Presentation1 Flipbook PDF

Presentation1

42 downloads 110 Views 770KB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah Jambatan Kejuteraan Elektrik PENGGUNAAN BABI/ARAK DALAM PERUBATAN -Encik Fuahaidi Nama

NO MATRIK

ALIF AMIRUL BIN AYOB

03DET20F1077

MUHAMMAD ZULHAIKAL BIN ZAHALAN

03EDET20F1089

MUHAMMAD AMIR IKRAM BIN ABDUL 03EDET20F1053 HALIM AIMAN HAKIMIE BIN SULAIMAN(KETUA KUMPULAN)

03EDET20F1096

Pengenalan • ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA BERIKHTIAR DAN BERUSAHA UNTUK MENGUBATI SESUATU

PENYAKIT. WALAU BAGAIMANAPUN,DALAM DUNIA PERUBATAN ,TERDAPAT UBAT-UBATAN MODEN YANG KINI DIBANGUNKAN DARI SUMBER TIDAK HALAL . PERKARA INI TELAH MENIMBULKAN KERAGUAN DIKALANGAN PESAKIT-PESAKIT MUSLIM DAN PERAWAT SENDIRI TERUTAMANYA BERKAITAN ISU KEHARUSAN PENGGUNAANNYA . PENGGUNAAN UBAT-UBATAN MERUPAKAN SALAH SATU KAEDAH PERAWATAN DALAM MENGURANGKAN DAN / ATAU MEMULIHKAN KESIHATAN PESAKIT. MESKIPUN TERDAPAT UBAT-UBATAN YANG BERSUMBERKAN UNSUR-UNSUR YANG BERTENTANGAN DENGAN SYARIAT ISLAM TELAH DIGUNAKAN DALAM BIDANG PERUBATAN. SECARA DASARNYA AGAMA ISLAM MELARANG PENGGUNAAN UBAT-UBATAN TERSEBUT UNTUK MERAWAT PESAKIT MUSLIM. NAMUN BEGITU PENGGUNAAN TERSEBUT DIHARUSKAN KETIKA KEADAAN “DARURAT” BAGI TUJUAN MENYELAMATKAN NYAWA PESAKIT

Tujuan • Tujuan dalam memutuskan keharusan penggunaan ubat yang mengandungi bahan haram ialah untuk memastikan bahawa keperluan tersebut adalah benar-benar darurat yang perlu dipenuhi.. Usaha harus dilakukan untuk memastikan bahawa kewujudan benda-benda halal yang lain tidak dapat menghindarkan kemudaratan yang menimpa pesakit. Pengambilan yang haram itu sekadar keperluan sahaja. Pada waktu pengubatan, pengambilan yang haram itu hendaklah disyorkan, dipastikan dan diperakui oleh seorang doktor atau pengamal perubatan muslim yang adil, diyakini amalan dan pegangan agamanya serta mempunyai pengetahun dalam bidang tersebut.

PERANAN DAN CARA MENGATASI • Dalam aspek perubatan ,walaupun Nabi SAW memberi kebebasan kepada umat

Baginda untuk menggunakan bahan-bahan tertentu sebagai ubat untu merawat sesuatu penyakit namun Baginda melarang penggunaan bahan-bahan yang diharamkan Diriwayatkan oleh Abu Darda’R.A, Rasulullah SAW bersabda ; َّ ‫ِإ َّن‬ • ‫ َو َجعَ َل ِل ُك ِل دَاءٍ دَ َوا ًء فَتَدَ َاو ْوا َوالَ تَدَ َاو ْوا ِب َح َر ٍام‬، ‫اَّللَ أَ ْنزَ َل الدَّا َء َوالد ََّوا َء‬ Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat dan menyediakan bagi setiap penyakit itu ubat. Maka berubatlah, dan janganlah kamu berubat dengan benda yang diharamkan.” Riwayat Abu Daud (3870)

• Untuk mengatasi penggunaan arak dalam perubatan terutamanya adalah dengan merujuk semula kepada hukum syarak yang telah ditetapkan.Oleh itu bahan-bahan yang tidak halal dan diharamkan oleh Allah SWT seperti yang terkandung dalam Al- Quran atau dijelaskan oleh Nabi SAW sama sekali tidak boleh dijadikan ubat untuk merawat penyakit walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya menggunakan beberapa titis arak untuk merawat sesuatu penyakit.Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Jabir Ibn Abdillah R.A

• ‫يرهُ فَقَ ِليلُهُ َح َرام‬ ُ ِ‫َما أَ ْس َك َر َكث‬ Maksudnya: “Apa sahaja yang memabukkan sama ada banyak atau sedikit, ia adalah haram.” Riwayat Abu Daud (3681) dan al-Tirmizi (1865)

