Story Transcript
PERANAN WAHYU DALAM KEHIDUPAN MANUSIA MPU2035 SESI 2021/2022 Encik Pisol Bin Nasir
KUMPULAN 4 MUHAMMAD ISYRAF IMRAN BIN AHMAD SAEDI
18DKM20F2015
NUR AIN MASTURA BINTI AHMAD
18DKM20F2014
NUR SHAFIQA BINTI MD ALI
18DKM20F2002
ISI KANDUNGAN PENGERTIAN WAHYU
M/S 1-2
WAHYU YANG PERTAMA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
M/S 3
CIRI-CIRI WAHYU
M/S 4
CARA-CARA PENURUNAN WAHYU
M/S 5
PERINGKAT PENURUNAN WAHYU
M/S 6
PERANAN WAHYU
M/S 7
PERANAN WAHYU KEPADA MANUSIA
M/S 8
KEPERLUAN WAHYU KEPADA MANUSIA
M/S 9
KESAN DARIPADA PIMPINAN WAHYU KEPADA MANUSIA
M/S 10
PERANAN WAHYU DAN AKAL
M/S 11
ISI KANDUNGAN
WAHYU AKAL SEBAGAI JAWAPAN
M/S 12
KEISTIMEWAAN WAHYU AL-QURAN
M/S 13
PERSOALAN YANG TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL
M/S 14
TANPA BIMBINGAN WAHYU SEBAB AKAL MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU
M/S 15
ARTIKEL
M/S 16-25
RUMUSAN
M/S 26
RUJUKAN
M/S 27
01 PENGERTIAN WAHYU
PENGERTIAN WAHYU
Pengertian wahyu dari segi bahasa isyarat, ilham, nasihat,bimbingan, panduan atau petunjuk yang disampaikan ke dalam hati manusia.
Istilah syarak kalam Allah yang disampaikan kepada para nabi dan rasul melalu malaikat Jibril mengenai syarat dan hukum Nya sebagai bimbingan kepada manusia
WAHYU YANG PERTAMA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW
aq l- Al A h a Sur 1-5) (Ayat
CIRI-CIRI WAHYU ● Datangnya daripada Allah SAW
● Hanya diturunkan kepada Nabi Dan Rasul sahaja.
● Disampaikan melalui mimpi
yang benar disebalik tabir atau perantaraan Malaikat Jibril a.s.
● Ajaran yang benar dan
sesuai diamalkan sepanjang zaman
● Terpelihara kandungan dan kesuciannya sehingga hari kiamat ● Tidak lagi diturunkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW ● Kebenarannya adalah mutlak,benar,sempurna dan lengkap
CARA-CARA PENURUNAN WAHYU Malaikat mencampakkan wahyu ke dalam hati Nabi namun hadith qudsi juga diturunkan dengan cara begini. Malaikat menjelmakan dirinya di hadapan Nabi yang menyerupai seorang lelaki yang mengucapkan kalimahkalimah
Exam nt conte
Malaikat menjelma dengan bentuk rupa asal dan berjumpa Nabi untuk menyampaikan wahyu
PERINGKAT PENURUNAN WAHYU
PERANAN WAHYU
Peringkat penurunan wahyu dari Allah ke Luh Mahfuz yang diturunkan sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia juga sekaligus pada malam Lailatul Qadar dari Baitul Izzah kepada Rasullah beransur-ansur selama 23 tahun melalui malaikat Jibril.
Peranan wahyu ialah memimpin manusia ke jalan yang benar melalui risalah Islam menyuruh manusia melaksanakn syariat Allah mendidik manusia kepada akhlak manusia membetulkan akidah manusia yang telah rosak.
PERANAN WAHYU KEPADA MANUSIA Dapat memimpin manusia ke jalan yang benar serta membimbing manusia bagi memperoleh kebahagian dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Seterusnya, menyuruh manusia melaksanakan syariatnya dalam semua aspek kehidupan dan memberitahu khabar gembira tentang balasan syurga kepada yang melakukan kebaikan dan khabar dukacita kepada golongan yang melakukan kejahatan.
KEPERLUAN WAHYU KEPADA MANUSIA Membetulkan akidah manusia dan membawa manusia ke ajalan yang benar dan mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Seterusnya, membetulkan ajaran agama yang telah diselewengkan dan menerangkan cara-cara melaksanakan ibadat. Selanjutnya, mendidik akhlak manusia.Selain itu, panduan kepada manusia dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan mendorongkan akal manusia membina tamadun.
