PELANCONGAN KESIHATAN Flipbook PDF

PELANCONGAN KESIHATAN

110 downloads 116 Views 5MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH

ARTIKEL PILIHAN

PERPUSTAKAAN AWAM YAN JALAN PEGAWAI, 06900 YAN KEDAH DARUL AMAN DITERBITKAN: MAC 2023

PRAKATA ARTIKEL PILIHAN Artikel Pilihan merupakan perkhidmatan kesedaran maklumat terkini (current awareness information service) yang disediakan di Bahagian Rujukan kepada pengguna Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK). Maklumat yang dikumpulkan di dalam Artikel Pilihan ini adalah merupakan koleksi artikel-artikel terpilih dari majalah-majalah terkini, keratan akhbar dan maklumat internet di dalam bidang berkaitan dengan isu yang berkenaan. FUNGSI & KEPERLUAN Artikel Pilihan ini berfungsi sebagai salah satu daripada media rujukan tambahan untuk memberi pendedahan dan liputan komprehensif tentang hal ehwal perkembangan semasa yang berkaitan dengan sesuatu isu. Tujuan utamanya bukan sahaja untuk memenuhi keperluan akademik semata-mata tetapi juga untuk mengisi keperluan pembaca umum, khususnya para penyelidik serta pihak yang terlibat di dalam organisasi kerajaan mahupun swasta. Diharap maklumat-maklumat yang dimuatkan di dalam Artikel Pilihan ini dapat menjadi bahan rujukan dan bacaan yang berguna bagi pembangunan dan peningkatan kualiti minda semua pihak. Terima kasih.

2

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM KEDAH Cawangan Yan, Jalan Pegawai, 06900 Yan, Kedah BAHAGIAN RUJUKAN BORANG INDEKS ARTIKEL PILIHAN PERKARA: PELANCONGAN KESIHATAN

BIL. 1.

2.

3.

4.

5.

6.

TAJUK

MUKA SURAT

SUMBER

Potensi pelancongan kesihatan negara

3–8

Utusan Malaysia, 1 November 2021

Sektor pelancongan kesihatan Malaysia susun persiapan

9 - 15

Sinar Harian, Oktober 2021

Pemulihan pelancongan kesihatan

16 - 18

Harian Metro, 27 Disember 2022

19 - 22

Berita Harian, 15 Ogos 2020

23 - 25

Berita Harian, 25 September 2022

26 - 27

Berita Harian, 17 Mei 2022

Pelancongan kesihatan Malaysia bertaraf dunia Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA MHTC sasar RM800 juta pendapatan pelancongan kesihatan

12

3

7.

MHTC terima 30 peranti terjemahan untuk pelancong kesihatan

8.

9.

29 - 30

Utusan Malaysia, 1 Disember 2022

Malaysia Kedudukan Destinasi Teratas Untuk Pelancongan Perubatan

31 - 37

https://www.homag e.com.my/ms/sumb er/pelanconganperubatanmalaysia/

Kesejahteraan Fizikal dan Mental dalam Sektor Pelancongan Kesihatan

38 - 43

Dewan Kosmik, Bil. 01/2023

4

Potensi pelancongan kesihatan negara

Mohd. Daud Mohd. Arif • •

Oleh UTUSAN MALAYSIA 1 November 2021, 10:57 am

MUKADIMAH Diasaskan pada 2009, Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) ialah sebuah agensi di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan, ditugaskan untuk mempromosikan penjagaan kesihatan Malaysia di persada global, di samping menjamin kelangsungan industri ini. Sejak penubuhannya, MHTC berfungsi untuk menggembleng para penggiat industri dan pembekal perkhidmatan untuk memudah cara dan mengembangkan industri pelancongan kesihatan Malaysia di bawah jenama “Malaysia Healthcare” dengan matlamat menjadikan Malaysia destinasi penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia.

5

Utusan Malaysia mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, MOHD. DAUD MOHD. ARIF bagi mengetahui dengan lebih lanjut peranan dan masa hadapan sektor penjagaan kesihatan Malaysia. UTUSAN: Boleh kongsikan perkembangan sektor pelancongan kesihatan dan sumbangannya kepada negara? MOHD. DAUD MOHD. ARIF: Malaysia telah meraih populariti sebagai destinasi kesihatan dan kesejahteraan yang selamat lagi diyakini sejak sekian lama. Dan kadar pertumbuhan serta kemajuan industri ini disumbang oleh penjagaan kesihatan Malaysia yang menonjolkan kelebihannya seperti kualiti bertaraf dunia, kemudahan untuk diakses dan juga ciri mampu milik. Jumlah pelancong kesihatan yang telah mengunjungi Malaysia dari 2011 hingga 2019 juga telah meningkat sebanyak 90 peratus dan pada 2019, pendapatan yang dijana sektor pelancongan kesihatan Malaysia adalah berjumlah RM1.7 bilion. Meskipun wabak ini telah memperlahankan usaha kita untuk terus mengetengahkan

Malaysia

sebagai

destinasi

terkemuka

bagi

perkhidmatan penjagaan kesihatan, sektor pelancongan kesihatan telah digelar sebagai penjana pertumbuhan ekonomi yang signifikan buat negara, dan khususnya penting bagi pemulihan ekonomi selepas Covid-19. Sasaran optimistik kami bagi 2021 adalah untuk menjana lebih daripada RM520 juta dalam bentuk pendapatan. Ia akan bergantung kepada faktor seperti pembukaan sempadan, termasuk keadaan pasaran yang baik serta ketersediaan pasport vaksin. Berapa ramai pemain dalam sektor ini dan cabaran yang dihadapi? Di Malaysia, terdapat sejumlah 210 hospital swasta, tidak termasuk klinik pergigian dan pusat kesihatan dan kesihatan. Malaysia Healthcare terdiri daripada 73 fasiliti penjagaan kesihatan swasta yang terkemuka (22 anggota elit, 51 anggota biasa). Ini bukan sahaja melambangkan

