PAMERAN BERTEMA - ULAM NUSANTARA ASIA Flipbook PDF

PAMERAN BERTEMA - ULAM NUSANTARA ASIA

29 downloads 108 Views 6MB Size

Story Transcript

ULAM NUSANTARA ASIA PUSAT SUMBER SK (FELDA) AIR TAWAR 4 KOTA TINGGI, JOHOR


APA ITU ULAM Ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuhtumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bunga yang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan. Selalunya bagi menambah rasa kepada ulaman yang dimakan, ia dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain. Biasanya disertakan sekali dengan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga.


ULAM RAJA Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Ia merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak. Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengan kalsium dan vitamin A. Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.


PETAI Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa Mempunyai salut berbentuk papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah. Ia sedap dimakan secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya Pokok Petai merupakan pokok yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.


ULAM SELOM Oenanthe Javanica ialah nama botani bagi selom. Oenanthe berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud jambak bunga yang menyerupai setangkai anggur. Perkataan Javanica pula merujuk kepada Pulau Jawa yang merupakan tempat tumbuhan selom mula-mula dikutip untuk dibuat kajian. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap. Selom merupakan tumbuhan herba, tidak berbulu, licin, dan biasanya tumbuh secara akuatik. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang jelas berongga. Ia tumbuh tegak dari batang mendatar, mempunyai banyak dahan ,berwarna hijau tetapi kadang-kadang kemerahan. Bunganya pula tumbuh berjambak pada bahagian pucuk batang dan berwarna putih serta bersaiz kecil.


PEGAGA Pegaga atau juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggeris: pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi. Nama saintifiknya adalah Centella asiatica/Hydrocotyle asiatica Pegaga adalah tumbuhan herba, malar hijau, yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan


JERING Jering, kenuak atau jengkol ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan air kencing yang berbau hancing kuat. Dari segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil. Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.


BUAH KERDAS Kerdas atau genuak iaitu nama saintifiknya ialah archidendron bubalinum merupakan sejenis buah dari pokok Kerdas yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Ianya mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai atau jering. Pokok Kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, dan malar hijau. Kulit kerdas agak keras dan liat. Isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan). Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna ungu. Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.


BUNGA KUNYIT Bunga kunyit akan tumbuh majmuk seperti bersisik di sekeliling dalam satu induk. Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu. Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang (selepas bersalin) untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal. Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan dalam. Pigmen kuning yang terdapat pada kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin yang menjadi ramuan ubatan yang sangat aktif.


JANTUNG PISANG Jantung pisang adalah merupakan bunga pisang yang akan bertukar menjadi buah pisang apabila matang. Jantung pisang ada dijual dipasar-pasar untuk dijadikan ulam oleh masyarakat Melayu. Jantung pisang akan dicelur sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Masih ramai antara kita yang tak biasa makan jantung pisang. Jantung pisang dikenali sebagai ‘banana blossom’ atau ‘banana flower’ dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya jantung pisang ini juga sedap dimakan dan ada banyak kebaikannya yang tersembunyi.


KACANG BOTOR Kacang Botor, kacang botol, kacang kelisa, kacang sirek, atau kalkang (Inggeris: winged bean atau Goa bean) ialah tumbuhan kekacang tropika yang dikatakan berasal dari Papua New Guinea. Ia adalah tumbuhan memanjat separa berkayu, batang berbentuk silinder, licin tanpa bulu, liat, berwarna hijau ketika muda dan bertukar perang setelah tua. Daun jenis majmuk trifoliat, susunan berselang-seli, tangkai panjang, halus. Bunga majmuk, bersaiz sederhana, kelopak berwarna ungu, Buah memanjang, bersegi empat dengan sayap di setiap sisi, sepanjang tepi sayap bergerigi kecil, berwarna hijau ketika muda bertukar coklat apabila tua. Ia mengandungi banyak biji benih di tengahnya. Biji sederhana besar, berwarna hijau ketika muda, coklat kehitaman apabila telah tua, berbentuk bulat membujur, keras seperti biji kacang soya.


REIA KATAK Peria katak (bahasa Inggeris: bitter gourd) ialah pokok menjalar subtropika daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan. Nama botaninya Momordica charantia. Peria katak ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling. Daun-daunnya berselang-seli. Setiap daun yang berwarna hijau mempunyai 3 hingga 7 cubing yang ketara. Pokok ini mempunyai bunga berwarna kuning, dan menghasilkan bunga jantan dan bunga betina yang berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna hijau muda ketika mentah. Rasanya pahit dan seringnya dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh dimakan ketika masak dan berwarna kekuning-kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi menjadi merah ketika masak. Kegunaan masakan Peria katak jarang dicampurkan dengan sayur-sayuran yang lain kerana rasa pahitnya yang kuat. Bagaimanapun, rasanya boleh disederhanakan dengan setakat tertentu melalui membubuh garam dan kemudian mencuci buah yang telah dipotong itu sebelum digunakan.


• uLaM-uLaMan: KHASIAT DAUN SELOM (ayumawaddah.blogspot.com) • Selain Dijadikan Ulam, Ini Khasiat Bunga Kunyit Yang Patut Anda Tahu | Murai MY • Rugi Siapa Tak Makan, Ini 6 Khasiat Jantung Pisang Yang Ramai Tak Tahu (siraplimau.com) • Wikipedia, ensiklopedia bebas SUMBER RUJUKAN


SEKIAN TERIMA KASIH


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.