Presentation1 ebook covid 19 Flipbook PDF

Presentation1 ebook covid 19

8 downloads 109 Views 3MB Size

Recommend Stories


Get Instant Access to ebook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF. ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF
Get Instant Access to eBook Magia Con Velas PDF at Our Huge Library MAGIA CON VELAS PDF ==> Download: MAGIA CON VELAS PDF MAGIA CON VELAS PDF - Are y

Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site
Get Como Superar Conflictos De Pareja pdf ebook download free site >-- Click Here to Download Como Superar Conflictos De Pareja Now --< >-- Click H

Story Transcript

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera , Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan kersyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kami dapat menyiapkan E-Majalah yng bertajuk ‘ Pandemik COVID-19 ’ ni dengan sempurna dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Kami juga ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada Puan Farah Hanan iaitu selaku Pensyarah Nilai Masyarakat Malaysia yang telah memberi tunjuk ajar, memberi teguran serta membimbing dan berkongsi maklumat dalam membantu kami menyiapkan E-Majalah sehingga kami dapat menghasilkan E-Majalah ini. Dalam menghasikan E-Majalah ini juga, kami telah memperolehi pelbagai isi. Isi yang telah kami perolehi ini ialah menunjukkan bertapa pentingnya untuk kita atau masyarakat dalam membina jalinan yang kuat dalam perpaduan di antara pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini. Hal ini supaya pandemik COVID-19 ini tidak akan berulang lagi Akhir kata, kumpulan kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat beberapa kekuragan dalam EMajalah ini. Dalam E-Majalah ini kami juga berharap semua pembaca yang membaca ini dapat memahami serta mengetahui mesej utama yang ingin disampaikan.

Objektif 1) Dapat mengetahui maksud sebenar Pandemik COVID-19. • 2) Mengetahui lebih banyak kesan semasa Pandemik COVID-19 ini. • 3) Mengkaji dan mengenalpasti Punca-punca serta factor yang telah menyebabkan Pandemi COVID-19 ini berlaku. • 4) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar-iktibar yang diperoleh daripada Pandemik COVID-19 ini •

5 Faktor Pandemik COVID19

1) Kelonggaran beberapa perintah larangan . Ini termasuk pembukaan semula pelbagai sektor ekonomi, pembukaan semula sempadan-sempadan negara, penganjuran perhimpunan beramai-ramai telah menyebabkan kes COVID-19 meningkat secara mendadak di kebanyakan negara. Situasi ini menjadi lebih membimbangkan dengan kemunculan mutasi baharu virus SARS-CoV-2. Situasi yang sama dapat dilihat di Malaysia sejak awal bulan April 2021. Malaysia mencatatkan pertambahan sebanyak 61,984 kes baharu dan 235 kes kematian COVID-19 dalam masa 4 minggu. Seperti diketahui umum, peningkatan kes baharu dan kematian yang mendadak ini telah meningkatkan bebanan sektor kesihatan negara. Susulan itu, kapasiti hospital telah ditingkatkan dan lebih ramai petugas kesihatan telah dimobilisasikan ke kawasan-kawasan wabak bagi menampung peningkatan jumlah pesakit.

2)Kontak rapat punca penularan COVID-19. Masyarakat kini amat bimbang dan panik mengenai penularan covid-19 terutamanya di Malaysia disebabkan covid- 19 merupakan virus yang mudah berjangkit melalui ‘droplet’ dari individu ke individu.Covid- 19 adalah penularan virus yang berpotensi membawa maut kepada orang ramai dan ianya tidak mempunyai vaksin yang tertentu untuk mengelakkan wabak covid- 19 ini terus merebak. Malah, covid-19 ini pada perspektif orang ramai masih belum dapat difahami dengan sepenuhnya pada peringkat ini.