standard

yang

tinggi

dalam

perkhidmatan 6

perubatan dan keselamatan pesakit yang ditawarkan, malah mereka juga memiliki akreditasi yang diiktiraf di peringkat global. Malangnya, ketidaktentuan yang dibelakangi oleh wabak Covid-19 telah memberi impak yang besar ke atas hospital-hospital swasta kita, termasuk rantaian nilai yang berpaut dengannya seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel, fasilitator kesihatan, pemandu pelancong, pembekal logistik dan banyak lagi. Di MHTC, kami menjangkakan lebih ramai pesakit yang akan mencari kaedah rawatan alternatif buat masa ini, jadi destinasi-destinasi penjagaan kesihatan di serata dunia mungkin perlu menghadapi susutan dalam kadar pesakit. Fasiliti dan destinasi penjagaan kesihatan perlu membuat persiapan dengan prosedur operasi standard (SOP) dan prasarana bagi membekalkan pengalaman yang lebih selamat buat para pesakit untuk meyakinkan mereka bahawa seluruh proses yang melibatkan ketibaan, rawatan dan kepulangan mereka akan diuruskan dengan garis panduan yang bertepatan. Sejauh mana Malaysia jadi tarikan pelancong asing dalam konteks pelancongan kesihatan? Daya tarikan penjagaan kesihatan Malaysia diserlahkan oleh pelbagai faktor meliputi kedudukan Malaysia sebagai destinasi penjagaan kesihatan yang mengutamakan keselamatan pesakit, termasuk kedudukan strategik kita sebagai negara yang mesra Muslim, kewujudan pelbagai tarikan pelancongan, serta sistem penjagaan kesihatan berbilang bahasa yang meluaskan lagi keupayaan kita untuk berkomunikasi dengan pesakit dari Asia dan serata dunia. Tambahan lagi, MHTC juga giat meluaskan pasaran pelancongan kesihatannya dengan membuat sasaran yang turut melangkaui fokus pasarannya. Sejak 10 tahun yang lalu, pelancong kesihatan dari Australia, Bangladesh, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) antara yang tergolong di tangga yang teratas.

7

Malaysia juga telah meraih populariti sebagai Hab Kardiologi Asia sepanjang dekad yang lalu dengan adanya fraterniti perubatan pakar serta infrastruktur penjagaan kesihatan di Malaysia. Malah, Institut Jantung Negara (IJN) telah menerima pengiktirafan dalam industri kesihatan global setelah menjadi hospital pertama di luar Amerika Syarikat yang berjaya mengimplan perentak jantung Micra AV, iaitu peranti implan untuk rawatan degupan jantung yang lemah melalui perentak. Langkah ini menarik golongan pesakit yang khusus ke Malaysia, dalam usaha mereka untuk mendapatkan khidmat penjagaan kesihatan berkualiti yang diyakini dan mampu dimiliki. Negara telah dilanda pandemik hampir dua tahun, sejauh mana kesannya kepada sektor pelancongan kesihatan negara? Seperti yang telah dikongsikan pada soalan ketiga, kebanyakan perniagaan, termasuk para penggiat industri pelancongan kesihatan di serata dunia telah terkesan dengan wabak Covid-19. Penutupan

sempadan

penjagaan

kesihatan

juga kepada

merumitkan mereka

penawaran

yang

selalu

khidmat membuat

kunjungan dari negara luar untuk mendapatkan rawatan dalam jangka waktu tertentu, antaranya pesakit kardiak dan kanser. Dengan pandemik ini yang masih berlanjutan, para pesakit kami yang sedia ada juga mungkin tidak dapat diberikan khidmat kesihatan yang sepatutnya. Berlatarkan situasi semasa, misi kami pada saat ini adalah untuk membina semula sektor ini dengan meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan ke atas Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang selamat lagi dipercayai. Usaha-usaha diambil oleh MHTC membantu pemain sektor dalam tempoh mencabar akibat pandemik? Sebagai agensi yang ditugaskan untuk memudah cara dan mempromosikan industri pelancongan kesihatan Malaysia, kami akan memberi tumpuan untuk memulihkan sektor ini dengan terus 8

membina keyakinan orang ramai terhadap Malaysia sebagai destinasi pelancongan kesihatan yang selamat lagi dipercayai, terutamanya dalam pasaran yang disasarkan seperti Indonesia, China, Vietnam, Kemboja, Singapura, dan Brunei, termasuk rantaurantau sekunder yang lain. Kami juga sedang bekerja secara rapat dengan hospital-hospital ahli untuk mengenal pasti pasaran lain yang boleh diberi perhatian, contohnya Timur Tengah, yang akan membantu menunjukkan kepentingan usaha sama antara sektor awam dan swasta dalam merancakkan sektor ini sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang utama, juga bermanfaat bagi pemulihan ekonomi selepas Covid-19. – UTUSAN ONLINE

9

Sektor pelancongan kesihatan Malaysia susun persiapan Sinar Harian 12 Oktober 2021 09:03amMasa membaca: 6 minit

KUALA LUMPUR - Tidak dapat disangkal penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia membawa cabaran kepada sektor pelancongan penjagaan kesihatan berikutan banyak negara termasuk Malaysia, menutup sempadan antarabangsa masing-masing bagi mengekang penyebaran virus itu. Selepas hampir dua tahun mengharungi pandemik Covid-19, negara kini sedang beralih ke fasa kehidupan dalam persekitaran endemik, bermakna amat penting untuk segmen pelancongan perubatan meneliti langkahlangkah penambahbaikan berdasarkan pengalaman sepanjang tempoh

10

itu, bagi menawarkan pengalaman yang selamat dan lebih baik kepada pelawat perubatan. Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) sedang mengusahakan pelan pemulihan industri bagi mengetengahkan keseluruhan potensi segmen penjagaan kesihatan dan hospitaliti Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Daud Mohd Arif berkata, organisasi itu sedang “beralih ke lingkungan digital menerusi perbincangan dinamik dengan pihak berkepentingan", bagi memastikan kehadiran segmen pelancongan perubatan negara merentasi pasaran sasaran. “Misi semasa kami ialah menghidupkan semula sektor dengan memanfaatkan keyakinan dan kepercayaan sedia ada di Malaysia selaku destinasi pelancongan perubatan yang selamat dan boleh dipercayai. Dengan membina kepercayaan dalam kalangan pelancong perubatan menerusi komunikasi berkesan secara berterusan, serta dedikasi dalam menyediakan pengalaman selamat, kami yakin akan dapat menyaksikan sikap lebih positif terhadap pelancongan perubatan apabila sekatan pergerakan ditarik balik. “Kami kekal optimis bahawa industri penjagaan kesihatan Malaysia akan kembali pulih bersandarkan reputasi yang kami bina sejak lebih 10 tahun lepas, perkhidmatan bertaraf dunia kami serta rawatan perubatan yang mudah diakses dan mampu milik,” katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini. Destinasi selamat dan dipercayai Malaysia telah membina reputasi kukuh sebagai destinasi global yang selamat dan dipercayai bagi penjagaan kesihatan sejak lebih 10 tahun lepas, dengan pelawat datang bagi mendapatkan pelbagai rawatan termasuk persenyawaan in-vitro (IVF), kardiologi, onkologi, ortopedik, neurologi, pergigian, estetika dan saringan kesihatan umum. Sehubungan itu, MHTC menyasarkan untuk menghidupkan semula sektor dengan membina keyakinan, khususnya dalam pasaran sasaran seperti Indonesia, China, Kemboja, Singapura dan Brunei. 11

