PAMERAN SEMASA UNIT RUJUKAN DAN MULTIMEDIA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH DISEDIAKAN OLEH: SITI NOR JANNAH BINTI ABU BAKAR
DEFINISI Kemelesetan Ekonomi adalah fasa di mana aktiviti ekonomi tergendala, penguncupan dalam kitaran perniagaan, penawaran barang yang berlebihan berbanding permintaannya, kadar situasi pengangguran yang lebih tinggi mengakibatkan simpanan rumah tangga dan perbelanjaan yang lebih rendah dan Kerajaan tidak dapat mengatasi ekonomi tertentu dan pengumpulan inflasi, kadar faedah yang lebih tinggi, kepingan komoditi yang lebih tinggi, imbangan pembayaran yang lebih tinggi dan defisit fiskal yang lebih tinggi yang mengakibatkan krisis ekonomi. Apakah Kemelesetan ekonomi? Kemelesetan ekonomi adalah penurunan dalam aktiviti ekonomi yang melibatkan sekurang-kurangnya dua suku berturut-turut. Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan atau NBER mentakrifkan kemelesetan ekonomi sebagai “penurunan yang ketara dalam aktiviti ekonomi yang tersebar di seluruh ekonomi yang berlangsung lebih daripada beberapa bulan, biasanya dilihat dalam KDNK, pendapatan sebenar, pekerjaan, pengeluaran perindustrian dan penjualan borong runcit. Kemelesetan ekonomi yang berlaku pada tahun 2001 dianggap kemelesetan ekonomi ringan yang berlaku dalam tempoh 8 bulan. Great Recession atau kemelesetan besar adalah kemelesetan ekonomi besar yang berlangsung selama lebih 18 bulan.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyifatkan, pandemik Koronavirus atau covid19 adalah krisis kesihatan paling teruk dalam sejarah PBB dan berpotensi mencetuskan kemelesetan ekonomi terburuk yang pernah direkodkan.
Kita sudah memasuki tahun 2023 yang sebelum ini diuar-uarkan oleh ramai pakar ekonomi sebagai tahun yang mencabar apabila dijangka berlakunya kemelesetan ekonomi. Di sebalik ramalan itu yang disokong dengan segala petunjuk dan justifikasi yang ada seperti perang Rusia dan Ukraine yang masih berlanjutan, kes Covid-19 yang mula meningkat serta kenaikan inflasi, kita masih dapat menarik nafas lega apabila MIDF Research yakin Malaysia tidak akan berdepan kemelesetan ekonomi kerana permintaan domestik yang tinggi. Permintaan domestik negara ini akan memberi sokongan kepada ekonomi yang didorong perbelanjaan pengguna yang berterusan, tekanan harga sederhana, peningkatan aktiviti berkaitan pelancongan. Namun, ketika kita baru hendak menarik nafas lega, isu kadar dasar semalaman (OPR) kembali menjadi tumpuan apabila CGS-CIMB Research menjangkakan dua lagi kenaikan OPR akan berlaku, masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 3.25 peratus. Walaupun pakar ekonomi melihat kenaikan berkenaan adalah perlu bagi mengekang inflasi dan mengukuhkan ringgit, rakyat biasa yang mempunyai pinjaman dengan bank agak tertekan dengan keadaan tersebut.
Mereka bimbang perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membayar pinjaman bank, sedangkan pada masa yang sama bermula tahun ini rata-rata bayaran perkhidmatan seperti pusat asuhan kanak-kanak dan pengangkutan van sekolah telah menaikkan bayaran bulanan masing-masing. Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai kuasa dalam penentuan OPR tetapi rakyat tetap berharap kerajaan berbuat sesuatu bagi menangani isu tersebut. Contohnya, kerajaan boleh menggunakan strategi lain yang sesuai dengan keadaan semasa ataupun formula di luar kebiasaan apabila berdepan inflasi supaya dapat mengelakkan kenaikan OPR. Apa yang dibimbangkan ialah, kenaikan OPR tidak mampu membendung inflasi hingga menyebabkan pengguna perlu berdepan kesan berganda iaitu kenaikan jumlah pinjaman rumah dan lain-lain pinjaman bank dan pada masa sama perlu berdepan dengan kenaikan harga barang. Inilah masanya formula ekonomi yang pernah dicadangkan sebelum ini diaplikasikan dengan segera supaya rakyat dapat melihat keberkesanannya dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat ketika ini.
