Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia Flipbook PDF

Tajuk E-FOLIO: Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Malaysia KURSUS : MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

66 downloads 107 Views 11MB Size

Recommend Stories


SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA
SENARAI PEJABAT PERWAKILAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA BIL. 1 NAMA NEGARA AFRIKA SELATAN ALAMAT PERWAKILAN SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA, PRETORIA HIGH CO

Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean
Malaysia (Port Kelang) - Outbound to Europe & Mediterranean EUM (VESSEL CALLS KMT) Vessel WAN HAI 506 MOL DOMINANCE MARE CARIBICUM MOL DELIGHT WAN HA

Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

Story Transcript

SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: GROUP 3

ISI KANDUNGAN

BAB 1

BAB 2

BAB 3

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang 1.3 Sejarah Kemasukan kaum di Tanah Melayu PEMBENTUKAN 2.1 Permulaan pembentukan negara majmuk 2.2 Cabaran dan Halangan 2.3 Usaha ke arah penyatuan negara majmuk PENUTUP 3.1 Kesan Pembentukan Negara Majmuk 3.2 Kesimpulan 3.3 Rujukan

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang 1.3 Sejarah Permulaan

01

1.1 PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya. Masyarakat hidup bersama dan bergaul antara satu sama lain. Selepas kemerdekaan, pergaulan di antara setiap anggota masyarakat ini semakin meningkat, tambahan pula dengan proses perbandaran dan migrasi yang semakin pesat berlaku setiap masa. Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Bidayuh, Kadazan, Dusun serta suku bumiputera lainnya yang mendiami Sabah dan Sarawak.

02

1.2 LATAR BELAKANG Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah makawujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. J.S Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu dibawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

03

1.3 SEJARAH PERMULAAN Pembentukan masyarakat majmuk dan hubungan kaum di Malaysia terjalin dalam beberapa tahap, bermula sebelum kedatangan kuasa barat lagi. Kegiatan imperialisme dan penjajahan kuasa barat ke atas Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah membawa kepada kedatangan imigran-imigran luar ke Tanah Melayu.

04

SEJARAH KEDATANGAN KAUM CINA KE TANAH MELAYU Penghijrahan imigran Cina ke Tanah Melayu mula berkembang pesat sekitar pertengahan abad ke-19. Gelombang awal kedatangan imigran Cina bermula setelah British membuka Pulau Pinang (1786), Singapura (1819) dan tertubuhnya Negeri-negeri Selat (1826). Penghijrahan masuk orang Cina ke Johor adalah untuk bekerja sebagai buruh di lombong bijih timah dan ladang lada hitam. Dianggarkan seramai 5 juta orang Cina memasuki Tanah Melayu dalam abad ke-19 dan 12 juta dalam tempoh tahun 1900 hingga 1940.

05

Kemasukan imigran Cina ini telah mengambil bahagian dalam sektor ekonomi, terutamanya sektor perlombongan ekoran peluang yang diperoleh semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu. Mereka tertumpu di kawasan bandar kerana menjadi lubuk bagi ekonomi industri yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur.

Foto 1: Kaum Cina yang bekerja di perlombongan

Foto 2: Kaum Cina bekerja di ladang 06 lada hitam

SEJARAH KEDATANGAN KAUM INDIA KE TANAH MELAYU Sejak dari awal lagi, Tanah Melayu telah dikunjungi oleh pedagang-­pedagang India dan golongan Brahmin. Jumlah orang India di Tanah Melayu semakin bertambah pada abad ke-15 pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Imigran india masuk ke Tanah Melayu melalui dua cara iaitu Sistem Buruh Kontrak dan Sistem Kangani. Pada peringkat awal, kemasukan orang India ke Tanah Melayu dikendalikan melalui satu sistem yang dikenali sebagai sistem Buruh Kontrak yang 07 mula diperkenalkan pada tahun l820.

