masjid. Boleh saya tahu?”tanyanya “Kenalan Zamrikah?” tanya si lelaki. “Ya, Encik.. Ya. Saya kawan Zam..” jawab Ammar “Ohh,,, kalau gitu marilah join solat hajat..” katanya dan terus beredar. Ammar angguk. Dari info yang diterima, Ammar tahu Zamri belum lagi ditemui. Kehilangan Zamri sudah masuk hari ketiga ni… “Hendak jumpa Murni dan Mila tetapi tak sesuai pulak! Next time aje..”kata Ammar sendirian. Kereta dihidupkan dan Ammar mahu memandu pulang. Bukan kecewa, cuma belum masanya. Kunjungan susulan pasti dia berhasil bertemu Murni dan Mila kerana pesaingnya sudah hilang entah ke mana.. Harapan Ammar setinggi gunung. Sama ada berjaya atau tidak dia mendaki, wallahualam.

369

Seminggu berlalu, pasukan S.A.R (Save and Rescue) diberhentikan kerana tidak ada berjumpa sebarang petunjuk untuk mereka jejaki. Kes ditutup dengan andaian Zamri hilang tanpa dikesan. Berita yang disampaikan oleh pihak Polis memberi satu kejutan yang teramat berat untuk Murni terima. Di dalam hatinya berat menyatakan suaminya masih hidup dan ada di dalam hutan, cuma belum ditemui. Tetapi apakan daya, itu hanya gerak hatinya. Apa lagi yang boleh dia lakukan? Masuk sendirian ke dalam hutan dan melaungkan nama Zamri? Kau gila ke apa, Murni? Nanti bukan Zamri yang dengar, hidupan lain yang dengar dan ngap kau, mahu ke itu terjadi? Mahu tak mahu, Murni terpaksa menerima hakikat itu. Pihak keluarga Zamri telah mencadangkan dilakukan solat ghaib sahaja buat arwah Zamri. Namun Murni mencadangkan solat hajat, walaupun sudah berpuluh solat hajat dilaksanakan. Atas pujukan keluarga, akhirnya Murni akur dan menerima hakikat, Zamri sudah tiada dan tidak akan kembali. Esok akan diadakan kenduri arwah. “Mama, ayah, abah dan mek, buat je apa yang patut untuk abang” tanda persetujuan Murni ikur dengan takdir yang terjadi untuk dirinya. Tetapi kali ini dia bergelar balu, kerana kematian suami. Bukan janda. Waima apapun gelaran yang diberi, hakikatnya tetap sama, ditinggalkan oleh suami. Cuma balu apabila ditinggal mati, dan janda ditinggal hidup.

370

Walaupun kenduri arwah yang dilaksanakan, suasa tetap riuh, walaupun sepatutnya suasana sedih. Murni tidak campur langsung. Dia hanya bersendiri di ruang tamu tanpa mempeduli tetamu yang bersilih ganti bertemu dengannya mengucapkan takziah. Dari kejauhan, terpacak si Ammar yang kononnya mahu bersua muka dengan Murni dan Mila. Nampaknya, dia kecundang lagi hari ini. Ada keramaian. Dia tidak tahu keramaian apakah yang sedang berjalan. Zamri sudah selamat kembalikah? Tetapi dia tidak nampakpun Zamri! Dia tidak mahu merosakkan majlis kerana kehadirannya mungkin akan mengeruhkan lagi suasana. Ammar hampa buat kali kedua… Memandangkan banyak kenderaan yang sudah terpakir dan menyukarkan keretanya undur untuk keluar, Ammar perlu berhati-hati mengundur. Sedang asyik mengundur, tetiba dia perasan seseorang yang yang cukup dia kenal! Tetapi bukan keretanya “Edwina!, apa pulak dia buat di sini? Tak serik-serik betina ni, hendak kena penampar agaknya” kata Ammar walaupun sebok berhati-hati mengundurkan keretanya keluar. “Nanti kau, kejap lagi…” kata Ammar geram. Lantas dia memakir keretanya semula jauh dari kereta tetamu Murni agar tidak menyekang laluan. Dia berjalan laju ke arah kereta Edwina. Dari cermin sisi, Edwina nampak Ammar jalan menuju ke arahnya. Cepat-cepat dia keluar dari kereta untuk memperjelaskan kehadirannya di situ. “Awak buat apa sini?” tanya Ammar kasar. “Saya ikut abang la!, Abang buat apa sini?” jawab Edwina. Rasa hendak kena penampar sahaja dari tangan Ammar, tetapi Ammar tahan kemarahannya. Sifat sabar masih berbaki. Tidak guna mencederakan perempuan yang bergelar bekas isteri.