JENIS KEMELESETAN EKONOMI Mengikut sifat kejadian, kemelesetan boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu: Kemelesetan boom and bust cycle berlaku selepas ledakan ekonomi dan dicirikan oleh inflasi yang lebih tinggi, harga komoditi yang lebih tinggi, kadar faedah yang lebih tinggi, dan lain-lain. Kemelesetan neraca berlaku apabila terdapat kejatuhan mendadak dalam pendapatan perniagaan diikuti dengan kejatuhan nilai aset syarikat dan pinjaman korporat yang lebih tinggi. Depresi adalah keadaan di mana terdapat stagnasi yang berpanjangan dalam kegiatan ekonomi dan ekonomi gagal pulih walaupun terdapat beberapa campur tangan pemerintah.
KESAN ATAU IMPAK KEMELESETAN EKONOMI TERHADAP SESEBUAH NEGARA Peningkatan harga hamper keseluruhan komoditi utama. Contohnya sumber bahan api, sumber asli bukan makanan dan makanan. Kenaikan kadar faedah oleh Bank Negara. Harga minyak mentah yang tidak menentu Peningkatan harga makanan dan barang kesan daripada perlaksanaan GST. Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang menyebabkan ekonomi semakin merudum. Penyusutan mata wang ringgit. Peningkatan hutang luar negara. Peningkatan Pengganguran dalam negara. Peningkatan Kadar Pengangguran. Kuasa Beli Pengguna Menurun Kerana Pengguna Kurang Membeli. Hasil Cukai Yang Lebih Tinggi. Sektor Perlancongan, Industri Perhotelan dan Industri Kecil Serta Serdahana Terjejas.
KEMELUT EKONOMI GLOBAL BERI KESAN PROSES PEMULIHAN NEGARA Tahun 2022 memperlihatkan momentum pemulihan ekonomi negara berterusan meskipun berdepan persekitaran luaran tidak menentu dicetuskan gangguan rantaian bekalan, dasar sifar COVID-19 di China dan konflik geopolitik. Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia tidak dapat lari daripada terkesan keadaan luaran yang tidak menentu. Namun, dengan struktur ekonomi pelbagai, asas yang utuh dan pelaksanaan dasar tepat pada masanya membantu negara mengharunginya, yang mana ekonomi berkembang lebih pantas daripada dijangkakan.
Peralihan kepada fasa endemik dan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April 2022 adalah antara faktor memacu momentum pertumbuhan ekonomi sepanjang 2022. Selepas mencatatkan pertumbuhan positif 3.6 peratus pada suku keempat 2021, ekonomi Malaysia meneruskan momentum pertumbuhan kukuh dengan berkembang 5.0 peratus pada suku pertama 2022. Momentum positif itu berterusan dengan kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK) terus berkembang pantas di luar jangkaan sebanyak 8.9 peratus pada suku kedua 2022 dipacu permintaan domestik, lantas menjadikan pertumbuhan pada separuh pertama 2022 sebanyak 6.9 peratus. Permintaan domestik yang utuh disokong pemulihan pasaran pekerjaan dan pelaksanaan dasar sokongan berterusan serta kesan asas ketara daripada pertumbuhan negatif suku ketiga 2021 memacu ekonomi negara bertambah kukuh pada suku ketiga 2022. Ekonomi negara berkembang kukuh 14.2 peratus, yang mana adalah pertumbuhan terbaik di Asia Tenggara pada suku itu. Kebanyakan penganalisis optimis KDNK Malaysia bagi keseluruhan 2022 dijangka berkembang kukuh sekitar 8.0 peratus, lebih tinggi berbanding unjuran rasmi 6.5 peratus hingga 7.0 peratus.