Malaysia menerima pelbagai anugerah peringkat global sebagai destinasi penjagaan kesihatan selama ini dan diiktiraf sebagai ‘Destination of the Year’ dari 2015 hingga 2017 dan pada 2020 oleh International Medical Travel Journal, United Kingdom; ‘Best Country in the World for Healthcare’ dari 2015 hingga 2020 oleh International Living yang berpusat di Amerika Syarikat; selain sentiasa diiktiraf sebagai ‘Top Country for Muslim Travel’ dalam Indeks Pelancongan Muslim Global oleh MasterCard-Crescent Rating sejak 2011. Mohd Daud berkata, sebahagian besar pertumbuhan dan kemajuan industri itu disumbangkan oleh reputasi Malaysia sebagai penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia yang mudah diakses dan pada kos yang kompetitif. “Ini juga ditonjolkan melalui kedudukan strategik kita sebagai negara mesra Muslim, kemesraan kita dan tarikan pelancongan yang terkenal,” katanya, menambah antara pesaing Malaysia dalam industri pelancongan perubatan ialah Singapura, Thailand, Dubai (Emiriah Arab Bersatu) dan Korea Selatan. Beliau berkata, MHTC juga bekerjasama rapat dengan hospital yang menjadi ahli bagi mengenal pasti pasaran lain yang boleh ditumpukan seperti Timur Tengah, yang menekankan lagi kepentingan perkongsian awam-swasta dalam melonjakkan sektor sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pasca-Covid-19. Menurutnya, amat penting bagi MHTC untuk terus membina keyakinan dan kepercayaan sedia ada melalui potensi dan perkhidmatan digital bagi memastikan usaha yang berterusan untuk mengekalkan kesedaran dalam kalangan pelancong kesihatan. Inisiatif gelembung perjalanan Mengulas mengenai inisiatif gelembung perjalanan, Mohd Daud berkata langkah itu bukan sahaja akan memberi manfaat kepada industri pelancongan perubatan tetapi turut menyumbang kepada pertumbuhan negara sebagai sebahagian pemulihan ekonominya.

12

(Gelembung perjalanan merupakan kerjasama di antara dua atau lebih negara yang membolehkan perjalanan bebas kuarantin bagi kedua-dua hala) Bagaimanapun katanya, pada masa ini, keutamaan negara ialah memastikan ia mencapai sasaran imunisasi Covid-19 yang ditetapkan. Berkenaan promosi pelancongan perubatan, Mohd Daud berkata, usaha itu sudah pun dilaksanakan di Malaysia dengan pesakit mendapatkan rawatan di hospital pilihan mereka atau dengan pakar perubatan yang mereka mahukan. “Apabila sekatan merentas negeri dilonggarkan, kami yakin pesakit tempatan akan mendapatkan rawatan di fasiliti pilihan mereka. “Kami juga mempromosikan dan menggalakkan ekspatriat yang menetap di Malaysia agar memanfaatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang ditawarkan oleh fasiliti perubatan swasta kita,” katanya, menambah MHTC ditubuhkan khususnya untuk memudahkan pelawat perubatan asing mendapatkan rawatan di hospital swasta di negara ini. Mohd Daud juga berkata, pihaknya menjangkakan penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan membuat penyesuaian yang sewajarnya apabila Malaysia mencapai kenormalan pascapandemik. “Fasiliti penjagaan kesihatan akan memastikan ia mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan infrastruktur bagi menyokong dan memberikan pengalaman yang lebih selamat dan dipertingkat kepada pesakit, dipacu oleh penyampaian perkhidmatan yang cemerlang. “Tawaran pelancongan juga harus disesuaikan dengan kehendak pengguna yang sentiasa berubah, akibat daripada penularan pandemik. Aspek keselamatan orang ramai merupakan keutamaan kami dan kami percaya pihak berkuasa akan mengguna pakai mekanisme yang tepat bagi memastikan protokol yang betul tersedia bersama-sama pembukaan semula sempadan,” katanya.

13

Negara senarai hijau Sementara itu, pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA Melaka Akmal Adanan berkata, inisiatif gelembung pelancongan dan kebenaran merentas negeri harus dimanfaatkan dengan pelaksanaan gelembung pelancongan kesihatan untuk negara-negara senarai hijau dan mereka yang telah lengkap divaksinasi. (Negara-negara senarai hijau merujuk kepada negara dan wilayah yang selamat untuk dilawati tanpa perlu menjalani kuarantin apabila pulang ke tanah air) Beliau berkata, gelembung pelancongan kesihatan memberi kelebihan kepada pesakit dan penyedia perkhidmatan kerana kehadiran pelawat bagi tujuan itu akan berlaku dalam persekitaran yang dikawal. “Hospital dan penyedia perkhidmatan pelancongan perlu mempunyai strategi seperti bekerjasama dengan agensi pelancongan untuk memperkenalkan pakej yang inklusif, menarik dan mampu milik kepada segmen pasaran yang lebih besar. “Pakej pelancongan perubatan yang komprehensif boleh merangkumi saringan kesihatan, kemudahan penginapan, pengangkutan dan aktivitiaktiviti rekreasi. Semua ini adalah tentang penyediaan pakej yang dapat memastikan pengalaman perjalanan yang lancar bagi pesakit, bermula ketika mereka meninggalkan negara mereka,” katanya. Akmal berkata, bagi membolehkan Malaysia muncul sebagai destinasi pelancongan kesihatan pascapandemik yang kompetitif, ia harus memberi tumpuan pada pengurusan risiko dan langkah-langkah keselamatan yang melibatkan agensi pelancongan, hotel, fasilitator kesihatan, pemandu pelancong serta penyedia pengangkutan dan logistik,” katanya. Katanya, hospital juga boleh memperkenalkan model perkhidmatan hibrid dalam proses rawatan bagi pesakit antarabangsa, termasuk membenarkan tempahan melalui dalam talian serta mengadakan perkhidmatan telerundingan, webminar dan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan.

