TEKS UCAPAN VVIP TIMBALAN PENGARAH YAYASAN SARAWAK Flipbook PDF

TEKS UCAPAN VVIP TIMBALAN PENGARAH YAYASAN SARAWAK

49 downloads 120 Views 2MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

TEKS UCAPAN YANG BERUSAHA ENCIK LOUIS SIMON PETER, TIMBALAN PENGARAH (PENDIDIKAN) YAYASAN SARAWAK MEWAKILI YANG BERHORMAT DATUK DR. HAJI ANNUAR BIN RAPAEE TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN, INOVASI DAN PEMBANGUNAN BAKAT SARAWAK MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SARAWAK (ADUN) BAGI N55 NANGKA. SEMPENA HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI SARAWAK (UTS) ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SIBU 14 JANUARI 2023


1 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Perpaduan. SALUTASI Terima kasih pengerusi majlis… 1. Yang Berusaha Encik Ahli bin Chikba, Pegawai Pendidikan Daerah Sibu 2. Yang Berusaha Encik Mahathir bin Mohammad, Penolong Pengarah Seksyen Program Dan Bantuan Yayasan Sarawak. 3. Yang Berusaha Encik Jimmy De Rozario @ Abdul Rahman, Ketua Jabatan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Sarawak 4. Yang Berusaha Encik Tan Kok Aun, wakil Pengerusi Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak (PPSMS) 5. Yang Berusaha Timbalan-Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, - Puan Siti Mariam binti Abdul Rahman - Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Perancangan - Puan Wong Siew Meng - Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran - Encik Kong Chiong Hui - Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid


; 10.Penolong-Penolong Pegawai Pendidikan Daerah; 11.Ahli Jawatankuasa; 12.Guru-guru pengiring; 13.Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan/ Kolej Vokasional/ Sekolah Menengah Persendirian; 14.Hadirin dan hadirat yang dihormati.


3 PEMBUKA BICARA 1. Terlebih dahulu saya ingin menzahirkan rasa syukur kerana dengan izin- Nya, kita dapat bersama-sama dalam Majlis Perasmian Hari Kerjaya dan Pendidikan Daerah Sibu pada hari ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Yayasan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS). 2. Terima kasih kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sibu, selaku penganjur, kerana sudi menjemput saya untuk hadir dan menyempurnakan majlis perasmian pada pagi ini. 3. Anjakan 9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 menekankan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Objektif utama inisiatif #62 pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta (PIBKS) adalah untuk mewujudkan rangkaian dan jalinan antara ibu bapa untuk saling belajar dan berkongsi amalan terbaik bagi membantu pembelajaran anak. Program pada pagi ini adalah satu amalan yang perlu diteruskan untuk meningkatkan peratus dalam PIBKS supaya sasaran 2023 dapat dicapai. Saya dimaklumkan pencapaian agensi KPM terlibat dengan kerjasama sektor swasta bagi PPD Sibu pada 31 Disember 2022 adalah 93% dan telah melebihi sasaran KPM 78%. Saya mengucapkan syabas dan tahniah ke atas pencapaian ini. Saya mengharapkan momentum pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta di Daerah Sibu dapat diteruskan pada tahun 2023.


4 4. Seperti Yang Berusaha Encik Ahli bin Chikba sebutkan tadi, Hari Kerjaya dan Pendidikan ini diadakan dengan tujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai peluang-peluang kerjaya dan pekerjaan kepada warga pelajar dan lepasan sekolah selain peluang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus-kursus kemahiran. HARI KERJAYA DAN PENDIDIKAN 5.Saya berharap beberapa matlamat program yang ditetapkan dapat dicapai pada pagi ini. Antaranya adalah: Untuk mendedahkan dan membina peluang kerjaya dan pendidikan yang sesuai di Sarawak Untuk menyediakan pilihan kepada lepasan SPM/STPM untuk melanjutkan pelajaran. Untuk menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada umum. Untuk menyediakan peluang kepada lepasan sekolah mendaftarkan diri untuk memasuki Institusi Kemahiran yang terlibat. 6. Pejabat Pendidikan Daerah Sibu mengadakan Hari Kerjaya dan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dengan harapan para ibu bapa dan pelajar Tingkatan 5 dan 6 boleh meneroka, mencari dan mengumpulkan maklumat kerjaya yang sesuai dengan minat kerjaya dan personaliti individu serta peluang-peluang melanjutkan pelajaran. Melalui program pada hari ini, para pelajar dapat didedahkan maklumat tentang peluang pendidikan tajaan Yayasan Sarawak.