Individu PUI ini dikenal pasti apabila mereka mempunyai sejarah perjalanan dari China, Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali serta mereka yang mempunyai kenalan rapat dengan individu yang positif jangkitan covid-19. Ramai yang keliru dengan kenalan rapat atau ‘kontak rapat’ covid-19 bermaksud mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan satu (1) meter dengan mereka yang telah disahkan positif covid seperti jururawat yang memakai ‘Personal Protective Equipment’ (PPE) secara lengkap namun secara tidak langsung terlibat dengan penjagaan individu yang disahkan positif covid-19, tinggal berdekatan dengan pesakit serta bekerja dalam persekitaran yang sama dengan pesakit covid-19”. 3) Langgar SOP antara punca kes di beberapa negeri meningkat. Di SARAWAK, Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed berkata kebanyakan punca penularan wabak Covid-19 di negeri itu boleh dikaitkan dengan aktiviti berkumpulan secara sosial dan perjumpaan keluarga serta kegagalan mematuhi SOP di tempat kerja dan institusi.Bermula 16 Ogos lalu, Sarawak mencatatkan kes harian melebihi 1,000 kes kecuali pada 17 Ogos (835 kes), dengan kemuncaknya pada Jumaat lalu apabila kes harian mencecah paras tertinggi iaitu 2,548 kes baharu yang lebih tinggi di bahagian Kuching dan Samarahan.Susulan peningkatan kes Covid-19 itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengambil keputusan menetapkan SOP selama seminggu di Zon Selatan yang meliputi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu bermula 22 hingga 29 Ogos.Walau bagaimanapun, kadar vaksinasi di negeri itu berada pada tahap terbaik apabila setakat semalam, sejumlah 1,837,462 individu sudah menerima dos pertama manakala seramai 1,744,895 atau 62 peratus daripada populasi keseluruhan penduduk Sarawak sudah menerima dos kedua.

4) Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di tempat kerja serta aktiviti rekreasi melibatkan kumpulan pekerja disyaki sebagai punca penularan jangkitan. COVID-19 membabitkan pekerja kilang di Mukim Padang Meha, Padang Serai, Kulim dan ahli keluarga mereka. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo berkata penularan itu mencetuskan kluster industri iaitu Kluster Dah Meha Industri Kulim yang setakat 12 tengah hari semalam, seramai 133 individu dikesan positif virus itu. “Kesemua kes adalah bergejala ringan dan telah lengkap divaksinasi, kini diarahkan menjalani kuarantin di rumah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Namun beliau menjelaskan kes jangkitan adalah terkawal dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kluster tersebut. Menurutnya pihak pengurusan kilang juga telah diarahkan supaya melaksanakan pelaksanaan SOP di lokasi berisiko tinggi dalam kilang berkenaan.Sementara itu, Othman menyeru orang ramai supaya terus mengamalkan norma baharu dan mematuhi SOP yang telah digariskan iaitu memakai pelitup muka dengan sempurna di tempat kerja dan tempat awam serta mengamalkan penjarakan fizikal sepanjang masa. “Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau pensanitasi tangan, elakkan daripada bersentuhan dan bersembang dekat, hindari kawasan sesak dan ruang sempit, pastikan pengudaraan yang baik di tempat kerja dan rumah, dapatkan imunisasi COVID-19 dan amalkan gaya hidup sihat,” katanya.

5} Kegagalan Trump punca penularan luar kawalan. Kegagalan bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memberi respons di peringkat awal terhadap penularan COVID-19 menyebabkan berlaku penularan di luar kawalan. Bekas Penyelaras Tindak Balas COVID-19 White House Dr. Deborah Birx berkata, tindakan Trump memandang remeh terhadap keseriusan wabak ini dan menyebarkan maklumat salah menyebabkan warga negara itu terus berasa selamat walaupun virus sudah mula menular.

5 kesan positif daripada Pandemik COVID-19

Pandemik COVID-19 yang terjadi hampir di seluruh dunia menjadi masalah utama di dunia dan juga merupakan krisis kesihatan bagi umat manusia. Dalam sektor pendidikan, pandemik itu memberikan kesan yang sangat banyak seperti kebanyakan sekolah di dunia ditutup untuk menghentikan penyebaran COVID-19. Beberapa negara telah menutup sekolah dan menyebabkan sekurang-kurangnya 290,5 juta pelajar di seluruh dunia mengalami gangguan aktiviti pembelajaran kerana sekolah ditutup oleh kerajaan. 1) Kesan dari pandemik pertama COVID-19 menyebabkan kerajaan melaksanakan program pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian merupakan pembelajaran yang berdasarkan pada teknologi media digital yang bahan pelajarannya dihantar secara elektronik atau dalam bentuk fail kepada pelajar dari jarak jauh menggunakan rangkaian internet dengan media komputer. Menurut kerajaan pembelajaran dalam talian dinilai merupakan cara yang paling berkesan dan cekap untuk melakukan pembelajaran ditengah pandemik saat ini.

