SOP HADIR KE SEKOLAH SESI PAGI 2022_23 Flipbook PDF

SOP HADIR SEKOLAH SESI PAGI 2022_23

41 downloads 116 Views 1MB Size

Story Transcript

SOP HADIR KE SEKOLAH 2022 (SESI PAGI)

PAKAIAN • Anak-anak tuan puan hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap . • Pada hari Isnin semua murid hendaklah memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. • Murid dikehendaki memakai pakaian sukan sewaktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani. • Murid-murid tahap 2 digalakkan memakai pakaian unit Uniform masing-masing pada setiap hari Rabu dan hari Isnin minggu ke-3 setiap bulan. • Murid hanya boleh memakai pakaian SELAIN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH sekiranya murid tidak mampu.

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN • Murid-murid digalakkan membawa pensanitasi tangan sendiri, tisu basah dan pelitup muka tambahan. • Sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. • Memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam kelas dan di kawasan sekolah. • Duduk di tempat yang telah ditetapkan di dalam kelas. • Tidak dibenarkan bersentuhan dengan rakan-rakan dan berkongsi peralatan menulis dengan rakan-rakan.

MASUK KE SEKOLAH Pintu Pagar B dibuka pada 6.40 pagi - Ibu bapa diminta menurunkan anak di kawasan drop off. - Ibu bapa dari arah sebelah Stesyen minyak BP dan Caltex dinasihatkan parkir kereta di sebelah kawasan di sekitar stesyen minyak tersebut.

- Petugas yang terdiri daripada guru-guru akan membantu menyeberangkan anak-anak tuan puan - Ibu bapa murid PPKI dan Prasekolah TIDAK DIBENARKAN parkir di Kawasan drop off ( di sebelah kiri Pagar A) - Kawasan parkir di sebelah kanan Pagar A adalah dikhaskan kepada ibu bapa murid Pra sekolah dan PPKI. - Tempat parkir di hadapan pintu Pagar C adalah dikhaskan untuk Van sekolah

BALIK DARI SEKOLAH •

Pintu Pagar C akan dibuka pada 12.40 tengah hari

• Murid-murid akan disuraikan secara berperingkat mengikut blok. - Murid-murid tahun 4, 5 dan 6 akan keluar melalui pintu pagar C - Murid-murid Tahun 5 dari bangunan Blok D akan keluar dahulu dari kawasan sekolah mengikut kelas diikuti murid dari Blok C,B dan A - Ibu bapa yang mengambil anak-anak dinasihatkan parkir kereta di sebelah kawasan stesyen minyak dan di kawasan belakang medan selera berhampiran pintu pagar C.

Kelas dari Blok D • Giliran Keluar dari kawasan sekolah • • • • • • • • •

5 USM 5 UTM 5 UUM 5 UKM 5 UITM 5 UIAM 5 UPSI 5 UPM 5 UM

KELAS DARI BLOK C • Giliran keluar dari kawasan sekolah • 4 UPSI • 4 UIAM • 4 UITM • 4 USM • 4 UTM

KELAS DARI BLOK B • Giliran keluar dari kawasan sekolah.

• 4 UM • 4 UKM • 4 UPM • 4 UUM • 6 UTM • 6 UPSI • 6 UIAM • 6 UITM • 6 USM

KELAS DARI BLOK A • Giliran keluar dari kawasan sekolah • 6 UUM • 6 UKM • 6 UPM • 6 UPM merupakan kelas terakhir yang akan keluar dari kawasan sekolah.

• Mohon ibu bapa memberi kerjasama kepada kami dengan mematuhi SOP menjaga penjarakkan fizikal sewaktu menghantar dan mengambil anak-anak tuan puan. • Mohon kerjasama tuan puan tidak berkumpul di hadapan pintu pagar C. • Mohon kerjasama tuan puan tidak berkumpul di kawasan tempat duduk murid-murid. • Kelas terakhir dijangka keluar dari kawasan sekolah pada pukul 12.50 pm

Renungan - Mematuhi SOP yang telah disediakan akan memudahkan pengurusan Pihak Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2.

- Pematuhan SOP daripada pihak tuan puan akan menjadi teladan - kepada anak-anak. - Kelancaran murid-murid masuk dan keluar dari kawasan sekolah adalah tanggungjawab kita bersama-sama . ANAK-ANAK TUAN PUAN ADALAH ANAK MURID KAMI

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.