5 Hadirin dan hadirat yang dihormati, 7. Saya dimaklumkan terdapat beberapa faedah kepada pelajar yang berkelayakan jika mendaftar ke Institusi di bawah Kerajaan Negeri Sarawak. Antaranya ialah; i. Kemasukan ke Institusi dijamin akan mendapat penajaan daripada Yayasan Sarawak ii. Mendapat bantuan kemasukan ke IPT dan Institusi Kemahiran sebanyak RM1000 oleh Yayasan Sarawak iii. Berpeluang untuk mengikuti program Bahasa Inggeris di Swinburne, UTS dan Curtin selama sebulan yang dibiayai sepenuhnya oleh Yayasan Sarawak meliputi yuran kursus, wang saku dan asrama iv. Berpeluang mendapat insentif subsidi 80% yuran pengajian di Swinburne, UTS dan Curtin di bawah Skim Bursari BP40 Hadirin yang dikasihi sekalian; 8. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), kesediaan untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerjaya adalah merupakan salah satu bidang keutamaan yang hendak diperhalusi. Selaras dengan itu, usaha yang dilakukan hari ini merupakan satu pelan tindakan yang dirancang bagi mencapai matlamat salah satu bidang keutamaan PPPM. Saya percaya, setiap pelajar yang menamatkan pelajaran pastinya menginginkan pekerjaan yang boleh menjamin masa depan mereka. Oleh itu, pemilihan kerjaya khususnya kepada pelajar-pelajar adalah satu proses yang begitu sukar. Pada umumnya, titik permulaan dalam proses pemilihan kerjaya ini adalah bermula semasa seseorang itu di bangku sekolah lagi.


6 Sebagai contoh, dilema dalam memilih mata pelajaran pendidikan yang sesuai demi mendapatkan asas untuk sesuatu bidang kerjaya itu menjadi begitu rumit dan memberi tekanan kepada pelajar itu seandainya tidak disulami dengan pengetahuan yang cukup. Justeru, apabila tamat alam persekolahan, pemilihan jurusan akan menjadi pemangkin kepada kerjaya yang akan diceburi kelak. Dengan itu setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan perlu menyelesaikan masalah berkaitan dengan pemilihan kerjaya yang betul. Hal ini adalah penting kerana pemilihan kerjaya yang tepat mampu menentukan corak kehidupan seseorang pada masa hadapan dan akan memberikan kesan dalam kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat. 9. Semoga Hari Kerjaya dan Pendidikan, PPD Sibu akan mencapai matlamatnya iaitu mendedahkan anak-anak tempatan dan para pelajar tentang maklumat lanjutan pendidikan tinggi dan peluang-peluang kerjaya di pasaran. Perancangan yang rapi dan sistematik, tanggungjawab dan kerjasama yang utuh daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan objektif tersebut tercapai, bak kata pepatah, “sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk”. Menjadi harapan saya agar kolaborasi seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Insya-Allah.


7 PENUTUP BICARA Hadirin dan hadirat yang dihormati Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur. Dengan lafaz mulia BismillahirRahmanirRahim saya merasmikan Hari Kerjaya dan Pendidikan, PPD Sibu Tahun 2023. Bubur selasih ubi keladi, Lemak manis santan kelapa; Terima kasih jasa dan budi, Selalu tersemat tidak dilupa. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufik, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.