KESAN DARIPADA PIMPINAN WAHYU KEPADA MANUSIA Menyelamatkan dan menjauhkan manusia daripada kesesatan dan azab api neraka.Seterusnya, manusia menyembah Allah dengan melaksanakan perintah dan meninggalkan larangannya serta manusia memperoleh kesejahteraan dan kebahagian hidup dunia dan akhirat. Selain itu, manusia dapat membezakan antara perkara yang halal dengan yang haram dalam membuat sesuatu tindakan. Dengan ini tamadun yang akan berkembang pesat dan maju dari segi rohani,sosial dan teknologi.
PERANAN WAHYU DAN AKAL Peranan wahyu begitu penting sebagai pentunjuk hidup manusia, wahtu tidak akan berfungsi jika tidak digunakan dengan akal yang waras, wahyu turun untuk disampaikan kepada mereka yang berakal, maka dengan itu wahyu berfungsi secara benar, membezakan hak dan batil menunjukkan cara hidup yang sebenar, sebagai pentunjuk kepada akal. Oleh itu akan dapat menerima penerapan wahyu dengan sempurna.
Wahyu dan akal mempunyai peranan penting sebagai petunjuk hidup manusia,bukan saja sekadar ritual keagamaan semata-mata, akan tetapi fungsi wahyu dan akal dapat digunakan lebih jauh daripada itu. Dengan wahyu dan akal kita berharap peranan agama akan semakin terasa mendamaikan, jauh dari tindakan kekerasan dan keganasan, kerana kita yakin bahawa mereka yang melakukan kekerasan dengan melamplau tidak memahami fungsi wahyu dan akal secara benar dan jelas.
WAHYU AKAL SEBAGAI JAWAPAN Meskipun wahyu telah terhenti dan firman tuhan tidak lagi turun, kerana telah Nabi telah tiada, namun dengan akal dimensi ijtihad diharapkan mampu menjawab persoalan-persoalan yang semakin bertambah banyak. Di dalam Al-Quran banyak kita temukan ungkapan tafakkar(berfikirlah),taffaquh(f ahamilah),tadabbar(renungkanlah). Akal manusia mempunyai kedudukan yang sanggat tinggi di dalam Islam.Bahkan para ulama menjadikan akal sebagai salah
satu syarat mutlak untuk menemukan solusi bagi pelbagai persoalan yang ada, misalnya dalam proses istimbath(pengambilan) hukum, memahami ayat-ayat mutasyabihat(belum jelas maksudnya) dan sebagainya. Akal fikiran merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga,kerana akal fikiranlah yang membezakan antara manusia dan haiwan
KEISTIMEWAAN WAHYU ALQURAN Mengandungi pelbagai ilmu pengetahuan kepada semua manusia dan merupakan rahmat keapda orang yang beriman sebagai pegangan hidup. Seterusnya, tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kitab lain dan terjamin daripada sebarang perubahan atau pemalsuan sehingga ke hari kiamat.
PERSOALAN YANG TIDAK MAMPU DIFIKIRKAN OLEH AKAL TANPA BIMBINGAN WAHYU Memikirkan hakikat ketuhanan yang sebenar dan memimikirkan cara-cara beribadat yang sebenar. Seterusnya, memikirkan perkaraperkara ghaib.Contohnya malaikat, jin, dan sebagainya. Selain itu memikirkan perkara-perkara Samiyyat seperti azab kubur,syurga dan neraka dan memikirkan nilai-nilai dan akhlak murni yang sebenar. Ada pun sains boleh mengkaji ciptaan dan proses pembentukan manusia,
tetapi ia hanya dapat disahkan pada abad ke 19. Didalam ALQuran diceritakan secara terperinci akan proses tersebut. Malah, sehingga kini manusia masih belum dapat pastikan dari mana ruh manusia di masukkan. Roh merupakan keajaiban yang datang dari Allah, suatu perkara yang ghaib.
