PSIKOLOGI PENDIDIKAN Flipbook PDF

Psikologi Pendidikan penting dalam bidang pendidikan. Menjadi panduan kepada para pendidik dalam menjalankan sesi pengaj

47 downloads 101 Views 15MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

PSIKOLOGI PENDIDIKAN PGA101 NORHASIMA NURJANNAH


KUMPULAN 6 - PGA101 PSIKOLOGI PENDIDIKAN NORHASIMA BINTI MURPHY (157012) NURJANNAH BINTI ANGNGI (157584) Penghasilan ebook ini adalah disasarkan kepada guru-guru dan bakal guru. Diharapkan ebook ini dapat memberi manfaat kepada semua.


ISI KANDUNGAN PENGENALAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN TEORI KOGNITIF TEORI BEHAVIORISME TEORI KONSTRUKTIVISME KESIMPULAN RUJUKAN 1-3 4-11 12-18 19-28 29 30


PSIKOLOGI ? Berasal dari perkataan Greek. Psyche . Yang bermaksud jiwa. rohani atau mental dan logos bermakna kajian. Oleh itu, psikologi boleh diertikan sebagai kajian jiwa, mental dan rohani manusia. Menurut William James (1890) psikologi adalah sains kehidupan mental yang menekankan kepentingan unsur-unsur subjektif yang tidak dapat didaftar oleh sistem deria manusia dengan unsur menekankan kepentingan unsur subjektif atau kemanusiaan yang tidak dapat didaftarkan oleh sistem deria. Takrifan Psikologi 1


Psikologi pendidikan merupakan cabang psikologi yang menerapkan berbagai pandangan dalam psikologi, prinsip-prinsip dan teknik-teknik psikologi dalam melakukan kegiatan pendidikan.Psikologi pendidikan menekankan penelitiaan pada aspek-aspek peserta didik sebagai manusia yang belajar, orang tua dan guru sebagai pihak-pihak yang membantu peserta didik dalam mencapai keberhasilan dalam belajar. fokus psikologi menerapkan prinsip-prinsip dan teknik-teknik yang dikembangkan dalam psikologi perkembangan, psikologi sosial, psikologi kognitif, psikologi manusia, behavioristik, psikologi gestalt dan psikologi konseling (safwan, 2005). Psikologi pendidikan merupakan ilmu yang bersifat interdisiplin kerana psikologi itu sendiri merupakan teori-teori dari berbagai ilmu lain, sperti ilmu bologi, ilmu syaraf, ilmu bahasa dan lain-lain. Psikologi pendidikan juga memusatkan perhatian kepada persoalan-persoalan yang berkaitan proses dan faktorfaktor berhubungan dengan tindakan pelajar. Oleh yang demikian, psikologi pendidikan ini mempunyai banyak teori-teori yang telah dihasilkan melalui kajian yang telah di jalankan oleh beberapa tokoh yang berbeza. PENGENALAN PSIKOLOGI PEMBELAJARAN 2


Keperluan Motivasi diperolehisejak lahir. Tindak balas dengan cara tertentu. Tenaga atau kuasa semula jadi. Keinginan mengisi atau memenuhi kekurangan Fisiologi/Psikologi Bersifat fizikal Kecederungan untuk mengekalkan keseimbangan fisiologi Keperluan fisiologi tidak dipenuhi. Perangsang Membangkit dan mengekalkan minat Mengubah sikap minat dan tingkah laku Wujudkan kekurangan Konsep-Konsep Asas Psikologi Naluri Desakan 3


TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF 4


PENGENALAN TEORI KOGNITIF Definisi "cognitive" berasal dari kata "cognition" yang mempunyai persamaan dengan "knowing" yang berarti mengetahui. Dalam kata lain ialah perolahan penataan, penggunaan pengetahuan (muhibbin,2005:65). Teori kognitif adalah berasaskan proses pemikiran, iaitu mental dalaman membolehkan manusia untuk memperoleh pengetahuan, mengesan, menyimpan, mencapai & mengingat semula pengetahuan yang tersimpan untuk digunakan (Amir 1986 ; Hassan, 1993 et al. 2005). Pendekatan kognitif menekankan proses mental dalaman. Maklumat diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan kemudian diubah dan disusun semula. kognitif menekankan bahawa manusia bukanlah penerima rangsangan yang pasifsebaliknya otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima & menukarkan maklumat tersebut kepada bentuk @ kategori baru. 5