Beliau berkata, prestasi ekonomi memberangsangkan susulan pembukaan semula ekonomi selaras dengan fasa peralihan ke endemik COVID-19, kadar pengangguran juga bertambah baik dengan berkurangan kepada 3.6 peratus pada Oktober 2022. Pengembangan berterusan dalam pembiayaan bersih juga menyokong kegiatan ekonomi pada 2022, yang mana pembiayaan bersih meningkat sebanyak 5.7 peratus pada akhir Oktober 2022. Kristalina Georgieva, pengarah urusan Tabung Kewangan Antarabangsa pada Ahad memberi amaran bahawa 2023 akan menjadi 'lebih sukar' berbanding tahun lepas dan berkata satu pertiga daripada ekonomi dunia mungkin mengalami kemelesetan. Harga minyak juga terjejas ekoran lonjakan nilai dolar AS. Indeks dolar yang mengukur dolar AS berbanding enam mata wang utama, melonjak 0.95 peratus kepada 104.5070 dalam dagangan lewat Selasa. Dari segi sejarah, harga minyak menyongsang dengan harga mata wang AS.
KEGAWATAN EKONOMI BERI KESAN PSIKOLOGI Krisis ekonomi yang melanda Malaysia akibat pandemik Covid-19 boleh memberi kesan terhadap psikologi termasuk pelbagai masalah sosial dan peningkatan kes-kes jenayah. Menurut pakar sosial, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, sektor ekonomi yang berlaku di seluruh dunia termasuk di Malaysia akibat Covid-19 menyebabkan pasaran perniagaan merudum. Menurutnya, disebabkan masalah itu majikan terpaksa memberhentikan pekerja mereka dan apabila pekerja-pekerja itu diberhentikan maka ekonomi mereka juga jejas. “Jadi apabila keadaan ini berlaku, mereka yang terjejas akan tertekan sehingga menimbulkan permasalahan lain seperti berlakunya kes-kes jenayah, keganasan rumah tangga dan lebih teruk sehingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. “Bagaimanapun, ada beberapa faktor lain yang menyebabkan permasalahan sosial ini berlaku dan bukan hanya disebabkan faktor krisis ekonomi semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mohamad Shatar berkata, selain faktor itu, ia turut disokong oleh faktor kedua iaitu kurangnya sokongan daripada masyarakat sekeliling sehingga membolehkan seseorang individu itu mengambil tindakan di luar kawalan dengan melakukan perkara tidak sewajarnya seperti bertindak ganas, perbuatan jenayah dan juga membunuh diri. “Kita sedia maklum apabila pandemik Covid-19 melanda dunia baru-baru ini bukan sahaja masyarakat di Malaysia yang hilang pekerjaan, malah mereka yang kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat turut berdepan situasi sama dan menyamai jumlah populasi di Kanada. “Bagaimanapun, keadaan ini tidak akan menjadi penyebab utama sekiranya faktor kedua itu iaitu sokongan daripada masyarakat dapat memainkan eranannya,” katanya.
FENOMENA KENAIKAN BARANG BERLAKU DI SETIAP NEGARA AKIBAT KRISIS EKONOMI GLOBAL PERTAMANYA, kita perlulah faham konsep pengiraan ekonomi yang tidak semudah ABC. Hari ini, ekonomi global dalam tahap genting akibat perang Rusia-Ukraine dan mungkin juga disebabkan pasca Pendemik COVID-19. Negara besar dalam pengeluaran sumber makanan yang terjejas akan menyebabkan kesan domino kepada negara pengguna. Oleh hal yang demikian, negara kita kini berhadapan cabaran ekonomi global yang menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang. Hari ini, rakyat Malaysia mungkin akan dimainkan dengan perang persepsi terhadap kenaikan harga barang yang sedang berlaku di negara kita. Namun asas terhadap isu kenaikan barang ini, kita perlu faham dahulu jumlah subsidi kerajaan berikan kepada rakyat mencecah RM74 bilion iaitu merupakan jumlah yang agak besar dalam menjamin kos sara hidup rakyat yang relevan. Kita sering menyangkakan kerajaan mengapungkan harga ayam pasaran namun sebenarnya kerajaan telah mengalihkan subsidi ayam dari penternak kepada rakyat dan menghapuskan permit import (AP) dalam usaha membekukan kartel ayam yang merupakan punca kenaikan harga ayam pasaran dan kerajaan akan mengumumkan harga siling ayam yang baharu dalam masa terdekat.