14

“Inisiatif sebegini akan memberi nilai tambah kepada industri pelancongan perubatan kita, selain memudahkan lagi pesakit, mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, serta memastikan perkhidmatan dan rawatan ditawarkan pada tahap optimum,” katanya. Impak ekonomi industri pelancongan Industri pelancongan penjagaan kesihatan Malaysia yang banyak bergantung pada perkongsian awam-swasta, memperoleh RM1.7 bilion dalam bentuk kos hospital pada 2019, dengan kesan limpahan dalam industri lain menyumbang kira-kira RM7 bilion kepada ekonomi. Jumlah ini merangkumi perjalanan udara, kemudahan penginapan, makanan dan minuman, aktiviti santai serta lain-lain. Industri ini juga menghasilkan lebih 15,000 pekerjaan dan menarik pelaburan berjumlah RM10 bilion sejak 2012. Sebelum ketibaan pandemik Covid-19, industri penjagaan kesihatan Malaysia menyumbang secara signifikan kepada ekonomi negara. Jumlah pelawat kesihatan yang tiba di Malaysia bagi tempoh 2012 hingga 2019 meningkat kira-kira 90 peratus dan pada 2019, industri itu merekodkan pendapatan berjumlah RM1.7 bilion. Industri penjagaan kesihatan bertumbuh pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 17 peratus bagi tempoh 2015 dan 2019 berbanding prestasi rantau Asia Pasifik yang merekodkan CAGR 12 hingga 14 peratus bagi tempoh sama, menunjukkan potensi pelancongan kesihatan di rantau ini. - Bernama

15

Pemulihan pelancongan kesihatan

SEKTOR pelancongan kesihatan selepas ini akan turut menumpukan pada khidmat rawatan seperti persenyawaan in-vitro (IVF). PEMULIHAN sektor pelancongan kesihatan negara yang terkesan oleh pandemik Covid-19 kekal di landasan positif, dipacu oleh pelan pemulihan industri itu menuju 2023. Bersandarkan pengalaman dan reputasi kukuh Malaysia sebagai destinasi yang selamat dan dipercayai dalam aspek penjagaan kesihatan sejak lebih 10 tahun lalu, segmen itu merekodkan sentimen memberangsangkan dengan kehadiran pelawat dari seluruh pelosok dunia. Untuk fasa seterusnya, segmen ini akan terus menumpukan pada khidmat rawatan seperti persenyawaan in-vitro (IVF), kardiologi, onkologi, ortopedik, neurologi, pergigian, estetika dan saringan kesihatan umum, di samping mengetengahkan keseluruhan potensinya, merangkumi aspek rawatan pencegahan dan penjagaan kesihatan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Mohd Daud Mohd Arif, dalam tempoh pemulihan ini, 16

penekanan diberikan kepada ekosistem pelancongan kesihatan sebagai persediaan untuk industri pulih dan seterusnya mara ke fasa pembinaan semula. "Kita sekarang berada di kedudukan yang teguh untuk memulakan fasa seterusnya dalam Rangka Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan Malaysia pada 2023, bagi membina semula industri sambil meningkatkan perkhidmatan kepada semua pelawat kesihatan. "Berpandukan Rangka Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan Malaysia 2021-2025, kami di landasan yang tepat untuk pertumbuhan industri yang berterusan dan mampan dengan memanfaatkan kekuatan kami dalam tiga tonggak. "Tiga tonggak itu ialah Ekosistem Pelancongan Kesihatan yang menumpukan pada peningkatan kualiti perkhidmatan; Jenama Malaysia Healthcare bagi memperkukuh kesepaduan jenama merentasi titik pertemuan dan mengembangkan ekuiti jenama kami dalam pasaran teras serta tonggak ketiga iaitu Pasaran, di mana kami mahu memperluas pasaran melangkaui pasaran primer dan meneroka lebih banyak pasaran khusus bagi memperkukuh jenama Malaysia Healthcare," katanya kepada Bernama, baru-baru ini. Menurutnya, MHTC akan bekerjasama dengan peserta industri domestik, serantau dan juga pihak berkepentingan global bagi melonjakkan lagi pertumbuhan industri. Mengulas lanjut, beliau berkata, semasa fasa pembinaan semula industri, segmen itu akan memberikan lebih banyak tumpuan kepada pencegahan dan pemulihan serta beberapa inisiatif penjenamaan khusus seperti kardiologi, onkologi, kesuburan dan rawatan pergigian selain produk kesejahteraan premium. Pada masa ini, Malaysia tersenarai sebagai antara destinasi pelancongan kesihatan utama di Asia, bersama-sama India, Thailand, Singapura dan Korea Selatan. Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh sebelum ini dipetik berkata, Malaysia antara yang terbaik di Asia Tenggara dari segi kos dan juga piawaian penjagaan kesihatan.

17

Mengulas perkara itu, Mohd Daud berkata, sistem penjagaan kesihatan Malaysia diiktiraf antarabangsa dan meraih banyak anugerah selama ini seperti Destinasi Terbaik bagi 2015,2016, 2017 dan 2020 daripada International Medical Travel Journal (IMTJ), Anugerah Pelancongan Perubatan dan Penjagaan Kesihatan Asia Pasifik (20162022); dan Asia's Top Destination for Retirement Living daripada International Living (2015-2022). MHTC juga pernah menggondol anugerah IMTJ Cluster of the Year bagi 2017, 2018, 2019 dan 2020. Disiarkan pada: Disember 27, 2022 @ 6:05am

18

Pelancongan kesihatan Malaysia bertaraf dunia Suzalina Hali - Ogos 15, 2020 @ 12:34pm [email protected]

Foto hiasan.