371

“Apa awak peduli? Saya nak melawat anak sayalah?” jawab Ammar kasar “Hendak melawat anak atau emak?”jawab Edwina seperti mengejek. Heeee.. ringan sahaja tangan Ammar hendak menampar mulut si Edwina. “Abang.. apa yang ada pada si Murni tu yang abang sanggup tergila-gilakan dia. Sebab dia sudah janda semula, tu pasal abang asyik hendak ulang dia. Saya yang ada depan mata, abang tak pandangpun. Bagus sangat ke janda tu!” kata Edwina yang cukup mencabar kesabaran Ammar. Kecil besar kecil besar sahaja Ammar memandang Edwina. “Awak peduli apa? Tak malu! Baik jangan bertekak di sini. Pergi balik” Arah Ammar. “Kenapa pakai macam jantan ni” soal Ammar apabila melihat Edwina memakai pakaian lelaki siap cap di kepala. “Saya tak mahu abang tahu saya mengekor abang la!” jawab Edwina. Ada sesalan di hati sebenarnya. Dia ingat apabila dia berjaya menghapuskan Zamri, Murni akan sengsara dan kecewa dalam hidup. Kerana dia cukup iri hati apabila melihat Murni bahagia. Rupanya lebih teruk, apabila tindakannya memberi peluang bekas suami, iaitu Ammar untuk mengisi ruang yang kosong dalam hidup Murni jika Murni mahu. Salah pecaturan, rupanya. Sedang asyik bertekak, terus senyap apabila melintas sebuah kereta saga merah buruk yang enginnya berbunyi kuat. Warna merah sudah tenggelam kerana warna karat lebih banyak dari warna asal. Kedua-dua tertoleh ke arah kereta buruk itu. Mereka tidak kenal siapa gerangan, kerana raut muka seperti orang asli sahaja. Mungkin tetamu Murni. Tanpa mengetahui, Zamri yang duduk di tengah-tengah bertemankan Tok Batin Timor cepat-cepat membongkokkan badannya sebaik sahaja nampak mereka berdua. Zamri bagaikan perasan susuk badan perempuan bercap itu.

372

Ya..ya.. baru dia teringat! Seperti boss si gemuk dan si garang di dalam hutan sewaktu dia diculik. Si perempuan mahupun Ammar tidak perasan siapa yang ada di dalam kereta buruk tersebut. Masing-masing sebok bertengkar. Zamri berhasrat mahu bertemu Murni dahulu sebelum ke balai polis berdekatan untuk memberitahu dirinya selamat. Nampaknya dia juga sudah mendapat satu petunjuk, angkara siapa yang menculiknya. Semua akan dihuraikan nanti di balai polis.

“Mama! Ada orang macam uncle Zam kat luar…tapi bukan uncle Zam!” kata Mila kepada Murni. “Milaaaa… jangan main-main. Mila tahu tak, uncle Zam sudah tak ada…”jawab Murni. “Ya.. tu ah! Sedang peluk Tok Ki” jawab Mila sambil jari menuding keluar. Cukup-cukuplah berilusi anakku. Mamapun rindukan uncle Zam tapi masih boleh berada di alam nyata. Ini confirm terlebih tengok cerita animasi, fikiranpun macam animasi, kata Murni bersendirian. “Betul ma.. uncle Zam tuh!” pujuk Mila lagi. Yela.. yela.. apa salahnya menjengok. Segera Murni menjengah dan nampak dari pandangan jauh, nampak susuk lelaki seperti Zamri tetapi betulkah dia? Dikecilkan matanya agar dapat fokus. Nampak macam Zamri tapi betulkah? Zamri bagaikan tahu dirinya diperhatikan dari dalam dan dia terus menoleh! YA ALLAH… Sungguh! Itu Zamri!

373

Segera Murni berjalan pantas, keluar untuk mendapatkan Zamri lalu memeluk pinggangnya. Murni mahu mendengar degup jantung Zamri. Dia rasa selamat dengan irama degupan jantung lelaki itu. Dia rindu lelaki itu. Lelaki yang bergelar suami. Perasaan segan dan malu tidak dapat dikawalnya. Mata-mata tetamu di sekeliling hanya mampu melihat drama adegan yang sugguh ceria. Mereka juga dapat merasakan kegembiraan teserlah di semua wajah yang hadir. Hari ini sejarah tercacat… Kenduri arwah untuk arwah Zamri bertukar kepada kenduri kesyukuran. Kenduri yang paling bermakna buat Murni dalam hidupnya.