PELOPOR TEORI KOGNITIF Lev Vygotsky (1896-1934) Jean Piaget (1896-1980) Jerome Bruner (1915-1980) Wolfgang Kohler (1887-1967) 6


JEAN PEIAGET Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Beliau memulakan kariernya sebagai penulis pada usia yang eramat muda iaitu 10 tahun. Selepas tamat sekolah menegah beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Nauchatel. Beliau mendapat PhD pada umur 22 tahun . Jean mula meminati Psikologi di Universiti Jeneva. Tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai ketua "Swiss Society for Psychologist. Beliau, memberikan banyak sumbangan kepada bidang psikologi setelah beliau bekerja dengan Binet bagi membentuk ujian kecerdasan mental. Semasa bekerja, Jean tidak berminat untuk melihat hasil jawapan betul yang diberikan oleh kanak-kanak, tetapi beliau lebih berminat untuk melihat pola-pola perlakuan yang ditunjukkan oleh kenak-kanak apabila mereka memberikan jawapan yang salah. Pada pandangan Jean pola-pola ini boleh memberikan petunjuk bagi pengetahuan bagaimana proses pembentukkan pemikiran berkembang pada kanak-kanak. 7


CIRI-CIRI TEORI JEAN PIAGET SKEMA Struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasi maklumat baru. ASIMILASI Penerimaan maklumat baru sebagai selaras dengan sekma sedia ada. AKOMODASI Pengubahsuaian skema yang ada bagi meneria maklumat baru. ADAPTASI Gabungan asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman. 8


CIRI-CIRI PERKEMBANGAN MENTAL MENURUT JEAN PIAGET Tahap pertama (Tahap deria Motor 0-2 Tahun) Pada masa dilahirkan, otak kanak-kanak belum bekerja menyebabkan ia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabursahaja. Fungsi derianya berkembang dengan cepat. Dengan itu, ia menjadi pemerhati alam sekelilingnya. Pada tahap ini juga kanak-kanak belum menguasai lambang bahasa untuk menamakan benda disekelilingnya. Contohnya, mereka menggunakan mulut untuk merasa objek. Tahap Kedua (Tahap PRA Operasi 2-7 Tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila capai 4 Tahun, mereka boleh bertutur dengan fasih melalui bahasa yang dikuasainya. Peringkat ini juga kanak-kanak mula bertuturtetapi mengenai dirinya iiatu bersifat egosentrik. contohnya, menulis huruf dengan perkataan mudah (fizikal): permainan membayangkan (kognitif). 9


Kanak-kanak mula berkemampuan untuk berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit. Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit & menguasai konsep kuantiti & bentuk berisi seperti berat badan & tinggi. Contohnya, proses pengelasan, mengklasifikasikan objek ke dalam kumpulan mengikut ciri tertentu seperti bentuk dan warna. Tahap Ketiga (Tahap Operasi konkrit 7-11 tahun) Mereka boleh berfikir secara logik termasuk abtrak, perkara yang berkaitan dengan masa hadapan & boleh meramalkan "apa yang mungkin berlaku". Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan lebih banyak dimana mereka menggalakan mendengar, membaca & berbincang kemudian melakukan latihan disekolah. Contoh kanak-kanak boleh berhipotesis memberi idea tentang masalah pencemaran alam sektiar Tahap 4 (Tahap operasi formal 11 tahun- Dewasa) 10


APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Isi pembelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Guru merancang & melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan murid menyelesaikan masalah. Guru menggalakkan murid belajar secara berkumpulan iaitu melaksanakan model pembelajaran koperatif. Hal ini menggalakkan pertukaran idea melalui perbincangan antara pelajar. 11