Krediabiliti Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi industri pelancongan kesihatan tidak disangkal lagi. Tambahan pula negara ini sebagai lokasi 'penjagaan kesihatan menakjubkan atau 'world healthcare marvel' melalui perkhidmatannya yang berkualiti dan harga berpatutan. Imej negara terserlah di mata dunia dalam mengawal penularan COVID19, selain Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tersenarai sebagai tiga doktor terbaik di dunia berupaya menambah mata kredit bagi membolehkan pesakit antarabangsa memilih negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Sherene Azli, berkata negara ini mampu kembali unggul menerusi aktiviti pelancongan kesihatan selepas berhadapan saat getir susulan wabak COVID-19. 19

Katanya, pelbagai inisiatif dilaksanakan antaranya terus kekal berhubung dengan rakan kongsi dan pihak pemegang taruh melalui mesyuarat serta perbincangan secara langsung. "Negara ini, mempunyai kepakaran unggul seperti untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF), kardiologi, onkologi, pergigian, pembedahan plastik dan beberapa bidang lain. "Contohnya, dalam bidang IVF, kekuatan Malaysia adalah dari segi peratusan kejayaan rawatan berkenaan. "Hospital di Malaysia mencatatkan kejayaan rawatan lebih 60 peratus secara keseluruhan, lebih tinggi daripada peratusan di peringkat global, iaitu kejayaan IVF iaitu sebanyak 50 peratus. "Dalam bidang rawatan jantung, hospital seperti Institut Jantung Negara (IJN) dan Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) memfokuskan kepakaran dalam bidang itu, sekali gus menjadi tarikan pesakit dalam rantau ini datang ke Malaysia," katanya. Kesinambungan perawatan berkekalan Beliau berkata, sebelum COVID-19, negara ini berada permulaan Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 dengan sasaran pendapatan sebanyak RM2 bilion melalui industri ini dan impak sebanyak RM6 bilion, namun ia ditunda akibat pandemik ini. "Namun, kita akan terus berusaha dan mengambil tindakan bersesuaian bagi memastikan industri ini pulih sepenuhnya kesan pandemik COVID19, dan memastikan kesinambungan perawatan yang berkekalan. "Kami juga dimaklumkan hospital turut melaksanakan inisiatif dalam 'menjaga' pesakit dari luar termasuk menggunakan kemudahan digital antaranya e-farmasi dan perkhidmatan rundingan dalam talian, " katanya. "MHTC juga akan menyusun semula strategi sejajar dengan situasi semasa supaya sektor ini terus menyumbang kepada ekonomi. "Dengan usaha kerajaan berjaya melaksanakan kawalan efektif terhadap COVID-19 menyebabkan pesakit luar rasa selamat mendapatkan rawatan di sini," katanya.

20

Beliau berkata, Malaysia kini boleh menyambung semula usaha dilaksanakan MHTC dengan mempergiat promosi dalam talian, meningkatkan kecekapan proses permohonan dan saringan pesakit antarabangsa serta mengeratkan hubungan bersama pihak berkepentingan mulai 1 Julai lalu. Kini kita menarik nafas lega apabila industri pelancongan kini mulai bangkit dalam fasa pemulihan selepas kerajaan memberikan lampu hijau dengan membenarkan industri itu beroperasi semula sejak tarikh berkenaan. "Malah, ketika PKP mula dilaksanakan pada Mac lalu, MHTC masih menerima pertanyaan dan permintaan daripada pesakit yang ingin datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan kesihatan. "Ini menunjukkan permintaan terhadap kepakaran dalam bidang perubatan di negara ini amat tinggi dan diperlukan cuma, buat masa ini, penerimaan kemasukan pelancong kesihatan ke negara kita, tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan. "Bagaimanapun, sejak sempadan dibuka untuk tujuan pelancongan kesihatan pada 1 Julai lalu, pihak hospital mula menerima kedatangan pesakit antarabangsa, namun kami mengutamakan dulu kes kritikal seperti kanser, jantung dan kecemasan dengan kemasukan tertakluk pada SOP norma baharu, " katanya. 21

Beliau berkata, sejak dibuka semula, pihak MHTC menerima kira-kira 1,000 permohonan daripada pesakit antarabangsa bagi tujuan pelancongan kesihatan di sini namun kebenaran diberikan berdasarkan SOP yang ketat bagi memastikan tiada penularan COVID-19 dari kluster import. Destinasi nombor satu Katanya, Malaysia mempunyai kelebihan dalam sektor pelancongan kesihatan di mana negara sekali gus sebagai destinasi pelancongan nombor satu membabitkan jumlah kunjungan seramai 1.3 juta pelancong pada 2019. "Berdasarkan statistik sebanyak 60 peratus pesakit adalah dari Indonesia, diikuti China, India dan rantau Asia Tenggara. Mereka memilih Malaysia disebabkan kualiti perkhidmatan, mampu milik dan akses yang mudah. Beberapa hospital swasta di negara ini juga berjaya menempa nama di persada antarabangsa dengan kejayaan masing-masing. Selain itu, Malaysia terkenal sebagai destinasi pelancongan Muslim sehingga menarik perhatian pesakit beragama Islam dari Brunei, Singapura, Indonesia, negara di Teluk Arab, India dan Bangladesh untuk datang ke sini bagi mendapatkan rawatan kesihatan dan menikmati kemudahan pelancongan patuh syariah. "Kos perubatan, hospital swasta di Malaysia perlu mematuhi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan. Kos rawatan kira-kira 40 hingga 80 peratus lebih murah berbanding rawatan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Eropah dan Australia.

22

Tawaran perubatan lebih murah jadikan Malaysia destinasi pelancongan kesihatan pilihan - MATA Rahimah Abdullah Awani September 25, 2022 18:24 MYT

Tawaran perubatan yang lebih murah di Malaysia berbanding Thailand, Korea dan Jepun mampu menarik pelancong untuk memilih negara sebagai destinasi pelancongan melalui Pakej Pelancongan Kesihatan dalam Perubatan Dermatologi dan Estetika. KUALA LUMPUR : Tawaran perubatan yang lebih murah di Malaysia berbanding negara jiran seperti Thailand, Korea dan Jepun mampu menarik pelancong untuk memilih negara sebagai destinasi pelancongan melalui Pakej Pelancongan Kesihatan dalam Perubatan Dermatologi dan Estetika. Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA), Datuk Mohd Khalid Harun berkata, ia mampu menjadi kekuatan kepada sektor pelancongan negara dalam

