PRACTICAL SHEET 4, 5, 6 & 7 Flipbook PDF

PERFORM IMPLEMENT-PTO CONNECTION ACCORDING TO TRACTOR MANUAL OPERATION PERFORM ATTACHING IMPLEMENT TO THREE-POINT HITCH

40 downloads 111 Views 2MB Size

Recommend Stories


"#.,%%"+5 52"#4&*" 6-7$%&(8$"
!"#$%"&'#()*++,(-$.&/*%0,/$),"&1 %"&+(/'"23"&)$&4%"-+"&/"#.,%%"+5 !"#$#%&'%( Pepita Grilla !"#$%&'()%)*+,%-. )*%+,*-*./'$'0*.#%.,'.*/"'. ..........

4 CHANNEL HEADPHONE AMP
0 10 VOLUME L R BALANCE CH 4 OL 0 0 -6 -18 SHAPE OUT 0 -6 VOLUME10 SHAPE OUT 0 VOLUME10 -12 SHAPE OUT -18 CH 2 STEREO 0 -6 -12

0 12 '' 4* * 5" :6:;6 :
!" ' #$ % & % ' & '() * + ) * $ $ , - $ . 3 / 0 1 2 * ' ! ' ' - 4 * ) * 5 " 6 7 86896: 6:;6 : () 6/ / 6 " < I 4 ) 6 ? / @ "

Índice. Resumen.3. Introducción 4. Marco teórico.4. Objetivo...5. Problema.5. Desarrollo 6. Materiales 6. Procedimiento.7. Resultados
1 Índice Resumen………………………………………………………………………………….3 Introducción………………………………………………………………………………4 Marco teórico…………………………………………………………………………….4 Objetivo…

& 0! 2! 5& 6! 9 % :7 75& %" :7 "% :7& # : ; #"
! " # $ %# & $ '( & ) # *+ ,. / & . ! 0 , *, & ) ! # 1 " #" " 2 23& 4 2 &! & 3 2 ! 5& 2 7 2 &! 6 ! , 2 ! 81 & % 9 7 5

Story Transcript

UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIA FRANCE INSTITUTE KOLEJ VOKASIONAL DATO’ LELA MAHARAJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO DME 3323 – MECHANICS OF TRACTORS PRACTICAL SHEET 4, 5, 6 & 7 PERFORM IMPLEMENT-PTO CONNECTION ACCORDING TO TRACTOR MANUAL OPERATION PERFORM ATTACHING IMPLEMENT TO THREE-POINT HITCH ACCORDING TO TRACTOR MANUAL PERFORM HORIZONTAL STABILITY FOR TRACTOR ACCORDING TO TRACTOR OPERATION MANUAL SELECT THE RIGHT SIZE OF IMPLEMENT BASED ON TRACTOR POWER NAMA PELAJAR NO. K/P KELAS / TAHUN 2 DIPLOMA TEKNOLOGI MEKANISASI AGRO / 2022 NAMA PENSYARAH PUAN NUR LEENNA BTE ABDUL RAHMAN/ PUAN NOORWARNI BINTI MOKHTAR MARKAH :


Tajuk: PERFORM IMPLEMENT-PTO CONNECTION ACCORDING TO TRACTOR MANUAL OPERATION. Arahan: Setiap pelajar dikehendaki menjalankan amali dibawah. Rajah 1 : Komponen Power Take-Off (PTO)


LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN: Semasa bekerja menggunakan PTO, perlulah mematuhi langkah keselamatan seperti berikut: i. Sentiasa kenakan penutup PTO semasa ianya tidak digunakan. ii. Sentiasa buka sambungan bila PTO tidak digunakan. iii. Jangan cuba menyambung PTO semasa enjin hidup. iv. Sentiasa mengawasi tangan, kaki dan pakaian jauh daripada bahagian PTO dan PTO itu sendiri. v. Sentiasa tentukan pakaian kemas semasa cuba mengendalikan PTO. vi. Jangan mengoperasi aci PTO pada sudut yang keterlaluan. vii. Jangan benarkan sesiapa menumpang di atas bar tarik semasa mengoperasi PTO. viii. Jangan cuba menyambung peralatan 540 rpm kepada 1000 rpm PTO. ix. Matikan enjin semasa cuba memeriksa aci PTO. x. Pastikan aci PTO betul-betul masuk sebelum mengoperasi PTO. xi. Jangan menservis PTO atau melakukan apa-apa pada aci PTO sebelum enjin dimatikan. PROSEDUR MENYAMBUNG DAN MENANGGALKAN POWER TAKE-OFF (PTO) PADA TRAKTOR Selaraskan titik sambungan dan pastikan traktor pada gear neutral (bebas). Tetapkan kepada parking brake dan matikan traktor. Panjangkan aci PTO ke PTO traktor. Selaraskan spline pada takuk. Tekan butang pengunci ke bawah. Masukkan aci dan coupler. Uji sambungan PTO dan pastikan ianya bersambung. Untuk menanggalkan PTO, pastikan semua bahagian yang bergerak telah berhenti sepenuhnya sebelum mendekati implement. Tanggalkan PTO apabila tidak digunakan.


