PEKELILING BILANGAN 2 Flipbook PDF


62 downloads 122 Views 226KB Size

Story Transcript

MADAD/HR/P/09/2021 Pin. 01(02)

MURTADHA DAKWAH CENTRE PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 2021 MAKLUMAN PERLAKSANAAN LAPORAN BULANAN MENGANTIKAN LAPORAN MINGGUAN TUJUAN 1. Pekeliling perkhidmatan ini adalah bertujuan makluman perlaksanaan laporan bulanan serta penetapan tarikh bagi sesi susunan semula gerak kerja bagi menambah baik mutu dan hasil kerja supaya mencapai visi misi & objektif syarikat bagi semua pekerja di Murtadha Dakwah Centre. LATAR BELAKANG

2. Pengiraan penilaian prestasi berdasarkan kepada laporan bulanan akan diisi oleh pekerja bergantung kepada template khas yang akan disediakan oleh pihak Jabatan Sumber Manusia dimana Pihak Jabatan Sumber Manusia berjumpa secara peribadi dengan semua staf yang terlibat bermula pada bulan Oktober 2021 3. Perlaksanaan laporan bulanan ini diambil bagi memudahkan urusan pemantauan & pengurusan kerja di masa depan dimana syarikat bercadang untuk mendapatkan QMS (Quality Management System) ISO 9001 menjelang tahun 2023

4. Justeru itu permulaan kepada laporan bulanan ini adalah satu pencapaian yang cukup baik kepada syarikat dimana aktiviti harian sebelum ini di tambah baik daripada Laporan Mingguan kepada Laporan Bulanan. PERLAKSANAAN 5. Sesi perseorangan “one to one session” bersama Jabatan Sumber Manusia akan dilaksanakan dengan semua staf. Semua staf yang terlibat akan disusun semula senarai tugasan kerja harian, mingguan, bulanan & tahunan mengikut template borang khas (sebahagian dari borang seperti di lampiran 1) yang akan disediakan oleh Jabatan sumber Manusia. Berikut cadangan tarikh permulaan sesi perseorangan /one to one session :a) Minggu ke-2 Oktober 2021 (10 – 14 Oktober 2021) b) Minggu ke-3 Oktober 2021 (17 – 21 Oktober 2021) c) Minggu ke-4 Oktober 2021 (24 – 28 Oktober 2021) Catatan :-

-

Staf akan dipanggil secara rawak (tidak mengikut giliran)

TARIKH KUAT KUASA 6. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 26 September 2021 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 7. Semua Ketua Jabatan akan membuat penilaian hasil prestasi bulanan pekerja selepas sesi perseorangan/one to one session telah selesai serta perlu memaklumkan berkaitan perlaksanaan pekeliling ini kepada pekerja bawahannya. “JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KHATSIIRA”

……………………………………………. (MOHD FAKHRUDDIN BIN M.YUNUS) Pengurus Eksekutif Sumber Manusia Murtadha Dakwah Centre s.k :- Ketua-ketua jabatan - Unit Pentadbiran & Perkhidmatan, Jabatan Sumber Manusia

KRA & KPI TAHUN 2021 Tarikh Mula :

Nama Pekerja :

Jawatan :

Jabatan :

Bahagian 2A - Keputusan Berdasarkan Objektif Prestasi PENETAPAN MATLAMAT Julat Prestasi Kawasan Hasil Utama/Key result Area (KRA) 1

PENGAMBILAN PEKERJA

Pengukur/Key performance Indicator (KPI) Me Memastikan pekerja yang berkualiti diambil dalam syarikat

Berat (a)

Anggaran

Sasaran

Keupayaan

(Min-5%; Mak 20%)

Komen pencapaian

4

4

4

5%

mencapai standard

JUMLAH BERAT

5%

*Semasa penilaian akhir bulanan, menilai prestasi sebenar berbanding sasaran yang diharapkan, dan menunjukkan pencapaian sebenar berdasarkan skala penilaian di bawah: Rating

Penjelasan

Definisi

5

CEMERLANG

SECARA SIGNIFIKAN MELEPASI SASARAN PRESTASI

4

MELEBIHI JANGKAAN

MELEBIHI SASARAN PRESTATSI

3

MEMENUHI JANGKAAN

MEMENUHI SASARAN PRESTASI

2

PENAMBAHBAIKAN DIPERLUKAN

TIDAK MEMENUHI SASARAN PRESTASI

1

TIDAK MEMUASKAN

SECARA SIGNIFIKAN DIBAWAH SASARAN PRESTASI

0

TERTALU LAMA UNTUK DINILAI

PEKERJA BARU & DALAM TEMPOH PERCUBAAN

PENCAPAIAN BULANAN Pencapaian sebenar markah markah Hasil pengurus sendiri (b) 4 4 4

JUMLAH

4

4

4

Berat markah (a x b) 0.2

0.2

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.