Antara keturunan India yang datang ke Tanah Melayu ialah Tamil dari Tamil Naidu, Malayali dari Karala/Malabar, Telegu dari Andra Pradesh, Sikh dari Punjab, Tamil Chettiar dari Tamil Naidu, Gujrati dari India Utara.

Foto 3: Kaum India yang bekerja di ladang getah Sebahagian besar buruh-buruh ini terdiri daripada buruh-buruh ladang, sementara yang lainnya pula terlibat dengan pekerjaan lain sama ada sebagai buruh dengan jabatan-jabatan kerajaan, lombong, kerani dan sebagainya. 08

BAB 2

PEMBENTUKAN 2.1 Permulaan pembentukan negara majmuk 2.2 Cabaran dan Halangan 2.3 Usaha ke arah penyatuan negara majmuk

09

2.1 PERMULAAN KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA MAJMUK Selepas perang dunia kedua tamat, British telah mengusulkan rancangan pembentukan Malayan Union pada 1 April 1946. Rancangan itu diterima oleh kebanyakan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina dan India kerana menjanjikan persamaan taraf dengan orang Melayu. Walau bagaimanapun, Malayan Union ini tidak dapat berlangsung lama kerana mendapat tentangan kuat daripada masyarakat Melayu dan akhirnya dibubarkan dan digantikan dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

10

Kemudian pada 16 September 1963, Sabah dan Sarawak bersama-sama Tanah Melayu telah membentuk Persekutuan Malaysia yang mempelbagaikan lagi etnik-etnik di Malaysia.

Walau bagaimanapun, kepelbagaian etnik di Malaysia ini dikatakan menjadi halangan kepada pembentukan negara majmuk. Persoalan sama ada negara majmuk ini akan dapat dibentuk sentiasa menjadi tanda tanya. Dalam membentuk negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, perlulah difahami adakah matlamat ini akan dapat dicapai dan bagaimana timbulnya faktor isu jurang perbezaan etnik ini menjadi penghalang kepada pembentukan bangsa Malaysia melalui tiga faktor, iaitu politik, ekonomi dan sosial.

11

2.2 CABARAN DAN HALANGAN

1) Sebelum mencapai kemerdekaan, ketiga-tiga etnik terbesar di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India masing-masing telah dipisahkan mengikut pekerjaan dan kawasan semasa pemerintahan British pada tahun 1957. Hal ini kerana, semua dasar yang dilaksanakan oleh British adalah berasaskan dasar pecah dan perintah. Contohnya, British telah mengasingkan penempatan mengikut kaum. Kaum Cina tinggal di bandar dan berniaga Kaum Melayu tinggal di kampung dan bertani Kaum India tinggal di estet dan menoreh getah

12

2. Seterusnya ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu yang melahirkan ketegangan kaum. Hal ini disebabkan pentadbiran Jepun menggariskan pembahagian yang jelas dalam bentuk layanan mereka terhadap kaum-kaum ini, terutamanya kepada orang Melayu dan bukan Melayu. Orang Melayu dan India lebih disukai oleh Jepun berbanding dengan kaum Cina yang kerap diberi layanan buruk dan dianiaya.

Kekalahan Jepun pada 1945 telah menimbulkan dendam orang Cina kepada orang Melayu kerana membantu Jepun menjadi tali barut dan menentang Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang didominasi oleh orang Cina. Hal ini telah menimbulkan konflik, khususnya antara orang Melayu dan Cina apabila Komunis yang didominasi oleh kaum Cina keluar dan menyerang kampungkampung Melayu. 13

3) Selain itu, cabaran untuk mewujudkan negara majmuk adalah dengan tercetusnya detik hitam Peristiwa 13 Mei di Malaysia.

Pertumpahan darah dan kacau bilau yang dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.

Peristiwa 13 Mei merupakan satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini, yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India telah memberi halangan besar untuk membentuk negara majmuk yang aman damai. 14

4) Penubuhan negara Malaysia juga telah mendapat halangan dan tentangan dari beberapa buah negara sekitar. Antaranya: Tuntutan Filipina ke atas Sabah oleh pewaris kerajaan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut

15

Kerajaan Indonesia mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru (Neokolonialisme) di Asia Tenggara. Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.