PROSEDUR MENYAMBUNG IMPLEMEN PADA PENYANGKUT TIGA MATA (THREEPOINT LINKAGE) PADA TRAKTOR Rajah 2 : Komponen penyangkut tiga mata (three-point linkage) 1. Undur traktor ke implement supaya selari dengan tempat sambungan. Letakkan gear pada transmisi neutral (N), matikan enjin dan tarik brek sebelum meninggalakn traktor. 2. Sambungkan lengan kiri dan kanan penyangkut tiga mata dengan implemen dan sematkan menggunakan pin dan klip (Rujuk rajah 2). 3. Hidupkan traktor dan perlahan-lahan naikkan lengan draf dengan kawalan hidraulik untuk selarikan sambungan bahagian atas penyangkut. 4. Sambungkan bahagian atas penyangkut tiga mata dengan bahagian atas penyangkut implement dengan menggunakan pin dan klip yang sesuai.


PROSEDUR MENINGKATKAN KESTABILAN TRAKTOR – MENGURANGKAN RISIKO TERBALIK 1. Sentiasa menyangkut beban pada drawbar, jangan terlebih tinggi. 2. Gunakan beban hadapan untuk meningkatkan kestabilan traktor. 3. Jangan menukar gear pada cerun. 4. Mulakan pergerakan traktor dengan perlahan dan tukar kelajuan secara berperingkat. 5. Elakkan mengundur ketika menuruni bukit. 6. Pandu sekitar parit, bukan melaluinya. 7. Pastikan beban hadapan pada kedudukan yang rendah ketika bergerak dan membelok. 8. Jangan menaikkan beban sehingga anda tiba di destinasi dan traktor tidak bergerak. Anda dikehendaki memandu traktor bersama implemen dengan mematuhi syarat-syarat berikut: Membrek dengan betul. Pastikan bucket pada kedudukan yang rendah apabila bergerak. Memandu pada kelajuan yang bersesuaian. Berhati-hati memandu di kawasan cerun.


MEMILIH SAIZ IMPLEMEN YANG BETUL BERDASARKAN KUASA TRAKTOR Apabila ingin memadankan traktor dengan implemen yang betul, saiz dan berat implemen serta kuasa traktor (kuasa kuda-horse power) adalah factor asas. Kuasa Kuda atau Horse Power (HP) adalah satu cara utama dalam industri pertanian untuk mengukur saiz traktor. Adalah dimaklumkan bahawa nilai HP berbeza antara enjin dan PTO. Kedua-duanya perlu dipertimbangkan apabila memilih implemen yang betul untuk traktor anda kerana ia saling berkaitan. Kuasa PTO membenarkan implemen untuk menarik tenaga daripada enjin. Kuasa enjin digunakan untuk menarik implemen. Faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan semasa memilih implemen untuk traktor anda adalah seperti berikut: Berat Pertimbangan yang sangat penting semasa mimilih implemen adalah beratnya. Adakah ia terlalu berat untuk traktor beroperasi? Adakah saya perlukan pemberat di bahagian depan untuk mengimbangi berat implemen di belakang traktor? Hal ini sangat penting terutama untuk penggunaan di kawasan curam atau semasa menggunakan traktor yang kecil. Lebar Apabila ingin membeli implemen, salah satu yang perlu dipertimbangkan adalah lebarnya. Periksa lebar roda traktor belakang anda - jika boleh pertimbangkan implemen yang sesuai di dalam atau sepadan dengan roda. Adalah lebih mudah untuk menyelaraskan diri anda dengan roda traktor apabila anda memotong, menebas atau menggred berbanding dengan implemen. Implemen yang lebih lebar juga boleh dipertimbangkan terutamanya apabila saiz traktor dan HP membenarkannya. Bahan Api Pemilihan saiz implemen juga perlu mengambil kira dari segi penggunaan bahan api. Saiz implemen yang betul akan mengekalkan kecekapan semasa penggunaannya. Jika traktor terlalu besar, kos dan penggunaan bahan api yang lebih diperlukan. Oleh itu, pemadanan saiz implemen yang betul dengan traktor adalah sangat penting bagi mengurangkan kos operasi. Berat implemen juga mempengaruhi penggunaan bahan api. Semakin berat implement, semakin tinggi penggunaan bahan api.


Lebih Muatan – Apabila implemen terlalu besar untuk traktor Jika implement terlalu besar untuk traktor, ia boleh mendatangkan beberapa masalah. Lebih muatan pada traktor akan mengakibatkan kelajuan menjadi perlahan di lading, mengurangkan jumlah dan kualiti kerja yang dicapai. Ia juga boleh mengakibatkan haus dan lusuh yang tidak perlu pada implemen dan traktor. Meningkatkan potensi masa henti dan kos penyelenggaraan secara keseluruhan. Kuasa Kuda VS Saiz Implemen Untuk mengenalpasti satu padanan yang baik adalah bergantung pada: Saiz traktor (kuasa kuda-horse power) kedua-dua PTO dan enjin Jenis dan keadaan tanah Kelajuan operasi Jenis implemen yang diperlukan


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.