2) Kesan pandemik COVID-19 terhadap industri filem. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar pada industri filem, mencerminkan kesannya di semua sektor seni. Di seluruh dunia dan ke tahap yang berbeza-beza, pawagam dan teater filem telah ditutup, festival telah dibatalkan atau ditunda, dan keluaran filem telah dipindahkan ke tarikh yang akan datang atau ditangguhkan selama-lamanya. Ketika pawagam dan pawagam ditutup, kutipan pecah panggung merosot berbilion-bilion dolar, penstriman menjadi lebih popular, dan stok pemamer filem menurun secara mendadak. Banyak filem blokbuster yang awalnya dijadualkan akan diterbitkan antara Mac dan November ditunda atau dibatalkan di seluruh dunia, dengan penerbitan filem juga dihentikan. Industri filem China telah kehilangan AS$2 bilion pada Mac 2020, setelah menutup semua pawagamnya selama Tahun Baru Cina yang menyokong industri di seluruh Asia. Amerika Utara menyaksikan kutipan pecah panggung hujung minggu terendah sejak tahun 1998 antara 13-15 Mac 3) Kesan pandemik COVID-19 terhadap kanak-kanak. Tinjauan sistematik menyatakan bahawa kanak-kanak dengan COVID-19 mempunyai kesan yang lebih ringan dan prognosis yang lebih baik daripada orang dewasa Walau bagaimanapun, kanak-kanak terdedah kepada sindrom keradangan multisistem, penyakit sistemik yang jarang tetapi mengancam nyawa yang melibatkan demam berterusan dan keradangan melampau berikutan pendedahan kepada virus SARS-CoV-2.

Sebagai populasi yang rentan, kanak-kanak dan belia mungkin terpengaruh oleh pandemi COVID-19 di banyak bidang lain, termasuk pendidikan, kesihatan mental, keselamatan, dan kestabilan sosioekonomi; jangkitan virus boleh menyebabkan perpisahan atau kehilangan keluarga mereka. Seperti banyak krisis lain, pandemik COVID-19 boleh menyebabkan kelemahan dan ketidaksamaan yang ada dialami oleh kanak-kanak

4) Kesan pandemik COVID-19 terhadap pekerja kesihatan. Pandemik COVID-19 telah mempengaruhi pekerja kesihatan secara fizikal dan psikologi.[1] Pekerja kesihatan lebih mudah dijangkiti COVID-19 daripada orang awam kerana mereka lebih kerap berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Pekerja kesihatan dikehendaki bekerja dalam keadaan tertekan tanpa peralatan pelindung diri yang betul dan membuat keputusan sukar yang melibatkan implikasi etika. Sistem kesihatan dan sosial di seluruh dunia sedang berusaha untuk mengatasi masalah ini. Keadaan ini amat mencabar dalam konteks negara berpendapatan rendah yang rapuh, di mana sistem kesihatan dan sosial sudah lemah. Perkhidmatan untuk menyediakan penjagaan kesihatan seksual dan pembiakan berisiko diabaikan, menyebabkan kematian dan kematian ibu yang lebih tinggi.

5) Kesan maklumat palsu berkaitan pandemik COVID-19 Selepas pandemik COVID-19, teori konspirasi dan maklumat palsu menyebarkan secara dalam talian mengenai asal usul dan skala virus. Beberapa ciapan media sosial mendakwa virus itu ialah senjata bio dengan vaksin dipatenkan, skim kawalan populasi, atau hasil operasi pengintip. Facebook, Twitter dan Google berkata mereka bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menangani "maklumat palsu". Dalam ciapan blog, Facebook menyatakan bahawa mereka akan membuang kandungan yang ditandai oleh pertubuhan kesihatan global terkemuka dan pihak berkuasa tempatan yang melanggar dasar kandungannya mengenai maklumat palsu menyebabkan "bahaya fizikal”.