374

Setahun berlalu, semua aktiviti harian sudah kembali seperti normal. Sama seperti kebiasaannya. Kesah Zamri yang kembali, bagaikan mati hidup kembali sudah lama dilupakan. Catatan takdir indah buat Murni dan Zamri sudah terlaksana. “Lama dah si Ammar tak ke sini…”tanya Zamri “Kenapa pulak teringatkan si jantan tu pulak, abang ni…?”jawab Murni. “Baguslah. Tak datang terus lagi baik…!” sambung Murni. Marahnya kepada Ammar masih disimpan. “Dia tak rindu si Mila ke?” tanya Zamri lagi. “Apa agaknya jadi pada si perempuan tu.. kan Murni?”tanya Zamri lagi. “Perempuan mana?” tanya Murni dengan muka hairan. Maklumlah bila suami bertanyakan khabar perempuan lain, tentulah panik. “Yang kidnap abang tulah!”tanya Zamri “Ohhh.. Edwina..” jawab Murni. Lega “Ammar segan dengan kita agaknya, sebab kes bini dia tu!” jawab Murni. “Betina tu, rasanya dia sudah di penjara wanita Sungai Buluh. Tulah! Tak ada cari kerja, cari kerja. Nasib baik abang hidup, Tuduhan hanya menculik. Jika abang …. Nauzubillah! Lagi teruk hukumannya..”kata Murni. “Hissy.. sayang ni!...”kata Zamri, menegur si isteri agar berhati-hati berbicara. “Entah apa yang dia dengki sangat dengan Muni, tak fahamla. Dia mahu Ammar dia dah dapat. Dia hendak Muni sengsara selamanya, agaknya. Tapi kenapa? Memang psycho dia tu… “jawab Murni. “Mama… adik dah jaga!”Mila bersuara dengan lantang dari bilik atas.

375

Murni bingkas bangun meninggalkan Zamri yang hanya memerhati si isteri bergegas ke tingkat atas untuk mengambil Ziyad, anak lelakinya. Ubat herba dan akar kayu yang telah menjadi ramuan khas buat dirinya sepanjang dirawat di kampung orang asli telah berjaya memulihkan masalah kelelakiannya. Malah penyakit yang cepat pening juga hilang. Entah akar apa yang telah dicampur oleh Tok Batin untuk dirinya. Hanya Tok Batin yang mengetahui. Kerap juga Zamri menziarah Tok Batin Timor dengan membawa sedikit bekalan makanan sebagai cenderahati. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat melindung. Sebenarnya musibah letupan di ampangan sehingga dirinya diculik tidak semuanya malapetaka. Sudah tersurat yang ianya akan berlaku untuk kebaikan diri Zamri. Murni muncul dengan Ziyad yang sudah berusia empat bulan. Dihulurnya bayi lelaki kepada Zamri. “Ala… ala anak papa. Dah bangun ya!” Zamri mengagah si anak. “Tengok Muni.. dulu sayang jual mahal sangat dengan abang. Tunggu punya tunggu sampai hendak dapat title bujang tua. Andai kata sayang terima je abang awal-awal dulu, entah berderet anak kita.. kan Ziyad kan! Entah berapa orang agaknya adik si Mila!” gurau Zamri di pagi hari Ahad. “Ahhh… sudahlah abang ni. Gatal!” jawab Murni sambil mencebek mukanya. Lalu meninggalkan Zamri tersengeh sendirian bersama Ziyad yang mengodek-godek kakinya di atas pangkuan Zamri minta dilayan.Malas rasanya Murni hendak melayan borak Zamri yang entah apa-apa. Baik sahaja Murni ke dapur menyediakan sarapan. Jika dilayan lagi merapu-rapu tidak tentu pasal.

376

Itulah, Every Cloud Has a Silver Lining. Kerana setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya. Waima perkara buruk ada manisnya kemudian hari. Hidup ini tidak manis sentiasa. Malah yang pahit itu lebih baik kerana membuat kita lebih tabah, dan cekal untuk meneruskan penghidupan. =TAMAT=

377

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.