23

menghadapi persaingan dengan negara-negara jiran yang sudah lama menawarkan pakej pelancongan seumpama itu. "Saya difahamkan mereka cukup pakar profesional dalam bidang ini. Malah, mereka ini sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan baik dan berkualiti. "Menteri Kesihatan juga mengatakan kita tidak boleh kompromi dengan mutu kualiti perkhidmatan itu, ia setaraf dengan negara maju," katanya kepada Astro AWANI pada Ahad. Pada Sabtu, MATA dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedia memperhebat pasaran pakej Pelancongan Kesihatan dalam Perubatan Dermatologi dan Estetika untuk menarik lebih ramai pelancong dengan syarat negara menawarkan rawatan yang dijanjikan tanpa berkompromi dengan kualiti serta keberkesanannya. Dalam masa sama, beliau juga berharap pengamal perubatan dermatologi dan estetika sedia menjalin kerjasama bagi mempromosikan pasaran pakej Pelancongan Kesihatan dalam bidang berkenaan. Langkah itu katanya bagi mencari pendekatan yang lebih baik dan profesional bagi menjayakan usaha berkenaan secara bersama. Dalam pada itu, Persatuan Perubatan Estetik Malaysia menyifatkan cadangan MATA sebagai langkah positif memandangkan banyak negara sudah lama melaksanakan pelancongan kesihatan terutama dalam bidang estetik. Presidennya, Dr Chin Shih Choon berkata, sudah sampai masanya negara meneroka dan meneruskan usaha berkenaan dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan aliran mata wang asing ke dalam negara. Dalam masa sama, beliau yakin pengamal perubatan berkaitan sudah benarbenar bersedia dan mencukupi dalam menjayakan sektor pelancongan kesihatan itu. "Pengamal perubatan estetika sudah bersedia untuk menerima pelancong dari luar negara. Pakar bedah plastik juga telah lama terima dan merawat pesakit dari luar negara sejak lebih sedekad lalu," katanya kepada Astro AWANI. Malah, amalan perubatan estetika di negara ini diyakini telah dikawal dengan baik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

24

"Saya pernah rawat pesakit dari United Kingdom, New Zealand, Australia, China, Singapura, Indonesia dan Singapura. Walau pandemik memperlahan segmen kita sebelum ini, namun ia naik semula sejak pembukaan sempadan. "Di Malaysia, amalan perubatan estetika juga dikawal dengan baik oleh KKM dan ia turut melibatkan pakar bedah plastik, dermatologi, pengamal perubatan estetik dan pegawai KKM sendiri . Ini bagi memastikan latihan amalan dan pengesahan doktor estetik. Yang paling utama ialah keselamatan pesakit yang dirawat," ujarnya.

25

MHTC sasar RM800 juta pendapatan pelancongan kesihatan Oleh Irwan Shafrizan Ismail - Mei 17, 2022 @ 5:59pm [email protected]

KUALA LUMPUR: Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan syarikat pemula teknologi media, PubliCT.io menyasarkan RM800 juta pendapatan kesihatan tahun ini, menerusi kempen antarabangsa. Pemeteraian kerjasama antara MHTC dan PubliCT.io menyaksikan kirakira 80 rakan hospital memperoleh pakej promosi, bagi perkhidmatan publisiti menyeluruh yang disediakan PubliCT.io. Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd Daud Mohd Arif, berkata menerusi kerjasama itu, rakan hospital diberi jaminan untuk memperoleh liputan media yang merangkumi kira-kira 3,000 agensi media serantau dan antarabangsa. "Susulan pembukaan sempadan negara, kami mengalu-alukan lebih ramai pelancong ke negara ini menikmati penjagaan kesihatan berkualiti tinggi disediakan pada harga berpatutan, teknologi terkini dan kakitangan perubatan berkelayakan serta terlatih di peringkat antarabangsa. 26

"Perkongsian bersama PubliCT.io ini ternyata tepat pada masanya untuk terus menempatkan dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan penjagaan kesihatan, di samping kemudahan terkini yang ditawarkan hospital," katanya hari ini. Pelan Tindakan Industri Pelancongan Kesihatan Malaysia 2021-2025 yang dilancarkan sebelum ini, bermatlamat menempatkan semula negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan terkemuka, di peringkat dunia. Menerusi pelan itu, industri penjagaan kesihatan Malaysia mendukung hasrat menyediakan pengalaman pelancongan kesihatan terbaik kepada pelancong yang mahu mendapatkan rawatan. "Seperti dinyatakan dalam pelan tindakan, kami berharap untuk menyediakan bimbingan kepada rantaian nilai dan industri pelancongan kesihatan, menerusi penciptaan nilai dan peluang yang akan memberi manfaat semua pemegang taruh dan memastikan pertumbuhan. "MHTC yakin negara ini bakal mencapai Pengalaman Pelancongan Penjagaan Kesihatan Terbaik menjelang 2025," katanya. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PubliCT.io, Manminder Kaur Dhillon, berkata pihaknya komited membantu MHTC dalam mencapai jangkauan lebih luas perkhidmatannya meliputi perundingan perhubungan awam secara maya, penulisan kenyataan media dan khidmat penterjemahan. "Kami yakin jenama penjagaan kesihatan Malaysia akan diiktiraf di lebih banyak negara. Publisiti sememangnya penting untuk mana-mana organisasi. "Pengguna PubliCT.io dijanjikan dengan jaminan liputan di agensi penerbitan utama menerusi rangkaian rakan-berita, menggunakan platform pasaran kandungan kami yang serba unik. "Usul bernilai kami yang unik membolehkan agensi berita memilih kandungan yang akan disiarkan, dan memperkasa jenama untuk memperoleh liputan media di laman berita terpilih," katanya. Pada 2019, Malaysia menarik dan mengalu-alukan kira-kira 1.22 juta pelancong kesihatan, sebelum pandemik melanda.

27

Pengarah Urusan Pocketalk Corporation, Tsutomu Ishiyama (kiri), menyerahkan Mohd. Daud pada Majlis Pelancaran Pocketalk, di Kuala Lumpur. - Foto SHIDDIEQIIN ZON

MHTC terima 30 peranti terjemahan untuk pelancong kesihatan •

Oleh NURUL IZZATI ZAINI 1 Disember 2022, 3:23 pm

Share o n facebook Share o n twi tter

KUALA LUMPUR – Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) menerima 30 alat peranti terjemahan bahasa, Pocketalk, daripada rakan kongsi digitalnya, Trambellir Sdn. Bhd. bagi memudahkan komunikasi dengan pesakit antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Daud Mohd. Arif, berkata, ia merupakan sebahagian usaha MHTC untuk mengukuhkan ekosistem penjagaan kesihatan bersama-sama pihak berkepentingan bagi menumpukan perhatian kepada pesakitpesakit ini.