SEBAB AKAL MANUSIA MEMERLUKAN WAHYU Akal manusia sentiasa terdedah kepada kesilapan dan kemampuan akal adalah terhad dan hanya mampu memikirkan perkara zahir. Selain itu,kebenaran akal adalah bersifat sementara dan akal manusia mudah dipengaruhi oleh nafsu dan persekitaran. Dunia islam mestilah bersih daripada kesan-kesan peperang pemikiran ini dari segi sistem dan kandungannya,mahupun perancang dan pendidik yang menggerakkan proses tarbiyyah bagi membina generasi muda yang bakal memimpin masyarakat Islam di masa hadapan.Perancang pendidikan,mestilah merancang dan merangka serta mencari jalan dan kaedah paling berkesan untuk menggagalkan peperangan pemikiran umat supaya tunduk kepada mereka.Penjajahan fikiran lebih berbahaya daripada penaklukan negara.Ini ialah kerana penaklukan pemikiran itu tidak berakhir dengan pengunduran penjajah daripada sesuatu negara.
ARTIKEL DAN ULASAN
Artikel 1
Artikel 2
Ulasan: Setelah menjalankan kerja ini,kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang wahyu dalam kehidupan manusia pada generasi kini.Al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang saing dan teknologi.Galakan Al-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam.Kita sebagai generasi muda islam yang bakal menerajui bidang professional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran AlQuran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkatkan ketaatan kepadanya.
Artikel 3
Artikel 4
Ulasan: Sebagai ulasan, akal secara lebih holistik iaitu dari sudut zahir dan batin. Akal diiktiraf sebagai sumber ilmu dalam islam, namun meletakkan had kepada kemampuan akal selaras dengan kelemahan akal yang tidak mampu memahami hakikat perkara ghaib.Pembahagian hujah menirit ilmu mantik menyatakan dengan jelas kedudukan wahyu dan akal dalam penghujahan. Akal dari sudut menurut islam juga mengiktiraf dari sudut batin, pembahagian hujah aqli burha mengiktiraf wujdaniyyyat. Islam juga mengiktiraf mutawatirat (periwayatan), islam mempunyai jawapan yang lebih holistik dalam memahami akal dan pengiktirafannya. Dalil naqli dan dalil aqli Burhan boleh dimanfaat dalam penyelidikan berkaitan islam. Wahyu dan akal boleh saling sokong menyokong namun terdapat empat perkara perlu diberi perhatian sperti yang telah dibincangkan di atas. Dengan itu mantik dilihat dapat merungkaikan kekeliruan antara kedudukan akal dan wahyu dalam penyelidikan. Kedudukan akal mendapat pengiktirafan dalam islam tetapi tidak melebihi kedudukan wahyu. Kedudukan akal dan wahyu ditentukan dengan jelas melalui ilmu.
Artikel 5
Artikel 6
Ulasan: Sebagai ulasan yang dapat dibuat melalui artikel ini ialah,wahyu merupakan satu keperluan dalam hidup manusia iaitu wahyu dapat membentulkan akidah manusia serta membawa manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah.Sebagai contoh,manusia menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan seharian.Selain itu,wahyu juga dapat membetulkan ajaran agama yang telah diselewengkan dan menerangkan cara-cara melaksanakan ibadat seperti ajaran agama yang telah disalah ertikan oleh masyarakat kita pada hari ini contohnya ajaran sesat,syiah dan sebagainya.Keperluan wahyu juga dapat mendidik akhlak manusia serta panduan kepada manusia untuk melaksanakan perintah Allah SWT dan mendorong akal manusia membina tamadun.Oleh itu,wahyu sangat penting dalam kehidupan manusia supaya generasi menjadikan wahyu sebagai panduan hidup.
RUMUSAN Setelah menjalan kerja ini, kami dapat memahami dengan lebih mendalam tentang peranan wahyu dalam kehidupan manusia pada generasi kini. Wahyu tidak serta merta kehilangan fungsi. Ketiak kita berhadapan dengan sesuatu yang tidak lazim, kita masih memerlukan “Pertimbangan Wahyu”. Al-Quran yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai peranan yang sangat penting dalam bidang sains dan teknologi.Galakan AL-Quran untuk mengkaji dan merenungi penciptaan alam telah menjadi titik utama untuk mendorong para saintis Islam melakukan kajian. Justeru, kita sebagai generasi muda islam yang bakal menerajui bidang-bidang profesional ini mestilah bertindak bijak dengan mengamalkan segala ajaran AL-Quran dan mengkaji penciptaan alam semesta agar dapat bertemu dengan hikmahnya serta meningkatkan ketaatan kepadanya
RUJUKAN https://online.anyflip.com/wqefq/pmrd/mobile/index.html
SEKIAN TERIMA KASIH!