Kerajaan hanya mengarahkan rakyat untuk kekal berada di rumah masingmasing dan mengurangkan pergerakan selama 14 hari sahaja, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan. Perkara begitu mudah mengapa sukar untuk rakyat fahami dan ikuti arahannya? Masih ada segelintir rakyat yang membuka gerai untuk jualan, bersukan dan bersiar-siar. Di manakah peranan kita sebagai rakyat yang prihatin bagi menyokong tindakan kerajaan dalam membasmi virus ini? Jangan bersikap pentingkan diri kerana kita fikir sihat tetapi tanpa sedar kita pembawa kepada virus itu. Mahukah kita menjadi rakyat prihatin? Mudah sahaja, ikuti saranan yang berikut. Pertama: Jaga jarak 1 meter. Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan. Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan melakukan senaman ringkas di dalam rumah.Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kita. Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya kekal berada di rumah selama 14 hari sahaja.

Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal. Bayangkan kita akan berpuasa tidak lama lagi, bagaimana rutin berpuasa di siang hari dalam keadaan tidak selamat dan bagaimana pula hendak berterawih pada malam hari sedangkan masjid ditutup seperti sekarang.Bayangkan juga bagaimana kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sekiranya wabak ini masih tidak ditangani dengan baik. Tiada kemeriahan dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan kita semua kekal berada di dalam rumah semasa Hari Raya.Pilihan di tangan anda!

Gambar di atas menunjukkan poster untuk rakyat sentiasa berada di rumah untuk mengelakkan penularan jangkita COVID-19 ini. Kedua: Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home.’ Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama anakanak seperti membersihkan rumah, bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat dalaman dan tidak perlu keluar.

COVID-19: Buang rasa trauma, jangan takut buat saringan di hospital atau klinik. Ketiga: Lakukan Saringan dan Kuarantin diri. Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling. Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut. Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran untuk bernafas.

Keempat: Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah. Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat digalakkan untuk membasmi virus.Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.

Kelima: Kawal pergerakan. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia seluruh dunia telah dihadkan dan ini memberikan impak yang luar biasa ke atas alam sekitar. Data yang direkodkan oleh Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China antara Januari dan Mac lalu mendapati adanya peningkatan sebanyak 84.5 peratus hari dengan kualiti udara yang baik di 337 buah bandar raya di negara itu. Data satelit yang diambil oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat menunjukkan penurunan nitrogen dioksida di China. Di Malaysia pula, Sungai Kim Kim yang sebelum ini pernah menjadi ‘popular’ berikutan pencemaran sisa toksik kimia dan berwarna kehitaman, kini telah berubah menjadi semakin jernih. Malah kelihatan ikan-ikan kecil berenang-renang yang mustahil untuk dilihat sebelum ini. Begitu juga dengan Sungai Melaka yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat kini telah bertukar jernih dan berwarna kehijauan (Bernama, 24 April 2020).Ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia ‘menghentikan’ aktivitinya, maka ia dapat menyelamat dan memulihkan keadaan alam sekitar yang begitu sukar untuk dipulihkan dalam keadaan biasa.

5 iktibar daripada Pandemik COVID-19

Lima pengajaran daripada pandemik Sebelum 2020, tiada negara yang mempunyai sebarang panduan untuk menghadapi pandemik sebegini. Namun sejak tahun lalu, kita bukan sahaja telah mempelajari ilmu baharu mengenai Covid-19, tetapi juga kebijaksanaan dalam mengendalikannya.Dalam menangani realiti Covid-19 yang sarat dengan segala keperitan, kita kini telah menjadi lebih sensitif dan menghargai jalinan antara manusia sejagat.Sememangnya, jika ada satu kebaikan daripada pandemik ini ialah ia telah memaksa kita untuk menjadi lebih kreatif, strategik serta bersifat eksperimental. Sebenarnya, apa yang perlu untuk kembali ke norma baharu adalah strategi, kreativiti dan keberanian untuk mencuba.