28

“Ini merupakan satu langkah ke hadapan bagi membolehkan pelancong perubatan menikmati kemudahan komunikasi yang dipertingkatkan menerusi pelbagai ‘touchpoint’ dalam ekosistem, terutamanya dalam persekitaran hospital. “Dengan peningkatan kemudahan komunikasi ini, kami pasti ramai pelancong perubatan sama ada dari pasaran sedia ada atau baharu akan datang ke sini bagi mengalami pengalaman pelancongan kesihatan terbaik. “Secara tidak langsung, ia akan memberi Malaysia kelebihan daripada segi kelebihan daya saing, peneraju dalam pasaran serta peluang untuk menguasai pasaran baharu,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Pocketalk di sini hari ini. Tambah Mohd, Daud, MHTC tidak menyediakan sebarang servis perubatan, namun menjadi penghubung utama antara rakan hospital dan syarikat persendirian dalam melengkapkan ekosistem perubatan di negara ini. Dalam pada itu, beliau turut berkata antara inisiatif MHTC untuk menggalakkan digitalisasi, adalah dengan memperkenalkan pembayaran secara elektronik (e-pay) dan perkhidmatan konsultasi atas talian (e-consultation) pada masa akan datang. Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Trambellir Sdn. Bhd., So Iizuka, berkata, perbezaan bahasa telah menjadi halangan besar oleh pelancong perubatan sekali gus membantutkan kelancaran mereka dalam mendapatkan servis perubatan di Malaysia. “Kami percaya peranti Pocketalk akan menjadi alat terbaik untuk menangani masalah pesakit dalam menghadapi cabaran 29

perbezaan bahasa dan meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita. Peranti Pocketalk yang menterjemah sehingga 75 bahasa dan dialek akan digunakan di beberapa ‘touchpoint’ di seluruh ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia, termasuk Malaysia Healthcare Concierge and Lounge di lapangan terbang antarabangsa utama. Penyerahan peranti itu dirasmikan oleh Mohd Daud bersama So Iizuka dan Pengarah Urusan dan Ketua Pejabat Operasi Pocketalk Corporation, Tsutomu Ishiyama, serta disaksikan oleh rakanrakan hospital MHTC. Pocketalk Corporation merupakan perisian, perkakasan dan IoT dari Jepun, bekerjasama dengan Trambellir Sdn. Bhd., dalam menyediakan alat peranti Pocketalk bagi mengatasi perbezaan bahasa antara hospital dan pelancong perubatan di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

30

Malaysia Kedudukan Destinasi Teratas Untuk Pelancongan Perubatan Sekarang negara kita membuka semula sempadannya pada Bulan April 2022, kita boleh menjangkakan jumlah pelancong yang tinggi ke Malaysia dalam fasa endemik ini. Ini tidak menghairankan kerana Malaysia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling disukai di dunia, menduduki tempat ke-18 di negara-negara yang paling banyak dikunjungi pada tahun 2020. Di luar tarikan semula jadi kita, warisan budaya dan masakan yang lazat, Malaysia juga muncul dengan pantas sebagai pesaing yang kuat dalam sektor pelancongan kesihatan dan perubatan global. Sebenarnya, kami berada di kedudukan destinasi pelancongan perubatan antarabangsa teratas dalam jurnal perjalanan perubatan antarabangsa yang berpusat di UK, setelah menarik 1.3 juta pelancong perubatan pada tahun 2021. Sebagai tambahan kepada ini, Malaysia kini mempunyai salah satu kadar vaksinasi terpantas di dunia, dengan 79% penduduk diberi vaksin. Ini menjadikannya lebih mudah bagi orang ramai untuk pergi ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pelancongan Perubatan: Apa yang Perlu Diketahui Pelancongan perubatan merujuk kepada orang yang melancong ke luar negara ke negara lain untuk mendapatkan rawatan perubatan. Pada masa lalu, orang dari negara-negara yang kurang maju akan melakukan perjalanan jauh ke negara-negara maju untuk mengakses pilihan penjagaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, jadual telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana semakin ramai orang pergi ke negara-negara membangun untuk mendapatkan penjagaan untuk pelbagai keperluan. Pelancongan kesihatan di Malaysia dibahagikan kepada dua kategori utama: 1. Pelancongan perubatan: Rawatan dan prosedur perubatan yang ditawarkan di hospital dan kemudahan kesihatan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. 2. Program kesihatan: Program pemulihan, fisioterapi, spa, refleksologi dan urutan. 31

Mengapa Orang Memilih Pelancongan Perubatan di Malaysia

Motivasi untuk melakukan perjalanan untuk mengakses rawatan perubatan berbeza dari orang ke orang, tetapi kami telah kategorikan ini kepada tujuh sebab utama untuk memilih pelancongan perubatan di Malaysia: 1. Kualiti Penjagaan yang Tinggi: Kualiti penjagaan kesihatan bertaraf dunia kami telah dan terus membuka pintu banjir untuk pelancongan penjagaan kesihatan. Kami menawarkan pilihan rawatan perubatan yang sangat khusus dan kemudahan penjagaan kesihatan canggih yang setanding dengan negara-negara maju. Ini ditambah dengan pakar perubatan berpengalaman yang dilengkapi sepenuhnya untuk memenuhi permintaan pesakit. Semua institusi swasta di Malaysia juga dilesenkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan 1998. Oleh itu, pelancong tidak perlu risau tentang keselamatan dan kebolehpercayaan pengalaman pesakit hujung ke hujung yang disediakan.

32

2. Kos & Pakej yang Kompetitif: Kos prosedur atau rawatan perubatan agak rendah di Malaysia untuk rawatan yang sama di negara sendiri atau di negara jiran seperti Singapura dan Australia. Warga asing juga boleh menikmati kemudahan infrastruktur bertaraf dunia dengan penginapan yang selesa untuk sebahagian kecil daripada apa yang mungkin mereka bayar di negara asal mereka. Pakej perubatan yang berpatutan disediakan di Malaysia, meliputi pemeriksaan kesihatan, rawatan, penginapan, pengangkutan, dan aktiviti rekreasi. Pilihan kos efektif ini dipantau menggunakan kadar siling yang dikenakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini dapat membantu meringankan beban keluarga tempatan dan antarabangsa, terutamanya jika mereka tidak mempunyai perlindungan insurans. 3. Ketersediaan & Pelbagai Rawatan: Pelancongan perubatan menyediakan orang asing dengan akses yang lebih baik kepada pakar dan pelbagai rawatan yang tidak tersedia secara meluas atau tidak dilesenkan di negara mereka sendiri. Beberapa contoh adalah pemindahan organ, pembedahan kosmetik, rawatan kesuburan dan rawatan kanser. Malaysia sendiri telah mendapat reputasi sebagai hab kardiologi, kesuburan, onkologi dan rawatan Hepatitis C di rantau Asia. Dia adalah rumah kepada lebih daripada 33 pusat rawatan jantung canggih di negara ini, dengan teknik prosedur canggih seperti tomografi berkomputer pelbagai keping, penuaian urat endoskopik, dan alat bantuan jantung. 4. Budaya & Agama: Persekitaran berbilang bahasa yang mengutamakan keperluan agama pesakitnya mendorong banyak orang untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. Malaysia adalah hab halal global yang terkemuka dan dijangka melancarkan pensijilan halal untuk ubat-ubatan dan peranti perubatan pada tahun 2022. Belum lagi keramahan kelas dunia yang diberikan oleh orang-orangnya yang dapat berbicara banyak bahasa. Ini boleh melanggar halangan bahasa dan budaya untuk membuat pelancong merasa seperti di rumah. 33