TEORI BEHAVIORISME 12


APAKAH TEORI BEHAVIORISME? Teori behaviorisme memfokuskan kajian pada sikap individu atau perilaku yang terjadi dalam proses belajar antara pendidik dan pelajar yang mampu menghasilkan stimulus-respon serta dapat di amati, tetapi tidak boleh di berhubung secara langsung dengan konstruksi mental seseorang. Maka dari itu kita dapat melihat bawaha teori behaviorisme menjadi penegah antara teori kognitif dan teori humanisme. Perspektif behavioral berfokus kepada peran dari belajar dalam menjelaskan tingkah laku manusia dan terjadi melalui rangsangan berdasarkan (stimulus) yang menimbulkan hubungan perilaku reaktif (respons) hukum-hukum mekanistik. Dalam mendefinisikan perilaku, teori belajar behaviorisme menekankan perubahan perilaku yang dihasilkan (Parkay& Hass, 2000). Teori behaviorisme menekankan bahawa semua perilaku dapat dipelajari dan juga dapat tergantikan oleh perilaku baru. 13


PELOPOR BEHAVIORISME Edward Lee Thorndike (1874-1949) Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936) John Watson (1878- 1958) 14


Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) BF skinner merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika yang terkenal (smith,1999). Menurut BF Skinner seseorang boleh mengawal tingkahlaku berdasarkan motivasi sendiri dan kesan tingkahlaku sebelumnya berdasarkan eksperimen yang dilakukan. Suatu proses yang memerlukan suatu reward (penghargaan) dan reinforcement (peneguhan). Kerana melalui proses itulah perilaku individu dikendalikan menurut apa yang kita inginkan. Skinner berpendapat bahawa dalam belajar yang paling penting adalah adanya reinforcement atau penguatan. Teori ini juga biasanya disebut sebagai "Operant conditioning". Skinner melakukan eksperimen melalui seekor tikus dan burung merpati (1938). Dari hasil tersebut beliau membuktikan bahawa pentingnya kenalpasti satu matlamat dan cara mencapainya. Beliau juga menjelaskan bertapa pentingnya penguatan yang bersifat postif dan negatif. JIka sesuatu gerak balas diikuti dengan sesuatu peneguhan/pengukuhan, maka tingkah laku tersebut akan meningkat. 15


EKSPERIMEN Perbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut sebagai pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini di sebut sebagai pembelajaran pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya berulang jika memperoleh ganjaran. Contohnya, makanan eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekirany dibehentikan , gerakbalas itu akan terhapus juga. 1.Gambar tersebut menunjukkan seekor tikus yang tengah lapar diletakkan didalam kotak yang dilengkapi dengan alat penekan. 2. Tikus tersebut berlari di dalam kotak kerana kelaparan. 3. Apabila tikus itu tertekan alat penekan itu, tiba-tiba makanan tersebut keluar. 4. Proses yang sama diulang tikus tersebut untuk mendapatkan makanan. 5. Skinner kemudian memutuskan hubungan makanan pada alat penekan supaya makanan tersebut tidak keluar lagi. 6. Akhirnya, tikus itu berhenti dari menekan alat penekan itu. 16


Teori Pelaziman Operan Skinner Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditonjolkan, menyebabkan perlakuan itu diulangi lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu tugasan, memberi hadiah dan sebagainya 1.Pengukuhan positif Rangsangan serta merta tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan seleepas sesuatu tingkah laku di tunjukkan. Peneguhan ini boleh ilaksanakan secara beterusan atau berkala. Contohnya, anak tidak menyiapkan kerja rumah pada masa diberikan, kesannya ibu memarahi anaknya menyebabkan anak menyiapkan kerja sekolah tersebut. 2. Peneguhan Negatif Satu proses atau tatacara melemahkan atau mengurangkan ulangan tingkah laku tidak diingini. Kesn negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Denda dibahagikan kepada dua jenis iaitu denda persembahan dan dendaan penyingkiran. 3. Dendaan Mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkahlaku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Dikenali sebagai "Grandma's Rule" yang berasaskan kenyataan "kamu boleh keluar bermain selepas kamu menghabiskan makanan ini". Sebagai seorang guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan pembelajaran pelajar. 4. Prinsip Premack Perlakuan yang tidak diberi peneguhan aakn lupus. Keadaan ini dapat diatasi jika: Peneguhan sesuatu perlakuan itu dapat dikenalpasti. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta. 5.Pelupusan 17


IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN OPERAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMEBELAJARAN. Membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat. Guru dapat merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan atau berkala bagi menjamin tingkah laku operan dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Guru dapat menyusun dan dapat menyampaikan maklumatsecara teratur dan beperingkat dengan memberi rangsangan dan peneguhan/hukuman. Guru dapat mewujudkan keseronokan dan dapat memberikan semangatserta keyakinan diri para pelajar melalui peneguhan positif. 1. 2. 3. 4. 18


TEORI KONSTRUKTIVISME 19


APAKAH TEORI KONSTRUKTIVISME? Konsktruktivisme berasal dari perkataan kons, truktiv dan isme. Konstruktiv bermaksud bersifat membina, memperbaiki dan membangun. Teori ini merupakan salah satu aliran yang berasal dari teori belajar kognitif yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman para pelajar. Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat bahawa setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Mcbrien & Brandt, 1997 Briner, M. 1999 Teori Konstruktivisme ialan murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau menyesuaikan peraturan tersebut agar dapat menerangkan maklumat baru dengan lebih baik. 20


Dalam teori konstruktivisme, penekanan diberikan kepada murid lebih daripada guru. Hal ini kerana murid yang akan berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut. Justeru itu, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan. Sushkin, N. 1999 Konstruktivisme tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada individu lain. Sebaliknya, setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalaman. Nik Azis Nik Pa, 1999 Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud. Brooks&Brooks, 1993 21


PRINSIP TEORI KONSTRUKTIVISME Pembelajaran adalah satu proses aktif Pembelajaran adalah satu aktiviti sosial Pembelajaran adalah kontekstual Pembelajaran memerlukan masa Motivasi dalam pembelajaran adalah penting 22


PELOPOR KONSTRUKTIVISME Lev Vygotsky (1896-1934) Jerome Bruner (1915-1980) Jean Piaget (1896-1980) John Dewey (1929) 23


LEV VYGOTSKY Nama sebenar Vygotsky ialah Lev Semenovich Vygotsky. Beliau lahir di Rusia dan merupakan seorang berbangsa Rusia. Beliau telah mendapat pendidikan awal di sekolah persendirian. Setelah itu beliau melanjutkan pendidikannya di sekolah menengah dan seterusnya ke peringkat pelajaran tinggi iaitu di Universiti Moscow. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang psikologi setelah menjadi felo di institusi psikologi. Beliau banyak menekankan tentang Teori Konstruktivisme Sosial iaitu ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu. Vygotskky juga merupakan seorang ahli psikologi yang banyak memberikan sumbang terhadap bidang psikologi. Hal ini kerana teori yang dikemukakan oleh beliau telah memberi sumbangan kepada para guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. 24


Menurut Vygotsky "pengetahuan setiap pelajar atau kanak-kanak berkembang menerusi persekitaran sosial dan interaksi dengan masyarakat" 2 konsep asas pembelajaran sosial iaitu biologi dan psikologi. Biologi melibatkan pencapaian intelektual dimana memperlihatkan tahap pelajar mampu mempelajari sesuatu bidang. Psikologi pula melibatkan agen sosial seperti komuniti dan budaya. Teori beliau mempunyai 3 asas utama Pengetahuan berkembang jika terdapat permasalahan di antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru. Intelektual seseorang berkembang hasil daripada interaksisosial. Peranan utama guru adalah sebagai fasilitator pembelajaran murid. 1. 2. 3. Teori Konstruktivisme sosial 25


Zon ini merupakan jurang di antara tahap perkembangan sebenar yang ditentukan berdasarkan kupayaan penyelesaian masalah tanpa memerlukan bantuan dan tahap potensi pembangunan yang ditentukan melalui penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang dewasa atau kerjasama dengan rakan sebaya yang mempunyai keupayaan yang lebih. (Lev Vygotsky) CIRI-CIRI KONSTRUKTIVITISME SOSIAL Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Merupakan suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan orang lain. juga merupakan jurang diantara apa yang pelajar boleh lakukan tanpa bantuan dan apa yang boleh dilakukan dengan bantuan tersebut. Tahap perkembangan sebenar : Kanak-kanak boleh menyelesaikan secara sendiri tanpa sebarang bantuan. Tahap perkembangan potensi : Kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah dengan bimbingan orang dewasa. Menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sikar dilakukan oleh kanak-kanak dengan bantua dan bimbingan orang dewasa atau sebaya yang lebih mahir. ZPD bertujuan untuk membantu kanak-kanak berkembang dari tahap sosial ke tahap peribadi. Zon perkembangan Proksimal terbahagi kepada 2 itu tahap perkembangan sebenar dan tahap perkembangan potensi. 1. 2. 26