Iktibar 1: Berkisar tentang persediaan kita untuk menghadapi kemungkinan sesuatu pandemik lain akan berlaku di masa depan. Sebagai sebuah negara, kita boleh berbangga dengan kadar vaksinasi Malaysia yang merupakan antara terpantas di dunia, tetapi bagaimana pula persediaan kita untuk menghadapi apa jua kejutan di masa hadapan? Covid-19 berkemungkinan bukanlah pandemik terakhir yang akan menyerang negara. Justeru, kita mesti memastikan bahawa ia adalah krisis terakhir memerangkap kita dalam satu kancah yang getir – janganlah kita sekali lagi terpaksa membuat pilihan antara menyelamatkan nyawa atau mata pencarian. Bolehkah kita menggunakan krisis ini untuk memperkasakan kapasiti sistem kesihatan awam, infrastruktur kesihatan serta industri?.Mungkin kita boleh belajar daripada Korea Selatan, yang beberapa tahun lalu kurang bersedia menangani penyakit SARS

tetapi telah pantas belajar daripada episod tersebut. Apabila Covid-19 melanda, Korea Selatan telah dapat segera melonjakkan diri berpandukan pengalaman lalu.Beberapa bulan terdahulu, Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang terbukti berkesan sebagai satu strategi tindak balas krisis Covid-19. Kemampuan inilah yang seharusnya kita tingkatkan dengan cepat dan berkesan dalam menghadapi krisis lain.

Ikibar 2: Peralihan ke arah digitalisasi adalah sangat penting. Digitalisasi adalah satu “game-changer” (pengubah) yang dapat merapatkan jurang pendapatan dalam masyarakat. Semasa beberapa peringkat perintah kawalan pergerakan dilaksanakan sejak Mac 2020, kita telah melihat peranan teknologi dalam memberi keupayaan kepada aktiviti ekonomi. Malahan, penjual nasi lemak tepi jalan juga menggunakan media sosial untuk berniaga dalam talian. Kita perlu membina tonggak digital negara supaya rakyat di kawasan luar bandar mempunyai akses kepada sebarang peluang yang bersandar kepada teknologi.Dasar Digital Malaysia sudah tersedia untuk mencapai tujuan ini. Kita perlu menerima dan meraikan teknologi seperti 4IR, 5G, Data Raya dan Machine Learning (Pembelajaran Mesin) jika tidak mahu ketinggalan dalam ekonomi yang dipacu teknologi. Iktibar 3: Membina rantaian bekalan strategik. Pada permulaan krisis, kita bergelut untuk memperoleh atau menghasilkan pelitup muka, ventilator, alat bantuan pernafasan dan peralatan perubatan lain yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa.Jika kita terlalu bergantung kepada import sahaja, apa yang akan terjadi jika sempadan kita ditutup sekali lagi? Dan bagaimana pula dengan bekalan makanan?Inilah masa yang terbaik untuk menerapkan konsep kelestarian dalam rantaian bekalan kita,

termasuk sosial dan persekitaran kerana isu kelestarian dan keuntungan tidak lagi saling eksklusif. Iktibar 4: Inilah peluang terbaik untuk kita mengambil pendekatan strategik terhadap isu-isu struktur yang selama ini menghalang kita daripada mencapai potensi sebenar sosioekonomi negara. Pandemik ini telah menonjolkan banyak kelemahan dalam negara. Salah satunya ialah kapasiti untuk mewujudkan pekerjaan. Maka, pada awal 2021, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pekerjaan Nasional (MPN) untuk mengadakan usaha sepadu mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan baharu tahun ini.Pada September, kita telah berjaya mencipta 390,000 pekerjaan baharu dan InsyaAllah, kita berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran pada Disember. Kadar pengangguran pada Mei 2020 berada pada 5.3% tetapi pada bulan Ogos lalu, ia telah menurun ke 4.6%. Namun begitu, peranan MPN bukan hanya untuk mencipta pekerjaan. Malah, ia juga tentang kualiti pekerjaan dan meningkatkan kapasiti, contohnya memastikan kemahiran graduan berpadanan dengan permintaan industri, memberi latihan semula graduan untuk menceburkan diri dalam industri lain, membangunkan pembelajaran vokasional, serta menyokong agenda keusahawanan. Inilah strategi holistik MPN untuk membina daya tahan dalam kalangan masyarakat kita. RMKe-12 dan Bajet 2022 Baru-baru ini, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) telah diumumkan sebagai landasan arah ekonomi negara kita untuk lima tahun akan datang. RMKe-12 adalah naskhah penting mengandungi pelbagai langkah penting melakarkan trajektori ekonomi kita, tetapi yang apa mencerakinkan pelaksanaan pelan lima tahun ini ke peringkat yang lebih terperinci adalah bajet tahunan.Pada 29 Oktober ini, saya akan membentangkan Bajet 2022. Walaupun bajet ini lumrahnya dilihat sebagai polisi jangka pendek untuk pemulihan sosioekonomi negara, ia juga kritikal untuk kita menggerakkan reformasi fiskal dan institusi dalam jangka panjang.

