PERBANKAN DALAM ISLAM (G4). Flipbook PDF


52 downloads 104 Views 754KB Size

Recommend Stories


G4-22 G4-23 G4-28 G4-30. La Memoria
1 RSE BMSC G4-22 G4-23 G4-28 G4-30 La Memoria Con al apoyo y participación sistematizada de todas las áreas del Banco Mercantil Santa Cruz publica

Story Transcript

PERBANKAN DALAM ISLAM PENSYARAH : USTAZ WAN AHMAD RAZIF MUHAMMAD NUR HARIZ BIN NOOR HASBULLAH 02DAT22F1019 MUHAMMAD FARIS HIFZHAN BIN ZAFIR 02DAT22F1035 MUHAMMAD IKHWANUL HAKIM BIN PAUZI 02DAT22F1045 MUHAMMAD FARIZ BIN MOHAMMAD MUSLIM 02DAT22F1047 FAIZ AZRI BIN ROSMAN NOOR 02DAT22F1068

1

ISI KANDUNGAN BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1

PENGENALAN

3

2

SEJARAH PERBANKAN ISLAM

4

3

UNSUR HARAM DALAM PERBANKAN DALAM ISLAM

4

KELEBIHAN PERBANKAN DALAM ISLAM

5

PERBEZAAN PERBANKAN DALAM ISLAM & PERBANKAN KONVENSIONAL

6

PRINSIP SYARIAH YANG DIGUNAKAN OLEH SISTEM PERBANKAN ISLAMIK

7

KESIMPULAN

5-8 9 10 11-13 14 2

PENGENALAN • Secara amnya, perbankan Islam adalah sebuah sistem

perbankan yang mematuhi undang-undang Islam, iaitu undang-undang yang mematahi syariah. Perbankan Islam ditubuhkan dengan satu objektif utama iaitu untuk memberi alternatif dalam khidmat perbankan kepada umat Islam. Ini kerana, sebelum perbankan Islam diperkenalkan, umat İslam hanya mempunyai satu pilihan iaitu perbankan Konvensional. • Antara prinsip asas yang dipatuhi oleh perbankan

Islamik ialah: •

Tidak boleh mengenakan unsur faedah (interest) yang menjurus kepada Riba.



Produk dan perkhidmatan mestilah Halal dan patuh Syariah.



Tidak menawarkan produk dan perkhidmatan dengan unsur-unsur Haram, Riba, Gharar, Zulm, Ikhtikar dan Maisir 3

SEJARAH PERBANKAN ISLAM

• Malaysia adalah salah satu negara yang mengamalkan konsep perbankan Islam. Perbankan Islam di Malaysia turut telah diiktiraf serata dunia. Industri kewangan Islam ini bermula di Malaysia pada tahun 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (Lembaga Tabung Haji). Setelah itu, pada tahun 1983, Bank Islam pula ditubuhkan dan diikuti dengan tertubuhnya bank komersial yang lain pada tahun 1993. •Ketika itu, industri kewangan Islam sedang pesat membangun. Bank Negara Malaysia mengambil keputusan untuk menubuhkan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan mengenai Perbankan Islam pada 1 Mei 1997. Industri kewangan ini bertambah pesat lagi pada tahun 2004 apabila kerajaan ketika itu membenarkan bank asing dan antarabangsa untuk melaksanakan produk dan perkhidmatan perbankan Islamik mereka di Malaysia.

4

Riba

Maisir

UNSUR HARAM DALAM PERBANKAN DALAM ISLAM

Gharar

Zulm

5

RIBA • Dari segi bahasa, riba’ bermaksud lebihan

ataupun tambahan. Ia juga boleh didefinasikan sebagai segala bentuk tekanan yang berlaku melibatkan urusan jual beli atau pinjaman. • Berhubung soal hukum riba’, semua pihak ataupun individu yang termasuk dalam pengurusan pinjaman adalah terlibat dengan kegiatan riba’. Mereka terdiri daripada peminjam iaitu penerima hutang dan pemberi hutang atau insititusi yang memberi hutang. Dalam Islam telah dinyatakan bahawasanya amalan riba’ adalah jelas haram dan merupakan dosa besar yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka yang melakukan riba adalah penghuni neraka dan mereka akan kekal didalamnya.

6

GHARAR • Gharar

adalah transaksi bisnis yang mengandung ketidakjelasan bagi para pihak, baik dari segi kuantitas, fisik, kualitas, waktu penyerahan, bahkan objek transaksinya pun bisa jadi masih bersifat spekulatif. Ketidakpastian ini melanggar prinsip syariah yang idealnya harus transparan dan memberi keuntungan bagi kedua belah pihak

• Dengan

demikian, Islam memandang bahwa gharar adalah hal yang merugikan para pihak, terutama pembeli. Hal ini karena jika konsumen sudah membayar terlebih dahulu tanpa melihat objek transaksi, jika ternyata barang tersebut tidak sesuai kehendaknya, tentu akan menimbulkan sengketa atau kerugian.

ZULM • Zulm

atau zulum pula merujuk kepada penindasan atau aktiviti yang kejam, zalim yang dilakukan oleh manusia. Oleh kerana Zulm dilarang di dalam Islam, perbuatan ini juga harus dielakkan dalam Sistem Perbankan Islamik.