Apa yang boleh saya lakukan Tahap Perkembangan Potensi Model ZPD Apa yang boleh saya lakukan dengan bantuan Apa yang saya tidak boleh lakukan Tahap Perkembangan sebenar Zon Perkembangan Proksimal Bulatan yang berwarna kuning adalah zon dimana pelajar memerlukan bimbingan dan bantuan secara menyeluruh atau 100% daripada guru, rakan sebaya atau orang dewasa yang lebih mahir. Bulatan yang berwarna hijau ungu adalah zon perkembangan proksimal. Pada tahap ini pelajar telah mempunyai pengetahuan tetapi mereka masih memerlukan sedikit bimbingan daripada guru-guru atau bantuan daripada rakan sebaya terhadap suatu penyelesaian masalah. Bulatan yang berwarna hijau pula merupakan potensi murid yang telah dibangunkan iaitu pelajar mampu melaksanakan suatu tugasan atau penyelesaian masalah secara sendiri tanpa bantuan orang lain. 27


APLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru menggalakkan murid bertanya soalan dan berdialong dengan rakan sekelas dan guru. Hal ini membantu mereka untuk memahami sesuatu topik dengan lebih mendalam. Guru menggalakkan pembelajaran berasaskan inkuiri iaitu satu pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan melibatkan aktiviti hands-on. Hal ini membolehkan pelajar berfikiran kreatif dan berfikir diluar kotak. Guru perlu mendidik murid-murid untuk menganggap bahawa pembelajaran sebagaisatu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran. Hal menyebabkan murid beranggapan bahawa walaupun kaedah pembelajaran adalah berbeza, tetpai hasil pembelajaran adalah sama untuk diaplikasikan dalam kehidupan Guru menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran. Dengan ini, guru mampu melihat perkembangan pengetahuan yang dicapai oleh murid melalui aktiviti yang telah dijalankan. 28


KESIMPULAN Kesimpulannya, psikologi pendidikan merupakan merupakan ilmu teoretis dan praktis yang menghubungkan antara pendidikan dan psikologi. Psikologi pendidikan tidak hanya berkaitan dengan penelitian-penelitian ilmiah dalam pelbagai aspek pembelajaran. Psikologi pendidikan amat membantu guruguru untuk memahami murid-murid dengan lebih mendalam lagi. Hal ini kerana dengan wujudnya pelbagai teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran kognitif, teori behaviorisme dan teori konstruktivisme dapat menjadi panduan para pendidikan dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, seorang guru haruslah memahami dan menerapkan teori-teori dalam psikologi pendidikan ini agar mewujudkan suasana pembelajaran yang harmonis dan seterusnya membentuk kemenjadian pelajar 29


RUJUKAN Fadhilah Suralaga. 2021. Psikologi Pendidikan Implikasi Dalam Pembelajaran. PT RajaGrafindo Persada Depok. https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/bitstream/1234567 89/55466/1/PSIKOLOGI%20PENDIDIKAN.pdf Muhammad Al Afzan. 2018 Februari 1. Pengaplikasian Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak dalam Pengajaran dan Pembelajaran. https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/02/pengaplik asian-teori-perkembangan.html Honrybiey. 2010 September 30. Murid Dan Alam Belajar: Teori Konstruktivisme. http://group3pismp2g.blogspot.com/2010/09/defin isi-konstruktivisme-pendekatan.html Nazari Raduan. 2014 September 28. Aplikasi Teori Pembelajaran Behavioris, Kognitif, Konstruktivitis, Sosial dan Humanis. http://tujuhpen.blogspot.com/2014/09/aplikasiteori-pembelajaran-behavioris.html Azman Safii. 2018 Julai 5. Zon Perkembangan Proximal (Zone of Proximal Development) dalam konteks pembangunan kompetensi guru dan pembelajaran murid. https://azmanss.blogspot.com/2018/07/zonperkembangan-proximal-zone-of.html 30


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.