Selain itu, ada juga yang menyatakan bahawa kerajaan telah merampas subsidi minyak masak walhal ia cuma mengambil subsidi minyak botol yang hanya wujud ketika Perintah Kawalanan Pergerakan (PKP) sahaja, sedangkan kerajaan masih memberikan subsidi minyak masak kampit kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia. Tambahan pula, berkenaan kos bahan api dan kos penjanaan, kita boleh menarik nafas lega apabila kerajaan masih komited dalam memberi subsidi sebanyak RM5.8 bilion kepada pengguna domestik, komersial dan industri. Mungkin banyak lagi yang boleh dikupas dalam penetapan subsidi dan tindakan kerajaan memerangi krisis ekonomi global melalui platform perbincangan intelektual dan bukan sahaja perbincangan di jalanan yang tiada jalan penyelesaian. Secara kesimpulannya, fenomena kenaikan barang berlaku di setiap negara hari ini akibat krisis ekonomi global yang tidak stabil. Negara kita terlalu bergantung terhadap negara luar sehingga mengeluarkan pembelanjaan import bahan makanan mencecah hampir RM56 bilion pada tahun lepas. Maka dengan itu, jika kita mengalami masalah pengeluaran global secara mudahnya berlaku kenaikan harga barang di negara kita. Oleh hal yang demikian, jalan penyelesaian jangka masa panjang yang terbaik adalah negara perlu memperkembangkan dan membangunkan industri pengeluaran sumber makanan dan keperluan asas.
Harga sayur paling tinggi dalam tempoh 30 tahun Pengguna mengeluh harga telur naik
KEBIMBANGAN KEMELESETAN EKONOMI TARIK TURUN HARGA MINYAK Harga minyak turun hari ini, meneruskan penurunan semalaman ketika mana inventori minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat di luar jangkaan, kebimbangan berlakunya kemelesetan dan data ekonomi China dan Eropah yang mengecewakan. Dagangan minyak mentah Brent turun 39 sen, atau 0.7 peratus, pada AS$59.09 satu tong pada 0034 GMT, selepas susut tiga peratus pada penutp sebelumnya.
Minyak mentah AS turun 28 sen, atau 0.5 peratus, pada AS$54.95 satu tong, turun 3.3 peratus pada sesi sebelumnya. Gabungan data menunjukkan kelembapan dalam pertumbuhan global di tengah-tengah perang perdagangan AS-China dan tahap stok minyak yang tinggi di AS, memberi kesan kepada keyakinan terhadap pasaran minyak mentah. Ia juga mencadangkan pengeluar minyak utama dunia berkemungkinan akan mengambil langkah selanjutnya untuk menyokong harga. "Kejatuhan harga terbaru ini berkemungkinan memberi lebih tekanan ke atas Arab Saudi," kata ANZ dalam satu nota. "Ia membayangkan pemotongan pengeluaran untuk menghalang kejatuhan harga." Peningkatan inventori AS yang tidak dijangka bagi minggu kedua menambahkan lagi tekanan ke atas harga minyak. Stok minyak mentah AS meningkat sebanyak 1.6 juta tong minggu lalu, berbanding penurunan 2.8 juta tong yang diunjurkan penganalisis.
LANGKAH MENANGANI KEMELESETAN EKONOMI Peranan Kerajaan mengatasi Kemelesetan Ekonomi 1. Meningkatkan pengeluaran produk komoditi dan eksport. Pengunaan teknologi moden dalam menghasilkan dan meningkatkan pengeluaran produk. Mempelbagaikan sumber ekonomi dan tidak tertumpu kepada satu jenis komoditi. Mencari pasaran eksport di negara serantau dan dunia. Memberi insentif pelaburan kepada pemodal asing. Peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan mengadakan kerjasama strategik dengan syarikat swasta tempatan dan multinasional. 2. Mengawal mata wang dan aliran pertukaran wang. Mengurangkan pengambilan buruh asing yang tidak mahir Menghalang rakyat menyimpan wang di luar negara melalui akta dan dasar perundangan. Mengelakkan perdagangan mata wang dalam pasaran terbuka. Tidak bersandarkan kepada mata wang Amerika Syarikat dan menggantikannya dengan mata wang dinar.
3. Merangka pelan jangka panjang dan pendek. Pelan induk dasar perbelanjaan kerajaan yang kompetatif dapat meningkatkan pengaliran wang dalam negara. Menggalakkan rakyat berbelanja dan membeli barangan tempatan, kerajaan mengawal harga barangan dan meningkatkan pengeluaran barangan pengguna. Memberi insentif kepada rakyat dan mengurangkan kadar faedah pinjaman. 4. Mengurangkan import barangan makanan dan barangan Keperluan. Mengimport barangan luar akan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan berlaku defisit. Kempen menggalakkan rakyat membeli barangan tempatan. Menaikkan cukai barangan yang diimport dan harga akan menjadi mahal, maka rakyat kurang membeli barangan import.