Sumbangan • Pengharaman arak ke atas umat Islam melalui penguat-kuasaan hukum syarak oleh negara, dan kawalan ke atas pengambilannya oleh orang bukan Islam dalam negara Islam mampu menghalang daripada berleluasanya ke- mafsadatan akibat pengambilan arak. Dalam pada itu, pelaksanaan hukum syarak ini sekali gus mampu mencapai objektif-objektif syariah (maqasid syar’iyyah) terutamanya dalam menjaga jiwa (hifz al-nafs), akal (hifz al-aqal), ke-turunan (hifz al-nasl), kehormatan (hifz al-karamah), dan keamanan (hifz al-amn) – yang kesemuanya boleh ter-ancam akibat pengambilan arak dalam masyarakat. Demikianlah antara gambaran bagaimana keindahan Islam yang bersifat rahmatan lil ‘alamin akan dapat tercapai apabila aturannya diterapkan secara sistemik dan menye- luruh. Malangnya, umat Islam pada hari ini tidak lagi hidup di bawah kepimpinan yang menerapkan sistem Islam secara kaffah (menyeluruh), sebaliknya dicengkam dalam sistem demokrasi-sekular-kapitalis yang mengagungkan prinsipprinsip kebebasan yang berasal dari Barat. Soal halal dan haram menurut sudut pandang syarak tidak lagi dijadikan sandaran, sebaliknya diukur berdasarkan manfaat dan kepuasan yang bersifat materialistik semata- mata. Bahkan dalam sistem demokrasi, ‘halal’ dan ‘haram’-nya arak itu bergantung sama ada ia berlesen ataupun tidak. Inilah realiti apabila hukum syarak tidak lagi diterapkan, sebaliknya undang-undang digubal mengikut akal dan hawa nafsu

Alkohol? • Menurut Kamus Dewan Bahasa :- Alkohol ialah cecair yang mudah terbakar dan memabukkan yang terdapat dalam minuman keras. Menurut Mu’jam Lughah al-Fuqaha :-Alkohol ialah sesuatu agen atau unsur yang memabukkan yang terkandung dalam sesuatu bahan iaitu arak.

Pandangan ulama • Pandangan Ulama-Ulama figh berbeza pendapat mengenai hukum berubat dengan benda yang haram kerana darurat. Di antara mereka ada yang mengatakan bahawa berubat itu dipandang darurat yang sangat mendesak sebagaimana halnya makan,berdasarkan sebuah sabdaRasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah Taala tidak menjadikan penyembuh kamu (ubat) dengan sesuatu yang diharamkan atas kamu"

Melalui fatwa kebangsaan Malaysia Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak . Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Pengunaan Alkohol dalam perubatan • Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang

mempunyai kumpulan hidroksi OH. la juga merupakan bahan cecair tanpa warna yang dihasilkan menerusi dua pemprosesan, pertama menerusi fermentation (penapaian), iaitu proses khas untuk menghasikan arak, dan kedua menerusi bahan kimia, iaitu proses bagi menghasilkan alkohol daripada petroleum. Hasil pemprosesan ini dikenali juga sebagai etanol atau etil alkohol. Umumnya, alkohol dan arak merupakan dua entiti yang berbeza di mana alkohol lazimnya terdapat di dalam proses pembuatan arak, tetapi alkohol itu pada zatnya sendiri adalah bukan arak. Ini kerana, perbezaan yang ketara di antara alkohol dan arak ialah alkohol tidak memabukkan tetapi ia mematikan bagi sesiapa yang meminumnya dalam kuantiti yang banyak, manakala arak pula sifatnya memabukkan tidak mematikan.bahan pencuci pembunuh kuman ubat ubatan

Kemudaratan pengambilan arak • Ajaran agama Islam secara jelas meletakkan status arak adalah haram penggunaanya kepada

orangIslam. Pengharaman arak ini disebabkan ianya merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan punca segala masalah kesihatan dan sosial.Menurut Dr.Danial, alkohol itu disamping mendatangkan banyak kesan negatif kepada kesihatan, ia juga mengurangkan air dalam badan.Alkohol bertindak ke atas selsel otak dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya yang akhirnya menyebabkan gangguan penglihatan dan hilang ingatan. lanya juga dikaitkan dengan perbuatan membunuh diri, jenayah, kemalangan, tindakan ganas dan masalah kesihatan yang menggerunkan.Kesan negatif pengambilan alcohol lebih besar dari pengambilan dadah. Kemudaratan dari penggunaan arak ini bukan sahaja kepada diri, akal dan badan seseorang sahaja bahkan melibatkan agamanya, dunianya, keluarganya seta keseluruhan masyarakat. Pengharaman ini berpandukan dalam siri penurunan firman Allah S.W.T secara berperingkatperingkat mengenai arak seperti yang disertakan:

• Terjemahan : Dan dari buah tamar (kurma) dan anggur kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal;Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah)bagi orangorang yang mahu menggunakan akalnya.Terjemahan: Mereka bertanya kepadamu (WahaiMuhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.Terjemahan: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.

• Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan

mengundi nasib dengan batangbatang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahumemalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? Rasulullah S.A.W juga turut bersabda di dalam hadis yang direkodkan para sahabat antaranya adalah:Terjemahan: Setiap yang memabukkan adalah arak, dan setiap arak adalah haramTerjemahan: Rasulullah melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak iaitu: orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak, orang yang membeli arak, orang yang meminta dibeli arak untuknya.

Kesan • Sebagaimana yang diketahui umum, kebanyakkan ubat-ubatan dalam bentuk cecair

dimasukkan kuantiti kecil alkohol Athyl di dalam pemprosesannya, bagi tujuan menjaga atau melarut sesetengah bahan tertentu yang diambil daripada tumbuh-tumbuhan, organ atau kimia yang telahpun diproses yang tidak larut dalam air. Ubat-ubatan ini dikeluarkan untuk tujuan rawatan perubatan kepada pesakit dan digunakan berdasarkan nasihat doktor. la diambil dalam beberapa sudu minuman dalm kuantiti yang kecil, yang tidak mungkin menyebabkan penyakit mabuk. Kalau seseorang ingin meminum ubat-ubatan tersebut di dalam kuantiti yang banyak, sehingga memabukkannya dan meninggal dunia, meninggalnya itu adalah kerana disebabkan keracunan ubat dan bukannya kerana mabuk itu.Berhubung dengan hukum syara' di dalam mengambil ubat-ubatan yang mengandungi kuantiti kecil alkohol, di mana masyarakat perlu mengambilnya (berubat dengannya) di dalam kuantiti tersebut dan tidak digunakan untuk memabukkan diri sebaliknya sebagai bahan penenang sahaja, ada tiga pandangan ulama' tentangnya:

Contoh penggunaan alkohol dalam perubatan -bahan pencuci kulit -ubat-ubatan

Kesimpulan • Bukan semua bahan terlarang atau yang haram digunakan dalam perubatan

sesukahati ia perlu melakukan penyelidikan yang teliti dan mendalam yang berkait rapat dengan syariah islam. Perubatan yang menggunakan arak mahupun babi adalah haram kecuali dengan dua syarat iaitu pesakit yang berada didalam keadaan darurat dan tiada pilihan ubat yang lain dengan pengesahan pegawai perubatan bahawa ubat yang mengandungi arak atau bahan terlarang sahaja yang boleh mendatangkan manfaat kepada pesakit.Selain itu, sekiranya kesan arak itu hilang dalam ubat hingga tiada rasa, warna dan bau, ini halal digunakan walaupun tanpa darurat.Oleh hal demikian, penghasilan minuman atau ubat-ubatan yang diproses atau dibuat untuk tujuan perubatan dan bukan untuk menghasilkan arak adalah harus. Akan tetapi jika terdapat kes yang darurat, maka ianya diharuskan tetapi ia juga terikat dengan kadarnya .

Penutup • Oleh itu, dalam mendepani isu ini, para ulama' figh telah menggariskan

panduan yang begitu jelas dengan bersumberkan al-Ouran dan al-Sunnah yang dijadikan rujukan dalam menghasilkan sesuatu ubat-ubatan. Di samping itu, ia juga diperkukuhkan lagi dengan beberapa fatwa serta beberapa pendapat semasa tentang peghasilan dan penggunaannya.Justeru itu, isi-isu yang berasaskan ubatan yang mengandungi bahan-bahan yang terlarang atau haram ini dapat ditangani dengan adanya sumber rujukan yang lebih tepat lagi agar ia tidak menimbulkan kekeliruan di khalayak orang ramai tentang isu penggunaan bahan tersebut dalam perubatan.

Rujukan • http://www.myhealth.gov.my/ubat-halal-a-ubat-haram-perspektif-islam/ • https://www.facebook.com/Penggunaan-Arak-Babi-Dalam-Perubatan111506933807746/

• https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/fil • https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3637-al-kafi-1345penggunaan-bahan-yang-haram-dalam-perubatan

Lampiran

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.