5. Sensitiviti Masa: Anda boleh dimasukkan ke dalam senarai menunggu untuk jenis rawatan tertentu di negara asal anda. Mencari rawatan perubatan segera di luar negara membolehkan seseorang individu menjimatkan masa dan menghalang keadaannya daripada berpotensi menjadi lebih teruk. Warga asing boleh menjangkakan masa menunggu yang lebih pendek berbanding dengan beberapa negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang terlalu banyak. Selain itu, Malaysia juga mempercepatkan usahanya untuk mendigitalkan industri penjagaan kesihatan dengan menjalankan tele-konsultasi untuk menyediakan kesinambungan dalam penjagaan pesakit asing bagi mereka yang tidak dapat melakukan perjalanan. •

Program Kesihatan

Pakej kesihatan melihat trend menaik di seluruh dunia. Ia merangkumi bidang fizikal, psikologi atau rohani, memberi anda pengalaman holistik dalam perjalanan anda ke luar negara. Malaysia menawarkan pelbagai program kesihatan yang mengagumkan, memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat secara meluas di Malaysia. Aktiviti berasaskan kesihatan yang semakin popular di sini adalah spa, urutan, kelas kecergasan, dan program diet dan pengurusan berat badan. •

Percutian

34

Pelancong dengan anggaran yang lebih besar boleh membunuh dua burung dengan satu batu dengan pergi ke luar negara untuk prosedur mereka dan melanjutkan penginapan mereka untuk bercuti. Dari metropolis moden ke pulau-pulau tropika yang indah, anda dan keluarga anda boleh mengalami yang terbaik dari kedua-dua dunia di Malaysia. Selepas pembedahan, pesakit digalakkan untuk tinggal selama beberapa minggu untuk pulih dengan selamat sebelum terbang pulang ke rumah. Penginapan boleh ditempah dengan mudah di platform tempahan dalam talian seperti Klook, Airbnb, Agoda, dan LokaLocal. Pertimbangan Dalam Pelancongan Perubatan Perjalanan atas sebab-sebab perubatan mungkin datang dengan risiko komplikasi yang perlu dibawa kepada sesiapa sahaja yang mempertimbangkan pelancongan perubatan: Darah Clots dan Thrombosis Vein Dalam (DVT) Terbang selepas pembedahan, seperti pembedahan dada atau perut, boleh meningkatkan risiko pembekuan darah. Ini kerana saluran darah boleh rosak semasa pembedahan, yang boleh menyebabkan perkembangan darah beku. Perubahan tekanan atmosfera dan kekurangan oksigen apabila anda berada di udara boleh memburukkan keadaan anda. Jika anda tidak berhati-hati, anda boleh mengalami trombosis urat dalam. Faktor lain yang meningkatkan risiko ini termasuk berat badan (jika anda mempunyai BMI 30 atau lebih tinggi), umur (jika anda berumur di atas 40 tahun) dan status kesihatan semasa (jika anda mengalami strok atau penyakit kardiovaskular). Oleh itu, pakar mencadangkan menunggu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum anda pulang ke rumah, tetapi lebih baik untuk berunding dengan doktor anda kerana ini mungkin berbeza dari orang ke orang. Pertimbangkan untuk melanjutkan penginapan anda untuk mengurangkan risiko ini. Kesinambungan Penjagaan Satu lagi perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kemungkinan menerima rawatan susulan apabila anda kembali ke negara anda sendiri. Dalam kes di mana anda tidak dapat melakukan perjalanan atas sebab apa pun, anda mungkin tidak dapat terus mengekalkan rawatan anda dan 35

menerima ubat-ubatan yang lebih maju yang tidak tersedia di negara asal anda.

Atas sebab ini, negara-negara seperti Malaysia sedang berusaha menyediakan alternatif untuk hospital-hospital untuk menjadi digital dalam amalan mereka, iaitu dengan perkhidmatan tele-konsultasi. Walaupun tele-konsultasi tidak dapat menggantikan prosedur penjagaan secara peribadi, ia masih merupakan alternatif yang berguna bagi mereka yang ingin menerima pendapat kedua sebelum membuat pengaturan yang diperlukan. Cara Bersedia untuk Pelancongan Perubatan Sama ada ini kali pertama anda atau tidak, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda bersedia dan membuat keputusan yang tepat. Tambahkan 5 perkara ini ke senarai tugasan anda sebelum anda menjelajah ke luar negara untuk mendapatkan rawatan perubatan: Dapatkan perundingan pra-perjalanan Bercakap dengan doktor tempatan anda untuk mendapatkan pendapat kedua mengenai rancangan anda untuk rawatan perubatan di luar negara. Anda boleh membincangkan apa sahaja dari maklumat umum hingga risiko yang terlibat. Doktor tempatan anda adalah orang terbaik untuk memberi anda cadangan untuk institusi yang bereputasi atau beberapa pandangan mengenai keadaan unik anda. 36

Selidik pembekal atau kemudahan Ketahui semua maklumat yang berkaitan dengan negara, institusi perubatan dan rawatan yang disediakan. Ini termasuk mencari maklumat dari internet dan berbual dengan institusi pilihan anda. Beberapa soalan yang mungkin anda ajukan ialah: • • • • • • • • •



Adakah rawatan yang terdapat di kemudahan anda? Berapakah kos rawatan? Adakah rawatan ini penyelesaian terbaik untuk saya dalam keadaan saya? Bilakah saya boleh menjadualkan janji temu? Apakah tempoh prosedur perubatan? Berapa lamakah tempoh pemulihan? Apakah pengaturan yang boleh anda bantu mengenai pelancongan perubatan ke Malaysia? Apa yang perlu saya lakukan sendiri? Anda juga boleh berhubung dengan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk membantu anda mencari penyedia penjagaan kesihatan: +603 2726 8688 (Pusat Panggilan) 1-800-188-688 (Bebas Tol – di dalam Malaysia) [email protected] malaysiahealthcare.org

37

38

39

40

41

42

43

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.