7

MAISIR • Seterusnya

adalah Maisir. Maisir adalah sebuah aktiviti yang mempunyai unsur perjudian. Perjudian ini bermaksud di mana pertandingan atau pertaruhan antara dua pihak akan mengakibatkan kerugian kepada salah satu pihak.

• Ia

adalah lebih spesifik daripada Qimar. Qimar pula adalah lebih umum. Ia juga merangkumi segala bentuk pertaruhan. Manakala Maisir lebih kepada pertaruhan yang jelas menggunakan nasib dan kemahiran.

• Perjudian

adalah salah satu aktiviti yang sama sekali haram di sisi agama Islam. Oleh itu konsep perbankan Islamik akan mengelakkan aktiviti, produk dan perkhidmatan yang mempunyai unsur Maysir/Maisir.

8

KELEBIHAN PERBANKAN DALAM ISLAM •

Pembahagian dividen berdasarkan keuntungan aktiviti jualbeli.

• Penyerahan dan penyaluran dana sesuai dengan syariah

Islam yang diawasi oleh badanPengawal Syariah •

Menjalankan aktiviti jualbeli yang halal saja.

• Penentuan kadar purata bagi hasil jualbeli dibuat pada

waktu akad dengan berdasarkan padakemungkinan untung rugi. • Kadar purata bagi hasil jualbell (sistem muamalah)

berdasarkan kepada jumlah keuntunganyang diperolehi. •

Perbankan islam tidak ada yang meragukan dari segi sumber keuntungan bagi hasil jualbeliatau perlaburan yang dilakukan



Merangkumi 20% daripada juzuk pasaran perbankan dan insurans dan memberi sumbangan yang berkesan kepada sektor kewangan ekonomi negara.

• Diwakili oleh sebilangan IPI dan PT(pengendali takaful)

yang kukuh dengan modal yang besarserta menawarkan produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang lengkap dan komprehensif 9

PERBEZAAN PERBANKAN DALAM ISLAM & PERBANKAN KONVENSIONAL PERBANKAN DALAM ISLAM

PERBANKAN KONVENSIONAL

Berdasarkan keuntungan

Berdasarkan bunga dan hasil

Berorientasikan Keuntungan dan Al-Falah

Berorientasikan keuntungan

Hubungan dengan pelanggan dalam bentuk hubungan perkongsian

Hubungan dengan pelanggan dalam bentuk hubungan pemiutang (penghutang)

Pengguna dana sebenar

Pencipta bekalan wang

Menjalankan aktiviti jual beli yang halal sahaja

Menjalankan aktiviti jual beli yang halal dan haram

Penyerahan dan penyaluran dana diawasi oleh badan Pengawal Syariah

Tidak terdapat badan Pengawal Syariah

10

PRINSIP SYARIAH YANG DIGUNAKAN OLEH SISTEM PERBANKAN ISLAMIK 1.

BAI BITHAMAN AJIL

• Jualan barangan dimana pembeli membayar kepada

penjual selepas jualan dalam tempoh tertunda yang telah dipersetujui terlebih dahulu pada harga yang dipersetujui, sama ada sekaligus atau secara ansuran

2. BAL INAH • Perjanjian jual beli semula dimana penjual menjuala

asset sandaran pada harga kos dan membuat penambahan harga(harga jualan) serta membeli semula secara serta merta pada harga secara tunai. Pembeli akan membayar harga jualan mengikut terma tertunda.

3. IJARAH • Perjanjian penyewaan antara pemberi pajak dengan

pemajak yang mana penyewa berhak ke atas usufruk(manfaat) pada asset yang dimiliki oleh pemberi pajak. Pemberi pajak kekal sebagai pemegang tetap kepada asset tersebut sehingga tempoh matang penyewaan itu 11

4. MUDARABAH (PERKONGSIAN UNTUNG) • Perjanjian perkongsian keuntungan antara dua pihak,

iaitu pelabur dan usahawan. Pelabur akan menyediakan dana kepada usahawan untuk urursniaga dan mendapat pulangan dari dana yang dilaburkan berdasarkan nisbah perkongsian keuntungan yang dipersetujui.

5.WADIAH (SIMPANAN) • Wadiah bermaksud simpanan dimana bank adalah

pemegang Amanah dana dan tempat simpanan wang bagi masyarakat.

6.QARDHUL HASSAN (PINJAMAN IHSAN) • Ia adalah pinjaman yang diberikan kepada peminjam atas

ihsan dan peminjam dikehendaki membayar amaun yang dipinjam sahaja. Namun, peminjam boleh juga membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

12

7.HIBAH (HADIAH) •Hibah adalah saguhati atau hadiah yang

diberi secara sukarela tanpa mengharapkan apa_apa balasan. Hibah adalah pilihan bagi mereka yang ingin menguruskan harta pusaka. Konsep Syariah perbankan Islam akann digunakan dalam pelbagai transaksi dan urusan kewangan di negara kita. Dengan mengamalkan konsep Syariah ini, semua urusan kitapastinya akan berjalan lancer dan diredhai Allah.

13

KESIMPULAN

•Perbankan Islam merupakan satu institusi

yang meletakkan unsur keadlian, ketepatan, dan keseimbangan dalam setiap transaksi yang dijalankan, Justeru, setiap muslim wajib yakin dengan kemampuan ekonomi Islam dan berusaha mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat supaya memilih perbankan islam sebagai sebahagian tanggungajwab mereka kepada agama.

14

15

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.