PENDIDIKAN KHAS Flipbook PDF

MASALAH PENDENGARAN

98 downloads 117 Views 504KB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

PENDIDIKAN KHAS

Kerana dirimu begitu berharga

MASALAH PENDENGARAN

Isi kandungan Apa itu masalah pendengaran

2

3 jenis masalah pendengaran

2

Punca masalah pendengaran

3

Atasi lebih awal

3

Tahap masalah pendengaran

4

Tanda-tanda dan simpton masalah Pendengaran bagi kanak-kanak

5

Kesan masalah pendengaran bagi Kanak-kanak

6

Berjumpalah dengan doktor anda

7

Apa itu masalah pendengaran? Masalah pendengaran, atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.

3

Sensorineural: Berlaku apabila sel dalam bahagian dalam telinga atau saraf auditori rosak. Ia berlaku secara natural akibat penuaan atau setelah kecederaan. Konduktif: Berlaku disebabkan halangan yang menghalang bunyi daripada bahagian luar telinga ke dalam telinga.

Jenis Masalah pendengaran Campuran: Berlaku apabila terdapat masalah

pendengaran konduktif dan sensorineural pada masa yang sama.

2

PUNCA MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu masalah pendengaran yang wujud sejak lahir (congenital) ataupun masalah pendengaran yang berlaku selepas waktu kelahiran pada bila-bila masa atas sebab-sebab tertentu (acquired).

ATASI LEBIH AWAL Pengesanan awal masalah pendengaran adalah sangat penting. Kanak-kanak yang dikenalpasti bermasalah pendengaran dan mendapat intervensi seawal umur 6 bulan, berpotensi untuk bertutur dan mempunyai perkembangan bahasa pada tahap yang sama dengan kanak-kanak sebaya yang mempunyai pendengaran normal. 3

TAHAP MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada 4 tahap iaitu ringan, sederhana, teruk dan sangat teruk. Tahap masalah pendengaran ini hanya boleh dikenal pasti setelah menjalani ujian pendengaran sama ada secara saringan ataupun diagnostik. Audiologis akan berbincang mengenai tahap masalah pendengaran dan apakah limitasi pendengaran pada tahap tersebut. Gambarajah berikut membantu anda untuk kenal pasti apakah contoh bunyi yang boleh didengar pada setiap tahap masalah pendengaran. Sekali lagi diingatkan, rujuk audiologis untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tahap masalah pendengaran dan limitasinya.

4

TANDA-TANDA DAN SIMPTON MASALAH PENDENGARAN BAGI KANAK-KANAK

ADAKAH ANAK ANDA MENDENGAR?

•Tidak terkejut/ terjaga daripada tidur oleh bunyi yang kuat. •Tindak balas yang tidak konsisten terhadap bunyi. •Tidak mempedulikan anda apabila dipanggil. •Tidak bertutur pada usia 18 bulan. •Kelihatan seperti tidak memberi perhatian. •Sentiasa menaikkan bunyi televisyen atau tablet atau telefon bimbit. •Sentiasa meniru perbuatan orang lain untuk mengikut arahan. •Membaca gerak bibir terutamanya apabila berkomunikasi. •Bercakap dengan sangat kuat. •Mempunyai kesalahan dalam sebutan. •Sering salah faham dalam memahami arahan. •Kerap meminta orang lain untuk mengulang. •Mempunyai kelambatan bertutur berbanding adik-beradik yang lain. •Menunjukkan prestasi akademik yang lemah, atau guru mengadu tentang tingkah laku mereka di sekolah. 5

KESAN MASALAH PENDENGARAN BAGI KANAK-KANAK Perkembangan Pertuturan & Bahasa Kelewatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa Sosial Kurang penglibatan dalam aktiviti sosial atau bermain dalam kumpulan

Tingkah Laku Bermasalah dalam menurut arahan atau menumpukan perhatian di dalam kelas Kognitif Menjejaskan perkembangan mengenal suara, memori dan berfiki

Emosi Mengasingkan diri, kurang keyakinan diri dan masalah emosi yang lain

Pencapaian Akademik Prestasi akademik yang lemah 6

BERJUMPALAH DENGAN DOKTOR ANDA……

Sekiranya anak anda menunjukkan sebarang tandatanda masalah pendengaran, sila minta untuk dirujuk kepada audiologis yang berdekatan untuk pemeriksaan pendengaran. Pendengaran anak anda boleh diuji seawal usia satu hari. Sila rujuk kepada senarai perkhidmatan audiologi di Malaysia Sekian, Terima Kasih

7

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.