Peranan Rakyat mengatasi Kemelesetan Ekonomi 1. Berbelanja secara berhemah Pengguna hendaklah merancang perbelanjaan harian secara bijaksana. Membeli barangan mengikut keutamaan di mana yang mustahak dan diperlukan sahaja. Elakkan pembaziran semasa pembelian barangan keperluan harian. 2. Membeli barangan tempatan. Pengguna hendaklah mengutamakan dan membeli barangan tempatan. Hal ini dapat mengurangkan kadar import dan pengaliran matawang malaysia ke luar negara Pasaran mata wang tempatan akan berkembang dan akan membantu mengurangkan krisis ekonomi yang melanda negara kita. 3. Tidak menabung di luar negara. Rakyat tempatan hendaklah mempunyai kesedaran untuk menyimpan wang mereka dalam negara saja.
KESIMPULAN Kemelesatan ekonomi sesebuah negara dapat dapat diatasi dengan pelbagai kaedah. Krisis kewangan global pada tahun 2008 mesti diambil iktibar oleh rakyat Malaysia supaya ia tidak berlaku lagi. Pemimpin negara perlu membuat polisi yang bijak dan mengambil langkah mengelakkan masalah hiperinflasi daripada berlaku di Malaysia. Sejarah negara lain perlu dijadikan contoh untuk mengatasi masalah ini. Dari sudut individu pula, ilmu kewangan perlu dipelajari dengan mendalam dan terperinci. Individu hendaklah merancang kewangan peribadi dan keluarga dengan sebaiknya. Iainya merupakan proses untuk mencapai matlamat kewangan melalui pengurusan kewangan dengan betul dan efektif. Seseorang individu hendaklah berbelanja mengikut kemampuan hidup dan tidak terpengaruh dengan gaya hidup orang lain. Iainya dilaksanakan dengan tujuan supaya dapat memenuhi keperluan semasa, dan keperluan masa hadapan. Isi rumah di Malaysia disarankan untuk menjalankan pelaburan di dalam Malaysia sahaja untuk mengenalpasti wang tersebut hanya beredar di dalam negara sahaja. Ini kerana jika rakyat Malaysia membuat pelaburan di luar negara secara tidak terhad , mata wang akan mengalir keluar ke luar negara, dan seterusnya akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.
Lebihan dalam imbangan pembayaran akan menguntungkan negara luar dan akan menambahkan rizab pertukaran asing negara. Jika berlakunya kekurangan dalam imbangan pembayaran, ia akan merugikan negara, dan seterusnya akan mengurangkan rizab pertukaran asing di Malaysia. Sebagai kesimpulannya kemelesetan ekonomi akan mendatangkan banyak kesan negetif ke atas ekonomi isi rumah di mana memberi kesan yang signifikan ke atas corak pengunaan isi rumah. Bukan itu sahaja, peningkatan tingkat harga yang tidak diiringi dengan peningkatan pendapatan akan menyebabkan kuasa beli isi rumah di Malaysia menurun dan akan menambahkan tanggungan isi rumah. Dalam usaha mengatasi kemelesetan ekonomi, isi rumah haruslah menyeru kempen membeli barangan buatan tempatan. Akhir sekali, kerjasama rakyat adalah penting membantu kerajaan untuk memulihkan ekonomi Negara.
SUMBER RUJUKAN Harga sayur paling tinggi dalam tempoh 30 tahun. (2021, November 26). Utusan Malaysia. https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/harga-sayurpaling-tinggi-dalam-tempoh-30-tahun Kebimbangan kemelesetan ekonomi tarik turun harga minyak. (2019, Ogos 15). Berita Harian. https://www.bharian.com.my/bisnes/ pasaran/2019/08/596256/ kebimbangan-kemelesetanekonomi-tarik-turun-harga- minyak Kegawatan ekonomi beri kesan psikologi. (2020, Ogos 6). Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/95366/berita/ nasional/kegawatan-ekonomi-beri-kesan-psikologi
© Copyright 2013 - 2025 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.