16

2.3 USAHA KE ARAH PENYATUAN NEGARA MAJMUK Usaha yang dilakukan untuk menyatukan masyarakat di negara ini melalui tiga cara, iaitu 1. Politik 2. Ekonomi 3. Sosial

17

1) Politik

Tunku Abdul Rahman yang merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama cuba menggabungkan parti-parti politik yang mewakili tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India membentuk satu perikatan yang dinamakan Parti Barisan Nasional (BN)

Pada 1974, portfolio perpaduan diwujudkan dalam Kabinet Malaysia. Pemimpin MIC, Tun VT Sambanthan, dilantik Menteri Perpaduan yang pertama dalam usaha untuk mengukuhkan perpaduan dan integrasi antara kaum. 18

Disamping itu, Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia. Tragedi 13 Mei 1969 berpunca daripada kempen pilihan raya yang menimbulkan isu perkauman sensitif. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia.

19

2) Ekonomi Pada 1971, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) dalam Rancangan Malaysia Kedua(1971-1990) Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan

Melalui dasar ekonomi baru ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidak seimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain.

semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. 20

21

3) Sosial Dalam pembinaan negara majmuk, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mencapai matlamat tersebut. Oleh itu, Akta Pelajaran 1961 yang diluluskan oleh Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi landasan kepada Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan Tanah Melayu dan menyatukan anak-anak daripada semua bangsa di Tanah Melayu tanpa mengancam kewujudan bahasa kaum lain. 22

BAB 3 PENUTUP

3.1 Kesan Pembentukan Negara Majmuk 3.2 Kesimpulan 3.3 Rujukan

23

3.1 KESAN PEMBENTUKAN NEGARA MAJMUK Pembentukan Malaysia telah memberi impak yang besar kepada semua rakyat Malaysia. Ia dapat membawa ke arah kemajuan dan kemakmuran negara. Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan suasana kestabilan dalam masyarakat. Dalam aspek ekonomi, pembentukan Malaysia dapat mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian. 24

3.1 KESAN PEMBENTUKAN NEGARA MAJMUK Dari aspek sosial pula, pembentukan Malaysia dapat mewujudkan masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan perlembagaan negara dan Rukun Negara. Masyarakat majmuk menyebabkan Malaysia mempunyai pelbagai budaya, etnik, kepercayaan dan cara hidup. Keunikan ini menjadikan negara Malaysia terkenal dan disanjungi oleh negara luar.

25

3.2 KESIMPULAN Bangsa Malaysia yang utuh dan bersatu masih jauh untuk dicapai. Namun, apa yang perlu difahami ialah Malaysia terbentuk dan bercirikan kepelbagaian, sama ada dari segi kaum, bahasa, budaya dan agama. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara unik yang harus dibanggakan. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bukanlah satu proses yang mudah dan singkat. Oleh itu, setiap rakyat haruslah menghargai dan berganding bahu untuk memastikan keharmonian ini dapat dikekalkan dan berterusan pada masa akan datang. 26

3.3 RUJUKAN (DOC) SEJARAH PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA | Saya Fisa - Academia.edu 504-Artikel-1035-1-10-20161227.pdf https://www.bharian.com.my/rencana/sastera/2019/02/534760/penjajah-licik-puncapengasingan-kaum-bahasa-pengantar-berbeza http://pembentukan-msia.blogspot.com/2006/05/halangan-terhadap-penubuhanmalaysia.html http://kakiwriter96.blogspot.com/2016/01/cara-penyelesaian-isu-13-mei-1969.html http://pembentukan-msia.blogspot.com/2006/05/halangan-terhadap-penubuhanmalaysia.html https://m-update.com/2019/02/14/kemasukan-kaum-india-di-tanah-melayu/ https://www.scribd.com/document/373286349/Kesan-Pembentukan-Malaysia 27

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.