Iktibar 5 : Iktibar Umat Islam untuk memperkukuh hubungan silaturahim dan saling bantu membantu sesama kita.. Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peristiwa hijrah mengajar umat Islam bersabar dalam apa jua cabaran, di samping sentiasa berusaha untuk berikhtiar dan bertawakal kepada Allah SWT.Katanya, peristiwa hijrah menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w mengeratkan ikatan persaudaraan antara Muhajirin yang berasal dari Mekah dan Ansar dari Madinah. “Hubungan yang dibina atas asas Islam dan taqwa akhirnya berjaya membentuk kesatuan fikrah dan kerjasama dalam kalangan penduduk Madinah,” katanya pada kenyataan sempena perutusan sambutan Hijratul Rasul 1443 hari ini. Menteri Besar juga berkata, hari ini merupakan hari terakhir tahun hijrah 1442. Menurutnya tahun hijrah 1442 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai peristiwa lebih-lebih lagi diuji dengan penularan wabak Covid-19.“Sambutan awal tahun hijrah bukan hanya satu acara yang rutin disambut oleh kita pada setiap tahun, akan tetapi ia adalah permulaan keazaman kita untuk membuat perubahan kepada yang lebih baik. “Serta sentiasa bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk mencari redhaNya dalam apa saja yang kita lakukan,” ujarnya. Oleh itu, sebagai hamba Allah SWT kita hendaklah sentiasa berusaha mempertingkatkan amal ibadah agar menjadi hamba yang dikasihi dan diredai. “Sama-samalah kita berdoa semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT, mudah-mudahan dengan demikian kita dapat sama-sama memartabatkan syiar Islam dan membangunkan negara dengan petunjuk dan rahmat daripada Allah SWT,”.

Kesimpulan: Kesimpulan dari pandemiK COVID-19 sangat penting dalam hasrat kita membina semula daya tahan negara untuk masa depan lebih terjamin. Sejak sempadan negeri mula dibuka dan tidak lama lagi yang akan disusuli dengan pembukaan sempadan antarabangsa— pemulihan ekonomi negara telah beralih ke fasa seterusnya, bersedia untuk bergerak dengan lebih pantas. Saya yakin dengan usaha pemulihan negara yang kian giat menjana momentum, kita akan beredar daripada pandemik ini menjadi lebih kuat dan dan lebih kukuh. Kita perlu membina atas daya momentum ini, mencapai impian kita untuk melonjakkan Malaysia kembali, malah menjadi sebuah negara yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Aktiviti pengukuhan/ujian minda 1) Berikan pendapat ada mengenai Pandemik COVID-19. 2) Senaraikan 2 punca dan 2 pengajaran daripada pandemik COVID-19. 3) Nyatakan pendapat anda sendiri dalam menangani pandemic COVID-19 ini.

rujukan: • https://www.bharian.com.m y/rencana/mindapembaca/2021/05/820467/s ikap-rakyat-sendiri-puncakes-covid-19-naik-mendadak • https://www.bharian.com.m y/rencana/komentar/2020/0 3/668184/enam-langkahmudah-perangi-covid-19 • https://www.sinarharian.co m.my/article/167312/khas/p endapat/empat-iktibardaripada-pandemik-covid-19

Terima kasih

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.